HALAMAN SANTAI

Ahad, 6 Februari 2022

Laungan retorik, manifesto bukan penentu kemenangan – Anwar

MALAYSIA POST

PRN Johor: Laungan retorik, manifesto bukan penentu kemenangan – Anwar

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu jentera parti itu diperkukuhkan serta berperanan dengan berkesan bagi menarik sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Anwar mengingatkan walaupun parti itu mempunyai idealisme dan perjuangan lebih baik, namun ia boleh dikalahkan oleh parti yang mempunyai sejarah ‘rompakan’ jika jentera tidak berperanan dengan berkesan.

“Kita boleh ada idealisme perjuangan menegakkan hak dan jalur yang baik, tapi jika strategi jentera lemah dan malap, kita mampu dikalahkan oleh kelompok yang tak punyai idealisme dan ada sejarah rompakan serta penindasan kepada rakyat bawahan.

“Tetapi kalau ada strategi yang sangat berkesan, dia (parti lawan) mampu mengalahkan (parti) yang lebih baik (PKR),” katanya ketika berucap dalam majlis ramah mesra di ibu pejabat PKR negeri di Johor Bahru malam tadi.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang turut mengingatkan bahawa kemenangan pada PRN Johor bukan ditentukan oleh laungan retorik serta manifesto, sebaliknya gerak kerja dan muafakat sesama jentera parti.

“Jadi saya rasa itu peringatan yang sangat penting kepada kita… bukan laungan, retorik dan jeritan yang akan menangkan kita, bukan manifesto malah bukan sejarah lampau, tapi gerak kerja dan muafakat dalam kalangan kita,” katanya.

Dalam PRN Johor ini, PKR akan bertanding menggunakan logo sendiri manakala sekutunya DAP dan Amanah bakal menggunakan lambang Pakatan Harapan (PH). – Malaysiapost

DISYORKAN UNTUK ANDA:

    BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT    

Wan Saiful ulangi cabaran, mahu 3 pemimpin Umno Johor namakan Zahid calon PM

MALAYSIA POST

Wan Saiful ulangi cabaran, mahu 3 pemimpin Umno Johor namakan Zahid calon PM

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan sekali lagi mencabar tiga pemimpin Umno Johor untuk menamakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri.

Selepas kali pertama cabaran dibuat di Sembrong, Wan Saiful sekali lagi meminta Datuk Mohd Puad Zarkashi, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menamakan Presiden Umno sebagai calon Perdana Menteri.

“Dua hari lalu, saya mencabar tiga pemimpin Umno Johor untuk menamakan presiden mereka sebagai calon PM. Langsung diam dan senyap.

“Malam tadi di Benut, saya cabar mereka sekali lagi. Ini cabaran kedua untuk mereka. Takut ke?,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Dua hari lalu, Wan Saiful dilaporkan berkata sekiranya mereka tidak berani menamakan Ahmad Zahid sebagai calon Perdana Menteri, jangan pula menyerang Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ada orang Johor cabar Muhyiddin jadi ‘poster boy’ Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Ini saya cabar balik Puad Zarkashi, Nur Jazlan Dan Khaled Nordin, kalau kamu berani cuba sebut siapa kamu nak namakan sebagai calon Perdana Menteri dari Umno selepas PRU15.

“Saya cabar namakan Zahid jadi calon PM Umno. Kalau pengecut sebut Zahid, jangan sebut Presiden Bersatu,” katanya.

Sebelum itu Puad mengulangi cabaran supaya Muhyiddin dijadikan ‘poster boy’ PN di PRN Johor seperti dilakukan parti itu di Melaka. – Malaysiapost

Syed Saddiq kata Adun PKR tak buat kerja?

MALAYSIA POST

Syed Saddiq kata Adun PKR tak buat kerja?

KETIKA Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dijangka bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini soalah-olah ‘menyerang’ seorang wakil rakyat PKR di negeri itu.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Presiden Muda itu bagaikan membidas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ulu Tiram dari PKR, S Gopalakrishnan.

“Komuniti India di Ulu Tiram mengadu, pimpinan di sini tak ambil endah kebajikan rakyat. Dipilih oleh rakyat, dapat peruntukan tapi amanah rakyat dibuang.

Bantuan yang sepatutnya rakyat dapat, tak sampai. Tak bertanggungjawab.

“Rakyat di Ulu Tiram dah muak. Nak perubahan, nak pimpinan yang berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Sehubungan itu Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, MUDA akan membawa perubahan di Ulu Tiram.

“Kami nak bawa pimpinan yang berkhidmat untuk rakyat,” katanya lagi. – Malaysiapost

Puad: Muhyiddin nak jadi poster boy di Johor, tetapi malu kalah lagi

MALAYSIA POST

Puad: Muhyiddin nak jadi poster boy di Johor, tetapi malu kalah lagi

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mendakwa tidak timbul Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu menjadi ‘poster boy’ pada Pilihan Raya Negeri Johor kerana parti itu sudah memilih Datuk Hasni Mohammad.

Puad berkata beliau hairan mengapa Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mencabarnya menamakan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO sebagai ‘poster boy’.

“Yang beriya-iya mahu jadi poster boy ialah Presiden Bersatu (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin). Di Sabah dia poster boy. Di Melaka dia juga poster boy. Maka kenapa di Johor dia bukan poster boy? Itu sebab saya cabar.

“Pendirian UMNO cukup jelas, di Melaka Dato’ Sulaiman poster boy. Di Johor, Dato Hasni poster boy,” tulisnya di Facebook hari ini.

Menurutnya, Wan Saiful sering memuji dan ‘melangitkan’ Muhyiddin sebagai perdana menteri terbaik dan Muhyiddin pula mendakwa dirinya perdana menteri paling popular.

“Maka jadilah poster boy kali ke 3. Sebenarnya Muhyiddin malu nak jadi poster boy di negeri kelahirannya. Malu terkubur di negeri sendiri.

“Sebab itu tidak berani pertahankan DUN Gambir. Tunggu penjelasan Ketua Penerangan (Bersatu),” katanya.

Terdahulu, Wan Saiful sekali lagi mencabar tiga pemimpin Umno Johor untuk menamakan Ahmad Zahid sebagai calon Perdana Menteri.

Selepas kali pertama cabaran dibuat di Sembrong, Wan Saiful sekali lagi meminta Datuk Mohd Puad Zarkashi, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menamakan Presiden Umno sebagai calon Perdana Menteri.

Adik MB Selangor lawan MB Johor di DUN Benut?

MALAYSIA POT

Adik MB Selangor lawan MB Johor di DUN Benut?

ADIK Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dikatakan sudah mendapat ‘restu’ pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Aziz Shari, 33, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pontian bakal mencabar Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang juga penyandang DUN Benut dan dijangka mempertahankan kerusinya itu.

Aziz dalam hantarannya di Facebook seolah-olah mengesahkan dirinya sudah dipilih oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakili di kerusi berkenaan.

“Terima kasih Anwar Ibrahim dan Pengerusi MPN (PKR Johor), Syed Ibrahim Syed Noh,” tulis Aziz di Facebooknya hari ini.

Dalam hantaran itu, beliau turut memuat naik gambarnya bersama Anwar dan Syed Ibrahim.

DUN Benut adalah antara dua kerusi DUN yang terletak di dalam Parlimen Pontian, selain DUN Pulai Sebatang.

Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO adalah penyandang kerusi DUN Benut selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada tahun 2008.

Pada PRU-14 lalu, Hasni menewaskan calon BERSATU, Zulkifly Tasrep dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS) dengan majoriti 4,447 undi.

Aziz yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan berpengalaman berkhidmat di Majlis Daerah Pontian (MDP) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) – Malaysiapost

Siapa calon MB dari PH belum dibincang – Anwar

Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis pelancaran jentera AMK sempena PRN Johor di Johor Bahru hari ini./ Gambar FB Anwar Ibrahim

PAKATAN Harapan (PH) belum membuat sebarang perbincangan mengenai calon Menteri Besar, sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi PH yang juga Presiden PKR itu berkata apa yang lebih penting pada masa ini adalah untuk membincangkan soal memastikan kemenangan PH pada pilihan raya itu.

“Soal calon (untuk bertanding) pun belum putus…calon-calon setakat ini orang Johor dan yang ada keluarga di Johor, saya pun ada keluarga di Johor…tapi saya tidak (bertanding),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Jentera Angkatan Muda Keadilan (AMK) PRN Johor hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin mengenai kemungkinan PH akan meletakkan Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik, yang juga bekas Menteri Pendidikan sebagai calon Menteri Besar Johor.

Ditanya mengenai kerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Anwar berkata rundingan kerjasama itu kini dibuat di peringkat kepimpinan negeri dan setakat ini MUDA belum memberitahu jumlah kerusi yang dimahukan.

Semalam, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata perbincangan dan rundingan antara MUDA dengan PH berhubung kerjasama dalam PRN Johor, disifatkan berjalan lancar.

Sementara itu pada majlis berasingan, Anwar berkata rakyat seharusnya menolak wakil rakyat yang melompat parti dan menyifatkan golongan itu sebagai pengkhianat parti.

“Masa berkempen orang bekerja (jentera) setengah mati dan tiada bayaran, tetapi apabila menang, dia senang, dia khianat… jangan maafkan orang begini.

“Khianat kepada parti ini boleh sampai menyebabkan jatuh kerajaan. Sebab itu kita harus teliti betul-betul orang yang kita rasa yakin, setia dengan perjuangan parti dan berprinsip, ini maruah dan integriti serta nilai etika (yang) kita tidak boleh ketepikan,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, di sini hari ini.— BERNAMA

“Saya kini guna Myvi, pulangkan Vellfire selepas berhenti jadi menteri” – Maszlee

AHLI Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima sebuah kereta Toyota Vellfire berkata, kereta tersebut telah dipulangkannya sebaik sahaja berhenti menjadi menteri.

Katanya, beliau telah menyerahkan kembali kenderaan Toyota Vellfire yang sebelum ini dikatakan diterimanya dari sebuah syarikat di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) semasa menjadi menteri.

“Saya telah serahkan kereta yang mereka sebutkan itu pada hari saya berhenti,” katanya dalam Facebook miliknya.

“Kenderaan itu milik EMGS, yang merupakan agensi KPM, atau sekarang di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

“Saya hanya gunakan kenderaan itu sewaktu saya masih seorang menteri. Kereta itu dipulangkan dan terus digunakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif EMGS.”

Kata Maszlee, beliau kini menggunakan sebuah Perodua Myvi sebagai kenderaan rasminya.

Beberapa media memetik sumber sebelum ini melaporkan, Maszlee didakwa menerima Vellfire tersebut serta sejumlah wang dari sebuah syarikat semasa beliau menjadi menteri.

SPRM memaklumkan dua aduan telah diterimanya berhubung kesalahan rasuah dan penyelewengan membabitkan Maszlee dan siasatan sedang dijalankan.

BN ada strategi tersendiri, tunggu masa sesuai umum calon – Shahril Sufian

Shahril Sufian (dua dari kiri) meluangkan masa berdialog dengan golongan mahasiswa Johor di Johor Bahru, hari ini.

BARISAN Nasional (BN) tidak akan terikut-ikut dan tergesa untuk mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Sebaliknya, parti terbesar orang Melayu itu menunggu masa yang sesuai serta mendapatkan ‘lampu hijau’ daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum berbuat demikian.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, beliau yakin Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Pengarah PRN Johor mempunyai pendekatan tersendiri dalam mengumumkan senarai calon dan masa terbaik untuk berbuat demikian. 

“Dalam konteks penamaan calon ini, kita tidak terlalu terkesan terhadap apa yang pihak lain buat. Saya yakin apa Presiden UMNO dan Timbalannya serta Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Hasni Mohammad ada pendekatan dan strategi mereka.

“Soal kita nak namakan calon ini biarlah kepimpinan parti putuskan siapa dan ‘timing’ kerana UMNO dan BN tidak terikat dengan kaedah atau pendekatan parti lain,” katanya selepas mengadakan Sesi Dialog Santai Bersama Mahasiswa Johor di Johor Bahru hari ini. 

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali sebagai calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Rabu lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, parti sedang meneliti calon yang akan diketengahkan pada PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Beliau sudah meminta Hasni untuk berunding dengan semua Ketua UMNO Bahagian kerana perlembagaan UMNO menentukan bahawa senarai calon mestilah selepas berbincang dengan Ketua UMNO Bahagian.

Mengenai pertemuan dengan golongan mahasiswa Johor, Shahril Sufian memberitahu, banyak percambahan idea dan pertukaran maklumat mengenai PRN serta kehendak golongan muda yang diharap diterjemahkan oleh parti.

“Ini adalah usaha berterusan parti yang sentiasa mendampingi orang muda serta mendengar suara mahasiswa untuk pastikan perjuangan, hujah dan penyampaian serta pengisian kita adalah serasi dan relevan.

“Tidak boleh nafikan dalam konteks PRN Johor, keperluan jadi lebih mendesak dan penting supaya kita benar-benar memahami aspirasi Undi18. Ini antara usaha awal dalam tempoh PRN ini untuk kita perhalusi konteks Undi18 ini,” katanya.

Sabtu, 5 Februari 2022

BN jangan terlalu yakin menang

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad berucap pada Pelancaran Jentera BN Pusat Operasi Zon Barat di Iskandar Puteri, Johor, hari ini. - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad berucap pada Pelancaran Jentera BN Pusat Operasi Zon Barat di Iskandar Puteri, Johor, hari ini. - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

ISKANDAR PUTERI: Barisan Nasional (BN) tidak boleh terlalu yakin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, walaupun menang besar dalam PRN Melaka.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata PRN Johor bukan pilihan raya yang biasa, namun amat istimewa untuk menjulang semula nama BN, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ramai musuh politik BN yang berdepan dengan kekalahan sebelum ini, sudah tentu akan menjadikan Johor sebagai gelanggang untuk mereka menebus malu.

"Saya lihat berpusu-pusu jentera kita dengan penuh semangat datang malam ini. Dalam hal ini, kita pula jangan terlampau yakin walaupun kita menang banyak PRK (pilihan raya kecil), PRN Melaka dan rakan kita di Sarawak.

"Jangan pandang ringan strategi dan langkah yang akan dilakukan oleh mereka. Tetapi, saya yakin jentera BN amat tersusun dengan komitmen tinggi, semangat perkasa. Maka, tiada sebab BN tak boleh menang dan jadi kerajaan semula di Johor," katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Pusat Operasi Zon Barat, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Pengarah PRN Johor serta Pengerusi BN Johor merangkap Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga Ketua Penyelaras PRN Johor.

Turut hadir, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Mohamed.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengumumkan Hasni akan dilantik semula sebagai Menteri Besar, sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan negeri nanti.

"Saya juga ingin pesan, tidak penting calon dari parti mana kerana apa yang penting mereka mewakili BN yang kesemua parti wajib menyokong. Tak kira dari mana.

"Selain itu, sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbeza pendapat dan berhati-hati untuk mengeluarkan pandangan tidak kira ia bersifat peribadi atau rasmi, demi menjaga hati rakan-rakan dalam komponen," katanya.

Siapa Wan Saiful mahu ulas kemelut dalam UMNO? – Shahril

MGF04022022_SHAHRIL-HAMDAN-BERSAMA-MEDIA20211216_0010
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan bercakap pada media ketika hadir pada minum petang dan beramah mesra bersama media di Banefee Village, Johor Bharu. Foto AMIRUL SHAUFIQ

JOHOR BAHRU – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan tidak layak mengulas kemelut dalaman UMNO.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyifatkan dakwaan itu tidak masuk akal.

“Dia (Wan Saiful) tidak duduk dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, dia juga tidak menghadiri mesyuarat kita, bagaimana dia boleh cakap begitu?

“Orang begini, saya rasa lebih baik dia cerita mengenai Bersatu sahaja, hal dalam UMNO dia tidak tahu. Lebih baik jaga tepi kain sendiri,” katanya ketika ditemui pada Program Santai Penerangan UMNO Bersama Media di Restoran Banafee di sini hari ini.

Sebelum ini, Wan Saiful dalam satu kenyataannya mendakwa UMNO kini dalam kucar kacir kerana mempunyai kemelut dalaman.

Selain itu, Wan Saiful juga menyifatkan ahli UMNO tidak yakin untuk membawa nama presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri selepas PRU-15.

Mengulas mengenai persiapan Penerangan UMNO menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor, Shahril berkata, mereka akan melihat garis panduan berkempen oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlebih dahulu.

“Macam di Melaka kita sudah pelajari sesuatu dan untuk PRN kali ini situasinya ada sedikit berbeza. Sudah tentu kita akan fokuskan kepada penerangan mengenai isu-isu semasa dan bagaimana untuk memenangi semula pengundi atas pagar.

“Kita juga akan tunggu prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Kita tidak boleh ketepikan mereka dan mendahului KKM dan walaupun seperti di Malaka agak ketat, Melaka tetap peroleh kemenangan, cuma kalau boleh memang kita mahu ada kelonggaran (berkempen) untuk kali ini,” katanya.-MalaysiaGazette

Pas tak boleh paksa UMNO ubah pendirian – Shahril

MGF04022022_SHAHRIL-HAMDAN-BERSAMA-MEDIA20211216_0006
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan hadir pada minum petang dan beramah mesra bersama media di Banefee Village, Johor Bharu. Foto AMIRUL SHAUFIQ

JOHOR BAHRU – Pas tidak boleh memaksa UMNO supaya mengubah pendirian untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, partinya berpegang teguh dengan prinsip yang ditetapkan dan menekankan perkara itu mustahil boleh berlaku.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Khairul Nizam berkata, partinya mempunyai cara untuk memujuk UMNO dalam melaksanakan hasrat berkenaan.

“Kalau dia ada strategi taktikal, kita tunggulah cumanya saya dan pemimpin UMNO lain sudah lama tegur kita tidak menutupi rundingan cuma Pas kalau boleh tidak boleh asyik memaksa UMNO untuk mengubah pendirian.

“Dasar kami untuk pimpinan tidak boleh bersama Bersatu dalam pilihan raya.

“Jadi melainkan strategi Pas cukup hebat untuk mengubah pendirian dasar UMNO saya rasa perkara itu tidak boleh berlaku. Saya rasa itu sahaja saya boleh sebut tentang UMNO dan Pas,” katanya semasa Program Santai Penerangan UMNO Bersama Media di Restoran Banafee di sini hari ini.

Terdahulu, menurut Khairil Nizam berkata, Pas tidak akan berputus asa untuk mengikat kerjasama parti itu dengan UMNO dan Bersatu walaupun di luar kerangka Muafakat Nasional (MN).

Sebelum itu, hubungan Pas dan UMNO agak terjejas ekoran dakwaan Pas bahawa UMNO mungkir janji untuk menerima Bersatu dalam MN.- MalaysiaGazette

Rundingan MUDA dengan PH lancar namun belum tentukan kerusi – Syed Saddiq

MUDA Melaka state election wasted opportunity #KerajaanGagalLagi #KerajaanGagal2.0 #KabinetGagal2.0 UMNO Ismail Sabri Yaakob new cabinet Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

JOHOR BAHRU – Perbincangan dan rundingan antara parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dengan Pakatan Harapan (PH) berhubung kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan berjalan lancar, kata Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata bagaimanapun, bentuk kerjasama itu belum diperincikan lagi termasuk pembahagian kerusi juga belum dimuktamadkan dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat kedua-dua pihak apabila tiba masa yang tepat.

“Berjaya atau gagal (rundingan), media akan dimaklumkan tetapi komitmen saya dan fokus MUDA bukan sekadar politik percaturan kerusi,” katanya kepada pemberita selepas Kempen Jelajah Mendengar di sini hari ini.

Sementara itu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata MUDA kini rancak mengadakan Kempen Jelajah Mendengar bersempena PRN yang menyasarkan kira-kira satu juta rakyat Johor dalam tempoh dua minggu bermula semalam.

Beliau berkata menerusi kempen berkenaan, parti itu mahu mendekati rakyat Johor secara dalam talian atau bersemuka untuk mendengar pandangan dan masalah yang dihadapi masyarakat termasuk isu alam sekitar, pekerjaan, rumah dan sebagainya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengundian bagi rakyat Johor di Singapura dan juga pelajar terutama di Sabah dan Sarawak, Syed Saddiq berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharapkan dapat menjadi pemudah cara bagi memastikan rakyat Johor dapat balik mengundi pada PRN nanti.- BERNAMA

Sheikh Umar jadi calon PH pertahan DUN Paloh

Bernama
Sheikh Umar Bagharib Ali

KLUANG – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali daripada DAP dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut dilakukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di pejabat Harapan DUN Paloh, sekali gus menjadi calon pertama yang diumumkan untuk PRN Johor.

Lim berkata keputusan untuk mengekalkan penyandang kerusi DUN berkenaan dibuat berdasarkan integriti dan kredibiliti Sheikh Umar yang tidak diragui serta mewakili pelbagai golongan.

“Untuk Sheikh Umar, ia berdasarkan rekod selama ini dan yang penting adalah, apakah bentuk kerajaan yang kita (mahukan)…pentingnya kita kembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang dipandukan oleh rakyat bukan oleh kepentingan pihak tertentu.

“Saya rasa dengan adanya Undi18 itu faktor penentu yang kita tak boleh cam apakah bentuk kecenderungan mereka tapi saya yakin mereka mahukan satu kerajaan yang boleh memberikan masa depan yang cerah kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman tersebut.

Lim berkata reputasi Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor itu ketika menjadi Exco kerajaan negeri memegang portfolio Pembangunan Usahawan, Koperasi, Ekonomi, Penerangan Belia dan Sukan Johor itu turut menjadi antara kekuatan selain disenangi pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Sheikh Umar, 36, graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya itu menewaskan pencabar daripada Barisan Nasional (BN) Teoh Yap Kun dengan meraih majoriti 783 undi pada penampilan pertama beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018. – BERNAMA

BN akan rampas kerusi DUN Paloh – Hasni

Ernalisa Othman
Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri Johor di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor Bharu. Foto AMIRUL SHAUFIQ

ISKANDAR PUTERI – Barisan Nasional (BN) yakin akan merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad yakin kerusi milik DAP itu akan tumbang tidak lama lagi.

“Kita akan pastikan calon itu (Sheikh Umar Bagharib Ali) akan mendengar paluan gendang terakhir buat mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Pusat Operasi Zon Barat di sini malam tadi.

Pelancaran dilakukan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO.

“Apa yang diumumkan itu paluan gendang pertama dan menyifatkan akan mendengar gendang paluan terakhir buat DAP bila saya diminta menyelaras kerajaan negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, Hasni memberitahu, PRN Johor dilakukan bukan kerana apa yang berlaku di PRN Melaka mahu pun di PRN Sarawak sebaliknya demi mahu menjadikan Johor lebih baik daripada apa yang ada ketika ini.

Menurutnya, BN perlu membentuk kerajaan yang lebih stabil dan bukan berterusan mengharapkan ihsan pembangkang.

Beliau dalam ucapannya juga turut mengingatkan dirinya dan ahli-ahli parti lain agar tidak bongkak dengan apa yang dimiliki hari ini.

“Johor bukan negeri biasa-biasa. Johor bukan negeri yang perlu dirujuk kepada pembangkang sekiranya mahu melakukan sesuatu,” katanya.- MalaysiaGazette

Jumaat, 4 Februari 2022

DAP kekalkan Sheikh Umar pertahan DUN Paloh

Sheikh Umar Bagharib Ali (depan tiga dari kanan) bersama Lim Guan Eng (depan tiga dari kiri) pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Pilihan Raya dan Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) N 30 DUN Paloh di Kluang, Johor, hari ini. - NSTP/MOHAMAD FAHD RAHMAT
Sheikh Umar Bagharib Ali (depan tiga dari kanan) bersama Lim Guan Eng (depan tiga dari kiri) pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Pilihan Raya dan Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) N 30 DUN Paloh di Kluang, Johor, hari ini. - NSTP/MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali kekal menjadi taruhan DAP bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan demikian pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Pilihan Raya dan Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) N 30 DUN Paloh, hari ini.

Guan Eng berkata, pemilihan semula Naib Pengerusi DAP Johor yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri itu bukan sahaja kerana beliau menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018, tetapi juga berdasarkan prestasi sebagai EXCO kerajaan negeri di bawah pentadbiran PH sebelum ini.

Katanya, DAP akan mengunakan logo Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor nanti dengan manifesto bersama butirannya akan diumumkan selepas proses penamaan calon.

"Sebagai calon mewakili PH, Sheikh Umar menunjukkan Paloh adalah paluan gendang pertama untuk PRN Johor, di mana kita umumkan niat berkhidmat untuk rakyat dan negeri Johor supaya kita ada harapan yang lebih baik," katanya.

Pada PRU-14, Sheikh Umar menang dengan majoriti 783 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Teoh Yap Kun dan calon Bebas, M Shamugam.

PRN Johor: ARMADA harap PN tampil 30 peratus calon muda

Ketua ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (duduk tengah) pada sidang media di Pagoh, Muar, Johor, hari ini. - NSTP/ESSA ABU YAMIN
Ketua ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (duduk tengah) pada sidang media di Pagoh, Muar, Johor, hari ini. - NSTP/ESSA ABU YAMIN

PAGOH: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) mencadangkan 30 peratus calon Perikatan Nasional (PN) yang akan dinamakan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti, ditampilkan dari kalangan orang muda yang berkaliber dan dekat dengan hati pengundi.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata jumlah 30 peratus berkenaan meliputi 17 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilihat boleh memberi impak bagi menarik undi golongan muda di negeri berkenaan.

"Bagi ARMADA sahaja, kita cadang lima kerusi, bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan PN. ARMADA sebahagian daripada komponen Pemuda PN, maka calon anak muda tidak semestinya daripada ARMADA sahaja, mungkin Pemuda PAS, GERAKAN dan sayap-sayap bersekutu," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat ARMADA Pusat bersama ARMADA bahagian, di sini hari ini, beliau berkata, calon-calon yang akan diketengahkan ARMADA terdiri daripada pemimpin belia yang berpengalaman luas dalam menyantuni penduduk dan telah berbakti di kawasan mereka.

"Di peringkat ARMADA Pusat, kami sudah menerima cadangan-cadangan daripada ARMADA bahagian di seluruh Johor untuk dipertimbangkan Biro Politik BERSATU. Selain itu, terdapat tiga isu utama yang menjadi perhatian ARMADA yang dilihat menjadi tumpuan golongan muda, iaitu pekerjaan yang bermaruah, pendidikan dan kelestarian alam sekitar," katanya.

Ditanya kemungkinan ARMADA sukar untuk mendekati anak muda jika prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN Melaka digunakan di Johor, beliau mengakui perkara itu dan menyifatkan SOP konservatif seperti tidak boleh memakai baju parti dan sebagainya menyukarkan anak muda mengenali PN.

"Ia menyukarkan kita untuk menyantuni orang muda, mereka yang pertama kali mengundi dan mungkin belum begitu kenal dengan PN," katanya.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayshal berkata, ARMADA berharap agar saluran rasmi turut membenarkan pemimpin muda, tidak kira parti untuk berdebat mengenai isu semasa, khususnya melibatkan orang muda, manakala pemimpin senior yang enggan berdebat disyorkan memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin muda untuk berkongsi pentas.

"Ini secara tidak langsung memberi peluang pemimpin muda membicarakan masalah rakyat Johor, masa depan anak muda dalam demokrasi Malaysia, masalah integriti dan sebagainya. Sudah tiba masanya demokrasi di Malaysia ini diberi ruang yang luas untuk kita berkongsi pandangan secara sihat dan itulah semangat demokrasi sebenarnya," katanya.

Integriti, kredibiliti tidak diragui kriteria calon PN – Wan Saiful

Perang Facebook Muhyiddin – Najib

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR: Abd Razak Aid

PERANG Facebook antara dua bekas Perdana Menteri berterusan seiring dengan bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab tuduhan pengkhianatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika PRN Sabah termasuk isu calon Ketua Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula memberi respons balas.

Tidak sampai 24 jam kemudian, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu terus mempertahankan hantarannya semalam berhubung isu menamakan calon Ketua Menteri yang baginya jelas disebut bayangan.

“Semasa saya hadir mengumumkan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Sulaman, saya beri bayangan “manalah tahu kalau rakan-rakan dalam PN, BN dan yang lain pun bersetuju, Hajiji adalah yang terbaik kita nak tawarkan sebagai calon memimpin negeri Sabah”.

“Saya ulang, saya beri bayangan kalau rakan-rakan lain bersetuju.

“Saya cakap secara berhemah. Kalau Datuk Seri Najib tak faham bahasa saya, saya nak buat macam mana?,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Tambah Muhyiddin, apabila beliau maklumkan UMNO tidak mencalonkan sesiapa sebagai calon Ketua Menteri Sabah sehingga habis kempen, itu adalag fakta.

“Datuk Seri Najib mungkin tak faham bahasa saya.

“Bila saya kata UMNO tidak mencalonkan sesiapa sebagai calon Ketua Menteri Sabah sehingga habis kempen itu fakta.

“Takkanlah saya nak tunggu sehingga habis kempen baru nak dinamakan calon,” jelasnya.

Najib dalam respons balasnya berhubung kenyataan Muhyiddin malam tadi membangkitkan Hajiji dinamakan sebagai calon Ketua Menteri sebelum kempen PRN Sabah tamat.

“Awal-awal lagi dia (Muhyiddin) sudah rancang – bukan sehingga tempoh kempen tamat seperti dalam kenyataan dia tadi,” dakwa Najib.

Bekas Presiden UMNO itu juga dalam hantaran terbarunya petang ini terus membangkitkan isu masa yang dipilih bagi menamakan calon Ketua Menteri Sabah.

PRN Johor: Annuar Musa ingatkan pihak tertentu kenang jasa, jangan takbur

Firdaus Azil
PRN Johor: Annuar Musa ingatkan pihak tertentu kenang jasa, jangan takbur
ANNUAR: Janganlah kita mudah membaling dan membuang tongkat dgn mencampak tongkat melalui tingkap, atau membakar tongkat kita.
 
JOHOR BAHRU: Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa memberi peringatan untuk pihak tertentu agar mengenang ‘jasa’ orang yang membantu di kala mengalami kesusahan.
 
Menerusi catatan di Facebooknya, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, pihak yang berkenaan harus berhenti mengamalkan sikap sombong, riak, dan takbur.
 
Biarpun tidak menamakan mana-mana pihak, perkongsian itu dipercayai berhubung kait dengan hubungan yang semakin dingin antara UMNO dan Pas, biarpun kedua-dua parti itu meraih keuntungan politik sewaktu mereka bersama-sama dalam Muafakat Nasional.
 
“Sewaktu kita jatuh dan tercedera, ada orang membantu kita, memberi tongkat di kiri, ada yang memberi tongkat di kanan. Perlahan-lahan kita beransur pulih, dan mungkin semakin kuat sehingga berasa yakin dan teringin berjalan tanpa tongkat.
 
“Namun janganlah kita mudah membaling dan membuang tongkat dgn mencampak tongkat melalui tingkap, atau membakar tongkat kita.
 
“Tiada siapa yang tahu. Suatu hari kita mungkin teraba-raba mencari tongkat lagi. Elak kesombongan, elak riak dan elak takabbur,” katanya lagi.
 
Sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan, kedua-dua pimpinan kanan UMNO dan Pas saling berbalas kenyataan, sehingga menggambarkan kerjasama Muafakat Nasional bakal berakhir begitu saja.
 
Pada 2 Februari, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti pimpinannya itu tidak akan sekali-kali diperbodohkan dengan ‘politik sempit’ UMNO.
 
Menerusi catatan Minda Presiden Pas di Facebooknya pada Rabu, Ahli Parlimen Marang itu mendakwa UMNO masih lagi membawa pendekatan ‘asabiyyah’ Melayu yang hanya melibatkan dua parti sahaja dan meminggirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
 
Awal hari ini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membalas kenyataan itu, dan bertegas bahawa UMNO bersama-sama Barisan Nasional (BN) akan terus mara ke hadapan
 
Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, tiada faedah untuk terus melayan Pas, kerana parti itu secara berterusan melemparkan segala ugutan, tohmahan, dan sanggahan terhadap UMNO.
 
Mengulas lanjut, Annuar berkata, ".. bersederhana itu baik, bersahabat itu lebih baik".
 
“Muafakat dan tolong-menolong itu Taawun... dan bijak hidup bersama itu Taayush. Taawun dan Taayush membina kekuatan ummah, dan asas untuk memimpin.

“Bermain sentimen biarlah bersulamkan kebijaksanaan,” katanya lagi

Tidak perlu pertikai kesetiaan Pas - Muhyiddin

Shuhada Abdul Kadir
 
Tidak perlu pertikai kesetiaan Pas - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Di Johor, PN sudah tetapkan kerusi yang akan ditandingi atas nama PN. Kita tidak sebut Pas, Bersatu atau Gerakan. - Gambar fail
 
PAGOH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kesetiaan Pas dalam gabungan parti itu terutamanya bagi menghadapi PIlihan Raya Negeri (PRN) Johor, tidak perlu dipertikaikan.
 
Ini kerana Pas sudah bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sejak awal penubuhan gabungan berkenaan sebelum turut disertai Parti Gerakan Rakyat Semalaysia (Gerakan).

“Pas adalah (antara) pengasas PN. Apabila saya (Bersatu) tubuhkan (PN), parti Gerakan turut sertai gabungan ini, dan sehingga hari ini Pas masih kekal bersama perikatan ini.

“Jadi, janganlah pertikai atau persoalkan kesetiaan ataupun sikap istiqamah Pas bersama PN.

"Dan kita juga baru selesai mengadakan muzakarah serta membentangkan resolusi dan komitmen parti-parti komponen ini,” katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Jualan Prihatin Rakyat PN di Dataran Pagoh Jaya, di sini hari ini.
 
Dalam pada itu, diminta mengulas beberapa kenyataan mendakwa Pas masih membuat pertimbangan untuk bersama Barisan Nasional (BN), dan bukan PN, pada PRN Johor nanti, beliau menjelaskan, senario di Johor berbeza.
 
“Di Johor tidak begitu. Kerana, semuanya sudah dimuktamadkan. Dan bermakna, kita (PN) sudah tetapkan kerusi yang kita akan bertanding atas nama PN. Kita tidak sebut Pas, Bersatu atau Gerakan.
 
“Kita (PN) tahu siapa musuh yang harus kita hadapi. Itu semua sudah selesai. (Jadi) tidak adalah isu berbangkit di kalangan kita,” katanya.
 
Sementara itu, Muhyiddin berkata, agihan kerusi antara parti komponen PN yang akan melibatkan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan selesai hujung minggu ini.
 
Jelasnya, beliau mengharapkan parti-parti komponen dapat memberikan tumpuan penuh kepada kawasan yang diberikan bagi menumpukan kemenangan pada PRN nanti.
 
PRN Johor bakal diadakan tidak lama lagi susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri itu pada 22 Jan lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya berkenaan pada 9 Feb ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA:

  BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT     

Muhyiddin: Umpama cerita ‘Musang dan Anggur’ – kata Shabery

MALAYSIA POST

Muhyiddin: Umpama cerita ‘Musang dan Anggur’ – kata Shabery

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin mengenai hubungan Umno dan Bersatu umpama cerita ‘Musang dan Anggur’

Beliau berkata, selepas musang tidak dapat yang anggur diidamkan, haiwan berkenaan mendakwa ada hikmah kerana buah berkenaan masam.

Katanya, jalan cerita itu mempunyai persamaan apabila Muhyiddin membangkit isu ‘malu’ untuk bekerjasama dengan Umno yang mengangkat pesalah sebagai bos, selepas gagal bekerjasama dengan parti itu.

“Bila musang tak dapat anggur yang diidamkan, dia pun bersyarah, ‘ada hikmahnya sebab anggur itu masam’. Maka timbul peribahasa Inggeris ‘sour grapes’.

“Apabila mengharapkan sokongan parti lain tetapi tak dapat: ‘Saya malu dikaitkan dengan parti yang bosnya didapati bersalah’,” katanya merujuk kenyataan Muhyiddin.

Jelas Shabery, beliau percaya selepas ini akan banyak cerita ‘malu dan memalukan’ ini dijadikan modal politik untuk menghentam Umno

“Bab malu ni dah masuk level lain. Lepas ni banyaklah cerita malu dan memalukan.

“Insaf bila diingatkan kita bukanlah orang yang sempurna. Salam Jumaat,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Muhyiddin mengingatkan Datuk Seri Najib Razak untuk tidak lagi mengungkit soal Muafakat Nasional (MN) kerana Bersatu sudah putuskan untuk tidak menyertai MN, manakala Umno juga sudah memutuskan kerjasama dengan Bersatu dalam Perhimpunan Agung parti itu.

Presiden Bersatu itu turut menyifatkan, pengakhiran kerjasama antara Bersatu dan Umno memberi hikmah kepada partinya kerana Bersatu tidak terpalit dengan masalah moral yang membelenggu pemimpin Umno.

“Secara peribadi, saya malu untuk dikaitkan dengan parti yang masih mengangkat seorang yang didapati bersalah oleh mahkamah atas satu kesalahan jenayah berat sebagai bos,” katanya. – Malaysiapost

Wan Saiful diminta henti semai benih kebencian, jadi ejen pemecah belah – Shahril

MALAYSIA POST

Wan Saiful diminta henti semai benih kebencian, jadi ejen pemecah belah – Shahril

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan diminta berhenti menyemai benih kebencian dan menjadi ejen pemecah belah antara parti itu dan Umno.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan, berkata Wan Saiful disarankan untuk menumpukan tenaga ke arah menjual tawaran parti Bersatu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Ini bukan kenyataan pertama beliau menyerang Umno, tetapi sudah berkali-kali. Kenyataan balas saya beberapa minggu lepas jelas membuktikan sekali lagi, Bersatu sudah mula kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri, kenyataan begini hanya dibuat kerana PRN Johor makin dekat.

“Pertama, Umno dan Barisan Nasional (BN) bermesyuarat pada 17 Ogos 2021 untuk memutuskan calon Perdana Menteri. Dengan restu dan persetujuan Presiden, Timbalan Presiden serta ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Umno dan BN hantar hanya satu nama calon iaitu Ismail Sabri.

“Tidak ada pertikaian, Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kerana Umno mencalonkan beliau sebagai satu-satunya calon PM,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mengulas lanjut mengenai tuduhan Umno ingin mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri sebelum ini, Shahril Sufian menyifatkan Wan Saiful kurang faham dengan semangat parti bermusyawarah sebelum membuat keputusan.

Ini kerana, katanya tidak pernah sekali pun Presiden Umno itu menuntut untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Jelas beliau, inilah realitinya semasa runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan ia terjadi semasa Perdana Menteri bertukar.

“Malah pada 16 Ogos 2021, Presiden Umno mengeluarkan kenyataan tidak pernah terlintas untuk beliau menamakan diri sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai parti terbesar negara.

“Ini jelas sekali lagi bahawa Umno memilih Perdana Menteri sebagai calon selepas mesyuarat memutuskan dengan sebulat suara.

“Ketiga, tuduhan kluster mahkamah menyebabkan PRN dijalankan. Ketua Penerangan Bersatu mungkin lupa bahawa parti tersebut mengugut untuk tarik sokongan, lagi-lagi apabila Presidennya sendiri mengugut untuk ‘tekan butang’ semasa PRN Melaka.

“Dalam kata-kata Tan Sri sendiri, ‘saya tekan butang sekarang, jatuh kerajaan Johor’. Bukan kerana kluster mahkamah PRN ini dijalankan, tetapi kerana keadaan rapuh di Johor yang antaranya disebabkan oleh Bersatu,” ujarnya. – Malaysiapost

‘Saya sudah lupakan MN, tak perlu ungkit lagi’ – Muhyiddin

MALAYSIA POST

‘Saya sudah lupakan MN, tak perlu ungkit lagi’ – Muhyiddin

PRESIDEN Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan partinya telah membuat keputusan tidak menyertai Muafakat Nasional (MN), gabungan Umno dan PAS.

Beliau berkata, ada hikmah Bersatu tidak bekerjasama dengan Umno, oleh itu partinya tidak terpalit dengan masalah moral yang membelenggu pemimpin Umno.

“Saya sudah lupakan Muafakat Nasional. Tak perlu diungkit-ungkit lagi.

“Bersatu telah buat keputusan untuk tidak menyertai Muafakat Nasional.

“Umno pun telah buat keputusan dalam Perhimpunan Agungnya untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu. Jadi apa lagi yang hendak diungkit?,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin juga mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa pengkhianatan Bersatu dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah menjadi punca MN gagal.

Katanya, Najib sepatutnya muhasabah diri dan mempunyai sedikit rasa malu dengan tidak mengeluarkan kenyataan yang memesongkan fakta demi kepentingan politik peribadinya.

“Datuk Seri Najib janganlah memutarbelitkan fakta. Apa yang berlaku dalam PRN Sabah bukanlah sebab Muafakat Nasional gagal.

“Saya fikir Najib elok ambil masa memuhasabah diri. Tak usahlah bermain politik jelik. Anda telah didapati bersalah oleh mahkamah atas satu kesalahan jenayah yang berat. Sepatutnya ada sedikit rasa malu,” katanya.

Sebelum ini, Najib mendakwa kegagalan MN berpunca daripada pengkhianatan Bersatu semasa PRN Sabah, malah memfitnah kononnya calon Bersatu diletak untuk melawan calon UMNO semasa PRN tersebut.

Bagaimanapun, Muhyiddin menjelaskan dakwaan Najib tersebut sebagai satu lagi pembohongan yang dicipta walhal faktanya tidak ada satu pun kerusi yang menyaksikan Bersatu bertembung dengan Bersatu semasa PRN Sabah lalu.

“Faktanya tidak ada satu pun kerusi di mana calon Bersatu melawan UMNO dalam PRN Sabah.

“Sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi PN, saya telah mempengerusikan beberapa mesyuarat yang dihadiri oleh pimpinan PN, BN (Barisan Nasional) dan PBS untuk menetapkan pembahagian kerusi bagi PRN Sabah. Saya telah menyatakan dengan jelas dalam mesyuarat-mesyuarat ini penting untuk PN, BN dan PBS mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam PRN Sabah.

“Saya juga pada waktu itu telah mengarahkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung PN untuk membentuk jawatankuasa pembahagian kerusi antara parti-parti PN, BN dan PBS dengan satu arahan yang jelas bahawa semua parti mesti mengelakkan pertembungan sesama sendiri,” katanya lagi.

Di akhir kenyataan itu, Muhyiddin secara peribadi menyatakan berasa malu untuk dikaitkan dengan parti yang masih mengangkat seorang yang telah didapati bersalah oleh mahkamah atas satu kesalahan jenayah berat sebagai pemimpin. – Malaysiapost

‘Tak payah putar belit lagi Muhyiddin’

Aiman Hanif

‘Tak payah putar belit lagi Muhyiddin’

MEMBALAS kritikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mendakwa pemimpin Bersatu telah awal-awal lagi merancang untuk mengkhianati Umno dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri keenam berkata, dakwaan Muhyiddin bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menamakan calon Ketua Menteri Sabah sehingga kempen berakhir adalah satu penipuan.

‘”Tapi internet tak lupa. Hari dia kata (Datuk Seri) Hajiji (Noor) bakal Ketua Menteri Sabah-12 Sept 2020

Hari penamaan calon (iaitu bermulanya kempen PRN Sabah- 12 Sept 2020).

“Jadi, tang mana yang kamu tunggu hingga kempen tamat sedangkan sebelum kempen bermula pun kamu sudah berniat nak namakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah?

“Awal-awal lagi dia sudah rancang – bukan sehingga tempoh kempen tamat seperti dalam kenyataan dia tadi (petang Khamis),” kata Najib dalam satu hantaran di Facebooknya malam tadi.

Terdahulu dalam kenyataannya, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri kelapan mendakwa beliau menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri selepas Ahmad Zahid gagal berbuat demikian.

“Mengenai calon Ketua Menteri Sabah, saya telah menyatakan kepada Ahmad Zahid, Presiden Umno supaya menamakan calon Ketua Menteri Sabah daripada Umno. Tetapi dia tidak menamakan sesiapa pun 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗣𝗥𝗡 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿. 

“Kerana itu saya telah menamakan Hajiji sebagai calon KM Sabah daripada Perikatan Nasional (PN) sekiranya PN memenangi jumlah kerusi yang terbesar dalam kalangan parti-parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” kata Muhyiddin dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu Najib berkata, kerusi-kerusi yang dimenangi Bersatu di Sabah merupakan kerusi tradisi Umno dan dimenangi oleh oleh “katak politik” melompat daripada Umno.

“Umno disuruh serahkan kerusi tersebut pada PPBM. Umno disuruh berkempen untuk mereka di kerusi diserahkan Umno. Umno menang 14 kerusi. PPBM menang 11 kerusi.

Tapi PPBM pula jadi Ketua Menteri Sabah.

“Tak payah nak putar belit lagi. Niat kamu sudah kita tahu.

“Jadi, kenapa pula Umno perlu berkawan dengan pihak yang niat sebenarnya ialah untuk tamatkan Umno buat selama-lamanya dengan rancangan dari awal-awal lagi untuk sogok dan beli ahli Umno?,” soal Najib.- Malaysiapost

Bersatu jangka pengundi muda jadi penentu PRN Johor

 BERNAMA

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata sukar untuk menafsir undi golongan muda yang berusia 18 hingga 21 tahun.

Parti-parti bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka mengalami kesukaran untuk menafsir undi golongan muda yang berusia 18 hingga 21 tahun, terutama mereka yang pertama kali memilih wakil rakyat.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan menyifatkan ia satu cabaran baru termasuk kepada parti itu, sekali gus menolak dakwaan sesetengah parti kononnya mereka “boleh memiliki” pengundi terbabit.

“Dengan terlibatnya pengundi muda, ini satu perkara positif untuk demokrasi dan politik dalam negara…sebelum ini ada parti politik yang menyatakan mereka selesa kerana ada pengundi tegar yang akan mengundi mereka.

“Tetapi dengan adanya anak muda ini, kita tidak boleh baca kerana mereka boleh mengundi sesiapa sahaja atau ada kemungkinan juga tidak mengundi langsung,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Jalan Abdul Rahman, Muar malam tadi.

Beliau berkata pengundi muda juga dijangka akan menjadi penentu PRN Johor ini, oleh itu parti tersebut perlu menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan untuk mendekati mereka di samping membuat tawaran bermakna kepada golongan ini.

Wan Saiful berkata Pemuda Bersatu bersama sayap Pemuda Perikatan Nasional (PN) berhadapan dengan tugasan berat dan perlu merangka strategi dalam usaha mendekati golongan anak muda ini.

Minit Zahid lanjut kontrak bukan satu arahan, kata bekas KSU KDN


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa catatan minit Ahmad Zahid Hamidi pada surat pelanjutan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi pelaksanaan sistem visa luar negara (VLN) bukan satu arahan.

Bekas ketua setiausaha kementerian dalam negeri (KDN) Alwi Ibrahim berkata berdasarkan catatan minit oleh Zahid pada 18 Oktober 2016 yang dihantar kepadanya, ia adalah satu persetujuan.

Catatan minit itu menyatakan “Datuk Seri KSU/ Datuk PUU, saya tiada halangan pelanjutan kontrak tempoh enam tahun sehingga 31 Ogos 2025, seperti tercatat dalam perjanjian perkara 2.2.1 yang sedia ada. Sila sediakan perjanjian tambahan untuk merealisasikannya dengan kadar segera”.

Semasa disoal peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili bekas timbalan perdana menteri itu, berdasarkan ayat pada perenggan 10 kenyataan saksi Alwi, 63, (catatan minit Zahid), ia bukan satu arahan tetapi persetujuan, Alwi menjawab: “Setuju.”

Zaidi: Apa pemahaman Tan Sri (Alwi) tentang minit Zahid yang menyatakan “merealisasikannya dengan kadar segera”?

Alwi: Pemahaman saya ia perlu dibuat dengan cepat.

Zaidi: Berapa cepat, seminggu, dua minggu?

Alwi: Bergantung kepada kontrak sesuatu kes.

Alwi juga bersetuju dengan Zaidi bahawa walaupun ia diminitkan (catatan minit Zahid) dengan kadar segera namun ia masih tertakhluk pada prosedur di KDN.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian dalam negeri.

'Pengundi kita masih setia totok kepada parti'

Pengundi terutama di luar bandar dikatakan tidak peduli kepada faktor individu calon, sebaliknya akan memberi sokongan kepada parti yang sudah turun temurun menjadi pilihan keluarga. - Foto hiasan BERNAMA
Pengundi terutama di luar bandar dikatakan tidak peduli kepada faktor individu calon, sebaliknya akan memberi sokongan kepada parti yang sudah turun temurun menjadi pilihan keluarga. - Foto hiasan BERNAMA

KUALA LUMPUR: Isu legasi kesetiaan kepada parti tertentu masih menjadi antara faktor utama untuk pengundi terutama di kawasan pedalaman memberi sokongan kepada calon pilihan raya.

Kalangan penganalisis politik berpendapat pengundi luar bandar biasanya tidak peduli kepada faktor individu calon yang ditampilkan, sebaliknya akan memberi sokongan kepada parti yang sudah turun temurun menjadi pilihan keluarga.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, sokongan berbentuk warisan turun temurun selain akses maklumat yang terhad di kawasan pedalaman berupaya menjadi 'deposit tetap' buat parti konservatif seperti UMNO dan PAS.

Ini dibuktikan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini yang mana ada parti yang tidak berjaya meskipun mempunyai pemimpin yang dikatakan dekat dengan rakyat.

"Kenyataan bahawa (personaliti) individu lagi penting berbanding parti adalah tidak terpakai dan tidak tepat malah kurang sesuai untuk konteks landskap politik negara.

"Contohnya di PRN Melaka. Walaupun adanya wajah pemimpin yang disenangi rakyat, parti yang dianggotainya tetap tidak berjaya (menubuhkan kerajaan negeri).

"Di kawasan pedalaman, pengundi cenderung kepada parti kerana sokongan berbentuk warisan turun temurun dari datuk kepada ayah kepada anak, maka siapa pun calon mereka tetap pilih parti yang sama.

"Malah akses maklumat yang terhad juga memperlahankan penyampaian maklumat dan keterbukaan pengundi di kawasan pedalaman," katanya kepada BH.

Pada PRN Melaka, Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PN menang dua kerusi menerusi calon BERSATU manakala PAS yang bertanding di lapan DUN kalah semua.

Beliau mengulas kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, melalui Twitter bahawa kebanyakan pengundi dilihat sudah mula berpendirian bahawa faktor individu iaitu siapa yang harus dipilih lebih penting berbanding parti mana yang dipilih di musim pergolakan politik ini.

Pada masa sama, Mohammad Tawfik berkata, landskap politik Malaysia bukannya seperti di negara luar seperti Indonesia dan Amerika Syarikat (AS) di mana pengaruh individu memang penting dalam memenangi hati pengundi.

Sebaliknya beliau berkata, selain kepentingan parti politik itu sendiri, elemen persepsi turut memainkan peranan untuk menyumbang kepada kemenangan pada satu-satu pemilihan.

"Dalam konteks pengundian di Malaysia, kalau sesebuah parti politik berjaya menangani persepsi, mereka boleh memenangi pilihan raya," katanya.

'Setakat ini, Zuraida masih kekal bersama BERSATU' - Wan Saiful

MUAR: Semua pihak diminta menanti pengumuman rasmi berkenaan khabar angin mengenai kedudukan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Zuraida Kamaruddin, yang dikatakan akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata sehingga kini Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu masih kekal bersama parti itu.

"Pelbagai spekulasi mengenai Zuraida, pada pandangan sebagai Ketua Penerangan parti, saya berpendapat isu (spekulasi berkenaan Zuraida keluar Bersatu dan menyertai PBM) dibincang dalam mesyuarat kita (dan isu berkenaan) kekal dalam mesyuarat (tidak dihebahkan).

"Lebih baik kita tunggu pengumuman rasmi daripada parti kalau ada apa-apa, kalau tiada sebaiknya kita pastikan Perikatan Nasional (PN) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Kampung Parit Haji Ali dekat sini, malam tadi.

Wan Saiful berkata, spekulasi berkenaan tidak akan melemahkan momentum BERSATU dan PN dalam menghadapi PRN Johor nanti.

Terdahulu, Zuraida sebelum ini dikaitkan menyertai PBM dan dilaporkan ada perbincangan dalam kalangan kepimpinan BERSATU berkaitan isu pemecatan Ahli Parlimen Ampang berkenaan dan individu lain yang didakwa terbabit dengan parti baharu itu.

Seorang ahli MPT BERSATU, Muhammad Faiz Na'aman, dilaporkan berkata isu berkenaan kedudukan Zuraida ada dibangkitkan dalam mesyuarat parti itu pada 25 Januari lalu.

Bagaimanapun Muhammad Faiz berkata, tiada sebarang keputusan dibuat sehingga kini sementara menunggu siasatan lanjut oleh lembaga disiplin parti.

BERSATU rayu pengundi luar pulang mengundi PRN Johor

MUAR: Jentera Perikatan Nasional (PN) perlu berusaha lebih keras bagi memastikan pengundi yang berada di luar negeri ini pulang untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata usaha berkenaan perlu dilakukan bagi membolehkan PN menang dalam PRN Johor.

"...kita kena tarik pengundi luar, ARMADA boleh fokus kepada anak muda manakala Srikandi pula pada wanita," katanya berucap dalam program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Kampung Parit Haji Ali, dekat sini semalam.

Wan Saiful berkata, PRN Johor begitu penting kerana keputusannya walaupun di peringkat negeri tetapi bakal memberi implikasi di peringkat Persekutuan.

"Walaupun yang dibubarkan itu adalah Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sasaran sebenar UMNO adalah Parlimen dan kerajaan di Putrajaya. Sebab itulah kita kena letak keutamaan yang betul dalam diri dan perjuangan kita," katanya.

PRN Melaka pada tahun lalu, peratusan keluar mengundi yang rendah telah memberi kelebihan kepada UMNO dan sekutunya sekali gus membawa kepada kemenangan Barisan Nasional (BN).

Keadaan yang sama akan berlaku di Johor sekiranya peratusan keluar mengundi yang rendah pada PRN berkenaan dan akan memberikan keuntungan serta kemenangan selesa untuk UMNO.

'Wan Saiful patut henti jadi ejen pemecah belah'

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Suffian Hamdan
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Suffian Hamdan

KUALA LUMPUR: UMNO membidas dakwaan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan bahawa parti itu tidak mencalonkan naib presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, sebaliknya dicalonkan oleh BERSATU.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Suffian Hamdan, menyifatkan dakwaan Wan Saiful itu adalah serangan kepada UMNO, bertujuan memecah belahkan parti itu terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tidak lama lagi.

Shahril berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengadakan mesyuarat pada 17 Ogos 2021 bagi memutuskan calon Perdana Menteri dan dengan restu serta persetujuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), UMNO serta BN hanya menghantar satu nama calon iaitu Ismail Sabri.

"Tidak ada pertikaian, Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kerana UMNO mencalonkan beliau sebagai satu-satunya calon. Kenyataan Wan Saiful ini bukan kali pertama bagi beliau menyerang UMNO tetapi sudah berkali-kali.

"Kenyataan balas saya beberapa minggu lalu jelas membuktikan sekali lagi, BERSATU sudah mula kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri dan kenyataan begini hanya dibuat kerana PRN Johor makin dekat," kata Shahril dalam kiriman di Facebook, hari ini.

Wan Saiful sebelum ini, mendakwa kumpulan yang mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah BERSATU, bukannya UMNO, selain menyatakan sokongan BERSATU adalah bersyarat, termasuk tiada kompromi apabila membabitkan isu integriti dan menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan bantuan.

Selain itu, Shahril berkata, tuduhan yang UMNO kemungkinan akan memilih Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri juga tidak tepat dan menunjukkan Wan Saiful kurang faham dengan semangat parti yang bermusyawarah sebelum membuat keputusan.

"Tidak pernah sekali pun Presiden UMNO tuntut dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Inilah realitinya semasa runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan ini juga terjadi semasa Perdana Menteri bertukar, malah pada 16 Ogos 2021, Presiden UMNO mengeluarkan kenyataan, tidak pernah terlintas untuk beliau menamakan diri sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai parti terbesar negara.

"Ini jelas sekali lagi yang UMNO memilih Perdana Menteri sebagai calon selepas mesyuarat memutuskannya dengan sebulat suara," katanya.

Mengenai tuduhan 'kluster mahkamah' yang menyebabkan PRN dijalankan, Shahril berkata, BERSATU sendiri yang sebelum ini mengugut untuk menarik sokongan daripada kerajaan negeri.

"Tan Sri (Muhyiddin Yassin) sendiri berkata, 'Saya tekan butang sekarang, jatuh kerajaan Johor'. Bukan kerana 'kluster mahkamah' PRN ini dijalankan tetapi kerana keadaan rapuh di Johor yang antaranya disebabkan BERSATU sendiri.

"Justeru, Wan Saiful perlu berhenti menyemai benih kebencian, menjadi ejen pemecah belah dan menumpukan tenaga beliau ke arah menjual tawaran parti beliau sempena PRN Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi," katanya.

Khamis, 3 Februari 2022

Tiada keperluan adakan PRN di Kedah – Mahfuz

MALAYSIA POST

Tiada keperluan adakan PRN di Kedah – Mahfuz

NAIB Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar menegaskan tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah dalam masa terdekat susulan penafian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional (BN) bahawa berlaku gerakan dalam menjatuhkan kerajaan negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, keputusan untuk mengadakan PRN selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hanya memberikan keseronokan kepada individu tertentu dalam memenuhi agenda peribadi mereka.

Tambah beliau, adalah lebih baik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berbanding PRN dari satu negeri ke satu negeri lain memandangkan tindakan itu menelan kos yang amat besar.

“(Isu tarik sokongan) itu saya tidak dengar, Adun Bandar Baharu, (Datuk) Sabrina pun dah nafi jadi mungkin kalau saya secara peribadi, dari sudut politik saya boleh bersetuju (adakan PRN) tetapi hakikatnya kalau kita lihat dari segi kehidupan tiada keperluan buat pilihan raya, kalau nak seronok kepada orang politik, boleh buat pilihan raya negeri ke negeri sebagainya, tetapi untuk apa?” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Bertemu Mata, Bertanya Khabar Petani, di Kampung Atas Kota, Langgar, hari ini.

Mahfuz berkata, semua pihak harus sedar bahawa menganjurkan pilihan raya memerlukan kos yang sangat tinggi seperti untuk PRN Johor sahaja menelan RM150 juta.

Kos itu juga, kata beliau, hanya melibatkan perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan belum mengambil kira bajet untuk agensi-agensi dan jabatan-jabatan berkaitan lain.

“Bagi saya kalau nak buat pilihan raya (kena) serentak bukan lagi satu negeri ke satu negeri, negeri Johor (sahaja) kos sampai RM150 juta. Berapa ratus juta kita akan belanja? Kalau pilihan raya umum belanja lagi… banyak itu juga untuk satu negeri,” ujar Mahfuz.

Pada Selasa, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masyri berkata, Umno dan BN dilihat masih mempunyai tempat di hati rakyat Kedah menjelang PRU15 meskipun hanya memenangi tiga kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen di negeri itu pada pilihan raya lalu.

Beliau juga tidak menafikan bahawa kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS ketika ini tidak membawa sebarang agenda baharu dan hanya meneruskan kesinambungan projek tinggalan kerajaan BN sebelum ini.

Sebelum itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula berkata, dakwaan bahawa DUN Kedah akan dibubarkan susulan penarikan sokongan daripada empat Adun terhadap kepimpinannya hanya merupakan satu khabar angin.

Adun BN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor dilaporkan turut menafikan dakwaan bahawa dia bersama seorang lagi Adun parti itu akan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Kedah. – Malaysiapost

DISYORKAN UNTUK ANDA:

  BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT    

Bersatu perlu buat pilihan – Nazir Hussin

MALAYSIA POST

Bersatu perlu buat pilihan – Nazir Hussin

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, digesa supaya mendapatkan kepastian daripada kepimpinan partinya sama ada mahu terus menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri atau tidak.

Gesaan itu dibuat susulan tindakannya yang berulang kali menyatakan sokongan Bersatu terhadap Perdana Menteri adalah bersyarat yang dilihat tidak membawa apa-apa kebaikan kepada kestabilan politik nasional mahu pun kerajaan hari ini.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata dakwaan dibuat Wan Saiful yang mendakwa Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri atas sokongan Bersatu dan bukannya Umno juga tidak tepat.

Menurutnya, Ismail Sabri disokong oleh Ahli-ahli Parlimen dalam Umno, Bersatu, Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan lain-lain Ahli Parlimen.

“Bersatu sahaja tidak cukup untuk mengangkat Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri. Sama juga seperti Bersatu sahaja tidak mampu mengangkat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Justeru Bersatu dan semua pihak perlu sedar kedudukan Ismail Sabri didokong oleh pelbagai parti, bukannya satu parti sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sudah tentu sokongan Bersatu kepada Ismail Sabri bersyarat seperti mana juga sokongan Umno kepada Muhyiddin suatu ketika dahulu.

“Jika Wan Saiful merasakan Bersatu tidak lagi mahu menyokong Ismail Sabri maka mereka boleh mengumumkan keputusan tersebut.

“Jika Bersatu berpendapat kerajaan ini perlu kekal sehingga tamat tempoh, maka orang seperti Wan Saiful perlu bertindak seperti pemain politik yang matang, bukannya bersikap keanak-anakan, marahkan nyamuk kelambu dibakar,” tegasnya.

Nazir Hussin berkata, setakat ini Perdana Menteri telah sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara di sebalik kekangan kewangan kerajaan dan tekanan politik pelbagai pihak yang berkepentingan.

Menurutnya, tentulah dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini, Bersatu rasa tersepit dan terhimpit dengan keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama.

“Namun ini bukan isu baharu. Sebelum Bersatu menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri pun Umno telah membuat keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya.

“Justeru faktor ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyerang Perdana Menteri. Kata orang jangan lain yang bengkak, lain pula yang bernanah,” katanya. – Malaysiapost

Legasi politik Muhyiddin dibuang dalam ‘bakul sampah sejarah’ – Hassan

MALAYSIA POST

Legasi politik Muhyiddin dibuang dalam ‘bakul sampah sejarah’ – Hassan

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim mengkritik bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana peranannya dalam menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pemimpin itu mengimbas kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mungkir janji untuk menyerahkan jawatan tertinggi kepada Presiden PKR datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, ia menyebabkan Bersatu keluar daripada gabungan PH yang dipimpin oleh Muhyiddin.

Muhyiddin kemudiannya menyingkirkan Mahathir daripada Bersatu, yang memberi laluan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu menjadi Perdana Menteri kelapan negara.

“Apakah balasan perbuatan Muhyiddin yang mungkir janji itu?

“Muhyiddin tidak kekal lama sebagai perdana menteri. Hanya setahun lebih sahaja iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana rakyat terkurung, parlimen digantung dan Darurat diisytiharkan di seluruh negara.

“Kemudian sampai masa giliran Muhyiddin pula ditumbangkan. Kini giliran Umno pula menggulingkan Muhyiddin. Lima belas orang ahli parlimen Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin di Parlimen.

“Muhyiddin terpaksa letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin runtuh seperti daun terup menyembah ke bumi.

“Demikianlah pengajaran kepada Mahathir dan Muhyiddin,” katanya memetik portal MalaysiaKini.

Hassan berkata, tindakan politik yang tidak beretika dan mungkir janji telah menyebabkan legasi politik Dr Mahathir dan Muhyiddin dibuang ke dalam ‘bakul sampah sejarah’.

Kenyataan Hassan itu susulan perbalahan antara Pas, Umno dan Bersatu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pergeseran antara Pas dan Umno semakin ketara sejak PRN Melaka November lalu, yang menyaksikan kedua-dua parti bersaing sesama sendiri. Akhirnya Umno menang dan PAS ditewaskan.

Berikutan itu, terdapat usaha baru oleh Pas untuk mengadakan pakatan pilihan raya bagi PRN Johor akan datang tetapi Umno dilihat tidak tertarik dengan idea itu. – Malaysiapost