HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 April 2019

Pesara tentera tidak berpencen baru kenal kerajaan PH (kaki kencing)



Ramai golongan mengatakan kerajaan PH kaki kencing. Kini mereka mula sedar janji dan percakapan sebelum PRU-14 adalah bohong semata-mata.

Dulu Roketkini (akhbar DAP) menyiarkan...

Kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal memberi makna yang besar kepada seluruh anggota keselamatan tentera dan polis.
Selain meningkatkan peruntukan dan memastikan keberkesanan serta kemajuan teknologi pasukan keselamatan itu, Kerajaan HARAPAN tidak akan melupakan jasa bakti bekas anggota yang telah bersara dari perkhidmatan.
Segala jaminan itu telah dimasukkan dalam Janji 20, Manifesto HARAPAN (Buku HARAPAN) untuk Menjadikan Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis DiRaja Malaysia sebagai sebuah pasukan yang dihormati dan disegani.
“Untuk menjaga kebajikan pesara tentera dan polis, kadar pencen yang sedia ada akan dikaji semula dan diselaraskan dengan kos sara hidup semasa. Bagi pesara polis, kadar pencen sebelum tahun 1970 dan selepas tahun 1970 akan diselaraskan.
Tapi apa terjadi?

Semuanya kena kencing.

Anda boleh baca di sini..


PETALING JAYA: Pesara tentera tidak berpencen meluahkan rasa kecewa selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan skim Bantuan Bakti Negara (BBN) sebanyak RM1,200.

Sebaliknya, Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Pahang berkata, jumlah bantuan itu dikurangkan kepada RM500 setahun di bawah program baru yang diberi nama Bantuan Harapan Negara (BHN) menggantikan BBN.

Pengerusinya, Mohd Sani Ishak berkata lebih mengecewakan bantuan itu juga diberikan secara bersyarat dan tidak semua pesara tidak berpencen layak menerimanya.

“Bantuan di bawah BBN RM1,200 yang kami dapat dulu sudah tidak ada, sekarang ini kerajaan sudah tukar nama, tiada lagi BBN, tukar kepada BHN dengan bayaran RM500 one-off, tapi ia hanya dimaklumkan tapi belum dapat lagi kita juga sedang tunggu.

“Antara syarat yang diletakkan, pesara tidak berpencen layak bagi mereka yang mempunyai pingat perkhidmatan. Dulu semua pesara tidak berpencen dapat,” katanya kepada FMT.


Mohd Sani Ishak.

Sani berkata pihaknya bukan tidak bersyukur diberi bantuan RM500 tetapi jumlah itu tidak mencukupi memandangkan kos sara hidup sekarang semakin meningkat.

“Kita perjuang demi negara pertahankan negara, kami kecewa, sebelum ini kami dapat RM1,200 sepatutnya dinaikkan kepada RM2,500 sepertimana cadangan sebelum ini, bukan dikurangkan kepada RM500.

“Ia tidak cukup memandangkan kos sara hidup meningkat, kami tidak ada bantuan lain dari kerajaan. Dulu dapat juga BR1M boleh tambah-tambah pendapatan kami,” katanya sambil memaklumkan pesara tidak berpencen terpaksa berniaga sendiri untuk menyara keluarga.

Katanya, pihaknya juga bercadang untuk bertemu Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk membangkitkan perkara ini.

“Kita juga bercadang untuk jumpa bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas menteri pertahanan supaya mereka boleh bawa permasalahan kami dalam Parlimen,” katanya.

Skim BBN diperkenalkan di bawah pentadbiran Najib dan ia mula diagihkan pada 2016 pada kadar RM1,000 setahun dan dinaikkan RM200 pada 2017.

Terdapat lebih 60,000 pesara tentera tidak berpencen seluruh negara.

Pada 26 Mac lalu, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengumumkan kerajaan bersetuju dan meluluskan pelaksanaan inisiatif BHN 2019 sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara tidak berpencen.

Ia menggantikan BBN 2017 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) 2013 dan pelaksanaan inisiatif ini adalah lebih bersasar di mana penerimanya adalah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kumpulan B40.

Kerajaan memperuntukkan RM79,684,000 untuk pelaksanaan BHN 2019.

Antara kriteria penerima BHN 2019 yang ditetapkan menerusi laman sesawang Kementerian Pertahanan adalah penerima merupakan veteran ATM, tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) sebelum 31 Disember 2019, bermastautin di Malaysia, veteran yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan.

Mereka juga perlu memohon untuk mendapatkan BHN 2019, veteran ATM tidak berpencen yang belum pernah memohon bantuan SVTB1M dan BBN 2017, veteran dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah dan tidak dipanjangkan kepada balu, duda, tanggungan atau waris.

Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bertangungjawab melaksanakan inisiatif BHN dan permohonan dibuka pada 14 April lalu dan pembayaran akan mula dilaksanakan pada 27 Mei 2019.

Nasir Ramlee
nasirramlee@gmail.com
https://www.facebook.com/nasirramlee89


Bila Yang Berhormat2 DAP ini akan dikurniakan cahaya hidayah?



DAP getting inside the Melayu’s hair from cradle to grave. Pictures in descending order:

• DAP Kinrara Adun Ng Sze Han in masjid and at a cukur jambul

• DAP Segambut MP Hannah Yeoh in her black tudung litup cosplay

• DAP Beruas MP Ngeh Koo Ham (worth RM80 million) & his also very rich cousin DAP Teluk Intan MP Nga Kor Ming in mosque minus the cosplay

• DAP Serdang MP Ong Kian Ming stirring empty pot during ‘kongsi puasa’

• Hannah distributing bubur lambuk during fasting month

• DAP Bakri MP Yeo Bee Yin dihidangkan nasi kukus (bukan makan bubur)

• DAP ‘crown prince’ Lim Guan Eng buka puasa inside masjid

• DAP interns inside mosque – their party starts training them young

• DAP Subang Jaya Adun Michelle Ng – like her evangelical sistas Hannah and Bee Yin – has a thing for tudung

• DAP Selangor Aduns at a recent DUN sitting

• DAP Sandakan byelection candidate Vivian Wong at Muslim cemetary

























Makin lama makin celaru agama Islam kerana kebodohan pimpinan Melayu Islam yang bersama DAP.

Micheal Ang sah peluk Islam


Berita yang tersebar itu disampaikan sendiri oleh Michael Ang menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X.

Turut mengesahkan perkara tersebut, beliau sendiri telah memuat naik sebuah gambar di laman sosial Instagramnya yang tertera tulisan berbahasa arab iaitu ‘Allahu Akbar’.

“Saya budak baru, kalau ada salah tolong tegur, doakan lah yang baik-baik, maaf kalau saya rahsiakan ini dah lebih dari setahun.

“Cuma I rasa perkara ini adalah antara saya dengan Allah dan keluarga saya,” katanya yang dimuatnaik dalam laman sosial tersebut hari ini.

Nama penuhnya dalam Islam kekal seperti nama asalnya Michael Ang Hai Swee.



Sebelum ini beliau bergelar mualaf semenjak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Foto Michael bersama Ustaz Sheikh Hussein Yee dan Ustaz Firdaus Wong juga menguatkan spekulasi Michael telah memeluk Islam di hadapan dua orang ustaz tersebut.

Sumber Instagram michaelang83

Asri: Saya tak pasti siapa yang pekak

MALAYSIAKINI

   

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan kenyataannya bahawa ramai orang kini beranggapan Islam berada dalam keadaan tidak selamat di bawah pentadbiran kerajaan PH.

Beliau juga memulang paku buah keras terhadap kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad malam tadi bahawa tidak pasti siapa yang ‘pekak’ terhadap rungutan umat Islam itu.

“Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: Mufti Perlis pekak sebab kritikan yang saya suarakan mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.

“Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini.

“Saya tidak pasti siapa yang pekak,” kata Asri di Facebooknya hari ini.

Malam tadi, Mahathir menafikan dakwaan Mohd Asri bahawa kedudukan Islam semakin tidak selamat di bawah PH.

"Pasal dia 'pekak'.

"Kalau dia boleh dengar, dia boleh dengar kita buat macam-macam untuk orang Islam, untuk Islam. Tapi dia tak dengar," sindir Dr Mahathir.

Pegang pada falsafah

Kenyataan awal Mohd Asri dikeluarkan selepas pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, ditangkap awal pagi semalam atas dakwaan menghina Hindu dalam satu ceramah.

Untuk rekod Muhammad Zamri ialah orang yang dekat dengan pendakwah dikehendaki kerajaan India, Dr Zakir Naik.

Mohd Asri adalah antara orang yang dilihat rapat dengan Zakir.

Kata Mohd Asri penangkapan Muhammad Zamri menunjukkan masyarakat Islam semakin "dibuli" oleh kerajaan PH.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata tindakan Mahathir membalas tegurannya itu mungkin kerana terguris disebabkan hubungan baik terjadin di antara mereka berdua selama ini.

Dalam catatan itu juga, Mohd Asri turut memuat naik gambar tulisan tangan Mahathir untuknya dalam buku tulisan perdana menteri, A Doctor In The House.

Antara yang ditulis: Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya.

“Insya-Allah saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri,” kata Asri.


Undang-undang tak selesai isu penahanan pendakwah - Syeikh Umar

MALAYSIAKINI



   
ULASAN | Berkaitan isu penahanan pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang bersabit dengan laporan polis berhubung kenyataan beliau yang dianggap menghina agama dan perbalahan antara Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam isu ini, saya rasakan adalah sesuatu yang harus dilihat secara lebih objektif dan penuh cermat.

Daripada sudut undang-undang, sememangnya setiap laporan polis yang dibuat perlu disiasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan kesahihan setiap dakwaan itu. Kepercayaan ini harus diserahkan kepada pihak berkuasa iaitu polis.

Kita berharap, apa jua siasatan yang dilakukan, mestilah adil, dipatuhi dan mengikut lunas-lunas peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan kepada agensi terbabit.

Namun, hal seperti ini pastinya tidak akan berakhir di sini. Ia tidak akan selesai dengan siasatan atau pendakwaan dan hukuman.

Dengan erti kata lain, menerusi proses undang-undang sahaja, isu-isu seperti ini tidak dapat diselesaikan dengan tuntas. Ia hanya sampai ke tahap, hukuman sama ada denda dan sebagainya.

Matlamat sama, bahasa berbeza

Isu sebenar di belakang perkara ini ialah, rasa ‘insecure’ (tidak terjamin) di kalangan rakyat atau mana-mana pihak. Persepsi ini bukan soal undang-undang. Ia soal kebijaksanaan kita mengurus persepsi agar rasa tidak senang ini dapat dihapuskan.

Saya memahami ‘keresahan’ mufti Perlis, persepsi rakyat dan juga pandangan Dr Mahathir mengenainya.

Bagi saya, kita sedang bercakap dalam frekuensi bahasa yang sedikit berbeza tetapi matlamat sebenarnya adalah sama iaitu memastikan seluruh rakyat dapat menjalani kehidupan beragama dengan harmoni dan tenang.

Saya mahu merujuk kepada cadangan beberapa pihak sebelum ini seperti Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek dan juga Menteri di JPM Dr Mujahid Yusuf Rawa mengenai pentingnya dialog antara agama diadakan dan disuburkan di Malaysia.


Saya berpendapat, dengan justifikasi-justifikasi yang diberikan dalam cadangan itu, perkara-perkara seperti isu ini dapat dirunding dan diselesaikan menerusi cadangan ini.

Platform atau ‘avenue’ untuk pihak-pihak yang terlibat duduk berbincang tentang isu-isu perbezaan dalam mengamalkan kepercayaan masing-masing, perlu wujud dan aktif. 

Dengan kaedah ini sahaja, rakyat akan memahami isu-isu dengan lebih waras dan objektif.

Islam itu Rahmatan Lil ‘Alamin, dan saya lebih menyukai pendekatan yang lebih objektif untuk mengelak dan menjauhkan masyarakat daripada terus berdepan dengan perkara seumpama ini dimasa hadapan.

Persoalan agama dalam negara demokrasi yang pelbagai ragam seperti Malaysia ini adalah persoalan bagaimana kita mampu mengurus perbezaan dengan penuh bijaksana dan hikmah.

Umumnya, pastilah mana-mana agama tidak menjurus ke arah menyemai benih kebencian, apatah lagi Islam – agama rahmat buat sekalian alam.

Saya berharap, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu akan mendapat ruang keadilan yang cukup daripada siasatan ini. Dan pastinya, saya menyeru kepada semua rakyat agar bertenang dan terus istiqamah dalam menjaga nilai-nilai kesucian agama Islam dan keharmonian beragama di Malaysia.

Insya Allah, Yayasan Dakwah Islamiyah (Yadim) akan terus komited dan istiqamah dalam menyemai benih-benih keharmonian Islam buat semua.


*SHEIKH UMAR BAGHARIB ALI ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim merangkap Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kerajaan Johor.