HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 April 2011

PAS tolak pelawaan Najib, dakwa Umno-BN terdesak


KUALA LUMPUR– Sambil mengucapkan “terima kasih” kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).

“Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, Kuala Terengganu pagi tadi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, jemputan dibuat Najib di Kuala Terengganu adalah tindakan “terdesak” selepas BN terus gagal memperoleh sokongan masyarakat Cina termasuk ketika pilihan raya negei Sarawak baru-baru ini manakala gagasan 1 Malaysia digerakkan pentadbiran beliau tidak mendapat sambutan.

“Saya fikir pelawaan ini satu tindakan terdesak kepimpinan Najib. Saya tidak terkejut dengan pelawaan ini,” kata Salahuddin.

Kata beliau, kepimpinan Umno-BN akan menggunakan isu perkauman apabila setiap kali berhadapan dengan persekitaran terdesak sebagaimana dialami sekarang.

“Ini bukan kali pertama pelawaan macam ini dibuat... PAS tidak akan terperangkap,” katanya lagi.

Salauddin juga mendakwa pelawaan itu sebagai “terdesak” apabila mengatakan PAS harus meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam.

Kata beliau, soal PAS harus keluar Pakatan Rakyat hanya kerana kononnya DAP tidak pernah memperjuangkan Islam tidak timbul sama sekali.

Malah kata beliau, DAP juga sudah memberi jaminan bahawa ia akan menghormati perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Misalnya kata beliau, Islam adalah agama rasmi negara dan peruntukan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan Raja-raja Melayu adalah ketua.

“Kita ada Perlembagaan, agama rasmi adalah Islam dengan raja-raja adalah ketua... jadi tak timbul soal ini,” katanya sambil menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh wakil DAP juga “tidak pernah mengabaikan soal berkaitan dengan Islam... tiada apa-apa masalah.”

“Bagi kami ini bukan satu isu, dan soal ini tidak berbangkit sama sekali,” kata Salahuddin yang turut menyifatkan pelawaan itu sebagai “madu manis yang berbisa.”

Salahuddin juga berkata, beliau yakin yang prinsip dibawa DAP itu akan terus diamalkan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak.

Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Menteri Besar Kelantan itu telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, partinya akan kekal bersama Pakatan Rakyat bagi memastikan proses pembentukan sistem dua parti berjalan dengan baik di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Najib sebagai kenyataan yang tidak sihat untuk perkembangan politik di negara ini.

“Suka saya tegaskan sekali lagi, PAS akan tetap komited bersama dengan Pakatan Rakyat bagi memastikan proses pembentukan sistem dua parti berkembang dengan baik di negara ini demi kepentingan masa depan Malaysia,” kata Mustafa dalam kenyataannya hari ini.

Bagi Mustafa, kenyataan Najib hanya kenyataan politik.

Menurut Mustafa, mempunyai orang Melayu sepenuhnya di pihak kerajaan manakala pembangkang pula Cina adalah satu ciri-ciri kemusnahan kepada negara yang tercinta ini.

“Jadi PAS tidak akan membiarkan dirinya ke arah itu,” tegas beliau.

Sumpah Laknat: Utusan, BH berniat jahat kata NUJ

MALAYSIA KINI


Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.

Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran.

NONE"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.

"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi,” kata Hata.

Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.

Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.

Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah.

NONE"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."

Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu.

Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka.

"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.

NONE"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya

Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya.

Hak Melayu: Saya tak sokong tapi cabar PKR, kata Soi Lek

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menafikan membuat kenyataan dalam siaran YouTube bahawa beliau akan menjadi orang pertama akan mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu berjaya memansuhkan kedudukan keistimewaan orang Melayu.

“Itu tidak benar. Jawapan saya itu telah diputarbelitkan. Itu kerja parti pembangkang DAP dan sebab itu saya mengatakan parti itu memang pakar dalam hal ini,” katanya dipetik media hari ini.

Dalam satu mesej menerusi rakaman YouTube baru-baru ini, Dr Chua (gambar) berkata beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika ia sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini. Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau.

Dalam video bertajuk “Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara”, bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun katanya, janji-janji PR memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan.

“Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.

“Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan,” katanya.

Dalam penjelasan yang dibuat di Melaka semalam itu, Dr Chua berkata, dalam satu pertemuan dan sesi dialog dengan penyokong laman sosial Facebook di Johor Baru sebelum ini, salah seorang daripada peserta telah bangkit mempersoalkan MCA kerana tidak berusaha untuk memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu.

“Saya mengatakan perkara itu bukan senang untuk dicapai kerana kita tidak mempunyai majoriti dua pertiga, perkara itu perlu dibawa kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja, perkara ini adalah isu sensitif dan jangan terkeliru dengan putar belit parti pembangkang,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Sebaliknya kata bekas menteri kesihatan ini, beliau telah mencabar PKR bahawa parti itu tidak akan berani menyentuh soal hak keistimewaan orang Melayu kerana kononnya perjuangan mereka adalah untuk mendapatkan hak sama rata semua kaum.

Beliau menambah, perkara itu dilakukan oleh pembangkang sebagai strategi mereka untuk mengelirukan dan meraih simpati masyarakat Cina kerana melaungkan perjuangan mereka untuk keadilan bagi semua kaum.

“Cukup jelas jawapan saya telah diputar belit oleh DAP,” kata beliau.

Shazryl tak hirau amaran imam

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR – Meskipun sebelumnya dikatakan sudah batal, akhirnya Datuk Shazryl Eskay Abdullah muncul melafaz sumpah laknat dalam suasana persekitaran kecoh di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini, petang semalam.

Shazryl tiba di masjid itu diiringi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuaib Lazim yang bersamanya dalam kumpu-lan trio Datuk T, kira-kira jam 4 petang dan melafazkan sumpah laknat di dalam masjid 15 minit kemudian.

Sebaik tiba di masjid, ketiga-tiga mereka melakukan solat sunat.

Dua jam sebelum itu, Pengerusi Masjid Amru Al-As, Abdul Razak Hussin mengumumkan kepada jemaah solat Jumaat sumpah laknat dikatakan akan berlangsung di situ dibatalkan.

Ini berikutan suasana kecoh berlaku apabila kira-kira 50 ahli dan penyokong PKR diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin melaungkan takbir dan “kami mahu qazaf” di ruang solat sebaik selesai solat Jumaat.

Bukan itu sahaja, mereka juga bertolak-tolakan, dan bertikam lidah dengan sekumpulan individu yang menghalang mereka daripada berhimpun di dalam masjid.

Tindakan itu mungkin langkah terakhir usaha mereka untuk menghalang Shazryl dan rakan-rakannya daripada bersumpah laknat, sebagaimana caba-rannya kepada Anwar kelmarin.

Selepas pengumuman Abdul Razak, suasana agak reda namun Masjid Amru Al-As kembali diserbu penyokong PKR kira-kira jam 4 petang apabila mereka menyedari kehadiran trio Datuk T yang masing-masing dipercayai mengenakan baju kalis peluru, selain diiringi pengawal peribadi.

Seorang imam kemudian mengingatkan Shazryl akan risiko sumpah laknat, malah menasihat supaya beliau membatalkan niatnya itu. Shazryl juga diserahkan senaskhah buku bertajuk ‘Qazaf’.

Namun, semua itu tidak memberi kesan kepadanya yang tetap mahu bersumpah laknat.

Beliau kemudian mengambil senaskhah kitab suci al-Quran, membaca taawuz, basmallah, tiga kali mengucap dua kalimah syahadah dan melafaz wallahi, wabillahi, watallahi. Selepas itu, Shazryl berkata:

“Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video terbabit.

“Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku.”

Sebaik selesai, beliau bersama dua rakannya, Abdul Rahim dan Shuaib terus bergegas meninggalkan masjid.

Pada satu sidang media kelmarin, Shazryl mencabar Anwar bersumpah laknat supaya kedua-dua pihak dapat membuktikan siapa benar, siapa salah berkaitan isu video seks.

Anwar sebaliknya menolak cabaran itu dengan alasan, seorang individu yang hidupnya bergelumang maksiat, zina dan minum arak tidak layak bersumpah laknat untuk membuktikan kebenaran.

Pemuda Gerakan Kedah tuduh PKR biadap kerana demonstrasi dalam masjid

MERDEKA REVIEW


Saya merujuk kepada tindakan ahli-ahli serta beberapa pemimpin PKR yang telah mengadakan demostrasi di dalam sebuah Masjid di Sentul, Kuala Lumpur pada 29 April 2011. Ini berikutan bantahan mereka terhadap suatu upacara "Sumpah Laknat" yang akan diadakan di dalam Masjid tersebut.


Demostrasi tersebut telah mengakibatkan huru-hara di dalam Masjid tersebut pada hari itu.

Seperti yang diketahui PKR, Masjid merupakan tempat beribadat bagi orang-orang Muslim di negara kita. Ia merupakan suatu tempat suci yang harus dihormati oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik mereka.

Pemuda Gerakan Kedah berasa kesal terhadap tindakan PKR mengadakan demostrasi di dalam sebuah Masjid pada hari ini.

Sungguhpun PKR ingin membantah apa-apa upacara dalam sebuah Masjid, mereka harus melakukan dengan cara yang beradat dan di tempat yang bersesuaian. Mereka tidak harus mengadakan demostrasi di dalam mana-mana tempat beribadat, termasuk Masjid. Ini bukan amalan rakyat Malaysia.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PKR juga turut terlibat dalam demostrasi semasa hari kedua Tahun Baru Cina dalam isu negara Mesir. PKR harus berprihatin dan menghormati adat dan agama semua rakyat Malaysia.

Saya dengan ini mengesa agar kepimpinan Pakatan Rakyat untuk:-

1. memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia kenapa PKR mengadakan demostrasi di dalam sebuah Masjid pada hari ini; dan

2. memberi jaminan bahawa PKR akan menghormati adat dan agama semua rakyat Malaysia serta undang-undang negara semasa mengadakan apa-apa demostrasi.

*Kenyataan media oleh Tan Keng Liang selaku Ketua Pemuda Gerakan Kedah.

Sejuta bakat Malaysia berhijrah ke luar negeri...

Neo Chee Hua


Kira-kira sejuta orang bakat Malaysia berhijrah ke luar negeri, dan satu pertiga daripadanya adalah tenaga mahir yang berpendidikan tinggi. Bakat tersebut tertumpu di lima negara, iaitu Singapura, Australia, Brunei, Amerika Syarikat dan Britain. Antaranya, 54% daripada bakat ini bermastautin di Singapura.

Soal selidik yang dijalankan menunjukkan bahawa tiga faktor utama penghijrahan bakat ke luar negeri adalah masa depan kerjaya (career prospects), ketidakadilan sosial (social injustice) dan pendapatan (compensation). Antaranya, fenomena ini paling banyak berlaku di kalangan kaum Cina, dengan nisbah 60% hingga 88% daripada bakat yang berhijrah ini.

Justeru itu, Bank Dunia menganggap bahawa Malaysia perlu meningkatkan produktiviti, malah melaksanakan dasar yang lebih inklusif, untuk menarik lebih ramai bakat dari pentas global, supaya negara kita mampu mengekalkan bakat dan terus membangun. Demikianlah perangkaan sehingga tahun 2010, yang didedahkan dalam laporan Bank Dunia.

Dalam satu ucapan Philip Schellekens, pakar ekonomi kanan Bank Dunia, ketika melancarkan laporan Malaysia Economic Monitor:Brain Drain, beliau berkata penghijrahan bakat menjadi cabaran yang sedang dihadapi Malaysia pada masa kini. Sesungguhnya Malaysia memerlukan lebih bakat untuk merealisasikan Wawasan 2020, namun polanya pula memperlihatkan kecenderungan bakat meninggalkan tanah air sendiri.

Dalam laporan yang baru dikemukakan ini, kira-kira sejuta orang bakat dianggar bertaburan di luar negeri, dan kira-kira satu pertiga daripadanya adalah tenaga mahir yang berpendidikan tinggi.

Singapura menjadi pilihan pertama

Menurut statistik tahun 2000, 83% daripada mereka yang bekerja di luar negeri bermastautin di Singapura, Australia, Brunei, Amerika Syarikat dan Britain, dan Singapura sahaja mencakupi 46%. Menurut Philip, orang Malaysia yang "mengalir" ke Singapura bertambah tiga kali ganda dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.

Selain itu, Singapura menjadi negara pilihan pertama tenaga mahir Malaysia. Menurut Philip, tenaga mahir Malaysia yang bermastautin dan bekerja di Singapura hanya mencatat 10% (daripada warga Malaysia yang bekerja di Singapura) pada tahun 1990, namun meningkat kepada 23% pada tahun 2000, dan meningkat lagi secara mendadak kepada 35% pada tahun 2010.

Menurut penghitungan Bank Dunia, daripada warga Malaysia yang bertaburan di luar negeri, kira-kira 57% daripadanya bermastautin di Singapura; dan antara tenaga mahir yang berpendidikan tinggi, 54% daripadanya bermastautin di Singapura.

Ketidakadilan sosial punca bakat berhijrah

Philip berkata, sementara bakat Malaysia berhijrah ke luar negeri, bakat asing yang mengalir masuk pula tidak cukup untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Keadaan sedemikian telah mengakibatkan kualiti tenaga mahir di Malaysia semakin menurun.

Philip (gambar kiri) menambah, 60% warga asing yang berhijrah ke Malaysia hanya memiliki taraf pendidikan sekolah rendah atau lebih rendah daripada itu. Selain itu, tenaga kerja asing mahir atau berpendidikan tinggi yang berhijrah ke Malaysia menunjukkan penurunan 25% sejak tahun 2004. Keadaan sedemikian menghakis kualiti bakat Malaysia.

Ketika menyentuh faktor penghijrahan bakat Malaysia ke luar negeri, 66% responden Malaysia menganggap masa depan kerjaya lebih cerah di luar negeri; 60% responden menganggap "ketidakadilan sosial" sebagai punca masalahnya; 54% berkata gaji dan layanan yang ditawarkan luar negeri lebih menarik.

Dasar yang lebih inklusif

Di samping itu, daripada bakat yang berhijrah, 60% hingga 88% adalah dari komuniti Cina. 88% daripada warga Malaysia yang bekerja di Singapura adalah Cina, berbanding 6% Melayu dan 5% India. Sementara itu, 61% daripada warga Malaysia yang bekerja di Amerika Syarikat adalah Cina.

Menurut satu soal siasat yang dijalankan Bank Dunia pada tahun ini, 87% warga Malaysia berpandangan bahawa bakat yang berhijrah hanya akan mempertimbangkan untuk pulang ke tanahair apabila dasar afirmatif yang berdasarkan perkauman ditukar kepada dasar afirmatif berdasarkan keperluan dan merit. Malah, 82% responden berpendapat bahawa bakat hanya akan pulang ke tanahair seandainya kerajaan dan sektor melakukan perubahan yang menyeluruh.

Dalam satu sidang media selepas itu, Menteri Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop (gambar kana) berkata, dasar yang lebih inklusif telah digubal di bawah gagasan 1Malaysia. Malah, kerajaan cuba menarik balik bakat tempatan melalui program transformasi ekonomi.

Beliau berkata, pengaliran masuk semula bakat tempatan mengambil kira faktor seperti jenayah, pendidikan, perumahan, pengangkutan, persekitaran dan sebagainya. Masalah ini diselesaikan melalui NKRA, dan kerajaan sentiasa berusaha untuk mewujudkan satu suasana yang boleh mengembalikan bakat tempatan.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 28 April 2011.

Fitnah melampau, tak pernah berlaku dalam sejarah dunia- Anwar

KEADILAN DAILY

Anwar terus ditunggui rakyat biarpun Umno cuba merosakkan reputasinya dengan menggunakan video seks fitnah




AMPANG: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat. Katanya, tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga.

Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun. “Agenda fitnah yang digunakan Umno amat melampau dan tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia baik sejarah dunia Islam, China, mana-mana pun,” ujar Anwar ketika ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang malam tadi.

Anwar terus ditunggui rakyat biarpun Umno cuba merosakkan reputasinya dengan menggunakan video seks fitnah

Kira-kira 5,000 hadir menyaksikan ceramah tersebut yang turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba’kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus

Anwar dalam ucapannya, membidas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu besar yang melanda negara seperti rasuah dan salahgunakuasa.

Tambah beliau, ketika rakyat berdepan isu kenaikan harga minyak, barangan dan kos kehidupan yang semakin tinggi, Pakatan Rakyat yang membawa agenda untuk kemakmuran rakyat pula cuba dihancurkan. Malah katanya, Umno menggunakan strategi jahat untuk memusnahkan reputasi Pakatan, dengan menyerang beliau secara peribadi menggunakan fitnah kotor dan jijik.

“Tak ada fitnah melampau seperti ini. “Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan,” ujar beliau.

Mengikuti ucapan Anwar dan pimpinan KEADILAN, kehadiran melimpah ke luar dewan

Hadirin mendengar pidato beliau, terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat. Bukan sahaja golongan dewasa, malah golongan muda dan remaja belasan tahun, juga tekun mendengar ucapan Anwar.

Ia membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat

Sumpah laknat lagi

Oleh talikasutkayu


"Salam warahmah ,Marah,bosan,menyampah dukacita pabila landskap Malaysia dicemari oleh puak yang jahil agama tapi dalam masa yang sama mengatakan memperjuangkan agama malah pernah mengatakan negara ini adalah sebuah negara Islam. Ramai masih tak faham dimana letaknya Islam pada negara ini sedangkan islam dicemari dan dihina sewenang wenangnya oleh mereka mereka yang tidak bertanggungjawab serta jahil pengetahuan islam malah ada yang faham islam tapi bersekongkol dengan mereka yang tak pernah tahu tentang islam.

Suatu ketika Saiful Bukhari mendakwa dia diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim lalu Saiful yang agak kurang pengetahuan islam ingin membuktikan dia bercakap benar lalu bersumpah laknat. Memohon laknat dari Allah sekiranya dia berbohong. Semalam 29 April 2011 negara dikejutkan lagi dengan sumpah laknat dari Trio 3 T terdiri daripada Rahim Tamby Chik, Eskay dan Shuib Lazim yang mendakwa Dato Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks. Untuk membuktikan rakaman video tersebut sahih dan benar maka trio 3 T mengadakan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul.

Mengapa perlu ada sumpah laknat? walhal semua sedia maklum dalam islam untuk mendakwa seseorang berzina perlu ada 4 saksi sekiranya tidak ada saksi maka pendakwaan tidak boleh dijalankan.

Kita sebagai umat islam setiap hari berdoa memohon dari Allah supaya dielakkan dari bala bencana, penyakit serta perkara perkara yang tidak baik. Tapi apa yang berlaku sekarang ini Saiful dan trio 3 T memohon bala dari Allah...ermmm nampak ade kebodohan disitu. Kalau tak faham agama cubalah tanya atau rujuk pada pakar agama nak buat sesuatu perkara. Barulah nampak kita ni berilmu dan berakal bukan main redah kromo.

Ramai dikalangan ulama, ustaz telah melarang diadakan sumpah laknat kerana tidak terdapat didalam AlQuran tapi malang ianya tidak diendahkan oleh mereka yang beriya iya mahukan sumpah laknat. Bertambah malang Perdana Menteri, menteri-menteri yang pernah melaungkan Malaysia negara islam tidak langsung bersuara atau melarang perbuatan sumpah laknat ini. Adakah menteri menteri yang ada di negara ini tidak faham islam? atau sememangnya JAHIL tentang islam? Ini persoalannya. Kemana slogan MALAYSIA NEGARA ISLAM? atau ianya sekadar slogan menarik pengundi.

Bersumpah laknat dan meyokong orang yang bersumpah laknat menonjolkan diri mereka terdiri dari golongan MUNAFIK.

Kita kena ingat sekiranya Allah perkenan sumpah laknat mereka ini, bala yang datang bukan terkena batang hidung mereka saja, malah kemungkinan besar akan terpalit kepada manusia lain yang berada disekitarnya.Nauzubillahminzalik.

Aku percaya bukan aku saja yang marah malahan jutaan rakyat Malaysia ketika ini sedang kecewa dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Kepada Dato Seri Anwar Ibrahim...bersabarlah hadapilah segala tuduhan ini dengan tenang, jangan dilayan provokasi serta umpanan bodoh pihak lawan. Ingatlah sesuatu perkara yang kamu tidak suka pada hari ini membawa kebaikan kepada kamu suatu hari nanti, dan sesuatu perkara yang musuh kamu suka pada hari ini akan membawa kekecewaan pada mereka suatu hari nanti. Dato Seri Anwar Ibrahim..aku percaya rakyat diluar sana sedang merintih sedih apa yang berlaku hari ini serta aku percaya mereka juga seperti aku sedang berdoa untuk kemenangan kamu, kebahaguan kamu serta Allah mencucuri rahmat kepada kita yang berjuang menegakkan Islam. dan ingatlah semua itu ujian dari Allah.

Salam sayang untuk DSAI sekeluarga."

Amat Memalukan: Terjemahan Salah Di Backdrop Sambutan PM China

KELAB GREENBOC

Salah terjemah: Najib mohon maaf pada PM China

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau telah meminta maaf kepada Perdana Menteri China Wen Jiabao berhubung satu kesilapan bahasa di latar pentas bagi satu majlis sambutan rakan sejawatannya itu.

Ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini, Najib berkata Wen telah menerima permohonan maafnya itu.

"Jadi kita anggap isu ini sudah selesai," katanya sambil menyatakan pihaknya masih menyiasat punca kesilapan itu.

"Kita masih siasat. Tujuan (tulisan di latar belakang pentas) itu adalah untuk menunjukkan keghairahan kita dalam kunjungan perdana menteri China.

"Tapi malangnya, keghairahan itu satu perkara, kecekapan untuk menterjemah itu satu perkara lain.

"Jadi, ianya bukanlah disengajakan... Tak perlulah diperbesar-besarkan," katanya lagi selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu negara hari ini.

Semalam, kesilapan struktur ayat dan tatabahasa yang serius dalam bahasa Cina yang serius dan memalukan dikesan pada latar belakang pentas majlis sambutan rasmi Wen di Putrajaya.

Wartawan dan tetamu yang faham bahasa Cina terkejut melihat latar belakang itu. Begitu juga dengan beberapa menteri Malaysia yang berbangsa Cina tetapi sudah terlambat untuk membuat sesuatu.

Wen berada di Malaysia untuk lawatan dua hari bagi membalas kunjungan Najib ke China dua tahun lalu.

Ia adalah lawatan kedua Wen ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-China pada 2005. -mk
Kesilapan terjemahan cemari sambutan PM China

Perdana Menteri China Wen Jiabao dan rombongannya pasti dalam kebingungan jika mereka mengesan perkataan Cina yang dicetak pada latar belakang pentas majlis sambutan rasmi baginya di Putrajaya pagi ini.

Perkataan berkenaan adalah terjemahan langsung daripada perkataan Melayu yang berbunyi: "Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi TYT Wen Jiabao Ke Malaysia"

Namun terjemahan dalam bahasa Cina itu mempunyai kesilapan struktur ayat dan tatabahasa yang serius dan memalukan.

Terjemahan langsung itu berbunyi: "Majlis sambutan rasmi, dengan dia, Yang Terutama, Wen Jiabao ke Malaysia dengan rasmi”.


Latar belakang yang memalukan di podium hadapan Pejabat Perdana Menteri itu didirikan bagi upacara sambutan rasmi perdana menteri China itu.

Ia juga memaparkan bendera China dan Malaysia dengan gambar Tembok Besar Cina dan Menara Berkembar Petronas berserta gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang bersalaman dengan Wen.

Wartawan dan tetamu yang faham bahasa Cina terkejut melihat latar belakang itu. Begitu juga dengan beberapa menteri Malaysia yang berbangsa Cina tetapi sudah terlambat untuk membuat sesuatu.

Pada sidang media bersama selepas itu, Najib berkata Malaysia dan China bersetuju bekerjasama lebih rapat khususnya dalam bidang pengajian tinggi, pelancongan dan perubatan tradisional Cina.

Ia dicapai hasil rundingan antara kedua-dua pemimpin berkenaan hari ini.

"Perbincangan sangat produktif serta berhasil, dan kita mencapai persetujuan meluas selaras dengan pelan tindakan bersama mengenai kerjasama strategik yang ditandatangani pada 2009," kata Najib.

Wen berada di Malaysia untuk lawatan dua hari bagi membalas kunjungan Najib ke China dua tahun lalu.

Ia adalah lawatan kedua Wen ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-China pada 2005. -mk


Ulasan GB

Sungguh memalukan negara.

Mudah bagi Najib katakan:

ianya bukanlah disengajakan... Tak perlulah diperbesar-besarkan

Tak mahu dihebohkan, tak mahu diperbesarkan kerana ia menunjukkan di dalam keghairahan Najib yang kononnya ingin pamerkan kejayaan pemerintahan regimnya melalui pelan transformasi, KPI, NKRA.... rupa-rupanya Allah dedahkan soal backdrop latar pentas untuk satu majlis besar yang beliau sendiri ada mengandungi kecacatan yang begitu mengaibkan.

KPI & NKRA backdrop pun kantoi inikan pula dalam bab-bab yang lebih utama dan penting dari itu.

Ia seumpama seorang jejaka tampan tegak berdiri dan kemudian ditunjukkan orang zip seluarnya tak dikenakan.

Maka terlihat besarnya kemaluan.

Ibu Aminulrasyid Buat Laporan Dakwa Polis Cuba Tutup Kes

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Allahyarham Aminulrasyid Amzah,15, yang ditembak mati polis di Seksyen 11 Shah Alam, April tahun lepas pada Jumaat membuat laporan polis kerana mendakwa pasukan penguatkuasa itu mengeluarkan kenyataan fitnah dan cuba menutup kes kematian anaknya.

Norsiah Mohamad, 61, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10.30 pagi diiringi lima peguam.

Norsiah mendakwa selepas kematian anaknya, polis telah memfitnah anak dan keluarganya dalam suatu percubaan untuk menutup kes berkenaan dengan membuat kenyatan kononnya anaknya dan rakannya, Azamudin Omar yang berada dalam kereta itu adalah penjenayah.

Beliau juga mendakwa bahawa kenyataan polis yang menyatakan anaknya cuba merempuh anggota polis yang berada di tempat kejadian adalah palsu, dan bertujuan menutup kes ini.

Pada 25 April tahun lepas, Aminulrasyid mati setelah terkena tembakan yang dilepaskan polis di Seksyen 11, Shah Alam ketika cuba melarikan diri selepas kenderaan dipandunya terserempak dengan kereta peronda polis.

Guru Yoga Didakwa Larikan, Kurung Dua Saksi Kes Rogol

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang guru yoga Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini terhadap pertuduhan melarikan dan mengurung dua pelajar yang merupakan saksi kes rogol yang dihadapinya.

Abdul Malik Abdullah, 55, didakwa melakukan perbuatan itu di rumah No G-1-5, Jalan Desa, Batu Caves 1/7, Taman Desa Batu Caves dekat sini pada 3.45 pagi, antara 7 dan 12 April lepas.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh melarikan kedua-dua mangsa dan cuba mempengaruhi mereka dengan niat untuk menghalang perjalanan keadilan kes rogol yang dihadapinya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4 Akta kerana Melarikan Orang dan Menakutkan Saksi Secara Jenayah 1947 yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Roszianayati Ahmad menetapkan 27 Mei ini untuk menyebut semula kes itu.

Bagaimanapun, beliau tidak membenarkan Abdul Malik diikat jamin selepas membenarkan permohonan pegawai pendakwa ASP A Vasu yang memberi alasan perbuatan tertuduh mengganggu saksi merupakan kesalahan serius.

Sebelum ini, Abdul Malik didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas dua pertuduhan merogol pelajarnya yang berusia 15 dan 17 tahun pada bulan Februari dan November tahun lepas, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Majlis Perundingan Media Negara Akan Ditubuhkan

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menubuhkan Majlis Perundingan Media Negara bagi membolehkan semua perkara berkaitan dibincangkan secara harmoni antara kerajaan dengan media, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam mewujudkan majlis berkenaan, yang dijangka dibentang kepada kabinet tahun ini.

Ketika ini, kedua-dua pihak sedang dalam peringkat pertemuan serta perbincangan bagi merangka bentuk majlis berkenaan, sebelum satu rangka lengkap dapat disiapkan secepat mungkin.

"Kita akan membincangkan perkara berkaitan media, antaranya kebebasan media dan tanggungjawab wartawan untuk mematuhi undang-undang atau peraturan yang sudah sedia ada, supaya kebebasan media itu dapat diamalkan secara positif.

"Ia juga adalah hasil daripada hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin melihat satu kerjasama yang lebih erat di antara media dan kerajaan, terutamanya dalam menghasilkan berita yang berkualiti, tepat dan kreatif," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Hadiah Kewartawanan MPI-PETRONAS 2010 pada Malam Wartawan Malaysia 2011 di sini pada Jumaat, Rais berkata penubuhan majlis itu juga bertujuan mengukuhkan profesionalisme wartawan yang dianggap satu kerjaya suci dan jujur.

Beliau berkata, Majlis Perundingan Media Negara diwujudkan untuk kebaikan negara, terutama dalam proses melaporkan berita berkualiti serta mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan Institut Akhbar Malaysia (MPI), pengamal media arus perdana dan media baru untuk berbincang sistem dan rangka majlis berkenaan supaya ia dapat menghimpunkan seramai mungkin pengamal media di dalam negara ini.

"Pengamal media di dalam majlis ini akan dapat berbincang dalam satu forum yang lebih luas dan ia akan bergandingan erat bersama kerajaan," katanya.

Rais menambah, penubuhan majlis itu diharap dapat mengukuhkan amalan etika kewartawanan yang tinggi, pemupukan tanggungawab sosial dan semangat nasional di kalangan pengamal media.

Terdahulu, Rais menyampaikan hadiah kepada 22 wartawan yang memenangi Hadiah Kewartawanan MPI-PETRONAS 2010 dalam 15 kategori bagi penerbitan berita sepanjang tahun lepas.

Sebanyak 512 artikel diterima bagi merebut anugerah kewartawanan paling berprestij negara yang menyediakan ganjaran wang tunai keseluruhan RM300,000.

Wartawan Berita Harian, Norfatimah Ahmad dan Nor Fazlina Abdul Rahim menggondol Hadiah Kewartawanan Kajai melalui laporan muka depan akhbar itu bertajuk "RM60,000 Habuan Sebulan" yang mendedahkan kegiatan penguatkuasa imigresen di Jeti Pulau Ketam, Klang, Selangor yang disogok bagi membantu pendatang tanpa izin Indonesia memasuki negara ini.

Mereka membawa pulang wang tunai RM30,000 serta pingat emas seberat 100 gram.

PM Mulakan Lawatan Kerja Sehari Ke Terengganu

BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu memulakan lawatan kerja sehari yang padat ke Terengganu, antaranya melakukan tinjauan mesra dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

Seawal jam 9 pagi, Perdana Menteri memulakan lawatannya dengan beramah mesra bersama peniaga di Pasar Batu Enam di sini.

Beliau yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memulakan lawatan dengan bersarapan pagi di salah sebuah gerai di situ.

Tinjauan diteruskan ke dalam pasar Batu Enam, dengan Perdana Menteri akan menemui peniaga di pasar kuih muih, pasar basah, pasar menjual sayur-sayuran dan pasar buah-buahan serta barangan pelbagai.

Beliau kemudianya dijadual menziarahi beberapa penduduk di Kampung Pengkalan Arang dengan dimulai keluarga Lua Peng Ching, 58, yang mempunyai dua anak kelainan upaya.

Perdana Menteri juga akan menziarah rumah warga emas Chik Mamat, 85, dan Puteh Yaacob, 79, selain bergotong royong membaiki rumah penduduk miskin, Aminah Abdullah, 65.

Beliau seterusnya berjalan kira-kira 500 meter melawat tapak pasar baru Bukit Tunggal.Perdana Menteri kemudiannya meluangkan masa melawat Klinik Kesihatan Masyarakat Yusof Awang Hitam di Kampung Pulau Bahagia yang menyediakan khidmat rawatan percuma yang dibuka sejak tahun 2009.

Pada tengah hari, Perdana Menteri dijadualkan tiba di Kampung Pulau Bahagia untuk majlis jamuan rakyat dengan konsep tradisional yang dijangka dihadiri lebih 20,000 rakyat Terengganu.

Pada pukul 3 petang, beliau dijadual menghadiri program perasmian Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong dan seterusnya menghadiri majlis minum petang bersama rakyat.

Lawatan Perdana Menteri diteruskan dengan program "Jalinan Setiakawan Maya" di mana rakan-rakan 'facebook' beliau berpeluang bertemu dengannya secara langsung.

Pada sebelah malam pula, Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat termasuk dari parti komponen Barisan Nasional (BN) bertempat di Dataran Shahbandar.

Sementara itu, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut mengiringi Perdana Menteri mempunyai program berasingan iaitu merasmikan Program Pandu Puteri Turun Padang anjuran Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu di Padang Astaka, Kampung Seberang Pintasan, Dungun pada pukul 10 pagi.

Perdana Menteri dan isteri dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 malam ini.

Negara polis dan kebangkitan rakyat

FADIAH NADWA FIKRI


Rakyat perlu bangkit untuk mengakhiri budaya keganasan polis, kata peguam Fadiah Nadwa Fikri dari NGO Lawyers for Liberty.



“Dalam masa sehari semalam, Malaysia telah bertukar kepada sebuah negara polis”, itulah kata-kata yang diungkapkan Tunku Abdul Rahman berikutan Operasi Lalang yang berlaku pada tahun 1987 yang yang menyaksikan penangkapan pemimpin-pemmpin barisan pembangkang dan aktivis-aktivis yang lantang bersuara dalam mengkritik dasar pemerintahan Barisan Nasional.

Operasi Lalang 1987 yang didalangi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu dengan menggunakan kuasa polis di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan sebuah kematian demokrasi, pencabulan hak asasi dan prinsip kebebasan, dan penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

Negara polis adalah didefinasikan sebagai “sebuah negara yang dikawal oleh sebuah kerajaan yang bersifat menekan dan menindas secara politik, ekonomi dan sosial masyarakat melalui kuasa polis yang digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengikut nas undang-undang”.

Negara polis jelas menekan dan menindas kebebasan dan hak asasi rakyat walaupun ia telah dijamin dan termaktub dalam perlembagaan demi mengekalkan kuasa pemerintahan yang bersifat kuku besi.

Kebangkitan rakyat yang ditekan di bawah sebuah negara polis dalam mengekalkan pemerintahan bersifat kuku besi ini dapat dilihat melalui kebangkitan kuasa rakyat di Timur Tengah yang dimulai di Tunisia, diikuti Mesir dan Syria.

Angin kebangkitan rakyat menentang pemerintahan kuku besi ini masih bertiup kencang merentas benua, menyampaikan pesan keramat kuasa rakyat untuk terus bangkit menuntut hak dan kebebasan dari cengkaman dan penindasan pemerintahan yang tidak adil dan zalim.

Mesir, sebuah negara yang diperintah diktator Hosni Mubarak telah menyalahgunakan institusi polis sewenang-wenangnya di mana pada bila-bila masa sahaja polis-polis akan menangkap, menculik, menyeksa dan membunuh rakyat yang lantang bersuara menentang ketidakadilan pemerintahan Mubarak.

Rakyat Mesir, di bawah pemerintahan Mubarak sentiasa diselubungi ketakutan di mana polis pada bila-bila masa sahaja bebas untuk melalukan tangkapan yang tidak sah dan ugutan tanpa dikenakan sebarang tindakan meskipun tindakan polis itu sendiri jelas melanggar peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Sebelum tercetusnya revolusi di Mesir pada tanggal 25 Januari 2011, satu kejadian yang segar di ingatan setiap rakyat Mesir tentang keganasan polis terhadap seorang pemuda bernama Khaled Said telah menjadi satu titik penting kebangkitan rakyat yang tidak lagi sanggup ditekan di bawah budaya keganasan polis.

Mangsa keganasan polis

Khaled Said, 28 tahun, telah ditangkap oleh beberapa orang polis di sebuah kafe internet di Alexandria di mana beberapa orang saksi telah menyaksikan Khaled Said dipukul, badannya ditendang, kepalanya dihentak ke dinding, rambutnya ditarik dan kepalanya dihentak bertubi-tubi di tangga.

Saksi-saksi selanjutnya menyatakan bahawa walaupun Khaled Said berhenti bergerak tetapi polis-polis tersebut masih lagi mencekik lehernya dan terus menendangnya tanpa belas kasihan sehingga Khaled Said menghembuskan nafas terakhirnya.

Kes keganasan polis seperti yang terjadi kepada Khaled Said di Mesir, dan di negara-negara polis di bawah pemerintahan kuku besi tidak asing jika hendak dibandingkan dengan kes keganasan polis di tanah air kita sendiri, Malaysia.

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Malaysia (Suhakam) Dato’ N Siva Subramaniam pernah menyatakan bahawa 70% kes yang dirujuk kepada kepada Suhakam adalah berkaitan dengan kegansan polis yang secara terang melanggar peruntukan undang-undang, norma-norma kebebasan dan hak asasi yang jelas dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Kes Khalid Said di Mesir telah menjadi salah satu pencetus kebangkitan rakyat Mesir di mana satu gerakan yang menggesa keadilan ditegakkan untuk Khaled Said di internet telah mencabar rakyat Mesir yang cintakan keadilan dan ingin menamatkan budaya keganasan polis untuk keluar berhimpun dan mendesak agar pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak dijatuhkan.

Washington News dan ABC News telah melaporkan bahawa Khaled Said adalah “Wajah Pencetus Revolusi” yang mencetuskan perhimpunan kebangkitan rakyat Mesir mendesak agar pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak yang memperalatkan institusi polis dijatuhkan.

Rakyat perlu bangkit

Malaysia, sebuah negara polis yang diterajui kerajaan Barisan Nasional yang terus-terusan memperalatkan institutsi polis hari demi hari, menyaksikan seorang demi seorang rakyat Malaysia menjadi mangsa keganasan polis.

Kematian dalam tahanan, tembakan tidak mengikut peruntukan undang-undang, penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan sudah menjadi budaya yang berakar umbi di mana polis-polis yang terlibat terlepas dari dihukum kerana undang-undang yang sedia ada hanyalah sekadar hiasan di atas kertas.

Keadilan untuk mangsa-mangsa keganasan polis terus-terus dinafikan, suara keramat rakyat yang dahagakan perubahan terus-terusan ditekan, hak dan kebebasan rakyat terus-terusan dicabul sewenang-wenangnya.

Sudah tiba masanya, kita rakyat Malasyia yang bebas merdeka bangkit untuk mengakhiri budaya keganasan polis yang hanya memanfaatkan kuasa pemerintahan kuku besi kerajaan yang sekian lama menghinjak dan menekan kita, rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan.

Fadiah Nadwa Fikri adalah seorang peguam dan anggota kanan NGO Lawyers for Liberty.

Kami sentiasa bersamamu, Dr Lo' Lo'

Minda Naib Presiden

Minda Naib Presiden PAS ke 25 bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM), Salahuddin Ayub (SA) dan Datuk Mahfuz Omar (MO).

Jika anda mempunyai soalan khas untuk ditujukan untuk ketiga-tiga Naib Presiden PAS, sila emailkan kepada sembangnaibpresidenpas@gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Soalan 1:
Apa fokus isu yang Naib Presiden harap dapat dibahaskan pada Muktamar PAS Jun ini?

TITM:
PAS mesti mempersiapkan diri menjadi rakan penting dalam Pakatan Rakyat ke arah mencapai sasaran utama PRU ke 13.

Parti juga perlu mempersiapkan keilmuan bagi menterjemahkan sebuah ajaran yang penuh dengan rahmah dan maqfirah bilamana diberi mandat oleh rakyat.

Dan lebih penting lagi, PAS perlu melakukan penambahbaikan pada pimpinan, organisasi dan muafakat dalam Pakatan Rakyat.

SA:
Dalam era hari ini, parti harus melihat dalam pandangan ke hadapan tentang bagaimana memposisikan diri kita dalam kemelut untuk menyakinkan rakyat supaya dapat memberikan sokongan kepada PAS, khususnya dalam menghadapi pilhanraya umum akan datang.

Saya juga akan mengutarakan bagaimana strategi dan juga pendekatan PAS harus lebih effisyen dalam kita menggamit dan melahirkan beberapa sentuhan berbisa politik kita supaya kita betul-betul dapat meletakkan parti kita sebaris dengan rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat.

Yang lebih penting daripada itu, muktamar kali ini harus mampu menjelmakan beberapa idea supaya kita dapat mengumpul dan menyatukan seluruh tenaga yang ada bagi kita mendapat keyakinan sebagai sebuah parti yang begitu lama berjuang dan memperlihatkan kecemerlangan kita akan datang.

MO:
Di dalam muktamar ini, saya harap kepimpinan dan juga ahli PAS memberikan fokus kepada membawa elemen baru dalam politik negara ini.

Saya harap kita boleh menampilkan PAS sebagai satu ‘green party’ yang bukan disebabkan lambang PAS itu berwarna hijau – tapi disebabkan ‘green politic’ yang dibawa parti untuk kesejahteraan rakyat Malaysia berlandaskan kehijauan Islam.

Dalam kata lain, masyarakat dan rakyat perlu disedarkan dengan kesejahteraan yang dibawa PAS – yang didasari Islam yang bersifat kehijauan. Ini perkara yang sangat penting untuk dibahaskan semasa muktamar ini oleh saya.

Soalan 2:
Cadangan penambahbaikan untuk Harakah dan Harakahdaily.

SA:
Kita harus memiliki manpower yang lebih cekap. Tenaga-tenaga yang ada perlu diberikan nilai tambah atau value added untuk menjadikan Harakah dan Harakahdaily sebagai benar-benar media baru yang menjana kekuatan untuk PAS.

Saya mencadangkan di sini agar lebih banyak kursus-kursus yang lebih professional perlu dilaksanakan dan keupayaan tenaga kerja kita hari ini perlu ditingkatkan.

MO:
Penambahbaikan yang perlu bermula daripada kemampuan dan keupayaan kewartawanan itu sendiri. Harakah cetak dan Harakahdaily tidak mampu diperbaiki sekiranya kebolehan kewartawanan itu tidak dipertingkatkan.

Ini adalah perkara pokok di mana-mana pusat media – kerana ia bergantung kepada pemberitaan dan penulisan yang dibuat yang amat bergantung pada diri seseorang wartawan.

Dalam erti kata lain, wartawan yang kita ada perlu diasahkan untuk menjadi journalist yang sebenarnya – bukan sekadar penulis dan pelapor biasa – seperti perbezaan di antara seorang yang tahu menggunakan kamera dengan seorang photographer yang professional.

TITM:
Harakah dan Harakahdaily perlu melakukan rombakan organisasi serta membanyakkan latihan kemahiran selaras dengan keperluan semasa. Juga dicadangkan agar menyediakan ruangan khas setiap negeri bagi menjelaskan aktiviti dan kejayaan di negeri yg kita menangi, dan menetapkan KPI kepada wartawan agar maksimumkan pemberitaan.

Soalan 3:
Apakah kata-kata semangat untuk Dr Lo' Lo' yang kini bercuti sakit?

MO:
Saya nasihat beliau banyak bersabar, perlu ada kekuatan diri dan juga ketahanan diri dan tingkatkan amalan spiritual yang boleh membantu kita mampu bertahan dengan ujian Allah ini.

Saya ingin memberitahu Dr Lo’ Lo' bahawa semua pimpinan, penyokong dan ahli-ahli parti akan tetap bersamamu.

TITM:
PAS mengharapkan ahli seluruh negara mendirikan solat hajat memohon kepada Allah agar disembuhkan penyakit beliau.

Ana mengharapkan agar beliau dipelihara Allah; disembuhkan penyakitnya bagi meneruskan khidmat beliau kepada parti dan rakyat seluruhnya.

Ingatlah "apa sahaja yang menimpa orang mukmin adalah tanda ingatan Allah untuk menghapuskan dosa untuk mengangkat darjat di dunia dan akhirat.”

Ya Allah sembuhkanlah penyakitnya dan berilah kesabaran dengan ujian Mu ini.

SA:
Yang penting bagi Dr Lo’ Lo' ialah menguatkan tekad bahawa takdir akan bersama-sama beliau untuk terus bersama kita untuk memperjuangkan cita-cita dan matlamat perjuangan.

Apa yang berlaku pada diri beliau ialah satu ujian besar yang perlu terus didepani dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.

Sekat jual nasi lemak bukan langkah bijak

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan BN untuk menyekat penjualan nasi lemak di kantin-kantin sekolah bukanlah satu langkah yang bijak dan tepat untuk mendidik para pelajar dan anggota masyarakat mengamalkan pemakanan sihat setiap hari.

Sebaliknya, langkah tersebut dilihat akan mendatangkan pelbagai masalah lain kepada pelbagai pihak termasuk para pengusaha kantin, pengusaha makanan, pihak sekolah, para pelajar dan ibu bapa.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) menegaskan, pemakanan nasi lemak bergantung kepada kemahuan seseorang dan ia tidak boleh dipaksa untuk tidak dimakan oleh seseorang, apatah lagi jika sudah ternyata menjadi makanan kebiasaan sejak dulu lagi dalam masyarakat kita.

Menurut beliau, dari sudut kesihatan pun, khususnya bagi mengelak para pelajar mengalami obesiti, langkah tersebut bukanlah sesuatu yang bijak kerana ia turut berkait dengan beberapa perkara lain.

Katanya, nasi lemak sememangnya mempunyai kalori yang tinggi, mengandungi santan dan lemak yang sememangnya akan mempertingkatkan tahap kolestrol dalam badan orang yang memakannya, tetapi ia bergantung kepada individu itu sendiri.

"Sesiapapun, jika sekali-sekala makan tak kisah, tak jadi masalah. Bagi orang yang bekerja di pejabat yang tak banyak mengeluarkan tenaga dan peluh, memang tak sesuai selalu makan nasi lemak kerana ia akan menyebabkan lemak dalam badan seseorang itu bertambah dan akan menjadi gemuk.

"Tetapi bagi orang yang banyak menggunakan pergerakan fizikal, banyak menggunakan tenaga dan mengeluarkan peluh seperti buruh kasar, tidak menjadi masalah kepada mereka jika selalu makan nasi lemak. Malah mereka perlu memakannya kerana mereka sendiri memerlukan banyak tenaga dan makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Begitu juga, menurut beliau, dengan para pelajar yang aktif yang banyak melakukan pergerakan fizikal, bersenam, banyak mengeluarkan tenaga dan peluh yang juga tidak akan menjadi gemuk walaupun mereka selalu makan nasi lemak, berbanding para pelajar yang tidak aktif dan banyak menghabiskan masa di hadapan tv.

"Dengan itu, keputusan yang diambil itu sememangnya tidak tepat. Apatah lagi jika nasi lemak yang dimakan itu hanyalah nasi lemak yang biasa yang tidak banyak santan, lagilah tidak mendatangkan masalah, berbanding nasi lemak yang banyak santan dan mempunyai lauk pauk yang banyak," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dari sudut kesihatan keputusan Kerajaan BN yang menghalang penjualan nasi lemak di kantin-kantin sekolah bagi mengelak obesiti di kalangan para pelajar, sehingga ia menimbulkan pelbagai kerumitan kepada pelbagai pihak terutama ibu bapa, para pengusaha kantin, para pengusaha makanan dan para pelajar sendiri.

Langkah tidak praktikal itu diambil oleh pihak Kerajaan BN secara tiba-tiba sehingga kelihatan seperti mempunyai muslihat tertentu di sebaliknya oleh pelbagai pihak.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mariah turut mempersoalkan tindakan itu dengan penjualan mee, bihun dan beberapa makanan lain di kantin-kantin yang juga mempunyai tahap karbohidrat dan kandungan minyak yang tinggi, tetapi tidak dihalang.

Langkah bijak yang disarankan oleh beliau kepada pihak kerajaan berhubung perkara itu, bukanlah dengan menghalang para pelajar memakan nasi lemak dan menghadkan atau menghalang penjualan nasi lemak di kantin, tetapi mendidik semua pihak terbabit dengan menyediakan senarai pemakanan sihat di sekolah-sekolah untuk dijadikan pilihan para pelajar.

"Tanpa menyediakan senarai menu makanan sihat untuk dijadikan pilihan, tetapi tiba-tiba menghalang penjualan nasi lemak di kantin sekolah, mana boleh macam itu? Mana boleh paksa orang tak jual nasi lemak dan tak makan nasi lemak? Ini dah menyekat ruang peniaga-peniaga kita, menyusahkan pengusaha kantin, pengusaha makanan, para pelajar dan ibu bapa.

"Bila dihalang penjualan nasi lemak di kantin sekolah, nanti akan muncul pula penjualan nasi lemak secara haram. Bila diadakan pula peraturan itu, ia pasti akan menyusahkan pihak pengusaha kantin dan pihak sekolah. Sedangkan untuk mengawal penjualannya di kantin-kantin dan pengambilannya di kalangan para pelajar bukanlah mudah.

"Semua itu memerlukan pemantauan rapi dan ia tentunya tidak dapat dilaksanakan oleh pihak sekolah. Tidakkah ini melakukan kerja yang sia-sia namanya kerana membuat peraturan yang kita sendiri tak mampu memantaunya," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Beliau menasihatkan pihak Kerajaan BN mengkaji semula keputusan tersebut dan menggantikannya dengan usaha mengadakan kursus khas kepada para pengusaha kantin dan pengusaha makanan, bagi membolehkan mereka menyediakan menu makanan sihat untuk dijadikan pilihan para pelajar di sekolah.

Menerusi kursus tersebut, beliau mengesyorkan agar para pengusaha kantin dan pengusaha makanan lebih menitikberatkan penyediaan sayur-sayuran di dalam makanan mereka untuk dimakan oleh para pelajar kerana kedua-dua bahan tersebut amat penting dalam pemakanan sihat, bukannya dengan menyekat penjualan nasi lemak di kantin-kantin sekolah.

Harakahdaily hari ini atas tajuk "Isu Nasi Lemak Untuk Lindungi Wabak Negara" melaporkan, PAS sangat prihatin terhadap isu yang berlaku menyentuh aspek pendidikan dan pembangunan sumber manusia di negara ini, termasuklah aspek pemakanan di sekolah.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, PAS tidak mahu isu pemakanan menenggelamkan isu besar seperti isu akhlak di kalangan pelajar dan belia, isu PPSMI, isu diskriminasi politik termasuk ke atas guru, rasuah, jenayah, kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain yang belum diselesaikan.

“Apakah isu pemakanan ini serius atau hanya untuk menabiri dan melindungi isu-isu besar yang sedang mewabak dalam negara?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau antara lain berkata, isu pemakanan untuk pelajar-pelajar bukanlah isu yang sangat besar berbanding dengan isu akhlak dan gejala sosial yang menjadi wabak di kalangan pelajar dan belia dalam negara hari ini.

Sesuatu isu, katanya, sepatutnya diselesaikan secara berstrategik dalam erti kata ia hendaklah mengambil kira kemampuan anggota masyarakat untuk mengikuti aturan dan peraturan yang hendak dikenakan.

Diandaikan isu pemakanan merupakan isu besar, tegas beliau, ia mestilah dikaji secara teliti dengan mengambil kira spek-aspek kebudayaan dan cara hidup, khususnya yang membabitkan aspek pemakanan dalam masyarakat.

Langkah seperti itu amat perlu dilakukan kerana budaya pemakanan tidak boleh ditukar secara drastik dengan suatu penguatkuasaan undang-undang kerana aspek perundangan tidak boleh mengatasi aspek kemanusiaan.

Beliau berkata, menukar menu makanan di sekolah secara drastik membabitkan makanan tradisi seperti nasi lemak walaupun nampaknya mudah tetapi akan menekan kehidupan dan kebiasaan pelbagai pihak, sedangkan ia yang belum tentu mendatangkan mudarat.

Sebaliknya, memaksa mereka meninggalkannya lebih menyusahkan dan membebankan banyak pihak kerana makanan itu adalah mengenyangkan dan mudah serta menjadi adat dan kebiasaan yang sudah bersebati dalam kehidupan masyarakat.

Jangan sertai himpunan atau kamu dibuang UM

Mohd Amiruddin


KUALA LUMPUR: “Jangan sertai himpunan itu atau kamu akan dibuang UM!”

Demikian amaran yang dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor dan Alumni Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Rohana Yusof ke atas seorang aktivis UM yang juga Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Izzuddin Hilmi Mohd Zaini hari ini.

Pagi tadi, sumber menyatakan Izzuddin telah dihubungi oleh Rohana sebelum ini untuk berjumpa dan berbincang sesuatu di pejabatnya.

Setelah berjumpa dengannya pagi tadi, beberapa pertanyaan telah ditujukan kepada siswa tahun akhir itu.

Antaranya tentang penglibatan Izzuddin dalam Himpunan 1 Mei nanti dan beberapa soalan lain berkenaan penglibatannya dalam gerakan dan politik luar.

Izzuddin dalam kenyataannya menegaskan beliau berjumpa dengan Rohana atas sebab ‘kerelaannya’ sendiri setelah dihubungi sebelum ini.

“Saya dinasihati olehnya dan mengeluarkan amaran agar jangan sertai Himpunan Pekerja 1 Mei nanti.

“Saya tanya kalau saya sertai, Datuk jawab...sertai atau kamu akan dibuang universiti,” tambahnya lagi.

Jawatankuasa 1 Mei yang terdiri daripada lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema ‘Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi’ pada 1 Mei ini.

Peserta diberitakan akan berkumpul di Stesen Monorel Chow Kit dan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 10.30 pagi dan berakhir dengan bacaan deklarasi Hari Pekerja di Dataran Merdeka.

Selain Izzuddin yang mewakili SMM, turut hadir dalam sidang media sebelum ini ialah penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Bawani KS, Pengarah Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Valerie Thomas, wakil Suaram, Andika Abd Wahab.

Video Lucah : PKR Persoal Integriti Polis

Ditulis oleh Nazran Fahmi Nawang



PETALING JAYA : Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) semakin hangat diperkatakan apabila siasatan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mula diketepikan.

Malah, beban tersebut dialih pula kepada Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa dirinya bukan pelaku dalam video seks berkenaan seperti mana yang didakwa trio ' Datuk T'.

Walhal, beliau merupakan individu utama yang membuat laporan berhubung penayangan video lucah dan intimidasi jenayah terhadapnya oleh trio 'Datuk T' iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Shuaib Lazim, 22 Mac lalu.

Tindakan pejabat Peguam Negara yang diketuai Tan Sri Abdul Gani Patail mengembalikan kertas siasatan buat kali kedua kepada polis mula menampakkan campur tangan politik.

Lantas, Abdul Gani memberi alasan bahawa siasatan polis terhadap video itu masih tidak lengkap dan memerlukan pihaknya untuk memanggil Anwar untuk kali kedua bagi memberi keterangannya.

Namun, apa yang jelas polis masih belum memanggil ketiga-tiga individu yang mengaku menjadi dalang dalam menayangkan video lucah tersebut sehingga kini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya hari ini membidas jawapan tidak konsisten polis berhubung tumpuan siasatan selepas laporan itu dibuat bapanya lebih sebulan lalu.

Justeru dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes terbabit semakin jelas apabila polis mula menampakkan tindakanya bersekongkol dengan parti pemerintah untuk memerangkap Anwar walaupun prinsip undang-undang jelas menyatakan bahawa tertuduh perlu dilindungi.

"Semalam jawapan yang kami terima kenapa Datuk T tidak ditangkap, adalah kerana kes tersebut telah diserah semula kepada pejabat Peguam Negara. Tapi sehingga kini jawapan yang diberi itu tiada penjelasan.

"Dalam hal ini, apabila kita bercakap soal konspirasi kepimpinan BN sendiri banyak peristiwa yang berlaku telah menimbulkan pelbagai persoalan yang tidak terjawab oleh mereka," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua turut mengarahkan polis untuk kembali memberi tumpuan terhadap siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

"Secara keseluruhan isu ini adalah untuk mewujudkan tanggapan bahawa Anwar telah disiasat sebagai pelaku video berkenaan. Malah ianya langsung tidak menyentuh seksyen 292 Kanun Keseksaan yang mengariskan kesalahan menggunakan video lucah untuk melakukan intimidasi jenayah serta memalukan beliau. Jadi anda selesaikan itu dahulu," kata beliau.

Menurut Tian Chua lagi, berdasarkan sesi keterangan kedua Anwar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam, rata-rata pemimpin yang hadir bersama Ketua Pembangkang itu membidas bentuk soalan yang dikemukakan pegawai penyiasat.

Sementara itu, Peguam N Sankara menjelaskan kepada media bahawa polis cuba untuk mengalih fokus siasatan kepada individu di dalam video tersebut berbanding salahlaku penayangan video seks.

Tambah Tian lagi, beliau turut mendakwa terdapat segelintir polis yang bersekongkol dengan pemimpin Umno-BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu untuk meyakinkan rakyat bahawa Anwar adalah sememangnya pelaku dalam video seks berkenaan.

Katanya, polis secara senyap mendekati ahli jentera parti dan menasihatinya supaya tidak terjebak dengan dakwaan muslihat Anwar yang hanya akan merugikan dirinya sendiri.

Justeru, Tian mengakui bahawa polis merupakan agen Umno-BN yang menyalahgunakan kuasa demi kepentingan parti itu.

"Polis telah dipergunakan sebagai mesin propaganda Umno dan ini amat dikesali. Polis seharusnya menjauhkan diri dari politik dan sepatutnya lebih penumpuan dalam menguruskan jenayah serta keselamatan awam.

"Termasuk siasatan video itu, polis telah membazir banyak masa dan tidak tumpu kepada pelaksanaan undang-undang malah mereka seolah-olah "menari" mengikut rentak parti memerintah," ujar beliau lagi.

Manakala, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula menegaskan bahawa undang-undang Malaysia terbahagi kepada dua apabila ia melibatkan Ketua Pembangkang Malaysia.

Katanya lagi, perkara yang sama harus dilakukan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Saariibuu sekiranya polis ingin mengembalikan kepercayaan rakyat sekali gus mengangkat semula reputasi institusi itu.

"Kenapa ianya bukan standard yang sama apabila kes melibat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana beban untuk membuktikannya hanya kepada Datuk T dan bukan Anwar,"

Setiap orang ada hak buat sumpah laknat, kata Najib




KUALA LUMPUR — Setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat tetapi kerajaan tidak akan campur tangan sama ada untuk menggalakkan atau mengelakkan tindakan sedemikian, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri mengulas langkah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini melakukan sumpah laknat berhubung video seks kontroversi, yang didakwa si pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib (gambar) yang juga presiden Umno berkata, orang perseorangan dan parti-parti politik seharusnya mengambil pendekatan yang sama seperti kerajaan.

Katanya, tidak kisah sama ada Shazryl atau Anwar mahu melakukan sumpah laknat kerana akhirnya publik akan menilai kejujuran individu terbabit.

“Ini adalah isu peribadi dan tidak membabitkan Umno ataupun kerajaan. Jika sesiapa merasakan mahu melakukan sumpah laknat, maka terpulang kepada mereka. Kami tidak menggalakkan dan tidak akan menghalang mereka,” katanya lagi.

“Saya merasakan setiap orang mesti ada sikap yang sama. Parti-parti politik mesti ambil sikap bahawa ini adalah urusan peribadi,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di sini hari ini.

Najib juga mengkritik penyokong PKR yang cuba untuk mensabotaj langkah ahli perniagaan mahu melakukan sumpah laknat dan tidak menghormati kesucian tempat ibadat.

“Kita mesti menghormati kesucian masjid,” katanya yang turut mempertahankan akhbar-akhbar menyiarkan sedutan klip video seks itu.

“Ini bukan perkara baru. Berita video seks telah dilaporkan sebelum ini. Sudah tentu akhbar perlu melaporkan apabila ia melibatkan pemimpin tetapi ia tiada kaitan dengan Umno,” katanya.

Petang tadi, Shazryl melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.

“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang di hadapan pembantu imam masjid itu Ezhan Mohd Piah.

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang.

Sebaik sahaja berada dalam ruang solat, ketiga-tiga “Datuk T” menunaikan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat.

Mereka yang turut memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada dalam upacara itu tiba di Masjid Amru al-As pada pukul 4.10 petang sebelum meninggalkan masjid kira-kira 4.25 petang, sebaik sahaja upacara itu selesai.

Kesemua mereka bagaimanapun tidak memberikan komen ekoran nasihat polis yang meminta mereka beredar.

Sumpah yang dibacakan Shazryl berbunyi:

“A’uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim (diucap tiga kali), Wallahi, Wabillahi, Watallah. Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: ‘A’uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut’.”

“Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku,” kata Shazryl ketika melafazkan sumpah laknat itu dengan memegang al-Quran.

Jumaat, 29 April 2011

Kita Semua Sedang Menanti Bala

Oleh Mohd Sayuti Omar

TANPA kita semua menyedari kita semua menanti bala besar yang akan menimpa negara dan rakyat atas kecelakaan yang kita undang sendiri. Bala sedang mara manakala kita semua sedang leka.

Nasib atau keadaan kita persis lembu yang tertambat kejap dengan seutas tali pendek sedang padang di sekelilingnya sedang dibakar api. Apa pula menyala dan marak menyala dengan ganas dan rakus. Angin pula kian gila bertiup. Begitulah keadaan dan nasib Melayu hari ini.

Tunggulah kita semua akan merasai pedih dan azab atas kecelakaan yang kita tempa. Kalaulah kita tidak sempat menikmati kesakitan itu kerana nyawa dicabut Tuhan di tengah perjalanan anak cucu kita akan merasainya sebagai mewakili kita atas kezaliman yang kita sendiri lakukan.

Sebenarnya segala macam kezaliman sudah berlaku di atas bumi kita. Tidak ada satu pun dari sekian banyak tanda tanda kezaliman yang akan membawa kepada kemusnahan yang belum berlaku, semuanya sudah berlaku atau sedang bermula. Zaman jahiliah yang dibenci dan dicemuhi akan menjelma sepenuhnya di tanah air ini.

Bangsa Melayu tanpa sedar dikifarahkan oleh Allah. Kita sebenarnya sedang menanggung kemusnahan, menanti bumi hancur sahaja lagi.

Agama, budaya, peradabatan kita sudah jahanam. Orang Melayu sudah tidak ada 'basa', akal budi dan maruah lagi. Semuanya sudah ditelanjangkan dan kemaluannya dilihat sendiri. Keaibannya digantung di muka pintu rumahnya.

Kita semua sudah menutup rapat pintu syurga dan membuka pintu neraka. MasyaAllah. Tangan kita semua telah kita satukan untuk membuka penyelak pintu neraka dan sedang membimbing tangan anak beranak menuju ke dalam kilauan apa haram.

Apakah tuhan menyediakan neraka sebahagiannya untuk bangsa Melayu? Kenapa tidak, kita mengaku beriman tetapi tidak berpegang kepada agama. Kita mengakui Islam tetapi tidak mempunyai tingkah laku sebagai orang Mukmim.

Mekayu menjadi bangsa penzalim, pendendam dan pemakan daging sendiri. Melayu rela dan tergamak mengkhinati sesama sendiri. Tidak ada kasih sayang lagi sesamanya. Tidak ada lagi hormat menghormati. Tanpa kita insaf dan sedar kitalah membunuh segala akal budi itu.

Manalah ada maruah lagi, bila kita selek dan tunjukkan semua kejelakan dan kehuduhan diri kita. Kita pertunjukkan sifat buruk bangsa kita kepada dunia.

Orang Melayu sebenarnya sudah dedil, merasa apa yang dilakukannya sudah baik, terhormat dan bijak.Sebenarnya ianya bodoh sebodohnya.
bangsa yang menjadi agen penyebar fitnah.

Menuduh di antara satu sama lain menjadi pembunuh, pengkhianat, pemaksiat dan penggali kubur bangsa sendiri. Melayu tidak tahu malu kepada kawan dari kaum dan keturunan lain. Semuanya kebejatan dan kejekkan bangsa Melayu sudah melakukannya.

Apa yang tidak berlaku lagi? Pembunuh fizikal, pembunuh karektor sudah pun berlaku dan ia akan terus berlaku sampai tertutupnya pintu syurga.

Kenapa ini berlaku kerana tamak haloba. Orang Melayu menjadi temoo kepada kuasa. Melayu yang jahil mengira kuasa dan kedudukan adalah kemuncak pencariannya dalam hidup.

Inilah Melayu yang saya selalu anggap suku manusia di dunia ini yang separuh masak. Bangsa yang cerdik tidak boleh ditunjang dan bodohnya serta bebal tidak boleh diajar.

Duhai orang Melayu semua sedarlah. Kepada yang tidak mahu mengalah dan berdengki, mengalahlah kerana dengan tindakan anda boleh membaiki sedikit maruah Melayu. Sebelum pintu neraka terbuka luas dan ensalnya lokah mari kita berdoa dan memohon keampunanNya.

Tuhan masih ada sisa kemaafan untuk kita, marilah. Jangan khianati amanah Allah kepada kita. Marilah berubah sebelum Tuhan menarik balik atas segalaa nikmat yang kita tidak syukuri kerana kita merasai hebat. Marilah kita semua kembali sedar tanpa membuat sumpah laknat.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tersembunyi di lubuk hati setiap hambaNya. Saat memanti kuliah Tok Guru bermula.

http:///msomelayu.blogspot.com

JAWI tidak halang Eskay hendak sumpah laknat

MALAYSIA KINI


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI) membenarkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini selepas solat Jumaat hari ini, lapor Utusan Malaysia Online.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.

NONEBagaimanapun tegas beliau, Jawi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan dan urusan membabitkan upacara sumpah laknat mubahalah tersebut.

''Dia hendak bersumpah boleh di mana-mana, di tengah jalan pun boleh, sama seperti orang hendak datang bersolat di masjid, kita tidak halang.

''Jadi kita tidak halang kalau ahli perniagaan itu hendak buat sumpah laknat di premis di bawah pentadbiran Jawi tetapi, jangan kaitankan dengan Jawi kerana kita tidak terlibat langsung, '' katanya hari ini.

Semalam, Shazryl Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya pada sidang akhbarnya semalam.

azlanBagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."

Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.

PKR: Presiden MCA 'salak' di pokok yang salah

Regina Lee

PKR hari ini membidas presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mencabar parti itu supaya mengubal perlembagaan persekutuan dan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

NONESelain menuduh Chua sebagai 'perkauman', pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pemimpin parti Cina itu telah 'menyalak pada pokok yang salah'.

“Kedudukan kami amat jelas. Malah dalam Buku Jingga, kami bersepakat menerima kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan sebagainya. Pakatan tidak mempunyai masalah mengenainya.

“Tetapi kita ada masalah dengan ketuanan Melayu yang kita tolak dan mahu ia digantikan dengan ketuanan rakyat. Jika (Chua) Soi Lek mahu mencabarnya, biar dia berunding dengan PERKASA,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Sebuah video baru-baru ini dimuat-naik di laman Youtube rasmi milik MCA yang memaparkan Chua berkata beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti itu 'membatalkan hak Melayu”.

NONE“Jika PKR berani gubal perlembagaan dan hapuskan hak keistimewaan Melayu, saya adalah orang pertama angkat tangan untuk undi PKR,” katanya dalam video berkenaan.

Chua berkata demikian dalam bahasa Cina tetapi terdapat sarikata bahasa Inggeris dalam video yang dimuat-naikkan pada Rabu lalu yang diselangi dengan kesan muzik yang dramatik.

Untuk itu, Nik Nazmi menuduh Chua bersikap perkauman kerana mahu mencabar perlembagaan persekutuan sekarang ini.

“Orang tuduh Pakatan, (ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan DAP mahu 'menjual hak Melayu.' Tetapi ini, sebuah parti komponen BN mahu perlembagaan dipinda. Jika saya dalam BN, saya akan minta beliau perjelaskan kenyataannya itu,” kata Nik Nazmi.Sementara itu, naib presiden PKR Tian Chua berkata Chua tidak mempunyai asas untuk mencabar PKR kerana beliau bukan anggota parti itu. Beliau sebaliknya mencar presiden MCA itu membawa perkara berkenaan ke mesyuarat majlis tertinggi BN.

“Beliau patut mulakan di partinya sendiri dan lobi di kalangan parti BN... atau mungkin dia cuba tubuhkan PERKASA versi Cina?” soal Tian.

Video seks: Polis sekongkol dengan BN, dakwa PKR

Regina Lee

PKR mendakwa polis bersekongkol dengan BN berhubung sebuah video seks yang didakwa membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan aksi seks dengan seorang pelacur.

NONEPada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pemimpin parti itu mendakwa polis bertanggungjawab menuduh Anwar sebagai pelaku dalam video seks berkenaan.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau mendapat aduan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai SAC1 Isa Abdul Rahman dari Bukit Aman telah memberi ceramah kepada guru-guru di beberapa sekolah di Kelantan sejak beberapa bulan lalu dan mencemarkan nama baik bapanya itu.

"Saya diberitahu pegawai dari Bukit Aman itu memberitahu guru-guru di Kelantan bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara dan pelaku video itu adalah Anwar.

Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman," katanya.

NONERakan naib presiden PKR Tian Chua juga senada menuduh polis “menari mengikut rentak parti pemerintah”.

Katanya, beliau secara peribadi juga mendapat aduan bahawa pekerja parti berbangsa Melayu PKR telah diberikan 'nasihat mesra' daripada polis.

“Pekerja pilihan raya kami telah dipanggil dan diberi ceramah oleh polis yang berkata Anwar adalah lelaki di dalam video itu dan mereka mempunyai maklumat dalaman.

“Ini bukan kes terpencil. Ramai ahli kami yang berbangsa Melayu dijadikan sasaran untuk diberikan 'nasihat' bahawa Anwar adalah pelakunya. Kata-kata seumpama itu telah banyak dialami oleh ahli PKR,” katanya.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, TV Selangor melaporkan gambar Anwar yang dirakam pada 22 Febuari lalu, jelas membuktikan beliau bukan pelaku dalam video lucah Datuk T yang diambil sehari sebelumnya.

Ketika membandingkan dua gambar itu pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rambut individu dalam klip video berkenaan lebih nipis jika dibandingkan dengan rambut Anwar yang lebih tebal.

NONEGambar yang dicetak dari laman web TV Selangor itu menunjukkan rambut ketua pembangkang lebih tebal ketika hadir ke perbicaraannya pada 22 Februari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya tidak tahu kalau rambut Datuk Seri Anwar tumbuh dengan cepat," katanya.

Perbezaan dalam dua gambar itu mengukuhkan pendirian kepimpinan parti yang konsisten menyatakan bahawa Anwar difitnah oleh gadingan Datuk T dan juak-juak Umno untuk mendapat sokongan pengundi Melayu.

Datuk T merangkumi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

azlanMereka menayangkan video itu pada 21 Mac kepada wartawan dan ahli politik terpilih, dengan mendakwa Anwar adalah pelaku dalamnya.

Gandingan itu kemudian mengugut untuk menyebarkan video itu jika Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak berundur dari politik.

Anwar membuat laporan polis terhadap Datuk T manakala Angkatan Muda Keadilan membuat pertuduhan qazaf terhadap tiga individu itu yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Nik Nazmi berkata penyebaran video itu menerusi Internet dan risalah berbentuk lucah adalah cubaan terdesak Umno-BN yang cuba menjatuhkan maruah Anwar dan keluarganya.

Isu nasi lemak untuk lindungi wabak negara

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS sangat prihatin terhadap isu yang berlaku menyentuh aspek pendidikan dan pembangunan sumber manusia di negara ini termasuklah aspek pemakanan di sekolah.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar) berkata, PAS tidak mahu isu pemakanan menenggelamkan isu besar seperti isu akhlak di kalangan pelajar dan belia, isu PPSMI, isu diskriminasi politik termasuk ke atas guru, rasuah, jenayah, kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain yang belum diselesaikan.

“Apakah isu pemakanan ini serius atau hanya untuk menabiri dan melindungi isu-isu besar yang sedang mewabak dalam negara?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau merujuk kepada keputusan Kerajaan untuk menyekat penjualan nasi lemak di sekolah seperti yang disiarkan oleh akhbar-akhbar harian bersama dengan sejumlah senarai makanan dan minuman yang lain.

Menurutnya, isu pemakanan untuk pelajar-pelajar bukanlah isu yang sangat besar berbanding dengan isu akhlak dan gejala sosial yang menjadi wabak di kalangan pelajar dan belia dalam negara hari ini.

Beliau menambah, sesuatu isu sepatutnya diselesaikan secara berstrategik dalam erti kata ianya hendaklah mengambil kira kemampuan anggota masyarakat untuk mengikuti aturan dan peraturan yang hendak dikenakan.

“Apakah isu sebenar di kalangan pelajar dewasa ini?” tanya beliau lagi.

Menurutnya lagi, diandaikan isu pemakanan merupakan isu besar, maka ia mestilah dikaji secara teliti di mana spek-aspek kebudayaan dan cara hidup khususnya yang membabitkan aspek pemakanan dalam masyarakat.

Katanya, budaya pemakanan ini tidak boleh ditukar secara drastik dengan suatu penguatkuasaan undang-undang kerana aspek perundangan tidak boleh mengatasi aspek kemanusiaan.

Beliau berkata, menukar menu makanan di sekolah secara drastik membabitkan makanan tradisi seperti nasi lemak walaupun nampaknya mudah tetapi akan menekan kehidupan dan kebiasaan yang belum tentu mendatangkan mudarat, sedangkan memaksa mereka meninggalkannya lebih menyusahkan dan membebankan banyak pihak kerana makanan itu adalah mengenyangkan dan mudah serta menjadi adat dan kebiasaan yang sudah bersebati dalam kehidupan masyarakat.

“Mana satu yang lebih mudarat membiarkan menu nasi lemak seperti biasa ataupun membebankan masyarakat dengan peraturan-peraturan yang baru?

“Apa bezanya nasi lemak dengan nasi minyak, mee kuning, nasi goreng, nasi dagang, roti canai dan seumpamanya?” soalnya lagi.

Oleh kerana itu, ujarnya maka pendidikan kepada anggota masyarakat untuk mengamalkan budaya baru yang difikirkan baik adalah lebih penting daripada memaksa meraka meninggalkan kebiasaan yang tidak terbukti kemudaratannya.

Dalam isu ini, katanya aspek-aspek kemampuan ibu bapa dalam semua lapisan masyarakat di bandar dan luar bandar, kamampuan pengusaha-pengusaha kantin dan asrama dan kemampuan sekolah untuk melaksanakan peraturan dan kemampuan pelajar untuk mematuhi adalah isu besar yang memerlukan masa dan proses mendidik untuk memampukan mereka mematuhi peraturan-peraturan yang hendak dijalankan.

Sebagai perbandingan, katanya lagi isu pelajar-pelajar merokok, walaupun ia tidak dibenarkan dan diharamkan, namun peraturan-peraturan yang ada tidak dapat menyekat mereka daripada merokok bahkan masalah menjadi bertambah besar kerana makin ramai pelajar yang merokok.

Beliau berkata isu gengsterisme, pencabulan, pemakaian yang tidak menutupi aurat dan terlalu ketat pergaulan bebas, seks rambang, dadah, arak, ponteng sekolah, rempit, mencuri, ragut, vandalisme tidak menghormati guru dan menderhakai ibu bapa adalah isu-isu yang sangat menyayat hati dan mesti ditangani segera.

Pada hari ini, ujarnya terlalu banyak isu yang sedang berlaku menyentuh bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia di negara ini yang kalau tidak ditangani akan memberi kesan buruk kepada masa depan negara dan rakyat.

“Apabila pihak Kerajaan mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adakah ia bermakna isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) telah pun diselesaikan sesuai dengan tuntutan Perlembagaan Negara dan kepentingan nasional serta menjamin hak umat Islam di negara ini?” soalnya.