Majlis itu “marah dengan penemuan yang tidak pernah belaku itu” di mana lebih 150 kubur dijumpai di sekitar Wang Kelian, di sempadan Thailand, dua tahun lalu.
Kubur itu dipercayai ramai sebagai kubur mangsa penyeludupan manusia yang mati ketika dalam tahanan penyeludup atau pemerdagangan manusia.
“Majlis Peguam sangat terkesan dengan rencana yang diterbit oleh The New Straits Times pada 20 Disember lalu bahawa ada “penutupan (maklumat) yang besar dan tersusun” berkaitan kubur-kubur dan kem-kem itu selain penyiasatan yang dilakukan terhadap perkara itu,” kata resolusi itu.
Resolusi itu merupakan salah satu daripada enam resolusi yang dibangkitkan dalam mesyuarat agung tahunan yang diadakan secara tertutup, yang disertai oleh 836 peguam.
Resolusi itu turut memberi amaran terhadap “orang tengah yang telah ditahan yang mengaku ‘merasuah’ agensi keselamatan sempadan bagi memastikan tindak tanduk mereka tidak dikacau.”
Justeru Majlis Peguam menggesa pihak polis “mendedahkan sepenuhnya” tahap jenayah itu dan “pelbagai lagi personaliti” yang terlibat selain menangkap mereka yang terbabit.
Ia turut menyeru Kementerian Dalam Negeri menaik taraf pasukan penyiasat menjadi pasukan pakar yang berdedikasi khusus berkaitan pendakwaan terhadap pemerdagangan manusia seperti yang termaktub dalam Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007.
Malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut digesa menyiasat lebih mendalam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia.
Beberapa persoalan turut dibangkitkan Majlis Peguam berhubung kecelaruan tarikh dan kubur yang dijumpai selain alasan kenapa ada arahan untuk memusnahkan tapak yang dijumpai sebelum pasukan forensik dikerah.
Walaupun sudah ada rakyat Thailand termasuklah politikus dan jeneral tentera telah pun didapati bersalah, namun di Malaysia, sehingga kini masih belum ada sebarang laporan berkaitan keterlibatan warga Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan