HALAMAN SANTAI

Jumaat, 10 Disember 2021

Kit Siang setuju Najib memalukan negara

MALAYSIA POST

Kit Siang setuju Najib memalukan negara

VETERAN DAP Lim Kit Siang bersetuju dengan Mahkamah Rayuan yang mengatakan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membabitkan ana SRC International Sdn Bhd (SRC) adalah satu perkara yang memalukan negara.

Menurutnya, Ahli Parlimen Pekan itu menyatakan kekecewaan beliau dengan penghakiman Mahkamah Rayuan dan mengatakan sepanjang menjawat jawatan awam, dia meletakkan keutamaan terhadap usaha menjaga kepentingan negara.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, beliau menerima jawapan lisan secara bertulis untuk soalan Parlimen daripada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, semalam yang menunjukkan sebaliknya.

“Jawapan itu menunjukkan negara masih menanggung hutang RM39.39 billion akibat daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Adakah Najib ‘menjaga kepentingan negara’ dengan skandal 1MDB yang telah dinamakan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Jeff Session, sebagai ‘kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan negara berhadapan dengan hutang sebanyak RM39.38 bilion yang perlu ditanggung oleh generasi yang akan datang.

“Mungkin Najib boleh berikan penjelasan,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: