HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Jun 2011

SPR masih sedia dialog, mahu Bersih jauhi agenda politik



Wan Ahmad berkata pintu perundingan masih dibuka kepada Bersih. — Foto fail


KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pintu perbincangan dengan Bersih masih terbuka sambil merayu agar pertubuhan bukan kerajaan itu membatalkan Himpunan Bersih 2.0 dan “memisahkan diri” daripada agenda parti politik.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak pernah menutup pintu kepada Bersih untuk mengadakan perbincangan.

“Saya ingin merayu, pintu perundingan kepada Bersih masih terbuka, belum ditutup,” kata beliau dalam pembentangan pada forum makan tengah hari Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR? di sini hari ini.

MENYUSUL LAGI

Mahkamah tolak permohonan bebaskan 30 ahli PSM

THE MALAYSIAN INSIDER



Jeyakumar antara 30 ahli PSM yang direman. — Foto fail


GEORGE TOWN — Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan agar dibebaskan 30 anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang kini ditahan reman untuk siasatan berhubung kesalahan mengadakan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Justeru tahanan reman selama seminggu ke atas mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj akan kekal sehingga 2 Julai ini.

MENYUSUL LAGI

Rabu, 29 Jun 2011

Anwar: Dakwaan komunis, Kristian mahu alih perhatian

Regina Lee


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan penentang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kononnya gabungan itu dikendalikan oleh komunis dan Kristian.

NONEMenyifatkan dakwaan sebagai satu "tindakan untuk mengalih
pandangan", ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata ia hanyalah taktik untuk mengalih tumpuan daripada "isu utama", iaitu tuntutan pilihan raya yang bersih dan kebebasan untuk berhimpun secara aman.

Katanya, mereka melabelkan orang sebagai komunis dan menentang Yang di-Pertuan Agong.

"Ini semua nak alih pandangan," kata Anwar sambil menambah bahawa sekarang mereka mengatakan Kristian turut campur dan membiayai perhimpunan.

Anwar memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri perbincangan ekonomi di Klang pagi ini.

NONETiga puluh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) aktivis ditahan Sabtu lalu atas dakwaan memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Polis mendakwa mereka cuba menghidupkan semula komunisme
selepas menmui risalah dengan nama orang yang didakwa ada kaitan dengan Parti Komunis Malaya yang diharamkan.

Mereka ditahan semasa menaiki bas di plaza tol Sungai Dua, Pulau Pinang dan kini ditahan reman.

'Ya, ya, ya', polis akan bertindak ke atas Pemuda

Aidila Razak


Pemuda Umno akan berdepan dengan tindakan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di hadapan ibu pejabat PKR pada lewat malam Isnin lalu, kata Menteriu Dalam Negeri.

NONEDitanya secara spesifik sama ada polis akan bertindak berhubung insiden itu, Hishammuddin Hussein berkata: "Ya, ya, ya."

Katanya, tida ada mana-mana individu yang akan mendapat layanan istimewa dan kerajaan telah menjelaskan pendiriannya itu.

"Saya beritahu mereka (polis) melayani Pemuda Umno dengan cara sama. Tidak ada orang mengatasi undang-undang," katanya.Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

NONESetiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Bagaimanapun exco pergerakan itu Lokman Noor Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau hanya dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:

NONE"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".

Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka itu.

Polis sita tapak ceramah BERSIH

Joseph Sipalan


Tapak ceramah Pakatan Rakyat di Gombak pagi ini disita oleh pihak polis yang dipercayai sebahagian daripada usaha pihak berkuasa untuk membantutkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

pkr weeklly pc 090807 amirudin shariADUN Batu Caves Amirudin Shari berkata anggota polis itu tiba dengan dua kereta pada jam 10.30 pagi dan mereka dengan segera mengepung kawasan itu dengan pita kuning di dewan Kampung Wira Damai dan sebuah padang berhampiran.

"Mereka beritahu kami tidak dibenar menggunakan tapak ini untuk cermah malam nanti.

"Kami telah memohon permit (ceramah) di bawah nama BERSIH dua atau tiga minggu lalu sebelum pihak berkuasa memutuskan bahawa perkataan 'BERSIH' tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Amirudin pihak polis juga tidak memberikan alasan yang jelas berhubung mengapa tapak ceramah Pakatan itu disita tetapi percaya ia ada kaitan dengan penggunaan perkatan 'BERSIH'.

NONEPersatuan penduduk kampung itu telah berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan ketua balai polis Gombak menerusi peguam mereka Zulkarnain Lukman dan Zulhazmi Shariff, bagi mendapatkan penjelasan.

Zulkarnain berkata pihak polis enggan berbincang meskipun mereka telah menunggu selama sejam. Tindakan itu memaksa mereka membuat laporan polis terhadap pegawai polis berkenaan.

PAS: Pelekat palsu untuk sabotaj perhimpunan 9 Julai

Hazlan Zakaria


PAS mendakwa, pelekat palsu sedang dicetak dalam "kuantiti yang besar di seluruh negara" untuk mensabotaj perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.

walkout suhakam 120606 salahuddin ayobNaib presidennya, Salahuddin Ayub berkata, parti itu menerima
maklumat bahawa pelekat tersebut sedang dicetak dalam kuantiti besar di Johor dan juga, dipercayainya di seluruh Malaysia.

"Kami percaya pelekat itu akan diedarkan kepada rakyat," katanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pelekat palsu itu, kata Salahuddin, sedang dicetak dengan perkataan "Bersama Kita tumbangkan kerajaan sekarang. Buktikan kita mampu seperti Libya."

(Kerajaan Libya pimpinan Muammar Gaddafi masih berkuasa di negara itu).

Salahuddin berkata, ia adalah satu rancangan yang teliti dan teratur untuk mensabotaj BERSIH.

Menurutnya, PAS sedang berbincang dengan peguamnya dan akan membuat laporan polis apabila ia memperolehi sekurang-kurangnya satu pelekat palsu tersebut.

"Saya rasa, mereka ingin menyamakan kita (BERSIH) dengan apa yang berlaku di Timur Tengah," kata ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli.

54 tahun Umno BN perintah tapi takut Bersih

Harakahdaily

PETALING JAYA: Sungguh mengaibkan Umno BN yang telah mengurus negara hampir selama 54 tahun, masih menggunakan pendekatan ugutan dan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) berkata, segala ancaman dan tekanan pemerintah BN terhadap aktivis perhimpunan itu adalah manifestasi dari ketakutan dan kecemasan melulu mereka kepada keberanian rakyat dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya negara ini.

Lojiknya, kata beliau selepas sekian lama mentadbir negara dan sistem pilihan raya pula memang dijalankan secara telus dan adil, BN dan Umno seharusnya menerima pandangan dan suara rakyat ini secara jantan dan berjiwa besar.

Katanya, kritikan rakyat terhadap kaedah pilihan raya diurus di negara ini terlalu banyak rasionalnya.

Menurutnya, SPR sendiri berulang kali menyatakan bahawa sistem yang ada memang banyak kelemahannya.

Malah, kata beliau mengakui tidak berupaya memperbaikinya berasaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Lebih jauh, tambahnya persepsi rakyat kini, SPR bukan sahaja banyak kelemahan, malah amat ketara menunjukkan sikap memihak dan gagal mengurus undi rakyat secara telus, adil dan meyakinkan.

Justeru, pihaknya kesal terhadap tindakan menyekat dan menangkap para aktivis Perhimpunan Bersih yang sedang dilakukan sekarang.

Beliau juga kecewa dengan kaedah pihak berkuasa dan instrumen pemerintah yang menggunakan pendekatan melabel kelompok rakyat yang menyokong perhimpunan secara aman.

Lebih buruk, katanya ada pula media pendokong Umno yang menggunakan pendekatan ekstremis agama dan rasis dalam usaha mereka menyekat suara rakyat ini.

“Dalam hal ini tindakan pemerintah menahan 30 aktivis PSM serta menuduh mereka cuba menghidupkan semula ideologi komunis adalah tindakan terburu-buru dan cemas yang melulu,” katanya.

Tambahnya, PKR menyokong tuntutan Perhimpunan Bersih yang dirancang teliti supaya berlangsung secara aman pada 9 Julai ini.

Beliau berkata, adalah menjadi hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan hasrat mereka sesuai dengan apa yang ada di dalam perlembagaan.

Katanya, kenyataan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang telah menyeru pihak berkuasa membenarkan Perhimpunan Bersih ini seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan adalah amat dipersetujui dan disokong.

“Lapan tuntutan Perhimpunan Bersih itu adalah suara hati nurani rakyat yang sudah sekian lama disuarakan melalui pelbagai saluran.

“Sekiranya ia dilaksanakan sepenuhnya, sudah pasti negara dapat mewujudkan sistem pemilihan kepimpinan negara yang lebih utuh, dipandang tinggi oleh rakyat dan dihormati masyarakat antarabangsa,” ujarnya.

Ini, ujarnya akan mewujudkan budaya masyarakat madani (civilized society) ke arah negara yang lebih maju, adil dan makmur.

“Anehnya, jika pilihanraya yang bersih akan menguntungkan kesemua pihak –pemerintah dan yang diperintah, mengapa pula Umno terlalu takut dengan pilihan raya yang bersih,” katanya.

Rakyat diminta berjimat tapi pemimpin boros

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) mempersoal kewajaran kos perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58 kerana kos sedemikian satu bentuk pembaziran wang rakyat.

Katanya, Perdana Menteri yang selalu mengeluarkan nasihat kepada rakyat supaya berjimat telah melakukan sesuatu yang bukan sesuatu teladan yang baik.

“Jika boleh kita buat analogi yang mudah, kos umrah ziarah ialah RM5,000 bagi menampung kos selama 2 minggu , dan jika seorang itu pergi umrah untuk 6 kali dalam setahun dengan harga semasa pakej tersebut, jika empat tahun berturut-turut pergi umrah jumlahnya baru mencecah lebih kurang RM120,000,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, analogi tersebut merupakan sifir mudah untuk rakyat tahu bagaimana pemimpin berbelanja dengan begitu boros wang rakyat yang sepatutnya dijaga dengan adil.

Seharusnya, ujar beliau Perdana Menteri perlu memiikirkan tentang susah payah rakyat bekerja keras untuk menyara kos hidup memandangkan keadaan ekonomi yang kurang baik dalam keadaan belanjawan negara yang mengalami defisit selama 12 tahun berturut-turut.

“Harapan saya semuga rakyat jangan abaikan berita sebegini sebagai satu berita biasa melainkan satu berita yang menggambarkan betapa tidak bertanggung jawabnya Najib dalam berbelanja sedangkan rakyat dalam keadaan susah,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Nampaknya, kata beliau kerajaan yang ada sekarang tidak memikirkan kepayahan rakyat dan ianya perlu diganti dengan kerajaan yang baru.

Beliau menambah, rakyat sesungguhnya memerlukan pemimpin yang adil dan mengambil berat soal kebajikan rakyat, bukan berbelanja mewah seperti pemimpin Umno BN.

“Kerana itu saya yakin pemimpin Pakatan Rakyat mampu melakukannya,” katanya.

Mengapa PM, TPM bermewah dengan wang rakyat

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa terkejut dan kesal di atas tindakan kerajaan Malaysia membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Timbalan ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mempersoalkan mengapa kerajaan sanggup membelanjakan berjuta ringgit setahun semata-mata untuk kos kediaman pemimpin-pemimpin negara.

Katanya, dalam keadaan bebanan kos sara hidup yang meningkat, dengan kenaikan harga minyak petrol, kenaikan kadar tarif eletrik, kenaikan harga barang-barang keperluan, Perdana Menteri dan timbalannya pula sanggup hidup bermewahan dengan duit rakyat.

Dalam keadaan demikian, soalnya patutkah kerajaan menarik balik subsidi yang sepatutnya dimiliki rakyat sedangkan kehidupan pemimpin negara dalam keadaan serba selesa.

Menurutnya, nilai RM49 juta jika diagihkan untuk pendidikan rakyat, mampu memberi biasiswa percuma ribuan mahasiswa setiap tahun.

“Bagaimanakah negara dapat melahirkan rakyat yang bertaqwa, berdisiplin, berhemah, berjimat dan mengutamakan kepentingan negara melebihi diri mereka sendiri jika pemimpin negara sendiri hidup dengan mementingkan kepentingan diri mereka sendiri berbanding kepentingan rakyat?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya DPPWP meminta agar kerajaan mengkaji balik kos perbelanjaan kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Tidak semestinya kena banyak belanja jika inginkan keselesaan buat pemimpin negara. Banyak lagi keperluan mendesak untuk negara diperlukan dengan nilai sebanyak itu,” katanya.

Akhirnya, kata beliau DPPWP mengingatkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bahawa rakyat sentiasa melihat mereka.

“Sikap ‘cakap tak serupa bikin’ amat dibenci oleh rakyat,” ujarnya.

Paksi kesal puisi Pak Samad dicurigai

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Seniman Paksi Rakyat (Paksi) kesal dan sedih dengan tindakan pihak polis memanggil Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said untuk disoal siasat hanya kerana sebuah puisi yang dibacakan di majlis pelancaran Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu.

Pengerusinya, Dinsman berkata, tidak wajar A. Samad disoal siasat kerana beliau hanya menyuarakan pandangannya mengenai situasi yang berlaku di negara ini melalu karyanya.

Namun Paksi katanya tetap berbangga kerana puisi A. Samad, "Unggun Bersih" yang merupakan suatu karya seni yang indah tiba-tiba mendapat perhatian umum.

Sambil mengajak rakyat menghayati "Unggun Bersih", Dinsman berkata, amat pelik apabila pihak berkuasa mencurigai karya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu.

"Betapa murninya niat dan geraktindak seorang seniman yang luas pengalaman ini, untuk berbakti kepada negara, bangsa dan agamanya.

"Kita tidak faham mengapa pihak polis perlu menimbulkan rasa curiga terhadap manusia baik yang sebaik A Samad Said ini, penyair yang menekuni kehidupan mulia Rasulullah (s.a.w.) dan menghasilkan sebuah puisi panjang-tebal mengenai insan agung itu – Al-Amin.

"Sebagai sasterawan, seniman, budayawan dan intelektual yang bertanggungjawab, dia sentiasa bersama rakyat bagi merakamkan gerak nadi dan jerit batin rakyat dan menyatakan sikap dan pandangan warasnya apabila difikirkannya perlu, dengan niat untuk menyumbang ke arah kesejahteraan, di samping untuk sama-sama menegakkan yang hak dan adil dalam masyarakat," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Paksi mengingatkan pihak berkuasa agar tidak menggunakan kuasa secara sewenang-wenangnya dalam apa jua keadaan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Sasterawan negara juga tegasnya wajar diberikan hak dan kebebasan untuk terus menyumbangkan karya kepada masyarakat.

"Apabila insan luhur seperti A Samad Said bersuara dan memberi teguran ikhlasnya, marilah sama-sama kita mendengarnya. Usahlah kita menjadi takut kepada bayang-bayang sendiri," katanya.

Berkumpul sokong Pak Samad

Sementara itu, Dinsman mengajak orang ramai bersama Paksi, Budayawan Bertindak dan seniman-seniman prihatin berkumpul di pentas aktiviti di pesta buku Selangor petang ini bagi menunjukkan sokongan kepada A. Samad.

Satu sidang media akan diadakan jam 5.30 petang.

Kelmarin, A. Samad dipanggil ke balai bolis Dang Wangi untuk memberikan keterangan berhubung puisi tersebut dan kehadirannya ke majlis pelancaran di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) yang didakwa memberi sokongan kepada Bersih 2.0.

A. Samad selepas disoal siasat turut melahirkan rasa sedih kerana disoal siasat di bawah akta hasutan sedangkan puisinya itu mengandungi niat murni.

Pembeli rumah terbengkalai serah memo minta kerajaan bertindak

Afiq Hizami, Pelatih UKM


KUALA LUMPUR: Seramai 300 orang pembeli rumah terbengkalai dengan berpakaian jingga berhimpun secara amam di lobi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Bandar Damansara.

Perhimpunan itu bagi menyerahkan dua memorandum rayuan terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Datuk Wira Chor Chee Heung untuk menggesa pihak kementerian membantu menyelesaikan masalah mereka.

Menurut Mohd Akram Mohd Akhbar yang mengetuai penyerahan dua memorandum tersebut, satu memorandum mewakili komuniti projek rumah terbengkalai daripada pemaju syarikat Talam Corporation di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur manakala satu lagi mewakili Badan Bertindak Casa Gemilang daripada pemaju Capital Lane Sdn. Bhd.

Bagaimana pun pihak pembeli sedikit kecewa apabila dikatakan Menteri dan Timbalan Menteri KPKT tidak datang dan memorandum itu diserahkan kepada seorang pengarah KPKT.

"Ada di antara kami yang menunggu selama lapan tahun untuk rumah mereka siap dan wang pula dibayar pada setiap bulan.

"Tapi sampai sekarang projek tersebut masih terbengkalai, kami tanya apa alasan pihak pemaju mereka kata masalah kewangan.

"Kami telah banyak bersabar dan memutuskan untuk berbincang membuat satu perhimpunan yang amam bagi menyerahkan memorandum ini untuk merayu kepada kerajaan supaya menyelesaikan masalah ini," kata Mohd Akram yang juga pembeli rumah terbengkalai.

Selain daripada itu, menurut Jaafar Ismail Pengerusi Badan Bertindak Casa Gemilang (BBCG) mahu pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak pemaju yang tidak bertanggungjawab ini.

"Ada antara kami tertindas dalam hal ini, pemaju cuba menipu kami dengan menyediakan perjanjian yang langsung tidak memihak kepada kami dan dilihat menguntungkan syarikat pemaju.

"Justeru itu, kami berharap pihak kerajaan mengambil berat mengenai masalah kami dan menyelesaikan dengan secepat mungkin kerana kami telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menduduki rumah idaman kami.

"Dan kami juga difahamkan beribu-ribu keluarga pembeli di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami kesengsaraan dan beban ekonomi yang teruk disebabkan kegagalan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Tan Sri ini dalam menyiapkan rumah mereka yang kini tertunggak lebih daripada enam tahun," jelas beliau lagi.

Difahamkan syarikat Talam Corporation dikatakan milik seorang 'Tan Sri' yang menjadi Pengarah Bukan Eksekutif syarikat tersebut mempunyai tujuh anak syarikat pemaju yang bertanggungjawab terhadap lapan projek rumah terbengkalai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Malah, menurut pembeli ada antara anak syarikat Talam Corporatian ini yang sudah tidak beroperasi lagi malah tidak mempunyai lesen yang sah.

Kemeja-T Bersih 2.0 haram, kata Hishammuddin




PUTRAJAYA — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kemeja-T yang menyokong Himpunan Bersih 2.0 diharamkan kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan haram itu bulan depan.

“Kemeja-T Bersih ada berkaitan dengan perhimpunan haram, maka apa sahaja yang mereka pakai adalah haram,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun Hishammuddin tidak mengatakan di bawah undang-undang apa yang soal penjualan, pembelian dan pemakaian kemeja-T itu dianggap haram.

Polis mula menahan mereka yang menjual, membeli atau memakai kemeja-T berwarna kuning yang tertera mesej “Bersih 2.0” sejak minggu lalu.

Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau juga mengetepikan dakwaan bahawa tindakan polis ke atas mereka yang menyokong perhimpunan 9 Julai ini, menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bermotifkan politik.

“Di pihak mana? Saya boleh bertanya perkara yang sama kepada mereka,” kata beliau.

Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan akan diambil ke atas ahli-ahli Pemuda Umno yang mengepung ibu pejabat PKR malam kelmarin, yang didakwa mengugut untuk membakar premis itu.

“Saya memberitahu polis agar melayan mereka macam Bersih. Tiada sesiapa pun bebas daripada undang-undang,” katanya lagi.

Polis serbu pejabat Bersih, tahan tujuh sukarelawan

Oleh Yow Hong Chieh



Polis tahan tujuh sukarelawan di pejabat Bersih. – Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah menahan tujuh sukarelawan Bersih ketika serbuan ke atas pejabat sekretariat badan pemantau itu di Petaling Jaya petang ini.

MENYUSUL LAGI


Tahanan pra-Himpunan Bersih tak sah, kerajaan boleh disaman



Dua anggota polis dilihat mengawasi perkarangan pejabat Bersih di Petaling Jaya hari ini. — Foto oleh Jack Ooi


KUALA LUMPUR — Naib Presiden PKR N. Surendran mendakwa penahanan pra-Himpunan Bersih 2.0 adalah tidak sah, sambil menambah mereka yang ditahan boleh menyaman kerajaan.

Peguam hak asasi manusia ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa tiada undang-undang di negara ini yang membenarkan penahanan pencegahan atau hanya kerana kemeja-T yang diisytiharkan haram hari ini.

MENYUSUL LAGI


BERSIH 2.0: Tuduhan komunis sekadar untuk halalkan penggunaan ISA

WarkahDaily


Semuanya untuk menghalalkan cara. Bagi mengelak dipersalahkan rakyat, usaha halang ideologi dijadikan modal untuk memerangi BERSIH secara ganas dengan menggunakan akta rimba Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang cuba digunakan pihak berkuasa atas arahan jahat pemimpin kerajaan Umno-BN.

Dakwaan pemimpin Umno-BN yang dah mati akal dan tersepit telah membuat tuduhan melulu dan tak masuk akal konon ada pihak tertentu dalam BERSIH 2.0 cuba menghidupkan semula ideologi komunis di negara ini cuma sekadar modal untuk pihak berkuasa menggunakan kekerasan untuk bertindak ganas terhadap aktivis BERSIH.

Konon tidak mahu rakyat menyalahkan kerajaan Umno-BN yang cuba menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menghalang rakyat berhimpun dalam Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai nanti, mereka sengaja memprovokasi, konon BERSIH 2.0 terlibat dengan anasir-anasir luar yang mahu menghidupkan kembali gerakan komunis di negara ini.

Itu semua sekadar gimik bagi menghalalkan guna ISA untuk bertindak zalim ke atas rakyat yang menyertai BERSIH 2.0.

Padahal apa yang didakwa itu semuanya tidak pernah berlaku bahkan ia adalah pembohongan pemimpin Umno-BN semata-mata bagi mengugut rakyat supaya tidak menyertai himpunan berkenaan. Ketakutan pemimpin Umno-BN semakin terserlah apabila mereka sanggup mengada-adakan cerita yang tiada demi survival kuasanya.

Perosak negara yang diketuai pemimpin Umno cuba mengapi-apikan rakyat Malaysia kononnya BERSIH 2.0 cuba mempengaruhi rakyat membuat rampasan kuasa, memerangi Yang di-Pertuan Agong dan cuba menghidupkan gerakan komunis dengan dakwaan pihak polis berjaya merampas kemeja-T bertulis nama tiga bekas pemimpin PKM iaitu Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah.

Tidak cukup dengan pemimpin bodoh Umno yang mengapi-apikan rakyat, ada juga blogger-blogger pro Umno yang sanggup jadi anjing jelmaan Umno kerana sesuap nasi, cuba mengadu-domba dengan peristiwa Bukit Kepong, kisah kesusahan hidup di bawah jajahan jepun dan sebagainya. Betapa cetek dan sempitnya akal barua-barua Umno sehingga tidak boleh memikirkan lebih jauh akan keselamatan dan keharmonian negara tanpa pemimpin Umno yang begitu pelahap memunggah khazanah rakyat.

Yang pelik, kenapa ketika BERSIH 2.0 mahu dilancarkan, tiba-tiba muncul pasal komunis. Kenapa sekarang baru dikaitkan dengan komunis, tidak sebelum BERSIH diwar-warkan? Semua orang sudah boleh membaca taktik jahat pemimpin Umno yang cuba melakukan provokasi murahan semata-mata mati akal untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Padahal yang sebenar, pemimpin Umno begitu takut kebangkitan rakyat dan mereka tahu, kuasa mereka tergugat jika kebangkitan rakyat dibiarkan. Jadi akta zalim ISA pasti menjadi senjata terakhir bagi pemimpin bacul yang tidak berani bersemuka dengan rakyat sendiri.

Bagi parti yang dituduh bersekongkol dengan komunis, Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menafikan ahli mereka yang ditahan terlibat menghidupkan semula ideologi komunis.

“PSM bukan PKM (Parti Komunis Malaya) dan tuduhan itu tidak berasas,” kata Setiausaha Agungnya, S Arutchlevan.

“Tuduhan mengaitkan kita dengan komunis semata-mata usaha takutkan orang ramai untuk menjustifikasikan tindakan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Padahal tuduhan jahat itu untuk mengelabui mata rakyat konon kerajaan Umno-BN bukan memerangi rakyat tapi cuba menghalang menghalang ideologi komunis dihidupkan kembali. Dalam masa yang sama, polis boleh bertindak dengan ISA yang selama ini memang bertindak kejam terhadap aktivis pejuang yang menuntut keadilan untuk rakyat.

Malaysia sekarang tidak ubah seperti rejim Israel bertopengkan pemimpin beragama Islam tetapi lebih kejam dari Yahudi.

SHAHRIZAT, JANGAN BERI HARAPAN PALSU!


AZRINA BAKRI NGO Sabah

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mungkin telah memberikan hadiah sangat berharga sempena Hari Bapa di Sabah. Ia mungkin kejutan kepada ramai orang. Namun bagi mereka yang pernah menerima replika cek kementerian itu, pasti hanya akan tersengih dengan pengumuman tersebut.

Saya ingin mengulas berita kementerian itu berkenan seramai 32,516 penduduk miskin di Sabah yang dikenal pasti berpendapatan kurang RM960 sebulan, akan menikmati pakej saringan kesihatan percuma melalui peruntukan yang disalurkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan replika cek berjumlah RM76,000 kepada kerajaan negeri untuk tujuan itu pada satu upacara sempena sambutan Hari Bapa peringkat Kebangsaan di Stadium Likas. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi menerima replika itu bagi pihak negeri Sabah.

Kementerian Sharizat sememangnya mempunyai peruntukan yang besar dan turut memberi galakan kepada pertubuhan bukan kerajaan dalam menggerakkan aktiviti yang berkaitan dengan kementerian tersebut.

Malangnya, kementerian tersebut hanyalah memberi harapan palsu kepada pertubuhan bukan kerajaan yang dijanjikan peruntukan geran. Setelah enam bulan berlalu kedengaran keluhan NGO yang mewakili persatuan yang sepatutnya menjalankan program di bawah kementerian itu. Replika cek mahupun surat award dana itu hanyalah sekeping kertas tidak berharga.

Walaupun tertera kepala surat kementerian dan tandatangan Sharizat sendiri berkaitan dengan penyaluran geran itu melalui satu majlis penyerahan yang mendapat publisiti meluas di media. Tetapi ia hanyalah sekadar gurauan kementerian itu kepada Ngo yang terlibat. Sehingga kini wang geran itu tidak pernah dimasukkan ke dalam akaun persatuan.

Pihak Kementerian terutamanya Sharizat sendiri sedia maklum bahawa geran peruntukan yang diberikan kepada NGO adalah bertujuan baik dan berlandaskan kepada kertas kerja yang mendapat kelulusan dari pihak kementerian itu sendiri.

Enam bulan telah berlalu, namun bayang geran itu menjengah masuk ke dalam akaun pertubuhan yang memerlukannya untuk menggerakkan aktiviti yang mungkin telah disedia maklum di peringkat akar umbi, terpaksa menunggu lama untuk dijalankan. atau langsung tidak akan disalurkan.

Kemuskilannya, adakah kakitangan Sharizat tidak telus dan mesra kepada pelanggan? Atau sebenarnya kementerian ini tidak mempunyai sumber kewangan? Kenapa geran itu sukar sekali dilepaskan? Bukankah telah diluluskan?

Selama enam bulan ini nampaknya, pihak kementerian itu memberikan pelbagai alasan termasuklah pegawai yang menandatangi cek bertugas di Sarawak kerana pilihanraya negeri, selain alasan pegawai yang berkenan bercuti dan pelbagai alasan yang diberikan ketika pengadu meminta penjelasan kenapa wang geran yang diluluskan mengambil masa untuk dimasukkan ke dalam akuan pertubuhan.

Jadi tidak hairanlah sekiranya kementerian ini memberikan publisiti besar-besaran dengan jumlah peruntukan beribu-ribu, tetapi hanyalah sekadar kiasan dan tidak bermakna langsung.

Memang jumlah itu besar nilainya tetapi adakah ia menjadi kenyataan kerana hanyalah replika cek palsu yang langsung tidak berguna. Jika kementerian itu memberikan harapan kepada penduduk miskin di Sabah dengan jumlah peruntukan perubatan itu, bagaimana dengan geran yang diluluskan kepada pertubuhan bukan kerajaan yang sehingga kini tidak pernah sama sekali disalurkan oleh kementerian tersebut?

Jangan beri harapan palsu kepada rakyat!

Malaysia (Masih) Negara Darurat!


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita49/darurat.gifPengisytiharan darurat sebelum ini tidak pernah ditarik balik!


Pada 9hb Julai ini akan diadakan satu perhimpunan anjuran BERSIH, sebuah pertubuhan bukan kerajaaan yang antara lainnya menuntut pilihanraya yang adil dan bersih. Pelbagai pihak termasuk PERKASA dan pemuda UMNO turut mengumumkan akan mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut.

Pihak Polis memberi amaran keras akan mengambil tindakan atas alasan perhimpunan itu mengancam keselamatan Negara.

Beberapa tangkapan juga telah dilakukan oleh pihak polis, walaupun perhimpunan BERSIH belum diadakan.
PERKASA meminta kaum cina supaya tidak keluar rumah dan menyimpan bahan makanan, seolah-olah rusuhan kaum akan berlaku.

Adakan Malaysia Negara kita yang tercinta ini berada dalam keadaan huru-hara? . Tentulah tidak, tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya Malaysia adalah sebuah negara Darurat. Sila baca perenggan seterus untuk mengetahui secara lebih lanjut.

Tahukah anda bahawa Malaysia (termasuk dulunya Tanah Melayu) telah di isytiharkan lima kali darurat semuanya.

Kali pertama pada 1948 ketika pemberontakan komunis.

Kali kedua pada 1964 ketika Konfrantasi Indonesia.

Kali ketiga pada 1966. Di Sarawak sahaja, krisis pemecatan Ketua Menteri Stephen Kalong Ningkan.

Kali Keempat 1969. Krisis 13 Mei.

Akhir sekali pada 1977,Di Kelantan sahaja, untuk menyelesaikan krisis politik.

Kesemua pengisytiran tersebut masih tidak ditarik balik sehingga hari ini.

Perkara 150, Klausa 6 of Perlembagaan Persekutuan membenar Parlimen untuk meluluskan apa-apa undang-undang dan Yang di-Pertuan Agong untuk menggubal apa-apa ordinan ketika darurat dan undang-undang dan ordinan tersebut akan dikira sah walaupun bertentangan dengan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dengan kata lain ketika darurat apa sahaja undang-undang yang digubal adalah sah. Peruntukan di Perlembagaan Persekutuan tidak lagi terpakai. Hak-hak rakyat yang lazim tidak lagi wujud.

Pelbagai undang-undang darurat telah digubal dan digunakan sejak 1969. Undang-undang ini memberikan kuasa yang luas kepada pihak polis dan kerajaan. Contohnya.

1. Seorang boleh ditahan tanpa bicara dan dibuang daerah di sesuatu tempat tanpa bicara

2. ORDINAN (KUASA-KUASA PERLU) DARURAT, 1969 (Ordinan 1 dan Ordinan 2) PERATURAN (PELUPUSAN MAYAT DAN INKUES & PENYIASATAN KEMATIAN) KUASA-KUASA PERLU, 1969, sebagai contoh, peraturan 3(b) menyatakan seperti berikut: “Bilamana Magistret atau Koroner bertanggungjawab mengadakan siasatan kematian atau inkues terhadap mayat yang mana telah diputuskan bahawa mayat tersebut telah dibunuh dalam operasi bagi tujuan menghalang kekacauan oleh polis atau angkatanm tentera Malaysia atau disebabkan oleh kecederaan akibat kekacauan, Magistret atau Koroner, dalam kes demikian, tidak perlu mengadakan siasatan kematian atau inkues terhadap mayat berkenaan.” Ini menjadikan pembunuhan oleh polis atau tentera tidak boleh dipersoalkan.

3. Menteri Dalam Negeri boleh mengharamkan apa-apa bahan bercetak yang dianggap merbahaya kepada kepentingan awam. Juga berhak membuka semua apa-apa bahan yang dihantar secara pos, membaca semua telegram, artikel dan bahan bercetak dan menahan kesemua bahan tersebut dibawah PERATURAN (SURAT KHABAR DAN PENERBITAN LAIN) KUASA-KUASA PERLU, 1969.

4. Di bawah PERATURAN (LARANGAN AKTIVITI BERKAIT PILIHANRAYA) KUASA-KUASA PERLU, 1969, pilihanraya boleh digantung, dimana ketika penggantungan, regulation 2 menyatakan: “Walaupun apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, selama mana pilihanraya digantung, semua aktiviti berkait dengan pilihanraya adalah dilarang.”

5. Di bawah ESCAR, iaitu Emergency and Security Cases Regulation yang antara lain:

• Membenarkan Peguam Negara untuk memilih mana-mana mahkamah yang disukai untuk membicarakan kes-kes keselamatan. Mahkamah boleh bersidang di mana-mana tempat atau negeri tidak semestinya tempat jenayah yang di tuduh berlaku.

• Sekiranya mahkamah berpuas hati seorang saksi takut memberikan keterangan, saksi tersebut boleh menberikan keterangan dalam keadaan saksi tersebut tidak boleh dilihat atau didengar oleh peguam tertuduh.

Di atas adalah contoh kuasa-kuasa melampau yang dimiliki oleh negara ketika darurat. Ianya terdedah kepada salah guna kuasa dan tiada cara untuk menimbanginya. Kuasa ini juga tidak boleh dicabar di Mahkamah.

Satu-satunya alasan kenapa pengisytiharan darurat tidak ditarik balik ialah kerana kerajaan ingin mengekalkan undang-undang yang lapuk dan kejam ini.

Undang-undang ini adalah satu jalan pintas kepada pihak polis. Mereka tidak perlu lagi bersusah payah menyiasat kes, kerana mereka mempunyai kuasa untuk menahan mereka yang di syaki tanpa bicara.

Justeru, pihak polis boleh meletakkan undang-undang di tangan sendiri. Keadaan ini perlu berhenti dengan segera. Malaysia bukanlah sebuah negara polis.

Kewujudan undang-undang darurat ini menjadikan Malaysia dalam liga yang sama dengan Mesir, Syria, Aljeria yang mengekalkan undang-undang darurat bagi kepentingan pemerintah kuku besi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita49/fathiaziz1.jpgDalam keadaan Perdana Menteri mempromosikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang toleran dan progresif, hakikat bahawa dengan berterusannya undang-undang darurat ini telah menunjukkan wajah sebenar parti pemerintah yang mengongkong rakyat dengan tidak mengalakkan wujudnya forum yang sihat, menindas masyarakat sivil, menafi proses semak dan imbang. Seterus menghalang rakyat umum sama-sama mengambil bahagian dalam proses pembinaan negara Malaysia yang sama-sama kita cintai ini.

*** Tulisan Fathi Aziz Abu Bakar, (gambar kanan) Seorang peguam yang juga Exco Pemuda Terengganu mewakili Lujnah Guaman dan Undang-undang Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, sebagaimana di hantar melalui e-mel kepada Buletinonline.net

WikiLeaks dedah duta AS ragui penjelasan KL


Duta Amerika Syarikat ke Malaysia memaklumkan kepada pemerintahnya awal tahun lalu bahawa pegawai-pegawai kedutaan meragui penjelasan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kecurian enjin jet pejuang F-5 milik TUDM pada 2008, demikian menurut maklumat yang didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen yang ditandatangani oleh Duta James Keith itu berkata kedutaannya berkongsi 'kesangsian' yang diluahkan oleh satu siri komen media dalam talian mengenai pendirian Putrajaya bahawa enjin jet itu dicuri oleh dua individu berpangkat rendah dan pihak di peringkat tinggi tidak terlibat sama sekali.

'Kami berkongsi beberapa kesangsian yang dilahirkan oleh blog-blog mengenai kes kerajaan dan penjelasan siapa di sebalik kecurian enjin,' kata dokumen tersebut.

'Dalam (proses) penyelarasan dengan pihak Washington, Post terus menekankan untuk mendapatkan laporan lengkap bagaimana kecurian itu berlaku dan penempatan muktamad enjin-enjin (jet pejuang), serta untuk mengingatkan GOM (kerajaan Malaysia) tentang keseriusan isu itu dan keperluan mengambil tindakan pembetulan,' kata kabel yang disiarkan oleh laman blog Malaysia Today, semalam, dan ditukil oleh laman berita The Malaysian Insider pada hari yang sama.

Difahamkan, 'Post' merujuk kepada seorang pegawai politik Amerika yang mempunyai pejabat di kedutaan di Kuala Lumpur.

Mahkamah Sesyen sedang mendengar kes Sarjan N. Tharmendran dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad, yang menghadapi pertuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan enjin pesawat milik TUDM itu.

Pada 6 Januari tahun lalu, Tharmendran, 42 tahun, tidak mengaku salah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed Matra 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi, di sini, pada 30 April 2008.

Rajandran, 38 tahun, pengarah sebuah syarikat pembekalan, pula tidak mengaku salah terhadap tuduhan dengan sengaja menghapuskan dua enjin TUDM itu di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang pada 30 April 2008.

Kededua enjin itu dibeli pada 1972 dengan harga RM303,570 ($123,644), dan bukannya RM50 juta seperti dilaporkan pada awalnya.

Selasa, 28 Jun 2011

Letrik Rumah Saja RM160,000 Sebulan. Rakan Syaitan!!

WARTA UTARA


Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.


Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama. Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang pemimpin BN Malaysia, rakan syaitan. Sila renung firman ini... Al-Quran, ayat 27 Surah Al-Isra’ iaitu, “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah 'saudara-saudara syaitan', sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”ibnuhasyim

Sewa rumah PM, TPM RM18,000 sehari

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.

Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.

"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.

Tak rasa kesusahan rakyat

Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol.

Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.

"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.

"Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.

"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.

Tunjuk bukti saya minta RM1 juta, Johari cabar trio Datuk T

TERKINI

KUALA LUMPUR — Datuk Johari Abdul menuntut trio Datuk T menunjukkan bukti bahawa beliau pernah meminta ‘ganjaran’ RM1 juta sebagai bayaran untuk meninggalkan PKR selepas menonton rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.

Justeru wakil rakyat dari Kedah ini mempertahankan beliau tidak pernah meminta sejumlah wang itu dan apa yang dikatakan trio Datuk T adalah tidak berasas sama sekali.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu (gambar) memberitahu beliau telah memberitahu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim bahawa si pelaku dalam rakaman didedahkan 21 Mac lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu klip video terbaru muncul di Internet hari ini menyerang kewibawaan Johari dengan mendakwa beliau ada meminta RM1 juta untuk dirinya dan juga lima Ahli Parlimen lain jika mahu mereka keluar PKR.

“Buktikan saya mengambil duit, di akaun bank yang mana? Adakah ia (dibayar) secara tunai atau cek? Saya tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak itu di rumah.

“Saya tidak pernah menerima apa-apa atau saya pernah ditawar untuk meninggalkan parti untuk bayaran... saya tidak memerlukan wang,” kata Johari kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, trio Datuk T boleh mengatakan apa yang mereka mahukan.

“Tidak sesiapa pun yang boleh memberi keterangan apa yang saya kata di bilik (hotel) pada hari itu... saya tidak mahu membuang masa (dengan mereka,” kata Johari lagi.

Sejurus selepas rakaman video seks ditayangkan kepada pemberita pada 21 Mac lalu, trio Datuk iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim, Johari mendedahkan beliau menonton video itu bersama mereka di sebuah hotel di sini.

Wakil rakyat itu berulang kali menafikan bahawa beliau ada bersetuju yang lelaki dalam video seks itu ialah Anwar.

Bagaimanapun satu video yang disiarkan oleh blogger pro-Umno blogger “Papagomo” (http://www.papagomo.com) hari ini mendakwa sebaliknya.

Video yang panjangnya 1.59 minit itu, bersama dengan tulisan blog memetik Shazryl mendakwa Ahli Parlimen Sungai Petani itu yakin yang Anwar adalah lelaki dalam klip video itu dan Johari minta RM1 juta bagi diri beliau dan RM1 juta bagi setiap lima Ahli Parlimen yang bersedia untuk meninggalkan PKR selepas menonton video berkenaan.

Klip video itu tiada bukti yang dapat menunjukkan bahawa beliau ada meminta wang dalam jumlah itu.

Johari dilihat memasuki sebuah bilik hotel dengan diiringi trio Datuk T dan kemudian duduk di depan televisyen.

Satu kamera terselindung dilihat diletakkan di depan televisyen, oleh itu memberi gambaran mengenai reaksi Johari. dan suara trio Datuk T.

Berbanding naratif-naratif Johari sebelum ini tentang apa yang berlaku pada hari video itu ditonton, MP PKR itu kelihatan gelak ketawa dan mesra bersama ketiga-tiga Datuk T, dan berjenaka beberapa minit sebelum video seks ditayangkan.

“Sudah pasti saya mesra dengan mereka. Saya kena mereka secara peribadi. Shuaib pak cik saya, Rahim bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dan Eskay dari Sungai Petani... saya tidak tahu pada hari itu mereka hendak menunjukkan video seks kepada saya.

“Saya menghormati pak cik saya, meskipun saya tidak setuju dengan apa yang dia lakukan. Jika saya bertemu Shuaib lagi, saya cium tangan dia, dia lebih tua daripada saya,” kata pemimpin PKR ini.

Bersih 2.0: PAS nasihat polis guna ‘buffer zone’ hari penamaan calon

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR – Mengecam tindakan polis menjelang Himpunan Bersih 2.0, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika pihak polis memisahkan kumpulan berlainan parti ketika hari penamaan calon, mengapa tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama 9 Julai ini.

Ketua Penerangan PAS berkata polis seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat demi menghormati hak untuk berhimpun.

Tuan Ibrahim berkata ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku.

“Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapat tidak di Bersih 2.0?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Sehubungan itu Tuan Ibrahim turut menyarankan polis untuk mewujudkan ‘zon penampan’ bagi mengelak pertembugan dua atau lebih kumpulan.

“Kalau polis gagal mewujudkan ‘buffer zone’, maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat,” kata beliau.

Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan pada 9 Julai.

Kumpulan yang menentang Himpunan Bersih 2.0 iaitu Perkasa dan Pergerakan Pemuda juga mahu mengadakan perhimpunan balas pada hari yang sama.

Dalam kenyataannya Tuan Ibrahim juga mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.

“Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang.

“Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang,” katanya.

Beliau juga bertanya atas alasan apa aktivis dan penyokong Himpunan Bersih 2.0 ditangkap.

Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini.

Malah, katanya pihak polis sudah turut serta untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini juga mengingatkan polis bahawa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya.

Jadual Waktu Anggota Badan

Oleh: kopi_o


"Setiap perkara di alam ini ada turutan atau jadual yang disusun supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Misalnya umat Islam ada jadual waktu solat, murid sekolah ada jadual pembelajaran, perjalanan keretapi ada jadual tiba dan bertolak.

Anggota badan manusia juga tidak ketinggalan mempunyai jadual yang tersendiri. Berikut adalah jadual am anggota badan yang tertentu;

Awal Pagi
3:00 am - 5:00 am
Paru-paru - Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

Pagi
5:00 am - 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am - 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am - 11:00 am
Limpa - Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Tengahari
11:00 am - 1:00 pm
Jantung - Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang
1:00 pm - 3:00 pm
Usus kecil - Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm - 5:00 pm
Pundi Kencing - Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

Senja
5:00 pm - 7:00 pm
Buah Pinggang - Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Malam
7:00 pm - 9:00 pm
Dinding Jantung - Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

Lewat Malam
9:00 pm - 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

Tengah Malam
11:00 pm - 1:00 am
Empedu - Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Awal Pagi
1:00 am - 3:00 am
Hati - Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Begitulah secara ringkas jadual waktu badan manusia. Tidak pasti pula sejauh mana kebenarannya tetapi bolehlah jadikan ini sebagai panduan am kehidupan seharian. Jika ada pembaca yang mengetahui asal-usul maklumat ini, dapatlah kiranya berkongsi sumbernya di sini. Sumber dipetik dari : hikmah.azad.com

ZackJ

http://mestimilik.blogspot.com"

Batu Terapung Israk Mikraj Yang Palsu dan Asli [Gambar]

Oleh: solihinzubir


"Salam A'laik.. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, 27 Rejab merupakan ulangtahun peristiwa Israk dan Mikraj. Setiap kali itu juga, pasti gambar-gambar palsu batu terapung berkaitan Israk Mikraj disebarkan ke serata dunia internet dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya. Jadi, rasa ia satu kewajipan untuk saya sebarkan kepada sesiapa yang masih belum tahu tentang perkara ini.

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung tersebut.

Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestin

Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak?
Satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas?
Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Nampak?

Teknik murahan sebenarnya.. Edit guna Photoshop..

Jadi, mana batu terapung yang aslinya? Berikut adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung (asli) Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj.

SOALAN:

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu terapung (tidak berpijak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti? Pohon Dato’ perjelaskan apakah sebenarnya.

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din :

Tempat Rasulullah SAW Dimikrajkan

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah SAW bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi SAW berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda SAW maka batu itu tergantung. Saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad SAW tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.

Batu Tersebut Diubahsuai

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya. Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia diubahsuai menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat.

USAHA minta kerajaan ambil berat harga getah

KENINGAU KINI

KENINGAU: Pertubuhan Pekebun-Pekebun Kecil Bersatu Sabah (Usaha) yang sebelum ini dikenali sebagai (PPKGS) meminta Kerajaan Negeri agar mengambil berat tentang harga bahan mentah getah yang tetapkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang tidak berpatutan.

Presiden USAHA M.N Chua berkata, Jawatankuasa Tertinggi pertubuhan berkenaan dalam mesyuaratnya baru-baru ini memutuskan agar permintaan itu dikemukakan kepada Kerajaan Negeri bagi mengatasi kerugian pekebun-pekebun akibat perbezaan harga bahan mentah getah di negeri ini berbanding di Semenanjung dan Sarawak.

Katanya, berikutan perbezaan harga bahan mentah getah itu pekebun-pekebun kecil di negeri ini mengalami kerugian atau kekurangan pendapatan kira-kira RM100 juta setahun.

“Isu atau perbezaan harga bahan mentah getah yang tidak adil ini telah pun berlaku sejak tahun 2003 dan sehingga kini belum ada apa-apa perubahan dan ini amat mengecewakan,” katanya dalam satu kenyataan yang diemail kepada akhbar ini pada Rabu.

Beliau berkata, LIGS sebagai sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah yang berorientasikan perkhidmatan sepatutnya bertanggungjawab memberi pekhidmatan dan harga getah yang terbaik untuk pekebun-pekebun kecil getah.

Tetapi katanya, terdapat pula laporan-laporan tentang kerugian yang dialami oleh agensi tersebut yang mencerminkan kelemahan pengurusannya dan sekali gus menyebabkan kerugian kepada pekebun-pekebun kecil di negeri ini.

Jelasnya, pada masa ini perbezaan harga bahan mentah getah di antara RM 1.50 hinga RM 2.00 sekilogram jika dibandingkan dengan Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Dalam situasi ini katanya, jika seorang pekebun kecil mengeluarkan 300 kilogram bahan mentah getah dalam satu bulan akan menghadapi kekurangan pendapatan hampir RM 500-600 sebulan.

“Tambahan lagi pihak LIGS menghadapi kekurangan wang dan tidak mampu membeli semua bahan mentah getah dari pekebun-pekebun kecil di negeri ini.” katanya.

Ini katanya, memaksa pekebun-pekebun kecil menjual bahan getah mereka kepada orang tengah dengan harga yang lebih rendah walaupun mereka sedar akan rugi.

Dalam pada itu kata Chua, Jawatankuasa Tertinggi Usaha membuat ketetapan dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sabah supaya mansuhkan cukai eksport 10% untuk bahan mentah getah dan membuka pasaran getah di Sabah supaya perdagangan komoditi getah ini lebih berdaya saing.

“Kita juga meminta Kerajaan memberikan kelulusan kepada pekebun-pekebun kecil untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti pemprosesan hiliran getah, termasuklah menjalinkan kerjasama pintar dengan pelabur-pelabur swasta sebagai rakan kongsi,” katanya.

Dalam masa yang sama Usaha mengharapkan lebih ramai pekebun-pekebun kecil akan menyertai pertubuhan ini sebagai satu landasan untuk menyuarakan kepentingan pekebun-pekebun kecil.

Usaha yang ditubuhkan pada tahun 2006 kini mempunyai 5,000 orang ahli di seluruh Sabah.

Katanya, dalam usaha membantu membangunkan industri pertanian di Sabah, ahli-ahli Usaha juga telah menubuhkan sekurang-kurangnya lima koperasi, termasuklah di Keningau, Matunggong, Penampang, Tuaran, Tambunan dan Kota Belud.

Subsidi RM74 bilion: K'jaan perdaya rakyat, kata pakar

Aidila Razak


Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

azlanBercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

NONEKatanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.

Hassan Ali: Adun Umno tidak perlu kecoh

Subky Latif


KEDUDUKAN Dr. Hassan Ali yang diputuskan oleh PAS Pusat hanya tentang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor yang disandangnya sebelum ini. Kedudukannya sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor tidak disentuh.

Justeru itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat keputusan yang tepat apabila kedudukan Dr. Hasan Ali sebagai Exco dikekalkan melainkan ada pandangan PAS Pusat mengenainya.

Maka tempelak ketua pembangkang Umno di DUN Selangor supaya Menteri Besar Selangor menggantikan Dr. Hasan Ali dengan seorang yang lain sebagai Exco tidak perlu diberi perhatian serius.

Keputusan siapa patut jadi Exco adalah kuasa mutlak Menteri Besar, tetapi amalan biasa kerajaan yang berkongsi kuasa sesama parti sekutunya mengambil kira pandangan parti yang bersama membentuk kerajaan itu.

Jika Perdana Menteri Najib membuat rombakan kabinet berikut keputusan pemilihan pimpinan MCA, menggantikan menteri-menteri tertentu dengan anggota MCA yang lain, ialah kerana Perdana Menteri mendengar nasihat pemimpin MCA yang berkuasa.

Perdana Menteri boleh tidak melayan kemahuan MCA itu kalau dia mahu kerana kuasa mutlak itu ada padanya.

Contohnya tentang kedudukan Murugiah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mewakili PPP. PPP minta Perdana Menteri menggantikannya dengan anggota PPP yang lain sejak dia masih anggota PPP dan selepas keluar dari parti itu.

Datuk Najib tidak melayannya. Di situ Perdana Menteri menggunakan kuasanya yang menentukan menteri dan timbalan menteri itu adalah hak mutlaknya.

Walau pun Perdana Menteri tidak membuat keputusan serupa antara MCA dan PPP, ia adalah budibicaranya. Boleh sikapnya ditakwil, tetapi keputusan mutlak ada padanya.

Jika parti komponen tidak setuju dengan pendirian Najib dalam isu kamahuan PPP itu, maka BN boleh buat sesuatu terhadap Najib jika ia berupaya.

Kalau tuntutan parti sekutunya Najib boleh ketepikan, maka tentulah Najib tidak akan melayan jika ada tuntutan pembangkang supaya Murugiah digugurkan kerana tidak mendapat kepercayaan partinya.

Atas situasi seperti boleh Menteri Besar Selangor tidak mempedulikan apa saja yang dikata oleh orang-orang Umno Selangor tentang kedudukan Dr. Hasan Ali dalam kerajaan negeri.

Ada logik politiknya bagi seorang ketua PAS yang tidak lagi menjadi ketua memberi laluan kepada ketua yang baru dalam kerajaan. Ia biasa dilakukan dalam mana-mana negara dan parti demokrasi.

Dari sudut moral berpolitik Dr. Hasan Ali sendiri pun boleh buat demikian tanpa didesak oleh sesiapa. Tidak perlu Umno menasihatkannya, Dr. Hasan boleh bertindak sendiri.

Tetapi dalam keadaan negara sudah diambang pilihan raya, ada yang meramalkan bulan Julai dan ada yang kata selepas puasa, maka apa yang gantinya dapat buat dalam keadaan begitu?

Katakanlah Dr. Rani Othman, Pesuruhjaya PAS Selanagor yang baru menggantikan Dr. Hasan Ali sebagai Exco. Baru sebulan atau dua bulan Parlimen dibubarkan, maka dia tidak sempat buat apa.

Bahkan ia tidak banyak membantu kerajaan negeri melicinkan tugas dan tanggungjawab dalam jabatan di bawah Exco itu.

Lain keadaannya kalau pilihan raya itu lambat lagi atau sah kerajaan Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya serentak dengan Pilihan Raya Umum.

Pakatan Rakyat sekadar baru menyatakan ia mungkin tidak mengadakan pilihan raya serentak dengan negeri-negeri lain. Ia baru satu cadangan semua terpaksa tunggu apakah dilaksanakan atau tidak.

Dalam keadaan yang demikian, maka tidak perlu kedudukan Dr. Hasan Ali sebagai Exco perlu dijadikan isu. Presiden PAS dan PAS Pusat tidak membuat apa-apa keputusan tentang kedudukannya dalam kerajaan, maka Dr. Hasan boleh meneruskan khidmatnya selagi penggal kerajaan yang ada belum berakhir.

Dan PAS sendiri tidak merasa perlu kedudukannya dalam kerajaan Selangor dirombak dan sebagainya. Keputusan yang dibuatnya adalah mengenai urusan dalam parti, bukan berkait dengan kedudukannya dalam negeri Selangor.

Umno Selangor pun tidak boleh cakap banyak kerana kerajaan BN sendiri memungut orang yang ditolak oleh rakyat seperti Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Najib dan Dr. Koh tidak berasa malu dengan keadaan itu.

Ceramah Bersih menjadi kotor di Gombak

Khaulah Azwar


GOMBAK: Ceramah umum bagi mengupas isu-isu semasa yang sepatutnya berlaku dengan keadaan tenang telah menjadi tragedis malam tadi apabila ia cuba di batalkan dengan hampir 100 anggota polis telah membuat sekatan di sekitar Gombak.

Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abd Halim, berkata “ Kami dari pimpinan PAS Gombak benar-benar merasa kesal dengan tindakan polis. Ceramah tersebut sepatutnya berlangsung dengan aman tetapi menjadi sebaliknya sedangkan kami sudah meletakkan banner dan edaran risalah 5 hari sebelum tarikh ceramah diadakan”.

Menurutnya, ceramah tersebut diadakan sempena pelancaran Semarak Gelombang Hijau peringkat PAS Gombak yang melibatkan kawasan DUN Hulu Klang dan DUN Batu Caves juga yang telah berlangsung pada hari Sabtu. Sempena pelancaran gelombang tersebut diadakan berbagai program muslimat, nisa’ dan Pemuda PAS Gombak.

Antaranya dibuka kaunter pendaftaran pemilih (SPR), kaunter keahlian PAS.

Kaunter petugas juga telah didatangi oleh tiga anggota polis untuk membuat semakan samada mereka mengedar risalah Bersih 2.0 atau tidak. Mereka telah memberi amaran agar tidak sekali-kali mengedar risalah Bersih 2.0.

Sepanjang program 2 hari itu, semua petugas PAS telah membuat edaran risalah berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan akhbar Selangorkini dari rumah kerumah. Diadakan juga sukan pemuda, senaman aerobic nisa’ Gombak.

Pada hari Ahad malam diadakan ceramah umum untuk diadakan pelancaran Bersih. Namun ianya telah menjadi kotor apabila gangguan dibuat oleh pihak-pihak yang di dalangi oleh puak Umno/BN.

Semua yang hadir malam itu, melihat sediri beratusan polis yang datang dengan membuat pengumuman di sekitar taman perumahan Gombak. Siren Polis dipasanng memberi amaran agar rakyat tidak menghadirkan diri dalam ceramah ini.

Mereka cuba menghasut dan menakut-nakutkan rakyat. Namun, ekoran amaran itu, ia umpama hebahan kepada orang ramai menyebabkan begitu ramai sekali yang datang untuk memberi sokongan padu.

Pihak polis telah mendirikan khemah di tempat sepatutnya ceramah umum di adakan di perkarangan Shell taman Grenwood semenjak Jumaat 24 Jun sehingga malam tadi. Sekatan jalan menyebabkan jalan sekitar gombak mengalami kesesakan yang teruk.

Dengan sekatan di buat oleh pihak polis, mereka terpaksa mengubah tempat ceramah ke perkarangan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia. Hampir ribuan yang hadir di ceramah tersebut dalam keadaan padang yang gelap tanpa didirikan khemah.
Namun semua tidak berpatah hati untuk terus menghadirkan diri ke ceramah itu walaupun tidak disediakan tempat duduk yang selesa..

Walaupun dijalankan di premis persendirian, polis masih lagi cuba mengganggu ceramah ini yang menyebabkan ceramah tersebut sepatutnya dikupaskan isu semasa tetapi telah menjadi tazkirah Israk Mikraj yang di sampaikan oleh YDP PAS Gombak, Ustaz Sallehuddin Nasir.

Pihak polis hanya membenarkan mereka membuat ceramah sehingga 11.30 malam dan tidak dibenarkan mengupas isu berkaitan dengan BERIH 2.0.

Sementara itu, Setiausaha Kerja PAS Gombak Adul Rashid Abdullah pula berkata, ceramah Bersih anjuran Pemuda PAS Gombak malam tadi di PKM Adun Gombak Setia diakhiri dengan penangkapan seorang penduduk setempat yang datang bersama keluarganya.

"Kita di fahamkan mangsa yang ditangkap adalah kerana memakai baju Bersih 2.0. Beliau memakai pakaian tersebut didalam dan diluar pakaiannya dipakai “vest” PAS. Hanya memakai pakaian Bersih beliau ditangkap dan isteri serta 2 orang anaknya juga diheret ke balai polis. Kita benar-benar kesal dengan tindakan agresif yang dilakukan oleh pihak polis," katanya.

Selepas ceramah seramai 20 petugas Pemuda PAS Gombak menghadirkan diri ke Balai Polis Gombak sehingga 2 pagi untuk bertemu dengan pihak polis untuk membebaskan mangsa terlibat.

Baju yang dipakai oleh mangsa dirampas oleh pihak polis.

“Polis dan seluruh jentera kerajaan digunakan bagi memuaskan nafsu serakah pimpinan Umno/BN yang mahu terus kekal berkuasa. Namun mereka seharus ingat kuasa Allah SWT adalah lebih besar, semakin mereka menindas rakyat semakin rakyat akan memberontak. Kita lihat nanti 9 Julai betapa seluruh rakyat di seluruh Malaysia menentang kezaliman Umno/BN dengan menyertai Himpunan Bersih 2.0 kita tunggu dan lihat”.

Delegasi Yayasan Amal gagal masuk ke Libya

Mohd Rashidi Hassan


AS-SALLUM, (Mesir): Rombongan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia bagi meninjau keadaan pelarian Libya tiba di bandar yang terletak di sempadan Mesir-Libya.

Bagaimana pun selepas merentasi padang pasir sejauh 1000 km dan melalui lima check point tentera, delegasi tidak dibenarkan masuk ke Libya dengan alasan keselamatan dan suasana yang tidak menentu.

Pihak tentera Mesir membuat kawalan ketat di sempadan Mesir-Libya, memeriksa setiap kenderaaan dan individu yang berhasrat memasuki Libya.

Pada setiap check point pihak tentera pasport setiap individu termasuk delegasi Yayasan Amal tanpa kecuali.

Delegasi diketuai Ketua Setiausaha Yayasan Amal, Abd Hamid Seman disertai pegawai perubatan Dr Abdul Kadir Jailani, Che Salmi Che Ibrahim bersama wakil Harakah.

Bagaimana pun delegasi Malaysia berkesempatan mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Nidaul Khayr yang diasaskan oleh Ikhwan Muslimin Libya yang dipimpin Ustaz Abdul Wahab Abdullah

Menurut Ustaz Wahab, terdapat kira-kira 100 ribu keluarga yang terperangkap akibat perperangan di antara tentera Libya yang dipimpin Muammar Gaddafi dengan rakyat.

Mereka katanya memerlukan bantuan makanan dan perubatan yang sukar diperolehi.

"Kita terpaksa berhadapan dengan beribu-ribu pesakit yang terlantar di hospital, mereka cedera akibat perang dan ada yang mati akibat kekurangan alatan perubatan," katanya.

Menurut beliau, pelarian Libya yang paling ramai berada di sempadan Tunisia, manakala pelarian di sempadan Mesir sudah kembali ke kampung masing-masing.

"Buat masa ini tidak berlaku peperangan berhampiran sempadan Mesir, bagaimanapun pelarian yang pulang masih terperangkap kerana ketiadaan bekalan makanan dan perubatan.

"Di Libya, setiap kawasan dikuasai oleh Ketua Kabilah yang mempunyai autoriti sendiri. Jadi keadaan amat bahaya untuk kita lalui, jika tidak mendapat kebenaran mereka," jelas beliau.

Dalam mesyuarat tersebut Abd Hamid, bagi pihak Yayasan Amal Malaysia bersetuju untuk menghantar bantuan makanan, perubatan dan keperluan kanak-kanak dalam waktu yang terdekat.

Katanya, hasil perbincangan dengan pihak terbabit, satu treler barangan untuk pelarian yang memerlukan, mencecah USD35 ribu.

"Kita akan mengadakan kerjasama dengan Agensi Perubatan Mesir dan Nidaul Khayr. Kita akan aturkan segera bantuan.

"Kita amat memerlukan sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dan sesiapa yang berhasrat menghulurkan sumbangan sila salurkan melalui akaun Maybank Yayasan Amal Malaysia, 553010122090," katanya.

Rombongan Yayasan Amal berlepas pulang selepas dua hari di sempadan.

Lawatan rasmi: Najib, Muhyiddin belanja RM25 juta sejak 2008


KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri mendedahkan Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasangan mereka telah menghabiskan RM25.1 juta bagi tujuan lawatan rasmi ke luar negara sejak 2008 hingga Jun tahun ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Chua Tian Chang (PKR-Batu), daripada jumlah itu Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan RM17,118,650.58 manakala Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman pula RM8,020,328.07.

Chua telah meminta perdana menteri agar menyenaraikan jumlah kos lawatan rasmi beliau dan timbalannya mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari 2008 hingga 2011.

Malah, beliau juga bertanya butiran perbelanjaan Rosmah sepanjang tempoh itu.

Najib, yang merupakan timbalan perdana menteri pada 2008, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.

Menurut respons Jabatan Perdana Menteri yang diperoleh hari ini, Najib dan Rosmah telah membelanjakan RM1.7 juta pada 2008, RM4.8 juta (2009), RM5.1 juta (2010) dan RM5.4 juta sehingga Jun tahun ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin dan Norainee telah membelanjakan RM2.7 juta pada 2008, RM609,185 (2009), RM1.38 juta (2010) dan RM3.27 juta sehingga Jun tahun ini.

“Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan sebarang peruntukan khas bagi perbelanjaan isteri perdana menteri. Jabatan hanya membiayai perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri,” kata respons itu.

Human Rights Watch gesa Najib bebas 30 aktivis PSM, termasuk MP

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Badan pemantau antarabangsa Human Rights Watch hari ini menggesa pentadbiran Najib agar segera membebaskan 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput yang berhadapan dengan siasatan mengadakan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Kesemua aktivis itu dan wakil rakyat berkenaan ditahan reman selama tujuh hari sejak kelmarin.

“Mendakwa ahli politik pembangkang dengan tuduhan bahawa mahu menghidupkan semula satu pergerakan era Perang Dingin, yang sudah mati 20 tahun lalu, satu tindakan tidak munasabah,” kata Phil Robertson, timbalan pengarah Asia di Human Rights Watch.

“Penahanan ini menunjukkan kerajaan memandang sepi proses demokratik dan kesanggupannya untuk pergi jauh bagi menakutkan rakyat Malaysia dengan momok politik masa lalu,” kata beliau lagi.

Mengikut laporan media, seramai 81 orang telah ditahan sejak 22 Jun lalu. Mereka termasuklah 28 anggota PSM yang ditahan di Johor pada 25 Jun di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Polis juga menahan aktivis yang menjual atau memakai kemeja-T Bersih 2.0 menjelang Himpunan Bersih 2.0.

Kata beliau, tindakan kerajaan menafikan hak untuk bersuara, berpersatuan dan berhimpun secara aman bertentangan dengan Deklarasi Antarabangsa Mengenai Hak Asasi Manusia dan komitmen Malaysia untuk menghormati standard hak asasi antarabangsa.

Kata beliau, kerajaan pimpinan Barisan Nasional seharusnya menghormati gesaan Suhakam dan membenarkan Himpunan Bersih 2.0.

“Daripada cuba membisukan pengkritik aman, kerajaan Malaysia seharusnya bertindak untuk memastikan proses pilihan raya adalah adil dan melindungi sepenuhnya hak sivil dan politik bagi kesemua rakyat Malaysia,” kata Robertson.

“Tindakan menahan mereka yang mengenakan kemeja-T dan mengedarkan risalah dengan jelas menunjukkan sikap tidak terbuka kerajaan dalam menerima pandangan yang berlawanan,” katanya.