HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Ogos 2013

Klang dijangka paling lewat terima bekalan air



Elizabeth Wong Elizabeth Wong

SHAH ALAM - Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong memberi jaminan masalah bekalan air yang melanda Lembah Klang akan dapat diatasi secara berperingkat-peringkat hari ini.

"Orang ramai akan kembali mendapat bekalan air secara berperingkat hari ini. Semua pam air kembali beroperasi pada kapasiti penuh pada jam 6 pagi.

"Pam air ditutup pada pukul 9 pagi semalam dan semuanya kembali beroperasi secara berperingkat menjelang jam 1 pagi ini," Elizabeth dipetik sebagai berkata selepas meninjau kawasan pengambilan air yang terjejas dan memantau ujian air sehingga awal pagi.

Menurut Elizabeth, semua empat pusat kemasukan air telah mula kembali beroperasi awal pagi ini.

"Adakah ia satu gangguan bekalan air? Ya. Apakah tumpahan itu besar? Ya. Adakah ia satu krisis? Tidak. Kerana kita mula menguruskannya menjelang petang semalam," kata Wong.

Katanya, sebahagian besar diesel yang tumpah itu telah dipam keluar dari titik pengambilan air menjelang petang semalam, dan pihak negeri telah memastikan tidak ada lagi minyak di atas permukaan air sebelum bersetuju pam beroperasi secara berperingkat-peringkat.

Katanya, bekalan air ke Klang mungkin paling akhir pulih berbanding dengan kawasan lain yang terjejas lain kerana jaraknya dari takungan air.

"Pemulihan bekalan air bergantung kepada jarak kawasan dari takungan air. Di kawasan saya, saya mendapat bekalan air tetapi tekanannya rendah," katanya.

Menurutnya, tumpahan diesel itu datang dari sebuah syarikat dan bukan dari mana-mana lori tangki seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata syarikat itu mempunyai kontrak untuk membersih lori, termasuk lori sampah, dan membuang diesel itu ke dalam longkang. Diesel tersebut kemudiannya menjejaskan Sungai Selangor dan seterusnya titik pengambilan air.

Beliau juga berjanji bahawa tindakan akan diambil terhadap syarikat terbabit.

"Kami telah menutup syarikat itu, dan saya juga telah berbincang dengan setiausaha kerajaan negeri dan kami  bersetuju untuk ke Pejabat Tanah secepat mungkin dan merampas tanah tersebut," katanya.

"Kami perlu melihat apa yang boleh kita lakukan di bawah majlis tempatan," katanya lagi ditambah.

Beliau juga berkata syarikat itu mungkin ditutup kerana menyebabkan tumpahan tersebut, dan akan didakwa di mahkamah oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) semalam mengeluarkan amaran kod merah susulan tumpahan itu.

Syarikat air itu berkata tumpahan tersebut menyebabkan penutupan loji rawatan air Sungai Selangor fasa satu, dua, dan tiga serta loji  rawatan air Rantau Panjang

Empat loji rawatan air yang terjejas merangkumi 57 peratus daripada permintaan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Putrajaya pertahan Syabas, gesa kerajaan Selangor beri kerjasama

OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Putrajaya menggesa supaya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor bekerjasama dalam menangani masalah gangguan air yang melanda sekitar Lembah Klang daripada menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid mempertahankan Syabas serta berpuas hati dengan langkah berjaga-jaga yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

"Saya berpuas hati dengna tindakan yang diambil syarikat konsesi air Syabas dalam memberitahu orang ramai terhadap tumpahan minyak dan gangguan air.



 "Semua orang bekerja dengan baik untuk mengatasinya. Ini bukan masa cari salah. Saya tidak mahu bercakap tentang politik, mari bekerjasama malah semalam setiausaha negeri juga berada disini untuk memeriksa keadaan," kata beliau.


Kenyataan Mahdzir dibuat selepas Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong membidas Syabas kerana cuba mewujudkan rasa panik di kalangan orang ramai dengan mengatakan berlakunya "krisis air".

Mahdzir berkata loji pemprosesan air Kuala Langat telah kembali ke normal dan akan kembali pulih secara berperingkat dalam tempoh lima hari.

Hari ini beliau juga telah melawat Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Bestari Jaya.

Menurutnya lagi, tumpahan minyak tersebut berjaya disekat dan dialihkan daripada memasuki loji.

Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, contoh air akan diambil setiap dua jam untuk diuji bagi mengelak sebarang pencemaran, selain perangkap "oil boom" juga dipasang daripada memasuki loji.

Mengenai punca tumpahan minyak, Mahdzir mengesahkan perkara sama seperti Wong, dimana ia berpunca daripada bengkel lori berhampiran sungai.

"Pihak berwajib perlu mengambil tindakan ke atas pesalah tersebut," katanya.

Mahdzir kemudiaan membidas kerajaan negeri Selangor kerana enggan untuk melaksanakan projek Langat 2 sebagai alasan berlaku masalah gangguan air tersebut.

"Loji ini adalah sumber kepada pengguna di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor. Sebab itu kita perlukan projek Langat 2 supaya pengguna air tidak terjejas," kata beliau.

Daerah yang terjejas adalah sekitar  Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Dalam pada itu, Pembantu Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata niat syarikat konsesi tersebut adalah untuk memberi ingatan serta agar mereka mengetahui tentang krisis air atau masalah yang mungkin melanda mereka.

"1 juta pengguna bukan angka kecil. Kami bukan cuba untuk wujudkan panik tapi hanya mahu memberitahu orang ramai tentang apa yang berlaku dan kami sampaikan situasi tersebut.

"Pada masa sama berharap mereka dapat menguruskan dengan baik apabila gangguan air berlaku," terang beliau.

Awal hari ini, Wong membidas Syabas kerana "mewujudkan panik dikalangan orang awam" ekoran tumpahan minyak di Sungai Selangor yang menyebabkan gangguan air besar-besaran di Lembah Klang.

Beliau berkata Syabas tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan orang ramai panik, malah punca tumpahan minyak tersebut juga tidak benar seperti yang dikatakan.

Beliau berkata empat loji yang ditutup sebelum sudah beroperasi semula pada jam 4 pagi tadi dan mula merawat sepenuhnya pada jam 6 pagi.

"Simpanan air sudah penuh," kata beliau sebaik Syabas semalam mengaktifkan pelan kecemasan ekoran tumpahan minyak tersebut.

Wong berkata Syabas tersalah beri maklumat kepada orang ramai tentang perkara tersebut.

"Adakah ini gangguan air? Ya. Adakah tumpahan itu teruk? Ya. Adakah ia krisis? Tidak. Kerana kita sudah mula menanganinya sejak petang semalam," kata Wong kepada The Malaysian Insider.

Bengkel tersebut telah pun ditutup selepas diberikan notis arahan, malah Wong juga berkata tindakan undang-undang bakal dikenakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab tersebut.

"Sepatutnya bengkel tersebut menyimpan minyak dalam tong, tapi sebaliknya yang berlaku... ia menyebabkan minyak tersebut mengalir dan masuk ke dalam sungai," tambah beliau lagi.

Menurut Wong lagi, semua minyak telah dikeluarkan daripada sungai dan bekalan air akan pulih secara berperingkat bergantung kepada lokasi kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air.

"Semua minyak telah dikeluarkan, bekalan air yang terganggu akan pulih berperingkat.

"Kalau jauh lokasi dengan loji mungkin memakan masa sedikit, tapi kalau hampir mungkin akan cepat dapat air semula," ujarnya lagi.

Kerajaan Selangor dakwa Syabas cuba wujudkan situasi panik

OLEH MD IZWAN

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibidas Exco kerajaan negeri Selangor Elizabeth Wong kerana dikatakan mengambil kesempatan dengan mewujudkan rasa panik dikalangan orang ramai terhadap isu tumpahan minyak di sungai Selangor yang menyebabkan gangguan bekalan air.

Kenyataan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu hadir selepas Syabas semalam mengaktifkan pelan kecemasan ekoran tumpahan minyak tersebut.

"Orang ramai tidak perlu panik, keadaan sudah terkawal dan minyak yang tertumpah juga telah dikeluarkan daripada sungai.


 "Syabas tidak perlu keluarkan kenyataan untuk mencemaskan orang ramai, malah punca tumpahan minyak juga tidak tepat seperti yang mereka nyatakan," kata Wong selepas dihubungi The Malaysian Insider.


Beliau juga berkata Syabas telah memberikan maklumat salah mengenai punca tumpahan minyak tersebut.

Wong berkata punca tumpahan tersebut adalah berpunca daripada sebuah bengkel lori di Teluk Gong, Rawang dan bukannya akibat sebuah lori yang terbalik.

Bengkel tersebut telah pun ditutup selepas diberikan notis arahan, malah Wong juga berkata tindakan undang-undang bakal dikenakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab tersebut.

"Sepatutnya bengkel tersebut menyimpan minyak dalam tong, tapi sebaliknya yang berlaku... ia menyebabkan minyak tersebut mengalir dan masuk ke dalam sungai," tambah beliau lagi.

Menurut Wong lagi, semua minyak telah dikeluarkan daripada sungai dan bekalan air akan pulih secara berperingkat bergantung kepada lokasi kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air.

"Semua minyak telah dikeluarkan, bekalan air yang terganggu akan pulih berperingkat.

"Kalau jauh lokasi dengan loji mungkin memakan masa sedikit, tapi kalau hampir mungkin akan cepat dapat air semula," ujarnya lagi.

Syabas semalam berkata gangguan bekalan air dijangka menyebabkan lebih daripada sejuta pengguna di tujuh daerah di Lembah Klang akan terjejas.

Ini kerana empat loji rawatan air di Sungai Selangor Phase 1, 2 dan 3 dan Rantau Panjang perlu ditutup untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Kawasan yang terjejas ialah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Kerajaan perlu laksana GST walau tidak popular, gesa pengerusi PAC

OLEH MD IZWAN

Walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak popular dan mendapat kritikan, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini menggesa kerajaan terus melaksanakannya bagi menjana pendapatan negara.

Beliau berkata, sememangnya pelaksanaan GST di Malaysia bukan satu langkah popular tetapi sistem cukai baru itu perlu dilaksanakan bagi menjamin pendapatan kepada kerajaan sekaligus membolehkan pembangunan negara terus dapat dilaksanakan.

“Banyak kerajaan negara lain yang melaksanakan GST ini, kemudian kalah dalam pilihanraya tetapi kerajaan baru yang dipilih daripada pembangkang tidak menghapuskan cukai ini, jadi ia adalah bukti bahawa GST sememangnya memberikan sumbangan dalam menjamin pendapatan negara,” kata beliau.


 Kenyataan Nur Jazlan hadir selepas kadar pertumbuhan negara tidak mencapai sasaran seperti yang ditetapkan, Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini juga telah menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 ini kepada antara 4.5% dan 5% daripada antara 5% dan 6% sebelum ini.


Dalam laporan suku kedua tahun ini, BNM melaporkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar pada 4.3%, kadar yang dianggap perlahan menurut penganalisis ekonomi berbanding unjuran awal yang diramalkan pada 4.9%.

Beliau turut menggesa supaya rakyat perlu diberi penjelasan supaya mengetahui fakta sebenar mengenai GST serta sebab mengapa sistem itu perlu dilaksanakan dengan segera.

"Masalahnya di Malaysia ini, persepsi lebih diterima sebagai fakta sehingga menyebabkan fakta dianggap sebagai penipuan, begitu hebat putar belit pembangkang yang meracuni fikiran rakyat mengenai GST ini," kata beliau.

Nur Jazlan yang juga seorang akauntan bertauliah menegaskan kegagalan kerajaan memberikan penerangan selengkapnya mengenai GST kebaikan serta kelebihan sistem itu kepada rakyat menyebabkan ia gagal dilaksanakan sejak ia diperkatakan pada 2005.

“Terus terang saya kasihan melihat Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berseorangan dalam memberikan penerangan mengenai GST kepada rakyat. Jentera sistem penyampaian kerajaan yang merangkumi setiap agensi serta kerajaan perlu digerakkan bagi memberikan lebih pemahaman kepada rakyat mengenai GST ini,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Langkah pelaksanaan GST dilihat sebagai jalan untuk mengatasi defisit fiskal yang sudah melebar kepada RM14.9 bilion, selain penurunan mendadak lebihan akaun semasa kepada RM2.6 bilion dalam suku kedua tahun ini.

Mengulas mengenai GST lagi, Nur Jazlan, berkata Malaysia adalah antara kelompok kecil negara di dunia ini, yang masih belum melaksanakan GST, sedangkan lebih 200 negara seluruh dunia termasuk Mesir, Thailand, Filipina dan Singapura sudah melaksanakannya.

"Malah Indonesia, Nigeria serta Pakistan sudah melaksanakan GST, adakah Malaysia terlalu teruk sehingga masih tidak boleh melaksanakan GST," ujarnya lagi.

Beberapa hari lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengakui bahawa kerajaan akan cuba memasukkan GST dalam Bajet 2014, yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan, Oktober ini.

Malah, Najib dalam pembentangan Bajet 2013 tahun lalu, turut menyatakan bahawa kerajaan akan cuba menstruktur semula sistem cukai negara dalam memastikan defisit perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan.

Najib bakal menghadapi cabaran kepimpinan menjelang pemilihan parti Oktober ini, menimbulkan ketidaktentuan janjinya untuk mengurangkan defisit sebanyak 4.5 peratus daripada KDNK, Malaysia antara negara yang mempunyai hutang tertinggi di Asia.

Malaysia mencatatkan hutang kerajaan kepada KDNK 53.1% daripada KDNK pada 2012.

Agensi penarafan kredit dunia, Fitch Ratings baru-baru ini meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif, serta mempersoalkan langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi kewangan terutamanya selepas berakhir pilihan raya baru-baru ini

Mayat Bayi Dalam Loji Kumbahan UiTM Dungun

 
KELAB GREENBOC
 
Warga kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi ditemui dalam loji kumbahan berdekatan Kolej Redang, dekat sini, pagi semalam.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui terapung dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di permukaan loji kumbahan oleh seorang juruteknik syarikat kontraktor, 39, yang ingin memulakan kerja pembersihan di kumbahan tersebut.

Mayat bayi perempuan yang mungkin baru dilahirkan itu dipercayai agak lama dan berkemungkinan masuk ke dalam loji kumbahan itu melalui saluran najis berukuran kira-kira 20 sentimeter dari tandas asrama.

Pemeriksaan awal mendapati bayi terbabit mengalami kecederaan pada bahagian badan, lengan dan tengkorak kepala pecah dan ia berkemungkinan berusia dalam tempoh 48 jam.

Siasatan awal polis mendapati kawasan kejadian berpagar dan dipercayai tidak berkunci semasa kejadian.

Mayat berkenaan kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hosital Dungun untuk pemeriksaan lanjut serta dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah ketika mengesahkan kes berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci daripada pelbagai sudut termasuk melihat rakaman kamera tertutup (CCTV) serta menyoal siasat beberapa saksi yang boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.

Menurut Ismail, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Rektor UiTM Dungun, Profesor Madya Dr Abdol Samad Nawi ketika dihubungi berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan dan menyerahkan kes itu kepada pihak polis.

"Kita tak boleh komen apa-apa, biarlah polis siasat dahulu kes ini kerana ia adalah kes polis,” katanya. -SH

Nurul Izzah: Rakyat beri nilai pada kemerdekaan Malaysia

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat Malaysia sendiri yang akan memberikan nilai kepada kemerdekaan Malaysia.

n_izzah

Dalam perutusan ringkas sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-56, Nurul Izzah turut mengulas berhubung cadangan memainkan lagu ‘Negaraku‘ di pawagam seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.

“Nyanyilah lagu Negaraku dengan spontan, kerana kitalah yang akan memberikan nilai kepada kemerdekaan Malaysia,” kata Nurul Izzah ringkas dalam perutusannya.

Dalam video tersebut, beliau turut menyampaikan dua rangkap pantun, bersempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-56, hari ini.

Beribu berjuta disaksi disaksi rakyat,
Begitu syahdu suara Pak Tunku;
Berjuang berkorban sepanjang hayat,
Sebutan syahdu lama ditunggu.
31 Ogos tarikh keramat,
Hari disambut penuh rahmat;
Penantian lama aspirasi rakyat,
Agar merdeka sehingga kiamat.

Video perutusan boleh ditonton melalui pautan ini.

Malaysia wajar tulis peranan rakyat pelbagai lapisan tuntut Merdeka

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM:  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penglibatan pelbagai lapisan rakyat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan perlu ditulis dalam sejarah Malaysia.

“Keterlibatan rakyat pelbagai lapisan menuntut kemerdekaan perlu ditulis dalam sejarah Malaysia agar generasi seterusnya mendapat maklumat dan fakta sebenar,” kata Khalid Ibrahim dalam perutusan kemerdekaan ke-56.

Beliau menyeru rakyat Malaysia tidak melupakan pengorbanan orang terdahulu dalam usaha menuntut kebebasan tanahair daripada belenggu penjajahan.

“Orang Melayu dari pemimpin, pegawai, buruh, guru dan ulama serta kaum India dan Cina sama terlibat dalam gerakan anti-British, perjuangan nasionalisme, penaklukan Jepun, ancaman komunis dan perisytiharan darurat

.Tunku_Merdeka

“Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union, penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, perjuangan dan perundingan kemerdekaan Tanah Melayu 1957 dan pembentukan Malaysia 1963,” kata Khalid.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata, sejarah kemerdekaan negara ini wajar dikaji dan ditulis semula kerana terdapat fakta tidak jelas.

Katanya, penulisan semula perlu dilihat dari aspek gambaran sebenar peristiwa kemerdekaan memandangkan terdapat perbezaan pendapat di kalangan sejarawan dan ahli akademik.

Tegas Khalid, konsep kemerdekaan bukanlah segala-galanya bebas, namun dengan batas moral dan etika.
“Rakyat Malaysia tertakluk kepada ajaran agama, adat istiadat serta perlembagaan negeri dan negara,” katanya.

Salahkah pemimpin kritik parti sendiri?


Oleh Zahiruddin Zabidi

Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme (2009) adalah buku karangan Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar.

Buku tersebut diterbitkan pada tahun 2010 oleh The Malaysian Insider Sdn Bhd. 

Pada tahun 2012, sebuah lagi buku sebagai kesinambungan buku yang pertama itu pula terbit dengan tajuk Rejuvenasi PAS: Idea, Realiti, Aplikasi ke Arah Aspirasi Masa (2012) terbitan Ilham Centre.

Sebelum kedua buah buku Dr Mujahid ini terbit, sebuah buku dwibahasa berjudul Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia (2009) terlebih dahulu diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia - ITBN (kini dikenali sebagai Institut Terjemahan & Buku Malaysia - ITBM).

Pengarangnya adalah Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau pada masa itu merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap ahli Parlimen Temerloh dan merupakan timbalan menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Istimewanya ketiga-tiga buku ini, ia ditulis oleh politikus yang merupakan pimpinan tertinggi parti masing-masing dan merupakan ahli parlimen dalam masa yang sama.

Kedua-duanya juga agak aktif menulis di media massa sehingga sekarang sama ada atas talian atau cetak, meskipun kini Saifuddin tidak lagi bergelar YB kerana tewas kepada Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Mujahid dan Saifuddin 

Mereka tidak perlu diperkenalkan lagi kepada mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air khususnya bagi ahli PAS dan Umno. Masing-masing punya kekuatan dan kelebihan ketara berbanding dengan pimpinan lain dalam parti masing-masing dalam beberapa aspek.

Antaranya daya ketahanan yang sudah teruji di medan aktivisme politik dan intelektual.
Kedua, penulis buku itu selain ahli politik sepenuh masa, mereka juga aktivis, sekali gus pekerja intelektual di universiti sebelum terjun membawa gagasan dan idealisme politik ilmu dalam parti masing-masing.

Maka tidak hairan, dalam apa jua program wacana, perdebatan yang kritikal dan memerlukan daya analisis dan penghujahan yang kritis serta bersangkut dengan realiti politik tanah air dan antarabangsa, wajah kedua penulis inilah yang kerap kelihatan.

Pendekatan politik mereka berdua juga berjaya menarik minat anak muda khususnya siswa bagi membincangkan politik bukan atas nilai sentimen dan ikut-ikutan namun lebih kepada politik yang berbumbu asas kepada ilmu yang dianalisis rencam.

Ia sebagaimana layaknya seorang siswa universiti yang wajar berfikir dalam setiap apa isu. Sementelah universiti adalah taman tumbesaran dan pengasahan pemikiran para siswa bukan sebaliknya.

Justeru buku-buku itu - Menuju PAS Baru I dan II serta Politik Baru - sarat dengan analisis dan pemikiran menyangkut situasi realiti yang berlaku dalam parti masing-masing.

Tidak ramai ahli malah pimpinan yang sudi meluangkan masa berfikir apatah lagi menulis sesuatu idea besar dan konstruktif kepada organisasi mereka melainkan benar-benar mempunyai desakan kuat dari dalam diri.
Ini kerana menulis adalah kerja berfikir yang memerlukan proses pembacaan, penelitian, pengamatan, perbandingan, analisis dan pemilihan yang teliti dan tepat faktanya.

Namun berceramah khususnya ceramah politik, barangkali semudah makan nasi lemak atau roti canai di gerai mamak bagi seseorang ahli politik menjenamakan retorik diri masing-masing.

Sewajarnya, kredit yang besar bagi seorang pimpinan yang sibuk dengan aktiviti politik masih lagi punya masa untuk menulis sebuah rencana sepanjang 500 patah perkataan saban minggu, apatah lagi menulis sebuah buku!

Bukan refleksi prestasi teruk BN

Saifuddin dengan jelas menyatakan bahawa antara lain sebab beliau menulis buku tersebut bukan sebagai refleksi prestasi teruk BN pada PRU12.

BN hilang empat negeri dan gagal menakluk Kelantan, hilang majoriti 2/3 dalam parlimen dan PRU tersebut dikatakan sebagai PRU paling buruk dalam sejarah BN-Umno.

Sesuatu perlu dilakukan dan Saifuddin memulakan kata pengantar buku tersebut dengan berkata:
Saifuddin kemudian menghuraikan lanjut mengenai idealisme dan harapan beliau dalam politik dalam buku ini.

Buku tersebut disusun dalam dua bahagian. Bahagian pertama berkisarkan topik intergriti politik dan kebahagiaan manakala bahagian kedua pula kerangka pentadbiran baru.

Bahagian pertama memuatkan empat bab, iaitu Idealisme Politik, Politik Ilmu, Politik Hikmah dan Politik Bakti.

Bahagian Kedua pula sarat dengan lima bab perbincangan seputar Tiga Sektor Pembangunan Negara, Generasi Muda dan Masyarakat Sivil, Keperluan Kepada Governance Baru, Penghakupayaan Perniagaan dan Masyarakat Sivil serta Perwakilan Perniagaan dan bab terakhir Perwakilan Perniagaan dan Masyarakat Sivil.

Buku ini diterbitkan dalam dwibahasa iaitu dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Setiap versi pula tidak sampai 100 muka surat penulisannya.

Namun itu sudah cukup memberikan sesuatu bagi mereka yang berjiwa besar dan mengimpikan Malaysia mencapai tahap politik ilmu dan bebas daripada politik sentimen yang selama ini mendampingi rakyat Malaysia.

Dari PAS baru kepada rejuvenasi
Kedua-kedua buah buku Dr Mujahid pula estrak penulisan PhD beliau di Universiti Malaya (UM).

Beliau berkelulusan ijazah pertama Universiti Al-Azhar, Mesir kemudian menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum meneruskan PhD di UM dalam bidang Siyasah Syar`iyyah, dengan fokus terhadap konflik PAS.

Sebagai seorang akademia pada peringkat awalnya dan dalam masa yang sama membawa nama sebagai anak bongsu mantan presiden dan Mursyidul Am pertama PAS, Dr Mujahid tidak pernah sama sekali terpisah daripada aktivisme parti.

Beliau malah menjadikan PAS Melaka sebagai subjek kajian mengenai konflik dalam tesis PhD-nya itu.
Dr Mujahid memperkenalkan pendekatan teori pembelajaran dan keluk ‘S' dalam menilai turun naik perkembangan PAS secara umum.

Beliau menyatakan bahawa PAS sekarang di ambang keluk yang ketiga selepas hampir 60 tahun tertubuh sejak tahun 1953.

Lekuk pertama mewakili zaman permulaan hingga ke zaman krisis dan konflik era Datuk Asri Muda sebagai presiden (1953-1981).

Lekuk kedua pula bermula dari era kepimpinan ulama yang digagaskan pada tahun 1982 oleh ayahanda beliau sendiri, Yusuf Rawa sebagai presiden.

Ternyata dasar dan idea yang dikatakan mendapat pengaruh besar daripada semangat Revolusi Iran itu berjaya menarik orang Melayu yang tinggi nilai sentimen Islam untuk bersama PAS.

Ia kemudian menatijahkan kemenangan besar di beberapa negeri bermula dengan Kelantan (1990-sekarang), Terengganu (1998-2002) dan Kedah (2008-2012).

Selepas genap 30 tahun (1982-2013), Dr Mujahid maramalkan akan berlaku lonjakan pada lekuk ketiga selepas era kepimpinan ulama yang sudah berjaya menjadi dasar utuh dalam PAS.

Ia malah dipraktikkan di Kelantan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selama 23 tahun.

Dengan konflik sedia ada, PAS seolah-olahnya memerlukan sesuatu yang baru supaya kekal menjadi parti alternatif pilihan di peringkat nasional - bukan lagi di peringkat negeri, bangsa atau penganut agama tertentu sahaja.

Demikian lahirnya buku Menuju PAS Baru dan Rejuvenasi PAS sehingga menimbulkan, kontroversi malah menjadi lawak masyarakat apabila buku yang ditulis oleh AJK Pusat diharamkan dibaca oleh ahli.

Kedua judul tersebut hanya menggambarkan pengharapan dan gagasan yang sudah sebati dalam Islam sendiri iaitu tajdid.

Menuju PAS baru dalam erti kata, bukanlah membina PAS baru dan meruntuhkan yang lama. Begitu juga rejuveasi yang bermaksud meremajakan itu.

Dasar yang lama dan sudah utuh, malah terbukti kejayaannya wajib diteruskan dan diperkemaskan secara istikamah.

Namun perkembangan politik semasa yang sentiasa berubah mengikut zaman memerlukan sesebuah parti untuk memperbetulkan diri bagi mengekalkan kerelevenannya di persada politik tanah air.

Jutaan pengundi baru saban lima tahun muncul dan mereka bukannya semua ahli PAS. Mereka perlu diyakinkan penyokong parti Islam itu bahawa PAS pilihan terbaik bagi memperjuangkan hak sivil masyarakat majmuk di Malaysia.

Justeru, kedua naskhah Dr Mujahid ini menganalisis konflik dalam PAS dan menawarkan penyelesaian bagi parti untuk masa depan.

Ia bukan sekadar membebel segala fakta yang nostalgik namun lebih kepada fokus apa yang perlu parti buat selepas ini. Ini jelas dilihat dalam kandungan kedua buku tersebut.

Menuju PAS Baru bermula dengan perbincangan mengenai Konflik Parti Islam, Krisis Awal, Lekuk Pertama: Kocakan Idealisme, Era Dua Batu Nisan, Lekuk Kedua: Kepimpinan Ulama, Ketokohan Yusuf Rawa, Krisis Identiti, Kebangkitan PAS dan Pembentukan Identiti, Rasional Lekuk Ketiga dan Menuju Hala Tuju Baru.

Manakalah buku kedua, Rejuvenasi PAS pula selain memuatkan kata pengantar daripada Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pandang sisi daripada Abdul Shukur Harun (Pak Shukur) serta Dr Maszlee Malik, perbahasan dipecahkan kepada tiga bahagian besar iaitu Sorotan Menuju PAS Baru, PAS & Realiti Masa Kini dan Rejuvenasi PAS.

Bahagian pertama perbahasa berkisarkan tajuk Sorotan Teori Dalam Buku Menuju PAS Baru, Perkembangan Konflik dan Teori Pembelajaran, Kebangkitan PAS dan Pembentukan Identiti dan Rasional Kemunculan Lekuk Ketiga.

Bahagian kedua membahaskan tajuk seperti Dari Tesis Menjadi Buku, Penjelasan Istilah PAS Baru, Landasan Pemikiran Politik Islam, Tajdid Yang Diperlukan, Tajdid Organisasi, Manhaj Wasathiyah, Panduan Fiqh Baru, Fiqh Kenegaraan, Membuat Keputusan, Konsep Kolektif, Manifestasi Islam Hari Ini, Politik Islam Pasca Khilafah Thmaniyah, Pengolahan Daulah Islam, Islam Dalam Kerangka Perlembagaan dan Perincian Keluk Ketiga.

Manakala dalam bahagian ketiga, tajuk-tajuk yang dibahaskan adalah Menuju Rejuvenasi PAS, PAS Menjadi Multi-Racial, Kepimpinan Inklusif, Rejuvenasi Organisasi PAS, Model Pendekatan Organisasi, Pemerkasaan Organisasi PAS, Politik Dalaman dan terakhir Inisiatif Perubahan.

Wacana Facebook, Twitter

Persoalannya adalah sejauh mana ahli-ahli parti politik kedua pimpinan ini menghargai penulisan yang bersifat wacana terbuka dan penuh dengan idealisme ini?

Sama ada mereka bersetuju atau tidak itu isu yang seterusnya, namun sikap ahli dalam menghadapi wacana kritis daripada kalangan pimpinan mereka sendiri itu bagaimana?

Banyak mana sudah ahli Umno yang membaca naskhah Politik Baru karya Saifuddin yang mewakili idealisme diri dan harapannya kepada ahli, pimpinan dan parti Umno keseluruhannya?

Seramai mana pula ahli dan pimpinan PAS yang sudah menghadam lumat hujah, perbahasan dan analisis dalam kedua buah buku Dr Mujahid sebelum ‘fatwa' haram bagi ahli membacanya dikeluarkan?

Penulis fikir buku-buku inilah sesuai dijadikan bahan perbincangan dalam usrah di peringkat apa pun.
Kita masih jauh daripada budaya politik sihat jika penulisan buku-buku sebegini juga ditanggapi dengan emosi dan bukan juga dengan hujah sedangkan budaya ilmu yang tinggi dan mantap menjadi intisari kepada kehebatan sejarah dan tamadun Islam dahulu kala.

Di sini, usaha mewacanakan karya Dr Mujahid oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor melalui karyanya Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan wajar dipuji.

Ia menunjukkan bahawa generasi pimpinan pelapis PAS lebih bersedia berwacana mengenai isu parti mereka sesama mereka berbasiskan ilmu dan hujah. Bagaimana dengan Umno?
Dan, perlu difahami bahawa wacana di Facebook dan Twitter tidak dikira menepati sidang wacana sihat dan ilmiah itu sendiri.

ZAHIRUDDIN ZABIDI calon ijazah sarjana Pengajian Islam (Sejarah & Tamadun Islam).

Syabas: 4 loji rawatan mula beroperasi


Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ingin memaklumkan status terkini Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah yang diaktifkan ekoran gangguan bekalan air termasuk tekanan air rendah di tujuh (7) wilayah pengguna iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Ia ekoran hentitugas tidak berjadual Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang antara di antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi, 30 Ogos 2013 ekoran pencemaran air di Sungai Selangor disebabkan tumpahan minyak diesel terletak di hulu sungai muka sauk air mentah loji-loji rawatan air berkenaan.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, ke empat-empat loji rawatan tersebut telah mula beroperasi semula pada sekitar 3:00 pagi, 31 Ogos 2013 dan bekalan air terawat mula disalurkan ke sistem agihan dari setiap loji rawatan air mulai sekitar jam 6:00 pagi.

Sehingga jam 10:00 pagi, 31 Ogos 2013, beberapa kawasan pengguna yang terlibat sudah mula menerima semula bekalan air walaupun mengalami tekanan rendah.

Sehubungan itu, dianggarkan jumlah akaun pengguna yang terjejas telah menurun kepada kira-kira 880,000 akaun dan merupakan 60 peratus daripada jumlah akaun pengguna di enam (6) wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Sementara keseluruhan kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air di wilayah Kuala Langat telah menerima bekalan air semula sepenuhnya.

Pihak Syabas menjangkakan pemulihan bekalan air terawat secara berperingkat bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas akan mencapai ke tahap 80 peratus dalam tempoh 3 hari lagi sementara pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

Bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh pengguna, pihak Syabas telah menggerakkan kesemua sumber yang ada bagi membantu pengguna dalam penghantaran bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik.

Sehingga kini, sebanyak 46 lori tangki telah digerakkan ke kawasan yang terlibat dan 20 buah tangki air statik pula telah diletakkan di lokasi-lokasi yang strategik di kawasan-kawasan yang terlibat.

Sementara itu sejumlah 505 tangki statik diletakkan dalam keadaan tunggu sedia.

Pihak Syabas juga menerima bantuan sebanyak 14 lori tangki dari negeri-negeri lain iaitu Syarikat Air Johor (6 buah), Lembaga Air Perak (6 buah) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (4 buah). Kesemua lori-lori tangki ini sedang di dalam perjalanan ke Negeri Selangor.

Walaubagaimanapun, pihak Syabas ingin memaklumkan sekali lagi bahawa pihak Syabas tidak dapat menyediakan sumber yang mencukupi bagi memenuhi keperluan semua pengguna terlibat kerana jumlah pengguna yang terlibat adalah sangat ramai.

Sehubungan itu, bantuan bekalan air akan lebih ditumpukan kepada premis-premis dan keperluan seperti hospital dan pusat perubatan, pusat-pusat dailisis, masjid-masjid dan majlis kematian untuk pemandian jenazah.

Oleh yang demikian, para pengguna yang terlibat dinasihatkan agar bersabar dan menggunakan bekalan air yang diterima untuk tujuan utama sahaja.

Sementara itu, pihak Syabas akan terus memantau situasi dan memaklumkan perkembangan selanjutnya kepada orang ramai dari masa ke semasa.

Bekalan air pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu

Bekalan air pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu Datuk Seri Mahdzir Khalid menunjukkan sampel air yang telah dipulihkan dan yang telah tercemar akibat minyak diesel semasa membuat lawatan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor, Fasa Dua, Bukit Badong Syabas hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menjangka gangguan bekalan air di enam wilayah terjejas akibat pencemaran Sungai Selangor akan pulih secara berperingkat dalam masa tiga hari lagi sebelum pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu.
 
Sehingga kini, jumlah pengguna yang terjejas telah menurun kepada kira-kira 880,000 akaun pengguna iaitu 60 peratus daripada jumlah pengguna di enam wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
 
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata pengguna wilayah Kuala Langat telah menerima bekalan air semula sepenuhnya sejak awal pagi tadi. 
 
"Oleh sebab kawasan yang terlibat amat luas dan jumlah pengguna yang terjejas melebihi sejuta orang, semua kakitangan Syabas kini bertugas 24 jam secara bergilir-gilir bagi memastikan semua kerja-kerja berjalan lancar," katanya kepada Bernama hari ini.
 
Semalam, operasi empat buah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan LRA Rantau Panjang ditutup selepas sumber air dari Sungai Selangor mengalami pencemaran air disebabkan tumpahan minyak diesel di hulu sungai di sekitar Rawang.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred dalam kenyataannya, berkata bekalan air terawat mula disalurkan ke sistem agihan empat loji rawatan air yang mula beroperasi semula sejak 3 pagi tadi.
 
"Bagi membantu meringankan beban pengguna, Syabas meletakkan 46 buah lori tangki di kawasan terjejas.
 
"Selain itu, sebanyak 14 lori tangki dari negeri-negeri lain iaitu enam buah dari Syarikat Air Johor, Lembaga Air Perak (6) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (4) turut ditempatkan di kawasan terjejas," katanya.  - Bernama

Merdeka juga bererti bebas daripada kemiskinan

Oleh Liew Chin Tong

1075642_10151532582660911_607026115_n

Apabila kita melihat media arus perdana, tidak kira sama ada ia akhbar berbahasa Melayu, Mandarin, Tamil atau Inggeris; debat-debat politik tidak boleh tidak, pastinya akan dibingkaikan dalam lingkungan perkauman dan keturunan. Dalam wacana yang berkisar soal kaum, semua orang nampaknya mempunyai sudut pandang sendiri untuk ditokok tambah kepada perkelahian yang tidak berkesudahan ini.

Ini akhirnya membawa kepada kelesuan secara kolektif dan kita semua kemudian menjauh daripada isu-isu yang sepatutnya mengisi ruang media dan perbahasan polisi awam – isu penting seperti kesihatan dan penyakit, kerjaya, pendidikan dan banyak lagi keperluan asas dalam kehidupan.

Sambil kita meraikan Hari Merdeka, saya ingin berkongsi tiga kisah benar yang berlaku di kawasan saya di Kluang, Johor.

Tiga Kisah Benar

Pertama: Sebuah keluarga di Sri Lalang, dalam sebuah kampung terletak antara sempadan parlimen Kluang dan Ayer Hitam. Ketua keluarga seorang kelindan lori dengan berpendapatan kurang RM1,000 sebulan.

Tinggal bersamanya dalam rumah yang sama adalah ibunya yang berusia 85 tahun serta ibu mentuanya yang berusia 71 tahun; selain isteri dan lima anaknya.

Anaknya yang sulong sudah bekerja. Dengan keadaan kewangan yang begitu buruk, dua lagi anaknya memilih untuk berhenti sekolah menengah. Yang berusia 16 tahun berhenti bersekolah tiga tahun lalu, yang seorang lagi berhenti sekolah tahun ini.

Sekolah menengah mereka terletak tidak jauh dari rumah, serta memerlukan wang tambang harian selain duit poket sebanyak RM5. Dua lagi anaknya yang di sekolah rendah memerlukan RM2 setiap hari untuk tambang bas dan duit poket. Keluarga ini hidup serba daif, pondok kayu yang menjadi rumah mereka tidak pun mempunyai sistem penjagaan kebersihan yang sewajarnya.

Kedua: Sebuah keluarga tinggal dalam sebuah rumah kos rendah di Jalan Sawi. Bekalan elektrik mereka telah dipotong kerana tidak mampu membayar bil. Pemilik rumah berusia 45 tahun itu turut kehilangan pekerjaan kerana penyakit migrain dan masalah mata; kesan daripada kemalangan motosikal yang terjadi ketika beliau berusia 19 tahun.

Anaknya yang paling tua berusia 18 tahun. Anak-anak yang lain, berusia antara 12 ke 16 tahun terpaksa berhenti sekolah. Anaknya yang paling bongsu menghidap penyakit kencing manis dan memerlukan suntikan insulin empat kali sehari.

581423_10151532582460911_1704039123_n

Ketiga: Seorang ibu amat memerlukan derma, memohon bantuan dari rumah ke rumah demi menyelamatkan anak perempuannya yang berusia dua tahun yang lahir dengan jantung berlubang. Suaminya melakukan kerja-kerja rencam, tidak mampu mengekalkan kerja sepenuh masa setelah ditimpa kemalangan jalanraya. Mereka mempunyai tiga orang anak.

Wanita itu yang berpendidikan, memang mempunyai pekerjaan, tetapi terpaksa dilepaskan demi menjaga anaknya yang sakit. Beliau kini hanya menjadi pembantu warung dengan gaji RM2 sejam.

Memandangkan Hospital Besar Kluang tidak mempunyai doktor pakar bagi merawat penyakit anak perempuan itu, beliau terpaksa menempuh perjalanan sejauh 110km ke Johor Bahru untuk rawatan. Perjalanan itu memakan belanja tinggi bagi seseorang yang digaji RM2 satu jam.

Kesengsaraan yang dikongsi

Setiap kisah benar ini menimbulkan resah di hati saya. Begitu mengarut sekali apabila sesudah 56 tahun Merdeka, masih wujud anak-anak yang berhenti sekolah kerana keluarga tidak ada wang.

Begitu banyak kes kemiskinan dikaitkan dengan kemalangan motosikal yang mengakibatkan kecederaan atau kematian. Setiap tahun kemalangan jalan raya mencatat bilangan purata 6,000 kematian dan 50,000 kecederaan; dan di sebalik setiap kematian dan kecederaan pastinya akan timbul kisah yang mendukacitakan.

Tidak cukup usaha dan daya fikir dilimpahkan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam. Bagaimana kita boleh bebas daripada model lalu lintas yang berkiblatkan kenderaan kereta persendirian?

Jabatan Kebajikan Masyarakat menawarkan bantuan minima dan sumbangan kewangan; secara umum ia bersikap seolah-olah ‘bagi sikit adalah lebih baik daripada tak ada langsung’. Sistem ini tidak mampu menangani keperluan kebajikan baru yang kian timbul.

Dasar kita terhadap keperluan perubatan dalam masyarakat adalah begitu tidak acuh, pasif serta mementingkan wang. Pada masa yang sama, masalah yang dihadapi populasi warga berusia hampir langsung tidak dipedulikan dan tidak diambil kira dalam perancangan pihak berkuasa.

Selepas krisis ekonomi tahun 1997, ekonomi kita tidak berkembang pesat, gaji juga tidak meningkat. Kebanjiran tenaga kerja asing malah memastikan gaji kita tidak bertambah.

Ramai warga yang rajin berusaha hampir langsung tidak mampu untuk menampung kehidupan harian. Apabila ditimpa penyakit, seluruh keluarga hampir mungkin hilang mata pencarian.

Dan ya, ketiga-tiga keluarga dalam kisah di atas kesemuanya Melayu.

Memecahkan bingkai perkauman

Begitupun masih ada antara kita yang tersekat dalam bingkai dan sempadan perkauman ini. Ada orang Cina yang percaya bahawa SEMUA orang Melayu menerima bantuan kerajaan. Saya ingin katakan kepada mereka bahawa kemiskinan tidak mengenal sempadan kaum. Ada jauh lebih ramai keluarga Melayu miskin dari yang dapat kita bayangkan.

Melayu bukan masalahnya. Masalahnya ialah UMNO. UMNO lah yang mendakwa kononnya ia juara mempertahan kepentingan ekonomi Melayu. Namun saya boleh buktikan bahawa dakwaan UMNO itu tidak benar.

Marilah kita menanggalkan cermin gelap perkauman dan melihat kepada keperluan setiap orang, tanpa mengira kaum, dari segi peluang pekerjaan, pendidikan, perumahan, pengangkutan, kesihatan dan kebajikan.

Masanya sudah tiba untuk para penggubal dasar kembali kepada asas keperluan manusia demi membina semula negara yang telah cacat halatujunya.

Petriotikkah anda tanpa hormat lagu petriotik?


Oleh Ahmad Baei Jaafar 


Adakah anda tidak petriotik? Begitulah antara soalan yang sering kita dengar dilemparkan oleh pemimpin masyarakat setiap kali kita menyuarakan pandangan yang seperti mengkritik kerajaan. Apakah maksud petriotik? Apakah dengan mengkritik pemimpin atau kerajaan boleh dianggap tidak petriotik?

Perkataan patriotik berasal daripada perkataan patriot yang bermaksud orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Jadi patriotik bermaksud bersifat patriot iaitu orang yang sifat mencintai negara dan mempertahankan kedaulatan negara. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Berdasarkan pengertian di atas polis, askar dan seumpama mereka sah-sahlah petriotik. Begitu juga pegawai kerajaan terutama guru-guru sekolah, mereka pasti petriotik kerana kerja mereka untuk membantu negara dan rakyat. Namun dalam menjalankan tugas mereka tidak terlepas daripada mengkritik kerajaan atau pemimpin.

Dalam setuasi itu mereka seharusnya tidak disifatkan sebagai tidak bersifat petriotik. Malah boleh jadi mereka sangat pertriotik kerana mereka tidak senang hati atau sensitif dengan penyelewengan atau kelemahan kerajaan. Orang yang mengkritik kerajaan tentu kerana mereka lihat sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran kerajaan.

Siapa yang tidak Petriotik?
 
Sebenarnya orang yang tidak bersifat petriotik boleh dilihat pada tindakan hariannya dalam negara ini. Jika mereka kelihatan tidak sayang kepada negara sekali gus membuka ruang kepada orang lain untuk mempermain-mainkan negara maka dia tidak lagi petriotik. Anda mungkin pernah menonton sebuah filem Melayu lama bagaimana Melaka diserang Portugis. Seorang pembesar negeri yang rasa kecewa dengan sultan Melaka lalu membuka sempadan dan berpakat dengan pedangang Portugis untuk menggulingkan sultan. Sah beliau tidak petriotik.

Adakah masih wujud rakyat Malaysia yang sifatnya seperti pembesar Melaka itu? Mungkin ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang memburuk-buruk nama baik Malaysia di luar negara atau suka mendedahkan keaiban kerajaan kepada pihak musuh. Atau ada pegawai kerajaan yang mendedahkan rahsia atau strategi kerajaan kepada musuh. Mereka ini sebenarnya boleh dikategorikan sebagai tidak petriotik.

Suatu ketika kita dihebohkan ada rakyat Malaysia yang mempermain-mainkan lagu “negaraku”. Saya sendiri tidak pernah dengar lagu itu dan tidak pernah membaca lirik yang diubahsuai itu. Ramai yang memberi respons memarahi tindakannya. Ya, kalau dia dengan lagu itu menghina dan meletakkan Malaysia di tempat yang rendah sahlah dia tidak petriotik.

Tetapi kalau ada orang luar Malaysia memburukkan Malaysia, menghina pengangan agama kita, mereka itu tidak boleh dikatakan tidak petriotik kerana mereka bukan warganegara. Namun jika ada rakyat Malaysia yang tidak membantah tindakan mereka itu maka hakikatnya rakyat Malaysia itulah yang tidak pertriotik. Adakah wujud rakyat Malaysia seperti itu?

Dalam setuasi lain, pernah kita jumpa bendera Malaysia, Jalur Gemilang jatuh menyembah bumi. Mungkin ikatannya tidak kuat atau digamkan dengan gam yang kurang kuat. Apakah sikap anda apabila melihat bendera itu? Kalau anda hanya mengais dengan kaki ke tepi jalan kerana menganggapnya sebagai sampah sahaja. Maka perbuatan itu seperti tidak menghormati Malaysia kerana bendera itu adalah lambang kewujudan Malaysia. Sikapnya ketika itu sudah dikira tidak petriotik.

Keadaan ini berbeza kalau seseorang itu meletakkan bendera itu pada keretanya tetapi kemudian terjatuh sewaktu tengah memandu di jalan raya. Dia bukan tidak petriotik kalau tidak berhenti mengambil bendera itu kembali. Keadaan itu tidak mengizinkan untuk dia berhenti.

Tetapi adakah orang yang tidak pasang bendera jalur gemilang di mana-mana primisnya atau kenderaannya dikira sebagai tidak petriotik? Di sini kita perlu menilai apakah sebab dia tidak mahu memasang. Mungkin kerana tiada wang untuk membelinya atau rasa tidak selamat diletakan di sini. Mereka ini masih petriotik. 
Tetapi kalau dia menganggap enting, dan dianggap tidak ada erti apa-apa dengan bendera itu padanya, maka sahlah dia tidak petriotik.

Lagu Petriotik
 
Apakah tidak menghormati lagu petrotik boleh dikira tidak pertriotik? Tidak dinafikan lagu petriotik dapat melahirkan rasa cinta kepada negara. Namun tidak semua lagu petriotik membawa mesej yang boleh membangunkan jiwa kita kepada cintakan negara. Jika ketika lagu itu dimainkan kita menutup telinga atau menutup radio, adakah kita boleh dikategorikan sebagai tidak petriotik?

Ya, sikap itu memang tidak enak dipandang. Kalau kita tidak suka dengar, biarlah lagu itu berlalu tanpa sebarang kritikan. Biarlah lagu itu dengan nyanyiannya, tidak rugi apa-apa pun. Mungkin pada kita, tidak memberi apa-apa makna, tetapi lain pula pada orang lain. Namun tidaklah boleh dianggap tidak petriotik dengan sikap itu, apatah lagi kalau dia memang tidak minat menyanyi. Setiap orang diberi anugerah yang tidak sama.

Apakah petriotik dianjurkan Islam?
 
Tidak ada dalil baik daripada al-Quran mahupun hadis yang secara jelas menyuruh kita cintakan negara. Memang ada satu ungkapan yang disebut-sebut sebagai hadis ialah “cinta negara sebahagian daripada iman” namun kata-kata itu dipertikaikan kesahihannya. Jadi secara jelasnya memang tidak ada dalil.

Walau bagaimanapun, di segi amalinya Rasulullah dan para Sahabat baginda amat cintakan Madinah, negara Islam pertama. Mereka mempertahankan negara daripada serangan musuh dalam beberapa peperangan. Malah tidakan seorang sahabat yang berniat untuk membocorkan rahsia bahawa rombongan tentera Islam akan bertolak menyerang Makkah terus diambil tindakan.

Sahabat tersebut ialah Hathib bin Abi Baltaah dia menulis surat kepada sanak saudaranya yang berada di Makkah tentang serangan yang bakal dibuat oleh Rasulullah. Surat itu diserahkan kepada seorang wanita yang sedang menuju ke Makkah. Baginda yang mendapat maklumat itu telah mengarahkan Saiyidina Ali supaya menahan wanita itu dan mengambil surat itu.

Dalam surat itu dengan jelas menyebut daripada Hathib bin Abi Baltaah meminta Quraisy bersedia dengan serangan Rasulullah. Akhirnya Rasulullah menangkap Hathib bin Abi Baltaah untuk soal siasat. Atas pengakuan salahnya baginda pertimbangkan untuk memaafkan namun dihalang oleh sahabat lain. Kemaafan itu adalah kerana Hathib salah orang tentera Badr.

Berdasarkan kisah di atas, wajarlah kita bersifat petriotik. Siapapun kita, atas nama rakyat Malaysia kita wajar sayangkan Malaysia apatah lagi dengan berada di negara ini kita boleh melakukan ibadah dengan baik dan dapat melaksanakan hukum Allah dengan sempurna. Bahkah kita tidak dihalang untuk berdakwah bagi menyedarkan manusia kepada Allah dan rasul-Nya. http://baei.blogspot.com

Masih adakah sebuah kerajaan yang mentadbir kita?



Oleh Aspan Alias

Walaupun negara telah selesai mengadakan pilihanraya, keadaan dan perasaan tidak menentu masih di rasakan dikalangan orang ramai. Rakyat merasakan keadaan lebih buruk, seolah-olah mereka tidak lagi ditadbir oleh sebuah kerajaan. . 

Harga barangan masih tinggi. Keselamatan rakyat bertambah membimbangkan kerana setiap hari ada sahaja nyawa yang hilang dan harta benda dirompak melalui pecah rumah dan ragut. Dimana-mana kedengaran jenayah dilakukan dan melibatkan nyawa rakyat dari berbagai-bagai peringkat umur.


Dua hari lepas seorang eksekutif syarikat penerbangan berumur 30 tahun telah mati ditetak di hadapan rumahnya. Nyawa begitu murah dan jumlah kematian melalui kejadian jenayah ini nampaknya hampir sama dengan kematian bagi sebuah negara yang sedang menghadapi peperangan.

Rakyat merasakan kerajaan sudah bertambah miskin dan dalam pada itu mereka (Rakyat) akan berhadapan dengan GST dan lain-lain. Berbagai-bagai isu timbul dan yang terakhir timbul isu penayangan Tanda Putera, filem yang di kontroversikan oleh parti pembangkang. Di Pulau Pinang tayangan filem itu diharamkan dipanggung-panggung kerana kerajaan DAP negeri itu mempunyai kuasa untuk melarangnya dari ditayangkan. Segala yang berlaku mendapat reaksi yang negatif dari pihak yang bertentangan.

Jika benar Tanda Putera itu merupakan filem yang busuk dan tidak baik kerana dikatakan filem itu berunsur rasis, rakyat Pulau Pinang tidak dapat buktinya kerana filem itu di haramkan dari di tayangkan dipanggung-panggung di Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang hanya mendengar sahaja tuduhan DAP itu, tetapi tidak mendapat peluang mendapatkan kebenaran dari tuduhan DAP itu kerana tidak berpeluang menontonnya.

Kempen untuk menaikkan semangat menyambut Hari Kebangsaan juga gagal kerana rakyat tidak berminat untuk turut serta menyemarakkan Hari Kemerdekaan itu. Rakyat sedang menunjukan sikap tidak berpuas hati terhadap kerajaan secara pasif dan tidak memberikan kerjasama terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Rakyat sudah berpecah-belah kerana mereka memihak kepada parti dan pemimpin masing-masing. BN bermusuh dengan PR dengan hebatnya dalam pilihanraya dahulu maka rakyat sudah berbelah seolah-olah tidak akan ada amannya lagi. Dalam pada itu pemimpin besar yang membawa penyokong masing-masing untuk berkelahi dan mencerca diantara satu dengan lain dalam senyap-senyap telah mengadakan rundingan dan sedang berkira-kira membahagi-bahagikan jawatan Perdana Menteri.

Rata-rata orang bercakap yang UMNO diSelangor tidak perlu bimbang kerana dalam rundingan diantara Ketua Kerajaan dengan Ketua Pembangkang melibatkan pemindahan hal milik kerajaan kepada UMNO. Benar atau tidak berita ini tidak dapat diketahui. Tetapi cerita itu tersebar dikalangan penggiat politik di Selangor.

Pengikut yang bengkak-bingkik akan ditinggalkan dan mereka akan tetap berpecah diperingkat bawahan. Mereka ini semata-mata digunakan semasa pemimpin yang bernafsu besar ini ingin menggunakan mereka untuk menunjukan kekuatan mereka.

Mereka berunding seolah-olah negara ini mereka berdua sahaja yang punya dan mengharapkan segala yang mereka berdua persetujui itu wajib disokong oleh semua pihak yang bertelagah tadi. Rundingan itu merupakan rundingan diantara dua ‘desperados’ semata-mata dan hasilnya tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada negara.

Bagi pemimpin-pemimpin seperti ini kuasa itu adalah modal ‘business’ yang besar bagi mereka. Kalau tidak masakan mereka sanggup menggunakan pemimpin negara jiran untuk menjadi orang tengah untuk merapatkan kembali hubungan mereka semata-mata kerana kuasa. Mereka menamakan ini sebagai tindakan pembentukan kerajaan perpaduan.

Sebelum pilihanraya dahulu dijanjikan yang bantuan 1Malaysia, BRIM akan diteruskan selepas  pilihanraya dan kali ini kita tengoklah samada janji-janji itu akan terlaksana dalam masa terdekat ini. Mereka cuba menyelesaikan masalah dengan menyuap dan membeli masalah itu seolah-olah masalah-masalah itu boleh selesai dengan wang ringgit.

Bagi komuniti ‘professional’ yang mahir dengan kewangan pula isu perbincangan mereka tidak boleh lari dari isu hutang negara. Jika dikira sekali hutang-hutang melalui ‘off-budget agencies’ yang berjumlah lebih dari RM126 billion itu ia sudah melangkaui 68 peratus berbanding dengan GDP negara. Rakyat mempunyai persepsi jika tiada Petronas negara ini sudah menjadi sebuah negara muflis.

Laungan kejayaan negara dan cita-cita hendak menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju menjadi ejekan rakyat dimana-mana. Bagi pemimpin yang berkuasa mereka hanya mampu dianggap sebagai berkorban untuk negara dengan terus memegang kuasa dengan alasan ‘continuity’ kepimpinan agar apa yang di rancang untuk rakyat itu tidak terganggu perlaksanaannya.

Mereka tidak mahu menerima hakikat yang berundur dari memegang kuasa itu adalah pengorbanan yang paling suci untuk rakyat dan negara. Malahan ada pemimpin yang sudah bersara setelah memegang kuasa berdekad-dekad masih lagi sibuk berpolitik dan masih tidak berhenti memecah-belahkan kepimpinan negara dan mahu legasinya terus diperkokohkan.

Krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara berlarutan dan sekarang seolah-olah negara kita tidak berkerajaan kerana negara ditadbir tidak selari dengan kehendak kepimpinan sebuah negara yang merdeka.

Masih tiada lagi keyakinan terhadap sistem pentadbiran sebuah negara merdeka. Semua institusi demokrasi sudah tidak lagi mendapat keyakinan rakyat untuk berfungsi secara betul.  Polis di persoalkan, mahkamah tidak di yakini lagi, badan pencegah rasuah tidak di hormati lagi, malahan tiada satu pun lagi institusi kerajaan mendapat keyakinan rakyat kini.

Rakyat terus dalam pencarian. Mereka yang terpapar dalam media massa setiap hari itu semuanya rakyat sedang persoalkan, baik yang sudah tua atau pun yang muda. Budaya dan pemikiran mereka sama sahaja.

Inilah akibatnya apabila pemimpin yang tidak bertanggungjawab dahulu, melakukan ‘pembunuhan politik’ terhadap mereka yang berkepimpinan. Hasilnya mereka yang telah dibenamkan politik mereka dan diambil alih oleh pemimpin seperti Najib dan Anwar Ibrahim serta pemimpin baik seperti Abdullah tetapi tidak punya kepimpinan. Semua mereka ini terbit dari acuan Dr Mahathir dahulu.

Yang ada kepada kita hanya satu sahaja pilihan, iaitu berdoa dan terus berdoa agar Tuhan datangkan seorang yang boleh dan berkemampuan untuk mengembalikan keunggulan kerajaan yang pernah kita alami semasa tiga Perdana Menteri yang pertama dahulu.

Pantau Syiah secara berterusan


Datuk Idris Haron Datuk Idris Haron

AYER KEROH – Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) giat melakukan pemantauan berterusan bagi membanteras kegiatan berkaitan ajaran Syiah supaya tidak berlaku di negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, tindakan secara tepat sukar dilaksanakan rentetan mereka yang tidak bertanggungjawab bijak menyebarkan fahaman berkenaan.

“Tindakan undang-undang kita tidak dapat diambil secara tepat kecuali kita ada laporan berbentuk audio, video yang memantau pergerakan mengenal pasti siapa mereka.

“Bagaimanapun satu enakmen sudah dikeluarkan bahawa Syiah ditolak dan dianggap ingkar serta sesat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada bakal-bakal haji peringkat Parlimen Tangga Batu di Masjid Al-Faizin, Bukit Rambai, semalam.

Idris berkata, risalah yang menyebarkan fahaman itu jelas mengelirukan orang ramai dan rujukan kepada pihak yang arif seperti ke pejabat agama perlu dilakukan bagi mengelak terjebak dengan ajaran berkenaan.

Sementara itu, seramai 640 orang di Melaka akan menunaikan haji pada tahun ini.
“Umat Islam di negara ini dapat merayakan Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan dengan aman. Malah dapat menunaikan haji dengan selesa.

“Inilah hasil kesyukuran yang dinikmati selama ini,” katanya.

Padah buat laporan palsu


Padah buat laporan palsu DVD yang dirampas.

SEREMBAN – Tindakan seorang wanita warga China membuat laporan polis palsu kononnya pasportnya hilang membawa padah apabila pasport sebenar ditemui oleh pihak berkuasa di rumahnya dalam serbuan di sini semalam.

Wanita berusia 32 itu ditahan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bersama teman lelakinya warga tempatan berusia 38 tahun di sebuah rumah di Taman Bukit Galena.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan pihaknya selama tiga hari selepas membuat serbuan pertama di sebuah premis pusat bahasa di Kuala Lumpur minggu lalu.

“Ketika serbuan, kita mengesan terdapat pengeluaran pas palsu dan antaranya terdapat pasport wanita terbabit yang di dalamnya ditemui satu laporan polis berhubung kehilangan pasportnya.

“Daripada maklumat tersebut kita melakukan siasatan dan menemui alamat tempat tinggal wanita itu sebelum melakukan serbuan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pasport asal wanita itu ada bersamanya dan dia dipercayai mula masuk ke negara ini sejak 2011 lalu dengan menggunakan pas pelajar, namun menyalahgunakannya dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Bagaimanapun Faizal berkata, wanita berkenaan dipercayai membuat laporan polis selepas menyedari nombor pasportnya disenaraihitamkan oleh pihak berkuasa.

“Wanita terbabit membuat laporan polis pada 14 Julai lalu mengatakan pasportnya hilang kerana diragut ketika berjalan di Pasar Besar Seremban.

“Tapi sebenarnya pasport itu tidak hilang dan dia buat laporan untuk membolehkannya membuat pasport baru sekali gus bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, pasport baru yang digunakan juga didapati palsu dan dia dipercayai masuk ke negara ini dengan menggunakan pas pelajar, namun menyalahgunakannya dengan  bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam di sekitar daerah ini.

"Wanita itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39 B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 56(1)(k) Akta Imigresen iaitu kesalahan kerana memperoleh atau cuba memberi kenyataan palsu.

“Wanita terbabit dibawa ke Imigresen Senawang untuk tindakan lanjut,” katanya.

MBN sangkal dakwaan Nik Aziz



Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah

ALOR SETAR - Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah menyangkal dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan pendekatan kerajaan negeri dalam menangani isu berkaitan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) seolah-olah cuba menguburkan institusi pengajian berkenaan.

Bendaharinya, Shahrol Niza Omar berkata, pihaknya melihat kenyataan yang dibuat Nik Abdul Aziz itu hanyalah sebagai cubaan untuk mengelirukan rakyat serta bermotifkan politik.

Menurutnya, tidak mungkin bagi kerajaan negeri untuk melakukan satu pendekatan yang boleh menguburkan Insaniah kerana ia ditubuhkan oleh kerajaan negeri semasa pimpinan BN pada 22 Jun 1995.

“Dakwaan beliau tidak benar. Padahal kerajaan BN yang tubuhkan Insaniah dengan pengambilan pelajar yang begitu ramai saban tahun.

“Tetapi sejak pentadbiran PR, jumlah pengambilan pelajar setiap tahun semakin berkurangan bermula pada 2010. Boleh dikatakan penurunan hampir 50 peratus setiap pengambilan baru,” katanya.

Katanya, pada Julai 2010, pengambilan pelajar baru adalah seramai 1,900 orang. Berbanding pada 2011 pula, penurunan sebanyak 300 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan pengambilan pelajar pada tahun berkenaan sebanyak 1,600 orang.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Nik Abdul Aziz mendakwa cara kerajaan negeri jelas menampakkan keinginan mereka untuk melemahkan perjalanan institusi pengajian agama berkenaan apabila kemasukan Julai 2013 lalu merosot sehingga 50 peratus.

1 juta pengguna air terjejas

1 juta pengguna air terjejas Abdul Halem (dua, kanan) menghidu bau air yang tercemar akibat tumpahan diesel di Muka Sauk LRA Rantau Panjang.
 
KUALA SELANGOR - Hampir sejuta pengguna air di tujuh wilayah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bakal terjejas apabila empat loji dihentikan tugas selepas mengesan pencemaran air akibat tumpahan diesel di hulu Sungai Selangor kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Sinar Harian difahamkan, wilayah Syabas yang bakal mengalami tekanan air rendah dan gangguan bekalan air di kawasan Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor manakala tiga kawasan tidak terjejas adalah Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som menjelaskan, operator empat loji iaitu  Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) terpaksa ditutup sementara.

Menurutnya, punca tumpahan minyak diesel yang dikesan operator loji kira-kira 10 kilometer dari muka sauk iaitu dari kawasan Rawang itu masih belum diketahui dan pihaknya tidak boleh menjangka masalah itu dapat diselesaikan dalam tempoh segera.

“Syabas turut mengaktifkan kod merah dan penutupan empat loji ini akan menjejaskan banyak kawasan kerana ia membekalkan 57 peratus kapasiti pengeluaran air setiap hari iaitu 4,660 Juta Liter Sehari (JLH), malah tumpahan minyak dapat disaksikan dengan jelas di muka sauk ini.

“Meskipun malam ini dijangka loji beroperasi semula namun tempoh pemulihan mengambil masa kerana kita tiada lebihan kapasiti memandangkan hanya kurang satu peratus rizab kapasiti bekalan air terawat sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Halem berkata, pihaknya turut menasihatkan pengguna supaya dapat berjimat cermat sementara berdepan dengan gangguan air yang tidak berjadual ini memandangkan mereka hanya bergantung kepada simpanan air di kolam imbangan atau tangki perkhidmatan sahaja.

“Manakala kawasan perumahan yang tiada kemudahan tangki akan berdepan masalah manakala Syabas turut menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari kolam air akan menjadi kawasan yang terakhir untuk pulih sepenuhnya secara berperingkat.

“Oleh kerana gangguan air ini melibatkan hampir 60 peratus pengguna, Syabas tidak mempunyai kapasiti yang cukup untuk membekalkan air melalui lori tangki dan tangki statik dan mungkin akan menggerakkan tangki ke kawasan yang memerlukan.

“Kita sudah memaklumkan kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan berhubung masalah berkenaan malah difahamkan ada tindakan pembersihan dilaksanakan pihak berkaitan bagi membantu menyelesaikan masalah pencemaran ini,” katanya yang memaklumkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah diaktifkan oleh Syabas  kira-kira jam 4 petang semalam.

Tumpahan diesel di bawah kawalan , kata exco S'gor

MALAYSIA KINI


 
Tumpahan diesel yang telah menyebabkan gangguan bekalan air di sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur adalah di bawah kawalan , kata Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Dalam dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata 'oil boom' telah pasang untuk mengawal tumpahan dan arahan pembersihan telahpun dikeluarkan

Setakat ini, katanya, punca pencemaran di bawah kawalan dan tumpahan minyak tidak lagi memasuki sungai dan banyak terkumpul dalam oil boom yang dipasang.

Menurutnya, kesan minyak di Sungai Selangor juga di paras minimum dan dijangka kembali normal pada kira-kira pukul 8 malam selepas kerja pembersihan itu selesai.

Berbeza dengan laporan Bernama mengenai sebuah lori tangki terbalik, Wong berkata, tumpahan minyak itu berpunca daripada sebuah pusat penyelenggaraan lori sampah di kawasan industri dekat Sungai Gong.

Premis tersebut, katanya, telah diarahkan oleh Jabatan Alam Sekitar menghentikan operasi dan juga tumpahan minyak daripada premis.

"Arahan pembersihan juga telah dikeluarkan kepada premis untuk dilaksanakan," kata Elizabeth.

Sementara itu, dalam Twitternya pada kira-kira jam 1 pagi ini, Elizabeth berkata, bekalan air sepatutnya pulih seperti biasa pada waktu pagi, tetapi tekanan air yang rendah dijangkakan dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Exco: 'Gangguan bekalan air, bukan krisis air'

 

 
dikemaskini 11.50 pagi Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur semalam bukan satu "krisis air" kerana ia telah diuruskan menjelang tengah malam, kata kerajaan negeri Selangor tadi.

NONEExco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata semua empat pusat kemasukan air telah mula kembali beroperasi awal pagi ini.

"Adakah ia satu gangguan bekalan air? Ya. Apakah tumpahan itu besar? Ya. Adakah ia satu krisis? Tidak. Kerana kita mula menguruskannya menjelang petang semalam," kata Wong.

Katanya, sebahagian besar diesel yang tumpah itu telah dipam keluar dari titik pengambilan air menjelang petang semalam, dan pihak negeri telah memastikan tidak ada lagi minyak di atas permukaan air sebelum bersetuju pam beroperasi secara berperingkat-peringkat.

"Orang ramai akan kembali mendapat bekalan air secara berperingkat hari ini. Semua pam air kembali beroperasi pada kapasiti penuh pada jam 6 pagi," katanya kepada Malaysiakini.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Apakah Najib mahu Waythamoorthy letak jawatan dengan tegurannya?

OLEH JENNIFER GOMEZ
















Nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) kepada P Waythamoorthy supaya berada dalam barisan yang sama dengan kerajaan adalah lebih kurang sama seperti memberitahunya supaya berhenti menjawat jawatan timbalan menteri, kata beberapa penganalisis politik.

Aktivis hak Hindu itu berada dalam keadaan `panas’ apabila beliau mempersoalkan polis yang menembak mati lima penjenayah India di Pulau Pinang minggu lalu dan menuduh kumpulan disyaki samseng itu ditembak dari jarak dekat, bukan sebab wujud berbalas tembakan.

Penganalisis politik Universiti Putra Malaysia, Dr Jayum Jawan, berkata teguran Najib kepada Waythamoorthy diterima seolah-olah perdana menteri mahu timbalan menteri itu keluar daripada pentadbirannya.



 “Saya berpendapat PM bersikap baik, beliau tidak mahu cakap pergi, atau saya tendang awak keluar, tetapi Waythamoorthy patut tahu bagaimana menterjemahkan bayangan yang diberikan PM itu,” katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.


Tiga menteri Kabinet, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta peguam itu meninggalkan kerajaan jika beliau tidak mahu seiringan dengan tindakan kerajaan.

Najib menyertai tiga menteri berkenaan semalam apabila beliau menegur Waythamoorthy dengan berkata sebagai ahli kerajaan, dia perlu bersama dengan pendirian kerajaan.

Dr Jayum berkata, timbalan menteri itu mengambil tindakan yang salah apabila bercakap mengenainya secara umum, sepatutnya perkara itu dibincangkan bersama rakan dalam kerajaan.

Katanya, jika Waythamoorthy meninggalkan kerajaan, tidak ada kerugian kepada masyarakat India kerana mereka masih diwakili oleh presiden dan timbalan presiden MIC iaitu Datuk Seri G Palanivel dan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

“Palanivel dan Dr Subramaniam mengambil langkah bijak apabila tidak menyuarakan pendapat mereka di luar Kabinet. Ini adalah cara yang betul, daripada bercakap di luar dan cuba berlagak jadi hero,” katanya.

Katanya, Waythamoorthy tidak memperolehi apa-apa keuntungan pun apabila menonjolkan dirinya lebih vokal daripada yang lain.

Pengarah Pusat Inisiatif Polisi, Dr Lim Teck Ghee berkata, ulasan Najib turut  boleh membawa makna bahawa Waythamoorthy adalah satu beban.

Lim berkata, ia juga boleh diterjemahkan sebagai Umno tidak boleh dan tidak akan menghormati memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangai antara Waythamoorthy – pada ketika itu ketua Hindraf – dengan kerajaan sebelum pilihan raya umum ke-13.

MoU itu adalah rangka tindakan lima tahun bagi kemajuan masyarakat India, dengan mensasarkan untuk membawa kaum India yang miskin ke dalam arus perdana pembangunan kebangsaan.

“PM ada perkara lebih besar untuk difikirkan daripada perjuangan Hindraf dan fokusnya sekarang lebih kepada survivalnya sendiri terutama ketika menjelangnya pemilihan Umno tidak lama lagi.

“Waythamoorthy tidak ada pilihan lain kecuali meletak jawatan. Dia akan menyebabkan reputasinya rosak teruk tetapi sekurang-kurangnya dengan sedikit kehormatan,” katanya.

Waythamoorthy enggan beralah dengan desakan menyuruhnya meletak jawatan dan turut berkata, beliau akan terus memperjuangkan isu itu.

“Saya tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku di negara ini hanya kerana saya dalam kerajaan,” katanya.

Waythamoorthy ketika menjelaskan alasannya untuk bercakap mengenai perkara itu, berkata tembakan itu menyebabkan lima samseng keluar dari jalanan, tetapi ia tidak menyelesaikan peningkatan jenayah.

Beliau berkata, akhbar melaporkan, kira-kira 800 belia India yang kebanyakannya dipercayai ahli geng 04 berkumpul ketika majlis pengkebumian seorang daripada lima penjenayah yang terbunuh dalam kejadian itu.

Katanya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah juga melaporkan bahawa rekod polis mendapati 71 peratus daripada ahli geng itu adalah kaum India.

Pada April lalu, Waythamoorthy bagi pihak Hindraf, menandatangani rangka tindakan lima tahun dengan kerajaan mensasarkan untuk membantu masyarakat India yang miskin.

“Ia tentu dapat membantu belia India yang tidak terkawal ini daripada masuk ke kancah jenayah dan menyertai aktiviti ekonomi yang lebih produktif. Ini adalah pendekatan menang-menang. Saya memilih untuk menyertai kerajaan atas tujuan ini,” katanya.

Profesor akademik Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Syed Arabi Idid, mempunyai penerimaan berbeza terhadap kenyataan Najib terhadap Waythamoorthy.

Beliau berkata, kenyataan perdana menteri kepada Waythamoorthy adalah amaran, bukan petanda meminta timbalan menteri itu meninggalkan kerajaan.

“Jika PM mahu dia pergi, beliau akan berkata demikian. Apa yang Datuk Seri Najib mahu ialah Waythamoorthy mengikut pendirian kerajaan,” katanya.

Dr Syed Arabi berpendapat Waythamoorthy patut diberikan peluang kerana beliau masih baru dalam politik.
“Beliau mungkin memerlukan lebih masa untuk faham peranannya dalam kerajaan, tetapi jika beliau mahu kekal dalam kerajaan, beliau patut mengambil nasihat PM,” katanya.

Penganalisis bebas, Khoo Kay Peng, bersetuju dengan Dr Syed Arabi dan berkata, nasihat Najib supaya mengikut pendirian kerajaan patut diterima secara tersurat.

“Salah satu masalah utama Waythamoorthy ialah beliau dibawa masuk ke dalam pentadbiran tanpa tujuan tertentu. Dan oleh kerana peranannya tidak dijelaskan, beliau buat apa yang dilakukan itu untuk menjadikan dirinya relevan,” katanya cuba untuk merasionalisasikan kenyataan Waythamoorthy terhadap kejadian tembakan itu.

Khoo berkata, Putrajaya perlu memberikan timbalan menteri itu kerja yang khas dan mencadangkan supaya Waythamoorthy memimpin jawatankuasa untuk mengkaji masalah jenayah dan gengsterisme di kalangan belia India.

“Beliau adalah orang terbaik bagi tugas itu, dan itu akan menyebabkan beliau fokus kepada sesuatu,” katanya.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata teguran Najib adalah peringatan kepada Waythamoorthy supaya patuh kepada tatakelakuan kerajaan.

“Waythamoorthy mengambil keputusan untuk menyertai kerajaan dan beliau tidak sepatutnya bercakap mengenai isu sensitif secara umum seperti itu. Beliau sepatutnya perlu cuba menyelesaikannya dalam lingkungan sistem.

“Tetapi, saya tidak fikir Najib bermaksud untuk Waythamoorthy mengosongkan jawatannnya,” katanya.

NGO Islam keluar video merdeka, kecam Dong Zong, Syiah, Suaram

THE MALAYSIAN INSIDER

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menerbitkan video khas sempena hari kemerdekaan negara esok dengan isi kandungannya menyelar beberapa pertubuhan lain dalam negara yang dikatakan cuba menyentuh dasar negara.

ISMA dalam kenyataannya berkata, video itu membidas pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kontroversi menerusi pelbagai tuntutan bercanggah dengan perlembagaan.

Antaranya ialah NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang menuntut polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang hanya untuk Melayu dan Bumiputera dikaji semula; isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja; tuntutan pertubuhan pendidikan Cina Dong Zong mengenai hak keistimewaan Melayu.



 Video laporan khas berkonsepkan majalah itu juga memetik kenyataan pimpinan ISMA mengenai teras kenegaraan seperti kontrak sosial dan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang disepakati untuk mencapai kemerdekaan.


Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam video itu berkata, orang Melayu di Malaysia sekarang sedang berhadapan dengan serangan penghapusan identiti Melayunya.

"Melayu kalau hendak bangkit, tidak mungkin tanpa dia kenal apa identiti dia," katanya.

Abdullah ialah aktivis yang pernah belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), ISMA menghantar pemimpinnya untuk bertanding namun kalah di kesemua kerusi yang dipertandingkan dan kehilangan wang deposit.

Abdullah berkata, tindakan bukan Islam mencabar Malaysia termasuk tidak mengiktiraf negara ini sebagai negara Islam, sebenarnya tanpa mereka sedari sudah melanggar persetujuan dan persepakatan yang disepakati bersama.

Sementara itu, Naib Presiden I ISMA, Muhammad Fauzi Asmuni, berkata negara sudah kehilangan Singapura dan mungkin kehilangan Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Penerbit video itu, Dr Kamil Azmi Tohiran berkata, isu berkenaan diketengahkan sebagai isyarat kepada pihak tertentu supaya menghormati Perlembagaan terutama isu berkaitan Islam dan Melayu.

Dalam video itu, ISMA mendedahkan empat ancaman yang sedang dihadapi Malaysia iaitu ideologi Liberalisme, Chauvinisme, Kristianisasi dan fahaman sesat Syiah.

ISMA dalam video itu turut menekankan mengenai pembangunan jati diri umat Melayu perlu menjadi keutamaan di samping usaha berterusan dalam membanteras ancaman tersebut.

Video itu diterajui wartawan ISMA, Mohd Firdaus Salleh Hudin dan penggambaran dibuat di beberapa lokasi utama di ibu negara seperti Tugu Negara, Dataran Merdeka dan KLCC.

LIHAT VIDEO DI SINI

Pemimpin Umno skeptik dengan cadangan Anwar untuk berbincang

OLEH DIYANA IBRAHIM

Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung sebentar tadi membincangkan cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berbincang untuk menyelesaikan permasalahan negara.

Menurut Naib Presiden Umno itu, persetujuan telah dicapai berkenaan hal itu namun hanya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang boleh mengumumkannya.‎

"Persetujuan bersama diperolehi berkenaan rundingan perpaduan tetapi bukan saya yang mengumumkannya, "kata Hishamuddin apabila ditemui selepas mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.



 Ahli MT Umno Datuk Muhkriz Mahathir mempersoalkan motif Anwar untuk berbincang dengan BN.


"Beliau mahu bercakap mengenai rundingan perpaduan setelah kalah pilihan raya lalu dan juga kalah dimahkamah apabila mengemukan petisyen

"Ia jelas membuktikan beliau tiada kredibiliti langsung apabila membangkingkan dialog perpaduan ini sekarang, dia sepatutnya membentangkan perkara ini di Parlimen," katanya.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang ditemui juga mempunyai pandangan sama dengan Mukhriz.

The Unspinners : MCA Tak Mahu, UMNO Saja Isi Menteri Pengangkutan

Radhi Razak

alt

BLOG THE UNSPINNERS - PM DS Najib sepatutnya tidak perlu menunggu wakil MCA utk mengetuai Kem. Pengangkutan. Lantik saja pemimpin dari kalangan UMNO. Eloklah dari Selangor.

Mengapa nak tunggu juga MCA? Mereka sudah nekad menolak sebarang jawatan dlm kabinet. Biarkanlah. Hormatilah kemahuan MCA itu.

Lagi pun sememangnya ahli2 MCA sendiri tidak mengundi BN. Mereka mengkianati parti yg mereka bersama.

Buktinya byk peti2 undi yg ada lebih 200 org ahli MCA sebagai pengundi tapi BN dpt undi Cina tak sampai 10 undi.

Saya juga tertanya2 dimana taikun2 Cina yg kerajaan beri kontrak2 besar sebelum PRU13?

Dimana peranan dan pengaruh mereka membawa org Cina meyokong BN? Di mana YTL, di mana Berjaya dan yg lain2 utk tarik undi Cina kpd BN?

Kerajaan BN cukup khuatir jika tak beri perojek2 besar kpd mereka boleh membuatkan mereka mempengaruhi pengundi2 Cina tidak mengundi BN. Segalanya diberi sehingga mengguris hati uahawan2 Melayu.

Berapa sgt yg usahawan Melayu dapat dgn projek MRT? Bistari.Net yg digunakan oleh sekolah2 bernilai lebih RM5b kepada YTL, apa hasilnya kpd BN.

Dengar khabar lepas PRU13 projek keretapi laju KL-S'pore telah diberi kpd YTL.  Beri lagi? Untuk apa? Untuk kepentingan siapa pula selepas PRU13?

Henti2lah percaya kepada kaum ini. Dulukanlah kaum sendiri yg masih setia kpd BN. Perbanyakkanlah projek2 kecil utk ketua2 cawangan umno utk aktifkan cawangan masing2 seperti dulu kala zaman Tun M dan Ku Li.

Banyak dah cawangan2 umno hidup segan mati tak mahu. Rakyat dulu terasa di kawasan mereka ada umno sbb byk program2 dpt diadakan kerana ketua2 cawagan ada kantung sentiasa berisi.

Rakyat rapat dgn umno kerana umno cawangan2 aktif. Cuti sekolah ada program berkhatan beramai2. Ada Maulud Nabi. Ada bolasepak 7 sebelah. Ada Marhaban. Ada 'open house' umno cawangan. Ada menanggah kenduri kahwin dan lain semuanya atas nama umno.

Sekarang rakyat atas pagar tak terasa itu semua lagi. Jauh sekali di negeri2 pembangkang. Ketua bahagian pun makin kempis tabung nak support cawang2 mereka.

Jadi sedarlah pemimpin tertinggi umno. Cukuplah beri kpd mereka setiap kali mereka minta. Segerakan lantik pemimpin umno utk jawtaan Menteri Pengangkutan.