HALAMAN SANTAI

Sabtu, 24 Julai 2021

Pejuang akan hadir sidang Parlimen untuk lihat bagaimana ia manfaatkan rakyat - Dr Mahathir

Bernama
Pejuang akan hadir sidang Parlimen untuk lihat bagaimana ia manfaatkan rakyat - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata, Ahli Parlimen parti itu akan menghadiri sekurang-kurangnya pada permulaan sesi sidang khas Parlimen bagi memastikan ia bukan sekadar pemberian taklimat. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan menghadiri persidangan khas Parlimen yang akan berlangsung 26 Julai sehingga 2 Ogos ini, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Beliau bagaimanapun berkata Ahli Parlimen parti itu akan menghadiri sekurang-kurangnya pada permulaan sesi sidang khas Parlimen bagi memastikan ia bukan sekadar pemberian taklimat oleh kerajaan mengenai dasar yang diperkenalkan.
 
"Kami akan hadir di perjumpaan ini di Dewan Rakyat tetapi kami akan lihat sama ada ia akan bawa manfaat atau tidak kepada rakyat yang kini sedang menderita.
 
"Jika kita dapati ini hanyalah penjelasan mengenai dasar-dasar kerajaan dan hanya taklimat, kita boleh membuat keputusan pada masa itu untuk meninggalkan Dewan Rakyat.
 
"Kami belum memutuskan sepenuhnya perkara ini lagi kerana kami mahu melihat bagaimana kerajaan menjalankan mesyuarat itu," katanya pada sidang media secara maya hari ini.
 
Sidang khas Parlimen akan berlangsung lima hari mulai 26 Julai ini.
 
Ahad lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Ahli Parlimen boleh meminta penjelasan dan memberikan pandangan mereka pada persidangan khas itu.
 
Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada semua Ahli Parlimen menerusi notis pemberitahuan sidang khas bertarikh 15 Julai.-- BERNAMA

DISYORKAN UNTUK ANDA:

 BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT        

Tun M akui sukar kurang kes COVID-19, kesal kerajaan tidak ikut cadangannya

Faris Danial Razi

Tun M akui sukar kurang kes COVID-19, kesal kerajaan tidak ikut cadangannya
Dr Mahathir percaya, sekiranya kerajaan mengikut cadangan parti itu supaya tidak melibatkan ahli politik dalam mengatur pelan membendung COVID-19, ia pasti berjaya. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sukar untuk mengurangkan jumlah kes baharu COVID-19 yang kini sudah mencatatkan lima angka untuk sembilan hari berturut-turut.
 
Namun beliau percaya, sekiranya kerajaan mengikut cadangan parti itu supaya tidak melibatkan ahli politik dalam mengatur pelan membendung COVID-19, keadaan pasti berbeza. 
 
“Saya akui bahawa amat sukar untuk kurangkan jumlah pesakit baharu ini, memang saya akui kerana angka sudah menjadi terlalu besar.
 
“Tetapi saya masih berpendapat bahawa kalau diadakan satu penubuhan majlis yang kami cadangkan ini yang dianggotai oleh orang bukan politik, saya yakin kita dapat cari jalan yang boleh menolong kurangkan kes jumlah pesakit baharu.
 
"Itu kepercayaan kami, tetapi kami tidak diberi kepercayaan oleh kerajaan. Sebaliknya kerajaan cuba tiru pendapat kami tetapi peniruan mereka itu tidak mendatangkan apa-apa hasil,” ujarnya dalam sidang media secara maya Pejuang, pada Rabu.
 
Dalam pada itu, beliau berkata banyak saranan yang telah diberikan kepada kerajaan dalam meredakan situasi COVID-19, namun ia tidak diambil perhatian.
 
“Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) ada datang jumpa saya untuk bertanya macam mana nak kurangkan jumlah pesakit ini.
 
“Saya telah cerita apa yang saya tahu, berkenaan dengan cara untuk menangani masalah ini tetapi nampaknya mereka tidak melaksanakan pendapat yang kami berikan.
 
“Sebaliknya jumlah meningkat sehingga 13,000 sehari. Jadi, jelas sekali bahawa kerajaan tidak ada kebolehan untuk memikir cara menangani masalah COVID-19.
 
“Malah, kalau ada cara pun nampak kerajaan tidak faham cara mana untuk laksanakan pendekatan yang kita cadangkan,” tambah Ahli Parlimen Langkawi itu.
 
Beliau dalam pada itu masih mempertimbangkan keperluan untuk Ahli Parlimennya hadir ke sidang Parlimen akan datang sekiranya sesi pembentangan usul dan perbahasan tidak dibenarkan.
 
Ini kerana beliau menyifatkan sidang Parlimen yang akan bermula 26 Julai hanyalah sebuah majlis taklimat jika kedua-dua sesi berkenaan tidak dibenarkan.

Tukar PM, kerajaan takkan selesaikan masalah - Dr Afif

Israr Khalid
Tukar PM, kerajaan takkan selesaikan masalah - Dr Afif
Tegas Dr Afif, yang perlu diutamakan adalah untuk menyelesaikan dahulu krisis kesihatan, seterusnya krisis ekonomi, dan akhir sekali barulah selesaikan krisis politik yang kita hadapi. - Foto BERNAMA
 
KUALA LUMPUR: Menukar kepimpinan kerajaan bukanlah jalan penyelesaian terhadap segala masalah Malaysia pada ketika ini, kerana ia tidak dapat membawa perubahan yang ketara.
 
Bagi ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin, ini kerana siapa pun ahli politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang ketika ini sudah tidak berapa diyakini oleh rakyat. Maka tiada guna bertelagah siapa yang patut mentadbir negara.
 
“Kalau kita terus bertengkar soal nombor, soal siapa patut jadi Perdana Menteri, siapa patut jadi kerajaan, maka saya takut nanti rakyat mengambil tindakan sendiri.
 
“Kalau kita lihat krisis-krisis yang dibangkitkan tentang soal nombor ini akhirnya bukan untuk tujuan mengetengahkan permasalahan rakyat, tetapi akhirnya soal untuk menolak seorang individu sahaja iaitu Perdana Menteri dan meletakkan orang lain tetapi membuat jajaran baharu.
 
“Saya rasa ia tidak akan menyelesaikan masalah,” jelasnya yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Bersatu.
 
Maka apa yang perlu dilakukan ketika ini oleh para politikus terutamanya Ahli Parlimen adalah mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap mereka. Bagaimana? Dengan kembali semula ke peranan hakiki mereka untuk memperjuangkan isu rakyat.
 
Dr Afif melihat sesi mesyuarat khas Dewan Rakyat yang akan bermula minggu depan sebagai medan terbaik untuk kerajaan memperjelaskan segala polisi yang dilaksanakan sejak kali terakhir Dewan Rakyat bersidang hampir lapan bulan lalu.
 
Pada masa sama, rakyat juga akan memerhatikan bagaimana pembangkang bertindak sama ada menjadi penyemak imbang atau menjadi pengacau kepada setiap polisi yang dijalankan pihak pemerintah.
 
“Sebab itu yang paling penting kita menjawab segala persoalan yang berbangkit supaya rakyat benar-benar yakin dengan usaha kerajaan hari ini, dan mereka akan turut sama dengan rela hati bertindak bersama untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi hari ini.
 
“Objektifnya adalah untuk mengikat dan menggerakkan seluruh kekuatan rakyat dan negara sebagai satu bangsa Malaysia untuk melawan COVID-19 ini,” katanya.
 
Justeru tegas Dr Afif, yang perlu diutamakan adalah untuk menyelesaikan dahulu krisis kesihatan, seterusnya krisis ekonomi, dan akhir sekali barulah selesaikan krisis politik yang kita hadapi.

Krisis pandemik serlahkan sifat kemanusiaan dalam diri kita - Hishamuddin Rais

Israr Khalid
Krisis pandemik serlahkan sifat kemanusiaan dalam diri kita - Hishamuddin Rais
Ahli politik diminta agar berfikir sebagai negarawan yang benar-benar peduli tentang masa depan negara. - Foto fail/BERNAMA
 
KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 ini hadir tidak lain sebagai satu ujian besar bagi manusia untuk melihat kembali segala yang telah dilakukan di muka bumi ini.
 
Secara tidak sedar ia sebenarnya telah memperlihatkan warna sebenar manusia ketika kita berdepan dengan wabak ini dan mencari solusi kepada krisis yang disebabkan olehnya.
 
Menurut aktivis dan pemerhati politik, Hishamuddin Rais, ketika inilah kita dapat melihat sifat sebenar para politikus sama ada mereka benar-benar memikirkan tentang rakyat atau hanya dirinya sendiri.
 
“Kita telah diduga oleh virus dari Wuhan ini, sama ada akan lahir kebinatangan atau kemanusiaan, insaniah dalam diri kita.
 
“Jadi ini peluang untuk ahli-ahli politik untuk terbuka dan memikirkan diri sebagai seorang negarawan, memikirkan untuk negara dan rakyat, di manakah fikrah kita berdiri,” jelasnya.
 
Maka sekiranya pembukaan semula sidang Parlimen selepas hampir lapan bulan ‘bercuti’ pada 26 Julai akan datang masih lagi dijadikan tempat untuk ahli politik berebut kuasa, maka ianya hanya akan menuju kegagalan.
 
Bukan lagi masanya untuk Ahli Parlimen serang menyerang dan saling menunding jari kepada segala kekurangan dan kekhilafan yang berlaku, tetapi harus bersama berfikir ke arah menjadikan negara ini lebih sihat, selamat dan sejahtera.
 
“Maka sekarang ini saya meminta Ahli-Ahli Parlimen bukan memikirkan untuk cari undi, tetapi menjadi negarawan memikirkan masa depan negara.
 
“Saya minta supaya kalian berfikir, berdiri dan duduk di dalam Dewan itu sebagai manusia yang prihatin, bukannya memikirkan tentang nasib sendiri. Itu teknik lama,” ujarnya.

Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab

Astro Awani
Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Alasan mengatakan UMNO kembali berkuasa hanya kerana Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan hujah sangat lemah.
 
KUALA LUMPUR: Cubaan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A Kadir Jasin untuk melagakan UMNO dan Bersatu dilihat sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.
 
Bahkan, Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff berpendapat tindakan itu juga seolah-olah cuba meruntuhkan kerajaan.
 
Beliau dalam satu kenyataan berkata, alasan mengatakan UMNO kembali berkuasa hanya kerana Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan hujah sangat lemah.
 
“Adalah menjadi lumrah kepada pemimpin sesebuah parti untuk membuat kunjungan hormat kepada pemimpin parti mereka yang lain yang baru mendapat lantikan jawatan tinggi di samping mengemukakan pengharapan mereka kepada beliau.
 
“Kenyataan Kadir ini sepertinya mahu melaga-lagakan antara Ismail Sabri dan Muhyiddin sedangkan Ismail Sabri dan rakan-rakan UMNO beliau yang bergelar menteri sudah beberapa kali melafazkan taat setia kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri,” katanya.
 
Tegasnya, kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik di mana pemimpin parti itu sudah mempunyai saluran untuk menyampaikan sesuatu.
 
“Untuk menyatakan bahawa Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri akan mampu melaksanakan segala kehendak dan tuntutan pemimpin UMNO adalah satu perkara yang tidak realistik dan menunjukkan Kadir seolah-olah berada di alam khayalan.
 
“Kadir mesti tahu bahawa walau apa pun yang diserahkan kepada Ismail Sabri, pada akhirnya akan dibawa kepada pertimbangan Muhyiddin selaku Perdana Menteri dan kepada mesyuarat Jemaah Menteri untuk dibincang dan diputuskan secara bersama.
 
“Sesi kunjungan ini pastinya akan meredakan suasana huru-hara dalam perjalanan kerajaan yang berlaku sebelum ini bila pemimpin UMNO menyuarakan secara terbuka pandangan dan kritikan mereka terhadap keputusan dan tindakan kerajaan,” ujarnya.
 
Katanya, beliau menganggap adalah satu penghinaan untuk mengandaikan Ismail Sabri akan mencampuri urusan mahkamah dan membebaskan ‘kluster mahkamah UMNO’ sedangkan Ahli Parlimen Bera itu mempunyai latar belakang undang-undang.
 
Sebelum ini, Kadir di dalam sebuah portal dilaporkan berkata bayangan bahawa UMNO kini sudah kembali berkuasa dalam kerajaan semakin jelas.
 
Menurutnya, hakikat tersebut disahkan dengan kedatangan Najib ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk bertemu Ismail Sabri baru-baru ini.

Hanya 4 Ahli Parlimen belum terima vaksin, lebih 95 peratus lengkap dos


Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun.

Hanya empat Ahli Parlimen (MP) yang masih belum menerima suntikan vaksinasi sementara lebih 95 peratus MP sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Daripada jumlah tersebut, baki 35 peratus sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin, ia bagaimanapun empat MP tersebut tetap dibenarkan hadir ke persidangan Dewan Rakyat tetapi perlu berhati-hati dengan risiko jangkitan.

“Semua ahli Parlimen dibenarkan datang ke Dewan walaupun tidak divaksin tetapi kami menasihatkan mereka yang tidak divaksin ini berhati-hati, kerana kita tidak boleh menahan mereka daripada menunaikan tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya lapor Bernama.

Azhar mengadakan sesi sidang akhbar secara maya bagi memperincikan persiapan Sidang Khas Parlimen yang akan bermula Isnin ini.

Azhar berkata, sebelum ini beliau mengadakan perbincangan dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bersetuju supaya semua petugas Parlimen divaksinasi dan setakat ini 90 peratus petugas Parlimen telah lengkap dua dos suntikan.

Mengulas mengenai persiapan persidangan itu, Azhar berkata, pihak Parlimen menetapkan ‘house rule’ antaranya memastikan setiap individu yang datang ke Parlimen termasuk pekerja kontraktor, kakitangan kementerian dan pegawai pengiring menteri telah divaksin terlebih dahulu.

“Kami akan periksa di luar sebelum mereka dibenarkan masuk…kalau tidak divaksinasi, kami akan halang daripada memasuki Parlimen,” katanya.

Sebagai langkah keselamatan juga, Azhar berkata, setiap individu seperti ahli Parlimen, pegawai bertugas, kakitangan Parlimen, petugas media, pekerja kontraktor, pemandu dan pengawal keselamatan peribadi perlu menjalani ujian saringan.

Seramai 1,008 orang menjalani ujian saringan dua hari lepas manakala kesemua Ahli Parlimen disaring pada Jumaat.

Persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan selama lima hari mulai 26 Julai, manakala sidang Dewan Negara pula diadakan selama tiga hari bermula 3 Ogos.

Sementara itu, Azhar dalam kenyataan memaklumkan seramai 72 pengamal media dibenarkan hadir di bangunan Parlimen dan kehadiran yang terhad adalah sebagai langkah membendung dan mengurangkan risiko penularan Covid-19 semasa sidang khas itu.

Selain itu, Parlimen turut menambah baik persidangan dengan memperkenal dan menyediakan kemudahan platform sidang media secara hibrid dan sesi temu bual interaktif eksklusif dengan ahli-ahli Dewan Rakyat melalui aplikasi Zoom.

Pemimpin pembangkang turut dijemput bersama dalam MPN, kata Zafrul


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Perbezaan fahaman dalam parti politik diketepikan dalam mendepani cabaran Covid-19, susulan itu Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengambil inisiatif dengan menjemput pemimpin pembangkang untuk turut serta.

Menteri Kewangan Merangkap Menteri Penyelaras PPN Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  berkata langkah itu selaras dengan pendekatan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berlandaskan prinsip kolaborasi, inklusif dan keseluruhan negara (whole-of-nation) dan jemputan sudah dibuat kepada Pakatan Harapan, Warisan and Pejuang.

Selain itu, katanya, MPN juga bersetuju untuk menjemput wakil daripada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk menganggotai majlis tersebut.

“MPN juga mengalu-alukan kesediaan dan penglibatan pakar daripada pelbagai industri, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan, serta pakar ekonomi, sosial dan kesihatan yang telah bersetuju untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing.

“Keanggotaan wakil daripada parti pembangkang, tokoh dan pakar daripada pelbagai sektor ini akan memantapkan lagi keahlian MPN serta pelaksanaan PPN yang bersifat dinamik dan perlu diadaptasi berdasarkan situasi semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MPN mengadakan hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tengku Zafrul berkata MPN berharap kepelbagaian pendapat dan kepakaran ini dapat menyumbang kepada, antara lainnya, pemerkasaan sektor kesihatan, peningkatan usaha vaksinasi, penyelarasan, pelaksanaan dan keberkesanan Prosedur Operasi Standard (OSP), serta sokongan dan bantuan kerajaan dalam tempoh pemulihan.

“Seterusnya, MPN juga akan menyampaikan maklumat mengenai aspek PPN kepada rakyat secara telus dan mudah difahami melalui portal rasmi PPN yang akan dilancarkan pada 26 Julai, 2021,” katanya.

Rakyat jadi mangsa pemimpin politik pentingkan diri – TMJ

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat raja-raja harus  bersuara dan menggunakan kuasa demi menjaga kepentingan rakyat daripada dipermainkan sesetengah pemimpin politik.

Pandangan tersebut disuarakan oleh Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya yang menyuarakan kebimbangan terhadap nasib rakyat.

Kenyataan yang dibuat Tunku Ismail itu dipercayai merujuk kepada pemimpin dan ahli politik yang hanya memikirkan soal kepentingan peribadi hingga mengetepikan masalah rakyat ketika dilanda pandemik Covid-19 ketika ini.

Menurut penulisan Tunku Mahkota Johor itu, rakyat hanyalah menjadi mangsa akibat kerakusan pemimpin yang hanya mementingkan diri dengan mengutamakan kepentingan mereka sahaja.

“Ahli politik berpolitik, mangsa? Rakyat. Berlakon, mangsa? Rakyat. Merompak, mangsa? Rakyat. Bergaduh, mangsa? Rakyat.

“Raja-raja pula harus memainkan peranan, bersuara dan menggunakan kuasa demi menjaga kepentingan rakyat dan kestabilan negara,” titah baginda di laman media sosialnya.

Titah Tunku Ismail, semua pihak perlu menggalas tugas masing-masing bagi memulihkansemula kestabilan negara dari setiap sudut.

“Jikalau semua pihak dalam sistem pentadbiran hanya memikirkan kepentingan peribadi, maka hancur negara.

“Semua harus menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memulihkan kestabilan negara ini di dalam setiap aspek. Mohon Ampun,” titah Tunku Ismail. – MalaysiaGazette

Jumaat, 23 Julai 2021

Hanya 72 petugas media dibenarkan masuk Parlimen

Oleh OMAR ZIN
AZHAR AZIZAN HARUN

PETALING JAYA: Parlimen membuat keputusan untuk mengehadkan jumlah petugas agensi berita dan pengamal media kepada 72 orang bagi liputan sidang khas Parlimen bermula pada 26 Julai ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, keputusan itu dibuat setelah khuatir dengan situasi semasa berkenaan penularan Covid-19 termasuk varian Beta dan Delta yang kini berada dalam komuniti dan masyarakat beberapa kawasan di negara ini.

“Mengambil kira perkara-perkara tersebut dan demi menjaga kebaikan dan kesejahteraan semua pihak yang akan berada di kawasan Parlimen semasa sidang khas yang akan bermula pada 26 Julai ini, Parlimen memutuskan untuk mengehadkan jumlah kehadiran orang ramai di Bangunan Parlimen.

“Langkah ini adalah perlu demi membendung dan mengurangkan risiko penularan Covid-19 semasa sidang khas tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, sekretariat Parlimen Malaysia mengambil kira keperluan untuk memastikan sebanyak mungkin agensi berita, jenis serta bahasa penyiaran berita dan keluasan liputan agensi-agensi berkenaan untuk menjamin liputan sidang khas yang bermutu yang boleh diikuti oleh semua lapisan masyarakat.

“Ini demi memenuhi kehendak kebebasan media dan kebebasan bersuara seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Tambahnya, walaupun kehadiran pihak media secara fizikal di Bangunan Parlimen adalah terhad oleh kerana kekangan Covid-19, Parlimen akan memperkenalkan dan menyediakan kemudahan platform sidang media secara hibrid dan sesi temu bual interaktif secara eksklusif dengan ahli-ahli Dewan Rakyat melalui aplikasi Zoom.

“Sidang media dan temu bual secara maya ini akan dapat memberi peluang kepada semua pengamal media yang tidak dapat hadir secara fizikal di Bangunan Parlimen untuk mengambil bahagian di dalam semua sidang media ataupun temu bual yang mungkin diadakan oleh mana-mana ahli Parlimen ketika sidang khas diadakan.

“Bagi tujuan ini, Parlimen Malaysia akan menyediakan satu bilik khusus yang akan menempatkan dua buah komputer berserta kelengkapan audio visual dengan pautan Zoom khas,” katanya.

Pada masa sama, Azhar berkata, pihak media boleh menghubungi Setiausaha Akhbar Yang Dipertua Dewan Rakyat atau Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) Parlimen sekiranya ingin mengadakan sesi interaktif bersama mana-mana ahli Parlimen.

“Begitu juga sebaliknya, mana-mana ahli Parlimen juga boleh berbuat demikian untuk berinteraksi secara eksklusif dengan mana-mana wakil media sama ada secara berkumpulan atau individu (one to one).

“Sementara itu, liputan sidang media secara langsung melalui YouTube Live Stream di pusat media pada kali ini akan diberi sentuhan pembaharuan dengan memperkenalkan inovasi di mana wartawan yang berada di luar Bangunan Parlimen juga boleh turut hadir secara maya dengan capaian aplikasi Zoom yang akan disediakan,” katanya.

Ahli Parlimen boleh hadir walaupun tidak divaksin

Oleh Rohaniza Idris

Kuala Lumpur: Semua Ahli Parlimen tidak dihalang menghadiri sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini walaupun mereka belum disuntik vaksin COVID-19.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata pada masa ini hanya empat Ahli Parlimen belum menerima sebarang suntikan vaksin.

"Semua Ahli Parlimen tetap dibenarkan datang ke Dewan Rakyat walaupun ada yang tidak divaksin atau tidak lengkap vaksin dua dos.

"Ahli Parlimen tidak divaksin masih dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat. Kita akan nasihat mereka supaya berhati-hati kerana kita tidak boleh menahan mereka daripada datang bagi menunaikan tugas sebagai wakil rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan," katanya pada sidang media khas melalui aplikasi Zoom, hari ini.

Azhar Azizan berkata, sebanyak 95 peratus Ahli Parlimen sudah menerima dua dos suntikan vaksin manakala selebihnya, satu dos.

Katanya, bagi kakitangan Parlimen termasuk petugas kontrak, pengiring dan pemandu mereka diwajibkan mengambil ujian saringan COVID-19 dan divaksinkan.

"Dua hari lalu kita sudah buat ujian reaksi rantai polimerase (PCR) COVID-19 kepada 1,008 kakitangan dan hari ini bagi semua Ahli Parlimen.

"Setakat ini, 90 peratus kakitangan Parlimen sudah menerima dua dos vaksin," katanya.

Beliau menjelaskan vaksinasi dan ujian PCR itu adalah langkah keselamatan dan kesihatan yang akan dilaksanakan Parlimen bagi persidangan kali ini dan pada masa depan.

Katanya, bagi kakitangan Parlimen dan penjawat awam seperti pegawai kementerian, pengiring dan pemandu Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen serta pekerja kontrak, mereka disyaratkan perlu divaksinasi.

"Jika mahu masuk ke Parlimen, kita buat peraturan mereka diperiksa di pintu masuk, perlu pengesahan sudah menjalani ujian PCR dan divaksin. Jika tiada, kita akan halang mereka daripada masuk bangunan Parlimen," katanya.

30 Ogos dengar permohonan lucut hak barang Najib, 17 pihak lain

Farah Marshita Abdul Patah
Peguam mewakili Najib, Tania Scivetti meninggalkan mahkamah selepas pendengaran kes lucut harta bekas Perdana Menteri, serta 17 pihak yang lain di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD
Peguam mewakili Najib, Tania Scivetti meninggalkan mahkamah selepas pendengaran kes lucut harta bekas Perdana Menteri, serta 17 pihak yang lain di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menetapkan 30 Ogos depan untuk mendengar permohonan pihak pendakwaan melucut hak barangan berharga milik Datuk Seri Najib Razak, isterinya dan 16 pihak lain.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan terdapat perkembangan baharu membabitkan permohonan berkenaan.

Terdahulu, kes itu ditetapkan untuk pendengaran permohonan oleh pihak pendakwaan, hari ini.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin memberitahu mahkamah, perkembangan baharu itu saling berkait dan memberi kesan terhadap kes lucut hak barang yang lain.

"Sehubungan itu, pihak pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti surat berkenaan sebelum memaklumkan kepada mahkamah tindakan akan diambil selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Faten Hadni ketika ditemui media di luar mahkamah memberitahu, pihak pendakwaan memfailkan hujahan bertulis pada 14 Julai lalu dan akan mengemukakan hujahan lisan pada 30 Ogos ini.

Antara barangan yang disita polis pada 17 Mei 2018 ialah 52 beg tangan pelbagai jenama, 10 utas jam tangan pelbagai jenama dan wang tunai berjumlah RM537,000 selain wang tunai pelbagai mata wang asing.

Sebanyak 27 kereta jenis model Nissan Urvan turut disita pada 2 Ogos 2018 selain beberapa bidang tanah dan aset lain.

Pihak pendakwaan menamakan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak mereka iaitu Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib), Nor Ashman Razak dan Nooryana Najwa sebagai responden pertama hingga kelima.

Selain itu, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada Low Taek Jho), Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri, Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden.

Ramai kurang duit tapi Syed Saddiq pula minta bantu bayar peguam, ikat jamin


Kempen minta derma Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tatkala orang ramai terkesan akibat penularan Covid-19.

Dalam keadaan rakyat kekurangan duit akibat penularan pandemik Covid-19 sekarang ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa atas dua pertuduhan membabitkan RM1.12 juta di mahkamah semalam, bertindak bertentangan.

Malam tadi Ahli Parlimen Muar itu meminta orang ramai membantunya mengumpul dana kononnya untuk menampung kos guaman dan baki wang ikat jamin setelah RM80,000 dibayarnya semalam.

Dia memuat naik kempen membantunya itu dalam media sosialnya malam tadi, sambil terus membuat dakwaan tidak bersalah atas dua pertuduhan itu.

Semalam dia didakwa atas dua pertuduhan melibatkan wang sejumlah RM1 juta dan RM120,000 milik sayap pemuda Bersatu, Armada yang dikeluarkan tanpa mendapat kebenaran parti tersebut.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Pertuduhan pertama, Syed Saddiq selaku Ketua Armada ketika itu dituduh dengan curangnya membuat pengeluaran tunai berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB Kuala Lumpur Sentral pada 6 Mac 2020.

Atas pertuduhan itu, Syed Saddiq didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi satu satu lagi pertuduhan, beliau didakwa salah guna sumbangan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berjumlah RM120,000 pada April 2018.

Kertas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan itu, Syed Saddiq didakwa dengan curangnya melakukan kesalahan itu yang mana dana tersebut dikutip melalui Maybank Milik Armada Bersatu Enterprise.

Kesalahan didakwa dilakukan di Maybank Islamik Berhad, Jalan Pandan, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Syed Saddiq diikat jamin sebanyak RM330,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Ada perkembangan baharu kes permohonan sita barang Najib, Rosmah


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Susulan wujud perkembangan terbaharu berkaitan permohonan pendakwaan untuk melucut hak barangan berharga yang disita dari kediaman Datuk Seri Najib Razak, isteri dan 16 pihak lain, tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan kes berkenaan hingga 30 Ogos ini.

Penangguhan itu dibuat Hakim Mohamed Zaini Mazlan setelah pihak pendakwaan menerima surat daripada peguam yang mewakili semua responden terbabit.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin memberitahu, perkembangan baharu itu saling berkaitan dan memberi kesan terhadap kes-kes lucut hak yang lain dan pihak pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti surat-surat berkenaan sebelum memaklumkan kepada mahkamah tindakan yang akan diambil selanjutnya.

Sementara itu, Faten Hadni ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu, pihak pendakwaan sudah memfailkan hujahan bertulis pada 14 Julai lalu dan akan mengemukakan hujahan lisan pada 30 Ogos.

Hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar penghujahan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak barangan yang disita dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan 16 pihak lain.

Antara barangan yang disita oleh polis pada 17 Mei 2018 ialah 52 beg tangan pelbagai jenama, 10 utas jam tangan pelbagai jenama dan wang tunai berjumlah RM537,000.

Turut disita ialah Pound Sterling 2,700, Rupee Sri Lanka 2,870,000, wang lama Ringgit Malaysia RM187,750, Pound Sterling 320,500, Rupiah 13,177,00, US$100, Hryvnies (Ukraine) 376, Euro 20, France 50, South African 10 Rand, Singapore Dollar 40, Riyal 531, Phillipines Peso 740 dan Ringgit Malaysia 21,150 (wang baharu).

Barangan lain yang disita pada tarikh sama ialah empat jam tangan pelbagai jenama, empat beg tangan pelbagai saiz dan jenama, 167 beg tangan pelbagai jenama dan 27 pasang kasut pelbagai jenama manakala 40 beg tangan pelbagai jenama turut disita pada 11 Jun 2018.

Sebanyak 27 kereta jenis model Nissan Urvan turut disita pada 2 Ogos 2018 selain beberapa bidang tanah dan aset lain.

Pihak pendakwaan menamakan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak mereka iaitu Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib), Nor Ashman Razak Mohd. Najib dan Nooryana Najwa Mohd. Najib sebagai responden pertama hingga kelima.

Selain itu, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn. Bhd., Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn. Bhd., Goh Gaik Ewe (ibu kepada Low Taek Jho), Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri, Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden-responden.

DISYORKAN UNTUK ANDA:

 BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT        

Penipu politik tak layak diangkat jadi Perdana Menteri, kata Hadi Awang


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas individu yang masih bermain politik menipu rakyat yang lemah dengan menenggelamkan janji kosong Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu dengan perbalahan siapa yang patut diangkat menjadi Perdana Menteri.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, beliau diyakini membidas Pakatan Harapan (PH) yang gagal menunaikan janji manifesto PRU14, tetapi sekarang ini mendakwa mampu pula menyelesaikan masalah Covid-19, sedangkan belum ada negara yang berjaya menanganinya.

“Adakah mereka yang sebegitu rupa masih boleh dipercayai, apabila secara tiba-tiba bertempik dengan berdemonstrasi dan mengangkat slogan gagah perkasa kononnya mampu menghadapi wabak yang melanda seluruh dunia hari ini.

“Sedangkan mereka baru sahaja menipu rakyat dengan janji manifesto yang tidak mampu ditunaikan? Berpolitik tidak seharusnya menjadi seperti penjual ubat yang menipu pelanggan, dengan menggunakan cara kotor yang diharamkan.

“Mungkin politik yang diamalkannya berpisah daripada sempadan agama dan moral yang luhur, suatu sifat yang tidak boleh diterima oleh masyarakat yang beragama, berakhlak dan berakal sihat. Inilah sebenarnya yang dinamakan dengan politik yang kotor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata rakyat telah diperbodohkan dengan cara menyebar masalah yang belum selesai di seluruh dunia sebagai alasan kegagalan sekali gus menutup lebih banyak kejayaan yang dicapai.

“Lebih parah sekiranya gerakan yang merosakkan masyarakat ini didalangi oleh musuh agama, negara dan bangsa yang bersedia memberikan seberapa banyak sumbangan kepada sesiapa sahaja yang bersedia menjadi tentera upahannya. Lebih malang lagi, apabila penganut Islam berwalikan (bertuankan) kepadanya,” katanya.

Sehubungan itu Hadi mengajak seluruh rakyat bersatu dalam menghadapi wabak penyakit pemikiran dan kefahaman yang lebih berbahaya daripada wabak Covid-19.

Katanya kerajaan (PH) yang tidak bermoral itu telah berjaya dijatuhkan dengan bantuan mereka yang sedar dan kemudian diganti dengan kerajaan (Perikatan Nasional) yang lebih bertanggungjawab dengan penuh kesabaran dan menunaikan kewajipan kepada rakyat tanpa sebarang janji manis.

Memetik peristiwa Isra’ dan Mi’raj Rasulullah SAW, beliau berkata perbuatan berbohong dan menipu demi mencapai cita-cita hingga menghalalkan segala cara adalah penyakit yang wajib dijauhkan dan tidak layak memimpin negara dan rakyat.

Hadi bela PN: Belum ada mana-mana negara berjaya tangani Covid-19

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

PAS menyarankan agar tiada mana-mana pihak mempercayai sesiapa saja yang mengaku mampu menyelesaikan masalah Covid-19 kerana belum ada negara yang berjaya menangani wabak tersebut.

Presidennya Abdul Hadi Awang sebaliknya berkata orang ramai wajar berfikir secara "matang dan sejahtera" untuk melihat isu ancaman wabak yang sedang melanda seluruh dunia sekarang.

"Berfikirlah dengan matang dan sejahtera. Adakah mereka yang tidak mampu menunaikan janji PRU ke-14 yang sedikit, tiba-tiba hari ini mendakwa mampu menyelesaikan masalah Covid-19 yang sedang merebak ke seluruh alam di muka bumi?

"Walhal sehingga sekarang belum ada mana-mana negara yang berjaya menanganinya," kata Abdul Hadi dalam kenyataan pagi ini.

Ahli parlimen Marang itu menambah kumpulan terbabit - dipercayai merujuk kepada pembangkang - tidak wajar untuk dipercayai selepas mendakwa mampu menghadapi wabak Covid-19.

"Sedangkan mereka baru sahaja menipu rakyat dengan janji manifesto yang tidak mampu ditunaikan," katanya.

Untuk rekod Pakatan Harapan (PH) merupakan gabungan parti yang mendapat mandat untuk membentuk kerajaan dalam PRU ke-14 pada 2018. Ia menggabungkan PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Bagaimanapun Bersatu dibawa meninggalkan PH dan bersama segelintir ahli parlimen PKR mereka mendapat sokongan PAS untuk membentuk kerajaan baru dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN).

Kerajaan PN tanpa janji manis

Gabungan berkenaan dikritik kerana menubuhkan kerajaan tanpa mendapat mandat rakyat melalui pilihan raya.

Pengkritik seperti PAS mendakwa PH gagal menunaikan banyak janji pilihan raya semasa menjadi kerajaan, termasuk beberapa ikrar yang sebenarnya dibuat semasa kempen PRU ke-13.

Kerajaan PH diketuai oleh Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad, yang akhir-akhir ini mengemukakan cadangan untuk membantu kerajaan mengawal jangkita Covid-19. PAS sebelum ini pernah menyatakan ikrar menyokong Mahathir sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun untuk rekod, pihak yang mengkritik cara kerajaan menguruskan wabak Covid-19 bukanlah terhad kepada pembangkang saja. Selain itu Umno juga lantang bersuara menegur kerajaan PN. 

Abdul Hadi berkata berpolitik tidak seharusnya menjadikan seseorang seperti penjual ubat yang menipu pelanggan melalui cara yang diharamkan.

Katanya masa rakyat juga dihabiskan dengan amalan politik kotor, terutama yang disebar melalui media tanpa sempadan - yang didakwa Abdul Hadi - menyebabkan ramai orang diperbodohkan.

"Caranya hanyalah menyebarkan masalah yang belum selesai di seluruh dunia sebagai alasan kegagalan dan menutup banyak kejayaan yang telah dicapai.

"Lebih parah sekiranya gerakan yang merosakkan masyarakat ini didalangi oleh musuh agama, negara dan bangsa yang bersedia memberikan seberapa banyak sumbangan kepada sesiapa sahaja yang bersedia menjadi tentera upahannya.

"Lebih malang lagi, apabila penganut Islam berwalikan (bertuankan) kepadanya," kata Abdul Hadi.

Duta khas bertaraf menteri itu juga sekali lagi memberikan justifikasi atas tindakan partinya mengambil kuasa kerajaan tanpa pilihan raya sebagai langkah yang wajar.

Langkah itu, kata Abdul Hadi, dibantu oleh pihak yang menyedari "kebocoran bahteranya sendiri" dan diganti dengan "kerajaan bertanggungjawab" tanpa disertai "janji manis".

"Kita telah berjaya menjatuhkan kerajaan yang tidak bermoral itu dengan dibantu oleh mereka yang sedar akan kebocoran bahteranya sendiri.

"Kemudian, digantikan dengan kerajaan yang bertanggungjawab dengan penuh kesabaran dan menunaikan kewajipan kepada rakyat tanpa sebarang janji manis.

"Hal ini kerana, perkara yang wajib hendaklah ditunaikan dan tidak semestinya dilakukan hanya setelah berjanji. Walau bagaimanapun, ia tetap wajib ditunaikan, malah berdosa sekiranya tidak ditunaikan," katanya. 

Kenyataan Abdul Hadi itu juga dibuat beberapa hari sebelum parlimen dibuka kembali untuk bersidang buat kali pertama sejak darurat diisytiharkan pada pertengahan Jan lalu.

Mustahil Muhyiddin dapat disingkirkan sekarang, kata Zuraida

Malaysiakini

WAWANCARA | Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Zuraida Kamaruddin percaya kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri tetap selamat kerana tiada mana-mana pihak dapat mengumpulkan sokongan untuk menyingkirkannya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Zuraida berkata ini kerana  Umno telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Malah katanya, pemimpin Pejuang Dr Mahathir Mohamad juga tidak boleh bekerjasama dengan Anwar.

"Bagaimana mereka boleh kumpulkan sokongan untuk bentuk kerajaan? Ia mustahil bagi saya,” katanya.

Zuraida berkata adalah perlu bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus mentadbir kerana negara ini memerlukan kerajaan yang stabil semasa fasa pemulihan sehingga pandemik Covid-19 reda.

"Apabila kita ada peluang, pilihan raya boleh diadakan. Kerajaan (berikutnya) akan lebih stabil pada waktu itu. Maka siapa yang ambil alih akan lebih mudah.

"Sekarang jika (orang lain) ambil alih, ia akan menjadi kucar-kacir dan rakyat akan jadi mangsa," katanya.

Kini setelah kerajaan memulakan pelbagai pakej rangsangan, Zuraida berkata fokus harus diberikan terhadap pelaksanaannya dalam memastikan pemulihan ekonomi.

“Sebelum ini kita ada Lim Guan Eng (sebagai menteri kewangan) dan dia kata kita (negara) tidak ada wang. Sekarang kita ada Tengku Zafrul (Abdul Aziz) yang berkebolehan - saya tidak tahu bagaimana dia lakukannya - berikan kita semua ini Pemulih, Perkasa (pakej rangsangan lain).

"Sekiranya kerajaan lain ambil alih, saya tidak tahu bagaimana ia akan memperbaiki apa yang ada. Oleh itu, biarkan (kerajaan) kekal stabil demi rakyat. Kita boleh adakan pilihan raya nanti," katanya.

Zuraida, yang merupakan pengarah pilihan raya PN Selangor, berkata dia yakin gabungan itu akan berjaya merampas kerajaan negeri dari Pakatan Harapan.

Dia berkata PN mempunyai kelebihan kerana ia mempunyai asas Melayu yang kuat dan Muhyiddin dapat menarik sokongan pengundi Melayu.

"Muhyiddin adalah perdana menteri yang sangat sederhana. Dia sangat bertolak ansur dan mencerminkan nilai-nilai Islam," katanya.

Sementara itu Zuraida mengakui PN tidak mempunyai kelebihan di kerusi majoriti bukan Melayu tetapi menjangkakan akan dapat menembusi kerusi campuran.

Ditanya apakah ramalan itu mengambil kira bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan PN pada pilihan raya akan datang, Zuraida berkata PN sudah bersedia untuk berdepan perkara itu.

"Kekuatan Umno ada di kawasan luar bandar Melayu, bukan di kawasan bandar. (Kami boleh tembusi) kawasan luar bandar kerana kerajaan PN mencerimkan sebuah kerajaan berasaskan Melayu. (Penduduk luar bandar) selesa dengan Muhyiddin.

“Lagipun, kami ada ahli parlimen yang berpengalaman dalam kalangan kami. Saya rasa kita mampu menang (kawasan luar bandar) di kerusi Melayu juga,” katanya.

Noor Hisham beri taklimat depan jawatankuasa khas parlimen hari ini

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Mesyuarat jawatankuasa pilihan khas parlimen yang pertama sejak perintah darurat dilaksanakan bermula hari ini dengan perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi.

Jawatankuasa itu dijadual bersidang selama satu hari untuk mendengar pandangan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawai kanan dari Kementerian Sains dan Inovasi (Mosti) yang mengendalikan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK).

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, berkata jawatankuasa itu akan mendengar taklimat daripada Noor Hisham dan menyoalna mengenai beberapa keputusan pihak berkuasa.

Katanya pegawai Mosti juga akan ditanya mengenai perkembangan PICK.

"Kami akan berikan puji kepada tindakan yang baik. Ini membantu membina keyakinan masyarakat.

"Kami juga boleh membuat cadangan sekiranya ada jurang yang perlu ditangani,” kata Yii ketika menjelaskan peranan semak dan imbang jawatankuasa terbabit.

Tugas jawatankuasa itu, katanya, adalah untuk mengawasi dan bertanggungjawab kepada kerajaan. 

Jawatankuasa itu juga akan mendapatkan penerangan mengenai rancangan dan strategi diambil kerajaan untuk tempoh terdekat dan jangka masa panjang.

Antara lain, Yii berkata, jawatankuasa itu akan bertanya kepada pihak berkuasa apakah langkah-langkah yang akan dilakukan setelah selesainya PICK.

Mesyuarat terbabit akan dilakukan secara langsung di parlimen.

Kata Yii, perbincangan itu tidak boleh diadakan secara dalam talian atau di tempat lain, kecuali perintah tetap dipinda.

'Super-agency' - Azalina tuntut RCI Jabatan Peguam Negara

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Kerajaan patut membentuk suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pembaharuan Jabatan Peguam Negara (AGC), kata anggota parlimen Pengerang Azalina Othman Said.

Timbalan speaker Dewan Rakyat berkata perkembangan semasa semakin mengurangkan kepercayaan orang ramai terhadap jabatan itu.

Katanya, perkara itu mewujudkan kebuntuan politik, sekali gus menghalang usaha kerajaan mendapatkan kepercayaan dan dukungan awam bagi melawan Covid-19 dan memulihkan ekonomi.

Bekas pengamal undang-undang itu mencadangkan RCI itu melibatkan pakar-pakar perlembagaan.

Menurut Azalina, AGC kini bertindak seperti “super-agency” dengan empat peranan - menasihati kerajaan, membuat pendakwaan awam, menguruskan hakim mahkamah rendah dan mendraf undang-undang.

Katanya, tiga tugas pertama itu mewujudkan percanggahan kepentingan yang boleh menjejaskan kedaulatan undang-undang dan mewujudkan pendakwaan terpilih atau keadaan bebas hukuman.

“Tanggapan ini mesti diperbetul,” kata bekas menteri Umno itu.

Menurut Azalina lagi, RCI patut mengkaji pemisahan peranan-peranan ini supaya AFC hanya menjadi penasihat undang-undang kerajaan.

Kuasa pendakwaan, katanya, patut diberikan kepada badan bebas bawah peguam cara negara, yang menikmati kebebasan dan jaminan kerja seperti hakim Mahkamah Persekutuan.

Hakim-hakim mahkamah lebih rendah pula boleh diletakkan bawah perkhidmatan kehakiman sebagai hakim-hakim khas bawah mahkamah khas.

“Akhir sekali, tugas mendraf undang-undang boleh diberikan kepada pejabat pendraf parlimen, yang bekerja bagi pihak kementerian kerajaan, Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya.

“Mereka mahu bunuh karier politiknya”, kata Mahathir pertahan Syed Saddiq

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad berpandangan Syed Saddiq Syed 
Abdul Rahman menjadi mangsa politik dengki kerana berjaya meraih sokongan 
golongan muda.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad berpandangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi mangsa politik dengki, susulan kejayaan Ahli Parlimen Muar itu mengumpul sokongan golongan muda.

“Syed Saddiq ini terserlah sikit, dia berjaya kumpul sokongan golongan muda, jadi ada orang hendak bunuh karier politiknya awal-awal lagi.

“Jika saya dijemput menjadi saksi, saya akan pergi (ke mahkamah),” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, di Langkawi, mengulas berkenaan tuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan wang sumbangan parti ke atas Syed Saddiq, seperti memetik laporan Harian Metro.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, timbul tanda tanya kerana pendakwaan terhadap Syed Saddiq dibuat ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerlukan sokongan Ahli Parlimen.

“Saya dengar baru sekarang hendak bawa dia ke mahkamah, sebenarnya benda ini sudah lama, perkara ini sudah dibangkitkan lima kali, tapi tiada tuduhan apa pun.

“Sekarang ini baru nak tuduh, saya hairanlah juga kenapa dahulu tidak buat dan sekarang baru hendak tuduh (di mahkamah),” katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi menyerahkan bakul Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) kepada wakil komuniti Cina dan India.

Ku Nan nafi bersengkongkol dengan PM punca terlepas dakwaan rasuah

discharged acquitted Ku Nan Tengku Adnan Tengku Mansor free conviction Tadmansori Holdings Aset Kayamas Chai Kin Kong corruption conviction
Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Putrajaya kecewa sikap Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwanya bersengkongkol dengan Perdana Menteri punca beliau terlepas daripada dakwaan rasuah.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 16 Julai lalu yang telah membatalkan sabitan dan hukuman penjara serta bebas dari tuduhan rasuah.

“Aduhai Tun..Sungguh menggelikan hati sebenarnya kerana Tun M sendiri sepatutnya amat kenal siapa saya. Bukankah Tun yang telah menjerumuskan saya dalam kancah politik, menarik saya untuk menceburi politik negara sedangkan saya ketika itu lebih selesa dalam bidang perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya hari ini.

Menurut Tengku Adnan atau dikenali Ku Nan, persoalan kenapa dirinya diheret ke mahkamah memang bukan lagi rahsia.

“Saya adalah antara mangsa pendakwaan terpilih apabila enggan mengikut arahan dari Tun. Bukan sekali pelawaan yang bertukar jadi pujukan dan kemudian arahan untuk saya meninggalkan UMNO serta menyertai ‘pengkhianat’ bangsa.

“Akhirnya ugutan sekiranya saya enggan tunduk bertukar menjadi realiti apabila saya didakwa di mahkamah atas alasan yang diada-adakan. Saya bukanlah lembu yang dicucuk hidung kerana jati diri dan maruah saya adalah tersemat untuk agama, bangsa dan tanah air yang telah saya ikrarkan.

“Saya didakwa dengan tuduhan rasuah bernilai RM2 juta yang tentunya bagi orang yang mengenali saya, waima Tun sendiri tahu bahawa nilai wang itu terlalu kecil. Malah sewaktu saya dilantik sebagai Timbalan Menteri di JPM tahun 2000, saya telah mengisytiharkan nilai aset saya berjumlah RM980 juta ketika itu sehingga Tun sendiri terkejut.

“Memang, bukan nilai harta yang jadi perhatian, kerana nilai aset saya menyusut selepas penglibatan aktif saya dalam politik lantaran saya yang lebih gemar menggunakan wang sendiri daripada menjarah wang parti atau kerajaan,” katanya lagi.

Menurutnya, sehingga hari ini, Dr. Mahathir masih mengelarkannya pencuri, penyangak, penyamun hanya kerana saya enggan menjadi budak suruhannya terutama meninggalkan UMNO.

“Tun jaja dan burukkan nama saya. Saya dipalit fitnah, dihimpit dengan macam-macam kesusahan, ditekan dan dimalukan dengan pendakwaan rasuah. Tak apa, saya redha kerana yakin pada Allah biar pun saya melalui ruang yang panjang, sesi perbicaraan, naik turun mahkamah sepanjang tiga tahun tetapi saya tidak akan alah.

“Saya tahu andainya saya memilih bersama parti Tun, jawatan menteri telah sedia ada untuk saya malah kes pendakwaan saya dimahkamah juga tentu akan digugurkan sekelip mata,” ujarnya.

Ku Nan mengakui pada awalnya selepas keputusan dibacakan, beliau ada terdetik untuk saya mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr. Mahathir serta dua ahli Parlimen DAP yang terlibat di samping bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Gopal Sri Ram selain sebuah NGO yang menggunakan nama persatuan penduduk kerana telah mempalit lumpur di mukanya dan keluarga.

Namun akhirnya beliau redha dan menganggap kesemuanya sudah menjadi laluan yang tertulis dan mengambilnya sebagai nilai perjuangan dan jihad demi agama, bangsa dan negara.- MalaysiaGazette

Bersatu tak pernah bentang perbelanjaan parti, Tun M setuju jadi saksi – Syed Saddiq

MGF27122020_OWHMGSYEDSADDIQ5
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah membentangkan perbelanjaan dan pengeluaran dana parti sejak ia ditubuhkan.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, dakwaan itu turut diketahui bekas Perdana Menteri yang juga bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa bekas pemimpin parti itu.

Jelas bekas Menteri Belia dan Sukan itu, kesemua mereka juga akan tampil untuk menjadi saksi penting pada perbicaraan kes pecah amanah ke atas dirinya yang didakwa menggunakan dana Bersatu sebelum ini.

“Tidak pernah presiden parti bentang laporan kewangan termasuk perbelanjaan Pilihan Raya Kecil Tanjung (PRK) Piai dan Tun Mahathir pun tahu dana jutaan ringgit telah diberikan kepada presiden dan bendahari parti.

“Namun tidak pernah pembentangan pengeluaran dana dibuat sebelum ini dan Tun M setuju jadi saksi penting pada kes perbicaraan saya termasuk beberapa bekas pemimpin Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pendedahan secara langsung di Instagram miliknya di sini malam ini.

Pagi tadi, Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dana milik ARMADA yang merupakan sayap BERSATU.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

ADVERTISEMENT

Mengikut pertuduhan, Syed Saddiq, 29, pada 6 Mac 2020, yang ketika itu menjawat jawatan Ketua ARMADA melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana berjumlah RM1 juta, di mana beliau membuat pengeluaran dana berkenaan melalui cek CIMB Bank Berhad bernombor 000108 tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur.

Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta denda.

Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan mohon dibicarakan.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang kini  merupakan pengasas Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) turut mempersoalkan tuduhan ke atas dirinya yang disifatkan tidak berasas.

Jelas beliau, ini kerana majlis kutipan dana awam yang dianjurkan pada April 2018 sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sudah dimaklumkan di media sosial yang bertujuan untuk mencari dana buat dirinya.

Malah katanya, majlis itu turut dihadiri Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang turut menyumbang dalam dana tersebut.

Menurutnya, majlis kutipan dana itu berjaya mengumpul sebanyak RM120,000 dan tidak anjurkan di bawah tiket ARMADA.

“Jika betul untuk dana Bersatu untuk PRU, parti telah dinyahdaftar pada awal April dan akaun parti sudah digantung.

“Malah jemputan untuk majlis itu telah diuar-uarkan di media sosial dan tidak melibatkan Armada sebaliknya ia bertemakan Pertarungan Untuk Johor.

“Ia bagi mengutip dana politik saya bagi persediaan kempen PRU kerana sebelum itu saya telah dimaklumkan oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin akan bertanding di Johor sebelum diumumkan di Muar,” katanya.

Syed Saddiq menegaskan, sekiranya beliau ingin menyalahgunakan wang parti, perkara tidak bermoral itu tidak akan dilakukan ketika parti belum menjadi kerajaan.

Sebaliknya, tegas beliau, adalah lebih baik mengumpul kekayaan dengan memegang jawatan menteri Kabinet yang mempunyai tender kontrak berbilion ringgit.

Namun kata beliau amalannya di Kementerian Belia dan Sukan di mana setiap tender yang diberikan kepada mana-mana syarikat perlu melalui sistem perolehan dan e-perolehan sebelum melalui proses tender terbuka. – MalaysiaGazette

Pecah amanah, salah guna wang: Syed Saddiq bayar jaminan RM80,000

Siti Hafidah

Didakwa pecah amanah RM1 juta, salah guna wang kempen PRU14

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menghadapi pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta, dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), selesai membayar jaminan RM80,000 daripada jumlah keseluruhan RM330,000 yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Syed Saddiq, 29, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan membayar wang jaminan itu di kaunter bayaran jamin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebelum beredar dari mahkamah pada jam 3 petang.

Ketika ditemui pemberita di perkarangan kompleks mahkamah itu, Syed Saddiq berkata, beliau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada peguam Gobind Singh Deo dan Datuk S Ambiga untuk mengendalikan kes itu.

“Saya akan membuat siaran langsung di akaun Facebook saya pada pukul 8 malam ini berhubung kes ini,” katanya.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi membenarkan Syed Saddiq melunaskan bayaran ikat jamin sebanyak RM80,000 pada hari ini manakala baki RM250,000 selewat-lewatnya Selasa depan.

Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana Armada, telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan harta iaitu, wang sumbangan untuk kempen PRU14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di antara 8 April sehingga 21 April 2018, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – Bernama

Khamis, 22 Julai 2021

Mahkamah benar ikat jamin selepas Syed Saddiq mohon dibicarakan kes pecah amanah RM1 juta

MALAYSIA NOW

Ahli Parlimen Muar itu memohon untuk dibicarakan di bawah Seksyen 405 Kanun Kesiksaan.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa melakukan pecah amanah dan menyalahgunakan wang sebanyak RM1.12 juta wang milik bekas partinya Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau dituduh melakukan dua kesalahan di bawah Seksyen 405 dan 403 Kanun Keseksaan.

Beliau yang juga merupakan ahli Parlimen Muar mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq yang merupakan bekas pemuda Bersatu, yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana Armada telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, Syed Saddiq menghadapi tuduhan menyalahgunakan harta iaitu, wang sumbangan untuk kempen PRU14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 April 2018 hingga 21 April di Maybank Islamic Berhad, taman Pandan Jaya Kuala Lumpur.

Sekiranya Syed Saddiq disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Selepas meninggalkan Bersatu, Syed Saddiq mengasaskan Muda pada September 2020.

Beliau kini berkhidmat sebagai ahli Parlimen bebas sementara menunggu parti yang diasaskan beliau diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin kepada Syed Saddiq dan beliau diarahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah untuk simpanan dan perlu melaporkan diri sebanyak sekali sebulan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.

Beliau dibenarkan menjelaskan jaminan RM50,000 pada hari ini manakala baki sebanyak RM250,000 perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada Selasa depan (27 Julai).

Bagi pertuduhan kedua pula, hakim membenarkan ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin.

Hakim turut menetapkan pengurusan kes bagi sebutan kes hari ini pada 10 September depan.

[VIDEO] Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan

 Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

Syed Saddiq yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi dua pertuduhan.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah, di sini hari ini atas dua pertuduhan.

Pertuduhan pertama, membabitkan penyelewengan dana politik kira-kira RM1 juta, manakala pertuduhan kedua membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang sumbangan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM120,000.

Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu tidak mengaku bersalah ke atas kedua-dua dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq, didakwa telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas sebuah dana yang mana dengan curangnya telah membuat pengeluaran tunai berjumlah RM1juta melalui satu cek bank tempatan.

Pengeluaran yang dibuat oleh Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA Malaysia) itu tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Kesalahan dibuat pada 6 Mac 2020 di CIMB Bank Berhad di Menara CIMB KL Sentral, Tingkat Bawah, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 405 kanun keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun yang sama.

Sabit kesalahan, Syed Saddiq boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan dengan sebat dan bolehlah juga dikenakan denda.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta iaitu wang sumbangan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Kesalahan itu dilakukan menerusi akaun Maybank Islamic Berhad di No 16 dan No 16A, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, pada 8 April hingga 21 April 2018.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir.

Manakala, tertuduh diwakili peguam, Gobind Singh Deo dan Datuk S. Ambiga.

Hakim Azura membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM300,000 bagi kesalahan pertama dan RM30,000 bagi kesalahan kedua dengan masing-masing seorang penjamin.

Selain itu, Azura turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya serta mengarahkan tertuduh melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap bulan.

Tarikh sebuatan semula kes ditetapkan pada 10 September depan.-K! ONLINE

LIHAT VIDEO DI SINI

Didakwa seleweng wang RM1 juta milik Bersatu, Syed Saddiq mengaku tak bersalah

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di kompleks mahkamah Kuala Lumpur
 pada 9 pagi tadi untuk menghadapi tuduhan pecah amanah.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyalahgunakan wang RM1 juta milik Pemuda Bersatu.

Beliau berdepan satu tuduhan bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah jenayah kerana didakwa mengeluarkan wang parti berjumlah RM1 juta secara tunai daripada bank tanpa persetujuan pimpinan tertinggi.

Jika didapati bersalah, beliau berdepan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebatan, selain perlu membayar denda.

Terdahulu, Syed Saddiq tiba di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada 9 pagi tadi, disambut tepukan oleh penyokongnya dan ahli parti MUDA.

Turut hadir memberi sokongan moral adalah Naib Presiden PKR Tian Chua.

Syed Saddiq diwakili peguam Gobind Singh Deo, Ambiga Sreenivasan dan Haijan Omar.

'#Lawan turun ke jalan' dirancang pada 31 Julai

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) mengajak orang ramai menyertai 'demontsrasi jalanan' pada 31 Julai akan datang.

Ini lanjutan bantahan #Lawan yang diadakan secara dalam talian dengan orang ramai berkongsi gambar bersama bendera hitam.

Seruan SSR itu dimaklumkan pada satu kenyataan hari ini tetapi menjelaskan masa dan tempat akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Kita tidak ingin bermusuh dengan sesiapa melainkan pemimpin yang gila kuasa dan tidak peka dengan kesusahan yang dialami oleh rakyat.

"Tuntutan kami supaya perdana menteri dan seluruh kabinet beliau untuk berundur, sidang parlimen diadakan secara sepenuhnya, dan moratorium automatik untuk semua.

"Justeru, Sekretariat Solidariti Rakyat mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk keluar dan #Lawan pada 31 Julai 2021, sebagai simbolik penentangan terhadap kerajaan yang tidak ada kelayakan memimpin negara," kata kumpulan itu.

Parlimen akan bersidang pada 26 Julai selama lima hari. Walau bagaimanapun, jadual yang diberikan menunjukkan sebahagian besar sesi akan dihabiskan untuk taklimat mengenai situasi Covid-19 daripada kerajaan.

Sementara itu, moratorium pinjaman tersedia untuk semua orang, tetapi berdasarkan permohonan. Pengkritik juga menyatakan faedah akan terus meningkat dalam tempoh moratorium.

Seruan tunjuk perasaan ini selepas kumpulan itu mengadakan demonstrasi ala flash mob di Dataran Merdeka pada Sabtu yang menampilkan bendera hitam dan patung mayat berbalut kain kafan.

Polis telah mengenakan kompaun kepada tiga penganjur masing-masing sebanyak RM2,000 kerana melanggar peraturan SOP Covid-19 yang melarang perhimpunan awam.

SSR mengakhiri kenyataan mereka hari ini, dengan memetik bait puisi Dialog, nukilan Kassim Ahmad:

"Kian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam derhaka!"

DISYORKAN UNTUK ANDA:

BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT        

Ketua bahagian nafi cawangan Bersatu yang Hamzah jadi ahli dibubarkan

Ketua bahagian Bersatu Larut, Mohd Hassuandi Hamzah menafikan dakwaan bahawa Cawangan Bersatu Sungai Bayur di mana Setiausaha Agung parti itu Hamzah Zainuddin menjadi ahli dibubarkan.

Ini selepas ketua cawangannya, Ahmad Zainian Mohd Shohor bersama ahli jawatankuasanya mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang diterajui Ibrahim Ali.

"Tidak, cawangan itu tidak dibubarkan. Timbalannya telah mengambil alih dan dilantik sebagai pemangku.

"Ketika saya dilantik sebagai ketua bahagian pada tahun 2018, bahagian Bersatu Larut hanya mempunyai dua cawangan sahaja. Kini mempunyai 50 cawangan.

"Tidak ada isu dalaman. Saya cuma menstruktur semula bahagian dan terpaksa melucutkan beberapa jawatan lantikan di mana Haji Zainian adalah salah seorang daripadanya.

"Jadi, dia meninggalkan Bersatu dan menyertai parti lain. Saya menghormati keputusan beliau keluar dari Bersatu," kata Mohd Hassuandi kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Ahmad Zainian mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa dia telah meninggalkan Bersatu dan memohon menyertai Putra.

"Ya, saya bersama AJK (sembilan orang) dari cawangan itu keluar daripada Bersatu dan memohon untuk menyertai Putra.

"Kami mengambil keputusan untuk keluar parti kerana isu dalaman bahagian Bersatu Larut yang tidak dapat diselesaikan," katanya.

Zainian merupakan pengasas cawangan itu yang ditubuhkan selepas PRU14.

Untuk rekod, Hamzah merupakan Ahli Parlimen Larut yang menang atas tiket Umno, namun menyertai Bersatu pada tahun 2018 selepas Kerajaan BN ditumbang kepada Pakatan Harapan pada PRU14.

Dia menjadi ahli di cawangan Sungai Bayur, sebelum dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada tahun 2020.

Setiausaha Bersatu Perak, Zainol Fadzi Paharudin ketika dihubungi berkata dia tidak dimaklumkan mengenai pembubaran cawangan itu.

"Saya tidak menerima apa-apa maklumat.

"Maaf, saya tidak dapat memberi komen," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Putra Perak, Hasbullah Alias mengesahkan permohonan Ahmad Zainian untuk menyertai parti itu.

"Ya, saya boleh sahkan, ketua cawangan Bersatu Sungai Bayur, saudara Ahmad Zainian telah meminta untuk menyertai parti Putra," katanya kepada Malaysiakini.

Hasbullah yang juga ketua bahagian Putra Larut berkata hampir 100 borang permohonan daripada bekas ahli Bersatu telah diserahkan kepada presidennya.

"Kami mendapati mereka kecewa kerana krisis dalaman Bersatu dan telah memohon untuk menjadi ahli Putra kerana tertarik dengan ketelusan perjuangan parti kami," katanya

Majlis Pemulihan Negara dipolitikkan, kata Mahathir

Malaysiakini

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Pemulihan Negara yang ditubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipolitikkan apabila majlis itu dipimpin oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ini katanya, berbeza dengan Majlis Pemulihan Negara yang dicadangkan sebelum ini oleh Pejuang.

Justeru Mahathir berkata dia yakin penubuhan majlis itu tidak akan berkesan dalam menangani krisis Covid-19 di negara ini sekarang.

“Cadangan ini meniru cadangan Pejuang untuk membentuk Majlis Pemulihan Negara yang bebas daripada kerajaan. Jika kita ada perdana menteri sebagai pengerusi, dia akan membawa banyak isu politik.

"Masalahnya dengan Muhyiddin adalah dia hanya memikirkan politik, tetapi bukan tentang penderitaan rakyat," kata Mahathir dalam sidang media dalam talian hari ini.

Sebelum ini, Mahathir mencadangkan Majlis Pemulihan Negara untuk 

Kerajaan sebelum ini juga mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diketuai Jawatankuasa Khas Kabinet Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN).

Bagaimanapun pada 16 Julai lalu kerajaan mengumumkan JKKPPN digantikan dengan Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh Muhyiddin.

Mahathir berkata, Muhyiddin belum dapat menunjukkan kejayaan dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini meskipun dia sendiri telah bertemu dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk membincangkan langkah yang boleh diambil kerajaan.

"Mereka datang menemui saya untuk minta idea saya tentang bagaimana menangani ini dan saya beritahu semuanya, saya tidak menyembunyikan apa-apa kerana saya fikir ini baik untuk rakyat, tapi kita boleh melihat kerajaan tidak mempunyai kemampuan untuk laksanakan idea yang telah kita berikan kepada mereka.

"Saya beritahu mereka apa yang perlu dilakukan, tetapi mereka tidak lakukan dengan baik, atau tidak dilakukan sama sekali," katanya.

Beberapa langkah yang dicadangkannya dalam pertemuan dengan Tengku Zafrul termasuk menggunakan kemudahan hotel untuk menyiapkan makanan bagi mereka yang memerlukan, membina lebih banyak hospital tentera yang dilengkapi peralatan oksigen dan bekerjasama dengan hospital swasta untuk meringankan beban hospital awam.

Mahathir menjelaskan dia memberikan cadangan itu ketika jangkitan Covid-19 mencatatkan angka sekitar 6,000 kes sehari. 

Dalam keadaan kes Covid-19 melonjak sehingga 13,000 kes sehari sekarang, Mahathir berkata ia akan menjadi lebih sukar untuk mengurangkan jumlah kes pada masa ini.

Kata Mahathir itulah sebabnya dia yakin masih terdapat keperluan untuk penubuhan badan bebas yang terdiri daripada profesional dari latar belakang yang relevan, termasuk dalam bidang sains, ekonomi dan sosiologi.

Lebih-lebih lagi, katanya, negara ketika ini berdepan kesulitan dengan jumlah kematian dan kes Covid-19 setiap hari, manakala rakyat kini bergelut baik dari segi ekonomi mahupun mental, sehingga sampai ke tahap membunuh diri.

"Semua hal ini perlu ditangani, tetapi kerajaan lebih berminat bagaimana mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan, terutama dengan perdana menteri yang mahu tetap menjadi perdana menteri," katanya.

Katanya, Pejuang bersedia membantu kerajaan menangani krisis Covid-19 tetapi parti itu mahukan ia bebas daripada sebrang birokrasi dan politik kerajaan.

Malah Mahathir berkata dia bersedia meletak jawatan sebagai Pengerusi Pejuang jika diminta menyertai badan bebas untuk menangani wabak itu, kerana tidak mahu mencampur adukkan perkara itu dengan politik.

"Tetapi kerajaan ini hanya berminat 'oh kita harus dapat pujian' kerana ini baik untuk politik mereka.

"Kita mungkin gagal ...tapi kami rasa kami mempunyai idea yang dapat membantu mengurangkan jumlah kes baru setiap hari.

"Sebenarnya, kerajaan sendiri berpendapat kita memiliki idea, itulah sebabnya mereka menghantar menteri kewangan untuk bertanya kepada saya apa yang boleh mereka lakukan untuk menangani wabak ini," katanya.

PH tuntut Speaker laksana 3 perkara atau letak jawatan

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun membuat beberapa perubahan pada sesi parlimen khas yang akan datang

PH berkata, keputusan kerajaan Perikatan Nasional berkenaan perjalanan sidang khas itu tidak mencapai maksud penuh titah pandangan yang dizahir Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja.

"Sidang khas ini tiada perbahasan ke atas sebarang usul, hanya setakat mendengar kuliah Menteri, dengan kehadiran jumlah Ahli Dewan Rakyat yang tidak lengkap, dan tanpa sebarang undian terutama berkait Proklamasi Darurat.

"Maka jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat tetap melaksanakan keputusan-keputusan kerajaan itu, pada ketika beliau menyedari ia tidak mencapai maksud sebenar Duli-Duli Tuanku, maka Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah turut sama mengingkari titah tersebut," kata kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, presiden Amanah Mohamad Sabu, dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Sehubungan itu PH menggesa Azhar tidak meletakkan had 80 orang dan membenarkan semua ahli parlimen hadir di Dewan Rakyat pada bila-bila masa mesyuarat berjalan.

Selain itu PH juga menggesa Azhar membenarkan perbahasan penuh berasaskan usul menteri untuk semua isu yang telah dinyatakan dalam titah Agong, termasuk Pelan Pemulihan Negara, Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan program vaksinasi, langkah-langkah mencegah Covid-19 serta usaha memulihkan ekonomi serta menjamin kelangsungan hidup rakyat.

Ketiga katanya, Azhar perlu memutuskan sama ada dia menjunjung penuh titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, atau sekadar mengikut arahan Kabinet.

"Jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat merasakan beliau tidak mampu melaksana tiga perubahan ini, beliau dipelawa untuk meletakkan jawatan," kata mereka..