SHAH ALAM: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang sehingga kini belum
mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) akan
menggunakan badan pertubuhan bukan kerajaan untuk gerak kerjanya, kata
presiden penajanya, Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata ahli parti berkenaan dibenarkan menggunakan
Pertubuhan Gerak Khidmat Malaysia (Khidmat) sementara menunggu
pandaftaran diluluskan JPPM.
“Tuan-tuan dibenarkan NGO ini untuk apa-apa juga aktiviti
kita mewakili parti. Apabila sudah lulus, tuan-tuan boleh ambil sebagai
usaha-usaha yang dilakukan oleh Pejuang,” katanya semasa berucap pada
Majlis Amanat Perjuangan 2021.
Mukhriz berkata, ketika ini segala urusan JPPM sudah dipenuhi
jawatankuasa penaja, namun sehingga kini belum mendapat sebarang
kelulusan daripada jabatan berkenaan, yang baginya seolah-olah ada
campur tangan.
“Agak pelik, walaupun dalam akta pertubuhan jelas, kuasa meluluskan
ada pada pendaftar JPPM tetapi hal pendaftaran Pejuang ini mungkin agak
istimewa.
“Ia kerana nota makluman sudah dihantar kepada menteri dalam negeri,” katanya.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor
Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli
keluarganya menerima wang 1MDB menerusi akaun mereka di Singapura.
“Beliau (Zeti) mesti memberi penjelasan tentang sebarang pengetahuan
yang beliau ada saat kes 1MDB terdedah, dan apakah ahli-ahli keluarganya
turut mendapat manfaat kewangan hasil dari kesepakatan dengan Jho Low,”
kata Anwar.
“Kegagalan untuk menjawab persoalan-persoalan ini akan mewujudkan
prasangka dan keraguan terhadap integriti pengawal selia kewangan di
negara ini,” tambah Anwar.
Beliau berkata skandal 1MDB tidak mungkin berlaku “tanpa persetujuan dari pelbagai lembaga kewangan dan peraturan.”
Anwar berkata maklumat terkini berhubung kemungkinan keterlibatan
Zeti dalam skandal 1MDB ini adalah berkait dengan pembekuan wang yang
berasal dari dana haram 1MDB oleh pihak berkuasa di Singapura.
“Akaun-akaun luar pesisir yang berdaftar memberi petunjuk bahawa ia adalah milik ahli-ahli keluarga Zeti,” kata Anwar.
Beliau yang juga presiden PKR berkata Zeti harus segera mengesahkan
kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini terkait pengetahuannya
tentang aliran dana haram 1MDB.
Zeti juga perlu menjelaskan kenapa sebagai gabenor BNM, “beliau telah
dengan sedar” membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari
akaun-akaun bank di Malaysia yang dimiliki oleh pemain-pemain politik,”
kata Anwar.
Anwar berkata pertuduhan terbaru mengaitkan keluarga Zeti dalam kes
1MDB yang melibatkan transaksi dengan ahli perniagaan dikehendaki, Low
Taek Jho, dan bank-bank di negara jiran Singapura menampakkan Malaysia
masih jauh dalam mencari jalan keluar dari skandal berkenaan.
Anwar berkata mereka yang bersekongkol mesti juga bertanggungjawab
kerana “tidak mungkin skandal maha dahsyat ini terwujud tanpa
persetujuan dari pelbagai lembaga kewangan dan peraturan.”
Beliau berkata imej dan reputasi buruk kepada negara kesan dari
skandal ini masih belum pulih sepenuhnya dan menegaskan keperluan
“mereka yang mendapat faedah dan laba dari kes 1MDB ini mesti dibawa ke
muka pengadilan.”
Anwar berkata kegagalan menghadapkan mereka ke muka pengadilan juga
akan meletakkan Malaysia dalam keadaan terdedah kepada skandal semacam
1MDB di masa hadapan.
“Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai bahan gurau senda tatkala
kita gah berbicara soal ketelusan, kebertanggungjawaban, dan melawan
rasuah,” kata beliau.
Anwar berkata kerajaan Singapura juga harus tampil dan memberi
penjelasan kerana skandal ini akan memberi impak buruk kepada reputasi
republik itu sebagai pusat kewangan terkemuka.
Anwar berkata banyak negara telah mengambil tindakan ke atas bank dan
pegawai eksekutif yang terbabit dalam skandal 1MDB namun di Malaysia
“tempat asal dana haram ini, masih belum berbuat apa-apa yang ketara dan
meyakinkan.”
Sebelum itu, MalaysiaToday, yang dikendalikan penulis blog Raja Petra
Kamaruddin mendakwa ahli keluarga Zeti, termasuk suami dan anaknya
menerima dana lebih RM100 juta daripada Low, yang didakwa dalang skandal
1MDB.
Menurut catatan blog itu, ahli keluarga Zeti didakwa membuat akuan
bersumpah (SD), di mana mereka didakwa mengaku menerima wang berjuta
dalam akaun bank Singapura yang datang daripada sebuah syarikat
dikaitkan dengan Low.
Laporan itu turut diungkit oleh bekas perdana menteri Najib Razak
yang meminta Zeti membuat penjelasan setelah mendakwa sebelum ini bahawa
beliau tidak tahu menahu mengenai pengaliran wang RM2.6 bilion ke akaun
peribadi beliau (Najib).
Najib mendakwa Zeti sendiri yang menasihati beliau menyalurkan dana
itu ke akaun peribadi beliau, sesuatu yang dinafikan oleh bekas gabenor
BNM itu.
PETALING JAYA: Pengerusi penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr
Mahathir Mohamad, tidak mempercayai Anwar Ibrahim, selepas pengerusi
Pakatan Harapan itu kelmarin mengumumkan sedia bekerjasama dengannya
secara bersyarat menerusi cadangan pembentukan gagasan pembangkang
perdana.
Mahathir nampaknya masih terasa dengan tindakan Anwar, yang katanya,
“tolak saya bulat-bulat” ketika beliau dan kumpulan penyokongnya tawar
kerjasama dengan PH.
“Dia yang tolak, bukannya saya. Saya tawarkan diri hendak jadi
perdana menteri untuk enam bulan sahaja, tetap dia kata tidak boleh dan
Shafie Apdal juga tidak boleh.”
Mahathir turut menarik perhatian kepada dakwaan Anwar memiliki
sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu, namun sehingga kini
masih belum ada apa-apa perubahan.
“Kemudian dia kata dia majoriti sokongan yang kuat, utuh dan menyakinkan. Pergi baliklah!” katanya.
Kelmarin, Anwar mengumumkan sedia bekerjasama dengan Mahathir dalam
suatu gabungan besar, tetapi bekas perdana menteri itu “perlu patuh
kepada prinsip, bukan bawa agenda peribadi, dan meneruskan kebobrokan
yang lama.”
Perkembangan ini berlatarkan gesaan daripada DAP dan Amanah, yang
dilihat masih mahu menjalin kerjasama dengan Mahathir, walaupun beliau
dan Anwar berbalah.
Sejak kejatuhan kerajaan PH Februari lalu, penyokong Anwar dan
Mahathir saling menuduh atas kegagalan mempertahankan Putrajaya selepas
22 bulan berkuasa.
Mahathir terus mengkritik Anwar di pelbagai forum, sebagai tidak
sesuai untuk memimpin negara. Penyokong Anwar pula menyalahkan Mahathir
sebagai tidak berpegang kepada janjinya.
“Kita hitung, Anwar pernah tunaikan janji ke?” kata Mahathir kepada pemberita hari ini.
“Berapa kali sudah kata hendak bentuk kerajaan persekutuan, sejak
dari zaman Abdullah Ahmad Badawi. Semua mereka memakai tanda nama hendak
pergi angkat sumpah tetapi tidak jadi akhirnya.
“Berkali-kali kata ada majoriti tetapi tidak jadi. Kalau hendak
percaya lagi apa yang dia kata, itu masalah anda. Apa yang saya percaya
adalah, saya tidak lagi boleh percaya apa-apa sahaja yang dia katakan
lagi,” katanya.
PETALING JAYA: Kurang beberapa jam 2020 melabuhkan tirai, Timbalan
Presiden UMNO, Mohamad Hasan, menggesa kerajaan menetapkan vaksinasi
Covid-19 untuk semua rakyat dan pemulihan ekonomi sebagai matlamat
utamanya tahun depan.
“Tahun 2020 telah banyak dibazirkan dengan bermain politik. Tahun 2021 adalah masa untuk mentadbir dengan serius,” kata Mohamad.
Katanya, pelaksanaan program vaksinasi kebangsaan dan pemulihan
ekonomi akan menentukan kewibawaan dan keseriusan kerajaan memerintah.
“Kita pasti tidak akan melupakan kesukaran 2020, dengan cabaran yang sangat luar biasa,” katanya dalam kenyataan.
“Malaysia tahun 2020 telah hilang ‘status quo’ dalam pelbagai sektor
kehidupan, kesejahteraan sosial, dan ekonomi. Kita mesti segera
mengembalikan Malaysia ke persada percapaian terdahulu dan menjadi lebih
baik.”
Berkenaan vaksinasi, Mohamad menggesa kerajaan memperluaskan proses
mendapatkan bekalan vaksin dari negara lain, namun sedar ia cabaran
perubatan dan logistik yang amat besar.
Mohamad percaya Malaysia akan dapat mengatasi pandemik ini dengan teknologi, dedikasi, dan semangat patriotik kepada negara.
“Ikhtiar vaksinasi nasional ini adalah ‘litmus test’ atau ujian penentu kepada kewibawaan kerajaan,” katanya.
“Ia mesti disegerakan tanpa berlengah, kepada semua warga walau di pelusuk daerah geografi mana pun mereka berada.”
Berkenaan ekonomi pula, Mohamad menggesa kerajaan menterjemahkan
“segala unjuran optimistik yang diumumkan” sebelum ini kepada pemulihan
dan pertumbuhan ekonomi yang “nyata”.
Beliau menyeru kerajaan melakukan “apa jua tindakan radikal” bagi
merancakkan ekonomi dan segera menyediakan rancangan membuka sempadan
antarabangsa.
“Kesejahteraan rakyat sangat bergantung kepadanya,” katanya.
Dalam masa sama, Mohamad menegaskan ekonomi tidak akan bertumbuh,
pemulihan tidak menjadi nyata, dan tiada pelaburan asing dan domestik
yang bermakna “tanpa kestabilan politik dan kerajaan yang diyakini,”
kata beliau.
SHAH ALAM: Dr Mahathir Mohamad menepis label ‘kerajaan Melayu-Islam’
Perikatan Nasional sebagai ‘bohong’, kerana ia boleh tumbang sekiranya
dua atau tiga orang Ahli Parlimen bukan Melayu-Islam menarik balik
sokongan mereka.
Bekas perdana menteri itu menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional
sebagai ‘goyah’, kerana tanpa sokongan pemimpin bukan Melayu-Islam itu,
pentadbiran Muhyiddin Yassin akan tumbang.
“Kelebihan sokongan itu cuma dua hingga tiga sahaja. Kalau orang
(pemimpin) daripada bangsa Cina dan India tidak sokong, maka akan
jatuhlah kerajaan.
“Disebabkan dua hingga tiga bukan Islam ini boleh jatuh ‘kerajaan Melayu-Islam’,” katanya.
Umno
akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagiannya di seluruh negara
awal bulan depan bagi mendapatkan pandangan dan mendengar suara akar
umbi parti itu sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata ia hanyalah pertemuan biasa seperti mana diadakan sebelum ini.
"Pertemuan
ketua Umno bahagian dengan presiden ini dianjurkan pengarah pilihan
raya untuk presiden mendengar suara akar umbi berkenaan isu politik
semasa serta persiapan hadapi pilihan raya umum.
"Langkah dan strategi yang ingin diambil bagi Umno menang besar dan bangkit kembali sebagai parti kerajaan," katanya.
Dia juga ditanya jika pertemuan itu akan turut membincangkan soal kerjasama Umno dengan Bersatu.
"Tidak ada, namun jika dibangkitkan kepimpinan akan dengar," katanya lagi.
Umum
mengetahui bahawa hubungan Umno dengan Bersatu sedikit retak
terutamanya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung 26
Sept lalu.
Ia susulan jawatan ketua menteri Sabah yang dikatakan sepatutnya menjadi milik Umno berdasarkan perjanjian awal.
Hubungan
Umno dengan Bersatu juga sedikit tegang apabila Timbalan Presiden
Bersatu Ahmad Faizal Azumu "digulingkan" daripada jawatan Menteri Besar
Perak melalui usul undi percaya 4 Dis lalu.
Dalam
proses pengundian yang dijalankan secara sulit itu, usul tersebut
hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 yang tidak menyokong dan satu
berkecuali.
Usul dibawa Adun Pengkalan Baru daripada BN Abd Manap Hashim.
Dalam
pada itu Tajuddin berkata, berdasarkan tinjauan yang dibuat Umno
sebelum ini dua pertiga pemimpin bahagian menolak kerjasama dengan
Bersatu.
"Maknanya sokongan ahli Parlimen Umno hanya sampai PRU-15 atau sehingga Parlimen dibubarkan, selepas itu bawa haluan masing.
"Selepas
PRU kalau kita nak tubuh kerajaan bersama kita bincang selepas itu,
biasanya parti yang menang paling banyak akan menerajui kerajaan,"
katanya.
MR : Sepatutnya Parti yang tunjukkan kajian, bukan ikut sentimen ahli parti. UMNO nak menuju jalan mati
MUJIBU:'Gabungan
pembangkang masih tidak mempunyai tokoh
yang sesuai untuk dinamakan
sebagai calon perdana menteri sebelum
PRU15.' - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ketika berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), gabungan pembangkang
yang dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) sepakat menamakan calon
perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya memenangi pilihan
raya tersebut.
Sebelum itu,
dalam sekian banyak pilihan raya umum kecuali pada 1990 dan 1995,
pembangkang tidak dapat menamakan calon perdana menteri mereka.
Pensyarah
Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Mujibu Abd Muis
berpendapat blok pembangkang hanya akan mengumumkan calon perdana
menteri apabila Parlimen dibubarkan kelak.
Ini
kerana katanya, gabungan pembangkang masih tidak mempunyai tokoh yang
sesuai untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri sebelum PRU15.
"Secara
ringkas saya berpendapat mereka tidak ada tokoh yang paling sesuai
untuk ditonjolkan sebagai perdana menteri melainkan kalau mereka masih
mahu mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon utama.
"Secara
ringkas saya boleh berpendapat barangkali ini (calon perdana menteri)
akan diumumkan ketika Parlimen dibubarkan, di situ mereka (pembangkang)
akan mengumumkan calon perdana menteri untuk menghadapi pilihan raya,"
katanya kepada Astro AWANI.
Mohd Amar mengulangi pendirian Pas akan terus memperkukuhkan
Muafakat Nasional (MN) dan memperkasakan PN.
KOTA BHARU:
Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahupun Barisan Nasional
(BN) tidak mampu menghadapi pilihan raya bersendirian, kata Naib
Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Berikutan
itu, katanya ketiga-tiga parti melalui Perikatan Nasional (PN) perlu
bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Dalam
tiga parti ini, secara asasnya tidak ada satupun yang boleh berdiri
sendiri untuk jadi kerajaan yang gagah dalam pilihan raya akan datang.
"Kena
ada kerjasama mantap antara Pas, UMNO (BN) dan Bersatu... sebab
pengalaman lepas kita tengok kerajaan tak stabil kerana jumlah
(majoriti) kecil.
"(Sebagai
contoh, ketika) belanjawan baru-baru ini. Tiga undi sahaja (beza) tiga
undi... tak stabil... Ini jejaskan keyakinan pelabur," katanya di sini,
hari ini.
Pada masa sama, beliau mengulangi pendirian Pas akan terus memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan memperkasakan PN.
Katanya, pada masa ini, semua parti dalam PN perlu merapatkan persefahaman dan mengurangkan ketidaksefahaman.
Ditanya
berhubung pendaftaran MN, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar
Kelantan, berkata MN tidak dapat didaftarkan kerana nama itu sudah
digunakan oleh pihak lain.
Beliau
difahamkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia memaklumkan nama
berkenaan tidak boleh digunakan dan perlu diganti dengan nama lain.
Ahmad
berkata Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan
Pemuda
dan Puteri itu akan diadakan serentak di 191 Bahagian. - Bernama
KUALA LUMPUR:
Kehadiran bagi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan
Pemuda dan Puteri di seluruh negara yang dijadualkan bermula dari 1
hingga 3 Jan ini adalah secukup korum, iaitu minimum satu perempat
daripada jumlah wakil yang berhak hadir.
Setiausaha
Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perhimpunan ramai yang
dibimbangi meningkatkan risiko penularan COVID-19 cuba dielak, namun
jumlah kehadiran perlu memenuhi syarat sah mesyuarat.
"Saya
sendiri telah mengeluarkan arahan selepas mesyuarat Majlis Kerja
Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini supaya mesyuarat bahagian empat
peringkat (Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO) hanya
dihadiri satu perempat daripada anggota yang sepatutnya hadir.
"Mereka
terdiri daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian empat peringkat, 10
perwakilan daripada setiap bahagian, dan kalau boleh juga ketua-ketua
cawangan. Bahagian juga dibenarkan untuk menggunakan aplikasi secara
maya bagi perwakilan yang tidak hadir untuk mendengar ucapan di rumah
mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.
Ahmad
berkata Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda
dan Puteri itu akan diadakan serentak di 191 Bahagian dengan membabitkan
kira-kira 764 persidangan dengan empat mesyuarat perwakilan untuk
setiap bahagian.
Selain itu, Ahmad yang
juga Ahli Parlimen Pontian berkata mesyuarat bahagian empat peringkat
itu juga dibenarkan diadakan secara maya bagi kawasan zon merah terutama
yang melibatkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
"Walaupun
menggunakan kaedah virtual (maya), AJK Bahagian empat peringkat
hendaklah ada dalam dewan dan selebihnya dikumpulkan di beberapa tempat
yang tidak terlalu ramai dan dipancarkan secara maya.
"...
dan di kawasan zon hijau, yang cukup satu perempat, ketua bahagian
kemudianya atas inisiatif sendiri boleh menggunakan aplikasi seperti
Facebook LIVE agar ucapannya didengari oleh ramai pihak terutamanya yang
berada di kawasannya," katanya.-- BERNAMA
TAKUYIDDIN:
Yang penting, gabungan UMNO dan Pas boleh, malah
perlu bekerjasama,
dengan mana-mana pihak yang mempunyai cita-cita
yang sama dalam
menghadapi PRU15 dengan suatu persefahaman
yang jitu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional (MN) bukan milik eksklusif sesuatu parti atau kelompok.
Sebaliknya, ia harus dibuka kepada semua kalangan yang cintakan perpaduan, keharmonian dan keadilan di dalam negara ini.
Demikian
tegas Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan yang melihat
mana-mana pihak tidak perlu meminta parti itu memilih sama ada hendak
bersama MN atau tidak.
Ujarnya, Pas adalah antara watak utama yang merangka dan berusaha menubuhkan MN atas dasar penyatuan ummah.
“Dengan
mengekalkan komitmen yang mantap dalam Agenda Besar MN, adalah jelas
dari sudut pendekatan dan strategi politik tiada suatu pun halangan yang
dikenakan untuk UMNO daripada kekal bersama Barisan Nasional (BN)
mahupun untuk Pas dari menyertai mana-mana gabungan atau kerjasama
politik.
“Apa yang penting adalah
gabungan UMNO dan Pas boleh, malah perlu bekerjasama, dengan mana-mana
pihak yang mempunyai cita-cita yang sama dalam menghadapi Pilihan Raya
Umum Ke-15 dengan suatu persefahaman yang jitu khususnya tiada
pertembungan sesama sendiri yang menguntungkan pihak lain,” katanya
dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelas
beliau, Pas berpegang teguh dengan Piagam MN yang dimeterai antara UMNO
dan Pas pada 14 September 2019 yang antara lain bersetuju membentuk
kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan
kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan
politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.
“Pas
turut mempertegaskan betapa MN perlu dijadikan amalan musyawarah dalam
memperkasakan agenda Islam, Melayu, Bumiputera khususnya dan rakyat
Malaysia amnya secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan negara demi
membangunkan negara inklusif, sejahtera dan menjamin keadilan sosial
merentasi batas warna kulit mahupun anutan,” ujarnya.
Justeru,
katanya, Pas yakin semua pihak perlu meneroka jalan damai dan saling
menerima serta hormat menghormati, bukan sebaliknya bagi mencapai
cita-cita dan hasrat itu.
IPOH:
Menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
dijangka menjadi usul hangat yang dibahaskan dalam Mesyuarat Perwakilan
UMNO Bahagian di negeri ini, bermula Jumaat ini.
Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk
Mohd. Zolkafly Harun berkata, perkara berkenaan tidak mustahil menjadi
fokus utama perbahasan memandangkan ia berkait rapat dengan isu semasa
politik di peringkat Pusat dan negeri.
Bagaimanapun, kata beliau, perbahasan usul berkenaan tertakluk kepada bahagian masing-masing.
“Ada kemungkinan (kerjasama UMNO dan
Bersatu) dibincangkan di peringkat akar umbi membabitkan perwakilan
bahagian, wanita, pemuda dan puteri.
“Mesyuarat kali ini penting sebagai
langkah memperkasa dan mengatur strategi yang lebih baik dalam
menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi
Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri
berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Bijak
Guna Tenaga dan Air Perak 2020 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di
sini.
Menurut Mohd. Zolkafly, mesyuarat
perwakilan kali ini tidak hanya untuk memenuhi kehendak Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tetapi lebih penting kesiapsiagaan
kepemimpinan dari pelbagai peringkat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum
Ke-15 (PRU-15).
Beliau berkata, sehubungan itu apa juga perkara berkaitan parti akan menjadi fokus perwakilan untuk dibahas dan dibincangkan.
Katanya, mesyuarat perwakilan di
semua 24 bahagian Perak kali ini tidak membabitkan kehadiran wakil Pas
sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kehadiran orang ramai
di dalam dewan.
“Kali ini kehadiran terhad hanya
untuk UMNO, kita ambil contoh di Bahagian Sungai Siput yang mempunyai
lebih 400 perwakilan, tetapi oleh kerana ada SOP perlu dipatuhi dari
segi penjarakan sosial dan sebagainya, kapasiti di dewan mungkin boleh
memuatkan 250 orang sahaja,” katanya. – UTUSAN ONLINE
SHAH ALAM:
UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini
dinasihatkan untuk tidak terus ‘bermusuhan’ sekiranya mereka berhasrat
menawan semula Selangor.
Menurut sumber, tindakan bertelagah ketiga-tiga parti itu hanya akan
memberi peluang Pakatan Harapan (PH) menambah kerusi selain mengekalkan
kawasan yang sedia menang.
Kata sumber, Selangor adalah antara negeri yang unik serta merupakan
kubu kuat PH dan sekiranya ingin merampas semula Selangor daripada PH,
ketiga-tiga parti itu perlu bergabung.
“Jika dilihat senario politik di Selangor, parti ini boleh menambah
kerusi dengan mengekalkan kawasan sedia ada tetapi peluang untuk
merampas agak sukar.
“Namun, sekiranya bekerjasama dengan Pas, peluang untuk menawan Selangor cerah apatah lagi jika bergabung dengan Bersatu.
“Kita percaya gabungan ketiga-tiga parti ini boleh menggugat PH
tetapi kesemua mereka perlu berlapang dada dan tidak mementingkan diri
sendiri jika berhasrat menawan semula Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Razak,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr. Mazlan Ali
berkata, pihaknya melihat UMNO kini telah memberi bayangan untuk tidak
bersama Pas kerana parti itu sehingga kini tidak memberi kata putus sama
ada mahu bersama Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, beliau sedia maklum bahawa Pas mahu mempunyai alasan
tersendiri iaitu menyatupadukan Melayu tanpa mengetepikan kaum lain.
“Bagaimanapun, UMNO kini dilihat agak terkilan dengan Pas kerana
seakan-akan meninggalkan mereka untuk bersama Bersatu. Oleh demikian,
pentingnya Pas untuk menyatakan pendirian mereka untuk mahu bersama
dengan pihak yang mana.
“Jika dilihat, UMNO tidak mempunyai masalah untuk berdiri secara
bersendirian kerana mereka mempunyai kekuatan akar umbi sendiri dan
kekalahan pada pilihan raya lalu adalah disebabkan suatu isu yang dibawa
pembangkang,” ujarnya. – UTUSAN
KUALA
LUMPUR: Pas tidak mahu mana-mana pihak mempersoalkan sama ada mereka
benar-benar serius mahu menjadi sebahagian daripada Muafakat Nasional
(MN).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata partinya
berpegang teguh kepada Piagam MN yang dimeterai bersama UMNO pada 14
September 2019 bagi mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa
menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kestabilan
politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.
“Mana-mana pihak tidak perlu meminta Pas memilih sama ada hendak
bersama MN atau tidak kerana Pas adalah antara watak utama yang merangka
dan berusaha menubuhkan MN atas dasar penyatuan ummah.
“MN perlu dijadikan amalan musyawarah dalam memperkasakan agenda
Islam, Melayu, Bumiputera khususnya dan rakyat Malaysia amnya secara
tuntas dalam kerangka Perlembagaan negara demi membangunkan negara
inklusif, sejahtera dan menjamin keadilan sosial merentasi batas warna
kulit mahupun anutan,” katanya dalam kenyataan.
Justeru, Takiyuddin berpandangan MN bukanlah milik eksklusif sesuatu
parti atau kelompok, sebaliknya harus dibuka kepada semua kalangan yang
cintakan perpaduan, keharmonian dan keadilan dalam negara ini.
Katanya lagi, dengan mengekalkan komitmen dalam agenda besar MN,
tiada suatu pun halangan yang dikenakan kepada UMNO daripada kekal
bersama Barisan Nasional (BN) mahupun Pas dari menyertai mana-mana
gabungan atau kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15
(PRU-15).
“Apa yang penting adalah gabungan UMNO dan PAS boleh malah perlu
bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai cita-cita yang sama
dalam menghadapi PRU-15 dengan suatu persefahaman yang jitu khususnya
tiada pertembungan sesama sendiri yang menguntungkan pihak lain.
“Pas amat yakin bagi mencapai cita-cita dan hasrat ini semua pihak
perlu meneroka jalan damai dan saling menerima serta hormat menghormati,
bukan sebaliknya,” katanya. -UTUSAN ONLINE
KUALA
LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menunaikan
nazar membotakkan kepala selepas berjaya mencapai sasaran mengumpulkan
sumbangan sebanyak RM200,000 bagi membeli komputer riba kepada pelajar
di kawasan parlimennya.
Lebih menarik, sesi mencukur rambut beliau disiarkan secara langsung
melalui sebuah rancangan televisyen tempatan dan dilakukan sendiri oleh
ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.
"Bismillahirrahmanirrahim, berjuanglah anakku demi rakyat,"
demikian lafaz Sharifah Mahani ketika mula mencukur rambut Syed Saddiq.
Dalam siaran itu, Syed Saddiq turut menceritakan pengalaman rambutnya digunting ibu sejak berusia enam tahun.
Sesi itu kemudian diambil alih seorang tukang gunting profesional untuk mencukur rambutnya sehingga botak.
Sebelum ini, Syed Saddiq melancarkan kempen #1keluarga1laptop dengan
matlamat setiap keluarga di kawasan Parlimen Muar memiliki sebuah
komputer riba untuk kegunaan anak mereka.
Kempen beliau itu menyasarkan 500 keluarga berpendapatan RM1,500 ke
bawah yang ada anak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Kempen itu berjaya mengumpulkan sumbangan RM383,000 dalam tempoh lima hari.
"Setakat ini, sebanyak 120 keluarga di Parlimen Muar telah menerima komputer riba berkenaan," katanya. – BERNAMA
KUALA
LUMPUR: Muafakat Nasional (MN) bukan milik eksklusif sesuatu parti atau
kelompok, sebaliknya harus dibuka kepada semua kalangan yang cintakan
perpaduan, keharmonian dan keadilan di negara ini.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, berkata muafakat UMNO
dan PAS itu perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai
pandangan sama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),
khususnya dalam memastikan tiada pertembungan sesama sendiri yang
menguntungkan pihak lain.
"MN perlu dijadikan amalan musyawarah dalam memperkasa agenda Islam,
Melayu, Bumiputera khususnya, dan rakyat Malaysia amnya, secara tuntas
dalam kerangka Perlembagaan negara demi membangunkan negara inklusif,
sejahtera dan menjamin keadilan sosial merentasi batas warna kulit
mahupun anutan.
"PAS amat yakin bagi mencapai cita-cita dan hasrat ini, semua pihak
perlu meneroka jalan damai dan saling menerima serta menghormati, bukan
sebaliknya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini timbul khabar angin bahawa PAS membatalkan kerjasama dengan UMNO serta Piagam MN.
Takiyuddin berkata, mana-mana pihak juga tidak perlu meminta PAS
memilih sama ada hendak bersama MN atau tidak kerana PAS antara parti
utama yang merangka dan berusaha menubuhkan MN atas dasar penyatuan
ummah.
Beliau berkata, PAS berpegang teguh dengan Piagam MN yang dimeterai
di antara UMNO dan PAS pada September 2019 yang antara lain bersetuju
membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa
menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada
kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.
"Dengan mengekalkan komitmen yang mantap dalam Agenda Besar MN, jelas
dari sudut pendekatan dan strategi politik, tiada suatu pun halangan
yang dikenakan untuk UMNO daripada kekal bersama Barisan Nasional
mahupun untuk PAS daripada menyertai mana-mana gabungan atau kerjasama
politik," tegasnya. – BERNAMA
SEDANG
kita sibuk dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, bahang Pilihan
Raya Umum Ke-15 (PRU-15) juga kian terasa. Sudah bersediakah kita untuk
mengundi dan bagaimanakah pula dengan barisan ahli politik sekarang?
Mampukah mereka menggalas tanggungjawab yang berat?
Bercakap tentang PRU-15, tidak dinafikan generasi belia merupakan penggerak utama dalam menentukan pemerintah yang seterusnya.
Menurut seorang pelajar universiti awam, Tengku Nur Tihani Tengku
Azman, 24, memang orang muda mahu perubahan namun ia pasti sukar jika
‘otai politik’ wujud.
“Orang muda berpendapat ‘otai politik’ ini adalah kumpulan pemimpin yang masih ada sifat tamakkan kuasa dan jawatan.
“Apabila ada perjuangan pembangunan serta hak asasi untuk orang muda,
golongan tersebut pasti akan bertindak ‘liar’,” katanya ketika
dihubungi SUARA MERDEKA, hari ini.
Tengku Nur Tihani berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan
warga maya yang semakin sukar untuk menentukan jejak pemimpin yang harus
diikuti.
Sementara itu, seorang pelajar jurusan komunikasi korporat, Ammar
Faheem Mohd Hashim Hasni, 24, berkata, dia menjadi gelisah dan tidak
tenang apabila memikirkan tentang PRU-15
“Melihat sejarah politik negara baru-baru ini, tidak ada sesuatu yang manis pun untuk dikenang atau dicontohi.
“Dengan kemerosotan ekonomi serta pertambahan kes Covid-19, rakyat ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,” katanya.
Ammar cuma berharap jika PRU-15 diadakan dalam masa terdekat, keputusan itu tidak akan mengakibatkan rakyat ditimpa kesusahan.
Mengulas isu sama, seorang pelajar, Nur Naseha Rusli, 23, mengakui
belum berkesempatan untuk mengundi tetapi sudah mendaftarkan diri.
“Saya teruja dengan tanggungjawab yang diberikan namun agak risau kerana memilih pemerintah ini bukan perkara main-main.
“Kalau tersalah pilih, seluruh negara akan merana dan bagi saya, ahli
politik muda seperti Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
boleh diibaratkan seperti batu loncatan buat para belia untuk menceburi
bidang politik kerana beliau banyak memperjuangkan hak-hak generasi muda
yang tidak ramai faham,” katanya. – SUARA MERDEKA
NAMPAKNYA
kepimpinan UMNO terutama dalam kalangan ahli Majlis Kerja Tertinggi
(MT) parti itu masih ada yang memainkan sentimen dendamnya.
Dendamnya pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti tidak
dapat dibendung lagi apabila mendakwa UMNO cuba dilemahkan selepas
gagal dibubarkan.
Ini kerana, terdapat dakwaan mengatakan Bersatu cuba memujuk ketua-ketua bahagian UMNO peringkat akar umbi untuk menyertainya.
“Sebenarnya UMNO sedang ditikam dan dilemahkan dari belakang.
“Sekarang ini mereka tidak boleh haramkan UMNO melalui perundangan,
tetapi melayan UMNO dengan cara melemahkan…dan akhirnya kuburkan UMNO.”
Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam satu kenyataannya hari ini.
Dalam masa sama, beliau juga mendakwa penolakan UMNO terhadap Bersatu
bukan lagi rahsia apabila terdapat 145 daripada 191 bahagian menolah
kerjasama dengan Bersatu.
“Kenapa tidak dipujuk ketua PAS, PKR, dan Amanah? Semasa orang PPBM
jadi menteri besar, mereka gunakan jawatan ketua kampung sebagai tawar
menawar tubuh cawangan baharu.
“Sekarang guna perdana menteri untuk mendesak UMNO memberikan kuota 60-40 untuk lantik ketua kampung dan ahli majlis,” katanya.
Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan Mohd. Puad itu dilihat
sememangnya bertentangan dengan pendirian yang pernah dibuat kepimpinan
UMNO sebelum ini.
Ini termasuklah kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi yang menegaskan partinya akan terus menyokong Perikatan Nasional
(PN) sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.
Malah, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa
sebelum ini turut menjelaskan bagaimana kerjsama antara UMNO, Pas dan
Bersatu.
Ia termasuklah kerjsama ketika menghadapi PRU-15 apabila Parlimen dibubarkan.
Namun, sehingga kini kerjasama tersebut masih belum dimuktamadkan dan
UMNO, Pas dan Bersatu juga dilihat masih menyatakan pendirian
masing-masing untuk menentukan kerusi yang akan dditandingi. – SM
KUCHING: Pakatan Harapan mungkin bekerjasama dengan Parti Sarawak
Bersatu (PSB) pada pilihan raya negeri Sarawak ke-12 sebagai gabungan
longgar, tetapi pertembungan antara dua parti itu dijangka berlaku di
beberapa kerusi.
Penganalisis berkata, sungguhpun parti pembangkang akan menjalin
kerjasama untuk menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS), isu kerusi yang
menjadi rebutan PH dan PSB memerlukan penyelesaian.
“PSB memperlihatkan minatnya di beberapa kerusi, yang juga dianggap
kerusi dapat dimenangi DAP dan PKR,” kata penganalisis politik, James
Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania kepada FMT.
“Itu sebabnya mengapa Presiden PSB, Wong Soon Koh berkata pihaknya
hanya mengadakan perbincangan secara tidak rasmi mengenai kerjasama
dengan DAP mengenai pembahagian kerusi,” kata beliau.
Beliau berkata, perbincangan tidak rasmi itu bermakna isu kerusi bertindih belum dimuktamadkan lagi.
Chin berkata, erjasama PH dan PSB juga dikekang ketidakpercayaan
antara Wong, Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen serta Ketua PKR negeri,
Larry Sng.
Katanya, Wong selalu menyerang DAP di Dewan Undangan Negeri, ketika
beliau masih berada dalam kerajaan, manakala Sng pula pernah menyertai
Barisan Nasional.
“Jadi, mereka semua (pemimpin pembangkang) memerlukan lebih banyak
masa untuk membiasakan diri dengan satu sama lain untuk menjalin
kerjasama sebagai gabungan pembangkang Sarawak,” katanya.
KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng mendakwa kerajaan Perikatan
Nasional (PN) mengamalkan penguatkuasaan undang-undang antara dua darjat
– di antara menteri dan rakyat.
Dakwanya, ia bermula dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan
Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali yang diberi ‘layanan
manja’ dengan denda kompaun sebanyak RM1,000 kerana melanggar perintah
kuarantin rumah Covid-19 selama 14 hari, setelah kembali dari kunjungan
peribadi di Turki.
Sebaliknya, seorang wanita Melayu berusia 72 tahun didakwa di
mahkamah dan didenda RM8,000 serta penjara sehari, juga kerana melanggar
peraturan kuarantin dan kesihatan Covid-19.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, sehingga kini kerajaan tidak dapat
menjelaskan mengapa seorang menteri tidak didakwa di mahkamah seperti
wanita berusia 72 tahun tersebut.
”Penguatkuasaan undang-undang yang terpilih oleh agensi
penguatkuasaan ini, telah menyebabkan menteri lain juga tidak disiasat
atau didakwa atas kesalahan rasuah dan mengesyorkan anak mereka dilantik
sebagai pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, berbanding
dengan tindakan yang diambil terhadap penjawat awam biasa,” dakwanya
dalam satu kenyataan hari ini.
Ujar Guan Eng, PN telah mengakhiri tahun 2020 dengan satu lagi kes
antara dua darjat berikutan kemalangan kecil disebabkan jalan berlubang
di Banting yang melibatkan Menteri Sains dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.
Susulan insiden itu, dakwanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan segera
membaiki jalan berlubang tersebut dan meminta maaf kepada menteri.
Guan Eng berkata, isu ini tidak ada kaitan dengan Khairy tetapi
amalan antara dua darjat oleh JKR yang meminta maaf dan bertindak segera
untuk membaiki jalan berlubang ketika seorang menteri terlibat dalam
kemalangan itu.
Tetapi, katanya, JKR tidak peduli sama sekali ketika pihak yang cedera adalah rakyat biasa.
”Ini telah mengundang kemarahan awam terhadap JKR yang tidak
berperikemanusiaan, terutama ketika mereka berjanji untuk melaksanakan
dasar sifar jalan berlubang pada tahun 2016 di bawah Menteri Kerja Raya,
Datuk Seri Fadillah Yusof ketika itu.
”Mengapa tidak ada sikap yang serupa ketika begitu ramai rakyat biasa
telah mati atau mengalami kecederaan serius akibat kegagalan JKR untuk
membaiki jalan berlubang?
”Sejak Fadillah kembali menjadi Menteri Kerja Raya sekali lagi,
beliau jelas gagal memenuhi tugasnya dan memenuhi janji sifar jalan
berlubang,” dakwa Guan Eng lagi.
Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, kegagalan Fadillah untuk mengambil
tanggungjawab terhadap amalan antara dua darjat oleh JKR sangat dikesali
dan hanya menunjukkan menteri PN lebih berminat untuk berpolitik untuk
mempertahankan kedudukan mereka dan sama sekali tidak mampu memberikan
khidmat yang baik kepada rakyat. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – DAP didakwa hanya pandai bermain wayang
berhubung nasib perkhidmatan feri Pulau Pinang, lantaran itu parti
tersebut diminta jangan sesekali bercakap kosong tanpa sebarang
tindakan.
Setiausaha Parti Gerakan Pulau Pinang, Hng Chee Wey berkata, pemimpin
DAP mengatakan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang berusia 126 tahun
itu mempunyai nilai sejarah dan merupakan pengangkutan ikonik untuk
negeri itu.
Tambah beliau, keputusan kerajaan pusat menamatkan perkhidmatannya telah mengabaikan warisan dan sejarah unik Pulau Pinang.
Namun, katanya, sekiranya DAP ikhlas dalam usaha memelihara
perkhidmatan feri, kerajaan negeri harus menyenaraikan perkhidmatan feri
dalam senarai warisan negara sebelum nasib feri tergugat pada hari ini.
”Jika kerajaan negeri DAP Pulau Pinang mengambil alih pengurusan feri
sebelum ini, maka rakyat Pulau Pinang pada hari ini tidak akan
kehilangan feri ikonik dan bersejarah.
”Tetapi, kita masih ingat bahawa pada pertengahan bulan Oktober 2020,
Ketua Menteri pada masa itu mengatakan bahawa kerajaan DAP negeri Pulau
Pinang tidak berhasrat ambil alih perkhidmatan feri,” katanya dalam
kenyataan di sini.
Selain isu feri, kedudukan budaya penjaja di Pulau Pinang juga tidak
dapat dipertahankan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang apabila pada Julai
2008, iaitu 12 tahun yang lalu, Georgetown disenaraikan dalam senarai
warisan dunia UNESCO.
Namun, 12 tahun kemudian, kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP Pulau
Pinang tidak berupaya mengharumkan lagi nama Pulau Pinang di peringkat
antarabangsa.
Kehilangan pengiktirafan budaya penjaja di peringkat antarabangsa ini
amat merugikan bagi negeri Pulau Pinang, dan tidak boleh diterima
langsung kerana diketahui orang ramai bahawa Pulau Pinang merupakan
syurga makanan yang terkenal di seluruh dunia.
Selain daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO Georgetown, ramai
pengunjung yang mengunjungi Pulau Pinang adalah kerana mahu menikmati
makanan lazat di Pulau Pinang.
”Menurut laporan CNN, Asam Laksa Pulau Pinang berada di tangga ke-7
dalam senarai 50 jenis makanan paling enak di dunia dan nasi ayam
Singapura berada di tangga ke-45.
“Ini membuktikan bahawa makanan di negeri Pulau Pinang memang lazat
dan dikenali di seluruh pelusuk dunia yang sepatutnya mendapat
pengikhtirafan daripada UNESCO.
”Tetapi dengan kesalnya bahawa, negeri Pulau Pinang tidak mendapat
pengiktirafan itu akibat kegagalan atau kurang efisiennya kerajaan
negeri DAP membuat permohonan daripada UNESCO untuk menyenaraikan budaya
penjaja Pulau Pinang di dalam Senarai Wakil UNESCO Warisan Budaya Bagi
Kemanusiaan Yang Tidak Ternilai,” ujarnya lagi.
Hakikat yang berlaku pada hari ini disebabkan kerajaan DAP negeri
Pulau Pinang hanya bercakap kosong selama 12 tahun memerintah Pulau
Pinang. Begitu juga dengan Georgetown World Heritage Incorporated
(GTWHI) yang ditubuhkan pada tahun 2010.
Tambahnya, dalam krisis pandemik Covid-19 ini, banyak industri dan
sektor yang terkesan tetapi jika budaya penjaja Pulau Pinang mendapat
pengiktirafan itu, sudah tentunya sektor pelancongan negeri akan pulih
dengan cepat kerana pengiktirafan tersebut dapat menarik perhatian orang
awam di seluruh dunia dan seterusnya melancong ke negeri itu.
Chee Wey berkata, pada Ogos 2018, kerajaan Singapura mengumumkan akan
membuat permohonan dengan UNESCO untuk memasukkan budaya penjaja
Singapura ke dalam senarai warisan dunia.
Bagaimanapun, kerajaan negeri DAP Pulau Pinang hanya membangkitkan
isu ini pada Mei 2019 dengan mengatakan bahawa pihak kerajaan negeri
mencadangkan agar budaya penjaja Pulau Pinang dimasukkan dalam senarai
itu bersama dengan Singapura.
Tetapi, setelah budaya penjaja Singapura berjaya disenaraikan dalam
senarai UNESCO pada 16 Disember 2020, kerajaan DAP Pulau Pinang
menyalahkan Kerajaan Pusat yang membantutkan kerja permohonan mereka.
Kerajaan negeri memberitahu bahawa mereka pernah mengutus surat
kepada kerajaan pusat dalam perkara ini, tetapi sehingga kini budaya
penjaja Pulau Pinang masih tidak disenaraikan dalam senarai warisan
negara yang merupakan langkah pertama untuk kita membuat permohonan
dengan UNESCO. – MalaysiaGazette
PUCHONG – Badan Perhubungan UMNO Selangor mempersoalkan tindakan
kerajaan Negei Selangor melalui Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
merobohkan gerai makan milik sekumpulan 43 penjaja di Puchong Permai
ketika rakyat sedang bergelut dengan COVID-19.
Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar melahirkan rasa kesal dengan tindakan
terburu-buru itu sambil menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin
Shari sebagai buta, tuli dan pekak kepada masalah rakyat.
“Mengapa Menteri Besar ini? Pekak ke? Buta ke? Tak dengar ke? Tak lihat apa yang berlaku?
“Datuk Bandar ini dia pun tak guna otak ker? Ini masalah rakyat, kamu
kena turun kena tengok. Nak roboh boleh, nak ambil tindakan boleh tapi
jangan sekarang.
“Ini
waktu COVID-19, rakyat tengah susah, orang yang tiada modal kita kena
bagi berniaga,” katanya kepada pemberita selepas turun padang ke kawasan
gerai makan di Puchong Permai hari ini.
Isnin lalu, lebih 100 anggota penguat kuasa termasuk MBSJ, Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlibat dalam
operasi perobohan gerai-gerai makan milik 43 penjaja kecil di Puchong
Permai, di sini.
Operasi yang bermula kira-kira jam 8 pagi tadi bermula agak kecoh
apabila sekumpulan penjaja terbabit terpaksa bergelut dengan
penguatkuasa yang bertindak melakukan perobohan gerai makan yang
diusahakan sejak 20 tahun lalu.
Dalam pada itu, Noh juga menyifatkan tindakan perobohan gerai makan
yang diusahakan hampir 20 tahun itu sebagai zalim dan tidak
berperikemanusiaan.
“Sebab itu rakyat dah jemu dengan Kerajaan PH (Pakatan Harapan),
kalau macam ini perangai PH yang Menteri Besar, Exco dan ADUN (Ahli
Dewan Undangan Negeri) kepada kawasan ini tidak prihatin masalah rakyat,
pergi belajar dengan Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan).
“Bagaimana dia beri peluang kepada peniaga-peniaga sebab rakyat tengah susah, kena faham rakyat tengah mender
“Ini kerajaan zalim, sebab itu kerajaan PH tak lama memerintah di
pusat, sebab zalim, dah la janji, zalim pula kepada rakyat,” katanya.
Lebih menyedihkan apabila penempatan baharu buat 43 peniaga makan itu
mempunyai keluasan hampir sama dengan saiz parkir kenderaan tanpa
kemudahan asas.
“Tempat saya tengok itu (kiosk MBSJ) macam parkir kereta saja, guna
lah otak sikit. Pegawai-pegawai MBSJ yang buat kiosk ini pernah berniaga
ker?
“Kalau tidak, patut tanya pendapat peniaga, adakah sesuai nak buat
tapak baharu yang elektrik tiada, air tiada, berniaga pula ikut tiga
shift secara bergilir-gilir, tempat masak pun tiada.
“Kalau nak buat satu pembaharuan okay tapi sebelum buat pembaharuan, dengarlah pendapat dan masalah peniaga,” tegasnya.
Sehubungan itu beliau mencabar Amirudin dan Datuk Bandar Subang Jaya,
Noriani Roslan untuk mengadakan perjumpaan dan dialog bersama pihaknya
esok.
“Saya nak cabar Datuk Bandar saya sendiri akan pergi ke Datuk Bandar.
Kalau Menteri Besar anak jantan, datang sekali saya nak jumpa sekali,
saya nak cabar Menteri Besar.
“Kalau Datuk Bandar bukan orang politik, Menteri Besar kena datang,
Khamis kita minta jumpa (esok) saya nak cabar Menteri Besar, Exco atau
siapa pun datang Khamis berdepan dengan kita, kita berdialog.
“Kita nak ajar kamu macam mana nak memerintah. Kalau tak nak belajar
dengan Wilayah Persekutuan, kita nak sekolahkan dia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini telah
membuat satu laporan Polis terhadap tuduhan bahawa keluarga bekas
Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menerima transaksi yang
melibatkan individu buruan polis berkenaan kes 1MDB iaitu Jho Low.
Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Shahrul Nasrun Datuk
Kamarudin, terdapat satu laporan khas daripada Malaysia Today yang
mengesahkan keluarga Zeti menerima wang melalui akaun di negara jiran.
“Terdapat
wujudnya ‘money trail’ (jejak wang) yang mengesahkan Syarikat Iron
Rhapsody ini didakwa dimiliki oleh suami dan dua anak lelaki Zeti Aziz
menerima wang berjumlah USD 16,219,409.23 melalui akaun di Singapura
daripada entiti yang mempunyai pendaftaran di bawah nama Jho Low.
“Adakah ini untuk mensabotaj sebahagian daripada konspirasi untuk
menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu. Kenapa Zeti Aziz
menasihati bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
ketika itu untuk berbuat demikian sewaktu Zeti Aziz menjawat jawatan
sebagai Gabenor Bank Negara.
“Pemuda UMNO khuatir kerana sehingga hari ini, tidak pernah ada
sebarang kaitan atau siasatan terperinci dan tindakan undang-undang yang
telah dikenakan terhadap individu-individu penting di Bank Negara
Malaysia berkenaan salahguna dana 1MDB.” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.
Turut hadir Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Mohd Zaidi Abdul Kadir,
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan Mohd Neezam Abdul Aziz, Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Ampang Zulkifli Rajalie dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Sungai Buloh, Mohd Izwan Mohd Noor.
Shahrul Nasrun yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Ampang
mengharapkan agar pihak berkuasa dapat menyiasat individu terbabit.
“Sebagai individu yang mengendalikan aset lebih dari RM300 bilion
bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB) ketika ini, beliau harus tampil
untuk menafikan tuduhan ini sekiranya ia tidak benar.
“Pihak berkuasa wajib menyiasat perkara ini dan mengemukakan ke
pengadilan supaya rakyat Malaysia mengetahui keadaan sebenar,” ujarnya.
Tegas Shahrul lagi, walaupun Zeti Aziz menafikan perkara ini dan
beliau meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini seadil-adilnya
kerana ia merupakan kes yang besar pada negara. – UMNO Online
Pemimpin PAS menjangkakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bakal berlangsung selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.
Perkara itu diutarakan Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah ketika diminta mengulas mengenai situasi politik semasa.
Menurutnya parti-parti dalam kerajaan perlu diperkukuhkan bagi menghadapi berlakunya pilihan raya.
"Hasrat
parti adalah untuk mengukuhkan ketiga-tiga parti bagi mengukuhkan
Muafakat Nasional dan memperkasakan Perikatan Nasional di peringkat
persekutuan.
"Seperti yang saya sebut sebelum ini antara ketiga-tiga parti (PAS,
Umno dan Bersatu), tidak ada parti yang boleh berdiri sendiri. Kalau
kita nak jadi kerajaan yang gagal pada PRU akan datang perlu ada
kerjasama yang mantap. Kerana kita tengok kerajaan sekarang tidak stabil
(dari segi majoriti).
"Kita jangka PRU tahun depan, secara
peribadi paling lewat pun saya rasa bulan Jun, sebab itu ketiga-tiga
parti utama ini perlu merapatkan persefahaman dan kurangkan
pertembungan," katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan
Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Mohd
Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, kerajaan yang
ada hari ini selalu diganggu oleh pihak pembangkang susulan majoriti di
parlimen yang tipis.
"Dalam keadaan hari ini pun kita tengok
kerajaan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana terlalu banyak
politiking, baru nak bergerak ada orang umum ada nombor, baru kita nak
bergerak kawan ini kata ada nombor.
"Jadi selalu ada gangguan,
tetapi kalau kita ada majoriti kukuh di parlimen kerajaan boleh berjalan
tanpa gangguan. Itu yang penting," jelasnya.
Mengulas isu sama,
ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof sebaliknya
dilaporkan menjangkakan PRU15 tidak akan berlangsung dalam waktu
terdekat.
Malah anggota Parlimen Alor Gajah itu meramalkan ia akan diadakan menjelang tempoh penggal PRU14 yang akan berakhir pada 2023.
Katanya,
kerajaan PN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin
sekarang berada pada kedudukan yang stabil terutama selepas sesi
Parlimen lalu.
"Saya tak jangka pilihan raya umum akan
dilaksanakan dalam masa terdekat. Saya meramalkan (PRU15) pada 2023,''
katanya seperti dilaporkan Utusan Online, hari ini.
Dalam
perkembangan berkaitan, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd
Redzuan Md Yusof sebaliknya dilaporkan menjangkakan PRU15 tidak akan
berlangsung dalam waktu terdekat ini.
Malah anggota Parlimen Alor Gajah itu meramalkan ia akan diadakan menjelang tempoh penggal PRU14 yang akan berakhir pada 2023.
Katanya,
kerajaan PN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin
sekarang berada pada kedudukan yang stabil terutama selepas sesi
Parlimen lalu.
"Saya tak jangka pilihan raya umum akan
dilaksanakan dalam masa terdekat. Saya meramalkan (PRU15) pada 2023,''
katanya seperti dilaporkan Utusan Online, hari ini.
Ahli
politik atau parti yang ingin menyertai PH tidak boleh sama sekali
membawa agenda kepentingan peribadi, tegas Anwar Ibrahim. - Gambar fail
SHAH ALAM:
Pakatan Harapan (PH) boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menyertai
gabungan itu ataupun di bawah payung PH Plus, tetapi dengan syarat harus
patuh kepada prinsip penubuhannya, kata Pengerusinya, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu berkata,
mana-mana ahli politik atau parti yang ingin menyertai PH tidak boleh
sama sekali membawa agenda kepentingan peribadi atau cuba membawa
kembali budaya kebobrokan ke dalam gabungan berkenaan.
Menurut
beliau, soal sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah
Air (Pejuang) atau mana-mana parti yang ingin menyertai gabungan itu,
terserah kepada kelulusan PH melalui Majlis Presidennya.
“(Penyertaan
Tun Mahathir) Itu terserah kepada PH. Siapa pun boleh kita undang tapi
harus patuh kepada prinsipnya. Bukan bawa agenda peribadi dan meluluskan
kebobrokan yang lama,” katanya kepada media selepas Merasmikan Majlis
Peluncuran Buku “100 Esei Seni & Sastera Era Reformasi 2008 - 2011”,
di sini hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada gabungan baharu yang
bakal diwujudkan itu, akan mempertimbangkan penyertaan Dr Mahathir dan
Pejuang serta parti-parti politik yang lain.
Dalam
pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, persoalan sama ada
beliau atau sesiapa sahaja yang mendakwa boleh memimpin pembangkang pada
Pilihan Raya Umum akan datang harus memegang kuat prinsip reformasi.
Katanya,
apa yang penting ialah perlu ada usaha untuk meyakinkan rakyat bahawa
PH serius dalam menyelesaikan masalah ekonomi, kemiskinan serta keadilan
untuk rakyat.
“Bagi saya ini perkara
pokok yang harus kita selesaikan, perubahan yang kita usulkan mampu
memberi kepada rakyat bahawa kita lebih serius untuk menyelesaikan
masalah pemacuan ekonomi, keadilan bagi rakyat dan mengatasi masalah
kemiskinan yang sangat buruk.
“Tak boleh
harap elit kuota dan elit politik untuk benar benar merasa terpanggil
bertanggungjawab selesaikan masalah ini, kerana sudah lama kita bagi
peluang, tapi tak ada kesungguhan,” katanya lagi.
Naib
Presiden PAS Mohd Amar Abdullah mendedahkan usaha pendaftaran Muafakat
Nasional (MN) menghadapi sedikit masalah kerana dia difahamkan nama itu
sudah digunakan oleh pihak lain.
"Saya difahamkan ada usaha-usaha untuk daftarkan, tetapi tidak dapat didaftar kerana nama itu sudah orang lain guna.
"Nama (MN) itu sudah ada dalam pendaftaran ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), tak tahu macam mana, itu yang saya difahamkan.
"Sebab
itu kita tak boleh daftar, kalau nak daftar kena ada perubahan nama,"
katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan di Kota
Bharu, hari ini.
Sementara itu Mohd Amar berkata, setakat ini belum ada sebarang cadangan terhadap perubahan nama tersebut.
"Setakat
ini belum ada (cadangan), jadi kita berjalan dengan kekalkan nama MN
tetapi tidak didaftarkan," katanya yang juga timbalan menteri besar
Kelantan.
Sebagai rekod, Setiausaha Agung BN Annuar Musa sebelum ini dilaporkan pendaftaran MN akan memakan masa sebelum didaftarkan dengan ROS.
Ini kerana katanya, pimpinan gabungan itu perlu menguruskan bagi kerja-kerja prapendaftarannya.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan pengesahan ROS dan pemimpin-pemimpin lain MN berkaitan perkembangan itu.
Azhar Azizan Harun kekal sebagai speaker Dewan Rakyat.
Ini
susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Kamal Md
Shahid hari ini yang membenarkan permohonan Azhar untuk membantah
cabaran undang-undang oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad
terhadap pelantikan itu.
Mahkamah juga membenarkan permohonan
Azalina Othman Said untuk membantah cabaran undang-undang Dr Mahathir
terhadap pelantikannya sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.
Antara lain, hakim memutuskan hanya parlimen yang mempunyai kuasa tunggal untuk memutuskan isu pelantikan tersebut.
Selain Azhar dan Azalina, defendan lain yang membantah adalah
Timbalan Speaker Mohd Rashid Hasnon dan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam
Mydin Bacha Mydin.
Antara lain, tuntutan itu bertujuan mendapatkan
kesahihan pelantikan Azhar dan Azalina sebagai speaker dan timbalan
speaker, tetapi tidak ditujukan kepada jawatan Rashid sebagai sebagai
timbalan speaker.
Pada 23 Julai, lima plaintif - Ahli Parlimen
Langkawi Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen
Simpang Renggam Maszlee Malik, Ahli Parlimen Kubang Pasu Amiruddin
Hamzah, dan Ahli Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh - memfailkan saman pemula.
Kelima-lima
plaintif menuntut pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Azhar dan
Azalina tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan
Dewan Rakyat.
Mereka juga meminta pengisytiharan mahkamah bahawa
berikutan kekosongan jawatan speaker yang sebelumnya disandang oleh
Mohamad Ariff Md Yusof, semua anggota parlimen mesti diberi peluang
untuk menamakan calon bagi jawatan tersebut.
Kelima-lima plaintif
juga mahukan pengisytiharan bahawa jawatan speaker dan timbalan speaker
Dewan Rakyat masih kosong sejak 13 Julai.
Sementara itu, Bernama
melaporkan Hakim Ahmad Kamal berkata setelah meneliti hujahan lisan dan
bertulis daripada kedua-dua plaintif dan defendan, beliau mendapati
bahawa pelantikan Azhar dan Azalina adalah sah dan tidak boleh diadili
atau dihakimi oleh mahkamah.
“Permohonan defendan pertama
(Azhar), kedua (Azalina), ketiga (Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid
Hasnon) dan keempat (Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin)
untuk membatalkan saman pemula dibenarkan.
"Berikutan keputusan
itu mahkamah tidak menetapkan sebarang kos selepas berpuas hati isu
yang dibangkitkan itu adalah melibatkan kepentingan awam," katanya.
Ahmad
Kamal dalam penghakimannya berkata pada pandangannya permohonan saman
dan bukti afidavit menunjukkan bahawa Mohamad Ariff Md Yusof telah
digugurkan daripada jawatannya sebagai speaker dengan keputusan dan usul
yang dibuat oleh Dewan Rakyat.
"Pada peringkat lain persidangan
Dewan Rakyat pada hari itu Azhar dan Azalina terpilih menjadi speaker
dan timbalan speaker melalui usul yang dibawa dan disahkan oleh Dewan
Rakyat," katanya.
Hakim itu berkata bahawa artikel 57 Perlembagaan
Persekutuan secara jelas memperuntukkan bahawa Parlimen yang
menentukan penyingkiran dan pemilihan speaker dan timbalannya.
"Saya
berpandangan bahawa segala isu atau permasalahan yang berkaitan dengan
pemecatan dan pelantikan speaker dan timbalan speaker harus diteliti,
dibahas dan diselesaikan di Parlimen. Parlimen mempunyai bidang kuasa
eksklusif berhubung perkara itu dan ia mempunyai hak mutlak untuk
mengawal prosiding sendiri.
“Sesungguhnya keputusan Parlimen pada
13 Julai 2020 untuk menggugurkan Tan Sri Ariff sebagai speaker dan
melantik Azhar dan Azalina sebagai speaker dan timbalan speaker baharu
adalah muktamad," katanya.
Jika Umno akhirnya terpaksa membawa haluan sendiri menjelang pilihan
raya umum (PRU) ke-15 nanti, ia bukanlah masalah, kata Pengerusi Lembaga
Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
“Mengapa tidak?” katanya ketika disoal berkenaan kemampuan Umno untuk bergerak sendiri, tanpa penyertaan Bersatu dan PAS.
“Kita
biasanya bergerak sendiri atas dasar yang ditentukan oleh BN. Dan
segala bentuk tindakan kita merupakan bentuk berkebangsaan”.
Dengan
sikap PAS yang semakin dilihat ‘menyebelahi’ Bersatu berbanding Umno,
akui ahli parlimen Gua Musang itu, ia mungkin boleh menjejaskan peluang
Umno untuk kembali mengetuai kerajaan pusat.
“Tetapi kena ingat,
sebelum ini pun kita tak bergantung kepada mereka. Kita bertanding, atau
menghadapi pilihan raya umum (PRU) sebagai BN. Dan kita menang banyak
kerusi.
“Di sebelah selatan, tengah, Pantai Barat pun kita menang.
"Ini kekuatan yang telah dibuktikan oleh kita dalam PRU yang sudah-sudah,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di rumahnya di ibu negara semalam.
Katanya, meskipun menyokong kerajaan PN, Umno bukan anggota PN.
Malah,
tambahnya, kekuatan Umno melebihi parti-parti lain jika diukur daripada
segi perwakilan kerusi parlimen, jumlah keahlian, dan sokongan akar
umbi.
Hanya saja, Umno perlu memilih calon PRU-15 yang boleh
diterima masyarakat iaitu calon yang tidak banyak masalah, serta
bertanggungjawab untuk memberikan segala khidmat dan bantuan kebajikan
kepada rakyat, lebih-lebih lagi ketika negara berperang dengan Covid-19.
Pada PRU-14 lalu, Umno menang 54 kerusi parlimen, namun hilang
banyak kerusi apabila ahli-ahlinya lompat parti menjadi ahli Bersatu
yang diasaskan beberapa bekas pemimpin kanan Umno.
Kini mereka memegang 38 kerusi.
Umno
mula bersekutu dengan Bersatu apabila parti serpihannya itu keluar
daripada PH hujung Februari lalu dan membentuk kerjasama dengan
parti-parti lain - termasuk Umno dan PAS - bagi menumbangkan kerajaan
PH, bawah payung PN.
Namun,
kerjasama dua parti itu menempuh jalan sukar apabila ada sebahagian
pemimpin Umno mendakwa parti mereka dianaktirikan bawah pentadbiran
presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, malah tidak kurang juga yang
menggesa ahli Umno menarik balik sokongan kepada perdana menteri.
Siri kekecewaan terbaru Umno ialah apabila syarat yang dikemukakan untuk menyokong Belanjawan 2021 - pengeluaran i-Sinar KWSP dan moratorium automatik - dikatakan dikompromi oleh kerajaan PN.
Gabungan
PN didaftar pada 7 Ogos, membabitkan Bersatu, Umno, Parti Solidariti
Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP), manakala piagam MN
yang dimeterai Umno dan PAS pada 14 Sep 2019 pula, sedang dalam fasa
untuk merasmikan kerjasama.
Namun, kata Tengku Razaleigh, sama
ada Umno akan bekerjasama bersama dengan PAS dalam MN atau turut bersama
Bersatu menjelang PRU-15, adalah hal yang belum dimuktamadkan.
“Lagipun
kita tak tahu sama ada dalam bentuk itu (kerjasama dengan PAS) boleh
diterima oleh masyarakat umumnya,” katanya yang menyifatkan Umno bawah
BN sebagai parti yang bersifat kebangsaan dan tidak mengamalkan sikap
perkauman.
“Kerana kita selama ini pun menayangkan kedudukan kita
sebagai satu parti dan satu gerakan kebangsaan, yang mewakili semua
kaum, semua pihak dalam gerakan kita.
“[...] Jadi pada masa ini kita serah kepada pemimpin untuk menentukannya,” katanya.
Setiausaha
Agung BN Annuar Musa beberapa hari lalu berkata rundingan agihan kerusi
antara Umno dan PAS di bawah MN sudah mencapai tahap 60 ke 70 peratus,
tetapi rundingan terperinci belum dimulakan dengan Bersatu.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar PRU segera selepas Covid-19 terkawal, dan pendirian itu nampaknya turut dikongsi oleh Muhyiddin.
Semalam The Edge Malaysia
melaporkan mengenai mereka mendapat beberapa dokumen termasuk minit
mesyuarar PRASARANA yang dipengerusikan oleh DS Tajuddin Rahman.
Beberapa keputusan dilihat sangat drastik dan boleh mengundang
pertikaian ialah antaranya Prasarana harus mengeluarkan RM80juta bagi
tujuan menamatkan Perjanjian Pembangunan Tanah Bersama (JLDA). Lebih
menarik ialah ia turut melibatkan syarikat yang mana isteri dan anak
pengerusi Prasarana itu terbabit sebagai lembaga pengarah.
Persoalan
timbul jika syarikat gagal kenapa bayar pampasan ..... ambil alih
sahajalah atas alasan GAGAL ! Prasarana nak ambil alih tanah milik
Prasarana yang gagal dibangunkan oleh kontraktor terpaksa bayar ?!?!?!
Selain
itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana juga dikatakan digantung
kerana ada kaitan mengenai ketidak persetujuan dia mengenainagihan
projek. Juga untuk makluman semua selepas lantikan Pengarah Pilihanraya
Umno itu sebagai Pengerusi Prasarana beberapa tender terbuka yang telah
diperingkat akhir proses telah dibatalkan prosesnya, dan ditender semula
oleh syarikat baru secara tiba tiba.
Sebelum ini keluarga Tajuddin pernah didedahkan dan dikaitkan dengan projek mewah berkaitan UiTM Tapah sebelum PRU lepas.
Tajuddin
wajib tampil memberi penjelasan... dan jika ia fitnah wajib saman The
Edge Malaysia jika tidak dia wajar berundur ... dan SPRM wajib buka
siasatan. MINDA RAKYAT