HALAMAN SANTAI

Isnin, 31 Disember 2012

KJ Kena Jawab Pinjaman Mudah Jutaan Ringgit Bank Pertanian Dilupuskan?


Chegu-Bard and khairy

SHAH ALAM: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin(KJ) digesa menjawab dakwaan isu pinjaman jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad yang dikaitkan dengan beliau ketika bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi masih menjawat jawatan Perdana Menteri.

Pinjaman masih tertunggak itu juga dikatakan bakal dilupuskan sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pegawai bank yang menguruskan pinjaman mudah itu.

Demikian menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard kepada TV Selangor hari ini.

“Saya ada datanya, pinjaman itu dibuat sebelum Pilihan Raya Umum tahun 2008 lagi, tetapi Khairy tidak pernah membayar sekali pun,” kata Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.

Chegu Bard yang belum mahu mendedahkan jumlah pinjaman tersebut turut mempersoalkan tujuan pinjaman tersebut dibuat.

“Kalau petani biasa, nak pinjam cuma beberapa ribu ringgit, tetapi pelbagai syarat perlu dipenuhi seperti ‘proposal’ (kertas cadangan) dan sebagainya, tetapi apa ‘proposal’ Khairy beri sehingga membolehkan dia dapat pinjaman yang bukan sedikit.

“Lazimnya rakyat kebanyakkan kalau tak bayar pinjaman seperti pinjaman kereta contohnya, kelam-kabut sorok kereta di belakang rumah, bimbang kena tarik.

“Adakah Bank Pertanian beri layanan berbeza dengan VIP seperti Khairy hinggakan pinjaman berjuta ringgit boleh dilupuskan begitu sahaja, sedangkan bank itu milik kerajaan dan fungsinya untuk membantu golongan petani untuk memajukan diri mereka dalam bidang pertanian” ujar beliau lagi.

Iskandar Kecewa SYABAS Gagal Pulih Bekalan Air


Iskandar lori Syabas 01

PANDAN JAYA: Exco Perumahan, Pengerusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad kesal dengan kelewatan bantuan lori tanker Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) ekoran masalah ketiadaan air di beberapa pangsapuri dan perumahan di Dun Cempaka.

Situasai ini nyata mengecewakan dan menyukarkan pengguna melaksanakan aktiviti seharian termasuk mengganggu kelancaran majlis kenduri perkahwinan.

“Tapi sejak tengah malam tadi, tiada tanker yang sampai. Paling teruk di Pangsapuri Seri Cahaya dan rumah teres Taman Bakti yang ada majlis kenduri kahwin.

“Saya tidak boleh terima alasan booster pump di Wangsa Maju rosak. Kenapa tidak ada alat ganti? Kenapa perlu berhari-hari untuk baikpulih?,” kata Adun Cempaka ini dalam satu pesanan ringkas kepada TV Selangor.

Hampir keseluruhan kawasan Dun Chempaka memerlukan bantuan tanker air termasuklah di Pangsapuri Pandan Jaya, rumah teres Pandan Jaya, Taman Bakti, Taman Dagang, Taman Chempaka, Kampung Pandan dan Taman Cahaya

Jelasnya, tanker air yang dihantar tidak mencukupi dan menyeluruh bagi menampung keperluan penduduk.

“Saya telah minta jadual penghantaran tanker dari Syabas supaya dapat saya beritahu kepada penduduk supaya mereka tidak tertunggu-tunggu. Tetapi tiada reaksi balas dari Syabas,” ujarnya lagi.

Iskandar menegaskan, keadaan ini membuktikan betapa pentingnya penstrukturan semula industri air Selangor sekaligus memberikan kuasa mengurus mutlak kepada Kerajaan Negeri.

Keluarga tak percaya lelaki maut di lokap kerana 'terjatuh'

 


 
Anggota keluarga seorang lelaki yang ditemui mati dalam satu lokap polis berkata mereka tidak mempercayai dakwaan pihak berkuasa bahawa saudara mereka itu mati akibat terjatuh.

death in custody nagarajan 301212K Nagarajan, 32, ditahan pada 21 Disember atas kesalahan didakwa bersabit dengan dadah dan ditempatkan di lokap ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Beliau ditemui mati pada hari Isnin lalu sebelum sempat dibawa ke mahkamah.

Menurut bapa saudara si mati, M Krishna Murthie, keluarganya tidak boleh menerima penjelasan polis berhubung kejadian tersebut.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau mempersoalkan bagaimana seseorang boleh mati akibat terjatuh di lokap.

Krishna Murthie berkata terdapat kesan luka misteri di bahagian bawah mata kiri mendiang, kesan lebam di bawah kening kanan dan satu luka di bahagian kaki kanan Nagarajan.

Katanya, pihak berkuasa tidak memberi penjelasan berhubung kecederaan yang dialami Nagarajan itu.

Beliau juga mengadu bahawa anggota keluarganya tidak diberitahu mengenai penahanan Nagarajan dan polis mengambil masa beberapa jam sebelum menghantar mayat untuk bedah siasat.

"Saya tidak mahu perkara sama berlaku pada orang lain. Ini harus dihentikan," katanya dalam sidang media anjuran ADUN Teratai Jenice Lee hari ini.

Jakim: Tindakan pada Hadi jika pertahan 'amanat'


MALAYSIA KINI


Ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha berkata tindakan boleh diambil ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya presiden PAS itu tetap mahu mempertahankan satu amanat kontroversi pada 1981 yang didakwa mengkafirkan Umno.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, Othman berkata jabatan itu bagaimanapun akan memanggil Abdul Hadi terlebih dahulu dan mahu presiden parti tersebut menarik balik amanat berkenaan.

"Kesan amanat itu besar, mereka lepaskan kepada masyarakat dan tidak cuba memperbetulkan semula, tuduh orang Islam lain tidak boleh kawan, kafir.

"Kalau kita lihat, di negara Arab mereka berpecah-pecah soal mazhab, kita di sini soal amanat... sebenarnya mengkafirkan orang (Islam) lain itu lebih parah," katanya.

Beliau turut mengakui bahawa tindakan telah dijalankan ke atas isu berkenaan sebelum ini dan mendakwa jabatan itu mempunyai bukti berhubung elemen mengkafir itu.

"Benda ini (amanat) pun sudah lama, tindakan pun sudah diambil, tapi timbul balik... Mengikut rekod kami yang dikumpul sejak amanat itu diucapkan, elemen mengkafir itu jelas ada.

"Kami ada bukti dan simpan semua termasuk rakaman ceramah mereka. Kesan apa yang mereka ucapkan itu juga berlaku termasuk dalam majlis perkahwinan, kenduri kendara, makan sembelihan orang Umno tak boleh," katanya.

MP Shah Alam Khalid Samad pada hujung minggu lalu menjelaskan bahawa petikan ucapan Abdul Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli Umno.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi amanat itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

Yatt Hamzah : Contohi Selangor Dekati Generasi ‘Y’


Generasi 'Y' 04

SHAH ALAM: Artis popular Yatt Hamzah memuji langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani masalah generasi muda di negeri ini.

Katanya, program seperti Seminar Generasi ‘Y’ yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK wajar dicontohi Kerajaan Negeri lain.

Seminar seperti itu dapat memberi panduan kepada generasi muda menyediakan diri menghadapi pelbagai cabaran kehidupan hari ini.

“Pengisiannya sangat baik sebab berbentuk keilmuan dan juga hiburan bagi menarik minat anak muda, syabas kepada Kerajaan Negeri,” ujar Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ketika ditemui Tv Selangor dalam seminar tersebut.

Mel wings Generasi 'Y' 01

Seorang lagi artis Mel Wings atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin pula berkata beliau terkejut melihat sambutan menggalakkan dari generasi muda terhadap seminar ini.

“Program ini amat baik, perlu lebih kerap lagi samada sebulan sekali atau seminggu sekali kerana dapat memberi panduan kepada anak muda bagaimana menghadapi cabaran dunia zaman serba mencabar sebagaimana yang difitrahkan oleh Allah” kata Mel.

Sementara itu , peserta yang ditemui turut memuji program yang dianjurkan Kerajaan Negeri ini.

Pelajar Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Iiman Bte Mohd Zaki, 24, pula mencadangkan agar seminar ini dijadikan acara tahunan dengan penyusunan program yang lebih kemas lagi.

“Tahun lepas dan tahun ini dah buat, saya rasa sangat wajar diteruskan dengan promosi lebih besar dan awal lagi.

“Walaupun minggu ini adalah minggu belajar sebab peperiksaan, tetapi ramai rakan saya hadir, tetapi kalau lebih banyak promosi dan awal pasti lebih ramai yang datang,” kata Iiman.

Mohammad Taufiq Ramli pula berkata seminar ini mampu menarik golongan belia kerana menyediakan program seimbang untuk anak muda.

“Kita dapat lihat tadi ada Ulama, tokoh pakar psikologi, Prof Madya Dr Mariani dan juga golongan artis.

“Ia dapat membantu golongan remaja mengenalpasti indentiti mereka seperti generasi X, Y dan sebagainya.

Sebelum itu, Seminar Generasi ‘Y’ mendapat sambutan baik apabila berjaya mengumpulkan hampir 1,000 anak muda dari seluruh Selangor.

Yatt Hamzah 01

Antara tokoh yang diundang dalam seminar itu termasuklah Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor.

Selain itu, dalam seminar terbuka kepada semua golongan anak muda itu turut diserikan dengan kehadiran artis popular Yatt Hamzah, Diana Amir dan Mel Wings yang kini bergiat sebagai pendakwah bebas sebagai ahli panel dalam forum bertajuk Gen ‘Y’ dan Seni.

Selain forum Gen ‘Y’ dan Seni, turut diadakan dalam seminar tersebut, Ekspresi Gen ‘Y’ Terhadap Dakwah, Fenomena Media Baru: Sikap dan Sudut Pandang Gen ‘Y’ dan lima segmen lain.

Generasi 'Y' 03
Generasi 'Y' 01

Pusat Siber Rakyat Reda Kebimbangan Ibu Bapa


Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 01

SHAH ALAM: Kewujudan Pusat Siber Rakyat (PSR) diharapkan dapat meredakan kebimbangan ibu bapa yang selama ini terpaksa melepaskan anak mereka ke pusat siber semata-mata untuk mendapatkan akses internet.

Exco Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, kemudahan internet ini merupakan antara utiliti penting kehidupan masa kini selain air dan elektrik.

“Sekarang ini kemudahan selain dari air dan eletrik, talian internet ini juga akan dilebarluaskan di seluruh negeri.

“Jika dahulu kita berbangga memiliki komputer di rumah. Namun kini jika ada komputer tanpa internet ia tidak lengkap. Walaupun asas (internet) tapi kena bayar.

“Ada segelintir keluarga tidak mampu mengakses intertenet di rumah mereka. Selaku exco kita mahu mereka merasa kondusif dalam berikan latihan mengenai komputer,” katanya ketika merasmikan PSR Seksyen 19.

PSR Seksyen 19 yang telah beroperasi hampir enam bulan dirasmikan bertempat di Dewan Kempas Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) Seksyen 19B.

Dengan menempatkan 10 buah komputer untuk kegunaan pembelajaran, PSR beroperasi dari jam 3.00 petang sehingga 11.00 malam selain menempatkan guru mahir mengenai komputer melalui pembiayaan oleh Pejabat DUN Batu Tiga.

Sempena majlis pelancaran ini juga turut dibuka pendaftaran keahlian kelab PSR secara percuma yang menyaksikan Rodziah diberikan penghormatan menjadi ahli berdaftar pertama PSR.

Jelas Rodziah lagi, hampir 20 PSR telah diwujudkan di Selangor dan jumlah ini akan ditingkatkan dari semasa semasa.

Selain itu, beliau turut bercadang menempatkan beberapa kiosk komputer bagi memudahkan akses komputer kepada masyarakat selain bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Beliau menambah, sebagai komitmen menjadikan Selangor 100 peratus boleh mengakses internet kerajaan negeri telah menyediakan dana khusus berjumlah RM2.7 juta bagi menambah sebanyak 112 tiang pemancar jalur lebar dan perkara ini akan dilaksanakan tahun hadapan.

Katanya, satu pengumuman akan dibuat dan perkara ini dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Apakah kiranya kita banyakkan wifi percuma dari memberikan rebat RM200 pembelian telefon bimbit.
“Beli telefon siapa yang ingin membayar caj bulanan? Memperbanyakkan penyediaan akses internet percuma adalah lebih baik,” ujar beliau lagi.

Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 04 Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 05 Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 03 Rodziah Ismail Mugshot 01 Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 02

Hadi Minta "LIVE", Rais Bagi "RAKAMAN"


KELAB GREENBOC

 RTM tiada masalah siar penjelasan Hadi jika sesuai KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.

Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.

"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Pagi tadi di Marang, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Pemimpin tertinggi Pas itu berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.

Pada masa sama, Hadi berkata, beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Mengulas lanjut hasrat Hadi itu, Rais berpandangan kenyataan yang dibuat pemimpin Pas itu pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.

Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.

"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya. -SH

Ulasan GB

Jika rakaman baik tak payah.

Berapa banyak ucapan-ucapan pemimpin PR yang telah disiarkan oleh RTM sebelum ini telah dimanipulasi dan di potong sana-sini sehingga akhirnya ia sudah tidak mempunyai apa-apa bilai kebenaran lagi.

Buku Inikah Yang Dimaksudkan Oleh Dr. Asri Supaya Jangan Dibeli?



KELAB GREENBOC
 
Jangan bazirkan wang RM150 untuk membeli buku 165 m/s tentang kisah seorang yang 'wallahu a'lam'. Belilah buku2 yang ilmiah dan manfaat. ~ Dr Maza

Apakah buku yang beliau pesan jangan membazir jika beli ada buku seperti di atas? - King Jason

Mengikut laporan sebelum ini, buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancar dan diedar untuk jualan bulan depan - menyamai ciri-ciri buku yang dimaksudkan oleh Dr. Maza!

Anwar lancar Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)

Balqis Abdullah

KOTA KINABALU : Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang diasaskan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, dilancarkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi pagi tadi.



Pelancaran itu dibuat selepas tiga bulan penubuhannya pada 5 Oktober 2012 yang  bertujuan bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat di Sabah.

Lebih 2,000 ahli PPPS menghadiri majlis yang berlangsung meriah di Star City Convention Centre dan turut dihadiri beberapa pemimpin utama KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Lajim Ukin selaku Presiden PPPS percaya sokongan luar biasa rakyat terhadap perjuangan PPPS menandakan bakal perubahan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau tidak kesal meninggalkan jawatan dalam Kabinet bagi memastikan rakyat Sabah – atas tiket PPPS – menjadi medium penghubung dengan Pakatan.



Perubahan sokongan rakyat yang kian ketara kebelakangan ini, katanya, berikutan kepincangan kerajaan Umno BN mentadbir negara dengan baik termasuk kegagalan membela rakyat Sabah.

“Sehingga Jun 2012, pengangguran di kalangan belia Sabah dianggar seramai 74,000 orang – kadar terbesar di seluruh negara setakat ini,” katanya yang kesal kerana kerajaan Umno BN mengabai kebajikan rakyat negeri itu.

Sokongan rakyat makin lama makin merebak dengan terbaru,  Ahmad Yunin – abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN semalam.

DAP Johor Jaya Sedia Gempur DUN Johor Jaya

 

Blog syed-othman.blogspot.com

DAP Johor Jaya mengorak langkah mendepani sebagai persediaan menghadapi PRU13 dengan pembukaan bilik gerakan pertama mereka di Dun Johor jaya.Keseriusan dan keazaman yang tinggi serta iltizam untuk menyantuni masyarakat,memberi khidmat serta menyalurkan maklumat bagi masyarakat bebilang bangsa di dun johor jaya adalah natijahnya.


Tarikh 28hb disember 2012 adalah tarikh keramat bagi setiap Masyarakat dun Johor Jaya khususnya penduduk plentong yang telah sekian lama menanti kehadiran sebuah parti yang benar-benar boleh memberikan saingan pada Parti komponen BN MCA yang sekian lama mendominasi kawasan tersebut.





Semalam Majlis Pembukaan Rasmi Bilik gerakan Dap Johor Jaya di Jalan Matahari Taman plentong baru telah disempurnakan oleh gabungan pemimpin pakatan Rakyat.Antara yang hadir kepimpinan DAP Negeri dan pusat termasuk Anthony loke ahli parlimen rasah yang juga ketua pemuda Dap pusat,Liew chin Tong Ahli parlimen Bukit bendera,Tan kok Wai Ahli parlimen Cheras yang juga timbalan pengerusi Dap pusat,Pengerusi DAP Negeri Johor Dr Boo cheng Hau yang juga adun skudai,Steven Choong timbalan Setiausaha Agung PKR pusat serta Syed Othman Abdullah penyelia pusat Aduan Rakyat Permas merangkap Ahli jawatankuasa Pas Negeri Johor.







Majlis yang dimulakan dengan pemotongan ribben perasmian yang dilakukan serentak oleh kesemua pemimpin pakatan rakyat dan penyerahan bendera DAP sebagai simbolik kepada pengerusi bilik gerakan Dap Johor Jaya Liow Cai Tung yang disampaikan oleh Pengerusi Dap Negeri Dr Boo Cheng Hau.







Diadalam ucapan pembukaannya,Dr Boo menegaskan bahawa sepakatan yang telah dibina sekian lama menjadi kekuatan antara 3 parti didalam pakatan rakyat khususnya negeri Johor.Sepakatan ini adalah ramuan terbaik bagi pakatan rakyat bagi mencapai matlamat dan hasrat ke Nusajaya.Beliau mengingatkan kepada hadiri bahawa pemimpin yang bermoral,telus serta berintregeti adalah model terbaik yang hanya ada pada pemimpin pakatan rakyat.Beliau berseloroh mengajak rakyat dengan slogan 'Jom ubah' bagi menukar kerajaan baru pada PRU13 bagi memberikan masa depan yang terbaik pada generasi yang akan datang.








Dalam ucapan Tan kok Wai,timbalan pengerusi DAP pusat itu berkata beliau bangga dengan DAP JOHOR kerana mempunyai visi yang jauh dalam melakukan gerakerja bagi menawan hati rakyat dan percaya bahawa Dap Johor jaya mampu untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Pas telah diwakili oleh Pengerusi pusat aduan rakyat permas Syed Othman Abdullah yang memang namanya sinonim dengan masyarakat cina kerana sentiasa mewarnai media cetak bebahasa cina kerana isu rakyat yang diperjuangkan,apabila beliau mula memberi ucapan,beliau telah mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada masyarakat cina.Dalam ucapannya beliau menegaskan PAS sentiasa bersama dalam pakatan rakyat hatta bersama masyarakat Cina dan India bagi menegakkan keadilan dan keadilan yang dibawa oleh Islam itu indah,dimana ia tidak mengira bangsa dan agama.


Pembukaan bilik gerakan Dap ini adalah satu tamparan yang hebat buat parti komponen BN sekutu kuat kepada Parti Nasionalis Melayu.Lokasi bilik gerakan Dap ini terletak berhampiran dengan bilik gerakan MCA.lokasi ini jugalah kubu kuat Mca dimana deretan kedai disitu satu ketika dahulu adalah penyokong tegar Mca dan menjadi tempat perjumpaan Ajk tertinggi Mca bahagian sehingga kini.Dilokasi ini  jugalah Najib pernah singgah minum kopi bersama masyarakat cina dan dilokasi ini jualah tempat berkumpulnya YB Johor Jaya Tan chek puk bersantai bersama pencacainya.



Kehadiran masyarakat cina pada majlis semalam sungguh luar biasa termasuk masyarakat melayu dan india juga turut hadir memberi sokongan.kehadiran ini membuktikan bahawa rakyat sudah menolak UMNO BN serta sekutunya.

Apa yang menarik dikubu kuat MCA pun Majlis Pakatan rakyat mendapat sambutan.Akhirnya kita Tunggu pembubaran parlimen,untuk kita kuburkan UMNO BN dan adik-beradiknya.

JOM UBAH.

abusiraj almuner

Kasihan : TOK GURU NIK AZIZ Tiada Sokongan Lagi?

Blog mutaligat.blogspot.com

"Pas hilang sokongan" atau "Makan malam bersama TG Nik Aziz kena Pulau"..

Itulah yang akan keluar dalam blog pencacai Umno Haprak kalau puak-puak Syaitan yang dikenali ini dapat gambar paling atas sekali beb...sudah pasti gegak gempita di alam maya UmnoBn menceritakan sokongan semakin kurang terhadap TG Nik Aziz.

Yang penting bagi puak-puak syaitan yang dikenali ini bagi mereka " Fitnah Dulu bayar kemudian.."
Gambar Ini adalah jamuan makan malam PAS Nogori Sembilan bersama TG Dato' Nik Aziz,sambutan diluar dugaan dengan semua meja yang ditaja habis di jual,yang hadir pula dari pelbagai kaum..malah masih ada yang menunggu di luar untuk berjumpa TG Dato' Nik Aziz..Tahniah Pas Nogori 9..
 
Ucapkan kepada AC Mizal dan Umno Nogori 9..engko boleh Jalannnnnnn....Betulkah Tuan Guru telah hilang sokongan. 
Lihat gambar di atas nyonya, aso dan auntie pun ramai yang hadir ..........
Sumber : Bus Man
Photo: fb Kak Leha

Pusat hiburan, kesan sikap liberal Khalid Samad

Oleh Aidil Syukri Hamzah

Post Pic

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad adalah salah seorang individu yang harus dipertanggungjawabkan di atas kewujudan sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di bandar tersebut selain Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Menurut Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris, sikap liberal yang ditonjolkan Khalid telah mengundang kepada penularan pelbagai budaya yang tidak sihat di Shah Alam yang diketahui umum majoriti penduduknya beragama Islam.
 
“Pada saya, yang pertama sekali harus bertanggungjawab adalah Menteri Besar. Menteri Besar harus bertanggungjawab. Yang kedua, yang lebih bertanggungjawab adalah Khalid Samad. Dia ini begitu liberal..dia tak kisah. 
 
“Dia bawa bendera PAS yang kononnya satu parti yang memperjuangkan Islam, dalam masa yang sama di Shah Alam, kilang arak dia boleh pergi lawat,” ujar beliau ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Malah, beliau turut mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak setanding dengan BN dari segi kredibilitinya untuk mentadbir negeri yang telah terbukti hasilnya.
 
Justeru beliau menyeru pengundi-pengundi di negeri Selangor terutamanya di Shah Alam supaya menolak Khalid pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
 
“Pada saya sekarang ini pengundi harus menghukum mereka (Pakatan) ini..mereka ini tak layak digelarkan sebagai pemimpin. Kerajaan BN buat masa ini memimpin negara ini dengan penuh dedikasi dan berpengalaman," katanya.
 
“Jadi kita desak betul-betul, Khalid Samad harus dipertanggungjawabkan. Saya menyeru kepada pengundi-pengundi di Shah Alam, tumbangkan Khalid Samad..inilah pengkhianat sebenar-benarnya pengkhianat dalam perjuangan orang Islam dan juga Melayu,” tegas beliau.
 
Selain itu, beliau juga akan memastikan agar ahli-ahli Perkasa yang bakal mengundi di Shah Alam pada PRU13 nanti tidak akan mengundi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.
 
“Kita (Perkasa) ada ahli di Shah Alam, dan saya akan pastikan ahli-ahli kita tidak akan mengundi calon-calon PAS terutamanya Khalid Samad,” katanya.
 
Sedih dengan perkembangan tersebut, Irwan tidak menolak kemungkinan bahawa ia adalah salah satu cara tersirat PR untuk mengusir komuniti majoriti Melayu keluar daripada Shah Alam selain menyediakan rumah pada harga yang mahal di bandar itu.
 
“Selama ini, Shah Alam adalah satu kawasan yang aman untuk diduduki..Boleh dikatakan kawasan yang tidak sibuk, ia adalah kawasan yang baik (jadi) mengapa perlu dicemari dengan kelab malam ini.
 
“Jadi inilah mungkin cara mereka (Pakatan) selain daripada menyediakan rumah yang mahal, mungkin ini juga salah satu cara mereka menghalau orang Melayu daripada bumi kita sendiri,” tegasnya.
 
Kontroversi kewujudan pusat hiburan yang berlokasi di Setia Alam itu bermula apabila Khalid yang pada awalnya menafikan perkara tersebut, namun mengakui tentang kewujudannya.
 
Menurutnya, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati pusat hiburan berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan terbabit.
 
Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

Ahad, 30 Disember 2012

Bukit Setiawangsa perlu kajian risiko, kata pakar

SINAR HARIAN

Puncak Setiawangsa bergegar
Keadaan benteng konkrit yang pecah sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan tanah.
 
KUALA LUMPUR - Seorang pakar geologi hari ini menyarankan satu kajian penilaian risiko dijalankan di keseluruhan kawasan Bukit Setiawangsa berikutan insiden pergerakan tanah dan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini Jumaat lepas.

Cadangan itu dibuat Penyelaras Program Bencana Geologi di Institut Kajian  Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (Seadpri), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin.

Beliau berkata, pihaknya telah melakukan cerapan di kawasan tanah runtuh itu serta kawasan sekitar hari ini, dan mendapati struktur tanah tidak kukuh disebabkan beban takungan air di dalam tanah.

"Saya lakukan cerapan pada 12.30 tengah hari tadi, dan antara pengamatan yang dibuat ialah kawasan cerun bukit ini harus dilandaikan permukaannya daripada 70 peratus permukaan kepada 30 peratus," katanya kepada pemberita.

Pakar itu berkata kebanyakan kawasan lereng bukit di Bukit Setiawangsa ditutup dengan dinding konkrit menyebabkan air hujan terperangkap di dalam tanah, menjadikannya berat sekali gus memungkinkan kejadian tanah runtuh.

"Kita juga dapati simen konkrit tidak lagi sesuai dibuat di kawasan itu kerana ia memerangkap air daripada dialirkan keluar dari tanah," kata Tajul Anuar.

Jelas beliau, selain penggunaan dinding konkrit, alternatif lain yang terdapat di Switzerland ialah penggunaan jaringan keluli untuk menahan tanah di lereng bukit.

Katanya, teknologi itu dapat menahan tanah serta membiarkan air hujan yang meresap di dalam struktur tanah dialirkan secara semula jadi. - Bernama

Guna peluang RTM sebaik mungkin, Zahid nasihat Hadi


SINAR HARIAN
ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG
 
TUMPAT - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa menggunakan sebaik-baiknya peluang ke udara di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bagi memperjelas amanatnya pada 1981 yang dikatakan mengkafirkan Umno.

Menggesa demikian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu (amanat) itu telah mengakibatkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Beliau menyifatkan amanat itu sebagai 'fatwa politik'.

"Ia pendapat politik yang harus dibayar harganya dengan mahal kerana apa yang berlaku dengan masyarakat Islam di beberapa kawasan seperti perpecahan dalam keluarga dan masalah dalam komuniti.

"Perkara ini perlu diperbetulkan," kata Ahmad Zahid mengulas keputusan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memberi peluang kepada Abdul Hadi untuk membuat penjelasan menerusi RTM.

Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada dalam keadaan siap siaga sepanjang musim tengkujuh bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

"ATM turut menempatkan pasukan perubatan di kawasan memerlukan sebagai bantuan tambahan kepada Kementerian Kesihatan," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata ATM juga sedia mencurah tenaga untuk membaiki rumah mangsa banjir yang rosak akibat bencana alam itu.

"Kami tidak mempunyai peruntukan untuk membeli bahan-bahan bagi kerja membaik pulih tetapi kita akan bantu daripada segi tenaga kerja," tambahnya. - Bernama

MP: Adakah polis akan siasat dakwaan Deepak?

MALAYSIA KINI


 
MP Puchong Gobind Singh Deo menggesa polis menjelaskan sama ada pasukan itu bercadang untuk menjalankan siasatan ke atas dakwaan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarga oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Gobind berkata dua minggu sudah berlalu sejak pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh membuat laporan polis ke atas Deepak namun masih tiada tindakan yang dilihatnya.

"(Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar) sepatutnya berterus-terang dan memberitahu kita berapa banyak kenyataan sudah diambil setakat ini dan daripada siapa?

"Adakah apa-apa yang dilakukan? Jika tidak, mengapa tidak (bertindak)?," soalnya lagi.

Karpal pada 15 Disember lalu membuat laporan polis terhadap Deepak Jaikishan yang didakwanya mempunyai maklumat baru mengenai kontroversi melibatkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau mendakwa Deepak melakukan kesalahan kerana menyembunyikan maklumat berkaitan pembunuhan itu selama ini.

Dalam laporannya Karpal memetik wawancara Deepak dengan Malaysiakini bertarikh 27 November 2012 dengan tajuk "Deepak regrets getting involved in Bala's SD".

Karpal menggesa polis menyiasat Deepak mengikut Seksyen 13 Kanun Acara Jenayah yang menetapkan mana-mana individu dengan maklumat tentang jenayah bunuh berdasarkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan perlu melaporkannya kepada balai polis terdekat.

Jakim: Tindakan pada Hadi jika pertahan 'amanat'


MALAYSIA KINI


 
Ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha berkata tindakan boleh diambil ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya presiden PAS itu tetap mahu mempertahankan satu amanat kontroversi pada 1981 yang didakwa mengkafirkan Umno.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, Othman berkata jabatan itu bagaimanapun akan memanggil Abdul Hadi terlebih dahulu dan mahu presiden parti tersebut menarik balik amanat berkenaan.

"Kesan amanat itu besar, mereka lepaskan kepada masyarakat dan tidak cuba memperbetulkan semula, tuduh orang Islam lain tidak boleh kawan, kafir.

"Kalau kita lihat, di negara Arab mereka berpecah-pecah soal mazhab, kita di sini soal amanat... sebenarnya mengkafirkan orang (Islam) lain itu lebih parah," katanya.

Beliau turut mengakui bahawa tindakan telah dijalankan ke atas isu berkenaan sebelum ini dan mendakwa jabatan itu mempunyai bukti berhubung elemen mengkafir itu.

"Benda ini (amanat) pun sudah lama, tindakan pun sudah diambil, tapi timbul balik... Mengikut rekod kami yang dikumpul sejak amanat itu diucapkan, elemen mengkafir itu jelas ada.

"Kami ada bukti dan simpan semua termasuk rakaman ceramah mereka. Kesan apa yang mereka ucapkan itu juga berlaku termasuk dalam majlis perkahwinan, kenduri kendara, makan sembelihan orang Umno tak boleh," katanya.

MP Shah Alam Khalid Samad pada hujung minggu lalu menjelaskan bahawa petikan ucapan Abdul Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli Umno.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi amanat itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

Sanggup bersemuka Abdul Hadi, Nik Aziz

KL TODAY
 
 

KOTA BHARU – Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Kelantan bersedia berdebat dengan mana-mana ulama Pas sebagaimana ajakan Dewan Ulama parti itu berkaitan amanat Haji Hadi yang didakwa ditimbulkan semula oleh Umno. Pengerusinya, Profesor Madya Mohd Noor Deris berkata, pelawaan tersebut sudah lama dinanti-nantikan sejak isu ini dihangatkan kembali dan mendapat perhatian pelbagai sudut ahli politik mahupun agama.

Menurutnya, beliau juga bersetuju berdebat dengan sesiapa sahaja termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri untuk menjelaskan kepada umum mengenai perkara itu.

“Sudah lama saya tunggu. Saya sanggup berdebat di mana sahaja dan bila-bila masa dimahukan untuk rungkaikan kekeliruan,” katanya kepada Sinar Harian semalam mengulas kenyataan Timbalan Ketua Ulama Pas, Hassan Mahmood yang sudi berdebat dengan ulama Umno berkaitan isu Amanat.

Mohd Noor juga menyuarakan pendapat yang sama dengan Pas iaitu sesi perdebatan kedua-dua parti itu perlu disiarkan secara langsung untuk memperjelaskan kekeliruan dalam amanat tersebut seperti didakwa.

“Biar saya yang berdepan dengan dia (Hadi dan Nik Aziz), biarlah semua tahu Pas sudah menyeleweng dari landasan sebenar sebagaimana dipertikaikan selama ini. Dunia boleh menilainya,” katanya.

Mohd Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan sekiranya amanat Haji Hadi itu dikeluarkan semula sewajarnya Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan menilai perkara berkenaan malah tidak boleh berdiam diri.

Mohd Noor berkata, Pas sudah tersepit dalam isu amanat ini dan ia sebenarnya merugikan sokongan terhadap parti itu apabila wujudnya kes-kes tertentu didakwa menimbulkan kekeliruan membawa kerosakan akidah.