Shafik Ahmad

Kerusi Batu Kawa yang bakal menyaksikan pertembungan antara dua pemimpin parti, Dr Sim dan Chieng Jen.
KUCHING:
Kurang 96 jam lagi, hari penamaan calon akan berlangsung, saat yang
dinantikan setiap parti untuk memuktamadkan individu yang akan
bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Namun
keabsahan pencalonan itu hanya dikira sebaik sahaja ia ‘lulus’ selepas
melalui beberapa tapisan sebelum diumumkan pengurus pilihan raya.
Antara yang menjadi tumpuan, kerusi Batu Kawa yang bakal menyaksikan pertembungan antara dua pemimpin parti.
Presiden
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen.
Namun, apakah benar Chieng Jen akan berhijrah ke Batu Kawa untuk berdepan seteru tradisi di kubu kuat SUPP?
Persoalan
itu hanya akan terjawab pada petang ini, DAP Sarawak akan menyerahkan
watikah pelantikan calon bagi kawasan Pending, Batu Kawa, Kota Sentosa,
Padungan, Batu Kitang dan Stakan.
Manakala dua kerusi lagi, Dudong dan Bawang Assan akan ditentukan pada 3 Disember ini Sibu.
DAP Sarawak sebelum ini mengesahkan akan bertanding di 26 kerusi dan 18 calon awal sudah diumumkan pada minggu lalu.
Di
mana kedudukan Chieng Jen, sama ada kekal mempertahankan Kota Sentosa
yang diwakilinya selama tiga penggal sejak 2011 atau mencuba nasib di
destinasi baharu?
Pada PRN11, SUPP berjaya merampas kerusi Batu Kawa daripada DAP selepas calonnya Christina Chiew Wang See tewas kepada Dr Sim.
Dan
ini akan menjadi ujian sulung Dr Sim untuk mempertahankan kerusi
tersebut selepas berjaya menambat hati 6,414 pengundi Batu Kawa pada
2016.
Momentum bagi mengekalkan kejayaan
di kawasan tersebut pasti memberi tekanan yang hebat dan luar biasa
namun harus diingat bahawa mandat dan pilihan terletak pada tangan
rakyat.
Menelusuri sejarah pertembungan Dr Sim dan Chieng Jen, ia bukanlah kali pertama cuma berbeza gelanggang pada kali ini.
Untuk
rekod, Chieng Jen memperoleh majoriti 14,221 undian sekali gus
menewaskan Dr Sim (18,839 undi) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 di
Stampin.
Bagaimanapun, perebutan kerusi
Batu Kawa sudah pasti bukan hanya menjadi sasaran DAP, bahkan Parti
Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang mempertaruhkan
Chai Kueh Khun selain Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) yang
menampilkan bekas ADUN Pujut, Fau Pau Teck yang dipecat DAP.
Secara
tidak langsung ia bakal menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya
lima penjuru pada PRN12 kelak yang pasti menjanjikan fenomena yang
menarik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan