Dia yang hadir kira-kira jam 11.45 pagi masuk ke IPD untuk memberi keterangan kira-kira jam 12.05 tengah hari.
“Saya dipanggil untuk memberi keterangan mengenai himpunan tersebut tetapi saya tidak berada pada waktu itu kerana ada urusan lain.
"Saya pelik kerana tidak dipanggil bersama lapan mahasiswa lain sebelum ini," katanya kepada media ketika ditemui di IPD Dang Wangi, sebentar tadi.
Khalid, yang kini digantung pengajian oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, pihak berkuasa percaya dia menjadi perancang himpunan tersebut.
Beliau menambah, tindakan polis hari ini adalah cubaan menakut-nakutkan mahasiswa lain supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti politik di negara ini.
"Apa yang lebih menghairankan, soalan-soalan yang ditanya ketika soal jawab tidak ada kaitan langsung dengan Himpunan Merdeka Kampus tempoh hari.
"Pihak polis hanya bertanyakan soalan yang berkaitan dengan himpunan Janji Bersih yang saya hadiri pada malam 31 Ogos tempoh hari," ujarnya.
Beliau turut berkata, jika benar dirinya terlibat, soalan yang ditujukan juga harus menjurus kepada kejadian 16 September.
"Kemungkinan saya akan dipanggil sekali lagi ke IPD untuk diambil keterangan dalam masa terdekat, tetapi saya tidak gentar kerana saya tidak bersalah," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan