HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Oktober 2020

Guan Eng mahu PM bincang soal belanjawan bersama pembangkang

Wartawan MalaysiaGazette
MGF27082020_PC-GUAN-ENG07
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus memulakan proses perundingan Belanjawan 2021 dengan parti-parti pembangkang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perbincangan perlu merangkumi dasar kewangan untuk memastikan bahawa belanjawan memenuhi aspirasi Yang di-Pertuan Agong untuk mengatasi peningkatan terbaru jangkitan Covid-19 dan membantu ekonomi rakyat Malaysia.

“Tidak ada pihak yang dapat mempertikaikan bahawa lebih banyak dana harus diperuntukkan untuk barisan depan negara yang sedang memerangi gelombang ketiga jangkitan Covid-19 ini.

“Bagaimanapun, bantuan kewangan untuk membantu sektor ekonomi negara dapat membantu menyusun belanjawan perpaduan yang menyatukan semua rakyat Malaysia.

“Belanjawan perpaduan tersebut mesti dengan jelas dan tegas menyediakan perisai ekonomi COVID-19 berjumlah RM31.4 bilion untuk menyelamatkan pekerjaan dan mata pencarian serta perniagaan yang menghadapi penutupan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng, penguncupan KDNK 17.1% pada suku kedua tahun ini berserta kenyataan oleh Menteri Sumber Manusia bahawa satu juta rakyat Malaysia dijangka menganggur menjelang September 2020 telah menunjukkan krisis ekonomi yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia golongan pekerja.

Perisai ekonomi Belanjawan Perpaduan 2021 akan menelan belanja RM31.4 bilion yang terdiri daripada langkah tiga serampang iaitu bantuan kebajikan bulanan RM1,000 termasuk kepada mereka yang menganggur, lanjutan automatik moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama 6 bulan lagi serta insentif pengambilan pekerja untuk majikan dan pekerja, kata bekas Menteri Kewangan itu lagi.

“RM31.4 bilion ini tidak begitu besar berbanding dengan pakej RM305 bilion di bawah KitaPrihatin, yang nampaknya tidak memberikan impak yang diinginkan untuk menghidupkan semula ekonomi.

“Pertama di bawah perisai ekonomi belanjawan perpaduan, perlu ada perlaksanaan segera kenaikan bantuan kebajikan bulanan daripada RM200-300 kepada RM1,000 seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri pada 30 Ogos 2020 di Sandakan, yang akan menelan belanja RM12 bilion. Ini akan menyediakan jaringan keselamatan segera bagi pekerja yang menganggur,” katanya.

Kedua, menurut Guan Eng, lanjutan moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama enam bulan lagi apabila ia tamat pada 30 September yang berjumlah RM6.4 bilion yang akan membantu lapan juta individu dan syarikat Malaysia.

Berbanding dengan lanjutan moratorium pinjaman bank dan bantuan bank bersasar selepas 30 September yang hanya membantu 1.4 juta peminjam.

“Ramai yang mengadu bahawa ini tidak memanfaatkan mereka, tetapi hanya menguntungkan institusi kewangan dengan sekadar memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman, dan justeru memerlukan pembayaran faedah yang lebih tinggi,” katanya.

Ketiga, menurut Guan Eng, insentif pengambilan pekerja untuk jangka masa dua tahun di bawah Malaysia Kerja iaitu RM500 sebulan kepada pekerja dan RM300 sebulan kepada majikan untuk mendorong mereka mengambil pekerja tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan dalam Belanjawan 2020.

“Pelebaran skim ini untuk merangkumi 600,000 pekerja Malaysia dan majikan mereka akan menelan belanja RM13 bilion. Ini juga akan membantu lebih 500,000 belia yang menganggur, yang merupakan sebahagian besar daripada kadar pengangguran 4.9 peratus.

“Untuk menyelamatkan dan mengeluarkan ekonomi kita daripada kemelesetan ekonomi sekarang, fokus kewangan kerajaan harus beralih daripada mengawal tahap hutang dan defisit fiskal negara, kepada meminjam lebih banyak wang.

“Obsesi untuk mengawal defisit negara untuk melindungi penarafan kredit negara perlu memberi laluan kepada strategi meminjam lebih banyak wang demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian rakyat Malaysia,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

SPR akan keluarkan SOP baharu pilihan raya dalam masa terdekat

MGF13102020_SIDANG-MEDIA-SPR_11
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh menunjukan peta kawasan Parlimen P.185 Batu Sapi pada sidang media Urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.185 Batu Sapi di Bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Putrajaya. foto ISKANDAR HAMIDI,

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menampilkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu berkaitan pilihan raya dalam masa terdekat selaras dengan peningkatan kes COVID-19 dalam negara sejak kebelakangan ini.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SOP itu turut akan mengambil kira tiga syor yang dikemukakan Kementerian Kesihatan, yakni tidak boleh merentas negeri; sempadan negeri atau daerah, tiada perhimpunan ramai bagi melaksanakan kempen; dan tiada lawatan dari rumah ke rumah.

“Kita sudah ada SOP yang baharu, nanti akan dimaklumkan. Pandangan yang baik juga kita akan timbang untuk diterima,” katanya kepada Bernama TV ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Ghani berkata terdapat beberapa penambahan baharu yang lebih ketat, yang akan dijelaskan nanti seperti kempen melalui media sosial.

Bagaimanapun, SOP sedia ada masih diguna pakai selaras dengan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya yang telah disediakan SPR.

Sebelum ini, SPR menetapkan beberapa garis panduan terbaru bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi yang akan diadakan pada 5 Dis ini.

Antaranya ialah tiada lagi kempen secara bersemuka; dan ziarah calon atau penyokong parti ke rumah-rumah serta tinjauan mesra tidak lagi dibenarkan.

Malah bagi penambahbaikan aktiviti berkempen, SPR mencadangkan calon atau parti hanya dibenarkan membuka satu bilik gerakan sahaja.

Semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mencadangkan sebarang pilihan raya tidak diadakan pada masa ini.

Bagaimanapun, memandangkan tiada kuasa yang boleh menghalang pilihan raya untuk dibatalkan, beliau mengesyorkan tiga prinsip diikuti sepenuhnya sebagai syarat sebelum sesuatu pilihan raya itu diadakan.— BERNAMA

PEMBERITAHUAN:

 BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT '

Penghinaan bukti kebencian dan sikap melampau

HARAKAH DAILY

TEMERLOH: Penghinaan ke atas Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu bukan perkara baharu tetapi ia semakin ketara secara berleluasa dan berani terjadi bermula era pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Ketua Muslimat PAS Negeri Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Noor berkata, ia menyerlahkan kebencian meluap-luap oleh pelaku, namun rakyat bertindak wajar membawa isu ini ke laporan pihak berkuasa.

Bidas beliau, penghinaan yang dibuat sememangnya amat melampau menggunakan lukisan, ucapan dan tulisan terutama di media sosial, selain dihadapkan juga dengan tuduhan, serta bercanggah Perlembagaan.

“Jangan lupa, dalam kontrak sosial salah satunya adalah semua kena menerima bahawa Ketua Negara adalah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Jangan terlupa juga kena menerima bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan.

“(Juga) bahasa Melayu adalah sebagai bahasa Kebangsaaan. Dan juga kita ada keistimewaan untuk Bumiputera dan juga orang Melayu. Juga adanya digazetkan Tanah Rizab Melayu,” kemukanya memberi ‘peringatan kepada mereka yang lupa’.

Beliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia berharap selain siasatan ke atas pelaku, mereka juga dikenakan tindakan hukuman berat agar tidak mengulangi dan menjadi pengajaran kepada orang lain.

“Sedar diri, supaya jangan dengan mudahnya mereka menimbulkan kebencian yang melampau-lampau kepada khususnya kepada Yang di-Pertuan Agong dan juga Raja-raja Melayu,” tegasnya memberi amaran.

Menyentuh mengenai isu penghinaan kepada Rasulullah S.A.W di peringkat antarabangsa, beliau turut menyatakan bahawa ia terjadi lantaran kebencian yang meluap terhadap Islam.

Tempelak beliau, pelaku mengulangi perbuatan sama melalui gambar atau lukisan karikatur secara kehinaan melampau dan memberikan pula pengiktirafan kepada pihak yang menimbulkan provokasi itu.

“Golongan ini sebenarnya mereka sampai kepada kemuncak nak tunjukkan bencinya kepada Islam. Mereka bukannya tak tahu sebenarnya Islam ini jalan yang benar, tapi kerana atas dasar benci yang melampau-lampau, mereka timbulkan berbagai tindakan.

“Dengan  lukisan, ucapan, tulisan untuk menimbulkan kemarahan kepada orang-orang Islam. Jadi kita serulah kepada mereka yang menimbulkan kebencian dan memusuhi Islam ini, kami sebagai orang Islam, kami tidak pernah menghina agama, pegangan yang lain.

“Kami sikap hormat kepercayaan orang lain. Jadi tolonglah janganlah sampai menimbulkan ketidaksabaran kami dengan tindakan-tindakan menghina Islam dan menghina Rasulullah S.A.W,” tegasnya.

Jelasnya, Islam tidak pernah menzalimi bangsa lain, bahkan membawa kesejahteraan dan mengajar penganutnya menghormati agama lain.

Beliau turut menyuarakan sokongan dibuat pelbagai negara dan umat Islam memboikot produk Perancis dan mengajak rakyat untuk memastikan mereka tidak membeli atau menggunakan produk negara itu. – HARAKAHDAILY

Muhyiddin terancam, PN ibarat telur di hujung tanduk

Sejak awal pembentukan kerajaan tebuk atap selepas langkah Sheraton, AMANAH Pulau Pinang sememangnya optimis kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan stabil.

Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad berpendapat kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri umpama telur di hujung tanduk apabila plan A untuk memartabatkan kerajaan darurat tidak menjadi realiti.

Menurutnya, jika tanpa sogokan jawatan melalui pelantikan kerusi Menteri, Timbalan Menteri mahu pun Pengerusi GLC dengan mudah PN boleh ditumbangkan.

Dalam kecelaruan dan ketidaktentuan politik tiba-tiba lahir idea luar kotak yang kurang cerdik bagi kerajaan PN mengisytiharkan darurat dengan alasan rapuh kes baharu Covid-19 yang mencanak tinggi serta pengucupan ekonomi yang membebankan kerajaan.

“AMANAH Pulau Pinang optimis isu sebenarnya adalah ancaman politik kepada Muhyiddin dan bukannya Covid-19 atau pun ekonomi sebagaimana yang didakwa, sebaliknya alasan tersirat dan tersurat adalah persoalan kuasa dan kepentingan politik,” jelasnya.

Sehubungan itu, Dr Roslan menyifatkan secara moralnya Muhyiddin gagal setelah hasrat yang direkacipta dua arkiteknya serta dipersetujui Kabinet beliau tidak mendapat perkenan Raja-Raja Melayu serta Yang di-Pertuan Agong.

“Apakah pula plan B dan C Muhyiddin akan dapat direalisasikan nanti setelah plan A ternyata tidak menjadi realiti?

“Padahal, kerajaan yang telah dibina dalam tempoh singkat ini semakin kecundang umpama menanti bangunan yang dibina menghampiri keruntuhan dan berkecai tidak lama lagi,” tambahnya lagi.

2 pemimpin pembangkang jumpa Menteri Kewangan bincang Belanjawan 21

2 pemimpin pembangkang jumpa Menteri Kewangan bincang Belanjawan 21
Syed Saddiq bertemu Tengku Zafrul bagi membuang cadangan tentang Belanjawan 2021.

Sekurang-kurangnya dua pemimpin parti pembangkang mula berjumpa secara langsung dan juga secara maya dengan Menteri Kewangan bagi berbincang tentang Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking bertemu dengan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Siapa kata kerajaan dan pembangkang tidak boleh duduk semeja untuk kepentingan negara?” tulis Syed Saddiq melalui facebook beliau.

Menurut ketua penaja parti Muda itu, beliau bertemu dengan Tengku Zafrul selepas menghantar mesej kepada beliau untuk bertemu.

“Saya cuba nasib mesej YBM Kewangan untuk adakan sesi dialog untuk kongsikan pandangan saya berkenaan belanjawan2021.

“Tidak sampai 30minit selepas mesej, terus dapat appointment.

“Sampai pukul 9.15 malam duduk bincang,” kata Sayed Saddiq yang turut memberitahu Tengku Zafrul mendengar segala pandangan beliau dengan baik.

“Terima kasih kerana mendengar. Pelbagai parti adalah masa depan untuk Melaysia,” kata beliau lagi.

 

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memaklumkan beliau telah mengadakan sessi libat urus dengan Darell Leiking untuk mendengar pandangan yang menyeluruh sebelum membentangkan Belanjawan 2021 nanti.

“Dalam semangat konsultasi demi merangka #Belanjawan2021 yang menyeluruh untuk rakyat, perniagaan dan ekonomi, saya telah mengadakan sesi libat urus secara maya bersama YB Datuk Darell Leiking, Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah (Warisan) merangkap ahli parlimen Penampang dan Adun Moyog petang tadi (semalam).

“Datuk Darell mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyampaikan cadangan dan hasrat Belanjawan 2021 bagi pihak parti Warisan kepada saya dan wakil Kementerian Kewangan.

“Cadangan-cadangan tersebut akan dipertimbangkan untuk Belanjawan 2021. Terima kasih atas keprihatinan dan penyertaan beliau dalam sessi libat urus itu,” kata Tengku Zafrul melalui twitter beliau.

Penyokong Anwar minta Muhyiddin jangan nampak terlalu tesepit

Para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan jemaah menteri beliau supaya tidak mengamalkan desperado politik hanya bagi mempertahankan kuasa dan kedudukan politik mereka.

Ketua koordinator Jingga 13, Fariz Musa menzahirkan saranan tersebut setelah menyedari desperado politik yang cuba dilaksanakan hanyalah mengutamakan jawatan dan kedudukan serta usaha bagi menyelamatkan diri semata-mata.

Bagi beliau, ia dibuat tanpa memikirkan kesan dan impak terhadap rakyat dan ekonomi negara sekiranya ia berlaku serta lebih mengecewakan apabila cuba menggunakan Covid-19 sebagai alasan bagi menghalalkan tindakan dan matlamat mereka.

“Situasi ini bukan sahaja boleh mengeruhkan lagi keadaan politik semasa, sebaliknya ia memberikan kesan yang buruk kepada rakyat terutamanya yang sedang berhadapan dengan penularan pendamik wabak Covid-19

“Jingga 13 menyarankan agar Muhyiddin yang terbukti ketara sudah hilang sokongan supaya segera melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memberi dokongan serta ruang kepada Anwar bagi memimpin negara ini kearah yang lebih cemerlang dalam krisis ekonomi, pengangguran dan kemiskinan yang dihadapi sekarang.

“Latar belakang dan pengalaman yang dimiliki Anwar mampu untuk membawa perubahan yang amat diharapkan oleh majoriti rakyat dalam negara ini, cumanya kekangan dan keterbatasan ruang menyebabkan apa yang diimpikan rakyat dan negara ini untuk melihat reformasi yang ingin dibawa Anwar tidak dapat direalisasikan, ” tegas Fariz lagi.

Adun kecewa pendaftaran Pejuang belum selesai, syak ada ‘pilih kasih’


PETALING JAYA:
Adun Jeram Mohd Shaid Rosli kecewa berhubung maklum balas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) terhadap permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum diselesaikan dan mengesyaki ada unsur “pilih kasih” dalam perkara itu.

Beliau juga terkejut selepas hampir 3 bulan permohonan, pendaftaran Pejuang masih belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan semakan dalam sistem eROSES.

“Saya tidak dapat bersetuju sepenuhnya dengan alasan JPPM, yang mendakwa Jawatankuasa Penaja Pejuang tidak melakukan semakan pada setiap permohonan dikemukakan terutama dokumentasi penting seperti perlembagaan parti.

“Setiap hari saya mengikuti perkembangan permohonan Pejuang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, JPPM memaklumkan permohonan pendaftaran Pejuang belum dapat diselesaikan kerana masih dalam penilitian dan semakan.

JPPM berkata, berdasarkan rekod jabatan hingga 29 Oktober, permohonan Pejuang belum diselesaikan sepenuhnya dan masih berada dalam sistem eROSES.

Dalam pada itu, Shaid berkata sebagai Adun bebas, beliau menunggu kelulusan Pejuang bagi membolehkannya menyertai parti itu.

Beliau berharap perkara itu dapat diselesaikan secara berhemah dan profesional tanpa menjadi “alat kerajaan” yang bermotifkan politik.

“Saya juga merasakan wujud unsur ‘pilih kasih’ ekoran pendaftaran Perikatan Nasional (PN) yang diluluskan oleh jabatan itu dengan segera dalam proses yang amat meragukan.

“Saya juga meminta Menteri Dalam Negeri (Hamzah Zainudin) lebih profesional dalam menjalankan tugas. Beliau perlu menyelesaikan masalah bawah kementerian beliau bagi menjaga integriti kementerian itu sendiri,” katanya.

#Sumber : FMT 

Hina raja, usah biar menular


KUALA LUMPUR
: Polis telah menyiasat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu Tian yang memuat naik status di laman sosial yang didakwa mempunyai kecenderungan berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad, tindakan yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Liu memberikan satu pengajaran dan iktibar kepada orang ramai.

“Kita tidak mahu trend ini akan menjadi satu budaya di dalam masyarakat,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Selain menyentuh isu tentang penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, kata Ustaz Idris banyak lagi isu berbangkit yang dilontarkan dalam platform media sosial yang dijadikan medium untuk menzahirkan fitnah dan hasutan.

“Kita harapkan PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan yang segera kerana budaya ini dilihat semakin rancak berlaku.

“Kita bimbang ianya akan menimbulkan ketidaktenteraman kepada negara suatu masa nanti,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau berharap supaya pihak bertanggungjawab dan pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Kita harap apa yang berlaku dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan berkenaan dengan kenyataan Ronnie Liu ini,” katanya.

Pada 28 Oktober lalu, Adun Sungai Pelek Ronnie Liu Tian telah disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung tindakannya memuat naik status di media sosial yang didakwa mempunyai kecenderungan untuk menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun Liu dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama setelah diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Selain Liu, beberapa lagi individu turut disiasat berhubung penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong menerusi media sosial.

Liu dilaporkan memuat naik status Facebook: “Now in Bangkok. They Are Saying No to the King” sebelum bertindak memadam status itu. – HARAKAHDAILY

Jauhi lembaga pengarah LTAT, Boustead, Patriot beritahu ahli politik

Arshad Raji berkata anggota tentera akan menerima padah jika mereka yang dilantik 
ke dalam LTAT tidak cekap.

PETALING JAYA: Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mengulangi gesaannya kepada ahli politik supaya tidak melibatkan diri dalam lembaga Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings (Boustead).

Presiden Patriot Mohamed Arshad Raji berkata, hanya mereka yang berkelayakan harus dilantik memimpin badan berkenaan.

“Ahli politik tidak harus dilantik untuk menjalankan agenda politik naungan kerana ia merupakan kronisme dan amalan berpihak dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah barah yang bakal membawa kepada muflis.

“Oleh sebab itu Patriot sentiasa betegas bahawa hanya mereka yang berkelayakan harus dilantik ke dalam lembaga LTAT dan Kumpulan Boustead,” katanya dalam kenyataan.

Mohamed Arshad Raji.

Beliau berkata, anggota tentera yang akhirnya akan menerima padah apabila syarikat berkenaan tidak mencapai prestasi yang baik susulan ketidakcekapan individu yang dilantik.

Arshad juga membangkitkan isu kehilangan dana RM1 bilion berkait projek 6 kapal tempur pesisir (LCS) yang disebut oleh bekas timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong baru-baru ini.

Liew mendesak kerajaan supaya menyiasat kehilangan dana berkenaan selepas didedahkan bahawa RM5.94 bilion daripada RM9 bilion telah dibayar setakat ini kepada projek LCS walaupun ia masih belum disiapkan.

“Apabila terdapat banyak laporan buruk mengenai anak syarikat Boustead, BHIC Navaltech dan kontraktor Boustead Naval Shipyard mengenai isu projek LCS, pihak pengurusan LTAT dan Boustead Group terus berdiam diri.

“Dana RM1 bilion yang hilang itu mungkin tidak masuk ke akaun Boustead Naval Shipyard dan kelihatan ia telah diselewengkan,” kata Arshad, sekali gus menggesa Kementerian Pertahanan (Mindef) dan menteri supaya memberi penjelasan segera mengenai isu berkenaan.

“Pihak pengurusan LTAT dan Kumpulan Boustead tidak harus menyembunyikan sebarang kesalahan jenayah jika dana RM1 bilion itu digunakan secara tak sah.”

Beliau berkata, mana-mana pemimpin korporat yang telus akan segera memepertahankan kedudukannya atau sekurang-kurangnya cuba mengurangkan kerosakan yang berlaku.

Beliau juga menyalahkan Mindef dan kerajaan atas masalah yang timbul dalam isu LCS dengan berkata, ia “disebabkan perbuatan berlengah-lengahkan kelulusan kontrak tambahan dan lanjutan masa yang diminta oleh kontraktor”.

Berhubung pengumuman baru-baru ini bahawa LTAT diberikan lanjutan masa sehingga 2 Feb, 2021 untuk memutuskan cadangan pelan penswastaan Boustead, Arshad berkata, ia merupakan lanjutan ke-2 yang diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) sejak LTAT pertama kali mengumumkan pelan penswastaan itu pada Mei.

“Kegagalan membuat keputusan menunjukkan kelemahan pengurusan dan tidak adil kepada pelabur. Pelan penswastaan mempunyai harga tawaran sebanyak 80 sen sesaham.

“Secara tidak langsung, ia menjadi sekatan ke atas kenaikan harga saham Boustead melebihi 80 sen dan menekan harga saham 4 syarikatnya yang tersenarai, iaitu Affin Bank Bhd, Boustead Plantations Bhd, Pharmaniaga Bhd dan BHIC,” katanya.

Pada Julai, Boustead mengumumkan pelan transformasi untuk tempoh 3 tahun akan datang.

“Namun setakat ini, kami tidak diberikan maklumat terperinci mengenai pelan berkenaan. Lembaga pengarah LTAT dan Boustead nampaknya hanya pandai dalam membuat pengumuman, bukannya mengambil tindakan penentu.

“Lembaga gagal memberikan hala tuju jelas kepada kumpulan,” kata Arshad.

LTAT menguasai 59.42% Boustead Holdings Bhd, dengan kepentingan meliputi sektor perladangan dan kewangan.

Hanya darurat dapat halang pilihan raya, kata Muhyiddin

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, pilihan raya kecil di Batu Sapi dan pilihan 
raya negeri Sarawak hanya boleh ditangguhkan sehingga pandemik Covid-19 berakhir 
sekiranya darurat diisytiharkan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata hanya perisytiharaan darurat membolehkan pilihan raya kecil di Batu Sapi dan pilihan raya negeri Sarawak ditangguhkan sehingga pandemik Covid-19 berakhir.

Beliau berkata, ia selaras dengan Perkara 150 Perlembaan Persekutuan.

“Jika pilihan raya tidak dapat ditangguhkan atas apa-apa sebab sekalipun, rayuan saya kepada kepada penduduk di Batu Sapi dan Sarawak berhati-hatilah.

“Jagalah diri dan patuhi SOP dengan penuh berdisiplin apabila pilihan raya diadakan,” katanya pada sidang media khas situasi semasa Covid-19, hari ini.

Sidang media itu diadakan seminggu selepas cadangan kerajaan melaksanakan perintah darurat ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kes positif Covid-19 meningkat mendadak selepas pilihan raya negeri Sabah dengan kes harian lebih 500 kes setiap hari.

Semalam 799 kes baru Covid-19 dicatatkan di seluruh negara.

Negeri berkenaan mendominasi catatan kes harian tertinggi sejak PRN yang diadakan pada akhir Sept lalu dan setakat ini mencatatkan 13,701 kes.

Susulan peningkatan penularan kes positif Covid-19, beberapa negeri kini diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) antaranya Sabah, Labuan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur.

Dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu Muhyiddin berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan ramai petugasnya bimbang untuk bertugas dalam PRK Batu Sapi kerana kes positif Covid-19 yang tinggi di Sabah.

“Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) juga melaporkan jika PRN Sarawak terpaksa diadakan, beliau bimbang dengan keadaan di kawasan pedalaman negeri itu yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan lengkap untuk menampung kes positif Covid-19.

“Ini kerana ada kemungkinan kes positif akan naik mendadak selepas pilihan raya,” katanya.
Justeru kata beliau, pelbagai pihak mencadangkan supaya kerajaan memperketatkan SOP pilihan raya.

“Saya akan teliti SOP yang disediakan oleh SPR untuk PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak. Cuma saya tahu banyak kekangan yang dihadapi oleh SPR untuk menggubal satu SOP yang benar-benar berkesan dalam memastikan tiada jangkitan langsung semasa pilihan raya diadakan,” katanya.

PRK Batu Sapi ditetapkan pada 5 Dis ini dan PRN Sarawak berkemungkinan diadakan pada bila-bila masa.

Menurut Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi Parlimen.

Sementara itu, Fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak juga memperuntukkan pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.

Mengenai Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Nov ini, Muhyiddin menggesa semua ahli Parlimen mengetepikan perbezaan politik bagi memastikan ia diluluskan demi kepentingan rakyat dan negara.

“Marilah kita letakkan kepentingan rakyat mengatasi segala kepentingan lain. Satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan ahli Parlimen untuk membolehkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan sokongan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Saya memberi jaminan bahawa kerajaan Perikatan Nasional akan terus mencari jalan terbaik untuk mengurus krisis besar yang sedang kita hadapi pada masa ini dengan matlamat memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela,” katanya.

 

PM ajak semua ahli politik sokong Belanjawan 2021

azrulhakimie

Semua demi kepentingan rakyat, pulihkan ekonomi negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengajak semua Ahli Parlimen mengetepikan perbezaan politik bagi menyokong Belanjawan 2021 kerana pelbagai peruntukan disediakan dalam menghadapi COVID-19 demi kepentingan rakyat dan memulihkan ekonomi negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan Ahli Parlimen untuk membolehkan belanjawan yang akan dibentang pada 6 Nov itu diluluskan dengan sokongan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Marilah kita letakkan kepentingan rakyat mengatasi segala kepentingan lain. InsyaAllah, dalam belanjawan yang akan dibentangkan nanti, kerajaan akan mengumumkan inisiatif-inisiatif yang bakal meringankan beban yang ditanggung oleh saudara dan saudari sekalian dalam menghadapi zaman yang sukar ini,” katanya dalam perutusan khas mengenai situasi COVID-19 di sini hari ini.

Perutusan berkenaan disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen termasuk Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau juga memberi jaminan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus mencari jalan terbaik untuk mengurus krisis besar yang sedang negara hadapi pada masa ini.

“Matlamat kita hanyalah satu iaitu untuk menang dalam melawan COVID-19 dan memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata kerajaan memandang serius peningkatan mendadak kes COVID-19 dalam negara ketika ini dan kesannya kepada rakyat, ekonomi dan barisan hadapan.

Katanya, dalam mengurus gelombang ketiga pandemik itu, kerajaan mengambil pendekatan mengimbangi antara kepentingan melindungi nyawa rakyat dan keperluan menjamin kelangsungan hidup rakyat.

Ia tegasnya dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, sukan dan lain-lain untuk mengurangkan pergerakan orang ramai dan memutuskan rantaian jangkitan.

“Tetapi pada masa yang sama, kita benarkan kegiatan ekonomi untuk diteruskan tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat untuk memastikan perniagaan dan industri terus beroperasi,” kata beliau.

Beliau turut memperincikan perkembangan situasi semasa COVID-19 yang menurutnya dalam tempoh sebulan lepas, hampir 20,000 kes positif baharu dicatatkan berbanding 10,576 kes dalam tempoh enam bulan sebelumnya.

Katanya, jumlah keseluruhan kes positif setakat semalam ialah 30,090 kes dengan 246 kematian dan Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 13,701 kes.

“Negeri-negeri lain yang mencatatkan lebih satu ribu kes ialah Selangor (4,360 kes), Kuala Lumpur (2,991 kes), Kedah (2,080 kes) dan Negeri Sembilan (1,516 kes).

“Peta negeri Sabah dan Selangor menunjukkan hampir keseluruhan kawasan telah menjadi merah, negeri-negeri yang dahulunya berstatus hijau seperti Perak, Negeri Sembilan dan Melaka telah menjadi kuning dan sebahagian kawasan telah bertukar menjadi merah,” katanya.

Beliau turut berkata peningkatan mendadak kes COVID-19 telah memberi tekanan kepada barisan hadapan negara dengan di Sabah sahaja lebih 300 petugas barisan hadapan telah dijangkiti dan lebih 1,200 petugas dikuarantin.

Katanya, ia termasuk anggota polis yang terkena jangkitan dan setakat ini hampir 11,000 anggota terpaksa dikuarantin dan keadaan ini menambah kekangan pasukan polis terutamanya bagi mereka yang bertugas di barisan hadapan. – Bernama

Tak perlu kerajaan perpaduan jika libat sebelah pihak saja

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin 

Tun M perlu patuh titah YDPA, saran perbincangan libat semua pihak

BANGI – Jika Tun Dr Mahathir Mohamad mahu memperjuangkan kembali kerajaan perpaduan seperti yang pernah dicita-citakannya sebelum ini, beliau harus melibatkan semua parti yang ada di dalam negara ini.

Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, usaha yang hendak dilaksanakan ini mestilah menyeluruh, tidak bersifat hanya untuk kepentingan parti politik tertentu sahaja.

“Tun M mesti melibatkan semua pihak parti kerajaan dan pembangkang. Bukan hanya mengumpulkan sejumlah ahli-ahli daripada parti pembangkang dan melibatkan beberapa orang pemimpin daripada parti-parti kerajaan tertentu untuk membuat kerajaan perpaduan. 

“Itu adalah tidak wajar dalam situasi sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau menegaskan, usaha tersebut mesti melibatkan semua pihak, bagi memungkinkan ia menjadi relevan dalam keadaan semasa.

Katanya, perbincangan itu juga perlu termasuk pemimpin-pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Sekiranya dapat dicapai kata sepakat maka kerajaan yang hendak ditubuhkan itu mesti melibatkan semua parti. Tidak sekadar blok-blok tertentu sahaja,” katanya.

Sebaliknya, jika rancangan Dr Mahathir ini berlaku hanya untuk sebelah pihak sahaja, bererti ia tidak menghormati saranan Yang di-Pertuan Agong dan juga gesaan semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

“Haruslah ahli politik menghormati suasana di mana negara kita sekarang sedang berdepan dengan cabaran yang getir terutama peningkatan kes COVID-19 yang mencecah purata 800-1,000 kes sehari.

“Pada masa sama negara kita berdepan dengan situasi ketidaktentuan ekonomi yang telah menyebabkan rakyat kehilangan pendapatan dan sedang mengalami keperitan hidup. 

“Kita menyarankan supaya ahli-ahli politik dapat bersama-sama duduk semeja, berunding,” katanya.

Tambahan lagi, kata Dr Mazlan apabila awal bulan November ini akan dibentangkan Belanjawan 2021 oleh kerajaan.

“Sangat penting dipastikan ia menjadi realiti. Kerana belanjawan ini dapat menentukan kesejahateraan hidup rakyat dan kemakmuran di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Dr Mahathir dengan beberapa pemimpin politik berbincang mengenai cadangan membentuk kerajaan perpaduan.

Sumber daripada pejabat Dr Mahathir mengesahkan bahawa Ahli Parlimen Langkawi itu telah bertemu dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah Isnin lalu.

Kemudian diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Selalu lalu dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu, kelmarin.

Menurut sumber, ketiga-tiga pertemuan itu dikatakan telah diadakan di kediaman Dr Mahathir di Seri Kembangan, Selangor.

Tiga bulan menanti, Pejuang desak parti diluluskan

DETIK DAILY
 

Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) untuk membuat keputusan segera dan jelas agar pendaftaran Pejuang diluluskan mengikut prinsip undang-undang.

etiausaha Agungnya, Amiruddin Hamzah berkata, sehingga kini masih belum ada tanda-tanda Pejuang akan diluluskan sejak permohonan pada 19 Ogos lalu.

Menurutnya, terbaharu pada 22 Oktober lalu apabila Pejuang menghantar permohonan kebenaran untuk menggunapakai lambang parti serta pengendalian laman web Pejuang.

“Kesemua tujuh permohonan di atas malangnya tidak mendapat sebarang jawapan bertulis dari YB Menteri Dalam Negeri mahupun pihak JPPM,” katanya.

Beliau turut membangkitkan tempoh hanya dua minggu untuk Parti Makkal Sakti Malaysia diluluskan manakala Perikatan Nasional (PN) diluluskan dengan kadar segera dalam proses amat meragukan.

“Tiga bulan tanpa sebarang jawapan bertulis adalah tidak munasabah dan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa JPPM kini kembali menjadi ‘alat kerajaan’ bermotifkan politik sehingga menimbulkan kecurigaan di kalangan rakyat,” tambahnya lagi.

PEMBERITAHUAN:

 BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT '

Abdul Hadi Awang Amat Terperanjat Baca Surat Zahid

DETIK DAILY


Pertemuan beberapa pimpinan UMNO dan Perikatan Nasional pada 17 Oktober lalu membabitkan Zahid Hamidi, Muhyidin Yasin dan Abdul Hadi Awang dilaporkan memberi kejutan buat Presiden PAS

Menurut portal Malaysianow , antara isu yang dibangkitkan adalah surat Zahid yang memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim,

“Bila PM hendak menunjukkan surat itu, Zahid kata ‘tak mau surat itu dibawa keluar’.”

Seorang pegawai Muhyiddin kemudiannya menyerahkan surat itu kepada Hamzah yang kemudiannya memberikannya kepada presiden PAS.

“Hadi menunjukkan reaksi amat terperanjat.” , lapor Portal terbabit.

Surat Zahid mendakwa bahawa ahli parlimen UMNO hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin dan menyatakan sokongan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat terbabit turut ditandatangani oleh bekas Presiden UMNO, Najib Razak.

Usul Percaya PM Berisiko Makan Diri


Speaker Dewan Rakyat , Azhar Azizan mengesahkan ada usul percaya bagi menyokong Perdana Menteri telah dikemuka oleh ahli parlimen belah kerajaan. Impak jika usul tersebut tewas, bermaksud Muhyiddin telah kehilangan majoriti di dewan rakyat dan tidak lagi layak menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Kita memang ada terima usul undi percaya terhadap perdana menteri, usul itu datang daripada sebelah kerajaan, tetapi kita akan tunggu usul yang lebih penting daripada pihak kementerian untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat,” kata Azhar seperti dipetik oleh Utusan Malaysia

PAS sebelum ini pernah mengemukakan usul serupa semasa sidang Parlimen Julai lalu namun tidak dibahaskan. Usul kali ini tidak didedahkan kepada umum oleh siapa.

Selain usul percaya, Muhyiddin juga berdepan 15 usul tidak percaya termasuk dari bekas rakan sejawatan dari BERSATU sebelum ini, Maszlee Malek dan Tun Mahathir sendiri. MP Gua Musang, Tengku Razaligh Hamzah sebelum ini telah mendesak usul ini dikemukakan segera.

Sekali khianat, selamanya tidak selamat

 RAYUSA


SATU perkara yang bukan sahaja saya, tetapi ramai menganggapnya sebagai khurafat ialah tiada Umno, tiada Melayu. Memang parti tua itu menetapkan keanggotaannya dari kalangan orang Melayu, walaupun ramai juga keturunan India beragama Islam turut menjadi ahli sejak sekian lama.

Tiada Umno tiada Melayu itu boleh diterima kalau ia dalam erti kata sebenarnya.

Walau bagaimanapun, yang berlaku ialah sebaliknya. Melayu jaga Melayu apa kalau tanah simpanan Melayu kian hilang, tulisan Jawi memupus, bahasa Melayu kian tenat meskipun bertaraf bahasa kebangsaan, dan pelbagai lagi?

Saya melihat tumbangnya Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei 2018 lalu akan turut memupuskan Umno.

Ramai juga yang menyangka/mengharapkan sedemikian. Mereka berpegang pada kenyataan bahawa sekian lama hayat Umno bergantung pada harta dan wang ringgit.

Dengan BN tidak lagi memerintah negara, maka terhalang atau tertutup peluang/jalan Umno bernafas semula dan mengaut kekayaan negara lagi.

Walau bagaimanapun, itu tidak berlaku. Umno masih boleh (berpeluang) bernafas kembali. Sementelah hanya 22 bulan sahaja Pakatan Rakyat (PH) mentadbir negara, Umno masih bernyawa.

Memang beberapa pemimpinnya didakwa di mahkamah atas banyak kesalahan, terutama rasuah. Namun begitu, oleh kerana pemerintahan PH yang diketuai Tun Dr Mahathir tidak mendendami/melulu menghukum pemimpin Umno/BN atas prinsip ‘kedaulatan undang-undang’, proses perbicaraan berjalan begitu lama dan teliti.

Lantaran tempoh panjang dan kehati-hatian, tiada seorang pun yang didakwa itu telah ‘ke dalam’. Mereka belum sempat dihukum.

Memang bagus ‘keluhuran undang-undang’ kerana ia membezakan PH dengan BN. Walau bagaimanapun, ia seolah-olah memakan diri. Tambahan pula, tidak disedari ada yang diam-diam mengatur strategi licik untuk menjahanamkan PH.

Kian lama kian berhasil hinggalah terjadinya ‘Langkah Sheraton’ yang membawa pada kejatuhan PH. Rupa-rupanya memang ada yang mengkhianati rakan-rakan dalam PH. Mereka kini menjadi antara pemimpin utama kerajaan yang memerintah selepas 1 Mac 2020, iaitu Perikatan Nasional (PN – Kabinet dibentuk pada 9 Mac 2020).

Seiring dengan pentadbiran PN, Umno kembali hidup dan menyegar sekarang. Memang sebelum ‘Langkah Sheraton’ lagi, ia telah mengambil langkah drastik (yang tidak keterlaluan jika disangka sebagai helah sahaja seperti yang pernah dilakukan pada 1970-an ketika ia melemah) apabila bergabung dengan Pas (Pas juga tidak serik dan lupa pada peristiwa lama dimainkan oleh Umno).

Dengan pelbagai perkembangan yang berlaku dan dimaklumi semua pemerhati/peminat politik tanah air, Umno semakin ‘naik tocang’.

Selepas melakukan gencatan politik dengan PN apabila kembali menyokong Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia/PPBM, ia memberi bayangan menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula.

Walau bagaimanapun, seperti dijangka (pun diharapkan oleh penyokong PH, juga Parti Keadilan Rakyat dan DAP), Umno membuat pusingan U menyokong PN.

Kini, desakan semakin keras hingga akhirnya terdengar khabar PM akan melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) dari kalangan pemimpin Umno. Muhyiddin akan memilih calon Umno, tetapi bukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi!

Pada awal pentadbirannya, Muhyiddin membuat kejutan apabila membentuk Kabinet tanpa TPM, tetapi hanya empat menteri kanan yang setaraf. Antaranya, termasuklah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertahanan), Datuk Sri Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya), dan Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin (Menteri Pendidikan).

Jika bercadang melantik Ahli Parlimen Umno, bagaimana dengan Azmin yang telah berusaha melakukan pengkhianatan? Beliau menyertai PPBM selepas dipecat dari PKR, dan memang bercita-cita menjadi PM.

Sudahlah Kabinet beliau dikritik kerana berskala besar, kini mahu ditambah pula dengan TPM yang tentunya bergaji lebih besar daripada menteri-menteri kanan.

Demi menyelamatkan kedudukannya, Muhyiddin sanggup memenuhi kehendak Umno? Maka akan semakin bersemaraklah Umno dalam politik tanah air. Seolah-olah kini ia yang lebih berkuasa daripada PM.

Meskipun enggan menerima Zahid, tetapi Muhyiddin berhadapan dengan tekanan lain apabila Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee menegaskan situasi akan menjadi terlalu janggal dan di luar tradisi Umno jika Presidennya tidak dilantik sebagai TPM.

Tambah Syed Ali, sementelah Zahid ialah mantan TPM dan antara menteri Kabinet yang cukup berpengalaman. Melantik Zahid, katanya, bererti memberi penghormatan kepada Umno.

Sebagai menghormati jawatan Zahid dalam Umno yang menjadi penyumbang terbesar kepada Kerajaan PN, tiada sebab Muhyiddin wajar mengenepi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Penyisihan Zahid juga, tambah veteran Umno itu, akan mencetuskan kekecewaan dan kemarahan akar umbi Umno terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin, dan tidak baik bagi PN menghadapi PRU15 nanti.

Sebelum ini, kita menganggap Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Sri Najib Razak sebagai PM paling lemah, kini Muhyiddin lebih lemah. Kelemahannya kini mengulas semula Umno.

Muhyiddin telah melakukan pengkhianatan bersama-sama Azmin terhadap rakan-rakan dalam PH kerana mereka mahu menjadi PM. Namun begitu, mereka seperti tidak masak/memahami perangai Umno.

Umno, seperti yang pernah diingatkan oleh Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Nik Aziz Nik Mat, hanya akan berbaik-baik dengan musuhnya untuk ‘naik’ dan ‘hidup semula’. Ia tidak jujur.

Ketika ‘bernyawa-nyawa ikan’, Umno akan mencari ‘tonik’ biarpun dari pihak yang sebelumnya dimusuhi/dicaci. Walau bagaimanapun, setelah kembali kuat, ia ‘menendang’, malah membunuh ‘rakan sementara’nya itu, seperti yang dilakukan terhadap Pas.

Muhyiddin dan Azmin kini dalam situasi bahaya pula. Sekali Umno di‘berikan muka’, ia akan ‘sudah diberikan betis, mahukan paha’ pula! Mereka kini terjebak.

Umno telah menamakan tiga calon untuk jawatan TPM, iaitu Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Luar, Datuk Sri Hishammuddin Hussein, dan Ismail Sabri.

Jawatan TPM antara yang disuarakan pemimpin Umno sebagai syarat untuk terus menyokong Kerajaan PN.

Mengapa Dr. Mahathir bergaduh dengan Perancis?


TUN Dr. Mahathir Mohamad bukan lagi perdana menteri. Beliau kini hanya seorang presiden parti yang belum diluluskan pendaftarannya.

Tetapi mengapa beliau bergaduh dengan Perancis dengan kenyataan yang boleh dianggap mengejutkan ketika mengulas kejadian seorang guru dibunuh oleh pelajarnya setelah menunjukkan karikatur Nabi Muhammad.

Dr. Mahathir mengulas bahawa umat Islam memang wajar bertindak sedemikian kerana kerajaan dan para petinggi negara Perancis tidak sensitif terhadap ajaran Islam.

Kata Dr Mahathir, sejarah membuktikan bahawa orang Perancis pernah membunuh jutaan manusia, yang ramai mangsanya terdiri dari orang Islam.

Katanya, orang Islam berhak untuk marah dan bunuh orang Perancis bagi membalas pembunuhan mereka pada masa lampau, tetapi orang Islam tidak pernah mengamalkan peraturan sedemikian.

Perkataan berhak membunuh orang Perancis itu menimbulkan kebimbangan akan menggalakkan tindakan pembunuhan secara besar-besaran. Walaupun sebenarnya ia dipetik dan ditafsirkan mengikut jurus yang salah.

Sebenarnya kebanyakan rakyat Malaysia tidak kenal pun siapa Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Walaupun terdapat kejadian wanita dipenggal kepala, tetapi orang ramai tidak berminat untuk membacanya.

Ini adalah kerana kebanyakan kita tidak peduli tentang apa yang berlaku di Perancis sebab kebanyakan tidak mempunyai kepentingan serta tidak pernah menjejakkan kaki di negara Eropah itu.

Kita hanya tahu menara Eifel kerana ia salah satu pusat tumpuan pelancong walaupun ia lebih kelihatan sama dengan pencawang tenaga yang terdapat di negara kita.

Bagi peminat bola sepak mungkin mereka kenal Mbappe penyerang pasukan Paris Saint-Germain (PSG).

Selebihnya kita tidak peduli kerana kedudukan negara kita terlalu jauh dari segi geografi dan apa yang berlaku di negara berkenaan sangat sedikit memberi kesan kepada kehidupan harian kita.

Bagaimanapun bagi Dr. Mahathir beliau merupakan seorang yang pakar di dalam bidang strategik secara semula jadi dapat menghidu peluang bagi mengangkat kembali nama beliau yang agak tenggelam ketika krisis ekonomi, politik dan kesihatan melanda negara.

Komen keras beliau terus mendapat perhatian rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia berbanding komen menteri luar dan para pemimpin UMNO dan lain-lain yang berdiplomasi.

Dr. Mahathir tidak perlu berdiplomasi kerana beliau bukan perdana menteri lagi dan kenyataan beliau tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua buah negara.

Kelebihan ini bijak digunakan oleh Dr. Mahathir bagi menarik sokongan orang Melayu dan Islam yang menjadi majoriti penduduk Malaysia.

Keberanian Dr. Mahathir mengkritik Perancis segera mengundang rasa hormat kerana beliau lebih berani berbanding pemimpin yang mewakili parti Islam iaitu Pas sendiri.

Kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak mendapat perhatian di dalam negeri apatah lagi di peringkat dunia.

Dr. Mahathir seorang pemimpin veteran yang tidak takut dikritik, bahkan beliau akan menggunakan situasi itu untuk memberi kelebihan kepada beliau.

Itulah rahsia mengapa Dr. Mahathir mampu mentadbir negara ini selama 22 tahun kerana beliau tahu dan faham golongan mana yang mahu disasarkan apabila mengeluarkan sebarang kenyataan.

Hanya sekumpuan kecil sahaja orang Islam dan Melayu di negara ini yang tidak bersetuju dengan kenyataan Dr. Mahathir.

Pada tahun 2000 Dr. Mahathir mengumumkan Malaysia sebagai negara Islam iaitu selepas berlakunya serangan ke atas bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York, Amerika Syarikat atau dikenali sebagai serangan 911.

Walaupun ketika Pas berada di pihak pembangkang dan kuat memperjuangkan Islam, tetapi parti itu gagal mendapat sokongan majoriti umat Islam di negara ini.

Begitu juga pelbagai dasar seperti penerapan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran kerajaan. Selain dasar yang baik ia berjaya menarik majoriti pengundi Melayu dan Islam daripada menyokong Pas.

Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2004 beliau yang dikenali seorang yang bersih dan berlatar belakangkan Islam, juga memenangi pilihan raya dengan majoriti besar.

Bagaimanapun apabila beliau memperkenalkan Islam Hadhari ia gagal menjadi inspirasi kepada umat Islam di negara ini, bahkan menjadi bahan mainan dan akhirnya Pak Lah kehilangan sokongan.

Mahu tidak mahu isu ketuanan Melayu adalah sama juga dengan ketuanan kulit putih Kristian di Perancis dan Amerika Syarikat contohnya ia sering digunakan oleh pemimpin politik untuk membelah bahagi orang ramai bagi mendapatkan sokongan.

Dr. Mahathir tahu pilihan raya umum tidak dapat dielakkan diadakan selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan sahaja, beliau perlu bergerak sekarang bagi memastikan parti yang berasaskan Melayu dan Islam seperti UMNO, Bersatu dan Pas kehilangan sokongan majoriti atau lenyap terus.

Jadi para pemimpin Pas dan UMNO jangan terlalu gembira melihat Dr. Mahathir teruk dibelasah oleh media antarabangsa, tetapi tidak media tempatan, kerana mereka sebenarnya yang kalah dalam medan pertempuran ini.

Mana ada kecoh! jelas Khaled Nordin

Muhammad Azizul Osman
MGF261020_MESYUARAT-MAJLIS-TERTINGGI-UMNO-33
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK,

KUALA LUMPUR – Laporan muka depan sebuah surat khabar tempatan yang melaporkan mengenai ‘kekecohan’ dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam, dinafikan Naib Presidennya, Datuk Seri Khaled Nordin.

Malah bekas Menteri Besar Johor itu turut menekankan bahawa mesyuarat itu berjalan lancar dan menumpukan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat semata-mata.

“Akhbar kata persaingan jawatan TPM parti UMNO mencetuskan polemik dan kekecohan dikalangan ahli-ahlinya.

“Mana ada kecoh, ahli2 UMNO tenang saja, ini kerana kami komited tumpu kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” ciap beliau, hari ini.

Khaled merujuk kepada laporan muka depan sebuah akhbar tempatan yang bertajuk ‘Persaingan jawatan TPM parti UMNO’ hari ini.

Semalam mesyuarat MKT UMNO itu berlangsung selama empat jam dan berakhir jam 12.15 tengah malam.

Bagaimanapun, mesyuarat itu tidak langsung menyebut mengenai calon Timbalan Perdana Menteri daripada parti itu.

Malah mesyuarat semalam hanya memutuskan agar pilihan raya umum (PRU) diadakan selepas pandemik Covid-19 dapat dikawal dan berada pada tahap minimum. – MalaysiaGazette

Annuar sokong gesaan gubal akta lompat parti

Wartawan MalaysiaGazette
MGF29082020_KEPUTUSAN-1
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Cadangan Majlis Peguam Malaysia agar kerajaan agar mempertimbangkan penggubalan undang-undang anti lompat parti disokong oleh Tan Sri Annuar Musa.

Setiausaha Barisan Nasional itu berkata, undang-undang itu dilihat sesuai dan ahli politik tidak boleh memilikperibadikan jawatan dengan melompat parti.

“Malah untuk serah borang pencalonan,watikah guna lambang parti wajib diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, bolehkah melarikannya bila menang?” soalnya dalam ciapan di Twitternya hari ini.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu mengulas gesaan Majlis Peguam Malaysia agar kerajaan agar mempertimbangkan penggubalan undang-undang anti lompat parti semasa persidangan Dewan Rakyat yang akan datang bagi menghalang ahli parlimen daripada beralih parti.

Presidennya, Salim Bashir semalam berkata ini kerana Malaysia telah berdepan beberapa pergolakan politik yang serius sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan perlu pertimbang wujudkan undang-undang anti lompat parti – Majlis Peguam

 

UMANY biadap persoal kuasa YDPA – Kamarul Zaman

Wartawan MalaysiaGazette
MGF11042017_IKSIM02
Dr Kamarul Zaman Yusof

KUALA LUMPUR – Kenyataan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) yang mendesak Yang Dipertuan Agong (YDPA) supaya tidak campur tangan dalam urusan negara semalam mendapat kritikan hebat.

Majoriti netizen mengutuk UMANY kerana cuba mempersoalkan institusi raja di negara ini.

Bagaimanapun hari ini hantaran UMANY di Facebook itu telah dipadamkan.

Penganalisis politik Dr. Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan pertubuhan pelajar Cina di UM itu sebagai biadap.

Sebelum ini, katanya, UMANY didakwa menjuarai desakan supaya Naib Canselor UM, Datuk Ir. Abdul Rahim Hashim, meletakkan jawatan kerana terlibat dengan Kongres Maruah Melayu.

“Kini ia secara terbuka pula mendesak YDPA supaya jangan campur tangan dalam urusan-urusan negara.

“Bagaimana YDPA boleh tidak campur tangan dalam urusan-urusan negara bila menjadi kewajipan dan sumpah baginda untuk “menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia”?” soalnya dalam satu kenyataan awal pagi tadi.

Soal Kamarul Zaman, bagaimana YDPA tidak campur tangan dalam urusan-urusan negara bila Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada YDPA?

“Bagaimana YDPA boleh tidak campur tangan dalam urusan-urusan negara bila Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ‘kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada YDPA dan dua Majlis Parlimen?” soalnya lagi.- MalaysiaGazette

Kerajaan Prihatin Mesti Fikir Perit Jerih Rakyat – Zahida

UMNO ONLINE

KUALA LUMPUR – Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata dalam situasi krisis pandemik sekarang ini, suka tidak suka kerajaan harus memikirkan kesukaran rakyat.

Katanya, ramai yang kehilangan perkerjaaan dan ramai yang dipotong gaji hampir 50 peratus.

“Cadangan pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di lihat dapat membantu mereka yang terkesan.

“Rakyat tidak minta bantuan tambahan kerajaan, rakyat hanya mahu keluarkan simpanan sendiri untuk kegunaan sara hidup ketika situasi sukar.

“Kami juga berpandangan pencarum berhak keluarkan 30 peratus duit KWSP mereka secara bulanan dalam tempoh satu atau dua tahun atau maximum RM10,000, katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, tambah Zahida lagi, kerajaan Prihatin mesti sentiasa memikirkan perit jerih rakyat.- UMNO Online

Kebajikan Rakyat, Keamanan Negara Dan Kestabilan Politik Jadi Prioriti UMNO – Rosni

UMNO ONLINE

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Rosni Sohar menyatakan sokongan ke atas pendirian parti untuk terus mendukung gencatan politik dan Rekonsiliasi Nasional dalam keadaan negara masih dilanda ujian hebat pandemik COVID-19.

Ini kerana katanya, saban hari, kegusaran dan kebimbangan rakyat terus dinyatakan melalui semua platform media sosial yang benar-benar menyatakan realiti kehidupan rakyat yang memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dalam mengemudi pentadbiran negara.

“Fokus semua pihak termasuk kepimpinan parti politik pada hari ini perlu diberikan kepada isu-isu kebajikan rakyat di dalam Belanjawan Negara 2021 akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pandangan dan cadangan membina perlu diberikan oleh semua pihak terutama dalam isu penyambungan moratorium, pengeluaran KWSP, pengecualian cukai, pemberian insentif dan bantuan sara hidup amat perlu dikaji dan direalisasikan dengan segera demi membangunkan semula ekonomi negara.

“Pengurangan birokrasi dan prosedur yang membebankan boleh dipertimbangkan oleh semua agensi yang terlibat di dalam Belanjawan Negara 2021 ini.

“Tidak dapat dinafikan bahawa wanita adalah pembayar hutang yang terbaik dan saya menyeru kepada pihak kerajaan agar mempermudahkan pemberian insentif atau bantuan kewangan kepada usahawan-usahawan PKS dan IKS wanita yang memerlukan sokongan perniagaan.”

Katanya yang juga Setiausaha Wanita UMNO Malaysia, ini penting dalam memastikan wanita dapat turut sama membantu menjaga keperluan keluarga selain menyokong perkembangan ekonomi negara.

“Selain itu, sebagai ahli parti, saya juga ingin mengajak semua ahli UMNO di semua peringkat agar kita sama-sama terus istiqamah dengan ujian yang melanda ini kerana perjuangan kita dalam parti merupakan ibadah demi menentukan kebajikan rakyat terus diperkasa dengan kestabilan politik yang dapat membawa kepada keamanan negara untuk semua,” katanya yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor.

Terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan keputusan Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi baru-baru ini untuk UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini iaitu berpegang teguh kepada peri pentingnya gencatan politik dan rekonsiliasi nasional demi mendepani wabak COVID-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik. – UMNO Online

Bincang belanjawan: Keputusan kini di tangan Muhyiddin - DAP

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

PH dengan jelas telah menyatakan mereka sedia untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan berkenaan Belanjawan 2021.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, keputusan berkenaan perkara itu kini di tangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"Kita telah menjelaskan pendirian kita. Kita dengan jelas mengatakan kesediaan untuk berbincang dengan kerajaan. Jadi sekarang kita tunggu maklum balas mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya jika PH akan mengundi untuk menolak belanjawan itu jika mendapat maklum balas yang dingin, Loke hanya berkata: "Terlalu awal untuk mengatakannya".

Majlis Presiden PH semalam menggesa Muhyiddin segera mengadakan perbincangan dengan pembangkang berhubung Belanjawan 2021, yang dijadual dibentang di Dewan Rakyat pada 6 November.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuaratnya, Majlis Presiden PH berkata belanjawan perlu memberi tumpuan kepada keperluan petugas barisan depan, mengenal pasti strategi baru untuk ekonomi dan membantu golongan yang hilang punca pendapatan akibat wabak Covid-19.

Walaupun belum ada sebarang respons rasmi daripada kerajaan, sumber dalam PH berkata beberapa pemimpin gabungan itu telah mengadakan "perbincangan tidak rasmi" dengan seorang "wakil" daripada Perikatan Nasional (PN) berkenaannya.

Majlis Presiden PH semalam setuju untuk menggesa perbincangan "terus dan rasmi" dengan perdana menteri.

"Bagaimana kita boleh berbincang dengan seseorang yang bukan datang terus daripada kerajaan? Kita perlukan perbincangan rasmi dan secara betul," kata seorang sumber yang menyertai mesyuarat itu.

Seorang lagi sumber PH berkata gabungan itu sedia untuk bersetuju dengan belanjawan, selari dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong.

"Tetapi kita perlu berunding secara terus dengan perdana menteri. Ini demi rakyat. Tolong jadikannya (perbincangan) rasmi," katanya.

Beberapa pemimpin PH sebelum ini ada membuat cadangan untuk Belanjawan 2021, antaranya Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Salahuddin dan Khalid menggesa peruntukan sama rata untuk semua kawasan Parlimen. Salahuddin turut mencadangkan moratorium pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Lim pula beberapa kali menyuarakan keperluan lanjutan moratorium tersebut - yang berakhir bulan lalu - dan ia sekali lagi ditekankan oleh Majlis Presiden PH semalam.

Pada masa sama, seorang sumber dari PKR berkata parti itu akan menggesa beberapa reformasi institusi.

"Kita perlu mencadangkan sesuatu yang bermanfaat secara institusi kepada semua ahli Parlimen, bukan dasar secara one-off sahaja. Akta Perkhidmatan Parlimen boleh jadi salah satunya," katanya lagi.

Tiga permintaan KKM jika pilihan raya tetap dilaksanakan

Malaysiakini

Ketidaktentuan politik dalam negara hari ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak akan berlakunya pilihan raya dalam tempoh terdekat, di saat negara masih bergelut menangani wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam ini, sebanyak 799 jangkitan baru telah dilaporkan.

Majoriti kes baru ini dilaporkan di Sabah yang baru mengadakan pilihan raya negeri (PRN) bulan lalu. Negeri itu juga mencatatkan tiga kematian hari ini.

Mengulas soalan pemberita berhubung kemungkinan PRU diadakan dalam waktu terdekat, Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang ia dijalankan di tengah-tengah penularan wabak.

Bagaimanapun, dia berkata sekiranya ia dilaksanakan, pihaknya hanya meminta tiga perkara diutamakan.

"Kita rasa sebaik-baiknya tangguhkan, kalau kita ada kuasa.

"Tetapi Kementerian Kesihatan tidak ada punca kuasa ataupun dapat menggunakan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) setakat ini....Kalau nak laksanakannya kita kena patuh kepada tiga prinsip.

"Iaitu tidak boleh merentas negeri atau sempadan negeri atau daerah, tiada kempen pilihan raya dan yang ketiga tiada lawatan rumah ke rumah," katanya pada sidang media perkembangan situasi Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Susulan PRN Sabah pada 26 September dan dua minggu tempoh kempen sebelumnya, kes baru Covid-19 telah meningkat secara mendadak.

Selain Sabah yang menerima kesan terburuk, negeri dan wilayah persekutuan lain juga mencatatkan peningkatan kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke negeri itu.

Noor Hisham kemudian ditanya sama ada Akta 342 boleh digunakan untuk menguatkuasakan tiga prinsip tersebut ketika pilihan raya.

Dia menjawab yang pihaknya sedang mengesyorkan akta itu dipinda untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

"Akta ini dirangka pada 1988, (ketika) kita tak jangka ia akan digunakan untuk pandemik. Akta ini untuk penyakit berjangkit.

"Ada keperluan untuk melihat pindaan dijalankan...Perlu rujuk kepada pihak Peguam Negara," katanya.

Katanya lagi, KKM telahpun menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk digunakan dalam pilihan raya di saat penularan Covid-19.

"Jika lihat SOP untuk pilihan raya memang ada di PRK Chini dan Slim.

"Kita juga telah siapkan SOP untuk PRN Sabah, tetapi isunya ialah ketidakpatuhan. Contohnya ada perhimpunan, kegiatan dari rumah ke rumah dan sebagainya.

"Sebaik-baiknya kita tangguhkan pilihan raya, tetapi KKM tiada kuasa (berkenaan perkara itu)," katanya lagi.

Jumaat, 30 Oktober 2020

Tidak guna berpolitik kalau tak beri faedah kepada rakyat, kata Muhyiddin.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hadir ke majlis perjumpaan pemimpin masyarakat 
Parlimen Pagoh, di Kompleks Sukan Pagoh, hari ini.

PAGOH: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, tidak guna berpolitik jika ia tidak memberi faedah kepada kehidupan rakyat, terutama ketika menularnya pandemik Covid-19.

Katanya, apakah tujuan berbahas mengenai politik sedangkan rakyat, terutama yang tinggal di kampung, semakin terhimpit berikutan wabak COVID-19.

“Kalau sebagai perdana menteri hanya nak jaga kedudukan, nak berpolitik sepanjang masa, tiada gunanya memegang jawatan tertinggi kerajaan.

“Rakyat mengadu susah, makan tak cukup, gaji tak ada, dibuang kerja, berniaga tak laku, orang tak datang beli barang. Inilah masalah kita sekarang, bukan berpolitik yang tidak habis-habis.

“Sebab itu saya amat bersetuju dengan saranan Yang di- Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, supaya kita lupakan politik dan tumpukan untuk terus bela dan bantu rakyat, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan ahli Parlimen Pagoh dengan pemimpin masyarakat tempatan, di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau tidak mengulas mengenai isu politik sejak menjawat jawatan berkenaan bagi membolehkannya menumpukan perhatian kepada isu membela kebajikan dan membantu rakyat berdepan wabak Covid-19.

“Saya sejak jadi perdana menteri, saya memang tidak mahu cakap soal politik, jika saya cakap soal politik rakyat akan marah pada saya.

“Rakyat sibuk dengan hal Covid-19 sehingga ada yang berkata, ‘kami susah, dia duduk sibuk cakap soal politik tak habis-habi’s.

“Siapa nak jadi perdana menterilah, siapa nak jadi timbalan perdana menterilah, siapa nak jadi ketua bahagian.

“Masyarakat hari ini sudah meluat. Sebab itu saya elak buat pelbagai kenyataan politik, bukan saya tidak tahu, saya sudah hampir 40 tahun dalam politik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan memulakan pembinaannya tidak lama lagi.

“HSR KL ke Singapura akan bernilai lebih RM50 bilion dan jadual pembinaan dijangka dalam tempoh 7 tahun dan ia mula (dibina) tidak lama lagi dan siap pada tahun 2029. Satu daripada hentiannya ada di Pagoh.

“Zon ekonomi Pagoh seluas 4,000 ekar pula akan dibangunkan oleh Sime Darby Properties dan seluruhnya akan dijadikan zon ekonomi bebas dan dalam (zon) itu akan ada kemudahan dari segi cukai.

“Saya juga sedang cari jalan untuk banyak syarikat gergasi besar luar negara datang ke Pagoh. Kalau ini dapat dilakukan, peluang pekerjaan, perniagaan dan ekonomi di Pagoh akan lebih terjamin,” katanya.

Tambahnya, beliau juga sudah menemui beberapa syarikat besar, antaranya berkaitan aktiviti pemasangan kereta nasional bagi membawa industri pemasangan komponen kereta nasional ke Pagoh.

PEMBERITAHUAN:

 BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT '

MP Pasir Gudang dinasihat fahami titah Agong

 DATUK DR WAN AHMAD FAUZI WAN HUSAIN

SAYA diminta untuk mengulas kritikan YB Hassan Abdul Karim terhadap titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam kenyataan Istana Negara bertarikh 28 Oktober 2020. Izinkan saya menyampaikan pandangan seperti berikut:

(1) SPB Yang di-Pertuan Agong telah menyampaikan nasihat Baginda melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja agar RUU Perbekalan tidak ditolak semata-mata permainan politiking kerana itu boleh menjelaskan kepentingan rakyat.

Situasi semasa amat kritikal yang memerlukan RUU Perbekalan dibahaskan dan diluluskan dengan merit bagi menangani penularan wabak COVID-19 serta keperluan barisan depan juga pemulihan ekonomi negara.

(2) Nasihat yang disampaikan oleh YDPA ialah susulan daripada nasihat-nasihat terdahulu atas kapasiti Baginda sebagai ketua utama negara yang juga merupakan entiti tertinggi dalam Parlimen.

(3) Pada hakikatnya negara kita tidak mengamalkan prinsip pengasingan kuasa seperti di Amerika Syarikat. Malah prinsip pengasingan kuasa sebenar-benarnya juga tidak berlaku di England. Sebaliknya prinsip Perlembagaan kita menetapkan cabang-cabang kuasa di bawah YDPA dan MRR yang terdiri daripada cabang perundangan, eksekutif dan pentadbiran keadilan. Justeru, kita dapat melihat fungsi YDPA dalam ketiga-tiga cabang kuasa tersebut dengan jelas.

(4) Nasihat YDPA tidak menyentuh atau menghalang penjalanan proses di bawah peruntukan-peruntukan seperti yang dibangkitkan dalam kenyataan akhbar YB Hassan.

(5) Sebaliknya, kenyataan media YB Hassan cuba mempertikai prerogatif YDPA untuk menyampaikan nasihat agar prosiding Parlimen tidak diganggu semata-mata ada kepentingan yang tidak sesuai dijadikan keutamaan buat masa ini.

(6)Tiada dalam mana-mana perenggan kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang bermaksud menghalang mana-mana Ahli Parlimen untuk berbahas dan membuat undian. 

Nasihat YDPA lahir daripada keprihatinan Baginda kepada keperluan semasa serta kegusaran Baginda jika RUU Perbekalan tidak diluluskan bukan kerana alasan merit, tetapi jika digerakkan oleh motif politiking.

(7) Perlu ditegaskan bahawa sumpah Ahli Parlimen untuk memelihara, mempertahan dan melindungi Perlembagaan Persekutuan termasuklah kewajipan untuk menghormati prerogatif YDPA yang merupakan entiti tertinggi dalam Parlimen dan pemerintahan Persekutuan. 

Malangnya pada hari ini integriti segelintir Ahli Dewan Rakyat mula dipertikai oleh rakyat kerana aktiviti politiking sejak akhir-akhir ini. Justeru titah nasihat YDPA itu tidak wajar dijadikan polemik.

(8) Saya menghormati kebebasan seorang Ahli Parlimen untuk bersuara. Namun tidak adil jika kenyataan seorang Ahli Parlimen itu dibuat tanpa meneliti maksud dan tujuan titah nasihat YDPA. Kenyataan Istana Negara bertarikh 28 Oktober sepatutnya dihormati malah tidak sekali-kali cuba diputar belitkan oleh mana-mana pihak sehingga boleh mencabar kewibawaan nasihat YDPA.

(9) Saya berpandangan bahawa perenggan akhir kenyataan media YB Hassan merupakan satu tuduhan liar yang cuba berselindung atas nama ‘amalan demokrasi berparlimen’.

YB Hassan mungkin terlupa bahawa YDPA merupakan bahagian tertinggi dalam institusi Parlimen bahkan Baginda mempunyai kewajipan di bawah Sumpah YDPA untuk memerintah dengan adil dan memelihara keamanan dalam negara.

Sebagai YDPA berposisi pemerintah tertinggi Persekutuan sudah pasti Baginda berhak menyampaikan apa jua nasihat yang Baginda fikirkan mustahak dan perlu. 

Malah Baginda berhak mengulangi nasihat yang sama di Parlimen di bawah Perkara 60 Perlembagaan Persekutuan sebelum bermula mesyuarat ke III bagi Penggal ke III Parlimen ke-14, bulan depan jika Baginda berkenan.

Apa yang jelas, YDPA hanya menzahirkan hasrat Baginda, tiada unsur paksaan atau sebarang tegahan untuk mana-mana Ahli Parlimen berbahas. 

Baginda boleh sahaja memperkenankan permintaan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat bagi memudahkan proses kelulusan belanjawan negara, tetapi itu tidak berlaku lagi buat masa ini.

Justeru, YB Hassan dinasihati agar meneliti semula teks kenyataan Istana Negara serta bersangka baik dengan hasrat YDPA.

Daulat Tuanku.

(*) DATUK DR WAN AHMAD FAUZI WAN HUSAIN
Pengasas Jurispruden Watan merangkap Profesor Madya Fakulti Pengurusan Industri, UMP – HARAKAHDAILY

Analisis kajian aktiviti ‘cybertroops’

HARAKAH DAILY

BERDASARKAN Laporan The Global Disinformation Order: 2019 Global Inventory of Organised Social Media Manipulation oleh Bradshaw dan Howard (2019), propaganda menggunakan komputer menerusi penggunaan algorithm, automasi dan data raya dalam membentuk pemikiran manusia telah menjadi semakin berleluasa dan menguasai kehidupan kita sehari-hari.

Kajian telah dijalankan menggunakan metodologi, analisis kandungan, tinjauan literatur, kajian kes dan rundingan dengan pakar.

Kempen manipulasi sosial media

Bukti menunjukkan bahawa kempen manipulasi sosial media yang terancang telah ditemui di 70 buah negara pada tahun 2019 bertambah daripada 48 negara pada tahun 2018 dan 28 negara pada tahun 2017.

Dalam setiap negara yang dikaji, sekurang-kuarangnya sebuah parti politik atau agensi kerajaan menggunakan media sosial bagi membentuk pemikiran dan tingkah laku masyarakat. Walaupun terdapat banyak jaringan sosial media yang ada, Facebook didapati menjadi pilihan paling popular bagi manipulasi sosial media. 

Bagi Malaysia, laporan menunjukkan bahawa Facebook, Twitter, Whatsapp dan Youtube menjadi platform utama bagi manipulasi sosial media bagi aktiviti cybertroop.

Dapatan 1 – Bentuk organisasi

Laporan tersebut telah mengkategorikan bentuk organisasi yang menaungi aktiviti cybertrooper kepada lima jenis iaitu:

(1) Agensi kerajaan.

(2) Parti politik dan ahli politik.

(3) Organisasi swasta.

(4) Organisasi dari orang awam.

(5) Individu dengan pengaruh.

Dapatan kajian bagi Malaysia menunjukkan terdapat lebih dari sebuah agensi kerajaan, parti politik atau ahli politik serta organisasi swasta yang memainkan peranan menggunakan propaganda berkomputer bagi memanipulasi pemikiran orang awam. Turut ditemui adalah bukti dari organisasi orang awam serta individu dengan kelompok pengaruh misalnya golongan belia, penggodam dan lain-lain.

Kajian mendapati bahawa propaganda ini dinaungi oleh organisasi yang terancang dan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu sewaktu pilihan raya.

Dapatan 2 – Jenis akaun palsu yang digunakan

Akaun palsu menjadi alat penting bagi cybertrooper menyebarkan propaganda mereka. Kajian tiga tahun ini menunjukkan tiga jenis akaun palsu yang utama iaitu yang dikendali melalui bot, manusia dan cyborg. Selain itu terdapat juga mereka yang menggunakan akaun curi atau yang telah digodam.

Kajian terhadap Malaysia telah menemui bukti bahawa aktiviti cybertroop ini secara utama telah dikendalikan melalui akaun bot. Bot adalah akaun dengan kuasa automatik tinggi yang direka bagi menyerupai perlakuan manusia di atas talian.

Dapatan 3 – Strategi mesej

Aktiviti cybertroop menggunakan pelbagai bentuk mesej dan strategi tarikan dalam berkomunikasi dengan pengguna di atas talian. Laporan ini telah mengkelaskan lima kategori bentuk mesej yang telah direka iaitu:

(1) Menyebarkan propaganda pro-kerajaan atau pro-parti.

(2) Menyerang atau mengemukakan kempen memburukkan pihak lawan.

(3) Mengalih atau mengubah kritikan dari isu sebenar yang penting.

(4) Memandu pembahagian dan polarisasi.

(5) Tekanan melalui serangan peribadi atau gangguan.

Bukti bagi kajian di Malaysia menunjukkan bahawa mesej yang kerap digunakan adalah melalui penyebaran propaganda yang menyokong pro-kerajaan atau pro-parti, serangan terhadap parti lawan terutamanya dengan mengadakan kempen yang menjatuhkan mereka serta memberikan tekanan misalnya melalui serangan atau gangguan peribadi.

Dapatan 4 – Strategi komunikasi

Cybertrooper menggunakan strategi komunikasi yang pelbagai dan dikategorikan sebagai yang berikut:

(1) Mereka maklumat yang tidak benar serta manipulasi media.

(2) Laporan besar-besaran kandungan atau akaun.

(3) Strategi berpandukan data.

(4) Pelawakan, pendedahan sulit dan gangguan.

(5) Menggandakan kandungan dan media atas talian.

Bukti menunjukkan bahawa propaganda berkomputer yang berlaku di Malaysia telah disebarkan dengan cara manipulasi media dan penyebaran maklumat yang tidak benar, strategi berpandukan data serta penggandaan mesej dan kandungan misalnya dengan menggunakan hashtag.

Manipulasi media dan penyebaran maklumat yang salah telah dijalankan misalnya menggunakan video serta laman web berita palsu. Strategi berpandukan data pula adalah di mana data pengguna telah diperolehi secara online atau offline serta pengiklanan dalam media sosial yang popular secara berbayar.

Dapatan 5 – Kapasiti cybertroop

Laporan ini juga telah cuba mengkaji tiga aspek penting berhubung kapasiti cybertroop iaitu: saiz pasukan, belanjawan dan perbelanjaan serta latihan kemahiran dan pengetahuan. Pasukan ini juga dikenalpasti melalui empat kategori iaitu pasukan dengan kapasiti tinggi, medium, rendah dan minimal. 

Bukti dari Malaysia menunjukkan bahawa kemungkinan pasukan cybertroop yang ada mempunyai pasukan yang tetap dengan kapasiti ahli di antara 50 ke 2,000. Di samping itu latihan yang diberi adalah secara formal dan secara keseluruhannya dikategorikan sebagai pasukan dengan kapasiti medium.

Kesimpulan

Laporan kajian ini telah menyerlahkan bagaimana agensi kerajaan dan parti politik tertentu telah menggunakan media sosial bagi propaganda politik, mencemarkan informasi digital serta menekan kebebasan akhbar dan hak bersuara dalam masyarakat.

Media sosial yang seharusnya menjadi saluran pengukuhan kebebasan dan demokrasi kini kian menjadi wasilah bagi penyebaran maklumat yang tidak benar, pencetus kepada jenayah yang mengakibatkan pengurangan kepercayaan terhadap media dan demokrasinya.

Rujukan: 
Bradshaw, S. & Howard, P. N. (2019. The Global Disinformation Order: 2019 Global Inventory of Organised Social Media Manipulation. Computational Propaganda Research Project, University of Oxford.

QGENANALYSTS (QGA)– HARAKAHDAILY

Sumber Asal: https://www.facebook.com/QGenAnalysts/posts/2768039583484906