Oleh Penulis Khas
Tanah terletaknya kuil berkenaan asalnya dimiliki oleh Consolidated
Plantations Bhd yang merupakan pemilik kepada Seafield Estate.
Ada 2 teori mengenai tarikh asal pembinaan kuil tersebut,
1974: Kuil tersebut dibina pada tahun 1974 oleh seorang individu yang bernama Sabathy Perumal.
1891: Ia dibina pada tahun 1891 di sebahagian tanah yang didedikasikan
oleh pemiliknya untuk kegunaan pekerja Hindu di estet tersebut.
2. Pada tahun 1987,SIME UEP membeli tanah tersebut daripada Consolidated Plantations Bhd.Tanah tersebut asalnya adalah di bawah status tanah pertanian namun
kemudiannya SIME UEP telah menukarkannya kepada skim pembangunan
perumahan.
3. Pada tahun 1992-1993, Tanah kuil berkenaan telah dituntut oleh pihak
SIME UEP yang bertindak sebagai pemilik tanah setelah membeli tanah
tersebut daripada pemilik estet pada tahun 1987.Maka ditubuhkanlah Komiti Pengurusan Kuil berkenaan dibawah ROS dan
Chellappa a/l K.Kalimuthu telah dilantik sebagai presiden manakala
Nagaraju a/l Merganathan telah dilantik sebagai setiausaha komiti
tesebut.
4. Pada tahun 1996,Tuntutan pertama melalui saman sivil :
No.MT1-21-353-1996 diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai
Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar
dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) dan Sime UEP Properties Sdn Bhd,
Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan,
Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, One City Development Sdn Bhd,
Merganathan a/l Nallo (Defendants) dan Nagaraju a/l Merganathan
(perayu/pencelah).
Kes ini juga sebenarnya pernah diwakili oleh mendiang Karpal Singh.
5. Pada tahun 2001,Berlakunya salah faham diantara Chellapa dan
Nagaraju, di mana Chellapa telah menuduh Nagaraju telah ‘red caught
handed’ mencuri duit dan barang dapur kuil, Nagaraju kemudiannya
meletakkan jawatan sebagai setiausaha, namun kemudiannya kembali bersama
Mohan dan Vijayakumar dan memaksa ahli komitee termasuklah Chelappa
untuk mengosongkan kuil dengan cara paksaan dan ugutan.
6. Pada tahun 2007,One City Development telah membeli tanah itu dan
telah ada rancangan untuk memindahkan kuil itu. Saman sivil pertama
iaitu No.MT1-21-353-1996 untuk menuntut hak kuil tersebut diteruskan dan
akhirnya dapat diselesaikan pada tahun 2014.
7. Pada tahun 2012,Kira-kira 50 penganut Hindu mengadakan protes aman di
hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan mendesak
kerajaan negeri untuk menghalang perobohan kuil berkenaan dan menyatakan
bahawa mereka tidak bersetuju dengan ura-ura cadangan pemindahan kuil
berkenaan di Persiaran Harmoni di Putra Heights.
8. Pada tahun 2014,Mac 2014,Kedua-duanya Chellapa dan Nagaraju telah
bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut kepada One City selepas
syarikat itu bersetuju:
1. Menyediakan dua tanah lain yang terletak berhampiran kuil yang ada
untuk diberikan kepada persatuan kuil berkenaan sebagai pampasan.
2. Mendermakan RM1.5 juta untuk membina kuil baru di salah satu daripada dua bidang tanah yang diberikan oleh One City.
Mahkamah mengarahkan tapak di mana kuil itu terletak untuk diserahkan
kepada One City dalam masa dua bulan selepas pembinaan kuil baru oleh
pemaju.
Julai 2014,Sebuah lagi saman sivil yang melibatkan pertelingkahan di
antara Chellapa dan Nagaraju telah dibuat: No.MT1-22-491-2001 (MT5)
diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil
Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9
@Akta Pertubuhan 1966) (as Plaintiff) dan Merganathan a/l Nallo,
Nagaraju a/l Merganathan, Sangguletchumi isteri kepada Sanggu,
Thanabalan a/l Murugiah, Low Kok Beng, Mohan a/l Muniandy, Subramaniam,
Subramaniam a/l Sarangabani, Sarathy a/l Muthan, and Vello s (as
Defendants). Saman ini telah didengar dan Orders telah dimasukkan pada
25 Julai 2014.
9. Pada tahun 2016,Berdasarkan keputusan mahkamah pada 2014, Chellappa telah dinobatkan sebagai pengurus kuil yang sah.
Persatuan kuil berkenaan juga secara sukarela melepaskan hak mereka ke
salah satu tanah yang dijanjikan dan dibayar ganti rugi RM1 juta oleh
One City sebagai pampasan.
10. Pada tahun 2017,May 2017,
Pihak One City telah menghantar Notis Pengusiran (Eviction Notice) kepada pihak kuil.
Lokasi baru itu juga telah diwartakan oleh kerajaan negeri sebagai tempat ibadat.
Kawasan tanah untuk lokasi baru adalah satu hektar, dan ruang tambahan
0.86 ekar di sebelah kuil akan membolehkan para penganut memarkir
kenderaan mereka
1 Jun 2017,Isu menjadi panas semula apabila, Nagaraju bersama beberapa
NGO telah menolak untuk mematuhi penghakiman persetujuan untuk
berpindah, walaupun beliau telah menyetujui keputusan mahkhamah pada
2014.
Nagaraju dan NGO seperti Malaysian Indian Progressive Association
(Mipas), Malaysian Indian Education Transformation Association (Mieta)
telah menggunakan beberapa hujah untuk menolak cadangan pemindahan kuil
berkenaan ke tapak baru (2.7 KM) dari tapak lama, berikut adalah hujah
mereka:
1. Sebuah pokok Ara yang berusia 140 tahun ada ditanah tersebut, yang dianggap keramat kepada masyarakat Hindu.
2. Mempunyai merit sejarah bahawa kuil berkenaan adalah berusia lebih 140 tahun dan perlu dikekalkan.
3. Tapak baru bagi kuil adalah dikawasan Muslim yang mana acara sambutan
dikuil mungkin akan menganggu masyarakat setempat dan mewujudkan
racial-tension.
Mereka juga memberi amaran kepada kerajaan negeri Selangor untuk
menyelesaikan masalah ini jika tidak mahu menerima ‘political backlash’.
6 Jun,
Datuk Seri Azmin (MB Selangor ketika itu) telah menasihatkan dan memujuk
pemaju untuk meletakkan notis eviction mereka sebagai on-hold.
Disember 2017,
Isu ini ‘panas’ sebentar apabila dibangkitkan semula oleh Sivarasa dan
Santiago (ahli parlimen) yang mana mana kuil tersebut harus dikekalkan
berdasarkan sejarah yang panjang sebagai kuil di tanah bekas estet
tersebut.
11. Pada tahun 2018,28 September,
Isu menjadi panas semula apabila satu notis pengosongan dikeluarkan oleh
Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil mengosongkan
tapak pada atau sebelum 15 Oktober lalu.
16 Oktober,
Menteri Perpaduan YB Senator P.Waytha Moorthy menasihatkan masyarakat
India untuk bertenang dan menegaskan bahawa beliau sedang menghubungi
kesemua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
25 Oktober,
Menerusi hantaran yang tular di laman Facebook, kira-kira 300 individu
yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan bertindak berkumpul di kuil
berkenaan semasa urusan pemindahan dijalankan menyebabkan kesesakan
teruk di LDP.
Seramai kira-kira 300 orang anggota polis ditempatkan di lokasi terlibat bagi mengawal sebarang situasi tegang yang tercetus.
Selepas perbincangan, pemaju (One City) bersetuju untuk menangguhkan
perobohan sehingga 22 November iaitu selepas perayaan Deepavali.
Pengurusan kuil itu akan diambil alih oleh pasukan petugas khas yang
diketuai oleh aktivis Hindraf “Ramaji”, yang nama sebenarnya M
Ramachandran.
YB Sivarasa berjanji untuk bertemu dengan MB Selangor sebelum 22 November untuk mencari penyelesaian isu tersebut.
31 Oktober,Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan
Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau menasihatkan kepada
pihak yang membantah untuk mengikut keputusan dan perjanjian di mahkamah
pada 2014, beliau juga mengingatkan bahawa arahan untuk kuil itu
dipindah atas arahan mahkamah bukan arahan kerajaan negeri.
17 November,Kumpulan yang membantah persetujuan antara jawatankuasa kuil
dan pemaju untuk berpindah merancang satu tunjuk perasaan di luar
Parlimen minggu depan bagi meminta campurtangan Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad, walaupun mahkamah sudah membuat keputusan pada 2014.
Malah ada 2 orang penganut hindu di kalangan jawatankuasa juga telah memulakan mogok lapar menentang pemindahan kuil tersebut.
Kumpulan “Save Seafield Sri Maha Mariamman Temple” berkata kuil itu,
yang dibina lebih 40 tahun lalu, adalah warisan sejarah dan tidak patut
dipindahkan.
Ketua kumpulan itu, S Ramaju, menuduh kerajaan tidak peduli akan bantahan mereka.
“Ini adalah kerajaan baharu, tetapi tidak menawarkan penyelesaian dan
tidak proaktif,” katanya, dan menambah mereka akan berhimpun di luar
Parlimen pada 21 November ini, sehari sebelum perpindahan kuil itu.
“Kami mahu perdana menteri campurtangan dan bantu kami cari satu penyelesaian. Tiada orang dengar rayuan kami,” katanya.
21 November,Sekumpulan penganut Hindu berdemonstrasi di depan bangunan
parlimen bagi mempertahankan kuil tersebut daripada dirobohkan pada
tarikh akhir iaitu 22 November 2018.
Mereka telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir
Mohamad supaya segera memberi perhatian kepada isu Kuil Sri Sakthi Maha
Mariamman di Ladang Seafield itu.
Memorandum tersebut diterima oleh seorang pegawai tugas-tugas khas di
Jabatan Perdana Menteri yang berjanji akan membawa isu itu ke perhatian
Mahathir.
23 November,Sekali lagi memorendum cuba dibawa ke parlimen oleh Ramaji,
yang juga Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman namun
telah dihalang masuk kira-kira jam 5.50 petang semalam ketika ingin
menghadiri perjumpaan bersama Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy
berhubung isu kuil.
Beliau mendakwa telah dilarang masuk parlimen kerana berpakaian Hindu.
Pada hari yang sama juga pihak pemaju dari One City telah menafikan
bahawa mereka telah menangguhkan tarikh akhir 22 November kepada 29
November
25-26 November, Telah diadakan mesyuarat tergempar bahawa akan ada
usaha daripada pihak pemaju untuk datang menghalau orang-orang di dalam
kuil dan memulakan kerja pembersihan kuil mulai Isnin (26 November).
Maka ramailah turun tunggu di kuil.
Pada pukul 2 pagi, sekumpulan lelaki Melayu (50-100 orang) berpakaian
hitam telah tiba-tiba datang menyerbu kuil dan mengarahkan semua orang
untuk keluar, keadaan menjadi tidak terkawal dan perkara ini telah
diviralkan di media sosial menggunakan fungsi live facebook.
Unsur-unsur orang Melayu vs India, dan kononnya jeritan Allahu Akbar
dijerit oleh kumpulan berkenaan telah didendangkan di dalam seruan
meminta bantuan oleh pihak dari dalam kuil berkenaan.
Maka ramailah dari kalangan orang India yang turun ke kuil berkenaan dan
berlakulah pertempuran dan pergaduhan diantara kumpulan lelaki Melayu
tadi dengan orang yang turun memberi bantuan kepada persatuan kuil, ada
yang cedera parah akibat dipukul secara beramai-ramai dari kedua-dua
belah pihak.
Pertempuran tersebut akhirnya telah berjaya dikawal oleh LPF dan FRU dan
beberapa orang telah berjaya digari dan ditangkap oleh pihak polis.
Di dalam kekecohan tersebut, beberapa buah truck pickup telah diterbalikkan dan beberapa buah kereta juga telah dibakar.
Sebagai kesimpulan, isu ini bukanlah isu ‘planted’ yang dirancang secara
tiba-tiba, isu ini adalah isu lama yang sudah berpanjangan sejak
bertahun-tahun walaupun sepatutnya telah diselesaikan dengan cara
mahkamah.
Namun mungkin kerana ada agenda daripada pihak-pihak tertentu isu ini menjadi panas dan semakin ‘complicated’
Diharapkan, kita sebagai rakyat Malaysia tidak termakan akan provokasi
atau hasutan yang tidak sepatutnya seperti, bahawa kejadian semalam
adalah kejadian rusuhan di antara kaum Melayu dan India, orang Melayu
nak robohkan kuil Hindu, ekstrimis Melay atau Muslim dsbnya..
Walhal ianya adalah pergeseran di antara pihak pengurusan kuil yang
mempunyai 2 puak dan juga pihak pemaju yang telah memakan masa hampir 20
tahun namun tidak selesai-selesai lagi.
Dan jujurnya saya rasa, ke semua pihak yang terlibat termasuklah pemaju
harus dipanggil dan disiasat sebelum benda ni jadi lebih merebak dan
tidak terkawal.