HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 November 2008

Guan Eng tidak nafi penyertaan Arif Shah ke PKR

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


SHAH ALAM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menafikan khabar angin yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau bagaimanapun turut tidak mengesahkan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar itu yang kononnya penyertaan Arif ke PKR kerana kecewa dengan penyokong Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.

"Kami dalam Pakatan Rakyat menerima sesiapa sahaja yang ingin masuk menyertai kami yang menyokong prinsip yang kami perjuangkan.

"Saya pun tidak tahu dari mana laporan ini datang," katanya dalam sidang media selepas menghadri Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Menurut Lim lagi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti demokratik mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai mana-mana komponen Pakatan Rakyat sama ada DAP, PKR mahupun PAS.

Tambah beliau lagi, sesiapa sahaja yang menyertai Pakatan Rakyat seharusnya sedar mengenai matlamat yang diperjuangkan berdasarkan prinsip keadilan sejagat.

Ditanya sama ada wujudnya usaha daripada pihaknya untuk membawa Arif yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu menyertai Pakatan Rakyat, beliau enggan mengulas lanjut.

Mengulas mengenai kehadiran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke Pulau Pinang Jumaat lalu, Lim berkata perkara itu tidak memberi sebarang pengertian mengenai pendirian politik Zaid.

"Saya menghargai kehadiran Zaid bukan sahaja ke Kongres PKR malah ke Jamuan Makan Malam Raksaksa di Pulau Pinang.

"Ini menunjukkan beliau berkongsi wawasan yang sama dengan Pakatan Rakyat untuk wujudkan sebuah negara yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama," katanya.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan, Arif Shah berada dalam keadaan dilema sama ada ingin terus kekal bersama Umno atau menyertai Pakatan Rakyat.

Arif Shah yang merupakan satu-satunya ADUN yang berjaya mengekalkan kerusi cawangannya untuk penggal kedua di bahagian Permatang Pauh berkata, beliau sedang serius mempertimbangkan kedudukan politikynya itu berikutan apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa yang teruk dalam kepimpinan Umno Permatang Pauh yang diketuai Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Guan Eng tolak desas desus tukar Timbalan Ketua Menteri I

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


SHAH ALAM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak sebarang desas desus akan berlaku rombakan pentadbiran dalam kerajaan negerinya melibatkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin.

"Buat masa ini tidak ada apa-apa cadangan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana jawatan Timbalan Ketua Menteri I akan dilantik oleh PKR.

"Kerana saya masih belum mendapat apa-apa makluman, saya rasa perkara ini tidak berbangkit," katanya kepada media selepas menghadri Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Tambah Lim lagi, isu berkaitan lantikan bagi jawatan tersebut seharusnya dirujuk kepada pimpinan PKR.

Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin yang tersebar di internet yang mengatakan jawatan berkenaan akan digantikan ekoran kritikan negatif mengenai prestasi timbalannya itu.

Menerusi tulisan di beberapa blog, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu dikritik hebat kerana didakwa tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan sebagai orang nombor dua dalam kerajaan Pulau Pinang.

Dalam penjelasannya, Lim berkali-kali menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dalam pentanbirannya kerana tidak mempunyai sebarang cadangan mahupun tuduhan mengenai Fairus daripada PKR.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan pencapaian Fairus setakat ini, beliau berkata sebagai pemimpin mereka tidak boleh ada sifat mudah berpuas hati.

"Kami fikir kami nak buat yang terbaik, kalau kita cepat puas hati maknanya kita tak boleh buat dengan lebih baik lagi.

"Jadi kami akan buat yang terbaik untuk kita buat perubahan," katanya.

Tambah beliau, Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS akan terus berusaha dengan baik sebagai satu kumpulan.

"Kerjasama ini bukan sahaja dalam kerajaan, malah dalam parti.

"Kami kerja dalam kumpulan yang ada tiga kumpulan di dalamnya yang digabungkan menjadi satu," katanya.

Nelayan diingat tidak sertai mogok anjuran DAP

BERNAMA


KUCHING: Kira-kira 70,000 nelayan di negara ini diingatkan agar tidak menyertai mogok anjuran DAP bulan depan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Karim.

Beliau berkata DAP mahu bertindak sebagai jaguh kepada nelayan tetapi tidak pernah berusaha untuk membantu dan membangunkan industri perikanan negara.

"Kita mengingatkan para nelayan agar tidak terbabit dengan mogok pada 12 Dis ini dan jika ada pihak yang terbabit, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk menarik balik semua keistimewaan dan subsidi yang telah kerajaan beri," katanya di sini hari ini. Beliau berkata baru-baru ini Anggota Parlimen DAP Bandar Kuching, Chong Chieng Jen telah mengemukakan usul di Parlimen berhubung empat permintaan DAP iaitu menurunkan harga minyak subsidi kepada RM1.00 seliter berbanding RM1.43 sebelum ini, mengurangkan pencerobohan nelayan asing, mendakwa masih ramai nelayan belum menerima elaun sara hidun RM200 sebulan dan mahu Zon A dan Zon B perikanan dibuka kepada nelayan asing.

Bagaimanapun katanya usul daripada DAP itu telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat sebelum ia dapat dibentangkan.

Rohani berkata kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) sebenarnya telah banyak memberi keistimewaan kepada nelayan di negara ini khasnya bantuan subsidi seperti elaun sara hidup RM200 sebulan termasuk awakawak, subsidi petrol dan diesel, insentif 10 sen setiap kilogram hasil tangkapan dan banyak lagi bantuan lain.

Katanya apa yang dinikmati oleh nelayan di Malaysia ini mungkin tidak dinikmati oleh nelayan lain di dunia termasuk di negara maju.

"Sebenarnya ramai yang telah menikmati kemudahan daripada kerajaan ini, namun mereka yang menerimanya tidak banyak yang mahu bercerita kepada orang lain, kecuali mereka yang tidak menerima bantuan, walaupun sedikit, mereka kata ramai yang belum dapat," katanya.

Menurut Rohani kerajaan tidak memberi subsidi sewenang-wenangnya kepada pemohon kerana latar belakang mereka perlu diteliti untuk memastikan mereka yang terbabit betul-betul layak untuk mendapat bantuan.

Katanya nelayan yang belum lagi menerima sebarang insentif daripada kerajaan diingatkan agar bersabar kerana proses untuk mengeluarkan bantuan tersebut mungkin memakan sedikit masa.

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu – Umno Sukar Menentukan Calon

Ditulis oleh MatStringer


Kuala Terengganu – Petunjuk berkaitan calon-calon yang akan bertanding untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mungkin akan diketahui awal minggu hadapan.

Secara rasmi, PAS Terengganu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan PRK Kuala Terengganu.

Manakala pihak lawan UMNO, menurut Ketua Penerangannya Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, parti itu dijangka akan membincangkan agenda PRK Kuala Terengganu pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang akan diadakan pada Rabu ini (3hb).

Namun mesyuarat tersebut mungkin tidak dapat memutuskan calon yang akan bertanding sebagaimana kenyataan beliau yang di petik The Star Online.

Ia adalah kerana menurut Mohammad UMNO juga akan turun ke Kuala Terengganu untuk membuat tinjauan bagi menentukan calon.

“UMNO akan turun ke Kuala Terengganu secepat mungkin untuk melihat apa yang harus dibuat dan tindakan yang akan diambil bagi persiapan memastikan kerusi tersebut dikekalkan oleh Barisan Nasional,”kata beliau di Putrajaya semalam.

Mengulas kenyataan Mohammad, Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat@Ramli berkata tindakan Umno pusat untuk turun ke Kuala Terengganu adalah kerana parti itu dalam keadaan tertekan dan sukar untuk menentukan calon.

Beliau yang juga Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Terengganu berkata masalah perpecahan Umno Terengganu masih belum selesai.

“Pihak yang menyokong Pengerusi UMNO Terengganu, Dato’ Ahmad Said, mahukan calon (PRK Kuala Terengganu) dari kalangan mereka,

“manakala pihak yang menyokong bekas Pengerusi, Dato’ Seri Idris Jusoh juga mahukan calon dari kalangan mereka,”kata Hanafiah.

Dalam perkembangan yang sama, Hanafiah berkata PAS Terengganu mungkin akan turut membincangkan perkara berkaitan PRK Kuala Terengganu pada mesyuarat ‘rutin’ Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang dijadualkan pada 6hb depan.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang lagi Jawatankuasa PAS Terengganu, Ustaz Mohd Pauzi Muda yang dihubungi semalam.

“Oleh kerana perkara ini (PRK Kuala Terengganu) baru timbul, mungkin akan dibincangkan,”kata Mohd Pauzi.

Saya masih ahli Umno dan belum dipecat - Zaid Ibrahim

KLPOS


BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee terus mencetuskan persoalan mengenai fahaman politik mereka apabila muncul membuat kejutan di majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

Bagaimanapun Zaid yang ditemui selepas itu tetap menafikan penyertaannya sebagai ahli parti berkenaan.

"Ya, saya masih ahli Umno, saya masih belum dipecat," katanya ringkas.

Jelas beliau kehadirannya ke kongres berkenaan kerana menerima jemputan dan atas dasar minat yang mendalam tehadap politik.

Ditanya sama ada kekerapannya yang dilihat sering menghadiri majlis-majlis anjuran parti pembangkang sejak akhir-akhir ini adalah kerana bagi menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat, beliau tetap menidakkannya.

"Saya sekadar tunjukkan minat dalam politik...itu saja," katanya.

Menurut beliau, pakatan pembangkang bukanlah musuh namun sekadar kelompok masyarakat yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam politik.

Diminta mengulas sama ada beliau sedar bahawa dengan kehadirannya hari ini akan menyebabkan Umno akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau berkata tidak takut mengenai perkara itu.

"Saya rasa saya tak takut mengenainya (tindakan), saya lebih takut akan kesihatan saya sekarang ini...saya tak berapa sihat," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehuddin Hashim turut mengesahkan bahawa hingga kini PKR masih belum menerima sebarang permohonan kemasukan Zaid mahupun Yong.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bimbang jadi ikutan

ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAMRAN SARAHAN


KUALA LUMPUR: Barangkali ada beranggapan ia kebetulan, tetapi realitinya belum pernah industri hiburan tanah air menyaksikan terbongkar kisah sekurang-kurangnya 18 artis terbabit masalah rumah tangga dengan sebahagian besar membabitkan kes perceraian hanya dalam tempoh 11 bulan.

Lebih ‘menakjubkan’, dalam tempoh itu perceraian di kalangan golongan terbabit berlaku hampir setiap bulan.

Berdasarkan rekod, penyanyi, Azharina Azhar atau Azharina, 23, membuka tirai episod perceraian 2008 apabila bercerai dengan suaminya Datuk Sukri, 50, pada Februari lalu.

Ini diikuti penyanyi, Farah Asyikin Zulkifli atau Farah Asyikin, 28, dengan Dr Fariz Yahya, 30 (26 Mei), sehinggalah yang terakhir pelakon, Nasrizal Ngasri atau Bell, 29, dengan Nur Farhana Mahamad Fauri, 26, (24 November). Noraniza Idris, 40, turut bercerai untuk kali kedua dalam tempoh berkenaan, tetapi tarikhnya tidak diketahui.

Menarik mengenai kontroversi membabitkan Bell, pelakon filem baru Antoo Fighter itu pernah membuat penafian menghantar SMS cerai kepada isterinya dan mengakui hanya mengikuti sesi kaunseling di akhbar ini, tetapi kebenaran akhirnya terungkai apabila kes SMS itu dibawa ke mahkamah sehingga sah bercerai talak satu.

Selain perceraian, beberapa artis turut terbabit pergolakan rumah tangga dengan kisah pelakon, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, dan Arbaeyah Abdul Manan atau Abby Abadi, 30, paling hangat diperkatakan, terutama selepas Norman ditangkap khalwat dengan pelakon baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20. Abby meminta supaya diceraikan tetapi sehingga hari ini tiada kisah terbaru daripada mereka.

Kisah penyanyi, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau Erema yang memfailkan cerai terhadap suaminya, Jamaludin Sulik atau Seri Bayu, 43, juga mendapat perhatian kerana permohonan cerai dibuat ketika penulis lirik itu menderita penyakit saraf dan dalam keadaan tidak upaya.

Kes tuntutan cerai Erema akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya Selangor, 1 Disember ini.

Turut tersenarai dalam kontroversi pergolakan rumah tangga sepanjang tempoh 11 bulan ini ialah pelakon, Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 28, atau Beego dengan isterinya Intan Shahira Mohd Shahru, 27, yang kesnya masih dalam perbicaraan dan penyanyi, Jamaluddin Elias, 48, atau Nash dengan Sosilawati Lawiya, 44, yang perbicaraan kes perceraian mereka sudah selesai tetapi masih tinggal berasingan walaupun mahkamah memutuskan mereka sah sebagai suami isteri.

Pengarah dan pelakon, Aziz M Osman, 46, pula meragui status perkahwinannya dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22, sehingga terpaksa mencari penyelesaian di Mahkamah. Kes ini masih dalam perbicaraan.

Terbaru, penyanyi dan pelakon, Mohd Radhi Razali, 31, atau Radhi OAG turut terbabit dalam kemelut pergolakan rumah tangga di kalangan artis apabila isterinya, Shazlin Sharif, 30, memohon fasakh dan pengesahan perceraian. Bagaimanapun, Radhi tidak hadir buat kali ketiga 25 November lalu.

Bagi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), ia fenomena membimbangkan, manakala Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Penyanyi Pemuzik Dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita) mahu campur tangan untuk membantu dengan mempertimbangkan mengadakan kursus mengenai pentingnya institusi perkahwinan dan kebahagiaan rumah tangga kepada golongan terbabit.

Presiden PGSM, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata apabila timbul masalah membabitkan artis, sekalipun mengenai pergolakan rumah tangga, ia wajar diberi perhatian serius kerana mereka (artis) ‘milik masyarakat’.

“Artis perlu sedar mereka ada peminat yang mengikuti perkembangan hidup mereka. Sebab itu mereka perlu berhati-hati dan bersikap rasional dalam apa jua tindakan yang bakal diambil.

“Segala keputusan, sama ada suka atau tidak, mereka perlu fikir panjang. Ini kerana permasalahan itu, mahu tidak mahu, terpaksa dikongsi dengan peminat dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, dia khuatir perceraian di kalangan artis dianggap perkara biasa dan secara tidak langsung menjadi ikutan membuta tuli.

“Kita tidak mahu tanggapan begini terjadi, ia (perceraian) dianggap norma biasa. Orang akan kata, perceraian bukan perkara asing lagi, apatah lagi membabitkan artis,” katanya.

Tambah beliau, artis juga tiada pilihan dan perlu menjadi contoh dan teladan baik kepada peminat dan masyarakat yang memerhatikan mereka.

Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof, pula berkata adalah wajar artis yang hendak berkahwin diberi kursus tambahan atau ceramah khas mengenai kepentingan perkahwinan.

Katanya, walaupun ada kursus dijalankan jabatan agama, perlu ada ‘pengisian’ tambahan kepada artis supaya mereka lebih memahami tanggungjawab yang perlu ditunjukkan dalam masyarakat.

“Saya akan usulkan dalam mesyuarat akan datang mengenai masalah (perceraian) ini dan mencadangkan supaya diadakan ceramah atau kursus tambahan. Kita akan meminta kerjasama jabatan agama terbabit untuk melaksanakannya.

“Bukan niat mencampuri urusan rumah tangga artis lain, tetapi sebagai orang lama dalam bidang ini, artis perlu sedar tanggungjawab mereka besar, tidak saja kepada isteri dan keluarga tetapi masyarakat,” katanya.

Mustapha berkata, artis tidak boleh mendabik dada dan mengambil sikap sambil lewa, terutama dalam kes perceraian, kerana mereka perlu fikirkan akibat perbuatan mereka.

“Saya faham, bukan senang menjadi artis. Saya melaluinya selama bergelumang dalam dunia seni, sebab itu saya nasihatkan mereka (artis) supaya berhati-hati dengan apa-apa jua tindakan dan tingkah laku.

“Mereka perlu pandang ke depan, jika tersilap langkah banyak kesan negatif. Ia bukan saja membabitkan keluarga dan diri sendiri, malah kerjaya, termasuk produksi, pengarah filem dan drama, atau penerbit lagu dan sebagainya.

“Artis tidak sama dengan orang biasa, banyak perkara perlu diambil kira dalam sesuatu keputusan, meskipun membabitkan masalah peribadi. Ada kala, saya bersimpati dengan apa yang menimpa artis, tetapi itu cabaran yang perlu mereka galas,” katanya.

Presiden Papita, Datuk M Daud Wahid, turut bersetuju jika artis yang hendak melangsungkan perkahwinan atau sudah berkahwin diberi kaunseling dan pendedahan agama dengan lebih mendalam mengenai pentingnya menjaga keutuhan rumah tangga yang mereka bina.

Katanya, memandangkan lumrah menjadi artis yang tidak terlepas daripada perhatian masyarakat, cara berkenaan penting bagi memberi kesedaran kepada golongan terbabit.

“Bagi saya, dalam hal ini kekuatan agama penting. Namun saya sedar dunia artis ini lain, banyak dugaan perlu dilalui. Artis itu perlu bijak menangani masalah mereka,” katanya.

Pun begitu, kata beliau, artis perlu menyokong saranan mengadakan kursus tambahan, ceramah dan kaunseling.

“Kalau artis tidak datang ke program dirancang, itu juga menjadi masalah. Sebab itu kesedaran dalam diri artis perlu ada,” katanya.

Selain artis, masalah rumah tangga golongan selebriti di kalangan pengacara televisyen turut mendapat perhatian. Pada 26 November lalu, Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya menetapkan 14 Januari tahun depan untuk sebutan pengesahan lafaz cerai pengacara rancangan 360 Darjah dan Malaysia Hari Ini (MHI), Mazidul Akmal Sidik, 41, terhadap isterinya, Khairul Fazlin Kamaruddin, 38.

Pada 28 November lalu pula menyaksikan Pengacara rancangan 999 terbitan TV3, Zakiah Anas yang memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Mohamad Yusof Mohamad Taib, 46, terpaksa menunggu hampir sebulan lagi untuk mendengar kes berkenaan kerana suaminya tidak hadir.

Kes-kes Bercerai


1. Penyanyi, Azharina Azhar atau Azharina, 23 — Datuk Sukri, 50 (Februari).

2. Penyanyi, Farah Asyikin Zulkifli atau Farah Asyikin, 28 — Dr Fariz Yahya, 30 (26 Mei).

3. Pelakon, Nor’ Ashikin Karman atau Norish Karman, 34 — Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60 (15 Julai).

4. Penyanyi, Siti Fairus Sheikh Mohamed atau Siti Fairuz, 44 — Mohamad Zainuddin Kordi, 45 (14 Julai).

5. Pelakon, Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish, 26 — Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38 (12 Ogos).

6. Penyanyi Norazlina Abd Rahman atau Leina Hangat, 36 — Muhammad Jamal Delaloy Abdullah, 40 (6 Ogos).

7. Penyanyi kumpulan VE, Charma Adizalilullah Abdul Khalil atau Cham VE, 30 — Karmila Khalid, 31 (8 September).

8. Penyanyi, Tengku Anis Soraya Tengku Sulaiman atau Anis Suraya, 28 — Wan Kasmaizi Wan Kamaluddin, 28 (14 Oktober).

9. Pelakon, Emma Akma Yunus atau Emma Akma, 39 — Mohd Kamal Jaafar Sidek, 34 (29 Oktober).

10. Pelakon, Nasrizal Ngasri atau Bell, 29 — Nur Farhana Mahamad Fauri, 26 (24 November).

11. Penyanyi, Noraniza Idris, 40 — dirahsiakan. (Tarikh tidak diketahui)


Kes-kes Bergolak

1. Pelakon, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32 — Pelakon, Arbaeyah Abdul Manan atau Abby Abadi, 30.

2. Pelakon, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 28 — Intan Shahira Mohd Shahru, 27.

3. Jamaluddin Elias atau Nash, 48 — Sosilawati Lawiya, 44.

4. Pengarah dan pelakon, Aziz M Osman, 46 — Nor Radhiah Ramli, 22.

5. Penyanyi dan pelakon, Mohd Radhi Razali, 31 atau Radhi OAG — Shazlin Sharif, 30.

6. Penyanyi, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25 — Penulis lirik, Jamaludin Sulik atau Seri Bayu, 43.

PKR: S'wak jalan baru ke Putrajaya

Abdul Rahim Sabri


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusun strategi baru - menggegarkan Sarawak sebagai langkah baru menuju Putrajaya dalam merealisasikan 'projek 16 September' menukar kerajaan persekutuan.

Katanya, beliau akan ke Sarawak pada 14 Disember ini dan mengarahkan semua pimpinan PKR bergilir-gilir untuk ke sana setiap minggu untuk meraih keyakinan masyarakat di sana pilihanraya negeri, selewat-lewatnya diadakan 2010.

"Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata penasihat PKR dalam ceramah khas malam tadi bersempena kongres nasional kelima partinya selama dua hari di Shah Alam mulai semalam.

"Selesai 14 haribulan saya ke Miri, saya akan minta menteri besar, ahli-ahli parlimen bergilir, tiap-tiap minggu mesti ada rombongan ahli Yang Berhormat dari Semenanjung yang turun ke Sarawak.

"Tanpa kecuali, semua mesti tetapkan jadual dan ikut disiplin parti."

Kempen terbaru mantan timbalan perdana menteri itu dilancarkan di hadapan beberapa ribu hadirin yang memenuhi Stadium Malawati, yang ternanti-nanti kupasan terbaru berhubung isu pertukaran kerajaan, asalnya diura-urakan 16 September lepas.

Langkah PKR itu diumumkan susulan penerimaan baik 12,000 penduduk Sarawak yang dilaporkan menyertai parti itu dua minggu lalu.

Anwar berkata, tarikh 16 September itu, merupakan satu sasaran ke arah untuk membina satu kekuatan bagi menubuhkan kerajaan baru bersama dengan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, mengambil alih kerajaan bukan merupakan satu perkara yang mudah dan menasihatkan agar rakyat sabar menunggu masanya.

"Ini isu yang tidak mudah diungkap dan dilakar dengan kata-kata kerana ada sebab, ada hal yang saya tidak dapat sebutkan.

"Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah.

"Cakap salah, tidak cakap salah, jadi semua serba salah," katanya dengan gaya bernyanyi dan disambut dengan gelak ketawa para penyokongnya.

Sehubungan itu, Anwar berharap orang ramai bersabar walaupun beliau mengakui terdapat ahli-ahli PKR dan rakyat yang ragu-ragu dan tertanya-tanya bilakah beliau akan membentuk kerajaan baru dan berada di Putrajaya.

"Jika Allah mentakdirkan kita menang, kita menang.

"Saya yakin, insya Allah (ke Putrajaya) sebagaimana mana saya yakin (dapat menang lima negeri) sebelum 8 Mac," tambah Anwar.

Beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-12, beliau membuat kejutan dalam ceramahnya di Singapura apabila mendedahkan lima negeri akan jatuh ke tangan gabungan pembangkang.

Kenyataannya itu tidak diterima dengan mudah, termasuk oleh jentera kempen PKR sendiri waktu itu. Bagaimanapun keputusan akhirnya menyerlahkan ketepatan ramalan Anwar.

Tambahnya, keyakinannya untuk mengambil alih kerajaan pusat digerakkan juga oleh penerimaan ramai terhadap Pakatan Rakyat dalam pilihanraya itu dan juga kemenangan beliau di Permatang Pauh, Ogos lepas.

Dalam ceramah itu juga Anwar menyatakan beliau tidak berasa bimbang tentang ketandusan kepemimpinan dalam parti itu untuk meneruskan kesinambungan perjuangan PKR.

Ini kerana, tambahnya, parti itu mempunyai pemimpin-pemimpin muda yang berkelayakan untuk menentukan arah perjalanan parti itu walaupun tanpanya.

Ketua pembangkang itu menjelaskan, PKR akan mengadakan kongres khas untuk merancang penjanaan kekuatan parti pada Februari depan.

Beliau juga menegaskan kesediaan PKR mempertimbangkan desakan sayap Wanitanya yang menuntut penglibatan 30 peratus peranan wanita dalam membuat keputusan dan jawatan utama dalam parti.

Kerajaan bincang penurunan harga minyak esok

BERNAMA


KOTA KINABALU: Kerajaan akan membincangkan penurunan harga petrol dan diesel esok dan keputusannya akan diumumkan awal bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

"Saya akan membincangkan perkara itu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini," katanya kepada pemberita pada majlis dialog dan ramah mesra bersama media Sabah di sini, malam semalam.

Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi awal bulan depan, menjadikan harga petrol di pasaran turun daripada RM2 kepada RM1.85 sen seliter.

Pada 17 Nov lepas, Najib mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 sen kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masingmasing daripada RM2.05 sen kepada RM1.90 seliter.

Dalam perkembangan lain, Shahrir berkata projek perintis pengedaran barang perlu bersubsidi akan dilaksanakan di daerah Sipitang, Sabah dan daerah Saratok di Sarawak pada Januari depan.

Katanya, keberkesanan projek sebulan itu di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang dan Pekan, Pahang, masingmasing pada Ogos dan September lepas dapat mengenal pasti kaedah efektif bagi mengedarkan bekalan daripada pengeluar kepada pengguna dengan mengurangkan peranan orang tengah.

"Kita dapati di kawasan luar bandar, terutamanya di kawasan pedalaman, kos pengangkutan barangan ke tempattempat ini turut mempengaruhi harga barangan perlu bersubsidi," katanya.

"Sistem ini bukanlah untuk menghapuskan sistem pengedaran sedia ada tetapi kita mahu meningkatkan dan menambahbaikan sistem itu agar kurangnya lapisan dari segi pengedaran," katanya.

Wanita Malaysia ditemui mati dalam serangan pengganas di Mumbai

BERNAMA


MUMBAI: Hema Kassipillay, rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang sejak serangan pengganas di bandar raya itu pada Rabu lepas, ditemui mati.

Mayat Hema, 51, yang menginap di Hotel Taj Mahal di sini, yang menjadi tempat serangan pengganas itu, ditemui oleh pasukan perubatan di dalam biliknya pada pukul 6 petang semalam waktu India.

Mayat yang terbakar dan semakin mereput itu ditemui dalam bilik bernombor 637 di tingkat enam hotel dan beliau dipercayai mati akibat sesak nafas.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sir Jamshedji Jeejibhai mendapati tidak ada sebarang kesan tembakan ditemui pada mayatnya.

Menurut seorang rakan keluarganya yang enggan mendedahkan identiti, mayat Hema, yang berasal dari Bangsar, dikenal pasti oleh suaminya K.Sivakumaran menerusi barang-barang kemas yang dipakainya.

Mayat itu dibawa keluar dari tempat kejadian selepas komando India menyerbu kumpulan pengganas itu awal pagi ini.

Mayat Hema yang kini berada di rumah mayat hospital itu akan dijangka akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur Isnin ini.

Tingkat enam bangunan itu dibakar oleh kumpulan pengganas tersebut semasa mereka menawan hotel itu pada hari Rabu lepas.

Hema yang bekerja untuk sebuah syarikat yang berpengkalan di Kuala Lumpur menginap di Hotel Taj Mahal Palace semasa tiba di Mumbai untuk lawatan rasmi.

Hotel itu ditawan oleh pengganas pada malam Rabu lepas, sehari selepas beliau tiba di Mumbai, dan beliau dijadual kembali ke Bangsar pada 5 Disember.

Menurut Sivakumaran dalam temu ramah terdahulu dengan Bernama, sejak serangan itu beliau tidak dapat mengesan Hema, dan kali terakhir rakan sekerja Hema menghubunginya isterinya itu ialah pada pukul 1 pagi 27 November lalu.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu milik PAS - Azmin

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calonnya bagi menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terenggganu.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, pimpinan tertinggi PKR dalam mesyuaratnya semalam menetapkan sedia memberi peluang kepada rakannya dalam pakatan pembangkang itu.

"Malam kelmarin, PKR adakan mesyuarat khas. Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) mengambil ketetapan kerusi (Parlimen ) ini (Kuala Terengganu) secara tradisinya milik teman kita, PAS, " katanya di Kongres Nasional Tahunan PKR di sini.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong kerana penyandangnya sebelum ini iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismailmeninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland kira-kira pukul 6.30 petang, Jumaat lalu.

Azmin juga berkata, walau apa jua keputusan yang diputuskan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP, mereka akan sentiasa berpegang teguh kepada pendirian itu dan akan turun padang memberikan sokongan pada pilihan raya kecil brekenaan nanti.

Dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Allahyarham Razali yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562 undi) dan calon Bebas,Maimon Yusof, 89, (685 undi).

Ahli Parlimen Gombak itu juga berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan tentangan hebat bagi memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu menjadi milik mereka.

"Dulu, Mat Sabu pun kalah dengan majoriti kecil, itu pun sebab ada seorang makcik (Maimon) yang kacau.

"Tapi tak apa, makcik itu pada malam ini sudah setuju akan sokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil itu nanti...tapi makcik mana saya tak tahu," katanya.

Dalam pada itu, Azmin juga berkata, Pakatan Rakyat bersedia menghadapi BN jika pilihan raya kecil juga berlaku di Pensiangan, sabah.

"Insya Allah, kalau BN kalah, sekali lagi kita akan turun berkampung di Pensiangan untuk rampas satu lagi kerusi bagi Pakatan Rakyat," katanya.

Demonstrasi bogel 12 Disember: Ramlan

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR – Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) akan memohon permit untuk mengadakan demonstrasi bogel yang bakal diadakan pada 12 Disember 2008 ini di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, permit berkenaan dimohon daripada Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor awal Disember ini.

“Permit itu akan kami pohon daripada IPK Selangor 1 Disember 2008 ini dan pada hari itu juga Reformis akan lakukan satu kejutan yang kami tidak akan dedahkan buat masa ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Katanya, Reformis merasakan mereka perlu mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya zalim dan menindas rakyat miskin dengan menaikkan kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak 100 peratus.

Ramlan berkata, Abdul Khalid tidak mengetahui cara terbaik menyelesaikan masalah kesusahan rakyat dan Reformis tidak berniat untuk menimbulkan masalah atau menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya ingin menegur pemerintahan Abdul Khalid.

“Jika beliau gagal menurunkan kadar sewa rumah PPRT dalam masa terdekat, kami akan mengisytiharkan ‘perang’ dengan beliau dan kami teguh dengan perjuangan kami walaupun ditangkap, dipukul, dizalimi dan sebagainya.

“Kami juga telah mengadakan pertemuan dan menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit di Selangor berhubung isu ini. Dengan tindakan drastik kami nanti apabila perang telah diisytiharkan, kerajaan negeri mungkin akan kehilangan hasil sebanyak puluhan juta atau ratusan juta. Ini amaran Reformis,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya permit tidak dikeluarkan, mereka masih mempunyai perancangan lain dan mungkin akan menggunakan khidmat guaman untuk menyelesaikan isu kadar sewa rumah PPRT itu.

Bagaimanapun katanya, mereka sudah mempunyai sekumpulan ahli Reformis yang telah menyatakan kesanggupan berbogel semasa demonstrasi bakal diadakan di hadapan SSAAS 12 Disember ini.

Katanya, Abdul Khalid jangan hanya menyalahkan pemerintahan Kerajaan Selangor yang terdahulu sebaliknya perlu mewujudkan pembaharuan dalam pentadbiran di Selangor.

Zaid mungkin sertai pembangkang

UTUSAN ONLINE


SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang hadir pada perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelima di Stadium Malawati di sini hari ini, tidak menolak kemungkinan menyertai parti pembangkang itu pada masa depan.

Mengakui masih menjadi ahli UMNO, Zaid berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung kerjaya politiknya selepas meletak jawatan dalam Kabinet pada 16 September lalu.

''Saya belum memikirkan mengenai politik. Buat masa ini saya mahu fokus kepada yayasan saya. Selepas itu barulah saya akan aktif semula dalam politik," katanya pada sidang akhbar selepas majlis tersebut.

Zaid meletakkan jawatan dalam Kabinet selepas mendapat kritikan pelbagai pihak khususnya dalam Barisan Nasional (BN) terhadap kenyataannya yang membantah penahanan seorang wartawan, Ahli Parlimen dan penulis blog di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 12 September lalu.

Hadir sama pada kongres PKR itu ialah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.

Ditanya mengenai kehadirannya pada majlis itu, Zaid memberitahu, beliau datang sebagai tetamu selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan PKR.

Jelas beliau lagi, kehadirannya adalah untuk mendengar isu yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa di negara ini.

Monopoli punca Melayu gagal

Oleh ZULHISHAM ISHAK


KOTA KINABALU - Monopoli berterusan syarikat-syarikat besar bumiputera terhadap projek-projek mega didakwa menjadi punca utama kegagalan pencapaian 30 peratus ekuiti bumiputera di negara ini.

Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, sikap tamak dan mementingkan diri itu mengakibatkan kadar pencapaian ekuiti bumiputera kini hanya 18.9 peratus.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, keadaan tersebut membuatkan sasaran 30 peratus itu terbantut sekali gus merugikan syarikat-syarikat kecil dan sederhana milik bumiputera.

"Walaupun kerajaan masih belum wujudkan undang-undang antimonopoli di negara ini tetapi perbuatan tersebut tidak harus dibiarkan.

"Syarikat-syarikat besar yang mendapat projek besar tidak beri kepada orang lain sebaliknya mereka sanggup tubuhkan syarikat baru dengan menggunakan nama lain semata-mata untuk mendapatkan semua projek,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui selepas merasmikan Program Memperkasa Ekonomi Bangsa ke-20 di Hotel Beverly, di sini malam tadi.

Abdul Rahim mengulas permintaan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed yang melawat Sabah minggu lalu, supaya projek-projek mega tidak dibolot sepenuhnya oleh syarikat-syarikat besar tetapi turut diagihkan sebanyak 10 peratus kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

Sebelum itu, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai menggesa penghapusan dasar pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam kerana mendakwa ia menjadi halangan dalam mewujudkan kerjasama jitu antara peniaga Melayu, Cina dan India di negara ini.

Abdul Rahim seterusnya berkata, pengagihan projek- projek mega perlu diberikan kuota yang lebih besar kepada syarikat-syarikat yang kecil dan sederhana khususnya kontraktor kelas F.

"Setiap projek besar yang dianugerahkan kepada mereka yang layak, perlu disyaratkan supaya sebahagian daripadanya iaitu 10, 20 atau 30 peratus projek diagihkan kepada kontraktor-kontraktor kecil.

"Tetapi kontraktor-kontraktor kecil itu mestilah berwibawa dan mempunyai rekod cemerlang," katanya.

Dalam hal ini, katanya, Gabem menawarkan diri untuk menjadi rujukan utama pihak yang berkaitan.

Gabem katanya, akan bekerjasama dengan badan, persatuan, koperasi dan dewan-dewan perniagaan milik bumiputera di seluruh negara untuk mendapat maklumat lengkap mengenainya.

Tun M berhak dedah nama

UTUSAN ONLINE


JOHOR BAHRU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhak mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terlibat dengan politik wang demi kebaikan parti.

Calon jawatan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, Dr. Mahathir bagaimanapun perlu mengemukakan bukti kukuh mengenai perkara tersebut.

"Sesiapa sahaja boleh menghantar laporan, malah kalau ada orang lain selain Tun pun boleh hantar laporan.

"Apa yang perlu, mereka kemukakan bukti dan sebagainya kerana menurut Setiausaha Agung UMNO baru-baru ini, terdapat banyak aduan palsu tentang politik wang," katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Tinju Amatur Malaysia berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Kejurulatihan Tinju Kebangsaan Tahap 2 di sini hari ini.

Peralihan kuasa bermakna, tukar pemimpin yang perasuah dan tidak bermoral - Anwar

Wan Nordin Wan Yaacob


SHAH ALAM - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan erti peralihan kuasa adalah menukar pemimpin yang perasuah dan tidak bermoral kepada pemimpin yang bersih.

Namun, ujarnya peralihan kuasa yang diusahakan kerajaan Umno/BN hari ini tidak sedemikian kerana pemimpin yang menggantikan ialah di kalangan mereka yang perasuah, zalim dan maksiat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan khas sempena perasmian Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok.

Beliau juga menyamakan sikap suka menafikan di kalangan pemimpin Umno/BN sama seperti sikap Preisden Amerika, George w Bush yang suka membuat penafian.

Ujar beliau lagi, kerajaan Umno/BN hari ini semakin parah dalam memacu kebajikan rakyat kerana mereka lebih berusaha untuk memacu ekonomi sendiri.

Katanya lagi, hal ini menyebabkan rakyat bertambah muak dan natijahnya hari ini rakyat menolak kepimpinan Umno/BN yang korupsi.

"Rakyat ada pilihan samada hendak kekalkan sisitem yang perasuah, yang mengekalkan ISA, yang meminggirkan kaum miskin, atau rakyat boleh memikirkan perubahan seluruhnya, kalau ini berlaku kita akan benar-benar merdeka, itu pilihan yang ada pada rakyat," katanya.

Beliau percaya jika kepimpinan Umno/BN meneruskan kepimpinan negara hari ini, wang rakyat akan terus dirompak dengan pelbagai alasan termasuk kononnya atas dasar komisen.

Justeru jika rakyat mahu merubah semua kemelut yang ada dalam kepimpina kerajaan hari ini, rakyat perlu mengubahnya segera dan dengan keazaman PAS, KeADILan dan DAP, pastinya perubahan ini boleh berlaku.

Di akhir ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang kini sedang menjalankan ibadah haji, atas kerjasama yang kukuh selama ini.

Beliau juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Chen Ma Hin selain Karpal Singh, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Muda dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar yang sudi hadir dalam perasmian kongres kali ini.

Sabtu, 29 November 2008

Zaid Ibrahim antara tetamu VIP hadir ke Kongres PKR hari ini

KLPOS/ HARAKAH DAILY


SHAH ALAM: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim turut menjadi tetamu yang hadir dalam Perasmian Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di Stadium Malawati Shah Alam pagi tadi.

Kehadiran Zaid bersama beberapa lagi tokoh politik termasuk Dato' Yong Teck Lee dari SAPP dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar mendapat tepukan gemuruh kalangan perwakilan yang menunggu di dalam Stadium.

Beberapa minit selang selepas kehadiran Zaid, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba dengan disambut laungan reformasi.

Sebelum ini Zaid menjadi menteri yang mencetus kontroversi berikutan meletakkan jawatan dalam isu ISA.

Peletakan jawatan beliau menjadi tanda tanya hingga ada yang menyatakan kemungkinan beliau akan menyertai Pakatan Rakyat.

Kongres pagi ini akan dirasmikan oleh Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali gus beliau akan menyampaikan ucapan dasar kongres.

Suasana di dalam Stadium kini semakin sesak dengan kebanjiran perwakilan dan pemerhati selain pihak media yang membaut liputan penuh kongres KeADILan kali ini.

Seluruh kepimpinan KeADILan di peringkat pusat, Pemuda dan Wanita telah sampai dan sedang menunggu untuk perasmian.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Niab Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok.

Perang besar di K.T'ganu: Mampukah BN sekat gelombang PAS kali ini?

KLPOS/ Agendadaily


AL-Fatihah.. atas kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail. Pemergian mengejut Ahli Parlimen Kuala Terengganu ini sewaktu bermain badminton di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands pada jam 6.30 petang Jumaat membuka gelanggang kali kedua pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Kalau sebelum ini di Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu BN berentap dengan PKR... di Kuala Terengganu giliran PAS pula.

Bezanya Permatang Pauh adalah kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan senario dari awal pilihanraya kecil itu sudah nampak memihak kepada PKR tetapi di Kuala Terengganu keadaannya lebih menarik kerana ia dikira 50-50 antara BN dan PAS.

Allahyarham Datuk Razali menang dua kali di kerusi parlimen itu setelah menewaskan Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada pilihanraya umum 2004 dengan 1,933 undi.Allahyarham dapat 30,994 undi manakala Dr Syed Azman 29,061.

Pada pilihanraya umum lalu dalam pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pelajaran itu dengan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan mak chik Maimun Yusof yang bertanding atas tiket bebas Allahyarham menang dengan majoriti tipis 648.

Datuk Razali dapat 32,582 undi ,Mohamad Sabu 31,934 manakala Maimun 685.

Keputusan kedua-dua pilihanraya umum sudah cukup untuk mengambarkan senario yang mendebarkan bagi BN dan PAS untuk mengharungi pilihanraya kecil kali ini.

Menariknya kedua–dua BN dan PAS mempunyai taruhan politik yang amat besar keatas Kuala Terengganu.

Bagi BN setelah tewas di Permatang Pauh ia pasti akan berhempas pulas untuk berusaha mempertahankan Kuala Terengganu.

Bagi PAS pula setelah melepas dari berkuasa sepenggal di Terengganu dalam pilihanraya umum 2004 dan hanya berjaya tawan balik satu kerusi Parlimen sahaja iaitu Marang semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu... Kuala Terengganu pasti menjadi idaman,

Dijangka cabaran terbesar PAS untuk berdepan dengan pilihanraya kecil ini ialah mencari isu untuk menawan pengundi Kuala Terengganu.

Allahyarham Datuk Razali,seorang teknokrat yang tidak banyak diselubungi oleh isu peribadi dan politik untuk dijadikan bahan kempen PAS.

Dalam pada itu sebelum ini kebanyakan serangan PAS di negeri itu ditujukan kepada beberapa isu yang melibatkan bekas Menteri Besar Datuk Idris Jusoh.

Sebaliknya Terengganu kini dipimpin oleh Datuk Ahmad Said yang merupakan tokoh pilihan Istana.

Secara tidak langsung pilihanraya kecil ini akan menjadi ujian besar pertama bagi Menteri Besar Terengganu yang baru itu.

Sejak beliau ambilalih pentabiran belum ada isu besar berbangkit di negeri itu kecuali tidak lama dulu hu ha mengenai cadangan beliau nak tukar kereta rasmi kerajaan negeri dari Proton Perdana V6 ke Mercedes.

Soalan terbesar menjelang pilihanraya kecil itu apakah PAS mampu menyambung gelombang tsunami politik 8 Mac ke Kuala Terengganu.

Badai itu dikira tidak sampai ke Terengganu.Selain dari Parlimen Marang,PAS hanya mampu menawan balik empat kerusi Dewan Undangan Negeri semasa pilihanraya umum lalu.

Dalam pada itu PAS juga kini menghadapi kemelut dalaman.Bukan rahsia lagi parti itu kini sedang dihimpit ‘ perang dingin’ antara puak Erdogan diketuai oleh Datuk Husam Musa yakni yang lebih condong kepada Anwar dengan puak ulama Datuk Seri Hadi Awang yang tidak mahu dicengkam pengaruh Penasihat PKR itu.

Pilihanraya kecil ini juga dijangka akan menjadi medan ‘penilaian’ keatas prestasi kerajaan baru pimpinan PAS di Kedah dan Perak yang diselubungi oleh beberapa isu yang turut dipersoalkan oleh kalangan ahli parti itu sendiri.

Di Kedah misalnya ia berdepan dengan kemarahan orangramai mengenai cadangan projek ladang babi moden di Bukit Selambau dan kegairahan Exco Kerajaan Negeri main golf.

Di Perak,Datuk Seri Nizar Jamaluddin berdepan dengan dakwaan terlalu mengikut telunjuk DAP dan isu pemberian status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru.

Selain itu kegagalan PAS nak terapkan pemerintahan berasaskan pegangan yang digembar gemburkanya selama ini nak wujudkan Negara Islam di negeri-negeri yang baru dikuasainya juga menjadi buah mulut.

Ini tidak masuk lagi banyak janji dalam manifesto Pakatan Rakyat yang belum tertunai hingga membangkitkan rasa tidak puashati mereka yang memangkah pembangkang.

Bagi BN pula tentunya apakah ia mampu menyekat gelombang itu di Kuala Terengganu.

"Tembak menembak" dalam Wanita UMNO yang menjadi salah satu nadi utama kempen pilihanraya kebelakangan ini, menjelang pemilihan jawatan Ketua Wanita ...juga mencetuskan sedikit kebimbangan.

Melihat dari semua sudut ‘ perang Kuala Terengganu’ ini pastinya amat menarik.

PKR sedia kembalikan kedaulatan Raja Beperlembagaan

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia untuk perjuangkan dan mengembalikan kedaulatan institusi diraja berpaksikan sistem Raja Berpelembagaan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata 'kontrak bersama' yang ditandatangani komponen Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu menjelaskan mengenai komitmen terhadap kedudukan Raja-raja Melayu.

"Malaha kita bersedia untuk mengembalikan kekebalan raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan.

"Kita juga akan memberikan komitmen mengenai kedudukan istimewa bangsa Melayu, Bahasa Malaysia dan agama Islam sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan," katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR di sini hari ini.

Menurut beliau pucuk pimpinan Pakatan Rakyat juga telah beberapa kali mengulangi komitmen bersama untuk memperjuangkan hak asasi semua rakyat Malaysia.

Jelasnya perkembangan terbaru itu merupakan kejayaan besar yang menandakan Pakatan Rakyat mempunyai masa depan yang cerah.

"Inilah erti sebenar 'Harapan Baru' yang kita bawa iaitu bersatu dalam kepelbagaian, berusaha gigih membentuk demokrasi plural dan merakyatkan kepesatan ekonomi negara berpandukan pentadbiran yang telus dan adil," katanya.

Tambah beliau lagi pakatan pembangkang itu juga sentiasa bersedia mengamalkan prinsip pasaran terbuka serta pengagihan kekayaan secara adil.

Isu berkaitan dengan kekebalan Raja-raja Melayu ini mula timbul apabila media melaporkan pada Rabu lalu mengenai titah Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar yang mahu kekebalan raja sebagai pelindung dikembalikan.

Dalam ucapannya, Azizah juga menyatakan keyakinan untuk menggerakkan perubahan iklim politik di sabah dan Sarawak.

"Saya yakin ini adalah petanda bermulanya satu pergerakan perubahan di Sabah dan Sarawak.

"Kita juga menjanjikan persembahan menarik dalam pilihanraya negeri Sarawak yang diadakan dalam tahun 2009," katanya.

Tegas beliau juga rancangan peralihan kuasa pimpinan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razakn tidak akan membawa sebarang perubahan positif kepada kerosakan sistem pentadbiran utama seperti badan kehakiman, institusi polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan institusi Parlimen.

Umno bincang pilihan raya kecil Kuala Terengganu Rabu ini

mstar online


PUTRAJAYA: Umno akan berbincang kemungkinan calon-calon dan persediaan-persediaan untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada mesyuarat majlis tertinggi pada Rabu ini.

Ketua penerangannya Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata Umno juga akan memerhatikan keadaan di sana nanti.

“Kami telah kehilangan seorang pemimpin seperti bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang mula memberikan khidmat kepada Kabinet.

"Umno akan turun ke Kuala Terengganu secepat mungkin untuk melihat apa yang sepatutnya dilakukan dan apa persediaan untuk pilihan raya kecil bagi memastikan pemilih kekal dengan Barisan Nasional,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tentang pembangunan luar bandar bersama ahli exco negeri di pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Razali, 59, yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang semalam, ketika sedang bermain badminton di institut itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562 undi) dan calon Bebas, Maimun Yusof, 89, (685).

Berdasarkan prosedur pilihan raya, pilihan raya kecil ini akan diadakan dalam tempoh 60 hari lagi.

Muslimat jangan jadi `kain buruk'

Saidah Hairan


KUALA LUMPUR - Muslimat mesti peka dan sensitif dengan isu semasa disamping mempunyai ilmu yang mantap dan bijak berkomunikasi bagi memudahkan kerja-kerja dakwah disampaikan kepada seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi, kerja-kerja dakwah itu terlalu syumul dan jika muslimat menganggap berdakwah itu sebagai satu profesion maka ia merupakan satu kerja yang terlalu baik.

Beliau mengingatkan seluruh muslimat supaya tidak mudah berasa kecewa atau hina untuk bekerja mengajak manusia kembali kepada Allah sehingga ada sebilangan kecil muslimat berasa rendah diri untuk kerja berdakwah.

"Kita kena rasa seronok dan bangga dengan kerja mengajak manusia untuk kembali kepada Allah kerana Allah mengikhtifar manusia tersebut, tidak ada sebab muslimat berasa kecil hati atau hina sebaliknya perlu bersemangat walaupun tidak ada pengikhtifaran," katanya.

Beliau tidak menafikan memang tidak ada sesiapa yang akan memberi pengikhtirafan sebaliknya hanya menerima tohmahan atau fitnah.

Justeru, katanya muslimat bukan melakukan kerja biasa tetapi tugas yang dipikul oleh Nabi Muhamad s.a.w. di mana Allah SWT telah memerintah Nabi supaya mengajak manusia untuk kembali kepada Allah.

Muslimat juga diingatkan menggunakan kebijaksanaan berdakwah walaupun mendapat halangan daripada pihak musuh yang menggunakan anggota polis untuk melemahkan muslimat meneruskan dakwah.

"Muslimat perlu menjadi air mata yang turun dari bukit, di halang kiri keluar kanan, dihalang atas keluar bawah dan akhirnya boleh meruntuhkan semua dinding yang menghalang," katanya.

Beliau berkata jika berdakwah itu terpaksa berhenti disebabkan ada halangan sudah pasti Nabi Muhammad s.a.w. tidak meneruskan berdakwah setelah mendapat halangan daripada Abu Jahal.

Tugas berdakwah wajib digalas oleh semua pihak dengan tahap dan pemikiran masing-masing tetapi mesti berpanjangan tanpa mengira musim seperti masa kempen pilihan raya.

Beliau menegaskan PAS tidak mahu ada pejuang Islam yang menjadi `kain buruk' iaitu lama menjadi ahli PAS tetapi tidak hadir usrah, mesyuarat, tamrin dan segala program PAS.

Sebagai pendakwah katanya muslimat perlu berani keluar daripada kurungan berdakwah dikalangan ahli-ahli PAS kerana ramai golongan bukan Islam seperti India dan Cina masih tidak tahu kebenaran ajaran Islam.

Menurut beliau kehebatan pendakwah tidak hanya terletak kepada pendidikan dan keanehan idea tetapi terletak pada sejauh mana muslimat boleh menegakkan Islam dalam diri dan keluarganya serta mampu mempengaruhi sasaran.

Beliau turut mengingatkan muslimat supaya berdakwah tidak hanya mengupas isu semata-mata tetapi mampu membentuk ilmu pengetahuan dan berjaya memberi kesedaran serta keinsafan kepada ummah.

Katanya, realiti dakwah sekarang telah melepasi zon demokrasi yang tidak demokratik lantaran itu sistem dakwah mesti peka dan sensititf supaya berjaya melepasi halangan tersebut._

JKKK Dalang Halang mangsa kebakaran dapat bantuan – Kewangan TDI Habis Licin

Wan Kay

Kuala Nerus – Pelbagai kezaliman yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) tehadap rakyat Terengganu yang tidak berdosa.

Terbaru, seorang mangsa kebakaran Puan Zaharah Wan Endut, 51, dari Kampung Bukit Tunggal mendakwa pihak JKKK menjadi dalang yang menghalang keluarganya mendapat bantuan Tabung Darul Iman (TDI).

Warga emas berkenaan telah kehilangan harta benda apabila rumahnya terbakar kira-kira jam 12.00 tengahari 6 Mac lalu.

Menurutnya kebakaran yang memusnahkan seluruh rumah dan peralatannya mengakibatkan beliau menanggung kerugian kira-kira RM 70,000.00, disyakki berpunca dari litar pintas.

“Kami orang susah pergi jumpa JKKK di kampung ini untuk tandatangan borang bantuan Tabung Darul Iman (TDI) tetapi pengerusinya tidak mahu layan kerana (perbezaan fahaman) politik.

“Dia (pengerusi JKKK) kata, saya orang PAS sebab tidak pernah hadir ke majlis anjuran Umno di kampung ini,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata borang permohonan bantuan TDI tidak ditandatangani oleh pihak JKKK berkenaan tetapi terpaksa membuat permohonan melalui saluran lain.

Katanya, beliau bukan sngaja tidak mahu hadir program anjuran Umno namun kesibukan mencari rezeki tambahan dengan menjual goreng pisang setiap petang menghalangnya berbuat demikian.

Akibat kebakaran itu, menurutnya, tujuh ahli keluarganya termasuk anak dan cucunya kini terpaksa menumpang teduh di rumah saudara mara.

Justeru, beliau merayu mana-mana pihak yang prihatin dan bersimpati dengan nasib keluarganya boleh menghanatar sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Zaitun Wan Endut: A/C-1110329846597865.

Tabung Darul Iman (TDI) adalah sebuah tabung kebajikan bagi membantu mangsa-mangsa yang dilanda bencana, ditubuhkan semasa kerajaan PAS Terengganu (1999-2004).

Menurut rekod, ketika Umno mengambilalih tabung tersebut pada Mac 2004, Tabung tersebut mempunyai baki melebihi RM2 juta.

Buletinonline difahamkan, tabung itu kini ‘kering kontang’ setelah semua wangnya ‘habis licin’ dibelanjakan oleh kerajaan ahli-ahli yang berhormat dari kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Pertembungan Impian Pilihanraya Kecil Kuala Teregganu.

Editor Buletin Online

Kuala Terengganu - Berikutan kematian anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Muhamad petang tadi, kini Kuala Terengganu bakal menyaksikan pilihan raya kecil tidak lama lagi.

SiasahDaily membuat telahan awal dengan mengimpikan pertembungan impian adalah antara Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong dengan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid.

Wan Mutalib adalah calon yang disebut-sebut untuk menjadi calon PAS di Kuala Terengganu sebelum PAS Pusat memutuskan untuk mencalonkan Naib Presidennya, Haji Muhamad Sabu di situ.

Wan Farid yang kini adalah senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri pula adalah calon yang disebut-sebut untuk bertanding dalam pilihan raya lalu di kawasan ini tetapi nama beliau hilang selepas itu.

Ramai pihak menganggap pertembungan kedua-duanya adalah pertembungan impian banyak pihak kerana kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua calon itu di kawasan ini.

Wan Mutalib, AJK PAS Pusat, sebelum ini adalah Adun Batu Burok. Beliau kini menjadi Pengerusi JK Pemantau bagi pihak PAS Pusat untuk semua negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Selain beliau, turut tersenarai untuk menjadi calon-calon PAS adalah pesuruhajaya PAS Terengganu sendiri, Datuk Mustafa Ali.

Di pihak BN pula, nama bekas anggota Parlimen Kuala Terengganu, Zuber Embong juga ada disebut-sebut.

Bukan Semua Mengenai Melayu Hambar

A Kadir Jasin


DALAM kita mengkritik dan mempertikaikan kepemimpinan politik Melayu-Bumiputera, kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa semua aspek kepemimpinan Melayu-Bumiputera gagal.

Sebaliknya kerana kepemimpinan yang diterajui oleh Melayulah, Malaysia muncul sebagai salah sebuah daripada sebilangan kecil negara bekas tanah jajahan yang berjaya.

Walaupun kita terus berbalah dan mempertikaikan hak satu sama lain, Malaysia sebenarnya sebuah oasis di tengah-tengah dunia yang bergolak.

Lihat saja penaklukan Amerika di Iraq, peperangan di Afghanistan, keganasan di India, tunjuk perasaan yang melumpuhkan kerajaan di Thailand, penindasan politik di Myanmar dan peperangan kaum di Afrika.

Bukan semua pembesar politik, pentadbir awam, polis dan tentera, cendekiawan, usahawan dan pengurus korporat Melayu hambar, korup dan tidak bertanggungjawab.

Tidak sama sekali. Tetapi oleh sebab orang Melayu ramai dan menerajui bidang-bidang ini, maka seekor dua kerbau yang membawa lumpur maka habis semua terpalit.

Apatah lagi media massa yang dimiliki atau diterajui oleh orang Melayu sendiri sangat gemar memburuk-burukkan bangsa sendiri dengan cerita-cerita sensasi mereka.

Kalau melalui blog ini, saya mengkritik kepemimpinan Melayu yang korup dan hambar, tujuannya adalah agar setitik dua nila yang meleleh itu tidak merosakkan susu sebelanga.

Realitinya, negara bernama Malaysia ini tidak akan terjamin kelangsungannya jika peranan Melayu-Bumiputera yang berupa 60 peratus daripada warganegaranya tidak dimantapkan daripada segala aspek – politik, ekonomi, akidah dan guna tenaga.

Misalnya, sesiapa pun boleh membuat tuduhan terhadap perkhidmatan awam, polis dan tentera, tetapi hakikatnya tanpa orang Melayu yang sedia berkorban, bidang-bidang ini tidak akan terisi.

Kaum-kaum lain boleh membuat pelbagai tuduhan dan memberi pelbagai alasan, tetapi hakikatnya majoriti mereka tidak berminat menyertai perkhidmatan awam, polis dan tentera kerana gaji yang rendah, terpaksa menurut perintah dan berpindah randah.

Orang Melayu pun begitu. Yang berpelajaran tinggi, dwi- atau multi-bahasa dan berkelulusan profesional tidak lagi berminat menyertai perkhidmatan awam, polis dan tentera.

Mereka lebih suka menyertai sektor swasta atau bekerja sendiri. Melalui blog ini sahaja, saya mendapati begitu ramai profesional Melayu yang bekerja dengan syarikat multinasional raksasa di merata dunia.

Melayu sudah menjadi warganegara global dari aspek ekonomi dan bercempera (diaspora). Orang Melayu sudah mula merantau (membangsat, menurut loghat Utara) untuk tujuan ekonomi dan sosial.

(Dengan izin, semua tiga orang anak saya yang dewasa belajar di luar negara – dengan belanja sendiri). Seorang kini menetap di Switzerland. Dua di Malaysia. Seorang menjual insurans bagi pihak syarikat milik Cina. Seorang bekerja dengan syarikat multinasional Amerika. Dalam erti kata yang lain, mereka mempunyai mobiliti global. Dua yang kecil belajar di sekolah kebangsaan.)

Tetapi kita kena ingat. Majoriti orang Melayu-Bumiputera masih memerlukan bimbingan dan bantuan kerajaan. Begitu juga dengan sebilangan orang Cina dan India yang tercicir.

Jadi kepemimpinan Melayu yang cekap, bersih dan amanah adalah kemestian bagi menjamin kesejahteraan semua kaum dan bangsa di negara kita ini, tidak kira si kaya atau si papa.

Dalam konteks ini, saya sangat gembira menyaksikan kejayaan berterusan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan skim-skim saham amanah yang dilancarkannya sejak tahun 1981.

Saya mohon maaf kalau saya emosional mengenai PNB dan skim saham amanahnya kerana sejak 1981 lagi saya membuat liputan dan menjejaki perkembangan agensi amanah Bumiputera ini.

Utusan Malaysia 28 November melaporkan 490 juta unit tambahan Amanah Saham Wawasan 2020 untuk bukan Bumiputera habis dijual dalam tempoh enam jam 10 minit. Unit-unit berkenaan dibeli oleh 70,713 pelabur bukan Bumiputera membabitkan 27,479 pelabur baru.

Sokongan kuat pelabur bukan Bumiputera itu adalah undi percaya kepada PNB, khasnya dan kepada pengurusan Melayu-Bumiputera, amnya.

Memang kita akui bahawa pada tahun 1981, PNB memperoleh pelbagai saham yang dipegang oleh kerajaan bagi pihak Bumiputera pada harga kos (harga pembelian).

Dengan saham-saham itulah PNB melancarkan skim saham amanah yang pertama, iaitu Amanah Saham Nasional pada tahun 1981. ASN kemudian ditukar menjadi Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Selepas itu, PNB terpaksa membuat pelaburan baru, sama ada secara terus atau melalui Bursa Malaysia, dan bersaing di pasaran terbuka untuk memperbesar dan memperkukuhkan portfolio pelaburannya.

Peneraju asal PNB seperti Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Ismail Mohd Ali, Tan Sri Mohd Desa Pachi dan Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim perlu diingati dan diberi penghormatan kerana melatih begitu ramai pengurus korporat dan pelaburan Bumiputera.

PNB membuktikan secara sahih dan mutlak bahawa melalui kepemimpinan yang berwibawa dan berintegriti, Bumiputera boleh dilatih menjadi pengurus yang berjaya.

Sebab itulah banyak pihak yang kebelakangan ini menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan campur tangan politik dan pihak luar dalam urusan PNB.

Ini termasuklah penggabungan tiga buah syarikat perladangan milik PNB, iaitu Sime Darby Berhad, Guthrie Corporation Berhad dan Golden Hope Plantations Berhad – di bawah panji-panji Synergy Drive milik CIMB Bank pada tahun 2006.

Umum tahu bahawa penggabungan itu “dipaksakan” ke atas PNB. Cadangan penggabungan ini pernah dikemukakan oleh seorang penggerak pasaran saham berketurunan Cina pada era Dr Mahathir, tetapi ditolak kerana Dr Mahathir tidak mahu aset PNB disentuh.

Kebimbangan ini terbukti berasas apabila Malayan Banking Berhad, sebuah lagi syarikat milik PNB membuat pelaburan busuk (bad investment) dengan membeli Bank Internasional Indonesia (BII) pada harga empat kali nilai buku.

Pada pandangan saya, antara tugas dan amanah paling berat yang dipikul oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak ialah menjamin aset PNB dan agensi amanah lain seperti Khazanah Nasional, Felda, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak digugat apatah lagi dirompak oleh penyangak korporat.

Sekiranya ini terjadi, Mohd Najib akan dicap sebagai pengkhianat bangsa dan anak derhaka kerana kewujudan agensi-agensi ini adalah legasi bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

'Perang besar' Rafidah - Shahrizat semakin memburuk

Safar Jumaat


'ORANG lihat Rafidah (Tan Sri) kerana dia lama. Orang lihat Rafidah kerana dia garang. Orang lihat Rafidah kerana dia bercakap lantang tetapi orang tidak tahu siapa Shahrizat (Dato' Seri)', kata-kata ini sedang berpindah dari mulut ke telinga dan dari mulut ke mulut.

Memetik kata-kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Johor, Dato' Halimah Mohd Sadique baru-baru ini, jangan 'telanjangkan' Wanita memberi erti, 'peperangan besar' sedang berlaku sekarang, setelah lebih 12 tahun Wanita Umno tidak terlibat dalam 'peperangan' seperti ini.

Orang kuat Rafidah memberitahu, sejarah paling besar Shahrizat dalam Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat ialah kesemua pimpinannya (Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen) tewas sekaligus dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12), 8 Mac lalu.

Sejarah ciptaan Shahrizat ini bukan senang untuk diulangi sesiapa dan jangan pula terkejut jika Shahrizat sekali lagi mencipta sejarah kekalahannya.

Kali ini dia akan kalah di tangan Rafidah pula, pemimpin yang membimbing dia, sejak sekian lama.

Kata penyokong Rafidah, jika gelaran pemangku dijadikan alasan untuk menolak 'Pelan Peralihan Jawatan', ternyata Shahrizat silap. Apakah kalau dia tidak menjadi pemangku, kepimpinannya akan diterima oleh kepimpinan (Wanita) parti-parti komponen yang lain? Jawapannya, belum tentu!

Walau apapun yang Dato' Raja Ropeah Raja Abdullah salah seorang Exco yang menunjukkan belangnya mahu menyokong Shahrizat perkatakan, kononnya Rafidah tidak berbincang terlebih dahulu dan sebagainya..hari ini, Wanita Umno terbahagi dua.

Yang bermati-matian mempertahankan Rafidah, secara total menolak Shahrizat dan yang menyokong Shahrizat, secara totoknya, mahu melihat Rafidah dikalahkah.

Cerita kempen, cerita Shahrizat yang tidak mahukan Dato' Seri Azalina Othman dicalonkan sebagai Naib Ketua Wanita Umno.

Kononnya, jika orang menang diterima, maka beratlah peluang Shahrizat untuk menjadi Menteri semula.

Tetapi kalau orang macam Dato' Kamilia Ibrahim yang sudah tamat dua penggal menjadi Senator dan tidak bertanding dalam PRU 12 yang lalu, Shahrizat dikatakan lebih selesa.

Sejauh mana cerita ini betul, tidak ada siapa yang boleh mengesahkannya tetapi hendak menolak kesemuanya, seperti ada kebenarannya pula. Khabarnya, Shahrizat meyakinkan Rafidah supaya jangan menerima 'kehadiran' Azalina.

Apabila beberapa bahagian mula mencalonkan Shahrizat sebagai ketua dan Kamilia sebagai naib, ada beberapa orang Exco Wanita membisikkan kepada Rafidah, supaya meneliti semula Pelan Peralihan Jawatan dan turut mencari 'regu' baru selepas Shahrizat sudah kelihatan beregu dengan Kamilia;

"Jangan! Saya tidak setuju. Saya mahu terus dengan apa yang sudah dijanjikan," Rafidah dipetik sebagai berkata demikian bagi menolak sangkaan mengatakan dia akan dipermainkan Shahrizat.

Tenyata, cakap-cakap beberapa Exco yang menasihatkan Rafidah dahulu itu, seperti betul-betul berlaku dan Rafidah kini bertanding bersendirian, tanpa ada sesiapa beregu dengannya untuk menjadi naib.

Ketika Shahrizat berseronok menjadi calon yang mewakili Wilayah Persekutuan, khabarnya hanya Wanita Bahagian Cheras di bawah Dato' Faridah Abu Hassan sahaja tidak bersama-samanya tetapi ada juga yang mengatakan Dato' Azizah Samad dari Bahagian Seputeh juga 'disangsikan' pendiriannya menyokong Shahrizat.

Menurut ceritanya, ada tiga nama disenaraikan untuk turut mengutip pencalonan bagi jawatan naib. Pertama Dato' Halimah Mohd Sadique, kedua, Dato' Maznah Mazlan dan ketiga, Azalina. Namun, Halimah tidak berminat kerana mahu memberi peluang penyandang jawatan Timbalan Menteri atau Menteri ke depan.

Kata yang bercerita, Halimah tidak mahu dicalonkan kerana dia serius untuk berundur. Itulah sebabnya, jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Tenggara pun tidak dipertahankannya.

Dia lebih berminat jika Maznah dicalonkan tetapi tidak mendapat restu Rafidah, kerana Rafidah mahu berpegang dengan Pelan Peralihan Jawatan yang sudah disusunnya.

Satu sumber lain pula memberitahu, Shahrizat mendapat nasihat dari bekas Setiausaha Politiknya, yang kini bekerja kuat untuk mempertahankan legasi Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Umno, Dato' Reezal Merican Naina Merican.

Reezal dipercayai menasihatkan Shahrizat supaya menentang Rafidah kerana khuatir Rafidah terus menyerang Abdullah jika dia masih kekal menjadi Ketua Pergerakan Wanita Umno.

Kata sumber itu lagi, Reezal tidak puashati dengan Rafidah yang membuat desakan supaya Abdullah berundur awal dan akibat dari itu, Reezal menyakinkan Shahrizat, dengan bantuan Dato' Alwee Che Ahmad sekali, Abdullah lebih seronok jika Rafidah ditentang dan mengharapkan Shahrizat mempunyai kekuatan mengalahkan Rafidah.

Dalam beberapa wawancara dengan media, Rafidah memang tidak yakin kepada kemampuan Shahrizat untuk menghadapi pilihan raya. Malah, kekalahan Shahrizat di Lembah Pantai di tangan calon KeADILan, Nurul Izzah Anwar yang terlalu mentah menyebabkan Rafidah cukup kecewa.

"Kalau kawasan sendiri pun kalah, macam mana nak buat kerja untuk membantu kawasan lain," sumber itu memberitahu kononnya Rafidah sering mengulang-ulangi ayat serupa apabila bercakap soal Shahrizat mahu bertanding menentangnya.

Itulah sebabnya Rafidah dikatakan memerlukan tiga bulan selepas pemilihan bagi menyusun kerja, memberi keyakinan kepada rakan-rakan komponen dan beberapa strategi lain bagi memudahkan Shahrizat meneruskan tugasnya.

"Malangnya, dia tidak sabar. Dia terpengaruh dengan desakan orang lain yang tidak tahu secara mendalam Pergerakan Wanita Umno dan dia bersedialah untuk menerima akibatnya," kata sumber itu.

Malahan, sumber itu turut menyebut bahawa Pergerakan Wanita Umno tidak akan sekuat sebelumnya selepas pertandingan kali ini, tanpa mengira siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Yang menang akan membawa gengnya bersama dan yang kalah akan terus disisihkan kerana mereka dianggap kumpulan yang tidak tahu bersabar dan tidak tahu erti kesetiaan bila berjanji.

Khabarnya Najib lebih selesa dengan Rafidah tetapi Abdullah dikatakan mahukan Shahrizat.

Ketika Abdullah dilihat tidak bersetuju dengan Tan Sri Muhyiddin, tetapi dalam isu Wanita Umno, Abdullah dan Muhyiddin dikatakan senada mahukan Shahrizat.

Jika Rafidah menang, Muhyiddin dalam bahaya untuk menang kerusi Timbalan Presiden tetapi jika Shahrizat menang, Muhyiddin bolehlah mengadakan kenduri awal di rumah Shahrizat meraikan kemenangan bersama, walaupun pengundian bagi jawatan Timbalan Presiden belum bermula! - mr_

Sabah didiami oleh dua juta pendatang, dakwa Ketua Wanita PKR Negeri

BERNAMA


SHAH ALAM: Sabah kini didiami oleh lebih dua juta pendatang, dan mereka mungkin mengatasi bilangan warga tempatan tidak lama lagi, dakwa Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Saukinah Yusoff.

Beliau berkata perangkaan dari 2005 mendedahkan lebih 80,000 daripada mereka memegang dokumen IMM13, 600,000 tinggal di sana di bawah "projek kad pengenalan kanakkanak", 13,307 pemastautin tetap dan lebih 230,000 adalah pekerja sah.

Dokumen IMM13 merujuk kepada pas khas dikeluarkan Jabatan Imigresen untuk menghadapi pelarian dari Filipina bagi membolehkan mereka tinggal di Sabah.

"Bilangan pendatang yang membanjiri Sabah telah meningkat begitu besar dalam beberapa tahun ini hingga kami khuatir bilangan mereka akan mengatasi kami," kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Wanita di Kongres Kebangsaan Wanita PKR 2008 di sini hari ini.

Beliau menyalahkan pendatang kerana meningkatnya kadar jenayah dan bimbangkan masa depan ekonomi warga tempatan bila mereka terpaksa bersaing dengan pendatang untuk meraih pendapatan.

Saukinah menyeru supaya dilaksanakan dasar imigresen yang lebih ketat dan penghapusan "projek kad pengenalan kanak-kanak".

Sementara itu, kongres itu meluluskan tiga usul tanpa perbahasan yang akan dibentangkan pada Kongres Nasional Tahunan PKR esok.

Timbalan Ketua Wanita PKR Rodziah Ismail mengemukakan usul untuk menggesa satu Majlis Permuafakatan Wanita Pakatan Rakyat ditubuh supaya menjadi contoh kepada semua rakyat terutama golongan wanita.

Beliau menggesa Kerajaan negeri Selangor menjadikan negeri itu sebagai negeri pelopor dalam memimpin dan mengungguli isu-isu wanita melalui majlis itu.

Timbalan Ketua Briged Srikandi PKR Gan Pei Nei pula mengemukakan usul kebebasan ekonomi untuk wanita Malaysia dengan menggesa kerajaan pusat menubuhkan satu pasukan petugas untuk memastikan wanita mendapat akses kepada sumber dan peruntukan kerajaan dan swasta.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita PKR Haniza Mohd Talha pula mencadangkan usul pelaksanaan 30 peratus perwakilan wanita di semua peringkat pembuat dasar.

Tengku Budriah selamat disemadikan di Kangar

BERNAMA


KANGAR: Raja Perempuan Besar Perlis Tengku Budriah Tengku Ismail, 84, yang mangkat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal hari ini selamat disemadikan di Makam DiRaja Arau di sini petang ini.

Almarhum yang merupakan Raja Permaisuri Agong yang ketiga antara 1960 dan 1965 disemadikan pukul 6 petang bersebelahan makam almarhum suaminya Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Tengku Budriah yang juga bonda Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mangkat pukul 3.47 pagi tadi setelah gering di situ. Selama mana baginda gering tidak pula dinyatakan oleh pihak istana.

Antara yang memberi penghormatan terakhir di Kuala Lumpur ialah Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Jenazah diterbangkan dengan pesawat Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari lapangan terbang Subang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar pukul 9.30 pagi dengan diiringi Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid. Di Alor Star, ketibaan jenazah di lapangan terbang itu disambut oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu serta anggotaanggota dewan undangan negeri termasuk bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Jenazah kemudiannya dibawa dengan kenderaan Hospital Tunku Fauziah (HTF) dengan diringi kerabat diraja serta dari lapangan terbang itu ke Istana Arau dan tiba di perkarangan istana itu pukul 11.45 pagi.

Jenazah almarhum diletakkan di astaka khas Diraja di Balai Rong Seri di Istana Arau bagi memberi peluang kepada para tetamu dan rakyat jelata memberi penghormatan terakhir selama sejam bermula pukul 2 petang.

Sultan dan Sultanah Kedah adalah antara wakil raja-raja Melayu yang turut memberi penghormtan terakhir kepada almarhum di Istana Arau. Sembahyang jenazah dilangsungkan di Istana Arau pada pukul 3.30 petang dengan diimamkan oleh imam dua Masjid Negeri, Ustaz Ahmad Mahad Adam sebelum disembahyangkan kali keduanya di Masjid Negeri, selepas solat Asar dengan diimamkan oleh imam satu Masjid Negeri, Muridi Mohamad. Kemudian jenazah diusung oleh pasukan keselamatan yang diketuai oleh Lt Kol Azhar Che Man ke Makam Diraja Arau yang terletak kirakira 300 meter dari Masjid Negeri. Istiadat pemakaman itu disaksikan oleh wakil rajaraja Melayu, kerabatkerabat diraja serta rakyat jelata.

Kemangkatan baginda disifatkan kehilangan besar kepada negara terutama kepada perjuangan kaum wanita.

Tengku Budriah Tengku Ismail, mangkat di Hospital Kuala Lumpur pada 3.47 pagi tadi.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengumumkan kemangkatan bonda Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu melalui stesen Radio Malaysia Perlis sebentar tadi.

Almarhum adalah Raja Permaisuri Agong yang ketiga antara 1960 dan 1965 dan menjadi Raja Perempuan Perlis bermula 1945 sehingga kemangkatan almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 2001.

Md Isa berkata, bagi menghormati kemangkatan itu, bendera dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini dan semua acara keramaian dan berbentuk hiburan ditangguhkan.

Serangan Mumbai: Kepungan di pusat Yahudi berakhir

MSTAR ONLINE
[DIKEMAS KINI]


MUMBAI: Komando India menggempur pusat Yahudi di Mumbai dan menemui dua mayat dipercayai tebusan, kata ketua Pengawal Keselamatan Kebangsaan India, JK Dutt.

Dutt memberitahu stesen televisyen India, komando telah membunuh dua militan di pusat itu.

"Kami telah membunuh dua pengganas," katanya.

"Kami juga menemui dua mayat dipercayai tebusan," katanya.

Seorang anggota perkhidmatan menyelamat Israel yang dijalankan oleh Yahudi Ortodoks berkata, anggotanya dihantar ke Mumbai untuk membantu di kawasan kepungan percaya yang tebusan-tebusan di Pusat Chabad telah mati.

Sebelum itu, duta Israel ke India berkata, beliau percaya seramai enam rakyat Israel telah ditahan sebagai tebusan di pusat itu, temasuk seorang rabai dan isterinya.

Dilaporkan setakat ini, seramai 124 orang telah terbunuh dan 284 lagi cedera dalam pertempuran yang masuk hari kedua di bandaraya itu.

Kepungan hampir berakhir, Pakistan berkongsi risikan

MUMBAI: Ketua perisik Pakistan telah bersetuju untuk berkongsi maklumat risikan dengan New Delhi berhubung serangan militan di Mumbai, India sementara kepungan di dua hotel dan pusat Yahudi hampir berakhir di tengah-tengah insiden tembak menembak dengan lebih banyak kematian dicatatkan.

Reuters melaporkan, India sekali lagi menuding jari ke arah "elemen" hubungan Pakistan berhubung serangan yang dilancarkan di pusat kewangan bandaraya itu yang kini dilaporkan telah mebunuh sekurang-kurangnya 121 orang.

Dalam pertukaran diplomatik yang menimbulkan prospek ketegangan baru antara pesaing-pesaing bersenjata nuklear itu, Menteri Luar, Pranab Mekherjee menggesa Pakistan untuk menutup infrastruktur yang menyokong militan.

Rakan sejawatnya di Pakistan, Shah Mehmood Qureshi meminta India tidak bermain politik berhubung serangan di Mumbai.

"Jangan bawa politik dalam isu ini. Ini adalah isu kolektif. Kita menghadapi musuh yang biasa dan kita sepatutnya sama-sama menewaskan musuh ini," katanya kepada wartawan semasa melawat bandar India, Ajmer.

Bagaimanapun, dalam tindakan yang mungkin mencerminkan kenyataan Shah Mehmood itu, Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari mengambil pendirian untuk berdamai dengan negara jirannya, Islamabad yang telah bersetuju untuk menghantar ketua perkhidmatan risikan tenteranya, ISI ke India untuk berkongsi maklumat risikan.

BERITA TERDAHULU

Pertempuran berterusan di pusat Yahudi dan Hotel Taj Mahal

MUMBAI: Komando hari ini berjaya mengawal Hotel Oberoi-Trident, tetapi perjuangan menentang militan yang masih bersembunyi di hotel-hotel mewah lain dan pusat Yahudi yang masih mempunyai kira-kira enam tebusan tetap diteruskan.

"Hotel Oberoi dan Trident kini dalam kawalan," kata ketua Pegawai Keselamatan Kebangsaan elit, JK Dutt kepada wartawan di sini.

"Oberoi-Trident telah dipindahkan, kita telah membunuh dua pengganas," katanya.

Reuters melaporkan, India sekali lagi menuding jari ke arah "elemen" hubungan Pakistan berhubung serangan yang dilancarkan di pusat kewangan bandaraya itu yang kini dilaporkan telah mebunuh sekurang-kurangnya 121 orang.

"Bukti awal, bukti prima facie menunjukkan elemen-elemen hubungan dengan Pakistan terlibat," kata Menteri Luar, Pranab Mukherjee semasa sidang media di New Delhi.

Beliau menggesa Pakistan supaya menutup semua infrastruktur yang menyokong militan.

Bagaimanapun, rakan sejawatnya di Pakistan, Shah Mehmood Qureshi, meminta supaya India tidak bermain politik tentang serangan di Mumbai.

"Jangan bawa politik dalam isu ini. Ini adalah isu kolektif. Kita menghadapi musuh yang biasa dan kita sepatutnya sama-sama menewaskan musuh ini," katanya kepada wartawan semasa melawat bandar India, Ajmer.

Selepas kejadian tembak-menembak dan pengeboman di Mumbai pagi tadi, ketua salah satu unit komando telah menghalau keluar militan dari Hotel Taj Mahal dan beliau berkata telah melihat 12 hingga 13 mayat dalam satu daripada 50 bilik hotel tersebut.

Komando turut menjumpai wang, peluru dan kad pengenalan dari Mauritius yang disyaki kepunyaan militan, komander yang memakai skaf hitam dan cermin mata hitam untuk menyamar, katanya pada satu sidang media.

Jumaat, 28 November 2008

Timbalan Menteri Pelajaran meninggal

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan Razali, 59, yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu rebah ketika bermain badminton di institut itu.

Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.

Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima anak.

AirAsia hantar pesawat bawa pulang penumpang dari Bangkok

BERNAMA
[DIKEMAS KINI]


KUALA LUMPUR: AirAsia hari ini menghantar sebuah pesawat ke Bangkok untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas akibat penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi yang diserbu ribuan penunjuk perasaan antikerajaan.

Penerbangan itu berlepas pada 4.25 petang dan tiba di Pangkalan Udara UTapao di Bangkok pada 5.30 petang (waktu Thailand) dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada 6 petang (waktu Thailand), kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Penumpang yang menaiki penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke UTapao dibawa dengan bas ke pusat bandar Bangkok manakala penumpang yang hendak pulang ke Kuala Lumpur juga dibawa dengan bas ke lapangan terbang berkenaan dari sebuah hotel di ibu negara Thailand itu. Sementara itu, di BANGKOK, beribu-ribu penumpang yang terkandas kini berebut-rebut mendapatkan tiket penerbangan, bas dan keretapi seperti goreng pisang panas untuk keluar dari Thailand.

Berikutan pembukaan lapangan terbang Utapao hari ini untuk operasi komersial terhad, ramai menyerbu ke syarikat-syarikat penerbangan yang berjaya mendapatkan slot di lapangan terbang.

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengendalikan satu penerbangan ke Utapao, kira-kira 140km dari Bangkok, dan dua lagi esok tetapi semua tiket telah habis dijual.

Terdapat permintaan besar untuk tiket-tiket keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke India, Eropah dan Amerika Syarikat.

"Tiket kami dari dua penerbangan antara Phuket ke Kuala Lumpur untuk hari ini dan esok telah habis dijual, tetapi kami cuba menambah tempat duduk dengan menyediakan pesawat lebih besar, serta satu lagi penerbangan sewa khas," kata Pengurus MAS Kawasan bagi Thailand, A. Vijakumaran.

Terdapat kumpulan besar pelbagai bangsa cuba membeli tiket di pejabat MAS di ibu negara ini, tetapi Vijakumaran berkata mereka masih cuba mendapatkan slot pada Ahad oleh kerana pihak berkuasa penerbangan Thai menghadapi masalah untuk menampung permintaan yang banyak dari syarikat-syarikat penerbangan berikutan fasiliti yang terhad di Utapao.

Laluan penerbangan Bangkok ditutup sejak Isnin setelah penyokong anti-kerajaan mengambil alih lapangan terbang Suvarnabhumi dan Don Muang, tetapi Utapao tidak dapat menampung jumlah besar pesawat berlepas dan mendarat.

Terdapat juga permintaan yang besar bagi bas dan van oleh kerana warga asing yang terkandas mencuba segala cara untuk merentas masuk ke Malaysia.

Perjalanan keretapi dari Bangkok ke Pulau Pinang mengambil masa kira-kira 20 jam sementara dengan bas 10 hingga 12 jam ke Hatyai.

Seorang pengendali syarikat pelancongan berkata semua bas dan vannya telah disewakan untuk tiga hari akan datang oleh kerana banyak kumpulan pelancong dari China dan Jepun menggunakannya untuk perjalanan ke Malaysia menerusi Hatyai bagi mendapatkan penerbangan sambungan di Malaysia.

Bas-bas disewakan 35,000 baht bagi setiap trip sementara van hingga 18,000 baht, hampir tiga kali lebih tinggi dari kadar biasa.

Kedutaan Malaysia di Bangkok diserbu warga asing yang memohon visa untuk masuk ke Malaysia.

"Terdapat ramai warga India, Eropah, China dan lain-lain memohon visa. Biasanya masa memproses mengambil masa dua hingga tiga hari tetapi berikutan permintaan dari kedutaan lain, kami mempercepatkan proses itu," kata seorang pegawai.

Antara warga Malaysia yang terkandas ialah 28 kakitangan Biotech Cooperation yang datang kerana menghadiri BioAsia 2008.

Tujuh daripada mereka menaiki van ke Malaysia sementara selebihnya mendapat tiket MAS untuk penerbangan esok.

Talian khas info Mumbai dan Bangkok

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menyediakan talian yang boleh dihubungi bagi orang ramai untuk memperoleh maklumat terkini mengenai keadaan di Mumbai, India dan Bangkok, Thailand.

Nombor-nombor di kementerian itu, di Putrajaya:

Waktu pejabat:

Ayaub Bachi

Setiausaha Bahagian (Bahagian Konsular)

Tel (pejabat) : 0388874643/4081

H/P : 0192333465

Khuzaimah Supar

Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Konsular)

Tel (pejabat) : 0388874033

H/P : 019-2198428

Kathreen LE Saga

Penolong Setiausaha (Bahagian Konsular)

Tel (Pejabat): 038887 4530

H/P : 013-833 1797

Selepas waktu pejabat dari 5.30 petang hingga 7.30 malam /Hujung Minggu/Cuti Umum:

Pegawai Bertugas:

Tel: 0388892746/038887 4750

Nombor dihubungi di Mumbai, India 24 jam:

Wan Zaidi Wan Abdullah

Konsul Jeneral

Tel: +91 9920302506 (H/P)

Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai

No 4b, 4th floor, Notan Plaza, Turner

Road, Bandra (West)

Mumbai 400050, India

Tel : +91 22 2645 5751 +91 22 2645 5752

Faks: +91 22 2645 5750

Nombor dihubungi di Bangkok, Thailand:

Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand

3335 South Sathorn Road,

Tungmahamek,

Sathorn, 10120 Bangkok

Tel :+66 2629 6808

+66 2629 6800 samb. 4106

Faks: +66 2679 2208

Strategi 'kurang bercakap', PR tetap komited ambil alih kerajaan

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


SHAH ALAM: Pakatan Rakyat mengambil pendekatan 'kurang bercakap, tapi lebih bertindak' bagi memastikan sasaran mengambil alih kerajaan selepas kegagalan pada 16 September lalu menjadi kenyataan.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali berkata, langkah sedemikian bagi memastikan matlamat yang disasarkan benar-benar menjadi kenyataan tanpa menghampakan penyokong setia pakatan pembangkang itu.

"Kita akan kurangkan bercakap mengenainya, tapi akan berusaha untuk mencapainya kerana pengajaran yang kita peroleh daripada yang lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita Nasional dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di sini, hari ini.

Jelas beliau Pakatan Rakyat tidak lagi akan terus mencanangkan kepada umum mengenai tarikh-tarikh baru dan target untuk mengambil alih kerajaan.

"Kita akan fokuskan mengenai agenda, bagaimanapun 16 September bukanlah sebagai permulaan dan pengakhiran.

"Ini hanya permulaan kepada segala-galanya...kita sentiasa bersedia untuk perubahan yang mungkin berlaku bila-bila masa sahaja," katanya.

Jelas beliau lagi, kemungkinan peralihan kuasa akan berlaku lebih awal iaitu sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau berkata, selepas pilihanraya yang lalu, majoriti rakyat dari pelbagai lapisan menyambut dengan ghairah serta penuh harapan apabila timbul ura-ura pertukaran kuasa kerajaan pusat.

"Namun apabila ini tidak berlaku, maka ramai yang kecewa hingga ada yang menuduh kononya pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong mengenai bilangan ahli Parlimen (Barisan Nasional) yang hendak berpindah (lompat parti).

Permit demonstrasi bogel: "Bogellah di bilik rumah sendiri" - KP Selangor

BERNAMA


SHAH ALAM: Polis menegaskan tidak akan melayan sebarang permohonan permit daripada Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) jika mereka bercadang mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar bagaimanapun berkata, pihaknya akan menunggu permohonan permit daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen.

"Kita tunggu dan lihat permohononan permit bagi mengadakan demonstrasi ini...nak tengok macam bogel mereka nak buat...tak kan lah orang nak memohon semata-mata untuk berbogel.

"Kalau niat mereka semata-mata untuk itu (berbogel di khalayak umum), maka polis tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan daripada mereka...kalau nak bogel, bogellah di bilik rumah sendiri...yang itu boleh," kata beliau kepada pemberita selepas menerima alat ujian saringan awal air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah jenis ketamin daripada Persatuan Jaksa Pendamai (JP)Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar barubaru ini yang mahu meneruskan demonstrasi berbogel itu sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan. Ada ura-ura mengatakan bahawa Reformis akan menghantar permohonan untuk mendapatkan permit tersebut ke IPPK Selangor lewat petang ini.

Mengenai alat itu, Khalid berkata polis kini mempunyai alat ujian saringan bagi menguji dadah jenis ketamin dalam sampel air kencing penyalahguna dadah tersebut.

"Ramai penyalahguna dadah mengambil kesempatan mengambil dadah jenis ketamin dengan tanggapan bahawa pihak berkuasa tidak ada keupayaan bagi menguji kandungan ketamin dalam sistem badan mereka.

"Jadi sumbangan alat ini memanglah kena pada masanya untuk membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah," katanya sambil menambah polis kini dalam proses mnedapatkan alat ujian saringan ketamin ini dan kemungkinan mendapat bekalan secukupnya awal tahun depan.

Sementara itu, Khalid berkata Polis Selangor mendapati penggunaan dadah jenis syabu menjadi kegemaran kebanyakan golongan belia berumur dalam lingkungan 19 hingga 29 tahun.

"Disebabkan bekalan dadah tradisional seperti heroin sukar didapati sekarang, maka pengguna sekarang lebih gemari mengambil syabu," kata beliau sambil menambah polis berjaya merampas sebanyak 66 kilogram dadah jenis Syabu di Selangor sehingga bulan lepas.

Raja Perempuan Besar Perlis mangkat

BERNAMA


KANGAR: Raja Perempuan Besar Perlis, Tengku Budriah Tengku Ismail, 84, mangkat di Hospital Kuala Lumpur pada 3.47 pagi tadi.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengumumkan kemangkatan bonda Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu melalui stesen Radio Malaysia Perlis sebentar tadi.

Almarhum adalah Raja Permaisuri Agong yang ketiga antara 1960 dan 1965 dan menjadi Raja Perempuan Perlis bermula 1945 sehingga kemangkatan almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 2001.

Jenazah almarhum diterbangkan dari lapangan terbang Subang ke Alor Star dan dibawa ke Istana Arau untuk membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir bermula tengah hari ini sebelum disemadikan di Makam Diraja Arau selepas solat Asar.

Md Isa berkata, bagi menghormati kemangkatan itu, bendera dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini dan semua acara keramaian dan berbentuk hiburan ditangguhkan.

Rakyat Malaysia hilang di Mumbai

MSTAR ONLINE
[DIKEMAS KINI]


PETALING JAYA: Rakyat Malaysia Hema Kasipillay dilaporkan hilang selepas hotel yang didiaminya di Mumbai diserang oleh sekumpulan pengganas.

Anak saudara Hema, Mohan Thangaraja, dan Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai gagal menghubunginya.

Semalam, Konsul Jeneral Wan Zaidi Wan Abdullah berkata Hema, 53, yang mengikuti rombongan perniagaan ke bandar itu menginap di Hotel Taj Mahal, salah sebuah daripada dua hotel yang diserang pengganas pada Rabu lalu.

“Saya menghubungi pihak pengurusan dan mereka mengesahkan Hema belum meninggalkan hotel.

“Dia bersama dua orang rakan kerjanya dari Jerman yang dipindahkan tetapi mereka belum dapat mengesannya,” kata Wan Zaidi.

Wan Zaidi berkata konsulat telah memeriksa di hotel-hotel lain dan berdekatan hospital-hospital untuk berusaha mencari Hema, dari Bangsar, Kuala Lumpur.

Mohan berkata ibu saudaranya, pegawai pentadbiran di firma insurans Jerman, tiba di Mumbai pada Selasa lalu.

Dia berkata keluarganya tidak dapat menghubungi Hema melalui telefon bimbitnya. Suami dan dua anak Hema bagaimanapun enggan untuk ditemubual.

“Kami tidak mempunyai apa-apa maklumat. Kami telah memberikan maklumat lengkap kepada konsulat. Kami semua berasa sedih,” katanya.

Wan Zaidi berkata dia berurusan dengan rakan sekerja Hema dari Jerman yang memberitahu mereka kali terakhir mereka berbual dengannya kira-kira pukul 3 pagi semalam waktu tempatan sebelum before pihak berkuasa India menjalankan satu operasi menyelamat.

“Kali terakhir mereka melihat Hema ketika waktu petang dan mereka masih menghubungi antara satu sama lain semasa serangan berlaku.

“Tetapi apabila operasi menyelamat dijalankan, komunikasi terputus dan mereka gagal menghubunginya semula,” ujarnya.

Dua orang rakyat Malaysia yang tinggal di Mumbai turut menghantar emel kepada The Star Online mengenai keadaan di ibu negara komersial.

Lawrence Ngadan Mani, yang bekerja dengan syarikat minyak di Mumbai, berkata banyak sekolah dan pusat membeli-belah ditutup seketika.

“Hingga pagi ini, kita masih boleh melihat asap di hotel tersebut. Rakyat tempatan memberitahu saya selama Hotel Taj beroperasi lebih 100 tahun lalu, hal seperti ini belum pernah berlaku.”

Sementara itu, Vivegan Nadarajai, yang berada di negara itu sejak 16 November lalu, berkata dia tinggal di hotel kira-kira 20km bebas dari kawasan pengepungan.

“Keadaan di sini adalah tenang. Kami telah dinasihatkan supaya tidak keluar jauh dari hotel kami hingga keadaan kembali tenang dan sentiasa mengikuti berita semasa,” katanya.

Dalam pada itu, keselamatan di New Delhi, telah ditingkatkan dengan kehadiran lebih banyak polis dan tentera di kawasan awam, lapor NELSON BENJAMIN.

Keselamatan telah disediakan pada semua stesen kereta api, terminal bas dan pawagam.

Keselamatan turut ditingkatkan di kebanyakan hotel lima bintang dengan menyediakan ramai pengawal keselamatan bersama pengesan-pengesan logam dan memeriksa kewujudan semua pengunjung.

Semua pelancongan untuk bangunan-bangunan kerajaan di bandar raya itu juga telah dibatalkan.

Dalam pada itu, wartawan Bernama dari New Delhi melaporkan tidak ada tanda-tanda menunjukkan krisis tebusan berakhir pagi Jumaat di mercu tanda Mumbai, Taj Mahal Palace Hotel, walaupun percubaan diteruskan oleh pasukan keselamatan India untuk membanteras saki-baki pengganas.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, setakat ini sekurang-kurangnya 125 orang terkorban dan 327 cedera termasuk enam rakyat asing, apabila kumpulan pengganas melancarkan serangan yang penuh terancang di beberapa kawasan hub kewangan India pada malam Rabu.

Sehingga awal pagi Jumaat, sekurang-kurangnya tiga pengganas terbunuh di hotel berusia berabad itu sementara tiga orang yang menginap di hotel tersebut yang terkandas dapat diselamatkan.

"Kejadian tembakan berlaku sekejap-kejap antara militan dalam hotel dan askar di luar sejak pukul 4 petang (waktu tempatan). Keseluruhan bandar raya tersebut dikejutkan dengan pembunuhan itu, ini tragedi yang dahsyat untuk Mumbai," kata pemilik sebuah kedai komputer berusia dalam lingkungan pertengahan tahun memberitahu Bernama.

Menggelarkan dirinya sebagai Mujahideen Deccan, telah menghantar emel kepada pertubuhan media mendakwa melancarkan serangan itu, antara tragedi yang terburuk di India sejak 1993.

Pegawai kementerian itu mendakwa militan melancarkan serangan mereka dari laut, di mana sebuah kapal induk yang dipercayai membekalkan senjata dan suspek tiba melalui laluan laut pantai.

Pihak berkuasa kini memeriksa kapal tersebut di sepanjang pantai Mumbai.

Di Oberoi Hotel dan Nariman House, sebuah kompleks perumahan, anggota komando meneruskan operasi untuk melumpuhkan pengganas yang bersembunyi di dalam bangunan dan lebih 30 orang tebusan diselamatkan, menurut sebuah stesen televisyen tempatan.

Pegawai keselamatan dijangka melancarkan serangan terakhir di tiga kawasan selatan ibu negara itu lewat Jumaat untuk menamatkan krisis tebusan yang telah melumpuhkan Mumbai.

Setakat ini tidak ada rakyat Malaysia terperangkap pada kejadian itu.

Pesawat tentera khas bawa balik penumpang terkandas di Bangkok

BERNAMA
[DIKEMAS KINI]


BANGKOK: Kedutaan Malaysia di Bangkok sedang mengatur untuk menyediakan sebuah pesawat tentera khas bagi membawa balik rakyat Malaysia yang terkandas di Bangkok berikutan dengan Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan Don Muang di ibu negara ini ditutup sejak Isnin lepas oleh pemprotes anti-kerajaan.

Seorang jurucakap kedutaan berkata mereka yang mampu untuk pulang dengan pesawat komersial dinasihatkan berbuat demikian kerana tempat duduk di pesawat khas ini adalah terhad.

"Bagi penerbangan tentera khas, semua rakyat Malaysia yang memerlukan dinasihati menelefon nombor hotline kedutaan untuk mendapatkan maklumat dan penyelarasan terkini. Kita akan memaklumkan dengan segera mengenai pelepasan pesawat tentera itu," katanya.

Memandangkan keadaan tidak menentu di Bangkok, kedutaan itu telah membuka bilik operasi yang dibuka 24 jam dan nombor yang boleh dihubungi ialah (+66) 2629 6808 atau (+66) 2629 6800 samb. 4106.

Pegawai itu berkata mereka yang ada tiket Malaysia Airlines (MAS) hendaklah menghubungi syarikat itu kerana ia akan beroperasi pada Jumaat, sebuah pesawat dari Kuala Lumpur ke Utapao, berhampiran dengan Pattaya untuk membawa balik beratus-ratus penumpang di Bangkok.

Pengurus Kawasan MAS bagi Thailand, A. Vijayakumaran, berkata dua lagi penerbangan akan beroperasi Sabtu ini, menggunakan pesawat Airbus dengan kapasiti 290 penumpang, berbanding muatan biasa iaitu 144 orang.

Jabatan Penerbangan Awam Thailand bersetuju membenarkan penerbangan ini menggunakan lapangan terbang itu, yang terletak kira-kira 140km dari Bangkok, berikutan dengan penutupan Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan Don Muang di ibu negara ini sejak Isnin lepas oleh pemprotes anti-kerajaan.

Vijayakumaran berkata pesawat MH782 pada Jumaat akan berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 3.15 petang dan tiba di sini pada pukul 16.20 petang (waktu Thai), sementara MH783 akan berlepas pulang pada pukul 5.10 petang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 8.15 malam.

Pada Sabtu, MAS akan beroperasi dengan dua pesawat, bermula dengan MH784 berlepas pada pukul 9.10 pagi dan tiba di sini pada pukul 10.15 pagi (waktu Thai) dan berlepas pulang dengan MH785 dari Utapao pada pukul 11.10 pagi.

Pesawat kedua (MH788) akan berlepas dari KLIA pada pukul 12.25 tengah hari dan tiba pada pukul 1.30 petang sementara pesawat pulang (MH789) dijadual berlepas pada pukul 2.15 petang (waktu Thai) dan tiba di KLIA pada pukul 5.25 petang.

Untuk pertanyaan, mereka boleh menelefon pejabat MAS di Bangkok (+66) 2263 0572 atau (+66) 2263 0565 sehingga 71 (hunting line), serta Pusat Panggilan 24 jam MAS di 1 300 88 3000 di Malaysia.