HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 September 2010

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan Bolehkan JPJ Senarai Hitamkan Pesalah PBT

BERNAMA

SHAH ALAM: Pemilik kenderaan yang selama ini mengabaikan saman Pihak Berkuasa Tempatan atas kesalahan seperti meletak kenderaan sesuka hati, bakal disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila pindaan Akta JPJ 1987 diluluskan kelak.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan berkata perkara itu adalah antara 60 pindaan yang akan dibentang di Dewan Rakyat bulan depan.

Pindaan itu membolehkan semua PBT menyerahkan kepada JPJ senarai pesalah mereka yang gagal melunaskan saman untuk disenarai hitamkan, katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Selain itu katanya, pindaan juga antara lain mewajibkan pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu mengesahkan alamat terkini mereka bagi memudahkan segala urusan berkaitan penyerahan notis saman dan sebagainya.

"Sebelum ini bila kes dibawa ke mahkamah atau bila terjadi situasi di mana kenderaan disenarai hitamkan alasan yang diberikan adalah mereka tidak terima notis saman, jadi melalui pindaan akta ini nanti mereka perlu memastikan alamat sentiasa terkini," katanya. Solah berkata pelbagai cara disediakan bagi mereka memaklumkan alamat terkini kepada JPJ termasuk menerusi lama web organisasi itu, emel dan juga di pejabat pos.

"Ada antara kita yang bila terima surat notis serahan untuk ambil di pejabat pos kerana tidak ada dirumah, tidak menghiraukannya kerana tahu ialah notis saman dari JPJ ataupun polis.

"Sehubungan itu, melalui pindaan akta ini kita akan menampal notis di rumah dan mengeluarkan notis di media," katanya.

1,000 Peneroka Bakal Saman Felda Lagi Isu KPG


Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM - Seramai 1,000 peneroka Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh daerah Jengka, Pahang dijangka akan memfailkan saman berhubung harga Kadar Perahan Gred (KPG) yang didakwa rendah daripada harga pasaran sebenar.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN Suhaimi Said ketika dihubungi Suara Keadilan berkata satu perjumpaan akan diadakan pada 3 Oktober depan bagi memberikan penerangan kepada peneroka seterusnya memfailkan saman terhadap agensi tersebut.

"Kita akan memfailkan saman bagi pihak peneroka, kerana mereka ini telah dianiaya dan ditipu apabila hanya diberikan antara 18 hingga 20 peratus KPG sedangkan ikut pasaran adalah 26 peratus.

"Memandangkan di kawasan Jengka ini mempunyai banyak kilang dan kadar perahannya pula berbeza antara satu sama yang lain, jadi kita akan kumpulkan peneroka mengikut kilang yang ada di sini," kata beliau.

Menurut Suhaimi lagi, kadar 1 peratus KPG dianggarkan sekitar RM40 yang bermakna setiap kali hasil sawit peneroka dipetik, mereka kerugian antara RM200 hingga RM300.

Tambah beliau, tindakan itu bukannya dilakukan sekadar suka-suka tetapi bagi menuntut hak peneroka yang saban tahun telah ditipu oleh Felda berhubung harga sebenar kadar perahan buah kelapa sawit.

Sebelum itu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan keputusan supaya Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan.

Ini memberikan tamparan hebat kepada agensi itu dan kemenangan moral yang besar kepada peneroka Felda di seluruh negara.

Tindakan agensi itu dilihat tidak menghormati hak peneroka berhubung harga KPG sudah lama berlaku di kebanyakan rancangan Felda di seluruh negara.

Berhubung dakwaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kononnya Pakatan Rakyat menghasut peneroka menyaman Felda, Suhaimi berkata tindakan saman itu bukan hanya menuntut hak peneroka yang menganggotai KEADILAN dan PAS sahaja bahkan untuk semua peneroka tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Dr Lee Nasihat Zaid Jangan Bandingkan KEADILAN Dengan Umno


Oleh Dr Lee Boon Chye

KEADILAN kebingungan dengan keluhan Zaid Ibrahim yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Utusan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar Gestapo.

Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu? Apakah beliau lupa serangan bertubi-tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?

Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Tian Chua dan Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang KEADILAN, bilamana mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka.

Hakikatnya, Tian Chua telah menang jawatan ketua cabang di Batu dan Gobalakrishnan pula akan bertanding untuk jawatan ketua cabang di Padang Serai. Demikian juga, tiada siapa yang mencegah Zaid untuk tidak mencalonkan diri beliau bagi apa jua jawatan, termasuklah jawatan Presiden Parti.

Selanjutnya, kita juga hairan bahawa beliau seringkali membandingkan KEADILAN dengan Umno.

Walhal tidak ada tolok bandingnya apabila KEADILAN mengemukakan segala pendirian-pendirian yang tidak dipegang Umno. Beliau mesti berhenti melakonkan watak “mangsa” untuk meraih simpati dengan cara menjejaskan parti.

Daripada mengeluh secara terbuka tentang pemilihan dan merosakkan parti, beliau seharusnya membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bersama perincian yang tepat dari membuat kenyataan meluru berlakunya konspirasi dan taktik curang.

Kita juga bingung dengan kenyataan Zaid bahawa parti ini menghalang "agenda reformasinya" sedangkan keputusan parti selalu dibuat secara kolektif bagi menambah dasar-dasar parti yang progresif dan berteraskan reformasi. Zaid seharusnya mengemukakan “agenda reformasi” beliau tersebut dan patut membentangkannya menerusi pembuatan keputusan parti yang biasa dari memberi petikan-petikan ringkas kepada media massa.

Sebagai ketua KEADILAN Wilayah Persekutuan, dan juga sebagai ahli kepada Majlis pimpinan pusat (MPP) dan Biro Politik, Zaid berada di peringkat tertinggi proses pembuatan keputusan parti. Maka beliau mempunyai lebih dari peluang biasa untuk memberi pandangan beliau.

Zaid harus mengakui bahawa beliau sebahagian daripada kepimpinan parti. Maka, beliau tidak dapat mengelakkan daripada tanggungjawab bersama yang termaktub itu dan mestilah menghormati pembuatan keputusan parti.

KEADILAN ingin menasihati beliau untuk menilai semula apa yang telah dicapai oleh sebagai agen reformasi di negara ini termasuk termasuklah pemilihan parti yang menempa sejarah ini yang telah memberi kuasa mengundi yang sama kepada setiap anggota parti tanpa mengira jawatan mereka dan ini merupakan bukti komitmen kami terhadap reformasi.

Dalam ketika kesengitan pemilihan parti, janganlah kita lupa siapa lawan kita yang sebenarnya - Umno-BN. Dan kami yakin bahawa KEADILAN hanya akan menjadi lebih kuat selepas pemilihan parti yang bersejarah ini.

Penulis ialah Ahli Parlimen Gopeng dan Naib Presiden KEADILAN.

Kuasa Barat Dokong Pemerintahan Negara Islam Yang Zalim, Menindas Rakyat

Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap kuasa-kuasa Barat yang menutup sebelah mata terhadap pemerintahan zalim di beberapa negara yang menindas secara terang-terangan hak asasi manusia atas alasan mempromosi demokrasi.Anwar menyelar sikap ini yang dilihat sebagai hipokrit di mana kuasa Barat menyokong negara yang menindas rakyatnya sendiri tetapi pada masa yang sama mengecam tindakan serupa di negara lain.

"Anda tidak boleh berkata," berikan kami sokongan anda dalam perang melawan terorisme dan kami tidak akan campur tangan dalam hal dalaman anda. Polisi 'anda garu belakang saya, saya garu belakang anda' mungkin bagus untuk diplomasi realpolitik tetapi ia adalah satu pengkhianatan kepada perjuangan menegakkan demokrasi dan kebebasan.

"Malangnya inilah pendekatan bersikap hipokrasi kepada demokratisasi yang kita lihat di kebanyakan negara islam yang hidup dalam merana di bawah sistem demokrasi palsu. Pemerintahan sebegini diselaputi dengan imej demokrasi yang muluk tetapi pada hakikatnya penuh dengan kedurjanaan, kezaliman dan ketidakadilan.

"Demokrasi seperti ini menggunakan seluruh apparatus negara dan mengeksploitasi dana rakyat demi agenda serta kepentingan peribadi mereka. Mereka merompak perbendaharaan negara, merampas kawasan tanah prima dan bernilai tinggi dan menganugerahkannya kepada kaum kerabat, kroni serta mengambil jutaan ekar hutan dara dan mentransformasinya kepada tanah yang kontang dan tidak berguna," kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Why Islam and Democracy are destined to coincide' di Brussels anjuran Friedrich Naumann Stiftung Selasa lalu.

Dalam ucapannya Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempertahankan ideologi Islam yang berteraskan kepada konsep keadilan dan mempromosi keamanan dan perpaduan sejagat.

Beliau mengecam golongan yang menggunakan nama Islam untuk melakukan kezaliman dan penindasan ke atas orang Islam di negara yang kononnya mengaku mengamalkan sistem Islam.

"Mereka yang mengkritik Islam berkata ia bukan sahaja membenarkan malah menggalakkan pengikutnya untuk melakukan keganasan atas nama jihad. Ini pendapat yang mengarut. Mereka turut menggunakan ayat Al-Quran untuk menyokong pendapat mereka. Memang ada, tapi mereka mentafsirnya secara ekstrim. Sebaliknya, hakikat sebenar ialah Islam melarang keganasan dan terorisme kerana ia mendokong prinsip kesederhanaan dan perlindungan nyawa dan keselamatan. Ini tersirat di bawah doktrin maqasid al-Shari’ah, satu instrumen yang amat penting dan signifikan untuk memajukan masyarakat Islam.

"Bagaimanapun ia telah dipinggirkan dan diketepikan. Melalui doktrin ini umpamanya, jihad adalah seruan kepada umat untuk mentaati tiang agama dengan berbuat amalan baik dan menjauhi kemungkaran, menegakkan keadilan, menganjurkan amal jariah dan membantu golongan lemah dan terpinggir.

"Ia bukannya laungan untuk berperang, apatah lagi melakukan kerosakan dan membunuh. Lebih penting, jihad menggalakkan orang Islam mewujudkan keamanan dan melindungi kesucian nyawa dan harta benda. Ini merupakan prinsip yang selari dengan desakan demokrasi," jelas beliau lagi.

Anwar menjelaskan mereka yang menyeru kepada keganasan dan terorisme atas nama jihad tidak mendapat sokongan terhadap aliran Islam yang mereka reka.

Mengambil contoh Indonesia di mana semasa dua pilihan raya umum yang lepas memperlihatkan rakyat negara itu menolak secara mutlak golongan radikal yang menunggangi atas tiket jihad.

Kata beliau, perkembangan ini penting untuk menyanggah pemikiran bahawa demokrasi di dalam negara majoriti orang Islam senang dipengaruhi oleh ekstremis dan radikal.

Malah kata Anwar, Islam menggalakkan umatnya mempertahankan kesamarataan, keadilan dan maruah insan.

Jika keganasan dan terorisme disebar luaskan oleh umat Islam atas nama Islam maka yang dipersalahkan pengikutnya dan bukan agama.

Menyalahkan Islam tidak akan menyelesaikan masalah selagi puncanya tidak diatasi dan diselesaikan.

Tambah Anwar, Turki adalah contoh baik di mana pemimpinnya memegang taat kepada prinsip asas kenegaraan Islam: modernis, sederhana, progresif dan toleransi dengan keadilan dan negara hukum sebagai motto pemerintahan.

Anwar berkata referendum baru-baru ini yang menyokong perubahan asas kepada perlembagaan untuk mengukuhkan demokrasi adalah bukti jelas.

Dalam hal ini pemimpin Turki amat berlawanan dengan pemimpin autokratik dan diktator di sesetengah negara Islam yang terus menafikan rakyat nikmat demokrasi dengan mengamalkan sikap ekstrim.

"Jadi hakikatnya serangan ke atas kebebasan dan demokrasi bukan datangnya dari Islam walaupun kebanyakan yang melakukannya adalah orang Islam. Indonesia dan Turki membuktikan demokrasi bukan sahaja diterima malah amat penting dalam Islam. Sebaliknya musuh Islam bukan dari demokrasi tetapi adalah kezaliman, rasuah, tirani, dan ketamakan.

"Kebebasan dan demokrasi adalah sebahagian daripada kebenaran hakiki yang membezakan antara makhluk di bumi ini. Isu sebenar bukannya Islam dan demokrasi ditakdirkan selari tetapi samada golongan yang berkuasa di negara Islam akan menghormati kebebesan dan demokrasi, memartabatkan undang-undang dan memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat. Jika ini tidak berlaku adalah wajib bagi kita merealisasikannya dan itu satu perjuangan yang wajar.

"Kemodenan Islam di Asia Tenggara dicerminkan oleh adaptasi prinsip kebebasan dan demokrasi untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas. Dari segi ini peralihan rantau ini kepada demokrasi menyanggah ide Islam dan demokrasi tidak selari.

"Tindakan menyamakan Islam dengan sikap tidak toleransi dan keganasan pun tidak mempunyai asas dalam realiti. Orang Islam memerintah Sepanyol berkurun lamanya dan ini disahkan oleh rekod sejarah sebagai bukti jelas kepada toleransi dan semangat hidup muafakat antara orang Islam, Kristian dan Yahudi.

"Di Asia Tenggara, pedagang dan ahli Sufi menyebarkan agama melalui stail dakwah akomodatif yang menarik minat penganut yang pada masa sama mengekalkan aspek signifikan budaya pra-Islam. Ini menjelaskan bagaimana kepelbagaian budaya dan agama wujud dalam negara bermajoriti Islam," tegas Anwar dalam ucapannya.

Anwar berkata adalah penting merubah kekakuan aliran idealogi yang menjurus kepada persepsi bahawa ajaran Islam adalah kaku dan eksklusif.

Hakikat bahawa Islam mampu mengadaptasi kepada keadaan sekeliling menunjukkan sifat inklusifnya.

" Bagi memastikan negara Islam bergerak ke arah memartabatkan demokrasi berperlembagaan dan menterjemahkannya kepada realiti, adalah penting mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil, memastikan pemisahan kuasa dan menjamin kebebesan hak sivil termasuk membenarkan penglibatan wanita dalam arean politik.

"Pendakwaan bersifat kedengkian, penahanan rambang, dan salahguna apparat negara untuk mengekang musuh politik mestilah dihapuskan. Reformasi ini mesti dilaksanakan, jika tidak harapan pertembungan Islam dan demokrasi hanyalah satu fatamorgana," kata Anwar.

Menanti Ku Li Sertai PAS/PR?

Oleh Sofi Wahab

Sejak akhir-akhir ini Ku Li kelihatan senada dengan PAS dan PR khasnya dalam isu royalti minyak Kelantan. Beliau seringkali tidak menghampakan rakyat Kelantan bila diundang memberikan ceramah tentang isu royalti minyak walaupun penganjur kerajaan negeri Kelantan atau PAS sendiri.

Tindakan beliau itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pemimpin Umno khasnya Umno Kelantan yang melihat Ku Li seolah-olah cenderung dan menyokong PAS/PR.

Namun penantian rakyat untuk melihat Ku Li bersama PAS/PR dalam wadah politik yang sama tidak kesampaian juga. Ku Li tetap mahu bersama Umno walaupun beliau dipermainkan oleh Umno beberapa kali sejak zaman Dr Mahathir lagi. Sudah banyak kali beliau cuba menentang Presiden Umno pada pemilihan parti itu tetapi beliau seringkali tewas angkara tidak adanya demokrasi dalam Umno lantaran kegagalan beliau memperolehi 2 pencalonan minima dari Bahagian. Beliau hanya berupaya mendapat satu pencalonan sahaja itupun dari bahagian beliau sendiri iaitu Gua Musang.

Namun hari ini media melaporkan bahawa Ku Li akan tetap bekerja kuat membantu Umno pada PRK Galas nanti.

Laporan itu menyebut bahawa Ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan membantu BN merampas semula DUN Galas, manakala PAS pula berharap pemimin veteran Umno itu akan mengambil sikap 'low profail' dalam pilihan raya kecil Galas nanti.

Tengku Razaleigh yang dihubungi Berita Harian di London, dilaporkan berkata ia boleh dilakukan dengan lebih berkesan jika beliau diberi peranan untuk menggerakkan dan mengatur pelbagai persiapan seperti tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi di bahagian itu.

“Saya akan bekerja keras bersama pemimpin lain dalam bahagian bagi menentu kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS kembali ke tangan BN,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, Umno bahagian itu tidak mempunyai sebarang masalah dan bersedia mengatur persiapan menghadapi pilihan raya kecil di kerusi yang pernah menjadi kubu BN.

Katanya, buat masa ini beliau masih sibuk dengan tugas penting yang perlu diselesaikan dulu di luar negara dan menyerahkan kepada tiga kepimpinan bahagian itu untuk mengatur persiapan awalnya.

Beliau percaya timbalan ketua Umno bahagian Mat Yusoff Ab Ghani, naib ketua Datuk Nozula Mat Diah dan setiausahanya Ab Aziz Yusoff mampu berbuat demikian.

Ternyata Ku Li masih tidak mahu meninggal parti yang beliau sendiri cemuh dan kritik. Apa yang menyebabkan beliau masih sayang kepada Umno tidak pula kita ketahui. Namun begitu ahli PAS tetap menanti bila agaknya Ku Li akan menyertai PAS atau parti-parti PR yang lain????

Sandiwara "Pulangkan" Banyak Kelemahan

KELAB GREENBOC

Exco Pulau Pinang dakwa ada pihak desak warga emas pulang wang ihsan

GEORGE TOWN — Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim (gambar).

Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

“Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka,” katanya kepada pemberita bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Dipetik Bernama, Abdul Malik sekali lagi mengulangi bahawa wang itu bukan daripada hasil judi, sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Kumpulan itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, semalam.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga berkata, pihaknya menganjurkan majlis tersebut selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ihsan berkenaan.

“Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan, sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram,” katanya yang juga Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang.

Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pemuda Umno negeri mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas.

Sebelum ini, Abdul Malik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pemuda Umno bahawa kerajaan negeri menggunakan hasil sumber judi untuk tujuan pembayaran wang ihsan melalui program penghargaan warga emas.

Katanya, dakwaan sebuah blog dan Pemuda Umno pusat awal bulan ini adalah berdasarkan kepada imaginasi, berniat jahat serta fitnah yang tidak berlandaskan fakta dan kebenaran.

Menurut beliau lagi kerajaan negeri yang mengamalkan amalan berjimat cermat melalui konsep cekap, akauntabiliti dan telus telah berjaya menjimatkan jumlah peruntukkan dalam bajet kerajaan negeri sebanyak RM20 juta bagi program tersebut.

“Daripada peruntukkan yang diberikan kita telah membelanjakan sebanyak RM10.7 juta dan masih mempunyai lebihan RM9.3 juta untuk meneruskan program penghargaan warga emas.

“Suka ditegaskan di sini bahawa wang ihsan tersebut bukan hasil dari sumber judi. Ia adalah hasil dari pungutan cukai tanah serta sumber selain dari judi.

“Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan lesen judi sedangkan kerajaan pusat sahaja yang mempunyai kuasa untuk meluluskan semua lesen judi yang ada dalam negara kini,” katanya beliau kepada The Malaysian Insider. -TMI

Ulasan GB

Bila ditinjau gambar duit itu dekat-dekat di dalam tong dan di tangan warga emas itu, kita nampak wang itu semuanya serupa. Note RM50. Seorang dua keping.

Ah, baru keluar dari bank. Siapa punya? Yang pasti semua duit itu dipinjamkan kepada warga emas tersebut kemudian di"pulang"kan kepada tuannya.

Ini kisah Ahmad Nisfu yang ambil balik duit dari "pelakon sementara" di dalam cerita 3 Abdul.

"abdul wahud...abdul wahud...kita nak kasi dia marah...balik-balik kita yang marah....kasi balik duit aku...kasi balik...kasi balik"

Tapi seperti yang GB ulaskan di sini, Kerajaan negeri berhak untuk tuntut RM4 ribu yang kononnya dikatakan dipungut semula dari warga emas tersebut. Kalau pun betul wang itu pungutan dari warga emas, memang wajar YB Penaga itu perlu menyerahkan semula kepada Kerajaan Negeri. Jika tidak YB Penaga itu boleh ditahan dan ditangkap kerana menipu warga emas berkenaan dengan melarikan wang ihsan itu. Kalau wang itu bukan wang ihsan tetapi milik YB Penaga sendiri tetapi cuma dilakonkan saja, dia sepatutnya ditahan juga kerana menipu.

Amacam YB. Ini bab mahu tipu satu Malaysia sudah tahu.

Tapi tropi sandiwara lucu sukar dimenangi sandiwara "Pulangkan" ini. Kelemahannya ketara. Manakala sandiwara "I'da World" lakonan Hang Kebun yang tak bergigi yang serahkan cek replika RM4b di Kelantan rasanya mendapat undi sms terbanyak.

Kata Sudin di dalam Seniman Bujang Lapok: Main-main kasar ..sekali aku cekik…gigi wak mana?...pergi bikin!

Sports Toto Sebar Berita Ada Yang Menang RM47j

KELAB GREENBOC

Ahli Perniagaan Menang Loteri Terbesar RM48 Juta

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan telah memenangi wang tunai sejumlah RM47.82 juta yang merupakan cepumas loteri atau jackpot terbesar di Malaysia.

Sports Toto Malaysia Sdn Bhd berkata, cepumas tertinggi sebelum itu adalah RM20.9 juta yang dikeluarkan pada Disember 2008.

Difahamkan, ahli perniagaan yang berusia 50an itu mengetahui kemenangan tersebut menerusi laman web Sports Toto pada malam Selasa selepas keputusan diumumkan.

“Dia tidak percaya tentang berita itu sehingga tergamam untuk seketika sebelum meminta isterinya mengesahkan kemenangan itu berulang kali,” kata jurucakap Sports Toto dalam satu kenyataan semalam.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan amat gembira sehingga tidak dapat tidur dan tidak sabar untuk menebus hadiah wang tunai daripada ibu pejabat Sports Toto di Kuala Lumpur. -petikan dari Mstar

..... snipped...


UMNO dan Sports TOTO

Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.

Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Berdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.

Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto.

Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.-visi-sufi

Ulasan GB

Berita di atas disebarluaskan oleh Sports Toto sendiri.

Hasratnya ialah untuk mengkhabarkan bahawa ada orang dah menang RM47 juta dengan bermain nombor dengan Toto.

Ini sekaligus akan menggalakkan orangramai berpusu-pusu ke kedai toto untuk menikam nombor dengan harapan menjadi jutawan.

Taktik ini digunakan bagi meraih keuntungan yang lebih besar untuk syarikat dan juga pemegang-pemegang saham Toto yang terdiri dari beberapa pemimpin UMNO dan bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan.

Usah Jual Rumah Yang Dibeli- Iskandar

SELANGOR KINI



PANDAN INDAH – Pengerusi Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, menasihatkan kepada setinggan di Pandan Jaya, yang sejak 20 tahun lalu tinggal di bawah talian bervoltan tinggi, agar tidak menjual rumah yang ditawarkan kepada mereka setelah memilikinya kelak.

“Penduduk ditawarkan pada harga RM42,000 seunit bagi membeli rumah tersebut, sedangkan harga di pasaran mencecah sehingga RM70,000 seunit, di mana harga pasaran jauh lebih tinggi berbanding harga sebenar. Tetapi itulah harga rumah kos rendah di Lembah Klang sekarang,” kata beliau pada satu majlis yang berlangsung di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), semalam.

Menurut beliau, penawaran rumah kos rendah adalah merupakan satu usaha kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut dan kerajaan negeri akan melakukan usaha tersebut secara berperingkat-peringkat.

“Kemungkinan usaha tersebut akan memakan masa panjang kerana terdapat penduduk yang tidak mendapat pinjaman bank, selain rumah yang ditawarkan jauh dari tempat kerja. Buat masa ini tidak ada projek baru untuk rumah kos rendah di Ampang Jaya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka itu.

Pada majlis tersebut, seramai 51 keluarga daripada 193 keluarga setinggan Pandan Jaya ditawarkan rumah kos rendah jenis pangsapuri tiga bilik di Taman Harmoni, Kajang.

Difahamkan, pada Julai 2009, berlaku insiden empat kematian termasuk dua kanak-kanak yang berpunca daripada kejutan elektrik di kawasan tersebut.

Dato' Seri Idris Jusoh sudah hilang rasional

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/idrisxrasional.jpgBULETIN ONLINE

Lajnah Perpaduan Nasional Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) menyifatkan tindakan Mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh sudah hilang rasional dan kewarasan apabila menganjurkan satu ceramah untuk menghentam DAP di Besut, satu daerah yang tidak ada walaupun ‘setengah’ cawangan parti tersebut,

Selaku bekas Timbalan Menteri Persekutuan dan Mantan MB Terengganu, Idris sepatutnya lebih arif tentang kedudukan polarisasi kaum dan politik negara dan negeri Terengganu.

Sebagai orang lama dalam Umno, Idris harus menunjukkan contoh teladan kepada generasi muda, sesungguhnya politik ‘sensitif’ dan ‘rasis’ tidak akan menguntungkan proses perpaduan antara kaum, samada di peringkat nasional ataupun dinegeri Terengganu.

Malah ia akan terus mengkucar-kacirkan masyarakat majmuk dalam negara ini.

Namun, semua pihak sudah tahu perangai ‘gedebe’ Idris yang turut dikaitkan dengan politik ‘gelap’, melakukan apa saja untuk mencapai kemenangan politik peribadi.

Tindakan ekstrem Idris melabel DAP anti-Islam sebenarnya sudah menjadi kebiasaan ‘mulut celupar’nya yang pernah melabel PAS dengan pelbagai gelaran dan tuduhan hodoh.

Beberapa bulan lalu, Idris pernah membuat kenyataan menuduh orang-orang tertentu di Besut ‘tidur dengan gambar’ pemimpin tertentu, dengan tujuan dan niat yang jahat.

Oleh itu, Lajnah Perpaduan Nasional BPPNT menganggap tindakan Idris adalah sengaja dibuat, bagi meraih populariti dan publisiti murahan setelah tenggelam dengan program-program ‘musuh politiknya’ Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, menjelang perhimpunan Agung Umno.

Idris juga cuba menutup kelemahannya ketika mentadbir negeri Terengganu, dimana kesan buruknya terus dirasakan oleh rakyat Terengganu dengan fenomena bangunan runtuh dan projek pembangunan terbengkalai, sedang wang rakyat telah dibelanjakan berbilion ringgit

Justeru, atas nama perpaduan nasional, Idris dinasihatkan supaya membatalkan hasratnya meneruskan program ceramah yang pastinya akan dipenuhi dengan cerca mencerca, sumpah menyumpah dan maki hamun.

Sekiranya tidak, kami merayu agar rakyat Teregganu menolak Idris dan partinya, Umno yang jelas sebuah parti yang mementingkan politik diri sendiri yang , yang menjadikan politik rasis dan sensitif modal usang untuk mencapai kemenangan.

Haji Hanafiah Mat@Ramly
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
PAS Terengganu
29 Sept, 2010
http://hanafiahmat.blogspot.com/


Jika bantuan kerajaan Pulau Pinang haram, gaji daripada kerajaan pusat juga haram?

"Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi."
Demikianlah jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan mufti Perlis dalam respons beliau terhadap isu kerajaan negeri Pulau Pinang yang memberikan wang saguhati kepada warga emas, yang 'khabarnya' bersumberkan judi lumba kuda.

Katanya, bahawa para penerima wang (orang-orang Islam berusia emas) itu tidak haram. Pihak yang memberinya itulah yang menanggung dosanya. Samalah, kata beliau, apabila kakitangan awam dibayar gaji yang mana kita semua maklum, wang gaji itu bersumber daripada perbendaharaan negara.

Dalam perbendaharaan negara, ia menerima apa-apa sahaja sumber kewangan termasuklah daripada sektor perjudian, minuman keras dan yang sewaktu dengannya. Ia diterima menerusi cukai perniagaan yang dikutip oleh pihak kerajaan.

Nah! Jika benar kita mahu memastikan wang gaji kita bersih dan suci 100 peratus barang kali kita tidak boleh menerima gaji daripada pihak kerajaan pusat. Melainkan, mereka mengasingkan dana halal dan haram dan hanya memperuntukkan halal untuk Islam dan haram untuk bukan Islam.

Dalam Islam, perbendaharaan negara disebut Baitul Mal. Persoalannya, adakah sama Perbendaharaan Negara yang ada pada hari ini di peringkat negeri dan pusat dengan Baitul Mal? Saya tidak berani nak jawab…

Jika diikutkan, fungsi Baitul Mal ini adalah sangat meluas. Salah satu daripadanya, Baitul Mal juga adalah tempat dititipkan segala jenis harta yang tidak halal mahu pun syubhah. Jika di Baitul Mal, maka wang itu tidak menjadi haram untuk digunakan kembali kepada rakyat. Ini kerana, ada pandangan ulamak menyatakan demikian.

Saya pernah terjumpa pandangan Dr Yusuf al-Qardhawi terhadap corak penggunaan wang haram. Secara asasnya, wang haram itu tidak boleh sama sekali dimanfaatkan oleh pemilik wang untuk faedah peribadi.

Tetapi, ia boleh diberikan kepada pihak lain demi maslahah umum atau kebajikan awam. Ia termasuklah memberikan wang haram itu kepada orang fakir dan miskin dan juga untuk tujuan dakwah Islam.

Saya sempat mencari di dalam internet, alhamdulillah saya bertemu dengan sebuah artikel yang dipetik daripada Bahagian Mal, Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Berikut saya paparkan sedikit kutipannya:

“Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki sebaliknya ia menjadi milik kepada maslahah a'mmah seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan antaranya membantu golongan fakir dan miskin, anak-anak yatim, musafir, jihad di jalan Allah SWT, perkembangan dakwah Islam, pembinaan masjid dan pusat-pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitan kitab-kitab agama dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang bersifat kebajikan.

Harta tidak patuh syariah juga tidak boleh digunakan bagi tujuan kepentingan diri sendiri atau keluarga. Menurut al-Qaradawi, ia juga haram secara yakin untuk ditinggalkan dalam akaun bank konvensional (dalam kes faedah riba).

Harta tidak patuh syariah ini jika daripada jenis yang boleh dimanfaatkan seperti wang, ia tidak seharusnya dimusnahkan seperti dengan membakar atau mencampakkannya ke dalam laut.

Fuqaha semasa seperti al-Qaradawi menjelaskan bahawa perbuatan ini menyalahi kaedah syarak yang melarang tindakan idha'ah al-mal iaitu mensia-siakan harta tanpa dimanfaatkan oleh sesiapa.

Mungkin ada yang mempertikaikan, bagaimana harta yang haram dan tidak baik ini boleh disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin atau perkara-perkara kebajikan sedangkan kita sendiri tidak tergamak untuk menggunakannya?

Menjawab persoalan ini, al-Qaradawi menjelaskan bahawa pada hakikatnya harta tersebut sememangnya haram dan tidak baik dalam konteks orang yang mendapatkannya secara tidak halal.

Sebaliknya, dalam konteks fakir miskin dan juga perkara-perkara kebajikan, ia adalah baik dan harus untuk digunakan. Institusi Baitulmal dalam konteks maslahat umum ini, boleh berfungsi sebagai pemegang amanah kepada harta tidak patuh syariah untuk dibelanjakan demi kepentingan masyarakat secara umum.

Ini bertepatan dengan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-3, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 21 Januari 1971 yang telah menetapkan bahawa: “Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan muslihat umum”

Peningkatan kos bahan kimia dan elektrik faktor tarif air naik

SINAR HARIAN ONLINE

ALOR SETAR - Penstrukturan semula tarif air yang akan berkuatkuasa esok (1 Oktober) di Kedah dibuat berdasarkan peningkatan kos bahan kimia dan elektrik selain tarif dan pelarasan yang dikuatkuasa pada 1 Mac 1993 lalu tidak pernah dibuat semakan semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) Datuk Adzmi Din berkata, kos bahan kimia untuk rawatan air setiap tahun dari tahun 2003 hingga 2009 meningkat antara RM0.225 juta dan RM0.836 juta.

"Kita menjangkakan bagi tahun ini kos penggunaan bahan kimia meningkat melebihi RM5 juta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, perbelanjaan penggunaan elektrik juga tinggi dan meningkat setiap tahun bagi tempoh 17 tahun yang lepas iaitu antara RM0.613 juta dan RM4.789 juta dan bagi tahun ini ia dijangka akan meningkat melebihi RM30 juta.

"Lebih 50 peratus kos pengeluaran air merupakan kos elektrik kerana semua loji dan pam air menggunakan kuasa elektrik bagi menyalurkan air bersih kepada pengguna," katanya.

Adzmi berkata, peningkatan yang berlaku itu menyebabkan Sada perlu menyemak semula keseluruhan kos bagi membolehkan syarikat itu melaksanakan tugas sebagai pembekal air di Kedah secara efisyen.

"Jika dilihat secara keseluruhan dengan mengambil kira 17 tahun tidak dibuat semakan, kenaikan ini hanya kira-kira 1.6 peratus setahun. Jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain seperti Johor dan Selangor, kenaikan ini jauh lebih rendah dan tidak mebebankan rakyat," katanya.

Pada sidang media itu, Adzmi telah mengumumkan kenaikan tarif air di Kedah iaitu bagi bekalan air untuk kegunaan domestik, dari kosong hingga 20 meter padu akan dinaikkan kepada RM0.50 berbanding tarif lama RM0.40.

"Bagi penggunaan 20 hingga 35 meter padu dinaikkan kepada RM0.90 bagi satu meter padu berbanding RM0.70 sebelum ini dan penggunaan melebihi 35 meter padu dinaikkan kepada RM1.30 berbanding RM0.90 sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, bagi kategori-kategori lain seperti komersial, industri dan perkapalan, tarif air dinaikkan antara RM0.05 hingga RM1.20 bagi satu meter padu manakala untuk institusi keagamaan dan kebajikan, tarif air dikekalkan.

Tindakan Sekumpulan Warga Emas Pulangkan Bantuan RM100 Seorang Kepada Kerajaan PP Hanyalah Satu Sandiwara

SEDAKA SEJAHTERA

GEORGE TOWN — Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim (gambar).

Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

“Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka,” katanya kepada pemberita bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Dipetik Bernama, Abdul Malik sekali lagi mengulangi bahawa wang itu bukan daripada hasil judi, sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Kumpulan itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, semalam.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga berkata, pihaknya menganjurkan majlis tersebut selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ihsan berkenaan.

“Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan, sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram,” katanya yang juga Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang.

Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pemuda Umno negeri mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas.

Sebelum ini, Abdul Malik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pemuda Umno bahawa kerajaan negeri menggunakan hasil sumber judi untuk tujuan pembayaran wang ihsan melalui program penghargaan warga emas.

Katanya, dakwaan sebuah blog dan Pemuda Umno pusat awal bulan ini adalah berdasarkan kepada imaginasi, berniat jahat serta fitnah yang tidak berlandaskan fakta dan kebenaran.

Menurut beliau lagi kerajaan negeri yang mengamalkan amalan berjimat cermat melalui konsep cekap, akauntabiliti dan telus telah berjaya menjimatkan jumlah peruntukkan dalam bajet kerajaan negeri sebanyak RM20 juta bagi program tersebut.

“Daripada peruntukkan yang diberikan kita telah membelanjakan sebanyak RM10.7 juta dan masih mempunyai lebihan RM9.3 juta untuk meneruskan program penghargaan warga emas.

“Suka ditegaskan di sini bahawa wang ihsan tersebut bukan hasil dari sumber judi. Ia adalah hasil dari pungutan cukai tanah serta sumber selain dari judi.

“Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan lesen judi sedangkan kerajaan pusat sahaja yang mempunyai kuasa untuk meluluskan semua lesen judi yang ada dalam negara kini,” katanya beliau kepada The Malaysian Insider.

Dr M: Wawasan 2020 mungkin tidak tercapai...

Aidila Razak

Arkitek Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad percaya sasaran untuk mencapai matlamatnya pada 1991, berkemungkinan tidak menjadi kenyataan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Sama ada Wawasan 2020 boleh dicapai atau tidak, kebimbangan saya ialah ianya tidak dapat dicapai pada tahun 2020 ... mungkin kemudiannya," katanya, mengulangi pandangannya yang pernah disuarakanya sebelum ini.

Namun, Dr Mahathir (kiri) berkata, sasaran matlamat tersebut masih boleh dicapai jika kerajaan menukar cara bertindak dan mencari "halatuju baru dan strategi yang berbeza", daripada terus bergantung kepada
pelaburan langsung asing.

Beliau juga menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang sebagai tidak cukup kuat untuk memastikan kestabilan.

Walaupun angka pertumbuhan ekonomi agak baik pada kadar 6 peratus, Dr Mahathir berpendapat bahawa cabarannya ialah supaya rakyat dapat merasainya.

Diskaun Melayu: Selepas Pua, MB S'gor juga disiasat

Joseph Sipalan

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menghabiskan masa satu jam setengah di balai polis Shah Alam hari ini bagi menjawab dakwaan bahawa beliau mempersoalkan hak Melayu pada sebuah forum ekonomi dua bulan lalu.

Katanya, beliau juga dimaklumkan oleh polis bahawa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan juga dipanggil bagi merakamkan kenyataannya.

Bercakap kepada wartawan selepas meninggalkan balai polis itu pada jam 3.10 petang, Pua berkata beliau disiasat mengikut Akta Hasutan kerana membuat cadangan pemansuhan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah mewah.

Menurut Pua, pegawai penyiasat itu juga menggunakan laporan Utusan Malaysia bertarikh 27 Julai yang bertajuk Cadangan Ahli Parlimen PJ Utara kepada kerajaan Selangor - Mansuh diskaun bumiputera, digunakan sebagai rujukan siasatan berkenaan.

"Mereka minta saya mengimbas semula apa yang saya kata dan saya jelaskan bahawa saya merujuk kepada diskaun untuk pembelian hartanah mewah (untuk bumiputera) dimansuhkan dan manfaatnya sebaliknya disalurkan kepada golongan miskin,” katanya.

Pua pada bulan lalu mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya diskaun bumiputera sebanyak tujuh peratus bagi pembelian rumah lebih RM500,000 dan hartanah komersial bernilai lebih RM2 juta dimansuhkan ketika menghadiri dialog belanjawan.

Berikutan itu, 22 laporan polis dibuat ke atasnya oleh beberapa bahagian Pemuda Umno di Selangor yang menuntut Pua disiasat mengikut Akta Hasutan.

Setiausaha publisiti DAP itu juga menerima sebutir peluru hidup M16 berikutan kenyataannya dengan sekeping nota yang mengancam keselamatan keluarganya.

Galas: Jangan lupa Dun Kota Siputeh

Harakahdaily

TEMERLOH: Di kala tumpuan kini terarah ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas di Kelantan, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu perhatian wajar juga diberikan kepada kes Dun Kota Siputeh, Kedah.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi tekanan kepada Mahkamah Rayuan agar segera membuat keputusan berhubung status kerusi Dun tersebut.

Menurutnya, adalah tidak adil kerusi Dun itu ditinggalkan kosong begitu lama iaitu hampir lapan bulan tanpa sebarang keputusan.

"Orang-orang di Kota Siputeh telah ditinggalkan tanpa wakil rakyat mereka," katanya.

Pertikaian berkenaan status kerusi Dun itu timbul apabila wakil rakyatnya, Abu Hassan Sarip tidak hadir ke persidangan Dun dua kali berturut-turut.

Tindakan itu didakwa telah melanggar Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan mendorong Yang Dipertua Dun, Dr Abdul Isa Ismail menghalang Abu Hassan menghadiri Sidang Dun pembentangan bajet November lalu.

Munajat: Ulama muda Umno dangkal ilmu

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU: Pengerusi Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan, Md Zulaimi Kazin menyelar tindakan ulama muda Umno yang mempertikaikan langkah yang diambil oleh 40 ulama bermunajat di Mekah dalam isu tuntutan royalti.

Beliau berkata tindakan yang diambil oleh 40 ulama itu tidak bercanggah dengan syariah, terutama tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan tersebut.

Ini, katanya tidak seperti mana larangan nyata dari nas atas pengharaman judi bola yang dilesenkan oleh Umno tetapi ulama muda mendiamkan diri.

“Golongan ulama Umno ini amat dangkal ilmunya kerana tidak memahami hasrat sebenar misi ini yang dikhususkan kepada tindakan zalim pihak kerajaan pusat yang enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, Nabi Muhammad s.a.w. ada menyuruh bermusafir dan menyatakan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, justeru pihaknya akan menghantar 40 orang ulama Kelantan untuk bermunajat di sana.

“Langkah ini diambil agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh mereka sendiri untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, perbelanjaan yang digunakan adalah secara telus dengan menggunakan sumbangan derma daripada orang ramai dan tidak melibatkan dana kerajaan negeri.

“Saya berharap ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki dan menegur Umno, bukan seperti kandungan artikel tulisan mereka, yang memperlihatkan mereka seperti balaci Umno dalam usaha melawan tindakan yang tidak sealiran dengan mereka,” katanya lagi.

Kertas siasatan BPR sahkan Adun Kulim ditawar RM5 juta

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.

Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee (gambar), Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

"Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

"YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

"A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek," tulis laporan itu.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.

Tanam semula: Peneroka patut tuntut RM17,000

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berpendapat, lebih 11,000 peneroka yang mematuhi prosedur Felda sepatutnya menuntut bayaran tanam semula masing-masing.

Menurut pengerusinya, Mazlan Aliman, Mahkamah Tinggi Kuantan semalam telahpun memutuskan bahawa 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 berhak mendapat bayaran RM1,700 seekar.

"Penanam secara sendiri kelapa sawit (membabitkan) lebih kurang 11 ribu orang, lebih tujuh hingga lapan tahun mereka keluar modal sendiri dengan ikut semua prosedur Felda.

"Dengan kemenangan yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi ini membuktikan (bahawa) apa yang diperjuangkan oleh peneroka adalah betul dan Felda wajar menunaikan janji," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut menasihatkan Felda supaya memulangkan semula hak pampasan sebanyak RM23,800 untuk 14 ekar tanah kepada setiap peneroka yang terbabit menyaman Felda.

Malah, katanya Felda sepatutnya turut membayar RM17,000 kepada 11,000 peneroka yang mengikut prosedur Felda memandangkan mereka turut terbabit dalam aktiviti tanam semula sawit di 10 ekar tanah masing-masing.

"Saya minta Felda tunaikan janji-janji mereka kepada peneroka-peneroka lain yang ikut prosedur Felda dan layak mendapat hak masing-masing (bayaran tanam semula)," ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Peneroka dan Pembangunan Tanah PAS Pusat.

Sebelum pada itu, beliau menganggap kemenangan 10 peneroka terbabit adalah pertolongan daripada Allah Taala.

"Lebih 15 tahun kita perjuangkan, akhirnya diberi kemenangan oleh Allah SWT," ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan peguam Hanipa Maidin kerana berjuang memulangkan semula hak peneroka terbabit.

Beliau berharap, kemenangan dalam kes peneroka saman Felda itu mampu menjadi rujukan bagi peneroka Felda-Felda lain kelak.

Umno akan gagal transform ekonomi

Nazri Abdullah
KUALA TERENGGANU: PAS berpendapat hasrat Perdana Menteri mahu mentransformasikan ekonomi melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) lebih bersifat angan-angan dan agak bertentangan dengan realiti semasa urustadbir negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, biarpun hasrat itu murni namun kepincangan urustadbir, ketelusan, rasuah dan ketirisan dibawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dilihat penghalang utama mencapai hasrat tersebut.

"...keadaan semasa urustadbir dan ketelusan pihak Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) di ketika ini sebenarnya adalah merupakan satu halangan besar terhadap impian membawa negara ke ekonomi yang lebih kompetetif dan berdaya saing.

"Ini adalah kerana persekitaran kerakusan rasuah dan ketirisan pelaksanaan projek pembangunan ekonomi masih berleluasa serta ketelusan urus tadbir kerajaan yang masih berada di takuk lama malah semakin buruk adalah merupakan halangan terbesar yang gagal dihadapi oleh kerajaan pimpinan Umno BN sejak puluhan tahun di negara kita ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Selain itu, campurtangan politik dalam urustadbir juga memburukkan lagi keadaan sehingga pelabur semakin tidak yakin dengan Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Hubungan Luar (CFR) yang berlangsung di New York, semalam mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Malaysia.

Najib dalam ucapannya itu menjelaskan satu paradigma baru yang perlu dilakukan oleh Malaysia sebagai keperluan untuk menyesuaikan Malaysia dengan persekitaran global untuk bersaing dengan pasaran China, India dan Vietnam.

Bagaimanapun bagi PAS, harapan dan hasrat Najib itu sesuatu yang sukar jika kerajaan pemerintah sekarang tidak diubah.

Menurut Abdul Hadi lagi, PAS tidak terperanjat dengan pengumuman terbaru Laporan Daya Saing Dunia tahun 2010/2011, Forum Ekonomi Dunia yang mana Malaysia terus jatuh ke tempat 26 daripada 139 buah negara.

Untuk rekod dalam laporan sama 2009/2010 Malaysia di tempat 24 dari 133 negara dan dalam tahun 2008/2009 Malaysia di tempat 21 dari 134 negara.

"Keputusan ini juga sudah dijangka oleh PAS, malah oleh para penganalisa pasaran berdasarkan rekod buruk Malaysia dari segi ketelusan dan urus tadbir korporat," tambahnya lagi.

Cabaran Nurul tidak disahut Dr Mahathir, Ibrahim


1 izzah ibrahim maha Oleh Kim Quek

Ditengah-tengah ketegangan rasis berbentuk retorik, berpunca dari parti Umno, bekas mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mencipta sensasi apabila beliau mengingatkan bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah. Seorang Cina atau India akan menjadi perdana menteri.

Kenyataan ini disanggah oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang juga anak sulung Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim. Dalam satu kenyataan keras beliau pada 24 September lalu, Nurul menuduh Dr Mahathir bermain dengan isu perkauman untuk mencetuskan kebencian kaum dan memupuk "Politik Ketakutan".

Mengenai strategi kuno Umno ini yang tertumpu kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Nurul berkata, Umno memperalatkan instrumen politik yang penuh tipu daya dan kekecewaan.

Melalui proses induktrinasi yang memusat kepada pemikiran untuk "memperbodoh, mengeliru dan melumpuhkan pemikiran masyarakat", Umno menuduh orang-orang Melayu menjadi "hamba dari segi emosi dan intelektual".

Nurul berkata, tujuan semua ini ialah untuk mengekal hegemoni politik supaya beberapa kerat daripada pemimpin boleh terus mencari kekayaan menerusi "rasuah, salah guna kuasa dan terus menerus memperkosa Perlembagaan."

Dalam menghadapi corak politik seperti ini, Nurul menawarkan "Politik Liberal dan Harapan" yang akan mentransformasi minda orang-orang Melayu dari kebimbangan yang tidak berasas kepada "sebuah komuniti yang liberal dan berkeyakinan".

Beliau kemudian dengan rendah diri menawarkan diri untuk berdebat dengan Dr Mahathir "untuk memberi penjelasan jika "kebimbangannya" itu sebenarnya wujud kerana kehilangan kuasa atau pada realitinya kehilangan kekayaan bagi segelintir mereka yang teman rapatnya. Seperti dijangka, Dr Mahathir terus "diam" dengan tawaran ini. Malaysia atau Malaysaja?

Agak menarik, sebelum peristiwa itu, Nurul juga mencadangkan supaya "dialog yang kontruktif dan ikhlas" dengan Ibrahim Ali, presiden sayap kanan ultra Umno, Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang penaungnya ialah Dr Mahathir.

Artikelnya bertarikh 31 Ogos lalu, bertajuk "Debat Muktamad Malaysia: Malaysia atau Malaysaja?, yang ditulis untuk menangkis cita-cita Perkasa yang tidak habis-habis memperjuangkan "hak Melayu" hingga mencetuskan ketegangan kaum dan politik perkauman.

Jurucakap- Perkasa bersuara lantang, Ibrahim dan Dr Mahathir nampak bersungguh-sungguh – melalui desakan mereka – untuk menghalang Perdana Menteri Najib Tun Razak dari melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE).

Melalui MBE, Najib berusaha meliberalisasi ekonomi dan membebaskannya dari cengkaman mereka yang korup dan menyelewengkan Dasar Ekonomi Baru dengan memainkan sentimen "hak-hak Melayu."

Artikel Nurul bertarikh 31 Ogos itu, sebenarnya merupakan satu dokumen penting untuk meninjau dengan lebih mendalam mengenai dilema orang-oang Melayu dewasa ini serta bukan Melayu di negara ini.

Dalam artikelnya, beliau mengkaji, menganalisa serta menjawab beberapa persoalan penting:

  • Apa sebenar "hak-hak Melayu"?
  • Apa asas perlembagaan berhubung hak-hak ini?
  • Apa sebenarnya yang tercatat dalam Perkara 153 yang menjadi asas pembinaan keistimewaan-keistimewaan kepada sesuatu kaum itu?
  • Apakah bentuk kelebihan kaum yang dimuat dan apa yang tidak dimuat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan?
  • Apakah punca rasa tidak puas hati orang-orang Melayu?
  • Dalam perkara apakah mereka rasa tidak berpuas hati?
  • Apakah punca sebenar kegagalan usaha untuk meningkatkan taraf hidup orang-orang Melayu walaupun dibantu oleh Dasar Ekonomi Baru?
  • Apakah jalan penyelesaian sebenar untuk mengatasi permasalahan-permasalahan ini?
  • Apakah kesan buruk yang akan menimpa negara ini jika perjuangan bercorak perkauman ini mengatasi perjuangan jalan penyelesaian yang rasional, jika doktrin "Ketuanan Melayu" memenangi pada pilihan raya akan datang?

Dalam artikelnya Nurul mencadangkan di adakan "dialog yang ikhlas dan berbentuk konstruktif" dengan Perkasa untuk mencapai kesefahaman tentang isu-isu penting dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian.

Melihat dari berbagai sudut, artikel Nurul merupakan satu penulisan yang cemerlang, kerana dengan tepat menjelaskan Perkara 153, menentukan fakta dari mitos, menganalisa anggapan-anggapan yang tidak jelas, mengenal pasti sebab-sebab sebenar dan mencari jalan penyelesaian, dan lebih dari itu, memperlihatkan keikhlasan bagi mencari jalan untuk faedah semua.

Tindakan-tindakan polis yang memalukan negara

Tetapi akhirnya, apakah yang beliau dapat dari usaha yang berani ini? Daripada mendapat pujian dalam usahanya ini, sebaliknya beliau dipanggil ke balai polis di mana beliau disiasat di bawah Akta Hasutan. Tindakan polis ini adalah ekoran dari laporan yang dibuat oleh Perkasa mendakwa Nurul "mempersoal" Perlembagaan dalam artikelnya.

Satu tindakan yang pelik! Orang yang sepatutnya ditahan di balai polis dan disoal siasat, sepatutnya orang yang membuat aduan, iaitu Zaira Jaafar, wakil Perkasa kerana membuat tuduhan yang tidak berasas. Beliau yang sepatutnya dihukum atau sekurang-kurangnya diberi amaran kerana membuat laporan palsu dan menghina pihak lain.

Sejak akhir-akhir ini, menyaksikan semakin meningkat tindakan polis yang menyalah guna kuasa, menekan para pembangkang dan penentang mereka dan mengadakan siasatan walau dengan alasan yang remeh, merampas buku mereka secara haram dan malahan menahan mereka walau sekejap.

Seperti apa yang berlaku kepada kartunis Zunar yang ditahan dan dibawa dari satu balai polis ke balai polis yang lain, tidak kurang dari enam tempat dan pada ketika yang sama, tidak dapat membuat keputusan di bawah akta atau undang-undang mana pelukis kartun itu akan didakwa.

Dengan tindakan polis yang memalukan ini, pihak polis telah menjatuhkan imej negara dan menurunkan gred sebagai destinasi pelaburan. Tidak dapat disebutkan lagi, tindakan polis ini telah menyebabkan tuan-tuan politik mereka semakin kehilangan sokongan pengundi, lebih dari apa yang mereka jangkakan.

Sekarang berbalik kepada Dr Mahathir dan Ibrahim Ali yang enggan menjawab cabaran Nurul Izzah. Kita hanya dapat membuat kesimpulan bahawa riuh rendah yang mereka cipta tidak boleh bertahan lama apabila berdepan dengan tentangan masyarakat yang bersikap rasional.

Mereka tahu kebenarannya tetapi bersandiwara seolah-olah tidak tahu. Dan keengggan mereka untuk berdebat atau berdialog secara terbuka hanya menunjukkan mereka tidak bersedia untuk membuang topeng yang mereka pakai.

Khalid hadapi ujian getir di cabang Kuala Selangor


khalid bm Oleh Fazy Sahir

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata bagi memastikan kelancaran pemilihan di cabang Kuala Selangor Ahad ini, pihaknya akan meningkatkan aspek keselamatan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku seperti yang terjadi di beberapa cabang minggu lalu.

Menurut Khalid, persediaan aspek keselamatan ini diambil bagi memastikan semua ahli yang mengundi selamat sepanjang proses pemilihan dijalankan.

"Bagi memastikan proses bergerak dengan licin semasa pemilihan Ahad ini, kita akan mencari sukarelawan untuk menjaga tempat-tempat undi dan kawalan bagi mereka yang boleh keluar masuk seperti dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kami turut mengalu-alukan pemerhati, dan persediaan akan diambil dengan mengambil kira kejadian yang berlaku pada minggu lepas." katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

Pemilihan cabang minggu lalu menyaksikan beberapa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang di beberapa cabang termasuklah di Klang, Kapar, Petaling Jaya Selatan dan Kuala Langat terpaksa ditangguhkan kerana berlakunya gangguan oleh anasir luar.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kelamarin berkata pihak JPP turut menerima tiga laporan kotak undi pecah di cabang Klang, Kapar dan Kuala Langat.

Khalid ditentang tiga calon

Sementara itu, pada pemilihan cabang Kuala Selangor Ahad ini, Khalid akan ditentang hebat tiga calon lain iaitu Fuziah Sulaiman, Mazli Saring dan M Thamilvaanan@ Muhammad Vaanan Abdullah.

Pemilihan ketua cabang ini bakal memberi tekanan buat Khalid ekoran tiada ‘tiket emas’ bakal diperoleh walaupun beliau merupakan seorang menteri besar mahupun seorang ahli parlimen.

Ini kerana jika diukur pada pemilihan minggu lalu, yang tertewas di cabang masing-masing termasuk ahli Dewan Undangan Negeri Elizaberth Wong, ahli parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin serta naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub.

Khalid turut menjelaskan bahawa akan menyatakan pendiriannya 5 Oktober depan sama ada mahu bertanding timbalan presiden atau sebaliknya.

"Kita akan umumkan 5 Oktober ini," jelasnya ringkas. Khalid secara rasminya layak untuk bertanding jawatan timbalan presiden apabila menerima empat pencalonan setelah 150 cabang selesai bermesyuarat minggu lalu.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus unggul di hadapan apabila menerima 90 pencalonan diekori Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim (33), Mustaffa Kamil Ayub (16) dan ahli parlimen Batu Tian Chua (4).

Bagaimana peluang Khalid?

FMT turut mendapatkan beberapa ulasan daripada ahli-ahli PKR Kuala Selangor mengenai pemilihan cabang Kuala Selangor.

Sebahagian yang dihubungi menjangkakan Khalid akan tewas pada pemilihan kali ini ekoran mereka kurang senang dengan pendekatan dilakukan oleh beliau.

Menurut ahli tersebut yang enggan namanya disiarkan, Khalid akan tewas kerana beliau gagal mentadbir politik dengan sebaiknya.

"Menteri besar akan tewas kerana dia tidak mahir mentadbir politik dengan baik, kami disini menolak kepimpinan politik beliau.

"Tetapi dari segi korporat dia menjaga negeri beliau memang bagus, itu tidak dinafikan. Dari segi politik memang beliau kurang," katanya yang dihubungi FMT.

Namun sebaliknya bagi ketua penerangan cabang Kuala Selangor Ibrahim Mahiden yang menyifatkan pertandingan ini sebagai pertandingan kekeluargaan.

Beliau turut menjangkakan kemenangan kali ini agak seimbang, memandangkan calon yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing.

"Masing-masing ada pendekatan tersendiri, malah Tan Sri Khalid sebagai pemimpin negeri turut membuat gerak kerja dan turun padang. Calon-calon lain buat ceramah dan bertemu ahli-ahli.

"Maka saya lihat kemenangan akan seimbang bagi semua calon," katanya yang juga bertanding timbalan ketua cabang.

Nik Aziz: Tak perlu parti orang Melayu selain PAS

BERNAMA

KOTA BARU – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengajak anggota Umno agar menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PASS itu berkata ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut.

“Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain dari PAS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Baru, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.

“Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

“Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti PAS meninggal akibat barah usus pada Isnin lepas.

Kenyataan Branson: Wan Azizah gesa kerajaan buat reformasi system

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR mengalu-alukan kenyataan Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berhubung kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil diharap ia menjadi indikator buat Umno-BN untuk melaksanakan reformasi sistem.

Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata partinya konsisten mempertahan prinsip kedaulatan undang-undang melalui sistem kehakiman yang telus dan saksama.

“Yang kekal dikecam ialah penyalahgunaan proses mahkamah dan memperalatkan jentera dan instrumen kerajaan untuk memfitnah sewenangnya.

“Saya merakamkan penghargaan di atas kenyataan yang dibuat oleh Sir Richard Branson, usahawan terkemuka Britain yang menyatakan pandangan ikhlas beliau mengenai konspirasi dan fitnah ke atas Anwar,” katanya.

Pada satu seminar di ibu negara kelmarin, Branson berkata perbicaraan liwat melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia.

Dalam komennya semalam pula, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.

“Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita.

“Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini tetapi ini bukannya disebabkan oleh kerajaan,” katanya.

Katanya beliau yakin pendapat Branson itu bukan bertujuan untuk mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya bertujuan membantu inisiatif Malaysia.

Dr Wan Azizah berkata, kenyataan Branson di ibu negara kelmarin, tuntasnya senada dengan kenyataan tokoh-tokoh besar dunia seperti Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Taha Jabir Al-alwani dan Maulana Ihsan Hendriks yang mengecam perbicaraan berat sebelah kes konspirasi kedua ke atas Anwar.

“Penekanan beliau mengenai keperluan Malaysia menjadi lebih terbuka wajar dipandang serius oleh pemerintah,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata ketika imej negara sekian lama dicemar dengan ketidakadilan, senario ini jika dibiar berterusan, pastinya mengesani persepsi masyarakat dunia ke atas imej Malaysia.

40 warga emas pulangkan wang ihsan Pulau Pinang

THE MALAYSIAN INSIDER


Asri menjelaskan bahawa wang ihsan yang diberi oleh Pulau Pinang tidak haram. — gambar fail

KEPALA BATAS — Lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ihsan yang diberikan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut, semalam.

Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72 berkata dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ehsan tersebut dipercayai datang dari sumber tidak halal.

“Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.

“Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan... apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini,” katanya dipetik Bernama semalam.

Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di sini berkata kesemua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati.

Seorang lagi penerima Rosnani Mohd Rashid, 62, berkata dia berasa lega dapat memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram.

Saad Akbar, 77, dari Kuala Muda pula berkata sekalipun kerajaan negeri menafikan umat Islam diberi sumbangan daripada sumber tidak halal, dia tetap berasa curiga.

Sementara itu Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga berkata, pihaknya menganjurkan majlis tersebut selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ehsan berkenaan.

“Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram,” katanya yang juga Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang.

Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Media baru-baru ini melaporkan Pemuda Umno negeri sebagai mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas.

Dalam komennya berhubung isu berkenaan, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau.

Rabu, 29 September 2010

Kes liwat: Kerajaan Malaysia tidak tentang Anwar tapi stafnya, kata Najib

THE MALAYSIAN INSIDER


Najib berkata kes liwat Anwar adalah hanya antara dia dan penuduhnya, Saiful. — Gambar fail

NEW YORK — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, kerajaan Malaysia pimpinan beliau tidak menentang Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan kes liwat buat kali kedua dalam satu dekad lalu.

Dipetik Bernama, Najib menjelaskan, kes itu muncul selepas salah seorang kakitangannya sendiri yang telah memfailkan satu laporan polis terhadap beliau.

Anwar dan penyokongnya mendakwa beliau diperangkap dan kes terbaru ini didalangi oleh kepimpinan Najib dan Umno.

Bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis Jun 2008 mendakwa dia telah diliwat oleh oleh bekas majikannya itu.

Perbicaraan kes itu sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan diteruskan pada 14 dan 15 Oktober ini dengan menyaksikan pasukan pembelaan membuat pemeriksaan balas ke atas seorang doktor Hospital Kuala Lumpur.

Selain itu, Anwar juga ada memfailkan saman terhadap Saiful pada 30 Jun 2008 mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis kerana mempunyai niat tersembunyi dan juga untuk mencemarkan peribadinya sebagai ahli politik.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat dibicarakan atas tuduhan meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit

Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Najib mengambil peluang untuk mempromosikan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan peluang yang diberikan pada Majlis Hubungan Luar (CFR), sebuah kumpulan pemikir hal ehwal luar terkemuka di New York.

Ucapan Najib yang bertajuk “Program Transformasi Ekonomi di Malaysia”, merungkai perubahan dalam negara yang perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran global untuk bersaing dengan China, India dan terkini Vietnam.

Beliau bercakap mengenai pengwujudan satu paradigma baru untuk Malaysia dengan mencuba mencapai sebuah negara yang dibina dalam bentuk konsep 1Malaysia, yang bertujuan membawa semua rakyat Malaysia bersama tanpa mengira latar belakang etnik dan agama, agar mereka boleh bergerak seiring.

Sehubungan itu beliau menggesa rakyat Malaysia yang tinggal di Amerika Syarikat bersama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara hebat.

Malaysia katanya, yang mempunyai penduduk pelbagai etnik dan bangsa khasnya Cina dan India boleh menjadi penghubung kepada China, India, Timur Tengah dan tempat lain.

“Kita boleh dihubungkan kepada dunia,” tegasnya.

“Dasar baru itu akan membantu Bumiputera yang layak dibantu bukan kerana jaringan mereka tetapi merit mereka.

“Ini akan juga menggalakkan pelabur asing datang ke Malaysia. Pemikiran (lama) kita hendaklah berubah, jika kita mahu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Kita telah melancarkan Model Baru Ekonomi untuk meningkatkan per kapita rakyat Malaysia daripada kini AS$7,000 (RM22,000) kepada AS$15,000, dengan mewujudkan kira-kira 3.3 juta pekerjaan, dan kita telah mengenal pasti 135 projek utama di negara,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata sektor swasta akan dirancakkan yang akan menyediakan 92 peratus pelaburan dan fungsi sebagai sebuah enjin pertumbuhan sebagai merujuk kepada projek infrastruktur besar dengan membina sistem MRT untuk Kuala Lumpur dengan pelaburan AS$12.5 bilion bertujuan meningkatkan ekonomi.

Projek seperti itu akan menyumbang kepada pertumbuhan masa depan dan memudahkan peralihan Malaysia untuk mencapai tahap negara maju menjelang 2020.

Najib berkata, Malaysia berminat dalam perjanjian Kawasan Bebas Perdagangan (FTA) dengan Amerika Syarikat — rundingan telah dihentikan semasa pentadbiran George Bush setelah kedua-dua pihak gagal mencapai sebarang kemajuan.

Bagaimanapun beliau berkata terdapat rangka kerja multilateral untuk rundingan antara Amerika Syarikat dan Asean.

Perdana Menteri juga menjelaskan pentingnya Amerika Syarikat bukan hanya kerana ia merupakan pasaran ketiga terbesar Malaysia selepas China dan Singapura, tetapi juga kerana “kita berkongsi nilai-nilai dan kebebasan yang sama.”

Beliau juga menjelaskan kini terdapat 600 syarikat Amerika Syarikat di Malaysia.

Selain isu ekonomi dan perniagaan yang menjadi elemen utama dalam ucapannya, Najib kemudian menjawab beberapa isu dalam sesi soal jawab yang diketuai oleh pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) CV Starr dan Co Inc Maurice R. Greenberg.

Dalam sesi itu Perdana Menteri berkata Malaysia berhasrat menjadi rakan strategik Amerika Syarikat. “Kita sepatutnya berhubung semula dengan Amerika Syarikat kerana kekuatan yang menyambungkan kita adalah besar daripada yang memisahkan kita.

Amerika Syarikat dan Malaysia kekal sebagai rakan baik kerana nilai-nilai bersama yang mengikat kita,” tegas Najib.

Beliau menyeru untuk kesederhaan bagi Amerika Syarikat dan Malaysia untuk bekerjasama memberhentikan ekstremisme dan keganasan.

Perdana Menteri mengiktiraf peranan ketua-ketua gereja yang mampu memberhentikan ugutan paderi Amerika Syarikat yang mahu membakar al-Quran baru-baru ini.

Najib berkata Islam adalah agama yang aman dan bertoleransi yang mengamalkan keadilan untuk semua — Muslim dan bukan Muslim.

Sementara itu, Najib berkata Malaysia akan menghantar satu pasukan doktor wanita Muslim ke Afghanistan yang menghadapi kekurangan pakar perubatan wanita untuk merawat penduduk wanita di negara itu.

Mengenai kebimbangan di kalangan pemikir strategik rakyat Amerika mengenai kekuatan China di Asia Tenggara, Najib berkata Malaysia mestilah menerima kenyataan kekuatan negara China yang baru.

“Bagaimanapun, kita percaya China tidak dapat mengancam kestabilan rantau ini.

“Kita ada mekanisme dalam Asean untuk menyelesaikan sebarang perbezaan. Rakyat China adalah pragmatik. Tetapi China sudah pasti mempunyai pengaruh ekonomi yang kuat,” kata Najib.

Bagaimanapun, Malaysia juga percaya bahawa rantau ini janganlah untuk didominasi oleh satu kuasa sahaja.

Mengenai lawatan Perdana Menteri India Manmohan Singh ke Malaysia bulan depan, Najib berkata lawatan itu sangat penting bagi Malaysia untuk mengadakan kerjasama dalam banyak bidang.

Kenyataan rasis: Pemuda MIC mahu KSN ambil tindakan tegas ke atas pegawai kanan awam



Sivarraajh (dua dari kanan) bersama barisan ahli jawatankuasa Pemuda MIC yang menyerahkan memorandum meminta Ketua Setiausaha Negara mengambil tindakan tegas ke atas pegawai kanan kerajaan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
PUTRAJAYA — Pemuda MIC menggesa Ketua Setiausaha Negara mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai kanan awam termasuk yang terbaru anggota Biro Tata Negara (BTN), yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman agar ia menjadi pengajaran kepada kakitangan kerajaan lain.

Setiausahanya C. Sivarraajh berkata kenyataan yang dikeluarkan pegawai awam seolah-olah mencerminkan imej sebenarnya pentadbiran negara yang boleh menggugat perpaduan kaum.

“Isu perkauman yang dimainkan oleh pegawai awam ini dilihat masih berterusan, sebelum ini ada pengetua dan guru besar yang keluarkan kenyataan berbaur perkauman.

“Yang terbaru pula pegawai kanan BTN yang turut menjadikan isu perkauman ini sebagai modal mereka.

“Jadi kita harap supaya Ketua Setiausaha Negara dapat menyiasat dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat sebagai pengajaran kepada kakitangan awam lain untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan tersebut,” katanya selepas menyerahkan memorandum di pejabat Ketua Setiausaha Negara di sini.

Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Sulit Ketua Setiausaha Negara Nordziah Mohamed.

Sivarraajh berkata Pemuda MIC memandang serius terhadap isu tersebut yang dilihat tiada kesudahannya.

“Kita memang memandang serius akan perkara ini kerana sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian diambil untuk mengatasinya.

“Jadi kita harap dengan tindakan tegas yang diambil ia boleh menghentikan pegawai-pegawai awam daripada keluarkan kenyataan sedemikian.

Tambahnya, kakitangan awam terutamanya golongan pendidik tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain.

“Seoarang pendidik tugasnya adalah mendidik perkara yang baik-baik bukan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.

“Sepatutnya mereka memberikan tumpuan kepada agenda pendidikan yang dilihat sebagai platform untuk melahirkan warga profesional,” katanya yang turut diiringi ahli jawatankuasa tertinggi Pemuda MIC.

Sebelum ini Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Siti Inshah Mansor, Kulai, Johor dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Selambau, Kedah, Ungku Aznan Ismail Ungku Ismail didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Siti Inshah didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata nasib Siti Inshah akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan keputusan siasatan akan dibentangkan selepas Aidilfitri.

Terbaru Timbalan Pengarah Belia Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan Hamim Hussain telah mengeluarkan kenyataan bahawa hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara dan boleh bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno baru-baru ini.

“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.

Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasaam dengan masyarakat-masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.

“Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC,” katanya lagi.

“Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi.

“Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi,” kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini.

“Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu,” kata beliau.

Kenyataan yang dibuat Hamim dikecam pemimpin-pemimpin MIC dan DAP sambil menyifatkan konsep 1 Malaysia yang dibawa Najib menjadi ‘mangsa’ tindak tanduk pihak di sekitarnya sendiri.

Penasihat DAP Lim Kit Siang juga berkata tindakan timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong BTN secara terbuka sebelum ini juga memudaratkan idea 1 Malaysia digerakkan perdana menteri.

Dalam pada itu, Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam juga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut.

Subramaniam juga bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri.

Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga mengecam kenyataan yang dibuat Hamim sambil menyifatkan ia adalah imej sebenar Umno untuk memecah-belahkan semua kaum di negara ini.

Semakan Kehakiman Video Lingam - Rakyat Nak Diperbodohkan Lagi

KELAB GREENBOC

VVideo Lingam: Semakan kehakiman - 16 Mei 2011

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa khas) menetapkan 16 Mei bagi mendengar merit semakan kehakiman dua bekas hakim negara dan Datuk VK Lingam yang mencabar penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim.

Tarikh itu ditetapkan dalam pengurusan kes hari ini.

Bagaimanapun sama ada perbicaraan akan diteruskan juga bergantung kepada kelulusan rayuan yang dibuat oleh pejabat peguam negara kepada Mahkamah Persekutuan.

Ia dijadualkan akan didengar oleh hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 24 Ogos, dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan dalam menolak permohonan kebenaran ketiga-tiga perayu itu untuk satu semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya, telah menggunakan prinsip yang salah bagi mentafsirkan nilai prima facie untuk diluluskan mengikut Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Lingam, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka bagi membuat semakan kehakiman terhadap hasil siasatan suruhanjaya diraja itu.

Selain memberikan sejumlah RM30,000 kos perundangan bagi ketiga-tiga perayu itu, mahkamah juga mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit kes berkenaan.

Pada 12 Dis, 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan suruhanjaya tidak boleh disemak atas dicabar kerana ia bukan satu keputusan dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.


Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel itu, mendapati bahawa video klip menunjukkan Lingam dalam satu perbualan telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan yang sesuai perlu diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, Mohd Eusoff, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Kecuali Dr Mahathir, kelima-lima mereka mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula bagi membatalkan hasil siasatan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan menarik balik rayuan mereka awal tahun ini.

Ulasan GB

Dari perspektif umum, ada usaha pihak tertentu untuk "membersihkan" imej hakim durjana yang membaca kertas penghakiman yang disediakan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang diadilinya.

Kedua, sebarang penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak boleh dicabar. Apa lagi alasan hakim-hakim ini? Apakah hakim-hakim ini lebih tinggi kedudukannya daripada DYMM Yang Dipertuan Agong?

Ketiga, mengapa hanya tiga hakim untuk Mahkamah Rayuan? Supaya ia mudah dimanipulasi oleh pihak tertentu? Maka sebab itu keputusan tidak sebulat suara. 2-1.

Rakyat nak diperbodohkan lagi!