HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 April 2015

Buku hudud untuk PKR, DAP

 
Pas akan menyerahkan buku mengenai hudud bagi membolehkan DAP dan PKR lebih memahaminya.


khairi al t



KUALA LUMPUR : PAS merancang untuk menyerahkan buku Pelaksanaan Hudud di Malaysia : Satu Analisis terbitan Yayasan Dakwah Ismiah Malaysia (YADIM) kepada rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, beliau akan menyerahkan buku berkenaan bagi membolehkan DAP dan PKR lebih memahami hudud.

“Mungkin boleh serah sebagai satu pandangan rasmi, Insya Allah. Jadi kita boleh bagilah, belum decide (putuskan) lagi sebab buku baru dapat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran buku itu di Masjid Wilayah Persekutuan, pada Khamis.

Khairuddin yang juga merupakan salah seorang pembentang kertas kerja buku itu menjelaskan, kandungannya membolehkan PAS meluaskan konsep dan memberikan penjelasan dakwah kepada orang bukan Islam yang tidak memahaminya.

“Konsep kita dakwah, beri penjelasan kepada orang bukan Islam kenapa dia tak faham,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Ketika ditanya adakah buku berkenaan akan memberi kesan kepada sokongan dalam kalangan ahli Parlimen terhadap pelaksanaan hudud di negara ini, ujarnnya ia lebih berbentuk kepada pemahaman.

“Kita takdalah kata hendak pengaruh, cuma kerja kita adalah kempen, dakwah, kempen kita ajak faham Islam, antaranya faham undang-undang syariah Islam.

“Kita bawa ke parlimen pinda (Rang Undang-Undang Persendirian Akta) 355 adalah satu dakwah. Kalau berjaya Alhamdulillah.. kalau tak (berjaya) kita cuba lagi, Pas tidak lari kerja dari dakwah,” katanya.

Dalam pada itu, YADIM dalam satu kenyataan berkata, penerbitan buku itu disunting oleh Yang Dipertuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan memuatkan tulisan tokoh agama yang pakar dalam bidang masing-masing.

Selamat Hari Lahir Ahmad Maslan…

 
Facebook Ahmad Maslan dihujani ucapan tahniah dan doa memohon beliau diberi kekuatan untuk menerangkan kebaikan GST selain ucapan berbaur kutukan.


surprise-happy-birthday-gif



PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-49 pada 30 April (Khamis).

Ahli Parlimen Pontian itu lahir di Benut, Pontian, Johor, pada 30 April 1966.

Sempena ulang tahun kelahiran Ahmad Maslan, FMT memberikan serba sedikit latar belakang beliau berdasarkan carian di internet.

Bapa beliau, Haji Maslan (arwah) dan ibunya, Hajah Aminah adalah penoreh getah yang miskin dan tinggal di kampung yang tiada kemudahan elektrik, bekalan air paip, tiada jalan raya, kemudahan telefon sehingga 1996.

Ahmad Maslan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Lubuk Sipat (1973-1978) dan pernah menerima Anugerah Tokoh Murid.

Beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang (asrama penuh) pada 1979-1983 dan pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Pembahas Piala Perdana Menteri.

Beliau menyambung pelajaran ke luar negara di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan Victoria University, New Zealand dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi dan Sains Politik).

Ahmad Maslan menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memperoleh Sarjanan Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik daripada 177 pelajar.

Sempena ulang tahun kelahiran ke-49, akaun Facebook Ahmad Maslan dihujani ucapan tahniah dan doa memohon beliau dimurahkan rezeki dan panjang umur.

“Selamat hari lahir Datuk Ahmad Maslan. Semoga Allah panjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin,” tulis Shahruddin Shah.

“Selamat ulang tahun buat Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, semoga terus dalam perjuangan yang murni dan dalam kesihatan, kebahagian bersama Datin Rohani dan keluarga tersayang. Respect to you Datuk, a rare and firm leadership,” tulis Zuraimi Jumaat.

Wartawan Astro Awani, Wan Syamsul Amly pula menulis, Happy birthday Datuk Ahmad Maslan, teruskan perjuangan memberi kefahaman kepada rakyat tentang GST walau 1001 rintangan mendatang.

Facebook Ahmad Maslan juga diserang dengan ucapan yang mengutuk dan mengkritik beliau berhubung kenyataan tentang kebaikan GST.

“Kalau benar Umno larang Mat Maslan, MP (Ahli Parlimen) paling layak dilantik memberi penerangan GST bantu dan sebaris dengan Ahmad Maslan dan Hasan Malek ialah MP Langkawi, Dato Ir Nawawi Ahmad. Saya tertarik dengan hujahnya pergi ke bulan kalau tak nak bayar GST. Idea ini memang genius tak terjangkau pemimpin-pemimpin besar dunia seperti Obama dan Putin, walaupun mereka mampu hantar manusia ke bulan,” tulis Musli Oli.

“Bro Datuk Ahmad Maslan ini memang bijak akademik, akan tetapi cara penyampaian beliau kurang seni. Penyampaian seperti mantan TPM Tun Ghafar Baba, beliau tidak pelajari,” tulis Musram Rakunman.

Keluarga masih tunggu jawapan rasmi Pengampunan Diraja

 
Ahli keluarga dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima jawapan rasmi daripada Lembaga Pengampunan.


agong anwar



PUTRAJAYA: Ahli Keluarga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang keputusan daripada Lembaga Pengampunan.

Perkara berkenaan dibangkitkan anak sulungnya, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

“Sehingga kini, masih belum menerima jawapan rasmi daripada Lembaga Pengampunan. Sepatutnya, keputusan tersebut sudah dikeluarkan.

“Bahkan, tidak ada jawapan yang jelas diberikan Lembaga Pengampunan terhadap mana-mana ahli keluarga kami,” ujar Izzah.

Perkara berkenaan turut disahkan peguamnya, N.Surendran. Beliau menyatakan sehingga kini tidak ada sebarang komunikasi antara Lembaga Pengampunan dengan ahli keluarga Anwar.
“Sebagai salah seorang peguam Anwar, kami juga tidak dihubungi,” jelasnya lagi.

Pada 24 Februari 2015, keluarga Anwar telah memohon Petisyen Pengampunan Diraja, bagaimanapun dalam keputusannya pada 16 Mac lalu, ia menolak permohonan berkenaan.

Berikutan keputusan itu, Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan memaksa Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diadakan, 7 Mei ini.

Ahli UMNO taat tanpa banyak soal

 
Ahli UMNO terlalu cenderung dengan budaya Melayu sehingga menerima apa sahaja yang dilakukan pemimpin tanpa perlu mempersoalkan apa yang dilakukan.


Mahathir-umno1_600


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik sikap ahli UMNO yang terlalu setia kepada pemimpin tanpa mempersoalkan apa dilakukan oleh pemimpin tersebut.

Bekas Perdana Menteri berkata, sikap terlalu cenderung budaya Melayu menyebabkan ahli UMNO taat kepada pemimpin dan tidak berani menyoal apa-apa kepada pemimpinnya.

Katanya, ahli UMNO berpendirian bahawa pengikut perlu menerima apa sahaja yang dilakukan pemimpin tanpa perlu banyak soal.

Sindiran halus Dr Mahathir itu dimuatkan dalam entri terbaharu diblognya, chedet.cc pada Khamis.
Katanya, tindakan pemimpin yang memberi penerangan secara tertutup membuatkan ahli UMNO merasakan mereka seolah-olah rapat dengan pemimpin kerana dapat berkongsi rahsia.

“Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin.

“Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita,” katanya.

Mengenai teguran yang dibuatnya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau meminta ahli UMNO mengadilinya sama ada ia bertujuan merosak atau menyelamat parti.

Menurut Dr Mahathir, ahli UMNO hanya boleh membuat penilaian selepas mendengar penerangan daripada kedua-dua belah pihak.

“Tetapi untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil, kita perlu dengar kedua-dua belah pihak.

“Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap ‘serangan’ saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli UMNO memberinya peluang untuk menerangkan mengapa beliau menyerang Perdana Menteri selaku Presiden UMNO.

“Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 setiap PRU,” katanya.

Rani Kulup bela Ahmad Maslan

 
Menurut Rani Kulup, Timbalan Menteri Kewangan telah melaksana tugasnya dengan baik dan dianggap mulia walaupun dicaci serta diugut pihak tertentu.


rani-kulup



PETALING JAYA: Rakyat Malaysia perlu berfikiran matang dan bertindak rasional berhubung penjelasan yang dibuat Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah memberi jaminan dia akan bertanggunggjawab melindungi menteri berkenaan sekiranya wujud sebarang ancaman.

Jelasnya, selama ini Ahmad Maslan telah melaksana tugasnya dengan baik dan dianggap mulia walaupun dicaci serta diugut pihak tertentu.

“Saya mempertahankan dia, sokong GST yang dilaksanakan untuk tujuan yang baik.
“Cuma peniaga itu sendiri yang rakus menaikkan harga barang sesuka hati.

“Hentikan serangan peribadi ke atas Ahmad Maslan misalnya mengaitkan ibu beliau macam babi. Ini kerana yang buat keputusan tentang GST bukan dia seorang, malah seluruh ahli kerajaan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Sebagai tanda sokongannya kepada Ahmad Maslan, dia tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan hari ulang tahun yang ke-49 kepada Ahli Parlimen Pontian itu.

“Saya berharap beliau kuat dan dipermudah segala urusan. Jangan takut dengan ugutan, jangan takut dengan ancaman dan apa orang nak troll.

“Segala ancaman perlu diterima dengan hati terbuka. Saya harap Ahmad Maslan tidak mengambil sikap membalas dendam dengan fitnah yang dibuat. Contohi sikap Rasulluah yang berbuat baik kepada umatnya, walaupun Baginda dibaling batu, dibaling najis, baginda tidak pernah membalasnya,” katanya.

Pemuda UMNO kutuk KP Kastam

 
Kastam menangguhkan keputusan kad isian semula telefon prabayar tidak dikenakan GST. Sehubungan itu, semua kad isian semula dikenakan GST sama seperti selepas 1 April.


pemuda-umno-kastam



PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar mengutuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) kerana membuat pusingan-u berhubung harga kad isian semula telefon prabayar.

Beliau berkata, apa yang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad itu amat memalukan.

Dia berkata, adalah lebih baik jika Khazali diam dan tidak membuat apa-apa kenyataan yang boleh mendatangkan malu.

“KP Kastam… Semalam cakap lain, Hari ini cakap lain.. Lepas ni jangan lagi cakap apa apa… Berhenti terus… Bikin Malu…” tulisnya di Facebook.

Dalam kenyataan media pada Rabu, Khazali berkata pengumuman bahawa harga kad isian semula tidak dikenakan GST yang diumumkan pada Rabu, telah ditangguhkan.

Sehubungan itu, harga kad isian semula prabayar sama seperti harga jualan selepas 1 April.
Ini bermakna, kad isian semula berharga RM10 djual pada harga RM10.60 termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Khazali menyatakan arahan penangguhan itu selepas mengambil kira pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat komunikasi.

lim-kit-siang

  Roketkini.com


JOHOR BAHRU,: Sekiranya DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud maka parti itu anti-Islam, apakah lima Perdana Menteri termasuk Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir juga adalah anti-Islam?

Demikian persoalan dibangkitkan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menjawab tuduhan ditimbulkan pihak-pihak yang dilihat rapat dengan parti UMNO-BN dalam siri ceramah kopitiam di Johor.

“Jika begitu, ‘anti-Islam’ juga harus digelarkan kepada lima PM sebelum ini, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah termasuk UMNO sebagai ‘anti-Islam’.

“Bahkan mereka yang bekerjasama dengan UMNO pun boleh digelar sebagai ‘anti-Islam – seperti PAS yang pernah bentuk pakatan kerajaan dengan UMNO dari 1973 sehingga 1977,” kata Kit Siang.
Menurutnya gelaran ‘longgar’ itu mengakibatkan sarjana-sarjana Islam yang memiliki pandangan berlainan mengenai hudud turut menerima nasib sama digelarkan ‘anti-Islam’.

Ini kerana ramai sarjana-sarjana Islam tidak bersetuju hudud dilaksanakan di negara-negara umat Islam berlandaskan ‘maqasid syariah’ dan keutamaan umat Islam.

Kit Siang turut merujuk Profesor Tariq Ramadhan yang menyeru moratorium mengenai pelaksanaan hudud.

Manakala ulama Islam di Timur Tengah secara terbuka menyifatkannya ‘Islamisasi yang tersasar ketika rakyat diminta menjalankan amanah sebelum mendapat hak yang dikatakan ‘Undang-undang Islam adalah penyatuan, sementara hudud hanya satu bahagian’.

“Mereka menjelaskan keutamaan dalam Islam adalah memenuhi keperluan manusia termasuk makanan, pakaian, pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan rumah dari pada ancaman hukuman yang keras,” jelas Kit Siang. – Roketkini.com


Episod ‘salib’ adalah testimoni kegagalan pembinaan negara Malaysia

malaysia

 Oleh LIM KIT SIANG

 
Ini adalah ceramah kopitiam saya yang keenam di lima kawasan DUN Johor sejak sepanjang tiha hari lalu dalam rangka memeriksa denyut nadi negara dengan berkongsi perkembangan politik bersama orang ramai dan mengetahui sendiri kebimbangan mereka tentang apa yang sedang berlaku di dalam negara.

Tidak syak lagi, isu-isu utama hari ini termasuklah skandal RM42 bilion 1MDB, cukai 6% GST, pemberontakan Dr Mahathir yang menggesa Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, dua skandal mahkamah – persoalan tentang siapa dalang pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaaribu serta pemenjaraan Anwar Ibrahim; pilihanraya kecil Permatang Pauh, polarisasi kaum terburuk dalam sejarah seperti yang dilihat dalam protes oleh sekumpulan penduduk terhadap lambang salib di sebuah gereja di Taman Medan, Selangor dan juga masa depan Pakatan Rakyat.
Protes oleh sekumpulan penduduk Melayu terhadap lambang salib atas alasan bahawa ia satu ancaman terhadap orang Melayu dan agama Islam adalah satu testimoni kegagalan usaha membina negara sepanjang lebih separuh abad.

Reaksi dan protes sedemikian hampir tidak pernah kedengaran malah tidak pernah mungkin difikirkan dalam tempoh lima dekad pertama pembentukan negara ini sejak Merdeka pada tahun 1957, namun ia nampaknya sudah menjadi kebiasaan sepanjang lima tahun lalu, ironis sekali kerana ia terjadi ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpusing ke seluruh dunia menjaja gagasan Global Movement of Moderates-nya.

Skandal 1MDB yang semakin kusut, sehinggakan Mahathir pun telah bersetuju dengan cadangan saya untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan syarat Pesuruhjayanya orang yang ternama dan dihormati, kredibel dan bebas; cukai 6% GST yang menindas, serta perkelahian berterusan antara Mahathir dan Najib menjadi antara topic paling hangat di setiap perbincangan kopitiam, tidak ketinggalan juga persoalan tentang masa depan Pakatan Rakyat, sama ada gabungan DAP, PKR dan PAS akan bertahan dengan desakan unilateral Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang untuk melaksanakan hudud secara bertentangan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan prinsip konsensus Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Warga Johor terutamanya bimbang tentang masa depan Pakatan Rakyat kerana Johor merupakan tumpuan negara sewaktu PRU ke-13, merubah dirinya daripada sebuah negeri deposit tetap Umno/MCA/MIC selama lebih separuh abad di baris-baris belakang kerancakan politik negara, menjadi negeri baris hadapan demi perubahan di Malaysia.

Pengundi Johor bukan sahaja memilih 5 Ahli Parlimen dan 18 Adun Pakatan Rakyat, tetapi Barisan Nasional mengalami kejatuhan sehingga 10 peratus dalam jumlah undi di negeri tersebut, daripada 63.1% pada PRU tahun 2008 menjadi 53.9% pada PRU 2013.

Peratusan undi untuk Barisan Nasional di Johor terus merosot sejak PRU 2004 di mana BN memperolehi 77.4% undi dari seluruh negeri tersebut.

Pada kadar kemerosotan undi popular Barisan Nasional di negeri Johor, BN sedang menuju ke arah undi minoriti sahaja di negeri itu menjelang PRU ke-14 dua atau tiga tahun lagi dan bakal kehilangan kerajaan negeri Johor.

Senario politik yang sedemikian itu kini diancam oleh keputusan unilateral Hadi untuk meneruskan agenda pelaksanaan hudud walaupun saya tidak melihat sebarang angka di Parlimen apabila ia kembali bersidang pada 18 Mei nanti, untuk meluluskan rang undang-undang persendirian Hadi untuk pelaksanaan hudud.

Ketika lawatan seminggu saya ke Jordan dan Mesir bersama empat Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok (Seputeh), Liew Chin Tong (Kluang), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Steven Sim (Bukit Mertajam) berjumpa dengan intelektual setempat, aktivis serta mahasiswa Malaysia di Amman, Mafraq, Karak, Iskandariah dan Kaherah, saya memberitahu mahasiswa Malaysia bahawa ia adalah satu kerugian kepada Islam sekiranya mereka yang mempunyai pandangan berbeza mengenai hudud dan pelaksanaannya digolongkan sebagai anti-Islam.

Ini bukan sahaja akan menggolongkan sekali lima Perdana Menteri Malaysia, TUnku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah, tetapi juga Umno sebagai ‘anti-Islam’, malah mereka yang pernah bekerjasama dengan Umno sebagai anti-Islam – termasuk PAS yang pernah mengadakan kerajaan campuran bersama Umno selama empat tahun pada 1973 hingga 1977.
Malah ia akan menggolongkan para Islamis dan ulama Islam yang mempunyai pandangan berbeza tentang pelaksanaan hudud juga sebagai anti-Islam.

Prof Tariq Ramadan telah menyeru supaya wujud moratorium tentang pelaksanaan hudud sementara ulama Islam dan ahli-ahli teologi di Timur Tengah secara terbuka membantah apa yang mereka sifatkan sebagai ‘Islamisasi tersesat’ apabila mendesak orang ramai melaksanakan kewajipan sebelum menerima hak mereka kerana ‘undang-undang Islam ialah sebuah kesepaduan yang tidak terpecah-pecah, di mana hudud adalah satu bahagian kecil darinya’ – dan bahawa keutamaan dalam Islam adalah untuk menggalakkan penyelesaian keperluan asas manusia termasuk hak mendapatkan makanan, pakaian, pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan tempat tinggal berbanding ancaman hukuman berat.

Para proponen perubahan politik di Johor akan berhadapan cabaran yang lebih besar sekiranya PAS tidak kekal setia dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, dan Pakatan sebagaimana bermulanya sejak awal tidak akan lagi menjadi kenderaan perubahan yang mampan – kerana kita akhirnya akan terpaksa mencari sumber dan komitmen untuk meneruskan penerokaan wilayah-wilayah yang telah kita kecapi di Johor dalam PRU ke-13 sambil tidak membenarkan sebarang halangan atau kekecewaan yang bakal kita hadapi daripada melemahkan objektif politik untuk Johor dan Malaysia. – Roketkini.com


Ahmad Maslan tak faham ekonomi, wajar digugur dari kementerian – Chin Tong

Liew_Chin_Tong

Roketkini.com


KLUANG: Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong hari ini menggesa Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan digugurkan dari jawatan kabinet kerana tidak memahami ekonomi.

Chin Tong berkata, menteri itu kurang cerdik apabila mengatakan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan menurunkan kadar cukai, antaranya cukai pendapatan dan cukai korporat.

“Ini hujah klasik Ahmad Maslan, memang ada pemotongan cukai marjinal dan cukai korporat.

“Hakikatnya majoriti rakyat Malaysia adalah penerima BRIM berjumlah 7.9 juta orang hanya pada 2014 sahaja, dan GST terpakai ke atas mereka,” jelas Chin Tong.

Ahli Parlimen Kluang itu turut menyelar Ahmad Maslan yang dilihat hanya pandai bercakap dan mengeluarkan kenyataan mengenai GST, tanpa memberikan hujah bahawa GST adalah cukai progresif.

Sebaliknya kata Chin Tong, GST memberi kesan kepada kehidupan golongan miskin kerana berpendapatan kecil, membuktikan GST adalah cukai regresif.

“Tujuan utama pelaksanaan GST di Malaysia supaya kerajaan boleh menaikkan pendapatan bagi mengurangkan defisit yang dihadapi kerajaan.

“Cabaran terbesar yang dihadapi GST kepada ekonomi Malaysia bukan inflasi, tetapi ketumpulan penggunaan domestik yang merupakan tonggak penting dalam ekonomi negara.

“Apabila pendapatan rakyat Malaysia dihabiskan kepada GST dan inflasi dan hutang isi rumah tinggi, ertinya ruang pergerakan keluarga terhad.

“Jika setiap isi rumah tidak lagi berbelanja, ekonomi akan terhenti,” jelas Chin Tong.

Justeru itu, nasihat ekonomi Ahmad Maslan tidak boleh dipakai kerana tidak berguna dan tidak menyelesaikan masalah, bahkan keadaan menjadi lebih parah apabila peniaga sendiri mula berhenti memberikan perkhidmatan.

“Kita tak perlukan menteri propaganda dalam Kementerian Kewangan.

“Kita perlukan pemimpin waras dengan pemahaman holistik untuk memacu pertumbuhan, sewaktu ekonomi negara tidak stabil,” kata Chin Tong. – Roketkini.com


Zaid: Najib tak ubah seperti maharaja

MALAYSIAKINI


 


Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim melihat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini tidak ubah seperti seorang maharaja yang sanggup membuat apa sahaja tanpa rasa tanggungjawab.

Oleh itu, Najib perlu digantikan dengan calon lain yang lebih sesuai, katanya yang mengumpamakan perdana menteri seperti seorang maharaja Perancis, Louis XIV.

“Oleh itu, Najib adalah maharaja Malaysia yang pertama. Memangpun dia berlagak seperti maharaja. Beliau sangat kaya sebab, seperti Louis XIV, beliau mewarisi kekayaan yang besar, seperti didakwa pejabatnya.

“Bila adik beradiknya terpaksa jelaskan bahawa arwah bapa mereka – perdana menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak – bukan seorang yang kaya, Najib tidak pula menjelaskan bagaimana sebenarnya beliau mendapat duit.

“Beliau tidak beritahu rakyat jumlah kekayaannya, kerana seperti juga seorang maharaja, beliau tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapapun,” kata Zaid.

Selain itu, Najib tidak berminat untuk menjelaskan mengenai motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Zaid.

“Bila pengawal keselamatannya bunuh seorang wanita dari Mongolia dan meletupkan jasadnya hingga berkecai, beliau tidak berasa bahawa perlu ditanya sebabnya.

“Beliau tidak berminat langsung untuk menjelaskan perkara pelik ini padahal semua orang ingin tahu sebab pembunuhan itu berlaku.

“(Najib) hanya berminat untuk bersumpah dengan nama tuhan bahawa beliau tidak mengenali (Altantuya).

“Dengan lagak seorang maharaja, beliau tidak perlu bertanggungjawab ke atas tindakannya, dan seterusnya, para pengawalnya itu,” tambahnya.

Dalam tulisannya di blog zaid.my, bekas MP Kota Bharu itu seterusnya membangkitkan mengenai isu pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kata Zaid, Najib masih belum menjelaskan mengenai hutang 1MDB sebanyak RM48 bilion.

“Beliau juga nampaknya tidak segan bila syarikat kerajaan ini terpaksa minta sedekah baru-baru ini untuk mendapatkan RM2 bilion bagi membayar faedah kepada bank.

"Tapi dia tidak perlu menjawab persoalan mengenai 1MDB kerana beliau seorang maharaja,” kata Zaid


Rabu, 29 April 2015

Taikun Desmond Lim Beli Tanah Kerajaan Sebelah Pavilion RM7,000 Sekaki, 1MDB Beli Tanah TRX RM60 Sekaki dan Tanah Sungai Besi RM90 Sekaki!



Taikun Desmond Lim Beli Tanah Kerajaan Sebelah Pavilion RM7,000 Sekaki, 1MDB Beli Tanah TRX RM60 Sekaki dan Tanah Sungai Besi RM90 Sekaki! : Baru ini Mahathir Mohamad telah melakukan perjumpaan dalam satu majlis penerangan kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar penjelasannya, mengapa beliau bertindak hari demi hari memberikan desakan supaya Datuk Seri Najib letak jawatan di sebuah dewan di Hulu Kelang, Selangor.

Tanah 1MDB

Terdapat beberapa sebab-sebab yang digariskan oleh Dr mahathir Mohamad disebalik desan supaya Najib Razak letak jawatan sebagai perdana Mneteri Malaysia :
  1. Walaupun, 1MDB beli stesen janakuasa bebas pada harga mahal (lebih daripada harga pasaran), Mahathir masih boleh tutup mata lagi
  2. Walaupun Datuk Seri Najib Razak tidak mahu teruskan projek jambatan bengkok Malaysia – Singapore, Mahathir boleh tutup mata lagi
  3. Walaupun Najib Razak tidak meneruskan projek kereta api berkembar dari Johor ke Padang Besar dengan kos sejumlah RM14 bilion, Walaupun akhirnya projek itu diteruskan dengan kos yang lebih besar (sekali ganda) untuk laluan Ipoh ke Padang Besar pada nilai RM12 bilion, Mahathir masih boleh pejamkan mata lagi
  4. Tetapi….tetapi Mahathir Mohamad sudah tiba masa untuk beliau bangun bagi memperbetulkan keadaan demi negara walaupun Najib Razak adalah figura yang beliau pernah angkat sehingga menjadikan Najib Razak Menteri Besar Pahang pada usia yang cukup muda (27 tahun) dan Perdana Menteri pada masa sekarang ini atas nama balas jasa dan balas budi Mahathir kepada role model Mahathir dahulu iaitu Tun razak (bapa najib razak).
Lebih-lebih melihatkan perbelanjaan yang terlampau banyak dana negara secara terkawal dan berhemah, Mahathir Mohamad mula merasa tidak senang duduk.

 

Punca Utama Najib Razak Patut Letak Jawatan Segera

  • Ditambah pula, tindakan 1MDB yang beli tanah kerajaan Malaysia pada harga yang cukup-cukup murah di kawasan yang cukup bernilai tinggi. Tanah bagi pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) ini ia berdekatan dengan Pavilion.
  • Tanah sebelah Pavilion Tan Sri Desmond Lim beli tanah dengan nilai harga RM7,000 satu kaki.
    1MDB pula beli tanah TRX dengan harga RM60 satu kaki. Patutkah?
  • Beginikah cara kerajaan Malaysia uruskan tanah-tanah kerajaan?
  • Tidak cukup lagi, tanah lapangan Sungai Besi 1MDB beli hanya serendah RM90 satu kaki sedangkan berdasarkan nilai pasaran Mahathir mengatakan harga tanah lapangan Sungai Besi 1MDB itu mencecahah antara RM2,000 – RM3,000 satu kaki
  • Hutang 1MDB dengan hanya syarikat bermodal hanya RM1 juta tetapi hutang 1MDB sudah pun melonjak RM42 bilion (bermakna 42,000 kali ganda berbanding modal yang 1MDB ada)
Kemudian 1MDB mendabik dada, mengatakan aset meraka semakin besar.
  • Memanglah dah kamu beli tanah kerajaan pada harga murah
  • Tetapi yang rugi siapa? Kerajaan Malaysia. Kita rugi. Ermmm….
  • Ini kerana tanah yang cukup-cukup bernilai tinggi kerajaan Malaysia boleh jual murah-murah kepada 1MDB
1MDB modal RM1 juta boleh hutang sehingga RM42 bilion kemudian beli tanah kerajaan harga yang sangat murah. Ditambah dengan 1MDB tidak bercakap benar dan berputar belit ketika beri kenyataan ke mana dan di mana wang yang sebegitu banyak itu sekarang. (bernilai berbelas-belas bilion ringgit)

Nah…..ini yang Mahathir Mohamad bangun tentang habis-habisan keadaan seperti ini dan tuntut duit itu semula. Sebelum ia bertambah teruk.

P/S : Akhir sekali Mahathir Mohamad sekali lagi merayu dan berharap Najib Razak letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Cukuplah!

PP/S :Dengan nada kesal, Mahathir Mohamad mohon maaf kepada idolanya, arwah Tun Razak di mana anaknya Najib razak patut letak jawatan. Mahathir menegaskan sekali lagi jika Najib Razak terus pimpin Malaysia, Barisan Nasional (BN) akan kalah Pilihanraya Umum ke 14 kelak.

PPP/S :  Demi kebaikan Najib Razak, dan kebaikan rakyat, Mahathir sekali lagi memberikan peringatan kepada Najib Razak lebih baik berhenti sekarang daripada hilang jawatan pada ketika Barisan nasional tumbang pada Pilihanraya Umum ke 14 kelak. 

Mahathir khuatir jikalau pembangkang menang PRU14, mereka akan cungkil dan korek dan gali segala kekotoran akan didedahkan sekaligus tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang berkaitan, pada ketika itu Mahathir mengambil berat nasib Najib Razak pada masa itu. Akhirkata Mahathir, lebih baik Najib Razak letak jawatan sekarang.


Parlimen jadi sasaran IS

 
IS dikatakan menyasarkan pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan beberapa lokasi lain yang didakwanya sebagai kawasan maksiat.


zahid IS



KUALA LUMPUR- Parlimen Malaysia dikatakan menjadi sasaran serangan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Selain bangunan berkenaan, ia juga menyasarkan pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan beberapa lokasi lain yang didakwanya sebagai kawasan maksiat.

Agenda berkenaan terbongkar selepas 12 suspek yang disyaki anggota kumpulan berkenaan berjaya ditahan Polis.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mereka yang terbabit menyertainya dikenal pasti terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan perkerjaan.

“Mereka yang terlibat tidak mengira latar belakang termasuk pensyarah dan pelajar dari institusi pengajian tinggi swasta.

“Menurut kajian yang dijalankan, lebih 50 peratus pengikut IS berumur 40-an tahun dan ke bawah, yang juga merupakan sasaran utama dalam merekrut anggota kumpulan keganasan,” kata beliau yang dipetik daripad portal berita Mstar.

'Lang' tak buat salah di Taman Medan

MALAYSIAKINI


 


Abang Ketua Polis Negara Datuk Abdulah Abu Bakar dilaporkan bebas daripada sebarang tindakan undang-undang kerana menyertai protes di luar sebuah gereja di Taman Medan pada 19 April lalu.

Memetik kenyataan Ketua Polis Petaling Jaya Azmi Abu Kassim, akhbar Sin Chew Daily melaporkan, keputusan itu dibuat berdasarkan siasatan awal dijalankan pihak berkuasa.

"Mengikut hasil siasatan semasa beliau tidak melakukan kesalahan ketika protes berkenaan.

"Polis juga akan memutuskan sama ada perhimpunan itu sah atau haram apabila siasatan siap (hari ini)," katanya.

Apabila kertas siasatan lengkap, ia akan diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk diputuskan sama ada pertuduhan perlu dibuat atau sebaliknya.

Azmi berkata, kertas siasatan mengenai kes itu dijangka disiapkan hari ini.

Dalam kejadian berkenaan, sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di depan sebuah gereja di Taman Medan menuntut lambang salib pada bangunan itu diturunkan.

Seorang daripada individu yang terbabit ialah Abdullah yang juga abang kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Abdullah ialah Ketua Umno Cawangan Taman Lindungan Jaya.

Seorang lagi yang terlibat ialah bekas calon BN dalam pilihan raya umum 2008, Munaliza Hamzah, yang tewas kepada Haniza Talha (PKR).


'Dr M perlu fikir semula, jika majoriti PKR kurang'

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memikirkan semula kewajaran beliau terus mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika BN berjaya mengurangkan majoriti PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Bekas menteri kabinet Tan Sri Zainuddin Maidin berkata walaupun kemenangan di kubu kuat PKR itu mustahil dicapai, tetapi jika BN mampu mengurangkan sokongan majoriti Datuk Seri Azizah Wan Ismail, maka ia boleh "memulihkan imej BN".

Pada masa yang sama, katanya, ia boleh menaikkan semangat pendokong Umno dan BN termasuk pucuk pimpinannya yang kini dianggapnya "tergugat" ekoran kegawatan politik, ekonomi termasuk serangan Dr Mahathir.

"Jika berlaku peningkatan undi BN atau pengurangan kelebihan undi Pakatan Rakyat, maka bererti BN telah berjaya merobek  tembok kekebalan imej Anwar Ibrahim dan keteguhan moral politik pembangkang di seluruh negara.

"Kemenangan menjadi matlamat setiap parti yang bertanding dalam pilihan raya tetapi mustahil akan dapat dicapai oleh BN di Permatang Pauh tetapi kejayaan mengurangkan undi majoriti PKR sudah cukup untuk memulihkan imej BN kerana ia merupakan The battle of the decade, setelah the mother of all by election," katanya.

Menulis dalam blognya, Zainuddin bagaimanapun menegaskan bekas perdana menteri itu akan dipersalahkan jika kekalahan BN termasuk di Permatang Pauh disebabkan kempen berterusan beliau menjatuhkan Najib.

"Apakah Mahathir tidak akan turut bergembira dengan peningkatan undi BN di Permatang Pauh kelak yang juga akan menaikkan moral Umno dan tidak hanya Najib?" katanya yang lebih dikenali sebagai Zam.

"Saya tidak terfikir Tun Mahathir sendiri mahukan kekalahan BN di Permatang Pauh kerana Anwar Ibrahim merupakan musuh terbesar dalam sejarah politiknya.

"Tetapi kekalahan BN akan melibatkan Mahathir turut memberikan sumbangannya jika beliau terus menyerang Najib dalam masa kempen pilihan raya itu walaupun tidak bercakap di kawasannya.

Zainuddin berkata penurunan majoriti undi PKR boleh menutup kelemahan BN di Rompin jika berlaku kemerosotan sokongan dan menghakiskan keyakinan masyarakat Cina terhadap Pakatan termasuk permuafakatan DAP dengan PAS ekoran isu negara Islam dan hudud.

"Jika BN kalah di Rompin maka Najib wajib mesti meletakkan jawatan," tegas Zam.


'Kami mahu PM, bukan Ahmad Maslan'

MALAYSIAKINI


 


PKR berkata, ketiadaan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Permatang Pauh masih boleh diterima, tetapi BN tidak sepatutnya membiarkan Datuk Ahmad Maslan memberi penerangan mengenai isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, isu berkenaan sepatutnya dijelaskan sendiri oleh Najib, bukannya Ahmad (gambar) yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

"Saya ingin mencabar Najib. Kalau poster tidak kelihatan (di sekitar Permatang Pauh) tak apalah, cuma jangan hantar Ahmad Maslan untuk terangkan GST ini.

"Kita minta Najib sendiri turun menerangkan tentang kebaikan GST," katanya lagi dalam nada menyindir.

Semalam PKR membangkitkan isu 'keanehan' dalam kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh kerana poster memaparkan wajah Najib tidak kelihatan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian memberitahu, gambar calon BN yang bertanding di Permatang Pauh lebih penting berbanding wajah Najib.

Pakatan Rakyat menyatakan GST menjadi isu utama yang digunakan dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.


Pemuda PAS PP tarik balik boikot PRK

MALYSIAKINI



Pemuda PAS Pulau Pinang telah mengubah pendiriannya dan hari ini mengumumkan untuk membantu jentera Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh. 

Ketua Pemudanya Mohd Yusni Mat Piah berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat Pemuda PAS Pulau Pinang bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Khairil Nizam Khirudin, malam tadi. 
 
"Kami sebulat suara untuk akur arahan PAS Pusat untuk bantu gerak kerja PRK Permatang Pauh. 
 
"Kami juga tetap dengan pendirian kami supaya AMK menarik balik kenyataan melampau terhadap presiden PAS," kata Mohd Yusni (kanan) dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang di Kepala Batas pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media itu Khalil dan Khairil.

Pemuda PAS Pulau Pinang sebelum ini bertegas tidak membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah AMK negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan melampau kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

AMK Pulau Pinang sehingga hari ini masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada untuk menarik balik kenyataan tersebut atau membuat permohonan maaf.

Pemuda PAS akur Majlis Syura

Selain itu, Yusni berkata tindakan pihaknya membantu jentera Pakatan pada PRK ini tidak bermakna mereka akur dengan kenyataan AMK itu.

"Walaupun AMK belum menarik balik kenyataan dan memohon maaf, Pemuda PAS akan tetap membantu jentera pilihan raya Permatang Pauh atas dasar mempertahankan kerusi itu," katanya.

Malah, Yusni berkata, pihaknya juga hanya akur pada Majlis Syura Ulama apabila sebelum ini yang menetapkan bahawa PAS masih lagi kekal di dalam Pakatan.

"Kami tetap dengan pendirian sebelum ini tetapi pada masa sama tetap nak pertahankan kerusi Permatang Pauh. Tidak mahu kerusi terlepas daripada Pakatan.

"PAS ada Majlis Syura Ulama yang tetapkan parti ini masih dalam Pakatan, jadi akhirnya kami akur," tegasnya lagi.

Selain itu, Yusni juga berkata, beliau turut bersedia untuk memberi kerjasama dengan Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya dikenakan tindakan tatatertib.

"Saya bersedia dan tahu prosudernya. Kalau ada laporan untuk diambil tindakan, saya bersedia kalau diminta.

"Saya atau (Pemuda PAS) Pulau Pinang bersedia untuk bekerjasama dengan Lembaga Tatatertib," katanya lagi.


Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli berkata, beliau berterima kasih kepada Pemuda PAS negeri kerana memeriahkan lagi kempen Pakatan.

"Tidak timbul soal sama ada mereka (Pemuda PAS Pulau Pinang) akan dikenalan tindakan tatatertib kerana perkara itu telah diselesaikan.

"Pemuda PAS Pulau Pinang ambil keputusan untuk sertai (kempen) dengan sepenuh hati dan bekerja kuat," katanya.
 
 

Jajaran baru MRT bukan demi 1MDB

MALAYSIAKINI


 


MRT Corp menafikan dakwaan bahawa penjajaran semula laluan MRT (MRT2) disebabkan arahan kerajaan untuk merangsang projek 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Ia inisiatif kami sendiri,” kata pegawai perhubungan awam MRT Mahmood Abdul Razak ketika ditanya berhubung perkara itu.

Katanya penjajaran MRT2 melalui Bandar Malaysia yang akan dibina, daripada laluan asal Pandan dan Cheras, kerana ia mempunyai kelebihan daripada jumlah penumpang.

Mahmood menambah penjajaran semula juga membolehkan MRT2 dihubungkan dengan stesen kereta api laju HSR Kuala Lumpur-Singapura, yang akan ditempatkan di Bandar Malaysia.

Pada 30 Mac, anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mempersoal keputusan penjajaran semula MRT2 itu.


Dr M: BN mungkin menang Pmtg Pauh, Rompin

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh mungkin menyebelahi BN – tetapi bukan disebabkan kekuatan parti itu.

Sebaliknya, kemenangan itu mungkin secara kebetulan kerana pihak lawan kini bermasalah, kata Mahathir.

“Saya nampak ada peluang di Permatang Pauh pun kerana parti lawan berpecah.

“Bukan kerana Umno kuat tapi kerana parti lawan berkelahi sesama sendiri dan dia kalah,” katanya kepada pemberita.

Beliau melihat, BN juga mungkin mempunyai peluang sama dalam pilihan raya kecil Rompin.

“Kita ada peluang menang kerana PAS lemah,” katanya lagi selepas satu syarahan di German-Malaysian Institute di Kajang.

Secara kasar, beliau masih melihat bahawa BN bahawa pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih lemah.

Mahathir seterusnya membangkitkan lagi kemerosotan undi BN dalam pilihan raya umum ke-13, yang lebih teruk berbanding pencapaian penggantinya sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Bila datang pilihan raya, kalah lebih teruk dari Pak Lah (Abdullah),” katanya lagi.

PKR kini mengharungi kempen agak sukar di Permatang Pauh kerana tidak mendapat bantuan dan sokongan penuh dari jentera rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, khususnya dari PAS.


GERAMM diisytihar 'pertubuhan haram'

MALAYSIAKINI


 


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini mengumumkan organisasi Gerakan Media Marah (GERAMM) sebagai haram.

Timbalan ketua pengarah jabatan itu, Datuk Yahaya Mohamad berkata, setiap pertubuhan yang ingin menjalankan aktiviti secara sah di negara ini mesti berdaftar dengan ROS  mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Disebabkan GERAMM dianggap tidak berdaftar, ROS menyeru semua lapisan masyarakat supaya tidak terpengaruh atau terpedaya dengan seruan pertubuhan berkenaan.

Katanya, GERAMM menggerakan seruan kepada masyarakat untuk tidak berpuas hati terhadap sekatan ke atas media, sama ada elektronik atau cetak.

"Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan undang-undang berkaitan boleh didenda tidak lebih RM5,000.

"Jika pelanggaran berlanjutan, denda tambahan bernilai tidak lebih RM5,000 sehari boleh dikenakan," katanya dalam kenyataan bertarikh 25 April itu.

Sementara itu GERAMM berkata, mereka menyambut kenyataan ROS itu dengan gelak ketawa.

Jurucakapnya berkata, sejak awal GERAMM wujud, mereka memperkenalkan gerakan berkenaan sebagai "perkumpulan longgar" untuk pengamal serta aktivis yang mendukung kebebasan media.

"Kami juga menegaskan perjuangan menuntut kebebasan media bukanlah seruan yang perlu dibimbangi kerana ia memberi manfaat kepada semua pihak dalam amalan demokrasi yang sihat," katanya. 


Dr M: RM3 juta untuk bunga kenduri, Rosmah?

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menyerang isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam salah satu tulisan dalam blognya.

Menurut bekas perdana itu, apa yang dibangkitkannya dalam tulisan itu hanya mengenai gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan "mewah."

"Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan (ketika majlis perkahwinan anaknya).

"Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fikir ada yang fakta. Itu jadi masalah."

Dr Mahathir juga menambah, pendapatan sebagai seorang perdana menteri tidaklah tinggi.

Ketika menjawat tugas itu, katanya, beliau menerima pendapatan RM20,000 dan ia mencukup untuk dirinya dan keluarga beliau.


Chong Wei: Bukan Rosmah bagi pil itu

MALAYSIAKINI


 


Ketika spekulasi makin rancak, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei menafikan isteri perdana menteri yang memberikan ubatan herba yang membuatkan beliau digantung daripada beraksi.

“Ya, saya boleh sahkan bukan beliau,” katanya kepada Malaysiakini.

Lee bagaimanapun berkata tidak dapat mendedahkan pihak yang memberikan pil itu kepadanya.

Beliau juga berkata mahu melupakan perkara itu dan berusaha membanggakan negara dengan pencapaiannya.

Isteri seorang “lelaki amat berpengaruh” dilapor memberikan ubatan herba kepada Lee, yang menjadi punca beliau digantung lapan bulan, lapor Reuters hari ini.

Berdasarkan laporan Persekutuan Badminton Dunia (BMF), bahan dinamakan cordyseps daripada sebuah kedai di Kuala Lumpur itu turut mempunyai dexamethasone yang dilarang.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa Rosmah Mansor merupakan isteri orang kenamaan yang dimaksudkan itu. Rosmah selama ini memang terkenal sebagai penyokong kuat Lee.

Sementara itu, sumber yang mengetahui perkara itu memberitahu Malaysiakini bahawa wanita yang memberikan pil itu adalah isteri kepada seorang bekas ahli politik terkenal BN.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu tidak mengetahui bahawa kandungannya boleh mengundang masalah kepada Lee.

Sumber bagaimanapun meminta Malaysiakini tidak mendedahkan namanya kerana tidak mahu pasangan itu menjadi perhatian ramai.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kelmarin berkata makanan semulajadi dan makanan tambahan herba itu diamal pengambilannya sejak 13 tahun kerana ia dipercayai bermanfaat untuk kesihatan.

Beliau berkata pakar pemakanan menasihatkan Lee bahawa kapsul Cordyceps selamat dan sebab itu perlu diuji selagi ia "cordyceps asli".

Chong Wei digantung lapan bulan oleh BWF kerana kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Bagaimanapun, hukuman penggantungan berkuat kuasa 30 Ogos tahun lepas itu akan berakhir 30 April ini.


Tun M kritik Najib kerana duit kerajaan hilang


Mahathir Mohamad Mahathir Mohamad


KAJANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tiada masalah dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang asalkan pentadbiran Najib 'bersih' daripada hutang.

Beliau berkata, serangannya dan kritikannya ke atas pentadbiran Najib, adalah disebabkan duit negara sering hilang dan hutang semakin meningkat.

‎"Kerajaan kalau bayar hutang  saya tiada masalah, yang jadi masalah sekarang ini duit hilang kalau satu, dua juta tak apalah, ini sampai 14 juta, 20 juta hilang tidak tahu ke mana pergi.

"Ini persoalannya, saya tidak puas hati pasal duit kerajaan hilang," katanya ketika sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana di Jerman Institut, Kajang hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib tidak akan tunduk dengan kritikan‎]

‎Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Najib semalam yang mengatakan bahawa beliau tidak akan berganjak walaupun 'diserang'

Najib semalam dipetik berkata, biar dirinya diasak dan dikritik, tetapi sebagai kerajaan yang telus beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah malah akan terus istiqamah berjuang demi negara.

Kenyataan Dr Mahathir tersebut merujuk kepada hutang 1MDB, yang sehingga kini belum dilunaskan keseluruhan hutangnya.

Calon muda, anak setempat beri tekanan kepada PR

SINAR HARIAN

PRK P.Pauh Poster calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin turut dilekatkan pada dinding sebuah kedai tradisional yang masih wujud di sini, bagi meraihkan undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, hari ini. - Foto Bernama
 
 
 
BUTTERWORTH - Kawasan Parlimen Permatang Pauh sememangnya kubu kuat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi keputusan BN meletakkan calon muda dan anak setempat bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dilihat memberi "tekanan" kepada PKR dan PR.
    
Calon BN Suhaimi Sabudin, 44, merupakan anak jati Permatang Pauh dan menetap di kawasan itu sehingga kini berbanding calon PKR iaitu Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 63, yang kekuatannya hanyalah kerana kedudukan beliau sebagai isteri Anwar.
    
Walaupun pengaruh Anwar dilihat masih kuat di Permatang Pauh, sentimen calon muda dan anak setempat, yang bermaksud individu yang berasal di situ dan masih menetap serta berbakti di kawasan tersebut, mampu menggerunkan PKR dan PR.
    
Bagi penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, pemilihan Suhaimi sebagai calon BN dilihat sebagai pilihan terbaik dalam kalangan pengundi atas pagar, yang kebanyakannya golongan muda dan pengundi baharu.
   
Katanya selama ini PR yang lebih ke depan dalam mengetengahkan calon-calon muda sewaktu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, dan perkara ini terbukti berjaya menarik pengundi atas pagar tetapi pada kali ini BN pula yang menampilkan calon muda.
     
"Selain faktor calon muda, faktor calon setempat sangat penting. Kena akui ramai penduduk hendakkan calon setempat yang memahami masalah mereka. Itu kekuatan penting dalam melaksanakan peranan sebagai wakil rakyat.
    
"Dalam hal calon, kelebihan Suhaimi agak ketara manakala kekuatan Wan Azizah kerana ia ada kaitan dengan Anwar. Mungkin PKR melihat Wan Azizah calon terbaik kerana hubungan dengan Anwar," katanya kepada Bernama di sini.
    
Mohd Azizuddin berkata selain itu, kedudukan Wan Azizah sebagai Adun Kajang di Selangor sebenarnya memberikan satu bebanan kepadanya jika terpilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
    
Apatah lagi Wan Azizah yang pernah memenangi kerusi Parlimen kawasan itu pada Pilihan Raya Umum 1999, 2004 dan 2008, bertindak meletakkan jawatan pada 2008, kerana mahukan suaminya bertanding pada PRK yang diadakan selepas itu, dan seterusnya menjadi Ketua Pembangkang.
    
"Banyak kritikan terhadap keputusan Wan Azizah untuk bertanding kali ini, bukan hanya daripada BN tetapi banyak pihak. Penduduk di Kajang juga ada rasa tidak puas hati kerana beliau tidak perform.
 
"Berat bebanan yang perlu beliau uruskan. Itu isu yang utama. Jika beliau menang di Permatang Pauh, banyak perkara yang terbatas. Beliau tidak boleh kata akan ada orang yang tolong menjaga kawasan. Peranan wakil rakyat berkaitan isu-isu semasa. Kalau peranan wakil rakyat tidak dilaksana sepenuhnya, rakyat yang akan berhadapan dengan masalah," katanya. 
    
Bagaimanapun, Mohd Azizuddin mengakui dengan meletakkan seseorang daripada keluarga Anwar, ia satu kelebihan kepada PKR dalam mengekalkan pengundi-pengundi tegar yang selama ini menyokong Anwar. 
    
PRK Permatang Pauh kali ini dilihat sengit. Sebelum BN mengumumkan calonnya banyak pemerhati politik dan umum beranggapan PKR mampu menang selesa tetapi tindak tanduk PKR dan Pakatan Rakyat dalam kempen PRK menunjukkan mereka seakan-akan mengakui calon BN kali ini betul-betul "mencabar mereka".   
    
Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP menangguhkan Persidangan Dun dijadual pada 5 hingga 8 Mei kepada selepas PRK iaitu 11 hingga 15 Mei, seolah-olah memperlihatkan kegusaran mereka. 
    
Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid berkata penangguhan itu bertujuan mengelak menjawab isu hangat dibangkitkan BN ketika kempen PRK sedang berjalan dan juga bagi membolehkan pemimpin PR menumpukan kepada usaha berkempen.
 
"Sewaktu PRK Parlimen Bukit Gelugor (Mei tahun lepas), Dun bersidang seperti biasa dan tidak ditangguh, mungkin kerana BN tidak bertanding.
 
Kali ini (PRK Permatang Pauh), berdepan dengan BN, mereka jadi pengecut," katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.      
Mohd Azizuddin berkata dalam keadaan BN yakin mampu menamatkan penguasaan PKR di Permatang Pauh selama 17 tahun, BN perlu lebih fokus kepada isu yang dieksploitasi oleh pakatan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
    
BN perlu menerima hakikat bahawa isu GST sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pengundi di kawasan Permatang Pauh, jika tidak ditangani dengan baik, katanya.
    
PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei, menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Dr Wan Azizah, Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia. Kawasan Parlimen Permatang Pauh mempunyai 71,890 pengundi, dengan kira-kira 70 peratus adalah Melayu.  
    
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar, melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat kawasan itu.
 
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat. – Bernama
 
 

Aduan GST menurun 28 peratus, kata KPDNKK


GST
 
 
 
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberitahu jumlah aduan harian yang diterima mengalami penurunan sebanyak 28 peratus bagi tempoh 27 April dan 28 April.

Menurut Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad, analisis aduan harian untuk 28 April menunjukkan bahawa kenaikan harga atau perkhidmatan merupakan aduan tertinggi iaitu 69 peratus.

"Daripada jumlah tersebut, 10 aduan mengenai kenaikan harga barangan di pasaraya dan enam aduan di kedai runcit.

"Antara barang dan perkhidmatan yang telah diadu melibatkan majalah dan roti yang dikenakan GST. Ada juga aduan kenaikan harga di pasar tani libatkan peniaga telah kenakan caj GST ke atas mee kuning dan tauhu yang dijual," katanya pada sidang media di KPDNKK, hari ini.

Sejak 1 April hingga semalam, sebanyak 5,327 aduan berkaitan antipencatutan GST telah diterima.

Dalam pada itu, beliau memberitahu pemeriksaan dan penguatkuasaan premis berkaitan caj perkhidmatan bagi 28 April melibatkan enam pemeriksaan dan tiada pengeluaran notis dikeluarkan.

Sementara pemeriksaan caj perkhidmatan secara kumulatif yang bermula dari 8 April hingga 28 April berjumlah 834 dan 93 notis dikeluarkan bagi tempoh sama.


Selasa, 28 April 2015

Wan Azizah Minta MB Selangor Bantu Urus DUN Kajang


Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 

Dr Wan Azizah Wan Ismail



BUKIT MERTAJAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan membantu menguruskan kebajikan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Azmin yang juga timbalan presiden parti itu diminta membantu menyelesaikan masalah penduduk DUN Kajang sekiranya beliau sekali lagi dipilih menjadi wakil rakyat di Permatang Pauh.

“InsyaAllah...saya Presiden parti dan timbalan saya menteri besar. Jadi kalau ada masalah, saya minta menteri besar bantu.

“(Saya) boleh handle dua-dua (kawasan) InsyaAllah. Berikan saya kesempatan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis kuliah agama dan solat isyak di Masjid Saidina Abu Bakar, Taman Guar Perahu di sini, Isnin malam.

Sebelum ini, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan mengingatkan Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang di Selangor supaya melunaskan janji kepada penduduk Kajang terlebih dahulu agar tidak dilihat sebagai pemimpin ‘touch n go’.

Kata Shahrizat, timbul persoalan adakah Dr Wan Azizah akan mampu menunaikan janji baharu kepada penduduk Permatang Pauh sedangkan penduduk di Kajang masih menagih janji dalam manifesto pemimpin PKR itu sewaktu PRK DUN Kajang tahun lalu.

Dr Wan Azizah mewakili DUN Kajang selepas menang dalam PRK di kawasan tersebut pada 23 Mac tahun lalu menerusi ‘Langkah Kajang’ yang dicipta PKR.

Pada PRK yang akan diadakan pada 7 Mei ini, Dr Wan Azizah berhadapan saingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas, Salleh Isahak.


Chegu Bard Dakwa Agenda Peribadi, Dendam Dorong Yusni Boikot PKR


Badrul Hisham Shaharin
 
 
 
BUKIT MERTAJAM: Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah didakwa mempunyai agenda peribadi apabila memutuskan untuk memboikot kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh.

Kritikan terhadap pemimpin Pemuda PAS negeri itu disampaikan ahli PKR yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Katanya, tindakan Mohd Yusni mungkin didorong kemarahan politik terhadap parti sekutu PAS itu sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

“Nasihat saya kepada Yusni, sudah sudahlah dendam sempit itu. Ego politik dengan mengenepikan kepentingan rakyat. Ingat dan lihatlah rakyat diluar sana.

"Kamu bercakap soal wala’ (taat) tetapi kini kamu sendiri tidak wala' dengan arahan pimpinan atas. Adakah dengan kemenangan Umno di Permatang Pauh ia dapat merealisasikan cita-cita kamu melaksanakan hudud? Adakah kerana mahu laksana hudud atau ada agenda tersirat lain?” katanya menerusi blog chegubard.blogspot.com.

Badrul Hisham dan Mohd Yusni sebelum ini pernah bertembung dalam saingan tiga penjuru menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Pulau Pinang.

Tindakan PAS menamakan Mohd Yusni sebagai calon pada saat-saat akhir di DUN berkenaan menyebabkan berlakunya pecah undi untuk dua calon Pakatan Rakyat hingga menyaksikan calon BN, Datuk Mahmud Zakarian menang dengan majoriti 808 undi selepas memperoleh 6,891 undi.

Sementara itu, Badrul Hisham memperoleh 6,083 undi, manakala Mohd Yusni hanya mendapat 690 undi dan hilang wang pertaruhan.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berharap Mohd Yusni belajar daripada kesilapan PAS pada PRU-13 yang menyebabkan kerusi DUN Sungai Acheh terlepas ke tangan BN.

"Namun apabila melihat kenyataan dia merehatkan jentera Pemuda PAS Pulau Pinang, nampak dia tidak belajar dari pengalaman pahit tiga penjuru di DUN Sungai Acheh.

"Kepada jentera pakatan atau penyokong, jangan diserang PAS. Percaya dan yakinlah Yusni ini tidak semampu mana mengawal jentera dan undi PAS. Yakinlah ramai dalam PAS itu cerdik dan memahami keutamaan cuma ada seorang dua yang menggelar diri mereka pemimpin tetapi termain emosi,” katanya.

Pada Ahad lalu, Mohd Yusni mengarahkan supaya membekukan jentera dan aset mereka daripada terlibat dalam semua gerak kerja PRK Permatang Pauh.

Arahan boikot itu dibuat selepas permohonan maaf mereka berhubung dakwaan menghina Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak dilayan.

Kempen PRK Rompin: BN, PAS Bertolak Ansur, Tak Agresif - Hasan

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 
Hasan bertanyakan khabar penduduk Orang Asli pada program pemimpin bersama masyarakat Orang Asli di Bukit Serok.
 
 
 
ROMPIN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin agak suram jika dibandingkan dengan PRK Permatang Pauh.

Sebaliknya, Hasan berkata, ahli politik BN atau PAS bukannya di kalangan pemimpin yang agresif dari segi kepartian tetapi lebih bersederhana dalam berkempen.

"Tidak suram... Rompin ini terletak di kawasan luar bandar dan kedua-dua belah pihak, sama ada PAS dan Umno bukan jenis ahli-ahli parti yang agresif.

"Perang poster, sepanduk, buat roket, bulan tidak ada di sini. Di sini sederhana sahaja," katanya kepada pemberita pada sidang media majlis ramah mesra bersama rakyat dan bantuan sara hidup peserta tanam semula Felcra kawasan Endau di sini Selasa.




Jelas Hasan, kedua-dua parti dilihat bertolak ansur antara satu sama lain terutama dari segi perang poster di sekitar bandar Muadzam Shah.

"Kalau di Muadzam ini, ada tempat untuk PAS dan ada tempat untuk Umno...tak macam tempat lain. Poster besar-besar pun tak ada," katanya.




Ketika ditanya bagaimana beliau menangani isu-isu yang dibangkitkan PAS semasa berkempen, Hasan berkata, beliau sudah menjelaskan kepada rakyat terutamanya isu berkaitan tanah rancangan Felda.

"Saya dah jelaskan masalah Felda, saya juga pernah jadi ahli Lembaga Pengarah Felda. Kita mahu serahkan negara kepada generasi kedua dengan lebih baik.

"Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menstabilkan politik dan pentabdiran yang bagus itu asas kukuh untuk kita serahkan kepada generasi muda," katanya.

Hasan yang juga Pemangku Ketua Umno Rompin berkata, generasi kedua Felda harus berfikiran dalam konteks yang lebih menyeluruh demi masa depan negara.

"Kalau negara kacau bilau bagaimana kita nak serah negara untuk mereka nikmati dan rancang masa depan," katanya.

Malah, Hasan memberi jaminan bahawa pintu rumahnya sentiasa terbuka untuk rakyat di Rompin kerana beliau ingin  berkhidmat sepanjang hayat.

Pengundi: Wan Azizah tak turun jenguk kami

MALAYSIAKINI


 


"Anwar atau isterinya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) masa jadi wakil rakyat di sini tak pernah jenguk pakcik. Dia pun jarang turun padang dan tak tolong rakyat biasa di Permatang Pauh."
  
Demikian luahan perasaan Zulkifli Hamid, 79, seorang daripada antara pengundi tertua pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.
  
Zulkifli berkata sejak pertama kali menjadi wakil rakyat kawasan itu pada tahun 1982, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menziarahi golongan warga emas termasuk dirinya sendiri yang tinggal di Tanah Liat di Bukit Mertajam.
  
Dia menyifatkan PKR hanya mahukan undi daripada rakyat tetapi tidak pernah mempedulikan nasib golongan miskin dan warga emas di kawasan parlimen Permatang Pauh.
  
"Pakcik sekali pun tak pernah tak mengundi...pakcik tetap akan mengundi BN (Barisan Nasional) kerana parti itu yang banyak membantu kami di sini (Permatang Pauh)," katanya kepada Bernama di Bukit Mertajam.

Siti Nuraina Mohd Aman, 31, yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, iaitu satu daripada tiga DUN di Parlimen berkenaan, pula berpendapat Parlimen Permatang Pauh seharusnya lebih pesat dan sudah lama membangun jika pengundi memilih wakil rakyat yang berjiwa rakyat.
  
Pekerja di sebuah kilang di Perai ini memberi contoh Parlimen Tasek Gelugor dan Kepala Batas iaitu jiran Permatang Pauh yang semakin membangun di bawah wakil rakyat daripada BN dan banyak menawarkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
  
"Maksudnya, wakil rakyat yang memahami masalah setempat dan memberi tumpuan serta berusaha menyelesaikannya. Tiga DUN di kawasan Permatang Pauh adalah daripada pakatan pembangkang yang ada peluang terbaik memajukan parlimen ini kerana kerajaan Pulau Pinang juga di bawah parti yang sama tetapi lihatlah apa yang ada...Penanti dan Permatang Pasir masih jauh ketinggalan," katanya.
  
Khairul Anas Ismail, 47, berkata sebagai pengundi di kawasan Permatang Pauh, beliau kecewa dengan wakil rakyat kerana tidak membawa pembangunan dan pembaharuan kepada penduduk di situ.
  
"Saya sudah tidak larat hendak berpilihan raya lagi kerana masuk kali ini sudah dekat lima kali mengundi dan balik balik dia dan keluarganya sahaja..keadaan di Permatang Pauh masih sama jugak. Kami pengundi di sini kecewa dengan prestasi wakil rakyat sebelum ini.

"Bagi golongan muda seperti saya, kami mahu wakil rakyat daripada orang muda pula untuk bela nasib kami terutama berkaitan peluang pekerjaan di sini," katanya.
  
PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Wan Azizah (PKR), Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan calon Bebas Salleh Isahak.
  
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar, anggota Parlimen kawasan itu melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
  
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
  
Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.-Bernama


 

Suhaizan kecewakan Pemuda PAS Pulau Pinang

MALAYSIAKINI


 


Lapan hari menjelang piihan raya kecil Permatang Pauh, kemelut yang dipaparkan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang terus memanas.

Hari ini ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, pendirian dibuat mengenai reaksi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang bukanlah pandangan peribadinya semata-mata.

“Pendirian ini adalah pendirian bersama semua ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS kawasan kami,” katanya mereka dalam kenyataan melalui Facebook.

Pendirian itu disokong Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh Wan Ahmad Rafaie Abdul Rashid, Ahmad Taufiq Saedon (Bagan), Ahmad Fahmi Mohd (Balik Pulau), Syed Mohd Nazri Syed Ibrahim (Bukit Mertajam), Mohd. Najib Hamsi (Batu Kawan), Zulazhar Mohamad (Nibong Tebal), Rizal Hafiz Roslan (Tasek Gelugor) dan Mohd. Hafiz Kasim (Kepala Batas).

Sebelum ini, Mohd Yusni bertegas Dewan Pemuda PAS negeri tidak akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh kerana AMK enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata beliau masih berusaha mendamaikan anak buahnya dengan AMK Pulau Pinang namun sehingga kini belum menampakkan kesan.

Mohd Yusni turut menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan Suhaizan yang dilihat tidak 'budiman' menangani isu tersebut.

“Kami juga ingin zahirkan suara kekecewaan daripada pemuda peringkat akar umbi khususnya di kawasan-kawasan kami terhadap Suhaizan yang dilihat begitu tidak budiman dalam menguruskan perkara ini sedangkan yang dikecam oleh rakan kita adalah Tuan Guru Presiden sendiri,” katanya.


4 relawan disiasat polis di Permatang Pauh

MALAYSIAKINI


 


Sudah empat orang sukarelawan PKR di Permatang Pauh dipanggil memberikan keterangan oleh polis berhubung ceramah di sebuah kedai kopi sempena pilihan raya kecil Parlimen itu.

BERSIH bahagian utara dan NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata mereka dipanggil memberikan kenyataan bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

“Kami lihat tindakan polis ini sebagai salah satu gangguan, untuk menanamkan rasa takut di kalangan penyokong PKR dan juga mengganggu jadual kempen parti itu,” kata Pengerusi BERSIH bahagian utara Datuk Dr Toh Kin Woon dan jurucakap Suaram Ong Jing Cheng.

Semalam Anggota Dewan Udangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk Lee Khai Loon mendakwa beberapa orang petugas PKR dipanggil untuk soal siasat oleh pihak polis atas sebab yang tidak diketahui.

Beliau semalam bagaimanapun hanya mengenal pasti dua orang, iaitu seorang jirannya dan seorang pemilik kedai kopi.

Malaysiakini cuba menghubungi pihak polis bagi mendapatkan komen mereka berhubung dakwaan itu. 


BN: Kajang pun terabai, Kak Wan

MALAYSIAKINI


 


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi wakil rakyat Permatang Pauh memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sendiri yang disandangnya terabai, kata BN.

Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin justeru menasihatkan pengundi Permatang Pauh supaya bijak memilih wakil rakyat mereka.

"Apakah mereka (penduduk Permatang Pauh) mahu wakil rakyat mereka jaga Kajang lepas itu sebulan sekali datang ke sini.

"Tugas-tugas lain dan kerja-kerja lain pastinya yang nak dia buat tidak akan berkesan.

"Dia kata (Kajang) akan diuruskan oleh menteri besar Selangor, kalau macam itu, dia tak payahlah bertanding di sana. Ini tanggungjawab," katanya.

Timbalan perdana menteri berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan projek naik taraf Hospital Seberang Jaya hari ini.

Selain itu, Muhyiddin turut berkata, calon BN Suhaimi Sabudin merupakan calon yang paling sesuai untuk menjaga Permatang Pauh memandangkan beliau merupakan anak jati di situ.

Terus jaja pembangunan


Berbeza dengan Wan Azizah, Muhyiddin berkata beliau khuatir sekiranya isteri kepada ketua umum PKR itu tidak mempunyai masa untuk menjaga kebajikan dan pembangunan kawasan tersebut.

"Saya fikir itu (Suhaimi) jauh lebih baik dari Wan Azizah. Dia (Azizah) tak ada masa langsung, Kajang banyak tak turun ke bawah dan menang pun tak menjalankan tugas," katanya lagi.

Walaupun PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru, namun kempen yang memasuki hari keempat hari ini lebih menonjolkan perang antara BN dan PKR.

Pada kempen-kempennya sebelum ini, BN lebih banyak membangkitkan soal pembangunan di Permatang Pauh.

Selain mempertikaikan tiada pembangunan di kawasan itu, BN juga menjanjikan pelbagai kemajuan lain sekiranya parti itu berjaya memenangi kawasan tradisi PKR tersebut.

Antaranya BN menjanjikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Permatang Pauh serta menambah baik rumah ibadah dan masalah banjir di kawasan itu. 


Cuma Hadi boleh nasihat 'budak' PAS

MALAYSIAKINI


 


Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Hanipa Maidin berkata, presiden parti itu perlu turun sendiri ke Permatang Pauh untuk membantu Pakatan Rakyat dan menasihati Pemuda PAS Pulau Pinang yang "kebudak-budakan."

Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan kesibukan sesuai dengan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Dunia hingga perlu memberi komitmen amat tinggi menangani masalah ummah di peringkat global, Presiden PAS itu boleh mengambil langkah lebih mudah dengan mengeluarkan arahan rasmi kepada dewan pemuda PAS negeri.

Katanya, langkah itu perlu diambil bagi menyelesaikan segera kemelut "yang tidak sepatutnya timbul" itu.

Hari ini Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah, mengeluarkan kenyataan menolak membantu calon Pakatan yang bertanding dalam pilihan raya keci Permatang Pauh.

Yusni (gambar) juga mendakwa pemimpi pemuda PAS kawasan di Pulau Pinang kecewa dengan pendekaan diambil ketua mereka sendiri, Suhaizan Kaiat yang cuba menyelesaikan konflik berkenaan.

Rasa tidak puas hati Pemuda PAS Pulau Pinang timbul ekoran kenyataan dibuat pemimpin Angkatan Muda Keadilan negeri berkenaan.

Dalam kenyataanya hari ini, Hanipa percaya ramai ahli PAS kecewa dengan sikap dan keputusan Yusni memboikot kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

"Pemuda PAS Pulau Pinang yang biasa dengan istilah wala' sepatutnya tidak ada masalah untuk memahami bahawa keputusan PAS mengikat mereka.

"Sewajarnya ketua pemuda negeri mengarahkan semua jenteranya memberi sokongan padu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Amat malang pemimpin terbabit memilih untuk tidak melayan - jauh sekali menghormati - segala kenyataan dan arahan Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Suhaizan Kayat" katanya.


'Muka calon lebih penting dari saya atau PM'

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pengarah pilihan raya BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gambar calon yang bertanding lebih penting berbanding gambar perdana menteri semasa pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Muhyiddin berkata, bukan sahaja gambar Datuk Seri Najib Razak tidak diletakkan di poster dan kain rentang BN, malah gambarnya sendiri pun tidak ada.

"Tak apalah kita letak gambar sesiapa pun. Yang penting gambar calon (ada).

“Perdana menteri tak bertanding atau pun saya tak bertanding.

"(Poster) muka saya pun tak ada," katanya pada sidang media selepas pelancaran projek menaiktaraf Hospital Seberang Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung tindakan PKR membangkitkan isu ketiadaan gambar presiden Umno itu di mana-mana poster kempen mereka. 
 
 

Potongkan tangan pencuri elit


AMBIL pisau, calarkan tangan sendiri atau orang lain. Ini adalah perbuatan yang haram dalam Islam.”

Inilah kenyataan pertama saya beri bila saya ditanya mengapa undang-undang hudud mempunyai peruntukan potong tangan dalam jenayah mencuri. Islam teramat mengambil berat isu mencederakan anggota badan. Tetapi mengapa ada peruntukan potong tangan?

Satu daripada Rukun Islam adalah bayar zakat. Soal ekonomi adalah rukun dalam Islam. Bila sebut sahaja ‘rukun’, maknanya seperti solat yang juga adalah rukun Islam. Seorang Muslim sukar digelar Muslim kalau dia tidak bersolat.

Demikian juga seorang Muslim sukar dikenali sebagai Muslim kalau dia tidak membayar zakat jika sudah mampu.

Perkataan ‘rukun’ membawa makna bahawa setiap Muslim wajib belajar dan menghayati ruh solat sejak baligh. Demikian juga, setiap Muslim wajib belajar rukun zakat.

Tetapi cara kita berfikir tentang agama sangat sempit. Pengajaran rukun zakat tidak memberi kefahaman ilmu ekonomi. Seorang pelajar yang belajar tentang rukun zakat besar mungkin tidak faham apa-apa pun tentang ekonomi.

Kita kena faham silibus zakat dalam erti yang lebih luas. Memahami zakat maknanya memahami ekonomi.

Khalifah Abu Bakar telah berperang dengan mereka yang enggan membayar zakat. Saidina Umar pada mulanya tidak setuju dengan cadangan Khalifah Abu Bakar kerana baginya, mereka yang tidak membayar zakat masih Muslim. Mengapa perlu memerangi mereka?

Tetapi Khalifah Abu Bakar memahami zakat bukan sekadar satu kewajiban agama, atau penyucian diri. Beliau memahami zakat dalam konteks ekonomi yang lebih luas.

Baginya, walaupun mereka ini masih Muslim, tetapi keengganan mereka untuk membayar zakat akan menjatuhkan ekonomi negara secara keseluruhan.

Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab ketika kepimpinan khalifah semakin meluas ke dunia bukan Arab, beliau mengimport sistem pengurusan akaun kewangan Parsi yang dikenali sebagai ‘diwan’. Akibatnya, akauntan-akauntan Arab terpaksa belajar bahasa Parsi untuk mengaplikasikan diwan.

Betapa seriusnya Umar melaksanakan rukun zakat. Umar memahami rukun zakat dalam erti kata kewajiban mencari sistem pengurusan ekonomi yang lebih efektif,
sistematik dan telus.

Bila kita memahami rukun zakat sebagai kewajiban menjaga kestabilan ekonomi, maka sudah tentu apa-apa yang mengacau-bilau ekonomi wajib dihalang. Ini termasuk mencuri. Hudud potong tangan patut difahami dalam konteks ekonomi yang lebih luas.

Saya suka kenyataan Tun Mahathir bahawa beliau tidak akan memaafkan 1MDB. Ketegasan beliau dalam meneruskan 'jihad' sehingga mendapat penjelasan tentang kerugian RM42 bilion dalam 1MDB adalah tindakan yang bertepatan dengan tindakan Khalifah Abu Bakar memerangi mereka yang enggan membayar zakat.

“Ini bukan 2 atau 4 bilion. Ini adalah 42 bilion,” kata Tun Mahathir. Di sini saya ingin kembali kepada persoalan potong tangan. Adakah kejam jika kita memotong tangan pencuri yang jelas terbukti mencuri RM42 bilion harta negara?

Hudud potong tangan memang keras. Tetapi kekerasannya bukan dilaksanakan ke atas mereka yang mencuri RM2 atau RM4,000. Sepatutnya, ulama-ulama meletakkan kadar satu milion ringgit dalam kes potong tangan. Saya yakin majoriti rakyat multikultural akan setuju dengan hudud potong tangan.

Rakyat sebenarnya ingin melihat undang-undang yang menghukum para pencuri elit. Kita lihat di dunia luar bagaimana undang-undang jenayah biasanya hanya efektif dilaksanakan pada rakyat umum, bukan pada para pencuri elit.

Kalau ulama-ulama memperjuangkan perlaksanaan hudud ke atas pencuri-pencuri elit, sudah tentu rakyat multikultural akan lebih memahami mengapa perlunya hukuman potong tangan ini.

Bagi pendapat saya, laksanakan hudud ke atas pencuri-pencuri elit ini dulu. Bebaskan negara daripada pencuri-pencuri elit. Mantapkan ekonomi negara, jagalah periuk nasi rakyat, barulah memperkenalkan hudud-hudud yang lain.

Islam adalah rahmat dunia yang bersifat multikultural. Tunjukkan bagaimana kanun hudud membawa rahmat ini. Tonjolkan kanun hudud yang mesra rakyat.

* Abdul Naser Tun Rahman          
Tokoh pendakwah Perak

Nazir: Bercanggah adik beradik perkara biasa

MALAYSIAKINI


 


Perbezaan antara adik beradik perkara biasa.

Begitu jawab Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak ketika ditanya berhubung percanggahan pendapat antara beliau dan abangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kami adik beradik! Sentiasa ada persetujuan dan percanggahan. Ini sihat.

“Kamu setuju semua perkara yang abang kamu buat?” soalnya dalam sidang media di Kuala Lumpur selepas perhimpunan agung CIMB ke-28 di Kuala Lumpur hari ini.

Nazir juga menolak komennya berkaitan 1MDB, syarikat bawah Kementerian Kewangan dipimpin Najib, menyemarakkan spekulasi berhubung percanggahan pendapat mereka berdua.

“Tiada apa pun yang kontroversi.

“Saya hanya kata ia (1MDB) sebabkan sentimen negatif pelabur dan bagus untuk lupakan isu itu.

“Saya tidak fikir sebarang kontroversi berhubung perkara itu. Saya fikir anak saya yang 15 tahun pun boleh buat pemerhatian sebegitu juga,” katanya.