TANJUNG KARANG: UMNO mahu mengelakkan pertembungan dengan PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata pihaknya sudah menulis surat kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi menyatakan perkara itu.
"Kita nyatakan pada PAS untuk mengelakkan pertembungan dengan parti berkenaan di Selangor sehingga melibatkan tiga penjuru.
"Kita dan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) Selangor sehingga kini sentiasa berhubung baik," katanya, hari ini.
Noh berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini, hari ini.
Noh berkata, beliau bertemu Abdul Hadi secara peribadi untuk mempertahan kerjasama parti di negeri ini.
Katanya, pertembungan tiga penjuru boleh mengakibatkan kekalahan kepada parti disebabkan pecahan undi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.