HALAMAN SANTAI

Sabtu, 18 Ogos 2018

MANIFESTO: MAHATHIR SALAHKAN BN LAGI


Wartawan Watan-Online




Seperti dijangka Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meletakkan kesalahan kepada Barisan Nasional (BN) bagi mengaburi mata rakyat terhadap kegagalan mereka melaksanakan janji 100 hari manifesto PH.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi alasan manifesto itu dirangka berdasarkan maklumat kerajaan ketika itu.

Bagaimanapun dakwa Mahathir keadaan kerajaan jauh lebih teruk dengan apa yang mereka jangkakan dan menyukarkan PH untuk melaksanakan manifesto.

Oleh itu, Mahathir meminta orang ramai memberikan lebih masa untuk kerajaan menunaikan manifestonya.

“Manifesto ditulis dengan apa yang kita tahu tentang kerajaan (sebelumnya). (Sekarang) Kami dapati keadaan jauh lebih buruk, jauh lebih banyak wang yang dipinjam.

“Ada kala kerajaan perlu diubah, kita tidak boleh (bekerja dengan berkesan) dalam keadaan yang tidak sesuai untuk apa yang kita mahu lakukan.

“Jadi kita kena buang orang. Semua perkara ini menghalang perkembangan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur pada Khamis.

Katanya lagi, ada juga perkara yang perlu mendapat kelulusan Parlimen -seperti merangka rang undang-undang dan ia tentunya mengambil masa.

Tiada ulasan: