HALAMAN SANTAI
Khamis, 28 Februari 2019
Anwar sahkan Shafie Apdal menyokong usaha menjatuhkan Dr Mahathir (bersama video)
Mengapa Bersatu masuk ke Sabah terjawab apabila Anwar mengesahkan telah mendapat sokongan Shafie Apdal dan Warisan. Dr Mahathir yang mempunyai sumber maklumat pasti telah menghidu lebih awal pemimpin yang mengkhianatinya.
Tular menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial hari ini, rakaman suara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menerusi rakaman suara yang berdurasi 1 minit itu, Anwar memaklumkan sudah berunding dengan Dato’ Seri Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan bahawa beliau akan menyokongnya.
“Saya bercakap dengan Shafie baru-baru ini dia beritahu saya apa yang Tun buat di Sabah memberi kelebihan kepada kita, Shafie confirm, confirm solid dengan kita”. katanya.
Sementara itu portal Malaysia-today.net melaporkan rakaman audio itu sebagai Anwar Ibrahim Kantoi: Langkah Menjatuhkan Mahathir Sudah Bermula.
Sebelum ini PAS mendakwa terdapat usaha undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir yang mahu menyegerakan usaha Anwar sebagai Perdana Menteri.
Tidak menghairankan jika Dr Mahathir telah menghidu kegiatan Shafie Apdal lebih awal dan membuat keputusan Bersatu masuk ke Sabah bagi mengurangkan kekuatan Shafie dan Warisan di Sabah.
[http://sabahkini2.com/en/news/1706/video-anwar-sahkan-shafie-apdal-menyokong-usaha-menjatuhkan-dr-mahathir-/view]
LIHAT VIDEO DI SINI
Anwar Lancar 1.4 Juta sempena PRK Semenyih
1) Dulu isu 90juta pun kata ada bukti bagai. Siap ada salinan cek, siap ada yang lihat dengan mata kepala sendiri lagi. SPRM kata tak ada transaksi 90juta dalam akaun PAS. Maka isu 90juta jadi hambar.
2) Tapi PAS mesti diganggu dengan isu duit sepanjang masa. Timbul pula isu 1.4juta. Secara rasminya, isu 1.4juta dilancarkan malam tadi oleh DS Anwar. Method biasa, cakap saja ada bukti, tapi jangan tunjuk.
3) Kalau PAS bengang, suruh PAS saman. Kita tau, PAS tak ada duit nak saman. Saman sekerat saja, lepas tu tarik balik selesai luar mahkamah. Mahacai kita boleh galak serang PAS lagi.
4) Lepas tu SPRM kata tak ada transaksi 1.4juta dalam akaun PAS. Maka selepas itu isu 1.4juta pun jadi hambar. Tapi PAS mesti diganggu lagi dengan isu duit sepanjang masa. Akan timbul pula isu juta-juta yang lain pula. Supaya mahacai kita tidak ketandusan peluru untuk menyerang PAS.
5) Isu juta-juta juga kita kata ada bukti, tapi macam biasa, jangan tunjuk. Kalau PAS bengang, PAS akan saman sekali lagi. Macam biasa, PAS tak ada duit. Mungkin sekerat jalan saja saman, lepastu selesai luar mahkamah. Mahacai kita boleh serang PAS lagi.
6) Lepas tu SPRM kata tak ada transaksi juta-juta dalam akaun PAS. Maka selepas itu isu juta-juta pun jadi hambar. Tapi PAS mesti diganggu lagi dengan isu duit sepanjang masa. Akan timbul pula isu juta-juta-juta yang lain pula. Supaya mahacai kita tidak ketandusan peluru untuk menyerang PAS.
7) Isu juta-juta-juta juga kita kata ada bukti, tapi macam biasa, jangan tunjuk. Kalau PAS bengang, PAS akan saman sekali lagi. Macam biasa, PAS tak ada duit. Mungkin sekerat jalan saja saman, lepastu selesai luar mahkamah. Mahacai kita boleh serang PAS lagi.
8 ) Lepas tu SPRM kata tak ada transaksi juta-juta-juta dalam akaun PAS. Maka selepas itu isu juta-juta pun jadi hambar. Tapi PAS mesti diganggu lagi dengan isu duit sepanjang masa. Akan timbul pula isu juta-juta-juta-juta yang lain pula. Supaya mahacai kita tidak ketandusan peluru untuk menyerang PAS.
9) Sampailah PRU15. Orang PAS letih dengan isu juta-juta-juta-juta. Usrah pun tak ikut. Asyik main FB nak lawan mahacai. Program parti pun hidup segan mati tak mau. Sebab asyik nak layan isu juta-juta-juta-juta.
10) Daftar pemilih pun baru nak buka balik buku. Dah terlambat. Selama ini sibuk melayan mahacai dan isu-isu panas pasal duit, lupa daftar pemilih. Sembang dapat ahli baru mengalahkan AMANAH. Tapi yang daftar pemilih tak banyak. Maka PRU15 pun masih sama juga, kita akan terus menang.
'Ini bukan rasuah, ini hanya janji'
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Banyak janji Pakatan Harapan (PH) kepada pengundi Semenyih dalam tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun tersebut.
Justeru, bagi Naib Presiden PAS, untung jika ada PRK setiap minggu kerana banyak projek ditabur.
“Menteri datang secara kebetulan, bukan kerana PRK. Baru best. Ini bukan rasuah, ini hanya janji,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Kelmarin, media melaporkan Kerajaan Selangor akan mengumumkan satu projek besar untuk penduduk Semenyih tidak lama lagi.
Bagaimanapun, menurut Menteri Besar,
Amirudin Shari pengumuman itu tidak boleh dilakukan sekarang bagi
menjaga etika pilihan raya.
Pada minggu lalu, Ketua Pemuda Umno
Negeri Sembilan, Mohd Zaidy Abdul Kadir telah membuat laporan polis atas
dakwaan cubaan membeli undi di Semenyih oleh PH melalui pemberian
hamper dan tawaran baik pulih rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat
Termiskin.
“Manifesto, bukan kitab suci. Masihkah engkau ingat,” kata Ustaz Idris. – HARAKAHDAILY
Dana RM90 juta: Mana maruah PAN
MUHAMMAD ARIF ISMAIL
Sedangkan pada 9 Februari 2017 Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Dato’ Husam Musa dilapor menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.
Anggota Exco kerajaan negeri Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, penjelasan SPRM menjelaskan situasi sebenar politik murahan pemimpin PAN.
Katanya, dakwaan itu dijaja sejak sekian lama bagi mencacat PAS pada pandangan masyarakat.
“Kini tohmahan liar tersebut sudah terjawab. Di mana maruah pemimpin PAN dan Pakatan Harapan yang berhempas pulas memfitnah PAS sebelum ini,” katanya selepas menerima kunjungan tiga peserta 'Gi Mekoh Nga Motor' di pejabatnya petang semalam.
Peserta terbabit Diami Yusoff, Mohamad Fadhli Ab Rashid dan Mohd Zalani Zulkifli mencatat sejarah menunggang motosikal kapcai menunaikan umrah Januari lepas.
Pada Ahad lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull mengesahkan tiada kemasukan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun PAS seperti yang didakwa pihak tertentu. - HARAKAHDAILY

FGV rugi RM1 bilion
KUALA LUMPUR- FGV Holdings Berhad mencatatkan kerugian sebelum zakat dan cukai sebanyak RM1 bilion bagi keseluruhan tahun kewangan 2018 berakhir Disember lalu berbanding keuntungan RM403 juta yang direkodkan pada tahun kewangan lepas.
Dalam kenyataannya, syarikat peladangan sawit terbesar negara itu berkata, kerugian itu disumbangkan terutamanya oleh susut nilai dan peruntukan (provision) berjumlah RM1.038 bilion.
Penurunan harga purata minyak sawit mentah (MSM) pada tahun kewangan 2018 memburukkan lagi prestasi kewangan FGV dari segi operasi dan keuntungan.
Bagi suku keempat 2018, FGV merekodkan kerugian sebelum zakat dan cukai sebanyak RM139 juta akibat susut nilai dan peruntukan berjumlah RM240 juta.
Tanpa susut nilai dan peruntukan, FGV merekodkan keuntungan sebelum zakat dan cukai berjumlah RM101 juta bagi tempoh berkenaan, merosot berbanding keuntungan RM253 juta yang direkodkan suku sebelumnya.
Perolehan bagi suku keempat juga menyusut sejajar dengan penurunan harga minyak sawit mentah (MSM) kepada RM3.2 bilion berbanding RM4.3 bilion pada suku keempat 2017.
Prestasi kewangan FGV terjejas akibat kejatuhan 24.6 peratus harga MSM kepada purata RM2,053 se tan metrik bagi suku keempat 2018 berbanding RM2,723 se tan metrik pada tempoh sama tahun 2017.-MalaysiaGazette
Lamanya Saifuddin buat kajian kos sara hidup – Najib
Ini kerana, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tugas itu dilakukan terlebih dahulu oleh Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan mereka mendapati kos menjalankan perniagaan di Malaysia meningkat sehingga 10 peratus selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan.
“Tepukkkk. SST naikkan kos sebanyak 10 peratus.
“Lama juga Saifuddin Nasution buat kajian kos sara hidup.
“Belum siap-siap lagi rasanya.Ini, orang lain dah buat kerja dia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Tambah beliau, dapatan kajian itu terbukti SST meningkatkan kos, selain mengakibatkan pendapatan negara hilang berpuluh bilion.
Malah, dalam masa yang sama tidak memberikan manfaat kepada rakyat.
Presiden FMM, Datuk Soh Thian Lai berkata, kira-kira 85 peratus pengilang Malaysia terpaksa menghadapi peningkatan kos pengeluaran disebabkan oleh SST pada separuh kedua 2018.
Kajian ini ditepis oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini dan mempersoalkan adakah kaji selidik yang dijalankan oleh FMM dan MIER itu itu benar-benar mempunyai kaitan langsung dengan pelaksanaan SST atau dipengaruhi faktor lain.
Pada 24 Januari yang lalu, Saifuddin memaklumkan bahawa kementeriannya telah memulakan kajian lebih komprehensif mengenai punca peningkatan kos sara hidup dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.
Katanya, Jemaah Menteri mengakui terdapat enam komponen menyumbang kepada beban hidup rakyat iaitu makanan, perumahan. kos utiliti, pengangkutan, kesihatan dan pendidikan.-MalaysiaGazette
DAP kutuk penghina agama
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti itu sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan dan pihak berkuasa jika ada dalam kalangan ahli atau penyokongnya didapati bersalah menghina agama lain.
“Kita tidak pernah mendokong perbuatan seperti ini.
“Malah, kita turut mengecam jika ada individu tidak bertanggungjawab mencetuskan isu perkauman dengan menghina mana-mana agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia,” katanya ketika ditanya wartawan selepas majlis penyerahan cek kepada Yayasan Restu di Kompleks Nasyrul Quran di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan seorang individu bernama Foo Sing Wai yang kini didakwa di mahkamah atas pertuduhan menghina Nabi Muhammad dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah dalam akaun Facebooknya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Guan Eng memberitahu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa menyokong program menyebar dan menegakkan syiar Islam.
Sebagai bukti, katanya, kementeriannya meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Restu untuk pengurusan mencetak dan menyebar nashkah al-Quran untuk keperluan tempatan dan dunia.
“Saya harap Kompleks Nasyrul Quran ini dapat mencetak jumlah nashkah al-Quran mengikut yang ditetapkan,” katanya. – MalaysiaGazette
Anthony tunjuk bukti isteri dapat jemputan duduk dalam mesyuarat
Bukti itu perlu dikemukakan bagi memastikan Anthony Loke tidak berbohong apabila menyatakan isterinya telah dijemput bersama hadir dalam mesyuarat berkenaan.
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa sepanjang pengalamannya berurusan dengan negara China, belum pernah dan tidak mungkin isteri menteri dijemput untuk menghadiri mesyuarat formal yang melibatkan urusan dua negara.
Lazimnya, menteri Malaysia yang menentukan siapakah pegawai yang layak menghadiri mesyuarat rasmi dengan nasihat Wisma Putra.
“Kalau dikatakan Menteri China, Li Xiaopeng yang menjemput isteri Anthony Loke untuk hadir di mesyuarat tersebut, saya memang syak dan menganggap ianya satu pembohongan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Pengangkutan Malaysia.
“Jika penjelasan Anthony benar, ini pasti mencipta satu sejarah penting yang mengagumkan kerana belum ada isteri menteri Malaysia sebelum ini diundang khas untuk menyertai mesyuarat dua hala.
“Maka YB Menteri diseru untuk menunjukkan surat jemputan rasmi dari Menteri China yang dituju khas kepada isteri Anthony. Ada tak?
“Kalau tak dapat tunjukkan bukti, maka kenyataan Anthony semalam sah 100% tipu serta mencemar reputasi dan menjejaskan kewibawaan kepimpinan kerajaan China yang diterajui Presiden Xi Jinping, jangan main-main!,” tegasnya dalam hantaran terbaharu di Facebook.
Tambah Presiden MCA itu, adalah perkara biasa jika isteri menteri dijemput hadir ke jamuan makan malam oleh tuan rumah.
Namun, bukan membawa isteri masuk ke dalam mesyuarat rasmi kerana ia melanggar prosedur standard, norma dan etika kerja kerajaan.
Katanya, hanya mereka yang diberi kuasa/bertauliah seperti menteri, pegawai-pegawai Kementeriannya dan Wisma Putra sahaja yang berhak mewakili Malaysia.
“Semua Menteri perlu mengangkat sumpah menyimpan rahsia dan para pengawai tertakluk kepada sumpah jawatan dan juga tertakluk kepada OSA (Akta Rahsia Rasmi). Hasil perbincangan itu adalah RAHSIA, tidak boleh dizahirkan kepada sesiapa. Faham tak YB Anthony?,” ujarnya.
Ka Siong juga menempelak Anthony yang disifatkan sebagai angkuh dan enggan menerima teguran apabila Menteri Pengangkutan itu berkata, pendedahan oleh MCA sebagai meraih publisiti murahan. – MalaysiaGazette
ISYARAT PH BAKAL TEWAS DI SEMENYIH?
Wartawan Watan-Online
Reaksi spontan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang terdiam ketika diajukan mengenai peluang Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Semenyih menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak terjawab.
Mohd Redzuan dilihat terdiam sekurang-kurangnya selama 15 saat sebelum memberitahu beliau yakin dengan kemenangan PH.
“Jika sebelum ini saya berasa kurang yakin tetapi sekarang ini saya yakin yang kita akan menang di Semenyih,” katanya ketika menjawab soalan yang diajukan oleh moderator dalam program Bicara Minda di Selangor pada Selasa.
Walaubagaimanapun Redzuan yang juga Menteri Pembangunan Usahawan tidak menghuraikan mengenai asas kepada keyakinan beliau terhadap kemenangan PH di PRK Semenyih.
Ketika ditanya mengenai peluang kemenangan PH di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang dijangka bakal berlaku, Redzuan mengakui tidak dapat memberikan jawapan tepat buat masa ini.
“Banyak faktor perlu dinilai, soal siapa calon dan sebagainya dan tentu sekali pihak lawan ada senjata mereka, begitu juga kita tetapi ada baiknya kita perlu berhati-hati dalam memberi kenyataan,” katanya yang turut memberi alasan beliau belum sempat membuat penilaian terperinci mengenai perkara tersebut.
PRK RANTAU: PAS BERI LALUAN KEPADA UMNO?
Wartawan Watan-Online
PAS Negeri Sembilan dijangka sekali lagi memberi laluan kepada calon UMNO yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau tidak lama lagi.
Pemangku Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha berkata memperlihatkan kepada kerjasama kedua-dua parti pada ketika ini, PAS juga akan turut menyokong calon UMNO di PRK Rantau.
“Seelok-eloknya calon UMNO yang bertanding kerusi ini dan kita akan berikan sokongan.
“Bagaimanapun, kita tunggu keputusan muktamad dan arahan yang akan dibuat oleh kepimpinan PAS pusat,” katanya sebelum menambah pihaknya yakin penyandang kerusi tersebut selama tiga penggal, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi berkenaan dalam PRK tersebut.
Rafiei berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis terhadap dua pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Islam dan Islam dan Nabi Muhammad SAW di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, pada Rabu.
Senarai viral undi tidak percaya pada PM hanya agenda politik pembangkang – Liew
THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong menyifatkan ura-ura akan ada undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sesi Parlimen yang akan bermula 11 Mac ini, sebagai agenda politik pembangkang yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.
Menurut beliau, senarai ‘101 anggota Parlimen yang menyokong
perdana menteri meletak jawatan’ yang tular di media sosial itu juga
hanya satu spekulasi untuk mengelirukan rakyat serta menjatuhkan moral
dan imej kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Vui Keong yang dihubungi Bernama berkata, beliau yakin tiada usul
undi tidak percaya yang akan dikemukakan oleh mana-mana pihak dalam
Dewan Rakyat terhadap Dr. Mahathir yang telah diberikan mandat
sepenuhnya oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu untuk
menerajui kerajaan PH.
“Saya yakin semua Anggota Parlimen daripada PH termasuk Anggota
Parlimen Warisan yang berjumlah 135 orang daripada keseluruhan 222
Anggota Parlimen, akan terus memberi sokongan penuh kepada Dr. Mahathir
sebagai perdana menteri kita,” katanya.
Baru-baru ini tular senarai 101 Anggota Parlimen dari seluruh
negeri yang didakwa akan menyokong desakan undi tidak percaya terhadap
Dr. Mahathir.
Menjelaskan mengenai usul tidak percaya, Vui Keong yang merupakan
Anggota Parlimen Batu Sapi berkata, sekiranya ada yang mengemukakan usul
berkenaan, maka terpulang kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk
mempertimbangkan sama ada usul itu diterima atau tidak untuk dibahaskan
dalam Dewan.
“Sekiranya usul tersebut diterima oleh pihak Parlimen mengikut
peruntukan dalam Standing Orders (Peraturan Mesyuarat) Dewan Rakyat,
Speaker akan menyuruh Anggota Parlimen untuk berbahas dan selepas itu
undi,” katanya.
Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 (4) memperuntukkan, jika
seseorang Perdana Menteri itu tidak lagi mendapat sokongan majoriti
daripada Anggota Parlimen, beliau perlu meletak jawatan, melainkan jika
atas permintaannya, Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen.
Persidangan Dewan Rakyat akan bersidang untuk pertama kali tahun ini bermula 11 Mac sehingga 11 April.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah dijadualkan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat
Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 pada 11 Mac ini.–Bernama
Bomba berjaya padam 70 peratus kebakaran hutan di Gebeng
THE MALAYSIAN TIMES
KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berjaya memadamkan 70 peratus daripada 60 hektar kawasan kebakaran hutan di kawasan perindustrian Gebeng di sini yang berlaku sejak Isnin lepas.
Pengarahnya Nor Hisham Mohamad berkata strategi membina empangan dan menaikkan paras air di kawasan kejadian, berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan lain sekaligus membantu bomba memadam kebakaran.
“Strategi awal mengepung api di dalam petak utama dan melakukan pembanjiran menyeluruh di kawasan hutan nampaknya berkesan dalam memadam kebakaran yang memasuki hari keempat pada hari ini,
“Kita menggunakan kombinasi taktikal iaitu menaikkan paras air secara menyeluruh dengan membina empangan selain pemadaman secara terus oleh anggota,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Nor Hisham berkata penggunaan dua pam berkapasiti tinggi termasuk satu yang dipinjam daripada JBPM Terengganu sejak semalam, memastikan bekalan air dapat diperoleh daripada dua tasik di hutan tersebut.
“Dua pam ini membantu kita meningkatkan paras air memandangkan ada di antara kawasan terlibat mempunyai bekalan air yang terlalu rendah sehingga menyulitkan kerja memadam api,” katanya.
Nor Hisham menambah operasi hari ini melibatkan 44 pegawai dan anggota bomba termasuk 30 sukarelawan Gebeng Emergency Mutual Aid (GEMA) yang terdiri daripada kilang utama di sini iaitu KANEKA Malaysia, Lynas Malaysia Sdn Bhd, dan Petronas Chemical MTBE Sdn Bhd selain dibantu oleh kilang Alliance Steel (M) Sdn Bhd.–Bernama
Caj kesesakan, tol percuma: Apa kata orang ramai?
Cadangan Pakatan Harapan (PH) untuk menggantikan tol di empat lebuh raya dengan caj kesesakan serta pemberian tol percuma antara jam 11 malam hingga 5 pagi mengundang pelbagai reaksi khususnya di kalangan pengguna jalan raya.
Namun rata-rata yang ditemui Malaysiakini berpendapat paling penting bagi kerajaan pada masa ini adalah mencari mekanisme bagi memperbaiki mutu pengangkutan awam.
Bagi Ariff Karim, 27 dia bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengenakan caj kesesakan terutama di waktu puncak.
Ini katanya dapat menggalakkan pengguna lebuh raya, khususnya di Lembah Klang beralih kepada pengangkutan awam.
“Pada waktu puncak, kalau tak nak redah kesesakan mahupun bayar tol, naiklah pengangkutan awam,” katanya kepada Malaysiakini.
Kakitangan swasta itu juga percaya kemudahan pengangkutan awam di negara ini sedang menunjukkan perkembangan positif dan lebih mudah untuk diakses berbanding dahulu.
Lee Jia Yi, 23 turut bersetuju dengan langkah kerajaan mengekalkan kadar tol pada waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan walaupun mengakui dia sendiri terkesan dengan mekanisme baru itu.
“Saya setuju kerana jika dibandingkan dengan negara luar, kadar tol yang dikenakan di negara kita adalah berpatutan.
"Ketika saya menetap di Jepun, harga tol sangat mahal. Jadi saya berpendapat harga yang dikenakan tidaklah terlalu membebankan rakyat,” Ujarnya.
Bagaimanapun menurutnya, kerajaan perlu menambah baik sistem pengangkutan awam bagi mengurangkan jumlah kenderaan dan seterusnya mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Berbeza dengan Ali Amir, 27 dia tidak bersetuju dengan mekanisme caj kesesakan yang diperkenalkan kerajaan untuk mengurangkan kesesakan.
Ahli perniagaan itu sebaliknya mencadangkan kerajaan memfokuskan usaha penambahbaikan pengangkutan awam.
Mengenai tol percuma antara jam 11 malam hingga 5 pagi pula, Ali mempersoalkan berapa ramai pengguna jalan raya mendapat manfaat daripada mekanisme baru itu dan sama ada ia berjaya mensasarkan golongan berpendapatan rendah (B40).
“Adakah golongan B40 menggunakan lebuh raya yang terlibat pada jam tersebut?" soalnya sambil menyarankan agar kerajaan mengkaji semula mekanisme tersebut.
Seorang lagi pengguna jalan raya, Fadhil Abdullah berkata adalah lebih adil sekiranya lebih banyak tol dimansuhkan.
Beliau yang keluar bekerja menggunakan Lebuh Raya Kajang Silk mengakui terbeban dengan kadar tol sedia ada.
“RM 1.80 sen satu hala, balik dah RM 3.60 sen. Hari-hari keluar dah berapa kena bayar tol?” ujarnya yang tidak berpuas hati dengan kadar tol dikenakan pada masa ini.
Santhi Mithun, 36 pula berpendapat kesesakan tetap akan berlaku meskipun caj kesesakan dikenakan, terutamanya di laluan alternatif
Keadaan ini katanya disebabkan pemandu ingin mengelak daripada membayar harga tol.
Santhi yang bertugas sebagai jurutera berkata mekanisme itu tidak adil kepada pengguna jalan raya yang majoritinya keluar bekerja pada syif biasa.
Menurutnya apabila sesuatu dasar diperkenalkan, ia haruslah berpihak kepada kumpulan yang lebih besar berbanding minoriti.
Selain itu terdapat juga pengguna tidak pasti keberkesanan dasar baru tersebut seperti Iklil Fatihah Kamal Redzuan, 25.
Pelajar IPT tempatan itu juga mencadangkan diskaun 30 peratus turut diberikan pada waktu puncak.
"Saya
cadangkan agar kerajaan lanjutkan tempoh tol percuma sehingga jam 7.30
pagi untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin ke tempat kerja pada
awal pagi," katanya.
Kerajaan baru-baru ini
mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk
mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mana syarikat itu memiliki
pegangan majoriti.
Sebagai
ganti, caj kesesakan akan diperkenalkan iaitu caj yang sama dengan kadar
tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari.
Sementara itu kadar tol dihapuskan pada waktu “off-peak” antara jam 11 malam dan 5 pagi.
Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.
Ismail Sabri jadi Ketua Pembangkang?
MALAYSIA GAZETTE
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kedudukan Ahmad Zahid sebagai Ketua Pembangkang akan dikembalikan sekiranya beliau pulang untuk meneraju UMNO.
Katanya, UMNO telah bermesyuarat dan bersetuju mencalonkan Ismail Sabri sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.
“Mesyuarat Barisan Nasional (BN) akan diadakan selepas ini untuk perbincangan seterusnya.
“Selepas kelulusan BN, kami akan berbincang dengan Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memuktamadkan calon kami,” katanya kepada Sinchew Daily.
Pas dilaporkan bersetuju memberi laluan kepada UMNO, yang merupakan parti pembangkang dengan jumlah Ahli Parlimen terbanyak, untuk menentukan calon Ketua Pembangkang Parlimen.
Pas pandang serius kenyataan Nazri
Ketua Penerangan Pas Malaysia, Nasrudin Hassan yang memandang serius perkara itu berkata, sekarang bukan masa untuk mana-mana pemimpin bercakap mengenai sekolah aliran, sebaliknya memberi tumpuan kepada agenda perpaduan rakyat dan mengurangkan pergeseran kaum yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.
“Politik pasca PRU14 harus mengekalkan kerukunan persefahaman yang didasari daripada semangat pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan.
“SJK telah lama ditubuhkan di Malaysia, malah setiap tahun kerajaan memperuntukan sejumlah dana bagi membantu keperluan sekolah,” katanya kepada media
Beliau berkata, kedudukan SJK yang telah lama beroperasi dan semakin berkembang perlu dianggap sebagai sebahagian daripada sekolah bantuan kerajaan dan ia perlu ditambah baik serta dipantau dari semasa ke semasa.
Perkara paling asas, setiap SJK perlu mempunyai piawaian yang tinggi dalam penguasaan bahasa kebangsaan, selain perlu dijadikan satu indeks pencapaian yang utama.
Setiap pelajar SJK mesti fasih berbahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu termasuk menulis dan membaca kerana penguasaan Bahasa Melayu penting kerana ia identiti rakyat Malaysia.
Malang, sekiranya rakyat Malaysia tidak mahir berbahasa Melayu,” katanya
Lagipun, katanya, perkara itu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi teras kepada penggubalan Dasar Pendidikan Negara dan Akta Pendidikan 1996.
Tambahnya, sistem Pendidikan Kebangsaan yang telah diselaraskan memperuntukan secara jelas bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dan kurikulum serta peperiksaan juga mestilah sama. – MalaysiaGazette
Kita kempen guna gear enam – Aiman
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih itu berkata, jentera parti gabungan itu telah memulakan gerak kerja di tahap gear enam bagi memastikan beliau mengekalkan kerusi DUN Semenyih.
“Saya akan terus berkempen seperti biasa dah lebih hebat lagi.
“Kalau ada gear enam pun kita akan buat,” katanya kepada media dalam kempen di Kampung Baru Semenyih pagi tadi.
Beliau ditemani Ketua Wanita PH, Zuraida Kamaruddin dan barisan wanita gabungan itu dengan mendekati masyarakat Cina di kawasan berkenaan.
Tambah Aiman, kesemua 23 Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan itu telah dikunjungi beliau bersama jentera.
“Saat akhir ini penting kerana rakyat mula nampak apa yang kita nak beri kepada rakyat.
“Hingga 2 Mac nanti rakyat akan terjemahkan dalam kertas undi,” katanya lagi.
PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PH, Muhammad Aiman Zainali; Zakaria Hanafi (BN); Kuan Chee Heng (Bebas) dan Nik Aziz Afiq Abdul daripada PSM.
Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada Bersatu yang mewakili PH pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH merampas Semenyih daripada BN dengan majoriti 8,964 undi.
Daripada 23 PDM di DUN Semenyih, PH menang 13 manakala BN 10. -MalaysiaGazette
Menteri cadang ceramah lesen memandu diterap di sekolah saja
Menteri Pengangkutan Anthony Loke mencadangkan supaya ceramah enam jam yang dihadiri sebelum mengambil lesen memandu diterapkan melalui kurikulum sekolah pada tingkatan 4.
Loke berkata, jika ia boleh dilaksanakan, maka pelajar tingkatan 4 yang mengikuti program keselamatan jalan raya di sekolah itu tidak perlu menghadiri ceramah enam jam tersebut.
"Saya fikir macam mana kita boleh menginovasikan polisi. Kalau ceramah ini boleh diterapkan dalam kurrikulum sekolah, ini memberikan satu yang menarik kepada pelajar-pelajar kita.
"Supaya dia tak letih duduk enam jam belajar dan memang enam jam tu nak ingat, faham semua, memang tak praktikal dan memang (menghadiri ceramah) enam jam itu sesuatu yang diwajibkan," katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran modul pendidikan keselamatan jalan raya (PKJR) bagi sekolah rendah peringkat kebangsaan.
Modul PKJR setakat ini diajar secara penyerapan dalam subjek Bahasa Melayu di semua sekolah rendah mulai tahun 2007 lagi.
Dana RM90 juta: Takiyuddin beri keterangan kepada SPRM
MALAYSIAKINI
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan hari tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno.
Media melaporkan Anggota Parlimen Kota Bharu itu tiba di pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
“Ya, (Datuk) Takiyuddin tiba di SPRM jam 9.20 pagi tadi, untuk direkod keterangan berkaitan dakwaan RM90 juta,” kata sumber seperti dilaporkan Berita Harian.
25 Februari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull berkata bahawa tiada dana 1MDB dikesan dimasukkan ke dalam akaun rasmi PAS.
Beliau berkata hasil siasatan SPRM setakat ini tidak menemui sebarang bukti ada kemasukan dana RM90 juta yang didakwa sebelum ini.
Sejak siasatan SPRM bermula pada 6 Februari lalu, suruhanjaya itu telah mengambil keterangan anggota jawatankuasa pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas timbalan ppresiden Nasharudin Mat Isa.
Ia susulan laporan terhadap SPRM, selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyelesaikan samannya terhadap pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di luar mahkamah.

7 stadium bermasalah, pemain hoki beraksi dalam panas terik
MALAYSIAKINI
Perlawanan separuh akhir Piala TNB semalam terpaksa dilangsungkan di bawah panas terik di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur.
UniKL dan Maybank berentap pada jam 3 petang manakala Terengganu HT dan Tenaga Nasional pula bermain pada jam 5.
Pada jam 3 petang, perlawanan berlangsung ketika panas terik mencecah 36 darjah celcius.
Malah, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran gelombang haba dan dan Institut Sukan Negara(ISN) telah meminta atlet supaya berhati-hati.
Pun begitu, pemain yang terlibat semalam tidak meminta pengarah perlawanan Jusvir Singh menunda perlawanan bagi mengelakkan strok haba, lapor New Straits Times.
Menurut laporan harian berbahasa Inggeris itu, tujuh stadium hoki di seluruh Lembah Klang tidak dapat digunakan akibat tidak diselenggara dengan baik oleh pihak kontraktor.
Stadium-stadium tersebut dikatakan berdepan pelbagai masalah, antaranya berkaitan padang, pencahayaan dan sedang diselenggarakan.
“Rancangan asal adalah untuk melangsungkan perlawanan secara serentak di Stadium Tun Razak dan Stadium Tengku Abdullah di Bangi pada jam 5 petang.
“Namun ada pasukan yang ingin perlawanan diadakan di Ipoh dan Terengganu.
“Oleh kerana tiada kata sepakat yang dicapai, kami 3untuk menggunakan Stadium Tun Abdul Razak pada 3 tiga dan 5 petang untuk kedua-dua perlawanan tersebut,” Jasvir dipetik sebagai berkata.
Di akhir perlawanan, UniKL membenam Maybank 4-1 manakala Terengganu HT mengalahkan Tenaga Nasional 3-1.

Tolak Najib kerana 'tak malu' terhadap kemelut 1MDB, kata Nga
MALAYSIAKINI
PRK SEMENYIH l Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mahu pengundi Cina menolak bekas perdana menteri Najib Razak kerana ‘tidak tahu malu’ berhubung kegagalan 1MDB.
Beliau merujuk bagaimana Najib terus cuba meraih populariti menerusi di media sosial menggunakan slogan "Malu apa Bossku".
"Ini menakutkan. Kenapa saya katakan demikian? Slogannya ... malu apa bossku, saya rasuah malu apa, saya samun malu apa, saya rompak malu apa, saya rogol, malu apa?
“Jika ini menjadi nilai, pedoman hidup rakyat kita, mampuslah semua, betul tak?” katanya pada ceramah di Lembah Vista, Semenyih, yang dihadiri kira-kira 800 orang.
Nga kemudiannya memetik ajaran tradisional Cina yang menyaksikan kesusilaan dan kesopanan, keadilan, integriti dan maruah (rasa malu) dianggap sebagai empat tonggak sesebuah negara, yang mana menurutnya akan runtuh tanpa nilai-nilai itu.
Beliau berkata, Najib cuba menyemai "sikap tidak malu" terhadap kegagalan isu skandal 1MDB yang menyasikan RM2.6 bilion masuk ke akaun bank peribadinya.
"Dan ada orang Cina (anggota MCA) membantunya dengan memakai baju Bossku," kata timbalan Speaker Dewan Rakyat itu, yang menegaskan bahawa beliau bercakap atas kapasiti sendiri.

Keyakinan peniaga turun pada S1 tahun ini
Petunjuk keyakinan jatuh kepada 2.2 peratus pada suku tahun pertama 2019, menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Sektor industri, pembinaan dan perdagangan borong & runcit menjangkakan situasi perniagaan mereka merosot pada suku tahun pertama 2019 dengan petunjuk keyakinan masing-masing 3.6 peratus, 18.9 peratus dan 8.2 peratus.
Sementara itu, sektor perkhidmatan menjangkakan situasi perniagaan mereka bertumbuh pada kadar sederhana dengan petunjuk keyakinan yang lebih kecil iaitu 5.9 peratus berbanding 18.8 peratus yang dicatatkan pada suku tahun lepas.
Secara keseluruhan, responden menjangkakan hasil kasar meningkat pada suku tahun pertama 2019 dengan imbangan bersih 11.8 peratus.
Sejumlah 30.4 peratus responden menjangkakan hasil kasar mereka meningkat manakala 51.0 peratus menjangkakan tiada perubahan. Sebaliknya, 18.6 peratus responden menjangkakan penurunan dalam hasil kasar.
Dari segi bilangan pekerja, tren pengambilan kekal positif pada suku tahun pertama 2019 di mana imbangan bersih yang dicatatkan adalah 3.5 peratus.
Sejumlah 8.5 peratus pertubuhan berhasrat untuk menambah tenaga kerja, manakala 5.0 peratus pertubuhan menjangkakan akan mengurangkan bilangan pekerja pada suku tahun pertama 2019.
Jangkaan peniaga kurang optimistik pada separuh pertama 2019, dengan imbangan bersih keseluruhan mencatatkan +0.6 peratus berbanding +12.3 peratus yang direkodkan oleh dapatan survei sebelumnya.
Responden di sektor industri dan perkhidmatan menjangkakan keadaan perniagaan positif bagi tempoh Januari hingga Jun 2019, tetapi lebih rendah masing-masing pada +0.5 peratus dan +7.5 peratus.
Sementara itu, sektor pembinaan dan perdagangan borong dan ruuncit menjangkakan situasi perniagaan merosot dengan imbangan bersih masing-masing susut 24.5 peratus dan 6.4 peratus. – MalaysiaGazette
Lelaki mohon maaf, tarik balik tuduhan AG 'anti-Islam’
MALAYSIAKINI
Seorang pengguna Facebook memohan maaf kepada Tommy Thomas kerana membuat hantaran berunsur fitnah di media sosial yang memaparkan peguam negara itu sebagai anti-Islam.
Lelaki, yang menggunakan nama Mohd Shahrizan, itu berkata hantaranya hanya dimuatnaikkan selama enam minit.
Permohonan maaf itu dibuat hanya beberapa jam selepas peguam negara, semalam mengarahkan laporan polis dibuat berhubung pelbagai tuduhan mengaitkannya dengan sikap anti-Islam beredar di media sosial.
Shahrizan semalam berkata beliau mahu memohon maaf kepada Thomas selepas mengetahui bahawa mesej yang dikongsi di akaun media sosialnya adalah tidak benar.
“Saya, adalah pemilik akaun ‘Mohd Shahrizan’ dan melalui satu kenyataan yang dimuat naik oleh saya pada 27 Februari lalu dengan ini memohon maaf secara terbuka dan menyesali kenyataan yang didakwa dibuat oleh peguam negara dan berbunyi sebagaimana berikut, ‘Penghina Nabi dan Islam bukan penjenayah, mereka berhak lontarkan pandangan’.
“Saya telah difahamkan bahawa kenyataan yang telah tular tersebut adalah tidak benar sama sekali dan kenyataan tersebut juga merupakan satu kenyataan berunsur fitnah kepada peguam negara yang boleh menjejaskan reputasi dan nama baik pihak peguam negara sendiri.
“Saya sedar bahawa saya sepatutnya mengambil langkah berhati-hati dalam memastikan segala maklumat adalah adalah tepat dan benar sebelum memuat naik kenyataan tersebut bagi mengelakkan sebarang fitnah atau sebarang isu berbangkit yang lain,” katanya.
Mohd Shahrizan mendakwa bahawa dia tidak dapat mengawal kemarahannya dan sangat beremosi semasa memuat naik kenyataannya itu susulan hantaran di Facebook oleh seorang warga emas yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan Sayyidatina Aisyah RA.
“Saya berharap agar pihak tuan berlapang dada untuk memaafkan kesalahan saya. Saya juga telah insaf dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi.
“Saya juga telah memadam kenyataan tersebut setelah enam minit ia dimuat naik dengan segera setelah menyedari kesahihannya. Saya memohon supaya tiada sebarang tindakan lanjut akan dikenakan ke atas saya selepas permohonan maaf ini dikeluarkan,” katanya.
Malaysiakini difahamkan oleh sumber di Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa laporan polis Thomas tidak berkaitan dengan hantaran Shahrizan.
Dilaporkan bahawa pegawai khas Thomas membuat laporan polis di ibu pejabat polis Putrajaya kira-kira jam 3.15 petang semalam.
Laporan itu dibuat berikutan tuduhan dari pemimpin Umno dan PAS bahawa AGC tidak tegas dengan mereka yang dituduh menghina Islam.

Rabu, 27 Februari 2019
PH kata tiada ‘lampu Aladin’ atasi ekonomi, Najib sindir ‘poket Doraemon’ ada?
KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak menyindir pemimpin Pakatan Harapan (PH) sama ada mereka ada “poket Doraemon” untuk mengatasi masalah ekonomi negara.
“Kini, PH akui ekonomi sudah teruk. Tetapi mereka kata tak tahu bagaimana nak Selamatkan Malaysia kerana tidak ada lampu Aladin (poket Doraemon ada tak?),” kata ahli parlimen Pekan.
Bekas perdana menteri membuat pertanyaan susulan kenyataan timbalan menteri kerja raya Mohd Anuar Mohd Tahir yang menyebut PH tidak ada “lampu Aladin” bagi membaiki ekonomi.
Najib juga mendakwa ekonomi “sangat kukuh” sebelum pilihan raya umum ke-14 tetapi “terbalik” apabila negara dikuasai PH berikutan rakyat “terpedaya cakap Najib hancurkan ekonomi”.
“Selepas PRU14 pula, semua telah terbalik di bawah mereka. Ekonomi semakin teruk. Rakyat baru sedar bahawa ekonomi sebelum PRU14 bukan teruk seperti dihasut oleh PH masa itu,” katanya.
Terdahulu, Mohd Anuar Mohd Tahir meminta rakyat memberi masa bagi mengatasi isu ekonomi kerana kerajaan PH “bukan ada lampu Aladin yang boleh gosok-gosok selesai masalah”.
MCA: Kenapa isteri menteri hadir pada mesyuarat rasmi
MALAYSIAKINI
MCA mendakwa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membawa isterinya menghadiri mesyuarat rasmi negara di Beijing, China bulan lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, ketua biro komunikasi dan diplomasi antarabangsa MCA, Tee Ching Seng, berkata isteri Loke dapat dilihat dalam gambar semasa pertemuan rasmi menteri itu dengan rakan sejawatannya, Li Xiaopeng.
Gambar itu disiarkan di laman Facebook Loke pada 26 Januari.
Walaupun kerajaan sekarang membenarkan isteri atau suami untuk menemani pasangan mereka dalam perjalanan rasmi yang tidak melebihi tujuh hari, kehadiran isteri atau suami menghadiri mesyuarat rasmi adalah perkara lain, kata Tee.
"Apakah kedudukan rasmi yang dipegang oleh isteri menteri itu (yang melayakkannya) menghadiri mesyuarat rasmi dengan kerajaan?" soalnya.
Malaysiakini telah menghubungi seorang pegawai Loke yang memaklumkan bahawa kenyataan rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Dakwaan Tee itu susulan hanatarn di Facebook yang dibuat oleh Loke selepas pertemuan dengan Li pada pertengahan bulan Januari.
Semasa pertemuan itu, Loke berkata beliau telah menjemput ahli perniagaan China untuk mengambil bahagian dalam projek pembesaran pelabuhan di Malaysia, khususnya Pelabuhan Klang.
Beliau juga menjemput pengusaha industri kereta api China untuk menjadikan Malaysia sebagai hub Asean kerana negara itu mempunyai ramai bakat dan rantaian bekalan yang diperlukan.
Mengenai penerbangan, Loke berkata beliau menggalakkan syarikat penerbangan dari kedua-dua negara untuk meningkatkan penerbangan dan menghubungkan Malaysia ke bandar-bandar kecil di China.
Beliau juga melobi China untuk menyokong bidaan Malaysia untuk menduduki kerusi di kedua-dua Pertubuhan Maritim Antarabangsa dan Majlis Penerbangan Awam Antarabangsa.

Majistret tegur Farid Kamil lewat lagi ke mahkamah
MALAYSIAKINI
Pengarah dan pelakon Farid Kamil Zahari diberi peringatan oleh Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini agar lebih peka dengan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan berhubung pertuduhan jenayah dan narkotik yang dihadapinya.
Majistret Nor Ariffin Hisham membuat teguran itu terhadap Farid Kamil, 38, selepas pelakon itu hadir lewat ke mahkamah pada perbicaraan kes urinnya hari ini.
Ketika ditanya Nor Ariffin mengapa dia hadir lewat pagi ini, Farid Kamil memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat makluman agak lambat dari pihak peguamnya yang sedang cuti sakit mengenai perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada hari ini.
"Saya minta maaf kerana terlewat hari ini," kata Farid Kamil yang sepatutnya hadir pada jam 9 pagi, namun tiba di mahkamah pada jam 12.30 tengah hari.
Nor Ariffin yang mendengar permohonan maaf itu kemudian mengingatkan Farid Kamil bahawa kehadirannya adalah wajib meskipun peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakilinya masih berada dalam cuti sakit.
"Kamu tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada peguam. Ini merupakan kali kedua kejadian (kelewatan) sebegini berlaku, oleh sebab itu saya tetap minta kamu datang hari ini walaupun lewat.
"Walaupun peguam tidak dapat hadir tetapi kehadiran kamu adalah wajib pada setiap tarikh perbicaraan melainkan terdapat alasan munasabah seperti cuti sakit atau sebagainya," katanya.
Terdahulu, Megat Syazlee turut memohon maaf atas kelewatan pihaknya dan memohon tarikh perbicaraan hari ini dilapangkan kerana beliau masih dalam cuti sakit.
"Kemungkinan cuti sakit saya akan dilanjutkan berikutan kecederaan yang dialami masih belum sembuh selepas menjalani pembedahan bulan lalu, sekiranya terdapat perubahan (mengenai cuti sakit), saya akan memaklumkan kepada pihak mahkamah lebih awal," kata Megat Syazlee yang hadir ke mahkamah dengan keadaan tangan kanan bersimen.
Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran yang mengesahkan telah menerima sijil cuti sakit itu semalam, tidak membantah permohonan peguam itu.
Mahkamah menetapkan 13 hingga 15 Mac dan 20 serta 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan baru pelakon itu.
Pada 16 Jan tahun lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Sembilan hari kemudian, Farid Kamil turut didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu ‘11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 4.30 petang, tarikh sama.- Bernama

Anwar ungkit 'janji' tak dilunas Utusan
Sejarah Utusan Malaysia dan Anwar Ibrahim memang berwarna-warni.
Pernah mendukung Anwar semasa menjadi timbalan perdana menteri suatu ketika dulu, akhbar yang pernah menjadi milik Umno itu menjadi antara media paling ke depan mengkritik beliau selepas menjadi pembangkang.
Sejumlah saman juga difailkan Anwar terhadap Utusan dan pada banyak ketika syarikat akhbar tersebut terpaksa membayar ganti rugi apabila diselesaikan melalui mahkamah.
Tiba-tiba selepas sekian lama Anwar menjejakkan kaki semula ke pejabat akhbar berkenaan hari ini. Tujuannya ialah menghadiri majlis anugerah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.
Ia agak janggal namun semuanya berjalan dengan lancar dan mesra petang ini.
Cuma rupa-rupanya di sebalik apa yang berlaku, ada 'hutang' yang belum dilunaskan oleh syarikat Utusan. Ia didedahkan Anwar semasa menyampaikan ucapannya tadi.
Kata Anwar - semasa itu masih ditahan di Penjara Sungai Buloh - apabila Utusan memohon maaf atas laporan mereka terhadap beliau dan kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah beliau ada membuat permintaan.
Amin... amin...
"Saya bagi syarat, saya kata ada satu syarat. Yang lain tak penting.
"Saya bagi syarat, saya kata ada satu syarat. Yang lain tak penting.
"Saya nak buku-buku penting terbitan Utusan, termasuk sastera, dikirim pada saya di Penjara Sungai Buloh," katanya sambil disambut tepukan gemuruh orang ramai yang hadir di majlis tersebut.
Namun Anwar meminta mereka bersabar.
"Jangan tepuk lagi... Saya belum terima (buku-buku tersebut)," sambungnya. Kali ini orang ramai ketawa.
"Oleh itu saya menerima undangan ini, dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan, termasuk buku-buku yang dijanjikan itu dikirim kepada saya," katanya sekali lagi berjenaka.
Sementara itu semasa sidang media Anwar ditanya mengenai kehadiran di pejabat akhbar yang pernah menyiarkan pelbagai laporan negatif terhadapnya.
Katanya Utusan kini bukan lagi dimiliki oleh Umno. Malah katanya jika ia masih dikuasai parti pembangkang itu pun beliau tiada masalah terhadap akhbar tersebut.
Ditanya sama ada kehadiran beliau ke situ akan membuka ruang untuk akhbar tersebut kembali dilanggan jabatan kerajaan, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Abdul Aziz Sheikh Fadzir segera mencelah: "Amin... amin..."
Anwar bagaimanapun berkata isu langganan akhbar berkenaan adalah hal yang sudah berlalu dan kedatangannya adalah untuk menghadiri majlis anugerah tersebut.
"Saya percaya kerajaan baru ni menghormati media dan kebebasan itu akan dapat dipertahankan," katanya.
Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Aziz Sheikh Fadzir dan Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Rozaman Ismail.
Kain rentang provokasi gunakan nama calon BN
Sepatutnya, mereka yang bertanding masuk gear lima untuk berkempen dengan memastikan tidak ada seorang pengundi pun yang terlepas pandang untuk ditemui.
Namun hari ini, calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi tersentak apabila mendapati ada pihak cuba menconteng arang ke mukanya dengan menggunakan gambar yang diletak pada kain rentang dan turut ditulis dengan perkataan yang menjengkelkan.
Lebih menyakitkan hatinya, apabila pada kain rentang itu ditulis pula ayat-ayat yang seolah-olah menunjukkan ia seperti tulisan darinya.
Beliau yang membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Semenyih di sini menyatakan dalam laporannya bahawa, tidak pernah mengarahkan mana-mana individu atau kumpulan tertentu memasang kain rentang berunsurkan provokasi seperti itu.
“Pagi tadi selepas adakan program jumpa pengundi-pengundi di Pasar Beranang, kita jumpa poster-poster yang tergantung di tepi jalan utama.
“Benda banyak melibatkan peribadi saya. Kenyataan ini tidak benar. Saya pegang prinsip kita berkempen secara bersihlah, gentlemen. Kita amalkan kempen bersih dan sihat,” kata Hanafi ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan tersebut.
Menurutnya lagi, perkara itu disedari kira-kira pukul 8.15 pagi selepas bersarapan bersama jentera dan penduduk di pekan Beranang.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa kain rentang yang serupa turut dipasang di Bandar Seri Putra dan Taman Jenaris dekat Prima Saujana.
“Kawan-kawan kita minta tolong. Ini provokasi dan serangan peribadi dan kenyataan ini saya tidak buat. Tak terlintas di hati saya nak buat begini,” ujarnya.
Antara ayat yang ditulis pada kain rentang tersebut iaitu, “Saya janji bawa Rosmah jika BN menang di Semenyih, “Unilah BN jika ingin rompakan Rosmah berulang, “1MDB dan Jho Low rekaan PH untuk jatuhkan BN YAB Datuk Seri Najib Razak dan YAB Datin Seri Rosmah Mansur tidak bersalah”.
Dalam pada itu katanya, pada saat akhir ini beliau memberikan fokus untuk berjumpa dengan pengundi-pengundi dan setakat ini
langkah tersebut baru 80 peratus disempurnakan.
“Saya tidak letak keyakinan untuk menang pada masa ini tetapi saya akan tetap berusaha,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Belum undi, Orang Asli sudah panggil Aiman YB
Muhammad Aiman menyifatkan ia sebagai satu doa yang baik dan tidak mustahil boleh dicapai sekiranya Orang Asli menterjemahkannya dalma bentuk undi pada PRK Semenyih, Sabtu ini.
“Terima kasih sebab panggil saya YB, itu doa Insya-Allah, kita akan mengundi 2 Mac ini, kalau menang, masa itu confirm YB,” katanya berucap dalam majlis ramah mesra dengan masyarakat orang Asli tersebut hari ini.
Hadir sama Tok Batin Kampung Kachau Dalam dan Kampung Kachau Luar, Zainal Kilong dan Ketua Adatnya, Abok Hamid.
Muhammad Aiman juga berkata, beliau dimaklumkan pemimpin Orang Asli tentang beberapa tuntutan dan kemudahan asas mendesak yang perlu diselesaikan jika beliau terpilih sebagai wakil rakyat.
“Yang diminta balai raya, padang bola, alat muzik tradisional untuk kenduri kahwin dan status tanah adat di Kampung Kachau Dalam dan Kampung Kachau Luar ini.
“Kita akan lihat dan bantu, yang kita beri perhatian kepada isu yang paling cepat kita boleh selesaikan ialah alat muzik, padang bola, jalan raya dan infrastruktur.
“Isu tanah adat kita akan lihat apa masalahnya, kita akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan, Insya-Allah kita dapat selesaikan,” katanya.
Katanya lagi, selain tuntutan itu, beliau melihat keperluan kesihatan perlu didahulukan untuk masyarakat Orang Asli di situ dengan kerjasama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
“Menteri Besar bersetuju untuk kita sediakan satu perkhidmatan kesihatan dengan mewujudkan klinik kesihatan bergerak untuk membantu penduduk kampung.
“Menteri Besar menyambut baik idea kita dan Insya-Allah, kita menangkan pilihan raya ini, kita akan bantu rakyat Semenyih,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
UMNO, sila pilih Nazri atau MIC, MCA – Vigneswaran
Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran kecewa dan terkilan dengan kenyataan Setiausaha Agung BN itu dan menyifatkan Mohamed Nazri bukan merendah-rendahkan kaum lain di negara ini sebaliknya angkuh dan bersifat menghasut.
Malah Yang Dipertua Dewan Negara memberi kata dua kepada kepimpinan tertinggi UMNO membuat keputusan memilih antara komponen MCA, MIC atau jawatan Mohamed Nazri.
“Dengan nada bersahaja, Nazri boleh keluarkan kenyataan-kenyataan sebegitu kemudian mendakwa ianya adalah keresahan masyarakat Melayu dan Islam. Sebenarnya, saya tidak pasti mengapa Nazri cakap begitu dan merendahkan martabatnya sebegitu tetapi kami terguris.
“Apa sebenarnya motif Nazri mengatakan pelantikan jawatan tertinggi negara dalam kalangan bukan Melayu sebenarnya menyebabkan banyak kes berat sebelah. Apa kenyataan ‘sampah’ seperti ini?
“Bukankah beliau seorang peguam? Tidak tahukah inkues sedang berjalan lagi?
“Apa salahnya jawatan tertinggi juga diberikan kepada kalangan bukan Melayu di negara ini? Apa masalah? Bukan selama berpuluh-puluh tahun, itu amalan UMNO?
“Semuanya kamu (UMNO) pegang, semuanya kamu bolot. Sekarang tidak senang pula sampai terdesak hendak guna sentimen perkauman pula?
“Hakikatnya zaman kegemilangan UMNO dan BN sudah tidak ada lagi, pada masa ini kita sepatutnya bukan sahaja bersatu sebaliknya juga insaf menerima kesalahan lalu malah perlu menjadi lebih rendah diri bukan lagi taksub serta tamak kuasa lagi.
“Tidak cukupkah ‘hukuman’ yang diberikan oleh rakyat kepada kita? Masih mahu berterusan main isu perkauman?” soalnya.
Kepada Malaysia Gazette, Vigneswaran mahu UMNO dan BN menerima hakikat zaman kegemilangannya sudah tidak ada lagi.
“Ketika saya berpeluang bertemu dengan pimpinan Pas beberapa bulan lepas, kami terkejut dengan layanan cukup ramah, sopan serta rendah diri, tidak angkuh seperti Nazri ini.
“Cukuplah Nazri, belajar dari Pas terlebih dahulu, walaupun bukan Melayu dan Islam, ramai dalam kalangan India dan Cina sangat menghormati serta menerima Pas kerana mereka cukup fasih dalam menghormati kaum lain.
“Kami mahu kepimpinan membuat keputusan, pilih kami, MCA dan MIC atau hentikan ‘kegilaan’ Nazri. Dia tidak sepatutnya menjadi jurucakap atau Setiausaha Agung mewakili BN,” katanya lagi.
Vigneswaran mengulas kenyataan Mohamed Nazri yang menjadi pertikaian ketika bekas menteri itu berucap dalam satu program di Beranang, Semenyih pada Sabtu lalu.
Selain Peguam Negara, Mohamed Nazri turut menyentuh tentang Ketua Hakim Negara dan Menteri Kewangan yang bukan dari kalangan orang Islam.
Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Rengas itu mendakwa orang Melayu tidak yakin kepada ketiga-tiga pemegang jawatan itu kerana mereka tidak mengangkat sumpah jawatan dengan al -Quran ketika dilantik.
Kata Vigneswaran lagi, Mohamed Nazri tidak berhak untuk bercakap mengenai MCA sebaliknya perlu berhenti menjadi seolah-olah beliau ‘Presiden UMNO.’
“Siapa dia untuk bercakap tentang MCA? Tidak ada hak. Langsung tidak berhak untuk meminta MCA keluar komponen atau mengatakan mereka tidak wujud dalam komponen. Apakah haknya?
“MCA berhak untuk melahirkan pendapat mereka dan kita sebagai pimpinan tertinggi dalam komponen perlu duduk semeja dan berbincang dan membuat keputusan bukannya Nazri. Siapa Nazri ini? Ini bukan masalah dia jadi lebih baik tutup mulut.
“Kami sudah bosan sebenarnya dibuli seperti ini sejak dulu lagi, selalu memperkecilkan jasa serta peranan kita, gunakan isu perkauman untuk rendah-rendahkan martabat kami. Sekarang masa itu sudah berlalu dan kini kita juga bersedia untuk apa sahaja kemungkinan. Kita boleh hadapi apa sahaja, cubalah jentik dan tengok apa yang berlaku.
“Apa yang Nazri hendak cakap? Tentang kekalahan kami, kita akan beritahu umum apakah yang terjadi kepada kita selama bertahun-tahun ini, hendak cakap tentang rasuah? Hendak bercakap betapa rakyat tidak terima kita?
“Sukar untuk kami bekerjasama dalam satu komponen seandainya pemimpin seperti Nazri ini wujud, bagaimana untuk bekerja jika isu perkauman terus menjadi permainan UMNO,” katanya.
Jelas Vigneswaran lagi, beliau sendiri bersama-sama pimpinan MIC yang lain telah melawat Allahyarham Muhammad Adib Kasim sebelum meninggal dunia.
“Kita juga tidak terima apa yang telah terjadi dengan Adib. Kita juga tidak akan bertolak ansur, sesiapa yang melakukan perbuatan terhadap mangsa akan dihadapkan ke muka pengadilan dan kita akan menyokong apa jua tindakan. Jadi apa masalahnya Nazri?” soalnya lagi.- MalaysiaGazette
Anwar cabar Pas dedah perkara sebenar isu saman Clare
Menurutnya, pendedahan itu kelak akan menjawab kekeliruan yang timbul ekoran kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
“Adakah ia (bayaran) lebih daripada RM1 juta? Boleh disahkan?” katanya dipetik dari Bernama selepas berucap di Penang International Business And Investment Summit di Bukit Jambul hari ini.
Menurut Anwar, beliau enggan mengulas mengenai kenyataan pimpinan Pas dalam soal itu sebelum ini namun sekarang masyarakat berhak mengetahui kedudukan sebenar.
Menurut Anwar, beliau menyedari ada percanggahan dalam kenyataan pimpinan Pas termasuk Abdul Hadi dan menganggapnya sukar diterimanya sebagai muslim.-MalaysiaGazette
ARTIS JUGA ADA HAK PILIH PARTI – MAT OVER
Penggiat seni, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over meminta natizen untuk tidak mengecam golongan artis yang menyokong mana-mana parti politik.
Menurutnya, sebagai anak seni, mereka juga adalah rakyat Malaysia yang berhak membuat pilihan dan menyokong parti yang tepat untuk kebaikkan negara.
Mat Over ditemui dalam satu Program Santai bersama Bossku, Datuk Seri Najib Razak di Semenyih baru-baru ini
JENTERA BN USAH SELESA-AHMAD MASLAN
Jentera kempen Barisan Nasional (BN) dinasihatkan untuk tidak berasa selesa dengan peningkatan sokongan sebanyak 60 peratus daripada pengundi Semenyih.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jentera parti perlu mengekalkan rentak konsistensi dalam bekerja kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku di saat-saat akhir.
“Jentera BN jangan selesa, walaupun ada laporan 60 peratus telah sokong BN, jangan selesa hingga pukul 5.30 petang pada 2 Mac nanti.
“Semua kena bekerja hingga saat akhir barulah boleh kita yakin.
“ Pilihan raya ini macam-macam boleh jadi walaupun dalam tempoh sehari dua oleh itu kita kena konsisten berusaha dan terus berusaha” katanya kepada media sejurus selepas berucap pada Majlis Akifi Semenyih di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Kampung Sungai Purun, Semenyih pada Selasa.
Terdahulu, calon BN, Zakaria Hanafi dilaporkan berkata beliau yakin sokongan penduduk Semenyih terhadap BN kini mencapai 60 peratus dengan mengambilkira usaha keras jentera BN dan kerjasama dengan PAS yang ikhlas membantu.
Langgan:
Catatan (Atom)