HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Mei 2014

Pengikut Syiah didakwa anjur perhimpunan

MALAYSIAKINI


Pemuda Umno bahagian Pendang meminta Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dan polis menghalang satu perhimpunan yang didakwa anjuran pengikut Syiah di Kampung Alor Berala di Pendang.
  
Ketuanya Mohamad Fadzil Zulkipli berkata perhimpunan tertutup itu dipercayai akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di sebuah rumah, yang didakwa sebagai pusat penyebaran fahaman Syiah sejak lima tahun lepas.
  
Beliau berkata perhimpunan itu dipercayai untuk meraikan satu perayaan 'Wiladah Hussein', yang akan disertai oleh pengikut fahaman itu sekitar negeri ini.
  
"Ada kain rentang yang dipasang untuk menghebahkan perayaan itu (sebelum ini) dan kini ia telah diturunkan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang hari ini.- Bernama

LMWH babi digunakan dalam perubatan tidak haram, kata pensyarah

THE MALAYSIAN INSIDER

Pensyarah perubatan Universiti Monash, Dr Farouk Musa berpendapat LMWH daripada babi yang digunakan dalam perubatan tidak haram. Gambar fail.Pensyarah perubatan Universiti Monash, Dr Farouk Musa berpendapat LMWH daripada babi yang digunakan dalam perubatan tidak haram. Gambar fail. 





























Low molecular weight heparin (LMWH) yang diambil daripada babi banyak digunakan dalam amalan perubatan di seluruh dunia termasuk Malaysia khasnya dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), kata pensyarah perubatan, Dr Farouk Musa.

Pensyarah perubatan di Universiti Monash itu berkata, ia adalah bahan kimia yang diambil daripada babi untuk kepentingan manusia dan ia tidak haram kerana bukan memakan dagingnya.

"Fatwa yang dikeluarkan oleh A Hassan Bandung jelas berkata, yang haram adalah memakan babi," katanya yang juga Presiden Islamic Renaissance Front kepada The Malaysian Insider.

Dr Farouk berkata, ketika mendapat rawatan akibat koma beliau sendiri menggunakan bahan itu.

Dr Farouk yang pernah beberapa bulan koma dan kini terpaksa menggunakan kerusi roda berkata demikian sebagai mengulas kekecohan yang dialami masyarakat Malaysia apabila Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) mengesahkan dua jenis coklat Cadbury mengandungi DNA babi iaitu LMWH yang diambil daripada babi.

Cadbury mengesahkan mereka menarik balik dua produk yang mengandungi DNA babi iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Susulan daripada itu serangan dihalakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memberikan sijil halal untuk coklat itu.

Bagaimanapun, semalam, Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, coklat sedemikian halal dimakan.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa' iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan yang suci dan halal, dan juga disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan ia dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Samak mulut

Sementara itu, pandangan sesetengah pihak yang mempersoalkan bagaimana caranya untuk menyamak mulut dan perut yang dimasuki babi setelah termakan coklat ini dianggap sesuatu isu yang tidak perlu dan tidak wajar dibangkitkan.

Dua pakar agama, bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dan Dr Zaharudin Abdul Rahman memberi penjelasan mengenainya.

Asri berkata, membantah Cadbury itu sesuatu yang bagus sebagai hak pengguna yang tidak boleh diperdayakan.

Bagaimanapun, katanya, berlebihan dalam hukum seperti menyuruh samak mulut, tukar darah dan lain-lain adalah merupakan unsur ghuluw ataupun melampau dalam beragama.

Katanya, sesiapa termakan yang haram tanpa sengaja tidak dikira dosa dan seseorang tidak akan dihukum Allah atas perkara luar dari maklumat dan kemampuannya.

Dr Zaharudin berkata, bagi sesiapa yang termakan Cadbury mengandungi DNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut tidaklah berdosa dan tidaklah perlu membersihkan darah.

"Namun, jika ingin diambil saman ganti rugi atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu wajar dilakukan namun jangan dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah-olah ia tuntutan agama," katanya.

Diplomat AS perlu bertindak ketika Malaysia salah guna hak asasi manusia, kata aktivis

OLEH JENNIFER GOMEZ


Diplomat Amerika Syarikat di Malaysia perlu beri lebih perhatian terhadap hak asasi manusia di negara ini, kata Timbalan Pengarah Asia, Badan Hak Asasi Manusia, Phil Robertson. Gambar fail.Diplomat Amerika Syarikat di Malaysia perlu beri lebih perhatian terhadap hak asasi manusia di negara ini, kata Timbalan Pengarah Asia, Badan Hak Asasi Manusia, Phil Robertson. Gambar fail.






























Penyokong hak asasi manusia antarabangsa mendesak diplomat Amerika Syarikat (AS) di Malaysia tidak berdiam diri mengenai penyalahgunaan hak asasi manusia di negara ini susulan daripada kenyataan Presiden Barack Obama dalam lawatannya di sini, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Asia Badan Hak Asasi Manusia, Phil Robertson menyeru Duta AS dan pasukannya untuk memberi tekanan kepada Malaysia supaya mematuhi standard hak asasi manusia antarabangsa.

Beliau berkata, diplomat AS di sini mempunyai peranan penting untuk mendorong kerajaan Malaysia mengambil langkah lebih baik dalam menangani isu hak.

“Lawatan Obama secara amnya positif dalam membangkitkan isu hak asasi manusia, ada perbincangan dalam forum terbuka di mana beliau membuat beberapa kenyataan penting.

“Sekarang, terpulang kepada diplomat di sini untuk membuat susulan dan berada di situ ketika Perkasa menyerang kumpulan LBGT (lesbian, gay, biseksual, dan transgender) dan bercakap ketika Malaysiakini diancam dengan saman fitnah oleh perdana menteri Malaysia.

“Ini adalah antara isu yang duta dan pasukannya patut ambil tindakan secara kerap,” kata Robertson kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, AS berada pada kedudukan sesuai untuk membangkitkan isu itu dan kerajaan Malaysia biasanya akan mendengar kata-kata mereka.

Robertson berkata, sementara kedua-dua negara berbincang mengenai pelbagai isu termasuk kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan perjanjian Kerjasama Trans Pasifik, ia tidak sepatutnya melupuskan komitmen AS untuk membangkitkan isu hak asasi manusia, secara terbuka.

Ketika lawatannya ke Malaysia bulan lalu, Obama ketika bercakap dalam satu forum bersama pemimpin belia Asean berkata, Malaysia perlu memastikan bukan Islam di negara ini turut menerima peluang sama seperti masyarakat majoriti Islam jika negara ini mahu terus berkembang.

Obama juga bertemu dengan 10 kumpulan persatuan sivil yang mengemukakan isu hak asasi manusia ketika presiden itu berada di sini.

Gesaan Robertson supaya AS memberi lebih perhatian kepada rekod hak asasi manusia di Malaysia berikutan nada reformis yang diluahkan Datuk Seri Najib Razak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah hilang dan berganti dengan kerajaan yang menggunakan undang-undang menindas seperti Akta Hasutan dan Akta Perhimpunan Aman untuk melumpuh atau menyingkirkan ahli pakatan pembangkang.

“Ia adalah cara pencabulan terhadap kebebasan bersuara, kebebasan perhimpunan awam secara aman dan kebebasan berpersatuan.

“Sebelum PRU13, saya mendapati dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Malaysia mungkin menjadi negara paling maju atau merosot dalam cara tertentu, malangnya ia sudah merosot,” katanya.

Beliau juga mengkritik Najib kerana begitu mudah tersinggung sehingga mengancam untuk mengambil tindakan terhadap portal berita Malaysiakini.

“Sebagai pemimpin yang membuat keputusan untuk terbabit dalam urusan awam, PM tidak sepatutnya mudah tersinggung, beliau perlu kuat kerana politik adalah sukan yang kasar.

“Ia adalah kes di mana pembaca memberi maklum balas terhadap satu artikel, ia asasnya adalah surat pembaca kepada pengarang.

“Jadi adakah selepas ini PM akan pergi dari pintu ke pintu dan menyaman setiap rakyat Malaysia yang bercakap sesuatu yang beliau tidak suka,” katanya.

Penyokong hak asasi manusia juga melahirkan kebimbangan terhadap kumpulan agama minoriti menjadi sasaran di Malaysia, seperti dilihat dalam penganiayaan golongan Syiah dan kontroversi mengenai penggunaan kalimah Allah.

Robertson berkata, di satu pihak, kerajaan begitu ghairah meneruskan larangan Allah digunakan oleh Kristian di Selangor dan semenanjung Malaysia, tetapi pada masa sama ia memberi jaminan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak yang bible berbahasa Melayu mereka ‘tidak akan disentuh’.

“Ini seperti bermain api kerana anda mengandaikan boleh menolak agenda ini sehingga ia akan memberi hasil kepada politik tanpa ia menjadi luar kawalan, ini amat membimbangkan,” katanya.

Robertson berkata, keadaan ini berlaku kerana Putrajaya tidak selamat secara politik, menyebabkan Umno menjadi semakin berhutang kepada elemen konservatif yang berfikiran sempit mengenai hak asasi manusia.

Beliau berkata, sebenarnya apa yang diperlukan ialah Malaysia menghormati hak asasi manusia di mana semua kumpulan agama dan etnik dilayan secara adil dan saksama mengikut undang-undang.

“Ini adalah kestabilan yang diperlukan oleh Malaysia untuk mara ke depan, tetapi setakat ini, terlalu ramai yang merasakan ia tidak berlaku seperti itu,” katanya.

Sementara Robertson mengalu-alukan usaha penyokong hak asasi di Malaysia, beliau mengkritik Putrajaya kerana mencemari hak kebebasan berpersatuan dengan menggunakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Akta Pertubuhan.

“Jabatan Pendaftaran Pertubuhan berada pada kedudukan dikawal secara politik dan dimanipulasi oleh kerajaan Malaysia dan organisasi yang bersikap kritikal terhadap kerajaan tidak akan diberi kelulusan tanpa sebarang penjelasan.

“Ini jelas menunjukkan penyalahgunaan secara tersembunyi yang berlaku sejak berdekad lamanya, ia perlu dihentikan,” kata Robertson.

Mah kalahkan Dyana 5-0, kata Ahmad Maslan kepada pengundi Teluk Intan

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dikatakan mempunyai banyak kelebihan berbanding calon muda DAP, Dyana Sofya untuk tawan pengundi Teluk Intan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Mei, 2014.Calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dikatakan mempunyai banyak kelebihan berbanding calon muda DAP, Dyana Sofya untuk tawan pengundi Teluk Intan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.




























Pengalaman yang luas dalam bidang politik dan akademik menjadikan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong mempunyai lima kelebihan berbanding calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, kata Ahmad Maslan.

Ketua penerangan Umno itu berkata, lima kelebihan Mah itu sudah cukup menjadi garis panduan penduduk Teluk Intan berbanding Dyana yang merupakan calon muda dan mentah dalam bidang politik.

“Pendidikan, mari kita banding, Mah ada empat ijazah dari tiga universiti. Dyana ada ijazah dari UiTM. Mah lebih baik daripada segi pendidikan. Kita beri Mah 1, 0 Dyana.

“Kedua, Mah pernah menjadi Adun Pasir Bedamar, ahli Parlimen Teluk Intan dua penggal. Dyana pernah jadi apa?  Ada jawatan itu? Tidak ada. 2-0.

“Ketiga, Mah pernah menjadi ketua Gerakan Teluk Intan, pimpinan gerakan Perak, setiausaha agung parti, ketua pemuda dan sekarang presiden parti. Dyana ahli biasa DAP. 3-0,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 70 penduduk Teluk Intan di Menara Condong, malam tadi.

Mah pada satu sidang media semalam masih melihat cabaran besar bertanding di Teluk Intan walaupun ketika ini menjawat presiden Gerakan.

Katanya, tanggungjawab diletakkan sepenuhnya kepada dirinya sama ada BN menang atau pun kalah di kawasan itu dan keyakinannya sekadar 51% untuk memenangi PRK itu.

Ahmad berkata, kelebihan Mah yang keempat adalah di belakangnya berdiri teguh jentera kerajaan seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Di belakang Mah ada menteri besar, perdana menteri, menteri, agensi kerajaan pusat dan negeri tetapi di belakang Dyana hanya ada Lim Kit Siang. Siapa lagi kuat? Mah. 4-0.

“Kalau kita hantar surat sokongan dengan kepala surat DAP dan tandatangan Dyana untuk anak belajar di universiti, mohon pinjaman Tekun, rumah SPNB, minta AIM. Tuan-tuan fikir laku ke surat itu? Payah tuan-tuan, payah.

“Tetapi Mah mohon peruntukan daripada perdana menteri, insya-Allah, hampir pasti lulus peruntukan yang dipohon Mah,” katanya.

Semalam, Najib di Beijing berkata jawatan dalam Kabinet menanti Mah jika beliau memenangi PRK Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini, lapor Bernama.

"Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," kata Najib.

Ahmad berkata, fakta terakhir yang sememangnya diketahui oleh orang Teluk Intan adalah Mah anak jati di kawasan itu berbanding Dyana yang berasal dari Ipoh.

“Terakhir, Mah lahir, dibesarkan, bersekolah, ada harta dan perniagaan di sini. Ada sahabat dan kerabat yang membantunya kerana Mah anak jati Teluk Intan. Betul? Dyana tak payah cerita. Orang luar.

“Dia tak tahu mana Sungai Samak, Kampung Bahagia, Sungai Kerawai, Kampung Banjar dan Kampung Selabak. Mah sudah masuk semua tempat itu. Berapa kosong? 5-0," katanya menggulung kelebihan terakhir Mah berbanding Dyana.

Mah, 53, pertama kali bertanding kerusi Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N Rajendran dengan majoriti 2,783 undi.

Beliau mengekalkan kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 2004 namun tewas dalam tsunami politik pada 2008 dan sekali lagi pada pilihan raya umum 2013 menyaksikan Mah gagal merampas kembali kerusi itu buat kali kedua.

‘Pintu belakang’ sentiasa terbuka untuk Mah jadi menteri walau tewas, kata Guan Eng

OLEH Anisah Shukry


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berteduh daripada hujan ketika sesi walkabout bertemu penduduk di Taman Ros, Teluk Intan, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Mei, 2014.Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berteduh daripada hujan ketika sesi walkabout bertemu penduduk di Taman Ros, Teluk Intan, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.




























Janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong menteri jika dia menang pilihan raya kecil Teluk Intan tidak bermakna kerana pintu belakang sentiasa terbuka untuk presiden Gerakan itu menjadi menteri walaupun kalah, kata Lim Guan Eng malam tadi.

Setiausaha Agung DAP itu ketika memberikan ucapan kepada kira-kira 1,000 orang pada ceramah di Teluk Intan malam tadi berkata, adalah amalan biasa untuk semua presiden parti komponen BN dilantik sebagai menteri tidak kira jika mereka menang atau kalah dalam pilihan raya.

"Berapa banyak pilihan raya kecil sebelum ini? Banyak. Namun Najib tidak pernah mengumumkan jika calon BN menang, mereka akan dilantik menjadi menteri atau ahli exco kerajaan negeri.

"Sebelum ini, tidak ada calon BN mendapat keistimewaan yang sama. Mengapa Mah begitu istimewa? Ia adalah kerana dia presiden Gerakan. Jika dia bukan presiden, beliau tidak akan mempunyai peluang untuk menjadi menteri,” katanya.

Malam tadi, Najib memberitahu media Malaysia di China yang presiden Gerakan sentiasa menjadi menteri, jadi kemenangan BN Sabtu ini akan menjamin kedudukan Mah dalam Kabinet.

"Gerakan menjadi ahli pengasas BN dan presiden Gerakan sentiasa menjadi menteri.

"Jika Mah menang, maka saya boleh mengumumkan malam ini dia akan menjadi ahli Kabinet,"  perdana menteri dilaporkan berkata.

Lim memberitahu pemberita kemudiannya kenyataan Najib, yang dibuat hanya dua hari sebelum pilihan raya berlangsung, menunjukkan bagaimana tidak selamatnya Mah dalam pertembungannya dengan  calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

"Dengan membuat pengumuman ini menjelang hari pilihan raya, ia menunjukkan dia bimbang dan bersedia untuk membuat pendirian awal.

"Tetapi ia adalah satu pengumuman kosong. Sejarah menunjukkan kepada kita presiden parti BN akan sentiasa dilantik senator jika kalah pilihan raya, kecuali jika mereka menolak kedudukan seperti (bekas presiden MCA) Chua Soi Lek lakukan,” katanya.

Ketua menteri Pulau Pinang itu mempersoalkan penafian Mah yang beliau akan dilantik sebagai senator dan seterusnya menteri, dengan menegaskan bekas Presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon juga mengeluarkan penafian yang sama.

Tetapi selepas Koh hilang kerusi Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya umum 2008, beliau menerima jawatan senator daripada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan menyertai Kabinet.

Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel juga kalah dalam pilihan raya umum 2013, tetapi Najib melantik beliau senator dan menjadikan beliau menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Lim berkata, pengumuman Najib tidak menggoncang keyakinan DAP dalam pilihan raya Sabtu ini, sambil menambah: "Penduduk Teluk Intan boleh menilai sendiri."

Beliau juga menolak idea Teluk Intan akan menjadi lebih baik dengan seorang menteri sebagai ahli Parlimen, mengatakan walaupun menteri, Mah tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk melawan BN.

Hasan Malek sedia disiasat isu pinjaman RM32 juta

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek sedia disiasat berhubung skandal pinjaman RM32 juta oleh Bank Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek sedia disiasat berhubung skandal pinjaman RM32 juta oleh Bank Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider.




























Datuk Hasan Malek mencabar mana-mana pihak membuktikan beliau melakukan salah laku dalam membuat keputusan agar Bank Rakyat memberikan kemudahan bayaran balik pinjaman RM32 juta tanpa faedah kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Walaupun persetujuan sebegitu tidak pernah dibuat sebelum ini, menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang sebelum ini enggan menjawab tentang pinjaman itu memberitahu The Malaysian Insider:"Semuanya dibuat dengan persetujuan lembaga."

"Saya bersedia menghadapi pembangkang sekiranya mereka mendakwa adanya salah laku.

“Segala-galanya yang berlaku mengikut dasar kerajaan, undang-undang dan peraturan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan hari sambutan agensi penguatkuasaan di Putrajaya semalam.

Ahli Parlimen pembangkang mendesak Putrajaya dan Bank Negara menjelaskan bagaimana Deepak diberikan kemudahan sebegitu rupa.

Menteri itu pada mulanya enggan membincangkan perkara itu dan berkata bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik dan bank sudah mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan isu itu.

"Mereka membuat kenyataan, termasuk kenyataan terbaru oleh Tan Sri (Sabbaruddin). Tiada apa yang tinggal untuk saya beri komen," katanya.

Tetapi selepas ditanya lagi, menteri itu berkata, semuanya dibuat melalui lembaga pengarah dan enggan memberikan komen lanjut.

Sabbaruddin, yang mendedahkan skandal itu, memberitahu The Malaysian Insider Deepak menggunakan jaringan politik untuk menyelesaikan pinjaman berjumlah RM32 juta kepada Bank Rakyat tanpa sebarang faedah ekoran campur tangan Hasan.

Dalam laporan The Malaysian Insider pada hari Isnin, Sabbaruddin mendakwa tempoh beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat tidak disambung berikutan permohonan pinjaman dibuat oleh Deepak yang dikaitkan dengan Putrajaya.

Deepak meminta bantuan daripada Hasan, yang didakwa memberitahu bank: "Saya boleh memecat anda semua".

Peniaga permaidani itu menawarkan 120 cek post-dated untuk ditunaikan oleh bank dalam tempoh 10 tahun sebagai penyelesaian pinjamannya tanpa sebarang faedah.

Sabbaruddin memberitahu lembaga pengarah Bank Rakyat menolak kompromi yang ditawarkan oleh Deepak untuk menyelesaikan hutangnya.

Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan itu dibuat, Hasan tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat.
Bank Rakyat berada di bawah bidang kuasa kementerian Hasan.

Walaupun Bank Negara bersetuju melanjutkan kontrak Sabbaruddin tetapi Hasan enggan menandatanganinya.

Sabbaruddin juga menunjukkan kepada The Malaysian Insider surat ditandatangani oleh Hasan yang mengarahkan Bank Rakyat meneruskannya mengikut syarat-syarat yang dipersetujui.

Insiden itu menjadi hangat apabila Pengarah Urusan Bank Rakyat Mustafa Razak diarah membangkitkan isu itu kepada ahli lembaga pengarah.

Lembaga diarahkan untuk bersetuju dengan kaedah pembayaran balik pada Mac.

Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata Putrajaya perlu menjawab dakwaan yang mengatakan Hasan mengarahkan bank untuk memberi Deepak pengecualian itu.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, mahu pentadbiran Najib menjelaskan sama ada layanan istimewa yang diberi kepada ahli perniagaan itu kerana kononnya beliau mempunyai maklumat mengenai ahli-ahli politik Malaysia peringkat tertinggi.

Mahfuz berkata, perjanjian penstrukturan semula pinjaman juga menunjukkan tadbir urus korporat bank itu teruk kerana ia menunjukkan ramai ahli politik terlibat dalam operasi institusi itu dan bukan dikendalikan oleh para profesional di kalangan ahli lembaga pengarah.

Ahli Parlimen Segambut daripada DAP, Lim Lip Eng turut menggesa Bank Negara memulakan segera siasatan berhubung dengan dakwaan yang dibuat oleh Sabbaruddin

Dakwah kepada mualaf perlu berterusan – TG Nik Aziz

SALMAH MAT HUSAIN 



 


KOTA BHARU: Program dakwah kepada golongan mualaf hendaklah dilakukan secara berterusan bagi memantapkan kefahaman mereka terhadap Islam.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang sering berlaku mereka hanya diislamkan sahaja tanpa ada tindakan susulan.

“Akibat kelalaian kita, bukan hanya di Sabah atau di mana sahaja perkara seperti itu sentiasa berlaku.

“Untuk itu saya berharap selepas mengislamkan orang bukan Islam, perlu diadakan kelas-kelas agama bagi membolehkan mereka memahami Islam lebih mendalam,” ujarnya ketika menerima kunjungan bekas vokali kumpulan Nasyid Raihan, Nazri Johani di Institut Pemikiran Tok Guru semalam.

Nazri berkunjung ke Kelantan bagi mencari dana untuk membina Al-Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut mengalu-alukan usaha dilakukan Nazri bagi membantu umat Islam di Sabah bagi menjaga aqidah saudara-saudara kita.

Nazri ketika ditemui berkata, pihaknya memerlukan dana sehingga RM10 juta bagi menyiapkan pembinaan pusat tahfiz tersebut.

Bagaimanapun katanya sebanyak RM1 juta diperlukan untuk menyiapkan bangunan asas yang akan disiapkan lebih awal.

“Alhamdulillah syukur banyak-banyak setakat ini masyarakat Kelantan adalah penyumbang yang paling tinggi bagi membolehkan pembinaan dijalankan,” ujarnya.

Mereka yang berminat ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada Al-Tahfiz Bayu Syahadah Resources melalui CIMB Bank 12300000833109 atau Bank Islam 12038010098575.

Sementara itu jam 10.30 pagi Nazri akan bersama peminatnya di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati selepas kuliah mingguan pagi Jumaat.

Tian Chua, dua aktivis gagal lagi batal pertuduhan

Tian Chua  
Tian Chua


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan dua aktivis pembangkang sekali lagi gagal membatalkan pertuduhan terhadap mereka yang didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah tahun lepas.
  
Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim menolak permohonan itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas dan peguam N Surendran yang mewakili Tian Chua, Adam Adli Abd Halim dan Hishamuddin Md Rais.
  
Dalam penghakimannya, Kamardin berkata Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung permohonan Tian Chua sebelum ini dalam isu Lahad Datu yang memutuskan bahawa Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 adalah berperlembagaan.
  
Oleh itu, beliau mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan.
  
Pada 29 November 2013, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Tian Chua, yang juga anggota Parlimen Batu, bagi membatalkan pertuduhan menghasut berhubung kenyataannya berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pertama Tian Chua, Adam Adli dan Hishamuddin untuk membatalkan pertuduhan itu selepas memutuskan ia pramatang serta tidak mempunyai merit.
  
Bagaimanapun, pada 5 Mac lepas, ketiga-tiga tertuduh sekali lagi memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan itu.
  
Tian Chua atau Chua Tian Chang, 51, Adam Adli, 25, dan Hishamuddin, 62, didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.
  
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang  Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.55 malam pada 13 Mei tahun lepas.
  
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1)  akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.  - Bernama

Muzakarah bukan pentas politik melulu


Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan


PUTRAJAYA - Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadiem) hari ini bukanlah pentas 'politik melulu' sebaliknya sebagai platform ilmiah dalam usaha memberi kefahaman kepada orang ramai tentang pelaksanaan hudud yang menjadi polemik sejak mutakhir ini.

Yang DiPertuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbahasan sebegitu wajar dilakukan untuk memulihkan imej Islam di mata masyarakat umum susulan perdebatan tidak sihat khususnya ahli politik yang sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif.

"Kita merasakan perbahasan mengenainya (hudud) berada di luar landasan Islam yang sebenar, ia bercorak kepada sentimen politik dan perbahasan tidak sihat menyebabkan timbulnya banyak fitnah serta persepsi negatif terhadap Islam itu sendiri.

"Himpunan cendikiawan, ulama, pakar perundangan Perlembagaan itu membincangkan hudud berdasarkan kertas kerja penyelidikan agar masyarakat faham kedudukan hudud dalam jenayah Syariah," katanya pada Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan bertajuk: Hudud di Malaysia, Peluang, Cabaran dan Halangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf menambah, menerusi muzakarah itu, model jenayah Syariah di Kelantan dan luar negara juga akan dibentang dan dinilai untuk dijadikan garis panduan penambahbaikan kelemahan undang-undang jenayah Syariah sedia ada.

"Dengan cara ini kita boleh mengambil pengajaran apakah lompong-lompong yang perlu diisi sekiranya hendak dilaksanakan jenayah syariah ini.

"Akhirnya perbincangan ini lebih sihat dan kita dapat merencanakan suatu pendekatan lebih positif ke arah melaksanakan jenayah syariah secara sempurna," katanya lagi.

Turut sama pada muzakarah termasuk wakil parti politik seperti Exco Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan; Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Namun, wakil dari DAP, Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw pula membatalkan kehadiran beliau di saat akhir.

PM: Mah sertai kabinet jika menang di Teluk Intan

 

MALAYSIAKINI


Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di Beijing.
  
"Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.
  
Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik presiden Gerakan menganggotai Kabinet.
  
Ditanya kementerian mana yang akan ditawarkan kepada Mah, Najib berkata adalah terlalu awal untuk memutuskan perkara itu.
  
"Belum lagi... perkara itu akan diputuskan kemudian," katanya.
  
Mah, 53, anak watan Teluk Intan, pada mulanya bertanding kerusi Parlimen itu dalam pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N Rajendran dengan majoriti 2,783 undi.
  
Bekas Ketua Pemuda Gerakan dan Pengerusi Gerakan Teluk Intan itu mengekalkan kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum 2004 namun tewas dalam tsunami politik pada 2008.
  
Dalam pilihan raya umum 2013, Mah gagal merampas kembali kerusi itu dan kali ini, beliau berdepan dalam pertembungan satu lawan satu sdengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
  
Kali terakhir Gerakan memegang jawatan dalam Kabinet ialah menerusi bekas Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon.- Bernama

Hebatnya Dyana Sofya hasil produk Umno

Oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed


Apa hebatnya Dyana Sofya Mohd Daud, 27, setiausaha politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan (P76) sehingga mengundang pelbagai amarah, celaan serta fitnah daripada Umno jika dibandingkan dengan dua ahli Parlimen DAP berbangsa Melayu yang ada sekarang iaitu Zairil Khir Johari dan Datuk Mohamad Ariff Sabri Mohd Aziz.

 Jika dibandingkan Dyana Sofya dengan Zairil dan Ariff Sabri atau nama bloggernya, Sakmongkol AK47, Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Ahli Parlimen Raub ini, mempunyai pengaruh kuat Umno dalam diri masing-masing tetapi tetap memilih untuk bertanding atas tiket parti yang sering dilabelkan 'cauvinis' dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

Zairil anak kepada bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Khir Johari, yang memberikan sumbangan besar dalam dunia pendidikan negara selain pernah menjawat jawatan setiausaha agung Umno.

Manakala Ariff Sabri pula pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Pulau Manis dalam Parlimen Pekan serta dipilih Datuk Seri Najib Razak selaku ketua Umno Bahagian Pekan untuk menjawat jawatan ketua penerangan Umno Bahagian Pekan dari 2004-2008.

Bagaimanapun, harus diakui Zairil dan Ariff Sabri tidak mengalami apa yang dihadapi Dyana Sofya pada ketika ini, yang tiba-tiba menjadi selebriti politik khususnya dalam media sosial sehingga satu Malaysia mahu mengenali gadis Melayu ini. Jadi, apa hebatnya Dyana Sofya yang ibunya, Yammy Samat pernah dipilih sebagai setiausaha Umno Bahagian Ipoh sekitar lewat 1970-an jika dibandingkan dengan dua Ahli Parlimen DAP yang berbangsa Melayu itu.

Adakah disebabkan Dyana Sofya atau lebih senang dengan nama panggilan Dyana, seorang wanita muda Melayu berkelulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sepatutnya kukuh jati diri sebagai orang Melayu memilih perjuangan DAP dengan konsep 'Malaysian Malaysia' menyebabkan ramai orang Umno khususnya pucuk pimpinan parti rasa terancam.

Umno khususnya pucuk pimpinan parti tidak perlu melatah dan marah dengan strategi DAP mencalonkan Dyana sebagai calon mereka di Teluk Intan, jika mereka sedar ia adalah semata-mata untuk meraih sokongan masyarakat Melayu dalam PRK P76.

Jika dikaji dengan mendalam saya amat percaya strategi DAP itu sebenarnya, mahu menguji atau dengan kata lain 'test the water' sokongan pengundi separa bandar yang mempunyai majoriti pengundi daripada bangsa Cina.

Dengan seramai 60,349 pemilih berdaftar yang layak mengundi pada PRK kali ini, dan sebanyak 23,301 atau 35.58% merupakan pengundi Melayu, 25,310 pengundi Cina (41.93%) manakala pengundi India pula 11,468 orang atau 19.05%, DAP berhasrat untuk memecahkan 'sempadan' kaum, agama dan gender sekali gus berusaha keras membuktikan parti berkenaan mewakili semua kaum di Malaysia dan tidak hanya eksklusif kepada orang Cina semata-mata.

Pada masa sama, dalam sedar atau tidak, DAP cuba membuktikan kepada ahlinya atau rakyat Malaysia parti berkenaan sentiasa mengiktiraf bakat politik yang ada dan mereka tidak perlu menaiki tangga dalam parti untuk dipilih sebagai calon wakil rakyat dan diketengahkan.

Saya sebenarnya, ada terserempak dengan Dyana ketika berkempen dalam PRU13 lalu, apabila 'bossnya' Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah yang terletak bersebelahan dengan kawasan saya iaitu Parlimen Pulai.

Ketika itu, saya mendengar Dyana sememangnya menggunakan aset beliau sebagai wanita muda Melayu profesional untuk menarik sokongan pengundi Melayu Gelang Patah terutama sekali mereka yang tinggal di kampung-kampung.

Dyana tidak segan silu menyatakan beliau adalah lulusan UiTM dan ibu bapanya, ahli Umno tetapi beliau memilih untuk berjuang bersama DAP dan ia menyebabkan ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung-kampung di Gelang Patah yang tercengang dan kehairanan kerana bagi mereka selama ini, DAP adalah milik kaum Cina semata-mata.

Sehingga pada satu tahap saya mendengar Dyana mengeluarkan kad pengenalan untuk ditunjukkan kepada pengundi Melayu Gelang Patah beliau adalah orang Melayu tetapi ahli DAP dan pemimpin pujaannya ketika ini, adalah Lim Kit Siang.

Jadi itukah kehebatan Dyana sehingga dipilih DAP untuk menjadi calon ahli Parlimen mereka menentang calon BN yang juga seorang Cina iaitu Pengerusi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong. Disebabkan Dyana seorang Melayu, lulusan UiTM dan muda?

Jika itu kriteria yang digunakan DAP dengan mempertaruhkan Dyana, parti itu sebenarnya, secara tidak langsung mengiktiraf kejayaan Umno dalam melahirkan pemimpin politik Melayu berbakat.

Zairil, Ariff Sabri dan juga Dyana, sebenarnya adalah produk Umno dan walaupun mereka memilih acuan DAP untuk perjuangan politik mereka tetapi ketiga-tiga pemimpin Melayu DAP ini, lahirnya dalam perjuangan Umno. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan DAP.

DAP terpaksa menggunakan produk Umno untuk menarik sokongan orang Melayu serta memecahkan benteng Umno di kawasan luar bandar dengan menggunakan semula produk Umno.

Umno juga seharusnya bertepuk tangan gembira kerana DAP mengiktiraf peranan serta kewujudan UiTM yang ditubuhkan khusus untuk orang Melayu walaupun selama ini, mereka menentang dasar UiTM yang tidak selari dengan konsep 'Malaysian Malaysia'.

Parti roket itu sedar hanya produk Umno sahaja yang boleh memecahkan stigma orang Melayu terhadap parti itu bukannya Tunku Abdul Aziz, Zulkifli Mohd Noor dan Ahmad Ton yang sememangnya tidak pernah menghayati perjuangan Umno.

Namun timbul juga persoalan di kalangan pemerhati politik, mengapa Dyana tidak memilih untuk berjuang bersama PKR yang juga parti berbilang kaum dan diterajui oleh bekas 'orang' Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Jika diteliti, perjuangan PKR juga seakan rupa dengan DAP dan kedua-dua parti ini, berkongsi matlamat sama iaitu menumbangkan Umno selepas berjaya menumbangkan parti komponen BN lain seperti MCA, MIC dan Gerakan di Malaysia Barat.

Adakah Dyana tidak yakin dengan perjuangan PKR yang sebenarnya, ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib seorang pemimpinnya iaitu Anwar Ibrahim? Agaknya apa akan terjadi kepada PKR dan PAS, jika sokongan orang Melayu kepada DAP meningkat mendadak sehingga membolehkan parti berkenaan berdiri sendiri mendapat sokongan orang Melayu tanpa bantuan PKR dan PAS dalam PRU akan datang.

DAP sudah membuktikan mereka sudah menunaikan janji untuk memberikan kerusi Parlimen daripada majoriti orang Cina kepada pakatan pembangkang dalam PRU13 lalu tetapi kegagagalan PAS dan PKR membawa kerusi orang Melayu menyebabkan impian menawan Putrajaya berkubur.

Mungkin disebabkan itu, DAP merasakan parti berkenaan tidak boleh berterusan menunggu PAS dan PKR yang sebenarnya, mempunyai asas perjuangan politik yang jauh berbeza dan hanya tidur atas bantal yang sama disebabkan keinginan menumbangkan Umno serta BN sekali gus membentuk kerajaan Pusat baharu.

Walau apa pun teori politik terhadap Dyana dan DAP, mereka sebenarnya, boleh berbangga kerana berjaya mengenengahkan pemimpin muda profesional tanpa perlu mendaki tangga politik dalam parti.

Mahu tidak mahu, Umno dan BN perlu mengakui ciri ini, semakin terhakis dalam parti dan sebab itu, berterusan menggunakan pemimpin sama atau dengan kata lain 'recycle' walaupun, rakyat sudah menolak kepimpinan pemimpin ini.

Suatu ketika dulu, Umno tidak ketandusan dalam mengenengahkan pemimpin muda untuk menjadi calon wakil rakyat.  Lihat sahaja Datuk Seri Najib yang dipilih menjadi Ahli Parlimen pada usia 23 tahun, sekurang-kurangnya Dyana masih tidak boleh menandingi rekod yang dipegang presiden Umno ini.

Malah, arwah ayahanda saya, Tok Mat dipilih menjadi ahli Parlimen ketika berusia 30 tahun dan inilah yang dimahukan rakyat pada masa ini, daripada Umno dan BN dengan berterusan mengenengahkan pemimpin muda profesional untuk mewakli parti.

Tidak lengkap rasanya jika saya tidak menyentuh mengenai strategi kempen BN dalam PRK Teluk Intan kerana jelas terbukti sepanjang tempoh berkempen, BN dan Umno berterusan menggunakan kaedah lama untuk membuktikan kepada pengundi parti ini, yang terbaik berjuang demi kepentingan rakyat. Strategi kempen yang menyatakan ahli parti DAP akan menyertai BN dengan membuat majlis tidak lagi sesuai digunakan pada masa kini, kerana ia jelas mudah diputarbelitkan pihak lawan.

Jika tetap mahu mengadakan majlis seperti itu, pastikanlah mereka yang benar-benar mahu menyertai BN adalah dengan rasa ikhlas bukannya disogokkan dengan pemberian barangan sehingga menampakkan BN berterusan mengamalkan budaya 'gula-gula' pilihan raya.

Jika mahu memecahkan undi masyarakat Cina yang menyokong DAP bawalah bekas-bekas pemimpin parti itu yang boleh berkempen untuk BN bagi menerangkan mengapa pengundi dan rakyat perlu memilih BN, bukannya dengan strategi murahan hingga menampakkan kebodohan pemimpin BN menyusun strategi pilihan raya.

Jadi Sabtu ini, akan menjadi penentu sama ada Dyana akan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen DAP untuk menjadikan tiga ahli Parlimen DAP berbangsa Melayu atau tidak.

Sama ada beliau menang atau kalah, ia sebenarnya bukan perkara penting buat DAP kerana bagi mereka, PRU14 adalah paling penting dalam usaha menawan Putrajaya dan jika Dyana menang, ia bermakna strategi mereka mengena dalam usaha membuang stigma orang Melayu terhadap parti berkenaan.

Yang terus tertinggal adalah Umno dan strategi baru perlu dirumus dan digunakan dengan segera bagi menyekat kemaraan DAP ke kubu Umno di luar bandar dan separa bandar.
Dan jika terus leka dibuai mimpi '88 kerusi PRU13' segalanya mungkin terkubur di PRU14 kelak

Khamis, 29 Mei 2014

Panda: Perjanjian ‘tidak masuk akal’ oleh ‘kerajaan bodoh’, kata ahli Parlimen PAS

TH EMALAYSIAN INSIDER


Sepasang panda gergasi dari China tiba di Malaysia minggu lalu dalam satu program sempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China. Gambar fail The Malaysian Insider.Sepasang panda gergasi dari China tiba di Malaysia minggu lalu dalam satu program sempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China. Gambar fail The Malaysian Insider.




























Ahli Parlimen PAS mengkritik program panda gergasi Malaysia dan menyifatkan tindakan membelanjakan RM60 juta untuk menjaga sepasang haiwan itu di negara ini sebagai "perjanjian tolol" yang dibuat oleh "kerajaan bahlul".

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mafuz Omar juga mempersoalkan manfaat diperolehi oleh Malaysia daripada hasil kajian yang dibuat ke atas tingkah laku Panda kerana ia bukannya haiwan yang biasa hidup di negara ini.

"Untuk meraikan 40 tahun hubungan kita dengan China, kita membayar antara RM60  hingga RM70 juta selama 10 tahun hanya untuk panda ini. Tetapi Cina tidak memberikan wang untuk meraikan 40 tahun hubungan diplomatik ini. Ini adalah perjanjian tidak masuk akal oleh kerajaan yang bodoh.

"Mereka kata kita akan mendapat manfaat daripada kajian tingkah laku panda. Sila nyatakan apa manfaat yang kita boleh belajar daripada panda ini," kata Mahfuz pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri G Palanivel, berkata Malaysia membelanjakan RM60 juta sehingga kini untuk membawa sepasang panda gergasi ke Malaysia.

Sebanyak RM25 juta dibelanjakan untuk bangunan haiwan ini yang berhampiran dengan Zoo Negara, manakala RM15 juta untuk pengendalian dan RM20 juta untuk sewaan empat tahun pertama.

Panda yang dinamakan Fu Wa dan Feng Yi, berada di sini kerana dipinjamkan oleh kerajaan China selama 10 tahun sempena 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang bermula pada 31 Mei.

Ia kini tinggal di sebuah kandang khas yang dibina di Zoo Negara. Sebelum ini dilaporkan pelawat zoo perlu membayar tambahan sebanyak RM20 tambahan untuk melihat panda berkenaan.

Satu laporan dalam The Star juga berkata, Malaysia mempunyai peluang menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi, selain dapat membangunkan dan melatih pakar-pakar tempatan dalam bidang tersebut.

Dengan nada sini, Mahfuz menegur kerajaan kerana lebih berminat terhadap kebajikan panda daripada ibu tunggal dan janda, kumpulan yang bergantung kepada kerajaan untuk bantuan.

"Kerajaan sedang taksub dengan panda, bukan ‘janda’. Terdapat kira-kira 880,000 ibu tunggal di Malaysia tetapi kerajaan lebih berminat terhadap dua ekor panda itu.”

Najib ke China semula selepas beri penghormatan terakhir

FREE MALAYSIA TODAY

Untuk menyambung lawatan enam hari yang bermula Selasa sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.


Najib razakKUALA KANGSAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah, yang mangkat semalam.

Najib yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, tiba di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini pada 9 pagi dan akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan enam hari yang bermula Selasa sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Beliau diiringi Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan turut bertemu kerabat diraja Perak untuk merafak sembah ucapan takziah atas kemangkatan baginda.

Istiadat penghormatan terakhir dimulakan dengan kumpulan orang awam dari pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi sebelum disusuli orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing dari 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari.

Ini diiikuti Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan dari 1.30 tengah hari hingga 2.15 petang.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini.

Jenazah baginda kini disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Baginda memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984.– BERNAMA

Pilihanraya kecil di Terengganu?

Beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi 

terengganu spr


PETALING JAYA: Heboh di negeri Terengganu berita kononnya satu pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi kerana seorang ADUN dikatakan akan meletakkan jawatan.

Sejak dua hari lepas pelbagai khabar-khabar angin bertiup di negeri tersebut. Pejabat FMT turut dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai untuk mengesahkan berita tersebut.

Menurut sumber, ADUN itu tidak tahan dengan tekanan dan beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi walaupun beliau telah berhasrat tidak mahu bertanding lagi pada PRU akan datang.

FMT difahamkan ia adalah kerana bekas perempuan simpanannya membuat aduan kepada istana yang mana ADUN tersebut mungkir janji.

Pihak yang rapat dengan istana ketika dihubungi menjelaskan setakat ini ahli perniagaan tersebut belum lagi membuat temujanji dengan istana.

Jika benar khabar-khabar angin ini, maka pilihanraya kecil (PRK) tidak dapat dielakkan di negeri penyu itu.

Kini BN mempunyai 17 kerusi manakala PAS dan PKR mempunyai 15 kerusi. Jika PAS menang dalam PRK itu , ia menyebabkan BN dan PAS akan mempunyai bilangan kerusi ytang sama (16 kerusi).

FMT berusaha menghubungi ADUN berkenaan tetapi gagal.

Kalau Umno beriman kepada hudud, mereka harus laksanakannya


Keengganan Umno membentangkan usul persendirian hudud di Parlimen seperti beriman kepada solat namun tak menunaikannya.
subky latif


PETALING JAYA: Wartawan veteran, Subky Latif  (gambar) menyifatkan keengganan Umno untuk membentangkan usul persendirian penguatkuasaan hudud di Parlimen seperti beriman kepada solat namun tidak bersolat.

Ini kerana menurut Subky, Umno, yang membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN) sendiri mengakui bahawa mereka tidak menentang hudud sepanjang lebih separuh abad memerintah Malaysia.

Subkyyang juga bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan berkata demikian dalam kolum mingguannya, ‘Hudud Umno macam tak solat’ yang dipaparkan dalam laman Harakahdaily.net dua hari lalu setelah menonton wacana hudud diantara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanifa Maidin (PAS) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (Umno).

Menurut Subky, apabila Hanipa mencadangkan supaya Umno membentangkan usul persendirian hukum hudud di Parlimen, Mohd Alwi membalas PAS yang seharusnya membentangkan usul tersebut kerana belum sampai masa untuk Umno menguatkuasakannya.

“Ia mengaku beriman dengan hudud. Adakah imannya itu wajib, sunat atau harus? Jika wajib, sempurna  iman  itu apabila  dilaksanakan. Seperti solat wajib.

“Yang mengaku beriman dengan solat tapi tak solat, imannya kalau ada hanya senipis kulit bawang. Jika iman itu justeru sunat, tidaklah ia wajib tetapi lebih baik ditunaikan. Jika tidak ditunaikan, ia tiada berhajat untuk menambah imannya,” kata Subky.

Tambahnya lagi, Umno wajib melaksanakan hukum Islam itu kerana mereka membentuk kerajaan.
“Wajib hudud bagi PAS sebagai sifatnya pihak yang tidak berkuasa. Peranannya adalah menuntut supaya ia dilaksanakan. Yang berkuasa melaksanakannya ialah kerajaan. Maka wajib bagi kerajaan dan Umno sebagai yang menguasai kerajaan adalah jauh lebih wajib dari kewajipan pihak yang menutut seperti PAS dan rakyat yang lain.

Umno boleh buat kalau ia mahu buat kerana ia berkuasa dan ia merdeka. Ia bukan berstatus hamba. Seorang yang beriman dengan solat, dia merdeka, dia mesti solat. Jika ia tidak solat, dia tidak menghidupkan  iman. Jika  Umno beriman dengan hudud, imannya adalah iman wajib, jika dia tidak laksanakan imannya, dia adalah seperti orang beriman kepada solat tapi tidak solat,” tegasnya lagi.

Subky turut berkata Umno sendiri akan mendapat ganjaran yang lebih sekiranya mereka membawa usul melaksanakan hudud di Parlimen.

“Jika Umno mengaku tidak menolak hudud, tetapi tidak mahu membentang usul melaksanakan hudud, biarkan PAS saja yang membentangkannya, ia sekadar hendak menyokong saja, apa kata kalau PAS tidak berjaya membentangkannya apa yang Umno dapat? Kalau PAS dapat membentangkannya, maka Umno pun sokong, maka dapatlah Umno pahala menyokong. Tapi PAS dapat pahala lebih banyak. PAS dapat isi dan kuah, Umno dapat kuah  saja.

Kalau ia membentangnya atau ia bersama membentangnya, maka pahalanya lebih besar dari sekadar menyokong.  Tapi kalau PAS tak dapat bentang, Umno tiada peluang menyokong, tinggallah pahala untuk Umno niat menyokong. Bercadang menyokong benda yang baik dapat satu pahala. Pahala itu  sajalah  ia dapat,” jelasnya.

“Niat solat dapat satu pahala. Tunai solat dapat satu pahala lagi. Kalau niat solat tapi tidak solat, dosa tinggal solat telan pahala niat solat yang satu itu,” tambah Subky lagi.

'M'sia pentingkan panda berbanding janda?'

MALAYSIAKINI



 


Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata dana RM60 juta untuk memelihara beruang panda dari kerajaan China itu lebih bermanfaat jika disalurkan untuk membantu golongan tidak bernasib baik.

Katanya, jumlah RM60 juta yang perlu dibelanjakan untuk menempatkan haiwan tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk membantu ibu tunggal dan janda yang dalam kesusahan.

"Apa manfaat yang boleh didapati negara? Ikut bancian 2010, lebih 880,000 orang janda dan ibu tunggal ada di negara ini.

"Kerajaan Malaysia lebih pentingkan panda dari janda? " katanya dengan nada berjenaka dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Tambahnya, kerajaan sebelum ini mendakwa kedatangan pasangan haiwan tersebut akan menguntungkan Malaysia dan juga menjadi tanda hubungan dengan China.

"Tetapi kita kena bayar RM60 juta dan China tak bayar apa-apa," katanya.

Oleh yang demikian, tindakan tersebut Mahfuz menyifatkan kerajaan Malaysia sebagai "kerajaan bahlol" kerana membuat perjanjian seperti itu.

"Ini perjanjian paling tolol dari kerajaan bahlol," kata beliau lagi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel minggu lalu mengumumkan, jumlah kira-kira RM60 juta itu termasuk kos untuk pembinaan rumah untuk haiwan berkenaan yang berjumlah RM25 juta.

Selain itu ia turut meliputi RM20 juta untuk tempoh sewaan selama empat tahun dan RM15 juta untuk kos penyelenggaraan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut menjelaskan kedatangan Fengyi dan Fuwa merupakan menjaadi tanda sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara 31 Mei depan.

Kedua pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Sukma: Bumbung kanvas kompleks renang terkoyak

MALAYSIAKINI


Acara renang Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 diteruskan walaupun sebahagian besar bumbung kanvas Kompleks Renang (KSN) Kangar terkoyak selepas lebih kurang 10 minit hujan turun.
  
Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Edwin Chong berkata acara renang yang menawarkan 10 pingat emas itu bakal diadakan selepas bumbung kanvas dibuka.
  
"Kita akan teruskan acara renang, tidak ada masalah beraksi di kolam renang terbuka ataupun tertutup. Sukan SEA di Cheras dulu pun dijalankan di kolam renang terbuka.
  
"Kolam renang di sini boleh digunakan dan pertandingan boleh diteruskan selepas bumbung kanvas dibuka. Kita akan adakan pertandingan secara terbuka," katanya kepada pemberita sebaik sahaja kejadian itu berlaku.
  
Bumbung kanvas kompleks renang tersebut mula koyak semasa acara terjun berjalan di kolam terjun, berhadapan dengan kolam renang itu, selepas hujan selama 10 minit dan pemberitahuan kolam renang ditutup dipaparkan pada skrin kira-kira pukul 2.20 petang.
  
Acara terjun terpaksa dihentikan sejurus sahaja kejadian berlaku namun ia bermula semula setengah jam selepas itu, sebaik sahaja hujan dan angin kuat berhenti.
  
Bumbung kanvas tersebut mengalami kerosakan selepas lebih kurang empat jam acara terjun berlangsung.
  
Edwin berkata acara terjun tidak terganggu dengan masalah bumbung kanvas terkoyak dan ia akan diteruskan sehingga acara terakhir.
  
"Saya tidak boleh beri komen mengenai acara renang, saya bertanggungjawab untuk bahagian acara sahaja. Bagi fasiliti seperti kolam, ia tanggungjawab penganjur namun bagi saya kemudahan lain tiada masalah," katanya.
  
Sebelum ini, acara akuatik yang dijadualkan berlangsung pada Rabu ditunda ke hari ini selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan meminta aspek keselamtan kompleks tersebut diperiksa dengan betul.
  
Sementara itu, Pengarah Operasi Lima Corporation Sdn Bhd, Hishamuddin Abdul Hamid, wakil kontraktor utama projek pembinaan pusat akuatik itu, berkata kanvas yang digunakan untuk bumbung kolam renang adalah berbeza dengan kanvas yang dipasang pada bumbung utama iaitu bumbung bagi kolam terjun.
  
Katanya, kanvas yang digunakan ialah jenis 'porous' bersifat tidak kalis air dan pihaknya bersetuju menggunakan kanvas jenis itu selepas diberikan taklimat mengenai fungsinya.
  
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata pihaknya akan berjumpa dengan kontraktor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis dan jawatankuasa teknikal Sukma ke-17 sebelum menghantar laporan kepada Kementerian Belia dan Sukan berhubung insiden itu.
  
"Sebelum ini kita mendapat jaminan bahawa pusat akuatik ini selamat digunakan dan JKR telah mengeluarkan sijil perakuan bahawa kompleks ini selamat digunakan," katanya.- Bernama

Penganjur majlis sokong BN di sidang media DAP

MALAYSIAKINI


Penganjur kepada satu acara kontroversi di Teluk Intan, yang kononnya bagi mengumumkan tindakan sekumpulan anggota DAP keluar parti pada Selasa malam lalu, tampil menjelaskan duduk perkara sebenar mengenai program aneh tersebut.

Penganjur tersebut, Yusof Abdul Manaf mendakwa, majlis tersebut pada awalnya dirancang sebagai wadah untuk calon BN, Datuk Mah Siew Keong berjumpa pengundi di kawasan Taman Desa Bakti.

"Tujuan asal nak suruh Datuk Mah hadir tunjuk kewibawaan dia mesra sama rakyat tapi dia tak hadir, dia tipulah," katanya.

Beliau berasa marah apabila dimaklumkan oleh para petugas jentera kempen Mah bahawa calon BN itu tidak dapat hadir pada saat terakhir.

"Kita dah buat majlis itu untuk BN, tapi dia cakap, dia lima minit pun tak boleh (luangkan masa)," kata Yusof, 46.

Oleh yang demikian, mereka memutuskan untuk memanggil calon pihak lawan, Dyana Sofya Mohd Daud, katanya.

"Kami cakap 'khemah ini sila angkat, kami tak nak buat, kami akan panggil Dyana'," katanya yang juga timbalan pengerusi Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jalan Selat.

Tegasnya lagi, barangan yang diagihkan kepada hadirin malam itu juga disediakan penganjur sendiri tanpa peruntukan daripada BN.

Dakwanya, tindakan itu bertujuan untuk menghantar mesej kepada Mah yang pernah menjadi MP Teluk Intan selama dua penggal tetapi hanya turun berkempen selepas MP DAP meninggal dunia.

"Kita bagi (barang), (untuk) bagi malu macam mana pihak BN, dia tak boleh bela nasib penduduk Teluk Intan.

"Sekarang ini kenapa dia muncul semula? DAP punya orang dah meninggal, kenapa dia hadir balik," tanya beliau.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Yusof berkata beliau juga kecewa kerana Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy menurutnya cuba mendabik dada sebagai orang yang bertanggungjawab menjayakan program tersebut.

Menurutnya, Dyana mendakwa demikian melalui satu wawancara dengan wartawan dalam bahasa Inggeris.

"Dia ingat saya tak faham bahasa Inggeris masa dia bercakap dengan wartawan?," kata Yusof.

Menurut Yusof lagi, beliau tiada masalah dengan kehadiran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan kerana beliau sememangnya dijemput ke majlis pada malam itu.

Beliau muncul pada sidang media hari ini bersama seorang anggota DAP, Shanti Subramaniam yang diumumkan sebagai individu yang akan berpaling tadah kepada BN dalam majlis pada Selasa malam itu.

Shanti dalam sidang media sama menjelaskan beliau menerima baju-T BN pada malam itu kerana "takut" dengan kehadiran begitu ramai orang di sekelilingnya.

"Beliau dikelilingi ramai orang dan dia pun jadi takut," kata bekas senator DAP S Ramakrishnan yang menterjemahkan percakapan Shanti.

Pegawai Australia isytihar MH370 tiada di kawasan pencarian

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Bluefin-21 selesai menjalankan misi terakhirnya semalam untuk mencari serpihan pesawat MH370 di dasar laut di selatan Lautan Hindi tetapi tidak menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu. Gambar fail.Bluefin-21 selesai menjalankan misi terakhirnya semalam untuk mencari serpihan pesawat MH370 di dasar laut di selatan Lautan Hindi tetapi tidak menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu. Gambar fail. 





























Pencarian pesawat MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi di mana isyarat akustik dikesan pada awal April diisytiharkan sebagai sia-sia, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

JACC memaklumkan kenderaan bawah laut automatik Bluefin-21 menyelesaikan misi terakhirnya semalam, dan setelah memeriksa seluruh kawasan seluas 850 kilometer persegi dasar laut mendapati tidak ada tanda pesawat hilang berkenaan di kawasan itu.

"Hasilnya, Biro Keselamatan Pengangkutan Awam Australia (ATSB ) dimaklumkan carian di sekitar kawasan pengesanan akustik kini boleh dianggap lengkap dan berdasarkan pertimbangan profesional, kawasan ini kini boleh dikeluarkan daripada tempat berakhirnya pesawat MH370.

"Data yang dikumpul daripada misi semalam sudah dianalisis. Hasilnya, JACC berpendapat tiada tanda-tanda serpihan pesawat dijumpai oleh kenderaan automatik bawah air sejak ia menyertai usaha pencarian,” katanya.

HMAS Ocean Shield , kapal utama yang digunakan dalam operasi mencari sejak data satelit menunjukkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi", juga sudah keluar dari kawasan carian malam tadi dan dijangka tiba di Pangkalan Armada Barat berhampiran Perth, Sabtu ini.

Kenyataan JACC mengulangi pencarian Boeing 777-200 yang hilang akan diteruskan dan melibatkan tiga peringkat utama:

1.Mengkaji semua maklumat dan analisis yang sedia ada untuk menentukan zon carian sehingga 60,000 kilometer persegi di sepanjang dataran di selatan Lautan Hindi.

2. Menjalankan kajian batimetri untuk memetakan dasar laut secara terperinci di kawasan pencarian.

3.Mendapatkan perkhidmatan pakar untuk pencarian komprehensif dasar laut di kawasan itu.

"Kumpulan pakar satelit terus mengkaji dan menghalusi analisis data satelit yang kompleks dan data prestasi pesawat untuk menentukan di mana pesawat ini paling mungkin memasuki air. Penemuan kajian semula itu akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat."

Kapal China Zhu Kezhen masih membuat pemetaan dasar laut dan operasi ini disokong oleh satu lagi kapal China Haixun 01 dan kapal Malaysia Bunga Mas 6.

"Data kajian kemudiannya akan dihantar ke Fremantle, di Australia Barat, untuk diproses selanjutnya oleh Geosains Australia. Sebuah lagi kapal kontrak akan menyertai Zhu Kezhen bulan depan.

"Pemetaan dasar laut, yang dipanggil kajian batimetri, dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan.

Mengetahui rupa bumi dasar laut adalah penting untuk membolehkan carian dalam air seterusnya," kata JACC.

Pencarian dalam air kemudian akan disambung semula untuk mencari pesawat dan sebarang bukti (seperti serpihan pesawat dan perakam penerbangan) untuk membantu siasatan Malaysia susulan kehilangan penerbangan MH370.

Komponen pencarian itu dijangka bermula pada Ogos dan mengambil masa sehingga 12 bulan.

JACC berkata, ATSB akan mengeluarkan tender rasmi untuk membuat pencarian bawah air dan kontraktor utama tunggal akan dipilih untuk membawa bersama-sama dan menguruskan kepakaran, peralatan dan kapal untuk menjalankan kerja mencari.

Penyiar berita palsu di Internet perlu dihukum

Tan Sri Musa Hassan  
Tan Sri Musa Hassan


KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu lebih tegas dalam menghukum pihak tidak bertanggungjawab yang menulis dan menyiarkan berita palsu di Internet, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
  
Bercakap pada dialog penerangan bertajuk 'Media Sosial-Antara Pembohongan dan Realiti' di sini hari ini, beliau berkata undang-undang mengenai penyebaran maklumat palsu serta kawalan Internet di negara ini adalah baik tetapi ketegasan dalam pelaksanaannya tidak memuaskan.
  
"Oleh itu pihak yang bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM) serta Jabatan Peguam Negara perlu tegas dalam menghukum mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
  
"Selain itu, pihak-pihak ini juga perlu bekerjasama dalam aspek teknikal, siasatan dan pendakwaan agar pelaksanaan undang-undang dapat dijalankan dengan lebih berkesan," katanya.
  
Beliau juga berkata, kebebasan bersuara perlu diletakkan hadnya kerana dikhuatiri ia akan disalah guna bagi membangkitkan isu sensitif terhadap rakyat seperti perkauman, agama dan perpaduan.

"Tiada makna kebebasan bersuara sekiranya negara tidak aman dan porak peranda," katanya.
  
Sementara itu Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKM, Zaini Hassan berkata sudah tiba masanya rakyat mengamalkan tapisan sendiri apabila membaca serta melayari bahan bacaan di Internet.
  
"Sekarang adalah zaman di mana masyarakat sendiri perlu menapis dan mengenal pasti maklumat yang mereka baca di Internet datang dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai," katanya.
  
Dialog anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan itu dipengerusikan Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan.  - Bernama

Isu Cadbury: Dalam kategori 'Umum al-Balwa'

Cadbury  
Cadbury


PUTRAJAYA - Hukum produk Cadbury yang disahkann halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.
  
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.
  
"Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.
  
"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.
  
Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.
  
"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.
  
Beliau berkata, pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.
  
Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.
  
"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.
  
Abdul Shukor berkata, hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum
dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.
  
Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.
  
Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.
  
"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.
  
Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.
  
"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya.  - Bernama

Pilihan raya di Teluk Intan paling kotor, kata calon BN

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong mengalami pengalaman pahit dan terpaksa berdepan dengan kempen kotor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2014.Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong mengalami pengalaman pahit dan terpaksa berdepan dengan kempen kotor. – Gambar fail The Malaysian Insider.



Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan pilihan raya paling kotor kerana banyak provokasi dan fitnah yang disebarkan oleh pihak lawan, kata Datuk Mah Siew Keong.

Calon Barisan Nasional (BN) itu berkata, sepanjang pengalamannya menyertai pilihan raya sejak 1995, PRK Teluk Intan memberi pengalaman pahit dan terpaksa berdepan dengan kempen kotor.

“Saya menyertai pilihan raya sejak 1995 tetapi tidak pernah merasai pengalaman pilihan raya seperti ini sebelumnya. Semua pengalaman sebelum ini adalah pengalaman yang baik.

“Dua pilihan raya lepas apabila saya berdepan Manogaran dan mendiang Seah Leong Peeng, ia berlaku dalam keadaan aman tanpa provokasi. Tetapi kali ini pilihan raya sangat kotor di Teluk Intan,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi Gerakan di Teluk Intan hari ini.

Mah pada minggu lalu berkata, posternya disembur dengan cat hitam di Jalan Changkat Jong namun masih menasihatkan jenteranya agar menjaga etika kempen.

Katanya, BN berpeluang memburuk-burukkan calon parti lawan apabila banyak menerima bahan untuk memburuk-burukkan mereka tetapi tidak akan berbuat demikian.

Dalam sidang media hari ini, Mah berkata beliau dan Dyana pada hari pertama kempen bersetuju untuk tidak mengggunakan taktik kotor tetapi ternyata ia tidak menjadi kenyataan.

Katanya, DAP mahu mengubah landskap politik di Teluk Intan tetapi apa yang mereka lakukan hanya memberi imej buruk kepada pengundi.

“Saya agak kesal kerana hari pertama saya jumpa Dyana, kami bersetuju untuk berkempen secara bersih. Sebaliknya, tiada poster DAP yang diturunkan. Anda ingat ia usaha yang mudah? Kami ingatkan orang kami supaya tidak bertindak.

“Semua provokasi yang mereka lakukan bagi mengujakan ahli BN agar mereka melakukan sesuatu yang bodoh. Biar rakyat buat keputusan,” katanya.

Mah hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan kempennya sejak hari pertama.

Katanya, segala kemelut di Teluk Intan akan berakhir tidak lama lagi apabila semuanya pulang ke tempat masing-masing.

“Apabila PRK tamat, mereka semua boleh pulang ke Pulau Pinang dan Johor Bahru. Jangan main semua isu ini. Teluk Intan akan kembali menjadi satu bandar yang selesa, aman dan sedia membangun,” katanya.

PAS juga mahu MB Selangor jumpa penduduk, selesaikan isu Kidex

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi digesa mendengar suara penduduk terlebih dahulu sebelum meneruskan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Khalid Abdul Samad (gambar) berkata,‎ Selangor perlu mendedahkan pelan dan hujah bagaimana Kidex mampu selesaikan masalah lalu lintas, bukan me‎nggunakan pendekatan diluluskan tanpa pengetahuan rakyat.

"Konsultasi dengan rakyat penting kerana ia membezakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

"Kita minta Selangor hayati prinsip ini. Ia teguran kepada negeri dan Putrajaya," katanya di pejabat ahli Parlimen Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata sedemikian dalam responsnya terhadap kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof yang mengakui projek itu mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sejak dua tahun lalu iaitu pada 23 Februari 2012.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati Abdul Khalid supaya berjumpa dengan penduduk.

Dr Wan Azizah berkata, Abdul Khalid dan kerajaan PR sebagai pembuat undang-undang di Selangor perlu melihat isu Kidex dengan lebih mendalam kerana ia membabitkan isu polisi.

Kempen PRK Teluk Intan terkawal walaupun terdapat insiden kecil

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Perjalanan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan masih terkawal, walaupun beberapa insiden kecil yang tidak diingini berlaku, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin (gambar).

Katanya, sebanyak 18 laporan polis diterima setakat ini dan lima kertas siasatan dibuka berhubung PRK itu.

Selain itu, polis sentiasa memantau aktiviti perjudian sepanjang PRK Parlimen Teluk Intan melalui penubuhan pasukan Ops Cantas Khas, katanya kepada pemberita selepas taklimat PRK Parlimen Teluk Intan, hari ini.

Beliau berkata setakat ini tiada laporan mengenai kegiatan perjudian itu  di kawasan pilihan raya kecil itu.

"Kami sentiasa memantau setiap apa yang berlaku semasa pilihan raya berlangsung dan akan bertindak segera sekiranya mempunyai bukti," katanya.

Katanya, polis melakukan persediaan rapi menjelang hari pengundian pada 31 Mei nanti bagi memastikan tempat pengundian dikawal dengan baik dan berjalan lancar.

"Kita memberi jaminan penduduk di sini dapat menunaikan tanggungjawab itu dengan selamat," katanya.

PRK Parlimen Teluk Intan Sabtu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong, 53, dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. –  Bernama

DAP tumpu peniaga Cina dengan kempen berbisik

MALAYSIAKINI



 
 
 
ANALISIS Perhatian pada peringkat akhir kempen di Teluk Intan kini tertumpu pada pengundi Melayu yang dijangka akan menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya kecil kawasan parlimen ini, Sabtu depan.

Sejumlah 38 peratus daripada keseluruhan 60,349 pengundi berdaftar ini – dua kali ganda daripada jumlah pengundi India – akan menentukan sama ada DAP mampu menghantar seorang wakil rakyat Melayu ke Parlimen.

Sasaran tersebut dinyatakan dengan jelas melalui pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mahu parti itu meningkatkan sokongan dari pengundi Melayu dari 25 peratus dalam pilihan raya umum lalu kepada 40 peratus.

DAP mahu merealisasikan impian tersebut melalui calon mereka, peguam muda berusia 27 tahun Dyana Sofya Mohd Daud.

Dalam suasana kempen yang hanya berbaki dua hari, DAP nampaknya berdepan kesukaran untuk mencapai sasaran tersebut.

Ia boleh dilihat berdasarkan kenyataan rakan sekutunya, PAS yang hanya menetapkan sasaran untuk mengekalkan sokongan pengundi Melayu yang sudah sedia menyokong Pakatan Rakyat.

Naib Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub berkata strategi berkenaan sudah cukup untuk mengekalkan kemenangan DAP di Teluk Intan.

Katanya lagi, pengundi Melayu yang bersama BN "boleh dilupakan" sahaja kerana mereka sudah terlalu lama dimomokkan dengan propaganda BN.

Katanya, golongan berkenaan sudah lama termakan dengan dakwaan, antaranya seperti tuduhan kononnya DAP akan mengancam kedudukan agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

Pemerhatian berhubung peluang DAP dalam meningkatkan sokongan Melayu itu juga berdasarkan kekangan yang dihadapi kem BN.

BN dilihat tidak mampu meluaskan pengaruh mereka berdasarkan gaya berkempen tradisional parti tersebut, yang tidak mampu memikat pengundi setia Pakatan.

Ini diperhatikan dalam isu yang diutarakan dalam ceramah BN, antaranya dakwaan bahawa Dyana Sofya mahu UiTM dibuka kepada bukan Melayu.

Perkara ini sudah diketahui oleh penyokong Pakatan sebagai satu putar belit politik untuk memburukkan imej DAP.

Begitu juga dengan kempen memburuk-burukkan DAP sebagai parti yang menolak hudud. Dakwaan ini juga tidak lekat di kalangan pengundi setia Melayu yang menyokong Pakatan.

Mereka sedia maklum bahawa MCA dan GERAKAN yang berada di dalam BN turut menolak hudud.

Mengikut perkiraan ini, golongan pengundi Melayu Teluk Intan nampaknya sudah pasti siapa yang mereka mahu undi.

Samseng Umno


Sementara itu, peristiwa kemangkatan Sultan Perak, Raja Azlan Shah semalam turut memberikan kesan besar kepada kempen kedua-dua parti.

Tinjauan Malaysiakini pada malam tadi menunjukkan acara ceramah politik bertukar menjadi majlis bacvaan Yassin dan tahlil selepas DAP dan BN mengumumkan untuk menangguhkan kempen sehingga majlis pemakaman selesai hari ini.

Bagaimanapun perkembangan itu tidak merencatkan kempen 'berbisik' di kalangan pengundi Cina di Teluk Intan.

Kempen tersebut dikesan bagi menyebar sentimen untuk menolak BN dan "samseng Umno" bermula semalam, yang mensasarkan golongan peniaga kecil Cina di kawasan bandar Teluk Intan.

Kempen berkenaan timbul ekoran ucapan naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Isnin lalu, yang menyifatkan golongan peniaga Cina yang menyokong DAP sebagai pihak yang "tidak mengenang budi".

Kempen untuk menolak tindakan 'samseng Umno' itu pula merujuk kepada siri serangan dan kekasaran dilakukan kumpulan Pemuda Umno yang mensasarkan wakil rakyat dan pejabat DAP minggu lalu.

Kejayaan kempen tersebut setakat ini masih belum dapat dipastikan, namun cakap-cakap di kalangan pengundi mungkin boleh memberi beberapa petunjuk.

Antaranya, seorang peniaga kedai haiwan yang menyatakan kebimbangan bahawa 'samseng Umno' akan bertambah kuat sekiranya pengundi memilih BN.

Kempen demikian akan meletakkan BN dalam kedudukan sukar seandainya ia terus dibisikkan di kalangan pengundi dalam tempoh genting ini.

Dengan sekutu seperti Umno, parti GERAKAN tidak perlukan lebih ramai musuh untuk menyukarkan kempen mereka di saat akhir ini.
 

Mi bandung ‘perisa’ lipas


Gambar kiri: Keadaan kulit tangan Mohd Amin yang mengalami gatalgatal pada malam Isnin lalu selepas menikmati mi bandung di restoran berkenaan.
Gambar kanan: Anak lipas ditemui dalam mi bandung yang dimakan oleh Mohd Amin. Gambar kiri: Keadaan kulit tangan Mohd Amin yang mengalami gatalgatal pada malam Isnin lalu selepas menikmati mi bandung di restoran berkenaan. Gambar kanan: Anak lipas ditemui dalam mi bandung yang dimakan oleh Mohd Amin.


KUALA LUMPUR -  Seorang konsultan kewangan terkejut apabila menemui anak lipas ketika menikmati mi bandung yang dipesannya di sebuah restoran terletak di Setiawangsa.

Lebih mengecewakan, hidangan tercemar itu menyebabkan dia mengalami masalah kulit.

Mohd Amin Jumberi, 42, berkata, dia memesan hidangan berkenaan di sebuah restoran ketika kunjungan pada jam 6.30 petang, Isnin lalu.

Bagaimanapun katanya, seleranya terbantut apabila menyedari satu objek hitam dalam mangkuk mi itu adalah anak lipas.

“Saya memanggil pekerja di situ dan dia sekadar meminta maaf atas apa yang telah berlaku.

“Dia mengambil nama dan nombor telefon saya dan berjanji pengurus restoran akan menghubungi saya. Namun sehingga kini saya tidak menerima sebarang panggilan dan permohonan maaf daripada pihak restoran berkenaan.

“Apa yang membimbangkan apabila kulit saya mengalami gatal-gatal pada sebelah malam, mungkin disebabkan makanan yang telah tercemar itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata Mohd Amin, itu merupakan kali kedua dia ke restoran berkenaan dan dia amat kesal dengan apa yang berlaku kerana pihak pengurusan tidak menitikberatkan hal kebersihan.

“Saya belum membuat sebarang tuntutan, namun saya sedang fikirkan untuk tuntut ganti rugi kerana bahan kotor yang saya makan mungkin boleh menjejaskan kesihatan saya,” katanya.

Ekoran kejadian itu, dia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Setapak serta aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

Manifesto sama di Selangor


Mohd Shafie bermesra dengan Ngah Timah Maradi, 63, (kanan) yang hidup serba kekurangan di Kampung Sungai Kerawai pada Program Kunjungan Mesra, semalam. Mohd Shafie bermesra dengan Ngah Timah Maradi, 63, (kanan) yang hidup serba kekurangan di Kampung Sungai Kerawai pada Program Kunjungan Mesra, semalam.


TELUK INTAN – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menasihatkan rakyat di kawasan PRK Teluk Intan supaya tidak terpikat dengan manifesto DAP yang dianggapnya sebagai 'janji yang tidak perlu ditunaikan’.

Menurutnya, manifesto dikemukakan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud itu kelmarin, dilihat sama seperti dikemukakan di Selangor yang dilihat gagal memacu pembangunan.

“Cuba lihat dua penggal parti DAP memegang Parlimen ini, tiada pembangunan yang dibuatnya dalam tempoh itu. Kebanyakan pembangunan yang dibuat adalah kita (kerajaan).

“Pilihan raya kecil ini adalah untuk memilih wakil rakyat dan bukan membentuk kerajaan. Di sinilah peranan pengundi dalam memastikan tanggungjawab membela masyarakat,” katanya pada Program Kunjungan Mesra Penduduk di Pusat Daerah Mengundi Kampung Sungai Kerawai di sini, semalam.

Mohd Shafie berkata, pemilihan calon yang tepat dapat merancakkan kegiatan perniagaan berasaskan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Parlimen Teluk Intan.

“Kita mempunyai calon berpengalaman dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan. Dengan hubungan yang sedia terjalin dapat membantu rakyat di Parlimen ini termasuk memperluaskan industri IKS ini,” katanya.

“Datuk Mah Siew Keong bukan asing kepada masyarakat Teluk Intan yang telah banyak memberi sumbangan,” katanya.

Johor mahu tuntut Pulau Batu Putih


Pulau Batu Puteh


JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor diminta menubuhkan satu pasukan khas bagi membuat rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Puteh.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan tuntutan itu bagi terus mengekalkan pulau tersebut milik Johor.

Titahnya sempena pembukaan penggal persidangan kedua dewan negeri Johor yang ke-13, di Bukit Timbalan, di sini, hari ini.