HALAMAN SANTAI

Isnin, 31 Januari 2011

Pengalaman ngeri 2 MP terperangkap di 'pulau' Pogoh

Harakahdaily

LABIS: Dua Ahli Parlimen (MP) PAS menceritakan pengalaman ngeri mereka awal pagi tadi sehingga terperangkap dalam satu 'pulau' banjir di Pagoh.

“Kami sekarang berada di Kampung Bukit Limau Manis, Pagoh 3, Segamat. Kami telah memaklumkan kepada pihak berkuasa. Bantuan masih tidak kesampaian. Paras air semakin naik dan hujan masih turun.

Bekalan elektrik terputus. Kami sekarang tengah menumpang di satu rumah orang kampung dan dilayani dengan baik,” tulis Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli yang tersangkut di kampung tersebut bersama Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mengimbas kembali peristiwa ngeri semalam, Dr Hatta berkata beliau dan Mahfuz cuba meninggalkan Labis pada pukul 1.30 pagi, namun tidak berjaya kerana tersekat kerana kesesakan yang teruk di Segamat.

“Kami tidak boleh meneruskan perjalanan, oleh itu kami berpatah balik ke arah Labis dan mengambil jalan Felda Chempedak ke Pagoh.

Selepas mengharungi dua kawasan banjir, masalah kami bermula,” imbas Dr Hatta.

Dalam perjalanan menghala ke Pagoh, Dr Hatta berkata mereka menemui lima kawasan banjir namun mereka berjaya merentasinya dengan kereta T Fortuner.

“Kawasan banjir terakhir sangat dalam airnya dan air mengalir dengan sungguh deras sekali. Air juga memasuki kereta, namun kita berjaya sampai ke kawasan tanah kering. Ia sudah 3 pagi pada masa itu,” kata Dr Hatta yang mengklasifikasikan peristiwa itu tersebut sebagai ‘sangat ngeri’.

Selepas itu, Dr Hatta dan Mahfuz membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan, dan selepas satu minit daripada tempat kejadian ngeri tadi, mereka sekali lagi bertembung dengan kawasan banjir, di mana kali ini Mahfuz, yang juga Naib Presiden PAS menasihatkan Dr Hatta untuk tidak mengambil risiko untuk mengharungi kawasan banjir keenam ini.

“Saya setuju dengan Mahfuz dan menghentikan kereta di tepi jalan berdekatan dengan dua rumah kampung yang bersuluh,” kata Dr Hatta.

Sebelum berehat sejenak di kereta, Dr Hatta sempat meletakkan satu petanda di masa gigi air berada untuk melihat perubahan paras air.

“Saya tidur nyenyak sehingga masa untuk solat subuh dan mendapati petanda yang saya letak telah hilang dan paras air hanya beberapa kaki saja daripada kereta. Subhanallah. Kami terperangkap di dalam satu pulau!” kata Dr Hatta lagi.

Namun begitu, nasib malang Dr Hatta dan Mahfuz di’offset’kan dengan layanan mesra penduduk-penduduk kampung di Kampung Bukit Limau Manis di mana mereka dijemput untuk menumpang di salah semua rumah mereka.

“Kami dijemput oleh orang kampung, menunaikan solat dan diberitahu bahawa daripada pengalaman lepas mereka, ia akan mengambil masa beberapa hari untuk paras air turun. Ahh sudahh!

Nasib baik ada bekalan elektrik untuk mencajkan Blackberry,” kata Dr Hatta yang ketika itu berasa yakin bahawa mereka akan diselamatkan oleh bantuan JKM atau pasukan Ahli Parlimen kawasan tersebut sekejap lagi.

“Saya yakin bahawa JKM atau pasukan ahli parlimen kawasan ini akan datang dengan boat untuk memberikan ikan sardin. Aku pun akan buat muka welfare tadah tangan,” tambah Dr Hatta.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, sehingga jam 2 petang tadi, menurut Dr Hatta, masih tiada orang dan pihak berkuasa yang datang menghulurkan bantuan, dan keadaan bertambah perit apabila bekalan elektrik turut terputus di kampung tersebut.

“Kami masih menunggu,” itulah mesej terakhir yang dihantar Dr Hatta dan Mahfuz kepada Harakahdaily tengah hari tadi.

Pelajar mahu kerajaan bawa keluar dari Mesir

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Seramai 11,319 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir mahu kerajaan segera membawa mereka keluar dari negara itu ekoran suasana tidak selamat akibat demonstrasi besar-besaran sejak Selasa lepas.

Difahamkan, keadaan huru-hara hampir semua tempat berlaku ekoran rusuhan melibatkan pertempuran rakyat negara itu dengan pihak polis dan tentera.

Lebih menyulitkan keadaan, apabila semua jaringan komunikasi diputuskan termasuk internet dan menyebabkan rakyat negara itu terputus hubungan bukan sahaja di kalangan mereka malah dengan negara luar.

Keadaan itu juga mengakibatkan status pelajar Malaysia di negara itu sukar dipastikan biarpun kerajaan Malaysia mendakwa kesemua mereka kini selamat.

Kebimbangan tersebut juga turut dirasai ibu bapa dan ahli keluarga yang sedang menanti khabar dari negara yang sedang bergolak itu.

Lebih membimbangkan mereka, ekoran terdapat dakwaan seorang pelajar Malaysia di Iskandariah menjadi mangsa rogol selepas tempat tinggal mereka dipecah masuk perompak.

Namun sehingga kini belum ada pihak yang boleh membuat pengesahan tepat berhubung dakwaan tersebut.

Bagi sekumpulan pelajar yang masih boleh menembusi Internet khususnya mereka yang telah berada di Lapangan Terbang Kaherah setakat ini, beberapa perkembangan terbaru turut dimaklumkan.

Perkembangan semasa keadaan mereka di Mesir boleh diikuti melalui laman blog http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com dan laman Facebook Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

Mereka memaklumkan berada dalam keadaan ketakutan lebih-lebih lagi 6 ribu banduan dilaporkan telah terlepas dari penjara.

Selain rusuhan, jenayah rompakan turut berlaku ekoran hampir keseluruhan kemudahan negara itu kini lumpuh dan mengakibatkan krisis tempat tinggal dan makanan.

Di Mansurah, mereka mendakwa akan berlaku rusuhan besar jam 11 pagi Mesir iaitu jam 5 petang di Malaysia dan kawasan itu kini telah diisytihar 'kod oren'.

Balai polis di sana pula difahamkan telah dikuasai orang jahat yang telah merampas dan senjata dan pakaian polis dan sekarang menyamar sebagai anggota polis.

Namun mengikut maklumat mereka, tiada sebarang insiden membabitkan pelajar Malaysia di Mansurah, namun seorang pelajar Indonesia didakwa telah ditembak.

Di Tanta pula, penduduk dikenakan catuan bekalan air dan elektrik.

Turut difahamkan, seorang pelajar Malaysia terkena tembakan di kaki akibat peluru sesat, namun tiada sebarang pengesahan dari pihak berkuasa Malaysia setakat ini.

Berbeza di Kaherah, suasana kini dilaporkan semakin pulih selepas pihak tentera mengambil alih.

Lapangan terbang juga kini dilaporkan mula dibuka selepas dikatakan ditutup semalam namun berdepan beberapa masalah lain.

Suasana sama turut berlaku di Alexandria di mana keadaan semakin dan bertambah baik untuk pelajar Malaysia.

Namun mereka kini berdepan kenaikan harga barang, ekoran banyak kedai ditutup.

Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Masyarakat Arab hari ini trut memberi amaran sekiranya Husni Mubarak tidak meletak jawatan dalam tempoh empat hari dari hari ini, mereka akan melancarakan peperangan (civil war).

Sehubungan itu, mereka menasihatkan agar rakyat asing termasuk pelajar malaysia meninggalkan mesir dalam tempoh tersebut.

Daripada 11,319 pelajar Malaysia di negara itu, 6,135 orang sedang mengikuti pengajian Islam dan selebihnya dalam bidang perubatan.

Menangani krisis ini, Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Mesir bekerjasama rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK) untuk mengaktifkan pasukan teras bagi menangani sebarang kemungkinan risiko keselamatan, dan sebuah bilik operasi krisis dibuka sejak Rabu lepas di kedutaan.

JPM Mesir akan menyediakan nasihat keselamatan yang bersesuaian dengan situasi dan masa untuk dimaklumkan kepada mahasiswa serta pegawai Hal Ehwal Pelajar negeri-negeri.

Berikut antara laporan dari kedua-dua sumber tersebut:

1- "Assalaamu'alaikum..azizi, tadi baru dpt call seorang kakak thn 4, dia kata skg mmg 24 hrs xblh keluar rumah. Kalau nk beli brg2 or mknn kene mintak tlg ikhwah/mushrif yg telah ditetapkan utk setiap rumah belikan and mana2 akhawat yg duk sorg2 kene pegi duk rumah org lain. And pasal banduan and rompakan tu, polis pesan kat diorg supaya xbnyk guna lighting sgt.supaya nmpk mcm rumah tu xde org.sbb polis suspek perompak akan target rumah student malaysia."

Reported by: Teem Fauzi, Semester 6 MMPME Mansoura University..

2- Berita terbaru..

"Ada beberapa org pelajar perubatan dari Iskandariah berjaya sampai dengan selamat ke airport Cairo (kaherah).. Keadaan kat airport Cairo terlalu sibuk, penuh dengan penumpang yang ingin meninggalkan mesir dengan segera..

"Pelajar melaporkan bahawa untuk sampai ke Airport Cairo dengan selamat, jangan gunakan jalan utama, gunakan jalan alternatif, jalan dalam (pada hemat dan pengalaman saya, mungkin jalan dari highway suez, jalan tu mmg sunyi dan tak ramai org kita tahu jalan tu boleh hubungkan ke Airport Cairo dari pintu belakang (terminal 3)..

Sumber: Yaacob Hassan Ghani melalui adik beliau mahasiswi perubatan Iskandariah, Akmal Aziz (Mansurah)

3- Maaf kerana lambat update, ada masalah sedikit..

Dapat update dari kawan2 kat airport, mereka semua terkandas, semua airlines delayed and refuse utk terbang buat masa ini. Difahamkan juga bahawa saya adalah trip terakhir pelajar malaysia yang berjaya klua dari mesir, ketika keadaan masih aman.. sama2 kita mendoakan agar airport kembali pulih dan berfungsi, agar semua rakyat kita dapat pulang ke tanah air

Sumber: Tengku Afiq Silahudeen (MMPME sem6, terkandas di airport), dilaporkan oleh Azizi Al Fahri

4- Laporan dari Lapangan Tebang Kaherah:

Semua fligh ke luar mesir telah dibatalkan, semua flight masuk ke mesir tidak dapat dipastikan, harga ticket melambung sehingga 7 kali ganda, huru hara kat airport, dibanjiri manusia, dalam masa 24 jam, sekiranya tidak ada perubahan terhadap jadual penerbangan, pelajar malaysia yg berada di airport akan bergerak pulang ke negeri masing2..

sumber: Tg Afiq Silahudeen, dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri

PRN Sarawak: Taib ‘tunggu ilham’

Kuasa dan ilham KM Sarawak sukar dibaca dan diramal

ANALYSIS


Pilihan raya negeri (PRN) Sarawak sepatutnya diadakan sebelum Julai akan datang menjadi isu dan perbincangan hangat oleh pimpinan kerajaan dan rakyat Sarawak semenjak awal 2010.

Ini disebabkan terlalu banyak spekulasi daripada pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyatakan kuasa dan ilham Ketua Menteri (KM) merangkap Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sememangnya sukar dibaca dan diramal pada pilihn raya kali ini.

Ini termasuk respon Taib yang sering diajukan soalan oleh media dengan menyatakan ‘tunggu ilham’ dan perbincangan beliau dengan mesyuarat kerajaan negeri dan berbagai-bagai alasan yang diberikan bagi menjawab isu tersebut.

Keadaan ini seolah-olah memberi gambaran kepada umum betapa berhati-hati dan teliti Taib pada pilihan raya kali ini untuk beliau membuat keputusan membubar Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan persediaan maksimum dilakukan oleh jentera BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak yang juga Exco Pemuda Kebangsaan, Ahmad Nazib Johari menyifatkan tindakan Taib itu menunjukkan ketakutan dan mimpi ngeri di siang hari beliau (Taib) kalau tersilap langkah dengan keputusan beliau kali ini.

Bahkan kali ini kebanyakan kawasan DUN telahpun melancarkan bilik gerakan awal yang tidak pernah dilakukan sebelum ini termasuk di kawasan DUN Satok yang disandang oleh Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg semenjak 20 tahun yg lalu.

“Ketakutan dan kegusaran Taib sehingga merayu serta menagih talian hayat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersama-sama mengadakan pilihan raya serentak bagi membantu beliau dalam menghadapi balasan yang bakal dihadiahkan oleh rakyat pada PRN kali ini.

“Pilihan raya serentak pernah diadakan kali terakhir pada tahun 1974 dan hampir lebih 35 tahun tidak diadakan pilihan raya serentak.

Persoalannya kenapa baru sekarang Taib mahu mengadakan pilihan raya serentak?,” Nazib mengemukakan persoalan ini kepada wartawan FMT.

Jawapannya kata Najib telah dijelaskan sendiri oleh Taib ketika diwawancara RTM dengan menyatakan kalau pilihan raya serentak ‘general-general’ Pakatan Rakyat di Semenanjung tidak dapat membantu kempen pilihan raya di Sarawak sekaligus akan mencacatkan jentera mereka.

Pilihan raya serentak

Taib juga menyatakan dengan penuh rayuan dengan apa cara sekalipun PM kena buat pilihan raya serentak bagi membantu kemenangan PRN Sarawak akan datang.

Susulan rayuan itu, PM respon terpaksa akur dengan rayuan Taib Mahmud dengan tidak menafikan akan mengadakan pilihan raya serentak.

Sandiwara kedua-dua pemimpin ini menggambarkan betapa terdesaknya mereka bagi mengekalkan kekuasaan dan empayar jajahan mereka tanpa memikirkan kepentingan kestabilan ekonomi Malaysia dan keperluan undang-undang serta pembaziran mengadakan pilihan raya umum (PRU) yang belum lagi tamat tempoh lima tahun.

Rakyat sekarang sudah cerdik menilai ketelusan dan kejujuran pemimpin-pemimpin ini yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan rakyat.

Sepatutnya Taib kena kekalkan PRN Sarawak berasingan dengan PRU dan mengadakan PRN segera bagi membolehkan rakyat Sarawak membuat pilihan pimpinan baru dan menukar kerajaan baru serta tidak membazirkan bajet pilihan raya di peringkat persekutuan dalam keadaan ekonomi Malaysia bermasalah.

Ini kerana Najib juga mesti mengambil kira kenyataan persediaan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Ketua Polis Negara yang pernah mengeluarkan kenyataan mereka hanya bersedia menghadapi PRN Sarawak dan pilihan raya kecil (PRK) sahaja sekali gus mengambarkan pasukan penguat kuasa tidak bersedia untuk menghadapi PRU 13.

Lebih-lebih lagi SPR dan BN sekarang ini terpaksa menghabiskan banyak peruntukan wang bagi mengadakan PRK Tenang Ahad lalu, Pelabuhan Klang dan Merlimau yang sedang berjalan sekarang dan akan diadakan selepas ini.

Walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat melahirkan keyakinan tidak gentar sekalipun pilihan raya akan diadakan serentak kerana itu juga menyukarkan kerajaan pusat menghantar bajet atau projek segera ke semua kawasan DUN di Sarawak seperti PRK Sibu pada bulan Mei 2010.

Dalam keadaan itu juga Najib pasti tidak sempat turun ke Sarawak sekerap yang boleh seperti di Sibu apabila Najib terpaksa terbang tiga kali ke sana untuk menabur janji RM5 juta kepada rakyat Sibu.

“Pakatan sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa kerana gerak kerja dan jentera telah dibentuk serta latihan sedang berjalan sekarang,” demikian kenyataan penuh yakin dan bersemangat dari Nazib yang bakal mencabar kerusi BN di DUN Satok pada pilihan raya terdekat ini.

Sementara itu, Pengerusi BN Pusat dalam ucapan perasmian Konvensyen Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) baru-baru ini menegaskan parti komponen BN di Sarawak diminta mengemukakan calon yang hanya boleh memastikan kemenangan kepada kerajaan dalam pilihan raya kelak.

Calon boleh menang

Pemilihan calon yang hanya berdasarkan populariti dalam parti tidak akan mampu memikat hati atau persetujuan darinya jika calon berkenaan tidak menjamin kemenangan kepada parti kerana kurang mendapat sokongan rakyat.

“Tiada guna jika calon dikemukakan itu tua, tapi tak boleh menang. Apa guna juga jika mereka calon baru, yang muda jika tak boleh menang”

“Justeru, tolong berikan saya hanya calon boleh menang, diterima dan mendapat sokongan majoriti rakyat, bukan kerana mereka pilihan parti disebabkan kedudukan calon itu dalam parti.

SUPP adalah parti komponen BN kedua terbesar Sarawak yang menerima tamparan pada PRN Sarawak 2006 apabila tewas di lapan daripada 19 kerusi DUN yang ditandinginya.

Namun kehangatan isu pilihan raya beralih kepada perbualan hangat rakyat Sarawak mengenai perkahwinan Taib dengan wanita cantik dari Syria, Ragad Waleed Alkurdi yang membuka tirai sambutan 2011.

Majlis persandingan ala Inggeris itu tidak mungkin dilupa ramai apabila Taib kelihatan segak mengenakan tuksedo hitam manakala isterinya mengenakan gaun malam serba putih menyempurnakan upacara memotong kek setinggi lima tingkat.

Abdul Taib diijabkabulkan dengan Ragad yang berasal dari Syria pada 18 Disember lalu di kediamannya di Demak Bharu di sini sekali gus menamatkan zaman duda selepas kematian Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April lalu.

Duda kematian isteri, Laila yang dikahwininya pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman (Ahli Parlimen Kota Samarahan) dan Hanifah serta 15 cucu.

Apapun tiada siapa yang dapat menjawab sama ada perkahwinan kedua Taib turut dibawa bersama dalam kempen pilihan raya akan datang. Sama-sama kita tunggu.

Stadium runtuh: Jurutera perunding didakwa tipu, berpura-pura jadi pemeriksa

BERNAMA

KUALA TERENGGANU — Seorang jurutera perunding hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini pada Jun 2009.

Wan Manan Wan Ali, 51, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Januari 2009 iaitu dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Januari dan 29 Mac 2009 di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu.

Dia didakwa memberi dan menandatangani dokumen berkenaan kepada Pengarah JKR negeri, Rosli Zainal, dan turut bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, untuk mempercayai dia adalah pemeriksa yang diiktiraf.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Hakim M.Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Wan Manan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwaan dilakukan oleh Syafinas Shabudin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

BN menang di Tenang, Malaysia masih jauh dari krisis Tunisia, Mesir

THE MALAYSIAN INSIDER


Calon BN Azahar Ibrahim dijulang oleh para penyokongnya selepas memenangi pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang malam tadi. — Foto Bernama

KUALA LUMPUR — Adakah Malaysia akan menjadi seperti Mesir dan Tunisia?

Persoalan ini dikemukakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia susulan kebangkitan rakyat di beberapa negara umat Islam seperti Tunisia, Mesir dan Jordan.

Pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat berbalas mesej Twitter sejak petang semalam mengenai persoalan ini. Malah, beberapa pihak sudah pun menulis mengenainya sejak seminggu lalu menerusi blog dan laman web masing-masing.

Kemenangan BN dengan majoriti 3,707 undi di Tenang — di kubu kuat tradisinya di Johor menunjukkan perikatan kekal popular di kalangan pengundi meskipun gagal mendapatkan balik undi masyarakat Cina — halangan besar di kebanyakan kawasan bandar.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin politik mempercayai bahawa wujud beberapa situasi di mana persekitaran politik di negara-negara berkenaan kemungkinan tidak boleh dihindari pada satu hari nanti, jika diambil kira amalan menekan dan rasuah di pihak kerajaan BN.

Pun begitu, di pihak lain pemimpin-pemimpin kerajaan menegaskan situasi di Malaysia jauh berbeza berbanding keadaan di Tunisia dan Mesir. Ini kerana negara Asia Tenggara ini tidak berhadapan dengan masalah pengangguran, rakyat tidak kebuluran manakala negara pula terus mengamalkan demokrasi dengan pilihan raya yang memberikan rakyat kuasa memilih kerajaan.

Buat masa sekarang, pemimpin-pemimpin BN adalah betul. Undi diperoleh calon BN Azahar Ibrahim 6,699 berbanding 2,992 undi oleh calon PAS Normala Sudirman pada pilihan raya kecil ke-14 semalam sejak Mac 2008, menunjukkan perikatan kerajaan pusat mempunyai dasar-dasar yang boleh menarik sokongan.

Tetapi ada kesamaan antara apa yang berlaku di Tunis dan Kaherah dan pihak berkuasa perlu berhati-hati daripada mengalami kebangkitan seumpama itu. Ini termasuklah:

—Mengambil sikap tutup mata terhadap kes-kes rasuah khususnya yang membabitkan kalangan menteri, ahli-ahli politik kerajaan, kerabat diraja dan mereka yang ada hubung kaitan dengan kepimpinan negara.

— Presiden Hosni Mubarak memerintah Mesir dengan pengaruh dan kawalan kuat, dengan disokong polis rahsia dan tentera. Beliau enggan memberi sebarang ruang demokrasi dan disebabkan itu perasaan kecewa terus membina sehingga membawa kepada kebangkitan rakyat. Pilihan raya diseleweng, ahli-ahli politik ditekan dan kelas agama ditindas.

Krisis politik di Mesir selama enam hari telah mengorbankan lebih 100 orang setakat ini, sekali gus membawa gelombang kejutan di seluruh rantau Asia Barat di mana negara-negara autokratik juga mula berhadapan dengan cabaran sama.

Di Tunisia beberapa general tentera telah memujuk bekas presiden Zine al-Abidine Ben Ali agar meninggalkan negaranya bulan lalu ekoran protes beberapa minggu.

Ia tidak berlaku di Malaysia meskipun ketika kemuncak reformasi pada 1998 ekoran pemecatan bekas timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkembangan dalam PKR yang diketuai Anwar menunjukkan bahawa ketua umum parti itu dan Pakatan Rakyat perlu memperkemaskan genggaman dalam parti berbanding mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam usaha mengambil alih Putrajaya.

Keputusan pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang menunjukkan bahawa BN sudah memperoleh sokongan orang Melayu, yang mengambil sikap bertentangan pada 2008, dan juga masyarakat India yang kelihatan memperoleh manfaat daripada gerakan Hindraf pada 2007.

Bagaimanapun BN masih belum memperoleh sokongan pengundi Cina, masyarakat kedua terbesar tetapi menguasai sebahagian besar ekonomi negara.

Akhbar Mingguan Malaysia milik Umno semalam menyebut, dalam 13 pilihan raya kecil lalu yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008, tidak banyak perubahan pada pendirian pengundi Cina yang lebih memihak kepada pembangkang. Walaupun pemimpin BN menunjukkan kemurahan hati dengan memenuhi banyak permintaan NGO dan masyarakat Cina setempat, ia tidak diterjemahkan dalam bentuk undi, di sebalik kebimbangan bahawa situasi di Asia Barat boleh menular ke Malaysia.

Dengan BN memenangi enam daripada 14 pilihan raya kecil sejak 2008, tumpuan sekarang adalah ke atas pilihan raya kecil ke-15 - DUN Merlimau di Melaka pada 6 Mac. Ia diadakan dua hari sebelum genapnya tiga tahun sesudahnya pilihan raya umum ke-12.

Ia satu lagi ujian sama ada BN akan mengekalkan memoentum dan memenangi kerusi Melaka.

Sokongan yang meningkat kepada pentadbiran Najib dalam beberapa pilihan raya kecil akan membantu kerajaan bahawa apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir tidak akan berlaku di negara ini dalam waktu terdekat.

Perkembangan itu akan meletakkan pembangkang dalam kedudukan terus perhati tetapi pentadbiran perlu meneruskan pembaharuan-pembaharuannya untuk kekal berkuasa. Jika tidak, hanya masa yang akan menentukan sebelum protes seperti di Tunisia atau Mesir, malah apa yang berlaku di Indonesia lebih satu dekad muncul di sini.

Lebih 1,300 dipindah, banjir makin buruk di Johor

KUALA LUMPUR — Hujan yang berterusan di Johor memaksa lebih 1,000 orang dipindahkan selain memutuskan hubungan ke Segamat dan mengancam beberapa bandar lain, mencetuskan kebimbangan berulangnya banjir besar empat tahun lalu yang turut mengorbankan enam orang.

Seramai 1,339 orang telah dipindahkan setakat pagi tadi dengan 16 kampung di Segamat dinaiki air setinggi satu meter.

Menurut beberapa penduduk tempatan di kawasan Segamat, situasi semakin buruk berbanding keadaan yang disaksikan di Johor pada Disember 2006 dan Januari 2007.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan sepanjang minggu ini.

Pemandu-pemandu terpaksa meninggalkan kenderaan di tepi jalan memandangkan tiga sungai di Johor melimpah dan lima sungai yang lain dipantau Jabatan Pengairan dan Saliran.

Polis telah menutup beberapa jalan termasuk laluan utama antara pekan Labis dan Segamat.

Sistem pengangkutan awam juga terganggu dengan KTM membatalkan perkhidmatan yang merentasi Johor.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dijangka bercakap kepada pemberita di Labis mengenai keadaan banjir.

Hujan lebat juga menjejaskan pilihan raya kecil kerusi Tenang dengan hanya dua pertiga keluar mengundi semalam.

Laporan Bernama pula menyebut kira-kira 1,921 penduduk dari empat daerah di Negeri Sembilan dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini berikutan beberapa kawasan di daerah tersebut dilanda banjir akibat hujan sejak semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Tampin berkata seramai 1,545 mangsa di daerah kecil Gemas dan daerah Tampin dipindahkan ke 13 pusat pemindahan di dua daerah itu.

Katanya 416 mangsa dipindahkan di Sekolah Tunku Abdul Rahman, Dewan Kampung Tiong (64 mangsa), Balai Raya Kampung Ladang (4), Masjid Kampung Londah (38), Dewan Sungai Kelamah (260), Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 4 (125), Balai Raya Kampung Parit Buluh (325) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalor (150).

Pusat pemindahan lain ialah di tokong Buddha Air Kuning (25), Sekolah Kebangsaan Ladang (54), masjid Kampung Gedok, Gemencheh (20), Masjid Kampung Sungai Dua, Gemencheh (35) dan satu pusat pemindahan di daerah Tampin di surau Kampung Keru Hilir, Repah (29).

Sementara itu, di daerah Jempol 235 penduduk dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan banjir di daerah itu.

Seramai 88 mangsa dipindahkan di pusat kokurikulum kawasan Jempol di pekan Jelai, Sekolah Kebangsaan Palong 1 (80), Balai Raya Kampung Baru Rompin (24) Balai Raya Kampung Datuk Johan (20), Sekolah Kebangsaan Rompin (13), Balai Raya Kampung Dusat, Air Hitam (6) dan Dewan Orang Ramai Ladang Geddes (4).

Di daerah Kuala Pilah pula tiga pusat pemindahan dibuka di mana 77 mangsa dipindahkan ke Dewan Besar Dangi, Dewan Bandaran Majlis Daerah Kuala Pilah (51) dan Balai Raya Kepis (13).

Negara jiran Singapura juga berhadapan dengan banjir ketika itu dan hari ini bahagian timur republik itu juga dilaporkan mengalami banjir.

Seorang pembaca akhbar Straits Times Singapura berkata, hujan menyebabkan jambatan di kawasan yang separuh siap dibina di kawasan Punggol hampir runtuh.

Meskipun kawasan sekitar lapangan terbang Changi turut banjir tetapi tidak menjejaskan jadual penerbangan.

DUN Tenang: Pakatan dakwa pengaruhi keputusan, PAS puas hati

THE MALAYSIAN INSIDER

LABIS — Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menganggap kekalahan pada pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang semalam adalah disebabkan bencana banjir yang menyebabkan ramai penyokong mereka tidak sampai ke pusat pengundian.

Peratusan keluar mengundi semalam cuma 67 peratus berbanding 73 peratus tiga tahun lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata walaupun calon mereka Normala Sudirman kalah, mereka tetap berpuas hati kerana berjaya menidakkan usaha BN mencapai sasaran majoriti melebihi 5,000 selain berjaya mengekalkan sokongan di beberapa peti undi.

“SPR kena kaji, tak boleh mengenepikan isu banjir. Jentera kita bersungguh-sungguh. Kita tak nampak kesan lain. Calon kitapun diterima baik, tetapi disebabkan pengangkutan, penyokong kita tak dapat mengundi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Azahar dari Barisan Nasional (BN) mengalahkan Normala dengan majoriti 3,707 undi.

Calon BN memperoleh 6,699 undi manakala Normala mendapat 2,992 undi.

Dalam pada itu Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata secara keseluruhan, BN menang disebabkan jumlah pengundi kaum Melayu yang keluar mengundi lebih ramai berbanding hanya kira-kira 55 peratus pengundi Cina, yang merosot daripada 72 peratus pada pilihan raya umum 2008.

“Contohnya di Felda Chemplak, jumlah yang keluar mengundi ialah 88 peratus walaupun dilanda banjir. Saya rasa jika banjir tidak berlaku, jumlahnya lebih tinggi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS dan PR (Pakatan Rakyat) telah kehilangan undi orang Melayu, terutama di kawasan Felda,” katanya.

Beliau berkata jumlah undi orang Melayu merosot daripada 18 peratus pada pilihan raya umum lepas kepada hanya 12 peratus pada pilihan raya kecil ini dan Umno sememangnya pemenang yang jelas.

“Bagi saya, pihak yang kalah teruk masih MCA kerana walaupun semua usaha telah dilakukan, pendirian kaum Cina masih tidak berubah. Selain itu, terdapat isu mengapa ramai pengundi Cina tidak keluar mengundi,” katanya.

Naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata terdapat ramai pengundi yang tidak dapat ke pusat pengundi terutama di Bandar Timur Labis, Bandar Tengah dan Labis.

“Bagaimanapun, apa yang agak signifikan ialah walaupun hanya 55 peratus yang keluar mengundi, 70 peratus pengundi Cina di kawasan yang di daerah yang didominasi 96 peratus kaum itu, masih mengundi calon PAS.

“Malah, jumlah undi mereka meningkat. Ini menunjukkan taktik BN berhubung negara Islam tidak berhasil,” katanya.

Bagaimanapun, Tian Chua berkata parti itu akan menjalankan kajian mendalam terhadap keputusan pilihan raya tersebut.

“Nampaknya MCA gagal menakutkan pengundi Cina dengan isu negara Islam. Daripada pilihan raya ini, saya boleh katakan bahawa Pakatan PKR-DAP-PAS menikmati sokongan tinggi kaum Cina secara sama rata,” katanya.

PENTING: Malware - Panduan Membuang Malware Untuk Pengguna Blogspot

KELAB GREENBOC

Blogger yang menggunakan blogspot ketara menghadapi masalah diserang oleh malware. Saya telah memeriksa beberapa sebab yang memungkinkan hal tersebut berlaku dan cuba untuk mencari jalan mengatasinya.

Jika blog yang anda lawati itu sudah ada menyimpan jangkitan malware, sebarang penerusan mengakses blog tersebut tanpa menghiraukan amaran risiko yang dikeluarkan oleh browser anda seperti Google Chrome dan Firefox, akan menyebabkan komputer anda djangkiti dengan malware tersebut.

Sebelum ini GB ada menulis mengenai serangan Malware ini. Di situ GB menyatakan bahawa blogger tidak spatutnya meletakkan iklan dari Innity dan manggaonline. Sebarang iklan darinya akan menyebabkan blog anda akan gagal diakses.

Namun nampaknya masih banyak lagi blog-blog yang terus gagal diakses. Setelah pemerhatian dibuat berikut ialah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh para blogger sekalian bagi mengelakkan blog anda dari terkena jangkitan malware.

Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer anda diserang oleh malware berkenaan. Cuba lihat gambar di sebelah. Ia akan dikesani apabila pelayar menggunakan browser Google Chrome.

Cara Mengatasi.

Pastikan anda tidak milih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan anda semasa "Configure Blog List".

Pergi ke Dashboard anda pilih Design -> Page Elements -> My Blog List

Kemudian pastikan anda tidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong. (Lihat gambar sebelah).

Setelah itu barulah anda klik "Save".

Hanya langkah itu saja yang mampu membersihkan blog anda dari dijankiti malware yang terhasil dari fail "favicon.ico" berkenaan.

Setelah selesainya, anda perlu membersihkan "cache" dan "cookies" di browser anda. Dan tutup browser anda.

Buka semula dan cuba buka blog anda kembali. Tanda amaran malware itu telah tiada.

Bagi komputer yang telah terkena jangkitan malware, pastikan anda menggunakan perisian malware yang baik. Sebarang penggunaan perisian anti-malware percuma belum tentu menghapuskan malware malah ada kemungkinan perisian anti-malware itu sendiri pembawa malware yang lebih dasyat.

Gunakan perisian anti-malware yang disahkan saja. Diantara perisian anti-malware terbaik ialah Malwarebytes Anti-Malware dan juga Ad-Aware Free Internet Security 8.3.1

Kedua-dua perisian tersebut telah disemak oleh CNET dengan pemarkahannya menghampiri 5 bintang.

Sekian selamat berblogging.

p/s Sebarkan maklumat ini supaya blog rakan-rakan kita dapat diakses dengan lancar dan selamat.

Di Melaka Dah Ada Melayu Yang Puja Keris Setiap Malam

KELAB GREENBOC

Suami puja keris setiap malam

ALOR GAJAH: “Saya terjaga daripada tidur apabila terdengar suara suami seperti sedang meratib atau berzikir dengan kuat. Apabila saya intai ke dalam biliknya, saya terkejut melihat perbuatannya yang pelik.

“Dia bukannya berzikir, tapi membaca mantera dengan bahasa yang saya tidak fahami. Dia duduk di atas sejadah, tapi tak menghadap kiblat dan tangannya memegang satu keris kecil.

“Dia seolah-olah memuja keris itu,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Humairah mengenai amalan aneh suaminya kononnya untuk menambah rezeki keluarga mereka selepas diberhentikan kerja sejak setahun lalu.

Humairah, 25, dari sebuah kampung di sini berkata, dia mengesan amalan pelik suaminya yang berusia awal 30-an selepas curiga dengan sikapnya yang jauh berubah berbanding sebelumnya.

Menurutnya, selepas kira-kira seminggu diberhentikan kerja, suaminya yang berasal dari Filipina, tetapi sudah memeluk Islam sering memerap di dalam bilik sambil membaca sesuatu dalam bahasa sukar difahami.

Humairah yang ditemui Harian Metro ketika menjalani rawatan dengan seorang pakar perubatan Islam di sini berkata, keadaan bertambah parah apabila dia mengesan suaminya menjalin hubungan dengan wanita warga Indonesia yang sudah berusia hampir 50 tahun.

“Sejak menjalin hubungan dengan wanita itu, suami saya kerap berulang alik ke Filipina atau Indonesia bersama kekasih gelapnya. Ada kalanya sehingga berminggu-minggu dia tak pulang ke rumah.

“Jadi, saya yang terpaksa berkerja keras menanggung kehidupan kami serta tiga anak kami yang berusia 10 bulan hingga lima tahun,” katanya.

Humairah berkata, pada mulanya dia sukar percaya suaminya menjalin hubungan dengan perempuan lain, namun selepas sikap suaminya jauh berubah kerana suka menyendiri dalam bilik dan selalu tidak pulang ke rumah, dia yakin ada yang tidak kena.

“Keyakinan saya nyata berasas selepas terjumpa tangkal hitam dan botol minyak berisi akar kayu berbalut kain hitam serta dua keris kecil dalam lipatan cadar katil dalam biliknya.

“Saya semakin terpanggil untuk menyelidik lebih mendalam apabila selalu terjaga daripada tidur pada kira-kira jam 11 malam dan mendengar suara suami membaca mantera dengan kuat di dalam biliknya,” katanya.

Menurut Humairah, rasa ingin tahun itulah yang mendorongnya mengintai perbuatan suaminya dan ketika itulah dia mengesan amalan aneh suaminya ketika memuja keris kecil miliknya.

Katanya, kebiasaannya selepas selesai acara pemujaan itu, suaminya keluar rumah ke tempat tidak diketahuinya dan hanya akan pulang sekitar jam 5 pagi sebelum terus tidur hingga tengah hari.

“Saya kemudian membawa barangan pelik termasuk keris kecil milik suami kepada ustaz dan saya diberitahu semua itu amalan syirik yang bertentangan dengan Islam.

“Mujur, suami saya sedia mengikut saya untuk berubat. Apabila saya tanya mengenai barangan peliknya itu dia memberitahu ia pemberian kekasih gelapnya dan memujanya setiap malam supaya orang mudah kasih kepadanya dan rezeki bertambah murah,” katanya.

Humairah berkata, dia bersyukur kerana selepas melalui beberapa sesi rawatan pemulihan menggunakan al-Quran suaminya semakin pulih dan sudah insaf dengan perlakuan songsangnya. -hm

"Down Mubarak" Kedengaran Di Kedutaan Mesir Di Kuala Lumpur Pagi Tadi

KELAB GREENBOC

Sekumpulan NGO dan parti pembangkang pagi ini mengadakan bantahan di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menunjukkan kebersamaan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dalam menuntut regim Mubarak turun dari tampuk kuasa.

Berarak sedikit daripada kawasan letak kereta tidak jauh dari situ, mereka melaungkan slogan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpun Mesir dengan lambang Zionis di dahi.

Kumpulan daripada 71 NGO itu kini sedang berunding dengan kira-kira 50 anggota polis - yang menutup pintu masuk ke kedutaan - untuk menghantar memorandum kepada wakil kerajaan Mesir.

Setakat ini, dalam bantahan besar-besaran penduduk Mesir, ribuan membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah bagi menuntut penamatan 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak.

Aljazeera hari ini melaporkan, pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei yang menyertai kumpulan penunjuk perasaan itu memberitahu orang ramai pada Ahad malam bahawa "kita sudah bermula dan tidak boleh berpatah balik".

Sejak Selasa lepas beberapa siri demonstrasi dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak pengunduran Mubarak.

Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab. -mk

Jurutera perunding bumbung Stadium Sultan Mizan dituduh menipu

BERITA HARIAN ONLINE

KUALA TERENGGANU: Seorang jurutera perunding rekaan bumbung Stadium Sultan Mizan di sini, dituduh di Mahkamah Sesyen atas dakwaan menipu dan berpura-pura sebagai pemeriksa.

Hakim M Bbakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes dan mengenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selepas tertuduh, Wan Manan Wan Ali, 51, tidak mengaku bersalah.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 419, Kanun Keseksaan.

Sebahagian bumbung stadium yang terletak di Gong Bbadak dekat sini runtuh pada 2 Jun 2008.

Cikgu Mala anggap kekalahan sebagai ujian

Sidiqin Omar

LABIS: Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman bertekad meneruskan perjuangan membela rakyat meskipun tewas.

“Saya dengan hati terbuka menerima keputusan dengan reda. Kekalahan ini adalah ujian dan pengalaman baik.

“Sungguhpun banyak halangan, tiada istilah putus asa kepada pejuang dan muslimat. Mungkin kemenangan untuk kita bukan pada hari ini.

“Saya percaya, selepas menempuh tempoh dengan segala keberanian dan pengorbanan, saya akan memastikan komitmen saya demi memartabatkan hak rakyat di negara ini,” katanya pada majlis pertemuan bersama petugas dan penyokong Pakatan Rakyat.

Turut hadir adalah majlis itu antaranya Pesuruhjaya Pas Johor, Dr Mahfodz Mohammad, Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Salleh dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Hanifa Maidin.

Beliau berkata, baktinya akan terus dicurah kepada penduduk tempatan dengan menubuhkan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Tenang, bagi memberi perkhidmatan dan bantuan kepada penduduk sekitar pekan Labis.

“Kita tidak akan berhenti setakat ini. Kebajikan pengundi di Dun Tenang perlu dibela,” katanya.

Diiringi suami dan ahli keluargan, Cikgu Mala turut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pimpinan, jentera dan penyokong Pakatan Rakyat yang membantu berkempen, semenjak namanya dicalonkan untuk mewakili Pas bagi pilihanraya kecil N05 Tenang.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang memberikan liputan dan juga para blogger yang turut berkempen bagi membantu Pakatan Rakyat,” katanya.

Pelajar, Rakyat Malaysia Di Mesir Selamat: Wisma Putra

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah mengesahkan bahawa semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir selamat setakat 4.30 petang ini (waktu Malaysia).

Wisma Putra dalam satu kenyataan menasihati ibu bapa dan anggota keluarga agar tidak terlalu bimbang kerana kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa memantau perkembangan terkini, selain berhubung dengan pelajar dan rakyat Malaysia berkenaan.

Menurut kenyataan itu, satu pekeliling Nasihat Keselamatan juga dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia bagi mengelak berada di tempat berisiko tinggi tercetusnya rusuhan dan berwaspada setiap masa.

Selain itu, dua bilik operasi telah ditubuhkan iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Menteri Penasihat Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ibrahim Ahmad berkata keselamatan pelajar tajaannya di Kaherah adalah terkawal.

Beliau berkata pejabat MARA di Mesir sedang bekerjasama dengan kedutaan Malaysia memantau perkembangan pelajar dari semasa ke semasa.

Selain itu, ibu pejabat MARA di sini bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara dan Wisma Putra bagi mendapatkan arahan serta nasihat sebelum mengambil tindakan selanjutnya, katanya dalam satu kenyataan.

Ibrahim turut meminta pelajar mematuhi segala arahan dan nasihat kedutaan Malaysia berhubung langkah keselamatan yang perlu diambil, selain mengelak berada di tempat rusuhan serta berisiko tinggi.

Seramai 1,000 pelajar tajaan MARA dalam bidang perubatan dan pergigian mengikuti pengajian di beberapa universiti di Mesir. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 019-272 0649 atau 019-388 3121

VIP, Wartawan Antara "Terperangkap Di Tenang Akibat Banjir

BERNAMA

LABIS: Banjir besar yang melanda kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini hari ini bukan sahaja menimbulkan kesusahan kepada para pengundi tetapi juga menyebabkan beberapaorang kenamaan, pegawai dan wartawan yang meninjau proses pengundian itu turut"terperangkap".

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melakukan lawatan untuk meninjau proses pengundian di beberapa pusat pengundian turut terperangkap ketika berada di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin bersama-sama rombongan para pegawai dan wartawan.

Beliau kemudian dibawa keluar dari kawasan itu dengan menaiki trak tentera.

Turut terperangkap ialah Ketua Biro Bernama Johor, Mohd Haikal Isa dan jurugambar Ismail Abdullah.

"Selepas menghadiri persidangan akhbar TPM di kuarters guru SMK Kamarul Ariffin, saya hendak balik ke pekan Labis. Tetapi sebuah jambatan di Kampung Paya Merah sudah ditenggelami banjir dan tidak dapat dilalui.

"Saya bersama Ismail cuba mencari jalan alternatif iaitu melalui Kampung Sawah Baru. Bagaimanapun sebuah jamabatan di situ turut ditenggelami air setinggi enam kaki," kata Mohd Haikal yang menambah bahawa tiada jalan lain lagi dari situ untuk balik ke pekan Labis.

"Sekarang saya masih terperangkap di Pekan Air Panas. Bekalan elektrik di pekan ini telah terputus mungkin disebabkan banjir," katanya.

Sementara itu, wartawan Utusan Malaysia Kamil Maslih, berkata beliau dan sembilan lagi rakan setugas turut terjejas akibat banjir itu namun masih bertahan di pusat operasi mereka yang merupakan sebuah rumah yang disewa di Kampung Sungai Gatom.

"Air sudah naik dua kaki ke dalam rumah namun kami masih bertahan setakat ini. Mungkin kami akan berpindah ke dewan masyarakat atau mana-mana tempat yangselamat untuk meneruskan liputan kami," katanya.

Tiga wartawan Malaysikini juga antara yang turut terperangkap di pusat pengundian SM Kamarul Ariffin dan hanya dapat keluar dengan menaiki trak tentera.

Bagaimanapun ianya tidak menjejaskan operasi pemberitaan mereka kerana adatiga lagi wartawan mereka berada di pusat media di Taman Sri Bayu di bandar baruLabis.

Sementara itu, wartawan portal Malaysian Digest, Ahmad Aidil Syukri berkata,perjalanan wartawan yang harus membuat tinjauan ke semua 12 pusat undi di DUNTenang terganggu ekoran keadaan banjir itu.

"Struktur jalan yang agak sempit serta bengkang-bengkok seperti 'ular dipalu' sangat membahayakan kerana bukan saja penglihatan terhad, malahan jalan juga licin sehingga mendedahkan kepada bahaya kemalangan jalan raya.

"Keadaan ini agak mencabarlah bagi para wartawan yang bergerak dengan kenderaan sendiri kerana hari ini merupakan 'grand finale' untuk pilihan raya kecil ini, dan ia memerlukan kami bergerak dengan kadar segera bagi memastikan liputan lancar," katanya.

Seorang lagi wartawan yang hanya dikenali sebagai Firdaus berkata, beliau mengalami kesulitan untuk pulang ke rumah sewa yang juga pusat operasi medianya kerana jalan ke rumahnya telah dinaiki air sehingga terpaksa ditutup oleh pihak polis.

Pasukan wartawan Bernama yang membuat liputan pilihan raya kecil itu turut terperangkap disebabkan laluan ke rumah sewa yang menjadi pusat operasi merekadi Taman Berjaya 2 di sini juga terputus hubungan setelah kawasan pekan LamaLabis dinaiki air setinggi satu meter.

Operasi Bernama turut tergganggu apabila talian Internet terputus dan taliantelefon mengalami kerosakan, yang menurut seorang jurucakap Telekom Malaysiaberpunca daripada ibu sawatnya di sini ditenggelami banjir manakala kakitangannya dari Segamat tidak dapat datang ke sini untuk membantu disebabkan laluan Segamat-Labis ditutup akibat banjir.

Orang Ramai Dinasihat Tidak Lalui Jalan Labis-Segamat

MSTAR ONLINE

LABIS: Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Johor menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan laluan Labis-Segamat, khususnya jambatan Kampung Lembah Bakti, Jalan Taman Tenang di sini, berikutan keadaan arus deras banjir.

MKN dalam kenyataan kepada Bernama di sini, berkata arus deras itu adalah berbahaya kepada semua kenderaan.

Pekan Labis kini dilanda banjir besar selepas hujan lebat turun tanpa henti sejak awal pagi.

Keadaan hujan dan banjir itu turut menjejaskan hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini, yang berlangsung, Ahad.

Selain Labis, hujan lebat dan sekali-sekala renyai yang turun secara berterusan sejak enam hari lepas turut menyebabkan beberapa kawasan lain di Johor seperti Segamat, Yong Peng dan Ayer Hitam dilanda banjir.

Sementara itu, menurut beberapa penduduk yang ditemui di sini, banjir kali ini jauh lebih buruk berbanding bencana serupa yang berlaku pada 2006.

Azhar Janji Selesai Masalah Penduduk Tenang

LABIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azhar Ibrahim melahirkan rasa kesyukuran atas kemenangannya sebagai wakil rakyat yang baru kawasan tersebut.

Bekas Penolong Pegawai Daerah Pejabat Tanah Daerah Rengit itu turut berjanji akan menumpukan kepada masalah banjir yang melanda penduduk di sekitar pekan Labis dan Tenang.

"Selepas ini saya berjanji akan menumpukan kepada masalah banjir di Labis dan DUN Tenang.

"Saya juga akan menumpukan perhatian kepada masalah penduduk dan isu tempatan," katanya pada sidang media selepas pengumuman calon yang memenangi DUN Tenang di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Majlis Daerah Labis di sini, malam Ahad.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua sayap Umno dan Barisan Nasional.

"Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada sayap Puteri, Pemuda dan Wanita yang telah banyak membantu saya berkempen di sini.

"Pada masa yang sama, saya ingin melahirkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan parti komponen dan sahabat-sahabat BN," katanya.

Tenang: Kita Jangan Lemah Semangat

MALAYSIA WAVES

Pada waktu posting ini ditulis, Tulang Besi mendapat maklumat PAS akan kalah di Tenang dengan majoriti sekitar 3500+. Tulang Besi ingin meminta para pendokong dan penyokong keadilan dan kebenaran supaya jangan patah hati.

Mesti diingat, kerusi Tenang ini adalah KUBU KUAT BN. Dengan segala wang dan sogokan yang dicurah sepanjang kempen, saya tak terkejut majoriti BN naik. Tak perlu isu lain, cukup dengan isu MENJAMIN SURVIVAL UMNO sudah boleh mengaut undi yang ramai dari orang Melayu

Yakni, faktor sentimental kepada UMNO itu adalah isu yang besar di Johor.

Malah, sedari awal lagi saya sudah agak majoriti BN akan naik lebih dari PRU2008. Tidak mungkin jentera kita mampu berhadapan dengan wang dan sogokan yang bertali arus dari BN dan UMNO.

Ditambah dengan kempen fitnah dan serangan pribadi yang tiada henti, tidak hairanlah pengundi2 Melayu ada yang kembali pada BN

Namun, harus diingat, pada 2008 terdapat pengundi Melayu yang mengundi protes pada Pak Lah. Pengundi2 ini telah kembali pada UMNO dan BN.

Keputusan ini tidak boleh diulang di negeri-negeri lain kerana orang2 Melayu di tempat lain bukan totok UMNO seperti di Johor.

Namun, ia juga mendedahkan kelemahan Pakatan Rakyat yang utama: "Program-program Melayu Pakatan Rakyat masih belum sampai maklumatnya kepada majoriti orang2 Melayu".

Persoalan seperti kedudukan Dasar Ekonomi Baru, MARA, ITM, kuota kemasukan universiti, biasiswa dsbnya MESTI DISELESAIKAN dari sekarang.

Dalama masa yang ada, kalau isu2 yang sensitif kepada Melayu dapat diselesaikan saya yakin UMNO akan kalah di merata-rata tempat.

Kepada saudara-saudara ku, jangan patah hati. Inshaalah, kita akan menang balik selepas ini.

Pembesaran payudara: Masyarakat kita tak ambil kisah pasal saiz

WarkahDaily

Tiada alasan munasabah bagi syarikat televisyen swasta tempatan mempertahankan segmen ‘payudaranya’ baru-baru ini yang menimbulkan kontroversi dan ketidak selesaan masyarakat kita.

Buat apa bincang secara terbuka perkara ‘besarkan payudara’ tu padahal masyarakat negara kita tidak ambil peduli saiz besar atau kecilnya payudara masing walaupun ada segelintir yang ambil peduli.

Perbincangan besarkan payudara secara terbuka dilihat seolah-olah wanita di negara ini tergila-gilakan untuk membesarkan payudara masing-masing. Padahal masyarakat kita tidak ambil hal langsung besar ke kecik ke payudara mereka. Lebih baik televisyen berkenaan bincangkan perihal barah payudara bagi memberi kesedaran kepada masyarakat kita. Itu barulah keperluan.

Sebab, bagi kebanyakan wanita di negara kita ini, payudara bukanlah benda yang mahu ditunjuk-tunjukkan kepada orang seperti orang barat tapi benda yang perlu dijaga daripada dijangkiti daripada penyakit barah yang menjadi musuh kepada kaum wanita itu.

Kosmo! – Menurut Pensyarah Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Suradi Salim, masyarakat negara ini lebih-lebih lagi kaum Melayu kurang memberi tumpuan dan mengambil pusing akan saiz payu dara seseorang wanita, meskipun isteri mereka sendiri.

Mereka sebaliknya mampu menerima saiz payu dara isteri mereka dengan seadanya.

Lebih-lebih lagi masyarakat kita mempunyai pegangan agama dan budaya yang kuat, seterusnya menghalang mereka daripada membuat sebarang pembedahan kosmetik untuk membesarkan dan mencantikkan payu dara.

"Walaupun ada sesetengah orang memandang berat perkara itu (saiz payu dara), kebanyakan kita tidak menganggapnya sebagai penting.

"Bahkan kadang-kadang kalau sesetengah wanita mendapati saiz payu daranya sedikit berlebihan (besar), ia menjadi perkara yang disorokkan kerana dianggap memalukan," katanya.

Suradi berpendapat mereka yang sanggup melakukan pembedahan untuk mencantikkan payu dara ialah mereka yang suka memperagakan diri dan gemar memakai pakaian yang seksi.

"Jadi jika mereka mempunyai payu dara yang cantik, penampilan mereka dianggap lebih menarik.

"Bagaimanapun, mereka yang berpegang kukuh pada agama dan menutup aurat tidak akan melakukan pembedahan sedemikian.

"Secara peribadi, saya beranggapan kebanyakan suami sendiri tidak begitu mengambil kisah akan saiz payu dara isteri mereka," katanya.

Suradi menganggap mereka yang bersyukur dengan keadaan fizikal seperti yang diciptakan Tuhan akan hidup dengan lebih gembira dan sejahtera.

"Mereka yang melakukan pembedahan itu tidak memikirkan masa depan, mereka cuma ingin kelihatan cantik pada masa sekarang sedangkan mereka sedar kecantikan itu tidak mungkin kekal," katanya.

Pas Kedah perlu berhati-hati


SINAR HARIAN ONLINE



PENDANG – Bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang, Abdullah Abdul Rahman atau lebih dikenali Tuan Guru Haji Abdul Rahim melihat parti UMNO kurang menyerang Kedah namun, Pas di Kedah harus berhati-hati.

Menurutnya, walaupun fitnah dan tuduhan dilemparkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak oleh parti itu terutamanya isu banjir namun, tindakan itu tidak menunjukkan UMNO menyerang Kedah.

“Walaupun begitu, Pas di Kedah tidak boleh leka dan perlu berhati-hati agar keinginan parti itu untuk mentadbir negeri ini tidak akan berjaya.

“Bagi saya Kedah yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum perlu ditadbir Datuk Seri Azizan kerana beliau adalah seorang yang terbuka dan mesra,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, beliau turut memuji pengisian berita yang diterbitkan akhbar ini kerana ia adalah akhbar yang paling bijak memuatkan berita tempatan di setiap daerah.

Beliau berkata, akhbar ini tidak pernah memutar belitkan fakta yang diberitahu dan begitu yakin dengan laporan yang dilaporkan.

Kaitkan Anwar Dengan Al Qaeda Langkah Terakhir Umno-BN Sebelum Tumbang


ANWAR IBRAHIM

AI45Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Dato’ Seri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiayai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato’ Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Dato’ Seri Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat.

Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya.

Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya.

Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin perubahan yang bakal melanda.

Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat.


Pakatan Rakyat Janji Bangunkan KL Secara Holistik, Seimbang


Oleh Suara Keadilan

klKuala Lumpur adalah pusat kebudayaan, ekonomi dan kewangan Malaysia. Ianya merupakan kawasan yang paling pesat membangun dari sudut jumlah penduduk dan ekonomi negara, dengan anggaran 1.7 juta penduduk (2010). Bandaraya ini menarik lebih 9 juta pelancong setahun dan punya KDNK sebanyak RM77 bilion.

Walaupun Kuala Lumpur telah menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan lebih 37 tahun, kualiti kehidupan di Kuala Lumpur semakin teruk. Lapangan, taman-taman, dan tanah awam telah dijual kepada pemaju untuk membina tanpa mempertimbangkan warisan KL, namun prasarana awam seperti pengangkutan dan perumahan awam diabaikan. Taman-taman awam pula memerlukan penyenggaraan yang lebih baik.

Tahap jenayah meningkat dan memaksa rukun tetangga dan persatuan-persatuan penduduk mengupah syarikat pengawal keselamatan swasta dan menubuhkan komuniti-komuniti berpagar, dengan kos yang ditanggung sendiri oleh rakyat. Malah taraf latihan para pengawal keselamatan ini tidak terselia.

Upah permulaan purata bagi seorang graduan di KL hanyalah RM1,600, yang turun dari RM1,800 sepuluh tahun lalu. Peningkatan gaji tahunan cumalah 4.7%, antara terendah di dunia.

Pada masa yang sama, harga rumah-rumah sekitar Kuala Lumpur telah meningkat ke purata RM500,000 dan hal ini menyusahkan anak-anak muda yang baru berkahwin untuk memiliki rumah. Walaupun golongan miskin tegar kononnya telah tiada, namun golongan miskin masih wujud di kota malah semakin meningkat sejak 1998.

Ketidaksamaan adalah masalah yang serius - koefisien Gini bagi Malaysia adalah 0.461 pada 2009 - dan menjadi faktor mendorong peningkatan masalah penyakit sosial. Sudah pasti tahap ketidaksamaan yang tinggi bukan sahaja melembapkan ekonomi Kuala Lumpur, malah juga Malaysia amnya.

Dengan itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan mengakui kewujudan masalah-masalah ini dan akan bertungkus-lumus untuk menyelesaikannya dengan rancangan reformasi 100-hari kami, walaupun butiran terperinci serta statistik dalam Wilayah Persekutuan tidak diperolehi daripada kerajaan pusat. Tentunya rancangan reformasi ini akan disesuaikan mengikut maklumat yang jitu dan terperinci.

Apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Kerajaan Pusat, Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan berjanji untuk:

1) Menjalankan inisiatif baru untuk mengkaji semula dan memperbaiki bangunan-bangunan Pusat Perumahan Rakyat (PPR), yang mampu mengubah kehidupan golongan berpendapatan rendah serta membina komuniti-komuniti baru yang sihat dan teguh.

2) Melaksanakan cadangan-cadangan transit yang akan mengintegrasikan sistem pengangkutan awam, dan pada masa yang sama mempertingkatkan prasarana awam seperti menambahbaik jalan-jalan raya serta tempat-tempat letak kereta agar mampu menjana sebuah persekitaran sosial dan perniagaan yang mampan.

3) Melaksanakan inisiatif sedia ada Kerajaan Pusat ke seluruh Wilayah Persekutuan, di mana kita akan membina pusat-pusat pengajian di Zon-zon Bandaraya langsung melahirkan Budaya Pembelajaran Cemerlang.

4) Melaksanakan jaringan CCTV menyeluruh lagi berkesan, kukuh dan diintegrasikan dengan badan-badan yang berkenaan seperti hospital, polis, pengawalan trafik dan sebagainya, serta melahirkan unit polis sokongan bagi menangani peningkatan kadar jenayah yang sebenar.

5) Mengadakan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat Wilayah Persekutuan tahunan untuk mempromosi kebudayaan Malaysia, dengan tumpuan khusus kepada perpaduan komuniti dan pembangunan anak muda.

6) Memperkenal dasar-dasar yang lebih mesra perniagaan seperti badan pelesenan contohnya PEMUDAH untuk menarik minat serta memberi semangat kepada para usahawan dan pemilik perniagaan untuk memulakan perniagaan mereka di Kuala Lumpur, sementara melaksanakan langkah 7 (seperti di bawah).

7) Menubuhkan badan bertindak untuk mengkaji dan mengutarakan langkah-langkah berkesan yang akan membolehkan adanya Pilihanraya Kerajaan Tempatan di Kuala Lumpur.

8) Mengkaji dan menggubal dasar-dasar yang akan melindungi alam sekitar di Kuala Lumpur, terutamanya kawasan hutan dalam lingkungan bandaraya serta melaksanakan konsep “indeks bandaraya hijau”.

Sempena Hari Wilayah 2011, inilah janji-janji kami Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan yang akan kami kotakan demi memastikan negara tercinta kita akan berjaya mencapai Wawasan 2020, dan menjadikan Kuala Lumpur benar-benar bandaraya yang sejahtera.
Disokong:

YB Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

YB Nurul Izzah binti Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai

YB Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Batu

YB Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang

YB Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Segambut

YB Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras

YB Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong

YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh

YB Dr Lo’ Lo’ Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa

MB Kedah: Pengundi akan hukum Gobalakrishnan

BERNAMA


Azizan berkata tindakan Gobalakrishnan sudah lama dijangka. — gambar fail

ALOR SETAR — Tindakan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikitpun tidak menjejaskan kekuatan pakatan pembangkang di Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata tindakan itu telah lama dijangka kerana Gobalakrishnan mungkin mempunyai kepentingannya sendiri kerana terlibat dalam banyak kesalahan di sisi undang-undang sebelum ini.

“Jadi, sebagai wakil rakyat, kalau dia buat sesuatu (keluar parti) mungkin orang akan hukum dia esok,” katanya kepada pemberita pada jamuan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Seri Mentaloon hari ini.

Azizan diminta mengulas tindakan Gobalakrishnan yang meletakkan semua jawatan dalam parti dan keluar PKR serta memilih menjadi wakil rakyat Bebas kerana tidak puas hati dengan kepimpinan parti itu semalam.

“Kita tidak goyah...malah kita jadi lebih kuat... mereka serang kita melalui televisyen pun kita tak terjejas,” katanya mengenai dakwaan Pakatan Rakyat semakin goyah.

Labis dilanda banjir besar, buruk banding 2006

BERNAMA


Sebuah lori cuba merentas jalan yang dibanjiri berhampiran kota Labis, diikuti oleh sebuah bot Bomba. — Gambar oleh Choo Choy May

LABIS — Banjir besar melanda pekan Labis ketika berlangsungnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang akibat hujan lebat yang turun tanpa berhenti sejak awal pagi ini.

Hujan lebat yang sekali sekala renyai turun secara berterusan sejak enam hari lepas menyebabkan Labis dan beberapa kawasan lain di Johor turut dilanda banjir termasuk Segamat, Ayer Hitam dan Yong Peng.

Banjir besar yang melanda pekan Labis kali ini disifatkan oleh beberapa penduduknya sebagai antara yang terburuk sejak beberapa tahun ini dan lebih buruk daripada kejadian serupa pada 2006.

Hampir seluruh pekan Labis Lama yang terletak berhampiran sungai ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.

Jurucakap polis di sini Supt Abdul Aziz Ahmad berkata semua jalan utama Labis-Segamat ditenggelami air dan ditutup kepada lalu lintas.

Ahad, 30 Januari 2011

Tenang: Trend sokongan buat BN makin mantap, kata Najib

THE MALAYSIAN INSIDER


Najib berkata kemenangan di Tenang menunjukkan momentum yang telah dicapai oleh BN. — gambar fail

ABU DHABI — Datuk Seri Najib Razak berharap kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor akan menjadi dorongan kuat kepada BN di negeri lain untuk membuat persediaan bagi meraih kejayaan lebih besar di masa depan.

Perdana Menteri dan Pengerusi BN itu melahirkan penghargaan kepada pengundi DUN Tenang kerana terus memberi kepercayaan dan keyakinan kepada BN untuk mewakili mereka.

“Walaupun kita hadapi tentangan agak hebat daripada jentera pembangkang, tetapi kemenangan itu jelas menunjukkan bahawa segala isu yang dilemparkan mereka tidak diterima oleh pengundi di Tenang,” katanya kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang ke Malaysia di akhir lawatan kerja sehari ke Abu Dhabi.

Calon BN Mohd Azahar Ibrahim memang dengan majoriti 3,707 dengan mengalahkan calon PAS Normala Sudirman.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala meraih 2,992 undi.

Menurut Najib, kejayaan BN pada pilihan raya kecil yang berlangsung sejak kebelakangan ini menunjukkan ia bukanlah kejayaan sementara atau sekelip mata, memandangkan ia dapat diterjemahkan di beberapa negeri berasingan.

“Kejayaan ini menunjukkan bahawa momentum yang telah dicapai oleh BN melalui beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, menunjukkan trend dan momentum ini berterusan di Tenang pada kali ini,” katanya.

Beliau menganggap trend peningkatan sokongan kepada BN “boleh dikatakan semakin menyeluruh dan semakin mantap”.

Najib berkata pengundi Tenang telah membuat keputusan bijak dan matang, yang menunjukkan mereka mementingkan masa depan kawasan mereka dan negara secara keseluruhan.

“Ini jelas menunjukkan tahap keyakinan mereka terhadap BN semakin kukuh, dan ini memberi kita semangat yang lebih untuk bekerja dengan lebih gigih lagi untuk kepentingan rakyat,” jelas beliau.

“Saya selalu tekankan apa sahaja yang kita buat, kita perlu dahulukan kepentingan rakyat. Dan apabila kita mendahulukan kepentingan rakyat, rakyat akan membalas balik usaha kita dengan memberi sokongan yang lebih padu kepada BN,” tegas Perdana Menteri. — Bernama

Rasmi: BN berjaya kekal DUN Tenang

MALAYSIA KINI

7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat 1berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis petang ini.

--------------------------------------------------------------------

9:30pm: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman memberitahu wartawan bahawa BN telah memperolehi majoriti besar dalam pilihan raya kecil kali ini walaupun berlaku banjir.

Menurutnya, mereka masih keluar mengundi pada sebelah petang walaupun keadaan banjir semakin teruk.

Ditanya mengenai undi pengundi Cina, Abdul Ghani (kanan) berkata BN berjaya memenangi kembali dua kawasan majoriti Cina, berbanding dengan pilihan raya umum lalu.

Pada 2008, katanya, BN kalah di tiga daripada empat kawasan majoriti Cina. Tetapi kali ini BN hanya kalah di satu kawasan, iaitu Bandar Labis Tengah.

Beliau yang juga pengarah kempen BN menyifatkanya sebagai satu perubahan yang positif di kalangan pengundi Cina.

Katanya, BN akan cuba merapati lagi pengundi Cina bagi memenangi kesemua empat kawasan tersebut, dalam pilihan raya akan datang.

9:44pm: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan rasmi:

BN - 6,699 undi
PAS -2,992 undi
Majoriti - 3,707 undi

Majoriti BN adalah 1,215 suara lebih tinggi daripada yang diperolehinya dalam pilihan raya umum 2008.

9:21pm: Sebuah trak tentera tiba di pusat penjumlahan dengan membawa kotak undi yang tersangkut kerana banjir di pusat pengundian.

SPR telah menggunakan trak polis dan tentera untuk membawa pegawai pilihan raya dan kotak undi dari pusat pengundian yang terputus hubungan kerana banjir.

9:12pm: Akibat cuaca sejuk dan hujan, anggota polis yang masih terperangkap di SMK Kamarul Ariffin mula membakar kertas untuk memanaskan badan.

Seorang wartawan Malaysiakini adalah antara mereka yang terperangkap di sekolah tersebut yang putus hubungan kerana banjir.

8:31pm: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek membidas DAP, dengan mendakwa BN menang di tiga daripada empat kawasan majoriti pengundi Cina.

PAS dan DAP boleh 'berkokok', tapi masih 'kalah', katanya dalam twitter. Bagaimanapun, penilaiannya terhadap kawasan majoriti pengundi Cina itu bercanggah dengan pemimpin DAP.

Nampaknya BN telah memenangi Bandar Labis Timor (63.4% undi Cina), Labis (58.3% undi Cina) dan Tenang Station (54% undi Cina).

Sementara PAS menang di Labis Bandar Tengah (95.7 % undi Cina). Dalam pilihanraya umum 2008, di samping

Bandar Labis Tengah, PAS memenangi Bandar Labis Timor dan Labis.

Analisis: DAP mendakwa ia memenangi 70% undi Cina di Tenang, berdasarkan kepada keputusan dari Bandar Labis Tengah, yang merupakan 95.7% pengundi Cina. Di situ, DAP memperolehi 69.8% undi keseluruhannya.

Bagi dua lagi daerah undi majoriti Cina - Bandar Labis Timor (63.40 % Cina) dan Labis (58.3% Cina) - DAP berhujah mereka dapat mempertahankan undi pengundi Cina di situ, tetapi kalah sokongan pengundi Melayu dan India, mengakibatkan PAS kalah di kedua-dua kawasan berkenaan yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 2008.

PAS kalah di Tenang Station (54% Cina) pada 2008 dan 2011.

Bagaimanapun, hanya keputusan terperinci bagi semua saluran pengundi, dapat menunjukkan undi yang diperolehi oleh kedua-dua pihak di kawasan campuran pengundi, berbanding dengan kawasan mono-etnik seperti Bandar Labis Tengah.

Kejayaan BN mengekalkan DUN Tenang hari ini, adalah kemenangan ke-14 dalam pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Pakatan pula memenangi lapan pilihan raya kecil.

Pakatan menang di Sibu, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Manek Urai, Penanti dan Selambau.

BN pula menang di Tenang, Hulu Selangor, Galas, Tenang, Sapi Bagan Batu dan Pinang.

Pilihan raya kecil ke-15 pula akan diadakan di Merlimau pada 6 Mac depan.

8:12pm: Lebih ramai pemimpin tiba di pusat penjumlahan untuk meraikan kemenangan. Mereka termasuk Menteri Besar Johor, Datuk seri Abdul Ghani Othman dan ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Semuanya tersenyum lebar dan bersalaman mengucap tanah antara satu sama lain.

Mohd Azahar pula memakai baju kemeja batik dan bersongkok hitam. Beliau kelihatan letih selepas sehari bergerak di sekitar kawasan pilihan raya kecil hari ini dalam keadaan hujan dan banjir.

8:07pm: Calon BN Mohd Azahar Ibrahim tiba di pusat penjumlahan di dewan serbaguna Majlis Daerah Labis.

7:53pm: BN pemimpin tempatan sudah mula membanjiri pusat penjumlah tersebut. Turut kelihatan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga presiden Gerakan, Tan sri Dr Koh Tsu Koon.

7:33pm: Analisis

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Umno telah menambah undi di kalangan pengundi Melayu, tapi pengundi Cina masih mengelak menyokong MCA. PAS mengekalkan sokongan pengundi Cina, walaupun peratusan mereka dari kawasan majoriti Cina yang keluar mengundi hari ini, merosot.

DAP MP Anthony Loke menulis dalam Twitter: "Melihat trend setakat ini, tidak ragu lagi, BN akan menang Tenang tapi Soi Lek dan MCA boleh angkat beg!"

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau mengulangi sentimen yang sama dalam satu lagi twitter: "PR PAS-DAP berjaya mendapatkan undi 70 peratus pengundi Cina di Tenang."

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim pula berkata Chua (presiden MCA) patut letak jawatan kerana gagal untuk memenangi undi pengundi Cina di tempatnya sendiri".

7:25pm: Nampaknya hujan di Tenang akhirnya akan berhenti. Suasana masih gerimis. Pondok sementara yang didirikan di depan pusat operasi PAS untuk menjual barangan parti, dan makanan, telah ditutup. Penyokong PAS dan tukang kempen mula meninggalkan bandar Labis.

7.15pm: Analisa

Kira-kira 91 peratus undi telah dikira. Umno telah meningkat majoriti dengan 1,243 undi berbanding dengan pilihan raya umum 2008.

7.12pm: PAS menutup skrin besar di pusat operasi parti itu. Pekerja parti yang kecewa dengan keputusan tersebut, beredar dari situ. Sesetengahnya sudah 'hilang mood' dan mahu segera pulang ke tempat masing-masing.

7:10: Keputusan tidak rasmi: 10 daripada 12 pusat pengundian:

BN - 6,027
PAS - 2,331
Majoriti - 3,637

7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira.

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.

Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.

Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.

6.53pm: BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045

6.51pm: Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.34pm: Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

6.31pm SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

6.27pm: PAS - 1,136, BN - 634.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

6.15pm Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

6.10pm: Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1.

Paksa penoreh getah pulang naik bas berlaku di Tenang


PASPB

Penoreh getah dijemput pulang dengan bas.

Presiden Parti Makkal Sakti, R.Kannan memberitahu, perbuatan ugut dan sogokan amat berleluasa di kalangan pengundi kaum India.

Menurutnya, tidak pernah dalam sejarah kaum India yang menoreh getah dijemput pulang dengan bas.

Tetapi, katanya, bas-bas menunggu para penoreh getah kaum India di ladang-ladang pada jam sekitar 11 hingga 12 tengahari, untuk menjemput mereka pulang.

Bukan setakat disediakan pengangkutan, mereka kemudiannya di berikan 'sogokan' berbentuk barangan keperluan seperti susu dan gula.

Polis dan SPR 'perkakas' Umno

Polis dan Suruhanjaya Pilihanraya terus menjadi 'perkakas' Umno dan Barisan Nasional.

Kejadian jentera Umno/BN yang menganggu program kempen PAS dan Pakatan Rakyat terang-terangan tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis dan SPR.

Menurut Naib Presiden PAS, Dato' Mahfudz Omar, bukan hanya ahli-ahli umno dibawah yang terlibat menganggu ceramah PAS, malah Menteri Umno/BN turut mempamerkan perangai hodoh, melanggar undang-undang.

Ketika berceramah di Kampung Redong pada 27hb januari, beliau berkata, Umno telah mengadakan ceramah ditempat yang sama, terlalu hampir dengan ceramah PAS.

"Ketika saya sedang berceramah, saya diganggu oleh bunyi ceramah Umno/BN yang diadakan terlalu dekat, ditempat yang sama,

"apabila selesai ceramah, saya hampiri program Umno itu, saya dengan Othman Abdul (Dato') sedang berceramah,"ujarnya kepada Buletinonline.

Apabila beliau memberitahu para petugas Umno, beliau mahu berjumpa dengan mereka yang bertanggungjawab, tiba-tiba Dato' Ahmad Maslan yang turut berada di majlis itu, muncul.

Walaupun telah diberitahu pihak polis, ceramah Umno tersebut tidak mempunyai permit, namun polis bukan sahaja tidak bertindak, bahkan hadir ke majlis ceramah PAS dan menanyakan samada program tersebut mempunyai permit atau tidak.BO

Jentera PR mengasak hingga saat akhir

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/kempenakhir.gifPASPB

LABIS - Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran, sehingga ke saat-saat akhir, jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat terus mengasak BN yang menggunakan 'segala-galanya' dalam menghadapi pilihanraya kecil DUN Tenang.

Pelbagai usaha kempen terus dilaksanakan oleh jentera disetiap peti undi, bagi meraih sokongan daripada para pengundi, walaupun cukup diketahui bahawa, pilihanraya akan terus berlangsung secara tidak telus dan adil.

Di Felda Cempelak, misalnya, jentera Pakatan Rakyat khususnya ANAK dengan kerjasama kontinjen Terengganu dan SAMM, berjaya menganjurkan sukan rakyat di Padang Awam Felda terbabit.

(Gambar - Sukan Rakyat di Felda Cemplak anjuran jentera PAS, walaupun mereka hadir, basikal mereka berlogo dacing???)

Selain itu, calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang terus bergerak menemui pengundi dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sekitar jam 3.00 petang Cikgu Mala di lihat di Pekan Labis, terus mengunjungi peniaga-peniaga dan bertemu dengan orang ramai.

Pada sebelah malamnya, sebanyak 7 program ceramah telah diadakan di Felda Tenang, Felda Cempelak, Cemplak Barat, Dataran Wayang Pacak, Kampung Sawah Baru, Redong dan Bukit Mambai.

Disebalik kempen rancak PAS dan Pakatan Rakyat iru, sehingga saat akhir juga, Umno dan BN terus menggunakan 'taktir kotor' mengugut dan menyalahgunakan kuasa.

Halangan kepada jentera PAS dari Wilayah Persekutuan untuk masuk berkempen di Ladang Labis Utara, milik anak syarikat berkepentingan kerajaan Sime Darby adalah contoh 'perangai buruk' BN (Gambar kanan)

Apabila dikemukakan pertanyaan kepada petugas Ladang tersebut, terus terang beliau berkata ia adalah arahan 'orang atasan'.

Katanya, "kita orang kerja kan, apa majikan cakap kita kena ikut" ketika dipersoalkan mengapa 'biru' boleh memasang poster di ladang tersebut dan 'Hijau' tidak boleh.BO

Hosni Mubarak sekat pengunaan internet, Najib juga akan guna akta sekat penggunaan internet

PASPB

Sekatan media terburuk


KAHERAH : Sekatan penuh kerajaan Mesir terhadap internet dan telefon bimbit adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah komunikasi dunia, menurut pakar.

Aktivis hak asasi manusia di seluruh dunia mengutuk keras tindakan pemerintah kuku besi Hosni Mubarak menyekat penggunaan internet dan telefon bimbit bagi menghalang rakyat Mesir daripada menganjur protes dan berhubung dengan dunia luar.

"Ini adalah insiden pertama dalam sejarah teknologi internet," menurut Rik Ferguson, seorang pakar dari Trend Microm, iaitu syarikat keselamatan komputer ketiga terbesar di dunia.

Menurut syarikat pemantau aliran internet di Perancis, hampir 97 peratus aliran internet dua hala Mesir terputus dalam tempoh 24 jam sejurus tunjuk perasaan mula mendapat momentum, Khamis lalu.

Empat syarikat pengendali utama perkhidmatan internet di Mesir di arah oleh kerajaan supaya menghentikan semua sambungan internet antarabangsa secara serentak.

Kira-kira 23 juta rakyat Mesir yang menggunakan internet di negara itu terputus hubungan dengan dunia luar akibat sekatan luar biasa itu.

Rangkaian telefon bimbit juga terjejas teruk di seluruh negara sehingga kelmarin dengan tiada isyarat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dapat digunakan.

Syarikat telekomunikasi Vodafone yang beroperasi di Mesir mengesahkan menerima arahan daripada kerajaan untuk menamatkan perkhidmatan di semua kawasan bergolak, kelmarin.

Penutupan perkhidmatan internet dan telefon di Mesir itu adalah sekatan kerajaan paling menyeluruh dalam sejarah komunkasi elekronik dunia.SH

Najib sekat hak asasi dan kebebasan politik rakyat

PARIT BUNTAR : Cadangan Kerajaan Barisan Nasional(BN) untuk melebarkan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984(PPPA) melibatkan media Internet membuktikan membuktikan kerajaan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat.

Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa Pentadbiran Najib Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia

“Kerajaan BN sudah beberapa kali menggambarkan hasrat untuk menyekat Internet, terutamanya selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

“ Mereka tidak mempunyai komitmen serius terhadap perubahan dan hak asasi manusia” katanya

Adnan berkata, ruang Internet adalah lebih terbuka berbanding media arus perdana memandangkan komitmen Kerajaan terhadap Jaminan (Bill of Guarantees) Koridor Raya Multimedia (MSC).

“ Kerajaan menghantar mesej yang salah kepada pelabur-pelabur luar, yang sebelum ini tertarik dengan jaminan MSC.

“Keyakinan terhadap Malaysia, yang sudahpun berada pada tahap yang paling rendah, tidak akan pulih jika kerajaan terus menerus menyekat dan menghukum sesiapa yang memberikan kritikan yang jujur, tepat dan membina” katanya

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak kecewa dengan sikap kerajaan BN yang gagal membuka ruang media lebih luas bagi memastikan demokrasi yang segar dan kemakmuran negara.

“ Sebaliknya kerajaan mengambil pendekatan bertentangan dengan mencadangkan untuk melebarkan akta tersebut kepada Internet.

“Tanpa ketelusan yang wujud menerusi Internet dan media yang bebas, semua rancangan perubahan yang diuar-uarkan kerajaan selama ini - akan menjadi sia-sia” katanya

Beliau menggesa kerajaan BN membatalkan rancangan ini dan sebaliknya meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi membuktikan kerajaan benar-benar mahukan perubahan.

“ Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga telah memberikan komitmen untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, memperkenalkan Akta Kebebasan Media dan memelihara kebebasan Internet sekiranya dipilih menjadi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya akan datang.

“ Pakatan Rakyat tidak akan menyekat akses rakyat Malaysia kepada Twitter, Facebook dan blog sebagaimana yang akan dilakukan kerajaan BN melalui pelebaran akta ini” katanya

Selepas Mesir, Rakyat Yaman Pula Protes Desak Presidennya Turun

SABAH DAILY

Beribu-ribu rakyat Yemen menunjuk perasaan di ibu negara ini hari ini mendesak Presiden Ali Abdullah Saleh meletakkan jawatan setelah memegang kuasa sejak 1978.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan antikerajaan dan menyebut tentang penyingkiran Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali baru-baru ini.

"Memegang kuasa selama lebih 30 tahun sudah cukup," laung penunjuk perasaan dalam demonstrasi anjuran pembangkang Forum Bersama di empat lokasi di sini.

Kata mereka, Ben Ali tersingkir selepas hanya 20 tahun.

"Forum Bersama teruskan perjuangan. Sudah tiba masa untuk perubahan," menurut sepanduk yang dibawa dalam protes itu.

Seorang aktivis Forum Bersama berkata, demonstrasi itu diadakan di empat lokasi berbeza di ibu negara dengan tujuan untuk mengalihkan perhatian pasukan keselamatan.

Satu kawasan yang dipilih ialah di luar Universiti Sanaa.

Sabtu lalu, ratusan pelajar universiti itu mengadakan dua protes berasingan di kampus, dengan satu kem menuntut Saleh berundur manakala satu lagi mahu beliau mempertahankan jawatannya.

Penganjur protes hari ini menggesa pelajar dan pertubuhan sivil menunjuk perasaan menentang rasuah dan dasar ekonomi.

Rakyat Yemen merungut mengenai kadar kemiskinan yang semakin meningkat di kalangan penduduk yang makin bertambah dan kekecewaan dengan ketiadaan hak bersuara dalam politik di negara ini.

Seorang aktivis hak asasi yang juga anggota parti Islah iaitu parti pembangkang Yemen, Tawakul Karman dilihat menyertai tunjuk perasaan semalam, dua hari selepas dibebaskan.

Wanita itu ditahan Ahad lalu kerana mengetuai bantahan terhadap presiden Yemen dan dibebaskan dengan jaminan keluarganya pada Isnin lalu. - AFP