HALAMAN SANTAI

Rabu, 31 Ogos 2016

Husam selamat berjuang, jangan menangis lagi

MSO

Mohamad menebeng sorang keahlian Husam.
 
Sebelum berlangsung ucapan pada majlis makan malam bersama Husam Musa malam tadi sempena pengumumannya menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), saya sempat berjumpa dengan bekas Naib Presiden Pas itu. Beliau duduk semeja dengan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, timbalannya Salahuddin Ayub, Naibnya Dr Hasanuddin, Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir, Dr Mohd Hatta Ramli, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan beberapa yang lain.

Turut sama merai penyertaan Husam ke dalam AMANAH ialah Ahli
Parlimen Seputih Teresa Kok.

Saat bersalaman dengannya saya membisikkan kepadanya sambil bercanda; "malam ini bukan malam untuk Husam manis sekali lagi."

Husam menggengam erat tangan saya dengan tersenyum lebar sambil memerhati seluruh diri saya. Dia memahami maksud dan kata hati saya. "Sihat?" tanya beliau kepada saya cuba mengalihkan tumpuan. Saya menentang ke matanya lama-lama, begitu juga beliau, kami saling membalas senyum dan hati berbicara dengan bahasanya.


Husam berucap mengistyharkan sertai Amanah.
Senyuman yang dilemparkan Husam bukan sahaja untuk saya, tetapi untuk semua yang berada di situ. Senyuman dan hilai kecilnya menyakinkan semua orang; bahawa beliau benar-benar bersedia untuk mengucap selamat tinggal secara mutlak kepada Pas selepas parti itu memecatnya.

Isteri Husam (tengah) dan ibu mertuanya turut hadir. 
Pimpinan yang lain dimeja itu juga turut tersenyum lebar dan bangga. Demikian juga wajah-wajah yang berada di dalam restoran itu semua ceria, gembira dan bahagia. Semuanya kerana majlis malam tadi, pengistyharan Husam menyertai AMANAH. Betapa tidak sesudah kesekian lama orang ramai khasnya peminat dan pengkagumnya menunggu sosok itu akhirnya dia memenuhinya juga harapan itu. Doa awam, khasnya mereka yang kecewa dengan parti agama termakhbul juga akhirnya.

Selepas bersalaman saya beralih ke meja terpojok, duduk bersama rakan-rakan lama dari Kelantan antaranya Rushdan Mustapa, Mohamad Hussein, Wan Johari dan
lain yang sanggup datang dari jauh semata-mata merai dan memberi sokongan kepada Husam.

(Meja yang saya tempah tidak pula kelihatan. Mungkin dipenuhi atau pun terjual double kerana sambutan majlis makan malam tadi hangat dan meriah sekali). Semua meja dalam restoran itu penuh dengan para tetamu. Begitu juga di luar di sepanjang kaki lima, kiri kanan restoran itu penuh dengan orang ramai. Tidak cukup kerusi dan bangku disediakan orang ramai rela duduk dilantai dan berdiri.

Sekilas melihat suasana malam tadi teringat kepada peristiwa semasa Husam menjadi calon di Putrajaya dalam pilihan raya 2013 lepas, bagai mana beliau diberikan sambutan dan sokongan padu oleh anak-anak muda dan penduduk Putrajaya. Orang ramai datang berpusu-pusu dan memenuhi Putrajaya sepanjang kempen kerana memberi sokongan dan dokongan kepada Husam. Kehadiran Husam di situ waktu itu berjaya membentuk satu auara dan gelombang buat Pas Kelantan terus menguasai negeri berkenaan.

Kehadiran malam tadi di luar jangka sehinggakan makanan dan hidangan disediakan tidak mencukupi. Pihak penganjur tidak menduga majlis mendapat sambutan dan itu secara tidak langsung memberi indiktaor bahawa AMANAH sudah semakin diterima umum.

Saya tahu mereka datang bukan sangat untuk makan, tetapi menyaksikan peristiwa penting dan melihat sebuah perjalanan politik seorang maskulin bernama Husam Musa. Ternyata penyertaan Husam ke dalam AMANAH sudah ditunggu-tunggu begitu lama sangat dialu-alukan. Mereka yang mempercayai kepada kebolehan Husam yakin dengan penyertaanya AMANAH akan telah mendapat pemikir yang bakal meletakkan parti itu menjadi parti Islam progresif dan menjadi parti alternatif di hari-hari muka. Kehadiran Husam dalam parti itu melengkapkan organ kepimpinan AMANAH itu sendiri.

Husam mengambil masa agak panjang sebelum membuat keputusan bersama AMANAH. Beliau memberi masa bertenang selama empat bulan. Ketelitian Husam itu menyebabkan setengah orang sudah naik bosan dengan beliau atau hilang sabar menunggunya untuk bergabung dalam AMANAH.

Bagi sesiapa yang mengetahui denyut nadi perjuangan Putra Tuan Guru Musa ini, mungkin tidak akan berasa pelik dengan tindakannya itu. Husam bukan seorang yang tergesa-gesa dalam tindak tanduknya. Dia berbuat sesuatu dengan berfikir panjang dan penuh perhitungan. Saat rakan-rakan "sekalah" dengannya dalam muktamar Pas berhimpun, berjumpa untuk mencari resolusi bagi menentukan hala tuju perjuangan dan merangka wadah baharu AMANAH, beliau masih menompang dagu, mengimbau kepada sejarah manis dan duka berdekad bersama Pas.

Sebahagian yang hadir memenuhi kaki lima.
Husam bukan tidak tersentuh dengan tindakan segera dan pantas kekawannya yang kesal dan kecewa dengan apa dilakukan kepada mereka oleh bekas rakan-rakan dalam Pas. Dia bukan tidak marah dan simpati atas cacian dan lemparan kata-kata kesat kepada rakan-rakan "sekalah" denganya itu. Terasa, namun beliau menahankan sabar dan gelora dalam jiwa. Husam mengambil langkah bertenang dan cuba menjadi lelaki dewasa mencari titik dan ikhtiar apakah parti yang dikashinya itu masih boleh diselamatkan.

Sayang usahanya tidak membuahkan hasil. Gelodak kemarahan dan kebencian segelintir orang dalam Pas kepadanya terus meruap. Mereka yang benci dan dengki kepadanya terus mengadu dombakan pimpinan teratas demi melihat beliau terkanjar daripada Pas. Dalam pada itu pimpinan yang diharap memberikan beliau secebis kasih sayang dan peluang untuk bersama Pas bagi meneruskan legasi murabbinya juga memandang picing kepadanya. Atas asakan dan cocokan orang-orang yang dengki dan iri kepadanya akhir Jawatankuasa Disiplin parti mengambil keputusan memecatnya secara kejam.

Di sini saya tidak mahu ulangi tindakan pemecatan bekas Exco Kanan Kerajaan Pas Kelantan itu sama ada betul atau tidak. Keputusan telah dibuat dan usaha juga telah dilakukan bagi menyelamatkan Husam agar terus kekal dalam kapal Pas, tetapi semuanya tidak berhasil. Prejudis kepada Husam yang dibajai dengan rasa kebencian dan dengki sangat menebal sekali.

Mungkin ada orang pertikai kenapa Husam tidak merayu pemecatannya itu? Husam ada jawaban dan makrifat tersendiri mengenainya. Mungkin dia sudah dapat membaca kandatipun dia merayu, rayuannya tidak diendakkan. Pemecatan itu menjadi satu pesta kepada sesetengah orang dalam Pas dan pesta itu tidak pun dikesali langsung. Keputusan memecat Husam dilaksanakan di rumah seorang pemimpin yang kesekian lama berdendam dan bersalah sangka terhadap Husam. Kenapa sampai begitu sekali? Apakah semua perbuatan dan tindakan itu terelak dari dihisab di Mahsyar?

Tindakan Husam itu perlu dihormati dan keyakinan ia dibuat setelah memikirknya semasak mungkin. Sepotong ayat Husam dalam satu kenyataanya sebelum pengistyharan dibuat boleh dijadikan renungan atau pun jawaban ke atas tindakan yang penuh dramatik itu.

Kata Husam; "Wadah yang saya harapkan dahulu seakan telah terjual. Tertambat dengan kejumudan tanpa inovasi, takwilan nas di luar revelensi, pelebelan dan syok sendiri, membelakangkan budaya argumentasi tetapi mengutamakan emosi, laungan tidak sama dengan aksi, terikat dengan umpan politik lawan dan gagal menerapkan agenda perjuangan yang luas meliputi."

Apabila dipecat daripada Pas sedangkan Husam adalah masih singa yang kuat dan tangkas berlari, dia memerlukan padang dan rimba untuk meneruskan larian kehidupan dan melakari lekuk perjuangannya. Seperti mana katanya terfikir olehnya untuk berihat terus dari berlari dalam perjuangan. Namun kerana cara itu bukan lumrah bagi sang singa raja juang, maka beliau perlu menerokai belantara dan pandang baharu. Perjuangan membela rakyat perlu diteruskan. Sikap, alqa'idun bukan baik bahkan haram bagi seorang berjiwa pejuang seperti beliau. 

Dari celah kesedihan dan kekecewaaan itulah, akhirnya beliau memilih AMANAH sebagai wadah perjuangannya. Dan malam tadi bertempat di Cyberjaya, Husam dengan rasmi telah mengistyharkan dirinya sebagai anggota AMANAH di hadapan ribuan penyokongnya dengan disaksi sama oleh isterinya Rohana Abdul Rahman dan ibu mertuanya. Ertinya beliau telah menyerahkan dirinya kepada belantara dan padang AMANAH untuk sama-sama berlari dengan kekawan lain demi meneruskan perjuangan.

Iya, kalau sebelum ini orang berkeluh kesah dengan kelambatan Husam menyertai AMANAH, ada yang menyifatkan beliau sudah terlewat dan ada pula seakan tidak sabar untuk melihat Husam memegang panji AMANAH; nah, hari ini Husam sudah berada di situ. Hari ini adalah giliran mereka yang yakin kepadanya sayang kepadanya dan berasakan beliau layak dan tanggung sebagai seorang pemimpin, sokonglah Husam.

Semua orang yang menyayangi dan mempercayai perlu bertanggungjawab kepada pemilihan yang dibuatnya itu. Ingat Husam bersendirian tidak mampu mengocakkan rimba perjuangan itu atau menjejaki ke segenap padang perjuangan melainkan ianya disambut semua tangan-tangan dan diinjeak semua kaki-kaki orang yang berharapkan kepadanya, baharulah keberertian penyertaan Husam ke dalam rimba perjuangan itu bermakna.

Husam kini sudah terlepas ke dalam belantara baharu bernama AMANAH. Keterlepasan Husam itu bermakna hilanglah langkah dan kelibatnya dalam Pas walaupun jejak jasanya masih ada. Kepada orang-orang Pas sama ada yang menyesali atau marahkan Husam, redhalah dengan apa yang berlaku. Biarlah Husam berlalu tenang ke rimba baharu itu. Sama ada beliau dapat survive atau tidak, untuk sebuah kehidupan dan perjuangan ianya berada dalam ketentuan Allah Rabul Jalil. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan seru sekalian alam maha adil dan Ianya kepunyaan semua makhluk.

Husam selamat berjuang dan jangan menangis lagi

Harga RON95, RON97 turun 5 sen September ini

 
Bermula 1 September ini, harga RON95 adalah RM1.70 seliter (berbanding RM1.75 pada Ogos) manakala RON97 pada RM2.05 seliter (berbanding RM2.10 pada Ogos).


fuel


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia mendapat ‘hadiah kemerdekaan’ hari ini apabila harga bagi petrol RON95 dan RON97 untuk September dijangka turun 5 sen berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Menurut portal automotif paultan.org, bermula 1 September ini, harga RON95 adalah RM1.70 seliter (berbanding RM1.75 pada Ogos) manakala RON97 pada RM2.05 seliter (berbanding RM2.10 pada Ogos).

Harga diesel dan diesel Euro 5 pula kekal masing-masing pada harga RM1.70 seliter dan RM1.80 seliter.
Pada bulan lalu, harga RON95 dan RON97 tidak berganjak berbanding Julai, manakala diesel naik 10 sen.

Bermula Disember 2014, kerajaan menggunakan sistem apungan harga mengikut pasaran bagi menentukan harga petrol setiap bulan.

ADN jadikan basikal ‘kenderaan rasmi’ lawat kawasan

OLEH NAZLI IBRAHIM


KLANG: Bagi memperoleh kesan perkhidmatan maksima sebagai wakil rakyat, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pinang, Dato’ Teng Chang Khim menjadikan basikal sebagai ‘kenderaan rasmi’ melawat kawasan diwakilinya sejak dua minggu lalu.

Beliau berkata, berbasikal memberinya lebih banyak ruang dan masa untuk bertemu penduduk Sungai Pinang secara dekat di samping memantau isu setempat secara mendalam berbanding menaiki kereta.

“Sudah lebih dua minggu saya berbasikal ketika melawat kawasan, malahan sebelum ini turut disertai ahli majlis dan ketua masyarakat.

“Apabila berbasikal, saya boleh berhenti di mana sahaja untuk bertemu penduduk dan tidak perlu mencari parkir jika ingin singgah di gerai yang terdapat orang ramai,” katanya kepada SelangorKini.

DSC_0744 kecil

Beliau sebelum itu merasmikan Program Kayuhan Basikal sempena sambutan Hari Kemerdekaan di Kampung Sungai Pinang, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Chang Khim yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, IKS dan Pengangkutan berkata, beliau perlu memberi contoh teladan baik untuk diikuti masyarakat yang dipimpinnya.

“Amalan berbasikal juga mampu mengekalkan tahap kecergasan juga mengurangkan pencemaran alam sekitar berbanding kenderaan bermotor,” katanya.

Penyertaan Husam dalam PAN tak jejaskan Pas

MALAYSIA GAZETTE




Penyertaan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menjejaskan PAS, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu malam tadi.

"Nak tahu kuat ke, tak kuat ke, tunggu pilihan raya (umum) nantilah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kebangsaan 2016 di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh di sini, Rabu.

Husam, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya malam tadi.

Beliau dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-UMNO.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu sedia berdepan dengan mana-mana parti termasuklah Amanah pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata keputusan Husam untuk menyertai Amanah adalah pilihannya sendiri selepas dibuang daripada PAS sebelum ini.-- BERNAMA


PERKASA mahu muzium pejuang kemerdekaan dibina

 
  
Ibrahim Ali
Ibrahim Ali


Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan agar kerajaan dapat membina Muzium Pejuang Bangsa dan Muzium Pejuang Kemerdekaan.

Kedua-dua muzium berasingan itu khas untuk merakamkan pejuang bangsa yang bermatian menentang kuasa penjajahan asing sementara satu lagi mencatatkan sejarah pejuang kemerdekaan.

"Muzim Pejuang Kemerdekaan mengenegahkan bukan sahaja individu tetapi sejarah awal menentang penjajah termasuk tujuh orang Muar yang menentang Malayan Union atas kesilapan Sultan Johor dan Raja-Raja Melayu menandatangani Surat Perjanjian Malayan Union," katanya dalam perutusan sempena ulang tahun kemerdekaan negara di sini hari ini.

Selain itu, Ibrahim mewakili PERKASA melahirkan rasa hiba ekoran rata-rata rakyat Malaysia kini dilihat semakin hilang jati diri, terhakis maruah bangsa dan hilang semangat patriotik serta daya juang yang telah dipasakkan melalui darah dan air mata oleh pejuang-pejuang bangsa serta pejuang kemerdekaan terdahulu.

"Jangan kita lupa, ketika mengingati nama Tunku Abdul Rahman Al Haj dan rakan-rakannya sebagai pelopor kemerdekaan negara, harumkan jua nama-nama pejuang bangsa terdahulu yang antaranya Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Ku Paloh, Rosli Dobi, Datuk Salleh dan ramai lagi," katanya.

Menurut Ibrahim, pencetus dan pejuang kemerdekaan yang dikenali tujuh orang Muar yang digerakkan oleh Datuk Abdul Rahman Muhammad Yasin, Datuk Hassan Yunus, Cikgu Kosai dan rakan-rakannya yang sanggup mengorbankan darah, titik peluh dan kehidupan mereka bagi mengangkat maruah bangsa dan jatidiri serta kesucian agama melalui perjuangan yang sangat mulia yang dinamakan kemerdekaan.

"Tapi kini perjuangan mulia ini kini semakin terhakis lantaran rakyat negara ini kekadang tanpa mengira apa pun kedudukan mereka samada dalam dunia politik, perniagaan, pendidikan, sosial dan sebagainya dilihat lebih memperjuangkan kepentingan diri dengan budaya ketamakan kebendaan yang melampau sehingga mereka terlupa makna erti kemerdekaan sebenarnya," katanya.--MalaysiaGazette


Khairy Bidas Kenyataan 'Ultra Kiasu' Ridhuan Tee

Oleh: THE STAR
 
 
Khairy Jamaluddin.
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin membidas ahli akademik, Ridhuan Tee Abdullah di atas kenyataannya mengenai sukan yang disifatkan "salah dan tidak bertanggungjawab".

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, istilah "ultra kiasu" yang digunakan Tee terhadap altet negara menerusi kolumnya dalam akhbar berbahasa Melayu bersifat menghina.

"Ia merupakan penghinaan kepada atlet. Saya mengambil kenyataan beliau sebagai sangat tidak tepat. Saya juga kecewa dan marah.

"Beliau tidak tahu mengenai atlet sebagaimana saya kenal mereka. Dan mereka bukan seperti yang didakwanya.

"Adalah lebih beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya kepada pemberita pada mesyuarat Umno Bahagian Bandar Tun Razak.

Tee dikecam selepas menyatakan bahawa pemenang pingat Olimpik negara tidak patriotik dan hanya bertanding dalam sukan untuk ganjaran wang dan satu cara untuk meraih populariti.

Beliau berkata, sukan menjadi satu perniagaan dan bukan lagi mengenai patriotisme.

Tee turut menulis bahawa atlet "ultra kiasu" lebih memilih untuk melibatkan diri dalam sukan individu berbanding berkumpulan yang memerlukan kerja berpasukan.

Lebih ramai saksi kes salah guna kuasa bank dikesan SPRM

 
SPRM merakam percakapan lebih 10 orang, termasuk pengarah urusan bank, kontraktor dan pihak swasta yang terlibat.


azam baki


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan lebih ramai saksi bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa bank, kata Pengarah Siasatannya Datuk Azam Baki.

Azam berkata SPRM mengesan mereka hasil rakaman percakapan orang yang ditahan.

“Kami merakam percakapan lebih 10 orang, termasuk pengarah urusan bank, kontraktor dan pihak swasta yang terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azam berkata saksi lain yang dikesan meliputi mereka yang memegang pelbagai jawatan dari seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, jumlah saksi berhubung kesalahan rasuah itu belum dipastikan.

Pada 29 Ogos lepas, SPRM menahan pengerusi bank bergelar ‘Tan Sri’ bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Tan Sri terbabit adalah orang ketiga dari bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama.

Seorang pengarah urusan bergelar ‘Datuk’ ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.

Jamal Yunos: RM1000 setiap perwakilan Umno Sg Besar ganti lawatan Dubai

 
Dianggarkan lebih 600 perwakilan yang hadir ke mesyuarat perwakilan hari ini akan menerima jumlah wang yang dijanjikan oleh Jamal. 


Dubai


SUNGAI BESAR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos akan menawarkan RM1000 untuk setiap perwakilan yang menghadiri mesyuarat bahagian selepas tidak dapat menunaikan janjinya menaja mereka lawatan ke Dubai.

Dianggarkan lebih 600 perwakilan yang hadir ke mesyuarat perwakilan hari ini akan menerima jumlah wang yang dijanjikan oleh Jamal.

“Lima bulan lalu, saya berjanji kepada pemimpin bahagian dan ahli-ahli jawatankuasa (Sungai Besar) untuk membawa mereka bercuti ke Dubai sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Namun, oleh kerana hanya 81 daripada 115 pemimpin bahagian yang boleh menyertainya, saya mengambil keputusan batal lawatan itu.

“Saya tidak mahu sesiapa (yang tidak boleh pergi) untuk merasa kecewa.

“Sebaliknya, saya akan memberikan RM1,000 kepada setiap seorang perwakilan di sini hari ini,” kata Jamal pada mesyuarat Umno Bahagian Sungai Besar di sini hari ini.

Bagaimanapun, bayaran itu akan dibuat dalam dua ansuran iaitu RM500 dibayar hari ini dan baki RM500 akan diberikan pada tahun depan.

Pengumuman yang tidak diduga ini diraikan dengan sorakan dan tepukan oleh perwakilan yang hadir.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Biro Teknologi Maklumat Umno Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Umno Selangor Tan Sri Noh Omar, dan Ahli Parlimen Sungai Besar yang baru dipilih, Budiman Mohd Zohdi.

Bercakap lanjut, Jamal menyeru supaya ahli Umno terus bersatu demi memastikan satu lagi kebangkitan kemenangan pada tahun 2018, iaitu pada pilihan raya umum yang dijangka diadakan.

Ujarnya, perpecahan hanya akan membawa kepada prestasi yang lemah seperti dalam pilihan raya umum lepas.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Jamal berkata anggota Umno perlu kekal bersatu walaupun “diganggu” pemimpin terdahulu yang mana kekuatan dan keupayaan mereka memimpin parti itu selama 22 tahun datang dari akar umbi parti Melayu itu sendiri.

Mapim gesa polis bertindak ke atas penganjur anugerah hina mufti

 
Mapim khuatir tindakan menghina mufti mengundang kemarahan masyarakat yang mahu kemuliaan agama rasmi Persekutuan dilindungi. 


Aiyoh Wat Lah


PETALING JAYA: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa polis supaya mengambil tindakan terhadap penganjur ‘Aiyoh Wat Lah’ selepas didapati menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menerusi penyampaian anugerah ‘hina intelek’.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan penganjur mengheret nama mufti di majlis tersebut jelas biadab dan tidak bertamadun.

“Kumpulan yang menyokong dan terlibat dalam penganjuran majlis tersebut terperangkap dengan sikap liberalisme melampau di Barat sehingga membenarkan apa sahaja, termasuk agama, syiar agama dan tokoh agama bebas untuk dipersenda dan dihina.

“Tindakan ini melambangkan pegangan sekular dan liberal yang dianuti oleh mereka sehingga adab dan disiplin ilmu diketepi sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI) merupakan penganjur anugerah “Aiyoh Wat Lah” yang disebut Mapim.

Harussani dinamakan dalam kategori anugerah ucapan tidak masuk akal (hina intelek) ekoran kenyataannya pada April 2015 yang mewajibkan isteri mengadakan hubungan seks dengan suami walaupun “mereka menunggang di belakang unta”, memetik apa didakwanya sebahagian daripada hadis.

Tambah Mohd Azmi, Harussani adalah seorang ulama dan hujah yang dinyatakan berdasarkan dalil dan nas-nas dalam disiplim ilmu Islam.

Ekoran itu, beliau khuatir tindakan menghina mufti akan mengundang kemarahan masyarakat yang mahu kemuliaan agama rasmi Persekutuan dilindungi.

“Anugerah tahunan yang masuk tahun keenam itu perlu dipantau supaya penganjur tidak dengan sewenang-wenangnya mencetuskan kontroversi,” ujarnya.

Sebelum ini, PAS dan Perkasa turut mengecam tindakan penganjur yang menamakan Harussani sebagai salah seorang pemenang anugerah bersifat mengajuk itu.

Turut dinamakan dalam “anugerah” itu ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Harussani ketika dihubungi FMT pula mempertahankan kenyataannya, sambil membidas penganjur sebagai “jahil murakkab (berganda-ganda)”.

Kenyataan itu bagaimanapun disanggah pendakwah Wan Ji Wan Hussin yang menyatakan hadis dibawa Harussani itu adalah hadis bersifat daif (lemah) iaitu kategori paling lemah dalam menilai kualiti sesebuah hadis, disebabkan “sanad”, atau rangkaian perawi, yang lemah.

Anugerah sindiran itu dianjurkan bagi memastikan pegawai awam bertanggungjawab ke atas kenyataan atau tindakan mereka, dan “pemenang” kerap dinamakan atas kenyataan seksis atau tidak masuk akal.

Harussani petik hadis ‘daif’ cemar imej Islam, kata Wan Ji

 
Katanya mufti Perak perlu lebih cermat sebelum memetik sesuatu hadis supaya tidak mencemar imej Islam


wan-ji


PETALING JAYA: Hadis yang dirujuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ketika mempertahankan hak suami dalam hubungan seks, sehingga mengundang sindiran beberapa pertubuhan wanita baru-baru ini, merupakan sebuah hadis daif (lemah), kata pendakwah Wan Ji Wan Hussin.

Beliau mengulas hujah Harussani tahun lalu yang menolak istilah rogol dalam perkahwinan, dengan berpandukan sebuah hadis di mana Nabi Muhammad bersabda sekiranya suami isteri sedang menunggang unta dan si suami meminta isteri melakukan hubungan seks, dia mesti melakukannya.

Bagaimanapun, Wan Ji berkata hadis tersebut tergolong sebagai “daif”, iaitu kategori paling lemah dalam menilai kualiti sesebuah hadis, disebabkan “sanad”, atau rangkaian perawi, yang lemah.

“Dalam sanad hadis ini, ada pencerita hadis bernama Husain bin Qais. Ulama hadis seperti Ibn Hajar dan Al-Bukhari tidak menerima hadis yang diriwayatkan dari pencerita hadis bernama Husain bin Qais,” katanya kepada FMT, merujuk dua sarjana hadis terkemuka.

Di bawah Ulum Hadis yang menilai kesahihan sesuatu hadis, terdapat 3 kategori hadis iaitu Sahih, Hassan, dan Daif. Kategori daif bermakna hadis tersebut lemah dari segi rangkaian perawinya dan oleh itu tidak boleh dijadikan sebagai amalan atau dalil Syariah, kecuali untuk perkara kecil yang tidak menyentuh soal syarak atau aqidah.

Ahad lalu, Harussani dinamakan “pemenang” kategori “hina intelek” pada anugerah “Aiyo Wat Lah” yang dianjurkan setiap tahun oleh Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI).

Anugerah bersifat sindiran itu dianjurkan bagi memastikan pegawai awam bertanggungjawab ke atas kenyataan atau tindakan mereka, dan “pemenang” kerap dinamakan atas kenyataan seksis atau tidak masuk akal.

Harussani dalam responnya menganggap tindakan itu satu penghinaan dan mempertahankan kenyataannya yang Islam tidak mengiktiraf istilah “rogol dalam perkahwinan”.

Walaupun tidak bersetuju Harussani dinamakan penganjur anugerah itu, Wan Ji berkata mufti Perak itu sepatutnya cermat menyatakan sesuatu hadis agar tidak memberikan gambaran buruk masyarakat terhadap Islam.

“Sebagai manusia, Harussani tidak wajar dihina atas kesalahannya.,” kata Wan Ji.

“Namun, disebabkan tindakan mufti sendiri yang tidak cermat, agak sukar untuk menolak daripada terjadinya anugerah Ayoh Wat Lah itu.

“Jika mufti lebih cermat sejak dari awal, sudah pasti anugerah sebegini tidak akan berlaku.”

Sebelum ini, PAS dan Perkasa mengutuk penganjur “Aiyoh Wat Lah” sebagai biadap dan menuntut mereka memohon maaf kepada Harussani, di samping Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang turut dinamakan pemenang anugerah itu.

Terpalit rasuah: Ini bukan skandal pertama landa Bank Rakyat

 
Pada 1977, pengerusi bank pada masa itu, Datuk Seri Harun Idris dijatuhi hukuman penjara kerana rasuah, bersama dua lagi pegawainya.


Abdul-Aziz-Zainal1


PETALING JAYA: Penahanan Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan RM15 juta baru-baru ini, bukan skandal pertama melanda bank itu.

Pada 1977, pengerusi bank pada masa itu, Datuk Seri Harun Idris dijatuhi hukuman penjara kerana rasuah, menurut laporan di The Star.

Aziz, 65, ialah salah seorang daripada 3 kakitangan bank itu yang disoal siasat berhubung siasatan kes kontrak penerbitan buku bernilai jutaan ringgit dan projek menaik taraf sistem bank berkenaan.

Hampir RM1 juta wang dalam akaun bank Aziz turut dibekukan sementara kes itu masih disiasat.

Harun, bekas menteri besar Selangor ditahan dan didakwa bersama pengarah urusan bank itu, Abu Mansor Basir dan pengurus besar Ismail Din.

Mereka dituduh memalsukan minit mesyuarat dengan tujuan menipu bank dengan mencagarkan sahamnya kepada First National City Bank (kini Citibank) bagi mendapatkan surat pinjaman untuk Tinju Dunia Sdn Bhd menganjurkan pertarungan Muhammad Ali vs Joe Bugner, menyebabkan Bank Rakyat kerugian RM7.9 juta.

Pada 1977, Mahkamah Tinggi memerintahkan Harun dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM15,000 kerana bersubahat dalam kesalahan pecah amanah, lapor The Star.

Abu Mansor dijatuhi hukuman 2 tahun penjara sementara Ismail dipenjarakan setahun.

Pada tahun sama, Mahkamah Persekutuan memperkukuhkan sabitan dan meningkatkan hukuman penjara Harun kepada 4 tahun, Abu Mansor kepada 3 tahun penjara tetapi mengurangkan hukuman penjara Ismail kepada sehari dan denda RM10,000.

Bagaimanapun, selepas menjalani hukuman penjara 3 tahun, Yang di-Pertuan Agong berkenaan mengampunkan Harun pada 1981, menurut laporan itu.

Kertas Putih dibentangkan di Parlimen pada Jun 1979 mendedahkan pada Disember 1975, berlaku kerugian terkumpul sebanyak RM65 juta.

Kertas Putih itu, berdasarkan kepada laporan syarikat akaun Price Waterhouse & Co memetik wujudnya penyelewengan seperti kekurangan pelan dan kajian operasi yang sempurna dan pengembangan aktiviti, kelemahan sistem dan kurang kawalan dalam aktiviti memberi pinjaman dan juga ketidakjujuran, lapor The Star.

Diperli 'patuh syariah', pegawai MB kata tugu banjir ditaja

MALAYSIAKINI


Pejabat Menteri Besar Kelantan menjelaskan pembinaan tugu peringatan banjir Kuala Krai (TPBKK), yang mengundang kritikan, bukan dibiayai oleh kerajaan negeri.

Sebaliknya, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Mohd Asri Mat Daud berkata keseluruhan kos ditaja oleh Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA).

“Pembinaan TPBKK langsung tidak menggunakan dana daripada kerajaan negeri sebagaimana dakwaan yang tidak berasas dan mengelirukan rakyat yang disebar melalui media sosial.

Beliau juga berkata kos keseluruhan pembinaan itu sebanyak RM60,000, bukan RM80,000 seperti didakwa.

“Seterusnya Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) dan Majlis Daerah Kuala Krai menjadi pelaksana bagi pembinaan TPBKK tersebut,” kata beliau di Facebook miliknya.

Pengguna media sosial turut mempertikai kos pembinaan tugu itu yang menurut mereka boleh menampung pembinaan dua buah rumah kos rendah.

"Apalah nasib mangsa banjir, kerajaan tak buat rumah untuk mangsa banjir tapi buat tugu untuk peringati banjir," tulis alah seorang pengguna Facebook dengan menggunakan nama Ayi Prop.

Manakala pengguna Facebook Ahmad Syihan Ismail pula menulis penuh sinis, bahawa perasmian tugu “patuh syariah” itu sangat Islamis kerana wau pada binaan itu mengadap kiblat.

"Ada segi pentagon melambangkan rukun Islam.

"Yang lagi Islamis harganya RM80,000 sempena banjir Kelantan.

"Baru dua tahun Kelantan ditimpa musibah banjir, pembaziran sangat melampau-lampau," tulisnya.

Menjelaskan lanjut, Mohd Asri berkata penyebaran maklumat tidak benar berkaitan perkara itu adalah “tohmahan berat” kepada pemimpin kerajaan negeri.

Ahad lalu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob merasmikan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai di Tapak Monumen Banjir, berhadapan Stesen Caltex Guchil, Kuala Krai.

"Pembinaan TPBKK ini selain ia menjadi mercu tanda bagi mengenangkan sejarah terjadinya bah kuning, ia juga suatu manifestasi ucapan terima kasih kepada semua agensi, NGO, Badan Korporat, mahupun orang perseorangan yang telah membantu mangsa bah kuning," kata Mohd Asri.

Banjir besar itu melanda pada Mac lalu.

Bagaimanapun, lebih setahun, masih terdapat mangsa dikatakan yang tinggal di dalam khemah.

'Sukan bina badan patuh syariah patut dicontohi negeri lain'

MALAYSIAKINI


Pertandingan bina badan 'patuh syariah' yang dianjurkan di Kelantan 27 Ogos lalu dilihat satu pembaharuan yang boleh dicontohi, kata Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Menurutnya, kerajaan Kelantan melakukan satu pembaharuan 'ground breaking' dalam arena sukan bina badan apabila memperkenalkan 'Pertandingan Badan Cantik Mr Awang Selamat'.

"Jika selama ini sukan bina badan lebih dikenali sebagai sukan menayang aurat dan semata-mata bertujuan komersil, kini Kerajaan Kelantan telah berjaya mengubah persepsi tersebut.

"Apa yang dilakukan itu sangat kreatif dan patut dicontohi oleh negeri-negeri lain," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, penganjuran pertandingan bina badan itu mencetuskan kontroversi di media sosial walaupun menampilkan konsep 'patuh syariah' dalam aspek menutup aurat peserta.

Menurut Maszlee, dengan penganjuran sukan tersebut, kini boleh dilihat dari tiga sudut berbeza.

"Pertamanya dari segi kesukanan dan komersil. Keduanya dari segi kebudayaan dengan pemakaian pakaian tradisional, peserta siap bertanjak dan menutup aurat. Ketiganya dari sudut kesihatan dan gaya hidup sihat," katanya.

Katanya, walaupun mungkin timbul polemik terhadap isu peragaan badan, namun wujud isu khilaf atau perbezaan pendapat mengenainya.

"Saya sokong, tambahan pula peserta semuanya menutup aurat. Dalam sukan lain pun masih terdapat unsur peragaan bahagian-bahagian badan secara tidak langsung," tambah beliau.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, penganjuran Mr Awang Selamat itu disokong kerajaan negeri sebagai satu produk pelancongan sempena Tahun melawat Kelantan 2016.

"Mr Awang Selamat adalah jolokan kepada suatu nama baru dalam dunia sukan bina badan patuh Syariat, ianya hanya di Kelantan.

"Cara berpakaian mestilah menutup aurat dengan seluar di bawah lutut dan pusat yang tertutup dengan kain ala pakaian pendekar Awang Selamat yang perkasa suatu ketika dahulu," katanya dalam tulisan di Facebook.

Seperti Diduga, Husam Umum Masuk PAN

 

 
husam


Sepertimana yang diduga oleh ramai pihak, akhirnya Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengumumkan untuk menyertai Parti Amanah Negara (PAN) selepas beliau dilihat hilang arah dalam arena politik apabila dipecat daripada PAS, empat bulan lalu.



“Malam ini saya serahkan perjuangan saya bersama tuan-tuan. Semoga saudara sudi terima saya. Isteri, anak, keluarga termasuk ibu mertu dan jentera saya.. saya serahkan untuk perjuangan ini,” kata Husam ketika membuat pengumuman di majlis sambutan di ambang merdeka anjuran PAN di Cyberjaya malam ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr. Sanusi Daeng Mariok memaklumkan kepada media pemecatan Husam berkuatkuasa pada 23 April lalu.

Keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa tersebut pada tarikh berkenaan selepas meneliti aduan salah laku terhadap Husam dan setelah mengambil kira kepentingan parti dan perjuangannya.

Husam dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS pada pertengahan Februari lepas susulan
kelantangannya mengkritik parti Islam itu secara terbuka sejak beberapa bulan sebelumnya.

Azmin Ali Bapak Barua DAP – Tulang Besi

 

 



Menempelak sikap talam dua muka Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, blogger pro PAN, Tulang Besi melabelkan Timbalan Presiden PKR itu sebagai ‘bapak barua DAP’


Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Abdul Talib memberi label itu selepas Azmin bersetuju dengan tuntutan DAP memansuhkan pemberian diskaun 10 peratus untuk Bumiputera bagi pembelian unit pangsapuri berservis, soho (rumah pejabat kecil) dan SoVo (rumah pejabat versatil) di negeri Selangor.

“Dalam geng Azmin Ali kuat sebar fitnah konon Amanah barua DAP, rupanya Azmin lagi bapak barua pada DAP.

“Diskaun yang selama ni khas untuk Bumiputra 10% bila beli rumah sekarang diberi pada semua bangsa.
“Ertinya hak istimewa Melayu dah terhapus,”katanya dalam Facebook hari ini.

Tulang Besi turut melabelkan Azmin sebagai seorang pemimpin PKR yang bermulut jahat.

“Mulut jahat sangat sekarang Allah tunjuk balik

“Konon nak kerjasama dengan PAS sebab nak jaga undi Melayu tapi pada masa sama Azmin hapuskan hak Melayu.

“Cakap tak serupa bikin,”katanya lagi.

Sementara itu, Datuk Teng Chang Khim Exco Kerajaan Negeri Selangor dari DAP tidak senang dengan Nanyang Siang Pau, yang melaporkan bahawa 10 peratus diskaun bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan Sovo akan dimansuh selepas kerajaan negeri melaksanakan garis panduan pembangunan baharu bermula 1 September ini.

Teng menafikan pemansuhan 10 peratus diskaun untuk Bumiputera, tetapi menegaskan Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan polisi baharu untuk memberikan diskaun 10 peratus kepada semua kaum secara sama rata.

“Tidak ada soalan mengenai penghapusannya (10 peratus diskaun Bumiputera) tetapi kami menurunkan harga dan menyelaraskannya untuk semua.

“Pentadbiran negeri mengambil langkah untuk menyeragamkan harga jualan hartanah, tidak memansuhkan diskaun seperti yang dilaporkan,” katanya pada Isnin dilaporkan Mstar.

“Kami menawarkan ciri-ciri ini untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan tidak ada sebab Bumiputera diberi diskaun dan tidak kepada bukan Bumiputera kerana mereka sama-sama miskin.

“Oleh itu, kita kurangkan harganya dan menjadikannya harga standard untuk semua,” katanya lagi.



Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor turut mengulas isu berkenaan dengan berkata, rumah mampu milik dan kos rendah adalah perkara yang melangkaui bangsa, agama, warna kulit dan latar belakang.

“Miskin dan kurang kemampuan dari segi kewangan berlaku dalam semua kaum dan agama. Prinsip negeri ini adalah untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

“Kami telah bersetuju dengan beberapa garis panduan baharu dan ia akan diumumkan secara terperinci oleh Datuk Teng dan exco perumahan, Datuk Iskandar Abdul Samad kemudian,” katanya sambil menambah laporan akhbar vernakular itu mungkin disebabkan oleh ‘salah faham’.

Sepotong Hadis Ditulis Di Belakang Patung Di Pulau Pinang

 

 
pp


 Terdapat sepotong hadis di belakang patung di Padang Kota Pulau Pinang, lapor Mamu Parpu.


“Kenapa ada ayat Quran (hadis nabi) di PUNGGUNG beruang yang diletakkan di Padang Kota. Sudah tahu umat Islam akan tersentap berkali kali anda menguji kesabaran kami..,”lapornya.

pp1
pp2
pp
pp3

Perkara sama turut didedahkan oleh Dr Novandri Hasan Basri.

“Inilah masaalahnya jika kerajaan negeri di bawah parti cauvinis rasis DAP yang tidak sensitif dengan agama Islam.

“Terdapat sepotong hadis tertulis pada belakang patung pada pertunjukan sempena menyambut Hari Kemerdekaan di Pulau Pinang.

“Ini adalah satu penghinaan terhadap seluruh umat Islam!,” katanya

Orang atas makan Musang King, luah warga kota menjelang merdeka

ARIF ATAN
 
 
 Penduduk kota berharap pemimpin Melayu yang menjadi menteri dan Datuk Bandar memperbanyak unit kediaman mampu milik. Penduduk kota berharap pemimpin Melayu yang menjadi menteri dan Datuk Bandar memperbanyak unit kediaman mampu milik.


Sekumpulan wanita berusia lebih 50-an kelihatan mesra berbual sambil memerhati dua rakan mereka membersihkan ikan bilis di Blok 6, Taman Bukit Angkasa, Kuala Lumpur, pagi minggu lalu.

Tidak jauh daripada mereka, tiga kanak-kanak perempuan dilihat sedang bermain badminton dengan pelbagai barangan permainan lain di atas hamparan plastik.

Namun, dalam senda gurau kaum ibu berkenaan terbuku kebimbangan tentang 'kemaruk' pembangunan projek komersial dan kediaman mewah di sekitar penempatan flat yang dihuni mereka sejak tahun 1989 itu.

Halimaton Saadiah Chan Abdullah (kanan) bersama jirannya, Faridah Shamsudin sedang membersihkan ikan bilis di bawah flat Taman Bukit Angkasa, 28 Ogos lalu.Halimaton Saadiah Chan Abdullah (kanan) bersama jirannya, Faridah Shamsudin sedang membersihkan ikan bilis di bawah flat Taman Bukit Angkasa, 28 Ogos lalu.

Ibu kepada enam anak, Halimaton Saadiah Chan Abdullah, 57, berkata, projek kondominium menghampiri sejuta ringgit seunit di sekitar Kerinchi sehingga ke Pantai Dalam seolah-olah hanya mahu menghalau orang Melayu dari kawasan itu.

“Kita ni megah saja merdeka masuk ke 59 tahun tetapi orang Melayu nampaknya semakin dijajah rumah mewah dan dihambat jauh dari pusat bandar raya.

“Orang atas makan Musang King. Kita orang bawah ini makan durian busuk sajalah. Pemimpin Melayu sendiri hanya tahu sumbat Melayu dalam sangkar merpati.

“Anak-anak kami sudah tak mampu lagi memiliki rumah sendiri dekat sini. Apa yang pemimpin Melayu kita buat, tidak tahulah. Boleh pula biarkan saja berekar-ekar tanah dibuat kondo, apartment harga dekat sejuta tapi nanti, siapa isi?

"Kerajaan macam tiada perancangan untuk orang Melayu tinggal. Sekarang ini, Melayu mampu tengok bukan mampu beli (rumah),” luahnya ketika ditemui Malaysia Dateline, 28 Ogos lalu.

Sekumpulan kanak-kanak berjalan kaki di Flat Taman Bukit Angkasa. Adakah mereka berpeluang memiliki kediaman sendiri di bandar raya ini?Sekumpulan kanak-kanak berjalan kaki di Flat Taman Bukit Angkasa. Adakah mereka berpeluang memiliki kediaman sendiri di bandar raya ini?

Berkenaan kemampuan Melayu memiliki kediaman ditawarkan di kawasan itu, semakan Malaysia Dateline mendapati, masih terdapat 60 unit kediaman kuota Bumiputera belum terjual setakat Mac tahun lalu bagi fasa pertama Pantai Sentral Park iaitu Inwood Residences.

Harga ditawarkan kepada unit Bumiputera itu pula bermula RM775,718 manakala fasa kedua projek berkenaan, Secoya Residence setinggi 41 tingkat mempunyai 243 unit kediaman dengan keluasan bermula 1,050 hingga 1,670 kaki persegi.

Projek mega Pantai Sentral Park juga menyaksikan sebahagian kawasan rizab hutan dan bukit ditarah. Projek mega Pantai Sentral Park juga menyaksikan sebahagian kawasan rizab hutan dan bukit ditarah.

Kesemua tujuh fasa kediaman bagi projek di Pantai Sentral Park itu dilaporkan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan mencecah RM3 bilion.

Trafik makin teruk
Lela Khidir Lela Khidir
Sementara itu jirannya, Lela Khidir, 52, memberitahu keadaan trafik di Jalan Kerinchi juga semakin kritikal sebaik sahaja pusat komersial, kompleks pejabat dan apartment servis seperti ‘The Park Residence’ dan ‘Nexus Bangsar South’ tidak jauh dari Flat PKNS Kampung Kerinchi mulai dihuni sejak beberapa tahun lalu.

“Masalah parkir semakin teruk. Lihat saja sekitar Pantai Hill Park dari Jalan Pantai Permai ini sehingga ke Pusat Komuniti Lembah Pantai. Kereta bersusun sudah jadi macam PPR (Projek Perumahan Rakyat).

“Itupun projek Pantai Sentral Park sedang rancak berjalan. Tapak yang dahulunya menempatkan rumah panjang sebelum mereka berpindah ke PPR, dengarnya dulu mahu dibina sekolah tapi nampaknya yang naik projek mewah saja. Apa jadi nanti 5, 10 tahun akan datang?” soalnya.

Sementara itu, tinjauan Malaysia Dateline mendapati dua blok kondominium, “Saville@The Park - Bangsar” bersebelahan Pusat Komuniti Lembah Pantai sudah siap sepenuhnya dan mungkin bila-bila masa akan diisi penghuni.

Kompleks kediaman mewah terletak bersebelahan Kondo Rakyat yang merupakan flat kos rendah sejak tahun 1990-an itu menyerlahkan jurang ketara sosio-ekonomi antara kelompok rakyat miskin dengan kelas berpendapatan tinggi

Masyarakat tempatan bimbang projek mega di Kerinchi dan Pantai Dalam lama-kelamaan akan mengusir mereka.Masyarakat tempatan bimbang projek mega di Kerinchi dan Pantai Dalam lama-kelamaan akan mengusir mereka.

Tidak jauh dari Pusat Komuniti Lembah Pantai itu juga terpacak papan tanda projek membina “rumah kos tinggi” sebanyak 235 unit terdiri daripada rumah sesebuah dan rumah berkembar selain rumah kelab dan kolam renang.

‘Billboard’ gergasi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kerinchi dan Jalan Pantai Permai pula menggambarkan Pantai Sentral Park sebagai projek “pembangunan yang ikonik di Bangsar South”.

Projek kediaman mewah yang dikatakan satu-satunya dikelilingi kawasan hijau di bandar raya itu dilihat mencakupi kawasan yang amat luas sehingga menghampiri rizab hutan, Taman Rimba Kerinchi dan Bukit Gasing yang termasuk dalam negeri Selangor.

Pemerhatian turut mendapati hanya tinggal Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam dan Surau Al Falah dikekalkan pada ketika kawasan lain saujana mata memandang sedang disiapkan bagi projek bercampur melibatkan tujuh fasa kediaman itu.

Hanya tinggal tanah kubur dan surau sebagai bukti Pantai Sentral Park yang menggantikan nama Pantai Dalam pernah dihuni masyarakat Melayu?Hanya tinggal tanah kubur dan surau sebagai bukti Pantai Sentral Park yang menggantikan nama Pantai Dalam pernah dihuni masyarakat Melayu?

Bagi generasi kelima keturunan Abdullah Ahmad iaitu pengasas Kampung Kerinchi, Abdul Hakam Jamaluddin, 31, pembangunan rakus berkenaan dilihat semakin menggila sejak Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

“Tanah yang dimajukan sedikit pun tidak diperuntukkan untuk rakyat berpendapatan rendah yang majoritinya adalah orang Melayu. Nama Kerinchi dan Pantai Dalam pun sedang diganti dengan ‘Bangsar South’ dan ‘Pantai Sentral Park’. Surau Al-Falah yang juga surau Jumaat itu asalnya dipenuhi Jemaah.

Keriangan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah ini bermain ketika dewasanya belum pasti mampu memiliki kediaman yang mencecah berjuta ringgit.Keriangan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah ini bermain ketika dewasanya belum pasti mampu memiliki kediaman yang mencecah berjuta ringgit.

“Malangnya, kini sudah lama kosong sebab sudah hilang kariahnya tapi dikekalkan hanya mencandukan agama untuk kepentingan pembangunan,” luahnya ketika turut serta bersama Malaysia Dateline meninjau situasi pembangunan memihak kepada golongan kaya di kawasan berkenaan.

Amanah bakal jadi parti utama negara, kata Salahuddin

MALAYSIA DATELINE
 
 
Turut hadir pada malam Ambang Merdeka anjuran Amanah Datuk Husam Musa (di tengah) bersama Presiden Mohamad Sabu (kiri) dan Salahuddin (kanan).Turut hadir pada malam Ambang Merdeka anjuran Amanah Datuk Husam Musa (di tengah) bersama Presiden Mohamad Sabu (kiri) dan Salahuddin (kanan).


Amanah parti kecil hari ini tetapi penuh yakin akan menjadi parti penting dan utama yang berjuang untuk semua pada  suatu masa nanti, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

"Kita akui, kita parti kecil hari ini tetapi percayalah kita akan menjadi parti penting negara yang memperjuangkan semua pihak di suatu masa nanti," kata Salahudin di majlis sambutan di Ambang Merdeka di Putrajaya malam tadi.

Salahudin Ayub berucap di majlis sambutan Ambang Merdeka.Salahudin Ayub berucap di majlis sambutan Ambang Merdeka.Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa menjadi tetamu khas majlis malam ini dan mengumumkan penyertaannya ke dalam Amanah selepas itu.

Salahuddin meminta ahli-ahli Amanah tidak rasa rendah diri dengan kecilnya parti Amanah sekarang ini.

"Kita bermula dengan parti kecil tetapi percayalah ia akan menjadi besar satu hari nanti.

"Jangan kecil hati bila orang kata kita parti kecil. Biarkan mereka. Kita yang kena berusaha jadikan kita parti besar dan parti masa depan untuk negara," kata bekas naib presiden kanan Pas itu.

Salahudin dipercayai mengulas tekanan dan perang saikologi yang diterima Amanah selepas ditubuhkan termasuk dari parti lamanya Pas dan rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan sendiri.

Ia dirasai oleh Amanah selepas gagal dalam Pilihan Raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar selepas itu

7 mahasiswa, peserta himpunan #TangkapMO1 beri keterangan polis esok

MALAYSIA DATELINE
 
 
Seramai tujuh mahasiswa dan peserta akan diambil keterangan oleh pihak polis pada Isnin ini.Seramai tujuh mahasiswa dan peserta akan diambil keterangan oleh pihak polis pada Isnin ini.


Seramai tujuh mahasiswa dan peserta perhimpunan #TangkapMO1 pada Sabtu lalu dipanggil oleh pihak polis untuk memberikan keterangan esok di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur.

Kordinator Penerangan Gabungan TangkapMO1 Aqilah Zainuzi dalam satu kenyataan mereka yang dipanggil oleh pihak polis akan hadir bersama pada jam 11 pagi di IPD Dang Wangi.

Mereka yang akan memberikan keterangan berkaitan perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu adalah Anis Syafiqah, Aqilah Zainuzi, Amir Abd.Hadi, Luqman Hakim, Luqman Nulhakim ,Suhail Wan Azahar dan Isaiah Jacob.

Mahasiswa dan peserta dijangka akan berhimun di restoran berhadapan IPD Dang Wangi pada jam 10 pagi.

'Diharapkan kawan-kawan dapat hadir bersolidariti bersama rakan yang lain bagi menunjukkan semangat setia kawan bersama rakan mahasiswa," ujarnya dalam kenyataan itu hari ini.

Henti desak mufti, ulama, agamawan bagi pandangan mengenai 1MDB

DALIA ISMAIL
 
 
Tan Sri Harussani ZakariaTan Sri Harussani Zakaria Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mahu dikalangan pemimpin politik tidak harus berterusan mendesak golongan agamawan, ulama dan mufti di negara ini menyuarakan pandangan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagaimana didedahkan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

"Saya sudahpun membuat kenyataan mengenai DoJ sebelum ini bila ditanya wartawan, tetapi masih ada lagi desakan yang mahu mufti bersuara.

"Sekali lagi saya nak katakan, bahawa kami tidak akan buat kenyataan jika 1MDB hanya satu pra sangka, fitnah, prejudis dan sebagainya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Ditanya apakah ada perbincangan dikalangan mufti untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu 1MDB ini beliau berkata, ia bukan satu keperluan untuk mufti duduk berbincang secara serius mengenai perkara itu.

"Mufti tidak perlu berbincang dalam isu ini dengan serius, melainkan jika ada fakta yang cukup kuat.
"Kalau mufti bercakap pada perkara yang kita sendiri tidak tahu, itu tandanya kita bodoh.

"Kalau ada pihak dakwa betul ia berlaku buktikan. Kalau tidak ia hanya merupakan fitnah yang membuat dosa semata-mata," ujarnya.

Beliau diminta mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin politik pembangkang baru-baru ini yang mahu ulama, agamawan dan mufti bersuara dalam isu 1MDB.

Pada 1 Ogos Penasihat Umum Amanah,Ahmad Awang telah menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian tentang isu 1MDB dan DoJ.

Pada 22 Ogos lalu Presiden Amanah Mohamad Sabu dipetik berkata, Malaysia ketandusan ulama yang berani menentang korupsi dan salah laku dalam pentadbiran negara, sehingga kini ujarnya, belum ada ulama yang lantang menyatakan kritikan dan penentangan terhadap salah laku ini.

Pada 25 Ogos Datuk Husam Musa ketika bercakap dalam Wacana Harapan: 1MDB ke Mana Hujungnya? turut menyebut isu membabitkan 1MDB tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' dikalangan golongan agamawan di negara ini dalam konteks berkerajaan.

Pada 29 Ogos  dalam kolum  Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah turut menyebut jika Mufti Perlis Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin berani untuk bercakap mengenai 1MDB bagaimana pula dengan mufti lainnya.

Menjawab persoalan tersebut Harussani berkata, pemimpin politik berhak menyuarakan rasa kurang senang mereka terhadap ulama dan mufti yang enggan menyuarakan pandangan mengenai isu 1MDB secara rasmi seperti dilaporkan oleh DoJ.

"Dalam hal ini juga, setiap ulama dan mufti berhak untuk mengeluarkan kenyataan peribadi mereka sendiri tetapi ia tidaklah mencerminkan pendirian semua mufti dan ulama di negara ini.

"Bagi saya, saya tidak akan bercakap jika sesuatu isu itu tidak lagi dibuktikan, malah tak perlu fatwa pun.
"Kita tidak mahu mencampuri uruan politik yang boleh mengeruhkan lagi keadaan antara pemimpin dan rakyat serta kerajaan. Malah hentikanlah mendesak ulama, agamawan lainnya untuk beri pandangan," ujarnya yang enggan mengulas lanjut.

Pendirian Harussani ini juga dilihat  selari dengan pandangan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritius Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid yang dipetik berkata, mahu golongan agamawan dan ulama diberikan peluang untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan politik tanpa membabitkan mereka dalam isu yang dibangkitkan antara parti politik dan kerajaan.

Mahmood Zuhdi turut menasihati agar pemimpin politik tidak menuduh golongan agamawan dan ulama di negara ini, lebih gemar bersikap membisu atau menutup sebelah mata dalam isu 1MDB.

Malah Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Dr Shukor Husin dalam satu kenyataan juga berkata majlis fatwa tidak merancang bersidang mengenai isu 1MDB.

“Ia sudah dikaji pihak profesional. Kita juga tak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.

“Maka Majlis Fatwa tidak melihat akan mencampuri hal-hal seumpama ini,” katanya seperti dipetik.

Tiga suspek IS rancang serangan Ambang Merdeka

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dengan kumpulan militan IS dalam operasi berasingan sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang antara Sabtu lalu dan kelmarin.
 
Tiga suspek itu didapati menganggotai sel pengganas yang sama dan menerima arahan daripada Mohamad Wanndy Mohamad Jedi untuk melancarkan serangan pada malam Ambang Merdeka 2016 menggunakan bom tangan dan senjata api.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata antara lokasi sasaran serangan mereka adalah pusat hiburan di ibu negara, kuil hindu di Batu Caves serta balai polis dan anggota polis.
 
"Tangkapan pertama 27 Ogos lalu membabitkan seorang pemandu lori berusia 20 tahun di Selangor. Sebutir bom tangan jenis K75, sepucuk pistol jenis CZ 2075 RAMI dan 24 butir peluru berukuran 9 milimeter (MM) turut dirampas daripadanya.
 
"Senjata api itu dipercayai dihantar oleh orang perantaraan (kurier) Mohamad Wanndy di negara ini," katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Bukit Aman, tadi. Katanya, suspek kedua yang juga penjual daging berusia 27 tahun ditangkap dalam operasi di Pahang, manakala suspek ketiga berusia 20 tahun yang bekerja sebagai penjual air ditangkap di Selangor.
 
Kedua-duanya ditahan pada 29 Ogos lalu. Menurut Khalid, ketiga-tiga suspek didapati merancang pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan pengganas IS di bawah pimpinan Mohamad Wanndy di sana selepas berjaya melancarkan serangan itu.
 
Semua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA - Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
 
 

Hasil Dasar Transformasi Nasional bukti Malaysia bukan negara gagal - PM

SINAR HARIAN


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang masuk tahun ketujuh pelaksanaannya terus membuahkan hasil memberangsangkan sekaligus menyangkal tohmahan segelintir pihak bahawa Malaysia adalah negara yang gagal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Beliau berkata dengan mengambil contoh pembentangan laporan Program Transformasi Negara pada April lalu, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam aspek Bidang Keberhasilan Utama Negara telah mencapai 99 peratus indeks prestasi utama (KPI) penyampaiannya.
 
“Bagi Program Transformasi Ekonomi (ETP), menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara, kita telah Berjaya mencapai angka 111 peratus KPI manakala melalui inisiatif Pembaharuan Strategik pula, KPI telah menjangkau sasaran 108 peratus,” katanya dalam ucapan Amanat Merdeka 2016, sempena Hari Kemerdekaan Negara yang Ke-59, di sini, malam tadi.
 
Najib berkata usaha keras Kerajaan dan pelbagai agensinya mendapat pengiktirafan organisasi antarabangsa antaranya Forum Ekonomi Dunia yang meletakkan Malaysia di tangga ke-18 dalam Laporan Daya Saing Global.
 
Selain itu, katanya, menurut Ranking Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia 2015-2016, Malaysia berada di tangga ke-9, satu-satunya pasaran sedang pesat membangun yang tersenarai dalam sepuluh negara teratas.
 
“Malaysia juga diiktiraf oleh laporan Bank Dunia, dari segi Mudah Menjalankan Perniagaan, pada kedudukan ke-21 pada 2010, dan telah naik ke tangga ke-18 pada tahun 2015,” katanya.
 
Perdana Menteri berkata Malaysia turut menjadi sebuah negara Islam contoh yang progresif dan dinamik serta diteladani sebagai contoh ikutan yang berpegang kepada prinsip wasatiyyah dan telah menduduki tangga pertama Petunjuk Ekonomi Global Islam 2014-2015 daripada senarai 70 buah negara.
 
Selain itu, katanya, Malaysia adalah negara penerbit sukuk terbesar dunia, merangkumi hampir 55 peratus daripada jumlah sukuk terkumpul global yang bernilai melebihi US$320 bilion setakat penghujung 2015.
 
Meskipun negara menghadapi ketidaktentuan dan kesuraman ekonomi global, keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku kedua berjaya mencatat perkembangan sebanyak empat peratus, kata Najib.
 
 

Husam umum sertai amanah selepas empat bulan berteka-teki

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
CYBERJAYA: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengumumkan beliau menyertai parti Amanah, mengakhiri perang dalaman beliau dengan pucuk pimpinan PAS.
 
‎"Saya serahkan diri kepada perjuangan Amanah. Semoga saudara sudi terima saya. Saya rasa kepimpinan Amanah sudi terima keahlian saya.
"‎Kini sejarah ambil tempat saya. Saya tinggalkan jersey PAS", katanya dihadapan lebih 200 ahli Amanah.
 
Husam berkata demikian dalam majlis Makan Malam Ambang Merdeka bersama beliau di restoran My Taste, Cyberjaya anjuran Amanah Wilayah Persekutuan.
 
"PAS telah pecat saya dan saya tidak pernah minta untuk dipecat. Saya terus bersama PAS kerana ini prinsip. 
 
"Belum ada kuasa itu pun salah (untuk menegur kepimpinan), saya yang hina pun tak boleh tegur (kepimpinan)," katanya.
Antara yang hadir dalam majlis itu Presiden Amanah Mohamad Sabu, timbalan presiden Salahuddin Ayub kepimpinan tertinggi Amanah seluruh negeri, ‎pimpinan DAP dan lain-lain.
 
Husam dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu selepas lantang mengkritik kepimpinan parti itu terutamanya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Selamat tinggal bahtera PAS. Saya hairan bagaimana ahli boleh duduk dalam bahtera yang berpusing-pusing," katanya merujuk kepada PAS.
 
Dakwa Husam lagi, bukan Amanah yang mengkhianati rakyat tetapi PAS yang berbuat demikian.
 
Justeru, beliau memilih Amanah sebagai wadah politik baru beliau selepas dipecat oleh parti itu.
 
"Anda (PAS) tuduh barisan ini (Amanah) pengkhianatan tapi pemimpin PAS yang khianati rakyat," katanya.
 
Sebelum itu, Muhammad Sabu atau Mat Sabu dalam sidang medianya menyatakan, beliau menyambut baik keputusan Husam itu.
 
"Kita sambut siapa sahaja yang mahu menyertai kita," katanya.
 
 

Husam sudah bebas dan merdekakan dirinya daripada PAS, kata Mat Sabu

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
CYBERJAYA: Datuk Husam Musa sudah membebaskan serta memerdekakan dirinya daripada perjuangan PAS, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
 
Malah, bekas timbalan presiden PAS itu menyifatkan penyertaan Husam ke dalam parti Amanah sebagai tepat pada masanya dan bakal menambah nilai parti yang menyambut ulang tahun pertamanya, September ini.
 
Sebelum itu, Husam mengumumkan dihadapan hampir 200 ahli Amanah, bahawa beliau secara rasminya menyertai parti itu.
 
"Husam merdekakan dirinya. Kehadiran Husam adalah masa yang tepat, beliau adalah mampu ulas ekonomi dengan angka dan wang itu dimanfaat kepada rakyat, apa yang rakyat perolehi. Dari segi angka, saya jauh kalah dengan Husam.
 
"Orang seperti dia main peranan. Islam rahmat kepada semua. Islam bukan bawa masalah tapi selesai masalah," katanya selepas menerima penyertaan Husam ke dalam Amanah.
 
Husam dipecat PAS kerana kerap menyerang kepimpinan PAS terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Mohamad Sabu atau Mat Sabu kemudiannya meminta Husam agar menarik lebih ramai ahli PAS untuk menyertai Amanah.
 
"Husam, jangan datang seorang, ajak ramai-ramai. Bekerjasama dengan semua pihak untuk betul-betul realisasikan Islam," katanya.
 
 

Pemecatan saya daripada PKR macam filem 'Nasib Do Re Mi', kata Chegubard [TONTON VIDEO]

Oleh Zeanaaima Md Yusuf
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menganggap 'misteri' pemecatannya daripada PKR sama seperti kisah P. Ramlee dalam Nasib Do Re Mi.
 
Ujarnya, sehingga kini beliau masih belum dapat merungkai misteri itu sejak menerima panggilan telefon dan emel daripada Ibu Pejabat PKR, awal pagi, 26 Ogos lalu.
 
"Hari saya muncul di SPRM, pagi itu, sekitar jam 10.04 pagi, saya dapat panggilan daripada Ibu Pejabat PKR. Saya angkatlah. Dia (staf Ibu Pejabat PKR) kata, Chagubard, saya dah emel dan pos laju kepada Chagubard. Saya tanya apa dia? Dia kata surat pemecatan, yang baru pagi ini siap.
 
"Saya suruh kawan-kawan saya tanya dimana YB Rafizi (Setiausaha Agung PKR) berada ketika itu. Dia berada di Utara tanah air. Kawan-kawan saya telefon dia dan tanya dia tahu atau tidak akan kewujudan surat (surat pemecatan) itu. Maknanya tandatangan Rafizi palsu. 
 
"Kak Wan (Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) respon, keputusan (pemecatan Chegubard) belum dicapai. Jadi persoalan dia sekarang ini, apa dia? Dah jadi macam cerita P. Ramli. Do ke Minah mati dulu? Bukan kata orang ramai, saya sendiri keliru, saya dah dipecat ke belum?," soal Chegubard ketika ditemubual secara eksklusif oleh Antarapos.
 
Kontroversi pemecatan Chegubard bermula selepas Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu nekad membawa isu pengezonan semula kawasan zon hijau, Paya Indah Wetlands kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 26 Ogos lalu.
 
Chegubard mendakwa sehari sebelum beliau melaporkan isu tersebut kepada SPRM, beliau dihubungi seseorang dalam parti dan ditawarkan imbuhan agar tidak meneruskan rancangannya itu.
 
Chegubard berkata, beliau menyerahkan kepada parti untuk menyelesaikan status keahliannya dalam PKR dan menegaskan, tumpuannya kini adalah berjuang untuk isu pendedahan Paya Indah Wetlands itu.
 
"Kamu (parti PKR) bincanglah. Bagi saya, selain daripada uruskan hidup seharian dan keluarga saya, tumpuan saya adalah pasa isu (penukaran status lot tanah) 68054. 
 
"Yang pasti saya akan berulang alik daripada SPRM dan saya akan pastikan kes ini akan jumpa jalan penyelesaian dan tanah ini selamat daripada kerakusan kapitalis," ujarnya.
 
Chegubard sebelum ini mendedahkan apa yang didakwanya sebagai salah guna kuasa membabitkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan barisan Exconya dalam urusan menukar status lot tanah 68054 yang terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.
 
Lot 68054 adalah tanah milik Salak Land Development Sdn yang sejak 22 tahun lalu gagal menukar status daripada pertanian kepada pembangunan.
 
Ia berikutan kawasan itu berada dalam lingkunan zon hijau - kawasan paya yang dilarang dibangunkan secara komersil berikutan boleh terdedah kepada bencana alam, seperti tanah mendap dan sebagainya.
 
Untuk mengubah status tanah kepada komersil, lot 68054 perlu dizonkan semula agar bebas daripada zon hijau.
 
Sebaik sahaja Azmin mengambil alih kepimpinan Selangor daripada bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Chegubard mendakwa Azmin secara tergesa-gesa meluluskan pengezonan semula kawasan hijau itu dan turut meluluskan penukaran status lot 68054 kepada komersil.
 
Azmin dan Exco tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizebeth Wong menafikan dakwaan itu dan mencabar Chegubard melaporkan perkara tersebut kepada SPRM.
 
 

Sambutan merdeka meriah dengan semangat kebersatuan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ribuan rakyat Malaysia mengambil peluang menyaksikan perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
 
Mereka mula berhimpun seawal jam 7 pagi bagi menunjukkan semangat kebersatuan dalam menghayati sambutan 'Sehati Sejiwa' pada acara penuh kemeriahan dan warna warni.
 
Pelbagai persembahan bertenaga dan perbarisan ditampilkan oleh hampir 14,500 peserta pelbagai kontinjen, termasuk daripada sektor awam dan swasta, pelajar serta anggota pasukan keselamatan.
 
Berangkat pada acara perbarisan dan perarakan sambutan di dataran penuh bersejarah itu ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
 
Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis, Jemaah Menteri serta perwakilan asing.
 
Sejurus berangkat tiba, Seri Paduka menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan pasukan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi diketuai Mejar Azadlee Rafedzi Kamal Rafedzi.
 
Ia diikuti acara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serentak dengan 14 das tembakan kehormat disusuli dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku.
 
Antara yang menarik perhatian adalah persembahan khas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pertunjukan menumpaskan musuh, selain kemunculan istimewa atlet negara yang mengharumkan nama negara di Sukan Olimpik Rio, Brazil.
 
 

Selasa, 30 Ogos 2016

'Saya mati terus kalau tengok RM4b dalam akaun Najib'

Kow Gah Chie


LIHAT VIDEO DI SINI


Menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau 'akan mati' serta merta sekiranya melihat RM4 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menjawab kenyataan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa hampir pengsan selepas ditunjukkan jumlah berkenaan dalam akaun Najib.

"Kenapa dia tak pengsan, kenapa hampir pengsan kalau betul. Dia patut pengsan jika ia betul.

"Hakikatnya tak betul, itu sebab dia tak pengsan.

"Sepatutnya dia (Muhyiddin) pengsan bila tengok akaun Najib ada RM4 billion. Bila dia tak pengsan, makna itu tak betul.

"Kalau saya tengok RM4 bilion, bukan saya pengsan, saya mati terus," katanya.

"Saya kenal Datuk Seri Najib. Dia bukan jenis orang yang curi wang. Biar saya beritahu kamu," kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu.

Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion berada dalam akaun bank Najib sebelum RM2.6 bilion derma dilaporkan secara meluas.

Katanya, beliau mendapat tahu mengenai deposit itu selepas peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.

Muhyiddin, yang juga presiden protem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata ia bermakna hampir RM4 bilion berada dalam akaun Najib.

Sementara itu, Nazri enggan mengulas kenyataan anggota jawatankuasa protem BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah, yang menggesa pemimpin Umno tidak bersikap 'hipokrit'.

Nazri berkata tidak penting baginya untuk mengulas kenyataan pemimpin BERSATU.

"Dia seorang budak, saya tak kenal dialah. Tak penting.Kamu mahu saya ulas, (dia mesti) seorang ahli politik sebenar. Seseorang yang telah dipilih oleh rakyat.

"Jika beliau bercakap saya akan beri respons tetapi orang lain tidak penting kepada saya," katanya menggesa Syed Saddiq untuk bertanding pilihan raya umum.

Syed Saddiq menyelar Umno kerana tidak menegakkan sistem Raja Berperlembagaan apabila kerajaan mewartakan Akta Majlis Keselamatan Negara tanpa persetujuan majlis raja-raja, sementara Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik kerana menyatakan pendapatnya mengenai 'Bangsa Johor'.

Beliau juga membangkitkan kenyataan Nazri sebelum ini yang memberi amaran supaya Tunku Mahkota Johor sedia untuk 'dibelasah' jika mencampuri urusan politik.

Tiada kuota istimewa berhubung ibadat haji

SINAR HARIAN
Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
 
 
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan tiada sebarang kuota istimewa atau visa khas yang diperuntukkan kepada mana-mana individu termasuk jemaah menteri berkaitan penggiliran melaksanakan ibadat haji.

Beliau berkata Tabung Haji (TH) telah memperkenalkan 'Sistem Pendaftaran Terbuka' sejak 1993 iaitu kaedah 'yang mendaftar dahulu, didahulukan, manakala yang mendaftar kemudian, dikemudiankan'.

"Semua pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran haji, akan layak dipilih untuk menunaikan ibadah itu apabila tiba giliran tahun diperuntukkan menunaikan haji mereka," katanya dalam satu kenyataan menjawab kekeliruan masyarakat mengenai kuota dan giliran haji, di sini hari ini.

Beliau berkata persepsi itu wujud disebabkan salah tanggapan umum terhadap kenyataan yang dikeluarkan pihak tertentu menerusi laman sosial, katanya.

Menurutnya, sistem penggiliran itu dilaksanakan mengikut prosedur sedia ada yang ketat, kecuali sekiranya terdapat kekosongan atas sebab pendeposit menangguh giliran mereka atau berlaku kematian.

Jamil Khir berkata pihak TH akan mempertimbangkan kekosongan kepada mereka yang lebih awal kepada membuat rayuan termasuk soal mahram seperti suami, anak atau bapa yang perlu menemani wanita berusia 45 tahun ke bawah.

"TH juga akan mempertimbangkan rayuan untuk bakal jemaah haji yang berusia 75 tahun ke atas.
Pemilihan menunaikan haji tersebut dipantau secara berkala oleh Jabatan Audit Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa bahawa kuota jemaah haji Malaysia telah ditetapkan 0.1 peratus daripada jumlah penduduk yang didaftarkan di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). 

Peruntukan kuota itu dipersetujui anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), katanya.

"Bagaimanapun, kuota jemaah haji setiap negara telah dikurangkan 20 peratus sejak 2013 berikutan kerja-kerja perluasan dan pembangunan Masjidil Haram di Makkah yang sedang digiatkan dilaksanakan oleh kerajaan Arab Saudi," katanya.

Beliau berkata pembesaran kawasan Masjidil Haram adalah bertujuan memberi keselesaan kepada para jemaah haji dan umrah pada masa depan yang menjadikan kuota jemaah haji berkurang daripada 27,900 kepada 22,320 setahun.

Untuk tahun ini, katanya, kerajaan telah berusaha mendapatkan kuota tambahan, namun sehingga kini, tiada sebarang kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi. –Bernama


Tun Mahathir digesa menghadap Sultan Johor

Tun Mahathir digesa menghadap Sultan Johor
Syed Hussien (tengah) bersama Rashdan (kiri) dan Muhammed Farhan (kanan) ketika sidang media, di Johor Bahru, hari ini.


JOHOR BAHRU - Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) Wilayah Persekutuan dan Selangor menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk segera menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Presidennya, Datuk Sri Syed Hussien Al Habshee berkata, perjumpaan berkenaan bertujuan supaya Mahathir dapat memahami secara terperinci mengenai konsep bangsa Johor yang diasaskan daripada moyang baginda Sultan Johor sebagai menyatupadukan pelbagai kaum di negeri ini.

Menurutnya, selain dapat memahami secara terperinci mengenai konsep bangsa Johor, perjumpaan tersebut diharap dapat menjernihkan suasana serta tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi.

“Kami berdiri teguh di belakang Sultan Johor yang mempertahankan gagasan bangsa Johor sebagai hak mutlak rakyat Johor yang tidak perlu dipertikaikan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M tak patut beri kenyataan pecah belah rakyat]

“Malah, bangsa Johor sememangnya sudah termaktub sebagai satu wadah yang diterima baik dalam menyatupadukan rakyat Johor tanpa mengira keturunan dan etnik.

“Ia juga adalah satu keunikan yang hanya wujud di Johor dan menjadi jati diri anak Johor dan walaupun rasa jati diri ini begitu teguh dan utuh, tidak pula anak-anak Johor menidakkan semangat patriotisme kebangsaaan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Hadir sama; Pengerusi Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri, Muhammed Farhan Basheer dan Exco Muda DPMM negeri, Rashdan Raob.

Syed Hussien berpendapat, tidak salah jika rakyat negeri ini mengambil konsep bangsa Johor sebagai identiti kenegeriaannya kerana setiap orang tidak boleh lari dari mana asal mereka kerana ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

“Begitu ramai anak Johor yang berjaya dan tersohor di peringkat nasional dan global. Mereka mengaitkan diri mereka sebagasai bangsa Johor dan pada masa yang sama mereka adalah anak Malaysia.

“Kami bangsa Johor yang bernaung di bawah sultan kami yang adil demi kesejahteraan Johor satu konsep seharusnya diteladani oleh negeri lain dan juga digunapakai di peringkat nasional dalam usaha menyemai perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan etnik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan NGO yang ditubuhkan sejak 32 tahun lalu itu akan menganjurkan Festival Makanan Johor pada 10 dan 11 September depan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Dianggarkan kira-kira 300,00 anak Johor yang merantau di Kuala Lumpur dan Selangor yang pastinya mahu merasai pelbagai juadah enak di negeri ini. Dijangka festival tersebut akan dirasmikan oleh Sultan Johor sendiri dan baginda juga turut berkenan memasak pada program itu.

“Malah, kita turut bercadang membuat buletin tentang bangsa Johor untuk dihebahkan serta disebarkan kepada masyarakat sempena program itu,” katanya.