HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 April 2012

Anwar: BN Gunakan Cara Hitler, Stalin Zalimi Rakyat





SHAH ALAM: Tindakan kerajaan yang menganggap rakyat yang menyertai perhimpunan aman BERSIH 3.0 Sabtu lalu sebagai penjenayah merupakan kaedah yang lazimnya digunakan oleh pemerintah kuku besi seperti di zaman Hitler dan Stalin.

Demikian menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbarnya yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Damansara hari ini.

Menurut Anwar kerajaan Umno-BN juga telah memburukan rakyat yang menentang kezaliman mereka melalui media yang dikuasai mereka.

“Cara pemerintah Umno-BN bertindak terhadap 300,000 orang yang berhimpun dengan berani dan gigih yang pastinya mewakili sentimen jutaan rakyat amat dikesalkan.

“Ini adalah kaedah biasa pemerintahan kuku besi mana-mana sahaja yang tidak akan menyebut punca kemarahan rakyat, yang tidak akan ulangi tuntutan rakyat tetapi akan mengalih untuk menjadikan rakyat sebagai mangsa.

“Menggunakan media yang dikuasai oleh parti pemerintah dan kelompok perasuah yang ditentang oleh rakyat.

“Jadi sekarang ini seperti mana di zaman Hitler dan Stalin  di negara-negara kuku besi dan Burma sebelum ini di mana pembantah dianggap penjenayah dan penindas dianggap bersih,” kata Anwar.

Anwar juga menganggap tarikh 28 April 2012 merupakan hari ‘Merdeka Rakyat’ apabila rakyat negara ini bersatu suara bagi menyampaikan mesej kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan bagi menuntuk suatu pilihan raya bebas, adil dan bersih.


 “28 april 2012 dgn kehadiran 300 ribu rakyat, bersatu suara meminta pilihan raya yang adil dan bebas.


“Anak muda, wanita datang dengan kebebasan dan semangat menuntut kebebasan dari dirompak oleh kelompok-kelompok lain dan mahu keadilan ditegakkan. Hari 28 April adalah hari merdeka rakyat,” ujar Anwar lagi.


Dalam sidang media yang sama, Anwar berkata tiada sebarang insiden berlaku sehinggalah polis mula bertindak menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang berhimpun.

“Dari jam 10 pagi sudah puluhan ribuan yang hadir tetapi tiada satupun insiden yang dapat mencemar imej baik perhimpunan secara aman itu, tetapi kita anggap sebagai satu majlis, pesta rakyat yang dahagakan kebebasan.

“Sebab itu hari itu saya anggap sebagai hari rakyat merdeka,” ujar Anwar lagi.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang turut berada dalam sidang media itu menambah dengan memberikan contoh demontrasi yang diadakan pada 9 Januari lalu ketika hari keputusan perbicaraan liwat yang dihadapi oleh Anwar.

 “Masa itu polis tidak bertindak mengejar dan sebagainya terhadap perserta perhimpunan, jadi perhimpunan telah berjalan dengan lancar tanpa huru-hara,” ujar Tian Chua.

Ketika menjawab satu soalan, Anwar berkata beliau dan Azmin tidak pernah mengeluarkan arahan agar perserta perhimpunan merempuh pagar duri yang digunakan menutup laluan ke Dataran Merdeka.

Sebaliknya menurut Anwar, beliau hanya mengarahkan peserta bergerak ‘ke kanan’ bermaksud menuju ke arah Jalan Tunku Abd Rahman.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan mempertahan tindakan peserta perhimpunan yang memasuki ke kawasan Dataran Merdeka yang disifatkannya bukan satu perbuatan jenayah.

Anwar juga dengan sinis menempelak soalan tersebut dengan bertanya adakah memasuki Dataran merupakan satu kesalahan besar berbanding perbuatan menipu dalam pilihan raya.

Surendran: Tranformasi Kebebasan Media Najib Hanya Retorik



 SHAH ALAM  : Serangan yang didakwa dilakukan polis ke atas peserta BERSIH 3.0 dan wartawan yang membuat liputan perhimpunan itu menunjukkan kerajaan bertindak ganas dan tranformasi Perdana Menteri berhubung kebebasan media hanya retotik semata-mata.

Naib presiden PKR N Surendran berkata pihak polis dengan sengaja menjadikan para wartawan dan peserta sebagai sasaran serangan dalam perhimpunan yang diadakan semalam.

Katanya, tindakan Umno-BN itu melanggar hak kebebesan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

“Kerajaan Umno-BN telah memalukan negara kita dengan serangan tanpa undang-undang itu terhadap akhbar dan orang ramai yang berhimpun secara aman untuk reformasi system pilihanraya.

“Serangan terhadap media tidak pernah berlaku sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak ikhlas dengan tindakannya baru-baru ini bahawa beliau sudah meningkatkan kebebasan akhbar dalam Akta Penerbitan dan Mesin Cetakl 1984,” katanya.

Tambahnya, motif gangguan dan serangan fizikal itu adalah untuk mengelakkan wartawan daripada merakam kekerasan, keganasan dan serangan polis ke atas orang awam.

Semalam, beliau mendakwa polis melakukan penahanan ke atas wartawan daripada Malaysiakini, akhbar Guan Ming dan juga Malay Mail.

Selain itu, polis juga merosakkan kamera dan merampas rakaman daripada wartawan Nanyang, stesen TV Channel News Asia, Al Jazeera, akhbar Makkal Osai dan laman Merdeka Review, dakwanya.

Dengan itu, beliau menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas “tindakan jenayah” ke atas petugas media itu.

“Serangan yang diselaras sebegitu dan juga serangan yang dialami tidak mungkin dijalankan tanpa arahan daripada pemimpin polis dan menteri dalam negeri,” katanya.

Justeru, pihaknya menuntut Najib mengeluarkan jaminan segera bahawa kerajaan BN akan menghormati kebebasan media dan menghentikan segala campurtangan dengan media yang menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, Tian Chua yang turut ditahan  menyifatkan keganasan polis itu sudah diizinkan rejim Najib kerana mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk melakukan provokasi.

“Peserta BERSIH yang sudah beransur pulang pun masih lagi dikasari termasuk ditendang dan dipukul beramai-ramai,” katanya.

Tian Chua berkata beliau tidak gentar dengan kekejaman polis sebaliknya lebih bersemangat walaupun turut dipukul dengan teruk semasa dalam tahanan.

Turut ditahan CheguBard dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari selain 388 orang ditahan.

Mereka dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di Kuala Lumpur dan dibebaskan selepas lapan jam ditahan pada 6.55 petang semalam.

Dalam perhimpunan itu, dilaporkan kira-kira 512 peserta ditahan polis.

NFC alih isu,berperang dengan Rafizi?

KL TODAY


 Pengurusan tertinggi Perbadanan Fidlot Nasional(NFCorp) pada Isnin memberi maklumat kepada Bank Negara Malaysia berhubung dakwaan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), MohdRafizi Ramli yang mendedahkan maklumat perbankan syarikat itu.Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata, pendedahan Mohd Rafizi itu melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).
Mohd Rafizi didakwa telah mendedahkan sebanyak 21 akaun kepada media, yang tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah sulit dan peribadi.

Maklumat yang diberikan Mohamad Salleh kepada Bank Negara adalah mengenai dakwaan Mohd Rafizi yang melanggar Bafia berikutan pendedahan butiran bank dan penarafan kredit NFCorp dan syarikat berkaitan.

Dalam pada itu, salah seorang peguam yang mewakili NFCorp, Wan Shahrizal Wan Ladin berkata: “Kehadiran kami membuat laporan dan memberi maklumat mengenai (dakwaan) Rafizi Ramli yang telah mengeluarkan atau mendedahkan butiran akaun Datuk Seri Salleh, ahli keluarganya dan syarikat kepada media.

“Kami sudah pun membuat laporan dan Bank Negara akan melakukan siasatan segera mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita di lobi Bank Negara di sini, Isnin.

Kehadiran Mohamad Salleh di Bank Negara turut disertai anaknya, yang juga ketua pegawai eksekutif syarikat, Wan Shahinur Izmir Salleh serta beberapa peguam mewakili syarikat itu.

NFCorp sebelum ini membuat aduan kepada sebuah bank yang mempunyai kaitan dengan pendedahan maklumat yang sepatutnya sulit dan peribadi itu pada 30 Mac tahun lalu.

NFCorp juga membuat laporan kepada Bank Negara mengenai perkara itu pada hari yang sama.

Ibu dipijak mahu lempar selipar pada Najib

KL TODAY

 
  “Jangan benarkan Datuk Seri Najib Razak datang ke sini, kalau dia datang juga, saya akan baling (dia) dengan selipar,” kata Faridah Abdul, 50, mangsa keganasan polis

.Demikian respon Faridah ekoran tindakan Najib meredakan kemarahan rakyat ekoran tindakan ganas polis terhadap peserta Bersih 3.0  Sabtu lalu.

“Semalam, Najib dan beberapa Menteri Kabinet mahu datang melawat dan saya beritahu, saya tidak mahu dia datang ke sini, kalau datang juga, saya akan baling selipar padanya.

“Kalau dia pemimpin rakyat, mengapa nak lawat saya sahaja, lawatlah juga pesakit lain, nampak sangat tujuan Najib untuk kepentingan politik, saya tidak akan maafkan Najib dan kerajaan Umno BN akibat tindakan ganas ini,” katanya geram.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Faridah berkata, sebelum beliau terjatuh, sekumpulan polis berpakaian preman menjerit ‘Anwar arah baling pada polis’ yang disifatkannya bertujuan provokasi kepada peserta himpunan.

“Saya juga hairan kenapa ada sekumpulan berbaju Bersih dari atas bangunan yang membaling asap kepada peserta dan ini pastinya adalah SB (Pegawai Cawangan Khas) yang menyamar.

“Begitu juga yang memijak saya, anak saya melihat mereka bukan orang biasa kerana kasut yang dipakai berwarna hitam dan jarang-jarang dilihat,” katanya yang cedera di kedua belah tangan dan menerima jahitan di kening kanan semasa ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Hadir dalam lawatan itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng yang juga bekas Menteri Kesihatan. Turut serta, Pengarah Guaman, Latheefa Koya.

Menurut Faridah, beliau akan berbincang mengenai perkara itu bersama keluarganya sebelum menyaman kerajaan Malaysia.

“Semasa Datuk Seri Shahrizat Jalil datang semalam, saya juga beritahu padanya yang saya akan saman dan beliau beri respon akan siasat.

“Saya jawab balik, siasat apa kalau Hakim pun kamu punya, saya nak panggil dia ‘Lembu’ tak sampai hati, tapi saya layan dia sebagai tetamu,” kata Faridah lagi.

Keganasan polis: Najib paling tertekan

Harakahdaily,




KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak nyata paling tertekan dengan keganasan polis kepada peserta Bersih 3.0 dan pihak media terutamanya enam hari menjelang hari kebebasan media sedunia.

Demikian analisa anggota Parlimen Kuala Selangor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

"Kali ini rasanya paling parah mereka (petugas media) yang kena. Mereka ditahan, ditumbuk, dibelasah, kamera dimusnahkan semua ini berlaku 6 hari sebelum Hari Kebebasan Media Sedunia..World Press Freedom,"

Bagi beliau, Najib tidak dapat elakkan diri kalau media barat menggambarkan PDRM sebagai 'gangster berlesen'.

Ini kerana, yang terkena termasuk petugas media dari Al-Jazeera, Channel News Asia dan media tempatan termasuk The Malay Mail, The Sun, Malaysiakini, Makkal Osai, Guan Ming Daily dan juga Harakah.

Sebelum ini, Reuters sebuah agensi media antarabangsa meramalkan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke 13 ekoran trgaedi yang berlaku Sabtu lepas.

Komited kepada pru bersih

Bagi Dr Dzulkefly (gambar), rakyat khasnya pihak Bersih 3.0 mesti bersedia untuk kekal komited kepada reformasi pilihanraya sebelum PRU ke 13.

"Rakyat mahu siasatan menyeluruh atas apa jua dakwaan yang menjadi punca dan mulanya kekacauan dalam perhimpunan semalam, tapi rakyat dan Bersih tidak akan dilunturkan asakan mereka untuk mendapat sebuah sistem dan proses piliraya yang bersih dan Adil," kata beliau kepada Harakahdaily.

Dr Dzul mengajak semua pihak agak mengimbau kembali sebab mengapa perhimpunan Bersih 3.0 diadakan selepas Bersih 2.0.

"Kita adakan perhimpunan ini setelah kesal dengan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) yang mana kertas mereka diluluskan tanpa bahas.

"Juga tindakan pentadbiran Najib yang kononnya mengwar-warkan transformasi pilihan raya melalui pindaan ke atas akta kesalahan pilihan dan memaksa anggota Parlimen bersidang sehingga jam 3.21 pagi.

"Apa yang dipinda cuma perkataan 'buang undi' kepada 'mengundi'," sindir Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan yang memperalatkan Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan kerjasama mahkamah untuk menafikan hak rakyat untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

"Rakyat tak puas hati menyaksikan pilih kasih dan berat sebelah ni (zalim) sekaligus dah jadi macam barua eksekutif.

"Ingat Pakatan menang 10 dari 11 kerusi di Wilayah Persekutuan, bermakna lebih ramai pengundi atau rakyat menyokong Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur ini," tegas Dr Dzul.

# Kepada pembaca, sila kongsikan pengalaman, gambar atau bukti sebarang provokasi yang dilakukan mana-mana pihak dalam himpunan Bersih 3.0 kepada Harakahdaily. Maklumat boleh disalurkan ke emel editorharakahdaily@gmail.com atau menghubungi talian kami 03-40233270/3275

Pemerhati a'bangsa: Aman sebelum provokasi

Harakahdaily,



(Gambar fail semasa kumpulan pemerhati ini membuat sidang media di Parlimen)

 
KUALA LUMPUR: Satu badan pemerhati antarabangsa yang  meninjau maklumat pilihanraya berkata perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu adalah aman sebelum polis menimbulkan provokasi.

Senator bebas Australia Nick Xenophon dipetik Malaysiakini sebagai berkata, “Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi).”

Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media perdana terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.


“Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia,” kata Xenophon.

Salah seorang daripada tujuh ahli bada tersebut MJ Akbar, editor India Times berkata para pendemo Bersih 3.0 adalah dalam keadaan berpesta.

“Mereka mempunyai banyak masa untuk melakukan keganasan jika mereka berniat sedemikian. Mereka dalam keadaan berpesta sehingga saat provokasi berlaku,” kata Akbar.

Senator Pakistan Hasil Bizenjo pula berkata beliau terkejut pengangkutan awam dilumpuhkan di sekitar Kuala Lumpur pada hari Sabtu yang lepas.

“Di negara lain, pengangkutan disediakan untuk rakyat bagi menghadiri perhimpunan. Di sini, ada mereka yang memberitahu mereka terpaksa berjalan 20 km untuk menghadiri perhimpunan ini,” kata Bizenjo.

Ahli-ahli lain dalam badan tersebut termasuk penulis Nasir Tamara daripada Indonesia, Clinton Fernandes daripada universiti New South Wales, Dean Amado Valdez daripada Filipina dan Juliane Schmucker daripada Jerman.

Mengimbas kembali satu perbualan dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Fernandes berkata: “Beliau (Adnan) menekankan kepentingan untuk mengelakkan ketegangan kaum. Beliau turut berkata penambah-baikan pilihanraya tidak penting kerana rakyat Malaysia tidak matang.”

Fernandes turut memetik Tengku Adnan sebagai berkata, “Salah satu masalah di Indonesia ialah terlalu banyak kebebasan.”

Sementara itu, Akbar berkata demokrasi memerlukan kebebasan daripada ketakutan dan kebebasan berhimpun.

“It adalah malang ada sebilangan suara yang mempercayai bahawa satu-satu negara yang memlaksanakan keharmonian tanpa demokrasi,” kata beliau, sambil berkata Malaysia layak menerima demokrasi yang tulen.

Laporan awal turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap integriti 240,000 petugas pilihanraya dan kekurangan untuk satu pilihanraya yang bebas dan adil.

Sementara itu, Bizenjo berkata kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negara adalah ketara.

“SPR nampak kolot, ia kena berubah. Pakistan pun dah berubah ke sistem elektronik,” beliau berkata.

Badan antarabangsa tersebut kata mereka adalah bebas walaupun dijemput ke negara oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tak peduli siapa yang menang. Kita bukan rakyat Malaysia,” kata Fernandes.

Pemimpin media bantah tindakan terhadap wartawan

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Hampir kesemua Ketua Editor media online di Malaysia menandatangani satu memorandum mengutuk tindakan polis mengasari petugas media yang membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 semalam.

 (Salah seorang wartawan yang kesakitan selepas diserang)

Mereka mengutuk tindakan polis menganggu, mengkasari, menyekat, menapis dan menyekat laporan yang dibuat oleh petugas media.

Mereka menuntut tindakan tegas dari kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia terhadap mereka yang terlibat dalam aksi keganasan bagi menghalang rakyat negara ini mendapat laporan yang tepat dan penuh.

(List tindakan yang dikenakan ke atas petugas media semasa perhimpunan Bersih 3.0  - The Sun)

Antara yang menandatangani memorandum ini adalah Asohan Aryaduray, Chong Cheng Hai, Deborah Loh, Gobind Rudra, Jacqueline Ann Surin (NGO media), Jahabar Sadiq (The Malaysian Insider), K Kabilan (Free Malaysia Today), KL Chan, Premesh Chandran (Malaysiakini), Steven Gan (Malaysiakini) disokong oleh 500 penandatangan yang menyokong petition ini sehingga berita ini disiarkan.

Antara laporan yang mereka nyatakan dalam memorandum itu adalah:-

1) Seorang wartawan cedera pada kepalanya selepas diserang oleh orang ramai.

2) Seorang wartawan telah patah tulang rusuknya selepas diserang oleh polis.

3)  Dua wartawan telah ditahan semasa menjalankan tugas.

4) Beberapa wartawan telah dilaporkan diserang oleh polis ketika menjalankan tugas.

5) Wartawan wanita telah dipegang dan dikasari oleh polis lelaki.

6) Peralatan mengambil gambar telah dipecah dan dimusnahkan.

7) Kad penyimpanan data gambar telah dikeluarkan dan dimusnahkan.

(Wartawan di atas katil hospitalnya menunjukkan kad wartawan)


8) Wartawan telah diarahkan supaya tidak mengambil gambar polis yang sedang bertindak.

Bagi mereka, tindakan polis ini adalah atas arahan pihak atasan.

"Tindakan ini adalah bertentangan sama sekali dengan diklarasi yang dibuat oleh kerajaan Malaysia sendiri terhadap hak-hak wartawan dan media yang dijanjikan oleh kerajaan untuk membuat reformasi terhadap media di Malaysia," kata memorandum itu.

Kesatuan wartawan bantah

Di samping itu, enam kesatuan wartawan itu, termasuk Pusat Kewartawanan Bebas, Piagam Aliran 2000, Kesatuan Wartawan Utara Tanah Melayu, membuat desakan itu dalam satu kenyataan bersama semalam.

Kenyataan itu juga mengutuk tangkapan ke atas dua wartawan dan tindakan ganas pihak polis terhadap petugas media yang membuat liputan ke atas himpunan 'Duduk dan Bantah' itu

'Ejen provokasi timbulkan panik, kekacauan'


Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Faridah Abdull menyalahkan ejen provokasi yang menimbulkan panik dan kekacauan di Dataran Merdeka apabila gas pemedih mata digunakan pada perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

Bercakap ketika ditemui di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini, Faridah berkata, beliau pada waktu itu berada dalam kumpulan orang ramai yang berhimpun di satu sudut di Jalan Tun Perak.

Pada waktu itu, orang ramai mula bersurai selepas menerima arahan berasingan daripada pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan juga oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Faridah berkata beliau mendengar individu di belakangnya – yang memakai baju kuning BERSIH – menyuruh orang ramai maju ke hadapan dan berkata "Anwar suruh baling."

Katanya, beliau berpendapat bahawa arahan itu tidak kena kerana beliau sendiri mengenali Anwar secara peribadi.

Selepas itu, individu dalam kumpulan berkenaan mula membaling objek dan polis pula melancarkan kanister gas pemedih mata ke dalam kumpulan tersebut, katanya lagi.

Peserta berkenaan kemudiannya mula panik dan Faridah seterusnya dipijak, menyebabkan beliau mengalami kecederaan.

Katanya, polis dan pegawai hospital memberitahunya mengenai kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ke hospital tersebut semalam.

Bagaimanapun, Faridah berkata beliau tidak membenarkan Najib mahupun Hishammuddin melawatnya.

NFC: 'Pertarungan kini antara kami dan Rafizi'


Pengerusi National Feedlot Corporation Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail berkata syarikat itu hanya berminat untuk mengambil tindakan ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berhubung dakwaan mendedahkan maklumat perbankan syarikatnya.

NONEBeliau juga menafikan dakwaan Rafizi bahawa NFC kini cuba mengganggu pemberi maklumat apabila laporan polis dibuat ke atas pemimpin PKR tersebut.

"Kami tak berminat dengan pemberi maklumat (maklumat perbankan).
"Pertarungan sekarang adalah di antara kami dan Rafizi," kata Mohamad Salleh (berdasi merah) ketika ditemui di Bank Negara hari ini.

Beliau tiba di bank pusat itu untuk memberi maklumat lanjut berhubung dakwaan bahawa Rafizi melanggar Akta Bank dan institusi Kewangan 1989 melalui pendedahan butiran bank dan
penarafan kredit NFC dan empat syarikat berkaitan NFC.
Tiada pinjaman, tiada bayaran semula
Mohamad Salleh dalam kenyataan medianya menegaskan akan mengambil tindakan atas Rafizi berhubung dakwaan bahawa beliau dan keluarganya menghadapi kesukaran menjelaskan pinjaman dari bank.

"Cara Rafizi membuat kesimpulan bahawa saya gagal membuat pembayaran semula pinjaman peribadi untuk KL Eco City adalah tidak berasas, tanpa merit, bohong dan bersifat fitnah terhadap saya dan keluarga," kata Mohamad Salleh.

NONEMenurutnya, beliau dan ahli keluarga tidak pernah menerima sebarang kemudahan pinjaman bank untuk membeli lapan unit pejabat di KL Eco City seperti didakwa Rafizi pada sidang media bertarikh 7 Mac.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa NFC menolak satu tawaran pinjaman dari sebuah bank untuk membeli unit pejabat di KL Eco City.

"Bank terbabit kemudiannya menarik kembali tawaran pinjaman itu yang disahkan dalam surat bertarikh 4 Januari 2012, katanya.

"Ringkasnya, tiada pinjaman yang diambil," katanya lagi yang menjelaskan bahawa NFC tidak perlu membuat bayaran semula memandangkan pinjaman tersebut tidak diambil.
Langgar akta perbankan
Mohamad Salleh bersama peguamnya menemui pegawai penyiasat Mazlan Ahmad, dari Unit Siasatan Khas Bank Negara bagi memberikan maklumat lanjut terhadap Rafizi dan Public Bank yang didakwanya menyalahi akta perbankan tersebut.

NONEBeliau mendakwa Rafizi (kiri) bersubahat dengan kakitangan bank itu apabila memperoleh dan mendedahkan dokumen dengan butiran kewangan NFC, syarikat berkaitannya, serta pengarah dan ahli keluarganya tanpa izin mereka.

"Kami laporkan 21 kesalahan dibuat Rafizi dan bank itu kepada Bank Negara Malaysia," kata Mohamad Salleh.

Antaranya beliau mendakwa Public Bank "gagal memenuhi janjinya berkenaan kerahsiaan dan keselamatan seperti terkandung dalam piagam pelanggan bank itu."

Menurutnya, NFC membuat aduan kepada Public Bank pada 30 Mac 2011 berkenaan perkara itu.

"Walaupun dua laporan dibuat dengan bank oleh peguam NFC, bank itu gagal mematuhi permintaan syarikat dan pengarahnya," kata Mohamad Salleh.

Dr M: Bersih 3.0 berhasrat tumbangkan k'jaan


Bantahan BERSIH 3.0 Sabtu lalu - perhimpunan awam terbesar sejak gerakan Reformasi tahun 1999 - berhasrat untuk menumbangkan kerajaan, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pembangkang tahu bahawa melalui proses pilihan raya, rakyat tidak akan memberikan mereka kuasa untuk membentuk kerajaan.

Satu-satu caranya, kata beliau, ialah melalui kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan dan menaikkan diri mereka sebagai rejim baru.

Dr Mahathir berkata demikian di majlis pelancaran versi Melayu buku memoir Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di Putrajaya petang ini.

Rosmah, rakyat yang memberi kamu makan: Bukan sebaliknya.

  J. D. Lovrenciear

Ia telah dilaporkan oleh media di seluruh Negara yang isteri kepada yang berhormat Perdana Menteri telah memberitahu pelajar di seluruh Negara bahawa mereka patut menggigit tangan orang yang telah memberi mereka makan.

Apakah ertinya ini? Datuk Seri Najib, bolehkah anda menerangkan kepada kami apa maknanya semua ini. Sepatutnya anda memberitahu pasangan anda yang dia mesti menjaga tepi kain sendiri sahaja.

Dan apabila anda mendapat jawapan anda, anda akan tahu kenapa para pembaca sangat sesitif akan apa yang telah dikatakan oleh Datin Seri Rosmah. Anda juga patut tahu bahawa di kalangan rakyat-rakyat biasa sedang bergosip tentangnya di kedai-kedai kopi.

Apabila anda sedang bekerja keras memberitahu rakyat akan usaha yang sedang dijalankan oleh BN untuk rakyat, pasangan anda telah memburukkan lagi keadaan dengan menyatakan sesuatu yang telah menjadikan rakyat nampak seperti pengemis.

Adakah ini betul Perdana Menteri?

Siapa yang memberi makan siapa?


Bukan BN yang memberi makan rakyat. Ia sememangnya tidak boleh. Ia bukan seperti ini. ‘Wanita pertama Malaysia’ mesti tahu akan kebenaran ini.

Kerajaan mempunyai duti moral dan tanggungjawab untuk telus dan membina dan menguruskan peluang kepada rakyat untuk bekerja dan menyara kehidupan mereka sendiri. Rakyat tidak perlu meminta dan mengemis untuk mencari sesuap nasi; sebaliknya, melalui peti undi, rakyat telah memilih anda untuk menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya anda laksanakan.

Jadi, apakah semua “jangan menggigit tangan yang memberi makan anda?” ia langsung tidak menyokong apa yang telah BN war-warkan pada rakyat selama 5 dekad yang lalu.

Datin Seri Rosmah juga nampaknya telah memberi amaran kepada rakyat. Jadi, rakyat bertanya semula kepadanya, “jika ya pun kami sedang menggigit tangan itu, apakah yang anda akan lakukan?”

Harap-harap isteri PM tidak akan menjawab, “tunggu sahajalah nanti saya tunjukkan”.

Dalam sejarah Malaysia, tidak pernah ada isteri perdana menteri yang berani menuang minyak kebara api.
Datuk Seri Najib mesti menangani ini kecuali anda langsung tidak sedar bahawa Tun Dr Mahathir dulu pernah menegur pasangan anda dihadapan semua.Malaysia Chronicle

Polis didakwa langgar peserta pengsan selepas diserang

Wartawan Sinar Harian

Najib melawat Kamil yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat diserang penyokong Bersih 3.0.
 
Najib melawat Kamil yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat diserang penyokong Bersih 3.0.
 
 
KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis, Konstabel Mohamed Kamil Paimin, 24, yang didakwa melanggar orang ramai semasa perhimpunan Bersih 3.0, kelmarin, tampil memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Menurut Kamil, dia berada dalam keadaan separa sedar dan hilang kawalan ke atas kereta Proton Waja yang dipandunya selepas mengalami pendarahan di kepala akibat dibaling objek keras.

Rakaman video menunjukkan kereta itu kemudian terbabas ke kaki lima tetapi tidak dapat dipastikan sama ada orang ramai yang berada di kawasan itu cedera dalam kemalangan tersebut kerana tiada laporan dibuat setakat ini.

Dakwaan sesetengah pihak bahawa kereta itu diterbalikkan penyokong Bersih untuk mencederakan Kamil juga tidak dapat dipastikan kerana ada sumber mengatakan kenderaan itu disengetkan bagi mencari sama ada terdapat mangsa tersepit di bawah kereta.

Menceritakan semula kejadian itu, Kamil berkata, dia diarah membawa kereta tersebut untuk mengambil anggota polis lain, apabila diserang di hadapan pusat membeli-belah Sogo.

“Ketika saya mula masuk ke dalam kelompok penyokong itu, keadaan masih terkawal, tetapi mereka tiba-tiba menyerang.

“Mereka membaling batu, botol, kon polis dan objek lain ke arah tingkap kereta, dan satu benda keras terkena kepala saya.

“Saya tak sempat minta bantuan rakan dan terus pengsan. Saya tak ingat apa yang berlaku selepas itu,” katanya yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Kamil, yang baru dua tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, juga bersyukur selepas mengetahui jurugambar stesen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, membantunya ketika diserang.

Namun, Azri juga cedera di kepala kerana dipukul sekumpulan kecil individu dipercayai peserta perhimpunan semasa cuba membantu Kamil dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu.

“Saya suruh mereka berhenti serang saya tetapi rayuan itu tidak diendahkan. Nasib saya baik kerana orang lain di kawasan itu membantu saya, dan kamera saya juga selamat,” katanya yang turut menerima rawatan di HKL.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam turut melawat Kamil, Azri serta anggota trafik, Mohd Nasir Abu dan wartawan The Sun Mohd Radzi Abdul Razak yang turut cedera ketika perhimpunan kelmarin.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dalam pertemuan tersebut, Mohd Radzi, 28, berkata Perdana Menteri berjanji kepadanya akan membantu menyiasat dan mencari mereka yang didakwa bertanggungjawab memukulnya sehingga mengalami kecederaan parah di kepala.

Mohd Radzi berkata, beliau dan rakannya dipukul teruk semasa mereka menjalankan tugas dekat Kompleks Mara, Jalan Raja Laut, semasa perhimpunan itu.

Bersih 3.0: Jurukamera kaji saman individu serang dia

HIDAYAH HAIROM

Bersih 3.0: Jurukamera kaji saman individu serang dia
KUALA LUMPUR - Meskipun mengalami kecederaan teruk akibat dibelasah oleh peserta perhimpunan Bersih 3.0, ia bukan penamat buat jurukamera TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, terus berkhidmat sebagai pengamal media.

Mohd Azri berkata, insiden yang menyaksikan dia menjadi mangsa itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat dalam bidang penyiaran walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi seumpama itu pada masa akan datang.

Menurutnya, dia bersedia sekiranya diberi tugasan membuat liputan dalam apa juga keadaan kelak.

"Sebagai pengamal media, kita sedar risiko yang perlu dihadapi, jadi kejadian ini tidak akan membuatkan saya serik," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini hari ini.

Katanya, dia akan mempertimbangkan berhubung tindakan selanjutnya yang akan diambil.

"Saya dalam proses membuat laporan polis, dan akan pertimbangkan untuk tindakan undang-undang terhadap mereka yang berkenaan," katanya sambil mengakui rakaman video yang berjaya direkodkan ketika dia dipukul jelas memperlihatkan wajah pelaku.

Dia kini dalam keadaan stabil.

'Tengku Aziz patut temu parti, bukan media'

Wartawan Sinar Harian

Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijamin akan diadakan dengan aman berakhir dengan ganas.
 
Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijamin akan diadakan dengan aman berakhir dengan ganas.
 
 
PETALING JAYA - Nasib Naib Presiden DAP, Tengku Abdul Aziz Tengku Ibrahim, yang minggu lalu menasihatkan pimpinan Bersih 3.0 agar tidak melakukan perhimpunan Duduk Bantah di Dataran Merdeka, akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai pemimpin tertinggi dalam PR, beliau sepatutnya tahu menggunakan kedudukan itu.

"Beliau perlu suarakan kepada pimpinan, bukannya melalui media.

"Kita akan bawa perkara ini dalam mesyuarat. Tak ada sebarang syarat untuk mengusulkan sebarang pandangan kepada mesyuarat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Gaji minimum diumum malam ini

G MANIMARAN

Najib Tun Razak
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
 
 
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan gaji minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih setahun lalu, malam ini dengan kadarnya dianggarkan antara RM800 hingga RM1,000.

Pengumuman itu, yang difahamkan lebih tinggi berbanding syor Majlis Perundingan Gaji Negara, akan dibuat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sempena sambutan Hari Pekerja yang jatuh esok.

Kedua-dua Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meletakkan harapan masing-masing dengan kadar "bersejarah" itu, yang dijangka akan memberi kesan besar ke kadar upah tenaga kerja di negara ini dalam jangka panjang.

MTUC berharap kadar yang akan diumumkan malam ini akan mendatangkan manfaat menyeluruh dengan dikuatkuasakan di seluruh negara serentak dalam waktu yang singkat manakala MEF pula berharap pengumuman gaji mininum tidak mencetuskan tekanan ke atas harga barang.

Awal bulan ini, Najib berkata, beliau akan mengumumkan keputusan kerajaan tentang dasar gaji minimum pada akhir April.

Pengumuman mengenai kadar gaji minimum telah dinanti lebih setahun. Tahun lalu kerajaan membentuk Majlis Perundingan Gaji Negara, yang diberi tanggungjawab untuk tampil dengan syor berkenaan satu kadar yang sesuai.

Berdasarkan syor itu, Kabinet meluluskan satu kadar yang munasabah bagi pekerja-pekerja di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Kami berharap gaji minimum ini akan dikuatkuasakan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan. Kalau ada majikan yang hendak melaksanakan pada bulan depan, OK. Tetapi kami mahu kerajaan memastikan ia dilaksanakan di seluruh negara dalam satu tempoh, katakan enam bulan, tidak mahu lebih lama daripada tempoh enam bulan," kata Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor kepada Sinar Harian Online.

Pemotong kawat duri macam profesional


Anis Nazri,
KUALA LUMPUR: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.

"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan.

Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis.

"Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.

Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.

"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka.  Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turut serta pada sidang media tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS.

Generasi kedua, ketiga Felda diseru bangkit

Harakahdaily,

TEMERLOH: Apakah generasi kedua dan ketiga Felda faham kesan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) terhadap masa depan mereka?

Apakah mereka sudah menilai kesan tindakan Barisan Nasional itu dengan apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga?

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menggesa generasi kedua dan ketiga Felda untuk bangkit menentang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kerana ia adalah satu rampasan kepada hak mereka.

“Tindakan ini serentak dengan pengumuman durian runtuh kepada warga Felda untuk melupakan bahawa tanah peneroka akan dicagarkan selama 99 tahun ke Felda Global Venture Holding (FGVH) untuk tujuan penyenaraian.

"Dalam erti kata lain, cadangan penyenaraian FGVH bakal menindas generasi kedua dan ketiga Felda, kerana selepas durian runtuh sekali ini sahaja, hasrat mereka untuk memiliki tanah tidak akan tercapai kerana telah dicagarkan selama 99 tahun,” kata Tuan Ibrahim.

Dalam Buku Jingga PR, kata Tuan Ibrahim, nasib generasi kedua dan ketiga Felda diberi keutamaan.

“PR sudah menjanjikan untuk membuka seluruh ladang Felda kepada generasi kedua dan ketiga Felda melalui Tawaran Buku Jingga. Sebenarnya tawaran tersebut adalah hadiah paling besar bagi rakyat yang belum mendapat tanah,” terang beliau.

Hujah Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, atas tawaran Buku Jingga itu, golongan anak-anak warga Felda adalah “golongan yang paling beruntung” apabila PR memerintah.

Oleh yang demikian, katanya, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) telah menjalankan dan mengedarkan borang permohonan bagi mereka yang berkelayakan.
Ribuan permohonan diterima menggambarkan rakyat kini sangat memerlukan tanah untuk aktiviti ekonomi mereka, di samping rumah kediaman.

Namun, tegas beliau, hasrat generasi kedua dan ketiga Felda untuk menikmati tanah akan terhalang dengan tindakan BN untuk menyenaraikan Felda melalui FGVH di Kuala Lumpur kerana tanah yang sepatutnya menjadi hak milik mereka masa depan telahpun dipajakkan dan 'ditebus’ kerajaan dengan durian runtuh yang sekali saja.

Apa yang perlu diberi perhatian, kata Tuan Ibrahim ialah tindakan penyenaraian ini akan turut mengikis aset Bumiputera dan membuka laluan lebuhraya kepada hasrat warga asing untuk menguasai aset Bumiputera.

“Pemilikan harta bumiputera 30% yang menjadi matlamat DEB telah gagal, justeru matlamat menyusun semula masyarakat luar bandar juga gagal.

"Untuk mengatasi masalah ini, antara usaha ini ialah meningkatkan ekuiti Bumiputera melalui pemilikan ladang Felda.  Namun, bilamana ia dijadikan saham bermakna semua pihak boleh membeli, maka aset dan harta bumiputera akan turut mengecil,” jelas beliau.

Bagi Tuan Ibrahim, tindakan menjadikan tanah ladang sebagai cagaran merupakan tindakan paling bodoh, kerana tanah ladang yang sekarang dikuasai 100 peratus oleh agensi kerajaan akan dibuka kepada pemilikan bukan bumi dan warga asing.

Tindakan ini, katanya tentulah mengembirakan beberapa pihak yang selama ini memang berhasrat untuk menguasai perladangan Felda.

“Dengan penyenaraian sahaja, mereka tanpa memerlukan usaha dan susah payah sudah boleh mendapatkan tanah seluas 360,000 hektar - satu jumlah yang tidak pernah dimimpi oleh sesiapa pun,” tambah beliau lagi.

Belaiau menambah, walaupun kerajaan memberi jaminan pemilikan ini tidak akan terlepas kepada pihak  asing, namun hakikat bilamana ia telah menjadi unit saham, maka tiada jaminan ianya tidak akan dijual terutamanya bagi mereka yang membeli saham tersebut melalui pembiayaan pinjaman bank atau sewaktu berlakunya lonjakan nilai saham tersebut.

“Sekiranya hakikat bahawa 'tujuan asal tanah ladang Felda dibuka adalah untuk dimiliki oleh generasi kedua dan ketiga Felda' ini disedari, bekas anggota tentera dan polis, rakyat negeri dan kakitangan Felda yang tiada bertanah sudah tentu bangkit menentang hasrat penyenaraian ini; kerana sedar akan hakikat bahawa hadiah lumayan adalah di depan di mana sekiranya PR menguasai Putrajaya, maka tanah tersebut akan menjadi hak milik mereka dan bukannya dipajak kepada FGVH selama 99 tahun,” jelas beliau lagi.

Bersih 3.0: Laporan media seolah-olah polis betul

Harakahdaily,   
 
 
KUALA LUMPUR: Agak mengejutkan apabila laporan yang disiarkan oleh media sama ada media cetak dan media elektronik semalam, 29 April mengandungi berita yang menghala ke satu tujuan iaitu meletakkan segala kesalahan kepada peserta Bersih 3.0 dan memberikan liputan yang positif kepada pihak polis.
Presiden Intelek Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, laporan itu seolah-olahnya semua tindakan yang dilakukan oleh polis adalah betul dan tepat.

Katanya, laporan yang berat sebelah dibuat oleh media sudah tentu akan membina satu persepsi buruk terhadap Bersih 3.0 sedangkan realitinya himpunan yang aman itu bertukar menjadi ganas, kacau-bilau dan huru-hara akibat gangguan dan halangan yang dilakukan oleh pihak polis secara langsung dan tidak langsung.

Menurutnya, sebagai sebuah negara yang mengiktiraf demokrasi yang memberikan keadilan dan hak kepada semua rakyat perlu memberikan ruang kepada rakyat untuk berhimpun di ibu negara.

Ini, ujarnya kerana himpunan yang dilakukan itu bukan himpunan tanpa tujuan tetapi bagi menuntut sistem yang adil dalam PRU yang amat dipertikaikan pada masa ini kerana PRU adalah merupakan ruang untuk rakyat memilih sebuah pemerintahan yang mereka inginkan.

“Laporan media jelas begitu berat sebelah. Sebagai contohnya, laporan berita TV3 menyatakan bahawa terdapat pegawai polis yang cedera sedangkan kecederaan yang dialami oleh peserta Bersih jauh lebih ramai dan jauh lebih teruk kecederaannya.

“Kenapa kecederaan peserta Bersih tidak mahu dilaporkan, adakah kerana sememangnya maklumat itu tidak diterima ataupun sengaja mahu disorokkan?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Sebab itu, kata beliau persoalan tentang integriti media massa bukanlah sekadar persoalan yang bersifat teoritikal, sebaliknya merupakan persoalan pengaplikasian yang praktikal bukan sekadar slogan sahaja.

Tambahnya, laporan yang tiada integriti ataupun tiada kejujuran akan menyebabkan sama ada rakyat akan membenci Bersih 3.0 ataupun rakyat akan membenci media massa arus perdana yang berterusan melaporkan berita yang tidak telus dan menyebelahi pemerintah dan konco-konconya.

“Media massa sepatutnya bebas untuk memberikan laporan yang adil kepada semua berita, bukan hanya yang positif untuk pemerintah sahaja tetapi perlu juga berita yang dapat membandingkan apa yang berlaku,” katanya lagi.

Beliau menambah, apabila media terkongkong maka ia memberikan kesan kepada pembaca yang berterusan dikongkong seperti pemikiran katak di bawah tempurung.

“Akhirnya, pembaca akan bertindak satu hala yang bersesuaian dengan pemerintah,” ujarnya.

Maka, jelasnya tidaklah menghairankan mengapa Bersih bersungguh-sungguh mahu agar media massa melaksanakan tugas dengan bebas dan adil dalam salah satu tuntutan yang telah dikemukakan sebelum ini.

Tengahari tendang polis, petang tangkap peserta himpunan

Harakahdaily,



(Dua suasana yang berbeza antara tengahari dan petang....sekarang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya agen provokasi ini)


KUALA LUMPUR: Ketika pimpinan PAS mempertegaskan ahlinya bersih dan berdisiplin, tulisan bekas Setiausaha Umno Bahagian, Zahrin Mohd Yasin bahawa sekurang-kurangnya 2,000 anggota polis memakai baju Bersih Sabtu lalu menarik perhatian ramai.

Dalam tulisannya Sabtu lalu, Zaharin atau Sang Kelembai itu menulis, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi."

"Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.

"Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau.

Apabila seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu."

Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih."

"Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin dalam tulisan itu.

Gambar-gambar mula tersebar kini tentang polis yang dikatakan menyamar itu.

Misalnya aksi seorang peserta perhimpunan membuat 'flying kit' ke atas seorang polis trafik.

Beliau juga didapati kemudiannya yang menangkap para peserta demonstrasi yang lain.

(Gambar siapakah ini yang menendang polis dengan gelang kuning di tangannya.  Gambar ini kini tersebar luas)

Ada dua tempat peranan agen 'provokasi' ini dikesan oleh orang ramai.

Pertama, siapa yang memulakan tindakan melempar kereta polis dengan botol air sehingga pemandunya hilang pertimbangan dan merempuh tiga orang di perkarangan pasaraya Sogo.

Yang kedua adalah tindakan memecahkan tembok penghalang yang dibina oleh DBKL mengelilingi Dataran Merdeka.

Siapakah mereka sehingga kini masih belum dapat dikesan dengan nyata.

Pihak penganjur Bersih 3.0 pula menuntut kerajaan membuat siasatan menyeluruh terhadap perhimpunan kali ini.

Peranan media tradisional yang dikuasai Umno dan BN juga mendapat kecaman dari pemerhati antarabangsa yang datang untuk membuat pemerhatian mereka terhadap perhimpunan kali ini.

Bercakap dalam sidang media mereka  semalam, Senator Nick Xenophon dari Australia berkata, "perhimpunan ini aman sehinggalah mereka diprovok."

Beliau juga mengkritik laporan dari TV yang jelas melaporkan secara sebelah pihak.

“Mainstream media berat sebelah dan tidak adil. Kami lihat lebih laporan Perdana Menteri Najib (Tun Razak) di Sabah dalam TV dari peristiwa yang lebih besar tentang rakyat Malaysia,” kata Xenophon.

Seorang lagi ahli dari pasukan 7-anggota itu,  India Times editor MJ Akbar, berkata peserta sebenarnya dalam mood berpesta.

“Orang ramai mempunyai masa yang cukup kalau mereka mahu bertindak ganas. Tetapi mereka berpesta sehinggalah berlakunya provokasi,” kata Akbar.

'K'jaan bimbang Dataran dikuasai secara berterusan'

 
Perhimpunan BERSIH 3.0 tidak dibenarkan untuk menggunakan Dataran Merdeka, Sabtu lalu kerana dikhuatiri pihak yang tidak bertanggungjawab akan menguasai tempat tersebut secara berterusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penolakan permohonan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menggunakan Dataran Merdeka juga adalah disebabkan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

NONE"Kerajaan tidak benarkan Dataran Merdeka digunakan atas beberapa sebab.

Antaranya ia merupakan satu tapak yang ikonik dan bersejarah dalam konteks perjuangan kemerdekaan. Kemudian, ada saksi (kata) mungkin penganjur akan gunakan (Dataran Merdeka) untuk tujuan politik mereka dan ada perancangan untuk kuasai Dataran secara berterusan.

Dan akhir sekali, saya ingin mengelak demonstrasi jalanan yang akan beri kesan buruk," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Umno, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Sehubungan itu, Najib berkata, cadangan kerajaan sebelum ini yang menawarkan beberapa tempat seperti Stadium Merdeka adalah bertujuan bagi mengawal situasi yang tidak diingini daripda berlaku.

"Kalau niat untuk himpun dan nyatakan pendirian mereka, stadium sesuai untuk suarakan pendapat mereka. Sesuai dengan pendirian kita iaitu 'benarkan suara bebas di negara kita' dan senang juga untuk dikawal," katanya.

Dalam pada itu, Najib yang juga presiden Umno berkata, kemudahan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa merupakan salah satu pilihan yang dibenarkan dan tidak memudaratkan kesihatan.

Jelasnya lagi, penggunaan air kimia dan gas itu adalah jauh lebih baik berbanding berlakunya pertempuran fizikal yang mampu mengakibatkan jumlah kecederaan lebih ramai.

"Pada hakikatnya, terdapat pihak yang mengatakan dari segi kesihatan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air ialah pilihan yang tidak memudaratkan keselamatan dan (ia) lebih baik daripada berlaku pertempuran fizikal.

"Seandainya tidak bersurai, kes-kes fizikal dari segi kecederaan tentu jauh lebih besar dan parah dengan apa yang berlaku semalam (Sabtu)," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang mengatakan Najib tidak perlu takut untuk membubar Dewan Rakyat selepas perhimpunan BERSIH dijalankan, Najib berkata:

"Tak ragu-ragu. Saya memang tak ragu. Kenapa saya perlu (ragu-ragu)? Saya perlu fikir masa yang lebih susuai," katanya.

Ketika ditanya lagi, adakah dengan himpunan BERSIH membuatkan pengumuman bila pilihan raya akan dilakukan semakin lambat, Najib berkata:

" Tak tahulah. Tengoklah dulu. Tunggu dan lihat," katanya.
Sementara itu Bernama melaporkan Najib berkata pihak polis akan memaparkan rakaman video mengenai apa sebenarnya
 berlaku semasa perhimpunan di ibu negara semalam.
  
Katanya, langkah itu bagi mengelak insiden itu daripada dieksploitasi oleh pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pendapat awam berhubung perhimpunan itu yang mana kebanyakannya dipaparkan melalui media sosial.
  
"Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku yang dilakukan oleh anggota polis sendiri," katanya.

Beliau berkata seramai 130 anggota perubatan termasuk 30 doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah ditugaskan untuk memberi rawatan segera kepada yang terlibat dalam perhimpunan itu tanpa mengira fahaman politik.

Perdana menteri turut memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut merupakan ujian pertama bagi anggota polis menterjemahkan tindakan mengikut undang-undang baru selepas kerajaan melaksakan transformasi politik termasuk pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 selain memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini, Najib berkata tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini.

Azmin: Isyarat tanda rundingan untuk bersurai

 
Timbalan presiden PKR Azmin Ali menafikan dakwaan bahawa beliau berhubung melalui isyarat dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memecahkan sekatan kawat duri polis di Dataran Merdeka.

Azmin berkata, isyarat berkenaan sebaliknya untuk menunjukkan bahawa beliau mahu berundingdengan polis untuk memberi masa kepada peserta BERSIH 3.0 bersurai.

Katanya beliau melihat Anwar memberi isyarat kepadanya untuk berunding dengan polis dan beliau membalas isyarat berkenaan untuk menyatakan bahawa beliau telah berunding.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Anwar: Kami tidak arah rempuh sekatan polis


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau dan timbalannya Azmin Ali tidak mengeluarkan arahan supaya peserta merempuh pagar kawat duri polis yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka pada Sabtu.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan mempertahan tindakan mengalihkan sekatan berkenaan yang disifatkannya bukan satu kesalahan.

Dengan sinis, beliau bertanya sekiranya memasuki Dataran merupakan satu kesalahan besar berbanding perbuatan menipu dalam pilihan raya.

PAS beri 30 hari pengerusi SPR, timbalan letak jawatan

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR— PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan selepas terdedah keahlian mereka dengan Umno.

“Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan. Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan ‘pengadil’ dalam sesebuah pilihan raya,” tegas Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi semalam.

Harakahdaily melapurakn beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.

Katanya, sebagai seorang ‘pengadil’, adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana ‘pemain’.

”Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United. Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor. Teruklah Kelantan,” kata beliau.

PAS akan menyerahkan memorandum mendesak Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, di Putrajaya hari ini.


PAS nafi ahli rempuh polis di Bersih 3.0





KUALA LUMPUR — PAS menafikan laporan media yang mendakwa ahli parti Islam tersebut daripada Unit Amal PAS telah merempuh benteng polis ketika perhimpunan Bersih “Duduk Bantah” Sabtu lalu.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Nasrudin Hasan (gambar) berkata, pihaknya juga kesal dengan laporan media yang seolah-olah melihatkan Unit Amal PAS yang bertugas menjaga keamanan sewaktu demonstrasi Bersih 3.0 dilabel seperti perusuh yang merempuh anggota polis.

“Unit amal bukan skuad penggempur. Saya kecewa dengan laporan media yang memperlihatkan Unit Amal PAS seperti perusuh dengan menayangkan gambar mereka merempuh benteng yang dibuat anggota polis.

“Mereka bukan merempuh, mereka hanya cuba meloloskan diri, supaya penyokong perhimpunan tidak bertembung dengan anggota polis,” tegasnya pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS di sini.

Jelas Nasruddin, tugas utama Unit Amal PAS adalah menjaga ketenteraman peserta perhimpunan dan mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.

“Mengapa polis tetap membuat halangan di Jalan Ampang? Itu bukan kawasan larangan. Ini jelas menunjukkan polis berniat untuk memukul anggota Unit Amal yang selama ini mempunyai trek rekod yang cemerlang,” tegasnya menjelaskan insiden perusuh menembusi benteng polis pada perhimpunan 28 April lalu.

Dalam sidang media tersebut, Nasruddin turut menayangkan video rakaman yang menunjukkan anggota Unit Amal PAS yang dilarang memberikan bantuan kepada perusuh yang sedang dipukul anggota polis di Jalan Raja Laut.

“Unit Amal cuba memberikan bantuan, tetapi dihalang pihak polis?

Kenapa media tidak memainkan perkara ini, sebaliknya melaporkan keburukan Unit Amal?” soalnya lagi.

Malah, Nasrussin juga yakin kredibiliti dan imej Unit Amal yang umum sedia maklum bertugas menjaga keamanan sewaktu perhimpunan “Duduk Bantah” di Dataran Merdeka Sabtu lalu tidak akan tercalar.

“Imej Unit Amal tidak akan tercalar dengan agenda busuk mereka,” tegasnya lagi yang tidak menolak kekacauan yang berlaku semasa demonstrasi “Duduk Bantah” berpunca daripada agen provokasi pihak-pihak tertentu.

Sehubungan itu, pihak DPPM mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai video untuk memuat naik di laman YouTube, ataupun menyerahkannya kepada DPPM supaya dapat dijadikan bukti.

“DPPM meminta agar wira-wira rakyat tampil mengemukakan rakaman mereka, supaya pihak kami daripada Juham (Jabatan undang-undang dan hak asasi manusia) dapat mengkaji dan menelititi video berkenaan supaya tindakan perundangan dapat diambil.

“Kami juga menuntut satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat dengan adil dan rasional berhubung insiden 28 April lalu,” katanya lagi.

Tambah Nasruddin, PAS menyertai Bersih kerana menyokong 84 NGO yang menuntut pilihan raya adil dan bersih, dan sekiranya kerajaan masih lagi tidak melaksanakan lapan tuntutan Bersih, pihaknya tidak teragak-agak untuk menyokong Bersih 4.0.

“Sekiranya tuntutan itu tidak dilayan lagi, kami tidak teragak-agak untuk menyokong Bersih 4.0.”

Lebih 25,000 perusuh disuraikan anggota polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata selepas beberapa perusuh mula menceroboh kawasan Dataran Merdeka dan menyelamatkan diri ke bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam insiden Bersih 3.0 kelmarin.

Sebahagiaan 15,000 tersepit antara polis dan DBKL memecahkan halangan dan bergerak ke Dataran Merdeka, menyebabkan polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah cuba berunding dengan polis, yang menggesa Ahli Parlimen Gombak itu menenangkan perusuh. Namun, mereka berdegil menceroboh kawasan dataran walaupun telah dinasihatkan tidak berbuat demikian.

Polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan sekitar DBKL, berhadapan Jalan Parlimen, dan bergerak ke arah perusuh yang cuba mencari perlindungan dan dihalau ke Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut.

Berang dengan tindakan itu, perusuh kemudiannya menyerang kereta pihak polis yang kemudiannya melanggar sekurang-kurangnya dua perusuh ketika cuba melepaskan diri.

Walaupun majoriti perusuh bersurai, sekumpulan 1,000 perusuh kemudiannya mencabar polis berhampiran Masjid Jamek.

Dianggarkan 460 perusuh ditahan polis, kurang satu per tiga daripada perhimpunan 9 Julai tahun lalu.

Pas mahu suruhanjaya siasat insiden Bersih

RAZIF ROSLI

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub


IPOH – Pas mempelawa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perhimpunan Bersih 3.0 kelmarin, yang berakhir dengan insiden tidak diingini, bagi mengenal pasti kebenaran di sebalik perkembangan itu dan diambil tindakan jika perlu.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Siasatan Diraja mampu menjalankan siasatan dengan adil kepada semua pihak, malah Pas akan memberikan kerjasama.

“Kita tunggu keputusan dahulu sama ada kerajaan mahu tubuhkan atau tidak. Namun, kita mahukan ketelusan dalam siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira semua aspek untuk dimuatkan dalam laporan penuh kelak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas Perak di sini, semalam.

Pendirian ini dibuat beberapa jam sebelum Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga berkata pihaknya mahu Suhakam menjalankan satu siasatan bebas dan menyeluruh.

Dalam kenyataannya, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pas menolak dakwaan bahawa Jabatan Amal Malaysia (Unit Amal) bertindak merempuh sekatan yang dibuat polis di jalan berdekatan KLCC semasa perhimpunan Bersih 3.0, kelmarin dan menegaskan ia bukan arahan daripada Pas.

Salahuddin berkata, Pas dan kepimpinan Bersih sendiri tidak pernah memberi arahan untuk melakukan perbuatan sebegitu.

“Sehari sebelum perhimpunan Bersih, kita telah mengeluarkan kenyataan tidak akan merempuh kawasan yang telah dikuatkuasakan oleh perintah mahkamah dan arahan ini jelas malah Pas mematuhi perkara itu.

“Sama ada Unit Amal mahupun peserta dalam kalangan ahli Pas, kita tidak mengizinkan mereka melanggar arahan itu,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan media semalam bahawa peserta Bersih 3.0 yang terdiri daripada Unit Amal Pas merempuh sekatan yang dilakukan polis dan bertindak ganas.

Beliau turut berkata, Pas tidak menolak wujud ejen provokasi yang memakai baju Unit Amal bagi tujuan menimbulkan kacau ganggu sewaktu perhimpunan selain memberikan imej tidak baik kepada Pas.

Beliau merujuk insiden yang berlaku pada anggaran jam 4.19 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur berhubung tindakan orang ramai menterbalikkan kereta polis selain Unit Amal Malaysia yang merempuh sekatan polis berdekatan KLCC.

“Kami nyatakan di sini, mereka yang memakai baju Unit Amal dan bertopeng itu bukan kita dan mereka ini adalah ejen provokasi yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan termasuk insiden kereta polis.

“Oleh sebab itu kita akan teliti balik video yang berjaya dirakam dan kita juga akan buat laporan polis malah akan mengemukakan bukti yang berkaitan, dalam sehari dua ini kita akan terima banyak lagi video dan gambar bagi tindakan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan perhimpunan itu berjaya dan mendakwa 200,000 rakyat Malaysia turun menyertai Bersih 3.0 menuntut reformasi pilihan raya.

Perhimpunan kali ini disifatkannya satu isyarat dan perlu dibaca oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa apa pun janji transformasi politik yang dibawanya tidak meyakinkan rakyat yang menuntut pilihan raya yang bersih serta adil.

Malah katanya, Bersih 3.0 diadakan hasil tindakan kerajaan yang tidak serius melakukan transformasi politik.

Polis ‘bincang’ sebelum pukul wartawan The Sun

KEADILAN DAILY

 

KUALA LUMPUR: Seorang wartawan The Sun dimasukkan ke hospital berikutan cedera tulang rusuk dan disyaki mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0.

Alyaa Alhadjri ketika dipetik MalaysiaKini, berkata pemeriksaan ke atas Radzi Razak yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, menunjukkan wartawan itu mengalami kecederaan dalaman di bahagian perutnya.



Mengikut wartawan Malaysiakini pula, Zulaikha Zulkifli, sekumpulan besar anggota polis menerpa ke kawasan tempat  sedang berdiri kira-kira jam 5.30 petang.

Radzi dikatakan berdiri di sudut persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut sementara Zulaikha ketika itu berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja.

Kata Zulaikha, beliau nampak sekumpulan besar anggota polis berbincang di tengah-tengah persimpangan sebelum menerpa ke sudut persimpangan itu dan ‘nampak seorang lelaki berbaju putih terbaring dan beberapa anggota paramedik memeriksanya.”

Seorang lagi wartawan Malaysiakini, Nigel Aw kemudian melihat Radzi terbaring dalam keadaan separa sedar dan dikelilingi orang ramai.

Saksi kejadian kereta polis diterbalik cerita kisah sebenar

Aedi Asri

 

KUALA LUMPUR: Seorang saksi kejadian kereta polis diterbalik berhampiran kompleks membeli belah Sogo semalam, menceritakan hal sebenar kepada Keadilan Daily.

Muhammad Nasrul Alam Ash’ari, 23, berkata, beliau nampak sebuah SUV polis datang dari belakang dengan laju dan tanpa hon hingga hampir melanggar ambulans dan demonstran.

Selepas itu, beliau berkata, sebuah kereta Waja polis muncul dari arah sama – laju dan tanpa hon – menyebabkan kebanyakan demonstran terkejut lari ke tepi jalan.

Reaksi spontan akibat pemanduan itu, katanya, menyebabkan demonstran marah hingga ada yang membaling botol plastik sambil menjerit meminta polis perlahankan kenderaan.

“Kereta itu kemudian terbabas ke sebelah kanan, melanggar kaki lima dan pokok, sebelum merempuh tiga demonstran yang berada di situ.

“Seorang terpelanting ke tepi, seorang lagi tersepit badan di celah-celah bahagian enjin yang sedia kemek,” katanya ketika dihubungi.

Nasrul bagaimanapun tidak pasti keadaan seorang lagi yang turut dilanggar berikutan suasana kelam kabut ketika itu.

Beliau berkata, sebilangan demonstran mengusung lelaki yang terpelanting ke ambulans sementara sebilangan lain membawa keluar seorang polis dari kereta itu.

“Lelaki yang terpelanting itu cedera di mulut dan perut tetapi saya tidak pasti sejauh mana teruknya kecederaan mangsa.

Katanya, anggota polis itu kemudian dibawa ke ambulans sama dan pada masa itulah kereta dialih dengan menterbalikkannya untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit itu.

Ketika berbuat demikian, Nasrul berkata, sebilangan anggota polis dilihat menuju ke tempat kejadian, menyebabkan ramai lari bertempiaran termasuk beliau.

“Apabila kembali ke situ, kereta sudah pun diterbalikkan dan sejumlah anggota polis sedang menangkap demonstran yang memakai baju Bersih,” katanya.

‘Polis halang doktor rawat selepas pukul saya’

Masdar Wahid


KUALA LUMPUR: Saya dipukul hingga cedera tapi polis enggan benarkan doktor memberi rawatan, kata seorang mangsa keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0 semalam, Mohamad Hanif Jamin.

Bercakap kepada Keadilan Daily, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu percaya ia kerana beliau memakai baju kuning walaupun tiada perkataan Bersih.

“Saya hanya berbaju Harimau Muda dan hadir kerana sokong tuntutan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan adil.

“Malangnya, saya dipukul, dimaki dan diheret hingga tersungkur sebelum polis membelasah saya beramai-ramai di tangga menuju KTM Bank Negara,” katanya.

Beliau cedera di kening, bibir berdarah dan bengkak di muka, pinggang dan tulang belakang selain rusuk kiri terpaksa di x-ray.

“Seorang doktor keturunan India cuba menghulur bantuan kepada tetapi dihalau polis,” katanya yang berterima kasih kepada lelaki itu.

Beliau yang dapat melarikan diri, kemudian menaiki KTM dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan Hospital Serdang selain membuat laporan polis.

“Malangnya, polis enggan menerima laporan perubatan itu dan arahkan saya buat rawatan di hospital lain,” katanya lagi.

BERSIH 3.0; Polis, Samseng Jalanan Atau Kongsi Gelap


Skuad BO  


KUALA TERENGGANU – Selepas detik provokasi polis sekitar jam 3.00 petang semalam pada himpunan Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka, tindakan polis tidak lagi bersifat rasional dan tidak jauh bezanya dengan samseng jalanan atau pun kongsi gelap.

Tinjauan Buletinonline sehingga lewat petang, polis secara berkumpulan ‘bermaharajalela’ memburu orang awam mencekup, menyepak dan menarajang sesiapa sahaja yang meraka syakki sebagai peserta himpunan Bersih 3.0

[Gambar kanan - lebih 10 orang polis membelasah seseorang (dalam bulatan merah) umpama kumpulan kongsi gelap gambar bawah pula dirakam skuad BO bagaimana polis memburu seorang peserta Bersih 3.0 umpama samseng jalanan]

Paling menyedihkan, fe’el perangai polis selaku penguatkuasa undang-undang bertukar menjadi gerombolan anak-anak samseng apabila, mereka yang berkumpul beramai-ramai di persimpangan berdekatan Dataran Merdeka bertepuk sorak apabila setiap kali tangkapan dibuat dan mangsa tangkapan dibawa ke kawasan yang telah dijajah polis itu.

‘Amukan’ polis itu bukan hanya sekitar Dataran Merdeka tetapi umpama kumpulan ‘kongsi gelap’ mereka masuk ke lorong-lorong belakang sehingga ke Pudu Sentral dan jalan Tuanku Abdul Rahman, seolah-olah lapar, mencari ‘habuan’.

Persoalannya siapakah ‘dalang’ disebalik tindak-tanduk polis itu? Kerana sesungguhnya sebagai orang bawahan penjawat awam yang berpakaian seragam, pasukan keselamatan polis diraja Malaysia, tidak akan berani melakukan sewenang-wenangnya, kecuali ada arahan dari pihak atasan!

Saksi Mata; Kereta Polis DiTerbalikkan Kerana Menyelamatkan Mangsa Yang Tersepit

Wartawan Buletin  


KUALA TERENGGANU – Setiausaha PAS Kawasan Setiu, Aminuddin Umat berkata orang ramai menterbalikkan kereta polis yang melanggar peserta Bersih 3.0 kerana mahu menyelamatkan seorang mangsa yang tersepit.

Beliau yang berada di seberang jalan hadapan pasaraya Sogo sekitar jam 4.15 petang pada Sabtu 28 April berkata kereta polis jenis proton Waja itu berhenti dalam kumpulan peserta Bersih yang sedang bersurai kerana disembur ‘water canon’ dan ditembak gas pemedih mata.

“Sekitar jam 4.15 petang, semasa kejadian tersebut saya berada seberang jalan hadapan pasaraya Sogo,

“saya melihat kereta waja polis berhenti di dalam kumpulan peserta Bersih 3.0 yang bersurai akibat disembur dengan air water canon dan gas pemedih mata,”jelasnya ketika ditemui semalam 29 April di dini.

Menurutnya, ketika itu datang seorang lelaki tidak dikenali naik ke atas bonet kereta tersebut dan memijak-mijak  sehingga bonet kereta itu kemek.

Lima minit kemudian, katanya, dalam keadaan kelam kabut itu, kereta waja polis berkenaan tiba-tiba memecut sehingga terbabas lalu melanggar orang awam yang berada di hadapan pasaraya Sogo

Katanya, akibat rempuhan kereta polis itu, seramai tiga orang awam telah menjadi mangsa, dilanggar kereta polis itu.

“(tiba-tiba) kereta waja polis tersebut bertindak memecut, (kemudian) kereta tersebut terbabas lalu melanggar orang awam yang berada di hadapan pasaraya Sogo (menyebabkan) seramai 3 orang (menjadi mangsa),”jelasnya.

Selepas  itu, kata Amin, orang ramai datang untuk menolong mangsa yang tersepit di bawah kereta tersebut.

Katanya, untuk menyelamatkan mangsa tersebut orang ramai bertindak menterbalikkan kereta Waja polis itu.

“(lebih kurang) pukul 4.22 petang, orang ramai (yang melihat kejadian itu) datang untuk menolong mangsa yangg tersepit dibawah kereta tersebut,

“(jadi) Untuk menyelamatkan mangsa tersebut, orang ramai bertindak menterbalikkan kereta tersebut,”katanya.

Pada jam 4.25 petang, menurutnya, semua mangsa dibawa ke hospital dengan sebuah ambulan yang kebetulan berada berdekatan lokasi itu.

Menurutnya, turut bersama beliau melihat kejadian itu adalah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu yang juga Setiausaha Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah.

Najib Minta Maaf Kepada Wartawan Bukti Nyata Keganasan Polis Itu Benar

KELAB GREENBOC




Wartawan dakwa dipukul polis, Najib minta maaf

Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atas insiden tersebut.

Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam.

Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. -mk

Jurufoto ditahan rakam dakwaan kekerasan polis

Beberapa orang jurugambar akhbar ditahan ketika mengambil gambar yang didakwa membabitkan tindakan kekerasan polis.

Tidak jelas berapa ramai jurugambar yang ditahan. Seorang daripadanya adalah wartawan-jurufoto Malaysiakini Koh Jun Lin.

"Kamera saya dan kad memori telah dirampas," kata Koh.

"Mereka berkata mereka mahukannya sebagai bukti."

Koh dibebaskan kira-kira jam 7.50 malam selepas mengesahkan dia seorang wartawan-jurufoto.

Satu jurugambar memberitahu Malaysiakini bahawa selepas dia enggan memadam gambar mengenainya, seorang anggota polis mengeluarkan kad memori dan memusnahkannya.

Ia telah disahkan oleh akhbar Guang Ming Daily bahawa salah seorang jurugambarnya telah ditangkap ketika mengambil gambar satu proses penangkapan dan dakwaan kekerasan polis.
-mk


Wartawan wanita dakwa dikasari polis

Seorang wartawan wanita mendakwa dikasari polis ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 dalam kejadian anggaran jam 7.30 petang semalam.

Wartawan laman berita Merdeka Review, Chen Shaua Fui berkata dalam insiden di Jalan Tun Perak itu beliau cuba merakam gambar anggota polis yang didakwa memukul peserta perhimpunan di sebuah restoran.

Beliau mendakwa anggota polis berkenaan mengheret dua orang peserta berkenaan yang sedang makan dan memukul individu berkenaan.

"Saya ingin merakam gambar tetapi diberi amaran oleh polis supaya tidak berbuat demikian, jadi saya tak (rakam gambar).

"Kemudian mereka pergi ke restoran lain di mana dua orang yang lain sedang makan. Polis tersebut meminta mererka menanggalklan baju mereka, menahan dan memukul mereka.

"Saya mahu rakam foto dan ketika itulah mereka pegang saya," katanya lagi.

Chen berkata salah seorang anggota berkenaan memegang tangan kanannya manakala seorang lagi memegang tangan kirinya.

Seorang lagi anggota polis cuba menarik beg beliau, katanya lagi kepada Malaysiakini.

Tambahnya, anggota polis tersebut cuba merampas kamera beliau serta merampas kad pengenalan medianya dan menendang kad berkenaan.

Seorang lagi wartawan yang turut mendakwa dikasari polis, Harry Fawcett mendakwa diberi layanan sebegitu oleh sekumpulan polis berpakaian seragam ketika beliau cuba merakam tindakan anggota berkenaan ke atas sekumpulan peserta perhimpunan.

Wartawan Al Jazeera itu memberitahu Malaysiakini, beliau bersama jurukameranya Ray Nones dihurung sekumpulan polis antara sepuluh hingga 15 orang ketika berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Fawcett mendakwa, beliau melihat tiga anggota polis memegang seorang lelaki dan pada masa sama seorang anggota polis itu menendang lelaki berkenaan.
-mk


Peguam dakwa diserang polis di perhimpunan BERSIH

Seorang peguam yang bertindak sebagai pemerhati dalam perhimpunan BERSIH 3.0 semalam mendakwa diserang anggota polis yang bertindak memukul dirinya walaupun selepas ditahan.

Mohd Haijan Omar berkata beliau dalam perjalanan ke Reggae Mansion Hostel di Jalan Tun HS Lee ketika beliau melihat beberapa orang polis sedang mengejar peserta perhimpunan dalam kejadian pada sekitar jam 7 petang.

Ketika kejadian itu, Mohd Haijan berkata beliau ditegur oleh seorang anggota polis berkenaan dan kemudiannya meminta anggota berkenaan mengulangi perkara tersebut.

Beliau kemudiannya terkejut apabila anggota polis itu bertindak mengejar dirnya.

Mohd Haijan berkata beliau memakai baju berwarna kuning dan selapis baju berwarna putih ketika perhimpunan itu berlangsung.

Bagaimanapun, beliau membuka helaian baju putih kerana beliau telahpun dalam perjalanan pulang ke rumah dan perkara itu mungkin menyebabkan beliau dipukul polis, katanya.

Peguam yang bertindak untuk Lawyers for Liberty itu menambah, dua anggota polis tersebut terus memukulnya walau selepas menyatakan bahawa beliau seorang peguam.

Kemudian, tiga orang anggota polis lagi tiba dan memukul dirinya walau selepas beliau ditahan, katanya.

Mohd Haijan berkata beliau turut dipukul dua lagi anggota polis ketika dibawa ke Dataran Merdeka selepas itu.

Katanya beliau telah bertanya sebab penahanan beliau namun tidak mendapat jawapan.

Katanya lagi, beliau kini mengalami luka di bahagian bahawa mata kirinya, bengkak di rahang dan juga lebam di bagian lain badannya.
-mk


Punched, slapped, kicked

KUALA LUMPUR: Most of the protesters at the Bersih 3.0 rally yesterday were allegedly beaten when they were at the Masjid Jamek area.

Many of them claimed the police carried no name tags or identification numbers on their uniforms when they launched their attacks at about 6pm. The assault lasted for three hours.

Some of the protesters related their ordeal to Bersih at a press conference at a restaurant near the Chinese Assembly Hall here today.

Protester Adrian Low (picture right), 38, said he was repeatedly stomped on his back even after he was detained. His back still carries the footprints of the police boots.

“I was at the side walk of the road, texting to a friend who had gone missing when about 10 police officers charged at me. I was wearing the yellow Bersih T-shirt.

“The officers kicked and punched me in the eye, head, neck,” he said.

“Then I was taken to Dataran Merdeka [which had been turned into a temporary detention centre]. There they continued to assault me.

“They just came and punched me continuously even after I was detained,” he said.

Beaten several minutes

Another protester, Nurul Amani Faizal (picture left), 28, said that 10 male police officers charged at her and beat her.

“They had just fired a tear gas at Masjid Jamek so my friends and I ran in the opposite direction. I wasn’t wearing the Bersih T-shirt but I was a rally participant. They caught hold of me and beat me.

“Then one officer slapped me and asked a female officer to arrest me,” she said, adding that she sustained injuries in her lower back.

Mohamad Fazwan Yusoff (picture right), 23, who sustained bruises to his face and left eye, said that he was about to leave Masjid Jamek when the police dragged him and assaulted him.

“My friends and I saw the police step on a lady so we went to help her. Suddenly, a group of policemen appeared and attacked us too.

“I don’t remember how many charged at me but I was beaten for several minutes and they didn’t stop even in the police truck.

“They just continued their assault,” he said.

Daniel Lee (picture left), 39, who was in his Himpunan Hijau green T-shirt, said that he was assaulted for taking pictures of the policemen beating the protesters.

“I wanted to go back to Kelana Jaya. I was at Masjid Jamek station when I saw some policemen assaulting someone so I took a video. They then surrounded me.

“They didn’t take my camera but they punched and kicked me and I needed five stitches behind my ear,” he said, showing his blood-stained green shirt.

Photographic evidence

Bersih steering committee member, Wong Chin Huat, who was arrested himself, said that it was not unusual for the police to continue their insults and assaults even after the protesters were detained.

“They only stopped beating me when I fell to the ground; even then, they continued to shout racial insults in the trucks,” he said.

He also said that Bersih heard of policemen who were dressed in yellow Bersih T-shirts while videographing the detainees in the police trucks and detention centres.

Bersih co-chairman, S Ambiga, called for a full inquiry into the protest to identify “those who created the problem”.

“There is too many photographic evidence. When the dust settles, the truth will emerge,” she said.

The peaceful assembly turned violent at about 3pm when some protesters breached the barricade which cordoned off Dataran Merdeka.

Tear gas and water cannons were fired to disperse the 80,000-strong crowd. The police and protesters clashed for about four hours before police regained control of the city.

As of last night, police said that 388 arrests were made.

However, Bersih steering committee member, Maria Chin Abdullah, said that the police told PKR vice -president Tian Chua (who was also arrested) that 460 arrests were made.

“He was released at 5am this morning and the police conveyed the information [of the arrests] to him,” she said.
-FMT


Ulasan GB

Najib minta maaf, bererti, apa yang dilakukan oleh polis terhadap warttawan itu keterlaluan dan sememangnya polis bersalah.

Kedua, Najib meminta maaf kerana yang terkena pukul itu seorang wartawan sebuah akhbar yang selama ini tidak cenderung untuk berpihak. Masalah besar bagi UMNO BN jika para wartawan ini mengambil sikap tidak lagi mahu memberikan liputan positif terhadap UMNO BN.

Ketiga, bagaimana pula yang lain-lain, yang terkena dengan kezaliman polis seperti laporan-laporan di atas? Tiada permohonan maafkah kepada mereka, dan kepada sekalian rakyat jelata yang dikasari serta dizalimi akibat dari perbuatan kejam polis?

Dengar khabar KDN mahu ambil tindakan ke atas penganjur BERSIH 3.0.

Dengan bukti-bukti yang terlalu banyak, BERSIH 3.0 mempunyai lebih banyak peluang dan lebih besar ruang untuk mengambil tindakan ke atas polis dan KDN.