HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 April 2014

Khalid: Saya tak cadang jadi MB penggal depan

HARAKAHDAILY 






KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak bercadang untuk menjadi Menteri Besar pada penggal akan datang.

Menulis di Facebook beliau sebentar tadi, beliau bagaimanapun berkata akan berkhidmat sehingga akhir penggal ini.

"Dan di akhirnya nanti, saya hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Dalam wawancara dengan The Edge sebaik dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid telah membayangkan hasrat untuk tidak meneruskan khidmat sebagai Menteri Besar bagi penggal ketiga jika ditakdirkan Pakatan Rakyat terus mendapat mandat rakyat Selangor.

"Saya  berpandangan kuat bahawa setiap pemimpin yang dipilih rakyat perlu mengehadkan tempoh memegang jawatan kepada dua penggal sahaja, baik Perdana Menteri mahupun Menteri Besar.
Perkara ini bagi saya jelas, kerana ia boleh memberi peluang kepada orang lain.

"Lagi satu, saya tidak melihat bahawa saya akan terus tetap di situ," katanya kepada The Edge.

Beliau secara peribadi merasakan bahawa Pakatan Rakyat perlu menimbangkan untuk mengehadkan tempoh memegang jawatan kepada dua penggal sahaja, kerana ini akan membuka jalan kepada corak pemerintahan yang lebih segar.

"Parti kita perlu memikirkan dan memakai pandangan bahwa seseorang itu tidak boleh terus memegang jawatan terlalu lama," katanya sambil menambah bahawa ia perlu difahami jawatan yang disandang itu bukanlah "anugerah tetapi tanggungjawab".

Khalid berjaya memimpin Pakatan Rakyat untuk menang majoriti dua pertiga di Selangor pada pilihan raya umum 5 Mei lalu dengan menyapu 44 daripada 56 kerusi negeri.

Hudud: Setuju pelihara keharmonian dalam Pakatan Rakyat

NAZRI ABDULLAH
 

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara PAS, PKR dan DAP di Pejabat Agung PAS semalam menyaksikan ketiga-tiga parti bersetuju untuk terus menjaga keharmonian dalam Pakatan Rakyat sekalipun berdepan isu Hudud.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar), berkata pertemuan khas antara ketiga-tiga parti dengan wakil kerajaan Kelantan itu, berlangsung dalam keadaan cukup harmoni.

"Ia satu penerangan yang sangat baik. Masing-masing telah mengutarakan pandangan mengikut perspektif masing-masing.

"Semua wakil ketiga-tiga parti mengutarakan pendirian bahawa perlu dipelihara suasana harmoni dalam Pakatan Rakyat supaya kekal kuat untuk menghadapi suasana politik mendatang," kata beliau kepada Harakahdaily.

Katanya, pertemuan khas semalam adalah anjuran Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bagi mendapat pandangan lebih jelas berhubung cadangan Kelantan yang mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu.

Tiga wakil Kerajaan Negeri Kelantan hadir termasuk Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersama timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah serta exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan.

Selain Mustafa, turut bersama dalam perbicangan itu dua Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan Tian Chua, wakil DAP iaitu Timbalan Setiausaha Agung Datuk Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

"Kita nak kekal kerjasama baik antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

"Masing-masing semalam memberi pandangan secara terbuka dan jujur," kata Mustafa lagi.

Dalam pada itu beliau berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat semalam itu akan diangkat kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi. -

Tidak Tahukah Nur Jazlan Hudud Sudah Diterima Pakai Oleh Nenek Moyang UMNO?


KELAB GREENBOC
 
Minta Umno sokong laksana hudud kerja sia-sia - Nur Jazlan


KUALA LUMPUR: Usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.

Walaupun terdapat sokongan jelas di kalangan beberapa pemimpin Umno untuk menyokong dua rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil PAS di Dewan Rakyat bagi mengetepikan halangan pelaksanaan hudud di Kelantan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia tidak termasuk dalam perancangan Umno bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Jika tidak, datuk nenek kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online ketika dihubungi.

Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

"Kita tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. Adalah bagus jika (PAS) mendapatkan referendum daripada negeri-negeri lain juga," ujarnya.

Beberapa Ahli Parlimen BN daripada Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah termasuk hudud antaranya Ahli Parlimen Peringat, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Malah Annuar berjanji untuk melobi sokongan anggota Parlimen BN daripada Umno bagi menyokong rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil Kelantan ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dilaksanakan.

ULASAN GB

Ketara sangat Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed Rahmat tidak tahu bahawa sejarah telah membuktikan kesultanan Islam awal seperti Kesultanan Kedah telah bermula 531H/ 1136M dan Kesultanan Kelantan yang bertapak pada tahun 577H/ 1181M membuktikan bahawa bermulanya era pentadbiran dan undang-undang Islam (hudud) di Rantau Melayu ini.

Menurut kajian para sejarahwan teks pada batu bersurat yang merupakan penanda kedatangan Islam di nusantara ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua".

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303M. Ia juga secara jelas mewartakan undang-undang jenayah Islam (hudud)yang diterima-pakai oleh pemerintah Terengganu ketika itu.

Ia juga bermakna Negeri Terengganu telah terbukti menegakkan hukum syariah sejak 7 abad yang lalu dan antara yang terawal di Malaysia. Seterusnya Di Terengganu, Undang-undang Jenayah Islam telah dilaksanakan khususnya semasa Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Pada masa itu terdapat beberapa mahkamah yang membolehkan menjatuhkan hukuman mengikut Undang-undang Islam.

Selain peraturan Islam yang tercatat di batu Bersurat Terengganu pada 702H/1303M, Kerajaan Melaka telah menggubal undang-undangnya sendiri yang berasaskan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Risalah Hukum Qanun. Ia dikuat-kuasakan di Melaka. Qanun ini ditulis pada zaman pemerintahan Sultan MUzaffar Syah (1446-1456) dan ianya dilengkapkan oleh Hang Sidi Ahmad dizaman pemerintahan Sultan Melaka terakhir (1488-1511). Dalam masa yang sama Undang-undang Laut juga digubal yang menyentuh tentang peraturan pelabuhan, pelayaran di laut dan percukaian.

Menurut Ustadz Saiful Bahri, Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir. Menurut beberapa orang pengkaji barat, seperti William R. Roff dan Alfred R. Rubin bahawa Undang-undang Melaka itu pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut; “Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil AlQuran dan menurut amar bil ma’ruf wa nahi munkar”.

Berdasarkan kepada teks Hukum Qanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr Ph. S. Rankel mengandungi 27 fasal , Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British mengandungi 44 fasal dan setelah diteliti dan dikaji Undang-undang Melaka, dapatlah disimpulkan bahawa , Undang-undang Qanun Melaka ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan Undang-undang Islam menurut Mazhab Syafie.

Apabila kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511M, undang-undang dan peraturan Islam ini masih diteruskan pemakaiannya oleh Kesultanan Melayu di negeri-negeri lain. Ia digubal di negeri masing-masing seperti Qanun Pahang (1596M), di Kedah dengan Tembera Dato Seri Paduka Tuan (1078H/ 1667M), Undang-undang 99 dan 12 di Perak. Hukum Qanun Dato Setar (1099H/ 1784M), Qanun Johor (1789M), Qanun Kelantan 1168H. Di Terengganu ia diguna pakai semenjak kesultanan pertama Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 (1708-1733) pada tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708) sehinggalah undang-undang Islam itu diperkukuhkan pada tahun 1911M iaitu dengan penggubalan Undang-undang diri Terengganu.

Sistem pentadbiran undang-undang Islam di Tanah Melayu sudah sofistikated dan tersusun kemas mengikut institusi pemerintahan di Timur Tengah. Ia telah matang sebelum kedatangan British lagi dan Britishlah yang telah merombak segala-galanya, menukar semua kanun dan undang-undang yang ada kepada undang-undang sekular yang memisahkan negara dan agama, dengan slogan sekularismanya -"give to Caesar what belongs to Caesar, and give to God what belongs to God" dimana kemudiannya UMNO yang menjadi kerajaan telah meneruskan pemakaian undang-undang tersebut sehingga kini.

Bukankah fakta di atas menjelaskan tentang kejahilan pemimpin UMNO sendiri terutama Nur Jazlan terhadap sejarah?

Tiada 'harta karun' ditemui di Pulau Nangka

Harta karun milik Kesultanan Islam


MELAKA - Smart Partnership International (M) Sdn Bhd syarikat, yang menjalankan kerja mencari harta peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, gagal menemui harta itu setakat ini. 
  
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kontrak pencarian selama empat bulan bermula Januari lepas yang diperoleh syarikat itu, akan tamat pada 12 tengah malam ini.
  
Mulai esok, katanya kerja pencarian itu akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat lain, yang akan menumpukan pencarian di kawasan lain di pulau itu.
  
"Sebenarnya kerja pencarian harta karun di pulau itu telah dilakukan sejak lebih 25 tahun lepas oleh pelbagai pihak tetapi sehingga kini ia tidak ditemui," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.
  
Isnin lepas, Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan yang dipercayai pintu tempat simpanan harta itu, sudah siap 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya hari ini.

Idris berkata kerajaan negeri bercadang menjadikan Pulau Nangka sebagai pusat tarikan pelancong jika harta itu ditemui tetapi tidak dapat dikeluarkan dari pulau itu atas sebab tertentu.
  
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa bersedia menyiasat dakwaan salah laku yang melibatkan pegawai kanan pentadbirannya jika dakwaan yang dikemukakan itu berasas dan mempunyai bukti kukuh.
  
"Setakat ini, aduan yang dikemukakan itu sekadar aduan emosi sahaja... aduan apabila saya meletakkan orang baharu yang tegas dalam organisasi itu.
  
"Kita sentiasa bersikap terbuka, tetapi janganlah buat aduan sesuka hati tanpa kemuka bukti yang kukuh," katanya.
  
Baru-baru ini, seorang pegawai kanan sebuah akhbar harian milik Kerajaan Negeri Melaka dikaitkan dengan penyelewengan melibatkan wang kerajaan negeri. Sebelum itu, seorang pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka dikaitkan dengan kegiatan judi haram di negeri ini.
  
Dalam sidang akhbar itu juga, Idris turut mengumumkan Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka pada 21 Jun ini.
  
"Kita jangka antara 15,000 dan 20,000 orang bakal menghadiri sambutan itu. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dijadual merasmikan sambutan itu," katanya. - Bernama

'Ada orang panggil saya Singa Bukit Gelugor'

MALAYSIAKINI



 
 
 
Dalam keghairahan memilih calon untuk pilihan raya kecil parlimen Bukit Gelugor, seorang anggota PKR tempatan Dr Gurdial Singh Sandhu tampil menyatakan kesediaan untuk berkhidmat di kwasan tersebut sekiranya terpilih sebagai calon.

Beliau yang turut bertanding untuk jawantan ketua cabang Bukit Gelugor dalam pemilihan parti 4 Mei ini, mencadangkan agar DAP menyerahkan kerusi itu kepada PKR jika ia tidak dapat menentukan calon mereka.

Gurdial bagaimanapun berkata beliau tidak mencadangkan agar dirinya sendiri menjadi calon pada pilihan raya kecil itu yang jatuh pada 25 Mei ini.

"Saya mungkin bukan calonnya. Saya tidak kata saya mahu bertanding. Itu parti yang putuskan," katanya, "tetapi, jika saya ditawarkan kerusi itu, saya akan terima."

"Saya akan pastikan saya teruskan legasi mendiang Karpal Singh, Harimau Jelutong di Bukit Gelugor.

"Ada yang gelarkan saya Singa Bukit Gelugor, tapi saya bukan (singa). Saya cuma orang biasa, tetapi sebagai seorang doktor dan anggota lama PKR, ada banyak yang saya boleh sumbangkan kepada penduduk di sini," kata pengamal perubatan homeopati itu.

Amerika patut jadi ketua pasukan siasatan MH370, bukan Malaysia, kata penganalisis

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Amerika Syarikat turut membantu operasi mencari MH370 sejak awal kehilangan pesawat itu dengan menghantar kapal tentera lautnya dan pesawat tentera. Gambar fail.Amerika Syarikat turut membantu operasi mencari MH370 sejak awal kehilangan pesawat itu dengan menghantar kapal tentera lautnya dan pesawat tentera. Gambar fail.























Amerika Syarikat sepatutnya yang menjadi ketua dalam siasatan berhubung kehilangan penerbangan MH370, walaupun Malaysia menyatakan ia akan mengetuai pasukan penyiasat multinasional itu, kata kolumnis Washington Post.

Penganalisis politik, Ed Rogers dalam artikelnya bertajuk “Ini masanya Amerika ambil alih siasatan pesawat MH370 Malaysia Airlines” semalam berkata, siasatan kejadian itu sudah berlanjutan untuk tempoh yang terlalu lama.

“Republican perlu mendesak presiden untuk memberitahu dunia, Amerika Syarikat mengambil alih peranan ketua dalam siasatan, mencari, menemui dan laporan akhir.

“Sudah tentu, beliau perlu berbuat demikian secara diplomatik dan menggalakkan pertolongan pihak lain, tetapi sudah tiba masanya tentera laut Amerika Syarikat memainkan peranan lebih penting.

“Di penghujungnya, kita patut hantar bil kepada Malaysia. Jika mereka tidak membayarnya, kita boleh mengenakan sekatan perdagangan. Ini bukan lagi tragedi asing, ini adalah masa untuk mendapatkan kepastian,” katanya.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam berkata bekas ketua penjawat awam akan mengetuai pasukan penyiasatan multinasional untuk menyiasat kehilangan pesawat MH370.

Beliau berkata, Datuk Kok So Chon dilantik sebagai ketua penyiasat dalam pasukan siasatan antarabangsa itu.

Kok adalah bekas ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan juga bekas wakil tetap ke Organisasi Penerbangan Awam di Montreal, Kanada.

"Adalah penting untuk Putrajaya membentuk pasukan bebas ini yang bukan sahaja cekap dan telus tetapi juga boleh dipercayai,” kata Hishammuddin.

Rogers berkata, sumber Amerika sudah pun dihantar untuk mencari bangkai pesawat itu dan pihak negara lain turut bekerja keras, dan keadaan itu menyebabkan dunia kini keliru siapa sebenarnya yang mengetuai operasi itu dan siapa yang boleh memberitahu perkara sebenar.

“Melihat kepada apa yang berlaku setakat ini, bagaimana kita boleh mengharapkan Malaysia untuk memberitahu perkara sebenar kepada dunia? Jika laporan hari ini adalah tepat, dan ada syarikat swasta yang menemui bukti bangkai pesawat itu sejak sebulan lalu, ia akan membuktikan apa yang saya cakap.

“Seseorang perlu jadi ketua, dan ia adalah Amerika. Ada banyak kepentingan perlu dijaga. Apa yang penting ialah kebenaran,” katanya.

Rogers turut mengkritik Putrajaya kerana tidak menyelaras pencarian itu dengan baik, dan menambah idea meminta Amerika Syarikat mengambil alih adalah langkah berisiko.

“Amerika mengambil alih dengan risiko, dan ia tidak konsisten dengan hasrat presiden untuk menolak idea eksepsionalisme Amerika – atau kepimpinan Amerika pada era Obama.

“Tidak hairan presiden bersimpati dengan idea eksepsionalisme Malaysia. Mereka sudah mempunyai masa yang cukup untuk membuktikan diri, dan mereka masih belum berjaya,” katanya.

Artikel pendapat Roger itu bagaimanapun mendapat banyak komen negatif daripada pembaca kolum itu.

@malloy207 menulis:”Ed, sama ada 1) seseorang menceroboh masuk kolum anda dan menulis perkara mengarut menggunakan nama anda, atau 2) anda sudah hilang akal.

@BillWeston menulis:”Ed adalah jelas seorang rakyat Amerika yang “luar biasa” kerana dengan logik kebudak-budakannya menghina kemampuan negara lain.”

@JOsborne menyertai debat itu dengan menulis:”Saya tidak tahu apa yang lebih memalukan, seseorang benar-benar menulis artikel ini atau WP yang menerbitkannya.”

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) pagi ini berkata, pencarian penerbangan MH370 kini memasuki fasa baru dan akan beralih kepada pencarian bawah laut dalam minggu yang akan datang.

Sementara itu, Bluefin-21 yang selesai mencari di kawasan seluas 314 kilometer persegi di sekitar kawasan yang dikesan oleh pengesan ping tertunda, akan meneruskan pencarian di kawasan bersebelahan.

Misi ke-17 akan dijalankan apabila keadaan cuaca bertambah baik yang membolehkan Bluefin-21 diturunkan dengan selamat daripada kapal pertahanan Australia, Ocean Shield, kata kenyataan JACC.

Pesawat Tentera Udara Diraja Australia AP-3C Orion juga kekal diletakkan dalam keadaan bersedia di Perth

'Proton lumpuh jika tak lindung industri automotif'

MALAYSIAKINI


Industri automotif tempatan terutamanya Proton Holdings Berhad (Proton) boleh lumpuh sekiranya Malaysia tidak mengambil langkah melindungi industri berkenaan sebagaimana Amerika Syarikat (AS) melindungi kacang soyanya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
Beliau berkata, Proton pada hari ini menghadapi persaingan yang amat hebat kerana hampir setiap hari jenama kereta import mengeluarkan model baru.
  
"Mereka ini (syarikat-syarikat luar negara) jual kereta di Malaysia, rugi pun tidak mengapa kerana di tempat lain mereka boleh untung. Malaysia masih kecil dan kita perlukan perlindungan untuk industri tempatan kita," katanya.
  
Mahathir berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed di Dewan Negara pada hari Isnin bahawa Proton mengalami sedikit kemerosotan.
  
Mustapa disebut sebagai berkata trend pengeksportan model kereta Proton mencatatkan penurunan dari tahun ke tahun.
  
Pada tahun 2011, syarikat pengeluar kereta nasional itu mengeksport 16,189 unit, 13,311 unit (2012) dan susut tahun lepas kepada hanya 5,937 unit.
  
Dr Mahathir ditemui selepas melancarkan buku A UN Chronicle di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di ibunegara hari ini.
  
Jelas beliau, Malaysia mengamalkan dasar yang terbuka dan "sesiapa sahaja hendak masuk, mereka boleh masuk".
  
"Dasar Malaysia sekarang pula tidak hanya tertumpu kepada pembangunan industri tempatan sebaliknya mengutamakan konsumer (pengguna).
  
"Pengguna tidak peduli apa jadi pada negara, mereka hanya hendak harga yang murah dan barangan terbaik. Jadi sebab itu kita (Proton)) dapati sekarang sukar bagi Proton untuk bertanding terutamanya dengan Perodua," katanya.
  
"Perodua tidak keluarkan kereta tempatan tetapi kereta Jepun yang dipasang di Malaysia. Sebaliknya Proton dari A to Z, semuanya di Malaysia bagi tujuan membangunkan industri tempatan," katanya.
  
"Konsumer tidak peduli kalau industri automatif tempatan mati atau 250,000 orang menderita. Konsumer hanya tahu jenama terkenal dan jenama asing. Dengan itu kita sukar untuk melawan. Namun demikian kita akan terus mencubaba juga," kata Dr Mahathir.- Bernama

DAP: PAS boleh terus mimpi hudud

MALAYSIAKINI


 
Pemangku pengerusi 


DAP Tan Kok Wai memberi amaran bahawa PAS tiada tempat dalam Pakatan Rakyat sekiranya terus berkeras untuk melaksanakan hukum hudud.

Tan berkata, PAS boleh “terus bermimpi” untuk menubuhkan negara Islam namun DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaannya.

"Ketika kita menubuhkan Pakatan, kita tidak pernah bersetuju dengan negara Islam atau hudud,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Kenyataan sama disuarakan MP Seremban Anthony Loke yang menggesa PAS keluar dari Pakatan sekiranya enggan beralah dari usaha tersebut.

Tan turut memetik satu pepatah Cina yang bermaksud, setiap pihak perlu seiring dan sejalan untuk menjayakan rancangan mereka.

"PAS mesti mengambil kira kepentingan negara dan rakyat,” katanya.

Ditanya sekiranya ini merupakan pendirian rasmi DAP, MP Cheras itu memberi jawapan samar: “Ianya seperti dalam DAP... Jika anda tidak percaya pada cita-cita 'Malaysian Malaysia', tiada tempat untuk anda dalam parti”.

Dalam kenyataannya, Tan turut menyelar MCA yang didakwanya memfitnah DAP kerana menyokong pelaksanaan hudud.

Katanya, MCA tidak harus menuding jari ke arah DAP dan DAP kerana parti komponen BN itu juga perlu menghalang Umno dari menyokong hudud.

Beliau mempersoalkan mengapa MCA – khususnya presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai – tidak bernai mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri lain kerana tidak menolak hudud.

“MCA tidak menentang atau menolak negara Islam apabila PAS menyertai BN pada tahun 1970-an.

"Namun sekarang mereka mahu turun ke jalan untuk memprotes dan Pemuda MCA mahu 'mengepung parlimen'.

"Ini sangat-sangat aneh,” katanya.

Dr Mahathir bidas Obama, semua kaum dapat peluang sama di Malaysia

OLEH MD IZWAN


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada majlis pelancaran buku UN Chronicle di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 April, 2014.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada majlis pelancaran buku UN Chronicle di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim




























Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan pandangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, sebaliknya menegaskan kerajaan Malaysia memberikan peluang sama rata kepada semua rakyat tidak kira agama dan bangsa.

Dr Mahathir berkata, polisi yang diamalkan pemerintah Barisan Nasional adalah adil dan seimbang kepada semua lapisan masyarakat.

"Saya tidak bersetuju dengan Obama," kata Dr Mahathir ketika ditemui di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) hari ini.

Dr Mahathir kemudian turut mempertahankan golongan bukan Melayu di Malaysia mendapat peluang yang sama rata, bukan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

"Walaupun dengan polisi kerajaan dan sebagainya, adakah kamu lihat kaum Cina di Malaysia antara yang termiskin?

"Kebanyakan kaum India adalah peguam, profesional dan doktor, mereka yang tidak pernah ke Malaysia tidak akan tahu tentang perkara ini," katanya.

Dr Mahathir juga membidas Obama dengan mengatakan ketaksamaan kekayaan di negara itu lebih ketara dan jelas jika dibandingkan dengan Malaysia.

"Di Amerika tiada kesaksamaan langsung, 1% daripada populasi memiliki kekayaan dan yang lain miskin," kata Dr Mahathir memetik kenyataan seorang profesor Amerika Syarikat yang juga pemenang Anugerah Nobel dalam Sains Ekonomi (2001), Joseph Eugene Stiglitz.

Dr Mahathir dikenali sebagai pemimpin yang lantang mengkritik AS sepanjang pemerintahannya.

Dr Mahathir juga pernah mencadangkan Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berhenti menggunakan dolar AS dan beralih kepada Euro, ia susulan pertalian rapat Amerika Syarikat dengan negara musuh Islam, Israel.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menyelar Obama yang menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil dalam konteks agama kepada semua kaum.

Beliau berkata, peluang yang adil dan saksama diberikan kepada semua agama dan masyarakat berbilang agama sememangnya tidak menghadapi apa-apa kekangan mengamalkan agama di negara ini.

"Kita berikan peluang yang sama kepada bukan Islam dan kerajaan Malaysia berlaku adil kepada semua agama," kata Zahid.

Pengkritik sebelum ini menyifatkan Malaysia mengamalkan polisi diskriminasi terhadap kaum lain, antaranya menerusi Artikel 153 Perlembagaan Malaysia untuk mempertahankan hak kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia atau Bumiputera.

Ia dikatakan melindungi kepentingan kumpulan ini dengan mewujudkan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.

Semasa lawatan hujung minggu baru-baru ini, Obama berkata, Malaysia perlu memastikan masyarakat bukan Islam di negara ini mendapat peluang yang sama seperti majoriti penduduk beragama Islam jika negara Asia Tenggara itu mahu terus makmur.

“Malaysia tidak akan berjaya jika bukan Islam tidak mendapat peluang yang sama,” katanya dalam majlis pertemuan dua hala untuk belia Asean di Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Obama berkata, masyarakat bukan Islam di Malaysia pada masa ini berdepan permusuhan, dan ada yang rasa tertindas.

“Sepatutnya tidak ada alasan untuk diskriminasi, dan anda perlu memastikan anda menentang perkara ini dalam kehidupan harian," katanya.

Kali terakhir Malaysia menerima lawatan Presiden AS adalah 48 tahun lalu pada 1966, iaitu Presiden Lyndon Johnson.

Beramai-ramai sertai himpunan anti-GST



Oleh RAYUSA




JIKA berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2011 (PAU 2011), memang tiada tempat langsung untuk rakyat negara ini berhimpun menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu yang menyusahkan mereka.

Dalam kata lain, rakyat susah untuk menyatakan kesusahan mereka kerana akta itu.

Walau bagaimanapun, pada 1 Mei nanti Himpunan Aman Membantah Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diadakan di Kuala Lumpur.

Sebenarnya, rakyat bukanlah terlalu suka berdemonstrasi atau memprotes di jalanan tanpa sebab seperti yang didakwa oleh pemimpin dan penyokong tegar kerajaan Umno-BN. Himpunan 1 Mei diadakan kerana kesabaran tidak dapat dibendung lagi.

Seperti biasa, meskipun hak berhimpun dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Beramai-ramai sertai himpunan anti-GST pemimpin kerajaan Umno-BN dan para penyokong tegarnya termasuk NGO pengampu tetap menentang dengan seribu alasan.

Himpunan aman besarbesaran pada Hari Pekerja itu bertujuan membantah hasrat kerajaan Umno-BN melaksanakan GST sebanyak enam peratus berkuat kuasa mulai 1 April 2015. Dewan Rakyat pada awal April lalu telah meluluskan cukai tersebut.

Dalam perbincangan dengan pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, 16 April lalu, penganjur Himpunan Aman Membantah Pelaksanaan GST diwakili oleh Jurucakap Jawatankuasa Mei 1, S Arutchelvan.

Polis pula diwakili oleh Ketua Ketenteraman Trafik Kuala Lumpur, Penolong Kanan Suruhanjaya, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad.

Dalam hal ini, Arutchelvan yang juga Setiausaha Agung PSM memuji usaha polis yang ‘proaktif’ memanggil beliau untuk berbincang mengenai perhimpunan itu walaupun Akta Perhimpunan Aman 2011 menetapkan sebarang perhimpunan dimaklumkan 10 hari sebelum berlangsung seperti surat yang diberikan kepadanya.

Perhimpunan anti-GST itu akan bermula di KLCC pada jam 2 petang yang akan diisi antaranya oleh ucapan wakil pekerja dan pemimpin NGO selama kira-kira sejam. Kemudian, peserta akan berarak ke lokasi terakhir, Dataran Merdeka.

Menurut Arutchelvan lagi, polis membangkitkan isu ‘protes jalanan’ kerana ia tidak dibenarkan oleh akta tersebut.

Isu penutupan Dataran Merdeka pada 1 Mei juga timbul kerana kerja menaik taraf sehingga Jun depan menyebabkan polis meminta penganjur mencari lokasi lain walaupun perhimpunan dijamin akan berjalan dengan aman.

Arutchelvan juga memberitahu polis mahu penganjur memaklumkan dalam tempoh 10 hari dari tarikh perhimpunan. Katanya lagi, setiap tahun penganjur memaklumkan kepada polis agar pihak keselamatan itu memudahkan cara. Walau bagaimanapun, penganjur perhimpunan juga ada pengalaman buruk dengan polis.

Tambah Arutchelvan, polis turut membangkitkan soal penyertaan kanak-kanak dan kebenaran daripada pemilik lokasi tempat berhimpun.

Kalau mengikut PAU 2011, KLCC juga terletak di sebelah masjid. Justeru, penganjur meminta polis menggunakan budi bicara kerana sebelum ini ada perhimpunan yang tidak memerlukan permit polis.
Lagipun, katanya, peserta tidak masuk ke dalam KLCC.

Antara NGO yang akan turut memberi sokongan terhadap perhimpunan pada 1 Mei itu termasuklah HIMPUN, SAMM, TURUN, JERIT, serta organisasi mewakili orang Asli dan NGO wanita.

Dalam pertemuan dan perbincangan pada 21 April lalu pula, peserta perhimpunan diwakili oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden KeADILan, Tian Chua; AJK PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, dan Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong. Pihak polis diwakili oleh Zainuddin Ahmad dan lima pegawainya.

Mohamad @ Mat Sabu tetap mengatakan lokasi terakhir perhimpunan adalah di Dataran Merdeka mengikut jadual. Ini kerana katanya, masih ada bahagian di lokasi berkenaan yang kosong (tanpa penambahbaikan).

Tambah beliau, kumpulan NGO akan berhimpun di KLCC dan penyokong parti politik pula berada di sekitar Kuala Lumpur.

Meskipun seperti masih ada ‘tarik tali’ dalam perbincangan 21 April itu, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, polis ‘tiada halangan perhimpunan diadakan’. Tambah beliau, jemputan kepada pemimpin Pakatan Rakyat ke IPD Dang Wangi bagi memastikan ‘ia diteruskan dengan baik.’

Penganjur perhimpunan, katanya, memberi jaminan akan bekerjasama dengan polis supaya tidak mengganggu ketenteraman awam.

Meskipun kelihatan polis seperti bertindak lunak, sama seperti yang ditunjukkan semasa Hari Kebangkitan Rakyat, 12 Januari 2013 dan Himpunan TURUN, malam tahun baharu 2014, terdapat percanggahan pula.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mohmad Salleh memberi amaran akan menahan penganjur perhimpunan 1 Mei itu. Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Timbalan Pesuruhjaya Khairi Ahrasa, 23 April lalu, Polis Kuala Lumpur akan bertindak jika perhimpunan tersebut mengancam ketenteraman awam.

Tindakan Polis Kuala Lumpur, jelas Khairi, sewaktu ditanya jika pasukan keselamatan bercadang membuat sebarang tangkapan awal sebagai langkah mencegah perhimpunan itu daripada terus berlangsung (ketika rencana ini ditulis), hanya untuk mengawal keamanan sahaja, tetapi akan bertindak jika mengancam ketenteraman awam.

Menjawab persoalan adakah polis telah mengesan individu yang akan menjadi personaliti utama perhimpunan 1 Mei, Khairi berkata pihaknya baharu mengenal pasti beberapa NGO yang bertindak sebagai penganjur.

Beliau turut menggesa penganjur agar memberikan notis kepada polis walaupun rundingan dengan pasukan keselamatan telah dibuat.

Polis, katanya, masih belum menerima sebarang notis daripada penganjur, tetapi akan bersiap sedia untuk mengawal himpunan tersebut supaya keadaan aman Kuala Lumpur ini terkawal dan terpelihara.

Walaupun penganjur telah berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, tambah Khairi, mereka masih perlu mengemukakan notis selama 10 hari dari tarikh perhimpunan akan diadakan supaya dapat saling membantu.

Jadi, masih berlaku ‘tarik tali’ seperti biasa sedangkan penglibatan beberapa NGO prihatin menunjukkan Himpunan Aman Membantah Pelaksanaan GST bukan berpaksikan kepentingan politik. Pemimpin Umno dan parti komponen BN yang lain pun boleh ikut serta kerana kesan GST turut mengenai penyokong BN. Hal tersebut sangat perlu disedari.

MB: Henti catuan air tiada kena mengena Pemilihan PKR

Oleh: Lizawati Madfa


SHAH ALAM  : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan penamatan catuan air bukan dibuat sempena pemilihan PKR yang kini sedang berlangsung.

Beliau yang bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu berkata, keputusan itu dibuat secara kolektif bersama pihak lain dalam industri air demi kepentingan rakyat.

IMG_9937aKatanya, sebagai ketua eksekutif tertinggi negeri ini, beliau sama sekali tidak boleh mencampur-aduk tanggungjawab dengan politik dan menjalankan tugas secara professional.

“Jika sebab pemilihan, sudah tentulah saya akan tamatkan lebih awal lagi, tidak perlu menunggu sehingga sekarang.

“Ini keputusan bersama pihak lain, bukan dibuat oleh saya sahaja,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco hari ini.

Pemilihan PKR yang bermula minggu lepas menyaksikan Abdul Khalid bersaing dengan Datuk Saifuddin Nasution dan Azmin Ali bagi jawatan nombor dua PKR.

Mengulas proses pemilihan yang berlangsung, beliau menggesa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) memberi laporan terperinci berhubung insiden ‘blackout’ di bilik pengiraan undi di sebuah hotel bajet ketika pemilihan parti beberapa hari lalu.

“Itu saya ingat Biro Politik akan mengambil tindakan tegas sebab PKR dan Pakatan Rakyat (PR) sangat marah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tak jaga pilihan raya dengan betul.

“Buat masa ini, saya belum (puas hati dengan JPP), saya pun mesti mendapat laporan yang tepat tentang perkara ini,” katanya.EZY

Nasib pekerja di Malaysia tidak terbela


Oleh AZIZ MUDA


WALAUPUN telah 57 tahun merdeka, para pekerja di negara ini masih lagi belum menikmati keistimewaan sewajarnya. Malah dalam banyak hal, nasib pekerja-pekerja di Malaysia masih lagi tidak terbela.

Contoh paling jelas boleh dirujuk kepada skim gaji pekerjapekerja itu sendiri yang masih tidak menentu, sehingga ada di antara mereka yang mendapat bayaran agak rendah berbanding tenaga, pemikiran dan masa yang telah mereka korbankan kepada pihak majikan.

Berdasarkan keperluan semasa, setiap pekerja di Malaysia kini memerlukan gaji minima RM1,100 sebulan. Ini bertepatan dengan tawaran Pakatan Rakyat seperti yang diketengahkan di dalam manifesto PRU13 lalu. Namun sehingga kini, pekerja di Malaysia hanya menerima gaji minima RM900 sebulan.

Kebanjiran buruh asing Berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan, Malaysia adalah antara 10 buah negara teratas yang tersenarai sebagai penggaji warga asing tertinggi di dunia. Dasar kerajaan yang terbuka terhadap pengambilan pekerja asing telah menyebabkan pekerja-pekerja asing termasuk dari Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal, India, China, Mynmar, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan negara di benua Afrika begitu berminat berminat bekerja di negara ini.

Mereka bekerja dalam pelbagai sektor yang bergaji rendah seperti buruh, pekerja kilang dan pembantu rumah. Dasar kerajaan yang mengutamakan pekerja asing itu juga telah membuatkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan terutama golongan muda agak terhad, sehingga menyebabkan jumlah pengangguran di negara ini semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Lebih buruk lagi apabila tanggungjawab kerajaan yang sepatutnya membela rakyat sendiri dengan menyediakan peluang pekerjaan yang sepatutnya kepada rakyat sanggup dipandang sebelah mata oleh pihak pemerintah. Keadaan ini lebih terserlah ketika negara sedang dalam persiapan untuk menghadapi pilihanraya bagi kepentingan politik Umno-BN, sehingga menyebabkan peluangpeluang pekerjaan di negara ini diambil alih oleh pekerja-pekerja asing.

Harga barangan mahal tak sesuai gaji pekerja Nasib para pekerja di negara ini bertambah buruk apabila harga barangan keperluan harian melambung tinggi dari semasa ke semasa dan tidak sesuai dengan gaji yang mereka terima setiap bulan.

Data yang dikeluarkan oleh International Labour Organisation melalui laman BBC pada April 2012 lalu, khususnya dalam menilai gaji pekerjapekerja di Malaysia dengan 72 buah negara lain di dunia, telah meletakkan kedudukan Malaysia ìdihimpit antara negara Belarus dan Botswana.

Di bawah Malaysia dalam ranking terbaru itu, Belarus yang merupakan negara Eropah yang ekonominya agak serdahana, lebih kurang di antara negaranegara Scandinavia dan negara Balkan yang lain. Jadi jika sudah berada pada tahap sederhana di Eropah, ia bermaksud lebih tinggi daripada yang sederhana di Asia. Botswana pula diakui antara negara termaju di Afrika, walaupun negara itu datang daripada benua Afrika.

Tekanan politik, ditukar, sekat gaji, tak naik pangkat Lebih menyedihkan lagi apabila rakyat negara ini terus dihalang dari bersuara untuk menyatakan pandangan demi kebaikan bersama. Malah jika bersuara, mereka khususnya kakitangan awam termasuk dari kalangan pendidik akan dikenakan pelbagai tindakan oleh pihak kerajaan.

Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman turut menyimpan puluhan fail mengenai perkara itu untuk diketengahkan dari semasa ke semasa demi membela guru-guru yang teraniaya.

Menurut Normala, yang lebih teruk lagi, ada guru yang dipecat, ditahan gaji dan ditukarkan jauh dari pasangan, keluarga dan anak-anak atas dakwaan yang tidak berasas dan pelanggaran prosedur yang zalim dan tidak bertamadun.

“Inilah dilema warga pendidik selama ini yang dipaksa mengikut telunjuk pihak tertentu dan mendiamkan diri serta membisu seribu bahasa atas kalimat ‘Yang Menurut Perintah’,” katanya.

Terkini, beliau turut bersedih di atas tindakan menukarkan Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari kerana membantah pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), sehingga memaksa beliau menyerahkan memorandum bantahannya ke Pejabat Pendidikan Negeri Pahang pada 12 Mac lalu.

Pekerja ladang terus tertindas Penindasan ke atas para pekerja turut berlaku secara berleluasa di kalangan pekerja ladang. Selain masalah gaji yang rendah dan tidak setimpal dengan tenaga yang mereka keluarkan, mereka turut terabai dari pelbagai aspek kebajikan lain.

Seorang aktivis dari kalangan masyarakat India yang juga Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan berkata, sehingga kini hak perumahan kepada semua pekerja atau rakyat negara ini yang berhak memiliki rumah termasuk di kalangan pekerja ladang masih tidak tercapai.

Katanya, ini kerana 70 peratus rakyat Malaysia berpendapatan kurang daripada RM3,500 sebulan dan majoriti dari mereka tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana kebanyakan rumah yang dibina adalah untuk kumpulan yang berpendapatan tinggi sahaja.

“Malah harga rumah kos rendah juga sudah melambung dari RM25,000 ke RM65, 000 hari ini. Gaji pekerja pula beku sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Beliau turut merujuk kepada kes pengusiran paksa di kalangan penduduk di Kampung Berembang yang telah menjadi topik nasional.

Isu masalah rumah flat Dengkil yang menempatkan bekas para pekerja ladang dari Putrajaya itu jelas menunjukkan kegagalan kerajaan membina rumah selesa.

Ancaman GST terhadap nasib pekerja Kekecewaan rakyat terhadap kerajaan Umno-BN yang gagal menyelesaikan masalahmasalah yang dihadapi lebih memuncak apabila kerajaan tetap bertegas untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai April tahun depan.

Pada hal, PAS dan Pakatan Rakyat dengan tegas menolak pelaksanaan cukai tersebut kerana ia adalah satu bentuk cukai yang tidak adil dan membebankan rakyat berpendapatan rendah.

Sejajar dengan kedegilan kerajaan untuk terus melaksanakan GST, sudah sewajarnya rakyat negara ini bersuara menerusi perhimpunan besar-besar seperti yang dirancang pada 1 Mei ini di Dataran Merdeka.

PAS timbulkan semula hudud kerana kerajaan lemah, bukan demi Islam, kata Dr Mahathir

OLEH MD IZWAN


Hudud ditimbulkan semula kerana kerajaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lemah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar fail.Hudud ditimbulkan semula kerana kerajaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lemah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar fail.

































Tindakan PAS menimbulkan semula isu pelaksanaan hukum hudud berpunca daripada kerajaan lemah yang ditadbir oleh Datuk Seri Najib Razak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, halangan ke atas pelaksanaan hukum hudud semasa era pemerintahannya adalah kerana sokongan majoriti yang diberikan kepada kerajaannya.

"Mungkin mereka ingat kerajaan perlukan sokongan kerana semasa zaman saya, kami berkuasa dengan dua pertiga majoriti," kata Dr Mahathir ketika ditemui di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) pagi ini.

Dr Mahathir yang dilihat paling lantang menolak pelaksanaan undang-undang Islam kontroversi tersebut menegaskan langkah tersebut bermotifkan politik bukannya mengenai memberikan keadilan kepada rakyat.

"PAS lakukannya untuk politik, bukan mengenai Islam.

"Bila kamu buat undang-undang ini, orang akan kata parti kamu Islam dan rakyat akan sokong. Ia bukan mengenai keadilan," katanya.

Hudud tidak dilaksanakan dulu kerana bimbang Mageran di Kelantan, kata Nik Aziz

THE MALAYSIAN INSIDER


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarah Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan, Ahad lalu.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarah Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan, Ahad lalu.



























Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak melaksanakan hudud semasa pemerintahannya di negeri tersebut kerana takut kerajaan pusat akan melaksanakan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Beliau berkata, surat yang dihantar oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa itu memberikan amaran yang jelas mengenainya.

“Saya amat bimbang kalau-kalau akan berlakunya Mageran sebab itu saya tidak melaksanakannya selepas menerima surat amaran daripada perdana menteri,” katanya merujuk kepada surat Dr Mahathir kepadanya supaya jangan melaksanakan hudud.

Surat itu dihantar pada 15 Julai 1994 oleh Dr Mahathir ketika Nik Aziz adalah menteri besar Kelantan selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud).

Antara lain surat itu berbunyi: “Kerajaan pusat tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan Islam, maka kerajaan pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam.”

Mageran adalah badan pentadbiran negara yang diwujudkan pada zaman darurat dan pernah dibuat di Kelantan di mana kuasa kerajaan negeri PAS diambil alih oleh kerajaan pusat.

Kini isu hudud timbul kembali selepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan pihaknya akan membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Keputusan itu dibuat susulan jaminan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang menyatakan kerajaan pusat akan membantu mana-mana negeri yang mahu melaksanakan undang-undang Islam itu.

Beberapa hari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi Nik Aziz di rumahnya dekat Pulau Melaka dan mencadangkan agar satu jawatankuasa bersama dibentuk bagi mengkaji undang-undang itu.

“Saya amat gembira dengan perkembangan semasa berkaitan hudud sekarang. Saya tidak mahu sentuh banyak soal teknikal kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Cuma saya sentuh soal dasar sahaja. Alhamdulillah hati saya cukup tenang sehari dua ini, banyak berita baik yang saya terima dan insya-Allah masyarakat juga menerimanya dengan baik,” kata Nik Aziz seperti dilaporkan Harakahdaily.

Nik Aziz berkata, beliau tenang kerana semua ini berlaku ketika ini walaupun perdana menteri sebelum ini bersungguh-sungguh menentang pelaksanan hudud di Kelantan.

Katanya, beliau juga menyokong cadangan diwujudkan Jawatankuasa Teknikal melibatkan pelbagai pihak yang pakar dalam bidang perundangan Islam.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood turut menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Khas Teknikal Hudud peringkat pusat bagi membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan.

Sementara itu Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr Asraf Wajdi Dasuki, berkata tidak salah Kelantan menjadi negeri perintis melaksanakan undang-undang syariah itu ketika kerajaan Barisan Nasional kelihatan lebih terbuka sekarang.

Penganjur demonstrasi 1 Mei tidak rancang ‘rempuh’ Dataran Merdeka

OLEH JAMILAH KAMARUDIN


Perhimpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan esok akan berkumpul di Jalan Raja, Kuala Lumpur, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Gambar fail The Malaysian Insider.Perhimpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan esok akan berkumpul di Jalan Raja, Kuala Lumpur, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Gambar fail The Malaysian Insider.





























Penganjur Demonstrasi Bantah Kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 Mei esok memutuskan untuk tidak menjadikan padang Dataran Merdeka sebagai lokasi terakhir himpunan.
Sebaliknya, mereka merancang untuk berkumpul di depan Bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata berdasarkan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad semalam, polis akan memberikan kerjasama dengan menutup Jalan Raja sepanjang perhimpunan itu berlangsung berlangsung.

"Perhimpunan akan bermula pada jam 2 petang esok dan kita tidak akan masuk padang," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Sidek Hussain Tidak Benarkan Anak Jadi Artis - Isteri

sidek hussain 2
Pemergian Sidek dirasai semua pengiat seni hiburan.
 
 
 
PETALING JAYA: Isteri Allahyarham Sidek Hussain iaitu Selbiah Sulaiman, 61, mengakui pemergian pelakon itu merupakan kehilangan besar buat dirinya.

Selbiah berkata, Sidek bukan sahaja suami malah dianggap sebagai rakan baik yang sentiasa mendampinginya setiap masa.

"Saya rasa kehilangan besar kerana dia sahaja teman saya untuk kemana-mana. Kami hidup berdua sahaja kerana anak-anak sudah besar dan ada keluarga sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini kira-kira pukul 11.55 malam Ahad akibat kanser.

Allahyarham dimasukkan ke HKL pada 22 April lalu apabila keadaan kansernya semakin serius iaitu pada tahap empat sehingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Batu 17, Selangor kira-kira pukul 12 tengah hari, Isnin.

Allahyarham mempunyai seorang anak dengan Selbiah iaitu Mohd Adam, 23, yang kini bertugas sebagai doktor pelatih di sebuah hospital di Sabah. Manakala empat orang anak daripada perkahwinan pertamanya  bertugas sebagai guru dan pegawai bank.

Dalam pada itu, Selbiah berkata, Allahyarham sempat meminta agar jenazahnya dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kuang, Selangor.

Allahyarham juga kata Selbiah tidak pernah mengalakkan anak-anaknya untuk menceburkan diri dalam dunia seni.

"Dia mahu anak-anak berjaya dalam pelajaran dan dalam bidang-bidang tertentu, dia juga tidak pernah mengalakkan anak-anak mengikut jejak langkahnya sebagai anak seni," katanya.

sidek hussain
Foto yang dirakamkan Utusan Malaysia ini menunjukkan Selbiah menjaga Sidek sepanjang Allahyarham di rawat di HKL.


Sementara itu, beberapa teman rapat menganggap pemergian Allahyarham seperti hilangnya satu bintang dalam dunia seni tanah air.

Pelakon Anjang Aki atau nama sebenarnya, Datuk Baharuddin Omar, 78, menganggap Allahyarham sebagai seorang yang dihormati dan mempunyai semangat tinggi dalam dunia lakonan.

"Saya berlakon dengan dia dalam drama berjudul Anjang Aki yang mana dia menjadi anak saudara saya. Lakonan dia sangat bagus dan sukar untuk mencari pelakon seperti dia," katanya.

mStar Default Image
 
Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Jurey Latiff Rosli (kanan) bersama rakan-rakan artis turut menziarahi Allahyarham dan memberi bantuan semasa hayatnya.

Tambahnya, biarpun sering membawakan watak antagonis dan garang, namun Allahyarham merupakan seorang yang sangat lembut dan baik hati.

Pelakon Abu Bakar Omar pula memberitahu kali terakhir bersembang dengan Allahyarham ketika dia pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada Jun tahun lalu.

"Saya berjumpa dia beberapa kali selepas di balik umrah dan dia berceritakan banyak perkara ketika berada di sana. Dia juga memberi cenderahati daripada Mekah kepada saya dan kawan-kawan," katanya.

Abu Bakar mengakui kehebatan Sidek dalam menghayati sesuatu watak memang tidak boleh disangkal.

Sementara itu Bekas Penerbit Drama RTM, Hasiah Ariffin berkata, Allahyarham merupakan seorang pelakon yang komited dan tidak pernah memilih watak biarpun pernah memenangi pelbagai anugerah.

"Dia memulakan kerjaya lakonan di RTM dan turut membintangi beberapa drama bersiri popular ketika itu seperti Potret Pertiwi.

"Walaupun dia banyak mendapat tawaran daripada produksi luar dan memenangi pelbagai anugerah, namun dia tetap menerima tawaran drama daripada pihak RTM dan tidak berkira tentang bayaran yang diberikan," ujarnya.

Sidek yang banyak berlakon dalam drama-drama televisyen tempatan sebelum ini pernah menerima rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh dekat sini tetapi pihak doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana ia berisiko  tinggi.

Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru.

Khairy: Kalau nak bodek Najib pun biar bermutu

MSO


Najib Razak sudah semestinya mahukan kedatangan Barack Obama ke negara "tigatujuhkosong" beberapa hari lepas mengharapkan sesuatu kesan besar ke atas pentadbirannya. Paling diharap ialah Obama memuji transformasi dilakukan sebaik mengambil alih pucuk pimpinan negara daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Najib bukan sahaja mengharapkan Obama memuji Malaysia "cekap" dalam mengendalikan pencarian MH370 kosong, (yang tidak diketamui hatta bayang sampai kini) tetapi jauh dari itu.

Najib mahukan presiden Amerika itu mengatakan, wah Malaysia kini sedang mengorak langkah ke depan dan bakal menjadi pemancu ekonomi Asean. Atau pun lebih istimewa lagi kalau Obama mengatakan Malaysia menjadi negara Islam moden contoh dengan pendekatan "wasatiyyah"nya.

Ataupun apabila membawa Obama ke Cyberjaya, Obama akan memuji Malaysia sudah setanding dengan negara-negara pemacu IT lain seperti Korea, China dan India.

Dalam masa sama, Najib tentulah mengharapkan Obama akan memberi tahu dunia Malaysia negara "tigatujuhkosong" aman, mengamalkan dasar ekonomi liberal dan terbuka. Tetapi sayangnya, semua itu tidak disentuh secara terbuka oleh Obama. Apa yang Obama sebutkan dengan penuh diplomasi tetapi bernada sindiran, kalau Malaysia mahu maju hendaklah bersikap adil kepada semua masyarakatnya.

Memahami apa yang disinggung Obama itu bahawa diskriminasi, prejudis kepada kaum lain masih berlaku di Malaysia. Penekanan menerusi agama kononnya hendak menjaga kesucian agama Islam sehinggakan kalimah Allah tidak boleh dipakai, kecaman kepada kegiatan agama lain masih diteruskan. Dalam kepala bulat Obama Malaysia (Umno) masih tidak adil.

Obama langsung tidak mengulas fasal transformasi Najib, pendekatan politik demokratik, pembangunan belia dan juga slogan "wastiyyah" yang mengganti Islam Hadhari. Ertinya apa yang dilakukan Najib itu tidak pernah tercampak ke dalam pemikiran presiden Amerika Syarikat. Dan menteri beliai dan suka yang diwar-warkan bijak, masih bertaraf habuk gergaji lagi.

Pendeknya tidak ada sesuatu yang istimewa dari Obama kepada Najib Razak dan pentadbirannya. Boleh jadi juga kenapa Obama tidak membawa isterinya, kerana tidak mahu yang bergelabut dengan Rosmah Mansor. Boleh jadi juga Obama hendak memberi tahu Rosmah Mansor seorang isteri tidak perlu membuntuti belakang suami ke mana sahaja suami pergi, sesekali elok bersenam menguruskan badan di rumah.

Bagaimana pun bagi pembodek Najib melihat kedatangan Obama itu memberi signifiken tertentu kepada Najib. Misalnya Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang baru berpeluang merasai menaiki kereta dipandu driver setelah beliau menjadi menteri, memuji Najib dan Obama dengan mengatakan Najib serasi dengan Obama.

Serasi apa? Minuam air sama sejenis? Dari juring mana Khairy melihat keserasian mereka berdua itu tidak pula dijealaskan. Apakah keseraisan dari segi "saiz"? Anu mereka sama panjang atau pendek. Janganlah bercakap tanpa ada huraian. Kalau hendak bodek bos pun biarlah berfakta dan jangan ajak orang lain sama "cukur bulu betis". Sekurang-kurang Khiry menyebut persamaan dari segi hobby mereka kalau pun bukan mengenai falsafah motto pentadbiran.

Tahulah tahap diplomasi Obama cukup tinggi sehinggakan dia marah pun mulutnya kelihatan seperti tersenyum.

Menyebut tanpa penghuraian bentuk keserasian itu menjelaskan setinggi mana tahap bodek dan junjung bos oleh Khairy.

Untuk Khairy sendiri tidak banyak pelajaran atau pun pengalaman yang dapat dikutip sepanjang kedatangan Obama itu. Selain daripada diberi tugas menjadi dayang, (bukan gundik) atau "jong kaka" kata orang Kelantan kepada Obama, Khiry sempat mengintai yang Obama tidak suka kepada buah durian Malaysia tetapi suka kepada durian Indonesia. Itu sahaja. Khiray patut faham kenapa Obama tolak durian Malaysia setelah dia pernah makan durian di Indonesia?

Pelajaran lain nampaknya tidak dikutip oleh Khairy kerana kalau dia sudah dapat memanfaatkan "kehebatan" Obama itu sudah tentu dia akan menceritakan. Kalau setakat bagi tahu yang Obama suka makan nasi goreng dengan ayam kampung, apa gunannya. Samalah seperti saya katakan kedatangan Obama itu laksanakan kehadiran maharaja laut dengan jong dan kapal yang dikerumuni rakyat jelata kerana belum pernah melihatnya. Jadi standard Khairy dalam soal ini samalah dengan budak itam di kampung sahaja.

Saya percaya cerita kenderaan Obama (Bluefin-2) cara Obama suap nasi goreng atau berlari ke tandas akan menjadi buah mulut dan cerita-cerita dibawa Khairy ke dalam majlis pemuda Umno dan golongan belia di negara ini. Begitulah bangsa yang separuh masak akan muda teruja kepada taukeh mereka, hatta cara mereka buang najis juga kalau dilihat akan jadi satu kebangaan.

MCA membisu mengenai PRK Bukit Gelugor

PRK


KUALA LUMPUR - MCA masih membisu berhubung dengan keputusannya sama ada bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor bulan depan.

Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata walaupun Bukit Gelugor merupakan kawasan tradisi MCA tetapi parti itu belum membuat keputusan sama ada bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Kami telah berbincang mengenainya dalam mesyuarat (hari ini). Hasil mesyuarat akan dibincangkan dengan Pengerusi Barisan Nasional (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kami akan memaklumkan kepada media mengenainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden parti di Wisma MCA di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Mei ini sebagai hari mengundi pilihan raya kecil Bukit Gelugor selepas Ahli Parlimen kawasan itu Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei manakala pengundian awal pada 21 Mei.

Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum tahun lepas dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi.

Mengenai hudud, Tiong Lai menggesa DAP dan PKR supaya menjelaskan pendirian mereka berhubung keputusan Pas untuk membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai perkara itu di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata MCA akan melancarkan kempen transformasi parti bertema 'Bersatu Lebih Teguh' pada 9.30 pagi Sabtu ini di Universiti Tunku Abdul Rahman, Setapak.

Beliau berkata kempen itu yang akan dilancar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan menyatukan anggota parti dan masyarakat Cina di negara ini. - Bernama

APFT Siasat Punca Pesawatnya Terhempas Di Kota Bharu

MSTAR ONLINE


Pesawat ringan yang terhempas di Taman Kurnia Jaya dekat Kota Bharu pada Isnin.
 
 
KOTA BHARU: Asia Pacific Flight Training (APFT) Sdn Bhd sedang menyiasat punca kejadian sebuah pesawat ringan miliknya Piper PA-28-161 terhempas di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa di sini, Isnin.

Pengetuanya, Kapten Mohd Shahrin Abu Hassan berkata, setakat ini belum terdapat sebarang perkembangan.

"Namun kita percaya pesawat itu mempunyai masalah enjin," katanya kepada Bernama.

Pesawat dilapor terhempas kira-kira 12.30 tengah hari menyebabkan juruterbang pelatih M. Shankar, 20, cedera di kaki dan kepala dan masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Juruterbang dilapor mempunyai pengalaman mengendalikan pesawat secara solo.

Pas, Umno perlu segera capai kata sepakat


Mohammad Kazim Elias Mohammad Kazim Elias


KUALA LUMPUR - Dua parti Melayu Islam terbesar di negara ini, Pas dan Umno perlu segera mencapai kata sepakat dalam usaha memastikan hukum hudud dapat dilaksanakan demi kepentingan masyarakat, ummah dan Islam.

Pendakwah, Ustaz Kazim Elias berkata, hukum hudud merupakan peraturan ALLAH dan tiada siapa yang boleh membantah pelaksanaannya.

"Kalau kita tengok kepada kadar jenayah dan masalah sosial, sudah tiba masanya hudud dilaksanakan hanya dengan hukum ini dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan isu.

"Saya berharap jika kita tidak boleh laksanakan keseluruhan hukum hudud sekalipun, mungkin dapat laksanakan satu atau dua dahulu hukum tersebut," katanya selepas perasmian buku beliau, Cukup Hanya ALLAH di pusat pameran Kumpulan Media Karangkraf, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Katanya, beliau mengharapkan pemimpin Umno dan PKR yang beragama Islam dapat menyokong  usaha Pas untuk membentangkan undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

"Kalau boleh, buat masa sekarang kita berusaha untuk ke arah itu dengan mengetepikan perbezaan politik," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya menjangkakan hudud dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari depan, jika Kerajaan Persekutuan membenarkan rang undang-undang persendirian dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.

Nik Aziz terima cadangan Umno


Nik Aziz terima cadangan Umno Asyraf Wajdi bertemu Nik Aziz di pejabat Mursyidul Am Pas itu di Institut Pemikiran Tok Guru, semalam. - Foto Sinar Harian Oleh: KHIRU SHALEH ABDULLAH


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan Umno untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal hudud di peringkat kebangsaan bagi membolehkan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 lebih difahami sebelum usul itu dibawa ke Parlimen.

Beliau bagaimanapun, enggan campur tangan dalam urusan teknikal, walaupun mengakui pelaksanaannya perlu kepada jawatankuasa teknikal.

“Masalah teknikal bukan kerja saya, saya hanya sebut masalah dasar, bagaimana dasar ini hendak dilaksanakan, ia perlu kepada teknikal.

“Saya tidak suka masuk campur dalam urusan teknikal, terserah kepada pihak berkenaan tapi saya menyambut baik cadangan itu, saya gembira kerana hudud yang dulunya ditentang, kini diterima,” katanya mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung cadangan Umno mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan.

Menunggu saat masuk ke bilik harta


Menunggu saat masuk ke bilik harta Sebahagian lubang yang berjaya ditebuk sedalam sehingga tujuh meter.
 

USAHA pencarian harta karun yang dilakukan di Pulau Nangka bermula dengan projek kajian  sejarah dan eksplorasi pada 1995 yang dilaksanakan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Ia dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketekunan sehingga berterusan sehingga kini.

Peringkat awal ia dijalankan secara senyap tanpa diketahui oleh masyarakat luar meskipun umumnya  mengetahui berkemungkinan wujudnya harta karun bernilai berbilion ringgit di pulau berkenaan.

Sebelum itu, beberapa usaha dijalankan baik individu atau berkumpulan untuk mengesan apa yang dikatakan sebagai harta karun itu.

Sehinggalah usaha itu dijalankan sebuah syarikat, Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang bermula pada Julai 2012.

Ketika itu, syarikat terbabit dengan kakitangan seramai 25 orang menjalankan penyelidikan dan kajian kesan sejarah secara formal di pulau berkenaan dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Kajian dijalankan selama tiga bulan itu berjaya menemui beberapa kesan dan tanda mengenai wujudnya penempatan serta bukti Pulau Nangka sebagai pusat penyebaran Islam serta himpunan para wali Nusantara.

Antara buktinya adalah penemuan, batu berukir bulan sabit dengan tertera kalimah ‘ALLAH' peta Pulau Nangka dan kalimah Muhammad bin Abdullah.

Tambah menarik apabila, beberapa batu berbentuk orang sedang bersolat, duduk antara dua sujud, batu berbentuk jari yang sedang melakukan gerak kalimah syahadah serta beberapa penemuan lain termasuk objek yang didakwa sebagai kubur lama.

Setelah itu, syarikat sama juga menjalankan kajian geoteknikal yang membabitkan beberapa fasa ke atas pulau itu.

Selama enam bulan, dengan melakukan teknik imbasan bumi mereka berjaya mengetengahkan beberapa bukti termasuk wujudnya bilik seperti gua serta mengesan sembilan pintu masuk.

Namun, semua bilik itu sukar ditembusi atas beberapa faktor termasuk runtuhan tanah serta hakisan semulajadi selepas mengalami proses selama lebih 500 tahun.

Pada Mei 2013, Smart Partnership yang diketua, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said selaku pengarah urusan mula menjalankan kerja penggalian serta penebukan.

Namun, selama sebulan setengah pihak terbabit berdepan kesukaran dengan keadaan batuan yang begitu keras biarpun pada permulaannya mengali struktur tanah lembut.

Selepas itu, mereka beberapa kali melakukan ulangan teknik imbasan bumi bagi mendapatkan pengesahan akan kewujudan bilik-bilik serta artifak di kawasan berkenaan.

Pada Februari 2014, bermulalah kerja-kerja mencari dengan secara lebih agresif apabila syarikat terbabit mula menempatkan sekumpulan kakitangan untuk melakukan beberapa teknik serta kaedah termasuk teknologi moden dan spiritual.

Selain itu, kerja-kerja pemecahan batu dijalankan dengan melakukan ujian kedalaman bagi mendapatkan kepastian sama ada ia bertepatan dengan hasil ujian imbasan.

Ternyata, keputusan positif sekali gus menambahkan lagi keyakinan pasukan mencari serta kerajaan negeri yang kemudiannya memutuskan ia dihebahkan kepada umum.

Sebelum tarikh penamat iaitu 30 April (hari ini) syarikat itu berjaya mengenal pasti apa yang didakwa sebagai pintu masuk.

Ia termasuk satu pintu yang dikatakan menerusi jalan air namun mereka berdepan kesukaran apabila kesemua pintu dipenuhi lumpur serta pasir-pasir yang berketebalan sehingga lima meter.

Kerja-kerja terpaksa dijalankan secara berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini termasuk mengorbankan nyawa.

Akhirnya kaedah menebuk batuan dilihat sebagai langkah terbaik dan paling selamat dan usaha itu  hampir berjaya.

Menjelang hari terakhir, hari ini, syarikat terbabit yakin dapat menghasilkan hasil serta laporan  yang positif sekali gus membawa kepada penemuan harta karun berkenaan.

Namun, benarkah pencarian itu berhasil? Dapatkah mereka tembus ke kawasan tersimpannya harta karun tersebut menerusi jalan air Segalanya terjawab hari ini...

Najib diam, Zahid berani tegur Obama


 

MALAYSIAKINI


Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menyanjung naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid yang menurutnya berani menegur presiden AS Barack Obama kerana mengeluarkan kenyataan didakwa mencampuri urusan dalaman Malaysia.

A Kadir turut menyelar Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya berdiam diri apabila Obama membangkitkan perkara itu dalam satu sesi forum bersama kumpulan siswa dari Asia Tenggara di Universiti Malaya, Ahad lalu.

Obama ketika menjawab satu soalan di program tersebut antara lainnya berkata ada ketikanya golongan bukan Islam di Malaysia mendapati diri mereka kekurangan atau menghadapi permusuhan.

"Malaysia tidak akan berjaya sekiranya bukan Islam tidak mempunyai peluang sama seperti yang lain," kata Obama.

Obama menjawab soalan dari wakil Myanmar yang meminta nasihat beliau mengenai bagaimana cara pemimpin muda menangani masalah kepelbagaian masyarakat dalam rantau Asean.

A Kadir berkata, kenyataan Obama itu adalah perbuatan “mengenakan sumpah” ke atas Malaysia melalui tindakan “masuk campur dan menimbulkan provokasi” ke atas hal dalaman Malaysia itu.

“Syabas Dr Ahmad Zahid. Tidak sia-sia perwakilan Umno memilih anda sebagai naib presiden paling popular dalam pemilihan Umno baru lalu.

“Alhamdulillah masih ada pemuka Umno yang tidak dijangkiti sindrom koro,” katanya dalam tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com.

Wartawan veteran itu seterusnya berkata, kenyataan Obama itu lebih serius berbanding kenyataan bekas naib presiden AS Al Gore yang mengkritik pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

“Kalau Naib Presiden Al Gore, pada tahun 1998, sekadar memuji Anwar Ibrahim dan reformasi, Obama kali ini menuduh Malaysia menganaktirikan kaum minoriti dan orang bukan Islam.

“Kalaulah benar apa yang dilaporkan itu, tidakkah tindakan Obama itu berupa satu bentuk provokasi halus yang sangat mendalam dan meluas implikasi tersiratnya?...

Gembira dapat berkereta?

“Secara tidak langsung, Obama melantik diri beliau sebagai jurucakap rakyat Malaysia yang mengacum kepada beliau kononnya mereka dengan dahsyat sekali didiskriminasi oleh orang Melayu dan orang Islam,” katanya.

Tanpa menyebut nama Najib, beliau turut bertanya sekiranya isu tersebut akan dibiarkan begitu sahaja oleh golongan Melayu dan Islam kerana layanan Obama terhadap perdana menteri itu.

“Soalnya, adakah orang Melayu dan Islam hendak berdiam diri terhadap campur tangan Obama itu semata-mata kerana ada orang yang sangat gembira dapat berkereta dengan beliau atau beliau membisikkan puji-pujian ke telinga orang itu?,” soalnya.

Beliau mempersoalkan kewajaran Obama membangkitkan perkara itu kerana terdapat begitu banyak rumah ibadat bukan Islam di Malaysia.

“Apakah kaum minoriti dan orang bukan Islam di negara ini ditindas, tidak dibenarkan beribadat dan hidup papa kedana?

“Apa ceritanya dengan gereja yang berpuluh di Brickfields, Jalan Gasing dan Sentul? Apa halnya dengan kuil Hindu di merata simpang jalan, bawah pokok besar dan gua itu?

“Apa ceritanya kuil Buddha dan wat Siam, Gundwara Sikh dan tokong Cina di merata pelosok tanah air? Dan siapa yang menguasai ekonomi?,” katanya.

Merujuk kepada golongan Kristian, A Kadir seterunya membangkitkan mengenai isu penggunaan kalimah Allah dan kontroversi yang timbul daripada isu tersebut.

“Siapakah yang ditindas dan berasa tertekan? Siapa yang membuka kotak pandora dengan menuntut agar mereka juga dibenarkan mengguna kalimah Allah?," katanya.

Tindak bertindak dengan kuasa 'datuk'

MALAYSIAKINI


 


Tindak Malaysia, sebuah gerakan bagi mengasak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkan peta pilihan raya yang adil dan bersih, menjana momentum melalui sekutu baru.

Pengasasnya PY Wong berkata, beliau dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam dan CEO Pergerakan Moderat Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah akan melancarkan usaha baru mempertemukan SPR dengan NGO berkaitan.

“Kerajaan akan dengar pada kamu jika kamu ada salah satu daripada dua perkara – wang banyak atau kuasa.

“Kami akan bergantung kepada pengaruh datuk bagi memujuk SPR bahawa kita serius dan mahukan sebuah negara yang adil,” katanya kepada pemberita di pejabat GMM di Kuala Lumpur.

Wong berkata, selepas dua tahun menghabiskan masa melakar peta pilihan raya lebih adil, fokus kini untuk membuatkan SPR mendengarnya.

ISMA: Jangan biar kafir tentukan hudud

MALAYSIAKINI



 


Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman mengingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan orang bukan Islam menentukan masa depan agenda negara Islam termasuk berkaitan hudud.

Menurutnya lagi, umat Islam perlu menentukan masa depan negara Islamnya sendiri berdasarkan inspirasi, kepercayaan dan akidah mereka, lapor laman rasmi NGO itu.

"Sikap orang kafir yang lantang menentang hudud adalah satu tindakan di luar batas hak mereka," katanya seperti dilapor laman itu.

"Mereka tidak boleh memainkan peranan negatif sama ada menentang atau menghalang cita-cita yang boleh mengangkat kedudukan Islam dan orang Islam di Malaysia,”katanya lagi.

Beliau mengulas kelantangan bukan Islam menentang hukum hudud seperti yang dicadangkan oleh kerajaan PAS Kelantan.

Dalam laporan itu juga, Abdullah berkata sikap cuba menghalang cita-cita umat Islam bercanggah dengan semangat setiakawan dan semangat keharmonian sebagai satu komuniti yang majoritinya umat Islam.

Sehingga hari ini, katanya, belum ada pihak bukan Islam yang menyokong cadangan kerajaan PAS Kelantan malah mereka semua bersepakat menolak cadangan itu.

Selasa, 29 April 2014

Polis tak boleh halang Hari Pekerja 1 Mei



Oleh NYZA AYOB 


KUALA LUMPUR: Polis tidak boleh menggunakan Akta Perhimpunan Aman (PAA) untuk bertindak terhadap Perhimpunan Bantah GST pada 1 Mei di Kuala Lumpur kerana hari itu ialah Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar.

Beliau mahu pihak polis berlaku adil dan mementingkan keharmonian dan mengikut perkembangan ma sa serta melihat peranan mereka menjaga sistem demokrasi di negara ini.

Mengulas kenyataan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad bahawa perhimpunan anjuran NGO dan Pakatan Rakyat itu, adalah haram di sisi undang-undang, Mahfuz me negaskan, polis tidak bo leh menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk menghentikan perhimpunan tersebut kerana Hari Pekerja disambut di seluruh dunia pada 1 Mei itu.

“Jadi tidak ada sebab untuk kerajaan, polis atau DBKL menjadikan perhimpunan ini sebagai satu ma salah besar kepada mere ka. Perhimpunan tersebut ada lah perhimpunan aman.

“Sama seperti kita pergi ke pekan, pergi tengok bola atau pergi sembahyang Jumaat.

Semuanya berlaku de ngan aman,” katanya.

Sementara itu, Bersih mengulangi hasratnya untuk berhimpun semasa perhimpunan 1 Mei pada jam 2 petang berhampiran KLCC, dan kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka.

Dalam perkembangan lain, Mahfuz menyifatkan tindakan sekumpulan kecil NGO Umno di sebuah negeri membuat laporan polis membantah himpunan ini, menggambarkan masih terdapat golongan yang berfikiran mundur dan tidak melihat kepentingan semua pihak untuk jangka masa panjang kesan pelaksanaan GST ini.

Pemilihan PKR 2014: Siapa Anwar restu gandingi Wan Azizah?

Post Pic
   
Oleh Abdul Rahman Malik
 
 
[ULASAN] Rasa-rasanya tiada pihak yang akan terkejut dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri dari persaingan menentang isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan presiden PKR.
 
Langkah ini memang sudah dijangka kerana tujuan asal beliau mencalonkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan sudahpun tercapai. 
 
Anwar telah berjaya memastikan Wan Azizah kekal presiden sekiranya beliau dipenjarakan.
 
Jika Wan Azizah menjadi presiden bererti Anwar masih boleh mencampuri dan mengarahkan halatuju PKR walaupun beliau mungkin berbuat demikian dari belakang tirai besi.
 
Yang dibimbangi Anwar sebelum ini ialah, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mencalonkan dirinya untuk jawatan presiden. Jika bersaing dengan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor itu, kemungkinan Wan Azizah kalah, adalah agak besar. 
 
Namun dengan meletakkan dirinya sebagai seorang pencabar jawatan presiden itu, Anwar telah mematahkan kebarangkalian Azmin menyaingi Wan Azizah demi rasa hormat pada Anwar. 
 
Fasa kedua Anwar mahu atur senarai ahli kabinet PKR
 
Kini Anwar akan memasuki fasa kedua program “mengatur” kabinetnya dalam PKR -- siapa di antara tiga calon jawatan Timbalan Presiden yang mendapat restunya?
 
Gerak ini perlu dilakukan oleh Anwar kerana setelah berjaya meletakkan Wan Azizah sebagai presiden, beliau perlu memastikan timbalan isterinya itu adalah seseorang yang memang boleh bekerjasama dengannya. 
 
Yang jelasnya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, terbukti tidak begitu “mesra parti”. Bagaimana pula beliau akan boleh bekerjasama dengan Wan Azizah untuk terus membangun parti?
 
Sungguhpun Wan Azizah mungkin presiden parti, tetapi dalam urusan kerajaan negeri isteri Anwar itu adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang “patut mendengar arahan dan cakap Khalid”.
 
Suka tidak suka Anwar terpaksa mengakui bahawa keadaan Wan Azizah tentu kurang selesa jika digandingkan dengan Khalid sebagai timbalannya. Garis pemisah dalam soal kerahsiaan dan silang kepentingan kerajaan dan parti akan menjadi kabur.
 
Sebelum ini pun Khalid amat sensitif menyatakan bahawa dasar parti adalah tidak sama dengan dasar kerajaan negeri. Ini dipandang serong oleh ramai pemimpin PKR yang menafsirkannya sebagai cermin ego Khalid yang terlalu besar dan menjengkelkan.
 
Ledakan ego Khalid ini berlaku ketika Anwar dalam keadaan “bebas” dan tegap sebagai Ketua Umum PKR walaupun Khalid sendiri tiada jawatan dalam parti. Sudah tentu buruk padahnya kedudukan Wan Azizah jika mendapat Khalid sebagai Timbalannya. 
 
Sudah tentu Anwar akan berusaha mengelak keadaan sedemikian daripada berlaku. Ini belum mengambil kira bahawa pemimpin dan ahli parti yang memang kurang gemar kepada cara politik Khalid akan melayan persepsi yang mentautkan imej parti dan kerajaan negeri sebagai sama sahaja kurang “elok” di mata politik mereka.
 
Lantas, adalah satu risiko yang besar juga jika Wan Azizah digandingkan dengan Khalid dalam memimpin parti. 
 
Antara Azmin Ali dan Saifuddin Nasution, yang mana pilihan Anwar?
 
Pilihan Anwar yang tinggal ialah di antara Azmin atau Saifuddin. Jika Azmin menang, sudah pasti tiada banyak pembaharuan yang akan berlaku kerana Azmin sudahpun menjadi Timbalan kepada Wan Azizah sejak tahun 2010 lagi. 
 
Bagaimanapun Azmin pasti akan mengubah persepsinya sedikit terhadap Saifuddin. Dari cara Saifuddin mengelolakan kempennya secara rapi dan bersungguh-sungguh bersama Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli, tentu tidak sukar untuk Azmin merumuskan bahawa mereka adalah pencabar yang serius. 
 
Jika menang sekalipun, Azmin sudah pasti menjadi Timbalan yang lebih berhati-hati kerana mengetahui presiden berkemungkinan besar akan melangkaui keperluan untuk bermusyuwarah dengannya kerana lebih selesa berunding dengan anaknya sendiri (Nurul Izzah) dan Rafizi seorang pemuda yang cerdik dan cukup taat kepada Anwar. 
 
Jika beliau kekal Timbalan Presiden, sudah tentu sukar untuk Azmin “mempercayai” Saifuddin untuk terus kekal Setiausaha Agung parti. Di sini mungkin bermula keretakan hubungannya dengan presiden.
 
Azmin mungkin mudah berasa tersisih. Rekod hubungannya dengan Anwar terlalu akrab dan banyak kalanya Azmin akan cepat “merajuk” dan menjauhkan diri jika tidak mendapat perhatian Anwar mahupun Presiden. 
 
Menjelang pilihan raya umum lalu, Azmin kerap bersilang pendapat dengan Anwar dalam persiapan, terutama pemilihan calon. Hal ini kerap membuat Anwar kurang senang dengan sikap “manja” Azmin. 
 
Fokus Anwar kini pada Saifuddin, selepas Azmin tercicir dari senarai
 
Maka tinggallah Saifuddin sebagai pilihan terakhir bagi Anwar. Beliau seorang yang taat dan cermat menyusun gerak kerja dan kata-kata. Sebab itu, Anwar sering mengutusnya untuk menyampaikan mesej kepada ahli, pemimpin PKR dan juga pemimpin Pakatan Rakyat lain. 
 
Ketaatan begini sukar dicari. Sebab itu sukar pula bagi kem Azmin untuk mempercayai bahawa Saifuddin membuat keputusannya sendiri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden tanpa dorongan Anwar. 
 
Di samping itu, dalam program menonjolkan pemimpin-pemimpin muda PKR, Saifuddin “memimpin” anak Anwar, Nurul Izzah, dan seorang lagi pemimpin berpotensi besar yang dididik oleh Anwar sendiri, Rafizi Ramli.
 
Ini adalah isyarat jelas bahawa kumpulan Saifuddin ini lebih dekat di hati Anwar. Mana mungkin Anwar mahu kem anaknya dan anak didiknya kecundang atau berketuakan pemimpin lain yang mahu mereka saingi seperti Azmin.
 
Saifuddin sendiri mengaku bahawa beliau dan dua pengapitnya itu menawarkan diri bertanding sebagai satu pasukan untuk “mencantas” sindrom bermusuhan yang ditaja oleh Khalid dan Azmin daripada menjadi barah dalam parti. 
 
Apapun Anwar sudah menzahirkan sebahagian skrip “paluan berundurnya” ke penjara. Kini tinggal beberapa dialog politik yang perlu dilafazkannya untuk beliau memberi “restu” pada kumpulan mana yang akan menjadi pengiring isterinya memimpin empayar PKRnya. 
 
Yang patut bersedia ialah Umno. Ini kerana pada sambutan ulangtahun ke 68 tahunnya pada 11 Mei 2014, PKR akan menampilkan pasukan barunya untuk menghadapi Umno dalam pilihanraya umum ke-14; tidak kira sama ada Anwar di dalam atau luar penjara.

Berhimpun lawan kebobrokan Najib


Oleh MOHD ARIF JUHANI

SEKIRANYA masih ada dalam kalangan kita yang ragu-ragu untuk menyertai Himpunan 1 Mei nanti dengan persepsi bahawa tindakan itu tetap tidak akan menghalang kerakusan rejim Umno-BN ‘merompak’ rakyat, maka fikirkan sekali lagi.

Himpunan Bersih pada 10 November 2007 bagi menuntut proses pilihan raya yang adil dan bersih menjadi antara faktor penting tumbangnya rejim Umno-BN di beberapa buah negeri selain majoriti dua pertiga di Parlimen dinafikan.

Kemudian, Himpunan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur dengan objektif menyerahkan memorandum pemansuhan akta zalim itu kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menyaksikan pemerintah terpaksa akur.

Itu hanyalah dua contoh biasa yang membuktikan bahawa himpunan yang dilakukan dengan penyertaan yang besar oleh rakyat mampu mengubah pendirian kerajaan walaupun pada masa yang sama media massanya, ahli akademik pro-Umno-BN dan para menteri sebelum itu menyokong segala tindakan kerajaan.

Ketika rakyat sudah semakin matang menunjukkan rasa tidak puas hatinya melalui himpunan di jalan raya, pihak yang berkecenderungan kepada Umno-BN juga mengambil kaedah yang sama tetapi dengan tindakan yang cukup menggelikan hati dan memalukan.

Pastinya rakyat masih belum lupa aksi lucah sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang mengadakan ‘senaman punggung’ di hadapan kediaman Dato’ S Ambiga pada Berhimpun lawan kebobrokan Najib 15 Mei 2012.

Presidennya, Mohd Ali Baharom yang sering muncul dalam media bagi membela isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa senaman keji itu adalah bantahan terhadap Himpunan Bersih 3.0.


Tidak cukup dengan itu, pada Februari lalu, sekumpulan NGO yang mendakwa dari ‘Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia’ pula bertindak zalim dengan menyembelih empat ekor ayam sebelum melumur darah tersebut ke atas kain rentang yang tertera wajah pimpinan DAP dan KeADILan kerana marah apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dijadikan lawak jenaka dalam isu ‘kangkung’ turun harga.

Terbaharu, adalah aksi Najib pada 20 April lalu yang mengetuai larian sejauh tiga kilometer bersama 3,000 orang kononnya sebagai komitmen membanteras rasuah yang dianjurkan parti Gerakan.
Umumnya, masyarakat masih belum mampu memahami bagaimana acara larian itu mempunyai kaitannya dengan jenayah rasuah.

Walaupun dianggap sebagai simbolik semata-mata tetapi kaedah itu memang cukup menggelikan hati.

Namun begitu, tidakkah selepas kita meneliti semua aksi menjengkelkan dari Umno-BN ini, jelas mereka pun bersetuju bahawa jalan raya atau ruang awam adalah kawasan paling sesuai untuk menunjuk rasa baik secara positif atau negatif walaupun sebelum ini Najib jugalah yang berhujah kononnya demonstrasi bukan budaya kita.

Sebenarnya, tidak ada negara dalam dunia yang boleh menafikan bahawa himpunan di jalan raya memang cara paling sesuai untuk rakyat dengan hanya bertangan kosong mengajar kebobrokan dasar kerajaan yang menindas golongan marhaen.

Catatan sejarah, walau di mana juga, memang meletakkan himpunan atau demonstrasi sebagai budaya dan tradisi paling popular untuk golongan mustadh’afin melakukan kebangkitan menentang rejim pemerintah atau golongan pemodal dan ternyata kebanyakannya mencapai kemenangan.

Revolusi rakyat Sejarah Eropah turut mencatatkan bagaimana revolusi rakyat yang terbentuk akibat penindasan oleh golongan Borjouis melebar ke banyak wilayah sehingga memberikan kesan besar bukan sahaja terhadap Eropah tetapi juga peradaban moden.

Dalam tahun ini pula, secara terpinggir, tradisi ini terus dipamerkan oleh rakyat Brazil yang membantah tindakan kerajaannya yang menjadi penganjur Piala Dunia pada Julai nanti dengan alasan begitu banyak perbendaharaan negara dihabiskan sehingga memberi kesan terhadap kesihatan awam, pendidikan dan pengangkutan.

Kadang-kadang ada dalam kalangan kita berhujah bahawa kebangkitan sukar berlaku dalam kalangan orang Melayu kerana kuat dikuasai oleh sikap budi dan santunnya yang tebal sehingga ada pimpinan Pakatan Rakyat yang bingung mencari idea untuk memastikan bangsa ini mampu bangkit.

Jika ini isunya, apa yang berlaku di Indonesia mungkin boleh dijadikan cerminan bahawa orang Melayu masih mampu bangkit mencipta sejarah dan membentuk masa depan negara dan bangsa yang lebih baik.

Gerakan Reformasi di Indonesia pada 1998 berjaya menumbangkan diktator Soeharto sebagai presiden dan kesannya, negara republik itu sekarang menjadi salah sebuah negara ASEAN yang cukup disegani dunia selain mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan.

Jika ada yang mengatakan orang Melayu sebenarnya masih malu-malu untuk menumbangkan kerajaan, apakah bangsa di Indonesia itu bukan sama jenisnya dengan kita di Malaysia? Masalah selepas demonstrasi memang tetap berlaku tetapi itu adalah sebuah proses kepada struktur pentadbiran yang lebih baik.

Dengan kemampuan rakyat untuk bangkit berdemonstrasi, bukan sahaja pemerintah menjadi patuh dengan suara keramat rakyat, bahkan lebih banyak manfaat boleh dipulangkan semula kepada rakyat kerana kerajaan semakin sedar bahawa rakyat adalah tuan dalam negara ini.

Hakikatnya, bangsa Melayu khususnya bukanlah terlalu lemah untuk disedarkan tetapi propaganda Umno-BN melalui jentera medianya menyebabkan golongan ini sukar untuk membentuk pandangan yang lebih kukuh apatah lagi dengan tingkat pendapatan yang sederhana sahaja sifatnya, mereka bukanlah penyumbang utama cukai kepada negara.

Mungkin inilah sebabnya mereka kurang merasai denyut kesusahan yang terpaksa rakyat tanggung selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada tahun hadapan.

Berbeza pula dengan sikap bangsa Cina, seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang menjelaskan bahawa bangsa ini mempunyai pandangan yang jelas terhadap GST.

Hal ini kerana sebagai bangsa yang berniaga dan penyumbang besar kepada cukai negara, mereka cukup teliti terhadap setiap berita ketirisan, rasuah dan penyelewengan kuasa dan wang rakyat dalam Laporan Audit Negara.

Nampaknya masa sudah semakin singkat untuk kita bersama-sama menyatakan bantahan terhadap GST.

Momentum kebangkitan rakyat mesti diangkat semula, halatuju negara dan ‘peperangan’ terhadap dasar zalim rejim Umno-BN mesti dikumandangkan semula.

Bangkit, jadikan 1 Mei sebagai saksi keramat kuasa rakyat!