HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Mac 2009

HUJAH EZAM TERHADAP DS ANWAR, BIAR SAYA JAWAB !

Wan Fauzdin


Saya terbaca satu berita yang menyatakan Raja Sesumpah Ezam di dalam suatu ceramahnya baru-baru ini mennyatakan DS Anwar dahulunya mengiktiraf kecerdikan Najib, Mahyudin dan beberapa orang lagi pemimpin Umno sekarang. Tambah Ezam, mereka-mereka yang terpilih di dalam jawatan tertinggi parti Umno baru-baru ini adalah pasukan yang dahulunya ingin dibentuk oleh DS Anwar. Maka, Raja Sesumpah bertanya apa lagi yang DS Anwar mahukan?

Hujah saya, jika itu dijadikan hujah yang pada Raja Sesumpah suatu hujah yang cerdik, maka saya ingin berkata bahawa DS Anwar juga pernah menganggap Ezam dahulunya adalah pejuang rakyat dan berani.

Tetapi, apakah releven kini untuk DS Anwar menganggap Ezam seorang yang berani berjuang? Begitulah juga anggapan DS Anwar terhadap Najib sekarang. Najib kini terlalu banyak diselimuti oleh berbagai isu yang tidak mampu beliau atasi atau sekurang-kurangnya beliau berani ke depan untuk membersihkan namanya. Isu kapal selam, isu jet Sukhoi, Altantuya dan berbagai isu lagi sehingga kepada isu kehilangan Balasundram dan peralihan kuasa yang jijik di Perak. Apakah DS Anwar sanggup menyokong Najib dalam keadaan sedemikian rupa? Ezam sendiri pun pernah banyak kali dalam siri ceramahnya memuji dan memuja DS Anwar sebagai seorang pemimpin dan wira bangsa yang tiada tolok bandingnya. Apakah Ezam kini masih dengan puji-pujian sedemikian rupa terhadap DS Anwar ?

Ezam melalut lagi dalam ceramahnya menyatakan DS Anwar sebenarnya ingin memperalatkan kaum Cina dan India demi mendapatkan undi. Hujah saya, sebutkan di mana ruginya orang Melayu dan Islam apabila DS Anwar berbaik dengan kaum lain ? Manakah orang Melayu atau orang Islam yang teraniaya semenjak DS Anwar menjalinkan hubungan baik dengan kaum Cina, India, Dusun dan Kadazan ini ? Tetapi, Umno bukan sahaja kaum Melayu teraniaya, bahkan kaum Cina dan India di dalam MCA dan MIC sendiri pun mulai tawar hati dengan Umno. Jadi, hujah Ezam longgar dan menampakkan beliau tidak lagi cerdik seperti dahulunya. Selagi perlembagaan negara terpelihara dan disanjung oleh PKR, maka hujah Ezam untuk memfitnah DS Anwar membelakangi kaum Melayu dan Islam pasti gagal dan ditertawakan orang.

Meneruskan kempennya, Raja Sesumpah ini menyatakan bahawa beliau keluar dari PKR adalah kerana PKR tidak lagi bertunjangkan kaum Melayu. Ini sedikit pelik bagi saya, kerana kita melihat secara langsung di kaca TV ketika Ezam `mengangkat kalimah' memasuki Umno sebagai ahli seumur hidup di hadapan Pak Lah, beliau berkata beliau keluar PKR adalah kerana yakin dengan kepimpinan Pak Lah yang komited membenteras rasuah iaitu salah satu agenda perjuangannya selama ini di dalam Gerak. Kini kita lihat apabila Pak Lah semakin terpinggir dan Najib bakal menjadi PM, Ezam mula berubah rentak dan bercakap seolah-olah Najib pula yang terbaik lantas `menjual' nama DS Anwar kononnya DS Anwar juga suka pada Najib. Tidak malukah Ezam berkata demikian ? Apakah beliau lupa rakyat tidak pernah lupa apa yang beliau ucapkan sebelum ini ? Tidakkah Ezam ingat bahawa beliau pernah memburukkan Najib sehingga pasu bunga besar di rumah Najib pun beliau jadikan bahan ceramahnya dahulu?

Hujah Ezam selanjutnya adalah menyatakan DS Anwar takut kepada Najib kerana DS Anwar tahu Najib adalah pemimpin yang cerdik dan DS Anwar takut Najib jadi PM. Hujah ini tidak pelik tetapi melucukan kita. Seluruh rakyat telah melihat betapa setiap kali DS Anwar berada di dalam Parlimen untuk berbahas dan berhujah, Najib akan keluar dewan. Entah beberapa kali DS Anwar ingin berhujah dengan Najib di Parlimen tetapi Najib seolah-olah ingin melarikan diri. DS Anwar pernah mencabar Pak Lah dan Najib, bahkan kedua-duanya untuk berdebat dengan beliau dalam isu minyak atau apa jua isu berkaitan ekonomi negara,tetapi kemanakah mereka terutamanya Najib yang Ezam percaya seorang pemimpin yang cerdik itu? Jadi, siapa yang takut siapa sekarang ? Tidak masuk akal DS Anwar takut akan `kecerdikan; Najib, kerana orang yang cerdik tidak akan takut berdepan dengan sesiapa pun apatah lagi jika merasakan dirinya tidak bersalah. Di sini jelas, gaya dan teknik mengampu Ezam terlebih-lebih umpama `jeck' kereta sehingga terbalik kereta dibuatnya.

Akhir sekali, Ezam ingin menonjolkan keberaniannya iaitu sanggup berdebat dengan DS Anwar. Inilah `point' terakhir Ezam untuk mengampu Najib. DS Anwar sudah pasti tidak sanggup meletakkan dirinya serendah Raja Sesumpah yang ingin mencari makan itu. Ezam tiada kedudukan apa-apa di dalam Umno bahkan bukan Ketua Cawangan sekali pun, masakan kita sanggup membuang masa melihat Raja Sesumpah yang tidak tentu kedudukan ini mengganggu tugas dan misi yang lebih penting DS Anwar. DS Anwar tidak perlu ambil hati dengan apa yang Ezam perkatakan, kerana semua rakyat faham betapa bukan mudah untuk `mencari makan' di dalam Umno kecuali kita sanggup menebalkan muka dan merendahkan moral kita. Dan Ezam telah lakukan semuanya ini untuk Umno, maka biarkan sahaja kerana Raja Sesumpah ini pastinya tidak akan berhenti memburuk-burukkan DS Anwar selagi ada bumi dan matahari. Semoga Ezam tidak memaksa DS Anwar pemimpin kami untuk mengiktiraf kamu kerana kamu sememangnya tidak layak kami iktiraf kecuali kamu boleh minta iktiraf dari Umno sahaja.

Kesemua hujah Ezam di dalam ceramahnya ternyata tiada nilainya langsung sepertimana nilai sehelai kertas usang bertulis tangan oleh DS Anwar kepada Mahathir yang dijaja oleh Ezam sewaktu Pilihanraya Kecil Parlimen K. Terengganu baru-baru ini.

Memadailah saya insan yang dhaif lagi hina menjawab hujah Ezam kerana saya dan Ezam kini setaraf.

Bloggers Proksi BN Sebenarnya Telah Memalukan Parti

MALAYA DAILY


Sudah di jangkakan kedua buah laman maya Umno darulehsan today, serta gerakan anti PKR yang sebelum ini membuat pengumuman untuk menghebahkan gambar bogel pimpinan Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang tidak wajar kerana isi kandungan tersebut walaupun hanya mentafsir makna bogel itu merupakan tindakan tidak wajar sekaligus menunjukkan bahawa Parti Umno itu sendiri mahu menyampaikan satu mesej dan memburukkan kepimpinanna Pakatan Rakyat.

Di petik dari laman berkenaan " pihak kami sekali-kali tidak akan menjadikan 'bogel' sebegini dijadikan mainan politik " hanyalah retorik semata mata lebih lagi apabila tersiar semalam berhubung pendedahan yang bakal di lakukan pada jam 12 tengahari di lihat seolah berniat untuk memburukkan Pakatan Rakyat itu sendiri apabila mereka menggunakan ayat " KAMI AKAN MENYIARKAN 5 KEPING GAMBAR PEMIMPIN PEMBANGKANG "BOGEL" !!! " jadi bagaiamana ingin mereka menjelaskan isu 5 Keping gambar berkenaan.

" KAMI MAHU MENGAJAK RAKYAT BERHENTI MENJADIKAN KAEDAH 'POLITIKAL SENSASI' SEBAGAI PANDUAN BERPOLITIK " tetapi sebenarnya mereka yang mensensasikan isu bogel ini. malah di tambah perkataan kotor " pas dan pkr telah biadap pada melayu,agama dan sultan." Jadi apa maknanya ?

Seharusnya laman sebegini perlu memeberi nasihat dan contoh tauladan yang baik kerana ia melambangakan corak kepimpinan dan parti itu sendiri, malah secara tidak langsung mereka ini yang mengajak lebih ramai lagi untuk membuat tindakan memburukkan satu sama lain sehinggakan satu hari nanti bakal berlaku perbalahan besar sesama rakyat di negara ini. Jika bersih parti itu maka bersihlah kepimpinaan tersebut sekaligus keseluruhan jentera menjadi bersih. Namun saya percaya masyarakat kini pantang di tegur khsusnya pimpinan itu sendiiri sehingga kita lupa terhadap kepimpinan Rasulullah i zaman dahulu yang saling menegur dan mengigati antara satu sama lain.

Apa yang pasti dan di tafsirkan oleh pihak kami serta pembaca sekalian nescaya jelas di perlihatkan mereka mempunyai isi tersurat yang ingin di sampaikan mungkin jika di fikirkan dengan akal yang waras mungkin ketandusan idea dan tiada bukti yang kukuh ataupun mungkin di tipu oleh informer mereka maka pihak laman berkenaan cuba untuk mengubah topik berkenaan.

Saya juga berani menyatakan bahawa kenyatan yang di keluarkan " namun pihak kami sekali-kali tidak akan menjadikan 'bogel' sebegini dijadikan mainan politik, apatah lagi untuk mempamirkannya di dalam blog ! itu bukan caranya.." adalah satu lagi retorik dan maianan politik Umno dan Barisan Nasional sehinggakan gambar seorang adun dari PKR tidur pun sangup di jadikan bahan ugutan sehinggakan seluruh laman maya Umno berebut rebut meletakkan gambar berkenaan di blog blog mereka demi tujuan mengaibkan dan memalukan wanita berkenaan, maka sudah pasti jika ada gamabar berkenaan ia sudah di edarkan untuk di jadikan kempen jentera Umno dan Barisan Nasional yang semakin rakus untuk memfitnah.

Tindakan mereka menyatakan akan mendedahkan 5 keping gambar bogel juga berunsur ugutan dan memfitnah maka sudah pasti rakyat dapat menilai mentaliti dan sikap bloggers proksi Umno yang hanya mahukan popularity dan bukan idealisma pejuang sebenar.

Memang itu lah maksud tersirat " POLITIK " Tiada makna ataupun istilah yang dapat di uraikan maka dengan itu ia sering di jadikan sebagai permainan silap mata ataupun Politik itu sendiri memberi makna seribu yang tidak dapat di terjemahkan serta di kaitkan sebagai seni segala mungkin.

Bagaimana kepercayaan ingin di beri kepada laman laman seperti ini ? Yang menjadi penyalur maklumat tanpa sempadan ?

S'gor saman Syabas, naikkan tarif air

MALAYSIA KINI


Selangor ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) susulan keputusan kerajaan persekutuan membenarkan syarikat itu terus beroperasi dan menaikkan tarif air di negeri itu.

"Justeru itu, berdasarkan pendirian keras yang diperlihatkan oleh kerajaan persekutuan dan kesan buruk yang bakal menyusul daripada tindakan tersebut, terutamanya terhadap kepentingan awam, maka kerajaan negeri Selangor tiada pilihan lain, sebaliknya mengambil tindakan undang-undang untuk mencari jalan penyelesaian," kata pejabat menteri besar.

Dalam satu kenyataan akhbar petang ini, Syabas didakwa tidak layak diberikan lesen kerana syarikat itu gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sebagaimana dikehendaki Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

"Kerajaan Selangor percaya beberapa prasyarat bagi kenaikan tarif yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi belum mampu dipenuhi Syabas.

"Paling mendukacitakan, beberapa kepincangan ditemui semasa audit dilakukan dan hal ini menguatkan lagi alasan betapa Syabas tidak layak memikul tanggungjawab meneruskan operasi air," kata sekretariat media pejabat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Sehingga kini, perkhidmatan Syabas yang tertakluk pada perjanjian konsesi (CA) dilihat sangat tidak memuaskan dan gagal mencapai tanda aras atau parameter yang ditetapkan CA."

Menurutnya lagi, Syabas didapati melanggar syarat-syarat CA dan hal itu sudah dibawa kepada pengetahuan Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Permohonan negeri bawah Pakatan Rakyat itu untuk membatalkan CA dengan Syabas juga telah dimaklumkan.

"Bagaimanapun, menteri berkenaan masih enggan mengambil tindakan terhadap Syabas, sebaliknya telah menyatakan hasrat untuk memberikan lesen kepada Syabas untuk meneruskan operasinya dengan alasan hak tersebut di luar kuasa kerajaan Selangor," kata pejabat menteri besar.

Najib sah angkat sumpah Jumaat ini

pemudasarawak


Istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri baru berlangsung di Istana Negara, Jumaat ini.

Para jemaah menteri telah menerima jemputan untuk menghadiri istiadat pada 10 pagi ini.

Jemputan tersebut turut dihantar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Menurut jemputan tersebut, istiadat tersebut akan berlangsung di Balairong Seri mulai jam 9 pagi.

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309 08Di perhimpunan agung Umno hujung minggu lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis untuk memaklumkan hasrat melepaskan jawatan perdana menteri.

Perhimpunan agung tersebut menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan baru Umno yang diketuai oleh Najib selepas Abdullah enggan bertanding.

Tindakan Abdullah itu ekoran persetujuan antara beliau dengan Najib untuk melaksanakan pelan peralihan kuasa selepas perhimpunan itu selesai.

Sementara itu, Najib dilaporkan berkata tarikh sebenar peralihan kuasa kepadanya hanya akan diketahui selepas kenyataan rasmi dikeluarkan leh Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Bernama, beliau tidak boleh membuat sebarang ulasan selagi kenyataan rasmi belum dikeluarkan.

“Ini kena tunggu kenyataan rasmi dululah,” katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat Sin Chew Daily di Petaling Jaya hari ini.

Ketika ditanya mengenai kabinet barunya, Najib berkata perkara itu hanya akan diputuskan selepas acara angkat sumpah jawatan perdana menteri.

Ditanya kemungkinan beliau akan memilih calon yang kalah dalam
pemilihan Umno lepas untuk membarisi kabinetnya nanti, Najib berkata: “Ia belum difikirkan lagi.”

Najib yang dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang merupakan anak sulung Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah.

Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy’s College, Worchestershire, England.

Najib kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada tahun 1974.

Najib mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi Parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London 14 Januari 1976.

Najib menang tanpa bertanding dan muncul sebagai ahli Parlimen termuda pada usia 23 tahun.

Najib dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekom dan pos pada 1978 ketika usia 25 tahun. Pada 1982 hingga 1986, beliau menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah Malaysia, pada 29 tahun.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, Najib telah berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan. Pada 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai menteri besar Pahang.

Pada tahun 1986, ketika berumur 33 tahun, Najib menerajui kementerian kebudayaan, belia dan sukan dan selepas pilihanraya umum 1990, beliau berpindah ke kementerian pertahanan.

Beliau dilantik menteri pendidikan pada 1995. Selepas pilihanraya umum pada 1999, beliau dilantik menerajui kementerian pertahanan. Setelah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan perdana menteri pada Oktober 2003, Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 6 Januari 2004.

Dalam kabinet 2008, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008, Najib dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan diterajui oleh Abdullah.

Rakyat diperbodohkan oleh UMNO

Ditulis oleh Te@M.IT


KUALA SEPETANG : Memilih pemimpin dalam Islam merupakan satu amanah yang cukup besar bagi setiap indvidu. Perkara ini ditulis oleh ulamak Islam dalam kitab mereka tetapi kebanyakkan orang Islam pada hari ini tidak belajar atau mengambil tahu perkara ini bahkan warga asing yang mengambil ilmu Islam dan dipraktikkan.

Di dalam ucapan Presiden PAS semalam, beliau menyatakan bahawa orang Islam pada hari ini begitu rugi kerana tidak mengamalkan ajaran yang di bawa sendiri oleh ilmuan Islam tetapi sebaliknya bangsa asing terutama barat yang mengambil ilmu berkenaan tetapi mereka telah memodenkannya.

“Penjajah mengambil ilmu-ilmu Islam seperti perubatan, geografi, angkasa lepas dan juga termasuk ilmu pemerintahan. Tetapi orang barat telah memodenkan demokrasi itu sendiri. Negara yang mengamalkan demokrasi, rakyatnya diberi hak untuk memilih pemimpin dan melalui pilihan raya juga rakyat berpeluang menjadi hakim bagi menentukan pemimpin di kawasan mereka”, ucapnya dalam ceramah yang disampaikan di Kg Jebong semalam.

Apa yang berlaku di Amerika Syarikat, rakyat telah menjatuhkan pemerintahan yang dipimpin oleh Bush kerana rakyat Amerika tahu bahawa kroni-kroni Bush terlibat dengan genjatan senjata di Afghanistan, Iraq dan juga membantu Israel untuk menghancurkan kedamaian.

Pada tahun 80-an, rakyat di India turut menjatuhkan Indira Gandi dimana beliau terlibat dengan kes rasuah yang didedahkan oleh pihak media. Di India, media bebas untuk melaporkan berita mana-mana parti sama ada kerajaan atau pembangkang. Tidak seperti di Malaysia yang kononnya mengamalkan demokrasi tetapi kerajaan yang memerintah menyekat dan menghalang pihak media daripada melaporkan berita dari pihak Pakatan Rakyat.

Begitu juga di Thailand dimana rakyatnya telah menolak pemerintahan Thaksin Sinawatra yang zalim lagi kejam. Di Jepun, salah seorang Exco kerajaan Jepun telah meletakkan jawatannya kerana beliau mementingkan maruah dan harga diri. Beliau telah difitnah kerana mabuk di dalam satu mesyuarat di luar negara sedangkan beliau mengantuk kerana meminum ubat batuk.

Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat warga asing lebih faham pilihanraya berbanding orang di Malaysia terutama orang Islam yang masih menyokong UMNO yang nyata mereka memerintah untuk kepentingan kroni-kroni mereka sahaja. Yang kaya bertambah kaya, dan yang miskin papa kedana.

Di Malaysia, pemimpin UMNO sudah seperti tidak ada maruah dan rakyat diperbodohkan. Sepanjang pemerintahan UMNO, duit rakyat digunakan sewenang-wenangnya, memberi Pulau Pangkor kepada orang cina yang kaya dan begitu juga memberi Ge. Mereka tidak menunaikan tanggungjawab dengan betul sepanjang 63 tahun pemerintahan mereka. Apakah selepas 63 tahun baru hendak berubah?

Oleh itu, pilihanraya pada kali ini diharapkan rakayat Bukit Gantang memilih calon Pakatan Rakyat iaitu Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga Menteri Besar Perak yang sah. Beliau telah membuktikan kewibawaan beliau sepanjang Pakatan Rakyat memerintah sebelum Barisan Nasional merampas kuasa secara tidak sah dengan membeli beberapa ADUN Pakatan Rakyat.

Diharapkan rakyat menyambung amanah yang pernah disampaikan kepada Allahyarham YB Roslan yang meninggal dunia kepada calon PAS kali ini dan sekaligus membenamkan parti UMNO di Perak ini. Kekalkan kemenangan rakyat supaya rakyat dapat hidup di bawah pemerintahan yang adil untuk semua kaum di Bukit Gantang ini.

Dilarang sentuh Altantuya di Bkt Gantang

MALAYSIA KINI
(kemaskini 3.01pm)


Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program pada pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."

Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu.

altantuya razak baginda mongolian murder case 030907Kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR masih mendakwa mereka sah mentadbir negeri itu walaupun BN melantik menteri besarnya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Susulan itu, sesetengah pihak menyifatkan pilihanraya kecil ini "pungutan suara" terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dan menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

Beliau dicabar calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.

Keputusan mahkamah kes pembunuhan wanita Mongolia itu akan diketahui dua hari selepas pilihanraya ini.

Abdul Razak, yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar, dibebaskan daripada kes tersebut.

Isu Altantuya sering menjadi bahan kempen pembangkang untuk memburukkan Najib dengan mengaitkan wanita itu bakal perdana menteri itu. Najib bagaimanapun menafikan pernah mengenalinya.

Mengulas larangan itu, PKR berikrar akan mengabaikannya dan mencabar polis menyiasat mereka jika berbuat demikian.

Polis juga melarang jentera PAS mengadakan ceramah lebih 11 malam di kawasan kampung, selain menuntut parti itu mengawal kehadiran orang ramai.

"Jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan," larang itu dipetik.

Hanya 1,300 syarikat bayar zakat

SINAR HARIAN


SHAH ALAM – Walaupun jumlah pembayar zakat meningkat tetapi masih ramai lagi yang belum tampil membayarnya.

Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor (LZS), Ahmad Shahir Makhtar berkata Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2009 mengunjurkan jumlah penduduk Melayu di negeri ini yang berumur 25 tahun ke atas adalah lebih 1.2 juta.

LZS menganggarkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada jumlah tersebut adalah golongan layak membayar zakat.

“Berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak 15,000 syarikat berstatus aktif berniaga di negeri ini pada tahun 2007.

“Namun hanya 1,300 buah syarikat sahaja membayar zakat,” kata Ahmad Shahir sempena Majlis Bayaran Zakat Perniagaan dan Agihan Zakat di Hotel Quality, Shah Alam, semalam.

Turut hadir, Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Engku Setia Lela Bestari Raja Datuk Seri Arshad Al Haj Raja Tun Uda Al Haj dan Datuk Siti Masalamah Osman.

Sebanyak enam syarikat korporat menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM859,138.65 kepada Pengerusi LZS, Tan Sri Datuk Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail.

Antara penyumbang adalah Bank Islam Malaysia, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Maybank Islamic Berhad, ESQ Leadership Center Sdn Bhd, Koperasi LLM Berhad dan HBM Consultancy Sdn Bhd.

Selain itu, LZS turut mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM608,320 kepada 15 individu, rumah kebajikan dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Antara penerima adalah Pertubuhan Penawar Warisan, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas dan Perkid. Selangor.

"Kami akan tunggu janji"

Nyza Ayob


KUALA LUMPUR - "Kami bersetuju dan sokong 110 peratus dengan pembangunan ini. Tetapi bagaimana dengan nasib kami para peniaga di sini. Dato' Zulhasnan menyatakan nasib kami akan dibela. Jadi kami akan tunggu dan lihat sebagaimana yang dijanjikan untuk menempatkan semula peniaga-peniaga seperti kami."

Demikian luahan Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM), Dr Hosni Hussen Md Saat yang mewakili peniaga-peniaga Pasar Minggu, Kampung Baru sewaktu ditemui selepas pelancaran Puncak Baru sempena pembangunan semula tapak Pasar Minggu Kampung Baru, di sini semalam.

Jelas Hosni, sebagai 'tuan rumah', DBKL seharusnya berbincang dengan beliau terlebih dahulu mengenai projek pembangunan tersebut.

"Kami mungkin tidak mampu untuk mendiami kondominium serta menyewa ruang yang disediakan. Jadi, kami berharap terdapat penempatan semula untuk peniaga-peniaga ini,"katanya penuh mengharap.

Sejak pertengahan tahun lepas, kumpulan peniaga ini membantah usaha membangunkan semula tapak pasar yang dianggap kawasan perniagaan terawal orang Melayu yang pernah dirasmikan oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman pada 1967.

Memorandum bantahan tersebut telah dihantar kepada Abdullah pada Jun 2008.

"Sehingga kini kami masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak PM sehinggalah kami diberitahu tentang projek Puncak Baru ini. Ahli-ahli PPKPM semua hendak tahu apa yang berlaku,"katanya.

Tapak perniagaan itu mempunyai 181 lot meliputi kawasan pasar minggu, gerai Mara, pusat kebudayaan PKNS dan deretan gerai makanan di Jalan Raja Muda Musa.

Sementara itu, ditanya ura-ura kumpulan peniaga akan mengadakan bantahan semalam, jelas Hosni, pihaknya terpaksa membatalkan niat tersebut demi menjaga air muka Abdullah.

"Kami tidak mahu malukan Abdullah di saat akhir beliau sebagai Perdana Menteri," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri zulhasnan Rafique, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' M Saravanan, Dato' Bandar Kuala Lumpur, Dato' Ahmad Fuad Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali.

Puncak Baru akan dibangunkan di atas tanah milik DBKL seluas 2.6 ekar. Ia terdiri daripada empat komponen utama iaitu sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat yang mengandungi 392 unit kediaman, 40 tingkat unit pejabat, tiga tingkat ruang membeli belah dan satu pembangunan integrasi Stesen LRT Kg Baru dan ruang perniagaan atau Bazaar. - mks. _

Masjid perlu ada gelanggang sukan - Mufti Perlis

BERNAMA


KANGAR: Masjid-masjid di Perlis perlu mempunyai gelanggang sukan selain meningkatkan keindahan senitamannya sebagai langkah mempelbagaikan peranannya, kata Mufti Dr Juanda Jaya hari ini.

Menurutnya, selama ini masjid sering dipakejkan dengan tanah kubur sedangkan ia sewajarnya menjadi pusat masyarakat yang penuh dengan kegiatannya di samping peranan utama sebagai tempat beribadah.

"Apa salahnya, masjid mempunyai segala kemudahan riadah dan apabila tiba waktu solat, semua meninggalkan kegiatan riadah untuk solat berjemaah," katanya semasa menyampaikan taklimat mengenai rumusan forum bulan dakwah peringkat negeri Perlis di Galeri Diraja Istana Arau di sini.

Forum itu telah diadakan pada 21 Mac lalu. Beliau berkata, para pegawai masjid juga digalakkan menyertai askar Wataniah sebagai langkah menggalakkan anak kariah mereka menyertai pasukan sukarelawan yang menjadi benteng pertahanan kedua.

Selain itu, anak-anak kariah juga boleh membantu menangani gejala jenayah dengan sering memberi maklumat mengenai kegiatan itu kepada pihak berkuasa melalui masjid.

Katanya, kegiatan jenayah boleh ditangani jika setiap masjid turut mengambil peranan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Inilah pentingnya peranan masjid. Ia bukan sekadar pusat untuk beribadah tetapi pusat masyarakat yang perlu sentiasa dimakmurkan," katanya.

Sementara itu, Dr Juanda adalah antara 10 tokoh agama yang dilantik hari ini sebagai ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) di Istana Arau.

Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua MAIPS menyerahkan watikah pelantikan itu sebelum persidangan MAIPs di dewan Galeri Diraja Istana Arau.

Noh Omar bidas pembangkang anggap skim Tekun 'cekik darah'

BERNAMA


TAIPING: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar membidas pembangkang kerana menyifatkan skim pembiayaan Tekun Nasional bagi membantu usahawan dan peniaga kecil menyerupai peminjam wang haram yang "mencekik darah".

Tekun, katanya, adalah satu agensi di bawah kementerian itu dan telah membuktikan keupayaan membantu usahawan dan peniaga kecil melalui pembiayaan sehingga RM50,000.

"Ada pemimpin PAS menabur fitnah dalam kempen pilihan raya Bukit Gantang mengenai Tekun supaya rakyat membenci agensi itu.

Bagi pembangkang, apa sahaja usaha pembangunan yang berkesan dan sangat baik yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat, dianggapnya perkara yang menyusahkan rakyat," katanya kepada pemberita pada penutupan majlis kementerian itu Bersama Pelanggan yang berlangsung selama tiga hari di Dewan Changkat Jering di sini malam tadi.

Noh berkata jika seseorang itu mendapat pembiayaan pinjaman Tekun sebanyak RM15,000, peminjam perlu membayar semula sebanyak RM18,000, dan bukannya RM30,000 seperti yang didakwa oleh pembangkang.

"Itu satu tuduhan supaya rakyat membenci Tekun yang kini sangat popular," katanya.

Noh berkata pembangkang akan melakukan perbuatan menghasut seperti itu apabila kerajaan melakukan sesuatu usaha untuk membantu golongan miskin, usahawan dan peniaga kecil.

Katanya Tekun sehingga kini telah menyediakan modal pusingan berjumlah RM1.2 bilion berbanding RM800 juta ketika mula ditubuhkan pada 1998.

Bagi tempoh 2009 hingga 2010 Tekundi peruntukkan RM200 juta termasuk RM50 juta di bawah pakej rangsangan ekonomi kedua dan barubaru ini Tekun turut mendapat tambahan RM6 juta lagi bagi menggiatkan usaha pembangunan dan membantu golongan sasaran.

Tahun lepas agensi itu memberi pembiayaan RM360 juta berbanding RM120 juta tahun sebelumnya.

Buang pekerja bukan penyelesaian

UTUSAN ONLINE


PETALING JAYA – Tindakan memberhentikan pekerja bukan penyelesaian bijak ketika berdepan krisis ekonomi, kata Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Beliau berkata, majikan sepatutnya menggembleng sepenuhnya tenaga kerja sedia ada bagi meningkatkan kualiti dan keupayaan syarikat bersaing di pasaran.

“Keputusan memberhentikan pekerja seharusnya dielakkan kerana ia akan memudaratkan lagi krisis ekonomi yang dihadapi.

“Pemberhentian pekerja berkait langsung dengan kadar pengangguran negara dan akan memberi kesan jangka masa panjang kepada ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan NCB Holdings Bhd. (NCB) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan NCB, Datuk Dr. Abdul Samad Mohamed serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Basheer Hassan Abdul Kader.

PNB merupakan pemegang saham terbesar kepada syarikat NCB menerusi pegangan saham 56.9 peratus sementara selebihnya dimiliki oleh Port Klang Authority dan MISC Enterprise.

Khidmat teksi teruk

Oleh THOMAS CHONG


PUTRAJAYA – Hanya 15 daripada 627 buah teksi di Lembah Klang bersih daripada sebarang kesalahan.

Statistik itu diperoleh melalui operasi penyamaran yang dilakukan oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari 16 Mac hingga semalam.

Antara kesalahan yang dikesan ialah tidak menggunakan meter, enggan mengambil penumpang, mengenakan tambang lebih, melindungi/menutup/mengubah suai meter, tidak mempamerkan kad pemandu dan meninggalkan teksi.

Kesalahan lain ialah tidak menggunakan tali pinggang keledar, memandu secara bahaya, tidak mempunyai lesen memandu teksi (PSV) dan tamat tempoh cukai jalan.

Pengarah Penguatkuasa JPJ, Salim Parlan berkata, dalam tempoh operasi penyamaran itu pihaknya mengesan 1,428 kesalahan dilakukan oleh 612 pemandu teksi yang diperiksa.

‘‘Enam kesalahan yang sering kali dilakukan oleh pemandu teksi tidak menggunakan meter yang berjumlah 432 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran di sini hari ini.

Katanya, kesalahan enggan mengambil penumpang pula ialah 103 kes, mengenakan tambang lebih (144), melindungi/menutup/mengubah suai meter (34), tidak mempamerkan kad pemandu (192) dan meninggalkan teksi (21).

Menurutnya, JPJ pada masa sama menahan empat warganegara Pakistan yang menjadi pemandu teksi secara haram.

‘‘Semua pemandu yang melanggar peraturan akan dipanggil untuk ditemu siasat dan hasil siasatan akan diserahkan kepada LPKP untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ditanya sama ada hasil operasi itu menggambarkan keadaan sebenar di Lembah Klang, Salim berkata, keadaan di Pulau Pinang lebih serius.

‘‘Pemeriksaan kami di Pulau Pinang mendapati 100 peratus pemandu teksi di situ tidak menggunakan meter,” katanya.

Dalam pada itu, Markiman berkata, tindakan tegas akan dikenakan ke atas pemandu yang bersalah termasuk membatalkan permit teksi mereka.

‘‘Sebanyak 238 kompaun telah dikeluarkan LPKP dalam tempoh Januari hingga Februari 2009, 57 permit pemandu digantung dan enam lagi permit dibatalkan.

‘‘Sebanyak 162 permit teksi telah digantung manakala 78 lagi dibatalkan sepanjang 2008,” katanya.

Beliau berkata, pemandu teksi yang melanggar peraturan didapati berleluasa di kawasan tumpuan orang ramai termasuk di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

‘‘Pihak LPKP ingin memperluaskan sistem kupon di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai untuk mengelakkan masalah teksi tidak menggunakan meter,” katanya.

Tambahnya, unit aduan LPKP telah diwujudkan dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan aduan penumpang dengan lebih berkesan.

‘‘Kami pada masa yang sama meminta penumpang membuat aduan dengan menyediakan maklumat yang lengkap mengenai salah laku pemandu teksi,” katanya.

Akibat samun RM2, bekas tentera TUDM di penjara setahun

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Akibat menyamun RM2 dan sebuah beg milik warga Myanmar, seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipenjara setahun setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin menetapkan hukuman ke atas Sallehuddin Said berjalan dari tarikh dia ditangkap iaitu 17 Nov 2008.

Sallehuddin, 31, didakwa bersamasama seorang lagi yang masih bebas dengan niat bersama telah melakukan rompakan berkumpulan terhadap Israela, 16, iaitu wang tunai RM2 dan sebuah beg galas bernilai RM100.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan klinik Asia, Jalan Raja Laut, pada pukul 10.30 malam, 16 Nov 2008.

Bagi kesalahan itu, Salehuddin didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sallehuddin yang turut didakwa di tempat dan masa yang sama atas kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan diri bagaimanapun tidak dijatuhkan sebarang hukuman sebaliknya hanya diberi amaran oleh Zainal.

Menurut fakta kes, Israela yang ketika itu berada di hadapan klinik Asia, Jalan Raja Laut telah ditahan Sallehuddin dan rakannya dengan salah seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Mereka kemudian mengarahkan Israela menyerahkan wang, namun apabila menjawab tiada, Israela telah ditampar dimukanya dan RM2 diambil dari poket kanannya serta beg galasnya yang bernilai RM100 dilarikan.

Bagaimanapun, Sallehudin ditangkap setelah Israela membuat laporan kepada polis manakala seorang lagi rakannya masih bebas.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazril Sani Mohamed Fadzil manakala Sallehuddin diwakili peguambela A. Vasudevan.

Polis tumpas geng culik pelajar sekolah

BERNAMA


PULAU PINANG: Polis Pulau Pinang berjaya menyelesaikan satu kes culik yang melibatkan seorang pelajar sekolah berumur 14 tahun selepas menahan 10 orang termasuk enam remaja dalam beberapa serbuan di sini sejak hari Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kejayaan itu adalah hasil kecekapan dan tindakan pantas polis melakukan siasatan sebaik sahaja menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki itu.

"Remaja lelaki itu diculik semasa sedang menunggu bas di Taman Gemilang Jaya, Bukit Mertajam dekat sini untuk ke sekolah, pada kira-kira pukul 6.20 pagi Rabu lepas.

"Sebaik mendapat maklumat berhubung perkara itu, polis menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC II Wan Abdullah Tunku Said untuk mengesan pelajar dan kumpulan culik berkenaan," katanya pada persidangan akhbar yang turut dihadiri Wan Abdullah di sini hari ini.

Tun Hisan berkata hasil maklumat awal berhubung kejadian itu, polis berjaya menahan seorang remaja pada hari yang sama bagi membantu siasatan.

"Selepas disoal siasat, polis menahan beberapa lagi anggota kumpulan itu disekitar Pulau Pinang dan pada masa yang sama keluarga remaja yang diculik menyerahkan sejumlah wang tebusan kepada kumpulan itu," katanya.

Tun Hisan berkata selepas wang tebusan itu diterima, kumpulan berkenaan membebaskan remaja itu di hadapan sebuah restoran di Sungai Rambai, Bukit Mertajam pada kirakira pukul 3.20 pagi 28 Mac lepas.

Katanya remaja yang mengalami kecederaan di mata itu dihantar ke hospital untuk rawatan dan keadaannya stabil.

"Hasil maklumat lanjut, polis berjaya menahan saki baki anggota kumpulan itu dan merampas kira-kira 90 peratus wang tebusan serta pelbagai barang lain yang digunakan penculik antaranya telefon bimbit, dua kereta dan dua motosikal," katanya tanpa mahu mengulas jumlah wang tebusan.

Beliau berkata polis menahan tujuh lelaki dan tiga wanita secara berperingkat yang disyaki terbabit dalam kejadian itu, dengan enam daripada mereka adalah remaja berumur antara 16 dan 21 tahun, manakala selebihnya berusia antara 22 dan 47 tahun.

Tun Hisan berkata kumpulan culik itu turut dianggotai seorang ibu berumur 47 tahun bersama anak lelakinya berusia 22 tahun, dan keduaduanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan rompakan pada tahun 2006.

Katanya siasatan lanjut mendapati beberapa anggota kumpulan yang ditahan itu tinggal berhampiran dengan rumah remaja yang diculik dan sememangnya mengenali keluarga remaja itu.

"Semua yang ditahan kini direman sehingga 3 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Peculikan 1971 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung," katanya.

Isnin, 30 Mac 2009

Siswa kempen politik di Bkt Gantang

Jimadie Shah Othman


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), gabungan NGO pelajar yang kritikal kepada kerajaan, mengerahkan ratusan ahlinya ke Bukit Gantang bagi "menyedarkan rakyat Perak" sewaktu pilihanraya kecil ini.

"Kita bercadang, kalau tidak lebih (jumlah pelajarnya), sekurang-kurangnya sama dengan (jumlah) yang kita bawa baru-baru ini," kata presidennya Muhammad Haafizuddin Abirerah.

SMM, tambahnya, akan turun ke kawasan parlimen itu pada hari mengundi 7 April ini.

Calon BN Ismail Safian dicabar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang mewakili PAS dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Sabtu lalu, Haafizuddin berkata SMM dan Gabungan Anak Muda Islam Semalaysia (Gamis) menghantar 300 mahasiswa dari pelbagai universiti di Lembah Klang ke Kuala Sepetang, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang.

Mereka pergi mengedarkan risalah isu politik itu di kawasan-kawasan perkampungan di DUN itu yang mempunyai hampir 20,000 pengundi, 32 peratus daripadanya Cina.

Menurutnya lagi, SMM mengedar risalah berhubung krisis perlembagaan dan perebutan kuasa antara Mohamad Nizar - yang mendakwa masih lagi menteri besar Perak yang sah - dengan menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Mendakwa tanpa sokongan dua parti politik itu, Haafizuddin berkata, SMM mendirikan pentas sendiri bagi berceramah dan menyampaikan pandangan di depan kira-kira 200 hadirin, kebanyakannya pelajar.

Walaupun pandangan SMM selari dengan pendirian Pakatan Rakyat berhubung krisis peralihan kuasa di Perak, SMM mendakwa ia sebuah NGO bebas dan tiada kaitan dengan pembangkang.

"Kita cuma bertindak (agen) semak dan imbang. Sesetengah isu sahaja kita sependapat dengan Pakatan, bukan semua isu," kata Haafizuddin, yang juga presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPPUM).

Kempen kesedaran yang dijalankan oleh SMM, setakat ini, tidak menghadapi masalah dengan pentadbiran universiti, polis atau parti politik, tambahnya.

Akta Universiti dan Kolej Universiti melarang pelajar terlibat dengan kegiatan politik tanpa kebenaran rasmi kampus atau menyertai pertubuhan yang tidak sah.

Ditanya kenapa program itu tidak dijalankan sepanjang tempoh berkempen, Haafizuddin berkata:

"Sebagai mahasiswa, sudah tentu kewangan kita terhad. (Kegiatan) ini semua kita keluar guna wang sendiri. Tidak ada siapa yang taja."

Sementara ahli jawatankuasa Gamis, Shafie Abd Rahman berkata, NGO itu belum memutuskan penglibatan lanjut gabungan itu pada hari pengundian.

Beliau, yang juga timbalan pengarah aktiviti kesedaran di Bukit Gantang, berkata program dari rumah ke rumah itu sebahagian "usaha dakwah" Gamis bagi menyatakan pandangan mereka tentang pelbagai isu semasa.

Puncak Niaga belum terima maklum balas

SINAR HARIAN


SHAH ALAM - Puncak Niaga Sdn Bhd (Puncak Niaga), salah satu daripada empat pemenang konsesi air di negeri ini, masih belum menerima maklum balas terhadap tawaran pengambilalihan aset dan ekuitinya daripada Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Sebelum ini, Kerajaan Pusat memberi tempoh sehingga 31 Mac ini untuk kerajaan negeri menyerahkan aset perkhidma-tan air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

"Tinggal dua hari lagi sebelum tamat tempoh dan kita masih menunggu maklum balas daripada kedua-dua pihak tersebut,” kata Pengarah Urusannya Datuk Matlasa Hitam kepada pemberita selepas sambu-tan Hari Air Sedunia 2009 di pekarangan Wisma Rozali di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ditanya perkembangan terbaru perbincangan mengenai pengambilalihan aset empat pemegang konsesi air iaitu, Puncak Niaga, Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad (Splash), Konsortium ABASS Sdn Bhd (Abass) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Sebelum ini, Menteri Tenaga Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor dilaporkan sebagai berkata seramai 1.5 juta pengguna di negeri ini, Kuala Lumpur dan Putrajaya mungkin terpaksa membayar kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus jika kerajaan negeri tidak menyerahkan aset perkhidmatan airnya kepada PAAB sebelum Selasa ini.

Blogger tersohor beri sokongan pada Nizar

Irwan Muhammad Zain


KAMUNTING - Beberapa orang penulis blog tersohor turut berada di Bukit Gantang bagi membantu memastikan calon PAS, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memperolehi kemenangan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Mereka berada di sini sejak hari Sabtu dan turut sama menyertai perarakan ke pusat penamaan calon bersama penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semalam.

Penulis blog yang juga seorang peguam terkemuka, Harris Ibrahim memberitahu Harakahdaily kehadiran mereka semua sebagai tanda sokongan terhadap Nizar yang akan bertanding di Bukit Gantang.

"Kami semua akan membantu dengan apa cara sekalipun bagi memastikan kemenangan Nizar dalam pilihanraya kecil ini.

"Kami sepakat untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat kerana telah muak dengan politik kuno yang masih menjadi amalan Umno dan Barisan Nasional" tegas Harris.

Beliau juga menegaskan penulis-penulis blog yang bersama beliau akan memastikan segala maklumat akan dapat disampaikan kepada pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang.

Selain itu tegas Harris, jika memerlukan mereka berkempen untuk pihak Nizar, mereka semua tidak akan teragak-agak untuk melaksanakannya.

Menjelang hari Jumaat lebih ramai penulis blog yang akan berada di Bukit Gantang untuk sama-sama membantu dan menyatakan sokongan kepada calon PAS.

Pagi tadi mereka semua mengikuti rombongan Dato' Seri Mohd Nizar melawat pekan Kuala Sepetang dan beramah mesra dengan peniaga dan penduduk setempat.

Selain Harris, penulis blog lain turut kelihatan antaranya Zorro Unmasked,Del Capo, Shah OBE dan beberapa nama lain. - mks. _

Nizar seru rakyat tolak politik kaum,ugut BN

Irwan Muhammad Zain


KAMUNTING- Calon PAS untuk kerusi parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyeru agar pengundi di Bukit Gantang menolak politik lama yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Politik lama tegas beliau sudah tidak lagi relevan pada masa kini kerana ianya tidak mampu menjanjikan apa-apa perubahan kepada rakyat.

Nizar menjelaskan politik lama yang masih dibawa oleh Umno-BN ialah politik perkauman dan mengugut rakyat.

"Saya menyeru kepada pengundi-pengudi di Bukit Gantang khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya agar menolak politik lama masih menjadi pegangan Umno-BN.

"Politik perkauman dan ugut mengugut tidak lagi relevan pada masa ini dan amat menjijikkan jika ia masih diteruskan," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Umno-BN tegas beliau dalam kempen-kempen mereka menjadikan isu perkauman sebagai senjata kempen untuk meraih undi orang Melayu dan mengugut mereka jika mengundi calon PAS seolah-olah nasib orang Melayu akan tergadai kepada kaum Cina.

Beliau juga menegaskan sepanjang 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak sebelum dirampas secara haram oleh BN, telah terbukti nasib orang Melayu terbela dan nasib kaum lain seperti India dan Cina tidak diabaikan.

"Inilah yang Umno-BN tidak faham dan amat tidak senang bila Pakatan Rakyat memerintah kerana rakyat dapat merasai keadilan dan ketelusan pentadbiran Pakatan rakyat," tegas Nizar.

Nizar seterusnya menegaskan Umno-BN amat tidak senang bila melihat PAS dan DAP serta KeADILan dapat bekerjasama dengan baik dan mampu membentuk kerajaan yang telus dan berintegriti.

Pengundi Bukit Gantang dan rakyat Malaysia tegas Nizar perlu mencontohi amalan politik baru yang semakin berkembang di negara-negara luar.

Nizar akan ditentang oleh Ismail Saffian yang mewakili Umno-BN dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris dalam pilihanraya kecil P059 Parlimen Bukit Gantang.

Pilihan raya kecil Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyadangnya yang juga dari PAS, Roslan Shahrom pada 9 Februari lalu. - mks._

PRK Bukit Gantang: Media konvensional BN lwn media baru Pakatan

Ahmad Tajdid


KEMPEN pilihan raya kecil di dua bukit di Semenanjung dan Dun Batang Ai (Air), Sarawak sedang berlangsung.

Bermula dengan hari penamaan calon 29 Mac lalu, kempen-kempen 20 calon yang bertanding - tiga di Parlimen Bukit Gantang, lima belas di Dun Bukit Selambau dan dua di Dun Batang Ai akan berlangsung hingga menjelang tengah malam 7 April akan datang.

Pastinya antara yang mencuri perhatian para pemerhati dan pengkaji politik adalah kaedah berkempen parti-parti atau calon-calon yang bertanding.

Salah satu kaedah kempen politik BN adalah melalui media-media arus perdana yang dikuasainya. Tatkala kerajaan BN bertindak menggantung permit akhbar rasmi PAS dan KeADILan selama tiga bulan (sehingga 22 Jun 2009), BN terus menggunakan media massa arus perdana untuk mewar-warkan kempennya di tiga kawasan pilihan raya kecil itu.

Sejauh mana keberkesanan kempen BN melalui media massa ini menjadi sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Ini kerana 'media konvensional' yang digunakan BN sudah kian hilang kredibiliti dan kepercayaan umum, berbanding 'media baru' yang digunakan Pakatan Rakyat.

Komen-komen para perwakilan Umno dalam mesyuarat agung parti itu 24 higga 28 Mac lalu tentang kegagalan BN dalam menyampaikan 'mesej dan maklumat yang benar' kepada rakyat pada kempen PRU12 tahun lalu secara tidak langsung lebih merujuk kepada kegagalan fungsi media arus perdana untuk bertindak sebagai 'jurucakap BN dan Umno'.

Sebenarnya kegagalan BN dalam menguruskan penyaluran maklumatnya kepada rakyat bukan sangat berpunca daripada kegagalan fungsi media arus perdana. Media arus perdana terus kekal berfungsi sebagai saluran kempen BN paling efektif kerana akhbar, TV dan radio masuk ke dalam hampir semua rumah kediaman rakyat. Apa yang tiada pada media massa utama ini adalah kebenaran dan keadilan.

Tanpa dua aspek penting itu (kebenaran dan keadilan), kehebatan liputan dan kecanggihan teknologi tidak dapat menawan hati dan pemikiran rakyat. Apatah lagi ketika berhadapan media baru yang lebih dekat dengan hati rakyat khususnya golongan muda.

Perlu disedari bahawa strategi berbohong dan memanipulasi fakta hanya berkesan dilakukan arus media perdana di saat ketiadaan media baru seperti internet (khususnya blog) dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Media baru juga semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Penghantaran SMS kini diperluaskan kepada penghantaran audio dan visual melalui telefon bimbit yang lebih efisien berbanding siaran TV dan radio.

Untuk memahami senario ini, diperturunkan dua contoh penulisan yang disiarkan oleh media konvensional dan media baru bagi penilaian pembaca. Dua penulisan ini merujuk kepada insiden yang berlaku di Masjid Simpang dalam kawasan PRK Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu.

Berita di bawah dipetik daripada mStar online yang dimiliki MCA. Insiden ini juga dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia milik Umno bertarikh 30 Mac 2009:

Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang

Oleh G. MANIMARAN

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam (29 Mac) merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.

"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).

"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

Demikian berita yang dinukilkan oleh media massa pro-BN. Cuba kita lihat pula tulisan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga calon PAS bagi PRK Parlimen Bukit Gantang dalam blog popular beliau, Kamparinn.blogspot.com :

Saya telah mengimamkan Solat Maghrib

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turun mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derhaka!

Hari penamaan calon PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru-hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pemimpin PAS lain memasuki pintu pagar Dewan Perbandaran Taiping jam 8.45 pagi (29 Mac).

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Haji Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.

Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden Umno; Dato' Zambry Kader; calon (BN) Ismail Saffian dan ramai lagi pemimpin Umno Pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan Umno berada di saf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamii'an, walaa tafarraqu..." dan rakaat kedua surah al-Kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pemimpin tinggi Umno.

Umno menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam import, Haji Jama'iy namanya. Habis solat, imam Haji Hashim bangun dan berucap di hadapan dengan menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi tafsir ayat al-Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan Umno setempat telah memprotes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus diadakan majlis bacaan Yaasin. Berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca Yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi.

Katanya lagi dengan nada kuat dan marah: "Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain.

Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan 'ajaib' tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.

Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Merujuk kepada berita yang disiarkan media BN, pastinya kita dapat melihat bagaimana insiden tersebut diputarbelitkan BN bagi kepentingan politik mereka. Jelas watak imam masjid yang bertanggung jawab menjemput Nizar untuk mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah tidak dilaporkan.

Malah sikap kasar Zambry (yang disifatkan Adun Sungkai, N Sivanesan sebagai 'kekanda saya') tidak pula dilaporkan media pro-BN.

Tuduhan bahawa Nizar menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik juga meleset kerana BNlah sebenarnya yang bertindak sedemikian kerana mengadakan majlis membaca Yaasin sempena kempen pilihan raya di masjid.

Apapun terpulanglah kepada pembaca untuk menilai kebenaran dua sumber penulisan di atas. Tetapi apa yang ingin ditegaskan sekali lagi, strategi berbohong dan memutarbelitkan fakta oleh media arus perdana tidak lagi berkesan di era kewujudan dan percambahan media baru seperti blog.

Apa yang lebih utama dalam kempen-kempen politik adalah kebenaran, ketelusan, intergriti dan kredibiliti sumber maklumat. Tanpa ciri-ciri itu usaha mempengaruhi atau meyakinkan rakyat umpama mencurah air di daun keladi.

Cuma satu yang ingin diulas... Zambry ketika memarahi Nizar mendakwa kononnya beliau juga mampu mengimamkan solat dan menyampaikan kuliah tafsir.

Soalnya, dengan kecenderungan beliau untuk berbohong dan bercakap kasar, adakah manusia yang sudi berimamkan beliau?- tajdid _

Kerajaan tidak akan tolak atau terima bulat-bulat PPSMI

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menolak dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ataupun menerima dasar itu secara bulat-bulat, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata sebarang keputusan yang dibuat nanti akan mengambil kira pelbagai aspek dan kementerian juga telah menetapkan beberapa cadangan dalam kertas kerja dasar itu yang kini dalam peringkat akhir untuk diluluskan oleh jemaah menteri.

"Kita tidak perlu melihatnya sebagai situasi kalah-kalah, tolak bulat-bulat atau terima bulat-bulat.

Yang kita hendak tengok adalah menyesuaikannya mengikut pencapaian pelajar," katanya menjawab soalan Senator Prof Datuk Dr Firdaus Abdullah pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Hishammuddin berkata antara cadangan yang akan dibentangkan kepada Kabinet ialah menggunakan Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah, atau menggunakan Bahasa Melayu atau bahasa ibunda bagi mata pelajaran tersebut di sekolah rendah dan menengah.

"Alternatif lain ialah bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah sendiri, penggunaan Bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah," katanya. Beliau berkata cadangan itu dibuat hasil daripada pelbagai perbincangan, mesyuarat dan persidangan secara terbuka yang dibuat antaranya melibatkan ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pihak kerajaan dan pembangkang.

"Walaupun kita telah mendapat pelbagai alternatif melalui persidangan meja bulat, mesyuarat profesional, memorandum atau pemberitahuan daripada pelbagai medium ia bukanlah satu formula yang dapat menyelesaikan semua permasalahan yang timbul dalam penentuan masa depan dasar ini," katanya.

Hishammuddin berkata apa jua keputusan yang akan diumumkan oleh kerajaan nanti empat perkara utama akan diambil kira iaitu kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan terus dimartabatkan selain penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar akan diperkasakan.

Perkara lain ialah kompetensi guru dalam mengajar Sains dan Matematik akan diutamakan dan pencapaian para murid dalam dua mata pelajaran itu akan terus dipertingkatkan, tambah beliau.

Nizar 'calon' DAP? Isu Derhaka dominasi kempen

Anwar, Elizabeth Wong juga dibangkitkan ceramah BN

Oleh G. MANIMARAN


TAIPING: Kempen malam pertama pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang menjurus isu krisis politik di Perak, yang berusia dua bulan, dengan menyerang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rata-rata ceramah-ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) khususnya Umno malam tadi menyifatkan Nizar sebagai penderhaka institusi raja khasnya Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat pula dilihat sebagai boneka Amerika Syarikat (AS). Malah PAS didakwa menurunkan Nizar sebagai calon atas kehendak DAP.

Turut dibangkitkan pada hari pertama kempen ialah isu gambar bogel ADUN Bukit Lanjan dan Exco Selangor, Elizabeth Wong. Malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak ketinggalan daripada dihentam semasa kempen.

Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang dipilih Rabu lalu melabelkan Nizar sebagai calon yang dipilih oleh DAP dan melambangkan "satu penderhakaan kepada Sultan."

"Kalau mengundi Nizar bermakna memilih orang yang mahu menderhaka dan menghina raja... kawan baik kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP) dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP)," katanya pada majlis pidato perdana di kawasan Changkat Jering dekat sini malam tadi.

Pagi semalam Karpal menjadi serangan balingan botol, dipercayai dilakukan oleh penyokong-penyokong BN ketika beliau memasuki kawasan penamaan calon di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohamad Noor yang menyertai Umno Jun lalu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Datuk Rosli Hussin yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang serta Pegawai Khas kepada Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Rosli pula berkata, Nizar bertanding "atas perasaan marah (kerana hilang kuasa sebagai Menteri Besar), bukan kerana mahu berkhidmat (untuk rakyat)."

"Kalau dipilih, yang mana beliau akan berikan khidmat... yang tua (kawasan DUN Pasir Panjang) ataupun yang muda (Parlimen Bukit Gantang)," kata beliau.

Nizar juga merupakan ADUN Pasir Panjang, yang dimenangi pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Nizar yang ditemui pagi ini di Markas PAs berkata, beliau sudah menjangkakan pendekatan ini yang disifatkannya sebagai "pembunuhan karakter."

"Ini bukan berlaku sekarang tapi dari awal lagi dah lama berlaku...ini sudah digunakan oleh Umno sejak 5 Februari lalu (sejak kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat berakhir)," katanya ketika ditemui pagi ini. Justeru kata Nizar, beliau tidak tertekan dengan penggunaan isu berkenaan, "sebaliknya bersemangat dan terhibur."

Di Bukit Gantang, Nizar berhadapan dengan saingan calon BN, Ismail Saffian dan wakil Bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, perkembangan itu menunjukkan BN dan Umno masih menggunakan cara lama berpolitik.

Sambil menafikan PAS dipaksa DAP untuk memilih Nizar sebagai calon, Mustafa berkata, memang DAP ada mencadangkan nama Nizar melalui kenyataan akhbar tetapi pihaknya memilih daripada lima nama yang telah disenaraipendekkan.

"Tidak, tidak, tidak," kata beliau yang juga Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Induk Bukit Gantang ketika ditanya sama ada DAP mahukan Nizar sebagai calon.

Nizar dipilih berdasarkan faktor boleh membawa kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bukannya kerana disyorkan oleh DAP semata-mata.

Syed Hamid belum fikir letak jawatan

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata beliau belum memikirkan sama ada mahu meletak jawatan dalam kabinet selepas gagal merebut jawatan Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti Khamis lepas.

Beliau berkata perkara itu terserah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku bakal Perdana Menteri.

"Apa saja keputusan yang hendak dibuat, saya rasa ia tidak harus diheboh-hebohkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, yang tewas dalam pertandingan merebut kerusi anggota Majlis Tertinggi Umno telah mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan dalam kabinet dengan alasan bahawa kekalahan itu menunjukkan beliau tidak cemerlang dalam tugasnya sebagai seorang menteri.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga tewas dalam pemilihan bagi kerusi MT Umno, bagaimanapun tidak berhasrat untuk meletakkan jawatan tetapi menyerahkan kepada Najib untuk menentukan kedudukannya.

Calon Bebas gugat siapa di Bukit Selambau?

SIASAH DAILY


SUNGAI PETANI : Lambang, slogan dan gelagat calon-calon bebas beserta penyokong mereka lebih menarik perhatian di Bukit Selambau - sepanjang proses penamaan calon berlansung semalam.

Berbeza dengan penglibatan biasa calon bebas dalam mana-mana pilihan raya kecil, di Bukit Selambau calon-calon bebas yang menawarkan diri untuk bertanding tidak lagi datang ditemani tiga, empat orang penyokong atau dengan tangan kosong sahaja, sebaliknya kehadiran mereka lebih bergaya.

Terdapat calon bebas yang datang dengan hampir 500 ratus para penyokongnya, mereka turut mendirikan pondok-pondok panas dan melaungkan slogan-slogan mereka sepanjang menunggu proses penamaan calon selesai seperti mana yang dilakukan oleh para penyokong Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggap parti utama bertarung dalam pilihan raya itu.

Ada juga calon bebas yang datang diiringi paluan kompang dan aksi-aksi menarik perhatian,membawa kain rentang dengan slogan masing - masing atau sekurang-kurangnya mempunyai poster besar yang dibawa oleh penyokong mereka.

Seorang calon Bebas yang menamakan dirinya sebagai Tok Misai mencuri perhatian apabila para penyokongnya 'mengaum' beramai-ramai ketika mengiringi calon tersebut sewaktu datang dan pulang daripada pusat penamaan.

Beberapa puluh meter dari mereka, penyokong PKR dan BN melaung-laungkan slogan-slogan yang sangat kerap didengari, seorang penyokong Tok Misai memberi kelainan menempik ungkapan 'mengaum' kemudiannya disambut beramai-ramai oleh kumpulan mereka dengan 'auummmm'.

Selain itu para calon bebas turut menggunakan lambang-lambang yang disifatkan 'lucu' oleh sebahagian orang ramai yang kebanyakannya tidak pernah menyaksikan situasi seperti itu,antaranya Ayam Jantan, Kepala Harimau, Kapal Terbang, Jam Loceng, Kelapa Sawit, Telefon,Ikan, Bas dan basikal.

Slogan-slogan mereka pula antaranya berbunyi 'Bersama-sama Berjuang menegakkan Agama, Bangsa dan Tanah Air,'Perpaduan ke Arah Kesejahteraan','Menghapuskan Budaya Politik Lompat dan 'Maju Bersama Rakyat'.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau mencipta sejarah apabila 15calon disahkan bertanding selepas proses penamaan berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari.

Bagaimanapun ia lebih menimbulkan tanda tanya dengan kehadiran begitu ramai individu yangberminat untuk menawarkan diri sebagai calon.

Beliau bimbang kehadiran ramai calon itu sebagai tektik kotor untuk mengalahkan PKR di Bukit Selambau.

Selain calon BN, S. Ganesan (BN) dan Calon PKR, S. Manikumar calon yang bertanding atastiket Bebas ialah R. Loganathan, Tan Hock Huat, Radzi Md Lazim, Mohd Fazil Abdul Wahab,Abdul Rahim Abdul, L.Sarala, A. Jayagopal, S. Mogankumar, Khamis Awang, Husaini Yaacob, M. Vaneson, Anuar Abdul Hamid dan T. Chandrarajah.

Penyokong PKR dilihat paling ramai hadir mengiringi calon mereka, iaitu sekitar 5000 orang yang berkumpul seawal jam 7.00 pagi sebelum berarak kira-kira satu kilometer ke pusat penamaan, Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani kira-kira jam 8.15 pagi.

Penyokong BN yang datang dari laluan yang dipisahkan dari penyokong PKR untuk meng iringi calon mereka pula, dianggarkan sekitar 2000 orang, manakala calon Bebas bergerak dalam kumpulan yang lebih kecil dari dua parti utama itu.

Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang proses penamaan calon yang dikawalketat oleh ratusan anggota polis dengan kekuatan pelbagai unit termasuk FRU.

Sementara itu, para pemerhati mula melihat perkembangan di Bukit Selambau sebagai sesuatu yang semakin sukar untuk meramalkan potensi kemenangan sama ada BN maupun PKR.

Kehadiran begitu ramai calon bebas disifatkan akan mengganggu undi pada hari pengundian serta menyukarkan proses berkempen, tetapi ada yang melihat calon-calon tersebut merupakan strategi yang digunakan oleh BN untuk meraih kelebihan di pihak mereka.

Daripada 13 calon Bebas tersebut, enam daripada mereka adalah bangsa Melayu, enam daripada kaum India dan seorang berbangsa Cina.

Kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, dalam situasi seperti itu, penerangan dalam kempen mesti menekankan bahawa semua calon-calon mesti ditolak.

"Cara itu lebih mudah supaya tidak ada pengundi keliru," kata beliau yang ditemui di lokasi penamaan calon.

Tambah beliau, ada seorang calon Bebas yang beliau kenali merupakan seorang ahli Umno.

"Tetapi dalam kontek ini mungkin undi kepada BN yang akan pecah," katanya lagi.

Selain Mahfuz, pemimpin PAS yang turut mengiringi calon PKR ialah, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Syed Azman Syed Nawawi.

Turut hadir ialah pimpinan-pimpinan PAS peringkat negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang ditanya kemungkinan undi kepada PKR akan terjejas dengan perkembangan tersebut, mengakui faktor itu akan memberi kesan kepada jumlah undi kerana begitu ramai calon yang bertanding tetapi bukan kepada undi PKR sahaja.

"BN dan calon-calon Bebas juga akan terjejas undi mereka dengan penyertaan yang ramai begini," kata beliau yang mengetuai perarakan mengiringi calon partinya pagi tadi.

Bagaimanapun kata Azmin, beliau masih yakin PKR mampu memenangi pilihan raya kecil ini terutamanya kerana faktor calon PKR akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri sekiranya menang dalam pilihan raya nanti.

"Orang Bukit Selambau sudah lama ketinggalan, masih ramai yang hidup dalam keadaan dhaif dan mereka mahukan perubahan. Sekarang mereka mempunyai peluang untuk mendapat seorang Exco yang akan berkhidmat bersama-sama kerajaan Pakatan Rakyat Kedah " katanya.

Sebelum itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussin ketika ditanya media mengenai potensi BN di lokasi yang sama, turut optimis dengan kemenangan colon pihaknya.

Kata Hishamuddin, perubahan yang berlaku dalam BN khususnya Umno mampu mengembalikan kepercayaan rakyat.

Malahan katanya, beliau juga melihat kerjasama yang erat dalam BN dalam tiga pilihan rayakecil yang diadakan secara serentak bermula hari ini, menambahkan keyakinannya.

Apa kata pengundi mengenai Nizar?

Abdul Shukur Harun


Beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat membanjiri Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah pada hari penamaan calon pilihan raya kecil didua bukit itu serentak. Penamaan calon di Batang Ai, Sarawak juga diadakan di hari yang sama.

Seperti yang diketahui, tiga pilihan raya kecil serentak ini dianggap oleh para pemerhati politik sebagai pungutan suara rakyat sama ada memihak kepada Pakatan Rakyat, ataupun kepada BN.

Namun kebanyakkan pundit politik meramalkan Pakatan Rakyat akan dapat menewaskan BN di tiga kawasan tersebut.

Calon PAS di Bukit Gantang, Ir. Nizar Jamaludin sudahpun 'berkampung' sejak minggu lalu di kawasan tersebut, sementara calon PKR di Bukit Selambau, S. Manikumar sudah memulakan gerak kerjanya sejak beberapa hari lalu. Demikian juga calon Pakatan Rakyat di Batang Ai, Jawah Gerang, khabarnya sudahpun memulakan kerjanya.

Ir. Nizar benar-benat dilihat sebagai calon paling layak di Bukit Gantang itu, bukan semata-mata kerana beliau menjadi 'bintang' yang begitu bersinar sejak peristiwa hitam di Perak itu, tetapi juga kerana kewibawaannya, kewarakannya, pendidikannya, keintelektualannya dan kepimpinan cemerlangnya yang tunjukkannya sebagai Menteri Besar Perak walaupun selama 11 bulan.

Dengan parti yang diwakilinya, PAS yang membawa wadah 'Islam Untuk Semua' maka pengundi Bukit Gantang rasanya tidak mudah untuk menolaknya, bahkan mereka merasa bertuah kerana mendapat calon yang sebaik ini.

Dari laporan yang diterima setakat ini, para pengundi ketiga-tiga Dun dalam Bukit Gantang itu - Dun Changkat Jering, Kuala Sepetang dan Trong - mengalu-ngalukan Ir. Nizar sebagai calon PAS.

Beberapa orang peniaga pasar malam di pekan Trong yang ditinjau pendapat mereka berkata, tidak ada sebab pengundi Bukit Gantang menolak Ir. Nizar.

Bagi mereka Ir. Nizar adalah calon yang tepat dan terbaik.

Peniaga itu, Hashim Ghani dan Sudin Mat Arif sama-sama bersetuju bahawa Ir. Nizar seorang pemimpin muda, berkebolehan yang mampu menyelesaikan masalah rakyat di Trong, malah di tempat lain di Bukit Gantang.

"Bukan mudah untuk mendapat calon yang baik begini.

"Kadang-kadang, ada calon itu kaya, tapi sombong. Ada pula sesetengah calon itu berpendidikan tinggi tapi kedekut,"kata keduanya.

Bagi mereka, In. Nizar adalah calon yang angat layak diundi. "Kami Insya-Allah akan menyokong Nizar," kata Hashim dan disetujui oleh temannya tadi.

"Ir. Nizar adalah pemimpin muda berpendidikan tinggi yang berkebilehan," kata Adly Musa, seorang tuan punya sebuah syarikat swasta di Trong.

Beliau sangat gembira mendengarkan Ir. Nizar menjadi calon di Bukit Gantang.

"Kepada saya dia adalah calon paling berkebolehan. Saya mengucapkan tahniah kepada parti PAS kerana memilih Ir. Nizar menjadi calon."

Kelihatan markas PAS, PKR dan DAP sudah dibuka dan para petugas mulai sibuk membuat persiapan, sementara bendera dan poster parti sudah kelihatan di mana-mana.

Di Dun Changkat Jering, saya bertemu dengan seorang pesara, sedang minum bersama temannya di sebuah restoran di pekan itu. Ketika ditanya mengenai pencalonan Ir. Nizar sebagai calon PAS di Bukit Gantang ini, pesaran itu, Haji Malik, spontan berkata:

"Inilah calon yang bagus. Berpelajaran tinggi, walaupun tidak sampai setahun menjadi MB Perak, tetapi sudah ternyata kebolehannya. Anak saya yang menjadi pegawai di syarikat swasta di Kemunting selalu tengok internet di rumah. Sebab itu saya dapat tahu mengenai Ir. Nizar ini."

Kalau baca surat khabar biasa, atau tengok TV, katanya, kita tidak akan jumpa cerita yang baik mengenai Nizar, mengenai Pakatan Rakyat.

Melalui internet itu, katanya, beliau dapat tahu ketokohan Ir. Nizar. Kalau TV dan akhbar biasa, kata Haji Malik, kita bosan baca berita BN baik saja.

Gerai-gerai makan yang baru dibuka di sebuah kawasan lapang sudah dikunjungi ramai.

Salah seorang tuan punya gerai makan di situ, Yong Fidah, memberitahu saya, "Nizar ada datang ke sini minggu lalu, ramai orang mengiringi dia. Kepada saya, dia memang layak jadi calon di sini. Mak saya orang kuat muslimat PAS, dia kata Nizar ni orang ada pelajaran tinggi, warak orangnya. Kami terang-terang kata sokong Nizar."

Suami Yong Fidah yang baru tiba dari pasar, memunggah pelbagai bahan makanan tersenyum melihat saya dan beberapa kawan.

"Ini orang Selangor," kata isterinya memperkenalkan, "dia tanya fasal Nizar."

Suaminya itu spontan menjawab: "Dia orang baik, ada ilmu. Saya pernah jumpa dia di suatu majlis di sini dulu. Saya dijemput makan dengan dia lepas dia ceramah. Ramah orangnya."

Kata suaminya itu lagi, dalam pilihan raya umum dulu, orang Cina dan India turut menyokong calon PAS di sini. Ramai yang membawa bendera PAS di tangan.

Suasana begini dijangka akan berulang dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini nanti.

Sementara itu pelbagai kenderaan mulai masuk di kawasan gerai makan di situ, bendera parti yang bertandingpun mulai dipasang di merata tempat.

Suasana mulai sibuk. Suasana pilihan raya benar-benar terasa di Pekan Changkat Jering ini, namun belum juga berjumpa durian, yang khabarnya, antara yang terbaik di Perak ini.

Di Kuala Sepetang, udang baru yang diangkat dari perahu dan bot nelayan di si situ sedang dipunggah untuk dijual di gerai-gerai mei udang yang berderet-deret di Kuala Sepetang itu.

Keadaannya sungguh meriah, gerai-gerai mee udang sudah dikerumuni para peminat dari dalam dan luar Bukit Gantang yang kebanyakkannya mulai datang untuk menjadi petugas parti masing-masing dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang itu.

Kelihatan di dinding rumah dan kedai yang disewa oleh parti yang bertanding sudah dipenuhi bendera dan poster parti. Markas PAS, PKR dan DAP sudah sibuk denga petugas masing-masing.

Beberapa orang Cina dan India turut sama berada di markas PAS, berbual seama sendiri.

Pemandangan begini mengingatkan saya dalam PRU Ke-12 tahun lalu di mana orang Cina dan India turut membantu calon PAS, sementara petugas PAS juga sebaliknya.

Dogma perkauman sudah mereka tinggalkan. - mks. _

Rasuah politik dalam Umno tidak mungkin berakhir - Nik Aziz

Salmah Mat Husain


KOTA BHARU - Biar pun Umno kini diterajui pemimpin lain, namun gejala rasuah dan salah laku dipercayai tidak akan berakhir, malah akan terus 'membarah'.

Ramai percaya Umno akan terus berada di tahap lama biar pun beberapa pendekatan baru cuba diambil Dato' Seri Najib Razak selepas menerajui parti itu.

"Walau pun pemimpin tertinggi parti itu telah bertukar tangan, namun kerana asas perjuangan tidak pernah berubah menyebabkan kepincangan akan terus berlaku dalam parti itu.

"Masalah kemiskinan rakyat, rasuah, salahguna kuasa dipercayai tidak akan berakhir.

"Pertukaran pasukan dalam Umno hanya orang tertentu sahaja tetapi kereta masih yang lama (sekular) menuju ke destinasi dunia semata-mata," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Najib semalam secara rasminya mengambil alih teraju Umno daripada Abdullah apabila menang tanpa bertanding jawatan tersebut. Dan beberapa hari lagi bakal mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mursyidul Am PAS itu berkata, walaupun sebahagian besar muka-muka baru membarisi kepemimpinan Umno sekarang, namun asas perjuangan parti itu tetap sama.

"Ibarat kereta yang tidak ada break, maka kenderaan itu yang dinaiki pemandu dan penumpang baru tetap berada dalam bahaya," ujarnya ketika ditemui di sini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tiada apa pembaharuan yang dapat dirasai rakyat biar pun orang lain mengetuai Umno kerana haluan masih sama.

Menurutnya selagi parti itu terus membelakangkan agama, mengenepikan soal taqwa, mengasingkan politik dan agama, Umno akan terus bercelaru.

Kata beliau ia jauh berbeza berbanding perjuangan PAS yang berteraskan Islam dan ketakwaan, di mana ahli-ahlinya mempunyai asas agama lebih kukuh.

"Kekuatan akidah pemimpin PAS dapat dilihat pada penggal lalu apabila diuji dengan tawaran sehingga RM5 juta supaya melompat parti mereka tetap tidak berganjak," ujarnya.

Sedangkan beliau berkata, dalam Umno tidak timbul soal pahala dan dosa sehingga menjadikan amalan rasuah menjadi perkara biasa.

Menurutnya Lembaga Disiplin Umno sebelum ini sudah memutuskan ada pemimpin Pemuda Umno yang didapati bersalah dengan rasuah, namun masih dibiarkan bertanding sehingga menang.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga melahirkan rasa hairan memandangkan Umno hanya mengagungkan pemimpin mereka pada waktu-waktu tertentu sahaja.

"Contohnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika dilantik menjadi perdana menteri lima tahun lalu beliau diagung begitu rupa sehingga menggambarkan bekas presiden Umno itu anak seorang ulama.

"Namun selepas Umno kecundang teruk pada pilihan raya umum lalu, beliau pula didesak supaya melepaskan jawatan," katanya. - mj _

Bukit Gantang: BN anggap sangat penting, Pakatan yakin kekalkan

Oleh G.MANIMARAN


TAIPING: Di sebalik rebutan 15 calon di Bukit Selambau, kerusi Bukit Gantang dilihat oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat sebagai gelanggang penting untuk dikuasai pada 7 April ini.

Bagi BN, menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang adalah signifikan dan sangat penting untuk dimenangi BN kerana ia merupakan pilihan raya pertama susulan peralihan kuasa dan kepimpinan dalam parti melibatkan bakal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Muhyiddin yang dipilih Timbalan Presiden Umno Khamis lalu berkata, barisan kepimpinan baru Umno akan memberi keyakinan kepada rakyat tentang kesungguhan kerajaan BN untuk membawa perubahan dan pembaharuan seperti yang diharapkan mereka.

"Berikan kita sokongan supaya calon kita menang dan kita akan buktikan dalam tempoh yang tidak berapa lama, kesungguhan kita untuk membawa pembaharuan, yang akan memberi layanan adil dan saksama kepada semua masyarakat, kaum dan kumpulan dalam negara kita," kata beliau dipetik Bernama.

Terdahulu beliau ketuai rombongan yang mengiringi calon BN, Ismail Saffian semasa sesi penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Dewan Majlis Perbandaran Taiping di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Ismail, 49; calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris, 42.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pilihan raya kecil Bukit Gantang juga merupakan satu ujian terhadap komitmen kerajaan BN untuk membawa perubahan dan pembaharuan berkenaan.

Beliau juga menaruh harapan agar para pengundi Cina di Bukit Gantang tidak terpedaya dengan pihak pembangkang yang cuba mempengaruhi mereka dengan taktik meraih simpati berhubung peralihan kerajaan negeri Perak baru-baru ini.

BN, katanya, akan menggunakan tempoh berkempen untuk memperjelas kepada pengundi Cina dan masyarakat di kawasan Bukit Gantang bahawa peralihan kuasa kerajaan negeri Perak kepada BN adalah mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

"Saya amat berharap mereka akan memberi peluang kepada kita bagi membuktikan bahawa kita memang bersungguh-sungguh.

"Kita mahu berkhidmat kepada rakyat dan serius untuk membantu semua," katanya sambil menegaskan, pilihan raya kecil itu bukanlah satu referendum baik untuk pemimpin peringkat negeri Perak mahupun pemimpin peringkat Pusat.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, walaupun Umno dan BN akan menggunakan isu Nizar menderhaka Sultan Perak, tetapi yakin kerusi tersebut dipertahan pembangkang.

"Kami mempunyai peluang untuk menang lagi. Pun begitu, kami hanya mahu meletakkan angka konservatif 50:50 buat masa sekarang dan bergerak dari sana.

"Pihak kami tidak mahu meletakkan paras peluang kemenangan yang tinggi bimbang terlalu selesa nanti (semasa kempen)," katanya lagi.

Kata beliau, pihaknya tidak boleh leka dalam menghadapi pilihan raya kecil itu kerana jentera pilihan raya BN kawasan itu diketuai Muhyiddin dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh itu, PAS katanya akan menumpukan kepada usaha memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai tujuan Nizar dicalonkan untuk bertanding di situ.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula menganggap BN mempunyai kelebihan dalam pilihan raya itu kerana mereka mempunyai segala keperluan dan jentera pilihan raya mencukupi.

"Bagaimanapun kami melakukan yang terbaik untuk pakatan PKR, DAP dan PAS dalam pilihan raya kecil kali ini," kata beliau ditemui pagi tadi di sini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP akan berkempen bersama PAS dan PKR bagi menunjukkan tindakan BN yang disifatkan beliau sebagai rakus untuk mengambil alih kerajaan di Perak.

Petanda tidak sihat

UTUSAN ONLINE


KEPALA BATAS - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bimbang melihat bilangan calon yang ramai bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada pilihan raya kecil 7 April ini.

Perdana Menteri berkata, apabila 15 calon bertanding bagi merebut satu kerusi, ia turut membayangkan sokongan yang akan diperoleh oleh calon itu tidak begitu meyakinkan.

"Seramai 15 calon bertanding menunjukkan ia sesuatu (perkara) yang tidak sihat.

"Sedangkan dalam UMNO, kita mempunyai disiplin yang jauh lebih baik daripada parti pembangkang. Justeru, kita hanya ada satu sahaja calon BN yang bertanding di Bukit Selambau," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan secara serentak 28 Projek Persekutuan Kawasan Parlimen Kepala Batas di Dewan Millennium di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas berhubung 15 calon yang bertanding merebut kerusi DUN Bukit Selambau.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, pengundi di Bukit Selambau perlu memilih dengan bijak kerana calon BN mempunyai kemampuan untuk membawa kemajuan kepada rakyat.

Dalam pada itu. Perdana Menteri menjelaskan, dua projek mega di Pulau Pinang tidak dihentikan sebaliknya pelaksanaannya bergerak perlahan.

"Pembangunan Pusat Pengangkutan Bersepadu atau Penang Central dan Jambatan Kedua tidak dihentikan. Ia cuma perlahan," katanya.

Ahad, 29 Mac 2009

Laporan lintas langsung pencalonan di Bukit Gantang

Ahmad Lutfi,Tarmizi, Irwan & Intan
(Terkini)


KUALA LUMPUR - Hari ini akan menentukan sejauhmana langkah semua calon dalam menentukan hala tuju di Bukit Gantang. Berikut adalah lintas langsung yang dibawa oleh wartawan-wartawan Harakah yang berada di lokasi berkenaan:

1.45 petang: Dalam penelitian Mafrel, senarai nama pengundi untuk pilihan raya kecil Bukit Gantang didapati agak meragukan kerana wujud beberapa nama yang telah lama meninggal dunia.

Antaranya, seorang pemilih, Kassim Md Amin yang lahir pada 8/07/1916 telah disahkan meninggal dunia 36 tahun lalu oleh anaknya Rohani Kassim. Manakala, seorang lagi pengundi Che Man Said yang lahir pada 9/11/1912 juga disahkan telah meninggal dunia lapan tahun lalu oleh cucunya.

Kini, yang menjadi kemusykilan kenapakah nama-nama mereka masih lagi tersenarai sebagai pemilih di Bukit Gantang?

11.20 pagi: SPR terima tiga pencalonan iaitu daripada PAS,BN dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris. Walaupun ada tiga bantahan tetapi SPR telah menolaknya.

11.00 pagi:Pegawai SPR,Dato' Mahmud Marsidi mengumumkan masa bantahan telah ditutup.

Wartawan Harakah,Intan Abdullah dihalau daripada memasuki kawasan Penamaan Calon walapun mempunyai surat sebagai pengiring calon PAS.

Karpal Singh yang baru tiba telah diprovokasi oleh penyokong Umno sehingga dibaling dengan beberapa objek.

10.45 pagi: Suasana agak tegang di kalangan penyokong Umno-BN, apabila mereka bergaduh sesama sendiri. Ini telah memaksa pihak polis terpaksa campur tangan untuk meleraikannya.

10.00 pagi: Masa pencalonan telah tamat. Masa bantahan bermula dan borang calon-calon mula dipamerkan.

9.20 pagi: Pihak polis menghalang Ir Khalid Samad, Gobind Singh Deo dan Ronnie Liu daripada memasuki kawasan Pusat Penamaan Calon.

9.15 pagi: Seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba di kawasan dewan penamaan calon.

9.00 pagi: Calon PAS, Dato' Seri Nizar telah masuk ke dalam Pusat Penamaan Calon.

Suasana di luar agak meriah dengan sorakan kedua-dua penyokong. BN kelihatan seramai antara 3,000-4,000 orang manakala Pakatan Rakyat menengelami penyokong BN dengan lebih 12,000 ribu orang.

Kelihatan juga replika kapal selam dan laungan "hancur BN, Altanyuya dan takbir" kedengaran sepanjang proses penamaan ketika ini.

8.40 pagi: Calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, tiba di Pusat Penamaan Calon bersama-sama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang;Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Speaker Dun Perak, Sivakumar.

8.35 pagi: Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar; Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din; Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ir Abdul Khalid Samad kelihatan di Pusat Penamaan Calon.

Suasana sekitar dikawal ketat oleh pihak polis. FRU kelihatan dan helikopter berlegar-legar di kawasan tersebut.

8.30 pagi:Lebih 100 staf Harakah dan penyokongnya mencuri tumpuan dalam perarakan tersebut apabila membawa sepanduk,kain rentang sertai memakai baju 'T' yang tertera kata-kata bantahan terhadap tindakan KDN yang menggantung akhbar Harakah tempohari.

Perarakan staf Harakah tersebut diketuai oleh Ketua Pengarang Kumpulannya, Ahmad Lutfi Othman dan kakitangan editorial.

Menurut Lutfi, mereka telah bertolak seawal tengah malam tadi daripada ibu pejabat Harakah di Jalan Pahang untuk berada bersama kumpulan perarakan pada pagi ini.

"Bantahan ini adalah untuk menunjukkan betapa ruangan-ruangan demokrasi makin ditutup oleh pihak pemerintah.

"Dan warna hitam yang menjadi latar pakaian kami serta kain rentang pagi ini melambangkan suasana gelap mula menyelubungi ruang-ruang kebebasan akhbar negara ini,"jelasnya semasa dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

8.00 pagi: Perarakan ke pusat penamaan calon, Majlis Perbandaran Taiping bermula.

Petugas dan penyokong PAS selain berarak turut sama membantu mengawal lalu lintas agar tidak berlaku kesesakan lalu lintas. Perarakan turut disertai penyokong KeADILan dan DAP.

7.45 pagi:Solat hajat selesai diadakan.

6.45 pagi:Polis sudah mengawal lalu lintas seawal jam 6 pagi. Bandar Taiping mula sesak dengan kenderaan yang kebanyakkannya membawa bendera PAS.

Dianggarkan lebih 10,000 penyokong PAS sudah berada di kawasan sekitar Masjid Daerah Taiping. 6.30 pagi: Para penyokong PAS sudah mula berkumpul seawal jam 2 pagi di pekarangan Masjid Daerah Taiping (Masjid Jambu). Perarakan dijangka akan bermula jam 8 pagi selepas solat hajat diadakan. - mks.

Bukit Selambau: Lebih 20,000 iringi calon Pakatan Rakyat

Oleh Mohd Sabri,Bashir Ishak & Izwan Abdul Halim


SUNGAI PETANI - Lebih 20,000 penyokong Pakatan Rakyat iringi calonnya daripada KeADILan, S. Manikumar yang ditentang oleh calon BN, Dato' S. Ganeson dan 13 orang calon bebas.

Pilihan raya Kecil Dun N.25 Bukit Selambau pada 7 April ini mencatatkan sejarahnya tersendiri dengan menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon KeADILAN, BN dan bebas.

Manikumar merupakan calon ke-11 yang mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.19 pagi tadi.

Terdahulu, kira-kira 20 ribu penyokong Pakatan Rakyat hadir mengiringi Manikumar ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat hadir ialah Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden DAP, Tan Sin Giaw, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

Masa untuk penyerahan borang ditutup pada jam 10.00 pagi dan tiada pencalonan ditolak walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sembilan bantahan sehingga tempoh bantahan tamat pada jam 11.00 pagi.

Pada jam 11.50 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Abdullah Md Akhir mengumumkan seramai 15 calon sah untuk bertanding.

Calon-calon bebas yang akan bertanding mengikut logo yang akan digunakan ialah R.Loganathan (Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), Mohd Fadzil Wahab (Kepala Harimau),Abdul Rahim Abu (Jam),L Sarala (Basikal),A. Jayagopal (Payung), S Moganakumar (Buku),Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaakob (Bas),Michael Venason (Ikan), Anwar Abd Hamid (Telefon) dan T Chandrarajan (Kapal Terbang).

Keadaan di sekitar pusat penamaan calon kelihatan agak tenang apabila pihak keselamatan menyediakan tiga laluan khusus untuk perarakan calon-calon Pakatan Rakyat, BN dan calon bebas. - mks. _

Kemelut Perak: Sultan Perak mampu selesaikan!

Intan Abdullah


KUALA LUMPUR - Kemelut politik yang melanda kerajaan Negeri Perak hanya dapat diselesaikan dengan tindakan Sultan Perak menarik semula pelantikan Dato' Dr Zambry Kadir atas alasan salah pertimbangan.

Menurut Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa berkata perkara ini pernah berlaku di Sabah pada 1985 apabila Tuan Yang Terutama Tun Adnan Robert menarik balik pelantikan Tun Datu Mustapha selaku Ketua Menteri Sabah.

"Isu di Perak hanya dapat diselesaikan dengan tindakan Sultan Perak menarik balik pelantikan Dato' Dr Zambry Kadir atas alasan salah pertimbangan atau salah kira.

"Perkara ini pernah berlaku di Sabah pada 1985 apabila TYT Tun Adnan Robert menarik balik perlantikan Tun Datu Mustapha selaku Ketua Menteri Sabah atas alasan beliau ditekan oleh beberapa orang yang menceroboh masuk ke kediaman rasmi beliau,"ujarnya dalam satu Forum anjuran Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Panelis program terdiri dari barisan ahli akademik,NGO,ahli politik dan mahasiswa iaitu Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa, Pensyarah Kuliyyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak, Mohd Hafez Sabri dan Pensyarah sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Nizamuddin Sulaiman yang bertindak sebagai perantara forum tersebut.

Sementara itu, Dr Aziz Bari berpendapat bahawa institusi raja tidak boleh sekadar bersifat simbolik.

"Institusi Raja jangan hanya bersifat simbolik yang hanya membuka sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen semata-mata.

"Ia membawa maksud kerja raja hanya buka persidangan parlimen, gambar raja terpapar di merata-rata tempat supaya tindak tanduk kerajaan tidak bersifat partisme, yang menyampaikan pingat itu bukan orang politik tetapi raja," katanya.

Tetapi yang menjadi masalahnya ialah bagaimana hendak membataskan kuasa raja kerana kebanyakan kuasa raja adalah bersifat ceremonial atau upacara," tegasnya.

Sejak awal lagi, kawasan program telah dipenuhi peserta yang rata-ratanya dari kalangan mereka di kalangan penduduk setempat,anak-anak perak di perantauan,mahasiswa dan anak muda yang ingin mengetahui kisah sebenar yang sedang berlaku terhadap kerajaan negeri perak.

Berucap sama menyampaikan pandangan, Mohd Hafez Sabri yang menyatakan bahawa arus kebangkitan anak-anak muda kini lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat kerana inginkan perubahan terhadap politik baru di Malaysia.

"Gelombang kebangkitan anak muda kini banyak berpihak kepada pakatan rakyat,ini kerana mereka mahukan perubahan politik baru Malaysia yang bersih dan adil dalam memenuhi kehendak rakyat,dan menurut kajian kebanyakan generasi muda kini sudah 'muak' dengan Umno-BN, kerana mengamalkan politik kotor dalam parti mereka," katanya. - mks. _

Kelab bela pengedar akhbar PAS, PKR

Ali Bukhari Amir


Dalam keadaan tidak menentu selepas penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan awal minggu ini, sekumpulan pengedarnya merancang mewujudkan kelab bagi membela nasib mereka.

Seorang pengedar tabloid PAS itu Wan Zahari Majid memberitahu Malaysiakini, rakan-rakannya yang mengedar dua akhbar politik itu sedang berusaha menubuhkan persatuan yang digelar Kelab Pengedar dan Pembaca Akhbar Alternatif (PEKA).

"Baru-baru ini kami bertemu (ketua penerangan PKR) Tian Chua dan rakan-rakan pengedar Suara Keadilan untuk membincangkan masalah kami bersama," katanya, sejurus selepas selesai mesyuarat bersama pengedar dengan pengurusan Harakah tengahari tadi.

Menurutnya, idea menubuhkan PEKA itu sudah lama ditimbulkan tetapi ia kembali menjadi tajuk perbincangan lebih serius sesama pengedar sejak penggantungan mengejut selama tiga bulan akhbar PAS dan PKR itu, 23 Mac lepas.

"Ramai orang yang sudah beri persetujuan. Pengedar yang lebih lama berkecimpung dalam penjualan Harakah akan diberi keutamaan untuk menerajui persatuan ini," kata Wan Zahari.

"Kami pengedar baru dan lebih muda bakal menggerakkan jawatankuasa penaja PEKA ini di peringkat awal.

"Mungkin dengan wujudnya lebih ramai anggota PEKA, maka kita boleh menyusun rancangan bagi membela nasib bersama."

Jika mendapat sambutan, tambahnya, kemungkinan persatuan ini akan dikembangkan di negeri-negeri lain.

Melalui PEKA, katanya lagi, beberapa tuntutan boleh dimajukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung isu-isu permit penerbitan akhbar alternatif dua tabloid itu.

Wan Zahari berkata, para pengedar dan pembaca akhbar-akhbar alternatif selain Harakah dan Suara Keadilan juga diundang menyertai PEKA.

Mereka yang ingin mengetahui keterangan lanjut, boleh menghubungi beliau di talian 010 20 13 839 atau menerusi emel hurry_london@yahoo.com.

Mesyuarat pengedaran Harakah hari ini melibatkan kira-kira 20 orang pengedar.

Bkt Selambau: 14 calon sudah bayar deposit

Bkt Selambau: 14 calon sudah bayar deposit
MALAYSIA KINI


Seramai 14 bakal calon telah membuat bayaran deposit kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau pada 7 April ini.
Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil tersebut ialah esok ( 28 Mac ).

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata 12 daripadanya adalah calon bebas, seorang calon Barisan Nasional (BN), Datuk S.Ganesan dan seorang calon PKR, S Manikumar.

Zainal Abidin berkata setiap calon membayar deposit sebanyak RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 sebagai deposit poster, lapor Bernama.

Calon bebas yang telah membuat bayaran deposit itu ialah bekas Ketua Wanita PPP Kedah, L Sarala, 34; ahli perniagaan T Chandrarajan, 40; kontraktor R Loganathan, 43; ahli perniagaan Tan Hock Huat, 46; ahli perniagaan Zaharan Abdullah, 39; Mejar (B) Mohd Fadzli Wahab, 38; Anuar Abdul Hamid, 58; A Jayagopal, 57; Husaini Yaacob, 44; Abdul Rahim Abu; S Moganakumar and Venason Michael.

Zainal Abidin berkata SPR telah menyediakan 20 lambang untuk dipilih oleh calon bebas pada hari penamaan calon esok.

Tarik diri

Sementara itu, seorang peniaga yang telah menyatakan hasratnya bertanding di DUN Bukit Selambau menarik diri sehari sebelum hari penamaan calon.

Mohd Reduan Md Isa, 52 berkata beliau membuat pengumuman untuk bertanding pada tiga minggu lepas tetapi kemudiannya menukar fikiran setelah berbincang dengan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Beliau menafikan dakwaan kononnya mendapat inisiatif daripada pihak tertentu untuk menarik diri.

Bekas Anggota Jawatankuasa PKR Bahagian Merbok itu berkata beliau akan memberikan sokongan kepada calon PKR Manikumar yang akan bertanding.

Laporan polis

Sementara itu empat laporan polis dibuat oleh individu tertentu berhubung beberapa perkara termasuk kes pergaduhan kecil yang melibatkan kecederaan ringan menjelang pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata selain pergaduhan, kes lain yang turut dilaporkan membabitkan perhimpunan tanpa permit dan rasa tidak puas hati calon terhadap seseorang lain yang menggunakan namanya untuk tujuan tertentu.

"Tiada laporan daripada parti politik, tapi laporan daripada inidvidu ada dibuat. Setakat ini, empat kes dilaporkan dan semuanya telah dibuka untuk siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini.

Bagi memastikan proses penamaan calon esok berjalan lancar, Hashim berkata 835 anggota polis akan bertugas di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik I Sungai Petani.

Katanya polis menjangkakan 10,000 penyokong akan berhimpun di kawasan pusat penamaan calon dan pihaknya telah mengambil beberapa langkah, termasuk melencongkan laluan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

DUN Batang Ai

Di Sarawak, kira-kira 800 anggotanya ditugaskan untuk memastikan kelancaran perjalanan pilihanraya kecil DUN Batang Ai.

bm version batang ai state seat past results 110309Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Salleh berkata mereka akan membantu melicinkan proses penamaan calon esok, kempen pilihanraya dan proses pengundian yang akan dikendalikan SPR.

"Kita ada 800 anggota semua peringkat dan saya rasa ini memadai khas untuk pilihanraya ini," katanya kepada Bernama.

Jalan utama menuju Lubok Antu berhampiran pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Lubok Antu akan ditutup sepanjang proses penamaan calon esok.

Beliau berkata jalan itu adalah satu-satunya jalan menuju pekan Lubok Antu yang menjadi pusat utama proses pilihanraya kecil Batang Ai.

Sementara itu di Perak, SPR meminta pemimpin parti politik yang bertanding dalam tiga pilihanraya kecil supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh membangkitkan emosi penyokong mereka pada hari penamaan calon yang berlangsung serentak pagi esok.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata semua pihak perlu memastikan proses penamaan calon berjalan dalam keadaan harmoni tanpa sebarang insiden buruk seperti yang berlaku ketika pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok sebelum ini.

"Esok cuma hari penamaan calon sahaja, jadi jangan buat sesuatu yang boleh menimbulkan kekecohan dan terlalu emosional. Penyokong biasanya mudah emosi apabila mendengar ucapan pemimpin terutama dalam suasana politik sekarang.

"Kita juga nasihatkan pemimpin parti yang bertanding agar tidak membawa terlalu ramai penyokong supaya kita boleh awasi dengan lebih baik... kejadian yang berlaku di Permatang Pauh dan Ijok menjadi pengajaran dan membuatkan kami dan polis menjadi lebih bersedia," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau persiapan SPR untuk penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Dewan Perbandaran Taiping.