HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Mac 2018

Mana RM1 bilion yang dijanji Najib, soal Lim



Mana RM1 bilion yang dijanji Najib, soal Lim
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama kumpulan ahli arkeologi dari Universiti Sains Malaysia di Fort Cornwallis hari ini. Kumpulan ahli arkeologi berkenaan menemui meriam dan peluru yang dianggarkan berusia 200 tahun.– Gambar Facebook,
 
SUDAH hampir empat bulan sejak Perdana Menteri Najib Razak berkata Pulau Pinang memerlukan anggaran RM1 bilion untuk projek tebatan banjir jangka panjang.

Hari ini, ketua menteri Lim Guan Eng mempersoalkan apa yang terjadi dengan dana yang dijanjikan oleh kerajaan Persekutuan.

"Bila kami akan dapat dana yang dijanjikan oleh PM pada 7 November tahun lepas?" katanya.

Pada awal November tahun lalu, Pulau Pinang dilanda ribut, yang menyebabkan banjir kilat di seluruh negeri itu dan 12,500 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.

Ketika lawatan ke negeri terbabit, Najib berkata pegawai daerah negeri telah mengenal pasti 13 projek tebatan banjir yang dianggarkan bernilai RM1 bilion.

"Setakat  ini, kami meluluskan RM150 juta untuk projek berkenaan dan akan mempertimbangkan dana untuk memenuhi keperluan bagi usaha ini," katanya.

Hari ini, Lim berkata kerajaan negeri masih lagi menunggu dana berkenaan.

Beliau membangkitkan perkara itu selepas Najib baru-baru ini mengumumkan RM564 juta peruntukan bagi projek tebatan banjir Pekan (Fasa 2).

"Ia baik untuk Pekan. Adalah hak Najib untuk luluskan dana bagi kawasan parlimennya. Tetapi RM564 juta itu hanya untuk satu kerusi Parlimen.

"Kami meminta RM1 bilion untuk seluruh Pulau Pinang..13 kawasan parlimen," katanya.
   
Lim turut mempersoalkan mengapa kerajaan persekutuan tidak melanjutkan bantuan kewangan kepada isi rumah yang terjejas akibat ribut pada November lalu.

"Kami sudah nyatakan dari 2013 hingga tahun lalu, Pulau Pinang hanya menerima RM35,500 bantuan daripada kerajaan persekutuan yang membelanjakan RM235 juta.

"Ia menjadikan kita seolah-oleh berdepan dengan diksriminasi," katanya ketika mengadakan lawatan ke tapak arkeologi di Fort Cornwallis.

Sekumpulan arkeologi daripada Pusat Penyelidikan Arkeologi Universiti Sains Malaysia baru-baru ini telah menemui kira-kira 10 biji peluru meriam yag dianggarkan berusia 200 tahun.

Lim turut mengucapkan tahniah kepada pasukan berkenaan yang membuat penemuan itu dari 26 Februari hingga 28 Februari.

Peluru meriam, yang berukuran antara 3cm hingga 10cm ditemui berhampiran satu lokasi yang mana pasukan berkenaan menemui dua biji peluru.

Ia bagaimanapun agak kecil berbanding peluru yang ditemui baru-baru ini.

Kumpulan berkenaan akan memindahkan meriam 1,500 kilogram dari era King George III (1760 - 1820) ke USM dalam minggu ini.

Tiada ulasan: