HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 November 2016

Tidak wajar kurung 49 pembela hak tanah Orang Asli Gua Musang

orang asli temiar

oleh Syazana Hasanudin foto Syam Ghaz


KUALA LUMPUR: Perjuangan masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang bukanlah baru. Ia bermula sejak lima tahun lalu dan telah menggunakan segala jalan penyelesaian yang ada seperti berunding, bermesyuarat, berdialog dan berhimpun secara aman di pejabat Kerajaan Negeri Kelantan.

Apabila ia menemui jalan buntu dan keadaan terlampau kritikal sehingga menyebabkan ada penduduk jatuh sakit dan kehilangan sumber makanan, mereka akhirnya terpaksa melakukan halangan blockade di pos dan kampung.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Hafizudin Nasarudin berkata penahanan 49 Orang Asli Temiar oleh pihak berkuasa Kelantan adalah amat tidak wajar, selain menuntut mereka dibebaskan dengan segera.

hafizudin
Presiden KUASA, Hafizudin Nasarudin

Menurutnya, organisasi berkenaan pernah meninjau kawasan terbabit beberapa bulan lalu dan mendapati berlaku pencerobohan rizab sungai serta gangguan ekologi yang memusnahkan flora dan fauna di situ.

“Hasil kajian kami, terdapat pencerobohan rizab sungai, mengeruhkan sungai yang juga bekalan minuman, gangguan sensitiviti seperti pembalakan di kawasan kubur dan tebangan habis di kawasan berkecerunan lebih 45 darjah.

“Jelas sekali, pembalakan di sini bukannya pembalakan terpilih. Sebaliknya adalah pembalakan tebang habis (clear cutting) untuk pembukaan ladang TLC (getah klon balak). Lalu apa yang akan tinggal jika semua dimusnahkan?” katanya.

Pada masa sama, beliau melahirkan rasa kecewa dengan janji dan jaminan daripada Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang kononnya mahu turun meninjau sendiri permasalahan di kawasan konflik melalui pertemuan tertutup beberapa bulan lalu.

“Namun sebaliknya pasukan polis, Jabatan Perhutanan dan PGA pula dihantar untuk menangkap orang-orang tempatan yang membantah,” luahnya, kesal.

Hafizudin turut mendesak pihak kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan sebagai agensi pelaksana menghentikan segala aktiviti pembalakan yang melampau serta bertanggungjawab ke atas segala kemusnahan yang telah terjadi.

“Pihak berkuasa harus ingat, Orang Asli bukannya suka melanggar undang-undang sewenang-wenangnya, tetapi kerajaan negeri yang terlebih dahulu melanggar undang-undang mereka sendiri,” ujarnya. – Roketkini.com


Kewangan UMNO buruk, bagaimana ia mampu bina ibu pejabat baru?

nga kor ming 2

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Cita-cita UMNO untuk membangunkan Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC) sebagai Ibu Pejabat baru parti itu menimbulkan seribu satu persoalan.

Ia ekoran kos bagi projek pembangunan mega tersebut yang dijangka menelan perbelanjaan jutaan ringgit diumumkan meskipun laporan kewangan parti kaum Melayu terbesar itu berada di tahap yang tidak memuaskan.

Penolong Bendahari DAP, Nga Kor Ming berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini sambil memetik laporan portal berita, The Malaysian Insider yang disiarkan pada hujung tahun lepas mengenai kerugian hampir RM30 juta yang dihadapi UMNO.

Mengambil kira fakta itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Taping justeru menggesa supaya parti pemerintah berkenaan menjelaskan dana yang telah diterimanya untuk tujuan pembangunan tersebut bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan dalaman kerajaan.

“UMNO adalah parti terbesar yang memerintah. Ia menguasai segala kuasa dan sumber dalam kerajaan, justeru parti itu harus menerima penelitian daripada rakyat terbanyak, dan menjelaskan dana dan jumlah yang diterimanya demi menunjukkan ketelusannya,” ujarnya.

Beliau turut menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) agar turut menyiasat sumber kewangan parti tersebut.

Projek yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam itu merangkumi 70 tingkat pejabat, hotel dan sebuah masjid berkapasiti 5,000 jemaah serta dewan baru. Ia dijangka siap empat tahun daripada tarikh mula pembinaan, 11 Mei 2017.

Najib yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah kos projek tersebut. – Roketkini.com


Rafizi isytihar harta kali ke-2, korban RM500,000 tubuh NGO


 
Penubuhan Invoke Malaysia bakal menjadi pelaburan Rafizi paling bermakna jika BN kalah pada PRU akan datang.


rafizi,th


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengorbankan RM500,000 simpanan peribadinya dalam Tabung Haji untuk menubuhkan NGO, Invoke Malaysia.

Beliau menunaikan janjinya untuk mengisytiharkan harta buat kali ke-2 di pejabat Invoke Malaysia, hari ini.

Dalam dokumen 11 halaman beserta dokumen sokongan, beliau menjelaskan sejumlah RM530,000 dikeluarkan daripada akaun Tabung Haji bermula April hingga September 2016.

“Pada April saya keluarkan RM100,000, Jun RM100,000 dan September RM330,000. RM30,000 untuk pengubahsuaian rumah di Bukit Antarabangsa, manakala baki RM500,000 untuk memulakan NGO Invoke,” katanya.

Katanya, Invoke ditubuhkan dalam usaha mendapatkan undi pengundi atas pagar yang sudah bosan dengan politik kepartian bagi merampas 30 kerusi marginal yang menurutnya kunci menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

“Saya harap ia pelaburan yang berbaloi. Jika kita berjaya menewaskan BN, ini adalah pelaburan paling bernilai yang pernah saya buat,” katanya lagi.

Rafizi berkata, sebab beliau tidak mengumumkan pengeluaran itu sebelum ini, di saat beliau mengkritik pengurusan Tabung Haji adalah kerana tidak ingin mencetuskan panik di kalangan orang ramai.

“Kalau umum secara terang, ia boleh menyebabkan panik. Saya tahu sebahagian besar penyimpan di situ adalah orang berpendapatan rendah dengan nilai simpanan yang kecil,” katanya yang berhenti memasukkan wang bermula Februari selepas meneliti kedudukan kewangan badan itu.

Semalam, beliau berkata akan sekali lagi membuat pengisytiharan harta ekoran kajiannya sebelum ini, di mana 698 daripada 727 orang mahu ahli politik dan keluarga serta penjawat awam mengisytiharkan kekayaan mereka.

Mac tahun lalu, Rafizi membuat pengisytiharan aset bersih sebanyak RM1.56 juta dengan hutang RM395,937.

Beliau menyatakan jumlah asetnya untuk tahun ini menurun kepada RM953,021.

Selain pengeluaran Tabung Haji, Rafizi menjelaskan sebab penurunan itu apabila beliau menyingkirkan 2 kereta bernilai RM150,000 daripada asetnya, yang sebelum ini dibeli atas namanya tetapi dibayar dan digunakan 2 pekerja.

Selain harta atas namanya, kali ini beliau turut memasukkan senarai harta di bawah nama isteri, iaitu sebuah rumah teres 2 tingkat di Puncak Alam, Selangor bernilai RM300,000 dan barang kemas serta simpanan tidak melebihi RM15,000.

“Isteri saya bekerja di sebuah bank swasta. Rumah teres itu dibayar menggunakan gaji bulanannya sendiri dan diduduki adik beliau. Maka ia tidak memberikan banyak pendapatan,” katanya.

Beliau berkata, tiada penambahan aset sejak pengisytiharan tahun lalu, selain nilai dividen bagi simpanannya di Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau juga mengisytiharkan tidak pernah membuat sebarang tuntutan yang dinikmati ahli Parlimen seperti tuntutan perjalanan, minyak kereta, telefon dan baju istiadat.

Selain itu, beliau turut menegaskan tidak mempunyai sebarang jawatan atau perniagaan yang mampu menjana pendapatan dalam kerajaan.

“Pengisytiharan dibuat di bawah Akta Akuan Berkanun yang bermakna kalau saya menipu atau ada pihak membuktikan perakuan saya tidak betul, saya boleh dijatuhkan hukuman termasuk penjara,” katanya lagi

Lanjutkan umur bersara hakim, kata Rais Yatim

 
Pada usia 70 tahun, hakim mungkin tidak mempunyai lonjakan adrenalin sebagaimana individu lebih muda tetapi memiliki ketangkasan, kebijaksanaan dan kuasa minda lebih baik, kata Rais Yatim.


Rais-Yatim_law_600


PUTRAJAYA: Bekas menteri undang-undang Datuk Seri Rais Yatim hari ini mencadangkan umur persaraan hakim di Malaysia dilanjutkan seperti dilakukan di negara lain.

“Mengapa umur 66 dan bukannya 70 atau 75 tahun? Saya ada seorang perdana menteri bersemangat yang bersara apabila mencecah umur 77 tahun.”

Penasihat kepada kerajaan mengenai perkara berhubung sosial dan budaya jelas merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamed, yang kini berusia 91 tahun, menubuhkan sebuah parti politik baru.

Rais berkata demikian pada majlis pelancaran buku “Badan Kehakiman Malaysia” di sini. Ia dilancarkan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Rais, yang berkhidmat dalam kabinet Dr Mahathir, berkata bekas perdana menteri itu masih pakar strategi hebat dan ahli politik tahan lasak.

Beliau berkata, sementara perdana menteri boleh memegang jawatan sehingga mencecah usia 70-an, seorang hakim hanya dibenarkan untuk berkhidmat sehingga umur 66.

“Jika minda dan badan perdana menteri berada dalam keadaan baik, dan parti menyokong beliau, tempoh perkhidmatan beliau menjadi subjektif.

“Saya percaya hakim tertinggi perlu sekurang-kurangnya dibenarkan berkhidmat sehingga berumur 70 tahun.”

Rais berkata hakim yang bersara pada usia 70 di United Kingdom dan Australia dan di antara 70 hingga 75 tahun di negara Asean.

Tidak ada umur persaraan ditetapkan bagi hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Rais, yang terlatih dalam bidang undang-undang, berkata pada usia 70, hakim mungkin tidak mempunyai adrenalin mendadak daripada individu lebih muda, tetapi “ia berkaitan ketangkasan, kebijaksanaan dan kuasa minda yang dimahukan”.

Untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan hakim, Ariffin berkata Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda.
“Anda memerlukan majoriti 2/3 untuk pindaan di Parlimen. Saya pasti semua orang akan bersetuju dan pembangkang juga tidak boleh menentangnya. ”

“Badan Kehakiman Malaysia” adalah hasil daripada kerjasama antara bekas ketua hakim negara Tun Zaki Azmi dan Jurnal Undang-undang Semasa.

Jual bayi: Polis serbu 5 klinik swasta

 
Dalam serbuan ‘Ops Baby’ itu polis turut merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan kes. 


polis_bayi


KLANG: Dua klinik swasta di bandar ini diserbu polis petang tadi bagi membantu siasatan berhubung kes penjualan bayi.

Jurucakap polis berkata klinik bersalin dan klinik am itu diserbu kira-kira pukul 3 petang oleh sepasukan anggota dari Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Dalam serbuan “Ops Baby” itu polis turut merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis turut meminta 3 kakitangan wanita klinik berkenaan hadir ke balai polis berhampiran untuk diambil keterangan, katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan klinik berkenaan di sini hari ini.

Serbuan itu dilakukan susulan dakwaan agensi berita antarabangsa baru-baru ini kononnya terdapat kegiatan menjual bayi di daerah itu.

Menurut jurucakap polis itu lagi, selain 2 klinik berkenaan, serbuan turut dijalankan di 3 klinik di 2 lokasi berasingan iaitu di Tanjung Sepat, Sepang; dan di Labu, Negeri Sembilan.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan, tambahnya.

Bertentang mata dengan Mona Fandey FARUSH KHAN 30 November 2016 Mona Fandey Mona Fandey. PADA hari pertama Mona Fandey bersama dua orang lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub, Pahang, pada awal 1993, atas tuduhan membunuh, saya bergerak jam 6.30 pagi dari Kuala Lumpur, untuk membuat liputan kes itu. Sepanjang jalan sejauh 107 kilometer itu, seribu satu soalan bermain dalam fikiran tentang kes paling ngeri yang pernah berlaku di negara ini. Lega rasanya apabila saya dapati kerusi wartawan di galeri awam mahkamah masih kosong semasa saya tiba. Jam 9 pagi lagi saya sudah mengambil tempat betul-betul di belakang kandang tertuduh, tempat paling strategik untuk tidak terlepas daripada apa sahaja yang akan disebut dalam perbicaraan. Rupa-rupanya kes Mona Fandey berlangsung sebelah petang. Sebelah pagi mahkamah mendengar kes lain; kes pembunuhan juga. Mangsanya seorang penjual karpet warga asing yang didakwa ditanam selepas dibunuh akibat cemburu. Apabila Mona Fandey, suaminya Mohd Nor Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka, Juraimi Hussein dibawa keluar dari kenderaan polis di depan mahkamah, petang itu, suasana jadi kecoh. Orang ramai berkerumun di sekitar mahkamah. Ramai memandang mereka. Ada bercakap sesama sendiri, tetapi ada juga yang jerit marah-marah. Peliknya, sama ada di luar mahkamah atau di kandang tertuduh, Mona Fandey tidak kelihatan seperti orang berhadapan dengan kes yang begitu berat hukumannya. Sekejap-sekejap dia bercakap dengan suaminya, melihat orang sekelilingnya, bahkan mampu tersenyum. Juraimi sahaja lebih banyak diam. Saya tidak boleh lupa dengan reaksi saya sendiri berhadapan dengan keadaan di mahkamah petang itu. Setiap kali Mona Fandey menoleh ke belakang, saya akan larikan pandangan atau turut toleh ke belakang. Saya berada hanya sedepa di belakangnya dan saya kira setiap kali dia menoleh ke belakang, sayalah orang pertama yang mencuri pandangannya. Barangkali saya tidak berani bertentang mata dengan wanita yang berhadapan dengan kes yang mengerikan itu hingga menggemparkan seluruh negara. Ketika tuduhan dibaca, barulah kelihatan Mona Fandey berdiam diri. Seluruh ruang mahkamah turut senyap sunyi. Itu adalah hari pertama kes itu dibawa ke Mahkamah Sesyen Raub. Perbicaraan ditangguhkan, selepas pihak mahkamah mencatat butir-butir berkaitan penahanan mereka yang dituduh, barang-barang bukti dan jadual untuk perbicaraan selanjutnya. Sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari mahkamah, keadaan riuh-rendah bermula kembali, tetapi sikap mereka, terutama Mona Fandey, bersahaja. Seperti ketika tiba dan berada di kandang tertuduh, Mona Fandey, walaupun dengan tangan bergari dan dikawal ketat anggota polis. masih mampu tersenyum dan seolah-olah bergaya di hadapan jurugambar. Petang itu dia berpakaian baju hitam berbunga terang dan berseluar, pakaian yang nampak lebih sesuai untuk seorang artis. Bahkan Mona Fandey, yang pada suatu masa pernah menjadi penyanyi, dikatakan pernah menyebut di luar mahkamah: “Macam ramai pula peminat”, setelah nampak ramai yang berkerumun. Selesai sahaja perbicaraan itu, saya bergegas ke rumah rehat yang tidak jauh dari situ, menaip berita di komputer riba dan menghantar laporan ke ibu pejabat. Laporan dan gambar kes Mona Fandey itu disiarkan di muka depan hampir semua akhbar tempatan. Kes pembunuhan kejam itu seterusnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh yang diliputi oleh wartawan mahkamah. Bersama Mohd Nor Affandi, 45, dan Juraimi, 32, Mona Fandey, 46, dihukum gantung sampai mati pada pagi 2 November 2001 pada usia 45, di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi Temerloh, pada 1995, memutuskan mereka bersalah membunuh Adun Batu Talam, Raub, Pahang, Datuk Mazlan Idris, di sebuah rumah di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, pada 1993. Kes itu merupakan satu daripada perbicaraan juri yang terakhir di Malaysia. Sifat sensasi kes berkenaan menyumbang ke arah keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan sistem juri dan semua perbicaraan pihak juri telah dimansuhkan pada 1 Januari, 1995.


Mona Fandey
Mona Fandey.
 

PADA hari pertama Mona Fandey bersama dua orang lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub, Pahang, pada awal 1993, atas tuduhan membunuh, saya bergerak jam 6.30 pagi dari Kuala Lumpur, untuk membuat liputan kes itu.

Sepanjang jalan sejauh 107 kilometer itu, seribu satu soalan bermain dalam fikiran tentang kes paling ngeri yang pernah berlaku di negara ini.

Lega rasanya apabila saya dapati kerusi wartawan di galeri awam mahkamah masih kosong semasa saya tiba.

Jam 9 pagi lagi saya sudah mengambil tempat betul-betul di belakang kandang tertuduh, tempat paling strategik untuk tidak terlepas daripada apa sahaja yang akan disebut dalam perbicaraan.

Rupa-rupanya kes Mona Fandey berlangsung sebelah petang. Sebelah pagi mahkamah mendengar kes lain; kes pembunuhan juga. Mangsanya seorang penjual karpet warga asing yang didakwa ditanam selepas dibunuh akibat cemburu.

Apabila Mona Fandey, suaminya Mohd Nor Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka, Juraimi Hussein dibawa keluar dari kenderaan polis di depan mahkamah, petang itu, suasana jadi kecoh.

Orang ramai berkerumun di sekitar mahkamah. Ramai memandang mereka. Ada bercakap sesama sendiri, tetapi ada juga yang jerit marah-marah.

Peliknya, sama ada di luar mahkamah atau di kandang tertuduh, Mona Fandey tidak kelihatan seperti orang berhadapan dengan kes yang begitu berat hukumannya.

Sekejap-sekejap dia bercakap dengan suaminya, melihat orang sekelilingnya, bahkan mampu tersenyum.
Juraimi sahaja lebih banyak diam.

Saya tidak boleh lupa dengan reaksi saya sendiri berhadapan dengan keadaan di mahkamah petang itu.

Setiap kali Mona Fandey menoleh ke belakang, saya akan larikan pandangan atau turut toleh ke belakang.

Saya berada hanya sedepa di belakangnya dan saya kira setiap kali dia menoleh ke belakang, sayalah orang pertama yang mencuri pandangannya.

Barangkali saya tidak berani bertentang mata dengan wanita yang berhadapan dengan kes yang mengerikan itu hingga menggemparkan seluruh negara.

Ketika tuduhan dibaca, barulah kelihatan Mona Fandey berdiam diri. Seluruh ruang mahkamah turut senyap sunyi.

Itu adalah hari pertama kes itu dibawa ke Mahkamah Sesyen Raub. Perbicaraan ditangguhkan, selepas pihak mahkamah mencatat butir-butir berkaitan penahanan mereka yang dituduh, barang-barang bukti dan jadual untuk perbicaraan selanjutnya.

Sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari mahkamah, keadaan riuh-rendah bermula kembali, tetapi sikap mereka, terutama Mona Fandey, bersahaja.

Seperti ketika tiba dan berada di kandang tertuduh, Mona Fandey, walaupun dengan tangan bergari dan dikawal ketat anggota polis. masih mampu tersenyum dan seolah-olah bergaya di hadapan jurugambar.

Petang itu dia berpakaian baju hitam berbunga terang dan berseluar, pakaian yang nampak lebih sesuai untuk seorang artis.

Bahkan Mona Fandey, yang pada suatu masa pernah menjadi penyanyi, dikatakan pernah menyebut di luar mahkamah: “Macam ramai pula peminat”, setelah nampak ramai yang berkerumun.

Selesai sahaja perbicaraan itu, saya bergegas ke rumah rehat yang tidak jauh dari situ, menaip berita di komputer riba dan menghantar laporan ke ibu pejabat. Laporan dan gambar kes Mona Fandey itu disiarkan di muka depan hampir semua akhbar tempatan.

Kes pembunuhan kejam itu seterusnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh yang diliputi oleh wartawan mahkamah.

Bersama Mohd Nor Affandi, 45, dan Juraimi, 32, Mona Fandey, 46, dihukum gantung sampai mati pada pagi 2 November 2001 pada usia 45, di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi Temerloh, pada 1995, memutuskan mereka bersalah membunuh Adun Batu Talam, Raub, Pahang, Datuk Mazlan Idris, di sebuah rumah di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, pada 1993.

Kes itu merupakan satu daripada perbicaraan juri yang terakhir di Malaysia.

Sifat sensasi kes berkenaan menyumbang ke arah keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan sistem juri dan semua perbicaraan pihak juri telah dimansuhkan pada 1 Januari, 1995.


Allah Tentukan Tempat Kita Semua

CATATAN ringkas jarak jauh dari Bandar kecil Wanganui, New Zealand.

Membaca dari Internet, saya mendapat perkhabaran bahawa Naib Presiden Umno, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi, berkata ahli Umno wajib setia kepada Presiden parti, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

Dalilnya kerana “Allah telah menentukan beliau sebagai ketua mereka.”

Saya mohon maaf kalau pemahaman saya terhadap hujah Ahmad Zahid itu silap kerana sepanjang pengetahuan saya, setiap orang daripada kita manusia ditentukan tempatnya oleh Allah.

Allah menentukan Ahmad Zahid sebagai Naib Presiden Umno, Mohd Najib sebagai Presiden Umno dan Firaun sebagai Maharaja Mesir.

Tetapi kita semua tahu Firaun memperhambakan dan menzalimi Nabi Musa a.s serta umatnya.

Walaupun Allah menentukan Firaun sebagai Maharaja Mesir tetapi Allah membinasakannya dan menyelamatkan Nabi Musa serta kaumnya.

Saya andaikan pengetahuan agama Ahmad Zahid cukup dalam kerana dia belajar di sekolah menengah agama dan keluarganya dikatakan daripada orang baik-baik.

Jadi beliau tentu tahu ada banyak dalil dan cerita di dalam Al-Quran mengenai pemerintah kejam, zalim, rasuah, menipu dan mencuri akhirnya menjadi hina dan binasa.

Dan saya yakin banyak pembesar serta pengikut mereka dalam Umno, hatta yang buruk pekertinya dan cabul mulutnya, sedikit sebanyak tahu cerita kekejaman serta kemusnahan Firaun dan pemimpin sepertinya.

Kita sering diingatkan kewajipan kita menentang keburukan dengan tangan (kuasa) dan kalau tak berdaya dengan mulut (kata-kata) dan akhir sekali dengan hati (niat).

Sekali lagi saya mohon maaf kalau pemahaman dan penakrifan saya terhadap dalil Ahmad Zahid silap.

Wallahuaklam. 

PS: Siapa lebih bahaya - MCA atau DAP? Baca di sini. Terima kasih. 

Jangan perkotak-katikkan jasa Tun M

Rais Yatim
Rais Yatim
ALOR SETAR - Jasa Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap negara sepanjang 22 tahun mentadbir tidak wajar diperkotak-katikkan walaupun pemimpin itu kini tidak lagi sehaluan dengan kerajaan BN.

Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, selaku pemimpin lama yang banyak menabur jasa membangunkan negara ketika menjawat jawatan Perdana Menteri, Mahathir harus dihormati bukannya dikecam.

“Kita perlu menghormati dan tidak wajar memburuk-burukkan pemimpin terdahulu. Walau apa pun yang berlaku Melayu mesti berpegang teguh pada prinsip mengenang budi. Ada caranya untuk kita berikan nasihat atau menegur,”  katanya, selepas majlis penyerahan siap kerja menaiktaraf galeri Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, di Jalan Menteri, semalam.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid dan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusuf.

Rais yang juga bekas menteri Kabinet berkata, sikap itu seharusnya kekal sepanjang masa namun semakin dilupakan akibat perbezaan pandangan.

“Setiap pemimpin itu memiliki aspek positif dan negatif, tiada manusia yang memimpin dengan sempurna namun jasa Mahathir tidak harus diperkotak-katikkan mana-mana pihak kerana ia terpalit dalam lipatan sejarah negara,” katanya.

Menurutnya, atas faktor itu, beliau perlu dihormati dan bukannya dihina.

“Hingga ada pihak cadangkan runtuhkan KLCC untuk menafikan sumbangan beliau ke atas monumen itu, itu kenyataan kebudak-budakan,” katanya.

Rais berkata, sekiranya politik Melayu sentiasa bertembung konflik akan menyebabkan kita tiada  masa untuk memikirkan kaedah terbaik membangunkan negara.

“Saya berani menyatakan, kita perlu lupakan konflik melibatkan Mahathir, sebaliknya rangka jalan baharu untuk fokus membina negara. Mana-mana pemimpin perlu dihormati, mungkin ada silap dalam personaliti masing-masing namun kita perlu akur,” katanya.

Bagaimana pun, katanya, pada masa sama, Mahathir juga harus muhasabah diri sama ada beliau telah melakukan sesuatu yang kurang disenangi, namun terpulang kepada beliau sama ada mahu berbuat demikian atau tidak.

Mengulas sama ada Mahathir menerapkan fear factor dalam pentadbirannya sehingga mewujudkan aura takut kalangan menteri kabinetnya, Rais mengakui ia berlaku dan perasaan hormat itu tetap ada selaku pemimpin nombor satu negara.

“Mungkin label itu disebut ketika dalam amarah atau emosi. Namun saya masih ingat, semua yang hadir dalam mesyuarat Kabinet termasuk saya dahulu, mahu pegang kepala lutut Mahathir pun gerun. Soalnya, kenapa dahulu hormat, sekarang tidak?,” katanya.

Rais berkata, sekalipun berbeza pandangan, adalah lebih baik kita akur pada pendapatnya berdasarkan sikap mengenang budi.

“Melentur buluh dengan budi lebih berkesan berbanding kekerasan, carilah cara! Jangan sampai merosakkan imej Melayu,” katanya


JANGAN MAIN2 DENGAN ROSMAH!!

 shahbudindotcom

Ahad lalu, Najib Razak menulis di laman Facebooknya memberitahu mengenai perbualan telefonnya dengan bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang disifatkannya berlangsung dengan amat mesra dan produktif.

Kata Najib, selain mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangannya dalam pilihanraya presiden baru-baru ini,  mereka berdua juga bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.
 
 
 
 
"Antara lain, perbualan kami juga menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Trump dan kami bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Amerika Syarikat," tambah Najib lagi sambil menyifatkan ia merupakan peluang terbaik baginya dapat menghubungi Trump selepas kejayaannya memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat.

Dalam catatan Facebook itu  Najib tidak memberitahu langsung bagaimana beliau tiba-tiba dapat berbual di telefon dengan Trump itu.

Adakah beliau menelefon sendiri atau ada seseorang yang mengaturnya?

Kenapalah sampai Rosmah sendiri perlu memberitahu mengenai peranan yang telah dimainkannya itu?

Nasib baik Rosmah sendiri mendedahkannya, jika tidak, tiada siapa tahu betapa besar peranan dan sumbangannya itu.

Bagaimana jika pada jam 2.30 pagi itu, iaitu ketika telefonnya berdering kerana dihubungi seseorang yang bergelar Tan Sri yang ingin memaklumkan Trump akan menunggu panggilan telefon Najib dalam tempoh dua jam lagi, Rosmah sedang nyenyak tidur atau enggan menjawabnya?
 
 
 
 
Bukan semua orang boleh terjaga atau sanggup menjawab telefon di waktu subuh-subuh sebegitu dan kemudian menunggu lagi untuk mendapatkan nombor telefon Trump untuk diberikan kepada Najib. 

Selepas itu, mengejutkan pula Najib yang sedang sedap tidurnya. Hanya Rosmah yang sanggup berbuat begitu dan itu belum termasuk lagi menjawab panggilan telefon yang lain di setiap hari.

Walaupun hanya memiliki telefon jenama Samsung antik dan tidak mempunyai akaun Facebook serta Twitter, Rosmah sebenarnya mempunyai sumbangan besar kepada Najib dan negara.

Besar jasa Rosmah tau!!

Oleh itu, jangan main-main dan jangan cuba-cuba menafikan sumbangannya. 

Lain kali, apalah salahnya jika Najib memberitahu sumbangan Rosmah itu secara terbuka tanpa beliau sendiri mendedahkannya?


Wanita Umno tolak calon ‘payung terjun’


Noor Hasita Mat Isa
Noor Hasita Mat Isa. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Wanita Umno menolak calon ‘payung terjun’ pilihan Umno untuk bertanding pada pilihanraya (PRU) akan datang.

Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kedah, Datin Noor Hasita Mat Isa berkata, terdapat ramai tokoh yang layak dipilih sebagai calon dikalangan pemimpin diperingkat bahagian dan cawangan.

“Menjelang PRU 14, kita lihat banyak perkara berlaku apabila ada individu-individu dari kalangan Umno sendiri ada yang mengaku orang diarahkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya turun ke kawasan dan mengakui mereka adalah calon yang telah dipilih.

“Kami di sini mahu menegaskan bahawa Wanita Umno menolak calon payung terjun kerana kita yakin masih ramai di kalangan kita termasuklah Ketua Bahagian, Bendahari, Ketua Puteri termasuklah Ketua-ketua Wanita sendiri dan ketua bahagian lain yang layak untuk dipilih sebagai calon,” katanya ketika mewakili Kedah sebagai pembahas usul politik di Persidangan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 hari ini.

Beliau berkata, dalam proses pemilihan calon, kriteria kesetiaan terhadap parti perlu ditekankan untuk memperkukuhkan lagi institusi Umno.

“Dalam situasi sekarang, kita tahu pucuk pimpinan sedang memerhati calon-calon yang sesuai untuk bertanding di PRU. Jadi saya minta kalau boleh selain kriteria-kriteria yang ditetapkan, saya mahu parti menekankan calon yang setia kepada parti kerana mereka inilah yang akan menguatkan parti.

“Saya seru kepada semua ahli Umno terutamanya Wanita untuk meningkatkan solidariti dan perpaduan dalam Umno. Pada masa sama juga, kita perlu tingkatkan prestasi kerja untuk menang bergaya pada PRU akan datang,” katanya lagi.


Najib Sedih ‘Hilang’ Kawan - Jamal

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK 
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno menyampaikan ucapan pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Selasa.
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa sedih kerana ‘kehilangan’ rakan seperjuangan dalam Umno susulan masalah dalaman yang dihadapi parti itu sejak setahun lalu.

Menurut Presiden Umno itu, beliau tidak menerima sokongan dan bantuan daripada individu-individu berkenaan ketika parti dan kerajaan berhadapan masalah.

“Taklimat kali ini lain daripada biasa. Presiden luahkan perasaan isi hati yang beliau pendam selama ini.

“Luahannya ialah berkenaan rakan-rakan yang dahulunya beliau sokong termasuk Tun Dr Mahathir (Mohamad), namun apabila beliau berhadapan keadaan yang sukar, tidak ada siapa yang membantu dan menyokong beliau,” kata Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Presiden yang diadakan secara tertutup sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, Selasa.

Pada 24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan timbalan presiden Umno pada ketika itu kerana bertindak mengkritik kepimpinan parti.

Susulan itu pada 4 Julai, bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang digantung keahlian kerana isu yang sama mengumumkan pendirian untuk meninggalkan Umno.

Bagaimanapun menurut Jamal, Najib turut melahirkan kelegaan apabila musuh yang selama ini menyerangnya dari dalam Umno sudah disingkirkan daripada parti.

“Alhamdulillah persidangan tahun ini lebih aman. Beliau lebih ceria kerana gunting dalam lipatan dan duri dalam daging sudah tidak ada dalam Umno.

“Sangat jelas apa yang presiden ucapkan hari ini ialah luahan daripada hati yang selama ini tersekat-sekat untuk dinyatakan.

"Sekarang apabila orang yang nak disebut itu berada luar Umno, lebih senang untuk beliau nyatakan apa yang berlaku,” katanya.

KJ Ajak 'Serang' Pembangkang, Tun M Bermati-Matian .

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu jentera sayap parti itu lebih agresif ‘menyerang’  gerakan pembangkang yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tegas Khairy, sentimen rasa hormat untuk mengenang jasa  bekas Presiden Umno itu harus dihapuskan kerana Dr Mahathir kini menjadi pengkhianat kepada perjuangan Umno.

"Jasa Tun akan sentiasa kami kenang, tetapi pengkhianatan Tun, pembelotan Tun, akan bermati-matian kami tentang.

"Tidak boleh ada walau sekelumit rasa simpati terhadap mereka yang satu ketika pernah bersama namun kini menyanggah perjuangan kita. Kita sedang berperang. Yang menentang, kita lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Rabu.

Selain Dr Mahathir, bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut dilabel sebagai musuh politik yang harus ditentang.

“Mereka yang pernah menjadi pemimpin kita, rakan kita satu ketika dahulu sudah jelas menentang kita.
Dalam dunia politik, kita sudah berkerat rotan, berpatah arang dengan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.

"Yang tidak ingin bersama Umno, sila keluar sekarang. Keluar dari barisan. Jangan jadi musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, api dalam sekam. Jangan jadi dayus, jangan jadi bacul. Jangan sembunyi. Kalau tak suka, lawan depan-depan,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Rembau itu, jentera Pemuda Umno juga perlu berwaspada dengan gerakan politik tiga individu berkenaan menerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Jelas Khairy, beliau difahamkan kini wujud cubaan untuk melemahkan Umno dari dalam parti.

“Kita sudah dengar cerita bahawa ada arahan dari pimpinan PPBM untuk ahli Umno yang sudah berpaling tadah dan mahu berhijrah kepada mereka untuk sorokkan dahulu pertukaran, sembunyikan dahulu pembelotan dan senyapkan dahulu pengkhianatan.

“Mereka hanya akan muncul untuk mengejutkan Umno dengan serangan hendap ketika semboyan kempen sudah berbunyi. Ketika itu sudah terlewat untuk kita bertindak dan jentera pilihan raya dilumpuhkan oleh sabotaj dalaman,” katanya.

Jambatan Pejalan Kaki Runtuh, Empat Cedera

MSTAR ONLINE
 
 
 
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat orang cedera dalam insiden runtuhan jambatan pejalan kaki yang sedang dibina di Jalan Kampung Haji Abdullah Hukum pada Rabu.

Ketua Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada pukul 3.30 petang Rabu.

Menurut Samsol, empat orang mengalami kecederaan, termasuk tiga daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata anggota dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Seputeh telah dikerah ke tempat kejadian.

Isu ‘blockade’ jadi mainan politik

ASLANI M



 

KOTA BHARU: Selain Orang Asal termasuk dari luar Kelantan yang dikenal pasti dalang sekatan laluan lori balak, pemimpin politik juga mengambil kesempatan mahu menjuarai isu tersebut.

Begitu juga aktivis parti sosialis, Parti Amanah Negara (PAN) dan sebuah NGO alam sekitar menyebar di laman sosial mereka mendesak Orang Asal yang ditahan polis dibebaskan.

Mereka mahu orang ramai menghantar sms atau Whatsap kepada Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah kononnya sebagai tekanan kepada kerajaan Kelantan.

“Minta semua rakyat Malaysia yang mahu bantu 16 aktivis Orang Asal yang ditahan polis hari ini pakat call/mesej/whatsap kepada pemimpin Kelantan,” dipetik facebook milik aktivis PAN Kelantan.

Bagaimanapun mereka sebenarnya menyembunyikan isu sebenar, di mana Orang Asal terbabit melanggar Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).

Jabatan Perhutanan sebelum ini mengeluarkan notis mengarah sekatan laluan lori balak dibuka dalam tempoh 14 hari bermula 6 November hingga 27 November lalu.

Sekatan di Simpang Petei dilakukan sejak akhir September lepas sehingga menyebabkan aktiviti pembalakan terpaksa dihentikan.

Begitu juga agensi kerajaan yang berkaitan tidak dapat memasuki kawasan tersebut.

Ketika hari akhir persidangan parlimen minggu lepas anggota parlimen PSM mahu membawa usul berkaitan isu Orang Asal di Gua Musang, namun ditolak Speaker Dewan Rakyat.

Malah sebelum ini PSM juga difahamkan membawa sekumpulan Orang Asal di Gua Musang mengadakan demontrasi di hadapan Kota Darulnaim.

Sedangkan tindakan blockade yang didalangi pihak luar tersebut tidak disenangi majoriti ketua-ketua masyarakat terbabit di Gua Musang.

Hari ini seramai 15 Orang Asal ditahan dalam operasi meroboh sekatan yang dibina mereka di Hutan Simpan Balah.

Operasi itu disertai 210 pegawai dan anggota termasuk Jabatan Perhutanan negeri, polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – HARAKAHDAILY

Usah campur tangan siasatan polis

ASLANI M



 

KOTA BHARU: Isu penahanan Orang Asal yang terbabit dengan sekatan laluan lori balak di pedalaman Gua Musang tidak seharusnya ada campur tangan mana-mana pihak sehingga siasatan yang dijalankan selesai.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri menyerah isu berkaitan insiden menghalang laluan balak di tiga lokasi kepada Jabatan Perhutanan Negeri dan polis.

Katanya, sekatan itu dilakukan kumpulan Orang Asal terbabit di Hutan Simpan  Kekal (SK) Balah, Hutan SK Perias dan Hutan SK Gunong Stong Selatan.

“Penahanan Orang Asal terbabit hari ini sewajarnya diserahkan kepada kebijaksanaan pihak polis dan Jabatan Perhutanan,” katanya pada satu kenyataan petang tadi. – HARAKAHDAILY 

Orang Asal 'blockade' dibawa ke mahkamah

MUHAMMAD ARIF ISMAIL 



 

GUA MUSANG: 47 Orang Asal hari ini dibawa ke Mahkamah Gua Musang bagi mendapat tahanan reman selepas didapati melanggar Akta Perhutanan 1984.

Ia dilakukan bagi disiasat di bawah akta tersebut ekoran membina sekatan dalam hutan simpan kekal serta beberapa kesalahan lain.

Beberapa individu dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik PAN dan PSM dilihat hadir di Mahkamah termasuk aktivis orang asli, Siti Kasim.

Kehadiran mereka memperlihatkan kemungkinan orang asli dipergunakan bagi kepentingan politik untuk memberi tekanan kepada kerajaan negeri.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Operasi, Radhi Chu Abdullah berkata, mereka yang terlibat akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Gua Musang.

"Mereka diambil tindakan pendakwaan mahkamah di bawah kesalahan seksyen 32 dan seksyen 47, seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984," katanya.

Menurutnya jika disabit kesalahan menduduki tanpa permit, setiap individu akan didenda sebanyak RM50,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Semalam Jabatan Perhutanan serta beberapa agensi penguatkuasa lain terpaksa meruntuhkan sekatan selepas rundingan yang bermula Mac lalu gagal.

Kebuntuan tersebut dipercayai disebabkan wujud campur tangan pihak luar bagi mencari kesalahan kerajaan negeri dalam aktiviti pembalakan di Gua Musang. – HARAKAHDAILY

Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya 4 Dis

TUAN IBRAHIM TUAN MAN





Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya anjuran NGO-NGO Islam Malaysia akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 4 Disember 2016
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Himpunan ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti rakyat Malaysia bersama dengan umat Islam Rohingya yang sedang dibunuh dan dihalau secara zalim dari tanah air mereka.

Himpunan ini juga akan mengumpulkan NGO-NGO serta tokoh-tokoh politik, masyarakat dan negara. Antara tokoh yang akan bersama dalam himpunan ini ialah YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang turut diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan pandangannya bagi menangani isu Rohingya.

Tokoh-tokoh agamawan seperti para mufti, kadi, imam dan para pendakwah turut akan hadir bagi menyatakan kebersamaan dengan derita Rohingya. Selain mereka juga akan memimpin solat hajat dan munajat.

Marilah kita sama-sama menjayakan Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya ini dengan turut hadir berhimpun sebagai tanda kebersamaan kita dengan saudara Islam yang sedang bergelut menyelamatkan maruah hidup mereka dalam dunia yang gelap hitam kerana dizalimi rejim yang kejam.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS - HARAKAHDAILY

Ambil ubat guna SMS, Pos Laju atasi kesesakan di klinik kesihatan - Dr S.Subramaniam

ASTRO AWANI


Ambil ubat guna SMS, Pos Laju atasi kesesakan di klinik kesihatan - Dr S.Subramaniam
Kaedah berkenaan hanya boleh digunakan oleh pesakit yang mengambil ubat susulan di klinik kesihatan dan tidak perlu berjumpa dengan doktor sahaja. - Gambar hiasan
 
 
PUTRAJAYA: Pengambilan ubat dengan menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) sebelum datang ke klinik kesihatan dan penghantaran ubat ke rumah pesakit menggunakan khidmat Pos Laju merupakan langkah yang akan diperkenalkan di klinik kesihatan di bandar- bandar besar untuk mengatasi kesesakan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, kaedah berkenaan hanya boleh digunakan oleh pesakit yang mengambil ubat susulan di klinik kesihatan dan tidak perlu berjumpa dengan doktor sahaja.

"Satu lagi langkah untuk mengatasi masalah kesesakan di klinik kesihatan di bandar-bandar besar ialah menetapkan temu janji untuk para pesakit berjumpa doktor iaitu sama ada waktu di waktu pagi, tengahari dan petang.

"Ini bertujuan memendekkan waktu menunggu pesakit," katanya kepada pemberita selepas membawa rombongan media dari Putrajaya menyertai sesi lawatan beliau ke Klinik Kesihatan Puchong di sini hari ini.

Kata Dr Subramaniam, selain langkah-langkah berkenaan beberapa klinik desa akan dinaik taraf bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Katanya, terdapat 920 klinik kesihatan dan 2,000 klinik desa di seluruh negara.

Mengenai Klinik Kesihatan Puchong, beliau berkata klinik baharu bernilai RM25 juta sedang dibina di sebelah Klinik Kesihatan Puchong sekarang dan dijangka siap pada pertengahan tahun depan.
 
"Klinik yang baharu dijangka mampu mengatasi masalah kesesakan yang dihadapi pada masa ini di mana 1,000 orang pesakit mendapatkan rawatan daripada 18 doktor bertugas.

Ada pesakit yang terpaksa datang seawal 6 pagi untuk mendapatkan nombor giliran," kata Dr Subramaniam lagi. - Bernama
 
 

Selasa, 29 November 2016

CUKUPKAH SEKADAR BERDEMO SAJA? KENAPA PULA CEPAT2 DIUMUMKAN HADI AWANG AKAN TURUT BERSAMA?

shahbudindotcom


Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 4 Disember ini bagi menzahirkan keprihatinan berhubung isu Rohingya.

Tarikh dan masa perhimpunan itu dilaporkan akan diumumkan kemudian.

Katanya, perhimpunan itu akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Najib Razak serta beberapa pemimpin lain yang antaranya ialah Presiden Pas, Hadi Awang.

Sehubungan itu, Zahid turut menggesa pemimpin daripada parti-parti politik lain untuk turut sama menyertai perhimpunan tersebut.

Masalahnya, cukupkah sekadar berhimpun saja? 

Bukankah sebagai sebuah kerajaan yang sedang berkuasa, ada wang dan banyak kemudahan, Najib seharusnya sudah melakukan tindakan-tindakan tertentu untuk membantu umat Islam Rohingya yang sedang dizalimi itu?

Apa bantuan untuk mereka dan kepada pelarian yang sudah dihulurkan oleh kerajaan setakat ini?

Sudahkah nota bantahan dihantar kepada Kedutaan Myanmar atau adakah Dutanya telah dipanggil oleh Wisma Putra untuk Malaysia menyuarakan bantahan secara rasmi?

Kenapa Malaysia tidak mengambil langkah proaktif lain seperti menyekat kemasukan pekerja asing Myanmar yang sudah berlambak-lambak di negara kita?

Mengapa akhirnya berdemo juga yang jadi pilihan? 

Tidakkah baru-baru ini pelbagai NGO sudah pun mengadakan demo yang sama di depan Kedutaan Myanmar?

Selepas berdemo nanti, apa tindakan seterusnya sedangkan permintaan banyak pihak agar membatalkan perlawanan bola pun tidak diendahkan oleh kabinet?

Kemudian kenapa cepat-cepat diumumkan gandingan Najib dan Hadi Awang telah bersetuju menyertai perhimpunan itu?

Tidakkah ia menampakkan perhimpunan besar-besaran 4 Disember itu lebih bernawaitu politik untuk meneruskan agenda membuai hati rakyat selepas Akta 355, berbanding keikhlasan sebenar untuk membantu umat Islam Rohingya itu?


RUU355: Haji Hadi tertipu lagi

hadi_awang-pas_MUKTAMAR-190914-TMI-NAZIR
Oleh Datuk Mohamad Ariff Sabri
 
Mari kita mula dengan menyebut yang tidak tersebut. Meminta lebih kuasa dan hak untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat ialah kaedah orang pemalas. Ianya juga kaedah orang yang cenderung kepada pemerintahan kuku besi dan diktator. Semua orang yang berfikiran waras yang mahu melindungi masyarakat dari perluasan kuasa pemerintah dan kumpulan yang mahukan kuasa dan meletakkan rakyat  dibawah kebuasan kawalan, mesti berwaspada. 

Usaha menghimpun kuasa – apa jenis jua pun, temporal dan sekular, spriritual dan agama , sedang meningkat hari ini. Kita menghadapi krisis ekonomi Melayu misalnya yang konon memerlukan perluasan program kerajaan; kita berdepan dengan krisis moral dan kelunturan akhlak, penyelesaiannya juga melalui perluasan kuasa kerajaan. Krisis akhlak dan kehakisan pedoman agama khususnya memerlukan penyelesaian melalui pemerkasaan mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat.

Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, kita tidak terikat dengan penghormatan tersebut sehingga malu menegur golongan seperti Haji Hadi dalam kapasiti mereka sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi dari segi politik, mereka sepandai atau sebodoh kita jua. Pandangan politik mereka mungkin baik atau kurang teliti. Sebagai seorang ahli politik, Haji Hadi umpamanya, tidak mempunyai kelebihan apa2 pun malah , dilihat oleh umum, sebagai mangsa manipulasi politik UMNO.Sudah dua kali Haji Hadi berhenti pada perkara 49(1) Peraturan Mesyuarat sedangkan ianya boleh membawa kepada pembacaan kali pertama. Kenapa Haji Hadi tidak mahu peluang untuk menghuraikan usul nya?

Ini isu kelolaan dan mengurus kapasiti yang ada. Ternyata, mahkamah syariah dan warga yang beroperasi di bawahnya – hakim, peguam, pentadbir, sehingga menteri yang menjaga institusi pelaksana keIslaman,  gagal mengelola dan mengurus apa yang mereka ada. Ada beribu kes penceraian dimana wanita yang dicerai teraniaya kerana kes mereka lama belum diselesaikan. Kes tukar agama; kes penculikan si mati untuk ditanam dimana. Kualiti hakim, pendakwa raya, pegawai penyiasat masih belum diselesaikan tapi mereka mahukan kuasa yang lebih dan hukuman yang lebih berat.

Lalu mereka menyalahkan kekurangan kuasa dan hukuman yang ringan sedangkan isu sebenarnya ialah kelemahan mereka. Mengapa mereka tidak dapat selesai masalah tidak patuh syariah? Sebab penyampaian keadilan dan hukum Islam mereka lemah dan tidak cekap.  Jadi mereka datang kepada kita mahukan kuasa besar, luas dan kapasiti menjatuhkan hukuman yang lebih berat.

Dan amat mudah menyembunyikan kelemahan dan kekurangan mereka – cabar keIslaman masyarakat. Jika tidak sokong; murtad, anti Islam, kafir dan mati nanti, tidak di perkuburan Islam. Ini adalah ugutan spiritual.

Kita tidak akan berikan apa yang mereka mahu tanpa terlebih dahulu mereka melayakkan diri untuk mendapat kuasa tersebut. Dan kita jangan lupa mengambilkira kemungkinan, kuasa yang lebih luas dan keupayaan mengenakan hukuman yang lebih berat, berada dalam tangan pelampau agama. Dalam tangan golongan pelampau, hukum Islam jadi senjata penindasan dan pencabulan. Bayangkan jika kuasa yang luas berada dalam tangan individu yang memfatwakan jika Wan Azizah mati, dia di kebumi di jirat; bayangkan jika kuasa luas ada dalam tangan orang sepemikiran mufti Pahang yang mengkafir-harbikan orang DAP. Huru hara negara kita. 

Tunjuk kepada kita kebolehan, kecekapan, kemantapan prosidiur, kecenderungan kepada membela golongan lemah bukan menyebelahi yang berkuasa dan kaya.

Kehakiman Islam di negara kita gagal membuktikan dengan bersenjatakan kuasa yang lebih dan hukuman yang berat, mereka berkemampuan membaiki kejahatan orang Muslim. Dalam tahun 1965, kita ada penjara 6 bulan dan denda RM1000. Kita cakap ini tidak mencukupi; maka bermula 1985, kita ada sistem 3-5-6. Penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebat 6 kali. Hukuman ini lebih berat dari apa yang ada pada tahun 1965. Kita pun ingat, dengan hukuman yang lebih berat dan kuasa yang meluas, penyakit jahat kaum Muslim dalam negara selesai atau berkurang?

Adakah 3-5-6 mampu membendung orang Islam yang jahat? Tidak. Kes perceraian tinggal begitu sahaja, mencuri dan merompak oleh orang Islam, zina, seks luar tabii, rasuah, dan segala kesalahan dalam senarai negeri terus berlaku.

Apa maksudnya ini? Kuasa yang lebih luas dan hukuman yang lebih berat telah gagal digunakan oleh mahkamah syariah untuk membaiki umat Islam dalam negara ini. Bererti kaedah perundangan sahaja, tidak mencukupi untuk membaiki umat Islam tanpa disertai oleh langkah yang lebih menyeluruh. Sudahkan institusi Islam melakukan ini semua?

Kamu meminta kita semua, memberi alasan dan justifikasi ke atas ketidakcekapan kamu dengan meminta lebih kuasa dan hukuman yang lebih berat?

Jika demikian, golongan politik agama, tidak ada beza dengan Najib. Apa Najib buat bila berdepan dengan musibah hasil tangan nya? Dia mahukan lebih kuasa. Kuasa untuk menekan dan menindas rakyat. Maka dia ada akta hasutan, dia ada POCA, POTA, SOSMA dan undang-undang lain yang zalim. Ini petanda orang yang berotak diktator. Di samping itu, semua institusi yang menjaga kepentingan rakyat dirampas oleh Najib – institusi sahih untuk menekan rakyat khususnya polis, institutusi kepeguaman negara, kehakiman berada di bawah telunjuk Najib. Diktator suka menghimpun kuasa dalam tangan nya sendiri.

Dari perspektif ini, Haji Hadi juga berminda diktator. Dia mahukan lebih kuasa. Dia mahukan hukuman yang lebih berat. Yang kena hukuman berat ialah orang miskin dan wanita dan golongan mustadhafin.

Haji Hadi dan Najib seminda bila tamakkan kuasa. Janganlah orang Melayu menyangka, ulamak terlepas dari kerakusan mahukan kuasa yang tidak disoal dan di cabar. Ulamak juga korup dan rasuah, ulamak juga melakukan pelbagai kemungkaran. Ulamak juga bila berada atas mimbar pun turut memutar ayat-ayat Al-Quran.

Bagaimana golongan seperti Haji Hadi mahu selesaikan masalah kaum Muslim di Malaysia? Dengan menambah kuasa dan menggunakan hukuman yang lebih berat yang berat sebelah menzalimi wanita dan golongan mustadhafin.

Mahkamah syariah bergantung kepada kebolehan hakim dan peguam-peguamnya. Kepentingan yang mereka wakili adalah kepentingan yang berkuasa, yang kuat dalam masyarakat. Tidak ada beza dengan institusi2 yang dibawah telunjuk Najib yakni yang menjaga kepentingan 5% teratas, yang kaya dan yang berkuasa.

Jalan pintas ialah menambah kuasa dan isytihar akan denda RM100 ribu, sebatan 100 kali dan penjara 30 tahun. Itu hanya memerlukan menepuktahniah belakang sendiri, hanya perlu memuju emosi dan kesyahduan keinginan untuk mengIslamkan semua dan penyeruan langsung kepada orang Melayu yang bergama Islam.

Sedangkan membaiki kaum Muslim secara lebih menyeluruh memerlukan penghujjahan, seruan tarbiyah yang bijak, menyeru kepada bahagian rasional otak dan usaha yang lebih rapi, kesemuanya tidak disukai oleh golongan pemalas dan golongan bergantung kepada hak semula jadi.

Maka, salahkan semuanya kepada faktor luar. Kali ini salahkah kepada kelemahan mahkamah syariah, mahkamah syariah tdak cukup kuasa dan hukuman keatas penjahat dan pesalah laku tidak berat.

Jika kemungkaran kaum Muslim tidak dapat dibendung, ianya mesti berpunca dari dalam diri. Janganlah kita bertempiaran sana sini, mengatakan bahawa ini semua orang salah orang lain. Jika Haji Hadi gagal mempengaruhi orang Islam mengenai RUU 355, jangan salahkan DAP. DAP hanya ada kekuatan 37 MP dalam parlimen, dan hanya dapat mempengaruhi majorti orang Cina dan rakyat Malaysia yang lain.

Al-Quran menyebut bahawa Allah tidak mengubah keadaan sesuatu bangsa kecuali bangsa tersebut mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al-Quran 13:11.

Al-Quran menyebut lagi, Allah tidak mengubah nikmat yang dirasai kecuali bangsa tersebut megubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al-Quran 8:53.

Ternyata, kita mesti terlebih dahulu melihat ke dalam diri kita terlebih dahulu. Adakah kita mempunyai perbendaharaan nilai-nilai yang menyokong keadilan dan kesaksamaan, nilai anti rasuah, anti kemungkaran, anti kejahatan, anti pemimpin yang rasuah, nilai-nilai positif yang lain? Lihat kepada ini dahulu, sebelum senang2 menyalahkan orang lain kecuali diri kita. – Roketkini.com

*Datuk Mohamad Ariff Sabri adalah Ahli Parlimen Raub

Anak muda dalam DAP: Demi wang, kuasa atau tanggungjawab? – Bahagian I

shakir
 Oleh Syazana Hasanudin


Pelbagai skandal kewangan melibatkan pemerintah dan ahli politik di negara ini menyebabkan wujud satu persepsi di kalangan masyarakat tentang golongan muda yang memilih bidang politik sebagai halatuju hidup. Rata-rata melihat penglibatan politik di kalangan anak muda adalah disebabkan faktor kuasa atau wang.

Bagi orang kebanyakan, menceburi politik merupakan jalan mudah untuk anak muda meluaskan pengaruh dan seterusnya, mendapat keuntungan ‘atas angin’ melalui projek-projek yang dilaksanakan kerajaan, tidak kira persekutuan atau negeri.

Lebih-lebih lagi, Malaysia kini berada dalam situasi ekonomi kurang memberangsangkan. Ia mampu menjadi punca kepada penglibatan politik anak muda, terutama selepas melihat mentor-mentor mereka yang kini bersenang-lenang setelah dipilih menjadi pemimpin atasan negara.

Namun, bagaimana pula dengan golongan belia yang menyertai DAP? Parti itu sejak dahulu lagi menjadi jaguh dalam menentang segala ketirisan dan penyalahgunaan dana awam yang didakwa semakin berleluasa di bawah pentadbiran kerajaan UMNO Barisan Nasional. 

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang merupakan ahli parlimen yang paling lantang memperjuangkan isu skandal Bank Bumiputera Finance (BMF) suatu ketika dahulu. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pula antara ‘hero’ yang membongkarkan skandal syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB yang dikatakan berkait rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Semua ini secara tidak langsung mampu menjadi model peranan kepada pemimpin-pemimpin muda DAP dalam perjalanan politik mereka.

“Jika untuk duit, saya tak akan masuk DAP”

Bagi Setiausaha Eksekutif Sosialis Muda DAP (DAPSY), Muhammad Shakir Ameer, satu-satunya asbab beliau menceburi bidang politik adalah bagi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anak muda yang prihatin terhadap masalah masyarakat yang melanda hari ini.

Malah, ia merupakan faktor utama mengapa seorang Muslim sepertinya memilih DAP sebagai landasan perjuangan politik – walaupun parti itu kerap ditanggapi sebagai kononnya anti-Islam dan anti-Melayu.

“Saya sebagai orang Islam memilih DAP kerana kagum dan percaya dengan perjuangan DAP selama ini,” ujarnya ketika ditemuramah Roketkini. 

“Parti ini benar-benar menegakkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua anak bangsa tanpa mengira kaum, agama, kelas atau darjat. Tidak seperti sesetengah pihak lain, prinsip perjuangan DAP sama saja. Tidak pernah berubah dari dulu.”

Menurut Shakir, tidak wujud apa-apa niat ‘nakal’ seperti meluaskan pengaruh atau menambah baki akaun bank dengan menceburi politik, dan itu jelas dilihat melalui tindakan beliau menyertai DAP – sebuah parti yang mengundang persepsi negatif masyarakat tetapi tegas dan konsisten dalam perjuangan.

“Saya masuk politik bukan untuk duit. Jika untuk duit, saya tak akan masuk DAP,” katanya sambil ketawa kecil.

“Kawan-kawan saya kata kalau nak buat duit, masuk UMNO. Boleh buat duit. Malah, mereka menyoal saya, kenapa masuk DAP? Masuk DAP tak boleh buat duit,” tambahnya.

Anak kelahiran Pulau Pinang tersebut menegaskan, tujuannya menyertai politik selaras dengan dasar yang didukung oleh parti itu, iaitu demokrasi sosial yang bermatlamat untuk membawa kemaslahatan kepada semua pihak, terutama golongan kelas pertengahan dan rendah.

Peluang itu, katanya, semakin cerah apabila beliau dilantik sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada bulan Februari lalu, sekaligus membuka jalan lebih luas baginya untuk menyemai bakti kepada masyarakat.

Sepanjang perbualan saya dengan Shakir, acap kali beliau menyatakan tentang pentingnya bekerja untuk rakyat Malaysia. Semangat membuak-buak anak muda ini dalam memastikan kesejahteraan umum amat ketara dan menarik perhatian, justeru saya menyoal sama ada beliau mempunyai mana-mana ‘role model’ yang mencetuskan gelora tersebut.

“Ikon saya merupakan mendiang Karpal Singh,” katanya sambil menjelaskan, penduduk di Pulau Pinang – tidak kira dari parti mana, mempunyai ‘soft spot’ terhadap peguam berwibawa itu.

“Ramai anak muda semasa kecil mahu jadi Karpal Singh. Beliau sangat terkenal (di Pulau Pinang). Karpal Singh lantang, tetapi orang sangat menghormati beliau kerana sikapnya yang suka membantu dan menawarkan bakti kepada semua pihak.

“Tetapi minat saya dalam politik turut didorong oleh reformasi. Semasa itu saya berumur 15 tahun. Memandangkan Anwar Ibrahim orang Pulau Pinang, jadi kebanyakan orang di sana menyokong Anwar. Mereka sebelum ini teruja menunggu beliau menjadi Perdana Menteri.

“Saya pun mula mendekati politik dengan membaca blog-blog yang terkenal pada masa itu, contohnya blog freeanwar.com dan blog Raja Petra. Walaupun Raja Petra sudah beralih angin sekarang, beliau antara yang terawal (membuat blog pro-Anwar),” ujarnya. – Roketkini.com

Maria belum terlepas siasatan polis - KPN

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Walaupun sudah dibebaskan semalam, Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah masih belum terlepas daripada siasatan pihak polis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
 
Ujar Khalid, Maria yang sebelum ini disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau Sosma, kini masih disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) berhubung penglibatannya menganjurkan himpunan BERSIH 5 pada 19 Nov.
 
"Di bawah prosedur Sosma, pegawai polis berpangkat superitendent ke atas, berkuasa menahan seseorang itu selama 28 hari. Tetapi apabila kita merasakan apa yang patut kita buat telah selesai, kita tak perlu tahan lebih lama lagi," kata Khalid hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat kemungkinan Maria akan ditangkap semula selepas dibebaskan semalam.
 
Maria dibebaskan semalam selepas ditahan di bawah Sosma selama sepuluh hari.
 
Beliau dibebaskan sehari sebelum mahkamah dijadual mendengar permohonannya pembebasannya.
 
Maria ditahan pada Jumaat minggu lalu, sehari sebelum Himpunan BERSIH 5 diadakan. 
 
Khalid sebelum ini berkata, Maria disiasat kerana mempunyai kemungkinan terbabit dalam kegiatan yang mengancam sistem demokrasi negara.
 
 

RM5 juta baik pulih kawasan tanah runtuh di Serendah - Azmin


ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
HULU SELANGOR: Sebanyak RM5 juta akan disediakan untuk membaik pulih jalan raya dan kawasan terjejas susulan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini Sabtu lalu.
 
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerja baik pulih akan  dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebaik menerima laporan penuh daripada pasukan geofizik Jabatan Mineral dan Geosains.
 
Beliau berkata penambahbaikkan itu adalah untuk jangka masa pendek dan panjang bagi mengelak situasi sama daripada berulang.
 
"Setakat ini 'sheet pilling' atau cerucuk sudah siap dipasang. Punca aliran air bawah tanah akan dikenal pasti kerana air yang mengalir bukan datang daripada saluran paip yang pecah kerana apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menutup saluran paip air, dilihat air tetap juga mengalir," katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa kejadian di taman tersebut.
 
Beliau berkata JKR akan turut melakukan siasatan forensik terhadap bangunan di kawasan itu bagi memastikan ia selamat diduduki.
 
Azmin menyampaikan sumbangan RM500 kepada setiap 64 keluarga yang terpaksa berpindah susulan kejadian itu.
 
 

DAP belum yakin untuk 'iktiraf' PPBM, kata ahli akademik


Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP memberi isyarat bahawa parti itu belum 'mengiktiraf' Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai sekutunya apabila tidak menjemput parti baru itu untuk menghadiri persidangan mereka pada 4 Disember depan.
 
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, ia secara tidak langsung juga memberi satu persepsi bahawa semangat persepakatan dan kesepaduan di antara pembangkang masih belum dicapai sepenuhnya.
 
"Walaupun mereka masih belum secara rasmi menjadi rakan komponen Pakatan Harapan (PH), namun saya kira apa salahnya menjemput bagi menunjukkan sebenarnya wujud kesepaduan (dalam pembangkang).
 
"Signal yang boleh kita baca apabila PPBM tak dijemput, pertama, mereka masih lagi tak mempercayai PPBM satu parti yang relevan dengan ideologi PH itu sendiri.
 
"Kedua, mungkin mereka tak melihat bahawa PPBM akan bersama-sama PH walaupun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)," katanya kepada Antarapos.
 
DAP bagaimanapun menjemput rakan komponennya dalam PH iaitu PKR dan AMANAH ke persidangan mereka hujung minggu depan.
 
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, dilaporkan berkata tindakan itu diambil kerana PPBM bukan sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan.
 
Dalam pada itu ujar pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu lagi, kecenderungan PPBM yang dilihat 'mesra' PAS juga mungkin antara faktor kepada keraguan DAP itu.
 
"Dalam konteks PPBM, kita juga melihat mereka ini ada kecenderungan untuk bekerjasama dengan PAS. Kalau dilihat beberapa kenyataan dan tindakan Muhyiddin yang bersama pemimpin PAS. Mungkin ini antara signal DAP bahawa itu adalah perkara yang mereka tidak diinginkan," katanya. 
 
Beliau merujuk kepada tindakan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah sepentas bersama PAS dalam program Himpunan Harapan Semua di Terengganu, September lalu.
 
Muhyiddin baru-baru ini juga mengambil pendekatan untuk menangguhkan majlis memeterai perjanjian penyertaan PPBM dalam PH ketika konvensyen kali pertama gabungan berkenaan pada 12 November lalu.
 
Muhyiddin mengemukakan alasan bahawa penangguhan itu dibuatnya bagi membolehkan pemimpin PH berbincang lebih lanjut bersabit terma-terma perjanjian itu.
 


 

DAP seru rakyat Sabah tolak semangat wilayah dan perkauman sempit

stephen-wong-konvensyen1

Oleh Hafiz Zainuddin

KOTA KINABALU: Perjuangan meletakkan semula hak Sabah secara adil perlu dilakukan secara kolektif dan bukan dengan menyebar kebencian melalui semangat wilayah dan perkauman sempit.

Semangat wilayah sempit ini malah akan menjarakkan lagi jurang keharmonian rakyat Malaysia selain dijadikan sebagai alat pihak tertentu untuk meraih keuntungan politik semata-mata.

wong-t-fatt
Stephen Wong, Pengerusi DAP Sabah, Ahli Parlimen Sandakan

Ini termasuk tuduhan semberono sebilangan parti-parti tempatan mendakwa hanya mereka sahaja yang mampu mengangkat aspirasi dan perjuangan orang Sabah.

Begitu antara inti ucapan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt ketika menyampaikan amanatnya di Konvensyen DAP Sabah yang bertempat di Hotel Yaho dekat sini hujung minggu lalu.

Menurutnya, DAP Sabah amat memahami sentimen rata-rata rakyat negeri itu yang berasa ketinggalan dan dianaktiri oleh kerajaan BN khususnya dari segi ekonomi dan pembangunan.

Namun, memomokkan DAP sebagai ‘parti nasional’ dan ‘parti Malaya’ yang mahu menggugat hak-hak Sabah adalah tidak benar dan berniat jahat.

“Barisan pimpinan DAP Sabah di sini kesemuanya ialah orang Sabah yang tulen, kita bangga dengan fikiran, nilai-nilai terbuka dan inklusif selama ini. Kita boleh ‘kupi-kupi’ dengan semua orang dari pelbagai kaum, kita boleh saling bantu-membantu tak kira dia dari masyarakat apa, ia seharusnya dihargai sebagai budaya dan nilai-nilai murni kita.

“Kita mesti berani menolak politik perkauman dan kebencian. Kita tahu bahawa ia tidak akan menyelesaikan masalah yang sebenar dihadapi oleh orang Sabah seperti kemiskinan dan penindasan,” tegasnya.

stephen-wong-konvensyen2

Stephen menegaskan, masalah sebenar yang dihadapi Sabah bukanlah kerana isu ‘parti Malaya’ atau bukan tetapi  berpunca dari pemerintahan BN sendiri.

Lebih menyedihkan katanya, sebilangan parti-parti tempatan juga bersama BN untuk terus mengukuhkan kuasanya di Sabah.

“Banyak parti-parti lokal pernah memerintah Sabah dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Persekutuan, tetapi wakil-wakil Sabah ini gagal mempertahankan hak-hak negeri kita sehingga status Sabah dituruntaraf pada tahun 1976 dari satu dari tiga (Sabah, Sarawak dan Semenanjung) kepada salah sebuah dari 13 negeri di Malaysia.

“Hanya DAP ketika itu, yang belum lagi masuk ke Sabah, sudah mempertahankan Sabah di Parlimen pada tahun 1976 dengan membantah pindaan perlembagaan persekutuan tersebut,” katanya.

stephen-wong-konvensyen3 

Selain itu, Stephen menjelaskan bahawa hak minyak dan gas di Sabah juga tergadai bukan kerana DAP, tetapi ketika Sabah ditadbir oleh parti-parti tempatan.

“Pada ketika pemerintahan parti lokal (tempatan) di Sabah, hak minyak dan gas Sabah diserahkan kepada kerajaan persekutuan, hak milik Labuan juga diserahkan kepada kerajaan persekutuan, mereka buka pintu dan bantu UMNO dapatkan kuasa pemerintahan di Sabah sampai hari ini.

“Semua ini berlaku pada ketika pemerintahan parti lokal,” jelas Ahli Parlimen Sandakan itu.

Justeru beliau menyeru supaya rakyat Sabah memilih wadah dan perjuangan parti politik yang benar-benar berjuang demi kepentingan seluruh rakyat dan bukannya kelompok tertentu.

“Kita harus pilih parti yang baik dan ikhlas untuk berjuang demi kepentingan semua rakyat Sabah dan seluruh Malaysia,” ujarnya lagi. – Roketkini.com