HALAMAN SANTAI

Rabu, 31 Januari 2018

Isu hangat di Pulau Pinang menjelang PRU14



Isu hangat di Pulau Pinang menjelang PRU14
Barisan Nasional Pulau Pinang mengakui peluang mereka menang tipis, mereka hanya mahukan lebih ramai perwakilan dalam DUN untuk membentuk pembangkang negeri yang kuat. Antara isu yang dijangka jadi tumpuan adalah isu pembangunan, tambakan laut, terowong dan lebuh raya pada PRU14 nanti. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh,
BARISAN Nasional (BN) Pulau Pinang realistik. Mereka mengakui peluang mereka menang tipis.

Semua usaha mereka mensasarkan untuk meningkatkan wakil MCA dan Gerakan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tetapi itu tidak menghalang Ketua BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow daripada merancang serangan agresif ke atas dasar kerajaan negeri pimpinan DAP yang disifatkannya tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Kami sedar hakikat. Kami beritahu rakyat yang suara mereka penting dan perlu didengar Dewan Undangan Negeri, supaya kami boleh menghentikan dasar dan projek yang tidak bermanfaat kepada rakyat.

“Kami mahukan pembangkang yang lebih kuat dalam DUN. Matlamat kami adalah untuk mewakili suara penduduk bandar di Pulau Pinang,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Selepas kalah di negeri itu pada 2008, BN hanya berjaya mengekalkan 11 kerusi DUN daripada 40 kerusi, semuanya milik Umno. Pada pilihan raya 2013 pula, Umno hanya berjaya mengekalkan 10 kerusi sementara MCA, Gerakan dan MIC gagal menang satupun.

Teng tidak menyatakan dengan jelas apakah isu yang akan digunakan BN untuk menyerang kerajaan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya hanya mengatakan BN akan memperjuangkan isu yang penting kepada negeri itu.

“Saya tak boleh cakap sekarang. Ia strategi kami. Kami sedang menyediakan senarai isu yang akan didedahkan tak lama lagi.

“Manifesto itu akan berbeza berbanding sebelum ini. Ia akan ada faktor ‘aiyoh’, bukan faktor ‘wow’. Ia akan buat rakyat tertanya ‘adakah ini kerajaan yang kami undi?’,”

Pada pilihan raya lepas, kempen BN memaparkan beberapa majlis meriah, termasuklah rumah terbuka Tahun Baru Cina menampilkan bintang Korea, Psy yang terkenal dengan lagu “Oppa Gangnam Style”.

Sebuah konsert kebajikan juga diadakan pada April 2013 disertai artis tempatan dan antarabangsa dianjurkan oleh Kelab Kebajikan 1Malaysia.

Ahli perniagaan kontroversi, Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membantu mendapatkan artis antarabangsa mengadakan persembahan di konsert itu.

Janji besar-besaran juga dibuat ketika kempen itu. Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan pembinaan 9,999 rumah mampu milik di kawasan majoriti orang Cina dipegang DAP iaitu Air Putih, Air Itam dan Paya Terubong.

1MDB adalah pemaju utama.

Beliau juga mengatakan jika BN berjaya merampas kembali Pulau Pinang, projek pembinaan terowong dasar laut akan dibatalkan dan status pelabuhan bebas cukai akan diberikan kembali kepada negeri itu.

Tetapi, pembangkang menang lebih besar majoriti pada 2013.

Melihat kembali isu yang pernah ditimbulkan pemimpin BN Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas, dijangkakan yang gabungan itu akan menggunakan beberapa isu pembangunan, terutama isu projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang hangat kini dan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Projek terowong dasar laut adalah isu kontroversi yang dijangka akan dimainkan besar-besaran oleh BN bagi meraih sokongan rakyat Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 31 Januari, 2018.
Projek terowong dasar laut adalah isu kontroversi yang dijangka 
akan dimainkan besar-besaran oleh BN bagi meraih sokongan 
rakyat Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh,
Gali terowong

Cadangan projek terowong dasar laut dan lebuh raya yang dikeluarkan pada 2011 adalah isu besar menjelang pilihan raya 2013, apabila BN mempersoalkan keperluan projek mega itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (kini Consortium Zenith Constructions Sdn Bhd) melalui tender terbuka.

SPRM mula menyiasat projek itu pada 2016 selepas aduan dilakukan beberapa ahli PH yang berpaling tadah; dan kini projek itu sekali lagi disiasat apabila beberapa serbuan dibuat dan individu ditahan dan direman untuk soal siasat.

Persoalan juga timbul mengenai kontrak, kos pelbagai kajian teknikal, serta bayaran pemindahan tanah bernilai RM208 juta kepada Consortium Zenith dan pihak berkepentingan dalam consortium itu yang berubah sejak 2013.

Lim Guan Eng menyifatkan siasatan itu sebagai “public lynching” menjelang pilihan raya dan menuduh BN mensabotaj projek itu.

Tambak laut di selatan Pulau Pinang

Cadangan tambakan laut besar-besaran di selatan pulau itu bertujuan membiayai projek gergasi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) berharga RM27 bilion.

BN, nelatan tempatan dan kumpulan aktivis alam sekitar membantah projek tambakan laut itu kerana bimbang ia akan memusnahkan ekosistem laut dan pusat ternakan ikan yang seterusnya boleh menghancurkan kehidupan nelayan di situ.

Terdapat lebih kurang 1,500 nelayan di kawasan Parlimen Balik Pulau, tempat di mana tambakan laut itu dicadangkan.

BN menang kerusi Parlimen Balik Pulau dengan majoriti tipis 1,549 undi pada 2013. Semua tiga kerusi DUN di Balik Pulau- Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Teluk Bahang- juga dimenangi Umno-BN dengan majoriti antara 400 hingga 800 undi.

Perumahan mampu milik

Kekurangan perumahan mampu milik adalah satu lagi isu lama yang seringkali diulang main di Pulau Pinang, tempat harga hartanah mahal.

Ketua Umno Negeri Zainal Abidin Osman dilaporkan berkata pada Disember yang kerajaan persekutuan membina 34 projek perumahan mampu milik dengan hampir 6,000 unit pada 2008 hingga 2016.

Katanya terdapat 19 projek lagi sedang berlansung dan 39 projek dalam perancangan, menambah yang pada akhir 2018, kerajaan persekutuan akan membina 56,569 unit rumah mampu milik.

Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh memberitahu The Malaysian Insight yang sejak 2008 hingga 2017, 22,000 unit rumah mampu milik di bina oleh kerajaan negeri pimpinan PH kini.
Perumahan mampu milik adalah satu lagi isu hangat yang dijangka menjadi tumpuan semua pihak pada PRU14 nanti. Harga hartanah di Pulau Pinang yang kian meningkat menjadi isu yang diberi perhatian rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 31 Januari, 2018.
Perumahan mampu milik adalah satu lagi isu hangat yang dijangka 
menjadi tumpuan semua pihak pada PRU14 nanti. Harga hartanah 
di Pulau Pinang yang kian meningkat menjadi isu yang diberi perhatian 
rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah. 
Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh,
Jual tanah negeri

Kedua-dua belah pihak asyik bertelagah mengenai pentadbiran siapakah yang menjual lebih banyak tanah.

Pada Disember, BN Pulau Pinang menuduh kerajaan PH menjual 2,178.72 hektar tanah negeri sejak 2008 berbanding 1,074 hektar tanah dijual semasa BN menjadi kerajaan negeri selama 40 tahun.

Sejak beberapa tahun lepas, Lim menuduh BN menjual 36 kali ganda lebih banyak tanah tetapi menerima wang yang lebih sedikit berbanding jumlah diterima kerajaan sekarang.

Menurut kenyataannya pada Januari 2017, kerajaan sebelum ini menjual 1,481.55 hektar tanah dibandingkan hanya 42.93 hektar melalui tender terbuka yang diamalkan kerajaan sekarang.

Bagaimanapun, Lim mendakwa pentadbirannya menerima RM1.1102 bilion daripada jualan itu berbanding hanya RM1.0586 bilion diterima pentadbiran BN.

BN juga dijangka menimbulkan pajakan sebidang tanah berharga RM156 juta di Lebuhraya Peel menerusi Perbadanan Ketua Menteri kepada Island Hospital tahun lepas untuk projek Island Medical City bernilai RM2 bilion.

Gerakan Pulau Pinang sudah mempersoalkan mengapa ia dilakukan tanpa tender terbuka dan menuduh penjualan tanah itu hanyalah “keputusan seorang”.

Lim berkata keputusan memajak tanah itu dilakukan exco kerajaan negeri. Katanya, projek itu akan meletakkan Pulau Pinang sebagai bandar perubatan dan menjana nilai ekonomi RM7 bilion.
Banjir kilat besar yang melanda Pulau Pinang tahun lepas antara isu hangat pilihan raya berkaitan dakwaan ia berlaku kerana pembangunan tidak terkawal di negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Januari, 2018.
Banjir kilat besar yang melanda Pulau Pinang tahun lepas antara isu 
hangat pilihan raya berkaitan dakwaan ia berlaku kerana pembangunan 
tidak terkawal di negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insight,
Banjir, tanah runtuh

Banjir kilat dan tanah runtuh yang kerap berlaku tahun lepas juga berkemungkinan besar akan menjadi topik hangat pada pilihan raya ini.

Hujan lebat yang turun pada September dan November lalu serta tanah runtuh yang membunuh 11 pekerja di tapak pembinaan di Tanjung Bungah Oktober lepas menimbulkan kebimbangan tentang pembangunan tidak terkawal dan membangkitkan kembali gesaan supaya pembangunan lereng bukit dihentikan.

BN Pulau Pinang juga menimbulkan situasi aktiviti penerokaan bukit yang dilakukan secara haram. Wakil rakyat Teluk Bahang Shah Headan Ayoob Hussain Shah mengatakan wujud aktiviti penggondolan bukit tidak terkawal di kawasannya.

BN juga mungkin menggunakan isu lain yang dibangkitkan pergerakan masyarakat sivil dan persatuan penduduk seperti bantahan mereka terhadap projek pembinaan padat di kawasan tinggi terutama sekali di lereng bukit.

Kemelut No. 50 Love Lane

Pada 2013, kerajaan negeri merampas hartanah sebelum perang di Love Lane, yang sebelum itu dimiliki Kongsi Eng Siew Kee dan diuruskan oleh lima ahli lembaga pengarah sejak 1909 kerana isu bayaran sewa.

Dikatakan wujud salah faham antara kerajaan negeri dan Majlis Suku Kaum Cina Pulau Pinang (PCCC) apabila kerajaan negeri dianggap akan memindahkan hak milik hartanah yang dipercayai mempunyai kaitan sejarah dengan masyarakat Cina Ghee Hin kepada PCCC dengan bayaran RM1.

Pengerusi PCCC Anthony Chang berkata pemegang amanah lepas menggesa majlis itu mengambil alih dan memulihkan bangunan bersejarah itu pada 2010 sebelum beliau meninggal.

Tetapi tahun lepas, pihak berkuasa meminta PCCC membuktikan ia mempunyai hubungan langsung dengan hartanah itu dan masalah timbul apabila PCCC tidak dapat memberikan bukti.

Kemelut hartanah itu dikatakan semakin rumit dan menjejaskan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di George Town. PCCC yang merupakan penganjur majlis membatalkan acara itu, mengatakan ia tidak mendapat kerjasama dan sokongan kerajaan negeri tetapi mengubah keputusan itu minggu lepas.

Pertikaian mengenai hartanah dan majlis itu dilaporkan secara meluas oleh akhbar berbahasa Cina mungkin membantu BN meraih undi orang Cina terutama sekali di George Town.
Pulau Pinang dikenali dengan pelbagai bangunan dibina sebelum perang yang kini banyak diubah menjadi tempat tumpuan pelancong. Ada pihak merasakan ia menghilangkan jiwa dan identiti kota Tapak Warisan Budaya Dunia Unesco itu kerana banyak bangunan dijual kepada pihak asing. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 30 Januari, 2018.
Pulau Pinang dikenali dengan pelbagai bangunan dibina sebelum perang yang kini 
banyak diubah menjadi tempat tumpuan pelancong. Ada pihak merasakan ia 
menghilangkan jiwa dan identiti kota Tapak Warisan Budaya Dunia Unesco itu 
kerana banyak bangunan dijual kepada pihak asing. – 
Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh
‘Pengkhianatan’ George Town

Gentrifikasi George Town yang merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco adalah isu yang ditimbulkan aktivis juga mungkin menjadi isu hangat.

Bandar itu kehilangan ramai penyewa, perniagaan dan penduduk yang sudah lama menetap di situ sejak kebelakangan ini selepas rumah kedai zaman sebelum perang dijual kepada pelabur dan syarikat hartanag, atau diambil kembali oleh pemiliknya untuk diubah suai menjadi perniagaan menarik pelancong seperti hotel, restoran, kafe, galeri dan muzium.

“Warisan bukan masalah, masalahnya adalah pengkhianatan George Town,” kata Teng yang merupakan exco pelancongan negeri BN sebelum ini.

Beliau terlibat dalam usaha menyenaraikan George Town dalam senarai Unesco. Bandar itu dimasukkan ke dalam senarai pada Julai 2008, empat bulan selepas perubahan kerajaan.

“George Town kini dijarah orang Singapura,” katanya merujuk kepada syarikat hartanah Singapura yang membeli deretan rumah kedai zaman sebelum perang di bandar itu.

“Di mana karakter George Town? Setiap bangunan ada kisah, tetapi sekarang tiada lagi ceritanya.” 

Ugutan Saman : Selapas Laporan SPRM, Geng Kartel Azmin Sudah Panik – CheguBard

 
 


1. Tidak sampai 1 jam dinaikkan di Facebook butiran pendedahan mengenai jenayah Sindiket Pasir kaitan Kartel Azmin Ali juga tidak sampai 24 jam dinaikkan butiran pendedahan mengenai akaun bank, milikan saham, milikan hartanah dan harta Azmin Ali dan isteri, akaun Facebook saya telah dibekukan dan posting tersebut dipadam oleh pemilik atau pengendali facebook. Tindakan ini menunjukkan betapa panik mereka kartel Azmin ini. Ini belum berkuasa sudah ingin menyekat media, bayangkan jika mereka ini menguasai kerajaan sepenuhnya pasti saya yang mendedahkan korupsi ini akan dipenjara tanpa bicara (ISA).

2. Bukan satu rahsia dibawah kartel Azmin wujud cybertrooper berbayar dan setiap orang mengendalikan berpuluh akaun fB palsu. Mereka inilah menggunakan ratusan akaun membuat aduan serentak kepada pengurusan Facebook sehingga akaun saya dibekukan dan pendedahan tersebut dipadamkan.

3. Malah lebih teruk lagi paniknya kartel Azmin Ali telah menggerakkan serangan peribadi ke atas saya bagi mengalihkan isu pendedahan. Contohnya semalam saya menerima pesanan whats app dari salah seorang Ketua Cabang PKR. Dia memaklumkan bahawa dalam Group Whats App yang diwujudkan bagi menghubungkan Ketua Ketua Cabang PKR yang dia juga ada salah seorang penjilat kuat Azmin iaitu Fauzi Ketua Cabang PKR Sungai Besar melalui nombor 017 – 3030346 telah menyebarkan gambar saya yang sedia diedit kononya duduk rapat bersandar dengan seorang wanita.

Saya jelaskan gambar tersebut pernah digunakan oleh cybertrooper berbayar Umno Bn yang setelah terputus elaun di sebelah Bn telah masuk PKR kini dan dibayar sebagai cybertrooper PKR pula. Gambar sama digunakan ketika dia dalam Bn dan kini dia gunakan semula ketika dia dalam PKR malah diedit dengan lebih jijik dan dimasukkan unsur fitnah.

Saya jelaskan gambar tersebut diambil secara curi ketika di Hard Rock Cafe di Pulau Pinang yang mana ketika itu saya hadir menonton konsert seorang artis negara jiran. Bersama saya beberapa teman termasuk seorang teman wartawan hiburan media perdana tanah air. Gambar saya sengaja diedit sebegitu rupa dengan merapatkan kedudukan. Ini sangat jahat dan ramai yang biasa hadir ke cafe tersebut pasti mengetahui ia merupakan sebuah cafe yang terbuka.

Namun nampaknya PKR sudah menjadi sama menggunakan serangan peribadi dan fitnah bagi mengalihkan isu. Presiden PKR sendiri harus menjawab dan bertanggungjawab dengan politik jijik seperti ini. Konon siap anjur himpunan bagi menolak politik kotor seperti ini tetapi Ketua Wanita kamu terlibat menanggung penfitnah siber malah Ketua Cabang PKR sendiri bermain politik jahat.

4. Juga bagi mengalihkan isu yang didedahkan dan laporan yang dilakukan termasuk mengaitkan namanya, Xavier Jeyakumar, Adun PKR Seri Andalas dalam keadaan panik telah dilaporkan beberapa media membuat penafian dengan ugutan saman. Ini bukan kali pertama Xavier panik dengan menyatakan perkara yang sama. Pernah ketika saya dedahkan mengenai wujud akuan bersumpah oleh beberapa Adun Selangor termasuk dirinya yang mengkhianati Pakatan Harapan dan Presiden PKR dalam proses menamakan Wan Azizah sebagai calon MB tunggal, dimana ketika itu Xavier juga menyatakan ugutan saman bagi menutup isu tetapi hakikatnya sehingga kini tidak ada saman pun. Kini saya dengan serius mencabar dalam kes pendedahan sindiket pasir ini saya mencabar Adun PKR ini saman saya atau terbukti anda penakut dan sangat hipokrit dalam bercakap soal integriti dan korupsi.

5.Kamu gunakan polis membuat laporan ke atas saya tidak mengapa saya sudah biasa dan saya hadir ke IPD Shah Alam merakam percakapan malah saya sedia lebih buruk dari itu. Kamu gunakan semua cybertrooper berbayar untuk menfitnah saya serta keluarga saya sudah biasa malah kali ini saya sedia untuk fitnah dan serangan peribadi yang lebih hina lagi. Pemimpin PKR utama termasuk Presiden bisu itu seperti saya sudah jangka namun saya tidak akan berhenti. Saya telah katakan fail – fail korupsi yang saya ada saya telah serahkan kepada beberapa pimpinan utama pemimpin PH namun semuanya bisu. Itulah kelucuan bagi saya konon kamu ingin mengawal Mahathir setelah menjadi PM , dalam hal ini Azmin hanya MB sahaja pun sudah membisukan kamu , bagaimana pula nanti bila Mahathir menjadi PM ?

Tidak saya nafikan memang ada ramai juga pimpinan pusat, pimpinan cabang PKR dan parti komponen PH menghubungi menyatakan sokongan itu saya ucapkan terima kasih. Saya juga rakamkan terima kasih kepada mereka disekeliling saya khususnya keluarga besar SAMM yang sangat membantu memberikan inspirasi berjuang. Saya tidak ada duit sekaya kartel Azmin untuk membayar tukang fitnah yang ramai tetapi saya ada ramai yang ikhlas berjuang demi melihat negara yang telus dan berintegriti.

“PERJUANGAN ADALAH PELAKSANAAN KATA – KATA”

*che’GuBard, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

** bekas MPP PKR, bekas Ketua Cabang PKR Rembau dipecat kerana mendedahkan korupsi kaitan kartel Azmin Ali



- Kenyataan penuh butiran laporan SPRM pendedahan sindiket pasir di Selangor kaitan Kartel Azmin Ali

-Kenyataan ketika hadir ke IPD Shah Alam kerana laporan polis oleh PH ke atas saya kerana mendedahkan harta milikan Azmin dan isteri.

Agenda Peribadi Azmin Kacau Pakatan Harapan Selangor





Muamar Qaddafi – Berbaki kurang 80 hari sebelum parlimen dibubarkan penyokong Pakatan Harapan (PH)1 dikhabarkan dengan berita kurang menyenangkan dari Selangor, memetik laporan dari The Malaysian Insight, rundingan kerusi Dun di Selangor masih belum berjalan walau hanya berbaki kurang seminggu tempoh untuk memuktamadkan pembahagian.

Apa yang lebih menarik, diberitakan yang menjadi punca kegagalan rundingan ini untuk berlangsung walaupun wakil parti AMANAH telah menulis surat kepada Pengerusi PH Selangor, merangkap Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk segera menubuhkan jawatankuasa rundingan adalah kerana pihak Azmin masih cuba untuk menarik kerjasama dengan Pas.

Alasannya, kerana kurang keyakinan bahawa PH mampu memenangi pilihan raya termasuk di Selangor tanpa Pas.

Saya secara peribadi merasakan alasan tersebut adalah alasan yang dibuat-buat, untuk menghalalkan usaha perundingan bersama Pas yang secara rasminya telah pun tertutup sejak pertengahan tahun lalu apabila Bersatu sah menyertai PH.

Alasan sebenar PKR Selangor “berkeinginkan” Pas adalah kerana bimbang tiada sokongan majoriti dari parti-parti lain untuk menyokong Azmin Ali kembali sebagai menteri besar Selangor sekiranya PH berjaya mengekalkan Selangor pada PRU14 akan datang.

Andaian tersebut sebenarnya lebih mendekati kebenaran, hujahnya; apabila turut dilaporkan bahawa PKR baru-baru ini telah menuntut untuk bertanding di 30 kerusi Dun Selangor daripada 56 kerusi Dun, sekiranya mereka percaya PH akan tewas tanpa Pas, apa rasional menuntut pertambahan jumlah kerusi? Tidak lain untuk mendapatkan sokongan majoriti Adun bagi kembali mengangkat Azmin Ali sebagai menteri besar.

Di sini kita dapat simpulkan bahawa kemungkinan wujud agenda peribadi sesetengah kumpulan yang telah memberi kesan yang jelas kepada kelancaran pergerakan PH, yang mana jika tidak dibendung dengan serius, ia akan membawa kepada lebih banyak masalah sehinggalah pada hari pilihan raya.

Saya tidak yakin, sekiranya Majlis Presiden yang merundingkan kerusi di Selangor akan diterima semua pihak lebih-lebih lagi PKR yang lebih dahulu menuntut 30 kerusi untuk mereka. Bahkan saya mempunyai keyakinan pertembungan tiga penjuru boleh berlaku kerana ia pernah berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini yang mana nama pemimpin PKR dari Selangor itu turut dikaitkan sebagai dalangnya.

Rakan parti lain tidak boleh dianggap sebagai bawahannya yang terpaksa mengikut telunjuk Azmin semata sebaliknya harus dihormati sebagai pihak yang setara, Azmin tidak boleh berperangai seperti seorang “Bos” kerana dia bukanlah “Bos”, dia hanyalah Menteri Besar yang diangkat secara terpaksa apabila calon Menteri Besar yang utama dipenjarakan dan calon kedua turut menghadapi kesulitan.

Banyak masalah yang telah ditimbulkan termasuklah melambatkan proses rundingan kerusi, dengan baki kurang 3 bulan parlimen bakal dibubarkan, sudah terlambat untuk perbaiki segala kerosakan yang dilakukan terhadap PH.

Azmin Ali sebagai Pengerusi PH Selangor wajar mengambil tanggungjawab sekiranya pembahagian kerusi Dun terpaksa diserah kepada Pusat kerana ia sekali gus Azmin gagal sebagai Pengerusi PH Selangor, tindakan ini bukan sahaja merencatkan perjalanan PH sebaliknya dilihat merendah rendahkan rakan kompenen lain. Letak jawatan dan serahkan kepada yang mampu menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik.

Hasil Kelantan diambil?

DETIK DAILY

 
Oleh HJ IDRIS HJ AHMAD
 
APABILA Dato' Sri Najib Razak sebut bahawa tanpa bantuan pusat Kelantan tidak mampu bayar gaji kepada kakitangan kerajaan, terserlah inilah perangai Umno. Sifat dendam tidak pernah kehabisan. Tepatlah yang PAS lawan Umno, kerana dasar bukan orang. Siapa pun yang pimpin Umno, maka inilah pembawaan Umno. Datang daripada acuan yang sama. Sebab itu pelik apabila seorang Adun di Kelantan dihalau daripada dewan, masih ada yang hendak bersolidariti dengan Adun tersebut.

Najib bercakap lahir daripada hati perutnya sendiri. Sehingga lupa Kelantan sebuah negeri yang masih berada di dalam Malaysia. Kelantan bukan wilayah Brunei. Walaupun orang PAS di Kelantan diketepikan royalti, beliau tetap Perdana Menteri orang PAS. Orang PAS tidak kata Tuan Guru Haji Abd Hadi Perdana Menteri Malaysia.

Tetapi ucapan Dato' Sri Najib tidak ubah seperti Perdana Menteri yang lampau seolah-olah Kelantan ini bukan sebahagian daripada Malaysia. Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin BN-Umno bukan melemahkan rakyat Kelantan, malahan  bertambah semangat untuk menghalang Umno dan orang yang sanggup bersolidariti dengan Umno untuk menawan Kelantan.

Najib lupa bahawa banyak hasil yang dipungut daripada Kelantan yang dibawa balik ke Putra Jaya.

Kerana ini adalah konsep federalisme. Ke mana hasil yang diambil daripada Kelantan seperti cukai Kastam, GST, passport antarabangsa, lesen kereta, cukai jalan, saman JPJ, saman polis, AES, bayaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia, cukai airport , cukai pendapatan. Semua diangkut ke Putrajaya. Sewaktu hendak pungut tidak fikir, waktu hendak bagi balik masih berkira. Inilah otak pemimpin Umno.

*HJ IDRIS HJ AHMAD,Naib Presiden PAS
 
 

BN sedang berusaha patahkan semangat pengundi muda


Roketkini.com

Wujud usaha daripada pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mematahkan semangat pengundi muda daripada turun menyokong perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Demikian ulasan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir kepada media tentang gerakan pihak-pihak tertentu untuk menggalakkan orang ramai merosakkan kertas undi dalam PRU14 nanti.

“Ini sebenarnya adalah usaha untuk menghalang anak muda daripada keluar mengundi.

“Biasanya anak muda tidak akan mengundi BN. Mereka akan mengundi parti baru. Maka sekarang ada usaha dilakukan (untuk menggambarkan bahawa) tidak ada perbezaan antara ‘Pepsi’ dan ‘Coca Cola’.

“Kalau sampai ke tahap itu (perbandingannya), nampak sangat yang anda tidak boleh berfikir,” ujar mantan perdana menteri itu dalam sidang media Majlis Presiden HARAPAN hari ini.

Pihak-pihak tertentu didapati sedang galak berkempen supaya orang ramai merosakkan undi mereka pada PRU14 dengan alasan bahawa tidak ada perbezaan antara BN dan HARAPAN, bahkan sama sahaja ‘seperti Pepsi dan Coca Cola’.

“Ada banyak perbezaan antara calon yang akan diketengahkan,” ujar beliau sambil menambah bahawa pada zamannya tidak ada skandal sebesar 1MDB.

Menurut beliau, apabila HARAPAN membentuk kerajaan kelak, rakyat akan dapat menilai bahawa manifesto dan cadangan gabungan tersebut demi kemaslahatan negara dan rakyat adalah jauh berbeza dengan apa yang dijanji dan dilakukan oleh BN.

PRU14 dijangka berlangsung dalam tempoh kurang 100 hari sahaja lagi, sebelum bermulanya bulan Ramadan. – Roketkini.com


Keputusan kes Ridhuan perlu selesai ikut Islam

UST DR (H) MOHD ALI JAMIL

DEWAN Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) merasa terpanggil berkongsi rasa prihatin dan bimbang dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang membatalkan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.
 
Dalam hal ini, DUPWP tidak berhasrat mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang telah menetapkan keputusan tersebut. Cuma, sebagaimana banyaknya pandangan yang dikemukakan pada hari ini, timbul kebimbangan bahawa kes ini akan menjadi rujukan di masa akan datang. Ia bakal menjadi polemik yang mengeruhkan keharmonian agama dan perpaduan kaum di negara ini.
 
Dalam konteks negara ini, Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah menyatakan secara jelas bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Bahkan Mahkamah Syariah pindaan pada Perlembagaan Persekutuan 1988 dengan memasukkan perenggan 1A Perkara 121 di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menghadkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Bagaimana umat Islam yang mengikuti perkembangan kes ini boleh berdiam diri dari memberi pandangan bahawa kedudukan perenggan 1A Perkara 121 seperti tidak terpakai dalam kes yang berlaku semalam.
 
Semangat yang terkandung dalam Perenggan 1A Perkara 121 adalah tidak lain bagi memelihara umat Islam di negara ini serta mengangkat kedudukan agama Islam di negara ini. Dalam maksud yang lain, kedudukan Mahkamah Sivil tidak dipertikaikan, tetapi dalam masa yang sama kedudukan Mahkamah Syariah perlu dijulang dan dihormati sebaiknya. 
 
Bagaimana nantinya kes ini berpanjangan dengan banyak lagi tuntutan dari pelbagai pihak yang akhirnya jika kes ini dirujuk, ia akan menyebabkan kerugian dan kekalahan kepada umat Islam. Ia menjadi ketakutan kepada ibu bapa yang mahu memeluk Islam, kerana bimbang kehilangan hak terhadap anak-anak, serta tidak mempunyai kuasa untuk membawa anak-anak bersama memeluk Islam. Dalam konteks dakwah, keputusan ini membantutkan hasrat murni mereka yang mahu memeluk Islam kerana bimbang halangan dan kehilangan terhadap keluarga, isteri dan anak-anak.
 
Justeru, DUPWP mengharapkan campurtangan kerajaan dengan memastikan polemik ini tidak berpanjangan dengan penyelesaian terbaik untuk umat Islam. Kita tidak mahu Islam dipandang hina, diperlekeh dan direndahkan sehingga ianya tidak ada nilai dalam sebuah negara yang mengaku sebagai sebuah negara Islam. 
 
 
UST DR (H) MOHD ALI JAMIL
Ketua Dewan Ulamak
PAS Wilayah Persekutuan - HARAKAHDAILY

Kronologi gerhana bulan penuh

FALAK ONLINE

7:48 malam :Perhatikan kemunculan bayang-bayang gelap umbra yang muncul di sisi bawah Bulan. Mulakan cerapan 5 minit sebelum waktu rasmi. Bilakah kali pertama mata anda dapat melihatnya? Ketika ia tamat sekitar 11:11 malam, bilakah kali terakhir ia dapat dilihat?
 
7:48 - 8:51 malam : Perhatikan pergerakan bayang-bayang umbra merentasi permukaan Bulan sedikit demi sedikit. Sama juga ketika dalam fasa keluar bayang-bayang umbra, dari jam 10:07 - 11:11 malam.
 
Bermula sekitar 8:20 hingga 8:51 malam. Perhatikan warna kemerahan yang muncul pada bahagian gelap umbra. Bilakah ia boleh dilihat dengan mata kasar? Menerusi kamera, seawal bilakah ia sudah boleh dirakam? Ketika fasa bayang-bayang umbra keluar, bilakah kali terakhir anda dapat lihat warna ini? 
 
Tips  astrofoto .Panjangkan  waktu  dedahan  dan  biarkan  bahagian  cerah  Bulan  ‘overexpose’
 
Fasa gerhana penuh 8:51  hingga  10:07  malam.  Cuba perhatikan warna turquoise (biru kehijauan) pada sisi Bulan yang lebih cerah. Adakah ia mudah dilihat dengan mata? Atau perlukan teleskop? Kamera? 
 
Tips astrofoto: Pastikan  tiada  bahagian  Bulan  yang  ‘overexpose’  ketika  merakam  warna  ini.
 
Fasa gerhana penuh 8:51 hingga 10:07 malam. Perhatikan warna kemerahan Bulan. Adakah ia merah pekat atau merah terang? Adakah masih dapat lihat ciri-ciri di permukaan Bulan pada ketika ini?
 
Fasa gerhana penuh 8:51 hingga 10:07 malam. Perhatikan kawasan langit sekitar Bulan. Bandingkan jumlah bintang yang dapat dilihat sebelum gerhana, ketika gerhana dan selepas ia tamat. Adakah bilangan bintang semakin banyak kelihatan? Jika ya, kenapa? Bincangkan!
 
Tips astrofoto: Cuba rakamkan bintang-bintang berhampiran bulan ketika ia dalam fasa gerhana penuh dengan panjangkan waktu dedahan.
 
Sumber: Falak Online

Isu wang masjid: Pengurusan masjid perlu peka

USTAZ MOHAMAD ZAWAWI ABU HASSAN

BERDASARKAN kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak ( Jaipk ) Dato’ Mohd Yusop Husin berkaitan kajian UPSI yang mendapati berlaku pembekuan wang masjid sekitar RM 8 juta adalah satu bukti berlakunya krisis dalam pengurusan masjid (jawatakuasa kariah) di negeri Perak.
 
PAS Perak telah menyuarakan perkara ini beberapa kali ketika Sidang Dun Perak berlangsung serta mencadangkan beberapa saranan seperti:
 
Pengurusan masjid (Ahli Jawatankuasa Kariah) mesti berperanan bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat agar insentif yang diberikan menjadi satu pulangan baik untuk pihak kerajaan.
 
Sistem/manual pengurusan masjid (SOP Jawantakuasa Kariah) perlu diselaraskan merangkumi aspek pengurusan pentadbiran, kewangan, kebajikan ahli kariah dan prorgam dakwah berkala.
 
Pengurusan masjid (Jawatankuasa Kariah) dan pegawai masjid mesti mengambil perhatian berkaitan hal ehwal ahli kariah seperti ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik dengan menyampaikan bantuan atau menyediakan khidmat kebajikan berdasarkan keperluan.
 
Setiap perjalanan aktiviti masjid perlu mensasarkan kepada semua golongan agar peranan masjid tidak hanya tertumpu dengan satu aktiviti sehingga tidak dimanfaatkan peruntukan serta sumbangan orang ramai.
 
Majlis-majlis ilmu yang diadakan secara mingguan dan bulanan perlu diperkasakan dengan silibus tetap menerapkan pelbagai cabang ilmu demi memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat.
 
Usaha Jaipk untuk mewujudkan satu garis panduan pengurusan wang masjid yang merupakan lanjutan Sistem Pengurusan E-Akaun Masjid ( SPeak ) diharapkan menjadi solusi agar krisis ini dapat diatasi dengan baik.
 
*USTAZ MOHAMMAD ZAWAWI ABU HASSAN,Adun Gunong Semanggol

Dua beradik hilang selamat ditemui berpelukan, berpaut di pokok bakau

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
DUNGUN: Dua beradik ditemui dalam keadaan berpelukan selepas dilaporkan hilang ketika bermain air di alur Sungai Paka, Dungun, di sini malam tadi.
 
Mohd Zaidanie Amsyar Zaidi, 6 tahun dan adiknya Mohammad Zaidanie Ammar Zaidi, 4 tahun dijumpai selamat dengan berpaut pada sebatang pokok bakau kira-kira jam 9.45 malam selasa.
 
Mangsa dikatakan keluar bermain di sekitar kawasan tersebut pada jam 3 petang dan kehilangan mereka disedari oleh neneknya, Rogayah Ibrahim, 60 tahun sejam selepas itu.
 
Menurut ibu saudara mangsa, Roslinda Zakaria panik dengan kehilangan tersebut gerakan mencari dilakukan sebelum kedua mereka dikesan 6 jam selepas itu.
 
Katanya ketika mencari dia mengesan suara kanak-kanak menangis sebelum mengarahkan adiknya untuk masuk ke dalam hutan paya berhampiran.
 
“Mula-mula saya masuk dengan adik dua orang kawasan paya itu memang sunyi. Kemudian saya terdengar bunyi suara menangis dan paras air pada waktu itu diparas leher.
 
Sementara itu, Pegawai Zon II Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Zailani Abdullah berkata seramai 14 kekuatan dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 8.08 minit malam.
 
Menurutnya operasi pencarian melibatkan kawasan seluas satu kilometer persegi dari lokasi yang dilaporkan hilang.
 
Kita menemui mangsa pada jam 9.47 minit malam pada jarak lapan ratus meter daripada selipar yang dijumpai dan juga mereka dijumpai dalam keadaan berpelukan di atas pokok.
 
“Kita juga percaya mangsa telah cuba untuk naik ke atas pokok selepas air pasang bagi menyelamatkan diri,” katanya yang memberitahu operasi dihentikan pada jam 10.30 malam.
 
 

Selasa, 30 Januari 2018

Pakatan bukan BN, saya bukan Najib, kata Dr Mahathir

Pakatan bukan BN, saya bukan Najib, kata Dr Mahathir
Saya tak fikir masa zaman saya, saya tubuhkan 1MDB atau curi duit, jadi, tiada persamaan antara saya dan (Perdana Menteri) Najib Razak, kata Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari
 
PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad berkata tiada persamaan antara PH dan Barisan Nasional (BN), malah kempen #UndiRosak adalah cubaan untuk menyekat orang muda dari mengundi.

Kempen itu adalah usaha untuk menyekat orang muda dari mengundi. Biasanya, orang muda tak akan undi BN dan akan undi parti baru. Kempen itu kata tiada beza antara Pepsi dan Coca-cola.

"Dan kalau sampai ke tahap itu (pemahaman), ia menunjukkan yang kamu sama sekali tak faham, kerana ada banyak perbezaan.

"Dan saya tak fikir masa zaman saya, saya tubuhkan 1MDB atau curi duit. Jadi, tiada persamaan antara saya dan (Perdana Menteri) Najib Razak. Antara PH dan BN, pun tiada persamaan," kata Dr Mahathir pada sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Dr Mahathir berkata, PH mempunyai reskod prestasi yang baik dan sentiasa khuatir dengan keadaan Malaysia.

Beliau ditanya tentang kempen #UndiRosak yang dimulakan oleh beberapa aktivis.

Mereka yang berada di sebalik kempen itu menyeru pengundi yang tidak berpuas hati supaya tidak mengundi atau merosakkan undi sebagai tanda bantahan terhadap kualiti rendah calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain #UndiRosak, #ProtesPRU dan #GEprotest juga kini trending di media sosial.

Ahad lalu, Perdana Menteri Najib Razak menyelar kempen tersebut kerana ia bercanggah dengan sistem demokrasi di negara ini. Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini berkata ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Dr Mahathir yang jadi perdana menteri selama 22 tahun berkata PH belum lagi membentuk kerajaan, dan manifesto yang akan dibentang kelak adalah berbeza dengan manifesto BN.

Jelas Dr Mahathir, kebanyakan orang muda tidak pernah merasai zaman pemerintahannya.

"Orang muda tak pernah hidup di bawah pemerintahan saya selain Najib. Bagi mereka, Najib ialah satu standard, dan Najib kata semua kerajaan Malaysia macam itu.

"Kalau semua kerajaan Malaysia macam itu, jadi pemberontakan ini mungkin dah berlaku sebelum ini.

Dr Mahathir mengakui terdapat rasa tidak puas hati dengan kerajaan sebelum ini, tetapi ia tidak sampai ke tahap yang berlaku sekarang.

"Jadi, golongan muda ini, yang hanya mengenali rejim Najib, tidak dapat membezakan hari ini dengan masa lampau. Tetapi orang-orang yang lebih tua, tahu. Ia akan mengambil masa untuk menjelaskan kepada orang muda yang ini bukan mengenai Pepsi dan coca-Cola.

"Ini perkara yang sangat serius dan melibatkan masa depan mereka. Maka, kami akan cuba terangkan kepada mereka," kata bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu.

Walau digelar buruk, kementerian tak akan tukar logo VMY 2020

Walau digelar buruk, kementerian tak akan tukar logo VMY 2020
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz mempertahankan penggunaan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 walaupun rekaannya dicemuh.– Gambar Fail The Malaysian Insight,
 
MENTERI Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz berkata kementerian itu akan tetap menggunakan logo Visit Malaysia Year 2020 (VMY2020) walau dicemuh sebagai rekaan yang buruk dan amatur di media sosial.

Katanya logo berkenaan direka untuk menarik kunjungan pelancong asing ke Malaysia – yang disasarkan seramai 36 juta orang untuk tempoh VMY 2020.

“Saya tiada niat untuk tukar. Kami tidak akan reka semula. Ia ditujukan kepada pelancong asing, bukan pelancong tempatan. Semasa saya lancarkan di Chiang Mai, mereka menyukai dan memujinya.

“Kita tidak bayar sesen pun. Orang yang merekanya adalah kakitangan kami sendiri. Saya percaya pada kakitangan saya yang sudah berpengalaman lebih 30 tahun dalam (perkara ini),” katanya kepada The Malaysian Insight.

Nazri berkata, kritikan yang timbul ke atas rekaan tersebut adalah perkara biasa dan logo tersebut akan dikekalkan.

“Tak apa jika orang mahu cakap perkara negatif,” katanya yang menambah, kakitangan tersebut juga bertanggungjawab mereka empat logo VMY sebelum ini.

Logo tersebut dilancarkannya pada Jumaat lalu di Forum Pelancongan Asean 2018 di Chiang Mai, Thailand.

Ia memaparkan ilustrasi orang utan berkaca mata hitam memeluk monyet belanda, bayangan Menara Berkembar Petronas dan penyu di pantai yang juga memakai cermin mata hitam.

Logo itu memaparkan slogan "Travel. Enjoy. Respect" yang menurut Nazri selaras dengan aspirasi Organisasi Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO).

Ia menjadi sasaran kecaman pengguna media sosial yang turut mencaci dan mengutuk pereka karya tersebut.
Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menerima pelbagai cemuhan dan kritikan kerana dianggap sebagai rekaan yang buruk.– Gambar Facebook, 28 Januari, 2018.
Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menerima pelbaga
cemuhan
dan kritikan kerana dianggap sebagai rekaan yang buruk.– 
Gambar Facebook,.
Rosli Hassan, seorang pereka kanan di kementerian tersebut menjelaskan karya tersebut dihasilkan berdasarkan perbincangan dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Aziz.

Malah, idea tersebut juga telah dipersetujui oleh jabatan dan juga kementerian berkenaan, tempat beliau bertugas, katanya.

"Sebagai kakitangan kerajaan saya hanya melaksanakan tugasan yang diberi," kata Rosli kepada The Malaysian Insight.

Beliau menganggap dirinya sebagai salah seorang pereka bentuk logo utama negara dan bercadang untuk mendakwa pihak yang didakwanya cuba merosakkan nama baiknya.

"Saya rasa tidak wajar saya dipersalahkan dalam isu ini," kata Rosli mengulas tindak balas pengguna laman sosial terhadap logo itu.

Rosli berkata, beliau tidak mendapat apa-apa bayaran dari logo kerana ia dibuat untuk menunaikan tugasnya di jabatan beliau.

Antara hasil tangan utama Rosli sebelum ini adalah mencipta logo dan lambang kapal selam Scorpene Tentera Laut Diraja Malaysia pada 2008, dan juga logo Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.

Tiga sekawan didakwa edar 5.9kg heroin

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
IPOH: Tiga sekawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 5.8 kilogram di sebuah rumah kedai, 17 Januari lalu.
 
Ketiga-tiga tertuduh, S. Devasivasharman, 22, P.P.Muniswaran, 44, dan G. Kalaiyarasan,47, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi.
 
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.
 
Mengikut pertuduhan pertama, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama-sama telah mengedar dadah jenis heroin seberat 2.67 kilogram.
 
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan mereka pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 17 Januari lalu di sebuah rumah kedai di Jalan Jelapang dekat sini.
 
Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa secara bersama-sama mengedar dadah jenis heroin seberat 3.19 kilogram pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
 
Pertuduhan terhadap mereka semua dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Sesyen 39B(2) akta yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
 
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
 
 

Kes Indira beri kesan kuasa Mahkamah Syariah - Peguam

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Keputusan mahkamah berhubung kes penukaran agama anak pasangan guru tadika, M Indira Gandhi dan bekas suaminya, Mohd Ridhuan Abdullah bakal mendatangkan impak besar kepada bidang kuasa mahkamah syariah di negeri-negeri dan peruntukan di bawah enakmen pentadbiran agama di negeri-negeri di Semenanjung.
 
Peguam, Datuk Salehuddin Saidin dalam pada itu berkata, penghakiman itu juga bermakna apa sahaja kes selepas ini yang seumpamanya, akan dibicarakan di bawah undang-undang sivil, tanpa mengira latar belakang agama.
 
Ujarnya, ini menggambarkan bahawa kesannya nanti segala keputusan yang dibuat mahkamah syariah nanti, bakal membuka jalan kepada mana-mana pihak yang tak puas hati untuk membuat semakan di mahkamah sivil.
 
Tambah Salehuddin, dengan keputusan yang menyatakan kedua-dua ibu bapa perlu beri persetujuan berkaitan penukaran agama anak, ia secara langsung telah tidak konsisten dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan sebelum ini dalam kes pasangan R Subashini lawan T Saravanan pada tahun 2007.
 
"Jadi, apa yang boleh pihak responden lakukan sekarang adalah memfailkan satu permohonan kebenaran untuk Mahkamah Persekutuan menyemak keputusan yang telah dibuat, dan memohon supaya satu kourum yang lebih besar ditetapkan bagi membuat satu keputusan yang nyata tentang kedudukan persoalan undang-undang yang menjadi pertikaian,” katanya kepada Antarapos.
 
Bagaimanapun menurutnya, keputusan semalam perlu dihormati kerana ia telah melalui proses undang-undang yang betul.
 
“Cuma disebabkan ada dua mahkamah tertinggi telah buat keputusan yang agak berbeza, maka adalah bersesuaian untuk pihak responden atau pihak yang berkepentingan terutama majlis agama negeri untuk memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneliti semula dua keputusan yang telah dibuat 
 
"Tapi kalau sekiranya permohonan tak dibenarkan, maka kena tunggu satu lagi kes yang sama untuk dibawa hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan yang kemudiannya nanti akan meneliti dua keputusan yang berbeza dari segi prinsipnya,” jelasnya lagi.
 
Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan penukaran agama tiga anak Indira kepada agama Islam adalah tidak sah dan terbatal.
 
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan sebulat suara selepas membenarkan rayuan akhir dibuat Indira berhubung kesahihan penukaran agama tiga anaknya iaitu Tevin Darsiny,21, Karan Dinish,20 dan Prasana Diksa 9, kepada Islam.
 
Menerusi 99 mukasurat penghakiman yang dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.
 
 

SPRM lantik empat tokoh jadi Penasihat Kehormat Ketua Pesuruhjaya SPRM

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
 PUTRAJAYA: Empat tokoh masyarakat dalam kalangan golongan profesional diangkat sebagai Penasihat Kehormat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Perkara itu diumumkan SPRM dalam satu kenyataan mediannya hari ini.
 
Tokoh-tokoh yang dilantik ialah Canselor Universiti MAHSA, Tun Zaki Tun Mohamed Azmi;  Pengerusi Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Pengarah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Dr. Ramon V. Navaratnam dan Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.
 
Menurut kenyataan itu lagi, pelantikan tersebut bagi tempoh dua tahun iaitu berkuat kuasa mulai 1 Februari ini sehingga 31 Januari 2020.
 
Jelas kenyataan itu, Penasihat Kehormat akan berperanan memberi pandangan dan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung tindakan operasi, pencegahan, pendidikan dan lain-lain perkara berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti SPRM atas permintaan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
 
 

22 tahun memerintah, sekarang kata tak adil? Najib bidas Dr Mahathir

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Eropah (UE) kononnya bagi memantau pilihan raya di negara ini.
 
Najib berkata, sistem yang diamalkan badan pengendali pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sistem yang telus, justeru ia tidak memungkinkan penipuan boleh dilakukan.
 
Malah Najib berkata, sistem yang sama juga telah digunapakai ketika era Dr Nahathir, sehingga pemimpin berkenaan diangkat menerajui negara selama 22 tahun. 
 
"Kita tak anggap luar biasa..tapi sesuatu yang aneh sebab sistem yang diamalkan SPR hari ini adalah sistem yang sama yang telah mengangkat Dr Mahathir selama 22 tahun.
 
"Malah sistem kita hari ini telah pun diperkukuh menjadi lebih telus dari dulu.. kita ada 'polling agent, counting agent', sistem dakwat. Jadi peluang untuk menipu boleh dikatakan tak ada langsung. 
 
Bagaimana mereka kata pilihan raya ini kononnya tak adil?," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini petang tadi.
 
Najib berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai pertemuan antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) diketuai Dr Mahathir bersama 16 duta negara (EU) baru-baru ini di ibu negara.
 
Pertemuan itu kononnya didakwa bagi meminta EU memantau pilihan raya di negara ini.
 
"Soalnya kenapa selama 22 tahun dia tak mengadu sistem pada masa itu, dan sistem itulah sistem yang sama kita amalkan malah lebih baik dari dulu," tegas Najib lagi. 


Pesuruhjaya PAS Selangor Sahkan Peruntukan DUN Dibeku Sejak September





Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Sallehen Mukhyi mengesahkan peruntukan DUN yang diwakilinya telah dibekukan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak September tahun lalu.

Sallehen yang juga ADUN Sabak menzahirkan kemusykilannya apabila arahan pembekuan dilakukan dan kemudiannya baharulah disusuli siasatan audit.

“Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan).

“Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri ‘aircond'” dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, lapor Harakahdaily.

Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang seolah-olah seperti hendak mencari kesalahan, namun matlamat itu gagal kerana mendapati pengurusan kewangan DUN Sabak adalah bersih tanpa masalah.

Sebelum ini Sallehen mengesahkan 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak memperolehi peruntukan tahunan daripada kerajaan negeri.

Sallehen berkata, beliau dimaklumkan pegawai Unit Perancangan Ekonomi (EPU) negeri bahawa peruntukan tahunan berjumlah RM800,000 kepada wakil rakyat parti itu untuk tahun ini akan dibekukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini menafikan Kerajaan Selangor menyekat peruntukan wakil rakyat PAS di negeri itu, sebaliknya kelewatan itu disebabkan masalah teknikal.

‘Kalau tidak mahu kuasa, tidak usah bertanding’

AKHBAR RAKYAT

 
Oleh Arif Atan

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyelar sikap pimpinan Pas yang berdolak-dalih untuk menentang Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berbeza dengan Pakatan Harapan yang konsisten melawan parti pemerintah diterajui Najib Razak itu.

Menurutnya, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sentiasa berubah tentang jumlah kerusi Parlimen yang akan ditandingi mengundang kehairanan.

“Presiden Pas kata kami bukan nak berkuasa, sekejap dia kata kami nak kuasa, sekejap lagi dia kata, kami mahu 40 kerusi saja.

“Sekejap kata mahu bertanding 130 kerusi. Kita pun hairan. Kalau tidak mahu kuasa, tidak usah bertanding.

“Kalau nak ambil 40 kerusi, bertandinglah 40 (kerusi),” bidas bekas Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramah umum sempena perasmian Pejabat AMANAH Jeli, Kelantan semalam.

Sebaliknya, beliau menegaskan Pakatan Harapan melalui gandingan AMANAH, Bersatu, PKR dan DAP akan meletakkan calon di kesemua 222 kerusi Parlimen di seluruh negara.

“Bagi Pakatan Harapan, kita nak ambil alih kuasa. Orang kata kami gila kuasa. Betul kami gila kuasa sebab kami mahu ambil kuasa daripada orang gila. Sebab itu kita masuk pilihan raya sebab nak kuasa.

“Kami (Pakatan Harapan) mahu bertanding di kesemua 222 kerusi di seluruh Malaysia iaitu rakan kami, Warisan bertanding di Sabah.

“Kita nak hadapi BN di 222 kerusi. Soal menang atau kalah itu perkara lain tetapi hasrat untuk berkuasa tetap ada kepada kita (Pakatan Harapan). Hasrat untuk berkuasa tetap ada,” ujarnya.
Menyentuh tentang kewujudan AMANAH sejak dua tahun lalu, Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pendukung dan ahli parti dengan gagasan Rahmatan Lil ‘Alamn itu istiqamah melawan kemungkaran.

“Kita daripada parti AMANAH kebanyakannya dulu dari Pas, inilah kumpulan yang istiqamah melawan kemungkaran. Bukan puak mereka.

“Kita terus berpegang pada perjuangan menentang kemungkaran dan menegakkkan kebenaran walau di mana kita berada.

“Kita tidak boleh sekejap kata perjuangan kita nak ambil alih Malaysia. Sekejap kata kita boleh terima Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri.

“Sekejap kata kami tak kemaruk kuasa. Sekejap kata kami nak kuasa,” tegas Timbalan Presiden Pakatan Harapan itu lagi.

Beliau turut sempat menyatakan penghargaannya kepada rakyat di Kelantan yang sebelum ini memberi mandat kepadanya untuk menjadi Ahli Parlimen lebih 10 tahun.

“Kelantan tidak akan saya lupa kerana rakyat Kelantanlah yang mula-mula menjulang saya menjadi wakil rakyat di Nilam Puri ketika itu. Oleh itu, anda semua tetap di hatiku,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Mohamad yang menyertai Pas pada 1981 menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1990 di Parlimen Nilam Puri sebelum kemudiannya menang di kerusi Parlimen Kubang Kerian pada PRU 1995.

Zamihan dicabar berdebat isu haram undi DAP

AKHBAR RAKYAT



Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Negeri Perlis, Syed Araniri Syed Ahmad Al Idrus mencabar Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin berdebat dengan beliau pada bila-bila masa dalam isu haram undi DAP seandainya Zamihan masih lagi mempertahankan dakwaan beliau.

Menurut Syed Araniri lagi, beliau ingin mempertahankan kesucian agama Islam kerana ia telah sengaja dipolitikkan oleh Presiden Aswaja tersebut.

“Persoalannya adakah apa yang dinyatakan oleh Zamihan adalah fatwa Aswaja atau pendirian beliau sendiri.

“Selain itu perkataan ‘haram jadah’ yang dizahirkan adalah tidak sesuai diucapkan oleh seorang yang bergelar agamawan.

“Sepatutnya beliau tidak membuat perbandingan dengan mana-mana parti politik dan harus menyatakannya secara umum,” jelas beliau lagi.

Malah soalnya, kenapa pula Zamihan tidak menyebut mengenai MCA, Gerakan maupun MIC apabila membuat kenyataan tersebut.

Syed Araniri yang berkelulusan Universiti Islam Madinah dan memiliki latar belakang pengajian Sarjana Sosial Islam turut berkata, apa yang cuba dilakukan oleh Presiden Aswaja tersebut adalah bagi mendapat pengaruh Perdana Menteri.

Sebelum ini Zamihan ketika wawancara bersama sebuah portal, telah mendakwa haram untuk umat Islam mengundi DAP kerana parti itu menolak hukum hakam Islam termasuklah membantah usaha Pas meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.

Dalam dakwaan tersebut juga beliau menyatakan sekiranya jelas DAP bertentangan dengan Islam dan anti Islam, adalah haram bagi umat Islam menyokong aspirasi perjuangan DAP.

Selain itu beliau juga mendakwa, haram mengundi, haram menyokong, haram membantu dan banyak-banyak benda haram itu kesimpulannya haram jadah.

“Saya mencabar beliau sebagai individu dan ilmuan agama untuk mengadakan debat.
“Terserah kepadanya untuk menentukan tarikh, masa dan tempat yang ditentukan oleh beliau.

“Perdebatan ini harus dilakukan bagi menjelaskan kedudukan perkara sebenar agar masyarakat tidak keliru dengan dakwaan yang telah dibuat oleh beliau sebelum ini,” tegasnya lagi

Calon TPM wanita serasi dengan Cik Siti Wan Kembang di Kelantan

AKHBAR RAKYAT


Keputusan Pakatan Harapan (PH) menamakan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) amat serasi dengan kehendak wanita yang menjadikan Cik Siti Wan Kembang sebagai ikon mereka.

“Wanita PH Kelantan pasti dapat modal besar bila kita calonkan wanita sebagai TPM.

“Di sini kepimpinan wanita diterima dan pernah dalam sejarah Cik Siti Wan Kembang begitu terkenal,” kata Ketua Penerangan Wanita PH Nasional, Aiman Athirah al Jundi ketika berucap di majlis pelancaran Wanita PH peringkat negeri Kelantan di Wisma Tok Guru, Salor petang semalam.

Perkembangan ini katanya, adalah pertama kali dalam sejarah dan ia pasti memberi impak baru kepada usaha menukar kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) akan dating.

“Konvensyen PH kali ke-2, 7 Januari lalu telah membuka era baru dalam perjuangan membina sebuah kerajaan baru.

“Usaha menukar kerajaan di negara kita tidak pernah berjaya kerana sejak merdeka hingga kini kita tidak pernah menukar strategi,” katanya.

Kali ini katanya, gabungan pembangkang berjaya mengemukakan kepada rakyat perkara-perkara baru yang tentunya akan memberi hasil yang berbeza.

“Selain menamakan wanita sebagai TPM kita kemukakan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri (PM).

“Ramai yang kritik mengapa tak calonkan orang muda, kita kena sedar kita berada di Malaysia bukannya Eropah atau Amerika.

“Kita perlukan pemimpin terhormat barulah kesepaduan dicapai dan penggabungan kemas kerana budaya kita menghormati yang tua,” katanya.



 
Aiman Athirah al Jundi melancarkan Wanita PH peringkat negeri Kelantan di Wisma Tok Guru, Salor petang semalam.
Turut berucap di majlis itu adalah ketua Wanita PH Kelantan, Norashidah Jaafar dan pemimpin wanita parti-parti anggota PH Kelantan.

Norashidah dalam ucapannya berjanji akan berusaha mengembeleng tenaga wanita bagi menjayakan cita-cita PH membentuk kerajaan baru selepas PRU akan datang.

“Kita akan tinggalkan perkara kecil dan titik bengik di belakang dan akan menumpukan sepenuh perhatian membentuk kerajaan bagi menyelamatkan rakyat.

“Kedua-dua kerajaan Kelantan dan Malaysia kini tidak peduli kesusahan rakyat dan ia mesti diganti.
“Alhamdulillah gabungan kita sekarang semakin mantap dan semua sudah bersedia untuk turun bekerja sepenuh hati,” katanya.

Majlis gilang-gemilang itu di hadiri perwakilan wanita semua parti dari seluruh negeri Kelantan.
Setiausaha PH Kelantan, Mazlan Abdul Rahman dan Setiausaha AMANAH Kelantan, Rushdan Mustafa turut hadir.

Bilakah semua ini nak berakhir?

AKHBAR RAKYAT

 
Oleh Mohamed Hanipa Maidin

1. Akhbar Australia, The Sydney Morning Herald dedahkan hari ini cerita tentang skandal pembelian hartanah di Melbourne yang dikenali sbg Uniloddge, terletak di Swanston Street berhampiran Universiti Melbourne.

2. Pemilik bangunan itu seorang ahli perniagaan bernama Lioner Harber. Sebelum jual bangunan itu, dia buat penilaian hartanah itu dan ianya dinilai pada harga $ 23.5 juta.


3. Rupa-rupanya, MARA yang berminat nak beli hartanah itu juga buat penilaian, tapi ia bukan penilaian biasa. Menurut Akhbar tsbt, MARA guna khidmat sykt Penilaian Antarabangsa yang ada juga pejabat di KL. Nama sykt itu adalah Raine and Horne .

4. Raine and Horne taksir hartanah tu dan menilainya dengan harga yang lebih tinggi ( inflated price ) iaitu $ 43 juta.

5. Seminggu selepas hartanah itu dibeli dengan harga $ 23.5 juta ia dijual pula pada harga $41.8 juta. Apa lagi, tepuk dahi lah pemilik asal.

6.Dipendekkan cerita, akhirnya tanah itu dijual kpd MARA dengan harga $ 41.8 juta- beli guna duit kita semua lah.

7. Ketika dedah skandal itu ,akhbar tersebut antaranya rujuk kepada "Panama Papers"-yg mengandungi jutaan dokumen. Kata akhbar tu , berdasarkan "Panama Papers" dan beberapa fail yang bocor, pegawai korup yang dikaitkan dengan Umno di belakang penipuan pembelian itu ( scam ) dan kewujudan sykt pesisir pantai ( offshore companies ).

8. Akhbar tu juga kata, berdasarkan pemindahan wang melalui bank ( bank transfers) ada wang masuk sebanyak $3.2 juta ke akaun peribadi pegawai korup itu selepas pembayaran $ 41.8 juta tsbt drp wang Kerajaan.

9. Akhbar tu juga kata paling kurang $ 18.3 juta wang bocor drp transaksi itu yg mana wang itu patutnya kepunyaan pembayar cukai rakyat negara ini yg patutnya digunakan utk keperluan rakyat negara ini tapi sebaliknya, kata akhbar itu, wang itu difaraid sesama para konspirator.

10 .Yang lagi best kata akhbar tu setakat ni belum ada sebarang pendakwaan bagi kes ini baik di Australia atau Malaysia.

Maaf, campurtangan asing pulak. Asyik lupa je lah nak berkecuali.
 
 

110 mangsa banjir kilat di Bera ditempatkan di PPS

THE MALAYSIAN TIMES


KUANTAN: Seramai 110 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir kilat di Bera dekat sini, semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kol (PA) Zainal Yusof berkata semua mereka terdiri daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS Surau Tanjung Jaya, sejak 11 malam.

Katanya mereka terdiri daripada penduduk sekitar Taman Perumahan Tanjung Jaya, Simpang Bukit Mendi di Triang.– Bernama

Isu agih kerusi PH selesai, kata Dr M

 
Pengerusi PH itu berkata, rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli PPBM berhubung pembahagian kerusi DUN itu tidak akan menjejaskan PH.


mahathir-mohamad-ppbm-tak-puas-hati

PETALING JAYA: Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ada di kalangan perwakilan partinya yang tidak puas hati dengan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan.

Tetapi, katanya, mereka menyelesaikan hampir semua masalah berhubung pengagihan kerusi sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Tidak ada pertubuhan politik tidak menghadapi masalah, berjaya atau tidak sesuatu pertubuhan itu bergantung kepada cara mereka selesai masalah, kalau tak boleh selesai tak payah jadi (parti politik).

“Apabila berlaku perkara yang tidak diingini ini, kita masih boleh betulkan kerana kita masih mempunyai masa.

“Saya yakin apabila PRU diadakan, kita dapat bertanding dan mencalonkan satu calon bagi setiap kawasan Parlimen dan DUN.

“Jadi, ini bukanlah perkara yang akan menjejaskan parti, sebaliknya kita merapatkan parti dan bergerak sebagai sebuah gabungan yang boleh mencabar kerajaan yang ada sekarang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PPBM hari ini.

Dr Mahathir mengulas kekecohan yang berlaku pada Konvensyen PH Negeri Sembilan, Ahad lalu, disebabkan akar umbi PPBM tidak berpuas hati dengan pengagihan kerusi DUN negeri itu.

Lebih 50 ahli PPBM dilapor melaungkan “ini tidak adil” di belakang dewan, sejurus Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selesai berucap.

Menerusi rundingan itu, PKR diperuntukkan 12 kerusi DUN, DAP (11), Amanah (7) dan PPBM (6).

Sementara itu, pengerusi PH itu berkata, sebuah Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk rundingan pengagihan kerusi di Selangor, susulan kekeliruan dalam peranan Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor.

“Berkenaan dengan Selangor, terdapat sedikit salah faham tentang pihak mana yang perlu melihat tentang agihan kerusi. Kami telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas dan mereka akan mengambil alih dan masalah itu akan diselesaikan.”

PH sedia kerjasama dengan Warisan

Dr Mahathir berkata, PH tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi mengelakkan pertandingan banyak penjuru.

“Di Sabah, kita ada Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, Amanah dan PKR, tapi mereka telah adakan kerjasama di Sabah dan mereka sedar ada Parti Warisan di situ, kalau kita bertembung dengan Warisan, kita rugi dia pun rugi.

“Jadi satu jenis kerjasama mungkin akan dijalankan antara Warisan dengan PH.”

Logo PH belum diluluskan

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, logo PH belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) selepas 7 bulan permohonan dikemukakan.

“Sehingga hari ini tiada jawapan daripada JPPM, jadi kita dapati ini sengaja dibuat demikian supaya kita habis masa dan tidak dapat buat persiapan untuk PRU kerana kita tidak tahu sama ada kita punya simbol diterima atau tidak, dan kita tak tahu sama ada parti kita ini diiktiraf secara rasmi atau tidak.

“Saya berpendapat tindakan kerajaan macam ini adalah suatu penganiayaan kepada rakyat.”

PH menyerahkan permohonan mendaftarkan simbol gabungan itu pada 28 Julai 2017. JPPM kemudian mengarahkan PH menggunakan nama penuh “Pakatan Harapan” pada simbol itu bagi menggantikan “Harapan”, dan mereka membuat pindaan mengikut permintaan jabatan itu.

Pada 31 Oktober lepas, Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, JPPM masih menilai permohonan PH itu.

Hari ini menang, esok serah Stadium Shah Alam, kata Noh



noh-omar-ssa

KUALA LUMPUR: Stadium Shah Alam (SSA) akan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, pasukan bola sepak Selangor kini seperti pelarian kerana tidak memiliki gelanggang rasmi untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018.

“Ini janji kita kalau BN menang, hari ini kita menang, esok kita akan berikan stadium kepada FAS. Menteri besar Selangor perlu hormati pasukan ‘The Red Giant’.

“Pasukan ini sudah puluhan tahun mencipta nama. Bayangkan kalau pasukan bola yang mempunyai ribuan penyokong, akhirnya dikecewakan kerana ada unsur politik.

“Maka yang menjadi mangsa adalah anak muda, penyokong merah kuning,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Buat masa ini Stadium Shah Alam menjadi gelanggang rasmi pasukan bola sepak PKNS F.C sejak semusim yang lalu.

Skuad Red Giant disahkan akan menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk saingan Liga Malaysia 2018.

Bagaimanapun, perlawanan membabitkan pasukan Selangor di Selayang akan diadakan di sebelah petang mengambil kira lampu limpah yang tidak menepati syarat untuk membenarkan aksi di sebelah malam.

Noh berkata, inilah akan terjadi sekiranya Selangor ditadbir menteri besar yang hanya tertumpu pada isu politik.

“Dia mungkin marah dengan pemimpin BN tetapi yang jadi mangsa bukan sahaja pasukan merah kuning, tetapi turut melibatkan penyokongnya.

“Saya tidak tahulah apa nasib pasukan bola sepak ini. Mengapa hendak campur adukkan diantara sukan dan politik,” katanya.

Presiden FAS Datuk Seri Subahan Kamal sebelum ini berkata, tidak adil sekiranya kerajaan negeri menyatakan Stadium Shah Alam milik kerajaan Selangor.

“Kami mahu ‘balik kampung’ pada tahun ini selepas beraksi di Selayang musim lalu, namun hasrat tidak kesampaian kerana kerajaan negeri tidak membalas sebarang surat permohonan yang dikemukakan.

“Mereka juga tidak mahu bertemu kami untuk mengadakan perbincangan. Bukannya kami mahu beraksi secara percuma di Stadium Shah Alam kerana kami turut diminta bayar untuk menggunakan stadium itu sebelum ini,” katanya.

Keputusan kes Fahmi Reza aibkan Najib ditangguh 7 Feb ini

THE MALAYSIAN TIMES
 


IPOH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan keputusan kes seorang pereka grafik yang didakwa atas pertuduhan memuat naik gambar aib pemimpin negara bertujuan menyakitkan hati orang lain, dalam akaun Facebooknya dua tahun lepas.

Hakim Murtazadi Amran menangguhkan keputusan kes Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 40, pada 7 Feb ini selepas kes berkenaan disebut di hadapannya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Nazrul Nizam Zameri mencadangkan tarikh tersebut selepas dimaklumkan Hakim Norashima Khalid yang mendengar kes itu sedang cuti sakit.

Peguam Louis Liaw yang mewakili peguam Syahredzan Johan bagi Mohd Fahmi Reza tidak mengemukakan bantahan.

Pada 4 Jan lepas, Norashima memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Fahmi Reza.

Tertuduh didakwa menggunakan akaun Facebook ‘Fahmi Reza’ di suatu pautan secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 8 Feb 2016.

Pautan itu kemudian didakwa dibaca di sebuah alamat di Seraya Sdn Bhd, Batu 3, Jalan Jelapang, di sini, pada 2.40 petang, tarikh yang sama.

Mohd Fahmi Reza didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.– Bernama

Khalid Ibrahim bukan ahli politik – Tun M

Shawaliah Hadir
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad


PETALING JAYA – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang ingin membantu berkempen untuk Pas di Selangor.

Beliau menyifatkan ia secara tidak langsung membantu kemenangan untuk Barisan Nasional (BN) seiring dengan dakwaannya sebelum ini bahawa Pas sering menyebelahi parti itu.

“Ini negara yang bebas, sangat bebas sampai boleh bantu untuk BN,” katanya berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mahathir pada masa sama berkata, Khalid hanya seorang ahli perniagaan yang tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan di negeri itu.

“Dia bukannya ahli politik dia ahli perniagaan,” tambah beliau.

Terbaru Khalid menyatakan kesediaannya untuk membantu Pas berkempen pada pilihan raya umum akan datang walaupun belum menyertai parti itu. – MalaysiaGazette


Kekecohan dan ketidakpuasan ahli perkara kecil – Tun M

Shawaliah Hadir
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media di Menara Yayasan Selangor, Kuala Lumpur. foto IMRAN FAKHRI, 
 

PETALING JAYA – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui wujudnya ketidakpuasan hati dalam kalangan ahlinya mengenai pembahagian kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan.

Menganggap kekecohan yang berlaku pada Sabtu lalu adalah masalah kecil, Mahathir turut menyedari bahawa Pakatan Harapan juga tidak boleh lari daripada kemelut tersebut.

“Ini hal kecil, ia dah selesai (Negeri Sembilan) ada sedikit ketidakpuasan hati. Bahagian yang dapat kawasan yang buat banyak bising. Bahagian PPBM yang tidak dapat kerusi tidak ada buat aduan,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PPBM hari ini.

Katanya, kejayaan parti adalah berdasarkan cara menyelesaikan masalah seperti demikian.

“Tidak ada pertubuhan tidak menghadapi masalah, kejayaan atau tidak sesuatu pertubuhan ialah cara mereka selesai masalah, kalau tak boleh selesai tak payah jadi,” ujarnya.

Akibat tidak berpuas hati dengan pengagihan kerusi DUN sekumpulan ahli PPBM Negeri Sembilan Sabtu lalu membuat kecoh pada Konvensyen Pakatan Harapan.

Suasana panas tercetus apabila mereka menyuarakan bantahan secara terbuka melaungkan ‘boikot’, ‘mana hak kami’ dan ‘tak adil’ ketika Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mahu menamatkan ucapannya.

Menurut Ketua PPBM negeri itu, Mohd Sharul Anuar Abu Samah, parti itu hanya diberikan enam kerusi DUN yang dianggap kawasan berstatus hitam iaitu sukar untuk mencapai kemenangan keputusan pilihan raya umum.

Dalam pada itu, Mahathir menyifatkan kelewatan pendaftaran Pakatan Harapan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap rakyat untuk memilih parti mereka pada pilihan raya yang akan datang.

“Pendaftaran parti Pakatan Harapan sehingga hari ini tiada jawapan daripada RoS jadi kita dapati bahawa ini sengaja dibuat demikian supaya kita habiskan masa dan tidak dapat buat persiapan untuk pilihan raya umum kerana kita tidak tahu sama ada kita punya simbol diterima atau tidak dan kita tak tahu sama ada parti kita ini diiktiraf secara rasmi atau tidak.

“Saya berpendapat bahawa tindakan kerajaan macam ini adalah sesuatu penganiayaan kepada rakyat kerana dalam pilihan raya, rakyat tidak dibenar untuk memilih pemimpin mereka kerana pemimpin mereka tidak mendapat bertanding sebagai yang dikehendaki mereka,” katanya. – MalaysiaGazette


Dua remaja mengaku tidak bersalah tuduhan bunuh 23 penghuni tahfiz

Bernama
I


KUALA LUMPUR ― Dua remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, dalam kejadian kebakaran pada September 2017.

Kedua-dua remaja itu membuat pengakuan selepas 23 pertuduhan tersebut dibacakan satu persatu oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Semasa ditanya jurubahasa sama ada mereka mengaku bersalah atau tidak terhadap kesemua pertuduhan itu, kedua-dua remaja berkenaan yang memakai T-shirt dan seluar panjang putih, menjawab “tidak mengaku”.

Dua remaja lelaki itu didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Hakim Azman mengingatkan pihak media yang membuat laporan kes itu supaya tidak mendedahkan identiti dan maklumat kedua-dua remaja itu kepada umum seperti nama, tempat tinggal dan sekolah kerana mereka adalah tertuduh juvana.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Othman Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz manakala kedua-dua remaja itu diwakili peguam Michelle Ng.

Peguam Ariff Azami Hussein bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pusat tahfiz dan sebahagian keluarga mangsa.

Nurakmal Farhan juga mengemukakan bantahan awal kepada mahkamah supaya pihak pembelaan yang diwakili peguam daripada Tetuan Gobind Singh Deo dikecualikan atau dilarang mewakili kedua-dua tertuduh.

“Mana-mana peguam, atau pegawai undang-undang daripada firma berkenaan dilarang atau dikecualikan mewakili kedua-dua tertuduh dengan alasan firma berkenaan telah mewaikili dua tertuduh lain di Mahkamah Majistret yang akan menjadi saksi utama kes ini.

“Ini kerana pihak pembelaan telah mempunyai akses yang bakal digunakan semasa perbicaraan,” katanya.

Michelle memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk mendapatkan arahan daripada firma guamannya kerana pihaknya tidak menerima sebarang notis berhubung isu berkenaan.

Mahkamah menetapkan 19 Februari untuk sebutan semula kes. ― Bernama