Halaman

Ahad, 12 Disember 2021

40 ahli PSB keluar parti sertai GPS

Sukarelawan memasang bendera GPS sekitar Bandaraya Kuching bagi merancakkan perang bendera parti yang bertanding pada PRN Sarawak ke-12 yang akan berlangsung pada 18 Disember. GPS terdiri daripada empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) manakala PSB selaku parti pembangkang tempatan. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

MUKAH: Seramai 40 ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) dari Rumah Panjang Sunny, Penipah di sini keluar parti untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bekas Ketua Ranting PSB bagi kawasan berkenaan selaku jurucakap, Nanang Balai berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka kecewa dengan parti yang selama ini tidak menunaikan janji dan sering mengelirukan ahli.

"Kami tidak menerima kemajuan, malah bantuan penternakan dan pertanian yang dijanjikan juga tidak ada," katanya dalam sidang media, hari ini.

Justeru, katanya dengan memberi sokongan kepada GPS, nasib mereka akan lebih terbela pada masa akan datang.

Menurut Nanang, kira-kira 70 hingga 80 peratus penduduk dari rumah panjang itu yang sebelum ini menyokong PSB telah beralih arah kepada GPS.

Tindakan itu dibuat selepas mendapati parti pembangkang berkenaan gagal menunaikan janji kepada mereka seperti kemudahan infrastruktur, pengukuran tanah hak adat Bumiputera (NCR), bantuan pertanian termasuk perahu untuk nelayan.

Mereka juga sudah serik dengan Pakatan Harapan (PH) kerana turut gagal menunaikan janji yang dibuat sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.