MGF11122021_BRIGED-WANITA-MIC-5
Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran bersama Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Datuk Mohana Muniandy bergambar beramai-ramai selepas merasmikan Briged Wanita MIC Kebangsaan ketika di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy yang baharu memenangi jawatan tersebut pada Oktober lalu berkobar-kobar mahu membawa perubahan kepada sayap tersebut.

Menurutnya, kemenangan yang diberikan kepadanya satu tanggungjawab besar apatah lagi negara akan berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)  kelak.