HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Julai 2010

Wahai YB Zul, Jika DAP Mahu Diharamkan, Haramkan UMNO Dahulu

Oleh WFAUZDIN NS

TERNYATA YB Zul Kulim yang dikenali sebagai `firaun besar' telah kehabisan modal untuk berdepan dengan PR. Segala hujahnya selama ini sejurus dipecat dari PKR gagal menarik sesiapa pun untuk menjauhi PR khususnya PKR. Apatah lagi YB Zul pernah mengaku beliau ini `kaki kelentong' sudah lama, cuma beliau menjadi `jujur dan baik' sebaik sahaja intim dengan Najib.

Setelah kehabisan modal, pengakhirnya `firaun besar' ini mahu kerajaan mengharamkan DAP, sekutu PKR dan PAS. Apa hujah bangang loyar buruk ini? Anda boleh baca di sini. Adakah kerana seorang pemimpin DAP yang mengeluarkan pandangannya, maka DAP itu wajib diharamkan? Ke mana otak YB Zul ini diletakkan sehingga sebodoh ini pandangannya? Beliau yang sepatutnya digelar YB `haram' kerana menjadi Wakil Rakyat yang dipilih oleh penyokong parti yang telah memecatnya. Tidak sedar diri kah YB Zul ini?

Di mana maruah beliau yang menjadi MP yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi-pengundi di kawasannya boleh mengeluarkan pendapat untuk mengharamkan parti yang sah, sedangkan `firaun besar' ini langsung tidak berparti? Apa masalah dengan pandangan dari pemimpin DAP itu berkaitan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah di Selangor? Sudah ada keputusankah dari Kerajaan Selangor? Dan, jika cadangan itu diterima, apa masalahnya kepada Bumiputera? Tidak dapat diskaun itu dianggap melanggar Perlembagaan? Kenapa tidak bising bila Kerajaan kurangkan Subsidi kepada rakyat dengan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas? Di mana hak Bumiputera dan rakyat di dalam hal ini? YB Zul tidak mampu ulas kah?

Kita bukan menyokong sepenuhnya pandangan pemimpin DAP itu, tetapi kita juga tidak boleh menutup mulut sesiapa jua untuk memberikan pendapat. Akhirnya, serahkan kepada pimpinan Kerajaan Selangor untuk buat keputusan. Tentunya PAS dan PKR akan meneliti cadangan tersebut sebaik mungkin. Apa perlunya DAP mahu diharamkan? Jika itu dibenarkan, Umno lebih layak diharamkan untuk kali kedua kerana Umno pernah menghina Institusi Raja-Raja, menghina agama dan banyak lagi. Mengapa YB Zul takut untuk menyebut haramkan Umno? Bukan YB Zul tidak tahu semua yang telah Umno lakukan. Mulut YB Zul terkunci sudah.

YB Zul jelas kehabisan idea. Beliau seorang MP yang semakin celaru di dalam setiap pandangannya. Beliau semakin syok sendiri dan terlupa betapa pengundi-pengundi di kawasannya tidak sabar untuk menurunkannya dari kerusi warisan PKR di situ.

Rombongan Bas 1Malaysia Ke Kelantan, Rayu TGNA.

Oleh Herman Samsuden

Sama ada mereka buta dan tuli atau saja-saja buat bodoh. Pemimpin PAS dari peringkat Musyidul Am, Presiden hinggalah ke akar umbi jelas menyatakan “Pas hanya akan bersatu dengan Umno jika parti itu mengubah dasarnya kepada Islam dan meletakan Islam sebagai landasan perjuangannya”

PAS sesekali tidak akan bersatu dengan Umno atas dasar Melayu kerana jelas dasar itu terlalu sempit untuk menampung perjuangan yang PAS bawa pada hari ini.

Cadangan blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang kononnya mahu mengunakan 50 buah bas untuk membawa 2000 orang rakyat biasa bagi merayu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka bagi merealisasikan perpaduan Melayu PAS-Umno itu adalah satu angan-angan Mat jenin.

Pertama, dari mana dia nak dapat 50 buah bas secara percuma? Kaya sangatkah beliau? atau sudah ada orang yang sedia sponsor projek Mat Jenin beliau ini?

Kedua, siapa pula 2000 orang Melayu yang sanggup diperbodohkan oleh Blogger yang mengkhianati Mursyidul Am PAS ini?

Ketiga, apakah agenda sebenar beliau mahu bawa mereka semua ini?

Bagi saya, bawalah semua bas yang ada kat Malaysia ini termasuk bas-bas rapid KL atau bas kilang dan bas sekolah sekalipun, tetapi selagi Umno enggan mengubah dasar perjuangannya dan melaksanakan keadilan Islam maka jangan haraplah mimpi Mat jenin kamu akan tercapai.

Mulia sangatkah Umno sampai berpusu-pusu balaci mereka mahu mengampu kepimpinan PAS untuk bersama mereka. Tindakan mereka ini sebenarnya, hanyalah menunjukan kelemahan Umno itu sendiri sehingga terdesak menjadikan PAS talian hayat terakhir mereka demi menjaga kelangsungan populariti mereka.

PAS sudah cukup masak dengan perangai Umno ini. Bila tersepit maka mulalah mereka sebarkan cerita dongeng mengenai nasib orang Melayu yang kononya berpecah dan ditindas oleh kaum lain.

Bagi PAS, masalah orang Melayu akan selesai jika mereka menerima Islam sepenuhnya dan duduk bersatu dalam PAS. Malah keadaan pasti akan jauh lebih baik sebab bila mereka masuk PAS, persaudaraan mereka akan lebih berkembang luas dengan bangsa-bangsa lain sekaligus akan lenyaplah rasa ketergugatan terhadap persaingan mengikut ras.

Umno hanya mampu hidup selagi orang Melayu masih lagi taksub kepada fahaman asabiyyah kebangsaan. Malangnya sikap Melayu yang didoktrin Umno sangat buruk kerana mereka memandang bangsa lain dengan pandangan yang amat buruk sama seperti sikap Yahudi yang didoktrinkan supaya memandang bangsa lain lebih hina berbanding mereka.

Bagi PAS, apa jua bangsa anda, kita disatukan hanya dengan akidah. Asal kita satu (Adam) kemudian berkembang biak hingga akhirnya kita berbangsa-bangsa. Namun bila kembali pada Allah kita tetap dipanggil anak Adam, bukannya anak Melayu. Yang membezakan kita disisi Allah hanyalah akidah.

Oleh itu, saya menasihatkan kepada mana-mana pihak yang begitu ghairah melihat PAS dan Umno bersatu agar menasihat pemimpin Umno untuk berubah terlebih dahulu. PAS selesa dengan keadaan sekarang dan kita konsisten dengan perjuangan yang ada.

PAS bebas untuk bekerjasama dengan sesiapa demi kepentingan rakyat, tetapi jika mahu bersatu menjadi satu, maka fikir dululah kelayakan kamu wahai pelobi Umno.

Sumber asal Herman Samsuden

Federalisme, perpaduan Melayu, pendakwaan Liong Sik...

Nazar Hashim

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menggesa kerajaan persekutuan supaya menghormati kuasa yang ada pada kerajaan negeri masing-masing, dan tidak menganak-tirikan kerajaan negeri yang tidak diterajui oleh BN dari pelbagai sudut dan aspek pentadbiran.

"Dalam isu Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang yang dilantik oleh Kerajaan Pusat, sepatutnya hak kerajaan negeri dalam mentabdir negeri dihormati. Kerajaan persekutuan sepatutnya menghormati kerajaan negeri yang memerintah. Begitu juga dengan Pegawai Kemajuan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan siapa sahaja penjawat awam yang berada di bawah tampuk pemerintahan kerajaan negeri."

"Apabila penghormatan ini tidak wujud maka berlakulah konflik sebagaimana yang terjadi kini di Pulau Pinang apabila kerajaan persekutuan mencampuri hal-ehwal Kerajaan Negeri secara terang-terangan," kata Yusmadi Yusoff di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai, semalam, berdepan dengan kira-kira 500 orang hadirin.

Yusmadi yang juga merupakan seorang peguam berkata, sebagai sebuah kerajaan persekutuan, dasar yang ada pada kerajaan negeri tidak harus dinodai dan disabotaj dengan memperalatkan penjawat awam yang dilantik oleh kerajaan persekutuan bagi menggagalkan apa jua dasar dan sistem yang cuba dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri yang diperintah oleh PR.

"Dalam isu pasir di Pulau Pinang, sudah ketara bagaimana kerajaan persekutuan cuba menyalahkan kerajaan negeri dalam isu kecurian pasir di atas tapak Politeknik Balik Pulau."

"Walaupun mereka sedar ini adalah projek mereka dan berada di atas tanah milik kerajaan persekutuan, tetapi mereka cuba memainkan isu dengan menuding jari ke arah kerajaan negeri semata-mata untuk mengaburi mata rakyat dan mencelarukan pemikiran mereka," ulas Yusmadi (gambar kanan).

"Namun begitu saya yakin semakin banyak keburukan yang BN timbulkan maka bertambah hilang keyakinan rakyat kepada mereka untuk terus menjadi pemerintah dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang."

Pendakwaan Liong Sik tidak bawa makna

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyifatkan BN sudah berada dalam keadaan tenat dan nazak apabila pelbagai masalah sedang melanda parti pemerintah tersebut.

Beliau juga berkata, pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik tidak membawa apa-apa makna kepada PR.

"SPRM boleh menangkap siapa sahaja yang mereka mahu dan dibawa ke mahkamah, namun begitu belum pasti keadilan akan tercapai berdasarkan sejarah lampau yang pernah terjadi kepada mendiang Eric Chia."

"Selain daripada itu kebebasan yang tidak ada pada kebanyakan sistem perundangan dalam negara yang dikuasai oleh BN dan pemerintah menjadikan rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan dalam setiap tindakan yang mereka ambil," kata Firdaus Jaafar.

Menurut Firdaus lagi, dalam tempoh 50 tahun pemerintahan BN dalam negara, gaji minima bagi rakyat negara ini masih jauh begitu rendah jika dibandingkan dengan Indonesia dan Thailand.

"Berleluasanya kegiatan rasuah dan korup, penindasan terhadap rakyat serta kenaikan harga barangan menjadikan kerajaan sukar untuk memberi khidmat yang terbaik bagi membela nasib rakyat."

"BN sudah muflis apabila mereka terpaksa mengenakan pelbagai jenis cukai terhadap rakyat. Kenaikan harga barangan semakin lama semakin membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah," tambahnya lagi.

Firdaus Jaafar (gambar kanan) juga menyentuh isu penyatuan PAS dengan UMNO merupakan suatu perkara yang terpaksa dilakukan oleh UMNO dalam suasana yang terdesak apabila mereka sudah merasai keyakinan rakyat terhadap mereka semakin terhakis.

Penyatuan UMNO-PAS

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Husam Musa melontarkan cabaran, agar penyatuan puak dalam UMNO dilakukan terlebih dahulu sebelum penyatuan PAS dan UMNO dilaksanakan.

"Dalam UMNO Terengganu sendiri kita dapat lihat bagaimana ada puak Menteri Besar, Ahmad Said dan puak bekas Menteri Besar, Idris Jusoh. Ini semua adalah krisis dalaman yang serius melibatkan orang Melayu dan parti UMNO."

"Oleh kerana itu perjuangan yang hanya berlabelkan bangsa ini tidak akan membawa penyatuan. Sebaliknya membawa kepada kemusnahan yang tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada sistem pemerintahan negara. Oleh kerana itu sebelum UMNO melaksanakan pelan penyatuan dengan PAS maka adalah terlebih baik bagi mereka membetulkan saf dalam UMNO terlebih dahulu," katanya lagi.

Husam (gambar kanan) yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan juga berkata, PAS mempunyai peluang yang lebih baik untuk memerintah negara dan sekaligus membawa PR ke Putrajaya apabila perjuangan PAS yang mengutamakan Islam itu adalah untuk semua golongan masyarakat yang ada dalam negara.

"Melalui Islam, orang Melayu, Cina, India dan semua keturunan yang ada akan bersatu. Jika bangsa dan perkauman yang diperjuangkan maka ia akan membawa kepada perpecahan yang hanya memperjuangkan hak bangsa masing-masing tanpa memberi keadilan kepada bangsa dan kumpulan masyarakat yang lain."

"Di bawah pemerintahan kerajaan BN yang ada sekarang skandal yang merugikan wang rakyat seperti PKFZ, Sime Darby, Pos Malaysia, FELDA dan pelbagai lagi memberi imej buruk kepada sistem pemerintahan yang ada pada BN. Mereka sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan pemerintahan yang terbaik kerana jangka masa 50 tahun yang diberikan kepada mereka hampir lupus menjelangnya pilihan raya umum yang akan datang," tambahnya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS II Pulau Pinang, Rosidi Hussain dan Yang Dipertua PAS kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

*Nazar Hashim ialah penulis khas untuk MerdekaReview.

Waspada kegiatan curi e-identiti

SABAH DAILY

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap percubaan kumpulan tertentu mencuri e-identiti (phishing) dengan mengambil kesempatan daripada langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengembalikan lebihan bayaran cukai ketika ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan semalam memberitahu, mangsa akan menerima e-mel tidak diundang (spam) kononnya daripada LHDN yang mengatakan mereka berhak mendapatkan pengembalian wang berjumlah RM700.

Mereka kemudian diminta mengklik logo sebuah bank tempatan yang disediakan di laman web palsu LHDN untuk meneruskan proses selanjutnya.

"Jika arahan ini diikuti, orang ramai tanpa disedari akan mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka," kata kenyataan itu yang memberi gambaran ringkas tentang modus operandi percubaan mencuri e-identiti oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

Sehubungan itu, MCMC mencadangkan orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan browser laman web terkini dengan penyaring e-mel phishing tersedia bina.

Selain itu, mereka juga tidak perlu mudah mempercayai e-mel yang mengumumkan kejayaan memenangi hadiah wang tunai atau pengembalian wang yang meminta maklumat perbankan di Internet.

Orang ramai juga dinasihati supaya tidak menjawab e-mel sedemikian dan menghubungi bank masing-masing jika ragu-ragu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai e-mel palsu tersebut pada 21 Julai lalu dan siasatan terhadap perkara itu sedang dilakukan.

"LHDN menerima laporan mengenai aduan tersebut dari 37 cawangan LHDN di seluruh negara dan kami dapati e-mel tersebut sememangnya mempunyai unsur jenayah iaitu mencuri identiti serta maklumat akaun individu lain.

"Ini kerana LHDN tidak pernah menghantar sebarang e-mel atau pemberitahuan kepada pembayar cukai melalui e-mel. LHDN hanya menghantar surat rasmi kepada pembayar cukai berdaftar," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. -Kosmo

Kali ini tak nak bersumpah ke Saiful?

SABAH DAILY

Dalam kesibukan berkempen dalam PRK Permatang Pauh yang lalu, perlu diakui bahawa tindakan Saiful yang bersumpah mengatakan dia diliwat oleh DS Anwar Ibrahim, meletakkan petugas-petugas Pakatan Rakyat dalam situasi sukar untuk meneruskan kempen.

Biarpun ramai penyokong tidak mempercayainya, tetapi Petugas masih perlu menyakinkan pengundi diatas pagar bahawa semua itu fitnah atau konspirasi politik untuk membunuh karrier politik DS Anwar Ibrahim.

Saiful Bukhari Azlan melakukan mubahalah atau Sumpah Laknat di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2008 beberapa hari menjelang PRK Permatang Pauh.

Sambil memegang Al-Quran, Saiful melakukan sumpah laknat tersebut, dalam pada itu Saiful telah melakukan beberapa kesilapan, antaranya ialah ketika menyebut kalimah ‘Watallahi, dan juga tersasul menyebut tarikh 26 hb Ogos 2008 sebagai waktu beliau diliwat oleh DSAI, beliau berjaya menyakinkan segelintir orang Melayu yang berugama Islam beliau tidak bersalah.

Sedangkan di dalam Syariat Islam, perlakuan sumpah tidak disyaratkan untuk memegang atau menjunjung Al-Qur’an. Tidak ada nas yang menyatakan demikian. Tiada juga disebutkan di dalam Islam bahawa sumpah perlu dilakukan di dalam Masjid. Bahkan dalam undang-undang Islam yang melibatkan perkara lafaz seperti Ila’, Zihar, Qadzaf dan Li’an, lafaz perlu dilakukan di hadapan hakim dan disaksikan oleh orang ramai.


Bagaimanapun kemunculan secara sukarela Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ust. Ramlang Porigi pada 25 Ogos yang mengambil Sumpah Saiful Bukhari pada 15hb. Ogos 2008 yang mendedahkan bahawa beliau diarahkan oleh orang atasan bahawa untuk ambil sumpah Saiful meletakkan petugas Pakatan Rakyat dalam keadaan kembali selesa.

Dan ketika menjelang PRK Permatang Pauh pula iaitu pada 22 Ogos 2008, Najib pula dilaporkan telah bersumpah mengatakan bahawa dia tidak kenal siapa itu Altantuya, biarpun teman karibnya Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan dengan Altantuya..

Sumpah Najib itu telah berlangsung di Masjid Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh.

Minggu lepas pada 22 Ogos 2010, satu pendedahan telah dibuat oleh Malaysia Today mendakwa Saiful mempunyai hubungan cinta dengan salah seorang dari pasukan pendakwaraya bagi kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim.

Beberapa hari kemudian anggota pasukan pendakwa yang dimaksudkan itu iaitu Farah Azlina telah digugurkan dari pasukan pendakwaraya itu, biarpun tuduhan mengenai hubungan cinta mereka itu belum disahkan mereka.

Hubungan cinta mereka itu adalah satu hubungan yang boleh dikatakan seseatu yang peribadi buat mereka.

Tetapi dalam kes yang melibatkan tuduhan liwat, dalam menunjukkan bahawa dia tidak bersalah dan dia adalah mangsa liwat, beliau telah bersumpah menggunakan Al-Quran bagi menyokong dakwaannya itu..

Najib juga telah bersumpah untuk menyakinkan masyarakat bahawa dia tidak mengenal Altantuya..

Jika dulu Saiful pernah bersumpah “Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.”

Kenapa tidak kali ini beliau kembali bersumpah sekali lagi di Masjid yang sama bagi membuktikan tuduhan tentang kisah cinta dan hubungan sex nya dengan Farah adalah tidak benar….

Bersumpahlah Saiful.. nafikan pula kisah ini..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com

PKNS Ikon Kebanggan Rakyat Selangor


SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Pemaju hartanah tempatan terkemuka, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang sinonim dengan perumahan kos rendah dan mampu milik di Selangor kini menjadi ikon serta kebanggaan rakyat negeri ini kerana kebolehannya untuk terus kukuh beroperasi sejak 46 tahun penubuhannya.

Semangat kerjasama berpasukan serta perkhidmatan selepas jualan antara kunci kejayaan anak syarikat Kerajaan Selangor ini untuk terus bersaing dalam dunia konglomerat tempatan dan antarabangsa setaraf syarikat hartanah gergasi lain di negara ini.

Meskipun banyak syarikat seangkatan dengannya gulung tikar ketika kegawatan ekonomi global melanda negara ini namun PKNS tetap teguh dengan memastikan projek-projek hartanahnya disiapkan mengikut jadual serta polisi jaminan siap sentiasa ditepati bagi memenuhi kehendak pelanggan-pelanggannya.

“Pada 2009 kita mencapai banyak kejayaan antaranya PKNS dinobatkan oleh SMI dan SME Worldwide Network dengan Anugerah Agensi Pembangunan Ekonomi Negeri Terbaik di Malaysia, malah pada tahun lepas juga kita turut dianguerahkan The Best Strategic Public and Private Partnership oleh Press and Business Review”.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata demikian kepada Tv Selangor pada Majlis Makan Malam dan Kesyukuran Sempena Ulang Tahun PKNS ke-46 bertempat di Hotel De Palma, Seksyen 7 malam tadi.

Katanya PKNS perlu melipatgandakan keuntungan daripada pelaburan dan jualan hartanah sedia ada bagi membolehkannya terus menyalurkan bantuan dan sumbangan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor khususnya dalam projek-projek rumah kos rendah dan mampu milik.

“Kita perlu memastikan PKNS sentiasa relevan dan mendapat keuntungan sebab ini adalah amanah rakyat kepada semua warga PKNS supaya kita dapat meneruskan operasi kita dan sentiasa mencapai keuntungan yang munasabah supaya kita boleh menyumbang balik kepada lebih 5 juta rakyat di negeri Selangor”, jelas Othman.

Mengulas rahsia kejayaan PKNS tetap teguh beroperasi puluhan tahun beliau berkata organisasi secara dalaman perlu diperkasakan menerusi transformasi budaya kerja yang efisien, kukuh dan berkesan. Natijahnya produk dan perkhidmatan yang PKNS hasilkan adalah yang terbaik sekaligus memenuhi citarasa pengguna pelbagai peringkat.

“PKNS selama ini tidak pernah gagal dalam mana-mana projek jadi itu satu kekuatan kita, di mana pelanggan kita boleh pastikan sama ada rugi atau sedikit untungnya, kita pastikan akan siapkan projek-projek yang kita mulakan, itu kelebihan yang PKNS dapat sebab pelanggan-pelanggan kita percaya yang PKNS tidak akan gagal dalam melaksanakan mana-mana projek”, katanya.

Penyatuan Melayu: NGO digesa hantar 50 bas rayu Nik Aziz



Nik Aziz bertegas menolak kerjasama antara PAS dan Umno. — gambar fail

KUALA LUMPURi — Sebuah pertubuhan bukan kerajan (NGO) mengadakan forum penyatuan Melayu malam tadi dengan salah seorang panel penceramah meminta agar rombongan rakyat biasa dihantar merayu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima idea kerjasama perpaduan orang Melayu Islam.

“Saya mencadangkan pelan tindakan rakyat, usaha membabitkan rakyat jelata dengan menghantar 50 buah bas ke Pulau Melaka, bertemu dengan Datuk Nik Aziz, bertemu dengan beliau di masjid, merayu kepada beliau supaya terima idea kerjasama penyatuan orang Melayu,” kata blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.

Kediaman bukan rasmi Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan terletak di Pulau Melaka, kira-kira 10 minit perjalanan dari Kota Baru.

Menurut Syed Azidi, pelan tindakan itu hanya melibatkan pembabitan rakyat biasa atas alasan rakyat jelata sahaja yang boleh menggerakkan usaha sedemikan.

“Rakyat tidak boleh lagi mengharapkan ahli-ahli politik akan membawa perubahan dalam soal ini, sebaliknya rakyat perlu membawa perubahan dengan menentukan masa depan mereka (ahli-ahli politik),” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan dengan tepat bila rombongan itu, dijangka membabitkan kira-kira 2,000 orang, akan dihantar ke Kelantan.

Kira-kira 100 orang menghadiri sesi bicara “Melayu Berpecah: Apa Tindakan Kita?” yang diadakan secara tertutup di Ampang dengan 10 orang berucap.

Pihak penganjur tidak membenarkan nama NGO menjadi nadi kepada usaha mereka itu didedahkan. Antara yang hadir ialah budayawan, ahli-ahli akademik dan pengamal media.

Syed Azidi berkata, beliau juga ada mencadangkan agar setiap orang yang menghadiri sesi malam tadi mengadakan pertemuan dengan rangkaian 10 orang mulai hari ini bagi menyebarkan idea dan matlamat yang dibincangkan.

“Jika 100 orang yang hadir malam tadi menyebarkan idea ini kepada 10 orang bermakna kita sudah ada 1,000 orang dan kemudian 10,000 sehingga kita mencapai sasaran akhir.

“Kami mahu pendekatan ini digunakan selepas mendapati tidak lagi boleh meletakkan harapan pada ahli-ahli politik dalam usaha menyatukan orang Melayu,” kata beliau dipercayai merujuk kepada idea ini yang berulang kali dibangkitkan selepas prestasi pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Setakat ini Umno berulang kali membangkitkan idea kerjasama perpaduan dan kerjasama politik dengan PAS tetapi PAS bertegas akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Dua tindakan lain disyorkan Syed Azidi, yang sehingga akhir tahun lalu berkhidmat dengan agensi kerajaan negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ialah menghantar memorandum minta campur tangan raja-raja Melayu dan kemuncaknya kepada Yang di-Pertuan Agong kelak.

“Kita hendak dan perlu bergerak dengan rakyat, mengadakan pertemuan-pertemuan kecil mulai sekarang... Umno dan PAS tidak terlibat dalam usaha kami ini,” kata beliau ketika ditanya mengenai pembabitan parti-parti politik.

Ketika ditemui malam tadi, Syed Azidi berkata kegagalan kerjasama Umno-PAS berpunca daripada sikap Nik Aziz yang tidak mahukan perpaduan Melayu tercapai.

Syed Azidi berkata, kegagalan dalam mencapai kerjasama dua parti Melayu itu bukan berpunca daripada Umno tetapi PAS.

“Saya tidak lihat ia berpunca daripada Umno kerana parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan PAS,” katanya.

“Punca utama adalah kerana halangan daripada Nik Aziz, padahal beliau sebenarnya tidak ada kuasa eksekutif untuk membuat keputusan,” katanya.

Syed Azidi mendakwa apabila Nik Aziz bersuara tiada pemimpin lain yang berani membantah keputusan itu.

“Sebenarnya dalam PAS majoriti pemimpinnya mahukan kerjasama dengan Umno tetapi dihalang oleh kumpulan menentang cadangan itu.

“Malah saya percaya kumpulan ini yang menekan Nik Aziz supaya menolak cadangan kerjasama itu kerana beliau mempunyai pengaruh besar dalam PAS,” kata beliau yang dipecat sebagai pegawai perhubungan awam PMBK tahun lalu.

Agensi itu diketuai oleh menantu Nik Aziz.

Sebelum ini Nik Aziz tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak mahu bercakap mengenai isu berkenaan dengan ada yang menganggap bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup.”

Syed Azidi yang seringkali menulis isu-isu berkaitan perkembangan politik Kelantan dan penyatuan Melayu menambah, mengikut keadaan politik semasa, sekarang adalah masa terbaik untuk Umno dan PAS bekerjasama demi penyatuan orang Melayu di negara ini.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk kedua-dua parti itu bekerjasama demi mempertahankan hak dan perpaduan orang Melayu yang dilihat berpecah.

“Tidak ada perpaduan yang boleh dicapai dengan masing-masing masih memegang kris kerana perpaduan itu boleh berjaya apabila berjabat tangan dan saling menghormati,” katanya.

Oleh itu kata Syed Azidi, Umno dan PAS perlu meletakkan senjata dan bertenang sebelum berunding.

“Ia mungkin boleh berjaya,” katanya.

Penyatuan Melayu: Jins Shamsudin pula syor tiga parti digabung


KUALA LUMPUR — Idea agar parti-parti Melayu-Islam bergabung atas nama penyatuan orang Melayu muncul lagi dengan yang terbaru budayawan dan ahli politik Senator Tan Sri Jins Shamsudin menggesa tiga parti digabungkan demi mempertahankan kuasa politik mereka.

Beliau berkata keadaan semasa memerlukan sebuah parti Melayu khusus yang boleh mempertahankan dan memperjuangkan hak orang Melayu.

Justeru, penerbit dan pengarah filem terkenal ini mencadangkan nama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu bagi menggabungkan PAS, PKR dan Umno.

Idea yang mirip dibangkitkan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada 22 Julai lalu, antara lain mengatakan sebuah parti Melayu baru perlu ditubuhkan sebagai pilihan terakhir jika kesemua usaha untuk menyatukan kerjasama PAS dan Umno gagal.

Ibrahim berkata, parti baru ini seharusnya mengadaptasikan objektif kedua-dua PAS dan Umno.

Bagaimanapun PAS dan Umno menolak bulat-bulat idea Presiden Perkasa itu.

Kata pemimpin PAS dan Umno, kedua-dua parti yang berusia lebih enam dekad ini akan kekal dengan matlamat perjuangan masing-masing sambil menyifatkan idea yang dilontarkan oleh Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, sebagai pandangan peribadi beliau semata-mata.

Sebaliknya terpulang kepada Ibrahim dan Perkasa jika mahu menubuhkan sebuah parti baru, kata pemimpin Umno dan PAS.

“Apa yang penting sekarang adalah perpaduan Melayu iaitu orang Melayu mesti bersatu bererti parti-parti Melayu perlu disatukan.

“Kalau boleh orang Melayu ini duduk dalam satu parti tiada Umno, PAS dan PKR. Mungkin kita boleh tubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu,” kata Jins kepada The Malaysian Insider.

Apabila ditanya mengenai keputusan PAS yang menolak kerjasama perpaduan dengan Umno, Jins berkata, ia bukan keputusan majoriti pemimpin parti Islam itu.

“Yang tolak itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) sebab beliau yang bercakap. Lagipun beliau bukan pemimpin PAS kerana pemimpinnya adalah presiden.

“Beliau hanya menteri besar, ini bererti kita perlu dapatkan semua ahli PAS, berbincang dan minta apa pandangan mereka.

“Pada saya, Umno dan PAS mesti bersatu sebab PAS itu Melayu-Islam, Umno juga Melayu-Islam... bersatulah ini berdua barulah kita boleh pertahankan kuasa orang Melayu,” katanya.

Malah sebelum ini, Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak mahu bercakap mengenai isu berkenaan dengan ada yang menganggap bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup.”

Jins berkata perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu disebabkan terlalu banyak parti politik.

“Di Malaysia ada 27 juta penduduk tapi kita ada 19 parti politik. Kalau di negara lain tidak sebegini banyak.

“Sepatutnya kita hanya perlu ada satu parti untuk setiap kaum Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Ini kerana apabila bilangan parti kecil maka hanya lima pemimpin sahaja, jadi tiada perpecahan,” katanya.

Selain itu, Jins juga menggesa supaya orang Melayu tidak lagi berpecah hanya kerana perbezaan politik.

“Sebagai orang Melayu kita perlu mempertahankan hak kita di negara ini baru kita boleh berkuasa.

“Kalau orang Melayu tidak bersatu, satu hari nanti kita bukan hanya hilang kuasa tetapi segala-galanya,” katanya.

Ku Li ulangi desakan minta kerajaan mansuh akta sekat kebebasan

KUALA LUMPUR – Pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengulangi desakannya agar kerajaan memansuhkan undang-undang yang dilihat menyekat kebebasan selain digunakan untuk menyemai perasaan takut di kalangan rakyat.

“Ketika anda berada di persidangan ini, biar saya berhujah, sehingga ke tahap minimum yang mutlak, kita harus meminta agar memansuhkan akta-akta yang tidak adil dan yang disalah guna sehingga menyekat kebebasan yang kita pernah menikmati ketika negara merdeka (lima dekad lalu),” kata beliau.

Kenyataan Tengku Razaleigh itu disusuli dengan permintaannya agar rakyat menyertai beliau mendesak agar undang-undang sedemikian tidak lagi diguna pakai.

“Saya meminta anda menyertai saya dalam mendesak agar memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) dan OSA (AKta Rahsia Rasmi 1972).

“Undang-undang ini lazimnya digunakan sebagai alat politik, bukannya sebagai instrumen keselamatan negara. Ini mencetuskan iklim ketakutan (di kalangan rakyat),” kata beliau pada Sidang Kemuncak Tahunan Kepimpinan Pelajar Malaysia Keempat di sini.

Selain itu beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menggesa agar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang turut menjejaskan mutu sistem pendidikan dimansuhkan.

“Saya minta anda sertai saya dalam menggesa tindakan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan yang pentingnya AUKU.

“Saya tidak dapat lihat bagaimana anda boleh meneruskan aktivisme seperti kebebasan di UK dan Eire sementara rakan-rakan anda di tanah air dinafikan hak asasi berpersatuan dan bersuara oleh AUKU,” kata beliau dengan merujuk kepada hak-hak yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh berkata rakyat mesti proaktif dan perlu ada inisiatif untuk menentukan masa depan negara.

Beliau menambah, jika pihak pemerintah mengatakan bahawa “masa depan anda terletak di tangan anda, harap bertanya kepada mereka agar diberikan masa depan itu (kepada anda) terlebih dahulu.”

“Tanya mereka bagaimana anggota paling paling muda dalam Kabinet berusia 45 (tahun)?”

“Purata umur Kabinet (ketika) merdeka bawah 30 tahun. Anda bukan generasi pertama yang cerdik. Tetapi (anda juga) bukannya kurang cerdik.

“Tetapi anda boleh jadi generasi pertama pelajar dan graduan muda dalam 50 tahun membuat negara ini melalui pembaharuan yang besar. Dan, pembaharuan itu kini mendesak,” katanya lagi.

Malah kata beliau, rakyat Malaysia tidak harus diperdayakan dengan rasa terhutang budi palsu kepada kerajaan.

“Anda akan diberitahu bahawa banyak yang diharapkan daripada anda, banyak yang telah diberikan kepada anda, dan sebagainya.

“Semua ini adalah benar. Sebenarnya, banyak yang telah dicuri daripada anda. Sepanjang 25 tahun yang lalu, banyak kekayaan yang dijana oleh rakyat yang berdaya maju dan sumber-sumber yang banyak jumlahnya telah dirampas,” kata Tengku Razaleigh.

“Ini adalah (harta) patrimoni anda,” katanya lagi sambil menegaskan, rakyat tidak harus diimlakkan oleh parti-parti politik.

Justeru kata beliau, generasi muda tidak harus menerima naungan politik, sebaliknya harus berjuang demi masa depan yang lebih baik.

Karpal syor hukum mati perogol kanak-kanak


THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukumn mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

“Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal (gambar) berkata kes terbaru bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didakwa telah dirogol oleh pemandu bas sekolah yang dinaikinya, menuntut perhatian khusus tentang perlunya hukuman sedia ada bagi perbuatan itu, dikaji semula.

Semalam, polis mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas pemandu van sekolah tersebut.

Isnin lepas, lelaki yang mempunyai anak berusia antara sembilan hingga 20 tahun itu ditangkap orang ramai yang ternampak bas itu diparkir di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan, kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Sekurang-kurangnya tiga murid perempuan sekolah rendah di Petaling Jaya telah dikenal pasti menjadi mangsa rogol pemandu bas sekolah yang ditahan itu.

Kata Karpal, mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan tertuduh perlu dibuktikan melebihi keraguan munasabah, tetapi dalam kes di mana tertuduh didapati melakukan perbuatan demikian secara terang-terangn serta disokong oleh saksi berwibawa yang melihat perbuatan itu dilakukan, maka tiada masalah untuk membuktikan kes berkenaan di luar keraguan munasabah.

“Saya sedar tentang bahaya kemungkinan seseorang yang tidak bersalah, dikenakan hukuman. Pelaksanaan hukuman mati tidak boleh diubah kembali. Kesengsaraan yang dialami seseorang insan yang tidak bersalah, tetapi dikenakan hukuman mati, memang tidak dapat digambarkan,” katanya.

Bagaimanapun Karpal memberitahu, perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak berdosa di hadapan orang lain, menuntut agar undang-undang sedia ada, dibuat pindaan.

Kelmarin di Kota Baru, Mohd. Roslan Ali, bapa kepada pelajar tingkatan tiga yang diculik di Besut bersyukur kerana dia tidak dirogol dan dapat ditemui semula.

Anaknya diculik dilarikan oleh penjenayah dengan menaiki sebuah Perodua Kenari.

Empangan Chereh terpaksa lepas air

BERNAMA


Empangan Chereh di Kuantan akan melepaskan sejumlah 475 juta liter air sehari bermula Selasa ini bagi tujuan keselamatan empangan berkenaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail berkata, paras air empangan itu kini telah mencecah paras 74 meter dan perlu diturunkan ke paras 70 meter.

Katanya pelepasan air dari empangan itu akan menyebabkan paras air di kawasan perkampungan Orang Asli Sungai Mas, Sungai Kuantan, Loji Air Sungai Lembing, Loji Air Panching dan Loji Air Pasir Kemudi meningkat ke paras 0.91 meter dan 1.21 meter, namun ia tidak akan menyebabkan berlakunya banjir.

Beliau berkata, pelepasan air itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka mengambil masa tidak lebih daripada dua bulan.

"Tindakan ini bagi memastikan empangan berkenaan mempunyai ruang bagi menampung pertambahan kapasiti air hujan pada musim tengkujuh," katanya dalam sidang akhbar di Kuatan, hari ini.

Katanya, langkah itu juga sebagai persediaan menghadapi jangkaan fenomena "La Nina" yang membawa jumlah hujan yang tinggi dari bulan Ogos hingga Disember ini.

Beliau berkata pelepasan air berkenaan akan memberi sedikit kesan kepada air sungai yang akan mengalami perubahan warna dan bau selain pertambahan kandungan unsur besi dan mangan yang tinggi dalam air.

Air terawat dari loji berkenaan juga akan mengalami perubahan warna tetapi tidak akan memberi kesan kepada kesihatan orang ramai, katanya.

ADUN dakwa 1/2juta untuk pelabat 'bersepah' SDO

Susan Loone

bekas pejabat pembangungan negeri (SDO) Pulau Pinang sebenarnya menyembunyikan sebuah tempat yang ditinggilakan, kotor dan bersepah.

Sampah- sarap yang tidak dikutip, plaster syiling dan dinding pecah, wayar berjuntai dan perabut tinggal bagai menyempurnakan gambaran suram itu.

ADUN Komtar Ng Wei Aik mendakwa pejabat tersebut yang pernah digunakan oleh pegawai SDO Nik Ali Mat Yunus kini seperti tong sampah walaupun RM450,000 telah dibelanjakan untuk tujuan pengubahsuian.

Nik Ali sebelum ini mempunyai hubungan yang keroh dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng apabila mereka berdua saling menggelar satu sama lain sebagai "biadap" dan "Napoleon kecil".

Dalam satu sidang media di tempat tersebut hari ini, Ng menuntut penjelasan apa yang hendak dilakukan oleh Nik Adli dengan tempat itu setelah berpindah ke pejabat baru.

Yusof: Kami tak dapat sahkan dakwaan terhadap Farah

MALAYSIA KINI


Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak dapat mengesahkan sama ada DPP Farah Azlina Latif mempunyai "hubungan" dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan - saksi utama perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam sepucuk surat kepada peguam ketua pembangkang itu berkata, perkara itu telah dibawa ke pihak pengurusan kanan AGC untuk siasatan seperti yang dinyatakan oleh Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail.

"AG tidak dapat mengesahkan dakwaan berkaitan dakwaan 'hubungan' dengan Saiful yang dilaporkan secara meluas dalam lamanweb dan media cetak.

"Perkara itu telah dibawa ke pihak pengurusan untuk siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Yusof berkata ekoran itu, Farah telah digugurkan daripada pasukan pendakwaraya dalam perbicaraan kes liwat tersebut.

Beliau mengulangi bahawa Farah hanya menyertai pasukan pendakwaraya itu pada 20 Januari, dengan peranannya mengambil nota prosiding mahkamah bagi perbicaraan kes tersebut.

Kenapa Tajuddin takut Himpunan Warga Felcra

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman tidak perlu takut dengan Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung malam esok dan lusa, jika beliau yakin tidak berlaku salah guna kuasa dalam pengurusan agensi itu.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, tindakan Tajuddin hari ini mengeluarkan kenyataan mahu menyaman penganjur jika memfitnah, menampakkan kegusaran seperti ada yang tidak kena.

"Belum pun himpunan bermula, dia dah panik, seperti ada sesuatu yang menggusarkannya.

"Kalau dia melatah, dia emosional bukan rasional," katanya kepada Harakahdaily.

Biarpun menerima pelbagai ugutan dan amaran, pihak penganjur, ujar Mazlan tetap akan meneruskan himpunan tersebut.

"Saya tidak bimbang langsung, kita fikir apa yang kita buat ini adalah benar," katanya.

Bagaimanapun, penganjur akan membuat laporan polis hari ini ekoran kenyataan Tajuddin tersebut dan beberapa halangan terbaru yang diterima mereka.

Beliau memaklumkan, Felcra sempena solat Jumaat siang tadi menggunakan masjid di sekitar Pasir Salak untuk memberi amaran kepada peneroka agar tidak hadir ke himpunan malam esok.

"Mereka memberi amaran, sesiapa peserta Felcra yang hadir, akan ditangkap oleh pihak polis," jelasnya lagi.

Himpunan malam esok bertempat di Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada) dianjurkan oleh Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Ianya juga dibuat ditanah persendirian milik seorang ahli PAS di kawasan tersebut.

Ekoran amaran terbaru itu juga, Anak menjemput Tajuddin untuk bersama dalam himpunan tersebut supaya beliau dapat melihat sendiri dan menyertai dialog dengan peserta.

"Saya pelawa dia datang dan kita akan bagi dia ruang untuk bercakap," katanya.

Jumaat, 30 Julai 2010

Kalau ikhlas, kenapa kampit beras perlu ada lambang dacing?

WARKAH DAILY

KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Hashim Jasin mengakui malu dan takut-takut membawa pulang kampit beras dengan lambang dacing yang dihadiahkan Kerajaan Negeri suatu masa dahulu.

Menurutnya, beliau menghadiri majlis pada bulan Ramadan yang ketika itu di bawah pentadbiran Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Saya terima beras yang diberikan kepada semua wakil rakyat tetapi sedikit masalah apabila saya tengok ada lambang dacing (Barisan Nasional - BN) pada kampitnya.

“Saya takut-takut masa nak bawa balik ke rumah. Manalah tahu kalau ada orang Pas nampak saya pegang kampit beras dengan lambang dacing. Apa mereka akan kata kepada saya sebab tidak tahu kedudukan sebenar,” katanya.

Hashim bangun mencelah dan menjelaskan sindiran ADUN Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan orang Pas begitu taksub dengan parti apabila mendapat tahu pemimpinnya melarang mereka bekerja dengan orang UMNO.

Shahidan berkata, ADUN Pas itu mempunyai prasangka buruk kepadanya apabila enggan menikmati jamuan yang disediakan selepas majlis itu dengan alasan tertentu.

“Jangan takutlah. Kami tak bubuh ubat atau racun dalam makanan. Jangan ada persepsi negatif kerana kita tidak pernah buat macam tu.

“Kita orang UMNO boleh berkawan dengan semua orang dan tidak pernah membuat apa-apa tanggapan buruk kepada orang Pas,” katanya.

Hashim berkata, beliau menghargai niat baik Kerajaan Negeri ketika itu dan jika benar-benar ikhlas, mereka sepatutnya menggunakan kampit biasa.

“Kalau betul ikhlas, janganlah guna kampit yang ada lambang dacing. Susah saya untuk menepis kalau timbul salah faham dengan ahli Pas.”

Menurutnya, beliau boleh berkawan dengan semua orang dan kadang-kadang orang UMNO yang menjauhkan diri daripadanya.

“Sebagai contoh, dahulu ketika kami ada tiga orang dalam Dewan ini dan waktu rehat masa minum, tiada seorang pun wakil rakyat UMNO yang berani datang atau bersembang dengan saya walaupun tempat duduk lapang.

“Sebaliknya mereka lebih suka duduk berhimpit-himpit di hujung sana sesama UMNO,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar wakil Pas diberi peluang agar sama-mama mempunyai peranan untuk membangunkan negeri ini dengan mengenepikan fahaman politik.

“Kerajaan wajar memberi peluang kepada semua anak Perlis membangunkan negeri, tanpa mengira parti” katanya. -SH

WarkahDaily - Biasalah Umno-BN, konon bila dia bagi beras ke baja ke yang ada lambang dacing, orang akan kata, itu Umno-BN yang bagi tu. Prihatinnya Umno-BN, bagusnya Umno-BN terhadap rakyat.

Padahal mereka tidak tahu, duit yang peruntukan itu semua adalah duit rakyat yang diuruskan kerajaan. Umno-BN dah meletakkan persepsi, kerajaan itu Umno-BN, Umno-BN itu kerajaan.

Mereka kalau boleh, lembu dan ayam pun nak letak lambang dacing.

Skandal PKFZ : Ling tokoh berprofil tinggi didakwa


pkfz Oleh Fazy Sahir

PUTRAJAYA: Bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA Tan Sri Dr Ling Liong Sik didakwa di mahkamah berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hari ini.

Ling, 67, bekas doktor perubatan menjadi ahli politik tiba di Mahkamah Sesyen Kajang, dekat sini, jam 4.45 petang dan kelihatan tenang apabila dikerumuni oleh para wartawan dan jurugambar.

Beliau yang memakai baju belang, diiringi isteri Toh Puan Ena Ling dan dua anak lelaki Hee Leong dan Hee Keat yang hadir di mahkamah.

Ling mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu. Jika didapati bersalah, Ling akan menghadapi hukuman penjara.

Ling didakwa di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan kerana ‘mengelirukan’ kabinet di antara 25 September dan 6 November 2002 supaya bersetuju dengan pembelian 999.5 ekar tanah di Pulau Indah untuk sebuah projek, yang kini dikenali sebagai PKFZ.

Tanah itu dibeli dengan harga RM25 satu kaki persegi dengan kaedah bayaran tertangguh untuk tempuh selama 25 tahun pada kadar faedah 7.5%.

Bayaran kumulatif faedah berjumlah RM720 juta pada akhir tempuh bayaran balik.

Beliau juga ditawarkan dengan pendakwaan alternatif di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan untuk kesalahan yang sama.

Menurut kertas dakwaan, Kementerian Kewangan telah pun membuat penilaian terhadap tanah tersebut pada harga RM25 satu kaki persegi termasuk faedah terkumpul (compounded) dan fakta ini disimpan dari pengetahuan kabinet oleh tertuduh.

Ikat jamin RM1 juta

Terdahulu Peguam Negara Abdul Gani Patail berkata, beliau mahu kes ini ditangguhkan kerana waktu sudah 4.30 petang.

"Sudah 4.30 petang dan saya memohon penangguhan selepas ikat jamin dibuat dan ditetapkan tarikh perbicaraan," katanya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dan pendengaran ditetapkan pada 3 September depan.

Ling yang memerlukan masa untuk ikat jamin, telah dibebaskan atas bon peribadi. Beliau akan membayar sejumlah itu di Mahkamah Sesyen esok.

Ditanya sama ada beliau yakin untuk memenangi kes beliau menjawab, "Dalam Mahkamah Keadilan, anda mesti merasa yakin."

Ling juga diwakili oleh peguam bela RR Sethu.

Terdahulu, Peguam Negara Abdul Gani Patail dan tiga Timbalan Pendakwaraya (DPP) termasuk ketua pendakwaan Tun Majid Hamzah tiba di mahkamah pada jam 4.00 petang tetapi enggan bercakap kepada beberapa wartawan yang berkemah sejak awal pagi setelah mendapat isyarat seorang VIP akan didakwa.

Dua DPP lain ialah Manoj Kurup dan Dzulkifli Ahmad.

Ling, menteri kabinet yang telah lama berkhidmat, merupakan kawan rapat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau dilantik sebagai ahli parlimen Mata Kuching pada 1974. Beliau berjaya mempertahankan jawatannya pada 1978 dan 1982.

Pada 1986, beliau dilantik sebagai ahli parlimen Labis dan berjaya mempertahankan kerusi itu dalam tiga pilihan raya umum berikutnya.

Ling menjawat Presiden MCA selama 17 tahun sehingga beliau bersara pada 2003.

Pada 1986, beliau dilantik sebagai menteri pengangkutan. Sebelum itu, beliau memegang jawatan setiausaha parlimen kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, timbalan menteri penerangan, timbalan menteri kewangan dan timbalan menteri pelajaran.

Ling merupakan seorang tokoh berprofil tinggi dihadapkan ke mahkamah dalam tempuh beberapa tahun.

Putrajaya diserap bau busuk nepotisma


mahfuz1Oleh Staf FMT

KUALA LUMPUR: Bau busuk keluar lagi dari amalan nepotisma yang menyerapi pintu masuk Putrajaya berikutan adik Perdana Menteri Najib Tun Razak membuat kenyataan "salah kira-kira" mengenai kejatuhan nilai pelaburan langsung asing (DFI).

Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar berkata, "saya mesti mengucap tahniah kepada Nazir kerana menjadi jurucakap kabinet Najib. Kenyataan Nazir membuktikan amalan nepotisma masih berleluasa di Putrajaya.

Beliau berkata, Nazir, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, memberi komen mengenai DFI yang jelas mengingatkan rakyat Malaysia bahawa budaya nepotisma yang diamalkan oleh pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, di mana melibatkan anak-anak mereka, masih hidup segar.

Ketika era Mahathir dan Badawi, kita lihat anak-anak mereka terlibat. Mungkin kita boleh menyifatkan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) sekarang ini sebagai pentadbiran adik beradik," katanya.

Sambil menyifatkan kepimpinan Umno-BN bagaikan "burung-burung unta yang menyembunyikan kepala mereka", Mahfuz berkata, "hanya masa akan menentukan bila rakyat akan menendang mereka keluar."

Bagaimanapun beliau memuji Nazir kerana mengakui kerajaan merasa sakit akibat kejatuhan DFI itu.

Semalam, ketika bercakap kepada pemberita, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui kebenaran data yang dikeluarkan oleh Laporan Pelaburan Asing Dunia (WIR) oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada awal minggu, Bernama melaporkan Nazir sebagai berkata, kejatuhan FDI tidak semestinya negatif.

Beliau berkata "tidak semestinya perkara itu tidak baik" untuk menerima kemasukan DFI yang rendah kerana apa yang penting ialah kualiti pelaburan.

Sebaliknya Nazir mendesak supaya kejatuhan DFI pada 2009 dikaji dengan teliti sebelum membuat kesimpulan.

Bukan lagi destinasi pelaburan

DrDzulkeflyAhmad Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun berpendapat sebaliknya. Beliau berkata kejatuhan DFI tidak menolak hakikat bahawa Malaysia bukan lagi menjadi destinasi pelaburan.

"Walaupun saya memahami tentang maksud "pelaburan berkualiti" dan "masa yang sesuai", bagaimanapun komennya tidak dapat mengikis fakta bahawa Malaysia bukan lagi menjadi hab pelaburan, tidak berada di bawah radar, baik pelabur tempatan maupun asing," katanya.

Beliau menyifatkan komen Nazir yang "tidak tentu haluan" itu hanya bertujuan untuk mempertahankan abangnya, Najib.

Dr Dzulkefly berkata data-data Bangsa-Bangsa Bersatu itu sangat jelas dan tidak perlu kepada keterangan lanjut.

"Kekurangan minat di kalangan para pelabur asing telah menyumbang kepada kemerosotan teruk DFI dari AS$2.56 bilion pada 2004 dan AS$1.09 bilion (2005) kepada negatif AS$0.02 bilion (2006), negatif AS$2.7 bilion (2007) dan negatif AS$7.67 bilion pada 2008.

"Keadaan ini diburukkan lagi dengan hakikat bahawa pengaliran pelaburan oleh pelabur tempatan ke luar negara adalan sangat tinggi. Ketidakseimbangan ini mempunyai kesan buruk kepada ekonomi," ujar beliau.

"Pertama, ia akan memberi kesan kepada pertumbuhan. Oleh kerana kekurangan dana untuk menjana aktiviti-aktiviti ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai sektor seperti pembuatan dan industri perkhidmatan, sasaran pertumbuhan 6% tidak boleh dicapai.

"Apabila permintaan global jatuh, keadaan akan menjadi lebih buruk kerana memberi kesan kepada faktor eksport dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya ketika ditemui selepas Dialog Bajet Selangor 2011.

Beliau memberi amaran Malaysia tidak mampu untuk berbelanja lagi kerana kini negara dibebani dengan defisit belanjawan yang luas, bersamaan 52% dari KDNK.

Pelajar ditipu, jenayah komersil


Wee Jeck Seng Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Pelajar yang ditipu oleh agen penghantaran pelajar ke universiti luar negeri boleh membuat laporan polis, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Wee Jeck Seng.

“Kes itu adalah jenayah komersil," katanya menjawab soalan Senator Datuk Musa Fadzir di Dewan Negara hari ini.

Senator dari Pulau Pinang itu bertanya berapakah jumlah agen penghantaran pelajar yang dikenakan tindakan kerana menipu pelajar. Dalam jawapannya, Wee bagaimanapun tidak memberikan jumlah agen yang dikenakan tindakan.

Beliau menasihatkan pelajar supaya berhati-hati dengan pelajar dan menyemak dengan kementeriannya dan Jabatan Perkhimatan Awam (JPA) untuk pengesahan.

Menurut beliau, ketika ini ada 80 agen penghantaran pelajar ke luar negara yang berdaftar dengan kementeriannya.

“Tetapi hanya 13 agen yang aktif yang menghantar pelajar ke Russia, Indonesia dan Ireland. Manakala urusan penghantaran pelajar ke Timur Tengah dibuat sendiri oleh kementerian,” katanya.

Wee berkata, agen perlu berdaftar dengan Institusi Pengajian Tinggi luar negara jika mereka ingin menghantar pelajar. Agen perlu menghantar pelajar di negara yang selamat dan mempunyai pendidikan berkualiti.

“Kementerian sedang menggubal rang undang-undang pengajian tinggi untuk mengawal penghantaran pelajar supaya terjamin,” katanya.

Himpunan Warga Felcra Kebangsaan Pertama Ahad ini


Logo_Felcra Oleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Walaupun tidak mendapat permit polis, Himpunan Warga Felcra Kebangsaan pertama di Pasir Salak, Ahad ini akan diteruskan, kata penaung Mazlan Aliman.

"Program tersebut akan diteruskan. Beberapa pemimpin politik akan datang bersama peserta Felcra dari negeri-negeri di Kampung Pasir Rentang, Kubu Gajah, Pasir Salak kawasan parlimen Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Ali.

"Peserta dari Johor, Pahang dan Terengganu sudah memberitahu saya hasrat mereka untuk datang ke program tersebut.

"Sasaran kita perhimpunan ini dihadiri oleh 1,000 peserta Felcra dari seluruh negara tetapi kita tengoklah nanti," kata Mazlan ketika dihubungi hari ini.

Mazlan menjelaskan acara utama perhimpunan tersebut ialah wakil peserta akan menceritakan penyelewengan Felcra di tempat mereka.

Katanya, ini penting supaya masyarakat tahu mengenai penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh Felcra.

"Saya sendiri akan mendedahkan 17 penyelewengan Felcra. Felcra ini sudah 44 tahun dan mempunyai 18 buah anak syarikat dan asetnya bernilai berbilion ringgit.

"Felcra sepatutnya boleh membantu pesertanya yang rata-rata orang Melayu. Tetapi apa yang kita dengar lebih banyak negatif dari positif," katanya.

Selepas perhimpunan pertama itu, perhimpunan di peringkat negeri dan di kawasan Felcra akan diadakan di seluruh negara.

Kata Mazlan, beliau berharap sebuah NGO dapat diwujudkan khusus untuk kebajikan dan menangani masalah peserta Felcra.

"Sebelum ini kita wujudkan Anak untuk peneroka Felda, kali ini kita hendak adakan sebuah NGO untuk peserta Felcra pula," katanya.

Himpunan Warga Felcra Kebangsaan Pertama Ahad ini


Logo_Felcra Oleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Walaupun tidak mendapat permit polis, Himpunan Warga Felcra Kebangsaan pertama di Pasir Salak, Ahad ini akan diteruskan, kata penaung Mazlan Aliman.

"Program tersebut akan diteruskan. Beberapa pemimpin politik akan datang bersama peserta Felcra dari negeri-negeri di Kampung Pasir Rentang, Kubu Gajah, Pasir Salak kawasan parlimen Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Ali.

"Peserta dari Johor, Pahang dan Terengganu sudah memberitahu saya hasrat mereka untuk datang ke program tersebut.

"Sasaran kita perhimpunan ini dihadiri oleh 1,000 peserta Felcra dari seluruh negara tetapi kita tengoklah nanti," kata Mazlan ketika dihubungi hari ini.

Mazlan menjelaskan acara utama perhimpunan tersebut ialah wakil peserta akan menceritakan penyelewengan Felcra di tempat mereka.

Katanya, ini penting supaya masyarakat tahu mengenai penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh Felcra.

"Saya sendiri akan mendedahkan 17 penyelewengan Felcra. Felcra ini sudah 44 tahun dan mempunyai 18 buah anak syarikat dan asetnya bernilai berbilion ringgit.

"Felcra sepatutnya boleh membantu pesertanya yang rata-rata orang Melayu. Tetapi apa yang kita dengar lebih banyak negatif dari positif," katanya.

Selepas perhimpunan pertama itu, perhimpunan di peringkat negeri dan di kawasan Felcra akan diadakan di seluruh negara.

Kata Mazlan, beliau berharap sebuah NGO dapat diwujudkan khusus untuk kebajikan dan menangani masalah peserta Felcra.

"Sebelum ini kita wujudkan Anak untuk peneroka Felda, kali ini kita hendak adakan sebuah NGO untuk peserta Felcra pula," katanya.

RM77 Juta Bayar Apco OK, RM15 Juta Untuk Sistem Penyampaian Maklumat Dibantah

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM - Timbalan Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Fariz Musa mempersoalkan pendirian hipokrit Umno Selangor yang berdiam diari terhadap pembayaran RM77 juta kepada firma pro Zionis-Israel, Apco Worldwide untuk menasihati Perdana Menteri tetapi menganggap peruntukkan RM15 juta kerajaan negeri untuk sistem penyampaian maklumat sebagai membazir.

Fariz berkata kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus berhubung peruntukan tersebut diibaratkan meludah ke langit.

Malah Fariz berkata tindakan Datuk Seri Najib Razak membayar khidmat Apco adalah lebih besar daripada peruntukan yang diberikan oleh Abdul Khalid.

"Umno memperuntukkan RM77 juta untuk Apco untuk penyebaran maklumat mereka dan jumlah ini melebihi daripada apa yang kita peruntukkan. Kenapa Umno Selangor tidak bising mengenai isu Apco dan menganggap ini satu pembaziran yang terang dan nyata.

"Kita tahu Apco dibayar untuk urusan komunikasi selain khidmat nasihat kepada Najib dan Umno. Mungkin juga Apco telah menasihat Najib dan barisan kabinetnya agar tidak meluluskan permit terbitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dengan tujuan untuk mengelak rakyat terus mendapat maklumat.

"Jadi inilah cara dan keputusan terbaik dibuat oleh Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk menyampaikan informasi sebenar apa yang telah berlaku di negeri ini. Umno tidak lagi boleh menyebarkan fitnah sewenang-wenangnya dan pasti gerak gempur komunikasi dapat mematahkan segala kerja kotor Umno," tegas beliau.

Beliau juga mempertikaikan 'keprihatinan' Umno Selangor melihat peruntukan tersebut sebagai membazir walhal sejak 50 tahun memerintah negeri itu, Umno-Barisan Nasionallah 'bapa' kepada segala pembaziran dan penyelewengan wang rakyat.

"Kenapa Umno tiba-tiba sahaja keluarkan kenyataan peruntunkan RM15 juta itu membazir, sebenarnya mereka sudah terbiasa membazirkan peruntukan yang diberikan untuk rakyat demi kepentingan politik dan poket mereka sendiri.

"Saya lihat ini satu langkah yang baik dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam usaha memberi penerangan kepada seluruh rakyat Selangor serta menangkis setiap fitnah dan juga berita palsu yang disebarkan oleh Umno.

"Kita melihat sejak kebelakangan ini Umno telah menyebarkan banyak fitnah kepada kerajaan negeri, dengan cara ini kita dapat memberi penjelasan kepada rakyat dan kita tidak mahu rakyat terus tertipu dengan dakyah palsu Umno itu. Niat kerajaan negeri adalah ingin memberi maklumat yang tepat dan jelas.

Fariz berkata usaha Umno memperbesarkan isu pembaziran kerana parti itu kini berada dalam ketakutan akibat kehilangan sokongan daripada rakyat khususnya oorang Melayu.

Gerak kerja yang dilaksanakan oleh Menteri Besar untuk menjawab serta menangkis segala tohmahan Umno-BN dilihat semakin berkesan dan keyakinan rakyat bertambah kukuh terhadap prestasi pakatan Rakyat kata beliau lagi.

Tambah Fariz, peruntukan tersebut secara tidak langsung membuka mata rakyat Selangor bahawa Umno-BN hanya menyebar fitnah dan berita palsu semata-mata demi kepentingan politik mereka.

ADENIN ADALAH ISLAM TETAPI MURTAD!

SABAH KINI


Saudara Pengarang,


SAYA agak terkejut dengan tindakan Sabahkini.net menyiarkan artikel yang ditulis oleh Joe Fernandez, ‘NRD Again Skips Meet On 'Islam' In Mykad’ pada 27 Julai 2010 yang secara jelas cuba mencemar kesucian agam Islam dan menghina Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan Christina Liew kerana mungkin beliau tidak mengetahui latarbelakang orang yang beliau cuba pertahankan dalam isu ini, Adenin Bin Ahmad, apatah lagi beliau bukan orang Tuaran dan hanya bertindak atas matlamat politik dan guaman.

Namun sebagai penduduk kampung yang tinggal di kampung halaman Adenin, saya lebih mengetahui biodata Adenin daripada Christina Liew mengenali Adenin.

Untuk makluman pembaca, bapa kandung Adenin yang bernama Ahmad memang beragama Islam berasal daripada Papar. Ahmad diklasifikasikan sebagai ‘Murtad’ apabila dia tidak mengakui dirinya ‘Islam’ dan menggunakan nama baru ‘Joseph Wong’.

Dalam kes yang sengaja dikontroversikan ini, Adenin Bin Ahmad memohon status agama Islamnya dikeluarkan dari MyKadnya. Pada hemat saya memang agak sukar dan boleh dikatakan mustahil kerana mengikut rekod Jabatan Agama Islam, bapanya beragama Islam.

Keempat-empat adik beradik Adenin Ahmad semuanya beragama Islam. Adakah kita sebagai seorang Islam sanggup membenarkan Adenin Bin Ahmad ini memurtadkan dirinya atas tujuan yang hanya beliau tahu? Sanggupkah jabatan berkenaan meluluskan permohonan Adenin?

Jika sanggup, maka akan timbul banyak tuntutan-tuntutan daripada orang murtad yang lain di seluruh Malaysia.

Sehubungan itu, saya mohon agar Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara tidak meluluskan permohonan Adenin, walaupun atas perintah mana-mana mahkamah kerana ‘Murtad’ adalah menafikan Keesaan Allah dan dosa besar bagi seorang umat Islam.

Salam Hormat,

ISLAM JATI TUARAN

Kerajaan Umno/ BN ' mencekik ' rakyat sendiri

BULETIN ONLINE

DUNGUN
- Umno dan Barisan Nasional (BN) didakwa sedang memeras rakyat bagi mengumpulkan sebanyak mungkin kewangan untuk dijadikan dana bagi membiayai pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"Umno sedang buat kutipan untuk menngumpul dana bagi menghadapi pilihanraya, sekarang dia kutip duit, hasil dia 'peras' rakyat,"jelas Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful (Saiful) Bahri Mamat, ketika berucap dihadapan lebih 100 orang masyarakat Tionghua yang hadir pada Majlis Makan Malam di Batu Enam, disini, Khamis, 29 Julai.

(Gambar - Ng Chai Hing, Pengerusi DAP Kuala Terengganu tersenyum mendengar kupasan isu dari Ustaz Saiful (paling kiri) dalam ucapannya)

Makan malam tersebut yang diadakan bagi meraikan lawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang juga Setiausaha Nasional Publisiti parti DAP, Tony Pua, mendapat sambutan diluar dugaan.

Menurut Ustaz Saiful, tindakan kerajaan Umno/ BNmengurangkan subsidi yang sedikit kepada rakyat adalah satu tindakan yang agak keterlaluan kerana pada masa yang sama kerajaan mengutip pelbagai kutipan lain seperti cukai dan saman ekor.

"Subsidi yang berkaitan dengan masyarakat, orang ramai, mereka (Umno/BN) persoalkan, sedangkan cukai dia ambil daripada kita, cukai diambil, sama ekor lagi, semua duit dia kumpul, tapi subsidi tak ada,"tegasnya.

Beliau yang juga bekas ADUN Paka 1999 - 2004 berkata pada masa yang sama kerajaan terus memberikan subsidi kepada golongan yang sudah pun kaya, sebagai contoh, katanya, Penjana Kuasa Persendirian (Independent Power Producer) terus diberi subsidi jutaan ringgit.

"Dia (kerajaan Umno/BN) beri subsidi kepada orang-orang yang sudah kaya, tu (di) Paka (YTL - Yeoh Teong Lay) punya (Setesyen Janakuasa Elektrik), Untung RM1.5 juta sehari, sebulan untung RM40 juta, (untung) RM500 juta setahun,

"kerajaan (Umno/BN masih lagi bagi (subsidi kepada) IPP Swasta RM20 bilion setahun,"dedah Ustaz Saiful.disambut tepukan dari para hadirin.

Menurutnya penyertaan Petronas dalam sukan lumba kereta adalah umpama 'memikul biawak hidup' kerana terpaksa membayar RM2 bilion sedangkan beberapa syarikat pengeluar kereta jenama dunia manarik diri.

"Apa guna kita (masuk) Formula 1, RM 1bilion untuk taja 1 kereta lumpa Formula 1, Toyota tarik diri, BMW tarik, Honda Tarik diri, sebab tak mahu 'pikul biawak hidup', macaman Petronas boleh ambil (bahagian).....,"ulasnya lanjut.

Beliau berkata, tindakan kerajaan mengurangkan subsidi, menaikkan harga barangan, menguatkuasakan pelbagai cukai dan kutipan yang tidak sepatutnya adalah umpama 'mencekik' rakyat sendiri

Turut bersama memerihakan dan berucap di Majlis Makan Malam tersebut adalah Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing dan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching

Umat Islam Di Pahang Boleh Bayar Zakat Guna SMS

BERNAMA

KUANTAN: Kadar zakat fitrah di Pahang tahun ini ditetapkan pada kadar RM7 seorang, sama seperti pada tahun lepas.

Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata kadar itu ditetapkan mengikut harga pasaran bagi segantang baghdad atau bersamaan 2.7kg beras.

Beliau berkata umat Islam di Pahang kini boleh membayar zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Pembaharuan ini sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perunding dan Hukum Syarak," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, syarikat telekomunikasi, CELCOM, telah dilantik untuk melaksanakan pendekatan tersebut dan keseluruhan bayaran zakat itu nanti akan dihantar ke Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Katanya, setiap bayaran zakat yang dilakukan melalui SMS itu adalah percuma dan tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan.

Wan Abdul Wahid berkata selain SMS, seramai 940 amil telah dilantik untuk mengutip zakat di negeri itu pada tahun ini.

Bagaimanapun, beliau, mengingatkan umat Islam agar membayar zakat kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan menyediakan resit bayaran yang dikeluarkan oleh MUIP.

Dalam perkembangan lain, MUIP mengesan terdapat restoran atau premis makanan di negeri itu yang cuba mengelirukan pengguna dengan mempamerkan logo halal yang tidak diiktiraf.

Bagaimanapun katanya, tindakan terhadap premis terbabit diserahkan kepada pihak Jabatan Agama Islam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana ia bukan di bawah bidang kuasa MUIP.

Peguam tak sepakat isu 'hubungan romantis'

MMALAYSIA KINI


Beberapa peguam berpandangan imej Jabatan peguam Negara tercemar ekoran dakwaanya bahawa seorang anggota pasukan pendakwaan terlibat dalam hubungan romantis dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun sebahagian lagi berpandangan peranan timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes tersebut hanyalah kecil kerana mereka hanya mengambil nota semasa perbicaraan.

NONEBaljit Singh Sidhu (kiri) berpendapat dakwaan itu benar-benar menggoncang jabatan tersebut secara serius.

"Tuduhan itu serius dan tak nampak baik untuk pendakwaan. Ia mengarah kepada isu integriti pasukan pendakwaan," katanya ketika ditemui.

"Sekiranya dakwaan itu benar, ia menunjukkan bahawa DPP tidak bertika dan tidak profesional kerana mempunyai hubungan dengan pengadu.

Baljit yang juga seorang pensyarah berkata, peranan DPP berkenaan Farah Azlina Latif adalah kecil bukan satu isu.

"Fakta bahawa beliau sebahagian daripada pasukan pendakwaan kekal dan ia tidak sepatutnya berlaku," tambahnya.

Baljit bagaimanapun memuji tindakan Peguam Negara Abdul Gani Patail yang mengeluarkan daripada pasukan pendakwaan terhadap kers Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tanggapan negatif.

Bagaimanapun seorang peguam kanan yang mahu namanya dirahsiakan sambil ketawa berkata, perkara ini hanya boleh terjadi di Malaysia.

PAS S'gor: Tiada yang tentang notis p'raya DUN

MALAYSIA KINI


Ketua penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir mempertahankan kenyataannya bahawa mesyuarat Pakatan Rakyat negeri telah menerima cadangan supaya memberi notis untuk mengadakan pilihan raya berasingan.

Roslan Shahir berkata, Pakatan negeri itu dianggap bersetuju menerima cadangan itu memandangkan tiada pihak yang menentangnya ketika ditimbulkan.

Bagaimanapun, tempoh notis untuk memanggil pilihan raya negeri itu, selama enam bulan hanyalah merupakan satu contoh yang dicadangkan, kata Roslan Shahir.

"Pada pendirian PAS, perkara ini telah diputuskan (sedemikian). Melainkan ditentang dalam mesyuarat. Kalau tidak ada penentangan itu dianggap diterimalah," katanya.

Roslan berkata, isu notis pilihan raya berasingan itu sememangnya dicadangkan dalam mesyuarat berkenaan, dilaporkan berlangsung pada 19 Julai lalu dan dipengerusikan menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim

"(Tempoh enam bulan) itu contoh yang saya berikan, sebab kita pandang tindakan itu (pemberian notis) akan beri kesan positif kepada Pakatan," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah hari ini bahawa mesyuarat tersebut tidak membuat resolusi untuk memberi enam bulan notis sebelum memanggil pilihan raya negeri.

Ean Yong juga berkata, Roslan Shahir bercakap atas kapasiti peribadinya dan bukan atas nama Pakatan Rakyat negeri.

Katanya lagi, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pilihan raya negeri mungkin diadakan atau tidak.

Kempen 10 juta tandatangan bantah saman ekor

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menggerakkan satu kempen memungut sepuluh juta tandatangan rakyat bagi membantah tindakan kerajaan meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya.

Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan at-Tantawi, semua jentera pemuda seluruh negaraa akan dikerah bagi memastikan kempen tersebut sampai ke semua lapisan masyarakat.

"DPPP akan menggunakan seluruh keupayaan jentera kita di semua peringkat untuk mendapatkan sepuluh juta tandatangan rakyat yang tidak bersetuju dengan saman ekor," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tandatangan yang berjaya dikumpul akan dilampirkan bersama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

"Kita akan lampirkan tandatangan yang dikumpul ini dengan memorandum yang akan kita serahkan kepada kerajaan atau kementerian terbabit," katanya lagi.

Beliau juga berkata, beberapa kain rentang akan dipasang di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan umum dan rakyat boleh menurunkan tandatangan mereka di situ.

DPPP juga akan bermesyuarat bagi menyelaraskan kempen berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pemuda agar mengambil perhatian dan bersiap sedia untuk menggerakkan kempen berkenaan.

"Mari sertai kempen ini dan saya harap semua pemuda di semua peringkat mengambil perhatian untuk tugas besar ini," katanya.

Beliau sebelum ini menyifatkan saman ekor sebagai ‘ISA Kedua' kerana ianya menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

Apa tujuan bajet tambahan RM80 juta?

Harakahdaily

IPOH: Pakatan Rakyat Perak hari ini mahu kerajaan BN negeri di bawah BN menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan membawa usul untuk meluluskan bajet tambahan RM80 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) 3 Ogos ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming berkata, bajet tambahan tersebut juga menunjukkan kerajaan BN gagal dalam mengurus perbelanjaan negeri itu.

Jika RM80 juta diluluskan, bermakna BN telah mencatat sejarah tersediri apabila membawa negeri itu defisit paling tinggi dengan nilai RM104 juta.

"Rakyat berhak tahu apa tujuan tambahan bajet RM80 juta.

"Jika dewan meluluskan belanjawan ini, maka ini adalah belanjawan yang paling tinggi yang defisit," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Speaker Pakatan Rakyat, V. Sivakumar, Adun Lubok Merbau Mohd Zainuddin, Leong Mei Ming (Jalong), Tai Sing Eng (Kuala Sepetang), Drs. Khalil Idham Lim (Titi Serong), Hussin Din (Selingsing), Sum Chiok Ling (Bercam) dan Wong Kar Woh (Canning).

Semasa 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah negeri itu, mereka telah berjaya membawa masuk hasil pendapatan kepada kerajaan sebanyak RM103 juta.

Selepas Pilihan Raya Umum 2008, bajet defisit yang diusulkan Pakatan Rakyat pada tahun itu hanyalah sebanyak RM40 juta.

Bagaimanapun mereka berjaya menambah keuntungan atau hasil kerajaan tanpa perlu menaikkan kadar cukai ke atas rakyat yang akhirnya membawa masuk hasil sejumlah RM63 juta ke dalam perbendaharaan kerajaan negeri ketika itu.

Namun dalam tempoh yang sama, selepas ramapasan kuasa oleh BN, Perak menghadapi sejarah defisit tertinggi dalam sejarah negeri tersebut dengan mencatatkan rekod defisit sebanyak RM104 juta.

Menurutnya lagi, jika bajet tambahan itu diluluskan, defisit Perak akan meningkat sebanyak 14.2 peratus iaitu tiga kali ganda lebih besar daripada bajet defisit kerajaan pusat 5.6 peratus.

Ianya juga 4.3 kali ganda lebih teruk daripada jumlah 3.3 peratus tanda aras yang diletakkan oleh Kesatuan Eropah untuk pembangunan ekonomi mapan.

Sehubungan itu, Menteri Besar BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir diminta menjelaskan kepada kerajan punca dan bagaimana pengurusan kewangan dibuat sehingga berlaku defisit ke tahap itu.

Nga Kor Meng juga turut mempersoal keberkesan siri lawatan Zambry ke Korea, London, Timur Tengah dan China yang sebelum ini didakwa menteri besar itu bertujuan menarik pelabur asing.

Semalam, Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Ko Ham juga mendakwa penciptaan beberapa jawatan baru di dalam pentadbiran negeri seperti perlantikan tiga penasihat kerajaan dan seorang pegawai penerangannya sebagai membazir.

Ianya kerana kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan gaji dan faedah-faedah lain kepada mereka.

Selain itu, tindakan Zambry meletakkan poster dan iklan mempromosi diri beliau sendiri di seluruh negeri juga kata Ngeh, adalah pembaziran wang rakyat.

Zambry juga sebelum ini menggunakan wang kerajaan dengan menyumbang sebanyak RM50,000 kepada bahagian-bahagian MCA di Perak.

Menurut Ngeh, beliau juga yakin imbuhan sama turut diberikan kepada Umno di negeri itu secara rahsia.

Suara Keadilan nafi PKR mahu saman KDN

Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM: Ura-ura PKR bercadang menyaman Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menggantung permit akhbar Suara Keadilan (SK) tanpa alasan munasabah dinafikan sendiri oleh editornya, Dzulkarnain Taib.

"Kita belum lagi terfikir ke arah itu, apa yang kita tumpukan adalah penerbitan tidak berkala dan minggu ini akan masuk terbitan keempat," ujarnya petang tadi di pejabat editorial SK, di sini.

"Memang tidak ada cadangan ke arah itu setakat ini."

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menunggu ketetapan KDN memandangkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada dua minggu lalu telahpun bersetuju untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Namun, katanya, pihak berwajib belum memberi maklum balas berhubung permohonan semula permit akhbar oleh Suara Keadilan serta Roket milik DAP.

"Surat telahpun dihantar oleh Majlis (Pimpinan) Pakatan Rakyat, mengapa KDN dan menteri (Hishammuddin) mengambil sikap membisu," soalnya.

Ujarnya, sepatutnya pihak berwajib perlu proaktif kerana mereka mewakili kerajaan.

"Sikap membisu sebenarnya tidak menyelesaikan masalah, apa yang penting mereka perlu menyatakan pendirian," beliau menambah.

Sebelum pada itu, Dr. Samaruddin Rejap, peguam mewakili Suara Keadilan berkata, beberapa anak guamannya pagi tadi diminta mengaku sama ada mereka menerima surat tunjuk sebab atau tidak pada 2 Julai lalu.

"Sebenar Polis memanggi Rohani, iaitu pengurus bahagian sumber manusia Suara Keadilan adalah untuk diambil keterangan, terima atau tidak sampul surat (tunjuk sebab) daripada KDN," ujarnya.

Pun begitu, beliau menafikan bahawa panggilan tersebut ekoran pengedaran tiga akhbar tidak berkala menggantikan akhbar Suara Keadilan.

Tambahnya lagi, isu major yang sepatutnya ditonjolkan bukanlah kegagalan Suara Keadilan mendapatkan permit akhbar, sebaliknya isu 'kebebasan akhbar'.

Pada 2 Julai lalu, Suara Keadilan menerima surat tunjuk sebab dari KDN ekoran menyiarkan laporan 'Felda Bankrap' dalam akhbar lidah rasmi PKR itu.

Difahamkan, pendedahan kontroversi itu dianggap mencalar kepemimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga penaung Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Pendedahan itu turut mengakibatkan pejabat editorial beberapa kali dipantau dan pernah diserbu oleh KDN dan polis.

Pendedahan laporan 'Felda Bankrap' akhirnya menyaksikan permit akhbar Suara Keadilan digantung dengan alasan-alasan yang langsung tidak munasabah sehingga sekarang.

Liong Sik menipu, Menteri yang tak cerdik sila letak jawatan

Mutaligat

Kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri dan jemaah menterinya kena tipu! Itu tuduhan yang didakwa dilakukan oleh Bekas Menteri Pengangkutan Ling Liong Sik.

Semalam media melaporkan bahawa bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

Isu ini menunjukkan bahawa :-

i) Perdana Menteri dan sekelian jemaah menterinya tidak cerdik sehingga boleh ditipu oleh seorang Menteri Kabinetnya sendiri. Ini merupakan sesuatu yang serius kerana negara kita mempunyai jemaah menteri yang TIDAK CERDIK dan LEMBAP. Jadi sekelian menteri-menteri yang masih menjadi menteri dan wakil rakyat WAJIB MELETAKKAN JAWATAN untuk mengelakkan mereka ini ditipu lagi. Alangkah malunya kita mempunyai menteri yang begitu sifatnya.

2) Menteri yang menipu dan yang kena tipu datang dari parti yang sama dan mereka semuanya pemimpin utama parti-parti komponen BN. Jadi ini menunjukkan BN penuh dengan pemimpin kaki penipu dan orang yang lembap ditipu hidup-hidup.

3) Kalau pemimpin kena tipu maka semua rakyat yang memilih mereka juga kena tipu kerana mereka mengundi pemimpin tersebut semasa pilihanraya sedangkan pemimpin itu lembap dan ditipu dengan mudah.

4) Kalau kerajaan sebuah negara seperti Malaysia boleh ditipu oleh seorang menteri alangkah bahayanya negara kita kerana sudah tentu kerajaan kita boleh ditipu oleh pemimpin-pemimpin negara luar yang cerdik dan pandai.

Air: Kerajaan Selangor sedia ke Mahkamah

Harakahdaily

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tetap tidak bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikenakan kepada pelanggan dan bersedia mempertahankan pendiriannya meskipun terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, dasar kerajaan negeri jelas, iaitu mengutamakan keprihatinan dan kepedulian terhadap rakyat Selangor dalam setiap keputusan, termasuk dalam isu air.

"Kerajaan negeri menegaskan di sini bahawa dalam isu air, dalam apa jua keadaan tidak akan bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikenakan kepada pelanggan dan bersedia mempertahankan pendirian ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Syarikat bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air.

Kerajaan negeri juga menganggap keputusan Syabas itu seolah-olah mahu memberi tekanan kepada kerajaan negeri agar menerima skim penyelesaian yang dicadangkan kerajaan persekutuan.

"Kerajaan negeri Selangor tidak menghalang mana-mana pihak termasuk Syarikat bekalan Air Selangor Sdn Bhd untuk mendapat pengadilan dan pembelaan di mahkamah.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri hairan apabila tiba-tiba isu membawa kes ke mahkamah ditimbulkan oleh Syabas," katanya lagi.

Beliau sebaliknya menegaskan, kerajaan negeri yakin dan mempunyai asas yang kukuh untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Syabas kerana melanggar syarat perjanjian konsesi termasuk cuba menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan kerajaan negeri terlebih dahulu.

Kerajaan Selangor tegasnya, telah lama bersedia untuk berbuat demikian tetapi menangguhkan tindakan ini kerana tidak mahu memberi sebarang prasangka terhadap perbincangan yang sedang dijalankan antara mereka, kerajaan persekutuan dan agensi-agensi terlibat serta syarikat konsesi termasuk Syabas.

Ketua Pegawai Operasi Syabas, Datuk Lee Miang Koi sebelum ini berkata, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion.

Surat sokongan: Khalid arah jabatan audit siasat

Harakahdaily

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan Jabatan Audit Negeri menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kepala surat (letterhead) yang dijadikan sebagai surat sokongan untuk mendapatkan kontrak Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Menurt Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, kerajaan negeri telah meminta Pengarah Jabatan Audit Negeri, Datin Paduka Ungku Arfah Ungku Tahir untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh sebulan.

Tempoh itu dierikan supaya masa yang cukup diperlukan untuk meneliti semua surat-surat yang telah dikeluarkan dan menemubual pihak serta individu tertentu yang berkaitan.

"Sementara menunggu penyelesaian siasatan oleh Jabatan Audit Negeri, saya telah menyarankan supaya Ahli Majlis MPK, En.Tee Boon Hock mengambil cuti dari jawatannya sehingga satu keputusan dibuat.

"En Tee telah dimaklumkan mengenai saranan ini dan beliau sendiri dengan rela hati bersetuju dengan saranan ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Membuat penegasan lanjut, beliau juga berkata kerajaan Selangor tidak akan menghukum seseorang yang didakwa bersalah sehingga beliau benar-benar didapati telah melakukan kesalahan.

Tee diarah bercuti sebagai Ahli Majlis MPK agar tidak menganggu tugasnya di samping memudahkan siasatan dilakukan dengan seadil-adilnya.

"Sebagai Kerajaan Negeri yang mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem pentadbiran, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati menyalahguna kuasa yang diamanahkan," jelasnya.

Sebelum ini akhbar The Star yang mendakwa Tee Boon Hock menyalahgunakan surat dan cop rasmi exco untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan kontrak untuk kroni dan anggota keluarganya.

Menurut laporan akhbar itu juga Boon Hock telah memperoleh kontrak bernilai lebih RM1 juta untuk 20 syarikat daripada majlis itu sejak berkhidmat pada Julai 2008

Boon Hock bagaimanapun menafikan laporan itu dan sedang mempertimbang untuk menyaman akhbar terbabit kerana didakwa merosakkan reputasi diri dan keluarganya.