HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 November 2010

Dr M: Ubah strategi untuk capai Wawasan 2020

BERNAMA

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia perlu mengubah strategi untuk mencapai Wawasan 2020.

Idea lama menarik pelaburan asing langsung tidak boleh lagi diharapkan dan Malaysia perlu memberi tumpuan mengusahakan lebih banyak pelan tindakan untuk menarik pelaburan domestik.

azlan"Bagi mencapai transformasi ini, banyak benda yang perlu dilakukan dalam usaha mencapai kemakmuran dan pendapatan berekonomi tinggi. Kita perlu memikirkan mengenai pelaburan domestik.

"Di Malaysia, kita membenarkan pelabur asing datang ke mari dan mendapat manfaat daripada buruh kos rendah dan subsidi kita, dan sudah tiba masanya untuk kita berubah dan menyokong industri tempatan," kata beliau di Forum Malaysia-Eropah di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata yang insentif boleh diberikan kepada pelabur domestik bagi menarik mereka melabur di dalam negara.

"Kerajaan nampaknya sedar mengenai perkara ini dan telah menyatakan yang industri tempatan akan diberikan bantuan dan sokongan untuk berkembang dan seterusnya menjadi kelas dunia.

NONE"Semasa tahun-tahun pelaburan perindustrian asing, Malaysia telah banyak belajar mengenai pembuatan dan pemasaran seluruh dunia. Dengan sedikit bantuan, industri Malaysia boleh berkembang dan menggantikan pelaburan asing langsung untuk pembangunan ekonomi," tambah beliau.

Melainkan jika peralihan kepada pergantungan ke atas pelaburan domestik disusuli dengan sokongan aktif daripada kerajaan, terdapat segala kemungkinan untuk pendapatan Malaysia cukup tinggi bagi mencapai sasaran Wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju, kata beliau.


Habislah orang Kampung Baru kena pindah

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal, kata Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, pindaan tersebut juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.

"Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.

"Bermakna tiada Residential Area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.

Menurut pindaan itu, semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).

CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.

Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.

Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Menurut Lo' Lo' lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ianya juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.

"Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential," katanya lagi.

Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya.

Islam Jemaah tumpas, Ayah Pin terlepas?

Mohd Nasir Awang

Belum terlalu lambat rasanya untuk mengalungkan tahniah kepada pihak berkuasa agama negara kita, khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas kejayaannya menumpaskan satu lagi kumpulan ajaran sesat, Jumaat lalu.

Media melaporkan seramai 21 pengikut ajaran Islam Jemaah ditahan di sebuah surau persendirian di Kampung Tangkas, Bangi, selepas mereka mengadakan ‘solat Jumaat’ di situ pada hari berkenaan.

Ajaran Islam Jemaah difatwakan salah dan sesat pada 1998. Antara ajarannya ialah menolak hukum ijmak dan qias (hanya berpegang kepada hukum al-Quran dan hadis), tidak perlu menyembelih haiwan untuk dimakan dan menolak ajaran Mazhab Syafie.

Ekoran penahanan mereka itu, Jakim mengingatkan umat Islam agar tidak mengambil jalan singkat menyertai mana-mana pertubuhan yang sudah dikenalpasti dan diwartakan sesat oleh kerajaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, malah dipetik media sebagai memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba menghidupkan semula ajaran sesat agar bersedia menghadapi tindakan pihaknya.

“Kalau ada yang cuba nak menghidupkan kembali pergerakan (ajaran sesat) kita akan ambil langkah pencegahan dengan bantuan agensi keselamatan. Siapa yang berani nak cuba, bersedialah untuk dikenakan tindakan,” cabarnya.

Tidak syak lagi, dapat kita simpulkan bahawa tindakan tegas Jakim itu membuktikan kecekapannya membanteras aktiviti menyesatkan dalam masyarakat, khususnya ajaran salah dan sesat. Manakala kenyataan tegas tadi pula menggambarkan keseriusan pihak berkuasa agama itu menghalang fahaman karut berleluasa.

Dukacitanya, keseriusan dan kecekapan sama tidak berlaku dalam kes ‘Kerajaan Langit’ di Terengganu. Setakat ini, tidak ada tindakan konkrit yang boleh disifatkan sebagai muktamad sama ada dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mahu pun Jakim sendiri dalam membanterasnya.

Sebaliknya, semakin diperkatakan orang mutakhir ini bahawa ajaran tersebut kini sedang dihidupkan semula. Beberapa media cetak arus perdana bulan lalu turut melaporkan maklumat diperolehi mereka secara eksklusif oleh wakil mereka sendiri yang bersemuka dengan pemimpin ajaran itu, bahawa usaha menghidupkan semula ajaran tersebut dilakukan secara terbuka.

Majlis Fatwa Negeri Terengganu telah mengisytiharkan ajaran dipelopori Ariffin Mohamad di Besut adalah sesat, mengikut Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 1986.

Ariffin, atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, memimpin sebuah perkampungan dan ajaran dinamakan “Kerajaan Langit” berpusat di Kampung Batu 13, Hulu Besut. Beliau pernah mengisytiharkan secara terbuka meninggalkan Islam pada 1998.

Begitu juga para pengikutnya. Bagaimana pun, mereka seakan bebas mengamalkan ajaran itu tanpa sebarang tindakan dari pihak berkuasa agama buat beberapa lama.

Ayah Pin hanya ditahan setelah kerajaan Terengganu berada di bawah pemerintahan PAS. Beliau dibicarakan atas dakwaan menghina Islam.

Pada 27 Jun 2001, dia didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Besut dan dihukum penjara selama 11 bulan serta denda RM2,900.

Pada Julai 2005, kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) dipaksa keadaan untuk melakukan operasi menahan pengikut-pengikut ajaran Kerajaan Langit. Segala binaan dan replika berbagai bentuk yang mempunyai signifikan tersendiri bagi ajaran itu di perkampungan mereka juga dirobohkan.

Pada zahirnya ia memperlihatkan ketegasan dan keberanian BN membanteras ajaran sesat. Namun, sebenarnya tindakan itu dilakukan secara terpaksa. BN merasa serba-salah apabila dicemuh rakyat kerana tergamak meroboh rumah rakyat yang diperolehi secara sah di beberapa Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di seluruh negeri.

Ia juga dianggap biadab apabila sanggup menyondol sebuah masjid di perkampungan Bujal, Kemaman, semata-mata atas perkiraan politik rakusnya. Ekoran itu, BN dicemuh, antaranya dengan kata, “mengapa masjid diroboh, sedangkan binaan di kampung ajaran sesat (Kerajaan Langit) tidak disentuh?”

Lalu, disebabkan rasa malu dan tercabar serta sebagai mengimbangi kemarahan rakyat akibat tindakan jahatnya terhadap rumah Allah itu, BN terpaksa bertindak terhadap kumpulan Ayah Pin. Hampir 80 pengikut ajaran itu ditahan.

Ayah Pin sendiri bagaimana pun kekal bebas dan tidak pernah ditangkap hingga kini. Cerita mengenainya tenggelam-timbul. Cakap-cakap dalam masyarakat sering mengakui beliau masih berada di perkampungan itu dan kerap mengumpulkan kembali para pengikutnya.

Bulan lalu perkara itu disahkan beberapa media cetak. Para pengikutnya berkumpul kembali mendengar ajaran Ayah Pin. Antara mereka dari Selangor, Pahang dan Johor. Mereka termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin.

Dalam pengajarannya yang turut disaksikan wakil media, Ayah Pin menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga ke arasy ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka. Beliau mendakwa turut menyertai sesi mesyuarat bersama malaikat, jin dan iblis.

“Saya dilantik sebagai wakil ‘Kerajaan Langit’ untuk memantau keadaan di atas dunia dan ditugaskan supaya memastikan ia selamat dan tiada sebarang sengketa sesama sendiri, baik yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu,” media memetik katanya (rujuk Berita Harian & Harian Metro, 7 Oktober 2010).

Ayah Pin juga seakan mencabar pihak berkuasa menahannya apabila mengakui masih tinggal di kampung tersebut dan tidak melarikan diri. Beliau amat yakin tidak akan ditahan kerana percaya ajarannya tidak mengancam keselamatan negara.

Catatan seorang saksi (eyewitness account) sebagaimana dihuraikan secara terperinci oleh wakil media tersebut membuktikan bahawa Ayah Pin memang berada di perkampungan tersebut dan kembali aktif menyebarkan ajaran sesatnya.

Daripada butir cakap dan pengakuan beliau, sepertimana dicatatkan wakil media itu, terbukti juga Ayah Pin tidak pernah insaf, bertaubat atau kembali kepada ajaran Islam. Beliau sebaliknya masih tebal dengan pendirian sesatnya.

Keterangan beberapa penduduk yang mendakwa melihat sendiri kelibat Ayah Pin di perkampungan berkenaan juga mengukuhkan lagi dakwaan bahawa ketua ajaran sesat itu memang berada di situ.

Malangnya, pihak berkuasa seakan-akan tidak ada kepekaan terhadap perkembangan tersebut. Dalam reaksinya, Exco Agama negeri sekadar mengatakan pihaknya tidak menerima apa-apa laporan kegiatan pemimpin ajaran sesat itu (rujuk Berita Harian, 8 Oktober 2010). Cheh!

Pasukan polis pula, yang selama ini sangat terkenal cekap dan amat pantas bertindak terhadap penjenayah atau pihak yang disyaki, sekadar mengatakan tiada maklumat mengenai pemimpin tersebut. (Harian Metro, 8 Oktober 2010).

Justeru, di mana silapnya sehinggakan tindakan terhadap pemimpin yang secara terbuka menyatakan pendirian sesatnya itu gagal dilaksanakan? Apakah pihak berkuasa sengaja buat-buat tidak tahu?

Ataukah benar sepertimana didakwa Ayah Pin, bahawa pihak berkuasa tidak akan dapat mengambil tindakan terhadapnya kerana tidak mengancam keselamatan negara, walau pun secara terang-terangan merosakkan akidah umat Islam?

Barangkali keseriusan dan kecekapan Jakim dalam bertindak terhadap kumpulan Islam Jemaah tadi wajar diperturunkannya kepada JHEAT. Atau mungkin kes ini perlukan Jakim sendiri mengambil perjalanan menyelesaikannya secara muktamad.

Anak mahu Bapak selesai segera isu peneroka

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menyerahkan 20 kes pertama yang ada pada mereka kepada Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak).

Penyerahan tersebut dibuat Pengerusi Anak, Mazlan Aliman kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan di parlimen hari ini.

Dalam sidang medianya, Mazlan mahu kesemua aduan peneroka yang diserahkan itu diselesaikan segera seperti dijanji timbalan menteri itu sebelum ini kerana kesemua kes tersebut sudah lama berlaku.

"20 aduan ini hanya sebahagian kecil dari aduan yang banyak kita terima yang berkait langsung dengan dasar Felda.

"Kita harap mampu dikendalikan oleh Bapak," katanya.

Turut serata pada penyerahan itu, beberapa wakil dari peneroka Felda Lawin Selatan, Perak.

Antara masalah yang dikemukakan termasuklah isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80 ribu dalam masa 7 tahun, dan permasalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

Ahmad pada sidang media sama memberi jaminan akan meneliti masalah yang dikemukakan Anak itu dan akan memanjangkan perkara itu kepada Bapak.

Menurutnya, dengan tambahan 20 aduan dari Anak itu, Bapak kini sudah menerima 658 aduan sejak ditubuhkan.

Bapak adalah sebuah biro yang ditubuh dibawah NGO, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang dipengerusikan Tan Sri Rozali Ismail.

"Banyak benda yang mengelirukan, tidak jelas dan samar-samar yang memerlukan penjelasan Felda," katan Mazlan lagi.

Mazlan sebelum ini juga mendakwa penubuhan Bapak membuktikan usaha Anak bagi membuka mata kerajaan tentang permasalahan peneroka Felda, adalah berjaya.

Bagaimanapun menurutnya, Anak akan sentiasa meneliti dan menyalur aduan yang diterima mereka kepada Bapak.

Anak sebelum ini dikenali sebagai NGO yang membela nasib peneroka yang dinafikan hak oleh Felda.

Ianya termasuk isu wang tanam semula yang dimenangi peneroka di Pahang dan Kelantan.

Air: MB Selangor yakin sokongan rakyat

Harakahdaily

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin rakyat negeri ini bersama kerajaan dalam menuntut hak air.

Sehingga kini katanya, kempen ‘Kembalikan Hak Air Selangor’ telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu katanya, perhimpunan pada Ahad, 5 Disember ini akan diteruskan seperti dirancang.

Menurut Khalid, rakyat diseru turun beramai-ramai ke Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Beliau juga turut menyatakan komitmen untuk hadir mengetuai perarakan tersebut.

"Saya akan turun bersama-sama rakyat untuk berhimpun di Masjid Negara.

“Jika perlu, rakyat akan bergerak ke Istana Negara untuk serah memorandum untuk minta Yang di-Pertuan Agong beritahu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya penswastaan air dihentikan.

"Beri peluang kepada rakyat agar diberi harga yang munasabah," katanya.

Himpunan itu merupakan kemuncak siri kempen membantah penswastaan air di Selangor, yang dianjur kerajaan negeri.

Ianya juga sebagai desakan agar empat syarikat swasta air dibeli semula dan diletak dalam satu badan milik kerajaan negeri untuk dikawal urus.

Melalui penghapusan penswastaan air, kerajaan negeri menjangkakan tarif air mampu dikurangkan sehingga 12 peratus setahun dan mengekalkan dasar pemberian 20 meter padu air percuma kepada isi rumah.

Jika penswastaan diteruskan, rakyat negeri ini akan menghadapi kenaikan tarif air sehingga 27 peratus.

Sebelum ini, kerajaan Selangor juga telah menghantar notis 14 hari kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) agar memberhentikan Program Tabung Budi kerana melanggar syarat perjanjian konsesi air negeri.

Jika gagal berbuat demikian, kerajaan negeri akan menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang.

Pakatan perlu sedia hadapi pilihanraya


IMG_0385Oleh Fazy Sahir

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) masih melihat beberapa aspek penting dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Namun, Khalid yang ditemui enggan memberitahu butiran lanjut berhubung strategi Pakatan, sebaliknya berkata persediaan itu perlu dilakukan dari sekarang.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai strategi kami (Pakatan) tetapi saya nasihatkan kita perlu bersedia daripada sekarang.

"Kita akan lihat aspek di Malaysia persediaan apa yang pemimpin dan parti harus lakukan," katanya dalam sidang media selepas persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini.

Pakatan Rakyat merupakan gabungan DAP, PKR dan PAS menjadi kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Khalid turut menafikan persidangan kali ini membincangkan tentang persediaan pilihan raya tersebut.

Sebaliknya persidangan yang masuk kali kedua itu katanya adalah untuk membincangkan sistem pentadbiran dan politik di negeri-negeri Pakatan.

"Tiada…kami tidak bincang tentang pilihan raya dalam persidangan ini. Kami bincang tentang sistem pentadbiran dan politik negeri Pakatan dalam meneruskan cita-cita rakyat seperti apa yang kita janjikan dahulu.

"Kita bincang Pakatan sebagai kumpulan politik malah setiap menteri besar daripada kita sendiri memberi ucapan dalam bengkel yang telah diadakan hari ini.

"Persidangan ini juga mengimbas kembali usaha -usaha dilakukan Pakatan pada Mac 2008 dan kita mahu kongsi pengalaman ini bersama-sama dan bekerjasama untuk bangunkan negeri kami," katanya.

Jangan anggap isu Ketuanan Melayu akan jana aliran undi, kata penganalisis

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR — Isu Ketuanan Melayu yang tercetus semula membabitkan PKR dan pesaingnya Umno, di sebalik cakap-cakap akan adanya pilihan raya umum ke-13 awal tahun depan, dilihat tidak akan mengganggu gugat sokongan akar umbi, sekali gus menyebabkan perubahan arah aliran pengundi, kata penganalisis dan pemerhati politik.

Para pengundi termasuk kaum Melayu lebih memfokus untuk melihat hasil dasar-dasar membabitkan rakyat di kedua-dua peringkat kerajaan negeri persekutuan dan negeri, dan akan terpikat dengan kenyataan-kenyataan retorik seperti isu Ketuanan Melayu.

Pemimpin-pemimpin Umno dan penyokong mereka telah melancarkan sokongan terhadap PKR dengan dakwaan kononnya telah mengkhianati kaum sendiri ekoran kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar orang Melayu meninggalkan penggunaan perkataan Ketuanan Melayu atas alasan ia memperdayakan orang Melayu sendiri.

Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Dr Wan Azizah berkata konsep Ketuanan Melayu harus “ditinggalkan” kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.

Beliau berkata konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.

“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.

“Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai,” katanya.

Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, kenyataan Presiden PKR itu boleh dilihat sebagai satu langkah strategi bagi Umno untuk mengambil pendirian tegas, yang kemungkinan akan menyebabkan sikap menyampah di kalangan pengundi bukan Melayu.

“Saya tidak melihat ia akan menjadi satu isu. Mungkin di kalangan pengundi Melayu kawasan luar bandar tetapi tidak di kalangan pengundi-pengundi bandar yang berpelajaran dan khususnya tidak di kalangan pengundi-pengundi muda,” kata beliau.

Sivamurugan berkata, pilihan raya umum 2008 telah mengubah pemikiran pengundi di mana sokongan bulat-bulat bukan lagi satu norma.

“Pengundi-pengundi lebih rasional dan mahu melihat pelaksanaan GTP, ETP, konsep 1 Malaysia.

“Mereka mahu melihat dasar-dasar ini diterjemahkan dalam bentuk aktiviti dan program di peringkat bawah,” kata beliau.

“Saya melihat mengapa Wan Azizah berbuat demikian adalah kerana mahu mendapatkan semula sokongan bukan Melayu dan mengalih pandangan daripada apa yang berlaku ketika pemilihan parti,” katanya lagi.

Katanya, PKR telah kehilangan sokongan daripada kalangan bukan Melayu selepas beberapa calon termasuk bekas pesaing jawatan timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim muncul dengan dakwaan bahawa pemimpin utama parti bercampur tangan dalam soal pemilihan.

Sehubungan itu menurut Sivamurugan, setakat ini kedua-dua parti berkenaan dilihat hanya bergantung pada kelemahan masing-masing dengan harapan ia akan membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah Sivamurugan juga berkata kemungkinan isu “Ketuanan Melayu” akan menjejaskan PKR sendiri kerana pengundi-pengundi muda mahu melihat lebih banyak pencapaian dalam pelaksanaan agenda reformasi termasuk di negeri-negeri yang dikawal oleh Pakatan Rakyat. “Bagaimana dengan hasilan pilihan raya umum ke-13, ia masih satu teka-teki,” kata beliau.

Pemerhati politik James Chin juga melahirkan pendapat yang senada bahawa isu Ketuanan Melayu tidak akan mengalih sokongan kepada kedua-dua parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun menurut beliau, pandangan Dr Wan Azizah itu akan membawa peralihan yang akan signifikan semasa pilihan raya umum ke-14 khususnya di kalangan pengundi-pengundi muda.

Kata beliau, mesej itu akan mendapat penerimaan baik di kalangan pengundi generasi muda dan pengundi-pengundi berpotensi yang kebanyakannya banyak membaca dan mengembara.

Kata beliau, mereka tidak akan menerima hujah bahawa orang Melayu sahaja akan menerajui.

“Keseluruhan konsep Ketuanan Melayu ialah mereka mesti nombor satu dalam semua bidang (tidak kira), dalam politik, dalam ekonomi, sosial,” kata beliau.

Justeru ahli akademik dari Monash University ini memuji kerana Dr Wan Azizah merupakan pemimpin pertama dari parti dominan Melayu itu, sejak 1970-an, menyeru akan dihentikan hujah mengenai konsep Ketuanan Melayu, satu konsep yang dipercayai berasaskan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Kenyataan Wan Azizah adalah sesuatu yang bersejarah dari segi standard rakyat Malaysia. Ia kali pertama sejak 1970-an. Tiada pemimpin Melayu lain berbuat demikian. Mesej yang beliau mahu sampaikan ialah Umno-BN adalah parti politik rasis,” kata beliau lagi.

“Apa yang beliau cuba hendak sampaikan konsisten dengan pendirian PKR sejak 10 tahun lalu.

“PKR menggambarkannya sebagai parti pelbagai kaum. Ia satu penegasan semula perkara itu, tetapi tiada pihak yang datang dan bercakap mengenainya,” kata beliau.

Dalam pada itu, penganalisis Prof A. Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, kenyataan Dr Wan Azizah bukan sesuatu yang baru.

“Sebenarnya banyak pihak sudah mengatakan perkara itu. PAS sebagai contoh, telah menolak Ketuanan Melayu sejak (era) (bekas presiden) Fadzil Noor lebih satu dekad lalu.

“Dan, kita tahu bahawa ungkapan ini tiada kaitan dengan kedudukan orang Melayu dalam Perlembagaan. Ia satu terma yang dibawa oleh Tan Sri Abdullah Ahmad pada 1986,” kata beliau.

Abdullah merupakan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kok Lanas serta pernah mengetuai New Straits Times Press.

Aziz juga berkata, kenyataan Dr Wan Azizah itu satu langkah strategi untuk meletakkan Umno dalam kedudukan defensif dan untuk mendapatkan semula sokongan di kalangan orang Melayu dan kawasan bandar dengan menarik Umno agar mengikut “rentak” mereka.

“Bagi saya, ia satu usaha untuk mengekalkan pengundi-pengundi bukan Melayu dan memberitahu orang Melayu bahawa Umno boleh dicampakkan,” kata beliau dengan menambah, Umno sebagai parti lama sudah hilang tapak sebagai penjaga dan pelindung orang Melayu.

Sebagaimana dikatakan oleh Sivamurugan, Aziz juga mengatakan bahawa orang Melayu pada keseluruhannya lebih berminat untuk melihat bagaimana Putrajaya dan kerajaan-kerajaan negeri akan melaksanakan dasar-dasar awam dan tidak terbawa-bawa dengan isu Ketuanan Melayu.

Promo ‘Ketuanan Rakyat’ bukannya ‘Ketuanan Melayu’, Anwar nasihati Pakatan


SHAH ALAM — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Rakyat memperluaskan mesej konsep “Ketuanan Rakyat” di kalangan pengundi di negeri-negeri dikuasai perikatan tiga parti itu ekoran serangan Umno mengenai isu itu sejak Sabtu lalu.

Mengambil pendirian isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail iaitu Presiden PKR, yang dilontarkan Sabtu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini mendakwa konsep “Ketuanan Melayu” telah diputarbelitkan oleh beberapa pemimpin elit dari Umno-BN.

“Tanggungjawab negeri-negeri (pimpinan Pakatan Rakyat) ialah untuk menegaskan pendirian dalam soal konep Ketuanan Rakyat,” kata Anwar dalam ucapan penutup Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan negeri Pakatan Rakyat di sini malam tadi.

“Ungkapan Ketuanan Melayu telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa. Mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu,” katanya.

Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu harus “ditinggalkan” kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.

Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.

“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.

“Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai,” katanya.

Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan.

Bagaimanapun seruan itu didakwa Umno sebagai usaha untuk meraih sokongan bukan Melayu selain cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah dalaman parti itu.

Antaranya, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata justeru rakyat harus berwaspada dengan strategi terbaru parti pembangkang tersebut yang cuba “menggula-gulakan” anggota bukan Melayunya,

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) pula menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “kacang lupakan kulit” kerana meminta agar konsep “Ketuanan Melayu” ditolak.

Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah turut menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” apabila sanggup menolak konsep tersebut semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan daripada orang bukan Melayu.

Dalam ucapannya malam tadi, Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat tidak cukup efektif dalam menyampaikan mesej mereka kepada rakyat jelata.

“Kita tidak efektif dalam menjelaskan pendirian dan tindakan kita kepada rakyat,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Penetrasi Internet terletak di kawasan bandar dan pinggir bandar, bukannya di kawasan-kawasan luar bandar,” kata beliau sambil menambah, pemimpin-pemimpin PKR telah menyuarakan keprihatinan mereka mengenai halangan dihadapi dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat khususnya selepas Suara Keadilan digantung permit penerbitan.

Malah Anwar juga menekankan gesaan Penasihat DAP Lim Kit Siang agar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat merapatkan semula hubungan di sebalik spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum awal tahun depan.

“Saya bersetuju dengan Kit Siang bahawa sudah sampai masanya kita ada konsensus dan perpaduan,” kata beliau.

Kata Anwar, Pakatan Rakyat akan berhadapan dengan risiko sekiranya wujud unsur kesangsian dalam parti dan perikatan.

“Jadi kita minta diwujudkan semangat konsensus dalam kerajaan negeri Pakatan,” kata beliau.

Ketika merasmikan Konvensyen DAP Selangor Ahad lalu, Lim memberi amaran Selangor akan berhadapan dengan nasib PAS di Terengganu pada 2004 jika tidak kekal bersatu.

Anwar juga mendakwa pentadbir kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak dibenarkan memasuki sekolah.

“Beliau mungkin menteri besar, tetapi tidak dibenarkan memasuki mana-mana institusi pendidikan atau sebarang sekolah,” kata beliau.

Penasihat PKR ini juga membidas kerajaan pusat kerana enggan menyalurkan dana terus kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Warisan Merdeka: Najib sangkal andaian Mahathir

TERKINI

Najib Razak
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengetepikan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Warisan Merdeka - menara 100 tingkat yang akan dibina di ibu negara, sambil menegaskan projek itu harus dinilai dari sudut jangka panjang. “Apa yang penting yang perlu diingat, ini adalah projek jangka panjang,” kata Najib selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan Asean 2010 di sini hari ini.

“Ia tidak harus dilihat (sebagai projek) satu atau dua tahun. Ia projek 10 tahun dan (menjangkaui tempoh) selepas itu,” kata beliau.

Sambil sekali lagi menekankan bahawa projek itu sebagai inisiatif Permodalan Nasional Bhd (PNB), Najib mengesahkan Warisan Merdeka akan menerima lampu hijau kerajaan selagi ia berdaya maju secara komersial dan membawa peluang-peluang bisnes.

Semalam, Dr Mahathir memberi amaran Malaysia akan berhadapan dengan situasi bekalan hartanah berlebihan ekoran pembinaan Warisan Merdeka di ibu negara, yang akan mengatasi Menara Berkembar Petronas yang dibina ketika era kepimpinan bekas perdana menteri itu.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata negara mesti belajar daripada krisis kredit dialami Dubai ekoran bekalan hartanah berlebihan.

“Mereka boleh membina tetapi kemudian, bukannya sekarang,” kata Dr Mahathir.

Idea membina menara itu juga mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak.

Sebelum ini, Dr Mahathir ada memberitahu bahawa kerajaan seharusnya mendapatkan pandangan ramai sebelum meneruskan langkah membina menara paling tinggi itu, yang diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2011.

Sayap pelaburan kerajaan PNB mempertahankan projek itu dengan berkata langkah itu tidak akan membabtikan dana pendeposit ataupun awam.

Najib berkata projek itu juga mesti menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih besar dalam bidang tertentu dan menyediakan peluang perniagaan.

“Projek itu mesti memenuhi keperluan itu dan jika syarat ini dipenuhi, ia boleh diteruskan.

“Ia mesti menyediakan dorongan dan pemangkin untuk Kuala Lumpur yang lebih luas,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, terpulang kepada PNB untuk membuat perkiraan kewangan.

Mengenai persepsi bahawa Warisan Merdeka akan menenggelamkan Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat, yang diilhamkan oleh Dr Mahathir, Najib berkata: “Ia merupakan kenyataan yang semberono.”

“Kita bercakap mengenai kesinambungan.

“Apa yang sudah dilakukan oleh Tun Mahathir disanjung tinggi, namun kita perlu meneruskan kejayaan beliau dan bergerak dan memajukan Malaysia,” kata Najib lagi.

“Jik anda lihat latar langit Kuala Lumpur pada 2020, ia tidak boleh sama seperti hari ini. Pudong di Shanghai mempunyai banyak bangunan pencakar langit. Pastinya lebih banyak lagi.

“Baik kita bayangkan Kuala Lumpur pada tahun 2020. Cuba lihat perspektif jangka panjang. Lebih-lebih lagi jika wawasan 2020 direalisasikan, ia merupakan wawasan yang diilhamkan sendiri oleh Tun Mahathir,” kata Najib.

Parlimen tolak usul bahas kenyataan rasis pengawas SPM

KUALA LUMPUR - Parlimen menolak usul dibawa wakil rakyat Pakatan Rakyat bagi membahaskan isu kenyataan berbuar perkauman yang didakwa dikeluarkan oleh seorang pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Lukut, Negeri Sembilan minggu lalu.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengetepikan usul Ahli Parlimen Bakri dari DAP Er Teck Hwa atas alasan isu berkenaan sedang disiasat oleh Kementerian Pelajaran.

Usul yang dikemukakan Er semalam ditolak oleh Pandikar di kamarnya hari ini atas alasan ia gagal memenuhi salah satu daripada tiga kriteria yang digariskan.

Dalam suratnya kepada Er, Pandikar menjelaskan, usul itu bukan sesuatu yang perlu disegerakan memandangkan Kementerian Pelajaran sudah pun membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk meneliti insiden berkenaan.

“Atas alasan ini, saya menolak usul Yang Berhormat di kamar,” kata Pandikar dalam suratnya, yang salinannya diedarkan kepada wartawan.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Er ketika sesi soalan lisan membantah keputusan Speaker tetapi tidak dilayan oleh Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee.

“Keputusan Speaker adalah muktamad,” kata Er.

Dalam usulnya, Er mendakwa pengawas terbabit yang juga seorang guru dari Port Dickson didakwa mengeluarkan kenyataan rasis melibatkan pelajar-pelajar India dan Cina ketika mengawasi peperiksaan SPM di sebuah sekolah di Lukut, Negeri Sembilan minggu lalu.

Er menegaskan isu itu perlu dibahaskan di Dewan Rakyat memandangkan ia melibatkan perkara khusus, perlu disegerakan dan membabitkan kepentingan awam.

“Tindakan drastik dan efektif perlu diambil untuk mengelakkan insiden-insiden seumpama itu daripada berulang,” kata beliau.

Dalam insiden 24 November lalu, pengawas terbabit didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pelajar-pelajar Cina dan India apabila mereka tiba lewat di dewan peperiksaan bagi menduduki peperiksaan SPM.

Menurut laporan, uru berkenaan didakwa meminta pelajar-pelajar terbabit pulang ke China dan India jika mereka tidak boleh memahami arahan dalam bahasa Malaysia.

“Sejak kebelakangan ini, kenyataan-kenyataan berbaur perkauman seperti ini yang menyinggung perasaan kita, sedangkan apa yang kita harapkan ialah perpaduan dan harmoni.

“Kenyataan-kenyataan seperti ini pernah dibuat oleh banyak pihak seperti pegawai khas kepada Perdana Menteri pada Februari lalu, seorang guru dari SMK Gajah Berang Julai lalu dan dua pengetua dari SMK Tunku Abdul Rahman Putra dan SMK Bukit Selambau pada Ogos lalu dan satu lagi insiden sekarang,” kata Er dalam notisnya.

Kata beliau, insiden-insiden itu dengan jelas tidak boleh dianggap sebagai kes-kes terpinggir memandangkan kesemuanya ada kesamaan dan merujuk kepada masyarakat Cina dan India.

Ia merupakan usul kedua membabitkan kenyataan berbaur perkauman dibawa ke Parlimen bulan ini.

Pada 13 Disember ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan menjawab berhubung usul isu patriotisme yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran awal bulan ini.

Zahid sebelum ini didakwa mempersoalkan semangat patriotisme orang India dan Cina negara ini, dan dilaporkan sebagai antara punca bukan Melayu kurang menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dewan Rakyat menetapkan minggu kedua untuk membahaskan usul berkenaan.

Usul itu dikemukakan oleh Kulasegaran ekoran jawapan beliau di Dewan Rakyat 9 November lalu.

Awal bulan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Penolong Pengarah Biro Tatanegara Wilayah Persekutuan Hamim Husin telah digantung tugas berkuat kuasa 6 Oktober lepas selain diberikan amaran kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam satu majlis anjuran Puteri Umno pada 27 September lalu.

Kata Nazri, dua lagi penjawat awam turut dikenakan tindakan iaitu pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor dan pengetua Sekolah Menengah Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah berkaitan tindakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

“Kedua-dua pegawai telah digantung daripada menjalankan tugas, dan masing-masing ditempatkan di Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda Kedah berkuatkuasa 23 Ogos lepas,” katanya.

Menyentuh kes pengetua di Johor, katanya prosiding tatatertib telah diambil berdasarkan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 dengan surat pertuduhan telah dikemukakan kepada pengetua itu untuk membuat representasi membela diri dalam tempoh 21 hari.

“Setelah pegawai mengemukakan representasi bertulis, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan Satu akan bersidang dan memutuskan hukuman tatatertib terhadap pegawai jika didapati bersalah,” katanya.

Nazri berkata kerajaan amat komited untuk membendung perbuatan itu dan memberi jaminan akan mengenakan siasatan dan mengambil tindakan kepada pegawai-pegawai terlibat berasaskan peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Awal Februari lalu, Datuk Nasir Safar yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman pada satu seminar di Melaka dan beliau telah meletakkan jawatan sejurus selepas itu.

Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Nasir dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa “orang India datang ke Malaysia sebagai pengemis manakala orang Cina pula khususnya wanita untuk menjual badan mereka” ketika berucap pada Program Rapat 1Malaysia anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas di Melaka, 2 Februari lalu.

Tak salah bukan Islam petik ayat al-Quran, kata Nik Aziz

THE MALAYSIAN INSIDER

SHAH ALAM – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara sebagaimana disaksikan di Kongres Nasional PKR yang berakhir semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pengalamannya berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, pemimpin itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.

Pada Kongres Nasional PKR Ketujuh selama tiga hari yang berakhir di Petaling Jaya semalam, seorang perwakilan S Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul.

Mengulas isu itu, laporan Bernama menyebut, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat al-Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR semalam.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada al-Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat al-Quran itu, PKR memohon maaf.

“Dia hanya untuk menceritakan bagaimana al-Quran itu memberi kewajipan kepada manusia untuk menjalankan tugas dengan baik. Saya pun tak berapa pakar tentang ini tetapi dia mencuba tapi saya tak menghalang dia mencuba kalau dia silap kita akan betulkan, itu tanggungjawab saya... saya tak tahu itu kesilapan,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai isu itu semasa. sidang akhbar Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang di sini hari ini.

Sementara itu Abdul Khalid berkata pada persidangan sehari itu, para menteri besar dan ketua menteri tidak membincangkan perkara mengenai pilihan raya dan mengambil pendirian akan terus mentadbir sehingga mereka membuat keputusan untuk bertanding.

Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pentadbiran dan politik, komunikasi dan media masa, pertanian serta ekonomi, infrastruktur dan pelaburan, katanya.

Mengenai Selangor, Abdul Khalid berkata beliau yang berpengalaman menerajui industri petrokimia akan mengadakan perjumpaan dengan pengusaha industri plastik bagi mendengar pandangan mereka mengenai langkah kerajaan negeri mengurangkan penggunaan beg plastik bagi memelihara alam sekitar.

Selangor adalah antara negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang selain Pulau Pinang yang melancarkan kempen kurangkan penggunaan beg plastik di mana pada setiap Sabtu pusat membelibelah tidak menyediakan beg plastik dan pengguna yang memerlukannya dikehendaki membayar 20 sen bagi satu beg.

Beg plastik yang mudah dilupuskan adalah satu pendekatan yang diguna pakai masa kini bagi menjaga alam sekitar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau masih menunggu laporan daripada Persatuan Pengeluar Beg Plastik supaya memberikan laporan mengenai kesan kempen pengurangan penggunaan beg plastik.

Pentadbiran telus, cekap Kerajaan Pakatan berjaya tangkis tohmahan Umno-BN


Kedatangan Lim Guan Eng disambut Menteri Besar, Khalid Ibrahim dan Exco, Dr Hasan Ali

SHAH ALAM – Pentadbiran yang cekap, telus dan kebertanggungjawaban dalam Negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah senjata muktamad menangkis sebarang propaganda dan tohmahan Umno yang cuba menjatuhkan Pakatan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, walaupun Umno berulangkali mendakwa negeri di bawah pentadbiran Pakatan akan mundur, namun ternyata sekali dakwaan itu meleset, sebaliknya kebanyakan negeri yang diperintah Umno sendiri merupakan negeri paling miskin di negara ini

“Dulu Umno kata, kalau Pakatan memerintah, negeri itu akan jadi negeri paling miskin di negara kita, tetapi kini terbukti negeri yang diperintah Umnolah paling miskin di negara ini,” katanya dalam ucapannya di persidangan menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat, di sini, pagi tadi.

Menurutnya Sabah suatu ketika dahulu, merupakan antara negeri terkaya tetapi apabila BN dibawah Umno memerintah, negeri berkenaan kini antara termiskin.

Guan Eng menambah rakyat di kebanyakan rakyat di Sabah digelumangi dengan kemiskinan dengan seorang dari empat warga sabah adalah miskin dengan gaji purata RM300 sebulan.

Beliau menambah Umno kini menggunakan propoganda ala ‘nazi’ iaitu menggunakan pendekatan apabila satu fitnah itu diulang beribu kali, ia akan menjadi benar bagi menutup kelemahan serta kepincangan mereka sendiri mentadbir kerajaan.

Berlainan dengan Pulau Pinang, katanya, kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Transparency International (TI) kerana urus tadbir negeri terbabit dibuktikan ditadbir dengan baik.

Pulau Pinang, tambah beliau lagi, merupakan negeri pertama di Malaysia yang pendapat pengiktirafan TI.

“Kerajaan Pulau Pinang menggunakan pendekatan CIA (creativity and initiative award) bagi menggalakkan pegawai kerajaan dengan memberi ganjaran bagi idea yang dapat menjimatkan wang, masa dan juga idea yang dapat mempercepatkan proses sesuatu permohonan taua pelaksanaan,” katanya lagi.

Justeru, tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga memberi ganjaran kepada pegawai yang mendedahkan penyelewengan, dan ganjaran pertama dimenangi oleh seorang hakim yang membongkar kes rasuah di dalam Mahkamah Syariah.


Berbaju 1Malaysia ketika PRK Galas: Akhirnya RM100 sampai ke tangan

Tan Pek Kwan

Hampir sebulan PRK Galas melabuh tirai, penduduk yang memakai baju 1Malaysia akhirnya mendapat "pulangan" RM100 pada 26 November, daripada pertubuhan "1Malaysia" yang disokong MCA di sebalik tabir.

Pada malam sebelum hari pengundian PRK Galas, pengacara jamuan malam anjuran "badan bukan kerajaan" (NGO) 1Malaysia memperingatkan penduduk agar memakai baju merah "1Malaysia" ketika mengundi. "Akan diberkati tuah...," katanya.

Hampir sebulan berlalu sejak 4 November, MerdekaReview diberitahu bahawa pertubuhan yang disertai ramai ahli MCA ini telah "memberkati tuah" di satu pondok yang berdekatan dengan padang kampung baru.

Sumber maklumat memberitahu MerdekaReview, mereka yang berbaju merah 1Malaysia pada hari pengundian boleh menerima RM100, dengan menunjukkan kad pengenalan mereka. Seandainya nama mereka ditandai "bintang" dalam senarai, maka RM100 akan diberikan.

Menurutnya, tanda "bintang" tersebut bermakna mereka pernah mendaftarkan diri di kaunter perkhidmatan "1Malaysia". Senarai tersebut tertera jelas nama, nombor kad pengenalan dan tempat orang itu mengundi.

Tersebarnya khabar "tuah diberkati..."

Sumber maklumat berkata, "khabar baik" ini sememangnya di luar dugaan beliau, memandangkan PRK Galas telah tamat untuk satu tempoh yang agak panjang. Beliau lantas bergegas ke pondok di padang itu selepas menerima khabar tersebut, dan menerima dua keping wang yang bernilai RM50, membawa jumlah kepada RM100. Beliau menambah, MCA sering mengadakan aktiviti di pondok tersebut, dan kini menjadi seolah-olah kaunter perkhidmatan MCA.

Bagaimanapun, beliau tidak faham mengapa wang diberikan setelah sekian lama. Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pihak yang membahagi wang takut pengundi memberontak pada pilihan raya umum akan datang, seandainya tidak menunaikan janji untuk memberi wang RM100 ini.

Menurutnya, wang hanya diberikan kepada mereka yang mendaftarkan nama diri di kaunter "1Malaysia". Berdasarkan nama yang tertera pada senarai itu, beliau meramalkan lebih 100 orang yang akan menerima RM100 di pondok tersebut, tidak termasuk wang yang diberikan di kawasan Bandar Lama dan sebagainya.

Ketika PRK Galas berlangsung, MerdekaReview pernah melaporkan bahawa mereka yang menyertai perarakan 1Malaysia memperolehi RM100 seorang. Sumber maklumat mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa seandainya seseorang itu menyertai perarakan 1Malaysia, dan juga memakai baju merah 1Malaysia pada hari pengundian, maka mereka akan memperolehi RM200 keseluruhannya.

Nenek: Saya doakan Obama peluk Islam

SABAH DAILY

RIYADH: Nenek Presiden AS Barack Obama dari Kenya yang masih berada di Mekah selepas menunaikan Haji berkata beliau telah berdoa supaya pemimpin Amerika itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar, kelmarin. "Saya berdoa agar cucu saya Barack memeluk Islam," kata Haja Sarah Omar (gambar), 88, dalam satu temubual bersama akhbar Al-Watan di Jeddah selepas beliau selesai menyempurnakan ibadah Haji.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa Haja Omar was berada di Arab Saudi bersama anak lelakinya Saeed Hussein Obama, dan empat orang cucunya sebagai tetamu kepada Raja Abdullah.

Haja Omar memberitahu yang beliau hanya boleh membincangkan tentang perkara berkaitan Haji dan tidak akan membuat sebarang ulasan tentang politik Obama.

"Saya berasa amat gembira apabila mengenang kembali tentang guru saya yang sering bercerita tentang Makkah dan Madinah semasa kecil," kata Haja Omar, yang dibesarkan di kampung Koglilu, barat Kenya.

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang jangkaanya samada Obama boleh memenangi penggal kedua di White House, Haja tertawa kecil sambil memandang anaknya Saeed Obama dan cucu-cucunya, "Hanya Allah yang mengetahui, kerana ianya tentang masa depan yang tidak diketahui."

Haja juga berdoa agar Raja Abdullah cepat sembuh, dan berkata bahawa raja adalah seorang yang sangat baik hati. Putera Mamdouh mengadakan majlis makan malam sebagai menyambut kedatangan Haja, anak-anak dan cucu-cucunya ke istana beliau di Jeddah, Rabu lalu.

Faisal Ambuya, salah seorang sepupu Obama, yang memeluk Islam melalui Haja berkata, "Nenek saya suka mengajak orang bukan-Islam kepada Islam dan saya banyak belajar tentang Islam daripadanya."

"Bila pulang ke kampung saya nanti, saya akan memberitahu penduduk kampung tentang kekuatan Islam," katanya. Bapa saudara Obama,

Saeed pula berkata beliau tidak pernah terfikir untuk dapat menunaikan ibadah Haji tahun ini. "Saya berasa amat gembira kerana boleh dapat melakukan ibadah ini. Saya bersyukur kepada Allah dan amat berterimakasih kepada Raja Abdullah kerana menjadikan kami sebagai tetamu Haji ."

Sementara itu, Musa Ismail, salah seorang sepupu Obama, yang bertindak sebagai jurucakap dan penterjemah bagi pihak keluarga Haja, sekarang ini menuntut di Universiti Islam Madinah.

Skandal PKNS: Siapa Kebas RM520,000?

SABAH DAILY


Perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tidak menerima penajaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seperti didakwa seorang wakil rakyat pembangkang di Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.

Bapa angkasawan negara, Datuk Sheikh Mustapha Shukor sambil menafikan tajaan RM520,000 itu, berkata ia sengaja disebarkan pihak tertentu untuk mencemarkan nama baik anaknya.

“Perkahwinan Muszaphar memang ditaja tetapi tiada apa-apa kaitan langsung dengan PKNS. Setahu saya, mereka tidak beri apa-apa (tajaan) untuk majlis itu. Sebenarnya, saya tidak tahu bagaimana cerita perbadanan itu menaja majlis perkahwinan anak saya boleh tersebar,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sidang media itu bagi menjelaskan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib mengenai perbelanjaan melampau pengurusan baru PKNS, termasuk menaja perkahwinan Muszaphar dan pasangannya, Datin Dr Halina Mohd Yunos di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 10 Oktober lalu.

Mustapha menjelaskan pembabitan anaknya dengan agensi itu lebih kepada urusan perniagaan, termasuk Pusat Penerokaan Sains dan Angkasa Antarabangsa (IACDC) di Taman Sains PKNS, Cyberjaya.

“IACDC membabitkan usaha sama antara PKNS dan Advanced Science Education Asia Sdn Bhd yang ditubuhkan Muszaphar. Ia inisiatif Muszaphar untuk meningkatkan pendidikan sains aeroangkasa di Malaysia.

“Pada 7 Oktober lalu, majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara kedua-dua entiti itu diadakan yang turut dihadiri 120 angkasawan dari seluruh dunia bersama pasangan masing-masing, disusuli majlis makan malam.

Mungkin RM520,000 yang didakwa itu bagi membiayai program berkaitan pusat berkenaan dan bukan perkahwinan Muszaphar-Halina. Isu ini mungkin timbul kerana program itu berlangsung dua hari sebelum perkahwinan mereka,” katanya.

Beliau turut dimaklumkan kehadiran angkasawan terbabit bukan hanya dibiaya PKNS, malah Kerajaan Pusat melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Penerbangan Malaysia (MAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Muszaphar kecewa dan sedih dengan isu ini dan berharap ia diselesaikan segera. Beliau dan isteri yang kini berada di Tanah Suci dijadualkan pulang, Isnin ini,” katanya.

Sheikh Mustapha turut mendakwa wujud pakatan untuk menjatuhkan anaknya kerana iri hati dengan pemilihannya sebagai angkasawan negara, malah pihak sama juga yang menyebarkan pelbagai fitnah sebelum ini, termasuk mendakwa Muszaphar mengumpul kekayaan melalui siri ceramah dan program motivasi dihadirinya.

“Muszaphar dipanggil MOSTI bagi membantu siasatan kononnya dia memperoleh pendapatan RM1.2 juta melalui ceramah dan program motivasi. Siasatan membuktikan ia tidak benar dan lebih kepada cubaan untuk memburukkan namanya,” katanya

Gambar : Ratu Elizabeth Lawat Masjid Abu Dhabi

SABAH DAILY

Beberapa keping gambar Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media Negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.

Baginda juga membuka kasut sebagai tanda menghormati ajaran agama Islam sebelum memasuki ruang solat utama masjid itu.

Lantai ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed iaitu masjid terbesar di UAE, dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1,200 wanita Iran selama dua tahun.

Semasa berada dalam Masjid Sheikh Zayed, Ratu Elizabeth II berkesempatan melihat sekumpulan gadis membaca kitab suci al-Quran.

Berikut di siarkan lagi gambar-gambar yang diperolehi dari BBC.

Ratu Inggeris Elizabeth II dan Putera Philip berkunjung ke masjid diiringi oleh Putera Sheikh Mohamad bin Zayed al-Nahayan.

Kunjungan ke Masjid Agung Sheikh Zayed diiringi juga oleh sejumlah anggota keluarga Kesultanan Emirat Arab


Sebelum memasuki ruangan utama masjid, Ratu Elizabeth memasuki ke sebuah sudut untuk membuka kasutnya


Di dalam masjid, Ratu Elizabeth menyaksikan dengan seksama sejumlah anak sedang membaca ayat-ayat suci Al Quran


Pengiring dari Emirat Arab mengiringi Ratu Elizabeth mendengarkan anak-anak sedang membaca ayat-ayat suci Al Quran

SABAH NEGERI TERKAYA JIKA TIADA PATI?

Oleh: MUTALIB M.D (sabahkini)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGKPulQmn5ws2LG8oOK3uS-F_ZuGIJ0dyFyynFxWv32n4p9bmPgz_qfeDp9jCj0EQDOy-e8ENF7ynD8GWDwA0Ov650pKHZMpFcXNWI_vmVKwSuSWCcc2agUk1g1yCjQPGWOG6NQhGvh4cw/s1600/Sabah.JPGSEPANJANG minggu ini, saya banyak menerima email pro dan kontra daripada rakyat Sabah berhubung isu kemiskinan dan Bank Dunia yang ‘memiskinkan Sabah’ sebagai ulasan kepada artikel saya bertajuk ‘Sambut Aidil Adha Dalam Kemiskinan’ yang disiarkan pada 17 November 2010.

Saya membuat keputusan tidak akan menjawab semua email berkenaan tetapi akan merumuskan jawapan dalam artikel ini yang pada pandangan saya suatu fakta yang tidak dapat ditolak dengan akal bahawa tanpa PATI yang direkrut Kerajaan Persekutuan, Sabah adalah negeri yang terkaya di Malaysia.

Hakikatnya, pada 1970, Sabah merupakan negeri yang kedua terkaya di Malaysia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita di belakang Selangor (termasuk Kuala Lumpur). Walaupun ia kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah didakwa adalah negeri yang paling miskin di Malaysia kerana perkapitanya paling rendah berbanding kos hidup yang terlalu tinggi.

Setelah tiga dasawarsa, pada 2,000, tahap kemiskinan Sabah pada tahap 16 peratus dan merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia kerana tiga kali purata nasional yang disumbangkan oleh kadar pengangguran Sabah tertinggi di Malaysia iaitu pada tahap 5.6 peratus dan hampir dua kali ganda purata pengangguran nasional (3.1 peratus).

Kini, 2010, Bank Dunia dengan ‘lunaknya’ mendakwa bahawa Sabah negeri yang pada dasarnya adalah ‘Negara dalam Negara’ lebih miskin daripada Perlis dan terus memecah rekod ‘Guinness World of Book Record’ sebagai ‘negara’ yang termiskin di dunia?

Bank Dunia boleh berkata apa sahaja, tetapi sebagai rakyat Sabah yang ‘bermaruah’ harus membela nama baik negeri mereka dan mengajar Kerajaan Persekutuan tentang hak yang dinafikan selama ini; terutama agehan kekayaan yang tidak seimbang setelah tarafnya sebagai ‘Negara’ diturunkan sebagai ‘Negeri’ yang mendapat peruntukan sama ‘ciput’ dengan Perlis.

Status ‘Yang Di Pertuan Negara’ yang dijenamakan semula sebagai ‘Yang Di Pertua Negeri’ menunjukkan Sabah telah kehilangan status Negara dan terpaksa melutut kepada Kerajaan Persekutuan kerana semua hasil cukai disedut masuk ke akaun ‘Hasil Yang Disatukan’ dan hanya menerima sekitar 5% sahaja, sekadar nyawa-nyawa ikan untuk membangunkan negeri yang dimungkiri janji ‘Sabah Baru’ pada 1994.

Sabah yang telah kehilangan hasil negeri akibat salah urus beberapa kerajaan negeri yang lalu, akhirnya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan Persekutuan untuk membangunkan prasarana sekalipun hanya sedikit sahaja disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Negeri Sabah kerana sejumlah besar dibelanjakan oleh sebuah kementerian yang mempunyai kuasa autonomi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Namun kata pepatah, ‘hati gajah sama dilapah dan hati nyamuk sama dicecah’ tidak berlaku dalam hubungannya dengan Kerajaan Persekutuan yang masih curiga untuk membenarkan Sabah berdiri sebagai sebuah kuasa ‘autonomi’ sejajar menghormati Perjanjian 20 Perkara.

Setelah menjahanamkan politik Sabah dengan Projek X-Files ‘Pendatang Asing Tanpa Izin’ dengan merekrut lebih 322,903 warga Filipina, Indonesia, India, Pakistan sebagai ‘Pengundi Untuk Disewa’ dan diberi kerakyatan Malaysia melalui jalan songsang; kini jumlah mereka sudah terlalu mendominasi demografi Sabah seramai lebih 1.7 juta mendatangkan ancaman yang besar kepada Sabah, bahkan Malaysia.

Walaupun terpaksa berjuang secara berseorangan dan menerima kutukan pelbagai pihak, termasuk rakyat ‘tempatang’ yang ‘menjual’ agama mereka untuk menghalalkan saudara seagama daripada Indonesia, Filipina, Pakistan dan India; digertak dengan lebih 40 laporan polis serta ancaman untuk melucutkan keahlian saya sebagai ahli UMNO seumur hidup, namun saya percaya lebih sejuta rakyat tulen Sabah menyokong perjuangan saya, sekalipun tidak pernah menderma satu sen dibelah tujuh untuk membangunkan laman web www.sabahkini.net yang menjadi wadah perjuangan saya selama ini.

Sewajarnya Sabah yang merupakan ‘negeri’ kedua paling besar di Malaysia dengan keluasan tanah 73,610 km persegi kaya dengan sumber alam semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut.

Namun kini tidak sampai 40 peratus tanah Sabah diliputi dengan hutan rimba kerana telah dibalak secara tidak terkawal di era Kerajaan USNO, Berjaya dan PBS dan sebahagian besar diteroka sebagai kawasan pertanian, termasuk Benta Wawasan menyebabkan Sabah kehilangan sejumlah besar hasil negeri kerana dasar mengurangkan kegiatan pembalakan dan proses penghutanan semula.

Ahli Sejarah dan Ahli Sosiologi terhandal di dunia sekalipun tidak dapat menyelesaikan misteri pertambahan penduduk Sabah kerana sejak 1963, populasi di Sarawak hanya meningkat sekaliganda, begitu juga di Semenanjung Malaysia.

Namun populasi di Sabah pula, meningkat secara mendadak iaitu dari 450,000 orang pada tahun 1963 kepada 3.28 juta orang pada tahun 2010 iaitu 5 kali ganda.

Sabah yang kini memperolehi pendapatan perkapita RM9,536 berada di bawah standard nasional. Namun dengan Pelancaran Model Economi Baru (NEM) boleh dipercayai boleh melonjakkan Sabah ke tahap yang lebih baik dengan Keluaran Negara Kasar (GDP) Sabah dijangkakan RM12,583, walaupun sekarang berada di tempat ke-13.

Saya agak sedih kerana Sarawak yang sebelum ini terketinggalan jauh di belakang ekonomi Sabah meninggalkan Sabah begitu jauh dengan KDNK sejumlah RM29,175 iaitu 2.5 kali ganda daripada Sabah dan berada di tempat ke-3.

Bagi memulihkan ekonomi Sabah dan mencapai tahap status Negara maju, Sabah perlu mencapai KDNK sebanyak RM57,135 dengan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 10 peratus setahun.

Mengikut bancian 2010, penduduk Sabah kini seramai 3,271,921 dan 836,626 daripadanya adalah PATI!

Namun bancian tersebut gagal mengesan lebih daripada satu juta PATI yang mendapat suaka politik di dalam UMNO, di bekas perkampungan pelarian yang diwujudkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bersembunyi di estet perladangan kelapa sawit milik GLC seperti FELDA, FELCRA, LKTNS dan syarikat Bursa Saham Kuala Lumpur seperti Kwantas, IOI, TSH dan sebagainya.

Memang agak sukar untuk mengakui bahawa masih ada rakyat tempatan miskin melainkan beberapa ratus orang yang menjadi mangsa diskriminasi kaum seperti Rungus di luar bandar yang langsung diabaikan kerana faktor lokaliti dan kecuaian Adun yang mewakili mereka.

Agak sukar untuk mencari orang susah kerana bancian yang dilakukan Pejabat Daerah lebih memihak kepada data palsu untuk kepentingan JKKK dan Ketua Kampung yang menyenaraikan suku sakat dan saudara mara mereka sebagai miskin kerana sukar mencari orang miskin di Sabah melainkan PATI yang mempunyai ‘IC Burung-Burung’.

Sedangkan ramai PATI yang tidak mempunyai dokumen tetapi rajin berusaha boleh mendapat antara RM200 hingga RM500 sehari daripada kegiatan menjual rokok haram, menyeludup barang dan mengedar syabu; sekalipun sentiasa diserbu pihak berkuasa. Bukan niat saya menggalakkan penularan jenayah, tetapi menunjukkan pelbagai peluang terbuka luas di Sabah, hatta menjual makanan di pasar malam.

Peniaga pasar malam di seluruh Sabah dikuasai oleh PATI yang mendapat kad pengenalan melalui pintu belakang dan ada juga yang tidak mempunyai dokumen tetapi sanggup menyewa daripada penduduk tempatan.

Namun tidak kurang juga PATI yang dijinakkan UMNO dan bersikap seperti ‘ayam karan’ dan hanya mengharapkan makanan yang ditabur pemimpin UMNO. Mereka inilah yang menjadi parasit dan memalukan Sabah dengan kemiskinan yang berganda kerana malas bekerja dan hanya mengharapkan ehsan wakil rakyat dan pemimpin politik yang menjadikan mereka ‘Fixed Deposit’.

Semalas-malas penduduk Pulau Jampiras, Sandakan yang diasingkan dan ‘dilatih sebagai mesin pembunuh’ mampu memiliki pendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 sebulan daripada kegiatan mereka dalam perniagaan ‘Tukar Barang’ yang penuh konspirasi.

Peluang yang terbuka di Sabah menarik lebih 1.7 juta PATI lalu bagaimanakah kita mahu mendakwa Sabah negeri miskin di Malaysia?

Para pemimpin Sabah harus bangun dan berani untuk berkata tidak kepada PATI yang menjadi liabiliti dan menyingkirkan mereka daripada bumi ini kerana jika tidak dikawal, mereka akan kehilangan pengaruh kerana kesetiaan pemegang kad pengenalan projek ini masih kepada Negara asal mereka sekalipun mula mahir menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku sebagaimana Namawee menyanyikan lagu Negaraku dalam versinya sendiri!

PRU ke 13: PAS perlu ' simple' majoriti tawan Terengganu

BULETIN ONLINE

KEMAMAN: Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata PAS Terengganu hanya memerlukan ‘simple’ majoriti 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk kembali memerintah negeri ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, akan datang.

Katanya, secara mudah PAS Terengganu hanya memerlukan ‘simple’ majoriti 17 kerusi Dun bagi mencapai cita-cita tersebut.

Menurutnya, dengan 17 kerusi Dun PAS Terengganu sudah boleh kembali memerintah negeri dan Dun Kemasik antara sasaran parti.

“Secara mudahnya, ‘simple’ majoriti kita hendak 17 kerusi Dewan Undangan Negeri dan sudah boleh memerintah negeri Terengganu.

“Dun Kemasik ini, duduk di kalangan orang yang boleh eksas dengan internet, golongan intelektual dan berpendidikan.

“Kita di Dun Kemasik juga ada cukup kekuatan jentera pilihan raya parti yang perlu disusun dengan strategi, Insya’Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili PAS Terengganu pada Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Peringkat Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik di Pasti Al-Abrar, Kampung Gelogor, Kertih, Kemaman paad 24 November lalu.

Katanya, PAS perlu meraih undi di kalangan pengundi atas pagar, pengundi muda serta pengundi yang protes terhadap Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Malah, menurutnya jika PAS berjaya mendapat tiga peratus undi dari kalangan pengundi yang pernah mengundi Barisan Nasional sudah dikira boleh menang.

“Kita dalam PAS ada tanggungjawab politik untuk menang pilihan raya. Kita mahu mengembalikan syariat Allah SWT.

“Jika tiga peratus sahaja pengundi Umno-BN datang kepada PAS, kita sudah boleh menang di Terengganu ini,” tegasnya.

Menurutnya, menjadi kewajipan PAS Terengganu menebus semula kekalahan parti sejak tahun 2004 untuk kembali memerintah negeri.

Pelancaran gerak kerja tersebut dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dihadapan lebih 300 ahli parti dari 10 Unit Peti Undi (UPU) di Dun Kemasik.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Arifin Deraman, Yang Dipertua PAS Kemaman, Ismail Harun dan Pengarah MTD Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid.

Aduan babit penjawat awam biadap makin meningkat - Murugiah

BERNAMA

IPOH -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes membabitkan penjawat awam berlaku biadap dan bersikap perkauman terhadap orang ramai.

Beliau berkata masalah salah laku penjawat awam terutama yang bertugas di barisan hadapan tersebut disedari meningkatkan berdasarkan peningkatan aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA).

"BPA menerima lebih 60 aduan dari seluruh negara setiap bulan yang membabitkan penjawat awam bersikap kasar, biadap dan menyentuh isu perkauman sehingga menimbulkan rasa kemarahan pengadu dan rakyat," katanya pada sidang akhbar di pejabat BPA Perak di sini.

Aduan terhadap kes seumpama itu menimbulkan kemarahan kaum dan ia boleh digunakan sebagai isu untuk menyebabkan perbalahan di kalangan pemimpin politik, katanya.

Murugiah berkata BPA sedang memantau semua aduan yang diterima itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan tindakan sewajarnya diambil oleh jabatan atau agensi terbabit bagi membendung masalah itu.

Katanya, tindakan yang boleh diambil termasuk memecat, menggantung atau mengenakan tindakan disiplin kepada individu yang terbabit.

Menurutnya, satu contoh kes yang diterima BPA ialah aduan pada 10 Nov
lepas yang membabitkan seorang jururawat di sebuah hospital di sini yang
mengeluarkan kata-kata kesat dan bersifat perkauman terhadap satu keluarga.

Murugiah berkata kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan penjawat awam beruniform dan yang berurusan setiap masa bersama pelanggan seperti anggota polis, kakitangan hospital dan sekolah.

Beliau berkata isu seperti itu menimbulkan masalah apabila berlaku campur
tangan ahli politik.

Beliau menasihati penjawat awam supaya lebih peka berhubung isu berkaitan dan berusaha sebaik mungkin memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.

Tidak menjadi 'tuan' selepas 53 tahun

SINAR HARIAN ONLINE

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak ada makna sekiranya majoriti rakyat termiskin negara ini masih terdiri daripada kaum Melayu selepas UMNO memerintah selama 53 tahun.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada kajian yang dijalankan, terbukti 97 peratus daripada kira-kira 65,000 isi rumah termiskin seluruh negara terdiri daripada golongan Melayu-Bumiputera.:

Menurutnya, dengan adanya konsep Ketuanan Melayu serta diperkuatkan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB), masih belum mampu meningkatkan ekonomi orang Melayu kerana dasar tersebut menguntungkan sebilangan kecil orang Melayu sahaja.

Katanya, oleh kerana kegagalan pemimpin sekarang, penyelesaian kepada isu tersebut adalah meninggalkan konsep Ketuanan Melayu dan menghapuskan perbezaan etnik demi kepentingan bersama.

“Kita tidak nafikan kepentingan masa depan orang Melayu di negara ini, sebab itu pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) bersetuju menandatangani deklarasi bersama mempertahankan prinsip asal Perlembagaan negara.

“Kita bersetuju dengan hak-hak orang Melayu dan pada masa sama juga hak kaum lain turut terjaga,” katanya ketika sesi penggulungan pada Kongres PKR ke-7, di sini, semalam.

Selain itu, Anwar turut mengingatkan perwakilan yang ada agar tidak lagi risau dengan dakyah pihak lawan yang menakutkan orang Melayu mengenai nasib mereka sekiranya PR menang pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, dakwaan sebegitu muncul kerana pihak lawan berasa takut dengan kebangkitan rakyat yang mahukan reformasi secara besar-besaran dan ini pasti akan diterjemahkan pada pilihan raya melalui undi.

“Bagi saya, baik saya hidup di bawah pemerintahan bukan Islam yang adil daripada pemerintahan orang Islam yang penuh dengan rasuah dan salah laku,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menasihatkan semua pemimpin dan ahli parti agar terus bersabar apabila diserang bertubi-tubi oleh pihak lawan.

Katanya, PKR telah melalui pelbagai cabaran yang amat getir sehingga pernah disifatkan telah mati, namun Pilihan Raya Umum 2008 membuktikan PKR kembali kuat dan menjadi parti masa depan negara.

“Sekarang adalah pusingan terakhir, sebab itu kita diserang hebat dari segenap arah, dari luar dan dalam.

“Tetapi saya bersyukur kita sudah berjaya membersihkan parti kita daripada pemimpin yang berniat lain daripada perjuangan sebenar PKR,” katanya.

1,000 penduduk dari tiga kampung rayu JKR baiki jalan rosak di Batu 16

KENINGAU KINI

KENINGAU: Lebih 1,000 penduduk di tiga buah kampung iaitu Kg. Lintuhun Baru, Kg. Namadan Baru dan Kg. Bambangan Baru merayu kepada kerajaan agar menaik taraf jalan raya utama menuju ke simpang Batu 16, yang kini rosak teruk dan sukar dilalui oleh kenderaan.

Jurucakap penduduk Henry Judy Kusop berkata, berikutan kerosakan jalan raya itu menyulitkan penduduk kampung apabila keluar berurusan ke pekan untuk memasarkan hasil tanaman mereka sama ada di Keningau.

Katanya, penduduk terpaksa berhempas pulas menarik dan menyurung membantu pergerakan kenderaan yang sukar melalui jalan licin.

“Itulah alternatif yang dibaut oleh penduduk kerana tiada pilihan lain selian bermandi dengan apabila keluar ke pekan untuk memasarkan hasil pertanian dan mendapat keperluan harian” kata Judy kepada New Sabah Times di sini kelmarin.

Judy berkata, selain penduduk kampung yang mengalami masalah, warga pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Lintuhun turut mengalami masalah itu.

Katanya, guru-guru sukar membawa keperluan mereka dan peralatan sekolah juga sukar dibawa masuk kerana kenderaan pengangkutan awam enggan masuk di kawasan itu.

Amat menyedihkan lagi katanya, apabila ada penduduk yang sakit tenat dan memerlukan rawatan di hospital Keningau tidak dapat dibawa keluar dengan cepat.

Seorang lagi penduduk Isim Gamurong berkata, penduduk kampung terpaksa membawa cangkul semasa menumpang kenderaan apabila keluar ke pekan.

Katanya, mereka berbuat demikian untuk mengeluarkan takungan air dan lumpur yang menyebabkan kenderaan sukar melalui jalan raya yang licin dan berlumpur.

Beliau memberitahu, bukan setakat membawa cangkul tetapi terpaksa membawa dua pasang pakaian kerana jika pakaian mereka terpalit dengan lumpur mereka menukarnya sebelum meneruskan perjalanan ke pekan.

Dalam masa yang sama Isim mencadangkan, jika jalan raya menuju ke simpang Batu 16 itu sukar dinaiktaraf, terdapat jalan alternatif yang boleh dinaiktaraf iaitu dari SK. Lintuhun ke simpang Batu 18.

Pada bulan Oktober lepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook Datuk Ellron Alfred Angin sudah meninjau jalan raya itu dan meminta kerajaan melalui jabatan-jabatan yang berkenaan agar menyalurkan segera peruntukan menaiktaraf jalan raya ke Kg. Lintuhun Baru dan sekitarnya yang kini rosak teruk.

Katanya, permohonan untuk menaiktaraf jalan raya itu telah dikemukakan dua tahun yang lalu namun belum ada tindakan yang diambil oleh pihak yang berkenaan.

Ellron yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, sebagai ADUN di kawasan Sook beliau telah berjumpa dengan pihak-pihak yang berkenaan namun belum ada tindakan yang diambil.

SEMBAHYANG HAJAT UNTUK LAKNAT KASTAM?



HJ.BAKIR & PEGAWAI PENCEN.

KELIHATAN setelah Sabahkini.net membongkar cerita tentang taktik dan cara Ketua Pengarah Kastam menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri, bersubahat dengan penyeludup di Bintulu, Kuching, Sibu dan Miri; beliau kini amat marah pada penduduk Labuan dan telah mengarahkan Pegawai Pencegahan daripada Semenanjung dan Sarawak terus menyambung operasi sehingga Tahun Baru Cina.

Kami penduduk Labuan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ketua Pengarah Kastam atas usaha beliau sebagai KPK membanteras aktiviti penyeludupan di Labuan.

Di sini kami juga ada berapa soalan mahu tanya kepada Dato Seri Hj Mohd Khalid iaitu Kenapa Pegawai Pencegah daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak diarah menjaga ‘exit point’ di Labuan dan kami juga ingin tahu siapa yang menjaga pelabuhan dan laut di Sarawak seperti Bintulu, Sibu dan Miri?

Sebagai pembayar cukai yang membayar gaji semua pegawai kerajaan, kami ingin tahu siapa memantau ‘Bonded Warehouse’ atau gudang berlesen di Semenanjung, Kota Kinabalu dan Sandakan? Berapa duit rakyat sudah habis untuk tambang, penginapan dan elaun pegawai dari KL dan Sarawak sebelum hari raya sehingga kini?

Berapa tangkapan atau rampasan yang kerajaan untung selama operasi yang hanya ditumpukan di Labuan sahaja? Kami percaya KPK arah semua pegawai ke Labuan supaya kroni yang dijaga oleh beliau di Bintulu, Sibu, Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan dan KL senang masuk tanpa dikacau oleh pegawainya.

Kalau beliau seperti Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz memang kita hormati tapi kita tidak hormat manusia yang bukan sahaja tidak kelihatan bersih, malah berbau busuk. Kedengaran sekumpulan penduduk di Labuan akan adakan sembayang hajat agar Pengarah dan Pegawai atasan Jabatan Kastam yang menyalaguna kuasa, korupsi untuk kepentingan diri selama berkhidmat sebagai pegawai kastam dilaknat Tuhan.

Esok (Selasa) KPK akan ke Labuan dan kami penduduk W.P Labuan mengucapkan selamat datang dan lihat sendiri pegawai bawahan beliau sengsara digigit nyamuk laut menjaga di tepi sungai dan laut selama 24 jam; sedangkan dan beliau dengan pengarah lain di ibu pejabat tidur lena di rumah atau hotel lima bintang.

Lebih memalukan, hujung bulan terima saham dari tauke penyeludup di Sarawak. Kami minta Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan pasukan Marin Polis agar turut memantau kargo kontena ke Bintulu, Sibu, Kuching dan juga ‘Bonded Warehouse’ di Kota Kinabalu, Sandakan dan Johor. Cekup kroni-kroni mereka dan buktikan kepada rakyat aduan kami yang disiarkan Sabahkini.net memang benar dan tepat; melainkan mereka juga bersubahat?.

PASPORT TERBANG DI LABUAN?

ANTI KARAOKE

ASSALAMULAIKUM dan Salam 1 Malaysia, kami berharap pihak berkuasa iaitu Ketua Polis Negara, SPRM dan Menteri Dalam Negeri dapat menjalankan siasatan terhadap Isu Pasport Terbang, GRO dan Perjudian haram.

Terdapat ramai perempuan Filipina yang bekerja sebagai GRO di Pusat Hiburan Labuan membayar sindiket atau pekerja express feri untuk mendapatkan Cop daripada Imigresen Brunei. Ini bermakna bahawa GRO di Labuan tidak perlu pergi sendiri ke Brunei untuk mendapatkan Cop Imigresen Brunei. Kami percaya sindiket tersebut di atas bersubahat dengan Pegawai Imigresen Labuan untuk Cop keluar saja.

Kemungkinan besar sindiket atau pekerja feri langsung tidak pernah pergi ke Imigresen Brunei dan mereka mengunakan Cop Imigresen Brunei yang dibuat sendiri untuk mengecop pasport GRO tanpa disedari oleh pihak berkuasa Imigresen Brunei dan pihak berkuasa lain di Labuan.

Kami percaya bahawa ada sindiket berbuat demikian dalam masa yang agak lama tanpa pengetahuan pihak Imigresen Brunei dan pihak pegawai atasan imigresen Malaysia selama ini. Kami fikir imigresen Malaysia selama ini tidak pernah berbicang, merujuk dan mendapat pengesahan daripada pihak Imigresen Brunei tentang pasport atau pas lawatan GRO dari Labuan.

Taktik terbaru apabila pasport GRO telah dicop beberapa kali di Imigresen Brunei, GRO seharusnya kembali ke negara asal mereka, namun mereka tidak balik ke negara asal mereka malahan mereka beralih mendapatkan cop imigresen daripada Limbang yg membolehkan mereka terus berada di Labuan.

Adakah Limbang dan Labuan merupakan sebahagian daripada Malaysia? Kenapa apabila pasport mereka ditolak oleh pihak Imigresen Brunei kerana terlalu banyak cop ‘keluar masuk’ ke Brunei dan hanya transit dan kini GRO pula beralih ke Limbang untuk mendapatkan Cop Imigresen daripada Limbang yang membolehkan mereka (GRO) kekal berada di Labuan. Mungkin Imigresen Limbang pun senang ‘dikautim’?.

Sebuah pusat hiburan yang kecil (sebuah kedai) di Labuan ada 25 hingga 40 GRO dan untuk dua lot kedai seperti King Karaoke, Manila Cafe, Strawberry Karaoke, Tip Top Karaoke, Pop In, Havana Karaoke ada 40 hingga 80 GRO. Adakah tauke pusat hiburan tersebut akan bayar levi sebanyak RM2,000 untuk tempoh 6 bulan bagi setiap GRO? Kita cuma kira 30 GRO x 6 premis karaoke sahaja sudah ada 180 orang dan tidak kira sampai 80 orang bagi setiap Karaoke. Kita minta SPRM periksa di Imigresen Labuan berapa jumlah GRO yang bayar levi dalam masa enam bulan lalui mulai Jun hingga November 2010. Kalau sebuah pusat hiburan ada 40 GRO x RM2,000 = RM80,000 dan periksa mana satu pusat hiburan pernah membayar jumlah begitu besar untuk tempoh enam bulan dan Labuan kini ada 43 pusat hiburan. Tauke pusat hiburan di Labuan hanya salahguna permit pelayan (waitress) untuk menjalankan kegiatan maksiat berlesen.

Pelanggan hanya bayar RM250-RM300 untuk semalam perkhidmatan sebelum jam 12 tengah malam dan jika tidak pelanggan terpaksa belanja GRO segelas Ladies drink (beer) dengan harga RM28 sebelum Mummy karaoke melepaskan GRO di bawah jagaannya mengikut pelanggan ke hotel.

Dua hari yang lalu di internet dan suratkhabar menyatakan Malaysia sudah kritikal kerana sudah banyak wanita Malaysia terjangkit Virus HIV dari suami dan teman lelakinya. Di sini kita lihat kerajaan pula melonggarkan undang-undang untuk tauke karaoke menjalankan aktiviti pelacuran berlesen.

Walaupun Labuan adalah sebuah pulau yang kecil tetapi banyak aktiviti haram beroperasi di tengah bandar seperti 4 ekor haram, mesin slot haram dan judi di tempat terbuka. Apakah pihak berkuasa tempatan tuli dan tidur?.

Kami berharap agar Ketua Polis Negara yang baru ini akan arah PGA atau FRU bersama pegawai tatatertib turun ke Labuan dan hapus semua kegiatan haram yg beroperasi bertahun di Labuan dan setiap kali serbuan oleh pihak berkuasa tempatan cuma ‘Ops Tayang’ sahaja.

Pusat hiburan beroperasi sehingga jam empat atau lima pagi dan Perbadanan Labuan hanya keluar saman RM100 sahaja. Kami juga difahamkan daripada pelanggan jika mahu mengambil pil khayal atau pil kuda, cuma beritahu ‘waiter’ karaoke mahu ‘special drink’ dan hanya pelanggan yang sentiasa mengunjungi karaoke tersebut akan diberi minuman khas yang ada pil dengan harga istimewa juga. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan harus tahu perkara ini kerana Labuan hanya sebuah pulau kecil. Macam mana pegawai penguatkuasa di Labuan mahu bekerja di daerah besar ketika ditukar kelak? Sepatutnya tindakan membatal lesen diambil bukan hanya kompoun RM100 yang boleh dibayar seperti membuang air kecil ditandas!

Kami sebagai warganegara yang bertanggungjawab serta cintakan negara ini ingin tahu kenapa perkara sebegini boleh berlaku dan pihak berkuasa langsung tidak ambil peduli atau mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang terlibat dalam perbuatan ini.

Isnin, 29 November 2010

Asri: Beri insentif pada pasangan kahwin campur

MALAYSIA KINI

Bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mencadangkan perkahwinan dijadikan antara faktor bagi mendekatkan hubungan antara kaum yang berbeza di negara ini.

Sehubungan itu, katanya golongan yang berpengaruh dan kerajaan hendaklah menggalakkan perkhwinan campur termasuk memberikan insentif tertentu kepada pasangan yang berkahwin rentas kaum berkenaan.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcMenurutnya, sejarah telah membuktikan perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum.

“Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik.

“Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang Cina menjadi 'Melayu' atau Melayu menjadi 'Cina' selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Asri, bagi yang beragama Islam, hendaklah dipastikan keislaman mereka terpelihara. Bahkan individu berkenaan wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya kerana sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam.

sabah native wedding marriage ethnic groups 250509 04“Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama 'bapa' adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam.

“Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah 'kesempitan pemikiran setempat' yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama,” katanya.

Bekas mufti Perlis itu juga berkata perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum dan bukan bertujuan menghapuskan identiti kaum berkenaan.

“Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).”

sabah native wedding marriage ethnic groups 250509 02Katanya lagi, perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata-mata.

“Sabda Nabi SAW “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas 'Ajam (yang bukan Arab), atau 'Ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani),” katanya.

Menurutnya, jika hal-hal itu, dihayati, perkahwinan campur boleh membantu mengeratkan hubungan antara masyarakat majmuk di negara ini.

K'jaan perketat kuatkuasa iklan 'Made in M'sia'

BERNAMA

Kerajaan sedang menimbang kemungkinan untuk mengawasi semua jenis tayangan iklan tempatan dan luar negara di bawah bidang kuasa sebuah pihak berkuasa.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata ia bagi mengetatkan lagi pemantauan terhadap pematuhan syarat Sijil Akuan Filem Iklan Buatan Malaysia atau "Made in Malaysia" (MIM) yang disiarkan di semua stesen televisyen tempatan.

joseph salang anak gandum 00Langkah itu turut dibuat berikutan kebanjiran iklan luar dilihat yang boleh menjejaskan industri pengiklanan negara, katanya ketika menjawab soalan Salleh Kalbi (BN-Silam) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut berkata iklan yang mempamer wajah masyarakat Asia dan Malaysia akan diberi perhatian dalam iklan buatan Malaysia.

Salang berkata kementerian tersebut tidak mengehadkan kemasukan filem iklan dari luar negara tetapi mengehadkan penyiaran filem iklan luar dengan menguatkuasakan MIM bagi memastikan keutamaan diberikan kepada pengeluar filem tempatan dalam menerbitkan filem iklan.

Mengenai filem iklan yang tidak menerapkan elemen pengajaran serta tidak mengikut norma dan nilai kehidupan masyarakat di negara ini, beliau berkata pengeluaran filem iklan telah dapat dikawal melalui penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 atau Akta 620 di bawah Kementerian Dalam Negeri.

"Garis panduan perakuan filem iklan buatan Malaysia masih menetapkan peraturan bahawa setiap filem iklan yang disiarkan di televisyen mesti mempunyai sijil MIM," katanya.

Sehubungan itu, katanya kementerian melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sedang dalam tindakan untuk memantapkan lagi peraturan yang sedia ada dan kementerian masih menguatkuasakan peraturan agar setiap iklan yang disiarkan di televisyen tempatan mempunyai MIM.

Salang berkata sijil MIM hanya akan dikeluarkan kepada filem-filem iklan yang diterbitkan oleh filem iklan tempatan sahaja dan filem iklan luar negara boleh digunakan sebagai "foreign footage" atau kakian asing dengan tidak melebihi 30 peratus kakian asing.

Menurutnya, bukan semua iklan diawasi oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudyaan kerana iklan papan tanda pula terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

saluran infotainmen andaMengenai persaingan antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan televisyen swasta dalam menayangkan filem iklan, beliau berkata kementerian itu tidak mengehadkan mana-mana pihak untuk menyiarkan iklan produk mereka melalui mana-mana saluran stesen televisyen.

"Pemantauan kandungan (iklan) bukan di bawah kementerian melalui Finas, ia adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri (Lembaga Penapisan Filem). Finas hanya mengeluarkan MIM sahaja dan kita mengharapkan penyusunan semula penguatkuasaan akan dilakukan," katanya dan menambah iklan yang tidak memenuhi syarat boleh ditarik dan tidak ditayangkan di televisyen.

Berhubung aktiviti penjualan masa siaran iklan radio dan televisyen (untuk RTM) yang melantik Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) sebagai agensi pemasaran, Salang berkata kementeriannya sedang berunding dan mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan sasaran kutipan termasuk berkemungkinan akan menarik balik perlantikan pengurusan itu sekiranya syarikat akhbar berkenaan tidak dapat membuat kutipan yang diunjurkan.

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) yang membangkitkan persoalan itu bertanyakan mengenai bentuk tindakan yang diambil oleh kementerian apabila UMMB tidak mencapai sasaran kutipan iaitu RM27 juta bagi televisyen dan RM13 juta bagi radio berbanding pencapaian pada 2005 dan 2006 yang diuruskan oleh agensi lain, seperti yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2009.

"Adakah anak saya rayu untuk nyawanya?"

Aidila Razak

Tiada apa yang lebih penting bagi seorang ibu daripada memastikan beliau mendapat keadilan daripada mereka yang terbabit dalam pembunuhan anak lelaki remajanya.

NONEBagi, Norhafizah Mad Razali saat-saat terakhir sebelum anaknya ditembak mati oleh polis sentiasa menghantui dirinya.

"Saya sentiasa tertanya-tanya apa yang berada di fikirannya, bagaimana perasaannya sebelum ditembak mati. Adakah dia merayu supaya dibiarkan hidup?

"Adakah dia menanggis dalam kesakitan?” soal Nohafizah lagi dengan berlinangan air mata meskipun suaminya, Shapiei Zainal Abidin yang juga menitiskan air mata cuba menenangkannya.

Anak mereka, Mohd Shamil Hafiz Shapiei, ditembak mati pada jam 4 pagi, 13 November lalu di sebatang jalan di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

NONEKematian Mohd Shamil itu hanya beberapa minggu sebelum harijadinya yang keenambelas.

Bayangan remaja itu yang ditembak di dada dan juga dahinya pasti akan sentiasa terpahat di benak kedua-dua ibu bapanya.

"Ia gerak hati seorang ibu...Saya tak tahu bagaimana atau kenapa, tetapi kata-kata terus keluar dari mulut saya sebaik sahaja melihat tubuhnya yang terkujur: Dia mati dibunuh,” katanya ketika ditemui di rumah pangsa kos rendah yang mereka huni di Kota Damansara.

Polis mendakwa pihaknya menembak dalam percubaan mempertahankan diri kerana Mohd Shamil dan dua lagi rakannya, - Mohd Hanafi Omar, 22 dan Hairul Nizam Tuah, 20, yang dikatakan dari Cheras - telah menyerbu ke arah polis dengan parang selepas cubaan merompak sebuah stesen minyak.

NONEKetiga-tiga mereka mempunyai kecederaan yang hampir serupa dengan tembakan di dada dan kepala dengan Hairul Nizam ditembak di tepi kepalanya manakala Mohd Hanafi pula ditembak di atas kepalanya.

Semua peluru menembusi badan ketiga-tiga mangsa