HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Februari 2018

Kalau Percaya Rakaman ‘Nik Abduh Terima Duit UMNO’ Kena Percaya Juga Audio ‘Mat Sabu dan Normah’

 
 



Jika ada yang mempercayai rakaman ‘Nik Abduh terima duit UMNO’ maka dalam masa sama perlu juga mempercayai rakaman ‘Mat Sabu dengan Rosmah’ dan “Anwar dengan China Doll’ kata Fais Al-Hajari.

“Jangan sekerat-sekerat, jangan separuh-separuh, jangan memilih-milih…perlu diingat rakaman audio “Mat Sabu dan Normah” itu dilegarkan pada ketika teknologi editing audio video sangat-sangat terhad masa tu.

“Bukan macam sekarang yang memang senang-senang je nak edit itu ini,”katanya dalam Facebook.

Dalam rakaman yang sedang giat disebar oleh aktivis-aktivis PAN itu mendakwa satu pertemuan tertutup diadakan di antara Ustaz Zaharuddin Mohamad dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkenaan dengan isu terima duit daripada UMNO.

“Cuba dengar nada suara Nik Abduh. Itu suara bercakap dengan ‘beberapa orang’kah atau bercakap depan ramai orang. Gema yang ada seolah dalam dewan yang besar.

“Suara yang kononnya Nik Abduh tu dengan nada kuat dan keras. Sedangkan Nik Abduh jika bercakap dalam kelompok kecil sangat terkenal nada lembut dan perlahan suara. Kecuali jika dalam perhimpunan besar,” kata Ahmad Amzad Hashim dalam Facebook.

Menurutnya, keshahihan suara dalam rakaman itu adalah suara Nik Abduh juga dipertikaikan orang ramai.

“Jadi jika pertemuan ‘beberapa orang’ mereka duduk jarak 50 kaki kah sehingga kena menjerit begitu?

“Content, Isi kandungan ucapan Nik Abduh yang berterusan dalam tempoh yang singkat itu pula, dikumpulkan segala benda kontroversi yang jadi bahan fitnah. Sangat tak munasabah.

“Biasanya kita kesan kandungan itu, satu satu dalam rangkap yang berbeza. Orang bodo saja yang cerita sekali gus macam guni beras pecah. Ini pula dalam durasi 2.3 minit. Bukan dua puluh tiga minit!,”katanya lagi
 
 

PKR Anggap Selangor Milik PKR Punca Rundingan Kerusi Pakatan Harapan Gagal

 
 



SHAH ALAM: Rundingan Pakatan Harapan (PH) untuk mengagihkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijalankan sejak awal bulan ini masih buntu.

Menurut sumber, kegagalan mencapai kata sepakat disebabkan pendirian PKR untuk bertanding paling banyak kerusi DUN Selangor, dengan alasan negeri ini adalah ‘milik’ mereka.

“Alasan diberi pemimpin PKR ialah Selangor ‘milik’ PKR, Pulau Pinang ‘milik’ DAP dan kemungkinan Kedah menjadi ‘milik’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Negeri ‘milik’ Parti Amanah Negara (PAN) pula akan dibuat berdasarkan keputusan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-14) nanti.

“Sebanyak 14 kerusi PKR dan 15 kerusi DAP yang dimenangi pada PRU-13 kekal ditandingi kedua-dua parti ini. PAN pula memiliki dua kerusi selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS keluar menyertai PAN,” katanya kepada BH Online.

Sumber berkata, perbincangan agihan kerusi ketika ini hanya membabitkan 25 daripada 56 kerusi DUN yang disandang Barisan Nasional (BN) dan PAS.

“Jadi, baki 12 kerusi milik BN serta 13 kerusi PAS milik PAS perlu diagihkan antara DAP, PKR, PPBM dan PAN. Keadaan ini menyebabkan PPBM dan PAN tidak berpuas hati,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin, berkata parti itu kekal dengan pendirian untuk bertanding kerusi yang disandang BN.

Pada PRU-13, BN menang 12 kerusi iaitu DUN Sungai Burong, Jeram, Kuang, Semenyih, Permatang, Bukit Malawati, Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Batang Kali, Kota Damansara dan Dengkil.

PAN pula bertegas mahu bertanding kerusi DUN disandang PAS iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Chempaka, Meru, Dusun Tua, Tanjung Sepat, Sabak, Gombak Setia, Bangi, Seri Serdang, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Hulu Klang.

ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin bagaimanapun keluar PAS untuk menyertai PAN.

Ketika ini, DAP menyandang 14 kerusi DUN Selangor, PKR (13), PAS (13), BN (12) dan PAN (dua) dan Bebas (dua).

Dua ADUN Bebas ialah Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Teluk Datuk, Loh Chee Heng yang sebelum ini dari DAP.

Pada 9 Febuari lalu, BH melaporkan berdasarkan keputusan awal rundingan, PKR dikatakan akan bertanding 19 kerusi DUN, DAP (18), PPBM (10), dan PAN (sembilan), namun ia dibantah PPBM dan PAN – BH

Kejahilan PPBM buat PH turut tempang?

Oleh Lokman Ramlee
Post Pic
 
 
[ULASAN] Pakatan Harapan (PH) kini berbalah sesama sendiri tentang berapa jumlah kerusi DUN dan Parlimen yang bakal setiap parti akan tandingi. Pelbagai hujah dan tuntutan dibuat untuk membolot lebih banyak kerusi untuk parti masing-masing.
 
Ada yang menggunakan hujah ia parti senior di sesebuah negeri maka ia layak mendapat lebih kerusi. Ada yang mendakwa walaupun baru tetapi ia mempunyai pengaruh besar di sesuatu negeri dan malah boleh menggerhanakan pengaruh parti PH lain.
 
Namun yang pasti tidak semua di kalangan empat anggota PH yang bijak dan berhasil mengawal emosi apabila bercakap mengenai berapa kerusi DUN mahupun Parlimen yang patut diagihkan kepada mereka.
 
Lantas kedengaran pelbagai sindiran, perli dan cemuhan sesama sendiri. Ada yang menggelarkan rakan sendiri sebagai badut politik, tidak amanah dan juga jahil berhubung selok belok politik.
 
Keadaan berkecamuk ini berlaku di Selangor, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan dan pada beberapa ketika di negeri-negeri lain juga. 
 
Perbalahan ini bukan rahsia lagi. Perangai tamak haloba keempat-empat parti – DAP, PKR, PPBM dan Amanah – sudah terserlah jelas dan ia amat bertentangan dengan pengakuan masing-masing untuk bersatu demi menyelamatkan Malaysia. 
 
Tidak cukup perbalahan di antara parti-parti berkenaan, ia juga mencetuskan debat dan tunjuk perasaan di kalangan ahli dan pemimpin setiap parti. 
 
Campur tangan rundingan kerusi
 
Keadaan ini mendorong Majlis Presiden PH mengorak langkah 'campur tangan' dan memberikan ‘bantuan’ kepada mana-mana negeri yang masih gagal memuktamadkan rundingan kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu bagi mengelakkan permasalahan berkenaan terus membelenggu gabungan itu sehingga memberikan kesan kepada persediaan untuk PRU nanti.
 
"Ada negeri yang dapat selesaikan sebahagian. Bagus, tetapi kalau mereka kata mereka tidak dapat selesaikan dan memerlukan penglibatan 'team' rundingan nasional untuk membantu menyelesaikan masalah, itu juga tidak jadi masalah,” katanya.
 
Lazimnya apabila pergerakan atau pertubuhan politik memerlukan ‘bantuan’ pihak Pusat menyelesaikan masalah mereka itu petanda tidak ada perpaduan dan keselarasan fikiran di kalangan pimpinan negeri.
 
Ini menggusarkan. Di ambang PRU 14, baru parti-parti PH sedar mereka berhadapan dengan penyakit sama – hasad dengki dan tamak haloba. Retorik tentang bersatu menundukkan Umno-BN hanyalah hampas – cakap tidak serupa bikin.
 
Jika menang sekalipun sudah tentu bibit cemburu, dengki dan memandang rendah terhadap parti komponen lain akan menjerumuskan rakyat ke dalam jurang kucar-kacir.
 
Kerusi Kelantan, Selangor belum muktamad
 
PH Kelantan sebelum ini dilaporkan gagal menyelesaikan masalah pertindihan bagi 14 kerusi DUN walaupun sudah enam kali mengadakan pertemuan, sehingga melepasi tempoh asal yang ditetapkan. 
 
Antaranya sembilan kerusi melibatkan pertindihan di antara Amanah dan PPBM, tiga kerusi menjadi rebutan di antara Amanah dan PKR dan dua kerusi di antara PPBM dan PKR.
 
Selain Kelantan, Selangor juga masih gagal memuktamadkan soal rundingan kerusi. Minggu lalu Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin berkata, PPBM memohon 12 kerusi milik BN untuk diletakkan calon mereka.
 
Bagaimanapun, katanya, pada masa sama, PKR juga turut berhasrat meletakkan calon mereka di semua kerusi terbabit.
 
Menurut Sallehuddin, PPBM tidak akan bertolak ansur malah mempertahankan permohonan berkenaan. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jeyakumar memaklumkan PH Selangor akan menyelesaikan isu berkenaan akhir bulan ini.
 
Katanya, perkara itu masih dalam perbincangan di antara semua parti komponen PH namun beliau percaya, ia mampu dimuktamadkan sebelum Mac ini.
 
"Kita akan selesaikan dalam akhir bulan ini sebab Pengerusi PH Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) kata kita kena selesaikan juga di dalam Selangor," katanya. 
 
Xavier memberitahu, baki kerusi yang menjadi pertindihan itu akan dibincangkan selepas perayaan Tahun Baru Cina. Namun, beliau tidak memperincikannya.
 
"Kira-kira 15 kerusi lagi, mungkin.. Mungkin 15 ke 20 kerusi" katanya selepas mesyuarat Isnin lalu.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Kerusi Selangor minggu lalu menyelesaikan pertindihan empat kerusi DUN, tetapi ada 21 daripada 56 kerusi belum diselesaikan. Empat kerusi itu ialah kawasan yang kini diwakili PAS.
 
Mesyuarat berkenaan turut menyelesaikan isu status quo pada kawasan yang memang dimiliki DAP (15 kerusi), PKR (15 kerusi) dan Amanah (2 kerusi).
 
 
 
Selangor mempunyai 56 kerusi DUN, di mana PKR mempunyai 13 kerusi, DAP 14 kerusi dan Amanah 2 kerusi. PAS mempunyai 13 kerusi dan Umno 12 kerusi. 
 
Dua kerusi diwakil ADUN Bebas, iaitu Pelabuhan Klang dan dan Teluk Datok dahulunya kerusi PKR dan DAP.
 
PH mempunyai struktur organisasi yang besar dan dipimpin oleh nama besar seperti Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin. Namun apabila menggerakkan gabungan ini sebagai sebuah entiti politik, ia masih agak ‘hingusan’.
 
PPBM yang baru menyertai PH nampaknya tidak membantu memperkukuhkan PH. Sebaliknya ia menjadi “beban” kini menghadapi cabaran daripada ahli dan bekas ahli yang melihat parti itu tidak menghormati (atau tidak faham) Perlembagaan parti. 
 
Malah menjelang 22 Februari ini Parti Bunga itu akan menghadapi tunjuk perasaan terhadap ‘ketempangan’ ini sambil mungkin dipantau oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan sendiri bagi menyemak rekod demokrasi PPBM dan sekaligus PH.

Mahfuz belum putuskan sertai mana-mana parti

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti politik setelah mengumumkan keluar daripada PAS sejak 31 Disember lalu.
 
Walaupun suhu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini semakin terasa, Mahfuz masih bermain teka-teki berhubung kedudukannya sama ada akan kekal sebagai wakil rakyat Bebas atau menyertai mana-mana  parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang kini disokong beliau.
 
"Saya akan membantu dalam apa pun keadaan untuk Pakatan Harapan, (Parlimen) Pokok Sena dan juga di mana-mana," katanya dipetik agensi berita semalam.
 
Mahfuz mengumumkan keluar daripada PAS selepas 34 tahun bersama parti itu kerana dikatakan tidak sehaluan dengan kepimpinan parti.
 
Awal bulan ini, beliau dilaporkan berkata keputusan parti mana yang akan disertai bakal diumumkan dalam tempoh 45 hari dan pada masa yang sama mahu mengajak rakan-rakannya dalam PAS untuk bersama-sama memenuhi agenda Pakatan Harapan.
 
Ditanya mengenai perasaannya untuk berjuang dalam persidangan Dewan Rakyat mulai Isnin depan selepas tidak lagi menganggotai PAS, beliau berkata, "Biasa sahaja. Saya tetap membawa suara-suara rakyat dan kepentingan negara."
 
Menurut Mahfuz, beliau akan berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas dalam persidangan itu, iaitu yang terakhir sebelum PRU14  diadakan, untuk membuat sebarang pengumuman lanjut sama ada kekal Bebas atau menyertai mana-mana parti. 
 
 

Jawi digesa kaji tindakan pada Neelofa

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu mengkaji tindakan yang wajar diambil terhadap personaliti dan juga usahawan, Neelofa yang melancarkan koleksi terbaru tudungnya di sebuah kelab malam.
 
Timbalan Setiausaha Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama), Ahmad Radzi Noor Mahadi berkata, pihak berkuasa agama perlu melihat perkara itu sebagai perkara yang jelas bercanggah dengan syarak.
 
"Melancarkan koleksi tudung dengan kelakuan jelas bercanggah syarak, dalam tempat yang sinonim dengan maksiat, ia menghina kemuliaan yang terkait kepada istilah hijab dan budaya bertudung.
 
"Hijab dan bertudung adalah sebahagian lambang ketakwaan seorang Islam, selari dengan perintah terkandung dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
 
Menurutnya, pihaknya juga merujuk kepada video pelancaran koleksi itu, di mana terdapat wanita berpakaian mendedahkan aurat walaupun bertudung dan melakukan tarian yang jelas bercanggah hukum syarak.
 
"Hal ini hendaklah diambil perhatian. Istilah hijab dan bertudung adalah sebahagian istilah dan syiar ketakwaan kepada ALLAH SWT," katanya.
 
Sementara itu, Pertama juga mengingatkan semua umat Islam untuk menjaga kemuliaan budaya dan istilah yang terkait kepada ketakwaan kepada ALLAH SWT.
 
"Jika kita umat Islam tidak dengan secara sedar menjaga kemuliaan Islam dan memastikan dengan penguatkuasaan yang berkesan, siapa lagi yang dapat kita harapkan," katanya.
 
 
 
 

Dr M: Jangan pertahan bahasa ibunda sehingga abai bahasa Inggeris



mahathir-talkbaru


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihatkan rakyat tidak mempertahankan bahasa ibunda sendiri sehingga tahap mengabaikan bahasa Inggeris.

Bekas perdana menteri itu berkata, tindakan itu merugikan kerana bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan antarabangsa.

“Di zaman dahulu, bahasa Greek menjadi bahasa ilmu, lepas itu bahasa Arab dijadikan bahasa ilmu, lepas itu bahasa Latin, daripada Latin itu dialih bahasa kepada bahasa Eropah. Di antara bahasa Eropah yang terguna di seluruh dunia ialah bahasa Inggeris kerana pada satu ketika, empayar Inggeris ini meliputi seluruh dunia.

“Mana-mana sahaja kita pergi, ada empayar British dan mereka menggunakan bahasa Inggeris. Di zaman ini pun, bahasa Inggeris diguna Amerika Syarikat dan juga diguna oleh British dan Australia, New Zealand, Kanada dan banyak lagi negara.

“India sekalipun menggunakan bahasa Inggeris kerana mereka tidak dapat bersetuju berkenaan penggunaan bahasa India,” katanya dalam “Kelas Bahasa Inggeris Bersama Cikgu Mahathir” yang disiarkan secara langsung di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, mereka yang memahami dan fasih berbahasa Inggeris lebih mudah menguasai ilmu yang dipelajari.

“Jadi bahasa Inggeris menguntungkan kita, lagipun sebagai bahasa ilmu, kita mudah menguasai ilmu kalau kita faham bahasa inggeris.

“Kalau kita nak tunggu sehingga ilmu itu diterjemahkan kepada bahasa kita, tak mungkin semua ilmu diterjemahkan dan mungkin terjemahan itu tidak sebaik seperti bahasa asalnya.”

Dr Mahathir berkata, rakyat tidak akan kehilangan bahasa ibunda masing-masing kerana mempelajari bahasa Inggeris.

“Orang Jepun guna bahasa Inggeris, Korea guna bahasa Inggeris. Bahkan orang Jerman kalau menulis surat khabar untuk dibaca oleh seluruh dunia, mereka tidak tulis dalam bahasa Jerman, mereka tulis dalam bahasa Inggeris.

“Inilah nilai bahasa Inggeris dan kita tak akan hilang bahasa kita seperti orang Jerman. Orang Jepun tidak hilang bahasa mereka hanya kerana mereka boleh tutur dengan fasih dalam bahasa Inggeris.”

Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan itu turut mempertahankan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada zaman pemerintahannya dengan memberikan 2 sebab.

“Pertamanya kerana ilmu yang datang adalah dalam bahasa Inggeris dan disebabkan itu perlunya memahami dan mempelajari bahasa berkenaan.

“Keduanya sebab bahasa Inggeris ini mempunyai nilai ekonomi lebih tinggi daripada bahasa kita.
Kalau kita nak bekerja, ramai akan tanya adakah awak boleh bertutur kata, menulis dalam bahasa Inggeris?

“Ini menunjukkan dia (bahasa Inggeris) mempunyai nilai ekonomi. Kalau kita kekurangan dalam bahasa Inggeris, nilai ekonomi dalam diri kita akan berkurangan dan sukar mendapat kerja.”

PPSMI diperkenalkan secara berperingkat pada Julai 2002, mulai tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah untuk sekolah menengah.

Dasar itu dimansuhkan pada Julai 2009 dan mata pelajaran Sains dan Matematik kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan serta bahasa ibunda masing-masing di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil mulai 2012.

Kerajaan bagaimanapun turut mengumumkan strategi memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.

LIHAT VIDEO DI SINI

2 amah Indonesia dilapor dikurung majikan



dikurung-reuters
Gambar Reuters


PETALING JAYA: Seorang ahli jawatankuasa ke-9 Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia berkata polis Malaysia berjaya menyelamatkan 2 warga Indonesia yang didakwa dikurung di kantin sebuah sekolah tempat mereka bekerja oleh majikan.

Portal Indonesia, Republika Online memetik Irma Chaniago sebagai berkata Siti Hartati Madwiharja, 23, dan Rosidah, 38, diselamatkan polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada seorang pengadu di Balai Polis Ampang Jaya.

Majikan mereka, Sun Yuk King, direman 4 hari untuk siasatan. Kes ini merupakan yang terbaru dilaporkan selepas seorang warga Indonesia, Adelina, yang didakwa didera dan meninggal dunia 11 Februari lalu.

“Ini adalah kes kedua selepas kes Adelina Lisao. Banyak mangsa penyeludupan manusia dan pekerja haram berlaku di Malaysia. Ini tidak boleh dibiarkan kerana ia termasuk dalam kategori penghambaan dan buruh paksa,” kata Irma lapor portal itu.

Siti dari Jawa Tengah bekerja sejak 31 Januari dan Rosidah dari Nusa Tenggara Barat bekerja sejak 5 Mac 2016. Menurut laporan itu, mereka dikerah bekerja bermula 3.00 pagi hingga 7.00 malam dan setelah selesai bekerja dikurung di dapur berjeriji besi yang dikunci dan semua pintu dan tingkap ditutup.

“Mangsa menangis dan meminta bantuan kepada pengadu. Pekerja wanita tersebut tidak dibolehkan keluar oleh majikan selama 2 tahun dan seorang lagi selama 3 minggu,” kata pengadu, Fajar Santodi.

Majikan diberkas dan dibawa ke balai polis manakala Siti dan Rosidah dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan kesihatan.

Menurut portal itu, selepas diperiksa di mahkamah, Siti dan Rosidah diyatakan sebagai mangsa pemerdagangan manusia dan ditempatkan di rumah perlindungan untuk wanita.

Baru-baru ini, Adelina Lisao, atau nama sebenarnya Adelina Jerima Sau, 26, meninggal dunia akibat kecederaan di Hospital Bukit Mertajam.

Pada 21 Februari lalu, majikannya, Jayavartiny Rajamanickam, 36, didakwa di mahkamah kerana mengambil bekerja pekerja asing yang tidak memiliki permit yang sah, sementara ibu majikan, Ambika MA Shan, didakwa kerana membunuh.

Di Indonesia, polis dilaporkan berjaya menahan 2 suspek yang didakwa terlibat dalam penghantaran Adelina ke negara ini.

Perjumpaan FAS dengan kerajaan negeri Selangor batal lagi

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Nampaknya polemik penggunaan Stadium Shah Alam (SAA) terus berpanjangan apabila perjumpaan antara kerajaan Negeri Selangor dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang dijadualkan berlangsung hari ini dibatalkan.
 
Menurut Presiden Badan Bertindak Penyokong Selangor (BBPS), Muhammad Hairy Ibrahim, pertemuan antara dua pihak itu gagal diadakan berikutan FAS tidak bersetuju dengan syarat yang dikemukakan kerajaan negeri.
 
Kerajaan negeri sebelum itu bersetuju untuk ke meja rundingan namun dengan syarat perjumpaan itu hanya boleh diwakili dua orang daripada pihaknya dan dua orang wakil FAS.
 
"Kerajaan negeri meminta dua nama dari pihak FAS Abdul Rauf Ahmad dan Nazzab Hidzan untuk wakil FAS,
 
"Sepatunya perjumpaan itu diadakan hari ini pada jam 2 petang, sebaliknya apa yang berlaku semalam Persatuan Bola Sepak Selangor beri surat kepada kerajaan negeri Selangor tidak setuju dengan apa yang kerajaan negeri usulkan," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Perkembangan itu tentunya mengecewakan BBPS sekali gus peminat bola sepak Selangor.
 
"Cuma agak sikit kecewa dengan apa yang berlaku. Saya ingat ada sinar-sinar harapan tapi sebaliknya (pula yang berlaku). Apa boleh buat, tak apa kita akan cuba lagi, cuba berbincang kembali dengan FAS dan kerajaan negeri Selangor," katanya.
 
Umum mengetahui sudah dua tahun pasukan bola sepak Selangor tidak dibenarkan beraksi di SSA sehingga memaksa pasukan bola sepak itu mencari dan bermain di stadium lain.
 
Krisis bermula apabila kerajaan negeri menuduh FAS tidak menunjukkan taat setia dan hormat kepada Sultan Selangor apabila enggan melepaskan beberapa pemain negeri menyertai Pilihan Selangor pada Piala Sultan Selangor 2017.
 
Manakala FAS pula mendakwa segalanya berpunca apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memecat serta merta ketua jurulatih Selangor ketika itu, Zainal Abidin Hassan, digantikan oleh K Gunalan, tanpa sebarang perbincangan dengan FAS. 
 
Biarpun FAS berjaya mendapatkan stadium lain sebagai gelangang rasmi, penyokong Selangor tetap mahukan The Red Giants  itu beraksi di SSA.
 
FAS sebelum ini membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menjadikan SSA sebagai gelanggang rasmi sepertimana tradisi sebelum ini, namun belum mendapat maklum balas.
 
Malah FAS juga membuat permohonan yang sama kepada Stadium Nasional Bukit Jalil dan terbaru ialah Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebagai gelanggang rasmi.
 
Terkini pasukan bola sepak Selangor menumpang di Stadium Bola Sepak Cheras sepanjang Liga Malaysia 2018.
 
Hairy kemudiannya bertegas, BBPS tidak memihak kepada mana-mana pihak dan hanya mahu melihat sukan bola sepak Selangor bebas daripada politik untuk kepentingan jangka masa panjang.
 
"PBBS ada pendirian masing-masing. Kita tak terikat dengan FAS dan kerajaan negeri Selangor.  
 
"Kita bawa nama atas nama badan bertindak dan penyokong Selangor untuk hak mutlak Stadium Shah Alam kembali kepada pasukan Selangor, tiada kroni, tiada pilih kasih," katanya.
 
 

PAS Selangor mesyuarat malam ini bincang isu dana 'beku'

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS Selangor akan mengadakan mesyuarat malam ini, bagi membincangkan isu peruntukan ADUN partinya yang masih belum diterima daripada kerajaan negeri.
 
Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi, berkata mesyuarat itu akan berlangsung di pejabat PAS negeri di Shah Alam, Selangor.
 
"Selain isu pilihan raya, isu peruntukan yang masih belum diterima antara agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat malam ini.
 
"Setakat yang saya tahu, bukan saya seorang masih belum terima tuntutan yang kita buat sejak bulan lalu, 14 ADUN PAS lain juga sama," katanya dipetik Berita Harian Online.
 
Mengulas lanjut, Sallehin berkata, beliau sendiri pernah menghubungi pejabat daerah bertanyakan mengenai peruntukan terbabit, namun tiada jawapan kukuh diberikan.
 
"Jumaat lalu, saya menghubungi pejabat daerah untuk mengetahui status peruntukan daripada kerajaan negeri tetapi jawapan yang diberikan ialah peruntukan belum turun (belum dapat).
 
"Saya tidak tahu mengenai ADUN dari parti lain, katanya ada juga yang sudah terima, ada yang masih belum," katanya.
 
Isu mengenai peruntukan itu timbul bulan lalu apabila Sallehen dilaporkan berkata, kerajaan Selangor pimpinan PKR membekukan peruntukan untuk ADUN PAS, seperti dimaklumkan kepadanya oleh unit perancangan ekonomi negeri.
 
Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu maklum balas ringkas kepada NST berkata dakwaan itu tidak 'tidak benar' dan 'dakwaan tidak berasas'.
 
 

Orang Asli Tohoi setuju pindah untuk pembinaan loji hidro

 
Pengerusi JKKKOA Pos Tohoi, Zainal Cali berkata persetujuan itu dicapai dalam perbincangan antara penduduk dan pengurusan TNB baru-baru ini.


orang-asli
Gambar Facebook


GUA MUSANG: Lebih 300 keluarga Orang Asli di Pos Tohoi di sini, bersetuju berpindah ke kampung baharu yang dicadangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memberi laluan kepada pembinaan projek jana kuasa mini hidroelektrik.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Pos Tohoi, Zainal Cali berkata persetujuan itu dicapai dalam perbincangan antara penduduk dan pengurusan TNB baru-baru ini.

“Perpindahan ke kampung baharu tersebut akan dilakukan sebaik pembinaan rumah siap termasuk disediakan kemudahan jalan, elektrik dan air bersih supaya dapat tinggal dalam keadaan selesa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pos Tohoi.

Zainal berkata sebelum ini penduduk membantah cadangan pembinaan projek tersebut di Sungai Perias, Pos Tohoi kerana bakal mengundang banyak masalah terutama terdedah kepada kejadian banjir dan pencemaran bekalan air untuk masyarakat itu.

“Selepas menerima penjelasan berhubung perkara itu daripada TNB, kami semua bersetuju pindah ke kampung baharu di atas bukit berdekatan yang lebih selamat,” katanya.

Zainal berkata kampung asal kaum itu diwujudkan nenek moyang mereka berpuluh tahun lalu.

Beliau berkata pihaknya akan sentiasa memantau pelaksanaan projek tersebut supaya ia tidak menjejaskan sumber pendapatan dan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Ab Aziz Yusof berkata pembinaan projek berkenaan sudah lama dicadangkan TNB untuk faedah penduduk Orang Asli dan penduduk lain sekitarnya.

Beliau berkata penduduk Orang Asli yang terbabit dengan kawasan pembinaan projek berkenaan hendaklah memberi kerjasama berdasarkan perjanjian dimeterai kedua-dua pihak.

DAP mahu Jakoa diganti badan diketuai Orang Asli



lim-kit-siang-orang-asli
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang pada dialog dengan Orang Asli di Cameron Highlands. (Gambar Facebook)


KUALA LUMPUR: Sambil menyuarakan kekecewaan terhadap status Orang Asli, Lim Kit Siang berkata DAP akan mendesak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) diganti dengan badan diketuai Orang Asli.

Ketua Ahli Parlimen DAP berkata partinya juga akan mencadangkan Orang Asli dilantik sebagai timbalan menteri jika Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata sedemikian pada dialog bersama Orang Asli di Kampong Ranau, Tanah Rata, Cameron Highlands semalam.

Komitmen disuarakan susulan permintaan masyarakat Orang Asli di Pos Menson, iaitu jika PH mengambil alih kuasa, Jakoa akan dihapuskan dan digantikan dengan “lembaga pembiayaan Orang Asli” yang terdiri daripada Orang Asli.

Masyarakat itu berkata Jakoa tidak berkesan dan tidak menjaga kepentingan Orang Asli dalam aktivitinya.

“Saya menyokong penuh permintaan menghapuskan Jakoa dan menggantikannya dengan satu badan diketuai Orang Asli, untuk menjadi pelopor dalam usaha penambahbaikan kehidupan Orang Asli dalam pembangunan arus perdana di Malaysia,” kata Lim.

Katanya, Jakoa dan kerajaan gagal menambah baik kehidupan masyarakat Orang Asli, sambil menambah, sangat sedikit jumlah Orang Asli yang memegang jawatan kanan dalam Jakoa atau dalam perkhidmatan awam secara keseluruhannya.

“Menurut jawapan di Parlimen baru-baru ini, daripada jumlah 998 kakitangan dalam Jakoa, hanya 111 adalah Orang Asli. Hanya seorang berada di kedudukan ‘pengurusan dan profesional’. Yang lain hanyalah kakitangan sokongan dan rendah.

“Ini sangat memalukan dan menunjukkan kegagalan Jakoa mewakili sebahagian besar masyarakat Orang Asli.”

Lim berkata selepas 6 dekad negara mengecapi kemerdekaan, sekurang-kurangnya 3/4 daripada kakitangan Jakoa diwakili Orang Asli, bukan hanya 11% buat masa sekarang.

Dalam perkhidmatan awam pula, terdapat 1,352 Orang Asli tetapi hanya 172 daripada mereka dalam kumpulan pengurusan dan profesional, kebanyakannya dalam perkhidmatan mengajar. Hanya seorang memegang jawatan tinggi dalam pengurusan.

“Sebab itulah DAP akan ambil langkah lanjut. Jika kami berjaya tawan Putrajaya pada PRU14, kami akan cadangkan kepada PH untuk melantik Orang Asli sebagai timbalan menteri, dan Orang Asli menjadi ketua lembaga baharu yang menggantikan Jakoa, dan bersama bertanggungjawab menjadi pelopor meningkatkan pembangunan arus perdana masyarakat Orang Asli .”

Tambah Lim, pada Isnin lalu di Gua Musang, seramai 230 Orang Asli memohon menjadi ahli DAP di cawangan DAP baharu di Kampong Parit, Kuala Betis.

Katanya, beliau melawat sekatan yang dibina Orang Asli Temiar di kawasan itu kerana membantah kegiatan pembalakan yang menjejaskan keberlangsungan hidup mereka.

Beliau menggesa kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan menubuhkan suruhanjaya inkuiri secara bersama untuk secara saksama menyelesaikan sungutan Orang Asli terhadap pembalakan di Gua Musang.

“Masyarakat Orang Asli Temiar tidak harus dianggap atau dilayan seperti penjenayah atau orang jahat kerana mereka hanya melindungi hak sebagai rakyat Malaysia secara sah.

“Kerajaan persekutuan dan negeri tidak harus lupa, Orang Asli, khususnya masyarakat Temiar, berperanan penting dalam peperangan menentang pejuang komunis.”

Kata Lim, ratusan Orang Asli Temiar direkrut British, kemudian kerajaan Tanah Melayu, untuk membentuk angkatan Senoi Praaq, satu unit khas polis yang ditugaskan untuk mengesan gerila komunis di hutan sepanjang sempadan Thai-Malaysia.

Jabatan Peguam Negara mahu batal saman Dr M berhubung laporan RCI



mahathir-pc-1 (1)


KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara memohon untuk membatalkan saman pemula difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menuntut deklarasi Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an tidak sah dan terbatal.

Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob berkata permohonan itu dibuat atas 2 alasan iaitu Dr Mahathir selaku plaintif tidak mempunyai kausa tindakan munasabah untuk memfailkan tindakan tersebut dan mahkamah tidak boleh mengambil tindakan terhadap suruhanjaya berkenaan.

“Mahkamah tetapkan 19 April ini untuk pendengaran permohonan tersebut,” katanya yang ditemui pemberita selepas pengurusan kes itu di di kamar hakim Datuk Azizah Nawawi hari ini.

Mazlifah yang bertindak bagi pihak AGC berkata permohonan membatalkan saman pemula itu difailkan pada 19 Disember 2017.

Pada awal Disember 2017, pengerusi Pakatan Harapan itu memfailkan saman pemula dengan menamakan Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ahli panel suruhanjaya iaitu Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathanan, Datuk Dr Yusof Ismail selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan jemaah menteri serta kerajaan sebagai defendan pertama hingga ke-9.

Dalam samannya, Dr Mahathir memohon deklarasi bahawa mana-mana ”Laporan Siasatan Diraja” oleh mana-mana Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 hanya sah sekiranya mengandungi kesemua bahan ditampilkan pada keseluruhan prosiding suruhanjaya tersebut, termasuk kesemua penyata bertulis saksi yang dipanggil memberi keterangan pada prosiding RCI.

Beliau juga memohon deklarasi laporan suruhanjaya itu tidak sah dan/atau terbatal dan/atau tidak terpakai sama sekali atas alasan kegagalan dan/atau kecuaian semua defendan untuk memasukkan keseluruhan nota prosiding berkaitan keterangan lisan saksi yang dipanggil memberi keterangan sama ada transkripsi atau rakaman video, semua permohonan dan hujahan pihak-pihak sama ada hujahan bertulis atau lisan.

‘Saya ke Pekan kerana Najib ke Langkawi,’ kata Dr M



mahathir-mohamad-fmt-7


KUANTAN: Calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melakukan kempen terbaik di Parlimen Pekan, kubu kuat Perdana Menteri BN Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir secara berseloroh memberitahu pemberita bahawa beliau ke Pekan kerana Najib mengunjungi Langkawi, kawasan yang mendapat perhatian istimewanya semasa menjadi perdana menteri.

Parlimen di Kedah itu satu daripada 3 kerusi yang dikatakan dalam pertimbangan Dr Mahathir pada pilihan raya umum ke-14, selain Kubang Pasu, Kedah dan Putrajaya.

“Sebab mahu bagi tumpuan pada Pekan sebab Najib beri tumpuan di Langkawi. Saya mungkin akan bertanding di Putrajaya, mungkin di Kubang Pasu, atau di Raub (Pahang) mungkin,” katanya pada sidang media di Kuantan, kira-kira 46.0km dari kawasan Najib.

“Jangan takut…saya datang sini hanya untuk berbual dengan orang Pekan,” tambahnya.

Dr Mahathir berkata misi beliau di Pekan ialah untuk memujuk pengundi menolak Najib.

“Saya tahu Najib dari Pekan, orang tempatan, tetapi jika dia lakukan kesalahan dia harus ditolak.”

Sebelum ini media melaporkan Umno Pekan memberi amaran kepada bekas presiden mereka itu supaya membatalkan lawatannya kerana penduduk tidak berpuas hati dengan beliau kerana “berbohong kepada peneroka” ketika menjadi perdana menteri.

Pada 17 Februari lalu, Najib di Langkawi mengumumkan peruntukan RM1.315 bilion untuk 5 projek baharu di Langkawi bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Projek melibatkan pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi (RM500 juta), kuarters baru petugas kesihatan (RM135 juta), balai bomba dan kuarters baru di Padang Matsirat (RM30 juta), naik taraf Jalan Bulatan Lapangan Terbang-Pulapol Langkawi (RM50 juta) dan projek atasi masalah bekalan air (RM600 juta).

Selasa, 27 Februari 2018

#ZoukLofa: Naelofa Dilapor Kepada JAWI






MYNEWSHUB



KUALA LUMPUR – Berhubung kontroversi pelancaran koleksi hijab Be Lofa By Naelofar Hijab yang diadakan di sebuah kelab malam di ibu kota semalam (Isnin), Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, hari ini.

 

Menurut Setiausahanya, Sheikh Abd Kareem Sheikh Kadaeid, laporan itu dibuat untuk menyelamatkan maruah Islam yang tercalar gara-gara pemilihan lokasi majlis pelancaran tersebut.

Tambah Abd Kareem lagi, kenyataan balas Neelofa yang mengatakan dia enggan ambil pusing lagi tohmahan dan kata-kata nista yang dilemparkan oleh masyarakat terhadapnya berhubung isu ini wajar ditegur.

Video majlis pelancaran yang tersebar sejak semalam itu dilihat seperti merendahkan imej agama Islam yang begitu menitikberatkan aurat dan maruah wanita.



Setiausaha Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA)
Sheikh Abd Kareem Sheikh Kadaeid.


“Jika Neelofa tidak mahu ambil pusing nasihat masyarakat termasuk ulama, jadi lebih elok dia berdepan dengan undang-undang.

“Jika Neelofa tidak mahu fikir mengenai maruah Islam dan orang Melayu, apa akan jadi kepada anak bangsa kita yang cenderung untuk menjadikan selebriti sebagai ikutan,” katanya, dalam laporan oleh BH Online, di sini, hari ini.

Baca: Lancar Tudung Di Zouk, Lofa Ada Alasan Sendiri

 

Selepas majlis pelancaran koleksi tudung yang diadakan serentak dengan sambutan hari jadinya yang ke-29 itu, Neelofa akui dia tidak mahu mempedulikan pandangan masyarakat terhadapnya.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” katanya ketika ditemui pihak media. – MYNEWSHUB.CC

LIHAT VIDEO DI SINI:
NO.1
NO.2

Mengapa Najib dan Dr M perlu berentap di Putrajaya

DETIK DAILY

 
Oleh Timmy Say

Tiada siapa yang boleh kalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan. Malah, boleh dikatakan BN boleh meletakkan sesiapa saja di Pekan, calon ini akan menang.

Jadi, perlukah PM bertanding di Pekan? Kawasan-kawasan selamat sebegini sepatutnya diberikan kepada orang baru.

Sebagai PM dan jeneral perang utama, Najib patut memilih kawasan yang lebih simbolik dan mencabar, sesuai dengan kedudukannya. Sebagai orang yang mentadbir Putrajaya, tiada tempat yang lebih sesuai daripada Pekan untuk PM, selain Putrajaya.

Di manakah pula Tun Dr Mahathir Mohamad hendak bertanding? Ura-uranya di Langkawi. Tetapi, minggu lepas ada berita yang melaporkan mungkin di Sembrong, mungkin di Lembah Pantai. Sebenarnya semua cadangan itu tidak sesuai.

Sebagai arkitek minda yang membina Putrajaya dan menjadi pengerusi Pakatan Harapan yang ingin merampas Putrajaya, dari segi simbolik dan persepsinya, Dr Mahathir seharusnya dicalonkan di Putrajaya.

Sebenarnya, pertelingkahan antara Dr Mahathir dan Najib kini hanya dapat diselesaikan di medan pilihan raya.

Pertarungan caci-mencaci, kritik-mengkritik, sindir-menyindir serta pertarungan ego antara mereka berdua sangat meletihkan negara dan rakyat.

Bayangkan Najib memilih makan quinoa pun menjadi modal kepada Dr Mahathir untuk menyerang Najib.

Kalau nak dijadikan isu, bukankah tindakan Dr Mahathir meminta derma daripada rakyat, ketika rakyat mengetahui betapa kaya semua anaknya jauh lebih menunjukkan beliau tidak dapat menyelami perasaan meluat rakyat terhadap sikap hipokrit yang ditunjukkan para ahli politik saban hari.

Sudah tiba masanya, rakyat perlu diselamatkan daripada politik toksik sebegini.

Oleh itu, antara Najib dan Dr Mahathir, mesti ada satu yang perlu tumbang di pilihan raya umum ke-14, barulah perkara ini akan terhenti.

Putrajaya ialah satu kawasan Parlimen yang simbolik. Kawasan ini belum pernah jatuh daripada tangan BN sejak ianya diwujudkan Dr Mahathir.

Oleh itu, Dr Mahathir perlu bertanding di Putrajaya untuk merobohkan benteng BN dan Najib perlu ke Putrajaya untuk mempertahankannya daripada serangan Dr Mahathir.

Jika Dr Mahathir menang, maka ia bermakna beliau berjaya menggulingkan Najib daripada Putrajaya meskipun Pakatan Harapan tewas.

Jika Najib menang, maka ia bermakna beliau akhirnya dapat mengundurkan Dr Mahathir untuk bersara buat selamanya.

Jika ada calon PM ke-3, beliau dialu-alukan untuk berentap di Putrajaya bersama Dr Mahathir dan Najib.

Biarlah kerusi Putrajaya ini dikhaskan kepada semua calon PM untuk bertanding. Setakat ini, sejarah menunjukkan sesiapa yang memenangi kawasan Parlimen Putrajaya setakat ini, memang akan menguasai “Putrajaya” secara mutlaknya.

Diharapkan para pimpinan BN dan PH yang cintakan negara dapat memastikan Najib dan Dr Mahathir berentap di Putrajaya.

Jika kedua-duanya bertanding dengan ikan kecil di kawasan yang dianggap selamat, kemungkinan kedua-duanya akan menang.

Tetapi, keputusan sebegitu akan menyebabkan pertelingkahan antara mereka berterusan dan negara akan terus diselaputi atmosfera negatif akibat pergaduhan kedua-dua tokoh ini. Akhirnya, rakyat juga yang susah.

Anuar Tahir, pakar di belakang penubuhan PKR dan Amanah

DETIK DAILY

 
Oleh Zulkifli Sulong

RAMAI tidak tahu, Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir sekarang merupakan setiausaha agung Parti Keadilan Nasional (PKN) yang pertama.

Malah kerana kepakaran dan hubungan peribadi beliaulah, parti Amanah dan PKN (sebelum ditukar kepada PKR) berjaya ditubuhkan dengan cepat selepas era Reformasi dalam Umno dan perpecahan dalam PAS.

Beliau adalah antara nama besar yang sedang diketengahkan parti serpihan PAS itu untuk menjadi calon Amanah di peringkat nasional.

Anuar bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalannya Salahudin Ayub, Naib-naib Presiden Mujahid Yusof, Hasanudin Mohd Yunus, Hassan Baharom dan Husam Musa serta Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Pengarah Pilihan Raya Dr Hatta Ramli dan Pengarah Kanun Mohamed Hanipa Maidin adalah nama besar parti itu yang sedang diusahakan untuk berada di Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Anuar sendiri disebut-sebut menjadi calon popular untuk bertanding di Parlimen Temerloh, Pahang, satu-satunya kerusi Parlimen Amanah di negeri itu.

Turut disebut bertanding di kerusi Temerloh adalah Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Pengarah Pilihan Raya Amanah Dr Mohamad Hatta Ramli.

Namun, Anuar sendiri tidak boleh mengesahkannya kerana ia masih terlalu awal untuk mengatakan beliau akan bertanding di sana.

"Itu belum pasti. Parti belum membuat apa-apa keputusan lagi," kata Anuar ketika ditanya  mengenai khabar angin itu.

"Saya juga disebut-sebut untuk bertanding di kerusi negeri di Selangor," kata anak kelahiran Perlis Indera Kayangan yang mendapat ijazah pertama dalam bidang sosiologi dari sebuah universiti di Amerika Syarikat.

Selepas Anwar dipecat dari Umno, Anuar turut meninggalkan parti Melayu itu dan menjadi tulang belakang penubuhan ADIL, sebuah NGO yang memperjuangkan tuntutan keadilan untuk Anwar.
Dari NGO ADIL itulah mereka menubuhkan PKN dengan Anuar menjadi setiausaha agung pertamanya.

"Saya ambil alih sebuah parti bernama Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (Ikatan) secara senyap ketika itu. Kemudian kami tukar nama kepada PKN, tukar simbul dan syarat ahlinya dari Islam sahaja kepada warganegara Malaysia," kata Anuar menceritakan bagaimana beliau membentuk PKN.

Menggunakan pengalaman yang sama jugalah, Anuar membentuk Amanah selepas beliau dan rakan-rakannya ditendang keluar dari PAS.

"Orang yang pertama menyatakan kesungguhan untuk menubuhkan parti baru adalah peguam PAS ketika itu, Hanipa Maidin.

"Bermula dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai badan penggerak, kami kemudiannya menubuhkan parti politik.

"Kami ambil Parti Pekerja Malaysia, tukar nama dan simbol pada mulanya. Kemudiannya kami tukar keseluruhan parti itu menjadi Parti Amanah Negara (Amanah) yang ada sekarang," katanya.
Anuar mula bertanding pilihan raya pada 1999 sebagai calon Parti Keadilan Nasional (PKN) di Padang Besar Perlis.

Namun, pada 2004 beliau menyertai PAS selepas berlaku krisis dalam PKR dan dilantik sebagai AJK PAS Pusat sehinggalah beliau dan rakan-rakan golongan profesional dalam PAS dihalau keluar dari parti itu pada Muktamar PAS 2015.

Bermula dengan PRU2004, 2008 hingga ke PRU2013, Anuar bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis dan beliau dicadangkan sebagai menteri besar jika di PAS menang di negeri itu.

"Saya hanya sekali saja bertanding di kerusi Parlimen iaitu pada 1999, selepas itu semuanya di kerusi negeri tetapi belum menang lagi.

"Harap-harap kali ini boleh menang," katanya.

Pada 1994, Anuar menyertai Umno bagi membantu bosnya, Anwar Ibrahim yang menyertai Umno sebelum itu. Namun beliau meninggalkan Umno pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat.

Sebelum menyertai politik, beliau memegang beberapa jawatan penting dalam ABIM.

Jawatan yang paling lama beliau pegang adalah setiausaha agung ABIM, sebuah jawatan yang menentukan jatuh bangun pentadbiran NGO Islam yang banyak melahirkan tokoh berpengaruh dalam politik negara, termasuk Anwar Ibrahim.

Jawatan terakhir yang beliau pegang adalah naib presiden antarabangsa ABIM yang mendedahkan beliau kepada dunia antarabangsa khasnya di kalangan negara OIC.

Ketika PAS memerintah Kedah daripada 2008 hingga 2013, Anuar mengetuai beberapa badan perniagaan yang ditubuhkan kerajaan termasuk menjadi pengarah urusan Kedah Agro Industries Berhad, Kedah Agro Biotech Sdn Bhd, Kedah Agro Livestock Sdn BHd, Kedah Agro Cashcrop Sdn BHd, Kedah Agro Plantation Sdn Bhd dan Kedah Agro Aquaculture Sdn Bhd. 
 
 

Skandal Tanah Ijok : Apa Perjanjian Azmin Dengan Khairuddin

 
 



Aktivis politik yang sebelum ini dipecat dari PKR berikutan tindakannya mendedahkan salahlaku dan rasuah Datuk Seri Azmin Ali, Badrul Hisham Shaharin (Che’GuBard), mendedahkan mengenai kaitan Khairuddin Abu Hassan dengan skandal tanah Ijok di Selangor.

Pendedahan demi pendedahan dilakukan mengenai bagaimana dua syarikat yang gagal melaksanakan projek pembangunan menerima semula tanah biarpun Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengenepikan tuntutan mereka.

Malah, kedua-dua syarikat terbabit turut menerima ‘durian runtuh’ atas angin apabila mengaut perolehan RM810 juta tanpa perlu membuat apa-apa.

Apakah ‘perjanjian’ antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dengan Khairuddin Abu Hassan?

LIHAT VIDEO DI SINI


Kenyataan Ku Li bersifat dendam politik

DETIK DAILY



KOTA BHARU: Kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah yang mendakwa Kelantan mundur memperlihatkan dendam pemimpin terbabit terhadap PAS.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kenyataan bekas Presiden Semangat 46 itu hanya bersifat politik.

Menurutnya, kenyataan terbabit sebagai mengarut serta lebih kepada dendam politik sehingga mahu menafikan fakta sebenar.

“Berdasar maklumat Jabatan Perangkaan penduduk Kelantan sekarang seramai 1.7 juta orang, namun pemimpin Umno terbabit pula menyebut seramai 1.2 juta,” ujarnya pada program penyampaian dermasiswa anjuran Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan (Purnama) di Gelanggang Seni hari ini.

Hadir sama Pengerusi Purnama, Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid dan wakil-wakil rakyat.
Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh baru-baru ini mendakwa hampir separuh daripada 1.2 juta rakyat Kelantan berhijrah. wa hampir separuh daripada 1.2 juta rakyat Kelantan berhijrah.

Matinya Dewan Bahasa dan Pustaka

DETK DAILY

 
Oleh Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir

 SASTERA, seni dan budaya sebenarnya memainkan peranan yang teramat penting menjadi pemangkin kesedaran masyarakat dalam membina sesebuah negara bangsa.

Persuratan atau penulisan selaku "sub" atau cabang peranan sastera sebagai contoh adalah wadah yang nyata memainkan peranan membangunkan kesedaran khalayak, yang pernah dan berterusan mampu membangkitkan semangat nasionalisme, menyemarakkan api perjuangan membangun negara.

Tanah darah tercinta ini suatu masa mempunyai barisan pejuang watan seperti Usman Awang, Keris Mas, Pak Sakho, A. Samad Ismail, Wijaya Mala, Ahmad Boestamam dan ramai lagi yang menjadikan penulisan dan sastera sebagai pemeras minda masyarakat untuk maju membangun mengorak perubahan.

Mereka malah pada zaman pra-kemerdekaan, membaja semangat nasionalis di jiwa rakyat memperjuangkan kemerdekaan di mana sebahagian dari mereka ini merupakan penubuh gerakan Asas 50 yang menjadikan slogan "Sastera Untuk Masyarakat" sebagai kata keramat untuk meneruskan derap langkah perjuangan dan ternyata gerakan mereka menyinari khalayak.

Namun, kesan daripada sistem usang yang dibawa oleh pemerintahan Umno sekian lama dan lebih tampak hari ini yang semata-mata mencorak akademik dengan mengejar "ranking" ternyata jauh sekali menatang nilai keilmuan, dan telah menyebabkan peranan sastera serta budaya mati!

Masyarakat dipaksa dan diasuh mencari kepentingan akademik dengan mengejar kedudukan semata untuk menggapai "status quo" yang tanpa arah melalui sistem pendidikan kita hari ini yang terlalu memenjarakan pemikiran dan menghasilkan terlalu ramai robot.

Ya, ramai golongan "academia" atau terpelajar bukanlah bererti ramainya golongan pemikir yang akhirnya sistem ini terbukti lebih mencipta kelompok yang mewujudkan pemikiran kelas tanpa kita sedar! Perlu disedarkan bahawa keilmuan dan akademik adalah dua perkara yang berbeza.
Tiada guna jika terlalu ramai yang punyai PhD, namun segenap kajian tidak banyak membawa kesan kepada pembangunan nusa dan bangsa.

Ia sekadar "cukup ada" bagi mendapatkan gelaran Doktor Falsafah yang hakikatnya demi kelangsungan hidup kesan bukaan pekerjaan yang semakin tertutup, atau medan menambah-baik kehidupan diri maka meneruskan pengajian dijadikan jalan keluar seterusnya melahirkan ramai lagi insan seperti mereka dalam satu kitaran.

Jurnal-jurnal yang sememangnya baik tidak membawa kepada perubahan minda dan pembangunan masyarakat, kerana gapaiannya terlalu jauh di menara gading, tidak seperti "zine" yang lebih dekat dengan kelompok marhaen dan marjinal! Maka pemikiran kelas semakin terwujud.

Malah apabila terlalu lama di menara gading mungkin, sehingga ramai yang lupa akan dataran dan lembah gersang, hinggakan ranah ini seakan tandus dengan ilmuan sejati yang berani memangkin semangat membangun jiwa masyarakat. Hilangnya jiwa-jiwa seperti Syed Hussein Alatas.

Teringat bait-bait puisi Widji Thukul, "Apa guna baca banyak buku, kalau mulut kau bungkam melulu!"

Saya yakin, hilangnya peranan sastera dan budaya dalam mencorak pemikiran dan pembangunan masyarakat menyumbang kepada keruntuhan sistem khususnya sistem pendidikan kita yang mampu diibaratkan seperti jasad tanpa roh! Dan itulah sistem kita hari ini.

Tidak lupa, apabila sistem pendidikan kita juga terlalu fokus memberi penekanan kepada sains, teknologi dan matematik sahaja.

Tidak salah dan sememangnya ini penting, pun begitu pengajian kesusasteraan, kesenian, sains sosial dan kemanusiaan sebagai contoh, ditonjolkan adalah untuk mereka yang kononnya berada di kelas-kelas terkebelakang dan seakan "low class", dan ini menyumbang kepada pemikiran kelas atau kasta di kalangan masyarakat.

Kerajaan dengan sistem sedia ada malah gagal untuk meneroka peluang pekerjaan buat para graduan dalam bidang-bidang tersebut sedang di negara-negara eropah dan di barat fokus begitu banyak diberikan dan bukaan industri wujud bagi menempatkan graduan.

Malah di sana, kursus sebegini diangkat kerana siswanya adalah dalam kelompok mereka yang mempunyai minda yang hebat dan tajam kerana mereka inilah yang bakal bergraduasi dan menjadi para filsuf atau pemikir dalam mencorak rukun masyarakat.

Mereka inilah seharusnya minda pemikir dalam kalangan ilmuan tanahair yang seharusnya persis Ibn-Khaldun, Aristotle dan Plato namun sayang sistem pendidikan kita nyata merendahkan mereka, dan gagal secara total!

DBP sudah mati

Permasalahan yang meruncing dalam sistem di tanah pusaka kita ini sepertimana yang diutarakan saya yakin terwujud dek kerana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah mati!

Dahulu, sosok pemikir dan pejuang tanahair seperti nama-nama yang disebut di atas ada yang menjadi tunjang kepada pembentukan dan pembangunan DBP.

Ia suatu masa pernah menjadi sarang kepada para nasionalis untuk menterjemah buah fikiran mereka membangun dan mendidik pemikiran masyarakat dalam acuan budaya Malaysia yang pelbagai.

Namun hari ini DBP lumpuh, masyarakat lebih mengenal DBP hanya sebagai "kamus"!

Sedang peranan DBP itu begitu besar menjadi ejen pendesak dalam kalangan insan-insan yang berjiwa rakyat dan cintakan negara. Desakan dan peranan mereka jauh melangkau aspek bahasa semata, menggunakan persuratan, penulisan ataupun sastera sebagai medan kritik ke atas sistem dan kecurangan yang dilakukan pemerintah.

Karya-karya DBP jauh bukan seperti jurnal-jurnal di menara gading yang tak mampu digapai oleh masyarakat hari ini, namun bersifat 'zine' dan marhaen penuh keilmuan yang membawa kesedaran.
Matinya DBP, menyebabkan estetika sastera dan budaya dalam acuan membangun negara bangsa telah lenyap. Nah! Lihatlah karya hari ini, saya tidak mahu mengkritik jauh, namun tepuk dada tanya jiwa!

Adakah benar penulisan dan persuratan yang mudah digapai dan seringkali dibaca hari ini benar-benar mampu mencorak dan membangun jiwa anak bangsa?

Kerana matinya DBP dengan isi dan peranannya untuk mendidik masyarakat dalam sudut pembacaan dan juga fungsi lainnya telah membawa kita kepada kancah hari ini.

Lihatlah jiran kita Indonesia, legasi keilmuan melalui peranan kesusasteraan mereka meresap generasi ke generasi!

Chairil Anwar nyata "hidup 1,000 tahun" dalam jelmaan yang pelbagai, dan hari ini sebagai contoh melalui sosok seperti Ayu Utami seorang yang turut mengarang kisah cinta mungkin seperti kebanyakan penulis di Malaysia.

Namun, ceritanya sering mendidik dan memperjuangkan soal feminisme sebagai kritik sosial masyarakat dan yang paling penting senantiasa menzahirkan kecintaan terhadap negara!

Entah bila kita mampu dengar naskhah atau skrip dialog filem cinta karyawan Malaysia yang akan berbunyi, "Aku cintakan negaraku lebih dari aku cintakan dirimu!", jauh sekali jika nak dibandingkan dalam filem Ayat-Ayat Cinta 2 baru-baru ini sebagai contoh yang apabila dalam salah satu babak yang menzahirkan begitu bangga kecintaan terhadap Indonesia apabila si 'hero' mengatakan "Pancasila itu ada di sini (hati), namun Bhinneka Tunggal Ika ada dimana-mana."

Sememangnya jauh, bayangkan Yahudi pun bertutur bahasa Indonesia. Sedangkan filem kita lebih gemar tonjolkan bahasa penjajah! Inilah antara peranan kecil DBP yang hilang, dan mati!

Mungkin para pejuang yang benar cintakan negara perlu kembali menghidupkan DBP sebagai sarang dalam mencorak masyarakat dan membangun negara, sarang para nasionalis!

Ingin saya tamatkan penulisan ini dengan sedikit rangkap bait lagu DBP dalam menggambarkan betapa besarnya tanggungjawab perjuangan tang pernah ditinggalkan para nasionalis sebelum kita!

Hayatilah...
"Dewan Bahasa tenaga jiwa bangsa,
Nama dari suatu sejarah,
Api dari suatu zaman,
Kesaktian lidah rakyat...

... Dewan Bahasa kau obor kebangsaan,
Restu dari jiwa pahlawan,
Nyala membakar semangat rakyat,
Kau abadi dan keramat... "


* Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir adalah Exco Pemuda Pakatan Harapan (Pendidikan) dan Exco Pemuda Bersatu (Pendidikan).
 
 

Faekah Desak Azmin Dedah Semua Dokumen Isu Tanah Ijok

 
 


“Pendekatan ‘runding tepi kerajaan Selangor membuka ruang untuk tawaran di bawah meja. ”

Pada hujung minggu sempat saya membaca tulisan dari Pegawai Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong, YB R Sivarasa daripada Tetuan Daim & Gamany serta pemimpin PAN Dr Dzulkifli Ahmad yang cuba menjawab persoalan yang ditimbulkan berkenaan skandal Tanah Ijok

Selain daripada keterangan mereka bertiga , saya juga sempat membaca komen-komen dalan media sosial yang turut sama mahu memberi penerangan tetapi tidak kurang juga ada leteran serta cacian khusus kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sungguh panjang lebar, terbelit sampai nak terkeliat tulang belakang memberi penerangan, atau lebih tepat mahu menegak benang yang basah.

Dalam kenyataan pegawai MB, nama Tan Sri Khalid disebut sekurang-kurangnya sebanyak 20 kali. Lucu sungguh kerana ianya menggambarkan betapa rendahnya tahap keyakinan sendiri sehingga berhempas pulas cuba menyakinkan diri mereka dan juga rakyat bahawa mereka “lebih pandai” berbanding Tan Sri Khalid.

Malang sekali, di sebalik kenyataan yang berjela-jela serta serangan dan sindiran terhadap mantan Menteri Besar, tiada satupun fakta yang dapat menjelaskan isu pokok yang kita telah ketengahkan iaitu mengapa kerajaan negeri culas, bertindak secara cuai dengan memberhentikan proses mahkamah yang diambil terhadap pemaju curang meskipun Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada kerajaan Negeri?

Kedua, mengapa Menteri Besar memilih jalan yang menguntungkan dua syarikat gagal yang juga penyebab kepada seluruh kemelut tanah di Ijok? Dua persoalan ini tidak terjawab!

Tindakan runding tepi ini adalah tindakan pengecut dan sangat dikesali. Ia juga satu pengkhianatan “ breach of trust” terhadap amanah yang diberikan rakyat Selangor kepada Pakatan.

Malah tindakan pengecut ini juga telah membina satu “precedent” buruk terhadap intergriti kerajaan negeri. Mana perginya slogan PKR “Lawan Tetap Lawan” yang menjadi pegangan mereka?

Sebagai sebuah kerajaan, kita perlu tegas dan berani dalam melaksanakan undang-undang dan memastikan kepentingan rakyat terjaga. Kita tidak perlu takut untuk menentang dan menghukum mana-mana pihak yang jelas telah melanggar undang-undang dan mencabul hak rakyat dan negeri.

Jika pentadbir negeri takut dan akhirnya tidak bertindak mengikut undang-undang maka selepas ini makin banyak lagi individu yang berani melakukan pelanggaran kerana mereka tahu kerajaan itu lemah dan akan tunduk jika diasak.

Lebih dahsyat lagi jika rakyat berpandangan kerajaan itu bersedia runding tepi dan berkompromi jika kena pada harga dan caranya. Maka akan berleluasa kemungkaran dan kerosakan kepada rakyat dan negeri.

Menteri Besar juga gagal menunjukkan satu elemen utama di dalam mentadbir sebuah kerajaan yang bertanggungjawab iaitu ketelusan.

Mengapa mengambil pendekatan ‘runding tepi” di dalam menyelesaikan masalah tersebut dan sekadar melaungkan bahawa caranya itu adalah yang terbaik tanpa ada rasa tanggungjawab untuk mendedahkan butiran penyelesaian yang diambil. Cukupkah hanya sekadar memberitahu rakyat bahawa ianya adil dan menang-menang?

Kita bersyukur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mula meneliti dokumen-dokumen penting dan kita berharap SPRM akan membuat penyiasatan terperinci samada berlaku salahguna kuasa dan rasuah dan perlu dilihat juga samada telah berlaku jenayah pecah amanah di dalam kes ini.

Cuma dari butiran kenyataan Shao Loong dan Sivarasa (peguam yang berkepentingan di dalam transaksi tersebut), nampaknya seluruh transaksi yang dilakukan kerajaan negeri ini adalah proses menyelamat atau “White Knight”.

Persoalannya, bagaimana di dalam proses White Knight ini kerajaan negeri boleh memainkan peranan yang sangat besar walhal sepatutnya kerajaan negeri hendaklah berkecuali dan tidak boleh terlibat samada secara langsung atau tidak langsung di dalam proses tersebut.

Malah kerajaan negeri juga tidak boleh mendapat sebarang faedah dari proses White Knight.

Mengapa penglibatan kerajaan tidak dibenarkan dalam proses White Knight? Ianya kerana kerajaan negeri yang menentukan semua kelulusan berkenaan Pelan Pembangunan, nilai premium tanah dan tukar syarat, kelulusan tanah serta Nilai Kasar Pembangunan ( GDV).

Penglibatan kerajaan negeri memberi persepsi bahawa semua kelulusan pembangunan sudah di atur bagi pihak pembeli yang mereka dakwa sebagai “Pemaju Berwibawa”. Ianya juga membuka ruang kepada penjualan maklumat dalaman dan akhirnya berlaku tawaran di bawah meja.

Apatah lagi di dalam kes ini, dari pengamatan beberapa dokumen yang kita perolehi wujud juga fasal dalam perjanjian persetujuan bahawa tanah 2200 ekar hanya boleh dijual kepada Pemaju Berwibawa tersebut dan tidak kepada pihak lain.

Malah peguam juga ditetapkan iaitu hanya dari Tetuan Daim Gamany sahaja yang boleh bertindak sebagai peguam dalam transaksi penyelesaian tersebut. Banyak persoalan yang perlu diungkai demi ketelusan sebuah kerajaan negeri.

Justeru kita mencabar Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mendedahkan semua suratcara, perjanjian persetujuan di antara Peneroka dan Dua Syarikat Pemaju Gagal serta perjanjian di antara Peneroka dan Pemaju Berwibawa yang mereka pilih. Menteri Besar diminta menyahrahsiakan (declassify) semua surat, dokumen berkenaan dan mendedahkan kepada rakyat.

Bukankah Selangor telah meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat 2013 (FOI) di Dewan Negeri. Rakyat berhak mengetahui kerana ia melibatkan 3200 ekar tanah milik rakyat Selangor.

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM


Pengerusi PKR Sarawak Bela 4 Muslim Yang Mahu Murtad






Firma guaman Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian telah menyediakan peguam untuk mewakili empat orang muslim yang mahu murtad daripada agama Islam.

Melalui firma guaman Baru Bian Advocates And Solicitors, Pengerusi PKR Sarawak itu telah membekalkan peguam bagi mewakili keempat-empat muslim berkenaan.

“Esok Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan berkaitan Rayuan 4 orang Islam yang mahu murtad.

“Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa terhadap permohonan keluar Islam atau sebaliknya.

“Kesemua perayu diwakili oleh firma guaman Baru Bian.

“Kita bakal saksikan samada gerakan evangelis ini berjaya mempengaruhi mahkamah sivil atau tidak.

“Sama-sama kita berdoa agar kemenangan berpihak kepada umat Islam,”kata Azlan Ahmad dalam Facebook.

Menurut Azlan, Pengerusi PKR Sarawak itu boleh dianggap ketua gerakan evangelis di negeri itu berdasarkan enam modus operandi yang dilakukannya.
❗ Menggunakan pentas politik (beliau merupakan ADUN Ba’kelalan dan Pengerusi PKR Sarawak) dalam menyebarkan ajaran Kristian.
❗ Menawarkan bantuan guaman secara percuma bagi orang Islam yang mahu MURTAD (keluar dari Islam).
❗ MEMBANTAH tindakan KDN yang menyekat kemasukan 30,000 naskhah Bible Versi Bahasa Melayu ke Sarawak.
❗ Beliau antara individu yang memperjuangkan Kalimah ALLAH digunakan oleh penganut Kristian Malaysia.
❗ Menerbitkan buku berjudul “LONG AWAKENING” yang intipatinya secara terangan memuji ISRAEL.
❗ Pasukan Evangelis beliau bercita-cita mahu menjadikan Malaysia Sebuah Negara Kristian.

DAP Nafi Terima Dana Daripada Taikun Robert Kuok





Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menafikan partinya pernah menerima derma atau sumbangan daripada taikun Tan Sri Robert Kuok sepertimana dakwaan yang semakin bertiup kencang mutakhir ini.

Guan Eng berkata walaupun Kuok mempunyai hak demokrasi untuk menyokong dan menyumbang kepada mana-mana parti politik, namun beliau tidak tahu menahu jika sumbangan dana itu tidak disalurkan kepada DAP.

“Sebagai setiausaha agung, pemimpin nombor 1 dalam parti, saya tidak tahu dia pernah memberi sumbangan kepada DAP. Kalau ada, saya sudah berterima kasih.

“Saya tidak boleh berterima kasih kerana dia tidak beri kita wang. Tetapi mereka guna perkara ini untuk buli Robert Kuok.

“Kami mahu perdana menteri, Umno dan setiausaha agungnya tunjukkan bukti Kuok ada beri wang kepada DAP,” kata Guan Eng kepada pemberita di Komtar hari ini.

Guan Eng, anak saudara Robert Kuok (James Kuok) dan Dyana Sofea
Pada 23 Februari lalu, tulisan Raja Petra Kamaruddin di laman web Malaysia Today mendakwa individu terkaya di Malaysia itu telah menyalurkan dana kepada DAP melalui anak saudaranya James Kuok untuk membantu parti itu menewaskan BN pada PRU 14.

Dalam dakwaan itu Raja Petra menyiarkan gambar James bersama-sama Guan Eng dan gambar bersama Datuk Zaid Ibrahim di sebuah restoran.

James Kuok bagaimanapun menafikan menjadi orang tengah antara bapa saudaranya dengan DAP tersebut.

Anak Saudara Kuok itu bertegas dengan berkata beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan mendakwa Raja Petra telah mencuri gambar yang dimuatnaik di laman Facebook peribadinya.

Beliau juga menegaskan tiada sebarang hubungan kewangan dengan DAP.

“Benar, banyak kali saya duduk dan makan bersama pemimpin DAP. Mereka yang makan bersama saya juga tidak semestinya kroni DAP dan saya tidak peduli,” katanya.

James Kouk mendakwa Raja Petra sebagai “tidak mengenang budi” kerana tidak menghargai bantuan yang dihulurkannya sebanyak dua kali sebelum ini.

“Apabila dia keluar ISA, saya anjurkan makan malam untuknya…Dan saya mula mengenalinya,”katanya

Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang




Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang

Kekecewaan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man terhadap segelintir Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa menentang kerajaan dibalas cabaran debat atau  letak jawatan oleh pimpinan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).

Setiausaha Agung Patriot Mejar Udara (B) Mior Rosli Mior Jaafar berkata, sebagai seorang ahli politik Azlan sepatutnya sedia maklum mengenai Perkara 41 dan juga Perkara 137 Perlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Untuk pengetahuan Azlan, anggota Tentera berkhidmat untuk Raja Dan Negara.

“Kalau tak faham sila baca perlembagaan persekutuan Perkara 41 Dan juga perkara 137.

“Kalau ini juga tak paham,letak jawatan dari jadi Menteri besar.

“Susah kalau orang buta undang-undang macam kamu jadi menteri besar,” tempelaknya.

Datuk Seri Azlan Man

Beliau dipercayai mengulas kenyataan di buat Azlan ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan ke 9/2018 Persatuan Kebajikan Veteran 9 Rejimen Renjer Diraja (RRD) di Kangar Sabtu lalu.

Azlan berkata, beliau dukacitakan  ada antara mereka berpangkat tinggi semasa berada dalam perkhidmatan.

Mereka disarankan sebaiknya menyuarakan perasaan tidak puas hati termasuk memberi teguran dan pandangan, bukan menunjukkan sikap menentang jika benar-benar ingin memperbaiki keadaan.

Mior Rosli lagi, menegaskan agar Azlan memaklumkan kepada Umno-BN supaya tidak meneruskan hasrat untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang membabitkan Parti Komunis China (PRC) sebagaimana yang dirancang oleh kerajaan hari ini.

“Satu lagi saya nak beritahu, bukan veteran yang harus ucapkan terima kasih kepada BN, sebaliknya BN yang harus berterima kasih kepada veteran kerana berkorban nyawa untuk mempertahankan Negara daripada dimusnahkan oleh parti Komunis Malaya.

“Saya nak beritahu Azlan, supaya pergi nasihat Umno supaya hentikan berkerjasama dengan parti Komunis China Dan Parti Komunis Vietnam.

“Dan beritahu bos kamu itu supaya hentikan menjual tanah Melayu ini kepada PRC.

“Kami Veteran tidak menentang kerajaan Di mana kami berkhidmat dulu. Kami mahu Selamatkan Malaysia, anak cucu Kami, Dan Rakyat Malaysia dari pemimpin2 kleptocracy dan menjual maruah Negara pada negara Yang pernah membantu Musuh Kita (PKM) dulu,” ujarnya.

Bahkan beliau  mendakwa BN hanya sekumpulan parti politik yang hanya pandai jadi perasuah dan kleptokrat.

“Kamu jangan kelirukan rakyat dan veteran bahawa BN itu kerajaan dan Kerajaan itu BN.

“Saya rasa kamu harus pergi sekolah balik.

“Orang politik 5 tahun sekali, bertanding untuk jadi Ketua dalam kerajaan. Jika dia kalah dia tidak layak duduk dalam kerajaan.

“Kerajaan tidak berubah Walaupun parti politik berubah,” ujarnya dalam kenyataan.

Mior Rosli turut mendakwa BN juga merosakkan ATM dan menipu veteran sejak 1963 dan bersedia berdebat dengan Azlan untuk membuktikan kebenaran apa yang berlaku selama 55 tahun itu.

“Kalau kamu berani, saya cabar kamu untuk berdebat dengan saya secara terbuka Di RTM bila-bila masa sahaja,” ujarnya yang mempersoalkan kenyataan Azlan bahawa kerajaan BN sentiasa mengambil berat kebajikan bekas anggota ATM dan keluarga mereka samada semasa mereka masih bertugas atau selepas tamat perkhidmatan.

Mahkamah Syariah Sarawak boleh kendalikan kes murtad




Mahkamah Syariah Sarawak boleh kendalikan kes murtad
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak untuk mengendalikan kes murtad.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin berkata mahkamah sebulat suara mencapai keputusan untuk menolak rayuan empat orang Sarawak bagi mahkamah sivil mendengar kes murtad mereka dan memutuskan ia tiada merit terhadapnya.

 Beliau berkata mahkamah menolak rayuan itu tanpa kos dan memutuskan isu yang dibangkitkan telah diselesaikan dalam kes-kes mahkamah yang lain.
 
Katanya walaupun tiada peruntukan bagi murtad tetapi ada peruntukan atas perkara mengenai tindakan memeluk Islam yang bererti Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa terhadap isu murtad.

Beliau berkata terdapat Seksyen 68 dan 69 Ordinan Majlis Islam Sarawak yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah Sarawak untuk mendengar perkara berhubung isu murtad dalam Islam.

Lima anggota panel hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang, terdiri daripada presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan Hakim Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan dan Tan Sri Ramly Ali.

Semalam mahkamah mendengar penghujahan para peguam tentang sama ada Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa itu kerana tidak dinyatakan dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001 dan persoalan itu dibangkitkan oleh empat individu berkenaan yang memohon perintah mahkamah untuk membatalkan status mereka sebagai beragama Islam dan memaksa Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengiktiraf mereka sebagai beragama Kristian.

Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen meninggalkan lslam secara sukarela dan menganut Kristian sementara Tiong Choo Ting @ Mohd Syafiq Abdullah, keturunan Bidayuh Kristian yang memeluk Islam untuk berkahwin dengan wanita Islam, kemudian memutuskan untuk kembali menganut Kristian selepas isterinya meninggal dunia.

Dua orang lagi Salina Jau Abdullah keturunan Kayan/Kenyah Kristian yang memeluk Islam untuk berkahwin dengan lelaki Melayu Islam, kemudian menganut Kristian semula selepas bercerai, dan Jenny Peter @ Nur Muzdhalifah pula, seorang Melanau Kristian yang memeluk Islam untuk berkahwin seorang lelaki Islam juga memutuskan untuk kembali menganut Kristian selepas bercerai.

Keempat-empat mereka meminta interpretasi Mahkamah Persekutuan terhadap Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak 2001, dan menamakan pengarah Jabatan Islam Sarawak, Majlis Islam Sarawak, ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan kerajaan negeri sebagai responden.

Beberapa hari sebelum itu peguam mereka Baru Bian dilaporkan berkata jika benar Mahkamah Syariah Sarawak tiada kuasa sedemikian maka perkara itu akan kembali ke Mahkamah Tinggi dan jika Mahkamah Persekutuan menjawab persoalan undang-undang secara afirmatif, rayuan akan ditolak dan perayu akan kembali ke Mahkamah Syariah untu membuat permohonan keluar Islam.

Jangan sampai orang gelar Pak Aji temberang udah le

 
 
 Jangan sampai orang gelar Pak Aji temberang udah le


Sebuah media tempatan petik kenyataan presiden parti suci dari sumber berita parti suci sendiri yang mana beliau dilaporkan berkata haram sokong parti tu – yang semua orang tahu dia rujuk kepada parti DAP.

Alasan beliau antaranya adalah parti tu paling lantang dan ke hadapan menentang parti suci dalam usaha parti suci nak laksana Islam.

Beliau juga kata parti tu yang paling berani isytihar Malaysia adalah negara sekular.

Maaf lah Pak Aji. Saya lihat Pak Aji makin hari dah makin teruk merapu. Kesianlah sikit pada ahli bawah yang percaya kata-kata Pak Aji, seperti orang putih kata gospel truth.

Seperti kata arwah A.R. Tompel dalam filem “Do Re Me” dalam adegan di warung, “takkan lah pak Aji nak temberang!”

Pak Aji tuduh parti DAP tentang parti suci yang hendak laksanakan Islam, OK, nak tanya sikitlah Pak Aji: nak laksanakan Islam secara total ke atau hanya nak laksanakan juzuk tertentu dalam Islam je?

Janganlah main borong Pak Aji hoi!

DAP tentang kezaliman. Islam juga tentang kezaliman malahan cenderung pun tak boleh. So, haram juga lah sokong DAP ya?

Parti sarkas zalim, sokong kezaliman, buat banyak Akta zalim dan Pak Aji dan parti Pak Aji, semua orang tahu, kini rapat dengan parti sarkas tu.

Tak haram ke Pak Aji? Ulama silam kata jahit jubah al-Hajjaj yang zalim tu pun tak boleh haji. Istiqamah bagi “nyawa” pada rejim zalim macam mana ya Pak Aji?

DAP lawan rasuah, lawan salah guna kuasa, lawan pembaziran, lawan orang lanun wang rakyat, lawan parti yang tekan rakyat dengan cukai yang bebankan rakyat.

Dan itu juga, seperti Pak Aji arif, pendirian Islam. Dan itu juga, yang parti sarkas istiqamah buat dulu dan kini. Jadi, apa Pak Aji nak kata? DAP juga yang salah ke? Bukan parti sarkas?

Pak Aji kata DAP berani kata negara ni negara sekular. Hei, bukan dulu Pak Aji yang dok wirid begitu ke? Maaf, dah lupa ke Pak Aji hoi?

Tahukah Pak Aji ada satu kes di negara ni yang diputuskan oleh mantan hakim Mahkamah Agong, yang kini sokong dan ahli parti suci dan pernah jadi calon parti suci.

Tahu tak Pak Aji apa yang hakim tu kata dalam kes yang dipanggil kes Che Omar bin Che Soh lawan Public Prosecutor (1988) 2 MLJ 55?

Tak pe lah, saya habaq sikitlah Pak Aji. Dalam kes tu, Pak Aji, dua orang peguam bukan Islam, (M. Mura Raju dan Ramdas Tikamdas – dua-dua kawan baik saya Pak Aji ) berhujah hukuman mati di dalam Akta Dadah Merbahaya dan Akta Senjata Api 1971 adalah bercanggah dengan Islam lalu melanggar Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan kerana kesalahan itu, kata peguam-peguam bukan Islam tu bukan masuk dalam kesalahan hudud atau qisas.

Tahu tak Pak Aji yang hakim Islam itu (ahli parti suci) tolak hujah itu sebab hakim tu kata negara ni bukan negara Islam tapi negara sekular !! Salah DAP juga?

Kena adillah Pak Aji walau dengan orang yang kita benci sekali (al-ma’idah: 8).

Allah lebih tahu.