HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 September 2007

Hishammuddin juga patut letak !


Penyelewengan IKBN - Hishammuddin mesti letak jawatan!

Salmiyah Harun

KUALA LUMPUR (Hrkh)- Penyelewengan dalam pembelian peralatan dan kelengkapan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara membuktikan rendahnya akauntabiliti di kalangan menteri kabinet.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, 'permainan tarik tali' antara Menteri Belia dan Sukan Dato' Azalina Othman dan Menteri Pelajaran Dato' Hishammuddin Tun Hussein mengenai penyelewengan itu ditegur dalam laporan tersebut.

“AMK menggesa Hishamuddin meletakkan jawatan agar proses siasatan boleh dijalankan tanpa ‘kacau ganggu’ dan bertanggungjawab di atas penyelewengan wang rakyat yang tidak berkesudahan di bawah pemerintahan Kerajaan BN,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa mengemukakan laporan dan aduan rasmi kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Ibu Pejabat BPR Putrajaya, semalam berhubung penyelewengan dalam Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau berkata, laporan rasmi itu diserahkan kepada BPR supaya penyelewengan ini tidak berakhir dengan siasatan semata-mata, sebaliknya menggesa Hishamuddin didakwa ke atas penyelewengan yang berlaku.

Shamsul berkata, laporan Ketua Audit Negara 2006 mendedahkan pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi IKBN dilaporkan jumlahnya melebihi harga pasaran menyebabkan kerajaan menanggung kerugian RM8.39 juta.

Jelasnya, tuduhan itu dihalakan oleh Azalina kepada Hishamuddin yang menjawat jawatan Menteri Belia & Sukan sewaktu pembelian tersebut dibuat.

Beliau menegaskan, melalui penelitian AMK ke atas Laporan Ketua Audit Negara 2006, Semakan Audit mendapati pada Mei 2001, Ketua Setiausaha Kementerian terbabit telah memutuskan supaya perolehan peralatan dilaksanakan secara tender terbuka walaupun pihak perunding mengesyorkan kaedah tender pra-kelayakan.

“Bagaimanapun, pada bulan September 2001, Menteri Belia Dan Sukan ketika itu pula memutuskan projek perolehan peralatan IKBN dibuat secara rundingan terus atau tender terhad,” katanya. Tambahnya, laporan audit tersebut juga mendedahkan antara bulan Oktober 2006 hingga bulan Februari 2007 mendapati beberapa peralatan bernilai RM88.45 juta yang dibekalkan antara tahun 2003 hingga tahun 2005 masih tidak digunakan secara optimum.

Katanya, ini disebabkan beberapa faktor seperti tiada keperluan, tenaga pengajar yang tiada kepakaran dan pembelian yang terlalu awal.

“Ini jelas membuktikan bahawa melalui penelitian Ketua Audit Negara, berlaku penyelewengan yang dilakukan secara berterusan oleh dua Menteri Belia dan Sukan, iaitu Hishamuddin dan juga Azalina yang menggantikan Hishamuddin pada tahun 2003,"katanya.

Justeru, beliau menegaskan mengikut kesinambungan budaya perbelanjaan tidak berhemah ini, Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu segera menyiasat kedua-dua menteri terbabit, khususnya Hishamuddin sendiri yang membenarkan siasatan dibuat ke atasnya. - mr

Tiada ulasan: