Dalam bahagian
1, saya bertanya- adakah perlaksanaan hukum hudud waktu ini, menganjakkan misi
politik Islam kehadapan? Will it further the cause of Islamic political agenda?
Apa misi Islam? Masyarakat
bertaqwa, negara Islam, perlembagaan Islam, keadilan Islam. Lihat misalnya; Quran
22:41. Kita kena tanya apa yang mesti didahulukan- masyarakat taqwa, negara
islam, undang2 Islam atau syariah dan akhir sekali hudud?
Jangan kita ingat,
hukum hudud memadai dengan pengistiharan. Dari segi infrasruktur nya pun belum
ada- mahkamah, hakim, kualiti hakim, polis syariah atau pelaksana, pendakwa raya,
pembela dan sebagainya. Jika kita tidak menyediakan perkara ini, masyarakat, bukan
sahaja Islam, akan melihat keadilan Islam ini tidak ada perkara lain dari rejam
dengan batu, kerat tangan dan kaki, pancung kepala, sula, sebat dengan rotan.
Kelemahan kita memikirkan keperluan dan kegagalan kita mengujudkan supporting
environment akan hanya meningkatkan fitnah terhadap agama Islam, keadilan islam
dan orang Islam itu sendiri.
Semua orang
Islam menginginkan negara Islam yang diasaskan diatas prinsip mengajak orang
melakukan yang makruf dan menolak dan menentang segala bentuk kemungkaran. Saya percaya
pemimpin dan penyokong PAS jujur dalam pengejaran cita2 ini. Sebab itu, saya
ingin ulangkan sekali lagi, walapun saya berbeza pandangan dengan pas dalam
meletakkan keutamaan, saya tidak akan kata- hudud yang mahu dimajukan mereka
itu hudud PAS. Saya terima, semua terima, hudud yang ada ialah hudud Allah
itulah jua.
Ini bukan soal ,
kita orang Islam hendak laksanakan undang Islam pun kena dapat kelulusan dari
bangsa bukan Islam. Bukan- jalan keluar ialah mendapatkan kuasa, setelah dapat
kuasa, bangunkan perlembagaan Islam dan dari situ, laksanakan hudud. Jika kita
bertindak sebagai orang yang putus asa dan beranggapan bahawa cara untuk
mencapai cita2 hudud ialah melakukan perperangan- gerakan Islam akan gagal
sebelum ianya bermula pun.
Sebab itu saya katakan-
kelihatan usaha menghududkan masyarakat ialah melalui kerajaan yang diktator,
yang memerintah ikut muncung senapang. Itu bukan imej politik Islam yang kita
hendak hidupkan. Agama Islam agama selamat lagi menyelamatkan dan agama yang
kasihkan umat, bukan membunuh umat.
Hari ini
keadilan Islam dilambangkan oleh Islam yang dibawa oleh ISIS, oleh boko haram,
oleh kumpulan ganas yang lain. Inilah saya maksudkan dengan fitnah keatas politik
Islam.
Cabaran parti politik
Islam dan gerakan Islam yang lain ialah meyakinkan semua orang, Islam dan bukan
Islam sama ada keadilan Islam( yang hudud merupakan 0.0001% dari nya- mengikut
Haji Hadi sendiri), boleh dilaksnakan melalui cara aman. Bukankan Islam itu
agama nasihat? Islam itu agama selamat dan agama aman. Jika ia tidak dapat
dilakukan- seperti yang berlaku sekarang, ertinya keadaan belum lagi kondusif.
Kita lihat
sahajalah- perbezaan pandangan mengenai hudud pun mengundang ugutan bunuh, ugutan
berperang dan sebagainya. Bayangkan jika hudud dilaksanakan- lasykar2 Islam
berkeliaran mencari pesalah untuk duhududkan. Kekhuatiran hudud digunakan untuk
tindakan balas dendam dan menindas adalah real.
Kalau begitu, Sheikh
Ali JUmaah bekas mufti alzahar dan al Qaradawi pun bukan orang Islam kerana
menagguhkan hudud?
Fitnah kepada
konsep Keadilan Islam.
PAS kata mereka
mahu melaksanakan perintah Allah dan kita tak ada sebab untuk sangsi dengan
komitment mereka. Saya berterima kasih kepada PAS menyedarkan masyarakat mengenai
isiu hudud. Saya berterima kasih lagi kerana PAS melakukan nya secara
demokratik yakni mengikut prosidiur dan amalan demokrasi.
Malangnya, apa yang sebenarnya berlaku hari ini, ialah gologan
yang mahu mempromosikan hudud dan hukum syariah dan Islamic justice adalah
golongan2 yang mengembangkan Islam by the sword.
Golongan pengganas
dan kejam yang beria ria sangat mengaplikasi hudud. Pelbagai bentuk kekejaman
dilakukan atas nama keadilan Islam- bunuh sesama Islam, mengkafirkan orang
Islam, mengganasi wanita, memiskin dan memundurkan negara, mengamalkan gaya
hidup yang kotor, muram dan sebagainya.
Dalam bahagian
ini, saya tidak akan kata hukum hudud yang pas mahu laksanakan itu tidak betul;
saya sudah pun menyatakan pas terdiri orang2 yang taqwa. Orang yang taqwa
bukanlah golongan yang mengadakan hukuman sendiri sendiri. Saya boleh berbeza
pandangan politik dengan PAS tapi mengenai kejujuran dan sincerity mahukan Islam,
saya tidak ragu. Apatah lagi bila bercampur dengan pemimpin2 yang alim dan
warak dalam parti tersebut, saya perakui kejujuran mereka.
Dalam bahagian
ini, saya mahu membentangkan tafsiran alternative terhadap hudud.
Satu hari ketika
dalam kereta, saya mendengar sedikit syarahan agama oleh seorang ustaz mengenai
puasa. Selama ini, saya tahulah puasa dari segi teknikal nya, kebaikan puasa
dsb. Tapi point yang ustaz itu sebut- saya tidak akan lupa- puasa itu mendidik
kita meninggalkan kebiasaan. Yang biasa kita buat ialah makan dan minum, bersama
dengan isteri dan lain2. Untuk suatu tempoh masa, kita tingalkan apa yang biasa
kita lakukan. Hasil nya pelbagai.
Saya pakai
prinsip yang sama bila berceramah- orang Melayu mesti tinggalkan yang biasa
mereka lakukan yakni menyokong UMNO. Berhenti sokong UMNO dan nikmati hasil
nya.
Dalam kes hudud
ini, pun saya dengar penceritaan mengenai seorang wanita yang berzina yang
mengaku melakukan didepan Nabi Muhammad saw.
Wanita itu hamil dan buat perakuan depan Rasulullah bahawa anak tersebut hasil
zina. Rasulullah enggan menerima pengakuan tersebut sehingalah 3 kali. Akhirnya
setelah selesai melahir dan anak habis disusui, barulah hukum hduud dilaksanakan.
Apa pengjaran
nya kepada kita? Pengajajaran nya mengikut ustaz saya ialah hukum hudud
bukanlah sesuatu yang disegera segerakan, dianjur anjurkan, diusaha usahakan
dan di heboh hebohkan. Kalau boleh dielakkan kerana konsep keadlan Islam ialah
compassion, kasih sayang dan ugama yang selamat lagi menyelamatkan.
Demkian juga
dengan cerita dari sejarah Islam. Pada zaman pemerintahan Harun Aminurrashid-
seorang pesalah zina mahu dijatuhkan hukum rejam batu. Khalifah menetapkan
orang yang hendak rejam batu mesti terdiri dari mereka yang tak pernah tinggal
solat subuh sejak mereka baligh. Adakah orang ini dalam kumpulan perejam? Oleh
kerana tidak ada, maka hukuman zina itu tidak dilaksnakan.
Maka jika kita
menyegerakan hukum hudud sehinga kelihatan tidak menyabar, itu akan membawa fitnah
kepada konsep keadilan Islam.
Kita semua ada
tanggung jawab menyekat perkara ini dari berlaku yakni menyekat fitnah keatas
konsep keadilan Islam. Keadilan islam itu tidak diwakili oleh pancung, rejam
batu, kerat tangan dan kaki, sebatan dan sula. Keadilan Islam ialah mengenai
keampunan, memaafkan, memberi peluang kepada pesalah membaiki diri.
Zaman ini
sedikit sangat yang soleh dan solehah, yang boleh menjamin hudud dilaksanakan
dengan alim dan menepati konsep keadilan Islam. Cara PAS untuk bergegas serta
bersegera melaksanakan hukum hudud- menghantar isyarat golongan ekstemis sudah
mahu melancarkan reing of terror. Oleh kerana ini, kita kena sekat kemunculan
golongan yang menggunakan hudud dan keadilan Islam melakukan keganasan.
Dalam membentuk
suatu Qanun kesiksaan- kita tahu antara ramuan nya ialah menjatuhkan hukum dan
membuat si pesalah rasa sesakit yang dirasai mangsa nya. Ini penting tapi yang
sama penting ialah untuk memperlihatkan kepedulian dan belas ehsan dan memberi
peluang kepada pesalah bertaubat dan menyesali perbuatan nya dalam membentuk
dasar qanun kesiksaan.
Sebab apa? Sebabnya
Islam memperakui bahawa jinayah dan salah laku tidak terpisah dari masyarakat. Yakni
masyarakat secara tidak lansung tersangkut dengn perbuatan salah laku tersebut.
Saya mencari
apakah dalam Islam itu sendiri, ada alasan2 untuk menangguh aplikasi hukum
hudud? Jawapan nya ialah ada. Didalam keadaan yang meragukan untuk
mengelak fitnah keatas politik Islam, mengelak fitnah ketas konsep keadilan
Islam, keadaan masyarakat yang belum sedia, keadaan umat Islam yang lemah dan
mundur, hudud boleh ditangguhkan. Kita akan berjumpa dengan prinsip aulawiyyat
yakni mengatur priority.
Atas alasan2
yang membenarkan kita menangguh hudud dan percaya keadaan yang menghalang
perlaksanaan hudud itu ada di Malaysia, maka saya tidak dapat menyokong bill
hudud yang akan dibentangkan oleh TG Haji Hadi.
Sementara saya
akan undi tidak, ingin saya nyatakan hormat saya dan mulia saya kepada golongan
warisatul anbia tidak sikit pun
berkurang.