HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Ogos 2018

Anwar masuk parlimen seawal Oktober ini

MALAYSIAKINI

   

Kurang dari 60 hari - itu tempoh yang ada sebelum orang ramai dapat melihat susuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen sebagai "yang berhormat".

Itu anggaran masa yang dibayangkan oleh pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) dan PKR itu dalam temu bual yang disiarkan hari ini.

Anwar memang diketahui bakal menjadi anggota parlimen dan bersiap sedia untuk dilantik menjadi perdana menteri kelapan, namun belum ada tempoh waktu atau jadual yang jelas untuk beliau meneruskan langkah politiknya.

Namun melalui temu bual disiarkan BH Online hari ini Anwar memberikan satu lagi bayangan yang lebih jelas - mungkin Oktober ini.

Ditanya mengenai kemunculan semula di parlimen, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, ia akan dibuat melalui pilihan raya kecil.

Maknanya, akan dibuat pengosongan kerusi tertentu dan beliau akan bertanding di kawasan berkenaan. Cuma di mana - itu yang belum diputuskan.

“Saya sudah jelaskan perkara ini secara peribadi dan umum yang saya akan kembali ke parlimen, insya-Allah jika menang (PRK) sebelum hujung tahun... mungkin Oktober," katanya dipetik portal itu.

Mahu sama-sama selesa

Setakat ini sudah ada beberapa anggota parlimen menyatakan kesediaan mereka berundur bagi memberi laluan buat Anwar.

Antaranya ialah Datuk Johari Abdul (Sungai Petani) dan William Leong (Selayang).

Turut disebut-sebut ialah anggota parlimen bebas dari Perak.

Bagaimanapun anggota parlimen terbabit - Datuk Seri Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) menafikannya.

Ketika ini isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili kerusi parlimen Pandan dan anak mereka Nurul Izzah Anwar, bertanding - dan menang - di Permatang Pauh.




Menurut Anwar beliau sedang "mempertimbangkan" satu kerusi yang ditawarkan kepadanya tetapi belum membuat keputusan muktamad kerana faktor tokoh yang sedang mewakili kawasan berkenaan.

“Saya ada pertimbangkan satu kerusi ini, beliau menawarkan kepada saya tetapi apabila dilihat prestasi, beliau seorang anggota parlimen yang sangat baik... saya rasa rugi pula. Jadi semuanya sedang dipertimbangkan,” katanya.

Pada masa sama Anwar menjelaskan kerusi yang ingin ditandinginya perlulah tempat yang selesa, sama ada untuk beliau atau pengundi di situ.

“Ini soal untuk kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

"Kita perlukan keselesaan itu, seperti di Permatang Pauh kita rasa macam adik beradik, boleh melawak begitu dan begini dan saya sangat yakin dengan mereka begitu juga mereka (pengundi).

“Hendak mencapai tahap sebegitu tidak mudah kerana ia mengambil masa,” katanya.

Sementara itu Anwar berkata beliau tidak akan mengganggu Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir bagi membawa negara ke landasan yang betul.

“Sekarang Dr Mahathir ada tugas besar disebabkan semua masalah yang melanda negara. Saya mendoakan beliau berjaya,” katanya.


Irwan Serigar tak endah permohonan LHDN, kata menteri

MALAYSIAKINI

   

Menteri Kewangan mendakwa bekas ketua setiausaha Perbendaharaan tidak mengendahkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang meminta supaya memindahkan peruntukan mencukupi kepada Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC) seperti sepatutnya.

Kata Lim Guan Eng permohonan itu tidak dipenuhi Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah walaupun ia dibuat secara rasmi melalui surat daripada ketua pengarah LHDN.

Dalam satu kenyataan penjelasan hari ini Lim berkata Ketua Pengarah LHDN menulis kepada Mohd Irwan untuk meminta bekas pegawai kanan kerajaan itu memindahkan lebih banyak wang kepada TBBC.

"Tetapi ia tidak diambil peduli oleh Mohd Irwan," katanya.

Apa yang dilakukan itu, menurut Lim, boleh dianggap sebagai pemalsuan akaun dan penyelewengan tunggakan bayaran balik baki kredit untuk digukaan bagi tujuan lain.

Katanya ia juga boleh dianggap cubaan kerajaan BN menutup defisit mereka supaya kewangan kerajaan dalam dipaparkan dalam keadaan ada lebihan.

Lim sebelum itu menjelaskan isu mengenai cukar lebihan bayar - berjumlah RM16.046 bilion sehingga 31 Mei lalu - yang gagal dibayar balik oleh LHDN kepada pembayar cukai sejak lebih enam tahun lalu.

Siapa patut tanggungjawab

Katanya isu itu sedang disiasat polis sebagai kes pecah amanah.

"Baki kredit yang belum dibayar balik oleh LHDN itu melibatkan 1,653,786 syarikat, individu, persatuan dan yayasan," katanya.

Menurut Lim jumlah tunggakan itu besar kerana berlaku kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah TBBC.

Katanya bayaran balik cukai hanya boleh dibuat berdasarkan kepada jumlah baki dalam tabung berkenaan.




Berdasarkan rekod Jabatan Akauntan Negara setakat 31 Mei lalu, Lim berkata, baki yang ada dalam TBBC hanya RM1.486 bilion dan ia jauh lebih rendah daripada keperluan semasa.

"Dengan kata lain wujud kekurangan RM14.56 bilion yang menyebabkan 1,653,786 pembayar cukai tidak mendapat balik lebihan bayaran mereka sejak lebih enam tahun lalu.

"Justeru adalah jelas RM14.56 bilion yang tidak dipindahkan dari Kumpulan Wang Disatukan kepada TBBC dianggap sebagai hasil kerajaan oleh kerajaan BN.

"Ini adalah tidak tepat dan terlebih lapor," katanya.

Menurut Lim Jawatankuasa Pengurusan Wang Tunai Kementerian Kewangan mengadakan mesyuarat secara bulanan dan ia dipengerusikan oleh Mohd Irwan.

Lim kemudian membangkitkan persoalan siapa patut dipertanggungjawabkan atas masalah yang berlaku itu.

"Perkara pokoknya ialah, siapa yang sebenarnya bertanggungjawab? Adakah Mohd Irwan atau mantan menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak, atau kedua-duanya sekali?" katanya.


HAPUS BR1M BERI KESAN KEPADA PH – SIEW KI



Keputusan kerajaan memansuhan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta pengenalan cukai soda telah memberi kesan kepada calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

Calon PH bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki, bagaimanapun berkata, keputusan kerajaan itu adalah bersebab serta yakin rakyat memahaminya.

“Kita akui pemansuhan BR1M dan pengenalan cukai soda sedikit sebanyak memberi kesan kepada kempen PH.

“Namun, kerajaan pasti telah menghalusi setiap keputusan yang dilakukan. Kerajaan PH baru menjadi kerajaan dalam keadaan hutang negara agak besar.

“Fokus utama kerajan PH adalah untuk menyelesaikan hutang tanpa menyusahkan rakyat. Kami yakin rakyat akan tetap bersama PH,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat Pusat Media PRK DUN Balakong di Philea Mines Beach Resort, pada Khamis.

Dalam pada itu, Siew Ki berkata, beliau tidak mahu melabelkan calon MCA di DUN Balakong, Tan Chee Teong, sebagai seorang pengecut kerana menolak cabaran untuk berdebat.

“Beliau (Chee Teong) perlu berani menyahut cabaran debat dalam isu pemansuhan tol.Beliau perlu bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja.

“Jika sekarang pun tidak mahu berdebat, bagaimana jika beliau menjadi wakil rakyat nanti? Seorang wakil rakyat perlu berani berdebat untuk membawa suara rakyat dalam sidang DUN,” katanya.


Bagus jika kekal sambutan merdeka di Putrajaya

Kumara Sabapatty
MGF31082018_SAMBUTAN-MERDEKA_18-681x454Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan tabik hormat ke Angkatan Tentera Diraja Malaysia diiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tiga kiri) dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (dua kanan) melihat perarakan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Perbadanan Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL,


PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya hari ini disifatkan sebagai program berjaya oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Kata beliau, ini kerana kali pertama sambutan kali ke-61 itu diraikan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

“Kali pertama kita meraikan Hari Kebangsaan ini di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang dan berharap lebih terbaik pada tahun depan.

“Sambutan di Putrajaya lebih unik kerana kita boleh nampak sendiri betapa teruja orang ramai yang membanjiri dataran ini mencecah ratusan ribu dengan kawasan yang begitu luas dan selesa.

“Kita memiliki banyak opsyen dan sambutan pun begitu sukses dan daripada segi lokasi saya rasa idea yang bagus jika sambutan terus dikekalkan di sini pada tahun depan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas upacara Perbarisan dan Perarakan pagi ini.

Lebih 15,000 peserta kontinjen mencakupi empat komponen utama iaitu kenegaraan, Ketenteraman Awam, Keselamatan Negara dan Komponen Rakyat Bersepadu yang dirasmikan dengan keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Muhammad V pukul 8 pagi tadi.

Pun begitu dalam hal penganjuran sambutan perbarisan, beliau mengakui menerima pendapat sebilangan orang yang mahu ia dikembalikan ke Dataran Merdeka semula tahun depan.

“Tetapi kita belum pasti lagi sama ada ia akan kekalkan di Putrajaya atau tidak.

“Namun acara pada hari ini sangat memberangsangkan dan berjaya seperti yang diharapkan dan boleh diperbaiki lagi supaya menjadi lebih menarik pada tahun akan datang,” ujar beliau.- MalaysiaGazette


Isu LGBT: Marina tempelak Wan Azizah

Shawaliah Hadir

MGF25082018_PROGRAM-SEMBELIHAN-KORBAN10-681x453
Dr Wan Azizah Wan Ismail foto AFFAN FAUZI

KUALA LUMPUR – Anak Perdana Menteri yang juga aktivis sosial, Marina Mahathir membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam isu komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Beliau mempersoalkan sama ada Wan Azizah menyifatkan penyokong LGBT sebagai ‘haram’ menerusi temubual Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata itu bersama stesen radio BFM baru-baru ini.

“Kepada @drwanazizah, adakah anda memanggil ramai orang termasuk saya yang telah menunjukkan sokongan kepada mereka yang terpinggir oleh masyarakat itu haram?,” soalnya menerusi Twitter semalam.

Marina Mahathir
Marina dalam masa yang sama memuat naik artikel mengenai suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipetik sebagai berkata, rakyat Malaysia mesti hidup dengan kepercayaan dan cara hidup yang berbeza.

Timbalan Perdana Menteri itu juga sebelum ini pernah ditempelak oleh Marina yang lantang memperjuangkan kebebasan LGBT itu apabila kerajaan disifatkannya tidak mengambil tindakan sewajarnya kepada lelaki Kelantan berusia 41 tahun yang mengahwini gadis 11 tahun di Thailand. -MalaysiaGazette


Petron bukan pembekal utama petrol, diesel Kerajaan Persekutuan


Mirzan Mahathir


Kementerian Kewangan menjelaskan pelantikan Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) bukanlah sebagai pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan kerajaan.

Menurut kementerian itu, selain Petron, syarikat minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell Malaysia masih lagi merupakan pembekal bahan api itu sejak 1997.

“Pelantikan ini dibuat secara pentadbiran kerana ia adalah berkaitan dengan urusan operasi dan tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada Kerajaan.

“Melalui kelulusan ini, kerajaan memperoleh lebih banyak pilihan di antara Petronas, Shell dan Petron dan dapat membuka peluang serta persaingan yang sihat di kalangan pembekal minyak petrol dan diesel,” kata kenyataan semalam.

Penjelasan itu bagi menjawab kepada isu tersebarnya memo pelantikan Petron sebagai pembekal petrol dan diesel untuk kerajaan yang tular di media sosial hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan turut memaklumkan jaringan stesen minyak di seluruh negara boleh memohon untuk menjadi pembekal bahan bakar buat kenderaan kerajaan.

“Kerajaan juga tidak menghadkan jumlah pembekal di mana pembekal lain yang berwibawa dan mempunyai jaringan stesen di seluruh negara boleh memohon,” katanya.

Ini susulan tular di media sosial mengenai surat berkenaan dan mendapat pehatian netizen kerana anak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan didakwa mempunyai pegangan saham dan peranan dalam syarikat itu di negara ini.

Pada 2013, Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Mirzan tidak memiliki sebarang saham ataupun beliau mempunyai peranan dalam syarikat.

Peguam persoal tindakan SPRM dedah maklumat bekas ketua perisik MEIO



 

Pasukan peguam kepada bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (MEIO) mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan maklumat siasatan suruhanjaya itu kepada media.

Menerusi kenyataan dikeluarkan semalam, menyebut, semasa pendengaran permohonan reman oleh SPRM terhadap anakguamnya peguam mendakwa telah dinafikan untuk memperolehi sebarang maklumat berkaitan penyiasatan SPRM.

“Alasan SPRM kononnya jika di bekalkan maklumat tersebut kepada kami, ianya akan mengganggu proses siasatan dan mungkin akan menyebabkan gangguan kepada saksi-saksi lain atau menyebabkan apa-apa bukti kes di hapuskan.

” Kami memahami “alasan” yang di berikan oleh Pegawai Penyiasat SPRM berkenaan dan menghormatinya.

“Namun pada kami di kejutkan dengan pengumuman demi pengumuman yang di buat oleh SPRM kepada media iaitu berkaitan rampasan duit AS$6.3juta yang di katakan dari sumber timur tengah melalui anakguam kami,” ujar kenyataan itu semalam.

Semalam SPRM merampas AS$6.3 juta dalam siasatan terhadap bekas ketua pengarah Organisasi Risikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Timbalan Pesuruhjaya Datuk Seri Azam Baki berkata wang sebanyak AS$4.7 juta serta barangan lain, yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak AS$6.3 juta, dirampas di sebuah pangsapuri di Cyberjaya semalam dan disyaki berkaitan kes salahguna kuasa Hasanah.

Menurut peguam, “pendedahan maklumat siasatan” oleh SPRM sendiri kepada pihak media dan berita ini di sensasikan media sehingga memprejudiskan hak anakguam untuk membela diri.

” Bukankah pendedahan melalui media ini akan menjejaskan siasatan oleh SPRM sendiri dan mungkin beberapa jejak bukti akan di musnahkan oleh orang yang belum di tangkap dan mungkin akan menyebabkan mereka melarikan diri apabila mereka telah mendapat maklumat percuma dari media bahawa penyiasatan ke atas anakguam kami adalah berkaitan dengan urusan rasmi antara mereka selama ini.

“Jika SPRM merahsiakan daripada kami semua maklumat ini atas alasan “boleh mengganggu siasatan”, mengapa SPRM boleh pula bebas membocorkan (kononnya) “bukti siasatan” kepada media?

“Adakah menjadi trend agensi penyiasat sekarang ini untuk mendedahkan semuanya di media untuk di perdebatkan oleh “rakyat hakim negara” yang tak mengetahui hujung pangkal kes ini?,” soalnya.

Katanya lagi, ketika di soal Majistret semalam di mahkamah, Hasanah secara terbuka memaklumkan kepada mahkamah bahawa tugas beliau ketika menjadi Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM adalah terikat dengan Akta Rahsia Rasmi dan beliau tidak boleh mendedahkan sebarangan maklumat berkaitan tugas rasmi beliau kepada SPRM.

Lebih banyak rumah mampu milik jika Halimey terpilih

KEADILAN DAILY

 37eb8300-a9a5-412d-8017-2f4c094bb138

Calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil Seri Setia, Halimey Abu Bakar berazam untuk menambah jumlah rumah mampu milik apabila dipilih menjadi wakil rakyat.

Bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu bagaimana pun sedia maklum akan cabaran kekurangan tanah bagi tujuan tersebut.

“Langkah pertama yang akan saya ambil ialah bekerjasama dan menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik di kawasan DUN Seri Setia.

“Walaupun terdapat kekangan utama dalam perkara ini, iaitu ketiadaan tapak untuk membangunkan perumahan mampu milik, namun saya percaya setiap masalah akan ada penyelesaiannya,” katanya dalam sidang media di Blik Gerakan Utama (BGU) DUN Seri Setia, lapor SelangorKini.

Katanya, beliau juga yakin kawasan perumahan lama seperti di Kampung Lindungan dapat dibangunkan semula kekal sesuai dengan keperluan semasa.

Menurutnya, projek naik taraf sama sudah dilaksanakan di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai.

Beliau juga berazam untuk mencadangkan kepada kerajaan Selangor untuk menambah rumah sewa kendalian kerajaan negeri buat golongan kurang berkemampuan.

“Bagi golongan termiskin atau miskin bandar pula, saya akan mencadangkan kerajaan negeri membina rumah khas untuk disewa golongan itu dengan kadar sewa minimum tidak melebihi RM250 sebulan.

“Usaha serupa juga dilakukan bagi membantu golongan bujang dengan membina rumah satu bilik atau menyamai saiz studio berdasarkan keperluan seharian mereka yang tidak memerlukan ruang kediaman yang luas.

“Pada masa sama, saya juga ingin menegaskan bahawa setiap unit kediaman mampu milik untuk rakyat di kawasan ini adalah dilarang sama sekali untuk disewakan kepada warga asing,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Seri Setia dan Balakong berlangsung serentak pada 8 September.
 
Hari penamaan calon pula ditetapkan 18 Ogos dan hari mengundi awal 4 September ini.
 
PRK Seri Setia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.
 
Pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU-14), Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi.
 
Seramai 52,650 pengundi berdaftar dijangka bakal membuang undi dalam PRK Seri Setia.
 
 

'Jadi pelacur demi kekasih'

Sinar Harian / ASTRO AWANI
'Jadi pelacur demi kekasih'
Wanita berusia 20 tahun ini dicekup bersama salah seorang pelanggan selepas bilik di sebuah hotel mewah di sini diserbu pihak JHEAT, pada Selasa lalu. -Foto Sinar Harian
 
KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menahan tiga pelacur dan dua bapa ayam warga tempatan dalam tiga serbuan di dua buah hotel mewah di bandar raya ini.

Dalam serbuan pertama kira-kira jam 6.15 petang, Selasa lalu, seorang ibu tunggal berusia 20 tahun bersama bapa ayamnya ditahan dipercayai sedang menunggu pelanggan.

Menurut sumber, siasatan mendapati wanita itu terjebak dalam dunia pelacuran sejak empat bulan lalu dan menggunakan aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan.

"Wanita itu juga mendakwa semua urusan mencari dan mengatur pertemuan dengan pelanggan dilakukan oleh bapa ayamnya.

"Dia mendakwa bapa ayam kelulusan dalam bidang perubatan dari Jordan itu akan mengambil komisyen RM100 bagi setiap pelanggannya.

"Selain itu, bapa ayam yang beralamat di Panji Alam di sini, turut mengenakan harga antara RM250 ke RM600 bagi setiap slot perkhidmatan yang akan diberikan," katanya.

Sumber berkata, selain wanita itu, siasatan mendapati bapa ayam yang kini merupakan pelajar Sarjana di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam, di sini, turut mempunyai ramai 'anak ayam' yang terdiri daripada golongan pelajar universiti dan wanita bekerjaya dalam pelbagai profesion.

Jelas sumber, serbuan kedua di hotel sama diadakan kira-kira jam 1.15 pagi, semalam, berjaya membongkar kegiatan tidak bermoral lelaki, 20-an yang sanggup menjadi bapa ayam kepada teman wanitanya, 23.

Katanya, hasil siasatan, wanita yang belum berkahwin itu mengaku terpaksa menjadi pelacur sejak awal tahun ini kerana arahan teman lelakinya dan ingin mencari duit lebih untuk membayar hutang.

"Selain mendakwa dibebani hutang yang banyak, wanita itu juga memaklumkan memilih pekerjaan sebagai pelacur kerana merasakan lebih 'selamat' disebabkan teman lelakinya sendiri yang bertindak sebagai 'orang tengah' mencari pelanggan.


Anggota penguatkuasa JHEAT sedang menyoal siasat wanita, 25, dan salah seorang pelanggannya selepas bilik hotel ditempah mereka diserbu, pagi semalam.
 
 
Anggota penguatkuasa JHEAT sedang menyoal siasat wanita, 25, dan salah seorang pelanggannya selepas bilik hotel ditempah mereka diserbu, pagi semalam.

"Dia mendakwa biasa teman lelakinya akan mempromosikan dirinya melalui aplikasi WeChat dengan mengenakan bayaran tempahan RM200 dan bayaran perkhidmatan RM250 yang diserahkan terus kepadanya," katanya.

Selain itu, sumber berkata, seorang lagi wanita berusia 25 tahun dicekup dalam serbuan di sebuah hotel mewah di bandaraya ini, kira-kira jam 3.15 pagi, semalam.

Jelasnya, wanita yang berasal dari Pulau Pinang bagaimanapun mengaku melakukan sendiri dalam urusan mencari pelanggan dan tidak memerlukan khidmat bapa ayam kerana sudah lama bergiat dalam aktiviti tidak bermoral itu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Azam Awi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan serbuan terbabit.

Jelasnya bagi kesalahan bapa ayam, mereka boleh didakwa dibawah Seksyen 28 Muncikari (orang tengah) yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam sebatan.

"Bagi ketiga-tiga wanita itu pula, mereka boleh didakwa dibawah Seksyen 25 perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam sebatan," katanya.

Dalam masa sama, Mohd Azam mengingatkan kepada individu luar yang berniat hendak menjalankan aktiviti pelacuran di negeri ini agar menghentikan tujuan tersebut.

Lelaki mati tergantung pada dahan pokok dekat kelab golf

Astro Awani
Lelaki mati tergantung pada dahan pokok dekat kelab golf
Seorang lelaki berusia lewat 50-an ditemukan tergantung pada pokok berhampiran kelab golf di Glenmarie, Shah Alam pagi tadi. -Astro AWANI
 
SHAH ALAM: Seorang lelaki berusia lewat 50-an ditemukan tergantung pada pokok berhampiran kelab golf di Glenmarie, Shah Alam pagi tadi.

Polis mengesahkan menerima laporan daripada pekerja kelab golf tersebut pada jam 8.15 pagi.

Sebaik tiba, polis mendapati leher lelaki berkenaan terjerut dengan tali yang diikat pada dahan pokok.
Lelaki itu dipercayai menunggang motosikal berseorangan ke kawasan kelab golf.

Turut ditemui beberapa dokumen pengenalan lelaki terbabit.

Setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.


 

PPBM jamin khidmat guru agama tidak akan ditamatkan

Bernama




PASIR PUTEH: Perkhidmatan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) tidak akan ditamatkan kerana mereka penting untuk memberikan pendidikan agama Islam kepada pelajar sekolah rendah, kata Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamaruddin Mohd Noor.

Beliau berkata partinya akan mempertahankan jika ada mana-mana pihak yang cuba untuk menamatkan perkhidmatan mereka.

“Khidmat mereka penting untuk memberikan pendidikan agama peringkat awal kepada murid-murid sekolah rendah termasuk untuk mengenali bacaan Al-Quran,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra dengan lebih 300 guru KAFA hari ini.

Kamaruddin berkata dakwaan sesetengah pihak mengatakan perkhidmatan guru KAFA akan ditamatkan oleh kerajaan Pakatan Harapan hanya andaian bagi memburukkan kerajaan persekutuan.

Bagaimana pun beliau berkata prestasi perkhidmatan setiap guru KAFA akan dinilai bagi membolehkan kontrak perkhidmatan mereka disambung.

Najib senarai 5 'salah faham' tentang ECRL

 
    ULASAN | Saya berada di Pekan semasa sambutan Hari Raya Haji semalam. Ramai rakyat di sana kecewa apabila mengetahui projek ECRL dibatalkan kerana mereka sudah dapat melihat manfaat ekonomi untuk mereka daripada projek ini.

Bagaimanapun, saya juga lihat ada rakyat Malaysia yang tidak menyedari fakta sebenar projek ini dan dikelirukan oleh propaganda mengenai projek ini. Saya akan huraikan salah faham ini:

Salah faham 1: Kosnya terlalu mahal dan BN mendapat imbuhan dari projek ini.

Ramai merasakan projek ini dengan kos RM55 bilion adalah melangkaui harga dan mahal, di mana kos sebenar dikatakan hanyalah RM30 bilion sebagaimana disebar Pakatan Harapan (HARAPAN) tanpa menjelaskan apakah perinciannya.

Sebenarnya, angka RM30 bilion itu adalah kajian dibuat pada 2009 dan hanya untuk jarak 545km sahaja. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 620km.

Jajarannya juga berubah untuk menjadi lebih efisien dan mengelak dari pengambilan terlalu banyak tanah rakyat dan rumah mereka dan ia turut memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa.

Ia adalah fasa pertama projek ini dan telah menelan belanja RM46 bilion pada 2016 dan ia juga berikutan kesan daripada inflasi dan ringgit yang lemah.




Jika projek ini dibina tujuh tahun selepas ini, ia akan menelan belanja lebih tinggi. Contohnya, kos bagi projek PTMP Pulau Pinang melonjak daripada RM27 bilion kepada RM50 bilion.

Satu keputusan juga dibuat untuk menyambung jajaran daripada Gombak ke Pelabuhan Klang yang menjadikan keseluruhan landasan adalah 688km.

Jajaran landasan merentasi kawasan bandar yang padat adalah lebih tinggi namun sambungan ke Pelabuhan Klang itu akan membuka jambatan darat bagi pelabuhan dari Pantai Timur ke Pantai Barat semenanjung, yang akan turut menjadi saingan dan pilihan lebih baik daripada pelabuhan Singapura kerana tanpa rentasan ini, kapal memerlukan tambahan satu setengah hari untuk berlayar melalui Singapura.

Ia adalah fasa kedua dan melibatkan kos RM9 bilion, menjadikan keseluruhan projek ini RM55 bilion pada 2016.

Salah faham 2: Kadar faedah dan pinjaman terlalu mahal.

Ini adalah tidak benar. Pinjaman 20 tahun daripada China adalah pada kadar 3.25 peratus dan dilindungi daripada risiko perubahan kadar tukaran matawang, tidak seperti yang berlaku kepada pinjaman dari Jepun yang dibuat Mahathir di mana Malaysia membayar berganda apabila nilai Yen naik. Terdapat juga tempoh tujuh tahun bagi permulaan pembayaran. Pada kadar 3.25 peratus, ia adalah lebih rendah daripada kos bon jika Malaysia melakukan pinjaman.

Salah faham 3: Kita tidak mampu dengan tiga projek ini.

Jika kita menggunakan angka RM81 bilion yang diberikan oleh Guan Eng termasuk kos faedah serta tambahan RM9 bilion bagi dua projek paip gas, keseluruhan kos adalah RM90 bilion.

Pinjaman bagi ketiga-tiga projek ini adalah bagi tempoh 20 tahun dan tidak ada keperluan untuk membayar sekaligus. Maka, kita akan hanya membayar RM4.5 bilion bagi tempoh 20 tahun termasuk tiada keperluan membayar untuk 7 tahun pertama.

Bagaimanapun, Guan Eng pada masa sama turut menyatakan Malaysia akan kehilangan hasil RM23 bilion berikutan perubahan sistem cukai dari GST kepada SST.

Kehilangan hasil ini pasti akan bertambah berikutan peningkatan KDNK Malaysia dan kutipan SST yang turut sama meningkat dengannya.

Jika kita kekal dengan hasil RM23 bilion sahaja setahun sekalipun, Malaysia masih berupaya membayar pinjaman RM4.5 bilion setahun bagi tempoh 20 tahun.

Salah faham 4: Pembayaran bertingkat adalah tidak adil serta berat sebelah.

Jika anda lihat kepada video bagi bahagian ECRL yang sudah siap dibina, anda akan dapat melihat sebahagian besar yang sudah dilaksanakan setakat ini bagi mewujudkan kawasan fabrikasi dan pusat operasi.

Ini adalah di mana kebanyakan kos dibelanjakan termasuk keperluan untuk membeli mesin pengorek terowong.

Sama seperti dua projek paip gas, kos permulaan dan rekabentuk bagi projek mega adalah tinggi manakala perletakan landasan dan paip adalah lebih mudah.




Kesemua tiga projek itu dianugerahkan kepada tiga syarikat milik kerajaan China di mana syarikat terbabit juga adalah antara syarikat terbesar di dunia. Pembayaran juga dibuat terus daripada Bank EXIM China.

Risikonya lebih rendah terhadap syarikat terbabit untuk tidak menyempurnakan projek ini atau sebarang pembayaran disalurkan ke tempat lain melainkan anda menuduh kerajaan China terlibat dengan pengubahan wang haram.

Salah faham 5: Projek ini tidak berdaya maju kerana pulangan daripada kargo dan penumpang tidak mencukupi.

Bagi soalan ini, Datuk Seri Wee Ka Siong sudahpun memberi penjelasan dua hari lalu yang amat tepat dan saya petik semula apa yang dinyatakan beliau:

"Hasil kepada kerajaan dan negara daripada projek infrastruktur pengangkutan awam seperti ECRL bukan sahaja dikira dari pulangan terus daripada penumpang atau jumlah trafik barangan sahaja tetapi daripada faktor luaran dan limpahan ekonomi daripada projek berkenaan.

"Jika hanya dihitung daripada pulangan terus, maka tiada faedahnya untuk membina lebuhraya bebas tol seperti projek Lebuhraya Pan Borneo atau Lebuhraya Central Spine Road (CSR) memandangkan tiada pulangan terus darinya.

"Hakikatnya, peluang pekerjaan, peluang ekonomi diwujudkan; pelbagai industry akan berkembang dan nilai harga tanah akan turut meningkat di sekitar stesen keretapi.

"Kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri akan menerima manfaat daripada kutipan cukai yang meningkat daripada syarikat yang tumbuh hasil limpahan ekonomi selain daripada pelbagai pembangunan dan harga hartanah yang lebih tinggi.

"Kajian kebolehlaksanaan yang dibuat menunjukkan projek ECRL menyumbang 4.6 peratus kepada pertumbuhan domestik dan 80,000 peluang pekerjaan secara terus dan tidak langsung, terutama di negeri pantai timur dan akan meningkatkan taraf pendapatan di sana serta mengurangkan jurang pendapatan dengan penduduk pantai barat.

"Selain manfaat ekonomi, terdapat faedah lain seperti mengurangkan penghijrahan ke bandar seperti ke Kuala Lumpur yang turut mengakibatkan kesesakan; ia satu pengangkutan lebih selamat, selesa dan meningkatkan produktiviti mereka yang melakukan perjalanan ke kampung; dan mengurangkan pencemaran asap kereta.

"Berapa banyak nyawa telah terkorban daripada kemalangan jalanraya? Ini semua tidak boleh diukur oleh ekonomi dan kos.

"Manfaat ini adalah berkekalan dan bukan hanya untuk satu kali sahaja.

"ECRL sudahpun siap 20 peratus dan dengan pembatalan ini, ia bermakna tiada lagi pertumbuhan ekonomi, tiada peluang pekerjaan dapat diwujudkan, tiada limpahan ekonomi dan kesan gandaan yang bermanfaat hasil daripada projek ini.

"Negeri di pantai timur tidak akan dapat melihat kemajuan dan akan terus ketinggalan berbanding negeri di pantai barat."

Bagi mendapatkan lebih maklumat bagi pulangan positif hasil daripada projek ECRL ini, anda boleh membaca laporan analisa berikut:
http://www.midf.com.my/…/Speci…/ECRL-Report_MIDFR_180418.pdf

Saya tidak memberi komen terhadap kenyataan ‘Najib adalah bodoh’ atau tidak sebagaimana dikeluarkan Dr Mahathir di China.

Perjanjian projek-projek itu memang ada klausa penamatan (exit clauses). Ini bukan macam perjanjian-perjanjian konsesi IPP ataupun tol jalan raya dari zaman Dr Mahathir dulu di mana sehingga sekarang, kerajaan HARAPAN tidak dapat memenuhi janji untuk mansuhkan tol.

Lebih baik untuk kerajaan HARAPAB mendedahkan kesemua perjanjian, kajian kebolehlaksanaan dan kajian impak ekonomi serta analisa manfaat kos, bagi melihat adakah baik atau sebaliknya untuk Malaysia meneruskan ketiga-tiga projek ini atau membatalkannya. Ini membolehkan rakyat untuk menilai sendiri.

Saya juga menggesa kerajaan untuk menjalankan RCI terhadap ketiga-tiga projek ini bagi menentukan sama ada terdapat salah laku.

Rakyat berhak mengetahui jika keputusan membatalkan itu dibuat atas alasan yang munasabah serta kukuh dan tidak dibuat bersandarkan kepada kemarahan terhadap kerajaan BN atau terhadap kerajaan China yang tidak mahu tunduk dengan kemahuan HARAPAN.

Sehingga kesemua dokumen itu didedahkan, saya kecewa dan sedih bagi penduduk pantai timur semenanjung kerana akan kehilangan pembangunan pemangkin kemajuan negeri mereka dan peluang untuk mereka meningkatkan taraf ekonomi sama seperti yang diperolehi penduduk di pantai barat.


*DATUK SERI NAJIB RAZAK merupakan bekas perdana menteri dan anggota parlimen Pekan.

Lokman syak Hasanah disabotaj, tapi...

 
   

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno mengesyaki bekas pegawai tertinggi badan perisikan kerajaan disabotaj orang bawahannya apabila ada surat ditulis kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) bagi meminta bantuan AS untuk kerajaan BN.

Kata Datuk Lokman Noor Adam beliau "mendapat maklumat" kononnya Datuk Hasanah Abdul Hamid itu tidak bersalah, sebaliknya ada pihak lain sudah memperdayakannya.

"Saya (dapat) maklumat daripada belah dia (Hasanah) yang mengatakan bahawa orang bawah dia yang mainkan dia," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun calon BN yang kalah pada pilihan raya kecil Sungai Kandis di Selangor 4 Ogos lalu itu menegaskan, jika Hasanah memang menulis surat bagi meminta bantuan CIA, ia satu kesalahan yang berat.

Kata Lokman, pihak berkuasa wajar menyiasat bekas pengarah Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia (MEIO) itu n mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti bersalah.

"Bagi saya kalau ketua perisik tulis surat kepada CIA itu adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

"Tapi kita harap pihak berkuasa siasat... kalau betullah memang dia sengaja menulis surat itu, kita kena ambil tindakan.

"Kita tak boleh bertoleransi dengan mana-mana pengkhianat negara," katanya.




Terdahulu Lokman hadir bersama Datuk Seri Najib Razak di majlis perkelahan dengan bekas perdana menteri itu di Taman Botani, Kuala Lumpur.

Turut memeriahkan sambutan isteri Najib, Rosmah Mansor.

Untuk rekod Hasanah yang sebelum ini pernah menjadi pengarah Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia (MEIO) ditahan pihak berkuasa pada Selasa lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kemudian diberi kebenaran oleh mahkamah untuk menahan reman Hasanah selama lima hari mulai 29 Ogos untuk membantu siasatan mengenai dana bernilai berjuta-juta dolar AS yang disyaki ada kaitan dengan 1MDB.

Terdahulu Lokman ditanya mengenai surat yang menampilkan tandatangan Hasanah kepada CIA untuk meminta AS memberi sokongan kepada Najib jika BN menang tipis dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Hasanah kemudian menjelaskan kepada media, surat tersebut tiada kena-mengena dengan Najib.

Lokman yang juga presiden Pemantau Malaysia Baru berkata mana-mana pihak tidak boleh mengharap bantuan luar bagi mendapatkan kuasa.

Ditanya sama ada surat itu benar-benar bertujuan mengharapkan sokongan dari Rumah Putih untuk Najib terus menjadi perdana menteri, Lokman berkata: "Bullshit (mengarut)."


Blockade: Membalas jasa Senoi Praaq dengan kezaliman?




MOHD.FAUZI MOHD AZMI

Isnin lepas, tiga hadangan (blockade) yang dibina masyarakat Orang Asli Gua Musang dirobohkan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dengan mengguna pakai Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara Pemakaian 1984.

Perobohan dilakukan adalah sah mengikut undang-undang dan alasan yang diguna pakai pihak berkuasa terbabit. Namun, tindak-tanduk itu tidak sama sekali akan melemahkan semangat Masyarakat Orang Asli (MOA) yang sekian lama berjuang bagi mendapatkan hak dan pengiktirafan Tanah Adat mereka.

Buktinya, jam 1:30 pagi Rabu (hari ini) Blockade Cawas kembali berdiri. Tahniah dari kami Pakatan Harapan Negeri Kelantan atas kecekalan dan iltizam yang kuat rakan-rakan Orang Asli sekelian. Ini perjuangan kalian dan kami akan sentiasa menyokong tanpa berselindung!

Saya dihubungi pelbagai pihak bertanyakan kesudahan krisis ini. Apa penyelesaiannya? Apa tindakan seterusnya dari Orang Asli ? Apa bentuk bantuan diperlukan Orang Asli dan yang utama sekali – apa tindakan kementerian-kementerian peringkat pusat membantu masyarakat Orang Asli menangani krisis ini?

Soalan-soalan diatas hanya mampu saya jawab dengan satu jawapan yang saya tahu ianya menghampakan semua pihak yang bertanya.

Diakhirnya, penyelesaian berada ditangan Kerajaan Negeri Kelantan kerana kuasa untuk mengiktiraf Tanah Adat Orang Asli adalah kuasa mutlak kerajaan Kelantan.

Sempena bulan kemerdekaan dan menjelang sambutan Hari Malaysia, saya ingin membawa kepengetahuan semua sedikit kisah perjuangan pahlawan “Senoi Praaq” yang mana antara mereka terdiri dari suku Kaum Temiar selain Semai, Semelai dan Temuan.

Sepanjang krisis blockade menjadi panas di Kelantan, saya ada membaca beberapa komen “jahat” dari mereka yang malas membaca. Yang saya maksudkan sebagai komen jahat ialah bila mana tuduhan dibuat kononnya ketika zaman darurat, Orang Asli membantu pengganas Komunis berlindung dari diburu.

Hakikat dan fakta yang tak ramai dari kita tahu ialah, Orang Asli adalah penyumbang utama membantu negara Malaysia keluar dari zaman darurat dan pembebasan ‘kawasan hitam’ dari cengkaman dan penguasaan komunis.

“Senoi Praaq” ketika zaman kegemilangannya dikenali sebagai “Silent Killer” dan pihak Komunis sendiri memilih untuk melarikan diri daripada berhadapan dengan “Senoi Praaq”.

Saya fikir, AJK PAS Pusat Nik Abduh yang pernah dikaitkan dengan CIA pasti tahu kerana kehebatan unit “Senoi Praaq”, pihak CIA sendiri pernah menggunakan khidmat “Senoi Praaq” di Laos.

Apabila Amerika Syarikat tewas dalam perang di Laos, skuad “Senoi Praaq” ditinggalkan begitu sahaja di Laos tetapi mereka berjaya juga pulang ke Malaysia.

Tamat disitu dahulu.

61 tahun selepas kita merdeka, 58 tahun selepas zaman darurat, 29 tahun selepas Komunis mengangkat senjata, selepas berkorban untuk Malaysia, hari ini anak-anak, cucu-cucu mantan unit “Senoi Praaq” terpaksa menyambung perjuangan bapa dan datuk mereka.

Kali ini bukan untuk pembebasan negara dari penjajahan luar, sebaliknya bagi mendapatkan hak ke atas tanah adat mereka yang dinafikan oleh sebuah kerajaan yang berjaya di diri dan distabilkan hasil titik peluh perjuangan dan pengorbanan bapa dan datuk mereka bekas unit “Senoi Praaq”.

Sebagai ‘orang bandar’, saya merasa sangat-sangat malu kepada sahabat-sahabat Orang Asli bila melihat sebuah Kerajaan melayan permintaan kecil masyarakat minoriti yang pernah berjasa dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara daripada cengkaman Komunis persis rejim Zionis melayan Palestin.

Apa sangat pengiktirafan sebahagian kecil Hutan Simpan sebagai Tanah Adat berbanding dengan keamanan dan keharmonian yang kita kecapi hari ini?

Saya yakin kerajaan Kelantan tidak akan jatuh papa kedana hanya dengan mengiktiraf beberapa kawasan dalam Hutan Simpan sebagai Tanah Adat Orang Asli sebagaimana tuntutan masyarakat Orang Asli.

Mereka telah membuktikan bahawa Hutan lebih selamat dan terpelihara dibawah jagaan mereka manakala kita telah membuktikan bahawa keangkuhan kita hanya menyumbang pada kehancuran hutan.

Kenanglah jasa mereka buat negeri dan negara ini, berikan hak kepada mereka. Mereka telah berkorban nyawa dan hasilnya sedang kita nikmati hingga ke hari ini.

*Mohd Fauzi Mohd Azmi merupakan Setiausaha Kerja DAP Kelantan dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli Pakatan Harapan Negeri Kelantan

Khamis, 30 Ogos 2018

Lesen teksi individu jamin kebajikan pemandu - Anthony

Wan Syamsul Amly, Astro Awani
Lesen teksi individu jamin kebajikan pemandu - Anthony
ANTHONY: Kira-kira 14,000 lagi pemandu teksi masih berada di dalam kontrak pajak dan menggunakan permit di bawah syarikat teksi. - Gambar Astro AWANI
 
KUALA LUMPUR: Pemberian lesen teksi individu menjamin kebajikan pemandu dalam mengelak beban kewangan membayar pajakan kereta kepada syarikat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia sekali gus membuka peluang pemandu teksi menabung untuk masa depan.

"Sebelum ini dalam sistem pajak, mereka kena potong untuk sewa kereta, sewa permit dan sebagainya. Kalau mereka ada permit sendiri, mereka cuma bayar hanya ansuran kereta, tidak perlu membayar kepada pihak ketiga.

"Ia sekali gus memberi pendapatan kepada mereka, dan mereka dapat menikmati pendapatan tanpa potongan yang tinggi."

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan lesen teksi individu kepada 174 pemandu di ibu pejabat Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di sini, hari ini.

Katanya, penerima lesen individu terbabit turut menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu pemandu teksi membeli kenderaan baharu.

Jelasnya, kira-kira 14,000 lagi pemandu teksi masih berada di dalam kontrak pajak dan menggunakan permit di bawah syarikat teksi.

Dalam perkembangan berasingan, jelasnya, semua kakitangan tetap SPAD akan diserap ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam beberapa bulan sehingga akhir tahun ini.

Anthony, sebelum ini, menjelaskan terdapat lebih 800 kakitangan tetap SPAD akan mengisi 1,000 kekosongan pelbagai jawatan di JPJ.

Keputusan PRK Seri Setia Adalah Referendum Rakyat Terhadap Polisi PH

Dr Ishak Ibrahim
 
 

Keputusan Prk Seri Setia Adalah Referendum Rakyat Terhadap Polisi PH.

Jika PH Menang Bergaya, Menunjukkan Bahawa Rakyat Bersetuju Dgn.

1. Rakyat Terutama Orang Melayu Tidak Memerlukan Tongkat Lagi Dan Boleh Bersaing Secara Berdepan.

2. Pembayaran PTPTN akan dikuatkuasakan secara tegas supaya PTPTN dapat diteruskan tanpa Pump in  Money dari Kerajaan.

3. Subsidi Harga Minyak Petrol Dan Diesel Tidak Diperlukan Rakyat dan wang tersebut lebih digunakan utk pembinaan projek mega yg lain seperti proton2.

4. Pemberian Bantuan Oleh Korporat Kepada Orang Kanan Politik Seperti SU Menteri Bukanlah Kesalahan.

5. Tol akan diteruskan dan dinaikkan berdasarkan perjanjian sedia ada.

6. Klinik RM1 Tidak Bagus, Kerana Rakyat Mahukan Perkhidmatan Lebih Baik Dan Sanggup Membayar Insuran Kesihatan.

7. Rakyat Malaysia Dibenarkan Mempromosikan Apa Jua Agama Dan Mazhab Tanpa Halangan.

*Dr Ishak IbrahimPenganalis Politik

Kalau harta Jamaluddin Jarjis 2.1 billion, berapa harta Mahathir?


Saya tak tahu dan tak terfikir bahawa harta peninggalan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (JJ) adalah 2.1 billion sehingga ibunya Aminah Abdullah, 83 tahun menutut mendapatkan bahagian yang sah atau faraid seperenam daripada peninggalan harta pusaka tersebut.

Saya tak mahu buat apa-apa tohmohan tetapi sangat sukar bagi saya untuk menjelaskan bagaimana seorang bekas Menteri Kewangan Kedua mempunyai harta sebanyak itu?

Kita belum tahu lagi berapa ramai pimpinan UMNO yang mempunyai harta mungkin lebih daripada apa yang dimiliki oleh JJ

Mahathir Mohamad adalah Menteri Kewangan selepas Anwar Ibrahim di pecat. Mahathir pernah memberi jawatan Menteri Kewangan sekejap kepada Tun Daim dan kemudian mereka ada sedikit krisis antara Tun Mahathir dan Tun Daim, akhirnya Mahathir mengambil alih semula jawatan Menteri Kewangan dan antara yang menjadi Menteri Kewangan Kedua semasa Mahathir menjadi Menteri Kewangan ialah  Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (JJ) iaitu pada 20 November 2002 sehingga 26 March 2004 sehingga Pak Lah menukar JJ ini kepada  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Januari 2004 - Mac 2004), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mac 2004 - Mac 2008) dan akhir sebelum meninggal dunia sebagai   Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (Julai 2009 - Februari 2012).

Kalau JJ ada duit 2.1 billion. Tak hairan lah anak-anak Mahathir menjadi antara orang terkaya di Malaysia. Kalau bapa Mahathir macam bapa Najib kita mungkin tak berapa hairan. Kalau atuk Mahathir sama dengan atuk Najib antara yang ada saham dengan pusat judi genting yang berpendapatan 160 billion setahun kita tak hairan.

Saya pernah membaca pendedahan Mahathir mempunyai sekitar US $40 billion dan tercatat di Wikipedia dan paling aneh berlaku nama Mahathir Mohamad dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia.

Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.


Walau bagaimanapun, laman Wikipedia yang masih boleh dilayari di Malaysia, nama Mahathir dengan misterinya telah dipadam pada hari Isnin 17 Disember 2012 beberapa minit selepas Malaysia Chronicle menyiarkan berita Mahathir now the world's second richest ex-leader with US$ 44 BILLION? (Mahathir sekarang bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta sejumlah US$ 44 Billion?).

Pembaca boleh rujuk pada versi bergambar laman web dimana nama Mahathir disenaraikan dengan jelas selepas Mubarak dan bandingkan ia dengan versi seperti di pautan.
(http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_heads_of_state_and_government_by_net_worth.)

Tak hairan kalau mengikut sumber maklumat tidak rasmi Mahathir menyalurkan lebih kurang RM500 juta (½ billion) untuk Harapan menggunakannya dalam kempen menjatuhkan Najib sehingga berlaku krisis dalam PKR dalam menentukan siapa pimpinan Harapan sehingga Nurul Izzah pergi membujuk Mahathir di luar negara pada masa itu.

Itu belum lagi berapa banyak duit untuk kempen melobi dalam DAP sehingga DAP sanggup menerima Mahathir. Dalam isu ini mengikut maklumat hanya parti Amanah sahaja yang mudah berkira, beri aje duit terus terima tanpa soal.

Cuba bayangkan 222 kerusi parlimendan 505 kerusi DUN yang mana bahan kempennya ditukarkan kepada logo PKR pada saat akhir yang difahamkan semuanya sebelum ini tersedia untuk PRU dengan logo masing-masing. Berapa kosnya? Semuanya Mahathir boleh selesaikan kerana bagi Mahathir "MONEY IS KING".

Tapi Mahathir cerdik dia buat tahi tapiNajib yang terpalit. "Money Is King" dilemparkan kepada Najib sebagaimana dia lemparkan tuduhan kepada Najib bahawa Najiblah perompak wang rakyat.

Sedangkan sebelum ini 22 tahun dia dalam UMNO memperkayakan anak beranak dan kronik dengan MEROMPAK WANG RAKYAT. Rakyat tertipu sehingga Mahathir menjadi suci dan bersih.

Budak-budak lahir selepas zaman reformasi sangat mengaungkan Mahathir kerana mereka baca buku sejarah yang menceritakan kehebatan Mahathir sebagai bapa permodenan Malaysia. Mereka tak tahu Mahathir bapa firaum, Mahazalim dan perosak bangsa dan agama serta perompak wang rakyat.

Saya tak ulas panjang cukup sekadar itu. Sebelum saya mengakhiri tulisan ini saya ingin imbas bagaimana bekas-bekas Menteri Kewangan Malaysia dalam politik mereka seperti Tengku Razaligh yang banyak menggunakan wang untuk parti Semangat 46, Anwar Ibrahim untuk PKR, Mahathir dengan Bersatu. Daim aje yang tidak terlibat secara serius.

Mereka semua mempunyai wang yang sangat banyak....

Mana mereka dapat?K

Kalau tak merompak hak milik rakyat.

Rakyat jangan mudah bodoh dan terperdaya dengan kata-kata manis mereka ini.




‘Isu hapuskan tol tanya saya’ – Guan Eng

THE MALAYSIAN TIMES
 


BALAKONG: Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata MCA harus menyuarakan isu penghapusan tol kepada beliau sekiranya mereka betul-betul mahu mengurangkan beban rakyat.

Katanya parti itu tidak sepatutnya bertanyakan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki ketika berkempen kerana beliau bukan menteri.

“(Wong) Siew Ki bukan menteri, kenapa tanya dia? Kalau nak tanya pasal tol, anda patut tanya saya, sebab sayalah menteri, “ katanya ketika menyampaikan ceramah umum PH DUN Balakong di sini, malam tadi.

Jumaat lepas, calon MCA Tan Chee Teong dalam satu kenyataan membidas Wong yang gagal menjawab isu berkaitan kegagalan pemansuhan tol oleh kerajaan seperti dalam janji manifesto.

Tan berkata penduduk Balakong seakan terperangkap dengan tujuh tol untuk keluar ke Kajang atau Kuala Lumpur, yang dilihat menjadi beban kepada mereka.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berharap agar rakyat sabar dalam memberikan masa kepada kerajaan PH yang masih baru untuk menunaikan janji-janji terhadap mereka.

“PH baru sahaja empat bulan dalam kerajaan dan perlukan masa untuk mengukuhkan ekonomi dan melangsaikan hutang-hutang kerajaan terdahulu.

“Kami tidak mahu rakyat terbeban lagi dengan hutang RM1trillion yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya dan menunaikan janji bagi meringankan beban rakyat,” katanya.

Sementara itu, Wong mencabar Tan untuk mengadakan perbahasan berkenaan isu-isu pembangunan kawasan Balakong.

Katanya sepatutnya satu perbahasan akan diadakan pada tengah hari ini dengan Tan, namun beliau difahamkan telah ditangguhkan pada saat-saat akhir atas alasan jadual padat.

“Pada mulanya saya sangat teruja apabila Tan bersetuju untuk berbahas dengan saya namun semalam saya diberitahu mereka tidak dapat hadir akibat kekangan masa.

“Namun, saya cabar mereka untuk berbahas dengan saya dan saya rela meluangkan masa untuk sesi itu sekiranya mereka bersetuju menyahut cabaran itu,” katanya.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya, Eddie Ng dalam satu kemalangan jalan raya, 20 Julai lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 , Ng yang mewakili DAP menewaskan calon BN, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS) dengan majoriti 35,538 undi.– Bernama

Nilai ambang SST bagi kedai makan dinaikkan kepada RM1.5j setahun

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan bersetuju untuk menaikkan nilai ambang bagi semua kedai makan dan restoran di negara ini untuk dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada RM1.5 juta setahun.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata peningkatan itu adalah daripada RM500,000 yang ditetapkan semasa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya peningkatan nilai ambang itu adalah yang terakhir akan diberikan oleh kementerian.

“Selepas mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk permohonan daripada pengusaha restoran nasi kandar dan kedai kopi yang meminta nilai ambang dinaikkan daripada RM500,000 yang dikenakan sebelum ini.

“Kita bersetuju untuk menaikkan kepada RM1 juta tetapi mereka tidak puas hati dan meminta dinaikkan sehingga RM3 juta. Kita bersetuju untuk menaikkannya kepada RM1.5 juta,” katanya ketika menyampaikan taklimat mengenai SST kepada media di sini hari ini.

Lim menjelaskan sesebuah restoran itu hanya dikenakan SST jika pulangannya lebih daripada nilai ambang RM1.5 juta setahun.

“Oleh itu, saya harap tiada kenaikan dari segi harga. Kita harap pengguna akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan,” katanya.– Bernama

Pihak tertentu tonjolkan Islam sebagai agama yang gagal: Dr M

THE MALAYSIAN TIMES


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata terdapat pihak tertentu melakukan perkara yang membuatkan orang ramai menjauhi Islam.

“Islam adalah agama yang baik dan juga satu cara hidup. Ia adalah cara hidup umat Islam yang akan mengagumkan orang sama ada Islam adalah agama yang baik. Malangnya, kita melihat ada orang menonjolkan Islam sebagai agama yang tidak berjaya dalam banyak cara,” katanya ketika berucap melancarkan Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIPKL).

Turut hadir Setiausaha Agung PERKIM Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua PERKIM berkata apabila yang lainnya melihat umat Islam bergaduh sesama sendiri atau berbuat perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam, tidak mungkin mereka akan terpengaruh untuk berfikir bahawa Islam adalah agama yang baik, malah akan menjauhinya.

Beliau menegaskan Islam mengajar supaya bersikap adil dan saksama tetapi sesetengah orang Islam tidak mengamalkannya, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain.

“Akibat perbuatan salah dilakukan saudara sesama Islam kita, Islam mendapat imej buruk. Imej buruk ini tidak akan dapat menarik orang kepada agama agung dan mulia ini. Jika kita mahu berdakwah, kita semua perlu menyebarluaskan ajaran Islam,“ katanya.

Dr Mahathir menegaskan sudah tiba masanya untuk umat Islam bermuhasabah dan menilai semula tingkah laku mereka untuk menarik orang kepada ajaran Islam menerusi berdakwah kepada semua komuniti di dunia.

Beliau berkata pendekatan lain adalah dengan menunjukkan kejayaan dicapai oleh umat Islam, kecintaan mereka kepada keamanan dan sikap persaudaraan akrab sesama Islam.

“Bahawa mereka tidak sepatutnya menjadi musuh kepada pihak yang tidak menyerang mereka. Ia adalah sebahagian daripada ajaran Islam.

“Jika kita berbuat demikian, umat Islam akan menjadi contoh baik di dunia, kepada komuniti dan orang akan tertarik kepada ajaran Islam yang telah memberikan kejayaan kepada umat Islam.

“Ini patut diajarkan kepada pendakwah. Ini juga sepatutnya dijadikan kaedah dalam berdakwah dengan menunjukkan kejayaan dicapai dalam kehidupan umat Islam,” katanya.

Dr Mahathir berkata umat Islam juga perlu menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan ajaran Islam akan berjaya bukan sahaja di akhirat tetapi juga di dunia.

Menurutnya, umat Islam perlu menunjukkan bahawa agama Islam bukan halangan, bukan kekangan untuk umat Islam mencapai kejayaan.

“KIta perlu diiktiraf sebagai umat yang berjaya dalam semua bidang, dalam bidang ilmu pengetahuan, pengurusan, tadbir urus dan lain-lain. Untuk buktikan, sebagai orang Islam kita berupaya mentadbir diri kita sendiri untuk berjaya dan berpengetahuan.

“Kita perlu belajar tentang agama Islam, kita perlu apa agama kita ajar kita. Malangnya, kita kurang tahu tentang ajaran Islam, cara hidup sebagai seorang Islam tidak diajar oleh banyak daripada kita apabila kita cuba berdakwah,” katanya.

IDIPKL ialah pusat pendidikan Islam untuk profesional meningkatkan pengetahuan dan bagi memupuk nilai-nilai murni dalam diri profesional berdasarkan prinsip Islam.– Bernama

Hampir RM50 juta wang kerajaan diseleweng perisik MEIO, TKP dan enam pegawai PTD





Hampir RM50 juta wang kerajaan diseleweng perisik MEIO, TKP dan enam pegawai PTD

Sejumlah AS$12 juta (kira-kira RM49 juta) wang Kerajaan Malaysia disyaki diseleweng susulan tangkapan pegawai di Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO).

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Datuk Azam Baki
Datuk Azam Baki

Beliau berkata, setakat ini, SPRM merampas wang berjumlah $AS 6.3 juta (kira-kira RM25 juta).

“Ia susulan tangkapan sembilan suspek termasuk pegawai di MEIO dan kita sedang kumpul maklumat kesan baki wang,” katanya kepada NSTP.

Mengulas lanjut, beliau berkata, SPRM menahan seorang ahli perniagaan berusia 47 di Kelantan, 11 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

NSTP sebelum ini melaporkan bekas Ketua Pengarah (KP) di bahagian penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bergelar Datuk ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Suspek wanita berusia 61 tahun itu ditahan SPRM jam 4.15 petang kelmarin, selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Suspek direman mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Kelmarin, tujuh pegawai daripada bahagian penyelidikan yang sama turut ditahan reman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan kes yang sama.

Antara yang ditahan termasuk seorang timbalan ketua pengarah bergelar Datuk selain enam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang menjawat gred 44 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B.

Kesemua tujuh suspek berusia antara 34 hingga 49 tahun itu ditahan masing-masing di Kompleks B, JPM dan Ibu Pejabat SPRM.

LGBT: Lepas Wan Asshima, Harakah pula minta maaf



LGBT: Lepas Wan Asshima, Harakah pula minta maaf

Sidang Pengarang Harakah hari ini menyatakan permohonan maaf ke atas sebuah tajuk artikel yang disiarkan akhbar parti itu bertajuk ‘PRK Seri Setia: Pas lawan Darul LGBT’ di ruangan kolumnis akhbar itu.

“Sidang Pengarang Harakah mengambil maklum atas tajuk artikel yang ditulis oleh Tuan Haji Subky Latif dalam keluaran Harakah 2376 bertajuk ‘PRK Seri Setia: Pas lawan Darul LGBT’.

“Tajuk berkenaan tidak ditujukan kepada rakyat negeri Selangor mahupun institusi beraja atau sebagainya.

“Namun dalam masa yang sama, Harakah mengambil maklum salah tafsiran yang berlaku, dan dengan itu pihak Sidang Pengarang memohon maaf atas penerbitan bahan tersebut yang mengundang persepsi pelbagai,” ujar kenyataan itu yang dipetik daripada portal Harakah.net hari ini.

Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad ingin meneruskan samannya terhadap seorang aktivis NGO Islam yang menuduh beliau meluluskan pesta gay di ibu negara.

Menurut Khalid Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM) Wan Asshima Kamaruddin tidak memohon maaf kerana didakwa memfitnah beliau sebaliknya hanya memohon maaf kerana memalukannya.

Khalid berkata beliau akan menyaman Wan Asshima kerana dilaporkan menuduh beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa, di dalam video pada 17 Ogos lalu yang didakwa meluluskan pesta gay, kononnya menunjukkan bahawa dia tidak menyokong tuntutannya.

Wan Asshima didakwa menuduh Khalid membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran melalui video di Facebooknya baru-baru ini tetapi video itu telah dipadam.

Polis rakam percakapan kali kedua Najib di bawah Amla



Polis rakam percakapan  kali kedua Najib di bawah Amla

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, hari ini hadir untuk memberikan keterangan kepada pihak polis di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla) di Menara KPJ, Jalan Tun Razak.

Dilaporkan bahawa Najib tiba bersama peguamnya antara jam 9 pagi hingga 9.30 pagi. Walau bagaimanapun, pengamal media yang telah menunggu anggota parlimen Pekan sejak 8 pagi tidak menyedari kehadirannya.

Sebuah kenderaan bernombor pendaftaran 1M4U Toyota Vellfire, dipercayai telah menunggu Najib di belakang bangunan itu.

Setakat pukul 11 ​​pagi, tiada kelibat Najib kelihatan.

Dilaporkan bahawa beliau telah dipanggil ke pejabat AMLA pada hari Isnin untuk memudahkan penyiasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib sebelum ini dihadapkan kepada tiga dakwaan pengubahan wang haram di bawah AMLA 2001 dan empat lagi caj yang dipinda berhubung dengan RM42 juta dana SRC Antarabangsa dalam akaun peribadinya.

Tiga deposit itu, berjumlah RM27 juta, RM5juta dan RM10juta, telah dimasukkan ke dalam akaun AmIslamic miliknya antara 26 Disember 2014 dan 10 Februaari 2015.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan tuduhan itu, Najib boleh menjalani hukuman penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda berbanding jumlah yang terlibat, jika sabit kesalahan.

Tiada cadangan mansuh AP kereta, motosikal

Nizam Zain
Dr Ong Kian Ming
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Yb Dr. Ong Kian Ming. 
foto AFFAN FAUZI
 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak bercadang untuk memansuhkan Lesen Import atau AP bagi kereta penumpang dan motosikal import sebagai usaha untuk menurunkan harga kereta di pasaran tempatan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming berkata, AP bukan faktor dalam menentukan harga kereta di pasaran tempatan.

“Pelbagai faktor boleh mempengaruhi harga kereta dan motosikal import, antaranya nilai pertukaran mata wang kos pengeksportan modal kereta dan margin keuntungan perniagaan.

“Oleh itu pada masa sekarang tiada cadangan untuk memansuhkan AP untuk kereta penumpang dan motosikal bagi tujuan menurunkan harga kereta,” katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Negara, di Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Chai Kim Sen meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan sejauh mana kerajaan bercadang memansuhkan AP kereta penumpang dan motosikal demi menunaikan janji Kerajaan PH bagi penurunan harga kereta.

Kian Ming berkata, bagi menunaikan janji manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kerajaan bakal mengumumkan polisi baharu berkaitan penurunan harga kereta selewat-lewatnya akhir tahun ini.

“Objektif menurunkan harga kereta seperti yang dijanjikan dalam Manifesto PH adalah tertumpu kepada segmen kereta penumpang untuk golongan B40 dan bukan kereta mewah.

“Tetapi untuk menurunkan harga kereta, polisi baharu akan dinyatakan dalam Dasar Automotif Nasional baharu yang akan diumumkan pada tahun ini juga,” katanya.

Kian Ming berkata, pemansuhan AP tidak menjamin harga kereta dapat diturunkan kerana kurang daripada 10 peratus daripada jumlah AP yang dikeluarkan berbanding jumlah jualan kereta pada 2017.

“Dari segi jumlah AP francais dan AP terbuka yang diluluskan pada 2017 di mana 29,662 unit untuk AP francais dan 21,947 unit untuk AP terbuka.

“Kalau kita nak buat perbandingan dengan jumlah kereta, jumlah kereta penumpang yang dijual pada 2017 adalah 514,679 unit.

“Ia menunjukkan bahawa jumlah AP adalah 10 peratus kurang daripada jumlah pasaran kereta penumpang yang dijual pada 2017,” katanya. – MalaysiaGazette


Angka 300,000 kaum India tiada dokumen bukan cerita dongeng

Kasthuri Jeevendran

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Yb Senator Waytha Moorthy (tengah) beramah mesra dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada pembukaan Forum Malaysia Baru Selepas 61 Tahun Merdeka di Hotel Armada, Petaling Jaya. foto SYAFIQ AMBAK, 28 OGOS 2018.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Yb Senator Waytha Moorthy (tengah) beramah mesra dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada pembukaan Forum Malaysia Baru Selepas 61 Tahun Merdeka di Hotel Armada, Petaling Jaya. foto SYAFIQ AMBAK
 

KUALA LUMPUR – Isu berhubung dakwaan hampir 300,000 masyarakat India di Malaysia tidak memiliki dokumen pengenalan sehingga hari ini sebenarnya bukan cerita dongeng sebaliknya adalah satu realiti.

Pendedahan itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy yang memaklumkan, angka itu bukan sengaja diada-adakan bagi mengelirukan orang ramai, mahu meraih undi atau menyebar rasa benci kepada kerajaan terdahulu.

Sebaliknya, angka itu merupakan anggaran sejak beberapa tahun terutama di kawasan-kawasan pedalaman sebelum angka itu dikeluarkan oleh pelbagai pihak termasuk pembangkang ketika itu dan juga pemimpin dalam kalangan Barisan Nasional (BN) sendiri.

“Pada awalnya, kita anggarkan kira-kira 150,000 orang tidak miliki dokumen pengenalan tetapi angka itu berubah kepada hampir 300,000.

“Bayangkan jika seseorang yang tinggal di kawasan pedalaman, tidak berpendidikan, tidak mempunyai kerja tetap dan sebagainya. Jangan kira induvidu lagi, kira berapa ramai dalam keluarga mereka.

“Dari situ ramai pihak mendapat anggaran seperti itu malah saya yakin itu adalah anggaran yag betul.

Ingin sekali saya beri contoh kepada anda, beberapa tahun lepas, ketika Datuk Seri Khir Toyo masih lagi menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, beliau sendiri pernah mendedahkan di negeri itu sahaja hampir 40,000 kanak-kanak India tiada pengenalan dan tidak dapat bersekolah.

“Itu baru kanak-kanak, bagaimana pula dengan emak dan bapanya? Saudara yang lain? Kita sedang bercakap tentang negeri Selangor. Bagaimana pula dengan negeri lain seperti Perak, Kedah dan sebagainya.

“Jumlah itu kekal dan kita sedang cuba memperhalusi prosedur yang sedia ada bagi kumpulan ini menyediakan dokumen tertentu bagi mendapatkan pengenalan mereka sebelum ini. Jika proses untuk mendapatkan pengenalan sangat susah dan sukar mendapatkan kelulusan, bagaimana kita mahu bantu mereka?

“Setakat ini,  hanya lebih 3,800 permohonan telah diterima yang ada sudah diproses dan baki menunggu kelulusan. Ada banyak lagi pihak belum di beri kesedaran bagaimana menyenangkan proses permohonan dokumen kewarganegaan yang sebelum ini agak rumit,” katanya kepada Malaysia Gazette malam tadi.
MGF27082018_FORUM MALAYSIA BARU08
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan 
Kesejahteraan Sosial), Yb Senator Waytha Moorthy bercakap 
kepada media pada pembukaan Forum Malaysia Baru Selepas 
61 Tahun Merdeka di Hotel Armada, Petaling Jaya. foto SYAFIQ AMBAK
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman yang menyatakan angka itu adalah maklumat yang dikumpul sendiri ahli parlimen pembangkang sebelum kerajaan Pakatan Harapan (PH) dibentuk.

Mohd Azis berkata, berdasarkan statistik kementerian sehingga 31 Mei lalu hanya 3,853 permohonan kewarganegaraan diterima dalam kalangan masyarakat India dan 1,683 sudah diluluskan manakala baki 2,215 permohonan masih dalam proses.

Bagi menangani isu dokumen pengenalan diri ini, kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara sentiasa produktif bagi memastikan lebih ramai warganegara mendapat kad pengenalan, kata Mohd. Azis.

Senator Datuk T. Mohan juga ada mempersoalkan kesahihan angka 300,000 kaum India tiada dokumen pengenalan diri yang dibangkitkan sebelum ini sehingga menyebabkan MIC kehilangan kepercayaan pengundi.

Tambah Waythamoorty yang juga merupakan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang lantang memperjuangkan isu kewarganegaraan sebelum dilantik sebagai menteri baru-baru ini, beliau amat prihatin dengan cara isu ini ditangani.

“Jika tanya soalan atau dokumen ‘bukan-bukan’ yang sudah pasti mereka tiada, bagaimana mahu memohon atau minta diluluskan? Kita sedang tangani isu ini ketika ini dan mencari alternatif terbaik untuk tanganinya.

“Saya sendiri pernah bertemu dan menemubual golongan yang tinggal di kawasan pedalaman yang tidak memiliki dokumen pengenalan, dari emak ayah sehingga anak-anak. Keadaan ini juga menyebabkan mereka hidup dalam serba daif kerana tidak mempunyai pendidikan atau pekerjaan yang baik.

“Saya kena dengar balik hansard ketika sesi Dewan Negara semalam, saya hanya baca melalui dalam media sahaja, saya tidak bagi jawapan mengapa angka itu sahaja di sebut kerana itu adalah jumlah permohonan sahaja. Banyak lagi belum memohon,” ujarnya. – MalaysiaGazette


Darul LGBT: Pas berfahaman Takfiri ancam dunia Islam

Nizam Zain

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa. foto HAZROL ZAINAL,


KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Pas melabelkan Kerajaan Negeri Selangor sebagai Darul LGBT dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia, Selasa lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kesal dengan tohmahan calon Pas, Dr Halimah Ali menyebarkan fitnah dan kepalsuan mengenai pendirian Kerajaan PH dalam soal LGBT.

“Mereka telah menghukum dan menguar-uarkan seolah-olah inilah dia Kerajaan PH yang dikatakan Darul LGBT.

“Kalau yang cakap ini daripada parti Islam, ia amat menyedihkan kerana akhlak dan budaya sebuah parti Islam tidak mungkin melakukan penipuan ataupun pembohongan.

“Sebab itu saya akan meneliti soal ini dan saya minta sekali lagi yang dengar penjelasan saya dan ada dari Kelantan harap bawa balik mesej ini, jangan ulang fitnah kerana ia dosa cukup besar,” katanya pada sidang Dewan Negara, di Parlimen, hari ini.

Mujahid menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara, Raj Munni Sabu meminta beliau menyatakan pendirian kerajaan berhubung kempen Pas di PRK Seri Setia dianggap sebagai pertandingan parti Islam itu dengan Darul LGBT.

Selasa lalu, lidah rasmi Pas, akhbar Harakah melaporkan Dr Halimah menyifatkan PRK Seri Setia pada 8 September ini bukan sekadar pertandingan antara Pas dan PH atau pembangkang dengan kerajaan bahkan dilihat sebagai Pas lawan kerajaan yang selembut LGBT.

Mujahid berkata, pendirian bekas wakil rakyat Pas Selangor itu boleh dianggap sebagai berfahaman takfiri yang dianggap satu ancaman kepada dunia Islam hari ini.

“Ini masalah dalam negara kita rangkumkan dalam ektremisme atau radikalisme agama ia melibatkan mereka (Pas) saja yang betul termasuk kelompok dan jemaah tertentu mendakwa mereka saja yang betul

“Dia saja boleh masuk syurga, orang lain tak boleh masuk syurga. Maka fahaman ini memang bahaya kerana dia meletakkan dia suci, orang lain semua tak betul.

“Lahirkan satu istilah iaitu Takfiri iaitu menyatakan orang lain itu keluar agama, dia saja berada di landasan yang betul,” katanya. – MalaysiaGazette


JANGAN LALAI HELAH PH- NIK ABDUH



Pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) diminta tidak memberi alasan kononnya jangan terburu-buru mengukur prestasi kerajaan baharu kerana mandat adalah untuk tempoh lima tahun.

Pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, permintaan itu cuma satu helah agar rakyat lalai dan alpa dalam menilai pertadbiran kerajaan PH yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dari semasa ke semasa.

“Kerajaan yang baik ialah kerajaan yang mahukan rakyatnya sentiasa prihatin, cakna dan celik politik. Kamu sendiri pun setiap hari makan politik, tidur politik, main politik, malah jamban pun hancing politik.

“Teruskan menilai dan memutuskan hari ini untuk hari ini. Hari esok belum pun hadir untuk dinilai.Jika kita leka dan lalai hari ini, esok belum tentu kita boleh segera sedar dan jaga. Kesedaran dipupuk lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Nik Mohamad Abduh menyentuh firman Allah: “Katakan-lah, tunggulah (kamu semua).

Sesungguhnya aku juga bersama-sama kamu termasuk daripada kalangan mereka yang menunggu”.

Kata beliau, begitulah Allah mencabar mereka yang lalai dan leka daripada mengingati kedatangan azab-Nya.

“Kelalaian adalah apabila anda asyik memandang rendah dan remeh apa yang anda lihat di hadapan mata hari ini,” katanya.