HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 November 2020

Pembangkang gagal ‘halang’ peruntukan JPM selepas undi belah bahagi .

Speaker Dewan Rakyat memberi 10 minit kepada ahli Parlimen untuk mengundi 
peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Perdana Menteri. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri di bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di peringkat jawatankuasa.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun mengumumkan perkara itu selepas majoriti ahli Parlimen memberi sokongan menerusi undi belah bagi.

“Tidak hadir 20, tidak bersetuju 95 dan bersetuju 105, usul disetujukan,” kata Azhar selepas undian belah bagi peruntukan buat 5 kementerian di bawah JPM, iaitu Hal Ehwal Undang-undang, Ekonomi, Agama, Sabah dan Sarawak dan Tugas-tugas Khas.

Dua lagi kerusi Parlimen disandang Liew Vui Keong (Batu Sapi) dan Hasbullah Osman (Gerik) yang meninggal dunia, masih kosong.

Terdahulu, Azhar mahu undi suara dibuat memandangkan suara ahli Parlimen Perikatan Nasional lebih kuat.

Bagaimanapun, ahli Parlimen pembangkang menggesa undi belah bagi diadakan, dengan lebih 15 ahli Parlimen berdiri untuk memberikan sokongan.

Azhar kemudiannya memberi 10 minit untuk ahli Parlimen mengundi bagi RUU itu.

Ketika proses undian diadakan, ahli Parlimen pembangkang berdiri untuk membantah Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bahru) memasuki dewan ketika pengiraan undi.

Tiada ulasan: