HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 September 2014

Biodata Azmin Ali Menteri Besar Selangor Baru 2014. Punca Dilantik Istana Selangor Didedahkan!




azmin ali



Biodata Azmin Ali Menteri Besar Selangor Baru 2014. Punca Dilantik Istana Selangor Didedahkan!

Dalam pada DAP terus menemplak 4 orang pemimpin PAS yang kekal di barisan kepimpinan Khalid Ibrahim sebelum ini sehingga dipanggil pengkhianat ditambah pula PKR terus mempertikai perlantikkan Azmin Ali sebagai Menteri besar Selangor tidak mengikut proses perlantikkan undang-undang tubuh negeri & demokrasi demokrasi berparlimen serta proses pelantikan itu juga menjejaskan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan, Azmin Ali..tetap ditabalkan Menteri besar Selangor baru sedang mengangkat sumpah di Istana Alam Shah Klang Selangor sekaligus memerintah negeri yang terkaya di Malaysia bernama Selangor

KLIK SINI : Video Seks Nurul Izzah, Khalid Ibrahim, Azmin Ali & Tuan Guru
Nik Aziz Dibongkarkan Menjelang PRU ke 13?

 

Sejarah Biodata Azmin Ali (Menteri Besar Selangor Baru)

 

  • Tarikh lahir : 25 Ogos 1964,
  • Tempat lahir : Singapura
  • Sekolah Rendah : Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) Kuala Lumpur
  • Sekolah Menengah : Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur dan Institut Teknikal di Jalan Cheras, Kuala Lumpur
  • Lulusan : Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik dan Ekonomi) di Kolej Sains dan Kejuruteraan, Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana dalam Matematik dan Ekonomi di University of Minnesota
  • Sarjana Pendidikan (Matematik dan Ekonomi di Kolej Pendidikan dan Perkhidmatan Profesion Manusia, Amerika Syarikat.
  • Karier Politik : Bermula sekitar 1987 atas nasihat perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Pelajaran.
  • Dilantik Pegawai Khas di Kementerian Pelajaran
  • Setiausaha Peribadi kepada Anwar pada 1 Okt 1987 sehingga 1998.
  • Kesetiaan Mohamed Azmin Ali kepada Anwar tidak berbelah-bahagi apabila beliau memilih untuk terus bersama ketuanya itu apabila Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 Sept 1998 berikutan tuduhan liwat dan rasuah.
  • Hubungan Mohamed Azmin Ali dengan Dr Mahathir mula keruh yang dianggap sebagai bapanya sendiri apabila Anwar Ibrahim dipecat
  • Mohamed Azmin Ali merupakan antara pengasas Parti Keadilan (ketika itu) yang ditubuhkan pada 1999 bertujuan mencari keadilan untuk Anwar.
  • Pada 2010 beliau menjadi Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2010/2013
    Mohamed Azmin Ali mengekalkan jawatan itu untuk penggal 2014/2017.
  • Pada PRU ke-10 pada 1999, Mohamed Azmin (Parti Keadilan) menewaskan calon Barisan Nasional (BN)-Umno Datuk Fuad Hassan dengan majoriti 1,146 undi.
  • Pada PRU Ke-12, 2008, Mohamed Azmin Ali menang kerusi Parlimen Gombak apabila menewaskan calon BN-Umno Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi dan memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa apabila menewaskan calon BN-Umno Haslinda Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.
  • Mohamed Azmin seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa untuk penggal kedua berturut-turut pada PRU ke-13.

Nostalgia Koleksi Gambar Azmin Ali
 

Punca Azmin Ali Menteri Besar Selangor Baru Dipilih Istana Selangor?

  1. PKR dan Pakatan Rakyat Selangor terus bergolak mengenai isu calon Menteri Besar selangor
    DAP & PKR terus berdegil untuk hantar calon tambahan bagi calon Menteri Besar Selangor yang baru sehingga Sultan Selangor murka
  2. Akhir Azmin Ali dipilih Sultan Selangor berdasarkan konsensus Pakatan rakyat yang mana kerusi Menteri besar Selangor adalah milik ADUN PKR
  3. Azmin Ali dilihat mampu meraih sokongan dikalangan pemimpin Pakatan rakyat sekaligus melancarkan urusan pentadbiran negeri Selangor kelak selaku Menteri Besar Selangor baru
  4. Akhir sekali, Azmin Ali telah tinggal bermastautin di negeri Sultan Selangor yang mana dibesarkan di Hulu Kelang sejak tahun 1968 lagi
Tahniah kepada Azmin Ali. Anda sebagai seorang CEO syarikat yang bernama “negeri Selangor” buatlah yang terbaik kepada ahli lembaga pengarah anda (rakyat negeri Selangor). Mereka akan menilai prestasi anda dan anak-anak buah anda bermula hari sehingga menjelang Pilihanraya Umum ke 14 kelak.

P/S : Rakyat Selangor ada cadangan dan masalah yang ingin anda kongsikan untuk diselesaikan oleh pimpinan Menteri Besar Selangor baru ini?

 

Lagi Gambar Azmin Ali Menteri Besar Selangor Baru Angkat Sumpah di Istana Selangor

 

Perang sebenar baru bermula di P Kubor

MALAYSIAKINI


 


Pada pusingan pertama berkempen, PAS dan BN dilihat sama hebat bagi memenangi hati pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Tempoh berkempen yang berbaki dua hari sahaja lagi dilihat makin meriah apabila bendera dan kain rentang parti masing-masing sudah membanjiri sepanjang jalan di Pengkalan Kubor.

Ketika tempoh seminggu terawal, kempen BN dilihat lebih menonjol berbanding PAS apabila parti itu menurunkan pemimpin besar negara ke kawasan yang mempunyai 24,039 pengundi itu.

Dengan kelebihan sebagai kerajaan persekutuan, BN menurunkan pemimpin serta barisan menterinya untuk menggempur lawannya PAS.

Antara yang dilihat konsisten hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga pengarah jentera BN di DUN itu.

Pada PRK kali ini, BN mencalonkan Mat Razi Mat Ail manakala Pakatan Rakyat diwakili calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim. Seorang calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang menggunakan logo pen turut mencuba nasib sekali lagi setelah hilang deposit pilihan raya.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya daripada BN allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu, Noor Zahidi mengalahkan Saharun Ibrahim daripada PKR dan Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Pengundi Pengkalan Kubor terdiri daripada 92.02 peratus Melayu, 6.81 peratus lain-lain (meliputi Siam), Cina 0.96 peratus, India 0.10 peratus dan bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 0.10 peratus.
Hampir separuh (43.97 peratus daripada pemilih terdiri daripada golongan muda.

Sementara itu, daripada aspek pendekatan kempen, BN menggunakan kaedah lebih rencam dan tidak bergantung kepada ceramah atau sesi bertemu penduduk semata-mata.

Pembangkang negeri itu dilihat lebih kreatif, antaranya apabila menggunakan persembahan kebudayaan popular tempatan dikir barat dan karnival, menggunakan van bergerak dan sesi santai bersama anak muda.

Mereka juga dilihat cuba mendapatkan sokongan penduduk Siam yang kebanyakannya tinggal di kawasan Geting. Seramai 3,355 pengundi beralamat di tempat itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN ketinggalan 524 undi di belakang calon Pakatan.

Sementara itu, di pihak PAS pula, mereka dilihat bermula perlahan pada minggu awal kempen. Ini dilihat ekoran pemimpin-pemimpin utamanya tidak dapat hadir berkempen kerana menghadiri muktamar pusat PAS di Johor.

Kempen hari-hari terawal itu sebahagian besar bergantung kepada kerja keras calonnnya Wan Rosli yang bergerak dari rumah ke rumah dan warung ke warung seawal solat Subuh sehinggalah larut malam.

Walaupun pelbagai perkara dibangkitkan kedua-dua pihak, isu sekitar tuntutan royalti minyak Kelantan terus menjadi perkara hangat dalam kempen kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, walau apa pun penjelasan dibuat, tidak dapat dinafikan kelebihan memihak kepada BN apabila timbalan perdana menteri dilihat mahu mendedahkan dokumen perjanjian Kelantan-pusat dalam isu royalti.

Keputusan itu dijadual dibuat kabinet esok. Jika menjadi kenyataan, ia dilihat serangan akhir BN sebelum pengundian pada keesokan harinya.

Bagaimanapun, kelebihan PAS pula apabila dibantu NGO proroyalti dikenali “R” yang sudah sekian lama mengadakan kempen berkaitan melalui pelbagai kaedah, untuk memberi penerangan kepada pemilih.

PAS juga dilihat masih mengharapkan ketokohan mursyidul am dan bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang tetap turun berkempen walaupun baru sahaja menghadapi masalah kesihatan sebelum ini.

Walaupun uzur, beliau turut mengikuti Wan Rosdi merayu undi di beberapa kawasan serta menyertai ceramah Jumaat di hadapan 700 orang penyokong, jumlah terbesar sepanjang kempen berlangsung.

Walaupun PAS turut terkait dengan masalah dalaman parti serta krisis menteri besar Selangor, perkara itu bagaimanapun tidak memberi kesan kepada pengundi Pengkalan Kubor.

Pengundi di kawasan itu juga lebih senang sekiranya isu-isu tempatan yang dijadikan sebagai isu utama.

Dengan selesaikan kemelut sekitar pemilihan menteri besar Selangor dengan pelantikan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, PAS dilihat akan melakukan pecutan akhir menjelang pilihan raya Khamis ini.

Lebih banyak ceramah perdana yang membariskan tokoh-tokoh nasionalnya akan disusun menjelang saat-saat terakhir.

Berbeza dengan modal terakhir BN yang dijangka akan mendedahkan perjanjian royalti minyak untuk memberi kelebihan kepada mereka, sentuhan penyudah PAS masih belum diketahui?

Adakah PAS sudah bersedia dengan jawapan mereka atau ada “sesuatu” yang belum dinyatakan?

Editor S'gor tuntut kebebasan dari MB

MALAYSIAKINI


 


Pengarang akhbar negeri Selangorkini, Fazallah Pit, berharap menteri besar baru negeri itu Azmin Ali dapat menjamin kebebasan media dalam penerbitan-penerbitannya.

Menurut beliau, Selangorkini sebelum ini tidak mendapat kebebasan sepenuhnya untuk melaporkan isu semasa yang berlaku di Selangor kerana terdapat “pihak tertentu” yang menyekat kebebasan itu.

“Bermula semasa pemerintahan BN lagi perkara ini sudah terjadi dan berterusan sehingga bawah pimpinan Tan Sri Khalid.

“Saya berharap dengan pelantikan Azmin Ali sebagai menteri besar, Selangorkini tidak perlu lagi mengikut telunjuk mana-mana pihak dan kami harap diberi lebih ruang untuk melaporkan isu-isu di Selangor,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selain akhbar mingguan Selangorkini, kerajaan negeri turut menguruskan portal berita dan saluran video atas talian.

Sementara itu, Fazallah juga menegaskan Selangorkini bukan boneka dan mereka enggan memutarbelitkan cerita hanya untuk kepentingan sesetengah pihak.

Katanya, oleh kerana Azmin adalah memahami konsep kebebasan media, beliau yakin perkara itu dapat diperbaiki.

“Kami tidak mahu hanya menyebelahi sebelah pihak dan selepas ini kami juga tidak mahu fokus kepada berita menteri besar sahaja tetapi melaporkan semua isu sama seperti akhbar-akhbar yang lain.

“Kalau boleh saya tidak mahu pandang ke belakang, apa yang saya dan Selangorkini mahu ialah terus bergerak ke hadapan,” jelasnya.



(*)  NADIA OTHMAN wartawan pelatih di Malaysiakini.

Anwar akan disiasat berkaitan dakwaan hasutan

MALAYSIAKINI



 


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan yang terbaru akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya tiga tahun lalu.

Menurut penasihat undang-undang PKR, Latheefa Koya, ia berhubung ucapan Anwar di satu perhimpunan politik di Gombak pada 2011.

Menteri Besar Selangor yang baru dilantik, Azmin Ali juga telah disiasat berhubung isu yang sama.

"Kenyataan Azmin telah pun diambil pada tahun 2011, tetapi nampaknya seperti mereka (polis dan pihak berkuasa) membuka semula kes ini," katanya.

Latheefa berkata Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, dijadualkan memberi kenyataan pada petang Jumaat di Ibu Pejabat PKR.

Peguam yang juga Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran, yang turut berdepan dengan dua tuduhan hasutan, akan menemani Anwar dalam rakaman kenyataannya.

DAP arah 15 Adunnya sokong Azmin sebagai MB Selangor

+
IMG_7627

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) memutuskan untuk menerima keputusan Presiden PKR Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menarik diri daripada jawatan Menteri Besar Selangor, dalam mesyuarat tergemparnya malam tadi.

CEC turut memutuskan bagi mengarahkan kesemua 15 Adunnya di Selangor untuk menyokong Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, selari dengan titah DYMM Sultan Selangor hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng:

Kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 22 September 2014.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuarat tergemparnya pada 22 September 2014 telah memutuskan untuk menyokong kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri daripada jawatan Menteri Besar Selangor berikutan titah diraja oleh DYMM Sultan Selangor untuk melantik Timbalan Presiden PKR YB Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

CEC turut memutuskan untuk menyokong cadangan Dato’ Seri Dr Wan Azizah kepada pimpinan PKR untuk mengesyorkan YB Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, selari dengan pendirian CEC yang jelas dan konsisten bahawa calon Menteri Besar Selangor mestilah daripada PKR.

Memandangkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor sebanyak 30 daripada 56 ADUN, keputusan beliau untuk menyokong YB Azmin Ali adalah juga konsisten dengan pendirian DAP yang tegas dan berprinsip bahawa Menteri Besar Selangor (YB Azmin Ali) seharusnya memiliki sokongan majoriti DUN Selangor.

Atas sebab-sebab ini, CEC memutuskan untuk mengarahkan kesemua 15 ADUN DAP untuk menyokong YB Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

DAP berasa kesal dengan pengkhianatan 4 orang Ahli Exco Selangor dari PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi Exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas Menteri Besar yang telah kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor.

DAP berharap penyelesaian krisis politik Selangor dan pelantikan YB Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru akan dapat menepati janji bagi membina Selangor yang lebih baik, yang mampu memberikan keadilan, kebebasan dan kemakmuran ekonomi kepada semua. – Roketkini.com

Kanak-kanak terperangkap dalam kereta


Anggota JPAM sedang berusaha menyelamatkan kanak-kanak berusia tiga tahun yang terperangkap dalam kereta bapanya di stesen minyak di bandar Jasin, malam kelmarin. Anggota JPAM sedang berusaha menyelamatkan kanak-kanak berusia tiga tahun yang terperangkap dalam kereta bapanya di stesen minyak di bandar Jasin, malam kelmarin.
 
 

JASIN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun nyaris lemas selepas terperangkap dalam kereta milik bapanya di sebuah stesen minyak di bandar Jasin, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit ditinggalkan berseorangan dalam kereta jenis Proton Ixora selepas bapanya ke kaunter minyak sebelum kereta yang dimatikan enjin itu terkunci secara tiba-tiba.

Seorang pekerja stesen minyak itu yang enggan dikenali berkata, tidak lama selepas lelaki berusia 40-an itu ke kaunter stesen minyak, penggera keretanya berbunyi sebelum dia mendapatkan kenderaannya dan mendapati kunci kereta tertinggal di dalamnya.

Menurutnya, ketika itu kanak-kanak terbabit sedang tidur dalam kenderaan berkenaan sebelum terjaga beberapa minit kemudian.

“Saya kemudian meminta pelanggan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membantu membuka pintu kereta tersebut.

“Biarpun tersedar dari tidur, kanak-kanak itu tidak menangis dan sempat diagah oleh orang ramai bagi menghilangkan rasa ketakutan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM daerah Jasin Sarjan Mejar Muhamad Alif Abd Rahman berkata, dia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas terpaksa memecahkan salah sebuah cermin kenderaan itu.

Menurutnya, sebelum itu, dia bersama empat anggotanya berusaha membuka cermin tingkap kereta sebelah kiri dengan cara manual, namun tidak berjaya.

“Disebabkan itu, kami terpaksa memecahkan cermin kereta berkenaan bagi menyelamatkan mangsa,” katanya.

DAP Selangor sokong penuh Azmin sebagai MB

tony pua 2

Roketkini.com


PETALING JAYA – DAP Selangor menyokong penuh pelantikan YB Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru serta berikrar memberikan segala peluang untuk membuktikan dirinya sebagai Menteri Besar terbaik Selangor.

Demikian kata Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam kenyataan pagi ini selepas Mohamed Azmin selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Alam Shah, Klang.

“DAP Selangor mengalu-alukan pelantikan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, dan mengakhiri krisis politik berpanjangan yang tidak diperlukan serta meresahkan di negeri ini,” ujar Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Menurutnya adalah penting bagi krisis politik tersebut diselesaikan segera supaya khidmat bakti kepada rakyat Selangor dapat diteruskan seperti sedia kala.

“Oleh itu, DAP Selangor dan Adunnya akan memberikan sokongan penuh kepada Menteri Besar baru bagi memastiklan kita menggunakan peluang secara maksima dalam jangka masa tiga tahun akan datang demi membuktikan kepada rakyat kenapa krisis dan kesabaran mereka itu berbaloi,” ujarnya lagi.

Semalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuarat tergemparnya menyokong keputusan Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail untuk menarik diri, berikutan titah DYMM Sultan Selangor melantik Azmin sebagai Menteri Besar yang baru, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pelantikan Azmin diharapkan akan memberi nafas baru untuk membetulkan kegagalan pentadbiran sebelum ini serta mencapai kecemerlangan yang lebih baik untuk Pakatan Rakyat.

“DAP Selangor mengharapkan pentadbiran yang dipimpin Azmi dan barisan Exco baru yang lebih konsultatif, inklusif dan mendahulukan rakyat demi menepati janji Pakatan Rakyat kepada orang ramai.

“Kami percaya, dengan bekerjasama sebagai satu pasukan, Azmin Ali akan dapat membawa Selangor ke tahap yang lebih baik, dan menjadikannya negeri yang terbaik di negara ini,” tambah Tony.

“Pastinya Azmin Ali akan dicatat sejarah sebagai Menteri Besar terbaik Selangor,” katanya lagi sambil mensyaratkan bahawa itu hanya mampu dicapai dengan rakam jejak yang terbukti cemerlang demi memastikan rakyat mengekalkan mandatnya kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang. – Roketkini.com

Sebar kebencian kaum, Zahid Hamidi patut disiasat ‘dalam 24 jam’ – Kit Siang

lks (3)

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini mengecam tuduhan jahat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa DAP punca krisis perlembagaan Perak pada 2009.

Kata Kit Siang, serangan Zahid dalam ucapannya terhadap DAP di Pengkalan Kubor semalam bukan sahaja tuduhan melulu, malah menghasut penduduk dengan sentimen perkauman.

“Saya terkejut dengan ucapan tidak bertanggungjawab, penuh kebencian dan hasutan yang berdasarkan pembohongan serta kepalsuan.

“Dari apa yang diucapkan Zahid saya ingin bertanya, bolehkah dia memberi jaminan bahawa siasatan polis akan bermula terhadap dirinya sendiri ‘dalam masa 24 jam’ kerana melakukan kesalahan menghasut dan cuba membangkitkan kebencian kaum melalui pembohongan?,” katanya dalam satu kenyataan.

Malay Mail Online semalam melaporkan seruan Zahid kepada masyarakat Pengkalan Kubor agar ‘mempertahankan hak-hak mereka’ dan menyebut ‘langkah mayat saya dulu’ dengan mengaitkan DAP berhubung krisis perlembagaan Perak.

“Saya masih ingat semasa krisis Perak, mereka membantah (pengambilalihan BN) dan cuba menyekat pintu masuk pintu masuk bangunan negeri. Kamu tahu siapa yang berbaring di jalan? Semua orang Melayu.

“Di manakah orang-orang DAP? Mereka membaling batu ke arah Raja Muda…mereka juga membaling batu pada kereta saya. Saya berada di sana. Apabila mereka lakukan perkara ini, orang Melayulah yang telah berbaring di jalan raya,” kata Zahid.

Beberapa hari lalu, Zahid juga telah bersumpah dengan nama Allah (wallahi billahi tallahii) bahawa polis akan menyiasat dalam tempoh 24 jam dengan menggunakan Akta Hasutan terhadap sesiapa yang menyentuh isu-isu sensitif.

Mengulas tindakan itu Kit Siang menegaskan, sumpah Zahid tidak memberi sebarang makna jika dia gagal memulakan siasatan terhadap pemimpin Umno dan dirinya sendiri dalam masa 24 jam kerana menghasut rakyat.

“Adakah Zahid boleh bersumpah kepada Tuhan bahawa polis akan memulakan siasatan menggunakan Akta Hasutan ‘dalam masa 24 jam’ terhadap Menteri, pemimpin Umno termasuk dirinya sendiri?

“Sebagai contoh bekas Menteri Umno dan Pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar mengugut untuk melakukan ‘pemberontakan’ dalam perhimpunan gabungan NGO Gerak Daulat di Shah Alam dua hari lalu.

“Bolehkah Zahid memastikan polis memulakan siasatan ‘dalam masa 24 jam’ jika terdapat laporan hasutan dikemukakan terhadap Noh Omar, atau memastikan siasatan terhadap Menteri Dalam Negeri sendiri?, soalnya. – Roketkini.com

Jalan jauh dan masa lama ditunggui Azmin

MSO

 
Benarlah kata orang kalau jodoh tidak ke mana dan manusia boleh merancang, tetapi yang menentukan adalah Allah taala jua. Dan perancangan Allah itu ternyata lebih baik dan sempurna daripada perancangan manusia, kerana Dialah zat maha qadim yang menentu dan berkuasa ke atas segala-galanya.


Azmin diberi ucap tahniah oleh bosnya, Anwar Ibrahim.
Takdir hari ini yang meletakkan Mohamed Azmin Ali, 50 sebagai MB Selangor ke-15 adalah sesuatu peristiwa penting dan amat bersejarah bagi diri Adun Bukit Antarabangsa itu sendiri.

Perlantikannya hari ini merupakan detik gemerlapan dan kemuncaknya dalam dunia politik. Jawatan MB adalah mahkota kejayaan bagi seorang ahli politik. Dan jawatan itu adalah kedudukan tertinggi bagi seseorang bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Tidak ramai sebenarnya orang bernasib baik menggapai untuk menduduki jawatan berkenaan. Ada yang sudah setangga untuk menjejak jawatan itu, boleh tergolek jatuh dan hilang tangga untuk "merukah"nya kembali. Jawatan itu juga berhantu dan keramat. Walaupun seseorang itu bermati-matian untuk sampai ke situ dengan pelbagai usaha, tetapi banyak yang kecundang dan kecewa di tengah jalan, menangis tanpa lagu.

Dan hari ini Azmin akan dikalungkan dengan madel dan jambangan bunga tahniah atas perlantikan beliau sebagai MB menggantikan Abdul Khalid Ibrahim yang mengakhir tugasnya petang semalam. Tahniah. Sejarah hari ini semoga disyukuri dan memulihkan kekuatan dan semangat kepada Pakatan Rakyat.

Semua orang bersyukur dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi Azmin sendiri. Betapa tidak kemelut politik di Selangor yang membuka jalan bagi Azmin menuju ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), pusat pentadbiran kerajaan Selangor kemudian akan bertakhta di kerusi MB bukan perkara mudah. Perjalanan ke situ terlalu panjang dan mengambil masa yang lama sehingga ia meletih dan membosankan. Melihat kepada perjalanan dan cabaran dihadapi Azmin, seakan sukar untuk dipercayai akhirnya beliau akan singgah juga di situ.

Hanya calang-calang orang sahaja akan sampai ke bangunan berkenaan untuk memasuki Pejabat MB. Kerusi MB panas, kerusi MB Selangor sangat panas. Apa lagi ia berhadapan dengan kerenah dan persaingan hebat, bukan sahaja dari musuh yang senantiasa mencari peluang untuk menjatuhkan, tetapi dari rakan dalam parti sendiri yang dengki dan irihati. Bagi diri Azmin sendiri mungkin ada yang mengilan dan mengedukan hati dan jiwanya kerana takdir yang diperolehi itu menyebabkan ada kawan dan pemimpin yang tersendu.

Percayalah penerimanya memegang jawatan itu, nombor satunya adalah atas tangungjawab dan takdir juga. Azmin walaupun dari segi hierarkinya adalah pantas untuk dilantik, sebab dia adalah timbalan presiden, tetapi halangan dan cabaran dilaluinya menyebabkan beliau hampir-hampir kecewa dan berputus asa. Jawatan itu bukan untuk dirinya melainkan untuk rakyat Selangor dan juga parti yang didokongnya dan mendokonginya.

Melihat kepada tribulasi itu menyebabkan harapan untuk melihat Azmin menjadi MB Selangor sudah hampir terputus. Azmin sendiri juga sudah pasrah kepada apa yang berlaku. Baginya dia menerima apa saja yang tertakdir tidak cuba melawan takdir dengan melakukan tindakan-tindakan sadis bagi menedapat jawatan berkenaan.

Hakikat ini dilihat kepada raut wajahnya yang membayangkan kehampaan dengan apa yang berlaku apabila diajukan pertanyaan berhubung pengganti Khalid Ibrahim dan mengenai peluang dirinya. Keserabutan bertambah-tambah apabila situasi itu mencemaskan kedudukan PKR sebagai bahtera yang mengusungnya.

"Sama-sama kita doakan, kalau ianya baik... ada hikmah, dapat, (jadi MB), kalau tidak, kita serah kepada ketentuan Allah kerana Dia yang tahu segala-galanya," demikianlah lafaz Azmin penuh kehambaan (tawaduk) bila setiap kali saya mengajukan soal jawatan MB. Beliau bukan ghairah untuk mendapat, tetapi banyak bertawakal kepada Allah. Semasa menghadiri kenduri kahwin anak Salahuddin Ayub, sebulan lepas, patah-patah perkataan dan ayat itulah juga yang diluahnya.

Isterinya, Shamsidar Tahrin juga merasai apa yang dirasai oleh Azmin. Isteri itu lebih tahu gerak geduk cemas resah suaminya dalam menanti sesuatu yang gedek itu. Sahamsidar yang ketika itu berada di sebelahnya tenang dan penuh kesabaran menghadapi pelbagai cerita dan kerenah disebalik jawatan MB membabitkan suaminya.

"Benda ini dah lama ...kita bersabarlah sahaja," komennya ringkas menunjukkan beliau sudah tidak mempunyai ghairah lagi untuk melihat jawatan MB dipangku oleh suaminya. Seolah-olah Shamsidar tidak percaya bahawa suaminya akan menduduki kerusi itu apabila menyedari betapa tebal dan panjangnya tembok menghalang Azmin dari "merukah" ke kerusi MB itu. Sikap isteri sebeginilah juga yang membantu kejayaan Azmin sebagai seorang pejuang politik.

Sesungguhnya jalan dan denai dilalui Azmin terlalu panjang dan masa diambil terlalu lama sebelum dapat menghadap Sultan dan mengangkat sumpah memegang jawatan jam 10:30 pagi ini. Bayangkan bagaimana kalut dan gegernya soal siapa pengganti Khalid Ibrahim. Sejak ia meletus ada berbagai versi dan balada ada yang tragis, dramatik dan sebagainya berlaku.

Sebenarnya sejak tahun 2010 lagi angin atau angan-angan untuk menaikkan Azmin sebagai MB sudah berlangsung. Ia menjadi buah mulut apabila Khalid setelah tiga tahun menjadi MB, dikatakan gagal melayani kerenah orang politik sebaliknya terlalu keras dan tegas sebagai MB dan melupai rencah ratus politik. Saya pernah mengajukan kepada Azmin suatu hari di parlimen mengenai masa dan ketika beliau akan mengganti Khalid; "bila lagi Min?" tanya saya. Dia nampak kekok dan menjawab (saya tahu sekadar melayani saya), dengan berkata;  "InysAllah selepas raya."

(Ketika itu ada seorang rakannya yang telah berpaling tadah dan menjadi kutu berahak jalanan memperli Azmin, kalau dia jadi MB, bagilah jawatan driver kepadanya).

Ternyata walaupun selepas beberapa kali raya dan sehingga memakan lebih tiga tahun, proses itu tidak juga menjelma. Paling meralatkan lagi apabila selepas PRU ke-13 Khalid masih lagi menjadi MB. Khalid kukuh berada di kerusi MB. Tekanan dan asakan dibuat oleh parti tidak menjadi, dan Khalid selesa di kerusinya. Manakala orang yang mengidamkannya sudah penasaran amat.

Khalid sepatutnya melepas jawatan itu kepada Azmin tiga lepas tahun lagi. Tetapi tidak berlaku apabila Khalid sudah merasai enak menjadi MB dan sudah seronok bergelumang dengan kuasa. Apa lagi dia sudah dikukuhi oleh gerombolan yang menjadi benteng dan mempertahanakan kedudukannya sebagai MB. Asakan oleh orang berkepentingan menjadikan Khalid liat dan ampuh buat seketika.

Suasana itu menyebabkan Azmin semacam kempunan dan hampir berputus asa. Azmin tidak berfikir lagi dia akan mudah mengganti Khalid. Khalid menjadi begitu kukuh dan kuat. Apabila Anwar Ibrahim sendiri mengambil alih usaha untuk menyingkirkan Khalid, menerusi projek Kajang Move, maka Azmin merasakan harapannya sudah tidak ada lagi. Projek Kajang Move yang gagal total adalah pelan untuk menyingkirkan Khalid, dengan Anwar sendiri bertindak sebagai penggantinya. Projek itu pun dilaksanakan apabila usaha menggantikan Khalid dengan Azmin secara normal gagal.

Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak ada sebarang niat untuk menjadi MB. Beliau didolar apabila projek Kajang Move gagal. Azizah hanya menjadi pengganti kepada Anwar dan calon MB secara bidan terjun. Walaupun langkah seterusnya, projek itu sudah tidak sepatutnya, tetapi ia dilakukan juga. Mereka yang anti dan irihati dengan Azmin dalam PKR, terus menyakinkan publik bahawa Wan Azizah mampu dan sesuai untuk menganti Khalid. Walaupun ada berbagai halangan, baik dari rakan dalam Pakatan Rakyat atau istana sendiri, tetapi usaha terus juga dilakukan hinggalah ke saat-saat terakhir.

Apa yang berlaku kepada Wan Azizah sudah berlaku dan sedikit sebayak mencalarkan keperibadian dan saksiahnya sebagai pemimpin, isu dan suami mithali.

Usaha untuk menghalang Azmin daripada menjadi pengganti kepada Khalid diteruskan bukan sahaja dengan memperalatkan Wan Azizah, tetapi menerusi pemilihan dalam parti. Pencabaran kepada Azmin dilakukan menerusi perebutan jawatan timbalan presiden PKR. Tidak ada sebab untuk Azmin dicabar dan peranannya dalam parti menerusi jawatan timbalan presiden itu kerana beliau cukup perform dengan jawatan itu. Tetapi kerana untuk memastikan Azmin terkeluar daripada disenaraikan menjadi calon MB, maka ia dilakukan.

Yang memberi cabaran kepada Azmin sebagai timbalan presiden, seterusnya untuk menafikan Azmin daripada dilantik menjadi MB bukan seorang, datangnya hanya dari Khalid Ibrahim, tetapi daripada Saifuddin Nasution Ismail dan juga Rafizi Ramli, Fakeh Hisin dan lain. Cabaran ini walaupun sukar untuk dimenangi kerana track recrod yang ada kepada Azmin, tetapi ia ingin memberi petunjuk bahawa ramai orang tidak senang dan suka dengan Azmin. Itu sahaja. Taktik untuk membunuh imej Azmin sebagai timbalan dilakukan, bertujuan agar dunia melihat Azmin tidak disenangi.

Bagaimana pun Alhamdulilah, Azmin dapat mendepan cabaran itu dengan kedua-dua pencabarnya yang sepatutnya bersatu dan berpakat antara satu sama laian untuk melawan Azmin, apabila mereka kecundang dan rebah makan tanah. Barang kali elok kalau mereka yang ada niat tidak baik yang dilaksanakan atas nama demokrasi menginsafi dan bertaubat atas apa yang dilakukan itu. Khalid sudah menyelesaikan tugas menganggu Azmin tetapi yang lain, khasnya Safuddin nampaknya masih terus. Tidak ada cara lain untuk Saifuddin kembali disanjungi dan dihormati persis sebelum ini melainkan memberi kerjasama dan membantu Azmin.

Tribulasi dan cabaran dilalui Azmin bukan sahaja dari partinya sendiri, tetapi ulah dan tindak tanduk Pas turut sama menyulitkan keadaan. Politiking atau pun kesempatan yang diambil Pas untuk kepentingan parti dan oknum tertentunya, walaupun ia dianggap tidak menghormati konsensus Pakatan Rakyat, menganggu atau pun turut memalapkan harapan Azmin untuk menjadi MB. Bagaimana pun ia bernasib baik kerana Pas akhirnya sedar diri dengan apa yang telah dipersetujui selama ini yang dibentuk dalam Pakatan Rakyat, akhirnya memberi laluan kepada Azmin secara izin dalam paksa atau senyum digulung kepahitan tawa.

Jalan-jalan atau pun rentetan peristiwa yang berlaku selama empat tahun ini yang terpaksa dilalui Azmin sebelum menaiki kerusi MB, bukan perkara senang dan mudah, melainkannya ia adalah cabaran berapi buatnya. Kejayaan dan berkeberhasilan itu juga adalah kerana kesabaran dan kegigihan serta sikap takwakal yang tinggi kepada Allah. Melihat kepada sifat dan sikap yang ada kepada Azmin, yang tenang tetapi berjiwa "Bugis" seorang fighter, sewajarnya kalau beliau dinobat menjadi MB Selangor.

Berdasarkan kepada rekod perjuangan serta penampilan diri sebagai seorang pemimpin dan pengurus bersistemetik, diyakini Azmin mampu memikul tugas dan tanggungjawab yang berat sebagai MB itu. Apapun jaya atau gagal Azmin turut sama terletak kepada sejauh mana komitmen partinya membantu beliau dan juga keikhlasan rakan Pas dan DAP dalam sama-sama menjulang tugas demi rakyat bersamanya. Selain memetakan semula pembangunan negeri dan rakyat Selangor, Azmin juga perlu mewajahkan dirinya sebagai permersatukan ummah.

Syabas dan tahniah kepada Azmin dan juga isterinya yang menjadi pendamping pemimpin yang baik. Selamat bertugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab serta jangan sesekali lupa akan keringat dan airmata yang tumpah semasa melalui jalan ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu.

Isu pembuangan pekerja KTM perlu diselesaikan

SINAR HARIAN

KTMB KTM
 
 
 
KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) meminta Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia campur tangan selain segera menyelesaikan kemelut KTMB, terutama isu pemberhentian 27 pekerjanya tanpa notis.

Presiden KPPKTMB Abd Razak Md Hassan berkata isu itu perlu diselesai segera kerana 15 lagi telah digantung kerja manakala 88 orang menerima notis tunjuk sebab.

Pada 9 Mei lepas, sejumlah 27 pekerja diberhentikan kerana dikatakan terbabit dalam piket menuntut Presiden KTMB Elias Kadir meletak jawatan. 

"Tindakan memberhentikan pekerja dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana kami juga mempunyai tanggungan keluarga, saya juga seorang daripada pekerja yang telah dibuang," katanya.

Abd Razak berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Perwakilan KPPKTMB ke-12 yang disempurnakan Presiden Kongres Kesatuan  Sekerja Malaysia (MTUC) Khalid Atan di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan piket itu sah di sisi undang-undang dan cara kesatuan sekerja menuntut hak mereka. - Bernama

Ahli Pas perlu akur dengan arahan Hadi


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar ketika Muktamar Tahunan Pas kali ke-60 di Batu Pahat, Johor, hari ini - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar ketika Muktamar Tahunan Pas kali ke-60 di Batu Pahat, Johor, hari ini - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
 
 
BATU PAHAT – [VIDEO] Ahli-ahli Pas perlu akur dengan tegruan dan arahan yang dibuat oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui ucapan penangguhan Muktamar Pas kali ke-60 lalu.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, teguran dan arahan Abdul Hadi itu perlu dilihat dari sudut positif bukannya negatif.

“Ia sangat positif. Cuma ada teguran-teguran yang patut dibuat oleh Presiden kepada ahli (sesi penangguhan) . Sebagai ahli kita akur dengan teguran dan nasihat pimpinan kita.

“Kita harap daripada teguran itu, ia akan menguatkan lagi hubungan. Kita boleh ketepikan soal perbezaan pendapat dan sebagainya. kita akur dengan beberapa arahan Presiden,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurut Tuan Ibrahim, beberapa perkara berbangkit mengaitkan hubungan tahaluf siyasi dengan parti-parti komponen PR yang perlu diperbaiki akan diperbaiki.

“Ada teguran-teguran itu kita anggap positif. Tak boleh kita ambil negatif. Semua sayang PR. Presiden, ahli, perwakilan pun sayang PR.

“Cuma, dalam hubungan itu ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan kita akan perbaiki,” katanya.

Sementara Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berpendapat, terpulang kepada pimpinan tinggi Pas untuk menanggapi segala teguran-teguran yang dibuat sepanjang muktamar berlangsung.

“Saya suka ada dinamik negatif dan positif (dalam muktamar). Barulah ada elektron keluar. Itulah kelebihan Pas, sebuah parti terbuka. Berani beri teguran dan pandangan kedua-dua segi.

“Jadi, terpulanglah kepada tiap-tiap pemimpin untuk mengambil inti sari nasihat-nasihat tersebut. Pada saya, itu semua memperkuatkan lagi Pas sebagai parti yang demokratik,” katanya.

Bagi AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan pula, walaupun terdapat beberapa perkara yang sepatutnya disentuh dalam perbahasan, namun muktamar kali ini disifatkan telah menyeluruh sepanjang ia berlangsung.

“Saya lihat mungkinlah ada satu dua perkara yang tertinggal dalam Ucapan Dasar (Presiden) yang dibahaskan. Tapi secara umumnya perkara-perkara penting itu sampai...dibahaskan.

Khalid Ibrahim mangsa sikap sinisnya terhadap politik

 Oleh Zeanaaima Mohd Yusof

 
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] Kemungkinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus bergelumang dalam politik setelah lebih enam tahun menerajui pentadbiran negeri Selangor, kini hampir pasti adalah sesuatu yang mustahil. 
 
Ini kerana sebaik sahaja mengosongkan pejabat Menteri Besar Selangor, petang semalam, beliau meluahkan pandangan dari lubuk hatinya betapa politik sebenarnya “gelanggang bagi pelawak”.  
 
"Apa yang saya minta penuh kesabaran.. Biar ahli politik berperang,  biar ahli politik berlakon.. Lama-lama mereka menjadi lawak jenaka yang dikenang selamanya," katanya ketika berucap di majlis perpisahan dengan kakitangan kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
 
Kenyataan itu menggambarkan kekecewaannya dan sikapnya yang sebenar terhadap dunia politik – medan orang taksub kuasa dan banyak berpura-pura. 
 
Mungkin yang menyedihkan beliau ialah hasrat berkhidmat di Selangor harus berakhir apabila dipecat oleh parti politik, PKR, yang beliau turut bina sendiri.
 
Khalid menyertai PKR sebelum pilihanraya umum ke-12. Pengalaman korporatnya membantu PKR membentuk persepsi baik di minda rakyat betapa perjuangannya disertai oleh tokoh-tokoh besar seperti Khalid.
 
Apabila tanpa banyak soal, PKR mencalonkannya menjadi Menteri Besar Selangor sebaik sahaja keputusan pilihanraya umum 2008 diumumkan, Khalid berasa cita-citanya ingin berkhidmat sudah tercapai. 
 
Selangor disusunnya sebagai sebuah badan korporat. Beliau amat berhati-hati apabila dikunjungi oleh ahli-ahli perniagaan kerana “melayan kecurigaan bahawa mereka sentiasa berminat untuk membuat untung”.


Khalid juga lebih berhati-hati dengan setiap kunjungan ahli politik kerana memang beliau sinis dengan gelagat mereka yang sentiasa berfikir cara untuk berkuasa. 
 
Malah sejak bergiat dalam dunia korporat dan menggauli politik Umno sebelum itu, beliau amat berwaspada terhadap spesis politik yang “bukan sahaja kemaruk kuasa malah mahu mengaut laba material pada masa sama”. 
 
Ini mendorong ramai ahli perniagaan yang sama ada secara senyap dan terbuka yang mengadu kepada demang-demang politik bahawa Khalid ini bersikap sinis terhadap mereka.
 
PKR tak suka Khalid 
 
Dihimpun dengan pengalaman kebanyakan ahli politik yang melihat dan merasakan sendiri bagaimana Khalid adakalanya bersikap dingin terhadap mereka, kehadiran Khalid sebagai ketua eksekutif Selangor membuat mereka tidak selesa.
 
Sikap sinisnya terhadap ahli-ahli politik ini amat disedari oleh ahli keluarganya sendiri. Ini mendorong ada di antara mereka berdoa supaya Khalid “dibebaskan” dari jawatan politik dan aktif sebagai penyokong sahaja. 
 
Keluarganya khuatir sikap sinis Khalid ini akan dibalas oleh pelbagai fitnah dan cabaran hingga ada yang berseloroh mereka sanggup “menderma pada PKR jutaan ringgit” jika Khalid diizinkan melepaskan jawatan Menteri Besar. 
 
Gelagat “dingin” Khalid ini meresahkan ahli dan pimpinan parti sehingga beberapa kali mereka mendesak pucuk pimpinan “merehat dan menggantikannya” 
 
Maka beliau diturunkan dari menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor supaya dapat menumpukan perhatian mentadbir negeri pada tahun 2010.
 
Keadaan ini menyebabkan Khalid semakin jengkel dengan ahli politik dan beliau semakin sukar “menyembunyikan” ketidakselesaannya bergaul dengan mereka. 
 
Khalid berkira beliau mempunyai pengalaman cukup untuk mengendalikan tanggungjawab seorang Ketua Eksekutif untuk mengemudikan Selangor menurut acuan beliau sendiri. 
 
Beliau semakin menjarakkan diri dari orang politik dan sering ponteng mesyuarat Biro Politik PKR. Ini merenggangkan lagi beliau dari dunia politik PKR.
 
Apabila tidak terkawal resahnya terhadap permainan politik dalam parti, Khalid berkira cara terbaik “melentur sikap ahli politik” ialah dengan bersaing  merebut kuasa politik. Beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden tetapi kalah. 
 
Akibatnya, tekanan dan lakonan kelompok politik semakin membebankannya dan akhirnya beliau dipecat dari PKR kerana ingkar perintah berhenti menjadi Menteri Besar. 
 
Maka Khalid membuat kesimpulannya sendiri. Politik ialah untuk pelakon dan orang gemar berperang yang akhirnya akan diketahui umum mereka sebenarnya hanya pelawak.
 
Selamat tinggal Khalid, mujur anda tidak jadi badut politik.

Sultan Selangor: "Kenapa beta pilih Azmin"

 Oleh Wan Anis Ilyani W. M. Azhar

 
Post Pic



KLANG: Sultan Selangor hari ini bertitah pelantikan Azmin Ali sebagai MB baharu Selangor adalah berasaskan keyakinan beliau mempunyai sokongan bulat PKR, PAS dan DAP untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, baginda menegaskan pelantikan Timbalan Presiden PKR itu adalah mengikut undang-undang tadbir kerajaan negeri.
 
"Ingin dijelaskan lagi sekali bahawa Sultan Selangor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain daripada menasihati menteri besar.
 
"Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan.
 
Kenyataan istana itu menyusul kurang 24 jam selepas PKR menegur Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai MB.
 
Majlis Pimpinan Parti dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Wan Azizah paling layak menyandang jawatan itu kerana mempunyai sokongan 30 daripada 56 ADUN negeri.
 
Wan Azizah bagaimanapun semalam menarik balik pencalonanya dan berkata parti itu menyokong penuh Azmin kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan.
 
Kata Munir, Azmin dilantik sebagai MB kerana kedudukannya dalam PKR dan juga sebagai ADUN Bukit Antarabangsa.  
 
"Yang Berhormat Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR dan oleh itu sultan mempunyai keyakinan seorang timbalan Ppresiden yang dipilih pasti mempunyai sokongan padu bukan sahaja dari PKR malah dari PAS dan DAP yang membentuk kerajaan gabungan untuk mentadbir kerajaan Selangor," kenyataan itu dipetik.
 
Sehubungan itu dengan pelantikan yang baharu ini, Sultan Selangor mengharapkan Azmin sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan di dalam pentadbirannya kelak.
 
"Sultan Selangor berharap agar Mohamed Azmin Ali dapat menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab, jujur, ikhlas dan berintegriti yang tinggi dan akan sentiasa mendahului kepentingan rakyat Selangor di dalam pentadbiran beliau," kenyataan itu dipetik berkata.

MB baharu tentukan kedudukan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor

Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Sama ada jawatan Penasihat Ekonomi Selangor dikekalkan atau tidak, perkara itu akan diputuskan oleh Menteri Besar Selangor yang baharu Azmin Ali, demikian menurut Dr Yunus Hairi.
 
Beliau yang merupakan Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu berkata, keputusan untuk menutup pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu dibuat dalam Mesyuarat Exco di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
"Saya ingat kita tidak bincang tentang pemecatan Anwar Ibrahim cuma dalam Mesyuarat Exco kita membuat keputusan menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (kerana) ia tidak berfungsi dan memakan jumlah (perbelanjaan) yang agak besar. Itu sahaja.
 
"Terpulang kepada menteri besar yang baharu sama ada akan terus mewujudkan jawatan itu ataupun tidak," katanya kepada wartawan di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.
 
Semalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju supaya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di Plaza Perangsang ditutup berkuatkuasa serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.
 
Kerajaan negeri berpendapat urusan melibatkan hal-ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC).
 
Perkara tersebt diumumkan oleh CEO Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin menerusi satu kenyataan.
 
Jawatan itu Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jalan yang hak itu berduri-duri, jalan yang bathil itu dipenuhi keju dan roti yang enak




Tok Guru Haji Hadi Awang (TGHA) dalam ucapan penggulungan Muktamar partinya berkata beliau tidak dapat mengikut tindakan DAP dan PKR dalam isu Menteri Besar Selangor kerana jika diikuti, PAS terpaksa mengorbankan banyak prinsip perjuangan parti.

PAS telah melalui waktu yang pahit dalam menghadapi isu Menteri Besar Selangor kerana PAS mempunyai pendirian yang berbeza dalam isu ini. TGHA berkata apabila kita ada Raja yang mengetuai Agama Islam dan berkaitan dengan Melayu, PAS tidak boleh berpeluk tubuh dan terpaksa membuat pendirian.

Pendirian itu sejajar dengan prinsip perjuangan partinya sambil bekerjasama dengan dua parti lain, iaitu DAP dan PKR yang mempunyai prinsip yang berbeza diantara satu parti dengan parti yang lain. TGHA telah bertegas untuk tidak mahu lagi partinya dijadikan sebagai 'alat dan kenderaan' bagi parti-parti lain untuk mencapai matlamat dan tujuan yang terlalu berbeza dengan matlamat PAS itu sendiri.

TGHA juga melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan dua orang ADUN dari PAS yang dengan tergesa-gesa menandatangani akuan bersumpah untuk memberikan sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Sikap tidak bertanggungjawab dua ADUN itu tidak dapat diterima oleh TGHA dan beliau beranggapan mereka sebagai pemimpin yang boleh dijual beli dalam perjuangan mereka. TGHA bertanya, mana yang lebih kuat bai’ah atau akuan bersumpah?

TGHA menambah yang beliau tidak sanggup mengenepikan asas dan prinsip parti itu semata-mata kerana hendak mendapat kuasa. Lain-lain makna kata-kata TGHA itu ialah kita tidak boleh mengambil pendirian tindakan menghalalkan cara dalam mendapat kuasa.

Apa pun kerjasama diantara ketiga-tiga parti itu bukannya kerjasama yang ‘formal’ kerana Pakatan Rakyat tidak terdaftar. Ia hanyalah kerjasama dalam usaha memenangi pilihanraya sahaja. Itu sebabnya dalam Pakatan Rakyat, DAP menentang penubuhan negara Islam sedangkan PAS bermatlamatkan untuk mencapai taraf negara Islam.

Mencari ‘reconciliation’ diantara prinsip DAP dan PAS tentang isu kerajaan negara Islam ini tidak mungkin dapat dicapai sampai bila-bila kerana PAS tidak mungkin duduk berbincang kepada mereka yang anti-negara Islam itu.

PAS tidak mungkin betul jika parti itu mengharapkan DAP untuk menyelesai dan mencapai matlamat dan ‘ultimate’ PAS dalam memperjuangkan Islam itu. PAS mesti memahami yang didalam Islam itu sendiri perlu mempunyai ‘point of reconciliation’ diantara hukum syariat dan perlaksanaan prinsip Islam yang berdasarkan kepada hukum fekah dan hakikat dan ini memerlukan teman dan taulan yang memahami kedua-dua elemen didalam Islam itu.

PAS sudah mulai sedar yang berkompromi dengan prinsip perjuangannya semata-mata untuk mendapat sokongan maka akhirnya parti itu akan dipermainkan oleh rakan sendiri dan menggunakan parti itu sebagai ‘papan landasan untuk menyiang ikan dan memecahkan tulang-tulang yang keras’ sahaja.

TGHA berkata dalam Muktamar dua hari lepas yang PAS wajar kembali untuk menyandarkan harapan kejayaan perjuangannya dalam keredhoanNya maka amat wajar dari syariatnya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan mengikut kehendakNya bagi menyediakan tempat rahmat itu sampai dan diletakkan olehNya.

PAS sepatutnya memerangi perlakuan mana-mana pihak untuk mendapatkan laba dengan cara yang tidak diredhoiNya dan agama telah menetapkan cara syariatnya segala perkara yang boleh dijadikan tanda arah untuk melalui jalan yang di redhoi itu.

Bagi mereka yang inginkan rahmat ia juga telah ditentukan syaratnya. Untuk mendapatkan rahmat dan keredhoan pemimpin itu wajar menjauhi kumpulan yang dipandu oleh nafsu semata-mata, kerana nafsu itu adalah alat panduan ‘evil and devilish elements’.

Jika pemimpin itu sentiasa dikellilingi oleh kumpulan yang sentiasa memperjuangkan ‘evil courses’ tidak akan sampai keredhoan yang dicari itu. Hanya jika kita telah terjumpa hikmahnya jangan sekali-kali berundur dari melakukan tindakan yang benar walaupun ia perit untuk dilakukan.

Jalan untuk mencari kebaikan dan keredhoan itu semestinya jalan yang amat sukar. Untuk mendapatkan hasil yang tidak diredhoi dan yang boleh memusnahkan manusia itu mudah untuk dicari dan dijumpai.

Jalan ke syurga itu dipenuhi dengan onak dan duri dan sebaliknya jalan ke neraka itu dipenuhi oleh keju dan roti yang enak-enak. Tetapi jika PAS merasakan terlalu payah untuk melalui jalan yang diredhoi itu, masa masih banyak untuk melalui jalan yang dipandu oleh yang bathil dan kufur yang luas dan terbuka itu. tentu ia akan disambut dengan gegak gempita dari mereka yang menaja kebathilan itu.

Itu PAS sendirilah yang menentukan jalan mana yang hendak dilalui mereka

[OFF-POLITIC] Pelajar IPTA Tidak Senonoh Dalam Bas Ditahan

KELAB GREENBOC




Kuantan – Polis menahan sepasang kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terengganu menuju Kuala Lumpur pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pemandu bas berkenaan kira-kira 2.01 pagi.

“Dia mendapati pasangan itu yang berumur 20 tahun sedang melakukan perkara tidak senonoh di tempat duduk penumpang ketika di Chendor dekat sini.

“Berikutan itu pasangan tersebut yang merupakan pelajar jurusan Diploma Perakaunan sebuah insitusi pengajian tinggi awam di Terengganu ditahan untuk diambil keterangan,” katanya.

Pasangan berkenaan yang sedang bercuti untuk mengulang kaji pelajaran, mengaku melakukan perbuatan itu. – Bernama

ULASAN GB

Bagus bila ada pemandu bas yang membuat aduan dan laporan seperti di atas.

Kerja-kerja maksiat di dalam bas ekspres telah lama berlaku. Kejadian-kejadian kemalangan buruk yang melibatkan bas ekspres sebagai satu "pemberitahuan dari langit" tidak pernah diambil pelajaran.

Trend baru remaja-remaja IPTA/IPTS kini ialah dengan membawa pasangan dengan kereta sendiri.... Banyak juga kemalanagn dilaporkan berlaku melibatkan pelajar-pelajar berkereta ini. Tetapi maksiat di kalangan pelajar IPTA/IPTS ini terus berlaku kerana tiada undang-undang yang menghalang mereka berbuat demikian.

Paslah Yang Sebenarnya Pecat Anwar!!

shahbudindotcom


Sebelum mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor semalam, Khalid Ibrahim masih sempat lagi membuat keputusan yang menggambarkan dendam di penghujung kariernya sebagai ketua kerajaan negeri iaitu menamatkan tugas Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi.

Menurut pengumuman yang dibuat oleh Faekah Husin, CEO MBI, mesyuarat Exco terakhir yang dipengerusikan Khalid juga membuat keputusan menutup pejabat berkenaan dengan serta-merta bagi menjimatkan kos.

Sambil mengucapkan terima kasih atas sumbangan Anwar selama ini, Faekah juga mengatakan adalah wajar pejabat berkenaan ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan menjaga ekonomi dan pelaburan kerajaan negeri.

Dengan keputusan itu, tidak syak lagi ramai yang beranggapan bahawa Khalid memang berdendam dan marah kepada Anwar. Beliau bukan setakat menamatkan khidmat, malah menutup terus pejabat bekas bossnya itu.

Jika Khalid hanya terpaksa menamatkan tugasnya sebagai Menteri Besar, seiring dengannya Anwar pula ditamatkan tugas dan ditutup terus pejabatnya. Dengan tindakan ini, Khalid nampaknya berjaya menjimatkan wang kerajaan negeri sebanyak RM1 sebulan untuk bayaran gaji Anwar itu.

Ada juga yang beranggapan Khalid seperti budak-budak kerana tindakannya menamatkan khidmat Anwar itu. Hanya kerana marah, terus dipecatnya Anwar. Walaupun jika mahu, Menteri Besar baru, Azmin Ali boleh melantik Anwar semula ke jawatan itu tetapi tentulah ia juga memerlukan proses tertentu, termasuk dibawa ke mesyuarat Exco semula.

Memang diakui Khalid ada sedikit dendam dan marah kepada Anwar tetapi yang sebenarnya menjayakan dendam dan marah itu dilangsaikan ialah empat orang Exco Pas yang ada bersama Khalid sekarang. Persetujuan empat Exco Pas inilah yang menyebabkan Anwar dipecat dan pejabatnya ditutup.

Oleh kerana hanya empat Exco Pas saja lagi yang tinggal bersama Khalid, jika mereka tidak bersetuju dengan penamatan itu, pastilah ia tidak akan berlaku. Kenapakah empat Exco Pas juga setuju Anwar dipecat?

Ini menunjukkan selain Khalid yang marah dan berdendam dengan Anwar, empat Exco Pas juga seperti turut "sakit hati" dengan Ketua Umum PKR itu.

Nampaknya, kemarahan Pas, terutamanya golongan yang setia dan wala' kepada Haji Hadi Awang terhadap Anwar Ibrahim yang dianggap mencetuskan kemelut ini sepertimana yang ditunjukkan dalam muktamar baru-baru ini, masih lagi berterusan.

Walaupun Pas pernah mencalonkan Azmin bersama-sama Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid pada mesyuaratnya 17 Ogos lalu, pencalonan itu sebenarnya sudah pun terbatal apabila pada 3 September, Haji Hadi mengemukakan tiga nama lain iaitu Dr Idris Ahmad, Yaakob Sapari dan Iskandar Abdul Samad kepada Sultan Selangor.

Dengan Azmin yang turut dianggap rapat dan paling setia kepada Anwar menggantikan Khalid, Pas jelas tidak mahu kelibat beliau terus membayangi dan memainkan peranannya lagi selepas ini.

Walaupun Khalid yang mencadangkan penamatan khidmat Anwar ini, ia tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa persetujuan empat Exco Pas itu. Malah jika tiga orang tidak setuju pun, keputusan majoriti tidak dapat dicapai.

Maka, Pas juga turut memecat Anwar sebenarnya.

Apalah gunanya gred ‘A’ jika dari soalan bocor

AMIDI ABDUL MANAN 


Kebocoran soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini amat memalukan. Antara objektif UPSR ini adalah untuk mengukur kebolehan dan kemahiran pada peringkat asas persekolahan di Malaysia.

Jika seseorang pelajar itu mendapat keputusan yang memberangsangkan, dia bepeluang mendapat tempat ke sekolah-sekolah menengah terpilih yang berprestij. Itulah peluang (mendapat tempat di sekolah terpilih) yang dihambat oleh masyarakat kita bermati-matian. Sanggup bergolok-gadai demi memenuhi impian tersebut. Sanggup juga dikorbankan fasa kanak-kanak dalam proses pembesaran anak-anak.

Anak-anak telah dipaksa menghadiri kelas tambahan, tuisyen, bengkel dan seminar semata-mata mengejar impian tersebut. Anak-anak hilang keseronokan bermain kerana terpaksa mengikuti rutin yang telah ditetapkan oleh ibu bapa dan pihak sekolah.

Pada persepsi ibubapa pula, mereka bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Lantas para ibu bapa menyimpulkan pendidikan terbaik mestilah datang bersama sekolah yang terpilih tersebut.

Maka dijadikanlah ukuran kejayaan pendidikan anak-anak adalah mendapat tempat di sekolah terpilih, jika gagal maka kegagalan itu adalah kegagalan ibubapa mendidik anak-anak.

Kenapa obsesi terhadap sekolah terpilih ini wujud? Jawapannya adalah segala rencah kecemerlangan akademik wujud pada sekolah tersebut.

Kemudahan, kecanggihan prasarana, guru berpengalaman, kepimpinan sekolah yang mantap dan seribu satu kelebihan dan keutamaan. Timbul pula persoalan berikutnya adalah, kenapa wujud sekolah yang sedemikian keutamaannya?

Adakah sekolah ini sahaja jaminan kepada pendidikan yang cemerlang? Kenapa dilonggokkan seribu satu kelebihan pada sekolah tersebut? Siapakah yang melonggokannya?

Jawapannya terletak pada pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan akhirnya Kementerian Pendidikan itu sendiri.

Apabila keputusan UPSR, PMR, SPM/V dan STPM/ STAM diumumkan, maka turut sama dikeluarkan adalah kedudukan (ranking) negeri mengikut Gred Purata Keseluruhan (GPS) bagi setiap mata pelajaran dan lain-lain statistik seumpamanya.

Lantas para Pengarah Pendidikan Negeri berasa bahawa ini merupakan tanggungjawab semasa mereka menjawat jawatan tersebut dan boleh digunakan untuk menggapai kedudukan yang lebih baik lagi.

Oleh itu, para pengarah ini berlumba-lumba merencana program dan strategi untuk meningkatkan prestasi GPS negeri masing-masing. Segala sumber kekayaan negeri dicurahkan demi mencapai hasrat tersebut. Hampir 70% sumber pendapat yayasan negeri dibelanjakan untuk meningkatkan pencapaian akademik ini.

Inilah kitaran pemusnah (vicious circle) pendidikan. Pendidikan di Malaysia yang berfalsafahkan individu yang seimbang secara harmonis dan berketrampilan sudah dimusnahkan oleh kitaran peperiksaan ini.

Perbincangan berkaitan falsafah ini sudah semakin dipinggirkan dan tidak lagi menjadi topik sentral dalam dunia pendidikan negara pada hari ini.

Kitaran ini perlu dihentikan sebelum ia meratah rakus satu persatu kriteria yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Membiarkan kitaran ini berterusan akan menyebabkan masyarakat Malaysia kehilangan jati diri dan lebih teruk lagi hilang kemanusiaannya. Apabila ini terjadi maka kita akan kehilangan satu sifat yang terpenting dalam kehidupan iaitu sifat ‘malu’.

Hilangnya sifat ini, membuatkan kita berani melanggar prinsip dan kebenaran kerana benteng dalaman diri telah roboh dan berkecai. Maka kebobrokan dalam masyarakat akan terus berlaku dan menjadi semakin parah.

Oleh yang demikian, segala obsesi terhadap peperiksaan perlu dtangani dengan cermat. Kembalikan fungsi peperiksaan sebagai dapatan guru terhadap kualiti pengajarannya sama ada yang berbentuk kaedah (pedagogi) mahu pun kesediaan belajar (psikologi) para pelajar.

Sudah tentu sebagai warga pendidik yang bertanggunjawab akan menunaikan objektif pendidikan sebagaimana yang dihasratkan oleh negara. Konsep ‘ajar sampai jadi’ perlu dihayati oleh setiap pendidik. Ia memerlukan sokongan ibu bapa bagi merealisasikan hasrat ini.

Jika konsep ‘kemenjadian’ ini tercapai, tiada lagi istilah sekolah terpilih kerana hantarlah anak bersekolah dimana-mana sekolah pun, insya Allah penguasaan teori dan praktikal juga emosi dan rohani akan dapat dicapai.

Di sinilah terletaknya keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ia adalah usaha untuk memutuskan kitaran pemusnah ini.

Setiap guru diberikan ruang secukupnya untuk mengajar, menguji dan melakukan pembaikan bagi setiap kelemahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Guru juga diangkat agar pentaksiran yang dilakukannya diperakui oleh masyarakat dan ia bermula dari para ibubapa, terutamanya ibubapa yang juga dalam kalangan guru.

PBS ini amat penting bagi memberi gambaran yang setepatnya terhadap proses pendidikan yang dilalui oleh anak-anak kita.

Apalah gunanya gred ‘A’ sekiranya ia diperolehi dari kebocoran soalan. Apalah gunanya gred ‘A’ sekiranya ia diperolehi dari usaha yang curang dan tidak bermoral. Mungkin ada pertanyaan sekiranya PBS hanya mengandungi prestasi dari kaca mata seorang guru, maka bagaimana kita mahu menggredkan pelajar yang layak ke IPT-IPT atau kursus-kursus tertentu? Jawapannya adalah perkenalkan peperiksaan kemasukan (entrance exam). Ia telah diamalkan oleh banyak negara.

Hampir kesemua pelajar sekolah kita yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara menduduki peperiksaan ini. Sebagai contohnya para pelajar yang mahu memasuki Universiti al-Azhar, Mesir perlu menduduki peperiksaan kemasukan yang dinamakan imtihan qabul tanpa mengira gred yang diperolehi pada peperiksaan STAM. Begitu juga saya difahamkan kemasukan untuk IPT di negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain.

Sememangnya insiden kebocoran soalan UPSR adalah satu tragedi yang besar dalam dunia kependidikan Malaysia. Namun formula penyelsaian jangka panjang telah pun ada.

Namun kekehuatiran tetap wujud apabila Peperiksaan TIngkatan 3 (PT3) akan dilaksanakan pada bulan Oktober ini. Ia sekali lagi akan menguji integriti guru kerana perebutan tempat ke sekolah-sekolah terpilih masih belum dihentikan sepenuhnya.

(*)  Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Polis siasat soalan bocor hingga lubang cacing - Zahid

BERNAMA 


TUMPAT: Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan polis akan menyiasat isu kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga ke 'lubang cacing' dan mengheret mereka yang terbabit ke muka pengadilan.
  
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu kebocoran UPSR itu adalah membabitkan soal integriti dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam soal berkenaan.
  
"Saya bagi tahu kita tidak akan lindung mana-mana pegawai kanan atau guru besar atau guru atau mana-mana lagi yang terlibat dalam isu kebocoran kertas UPSR ini.
  
"Kita tidak boleh berkompromi kerana ini soal integriti dan polis akan siasat sampai ke 'lubang cacing' untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab," katanya selepas menghadiri kenduri kampung bersama masyarakat di Kampung Kajang Sebidang di sini, malam tadi.
  
Sebelum ini soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatal dan ditangguhkan kerana berlaku kebocoran itu.
  
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.
  
Dua hari lepas polis menerima laporan mengenai kebocoran dua lagi kertas peperiksaan UPSR iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.
  
Semalam Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1  dan Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Okt setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik seperti percetakan dan pengedaran.
  
Mengulas perkara itu lagi Ahmad Zahid menyifatkan mereka yang terbabit dalam isu kebocoran itu sebagai `gunting dalam lipatan' dan `harapkan pagar, pagar makan padi' yang tidak boleh dimaafkan.
  
"Ini kes jenayah kerana ini adalah pecah amanah dan polis akan lihat jika ada aspek kesalahan jenayah yang lain lagi," katanya.  
  
Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno ketika mengulas isu politik di Selangor turut merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan banyak jasanya kepada rakyat negeri itu.
  
"Kami (Umno) menghargai Tan Sri Khalid yang telah mentadbir Selangor dengan baik selama enam tahun," katanya.
  
"Saya fikir ini bukan sekarang dan kami mengalu-alukan Tan Sri Abdul Khalid sebagai ahli Parlimen Bebas dan berharap ia mesra kepada Barisan Nasional," katanya, katanya ketika menyentuh sama ada Abdul Khalid akan dipelawa menyertai Umno.
  
Semalam adalah hari terakhir buat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang akan diambil alih Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali.
  
Majlis mengangkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu itu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pagi ini. - Bernama

Umno makin tertekan menjelang hari mengundi

MOHD NOR YAHYA 


TUMPAT: Menjelang hari pengundian Khamis ini, Umno jelas semakin tertekan apabila mengedar risalah dan menaikkan sepanduk berunsur provokasi sebagai senjata akhir mereka.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno semakin tertekan dengan perubahan sikap pengundi di Dun Pengkalan Kubor sekarang.

“Ini membuatkan mereka berada dalam kepanasan sehinggakan banyak papan-papan iklan serta sepanduk digantung boleh menimbulkan ketegangan.

“Kita amat berharap pihak berkenaan dapat mematuhi arahan SPR bagi membuang seberapa segera papan iklan tersebut,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beberapa hari lalu Umno menaikkan papan iklan gergasi berkaitan royalti di mana ditulis “RM12 bilion Fitnah Besar PAS”.

Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Induk PAS PRK Pengkalan Kubor berkata, PAS ada menerima salinan surat SPR yang telah bertindak terhadap papan iklan berunsur provokasi dipasang pihak tertentu. - HARAKAHDAILY

Istana perjelas sebab Azmin dipilih MB baru S'gor




Petikan Malaysiakini



Istana Selangor menjelaskan bahawa kelewatan pelantikan menteri besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam Pakatan Rakyat dalam pencalonan menteri besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos untuk mencalonkan lebih dua nama, menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Menurutnya, Azmin dipilih kerana Sultan mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya beliau pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

"Baginda mengambil maklum bahawa kerajaan negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti PAS, PKR dan DAP.

"Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa menteri besar Selangor perlu dilantik di kalangan ADUN PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti Pakatan Rakyat di Dewan Negeri Selangor," katanya.

Kenyataan tersebut juga menyatakan Azmin, yang dilahirkan di Singapura telah bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968.

Azmin mendapat surat lantikan dari Istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan tanda tanya siapa bakal menerajui negeri terkaya di Malaysia ini.

PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong Azmin memberikan sokongan majoriti kepada beliau.

Kedua parti itu sebelum ini hanya menghantar satu nama iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga ditegur oleh Istana yang mahukan lebih dari dua nama dari setiap parti.

PAS pula telah menyatakan akan mengikut pilihan dari Sultan Selangor.

Bagaimanapun Munir tidak memberikan sebab mengapa Wan Azizah ditolak.

Beliau dalam kenyataan sama turut menyanggah kenyataan yang mendakwa Sultan Sharafuddin Idris Syah telah mencampuri pentadbiran kerajaan negeri termasuk pelantikan menteri besar Selangor.

"Untuk makluman umum, ingin dijelaskan sekali lagi bahawa Sultan Selangor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain dari menasihati Datuk Menteri Besar Selangor.

"Di dalam urusan pelantikan menteri besar, Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," kata beliau.

Azmin Seorang Yang Berprinsip - Isteri

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
AMPANG: Shamshida Taharin menggambarkan suaminya, Azmin Ali yang baharu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sebagai seorang yang berprinsip, profesional, sabar serta penuh semangat.

Shamshida,49, yang telah berkahwin dengan Azmin sejak 26 tahun, berkata: "Azmin seorang yang penuh semangat dan amat mengambil berat terhadap parti serta rakyat. Parti menjadi keutaamaannya dan dia mahu bekerja untuk rakyat.

"Ketika ditemuramah di rumahnya pada Isnin, Shamshida berkata, suaminya sangat teliti, teratur dan mahu menjadi sesuatu perkara itu selesai dengan yang dikehendaki".

Shamshida secara berseloroh menganggap ini adalah latihan kerana Azmin mempunyai Sarjana Pendidikan Matematik.

Sebagai seorang bapa, Azmin seorang yang tegas namun amat mengambil berat dan tidak pernah gagal dalam mengadakan masa untuk majlis hari jadi  kepada tiga orang anak lelaki dan tiga anak perempuannya, yang berumur 12 hingga 24 tahun, jelas Shamshida.

Dua daripada anaknya itu masih lagi bersekolah, manakala yang lain berada di pusat pengajian tinggi.

"Hari jadi atau makan malam bersama perkara yang akan dilakukan walaupun jadualnya sangat sibuk."

Biarpun Shamsidar mempunyai ijazah dalam bidang kewangan, beliau sangat gemnira menjadi surirumah.

"Saya akan menguruskan hal ehwal di rumah sebaik mungkin, jadi dia tidak akan bimbang mengenai keluarga dan anak-anak," tambahnya.

Rakyat Bimbang, Kesal Pengunduran Khalid Sebagai MB

Oleh: WANI MUTHIAH 
 
 
Abdul Khalid Ibrahim.
 
 
 
KLANG: Kebimbangan dan rasa kesal timbul di kalangan rakyat di Selangor di saat menantikan siapa akan dinamakan sebagai menteri besar yang baharu.
Walaupun ramai penyokong Pakatan Rakyat begitu kritikal terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mahu beliau disingkirkan, tetapi ramai rakyat yang berasa kecewa dengan pengunduran beliau.
Ejen insurans, Mandy Chee, 33, berkata dia akan mengenang Khalid sebagai menteri besar.
"Dia seorang yang baik dan merendah diri. Secara peribadi, saya merasakan ciri-ciri ini adalah penting dalam seorang pemimpin.
"Dan, dia juga sentiasa tersenyum," kata ibu kepada dua anak dari Klang itu.
Pengurus pelaburan di sebuah bank, Ahmad Zaili Ariffin, 41, berkata, Khalid telah melakukan tugas dengan baik untuk negeri Selangor.
"Saya tahu ramai yang gembira dengannya dan saya sedih untuk melihat beliau mengundurkan diri," katanya.
Ahmad Zaili menambah, rakyat menyukai Khalid kerana projek dan program yang dilaksanakannya begitu dengan keperluan mereka.
Peguam, Mohan Ramakrishnan, 42, berkata, Khalid membantu meningkatkan ekonomi negeri dan begitu cermat dalam perbelanjaannya.
"Beliau mungkin terlalu berjimat tetapi ini yang kita mahukan. Kita mahu seorang pemimpin berjimat-cermat dengan wang rakyat seperti mana beliau berjimat-cermat dengan wangnya sendiri," kata Mohan.
"Adalah baik bagi negara mempunyai menteri besar yang berkaliber, berbanding ahli politik yang taksub, lebih menumpukan untuk menjadi popular berbanding berkhidmat untuk rakyat dan memerlukan keperluan mereka," tambahnya.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MajlisProfesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, Pakatan Rakyat dan PKR membuat kesilapan besar dengan menyingkirkan Khalid.
Beliau menambah, ia bukannya mudah untuk mencari seorang lagi menteri besar seperti Khalid, yang tegas dan meletakkan rakyat sebagai keutamaan berbanding yang lain.
"Legasinya akan kekal di Selangor. Malangnya Khalid disingkirkan di dalam situasi yang tidak wajar," katanya.
Menurut sumber, kelewatan dalam menamakan menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada tahun lepas berlaku kerana terdapat usaha oleh kumpulan tertentu untuk menjadikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memegang jawatan itu bagi menggantikan Khalid.
Sultan Selangor menitahkan kepada tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP, supaya menyerahkan empat nama apabila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata dalam kempennya bahawa Khalid mungkin tidak akan menjadi menteri besar lagi.
Bagaimanapun, ketiga-tiga parti akhirnya bersetuju untuk mencalonkan Khalid dan melantiknya semula untuk jawatan itu.