Selepas ulasan Tun M yang berikan nafas lega kepada kebanyakan rakyat
pelbagai bangsa untuk meneruskan khidmat sepenggal tentunya persoalan
baru pasti timbul .
Bagi rakyat Malaysia rata rata telah
catitkan muka muka menteri yang cetek minda , memalukan kerana pandai
buat teori dan ada yang sombong , tamak dan bangga diri macam dia saja
yang bijak kerana dilantik jadi menteri .
Penghijrahan bijaknya
manusia menilai hidup terus menerus makin bijak mungkin akibat minda
yang teruji , masalah hidup yang terbeban dari kerenah pemimpin itu
sendiri maka tiap penggal dan dekad demi dekad , pengajaran tersebut
adalah sempadan hidup anak anak muda yang makin dewasa makin sedar
perlunya membuang jauh pemimpin2 tak berguna ini.
Dipenghujung
tahun akhir datangnya kelibat pilihanraya pasti sekali lagi masalah yang
lalu akan kembali ingin disusun semula sebagai rebutan siapa layak jadi
PM , TPM dan siapa yang harus berada dekat dengan tampuk ini.
“ Lantak hang pa la lepaih ni...!” Itu mungkin keputusan Tun untuk tinggalkan PH.
Anwar Ibrahim dah pasti ada puak tersendiri.
Azmin Ali juga akan merosakkan cabaran Anwar
Tiap muka yang pernah bermasalah dengan Anwar seperti Zuraida terpaksa
akur macam lembu ditarik hidung ... “lu sapa mak lampir...?”
Anwar presiden tau ...!
AMANAH sudah pasti mengharapkan DAP tetapi mampu kah Dr. Zulkefli ,
Khalid Samad , Mat Sabu , Mahfuz, Salihuddin dipercayai lagi oleh rakyat
.
Saya buat ulasan atau persepsi berdasarkan sokongan
maklumbalas kebanyakan posting yang memaparkan peranan mereka hanya
banyak dihujani kebencian dan maki hamun akibat silap mereka sendiri
begitu juga pemimpin PKR dan DAP juga banyak kita baca komen rakyat akan
memahatkan perasaan dendam ....” korang tunggu la PRU ni sepenggal je .
Ada juga pemimpin yang pandai pilih jalan selamat kerana tidak cuba
ambil kesempatan mempertontonkan diri nak glamour dalam media.
Paling banyak menerima kecaman maki hamun seperti Syed Saddiq ,
Saifuddin Nasution , Lim Guan Eng dan segelintir pemimpin wanita dari
DAP juga mungkin gagal mempertahankan kerusi masing masing .
Kali ini amat sukar untuk PH mempengaruhi rakyat bukan kerana termakan
hasutan pihak lawan tetapi rakyat banyak terbeban dengan sikap pemimpin
itu sendiri .
1) DrMAZA mengambil masa 1 tahun 3 bulan 22 hari untuk faham kenapa
pembangkang terutama PAS membantah perlantikan Tommy Thomas sebagai
Peguan Negara.
2) Perlantikan Peguam Negara bukan sahaja kita
kena lihat dari sudut logik perundangan semata-mata. Bukan juga
semata-mata dijustifikasi dengan hujah agama yang terpilih. Ia perlu
dilihat dari sudut dunia politik yang penuh konspirasi dan tipudaya
juga.
3) Dalam Malaysia ini, ada yang melihat sesuatu isu
penting dengan kacamata agama semata-mata. Ada pula yang memandang dari
kacamata politik semata-mata. Sangat sedikit yang faqih agama dan faqih
silat-silat politik serentak.
4) Yang faqih politik tanpa faqih
agama, akan memanipulasi apa sahaja untuk kepentingan diri dan kuasa.
Yang faqih agama tanpa faqih politik, akan diperalat oleh orang politik
yang licik. Sebab itulah orang politik yang licik sangat tidak sukakan
agamawan yang faqih agama, pada masa yang sama faqih permainan politik.
Agamawan jenis ini akan mengganggu kerja-kerja licik mereka.
5)
Jadi, tidak hairan DrMAZA selaku agamawan yang tidak mahu terlibat
dengan politik, akhirnya terlambat memahami gerak-gerak politik, dan
memberi sokongan yang tidak kena pada tempatnya. Mungkin termakan dengan
hujah-hujah 'bagus' orang politik, dan mungkin tidak mahu menampakkan
diri sebagai jumud atau rasis.
6) Tapi tak mengapa. Orang kata,
better late than never. Masih ramai lagi umat yang tidak mampu nampak
logiknya keperluan menolak Tommy sebagai Peguam Negara. Terutama
golongan mahacai. Sadis.
Enam belas bulan selepas mendapat kuasa, beberapa pemimpin dalam
Pakatan Harapan (PH) menunjukkan betapa mereka setara dengan lawan
Barisan Nasional (BN) – tahunya hanya memikirkan diri sendiri.
Misalnya, lihat saja pendirian Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin
bahawa presidennya Anwar Ibrahim perlu berjiwa besar dan menerima
permintaan untuk mengadakan satu “mesyuarat rekonsiliasi”.
Katanya, beliau tidak akan hadir mana-mana mesyuarat parti sehingga
Anwar mengadakan mesyuarat khas itu dengan beliau dan kelompoknya kerana
isu yang hendak dibincangkan “mustahak dan sensitif”.
“Kita hanya nak berbincang untuk perkara yang agak sensitif yang
tidak boleh dibuat dalam keadaan yang ramai, untuk memberi pandangan dan
juga merangka hala tuju hadapan PKR.
“Kita sayang PKR dan kita juga sayang negara,” katanya.
Orang tentu boleh beranggapan bahawa kebanyakan mesyuarat PKR tidak
mustahak atau tidak sensitif dan tidak melibatkan hala tuju parti.
Anwar tentunya melakukan hal yang masuk akal. Beliau enggan memanggil
mesyuarat khas itu sebaliknya berkata Zuraida dan yang lain-lain perlu
hadir ke mesyuarat pimpinan parti.
Seluruh episod dalam PKR ini mendedahkan kepada kita satu perkara.
Mabuk kuasa sudah naik ke kepala sesetengah pemimpin ini. Mereka rasa
berhak dan mahu dilayan dengan istimewa.
Tidak ada bezanya mereka dengan sesetengah pemimpin BN sebelum ini.
Apabila diberi jawatan utama kerajaan, mereka juga menuntut keistimewaan yang sama.
Tidakkah mereka hairan bagaimana akhirnya BN tersingkir dari puncak kekuasaan pada Mei 2018?
Kenapa pemimpin politik tidak belajar daripada masa lampau? Bahawa
parti yang mereka anggotai lebih utama daripada diri mereka sendiri.
Bahawa mereka menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti dan rakyat – dan bukan sebaliknya.
Ironinya, Zuraida adalah antara pemimpin politik dan pemimpin PKR
yang baik. Namun beliau tampaknya sekarang menganggap dirinya lebih
mustahak berbanding parti dan pemimpin parti yang lain.
Bolehkah beliau bertolak ansur dengan sikap seperti ini di kementeriannya atau di cabang partinya?
Adakah beliau akan melakukan apa yang sepatutnya dan hadir mesyuarat
pimpinan parti, dan menyelesaikan apa saja isu secara bersemuka dan
bukannya merungut kepada umum tentang masalahnya?
Malaysia berkehendakkan ahli dan pemimpin politik yang lebih bagus tahapnya.
Majoriti pengundi merasakan mereka sudah membuat pilihan itu pada
pilihan raya umum yang lalu. Apa yang jelas, impian dapat ahli politik
yang lebih baik masih tinggal angan-angan.
Kapal perikanan yang disyaki dari China dipercayai menceroboh perairan Malaysia di Sarawak pada 2016. (Gambar MMEA)
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mahu mengambil pendirian berkonfrontasi
terhadap China dalam pertikaian Laut China Selatan dan dakwaan
penganiayaan terhadap etnik Uighur, kata Perdana Menteri Dr Mahathir
Mohamad dalam satu temubual hari ini.
Malaysia terlalu kecil untuk berdepan gergasi Asia itu, walaupun
kapal-kapal China meninjau di perairannya untuk mencari minyak dan gas
di Laut China Selatan tanpa izin, katanya kepada satu laman berita dalam
talian ketika melawat New York, Amerika Syarikat minggu ini.
“Kami perhati perbuatan mereka, kami lapor perbuatan mereka, tetapi
kami tak usir atau cuba jadi agresif,” kata Mahathir kepada BenarNews.
“Negeri-negeri Melayu wujud berdekatan dengan China sejak 2,000 tahun
lalu. Kami masih selamat kerana kami tahu bagaimana menjaga tingkah
laku. Kami tak cuba menjadi agresif kerana kami tiada upaya, jadi kami
guna cara lain.”
Beliau berkata dulu Malaysia menghantar “bunga emas kepada China setiap tahun sebagai simbol kami menurut perintah mereka.”
Bulan ini, China dan Malaysia bersetuju menubuhkan satu mekanisme
dialog bersama untuk Laut China Selatan, kerana hubungan antara negara
semakin baik. China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia.
Presiden China Xi Jinping menyelia rancangan mengubahsuai tenteranya
ketika negara itu meningkatkan keberadaannya di Laut China Selatan dan
Taiwan, menyebabkan rantau ini dan Washington gementar.
Mahathir berkata kekuatan China sebab kenapa Malaysia tidak banyak bercakap mengenai dakwaan Beijing menindas etnik Uighur.
“Anda tak boleh cuba dan buat sesuatu yang akan gagal, jadi lebih
baik cari cara yang tidak ganas untuk tidak menyebabkan China jadi
marah, kerana China bermanfaat pada kita,” katanya.
“Sudah tentu China rakan dagangan terbesar kami dan anda tidak mahu
buat sesuatu yang akan gagal, dan dalam proses itu, kita akan terjejas.”
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata sekurang-kurangnya 1 juta
etnik Uighur dan etnik beragama Islam lain ditahan dalam apa yang China
dakwa “pusat latihan vokasional” bagi membasmi ekstremisme dan memberi
kemahiran baru.
Pemimpin berusia 94 tahun itu juga berkata polis sedang memastikan
adakah ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho berada di China.
Penyiasat menamakan Low sebagai watak utama dalam skandal 1MDB, yang
menurut pendakwa raya AS dan Malaysia digunakan untuk menyalurkan
ratusan juta dolar.
Gambar Bernama.
KUALA LUMPUR: Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2019 bagi
subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadualkan di
seluruh negara esok ditangguhkan ke 7 Okt depan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan malam tadi
berkata penangguhan itu bagi menghormati perkabungan kemangkatan Sultan
Kelantan ke-28 Sultan Ismail Petra semalam.
“Jakim merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan rasa
dukacita terhadap Sultan Muhammad V, ahli-ahli kerabat diraja Kelantan
dan seluruh rakyat Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra Sultan
Yahya Petra.
“Berikutan pengisytiharan kerajaan negeri Kelantan bahawa 29
dan 30 Sept 2019 sebagai cuti peristiwa, Jakim memutuskan peperiksaan
UPKK 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang
dijadual pada 30 Sept 2019 (Isnin) ditangguhkan ke 7 Okt 2019 (Isnin).
Pakar ekonomi politik Firdausi Suffian.
KOTA KINABALU: Seorang pakar ekonomi politik mencadangkan supaya
Putrajaya memberikan peruntukan khas kepada Sabah bagi membantu negeri
itu mengambil manfaat atas pemindahan ibu negara Indonesia ke
Kalimantan.
Pensyarah di UiTM Sabah, Firdausi Suffian memberitahu FMT bahawa
negeri itu perlu membina hubungan dengan rakyat Indonesia bagi
membolehkannya merebut peluang ekonomi yang muncul apabila perubahan itu
berlaku.
Beliau berkata, dengan sokongan kewangan kerajaan pusat, Sabah boleh
meningkatkan kewibawaannya ketika berunding dengan Indonesia.
“Jika ada sokongan kuat di belakang anda, anda boleh menunjukkan bahawa anda berkemampuan,” katanya.
“Ketua menteri boleh pergi ke sana dan berkata, ‘Lihat, kami ada rancangan ini dan kami ada dana’.”
Katanya, dana khas sedemikian juga boleh merangsang minat ahli perniagaan tempatan terhadap peluang yang tersedia di Kalimantan.
Firdausi berkata, beliau juga mahu melihat cadangan ke arah
penyelesaian masalah pengangguran yang tinggi di Sabah dalam belanjawan
kerajaan tahun depan.
“Kita perlu membangunkan industri hiliran dan perlu ada belanjawan
khas untuk tujuan ini. Lebih banyak industri hiliran yang dibangunkan,
lebih banyak pula peluang pekerjaan yang dicipta.”
Menurutnya, kira-kira 150,000 rakyat Sabah yang sihat tubuh badan
yang kebanyakannya orang muda, tidak mempunyai pekerjaan dan kadar
pengangguran negeri itu adalah kira-kira 15% daripada angka kebangsaan.
Beliau menggesa supaya Sabah diberikan dana untuk membangunkan
perniagaan kecil dan sederhana dengan berkata, kerajaan negeri dan pusat
perlu bekerja rapat untuk menggalakkan industri tertentu berkembang
bagi membolehkan kadar pengangguran berkurang.
Beliau juga berkata, Sabah memerlukan dana untuk pembangunan
infrastruktur yang telah diperuntukkan dalam belanjawan sebelum ini.
“Hatta selepas 56 tahun pembentukan Malaysia, kita masih bercakap tentang perkara ini,” katanya.
“Kita ada Lebuhraya Pan Borneo sekarang, tetapi kita perlukan lebih banyak lagi.”
Beliau maklum bahawa baru-baru ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng
berkata, Sabah akan diberikan lebih banyak dana untuk pembangunan
infrastruktur.
“Kita lihat bagaimana perkembangannya,” katanya.
Katanya, pendidikan merupakan satu bidang yang sangat memerlukan infrastruktur lebih baik.
“Jika dilihat Rancangan Pendidikan Nasional, ia bercakap tentang pendigitan dan konsep Industri 4.0.
“Ini semua idea hebat, tetapi bagaimanakah matlamat itu akan tercapai
sekiranya pelaksananya, iaitu sekolah dan infrastruktur berkaitan,
tidak ada?
“Wujud jurang besar antara kawasan bandar dan luar bandar. Di Kota
Kinabalu mungkin ada sekolah canggih dengan segala kelengkapan
teknologi, tetapi di luar bandar, sekolah masih sangat daif.”
Beliau berkata, industri pelancongan juga memerlukan penambaikan
infrastruktur penting supaya negeri Sabah terus mendapat manfaat
daripadanya.
Firdausi juga bercakap tentang keperluan menangani isu perumahan
mampu milik dengan berkata, kadar faedah istimewa yang ditawarkan kepada
pembeli rumah berharga kurang RM150,000 tidak banyak membantu rakyat
Sabah kerana menurut kajian Institut Penyelidikan Khazanah, rumah di
negeri itu umumnya berharga kira-kira RM186,000.
“Umumnya ia tidak benar-benar membantu menangani isu kebajikan rakyat Sabah. Kita harus kaji perkara ini.”
Cik Miera adalah seorang jururawat yang mengatakan Doktor berbohong mengenai kecederaan Muhammad Adib pada bulan Mac lalu.
Dia memuat naik paparan di facebooknya setelah berasa sedih dengan
laporan berita berkenaan keterangan Dr Ahmad Hafizam itu kerana melihat
kesedihan yang ditanggung keluarga, tunang dan rakan2 sekerja Muhammad
Adib sepanjang dirawat di IJN.
Dr Ahmad Hafizam dalam
keterangannya di mahkamah, berkata status dalam akaun Facebook yang
dikenali sebagai Cik Miera itu menyebabkan beliau berdepan dengan cacian
dan dianggap berbohong berkenaan pandangannya bahawa corak kecederaan
yang dialami anggota bomba itu tidak padan dengan kecederaan dipukul.
Cik Miera atau namanya Siti Syafika Amira, sudah enam tahun bertugas
sebagai jururawat, dia diarahkan untuk membantu doktor bagi memasang
alat bantuan pernafasan (ECMO) di tubuh Muhammad Adib pada 28 November
tahun lalu.
Akibat dari status Fb jururawat itu, dia telah
dipanggil ke Mahkamah untuk diambil keterangan. Dipercayai oleh kerana
tekanan yang dihadapi, Akhirnya Cik Miera terpaksa meminta maaf pada
Doktor tersebut.
Pada ketika itu juga, Cik Miera juga diberi tekanan oleh Ahli Parlimen PKR Kangar melalui whatsapp.
Tapi harini terbukti di Mahkamah Koroner Shah Alam, Muhammad Adib memang mati dipukul oleh lebih dari 2 orang.
Dr. Ahmad Hafizam dan pihak atasan IJN harus memohon maaf kepada Cik Miera. Terbukti jururawat ini lebih berintegriti.
Kami rakyat Malaysia terhutang budi pada Cik Miera.
SHAH ALAM, 27 Sept — Pemuda PAS menggesa Peguam Negara Tan Sri Tommy
Thomas meletak jawatan susulan keputusan Mahkamah Koroner hari ini.
Naib
ketuanya berkata keputusan inkues yang mendapati Muhammad Adib Mohd
Kassim dipukul mengembalikan keyakinan terhadap sistem kehakiman negara.
“Berdasarkan keputusan inkues hari ini yang memutuskan
kematian Adib satu jenayah, kami meminta peguam negara dipecat atau
sekurang-kurangnya dicutikan sehingga keadilan bagi pihak Adib dicapai.
“Kedua, peguam negara tidak perlu menyemak semula atau merayu
keputusan inkues,” kata Ahmad Fadhli Shaari kepada pemberita hari ini.
Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian Adib tahun lepas
akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu
yang tidak diketahui.
Koroner Rofiah Mohamad menyampaikan keputusan itu selepas 41 hari inkues yang melibatkan 30 saksi sejak Februari lepas.
KUALA LUMPUR – Jika semalam Pergerakan Wanita UMNO Malaysia mendesak
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan pendirian terhadap
Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas atas salah laku dalam mengurus kes
kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, Wanita UMNO hari ini
mendesak Jawatankuasa Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus pula berbuat
demikian.
Menurut ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad, pendirian itu ditagih
pihaknya selepas mendapati kerajaan PH tidak membuat sebarang kenyataan
berhubung keputusan Mahkamah Koroner semalam yang memutuskan punca
kematian Muhammad Adib akibat dipukul dan diserang oleh pihak ketiga.
Keputusan itu diumumkan oleh Koroner Rofiah Mohamad selepas 41 hari
prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad
Adib berlangsung.
“Datuk Seri Anwar juga perlu memanggil Tommy bagi menjawab segala isu berkaitan kes arwah Adib.
“Hasil soal selidik itu nanti, ia perlu dibentangkan ke dalam Sidang
Dewan agar penjelasan tersebut akan tercatat dalam hansard Parlimen,
selain itu seluruh rakyat Malaysia juga bakal dapat penjelasan yang
sewajarnya.
“Ini secara tidak langsung, memberi ruang kepada Tommy bagi
membersihkan namanya memandangkan kini banyak pihak yang merasakan
beliau tidak layak menjawat jawatan sebagai Peguam Negara,” demikian
menurut Noraini dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk makluman, sidang Dewan Rakyat akan mula bersidang semula pada 7 Oktober depan. -MalaysiaGazette
Terdapat gerakan cuba memburukkan reputasi Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) dalam pensijilan halal, kata Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof.
Mujahid berkata sebagai contoh,
kes cop halal pada tin makanan berasaskan khinzir yang berlaku pada 2014
ditularkan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab walaupun telah
dinafikan.
"Saya hairan hari ini seolah-olah ada gerakan yang
hendak pertikaikan reputasi JAKIM dalam pensijilan halal. Contohnya ada
yang mendapat pensijilan tetapi dinafikan satu pihak lain…
"Kedua
mungkin ada (gerakan) merancang untuk mencemarkan reputasi halal dan
kerajaan hari ini,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Beliau
berkata demikian selepas merasmikan Halal Fun Run sempena Karnival
Rahmah 2019 anjuran Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (Jawi) yang disertai 2,600 peserta.
Katanya antara
usaha yang dilakukan bagi menangani masalah tersebut termasuk
menyediakan aplikasi telefon pintar 'Verify Halal' bagi memudahkan
pengguna menyemak status halal sesuatu produk dengan mengimbas kod
produk.
Mujahid menjelaskan Jakim melaksanakan tugasnya dengan profesional mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.- Bernama
Kementerian Pertahanan akan membawa permintaan pihak
keluarga yang menggesa inkues bagi mencari punca kematian anggota
komando 11 Rejimen Gerak Khas, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya ke
peringkat lebih tinggi untuk dipertimbangkan.
Menterinya, Mohamad Sabu berkata demikian dalam suatu kenyataan hari ini.
"Berhubung
dengan permintaan keluarga agar inkues diadakan bagi mencari punca
kematian allahyarham, Kementerian Pertahanan akan membawa permintaan ini
ke peringkat yang lebih yang lebih tinggi untuk dipertimbangkan,"
katanya.
Aktor veteran, AR Badul, dilaporkan tidak berpuas hati dengan
keputusan lembaga siasatan Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung
kematian anaknya yang diklasifikasikan sebagai kemalangan dalam latihan.
Oleh itu, beliau mahu kerajaan melaksanakan inkues bagi mencari kebenaran punca kematian Mohd Zahir pada 4 September lalu.
Badul
atau nama penuhnya, Armaya Aman Ramlie, 70, pada 26 September lalu
dilaporkan berkata beliau bukan mahu menuduh atau mencari salah siapa,
sebaliknya cuma mahu keluarga dan orang awam mendapat penjelasan berhubung kejadian membabitkan Mohd Zahir.
“Saya mahu tahu kronologi kematian dia.
"Bagaimana peluru boleh tersasar? Adakah posisi (cara dia berdiri) salah dan sebagainya," soalnya.
Arwah
merupakan Mejar Komando Kem Sungai Udang, Melaka meninggal dunia akibat
tertembak ketika membuat gimik sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok
Kawi, Sabah, pada kejadian awal bulan ini.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu juga berkata pihaknya menyokong kenaikan pangkat allahyarham daripada Mejar ke Leftenan Kolonel.
"Kementerian
Pertahanan juga menyokong kenaikan pangkat Allahyarham Mejar Mohd Zahir
Armaya kepada Leftenan Kolonel pada Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT
578) yang telah bersidang pada 17 September 2019, tertakluk kepada
kelulusan Seri Paduka Banginda Yang Di-Pertuan Agong," katanya.
Pesuruhjaya
Polis Sabah Omar Mammah pada 10 September lalu berkata kes kematian
Mohd Zahir disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan berkenaan
menyebabkan kematian dengan cuai.
Untuk
rekod, prosiding inkues termaktub di bawah Kanun Tatacara Jenayah yang
memperuntukkan apabila siasatan menunjukkan bahawa sesuatu kematian itu
disebabkan oleh kekerasan atau disebabkan oleh orang lain, maka suatu
bedah siasat perlu dilakukan.
Hasil bedah siasat akan diberikan
kepada seorang majistret dan jika majistret tidak berpuas hati tentang
punca kematian tersebut maka inkues akan dibuat mengikut peruntukan
Kanun Tatacara Jenayah.
Selain itu, Peguam Negara juga mempunyai
kuasa untuk mengarahkan majistret untuk mengadakan inkues, atas
alasan-alasan yang sama.
Bagaimana
Dr Mahathir menjaga kepentingan rumah tangga serta anak pinaknya; maka
begitu sifat mulia beliau untuk menjaga kepentingan keseluruhan bangsa
dan negara kita. - Gambar BERNAMA
PADA usia 94 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad masih gigih bertungkus lumus untuk membina Malaysia Baharu.
Ia demi menjamin kesejahteraan masa depan keseluruhan rakyat di tanah air kita tanpa mengira bangsa atau agama.
Inilah prinsip dan jati diri mulia Dr Mahathir yang saya kenali.
Beliau hanya mahu menjadi ‘lilin yang membakar diri sendiri’ demi menerangi kehidupan keseluruhan rakyat di negara kita.
Jiwanya amat sebati dengan kepentingan bangsa serta negara. Kepentingan
bangsa dan negara berada di atas segala-galanya tanpa mempunyai
sebarang agenda kepentingan diri sendiri.
Masa untuk
bersenang-lenang bersama keluarga dan memanjakan diri sendiri
dikorbankan untuk perjuangan bagi menegakkan kebenaran serta membina
semula Malaysia Baharu agar keseluruhan rakyat dapat hidup dalam keadaan
aman makmur.
Rakyat jelata adalah seperti anak pinak malahan negara diibaratkan seperti rumah tangganya.
Bagaimana Dr Mahathir menjaga kepentingan rumah tangga serta anak
pinaknya; maka begitu sifat mulia beliau untuk menjaga kepentingan
keseluruhan bangsa dan negara kita.
Bukan mudah pada usia 94
tahun hendak memimpin negara. Semangat gigih Dr Mahathir di samping
sokongan padu oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada suaminya telah
menampakkan keberkatan daya usaha perdana menteri masa kini kita.
Kini, kepimpinan negara telah berjaya diletakkan pada asas yang sepatutnya.
Jadi bebas
Setahun lebih sikit menjadi Perdana Menteri, kini Dr Mahathir telah
berjaya meletakkan institusi-institusi kerajaan berada di tempat yang
sepatutnya.
Institusi-institusi kerajaan berfungsi secara bebas tanpa dibelenggu atau berada di bawah telunjuk eksekutif lagi.
Semuanya berfungsi secara bebas. Bidang kehakiman, Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat
Peguam Negara, Bank Negara Malaysia (BNM) dan keseluruhan
jabatan-jabatan kerajaan telah berfungsi secara ‘independent’.
Salah guna kuasa dan rasuah berskala besar tidak wujud lagi. Tidak ada
lagi pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang merompak
khazanah kerajaan serta duit rakyat seperti pemimpin-pemimpin mahupun
kerajaan kleptokrasi lakukan pada suatu masa dahulu.
Para pelabur luar sudah mempunyai keyakinan dengan mutu kepimpinan
negara masa kini. Pelaburan luar juga sudah dan sedang masuk secara
memberangsangkan.
Agenda perancangan membangunkan ekonomi negara
sedang disusun rapi oleh kerajaan PH yang dipimpin Dr Mahathir. Sinaran
cahaya di hujung terowong semakin jelas kelihatan.
Permasalahan
masa kini hanyalah harapan rakyat mahu melihat kerosakan negara selama
hampir sembilan tahun yang dirosakkan secara berskala besar dipulihkan
secara pantas.
Ini agak mustahil untuk dicapai. Kerajaan
terdahulu merosakkan negara secara parah selama hampir sembilan tahun
yang lepas dan kerajaan PH memegang tampuk kepimpinan negara baru
setahun lebih sikit sahaja.
Namun, kita tidak boleh menyalahkan
rakyat kerana sudah lama menderita di bawah kerajaan kleptokrasi dan
mahu keluar dari kepompong kesusahan secara segera.
Bertindak pantas
Sebab itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail perlu bertindak pantas dan berkesan
bagi mengurangkan kos harga makanan dan memastikannya dapat dikawal
seterusnya diturunkan demi mengurangkan kos sara hidup harian rakyat.
Setakat ini, kementerian itu belum menampakkan hasil berkesan di dalam
mencari formula efektif untuk mengurangkan harga barangan rakyat.
Sesungguhnya, kementerian itu mempunyai peranan yang amat penting.
Jatuh bangun masa depan kerajaan PH bergantung kepada prestasi
kementerian ini.
Masa depan kerajaan PH juga sikit sebanyak terletak kepada keberkesanan kementerian Saifuddin ini.
Rakyat mahukan kos sara hidup dikurangkan dan mahu melihat ‘makanan di
atas meja’ tanpa sebarang faktor yang membebankan mereka.
Kerajaan kleptokrasi telah merosakkan rakyat dengan sogokan subsidi.
Dasar kerajaan kleptokrasi dahulu menyogok rakyat secara kecil-kecilan
dan menyamun duit rakyat dalam skala besar.
Strategi ini telah berjaya mengelabui mata rakyat pada hakikatnya.
Akhirnya, kita bersyukur kerana rakyat negara ini tidak bodoh. Kerajaan
terdahulu cuba untuk terus memperbodohkan rakyat tetapi kematangan
pemikiran rakyat yang dizalimi telah bangun menolak kerajaan kleptokrasi
dan digantikan dengan kerajaan PH yang amat bertanggungjawab memelihara
kesejahteraan keseluruhan bangsa.
Pada hari ini, Dr Mahathir
terus berjuang secara gigih pada usia 94 tahun dan terbang ke seluruh
pelusuk dunia untuk meyakini dunia luar semula agar pelaburan asing
terus masuk secara berlipat ganda ke Malaysia.
Doa Untuk PM
Kita berdoa agar Dr Mahathir terus memimpin negara sekurang-kurangnya
tiga tahun lagi bagi memberi platform persediaan untuk penggantinya
mengambil-alih kepimpinan negara.
Tokoh-tokoh pemimpin muda yang
dinamis seperti yMenteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa lagi
tokoh-tokoh muda yang lain akan mempunyai masa bagi memperkemaskan mutu
kepimpinan masing-masing untuk memikul tanggungjawab ambil-alih
kepimpinan negara di masa tersebut.
Baru-baru ini, saya amat
insaf dengan luahan hati Dr Siti Hasmah yang menyatakan ‘rakyat hanya
melihat Perdana Menteri dalam keadaan berpakaian suit kemas ke pejabat
tetapi kita tidak pernah melihat wajah sebenar Dr Mahathir ketika pulang
ke rumah dari pejabat atau semasa bangun pagi untuk ke pejabat’.
Kepenatan dan keletihan terpancar jelas di wajah Dr Mahathir, namun
demi kepentingan bangsa, agama serta tanahair; Dr Mahathir terus bangun
memaksa tenaga ke arah mencemerlangkan semula Malaysia sebagai ‘Harimau
Asia’ yang pernah diciptakan oleh beliau pada suatu masa dahulu.
Insya-Allah, berkat kesabaran, rakyat dalam sedikit masa lagi bakal
menyaksikan sebuah negara ‘Malaysia Baharu’ yang bakal dibina semula
oleh Dr Mahathir. Amin.
Kita juga jangan lupa bahawa rakyat
memberi undi untuk memenangkan PH adalah demi membina semula ‘Malaysia
Baharu’ dan bukan bagi merebut kuasa sesama kita.
Jangan sebut
lagi jawatan Perdana Menteri Kelapan kerana jawatan itu belum wujud dan
masanya juga belum sesuai untuk didendangkan setiap hari.
Paling
penting ialah semua pihak kena bersatu hati secara jujur dan ikhlas
untuk membantu Perdana Menteri Ketujuh membina semula negara kerana
ianya adalah tanggungjawab bersama yang boleh menjamin kejayaan
cemerlang hanya dengan tenaga kolektif.
Membina semula negara terletak di bahu semua orang bukan Dr Mahathir seorang diri.
Sekiranya kita hanya pandai membuat langkah songsang yang akhirnya
menggagalkan agenda kerajaan PH, maka kegagalan ini juga merupakan
kegagalan semua orang tanpa boleh dituding jari kepada mana-mana
individu.
Malaysia selamat kerana persemuafakatan jujur sesama
keseluruhan pemimpin-pemimpin PH dan kejatuhan kita juga disebabkan oleh
tenaga kolektif tanpa sesiapapun tidak boleh menyalahi mana-mana
individu tertentu.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah Penyelaras Parlimen Jasin.
Kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Kongres Maruah
Melayu yang dijadual berlangsung Oktober ini boleh memburukkan hubungan
antara kaum di negara ini, kata MCA.
Naib presidennya Ti Lian Ker
mempersoalkan sama ada Pakatan Harapan (PH) ingin memainkan isu
perkauman di saat PAS dan Umno "bercakap tentang mempertahankan semangat
dan matlamat Perlembagaan Persekutuan".
"Ironi apabila PAS dan Umno kini bercakap tentang Muafakat Nasional
tanpa menjejaskan kedudukan dan hak etnik dan agama lain tetapi
kerajaan PH dan pemimpin Bersatu mempromosikan melayu fobia yang
diselindungkan sebagai 'martabat Melayu' di universiti awam," katanya
dalam kenyataan.
Ti turut menggesa DAP agar 'menasihatkan' Mahathir tentang perkara itu.
"Kehadiran
perdana menteri ke kongres untuk membincangkan 'maruah Melayu' membawa
kembali ke era Ketuanan Melayu, yang mana dibantah habis-habisan oleh
DAP pada masa dulu.
"Adalah ironi untuk melihat mereka kekal membisu mengenai perkara ini.
“Kehadiran
pemimpin tertinggi mereka (PH) memburukkan lagi ketegangan dan
mencetuskan rasa tidak selesa keapda masyarakat berbilang kaum," katanya
lagi.
Ti berkata Mahathir perlu diingatkan bahawa beliau bukan
sekada pemimpin orang Melayu tetapi perdana menteri untuk semua warga
Malaysia, justeru sepatutnya "mencadang, menggalak dan menyokong satu
kongres perpaduan dan maruah seluruh rakyat Malaysia".
Kongres Maruah Melayu
dijadual berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 6 Oktober ini
dan akan membincangkan permasalahan orang Melayu melibatkan aspek
pendidikan, agama, budaya, politik dan ekonomi.
Penganjurnya,
Pusat Kecemerlangan Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
mengesahkan Mahathir akan hadir dan menyampaikan "amanatnya".
Bagaimanapun,
pengarah pusat itu Hashim Ismail berkata beliau akan hadir bukan
sebagai perdana menteri tetapi sebagai seorang pemimpin Melayu.
Kongres
itu juga dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI).
Timbalan Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob mengakui kerjasama antara
partinya dengan Umno sudah diusahakan oleh kepimpinan kedua-dua parti
sejak sebelum PRU ke-14.
Bagaimanapun, katanya yang juga menteri besar Kelantan itu, Allah mentakdirkan kerjasama itu tidak berlaku pada masa itu.
"Selepas
PRU ke14 Allah SWT mentakdirkan apa yang berlaku hari ini (kerjasama),
gara-gara sebelum PRU ke-14 sudah ada usaha kepimpinan untuk sama-sama
buat persefahaman antara Umno dan PAS, tetapi Allah takdirkan (ia) tidak
berlaku.
"Tetapi ia berlaku selepas PRU, Allah nak mengajar kita
dan tarbiyah kita lagi. Nak bagi BN rasa bagaimana menjadi pembangkang,
mudah atau susah.
"(Dan)
nak tengok bagaimana kuasa sebelum ini yang dipegang orang Melayu kini
boleh dikatakan sudah bertukar tangan, lebih dikuasai bukan Melayu,"
katanya di program Ceramah Perdana Hijratul dan Penyatuan Ummah di Pasir
Mas, Kelantan, semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.
Pada 14 September lalu, PAS dan Umno memeterai Piagam Muafakat Nasional yang antara lain menggariskan matlamat kerjasama - atau taawun siyasi - dua parti itu.
Ia
selepas kerjasama tidak rasmi dua parti itu yang antaranya membawa
kemenangan di tiga pilihan raya kecil berturut-turut iaitu di Cameron
Highlands, Semenyih dan Rantau.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata PAS dan Umno mengambil tindakan yang cepat untuk membentuk kerjasama itu.
"Bagi
saya sesuatu tindakan yang amat cepat diambil oleh pimpinan Umno dan
PAS untuk mengadakan Piagam Muafakat Nasional. Ia untuk menyatukan suara
rakyat yang ingin melihat kuasa Islam tidak akan hilang di negara yang
kita cintai ini," katanya lagi.
Pertelingkahan antara Sunni dan Syiah disebabkan percaturan politik
dan bukannya semata-mata soal akidah, kata Dr Ahmad Farouk Musa.
Pengerusi
Islamic Renaissance Front (IRF) itu berkata, pertelingkahan membabitkan
isu akidah dua aliran ini tidaklah begitu ketara.
"Pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam adalah disebabkan politik 'pengkhalifahan'.
"Ia
bukan sangat pertelingkahan akidah, tetapi pertelingkahan politik.
Revolusi Iran pada 1979, sikap Syiah pada masa itu lebih menyendiri dan
ketika itu konflik memuncak," katanya pada forum "The future of the
ummah, voices of unity and harmony" di ibu negara, hari ini.
Turut
bertindak sebagai ahli panel, Presiden International Movement for a
Just World (Just), Dr Chandra Muzaffar dan Prof Dr Syed Farid Alatas
dari National University of Singapore.
Pada
tahun 2013 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan semua
ajaran Syiah di negara ini adalah menyeleweng daripada pegangan ahli
sunnah wal jamaah dan hukum syarak.
Menurut Jakim, berdasarkan
kajian dijalankan pihaknya, aliran Syiah Imamiyyah Ithna 'Ashariyyah
atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan revolusi
Iran.
Jelas Jakim lagi, ajaran Syiah yang diamalkan pengikut di
Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas yang bercanggah
dengan ajaran Islam.
Dalam pada itu Ahmad Farouk berkata, ulama
besar dunia termasuk dari Al-Azhar, Mesir pernah cuba mengadakan
pertemuan membabitkan Sunni dan Syiah bagi mendamaikan dua kumpulan ini.
Perlu fahami geopolitik
Katanya,
pihak yang ingin mengkritik Syiah perlu memahami geopolitik dan tidak
hanya melihat kumpulan itu mahu membunuh puak Sunni.
"Ia umpama
(dikatakan Presiden Syria) Bashar al-Assad mahu membunuh Sunni, wal hal
askar-askar Bashar adalah Sunni," katanya lagi.
Pandangan
sama turut disuarakan Chandra yang mendakwa pertembungan antara puak
Sunni dan Syiah di negara Timur Tengah adalah percaturan politik kuasa
besar dunia.
Beliau berkata kuasa-kuasa besar dunia ingin menguasai hasil bumi di negara teluk itu yang kaya dengan petroleum.
Dalam Syiah ada yang sesat, begitu juga Sunni'
Sementara
itu, Syed Farid turut mengulas mengenai penganiayaan Syiah di Malaysia
apabila ajaran ataupun fahaman itu diharamkan secara mutlak.
"Haramkan
Syiah atau kafirkan Syiah secara total adalah terkeluar daripada
tradisi Sunni. Ada (penganut) Syiah tertentu yang sesat, menyeleweng
daripada ajaran rasmi mereka, begitu juga Sunni ada yang begitu.
"Kita
tidak terima penganiayaan terhadap Syiah di Malaysia, kita mahu hidup
bersama. Kalau rakyat kata begitu esok Umno dan Pakatan Harapan (PH)
akan perjuangkan Syiah," katanya.
Tambahnya lagi, Syiah yang merupakan kumpulan minoriti Islam di negara ini harus diberi kebebasan mengamalkan fahaman mereka.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan yang tular di media
sosial bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memberikan
kewarganegaraan baru kepada 200,000 penerima.
Kementerian itu
dalam satu kenyataan berkata dakwaan yang ditular pemilik akaun Twitter "TengkuRajaAlamShah" itu tidak benar kerana sejak mengambil alih
kerajaan pada Mei tahun lepas, hanya kira-kira 4,000 kewarganegaraan
diberikan kepada penerima yang layak.
"Justeru KDN meminta pemilik
akaun twitter tersebut agar tampil untuk membuktikan dakwaan beliau
adalah sahih dan bukan tohmahan tidak berasas semata-mata.
"Untuk
makluman bagi tempoh Mei 2018 sehingga 15 September 2019 sebanyak
19,788 permohonan taraf kewarganegaraan telah diterima oleh JPN dari
pelbagai kaum dan bangsa dan dari jumlah tersebut hanya 4,422 sahaja
yang telah diluluskan kewarganegaraan Malaysia," katanya dalam
kenyataan.
Terdahulu,
pemilik akaun berkenaan menularkan tulisan dari sebuah blog yang
mendakwa seramai 200,000 penerima kewarganegaraan baru berikrar sedia
untuk 'membalas budi' kerajaan PH.
Tulisan itu juga mendakwa sijil kewarganegaraan tersebut telah pun diproses sebelum pemberian kewarganegaraan diumumkan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin pada Julai lalu.
KDN
bagaimanapun menegaskan hanya mereka yang memenuhi syarat-yang
ditetapkan dan mengemukakan dokumen yang lengkap sahaja layak untuk
memohon taraf kewarganegaraan.
"Pemberian taraf kewarganegaraan
adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah perlembagaan persekutuan dan
merupakan penganugerahan tertinggi oleh kerajaan Malaysia dan tidak
diberikan sewenang-wenangnya.
"Orang ramai digesa untuk
menghentikan penyebaran maklumat yang tidak benar bagi mengelakkan
kekeliruan dan kebimbangan awam,' jelasnya.
KDN berkata kerajaan
tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita tidak sahih dan palsu
serta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang
terlibat.
PADA 21 September 2019, tersiar berita bahawa Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr. Md Farid Md Rafik, Ahli Parlimen
Tanjung Piai telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada umur
yang masih muda, iaitu 42 tahun.
Kita terima berita itu dengan rasa sedih dan mendoakan rohnya dirahmati Allah dan ucapan takziah kepada keluarganya.
Presiden UMNO, DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berada di Kota
Kinabalu, ketika ditanya wartawan, berkata bahawa UMNO akan berbincang
dengan teliti dengan parti- parti komponen BN sebelum memutuskan
siapakah calon yang akan diletak di kubu kuat MCA.
Esoknya, pada 22 September 2019, keluar berita bahawa DS Wee Jeck
Seng, calon MCA yang memenangi kerusi tersebut atas tiket BN selama dua
penggal sebelumnya, tetapi kalah dalam PRU 14, bersedia untuk bertanding
semula.
“Sebagai ketua bahagian (MCA), saya mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan kerusi itu dan saya semestinya bersedia,” katanya.
Pada hari yang sama, tersiar pula kenyataan Timbalan Presiden MCA
Datuk Dr Mah Hang Soon bahawa MCA bersedia untuk merampas balik kerusi
tersebut daripada Pakatan Harapan (PH).
Perhatikan reaksi pemimpin UMNO dan pemimpin-pemimpin MCA. Pemimpin
UMNO menghormati pandangan parti-parti komponen BN, malah membuat
kesilapan apabila berkata kawasan itu adalah kubu kuat MCA. Itu adalah
satu kesilapan yang perlu dibetulkan. Jika DS Zahid tidak berkata
demikian, beliau hendaklah mengeluarkan kenyataan menafikannya.
Sebaliknya, pemimpin-pemimpin MCA itu seolah-olah menganggap kawasan
pilihanraya itu milik mereka dan mengeluarkan kenyataan demikian tanpa
berunding dengan parti- parti komponen BN, terutama sekali UMNO.
Kawasan itu tidak pernah menjadi kubu kuat MCA, dalam erti kata MCA
boleh memenanginya jika ia bertanding bersendirian, dengan undi orang
Cina, tanpa undi orang Melayu. Sebaliknya, ia adalah antara kawasan
majoriti Melayu dan kubu kuat UMNO yang diberikan kepada MCA dan MIC (kemudiannya, termasuk Gerakan). Amalan itu dilakukan semenjak PRU 1
(1955), pada masa itu untuk memberi representasi yang lebih
kepada orang Cina, manakala MIC pula, hingga ke hari ini, tidak
mungkin memenangi satu kerusi pun secara bersenditian. Kemudiannya,
kawasan-kawasan seperti itu diberi kepada MCA dan Gerakan untuk
memastikan pemimpin utama mereka tidak kecundang, jika mereka bertanding
dalam kawasan majoriti Cina.
Ertinya, mereka bertanding dan menang di kawasan-kawasan seperti itu
atas ihsan UMNO dan orang Melayu. Itu pengorbanan UMNO yang ahli-ahli
UMNO, MCA, Gerakan dan MIC perlu ingat.
Mengenai kawasan Parlimen Tanjung Piai, semenjak ia diwujudkan, UMNO
telah bermurah hati memberikannya kapada MCA sebagai kawasan selamat
untuk ditandingi oleh pemimpin-pemimpin MCA kerana jika mereka
bertanding di kawasan majoriti Cina, mereka akan kalah disebabkan MCA
tidak mendapat sokongan daripada orang Cina.
Dalam PRU 11 (2004), ia diberikan kepada Presiden MCA, Ong Kah Ting,
sebagai kerusi selamat untuk mengelak beliau kalah di kawasan majoriti
Cina. Beliau berasal dari Lenggong, Perak. Apa hubungannya dengan
Tanjung Piai, Johor? Ertinya kawasan itu diberi kepada MCA atas ihsan
UMNO dan baliau menang atas ihsan pengundi Melayu, khususnya UMNO.
Dalam PRU 12 dan 13, kawasan itu diberi pula kepada Wee Jeck Seng.
Beliau juga menang atas sokongan padu pengundi Melayu, walau pun dalam
PRU 13 (2013), DAP meletakkan calon Melayu.
Perhatikan betapa taat
setianya ahli-ahli UMNO kepada parti untuk menjaminkan kemenangan calon
parti komponannya, walaupun bukan Melayu. Anihnya, Melayu dikatakan
rasis.
Semasa PRU 14, peratusan pengundi bagi kawasan Parlimen Tnjung Piai
adalah seperti berikut:
jumlah pengundi 53,528; Melayu 56.80%; Cina
41.64%; India 1.01% dan lain- lain 0.55%. UMNO menuntut supaya kawasan
itu diberikan kepada UMNO untuk bertanding, tetapi tidak dihiraukan oleh
pucuk pimpinan UMNO. Maka, ia diberi juga kepada MCA dan DS Wee Jeck
Seng bertanding lagi atas tiket BN.
Keputusan pilihanraya itu adalah seperti berikut: DS Wee Jeck Seng
(BN) 20,731; Nordin Othman(PAS) 2,962; Dr. Md. Farid Md Rafik (Bersatu)
21,255. Dr Md Farid menang dengan majoriti 524.
DAP mendakwa bahawa dalam PRU 14, 97% pengundi Cina mengundi DAP.
(Itu tidak rasis?). Jika dakwaan itu benar, maka dalam PRU 14, berapakah
undi orang Cina yang diperolehi DS Wee Jeck Seng?
Memang benar tidak ada calon DAP di kawasan itu. Tetapi, dalam PRU
14, DAP bertanding atas nama PH, malah memakai simbol PKR.
Semestinyalah, orang-orang Cina yang berdiri di belakang DAP dalam PRU
14, mengundi calon PH.
Soalnya berapakah undi Cina yang diperolehi oleh calon MCA itu? Saya
percaya, sebagiaan besar undi yang diperolehi beliau itu adalah undi
orang Melayu, yang setia kepada UMNO dan BN, kerana penyokong PAS tentu
sekali mengundi calon PAS.
Mengapa DS Wee Jeck Seng kalah? Jawapannya diberi oleh Jefridin Atan,
Ketua Bahagian UMNO Tanjung Piai. Mengikutnya BN kalah di kawasan itu
kerana MCA tidak mahu menyerahkan kawasan itu kepada UMNO.
“Ahli-ahli UMNO di sini menuntut supaya kawasan itu diberikan
kepada UMNO, tetapi pemimpin-pemimpin (UMNO) tidak menghiraukannya.
Akibatnya mereka mengundi pembangkang”.
Pemimpin-pemimpin UMNO sekarang tidak sepatutnya memadang
ringan alasan yang diberikan oleh Jefridin Atan itu. Beliau adalah Ketua
Bahagian dan tahu hal sebenar yang berlaku di akar umbi. Tidak
menghiraukannya akan membawa padah.
Kesimpulannya, Tanjung Piai bukanlah kubu kuat MCA. Ia diberikan oleh
UMNO kepada MCA atas ihsan UMNO. MCA tidak ada hak untuk menganggap
kawasan itu sebagai haknya, mahu pun kawasan tradisionalnya. Ihsan orang
jangan dijadikan hak.
UMNO juga tidak harus lupa sikap MCA selepas PRU 14. Selama 60 tahun
MCA menumpang ihsan UMNO semasa UMNO kuat. Sekali kalah, berbagai-bagai
cercaan dilepaskan terhadap UMNO.
MCA terus menjauhkan diri daripada
UMNO, menuntut supaya BN dibubarkan, menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO
yang ada sekarang menyuruhnya keluar jika tidak yakin dengan BN lagi.
Tetapi, entah mengapa, tidak pula ia berani bertindak keluar dari BN.
Dengan angkuh dan hendak membuktikan bahawa pengundi Cina menolak MCA
kerana ia bersekongkol dengan UMNO, maka MCA masuk bertanding dalam PRK
DUN Balakong pada 8 September 2018 dengan menggunakan simbolnya
sendiri. Apa jadi? MCA mendapat 3,975 undi manakala PH yang meletakkan
calon DAP mendapat 22,508 undi. Undi yang diperolehi oleh MCA itu tentu
sekali termasuk undi orang Melayu, berapa banyak kita tidak tahu.
Biar apa pun MCA tahulah langit tinggi rendah.
Dalan PRK DUN Sungai Kandis, walau pun UMNO bertanding atas nama BN,
kelibat MCA tidak kelihatan. UMNO sudah tidak berguna lagi. Lebih baik
lari daripadanya.
Presiden MCA yang sering mencerca UMNO dan menuntut BN dibubarkan,
kemudiannya memperolehi mandat daripada MCA sebelum menghadiri mesyuarat
BN, untuk menuntut supaya BN dibubarkan. Kita tidak tahu apa yang
berlaku dalam mesyuarat itu, tetapi BN tidak juga dibubarkan.
Sampai ke PRK Parlimen Cameron Highlands (26 01 2019). MIC yang
mungkin merasakan tiada harapan untuk menang memberi laluan kepada UMNO.
Sementara itu
UMNO dan PAS yang mula sedar tentang penting bekerjasama demi
kepentingan Melayu dan Islam, buat pertama kali dalam berpuluh-puluh
tahun, bersama-sama berkempen bagi calon BN, dan calon BN (UMNO) menang.
PRK Cameron Highlands akan tercatat dalam sejarah sebagai titik
permulaan kerjasama UMNO dan PAS yang membawa kejayaan.
Dua bulan kemudian, tiba pula PRK DUN Semenyih (02 03 2019). Kali ini
UMNO dan PAS mengulangi kerjasama seperti di Cameron Highlands. Wajah
pemimpin Wanita dan Pemuda MCA mula kelihatan. Calon BN (UMNO) menang
lagi.
Ini mungkin menyebabkan MCA membuat perkiraan semula. Maka, semasa
berkempen untuk PRK DUN Rantau (13 04 2019) yang ditandingi oleh Naib
Presiden UMNO, DSU Mohamad Hassan,
setelah kemenangannya dalam PRU 14
dibatalkan oleh Mahkamah, pemimpin-pemimpin MCA sudah terang-terang
berkempen, malah duduk dan berucap sepentas dengan pemimpin-pemimpin
UMNO dan PAS. DSU Mohamad Hassan menang.
Selepas itu, nampaknya, mandat yang dahulu dijaja dengan megah itu sudah dilupai.
UMNO juga perlu ingat bahawa ia baharu sahaja menandatangani piagam
muafakat dengan PAS.
PAS perlu meyakinkan ahli-ahli dan penyokongnya
bahawa ia tidak melanggar dasar perjuangannya,
selama ini. Bagaimana
pemimpin-pemimpin PAS akan menjawab jika ahli-ahlinya merungut: kita
baru sahaja mewujudkan muafakat dengan UMNO. Sekarang kita diminta
mengundi orang bukam Islam di kawasan yang majoriti pengundinya adalah
orang Islam. Adakah kita mengadakan muafakat untuk memilih orang bukan
Islam menjadi ketua kita? Jika itulah tujuannya, lebih baik tidak ada
muafakat.
Jika rungutan yang sama dikemukakan oleh PAS kepada UMNO, apakah jawapan UMNO? Saya ingin dengar.
Dalam isu ini, UMNO perlu pilih antara PAS dan MCA. Di satu pihak
ialah MCA yang telah menumpang UMNO semasa UMNO kuat dan berguna selama
60 tahun tanpa berterima kasih. Malah apa yang diberi atas ihsan itu
dianggap sebagai hak. Apabila UMNO lemah dan tidak berguna kepadanya, ia
menjauhkan diri, menghina dan mencerca dan menuntut supaya BN
dibubarkan.
Tetapi, apabila nampak UMNO telah mula kuat semula dan menyedari ia
tidak mempunyai kekuatan sendiri, maka MCA pun datang untuk berbaik-baik
semula. Apabila nampak sahaja peluang yang menguntungkan, lantas ia
menuntutnya, seolah-olah itu haknya, padahal ia adalah ihsan UMNO.
UMNO juga perlu fikir berapa undikah yang yang boleh di beri oleh MCA dan berapa undikah yang boleh diberi oleh PAS, kepadanya.
Di satu pihak lagi adalah PAS. PAS bersusah payah meyakinkan
ahli-ahlinya untuk menerima muafakat dengan UMNO. Sebelum piagam
ditandatangan pun, kerjasama antara UMNO dan PAS di tiga PRU itu telah
memberi kemenangan kepada UMNO. PAS tidak mendapat apa-apa. Tetapi
ahli-ahlinya bertongkos lumus bekerja siang dan malam untuk memberi
kemenangan kepada calon UMNO. Yang membantu calon UMNO di ketiga-tiga
PRU itu menang adalah PAS, bukan MCA.
Di Tanjung Piai pun, jika UMNO meletak calonnya, petugas-petugas PAS
dari seluruh negara akan turun dan bekerja siang malam untuk memberi
kemenangan kepada calon UMNO. PAS tidak
mendapat apa-apa. Sebaliknya,
jika kawasan itu diberi kepada MCA untuk bertanding, saya percaya
petugas-petugas PAS tidak akan turun padang, malah saya percaya
penyokong-penyokong PAS sama ada tidak keluar menundi, membuat undi
rosak atau mengundi calon PH yang semestinya Melayu dan Islam.
(Penyokong- penyokong UMNO juga besar kemungkinan akan melakukan perkara
yang sama,)
Jika MCA berkeras tidak mahu melepas kawasan itu kepada UMNO, UMNO
boleh berkata kepada MCA, baik, MCA boleh meletakkan calonnya dan
menggunakan simbolnya seperti di Balakong. UMNO akan meletakkan
calonnya. Kita lihat keputusannya.
Jika MCA tidak puas hati dan hendak keluar dari BN pun, keluarlah.
UMNO tidak akan rugi apa-apa berbanding dengan akibat kegagalan muafakat
dengan PAS.
Penulis-penulis anti-muafakat UMNO-PAS bermain psikologi mengatakan
bahawa muafakat itu perlu membuktikan bahawa ia tidak rasis dengan
memberikan kawasan itu kepada MCA. Saya bertanya mereka, pernahkah MCA
memberi satu kawasan majoriti Cina untuk ditandingi UMNO dan memberi
kemenangan kepada UMNO?
Kita menunggu untuk melihat keputusan yang akan dibuat oleh
pemimpin-pemimpin UMNO. Orang Melayu dan Islam tidak akan memaafkan
mereka jika mereka memberikan kawasan Parlimen Tanjung Piai kepada MCA.
— TULISAN bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad ini dipetik dari tunabdulhamid.my
PEMILIK
bengkel dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini
atas pertuduhan cuba mencabul warga emas yang juga ibu saudaranya.
Bagaimanapun,
tertuduh yang berusia 45 tahun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan
terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd
Firdaus Saleh.
Mengikut
pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap
wanita warga emas berusia 64 tahun dengan memeluk bahagian pinggang
dengan tujuan mencabul kehormatan mangsa.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh dalam bilik air di sebuah rumah di Ayer Molek pada 4 petang, 21 September lalu.
Tertuduh
didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana
dua daripada hukuman itu jika didapati bersalah.
Prosiding
pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia
Mohamed Iqbal yang turut mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000
ditawarkan kepada tertuduh selain diminta tidak mengganggu mangsa.
Tertuduh yang tidak berkahwin itu kemudiannya merayu agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan bekerja sendiri.
Selepas
mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh
diikat jamin RM3,000 dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa.
Selain itu, mahkamah turut menetapkan 3 Disember depan untuk tarikh sebutan semula dan serahan dokumen
“LEBIH
200 meter daratan sudah dihakis ombak sejak 2016 dan kawasan pantai
yang terhakis seperti rumah yang dirosakkan anai-anai,” kata pemilik
kedai ikan celup tepung di Pantai Pengkalan Maras, Jusoh Mamat, 69.
Jusoh
berkata, dia dan keluarga tidak menjalankan perniagaan ikan celup
tepung di kedainya sejak kawasan pantai itu terhakis teruk bermula
Selasa lalu.
“Kedai
saya pernah musnah dipukul ombak Januari lalu menyebabkan saya terpaksa
membina kedai lain kira-kira 50 meter dari pantai.
“Bagaimanapun sejak Julai lalu, ombak mula menghakis kawasan pantai dan kini jarak hakisan itu hanya satu meter dari kedai saya.
“Tidak
mustahil kedai saya musnah menjelang Oktober dan November ini
memandangkan ombak besar serta angin sepanjang musim tengkujuh nanti,”
katanya yang sudah tiga tahun menjalankan perniagaan di kawasan pantai
itu.
Menurutnya, dia buntu mengenangkan nasibnya jika kedai
miliknya sekali lagi dilanda badai namun reda kerana apa yang berlaku
adalah fenomena alam.
“Jika ada modal, saya sudah alihkan kedai ke
tempat selamat tetapi ia memerlukan kos tinggi selain kami sendiri
seronok berniaga di sini kerana sudah ada pelanggan tetap,” katanya.
Menurutnya,
dia juga bimbang lebih banyak kawasan daratan di pantai berkenaan
musnah jika pihak bertanggungjawab tidak membina tambak batu.
“Sebelum
ini, ada jalan bertar untuk dilalui kenderaan namun kini semuanya sudah
terhakis dan jika ia tidak ditambak segera, lampu limpah yang berada
berhampiran pantai ini juga musnah,” katanya.
Penduduk, Sidek
Rani, 60, berkata, dia sedih melihat keadaan pantai yang semakin teruk
terhakis dan berharap kerajaan negeri menyelesaikan masalah itu dengan
membina tambak batu.
“Kawasan pantai ini lokasi penganjuran Pesta
Pantai tetapi semuanya hanya tinggal kenangan kerana masalah hakisan
pantai yang berlaku.
“Masalah ini akan bertambah teruk menjelang
musim tengkujuh nanti dan ketika ini, sudah banyak pokok di tepi pantai
tumbang kerana hakisan,” katanya.
Bagi Hafifi Azmi, 33, pula,
pantai yang sebelum ini terkenal dengan keindahannya hanya tinggal
kenangan kerana masalah hakisan pantai dan fenomena ombak besar.
“Tiada lagi pemandangan kanak-kanak dan orang ramai bermain di tepi pantai seperti dulu.
“Sekarang
pengunjung yang datang hanya melihat kesan hakisan pada pantai kerana
ia sudah tidak selamat untuk aktiviti terutama mandi,” katanya.
KERAJAAN
negeri menunggu laporan penuh hasil siasatan dijalankan Jabatan
Pertanian Perak dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
mengenai kesan tumpahan cecair kimia jenis Acetone Thinner terhadap
sistem saliran sawah padi.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam,
Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamahri
berkata, tindakan awal akan diambil kerajaan negeri sekiranya tumpahan
cecair kimia daripada lori tangki ke dalam Parit Mentara 3, Bagan Serai,
memberikan kesan negatif kepada sistem saliran sawah padi berdekatan.
“Buat masa ini saya belum menerima dan masih menunggu laporan daripada
jabatan berkaitan jika bahan kimia tumpah boleh menjejaskan tanaman
padi.
“Di Bagan Serai khususnya di kawasan kemalangan, pesawah sudah
memulakan kerja membaja dan penanaman sawah padi, jadi perkara ini
membimbangkan mereka.
“Justeru,
laporan ini amat penting bagi memastikan tanaman padi pesawah tidak
dicemari, “katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Ribut
kepada 29 keluarga dalam Mukim Kuala Kurau dan Tanjung Piandang di Pusat
Khidmat Rakyat di Kuala Kurau, Parit Buntar, hari ini.
Harian
Metro kelmarin, melaporkan sebuah lori tangki terbalik di lokasi
berkenaan mengakibatkan tumpahan muatan bahan kimia jenis Acetone
Thinner hingga pihak berkuasa terpaksa memindahkan penduduk yang tinggal
berhampiran kawasan itu.
“DARI
malam tadi perasaan saya sangat berdebar sehingga pagi ini namun sebaik
saja dimaklumkan keputusan inkues menyebelahi arwah, saya rasa sangat
lega,” kata ibu Muhammad Adib, Asma Aziz, 52.
Asma berkata, sebaik
saja mengetahui keputusan itu, dia dan suami Mohd Kassim Abdul Hamid,
64, terus mengucapkan rasa syukur dengan deraian air mata.
Katanya, doa mereka sebagai ibu bapa termakbul selepas hampir setahun menanti keadilan buat Allahyarham Adib.
“Perasaan
itu tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata, walaupun rasa lega tapi
Adib sudah tiada. Saya harap selepas ini penjenayah yang memukul arwah
dapat ditangkap polis.
“Saya mahu melihat wajah orang yang memukul
anak saya, saya mahukan keadilan untuk arwah dan pelaku mesti
dijatuhkan hukuman setimpal,” katanya ketika ditemui di rumahnya di
Kampung Tebengau, Kuala Kedah, hari ini.
Ibu kepada empat anak ini
berkata, dia sangat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu
termasuk kepada rakyat Malaysia yang mendoakan dan memberi semangat.
Katanya,
dia dan suami sepatutnya berada di mahkamah hari ini, namun membatalkan
niat kerana perasaan tidak menentu selain risau sekiranya keputusan
tidak memihak kepada anaknya.
“Tatapi petang ini saya dan suami akan ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan anak-anak yang berada di sana,” katanya.
Sementara itu, Mohd Kassim berkata, keputusan inkues adalah berita gembira untuknya sebagai seorang bapa.
Dia turut berterima kasih kepada semua pengamal media yang turut memberi liputan yang baik mengenai kes ini.
“Alhamdulillah saya gembira dengan keputusan ini, segalanya sudah terjawab,” katanya.
Mahkamah
Koroner Shah Alam, hari ini, memutuskan punca kematian Muhammad Adib
Mohd Kassim berpunca akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih
individu tidak dikenali
Muhammad Adib yang juga anggota Unit
Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)
Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha
Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
Selepas
21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada
17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).
KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda Berjasa meminta semua pihak menerima
dan menghormati keputusan inkues yang diputuskan oleh Mahkamah Koroner
Shah Alam hari ini.
Ketua Pemuda, Iqbal Hakim Abdul Razak berkata, mereka seharusnya
memberi kerjasama yang baik kepada institusi kehakiman negara ini yang
telah menunjukkan keadilan dan mengembalikan kepercayaan rakyat.
“Pemuda Berjasa sendiri menyambut baik keputusan itu, yang memutuskan
kecederaan dan kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim adalah
akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak
dikenalpasti.
“Dengan ini, kami menyeru semua pihak menerima keputusan ini dengan
hati yang terbuka setelah buat sekian lama rakyat Malaysia mengikuti
perkembangan kes ini.
“Hormatilah keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah dan kepada
pihak yang terbabit berikanlah kerjasama yang baik kepada insitusi
kehakiman negara kita,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Menurut Iqbal Hakim, rakyat perlu sama-sama menghindari sikap dan
contoh segelintir Exco kerajaan negeri, bahkan beberapa menteri yang
menunjukkan sikap tidak hormat kepada pihak berkuasa yang turut
menyumbang kepada tercetusnya rusuhan di Kuil Sri Mariamman, Subang Jaya
pada Disember lalu.
Kata beliau, Pemuda Berjasa turut menyeru kepada polis agar bertindak segera dan dengan cekap untuk mengendalikan kes itu.
“Selayaknya keadilan untuk Allahyarham Muhammad Adib dan keluarganya
dilaksanakan secepat mungkin agar suasana tidak menyenangkan yang
tercetus hasil daripada insiden ini dapat diredakan.
“Kami yakin kapasiti dan kemampuan polis untuk menyelesaikan siasatan
dengan segera secara profesional dan tidak dipengaruhi mana-mana
pihak,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak yakin dengan kewibawaan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk mengendalikan kes itu nanti.
Ini kerana Mahkamah Koroner Shah Alam telah memutuskan secara prima
facie bahawa beliau telah melakukan kesalahan menghina mahkamah.
Katanya, memandangkan Peguam Negara sendiri masih dalam proses
berhadapan dengan tuduhan menghina mahkamah, selayaknya beliau tidak
terlibat dalam siasatan dan pendakwaan kes kematian Allahyarham Muhammad
Adib.
“Ini penting demi memelihara imej dan kewibawaan Jabatan Peguam Negara di mata rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette
Puad Zakarshi (tiga dari kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Amhari Efendi Nazaruddin di IPD Batu Pahat.
KUALA LUMPUR – UMNO Batu Pahat hari ini membuat laporan polis
terhadap Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, pegawai khas kepada Datuk Seri
Najib Razak ketika menjadi Perdana Menteri.Amhari juga adalah saksi utama pendakwa raya dalam kes 1Malaysia Development Berhad membabitkan Najib.
Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zakarshi berkata, dalam
laporan itu, UMNO Batu Pahat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia dan polis mendakwa Amhari di bawah Akta Pencegahan Pengubahan
Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti
Haram 2001.
Ia susulan pengakuan Amhari terdapat wang sebanyak AS$880 (RM3.7 juta) dalam akaun Bank BSI Switzerland (BSI) di atas namanya.
Malah, dia juga menerima gaji RM25,000 sebulan daripada syarikat
swasta Orbs Solution Sdn Bhd sedangkan beliau masih penjawat awam ketika
itu.
Pada 5 September lalu, dalam keterangannya, Amhari mengaku membuka
akaun bank BSI atas nama Amhari yang didakwanya bagi tujuan untuk
penggubahan wang haram (money laundering).
Najib menghadapi 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang
haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil
daripada aktiviti haram.
Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan
sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga
Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion. –
MalaysiaGazette
ARAU – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyelar tindakan
individu yang membuat kenyataan tidak bertanggungjawab berhubung
kejadian polis menembak mati seorang lelaki yang menetak dua rakan
sekerjanya di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Walaupun tidak menamakan individu terbabit, beliau dipercayai merujuk
kepada seorang pemimpin sebuah pertubuhan politik yang dilaporkan dalam
satu ceramah menyifatkan kematian lelaki itu sebagai syahid.
Abdul Hamid berkata, pihaknya mengambil berat kenyataan tersebut dan
telah mengarahkan polis untuk membuka kertas siasatan dan akan memanggil
pihak terbabit untuk diambil keterangan.
“Berhubung kes di Pulau Pinang, ada lagi orang yang tidak
bertanggungjawab mengeluarkan fatwa dia sendiri mensyahidkan orang
tersebut. Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
“Saya mengambil berat perkara ini sebab sekiranya apa yang dikatakan
itu, orang itu mati syahid, jadi apa pula kedudukan anak buah saya yang
telah menembak untuk menyelamatkan keadaan, apakah kedudukan
pegawai-pegawai saya yang mengambil tindakan tersebut, kafir ke” soal
beliau pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Polis
Diraja Malaysia 2019 di sini, hari ini.
Katanya, kenyataan seumpama itu adalah sesuatu yang tidak boleh
diterima kerana dikeluarkan mengikut kata hati sendiri tanpa memikirkan
fakta sebenar dalam kejadian yang berlaku.
Abdul Hamid berkata pegawai dan anggota polis telah mengambil langkah
itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada dan sekiranya tindakan
tersebut tidak diambil ia berisiko menjadi tragedi yang lebih buruk.
“Saya sudah beritahu sebelum ini insiden tersebut tidak ada
kena-mengena dengan perkara yang dikatakan itu. Individu tersebut sudah
naik menjadi seorang yang ekstrem, pelampau dan radikal kerana taksub
melihat video keganasan dalam sosial media,” katanya.
Abdul Hamid turut mengingatkan masyarakat khususnya ibu bapa untuk
sentiasa memantau aktiviti anak-anak agar tidak terlalu menonton
sebarang video keganasan di media sosial sehingga terpengaruh dan
menjadi radikal.
Abdul Hamid sebelum ini telah memberi amaran akan mengambil tindakan
tegas dengan terus menahan mereka yang tidak bertanggungjawab menyebar
dan menularkan artikel mengenai kejadian itu yang dianggap boleh
menyebabkan ketegangan kaum di negara ini.
Beliau turut mengesahkan suspek tembak mati itu telah terpengaruh
dengan klip video keganasan dari Timur Tengah. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia
yang terlibat dalam gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter yang berpusat
42 kilometer timur laut Kota Ambon, Daerah Maluku di Indonesia.
Daalm satu kenyataan, kementerian itu berkata, lebih 20 orang disahkan terkorban dan lebih seratus yang lain tercedera.
“Kementerian Luar mengesahkan bahawa setakat ini tiada warganegara
Malaysia yang dilaporkan terkesan akibat bencana ini,” tulis kenyataan
itu.
Dalam pada itu, seramai 2,000 penduduk telah dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan.
Gempa bumi tersebut turut merosakkan pelbagai infrastruktur awam
seperti jambatan, sekolah, bangunan pejabat kerajaan dan kawasan
perumahan.
Agensi berita AFP melaporkan, gempa berukuran 6.5 magnitud
melanda sekitar 8.45 pagi (waktu tempatan) membuatkan penduduk yang
panik melarikan diri ke jalan raya ketika beberapa bangunan runtuh di
sekitar mereka.
Tinjauan oleh Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu
berlaku kira-kira 37 kilometer di timur laut Ambon, wilayah Maluku pada
kedalaman 29 kilometer. -MalaysiaGazette
SHAH ALAM – Mahkamah Koroner hari ini memutuskan punca kematian
anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim akibat dipukul dan diserang
oleh pihak ketiga.
Keputusan itu diumumkan oleh Koroner Rofiah Mohamad selepas 41 hari
prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad
Adib berlangsung.
Ketika membacakan keputusan tersebut, Koroner Rofiah juga berkata,
mahkamah memutuskan bahawa kecederaan Allahyarham Muhammad Adib bukan
perbuatan sendiri sebaliknya disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau
lebih individu.
Turut hadir mendengar keputusan inkues itu adalah abang dan tunang
Allahyarham Muhammad Adib, Mohd. Asraf dan Nurul Najihah Mohd. Radzi
serta peguam keluarga, Shazlin Mansor.
Bagaimanapun bapa arwah, Mohd. Kassim Abdul Hamid tidak hadir mendengar keputusan inkues itu.
Kedengaran suara mengucap syukur Alhamdulillah sebaik Rofiah membaca rumusan keputusan inkues itu.
Mahkamah Koroner menyerah kepada Peguam Negara dan polis untuk melakukan pendakwaaan.
Mahkamah turut menyalahkan pihak FRU dan polis yang gagal mengawal rusuhan yang berlaku sebelum insiden Muhammad Adib.
Membaca lanjut keputusan tersebut, Koroner Rofiah berkata, Allahyarham Muhammad Adib telah diheret keluar dari jentera EMR.
“Allahyarham Muhammad Adib mempunyai hubungan jiwa yang erat dengan
abangnya, Mohd. Asraf apabila meluahkan apa yang berlaku apabila arwah
telah ditarik dan dipukul,” kata Koroner Rofiah.
Peguam keluarga Muhammad Adib, Shazlin Mansor dilihat menangis teresak-esak sebaik Koroner Rofiah membaca keputusan inkues
Sementara itu, prosiding inkues bagi menentukan punca kematian
Muhammad Adib yang bermula pada 11 Februari lalu telah memanggil 30
saksi termasuk beberapa saksi pakar telah berlangsung selama 41 hari
selain 137 eksibit dikemukakan.
Muhammad Adib, 24, yang merupakan anggota van Unit Bantuan
Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang
Jaya parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam
kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya
pada 27 November 2018.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu.