HALAMAN SANTAI

Jumaat, 10 Disember 2021

Tony Pua ingat dia sorang saja pandai dalam dunia – Khairuddin

MALAYSIA POST

Tony Pua ingat dia sorang saja pandai dalam dunia – Khairuddin

SEORANG pemimpin Pejuang yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan Tony Pua bersikap ‘superiority complex’ yang tinggi dan seringkali ingat dirinya saja pandai di dalam dunia.

Sebab itulah, menurut Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, ramai ahli akar umbi DAP menolak Pua pada pemilihan DAP di Selangor.

Katanya lagi, Ahli Parlimen Damansara itu sentiasa mempunyai pemikiran tersendiri secara amat kuat dan tidak keterlaluan dikatakan keperibadian Pua agak angkuh.

“Pada realitinya, Tony Pua ini bukan bijak sangat pun. Beliau pun selalu buat keputusan salah serta tidak tepat.

“Lihat saja dalam isu memeterai MoU di antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan ditunjang Umno yang akhirnya tidakan tersebut memakan diri PH itu sendiri.

“Ini adalah buah pemikiran yang diperjuangkan oleh Tony Pua,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Khairuddin berkata demikian dipercayai merujuk kepada isu antara Dr Mahathir dan Pua yang saling membidas antara satu sama lain, baru-baru ini.

Kelmarin Dr Mahathir Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin DAP yang juga Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua disifatkan angkuh dan berlagak seperti seorang menteri oleh kumpulan ahli perniagaan.

Tindak tanduk Pua itu dilaporkan ketika berkhidmat sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng yang menjadi Menteri Kewangan pada era kerajaan PH.

Dalam sidang media secara maya menjelang pelancaran memoir baharunya, Dr Mahathir berkata ahli perniagaan menolak pentadbiran PH sebelum ini berpunca daripada sikap sedemikian.

Pua pula menyifatkan Dr Mahathir sebagai seorang yang “amat selektif mengenai ingatannya” selain cenderung mempercayai “kata-kata hartawan asing yang amat tidak jujur”.

“Amat malang beliau memilih untuk mempercayai kata-kata seorang hartawan asing yang amat tidak jujur, yang sebelum ini disabit kesalahan melakukan penipuan berbilion rupiah melibatkan Bank Bali 2009,” kata Setiausaha Publisiti DAP itu.

Pua dilapor merujuk seorang hartawan Indonesia yang turut disabit atas kesalahan pemalsuan pada 2020 dan rasuah pada tahun ini dan kini menjalani hukuman penjara.

Sementara itu Khairuddin berkata keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan bahawa rakyat termasuk kaum Cina menghantar mesej cukup jelas menolak DAP serta PH diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebab itu katanya, DAP kalah empat kerusi pada PRN Melaka dan PKR gagal meraih sebarang kerusi DUN.

“Para pengundi dan rakyat akar umbi marah dengan pendirian PH yang memeterai MoU dengan kerajaan Umno yang masih kuat dicengkam oleh golongan kleptokrat.

“Sebagai contoh yang selanjutnya dalam perjuangan melawan kes skandal 1MDB bermula pada tahun 2014; Tony Pua hanya bercakap dan mempolitikkan isu tersebut,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: