HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Ogos 2018

Selangor mahu bina 30 ribu rumah mampu milik

SELANGOR KINI

amirudin shari

Selangor bercadang untuk membina 30,000 lagi unit rumah mampu milik dalam masa lima tahun akan datang, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Amirudin berkata, cadangan itu boleh dilaksanakan menerusi kerjasama pintar antara agensi kerajaan seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan pemaju industri perumahan.

“Dasar Rumah SelangorKu mula diperkenalkan pada 1 Januari 2014 dan ia sudah mencapai sasaran ditetapkan dalam mencapai objektif memperbanyakkan penyediaan rumah mampu milik lebih berkualiti serta selesa pada harga mampu milik antara RM42,000 hingga RM250,000 seunit.

“Kini, usaha dimainkan kerajaan negeri mendapat sambutan menggalakkan dan kita komited meneruskan usaha ini demi memberdaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya pada Majlis Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2019 bertempat di Holiday Inn Glenmarie, di Shah Alam, hari ini.

Sementara itu, mengulas aspek pengurangan kos pembinaan, Amirudin berkata, penggunaan teknologi sistem binaan berindustri (IBS) dan konsep pembinaan pasang siap perlu diterapkan dalam pembinaan rumah mampu milik.

“Menerusi kaedah ini, kos pembinaan dijangka mampu menjimatkan sehingga 25 peratus berbanding kaedah konvensional.

“Namun, kerajaan negeru menyedari kaedah ini hanya ekonomik daripada aspek kos sekiranya mempunyai kuantiti besar untuk sesuatu projek. 

“Oleh itu, suatu dasar khusus di peringkat negeri perlu dirangka bagi menterjemahkan hasrat tersebut,” katanya, lapor SelangorKini.

Tiada ulasan: