ANALISIS:
BN tumbang dek pukulan 'tsunami' dan 'gerilawan siber'
Oleh Amin Iskandar / Malaysiakini.com
TINJAUAN yang dibuat di beberapa buah negeri sewaktu kempen pilihanraya umum lalu, menyaksikan “jentera BN” tidak bergerak seperti sediakala. Di Selangor, Terengganu dan Kelantan, kempen BN tidak sehebat pilihanraya umum 2004.
Rakan-rakan di Kedah, Pahang, Perak dan Melaka menyuarakan ”kerisauan” mereka mengenai perihal jentera BN itu. Bilik gerakan BN dikatakan kosong dan pekerja parti tidak banyak kelihatan.
Macam-macam teori dikeluarkan dalam menganalisis strategi Umno dan BN. Ada yang mengatakan jentera BN tidak bergerak kerena tempoh kempen kali ini agak panjang (13 hari).
Malahan, ada yang berfikir bahawa BN telah membuat strategi baru yang tidak disedari pakatan pembangkang. Ramai juga yang percaya ketua bahagian Umno “menahan” peruntukan kerana mahu menggunakannya untuk pemilihan agung Umno yang bakal menjelang.
Tajol Rosli Ghazali mengesahkan teori yang pertama. Bekas menteri besar Perak itu - ketika ditanya oleh wartawan mengenai kelesuan kempen BN pada 1 Mac 2008 - dengan angkuhnya beliau berkata bahawa tempoh kempen pilihanraya terlalu panjang dan BN tidak memerlukan masa yang lama untuk berkempen.
“BN tidak perlu berkempen jika pembangkang tidak menabur fitnah. BN hanya turun untuk menjelaskan perkara sebenar bagi menangkis dakyah yang disebarkan pembangkang” katanya dengan penuh keyakinan. (Buletin Tengah Hari, TV3, 1 Mac 2008).
Mungkin kerana kenyataan 'sombong' yang dikeluarkan oleh Tajol Rosli itu, rakyat Perak telah menghukumnya dengan memberikan undi kepada pakatan pembangkang yang akhirnya menyaksikan, buat pertama kalinya, menteri besar Perak dilantik daripada parti yang bukan Umno.
Faktor Anwar Ibrahim
Selepas 10 tahun, inilah pertama kalinya Anwar Ibrahim berkempen dalam pilihanraya umum. Walaupun usianya telah meningkat, kehebatannya berpidato, tidak dapat dinafikan. Saya sempat menyaksikan siri ceramah Anwar di Machang, Kelantan. Ribuan manusia yang majoritinya “berkopiah putih” khusyuk mendengar pidato politik Anwar.
Mereka sesekali tergelak ketika Anwar berjenaka.
Di kalangan ribuan yang hadir itu, terdapat juga hadirin yang kelihatan seperti orang Umno. Untuk apa mereka datang, tidak dapat pula saya pastikan. Tetapi ada kemungkinan, orang Umno ini rindukan bekas timbalan presiden mereka.
Strategi Abdullah-Khairy membubarkan parlimen sebelum Anwar dibenarkan bertanding membawa padah. Tanpa mempunyai sebarang beban untuk “menjaga kawasan”, Anwar menjelajah ke seluruh negara. Jika Anwar dibenarkan bertanding, tidak mungkin beliau akan mempunyai banyak masa untuk bergerak sebegitu bebas.
Di setiap tempat yang Anwar pergi, pastinya dihadiri ribuan orang. Rakyat yang menghadiri ceramah Anwar terdiri daripada pelbagai kaum. Di sesetengah tempat, masyarakat Cina dan India kelihatan lebih ramai daripada orang Melayu.
Penerangan bekas menteri kewangan itu tentang bagaimana beliau akan menurunkan harga minyak jika pakatan pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara, mampu meyakinkan rakyat. Dengan fakta dan bahasa yang mudah, rakyat dapat memahami apa yang cuba diterangkan oleh Anwar.
Tahun lalu, dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Jocelyn Tan di akhbar The Star, kumpulan “tingkat empat” yang diketuai menantu Pak Lah mengatakan bahawa Anwar bukanlah lagi satu faktor bagi Umno untuk menghadapi pilihanraya. Khairy, Norza Zakaria dan Zaki Zahid yang mendakwa mereka mewakili generasi muda di Malaysia, yakin generasi yang mereka wakili tidak terpengaruh dengan Anwar.
Kesombongan kumpulan “tingkat empat” sampai ke kemuncaknya apabila Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria mencabar Anwar bertanding di mana-mana kerusi di Kuala Lumpur. Akan tetapi, Anwar tidak dapat menyambut cabaran itu kerana beliau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya sebelum 14 April 2008.
Tidak lama lagi, “pantang” bekas timbalan perdana menteri itu akan berakhir. Jika salah satu kerusi parlimen di Kuala Lumpur dikorbankan oleh mana-mana ahli parlimen pakatan pembangkang untuk Anwar bertanding, beranikah Norza berdepan dengannya?
Gerila Siber
Pembangunan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memerangkap pemerintah Malaysia. Rakyat Malaysia kini telah mempunyai satu ruang di mana mereka terdedah kepada pelbagai maklumat tanpa adanya sekatan.
Dengan adanya internet, penguasaan terhadap maklumat telah berjaya dipecahkan. Portal media seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Harakahdaily , KL Pos dan banyak lagi, telah menjadi media alternatif kepada rakyat Malaysia.
Dahulu, maklumat boleh dikawal sepenuhnya oleh Umno-BN. Rakyat Malaysia hanya dapat membaca, melihat dan mendengar berita-berita yang disajikan oleh media arus perdana.
Dengan adanya internet, penguasaan terhadap maklumat telah berjaya dipecahkan. Portal media seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Harakahdaily , KL Pos dan banyak lagi, telah menjadi media alternatif kepada rakyat Malaysia.
Tekanan dan cengkaman yang kuat pemerintah Malaysia terhadap rakyat, dengan menggunakan akta-akta tidak demokratik, telah malahirkan begitu ramai “gerilawan siber”.
Kelahiran gerila siber ini bertambah dari masa ke semasa sehinggakan pasukan “cybertrooper” tajaan Azalina Othman yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri Perlancongan, tidak berdaya untuk melawan.
Tanpa disuruh, gerila-gerila siber ini telah melahirkan ribuan laman untuk “menyerang” pemerintah BN. Teknologi blog telah menyebabkan perang gerila siber menjadi semakin hebat. Kurang dari 3 minit, sebuah blog sudah boleh dimulakan.
Kalau tak percaya sila layari http://sopo-sentral.blogspot.com, anda pasti akan terperanjat dengan lahirnya begitu banyak laman blog “sosio politik” di Malaysia.
Serangan demi serangan dari pelbagai penjuru, akhirnya merebahkan BN di beberapa negeri terutama di bandar-bandar yang mempunyai akses kepada internet. Contoh yang terbaik ialah di Kuala Lumpur di mana pakatan pembangkang berjaya menyapu sembilan daripada 10 kerusi parlimen. Bandar Shah Alam yang selama ini menjadi kubu kuat Umno, jatuh kepada PAS.
Hala tuju Umno dan BN?
Walaupun hilang majoriti dua pertiga BN di parlimen, Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi perdana menteri Malaysia bagi penggal kedua. Abdullah tidak menghiraukan desakan dan tuntutan yang mahukan beliau meletakkan jawatan.
Mukhriz Mahathir menjadi pencetus kepada gerakan dalam Umno menuntut Abdullah meletakkan jawatannya. Beliau mengikut jejak ayahnya yang menghantar surat kepada perdana menteri untuk mendesaknya meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab kepada hilangnya majoriti dua pertiga BN dan beberapa negeri kepada pembangkang.
Dr Mahathir pernah melakukan perkara yang sama selepas Perikatan kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 apabila beliau menghantar surat kepada Tunku Abdul Rahman.
Sebelum ini, Abdullah ketika diminta mengulas tentang surat Mukhriz berkata, beliau menyerahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussein untuk mengambil tindakan. Namun, selepas mesyuarat pemuda Umno semalam, Hishamuddin berkata, Mukhriz tidak dikenakan sebarang tindakan dan menyerahkan balik perkara itu kepada Abdullah sebagai presiden Umno.
Kabinet baru yang diumumkan oleh Abdullah telah menyingkirkan separuh daripada muka lama, dijangka menyemarakkan pertembungan dalam Umno. Orang Najib Tun Razak telah terkeluar dari senarai tersebut. Kabinet baru ini dijangka membantu Abdullah dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno yang akan datang, dan sekaligus mengekang kemaraan Najib.
Walaupun Khairy Jamaluddin tidak diberikan sebarang jawatan menteri, orang-orangnya telah berada “dalam” kabinet dan memegang portfolio penting. Contohnya, Wan Farid Wan Salleh yang dilantik menjadi senator, memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sepupu kepada menantu PM, Shaziman Mansor pula dilantik menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.
Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan oleh Tun Razak Hussein pada tahun 1973 sebagai satu formula baru selepas kegagalan Perikatan dalam pilihanraya 1969 kini sudah menunjukkan tanda-tanda sudah “expired”. Kemungkinan besar satu formula baru akan dirancang sebagai langkah untuk mengembalikan keyakinan rakyat.
Persoalannya ialah siapakah yang akan mengepalai formula baru ini? Sempatkah Najib mengikut jejak bapanya?
HALAMAN SANTAI
Isnin, 31 Mac 2008
Mat Taib, Noraini, Noh Omar, Khir Toyo tak setuju hapus kuota
SHAH ALAM – UMNO tidak bercadang untuk menghapuskan sistem kuota pencalonan untuk pertandingan pelbagai jawatan dalam parti itu termasuk Presiden dan Timbalan Presiden.
Ketua Penerangan parti, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, sistem tersebut tidak mempunyai sebarang masalah sejak diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Presiden parti.
Beliau berkata, ia bertujuan memastikan calon yang bertanding benar-benar mereka yang serius untuk memikul tanggungjawab selain mendapat sokongan padu daripada setiap ahli parti.
“Sekiranya sistem kuota ini dihapuskan, sesiapa sahaja boleh bertanding walaupun tidak mendapat sokongan daripada majoriti ahli parti di peringkat bahagian.
“Sebaliknya, kita tidak mahu mereka yang bertanding dalam mana-mana jawatan dalam UMNO ini terdiri daripada yang tidak serius, main-main serta kurang memiliki kewibawaan sebagai seorang pemimpin.
“Oleh yang demikian, tidak perlu untuk kita menghapuskan sistem ini kerana ia mampu memastikan UMNO mempunyai pemimpin yang benar-benar layak untuk membawa parti dan orang Melayu ke arah yang lebih baik,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 392 ketua kampung seluruh Selangor yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini bagi membincangkan masalah-masalah di peringkat tempatan.
Muhammad diminta mengulas gesaan Dr. Mahathir supaya UMNO menghapuskan segera sistem kuota pertandingan jawatan dalam parti itu bagi mewujudkan persaingan yang sihat.
Katanya, sistem itu telah disalahgunakan untuk menyekat peluang kepada pemimpin UMNO lain untuk bertanding secara bebas dalam pemilihan untuk mengisi jawatan parti politik orang Melayu itu.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, pelaksanaan sistem kuota mampu memastikan tiada individu yang tidak memiliki sokongan kuat di akar umbi cuba menentang presiden.
“Jika seseorang itu mampu melepasi kuota yang ditetapkan, maka barulah dia seorang yang memiliki kredibiliti tinggi dan layak untuk mencabar presiden,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah beliau, jawatan Presiden UMNO perlu dilihat dalam perspektif yang luas iaitu individu yang memegang jawatan itu akan turut menjadi Perdana Menteri.
Situasi itu kata beliau menjadikan jawatan Presiden UMNO hanya boleh dipegang oleh seseorang yang benar-benar berwibawa dan mendapat sokongan secara menyeluruh.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, sistem kuota sebenarnya mencerminkan demokrasi yang lebih telus dan keadilan dalam parti.
Jelas beliau, jika seseorang pemimpin berjaya melepasi kuota, ia mencerminkan bahawa akar umbi parti mahukan perubahan dan pertandingan diadakan atas dasar keperluan serta bukannya untuk tujuan lain.
Keadaan itu kata beliau memberikan keadilan bukan hanya kepada yang mahu bertanding tetapi juga untuk ahli dan presiden parti.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang melihat isu itu berdasarkan situasi semasa menegaskan, sistem kuota tidak perlu dimansuhkan.
Katanya, jika tidak ada pencabar yang serius, maka sistem itu tidak perlu dimansuhkan.
“Setakat ini saya lihat cuma Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan keinginan tetapi saya lihat beliau seperti tidak terlalu serius, jika tidak ada pencabar serius, maka tidak perlulah ia dimansuhkan,” katanya.
Beliau bagaimanapun mencadangkan agar hak membuat keputusan sama ada sistem kouta itu dikekalkan atau sebaliknya diserahkan kepada ahli yang akan bermesyuarat para peringkat cawangan tidak lama lagi.

UAE kesal filem anti-Islam Belanda
DUBAI: Emeriyah Arab Bersatu (UAE) mengutuk penerbitan sebuah filem Belanda, yang disifatkan sebagai menghina Islam dan Nabi Muhammad, di internet.
Menteri Luar UAE Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan juga amat kesal dengan sikap berkeras pengarah filem itu untuk memuatkan filem "Fitna" di internet.
Beliau menyambut baik langkah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) Ban Kimoon untuk mengutuk penerbitan filem itu, menurut laporan Agensi Berita Emirates.
Sheikh Abdullah menggesa seluruh masyarakat supaya menghormati dan tidak menghina kepercayaan dan pegangan agama orang lain.
Menurut beliau kebebasan untuk berkarya tidak sepatutnya digunakan untuk mencetuskan rasa benci.
Dalam konteks ini, Menteri Luar itu menyeru negara Islam dan umat Islam untuk tidak bertindak balas terhadap perbuatan provokasi seumpama itu.
Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu telah mengeluarkan kenyataan mengutuk penerbitan filem itu oleh seorang anggota Parlimen Belanda Geert Wilders.
Filem selama 15 minit itu, dimuatkan dalam laman web berpangkalan di London pada Khamis lepas, turut dikutuk oleh Kesatuan Eropah, kerajaan Belanda dan masyarakat Islam di seluruh dunia. BERNAMA

Mampat serah Memorandum Rakyat, tanda sokong pada istana
Awang Harun
TERENGGANU (Hrkh) - Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mengetuai 30 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Terengganu telah dipekenankan mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Zainal Abidin bagi menyerahkan Memorandum Rakyat.
Pada hari tersebut ribuan rakyat Terengganu tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama menyambut keberangkatan pulang Tuanku Mizan bersama Putera dan Puterinya ke Terengganu.
Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah, 36, berkata baginda Tuanku Sultan Mizan pekenan menerima rombongan Mampat bagi menyampai Memorandum Rakyat tersebut.
Menurutnya, majlis tersebut dipindahkan dari bilik VVIP di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke lokasi Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong, Setiu semalam.
"Kami (Mampat) bergegas ke Terengganu International Endurance Park untuk menyampaikan Memorandum Rakyat setelah dipekenan oleh baginda Tuanku Sultan Mizan.
"Alhamdulillah, Mampat berjaya menyampaikan hasrat rakyat bagi menyatakan sokongan dan berdiri teguh di belakang Tuanku," ujarnya ketika ditemui Harakah selepas penyerahan memorandum tersebut kepada Setiausaha Sulit Sultan, di Lembah Bidong, Setiu.
Antara isi kandungan Memorandum Rakyat tersebut menyatakan pendirian teguh di belakang Tuanku dalam apa keadaan bagi mempertahankan kedaulatan dan ketinggian maruah Istana.
Selain itu, katanya memaklumkan terdapat sebidang kain rentang sepanjang 50 meter x satu meter dan empat kain rentang tiga meter setengah x satu meter yang mengandungi tandatangan rakyat.
Menurutnya, tandatangan itu tanda taat setia rakyat yang menyokong kebijaksanaan Tuanku dan Istana dalam menangani kesulitan politik negeri pasca Pilihan Raya Umum Ke-12.
Tinjauan Harakah pada hari keberangkatan pulang baginda Tuanku Sultan Mizan dan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin itu sejumlah lebih 40,000 rakyat menyambutnya.
Gema 'Daulat Tuanku' serta diselangi dengan takbir memuji kebesaran Allah SWT turut dilaungkan di samping pemasangan kain sepanduk, bennar dan riben kuning. - mks.

Ahad, 30 Mac 2008
ANALISIS:
Ku Li dan Anwar memburu mangsa yang sama
Oleh Mohd Sayuti Omar
JIKA Abdullah Ahmad Badawi kini dianggap sebagai rusa yang kesakitan akibat mengalami luka-luka teruk hampir-hampir menumpaskannya dalam satu perlawanan beliau kini sedang diburu oleh dua pemangsa yang ganas dan tidak tahu erti simpati. Kedua mangsa itu kini sedang menjejaki Abdullah untuk menerkam dan menggulingkannya.
Sudah menjadi fitrah dalam dunia political animal, pemangsa akan mencari mangsa yang lemah untuk dijadikan habuan.
Kedua pemangsa politik Abdullah itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Anwar Ibrahim. Kedua mereka sedang menanti peluang terbaik untuk menerkam Abdullah dan menggulingkannya. Kalaupun ada bezanya niat antara satu sama lain.
Berusaha menggomol
Bekas Menteri Kewangan itu akan berusaha menggomol Abdullah untuk menyelamatkan keadaan Umno yang terumbang ambing kini dan memerlukan seorang superman bagi memastikan Umno terus hidup bagi menjadi payung kepada orang Melayu.
Manakala Anwar Ibrahim pula yang kini berada di luar Umno dan sudah serit dengan segala kancah dan bauan kurang menyenangkan dalam parti berkenaan sejak beliau dibuang, 1998 akan menerkam Abbdullah dan sekaligus menumbangkan kerajaan BN yang sudah bertakhta selama lebih setengah abad.
Posisi atau tempat mereka melakukan serangan juga berbeza. Ku Li menyerang Abdullah dari dalam sesuai dengan statusnya sebagai ahli Umno.
Manakala Anwar menyerang Abdullah dari luar sesuai dengan kedudukannya bukan ahli Umno dan kini diberi kepercayaan oleh pembangkang untuk menjadi pemimpin utama mereka.
Kedua mereka mempunyai kemahiran serang hendap dan pengalaman memburu tersendiri. Keduanya mempunyai track record sebagai pemimpin yang ulung.
Keduanya memiliki keistimewaan yang sukar untuk ditolak banding antara satu sama lain. Keduanya pernah memegang menteri kewangan.
Ku Li adalah seorang veteran Umno yang banyak jasa kepada Umno.Memiliki semangat nasionalisme tulen dan terkenal sebagai seorang pemain politik yang berperaturan dan tidak tahu berdendam dengan orang-orang yang mengkhianatinya.
Kalau boleh disebut, Dr Mahathir Mohamad pernah memungkiri janji kepadanya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri, namun hingga ke hari ini Ku Li masih menerima Dr Mahathir sebagai sahabatnya.
Beliau tidak pernah mencampurkan antara nilai sahabat yang baik dengan nilai ahli politik yang rencam terhadap seseorang yang dikenalinya.
Dalam masa dan keadaan tertentu demi bangsa dan negara mereka masih berhubung dan bertukar maklumat kalau pun tidak sampai merancang bersama!
Ku Li mempunyai intergriti dan digniti tinggi bukan saja kerana beliau anak raja, keturunan bangsawan namun itulah amalan hidupnya setiap hari. Memiliki kekayaan tetapi corak dan stail hidupnya seperti rakyat biasa.
Dalam pergaulan tidak membezakan status dan kelas dan boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakyat marhean.
Dalam persiapan untuk mencabar Abdullah untuk kerusi presiden, kita percaya Ku Li berbuat begitu bukan kerana tergilakan jawatan Presiden dan Perdana Menteri.
Namun kepentingan bangsa dan masa depan Melayu adalah menjadi pendorong utamanya.
Seorang Ku Li sudah cukup daripada apa yang dimilikinya selama ini.
Masalah dan kelemahan yang menimpa Umno menyenak jiwanya sehingga memaksakan beliau tampil mengambil tanggungjawab.
Semakin rancak
Persiapan awal untuk menentang Abdullah pada pemilihan Disember hadapan nampaknya sudah pun diatur. Sudah ada majlis-majlis tertentu disusun. Ia semakin hari semakin rancak dan mendapat sambutan luar biasa.
Rumput-rumput dan daunan di perkarangan Rumah Puith di Langgak Golf, yang hijau dan subur selama ini juga sudah mulai runyai dan layu kerana diligam tayar kereta dan kaki manusia untuk ke istana Ku Li itu. Nampaknya kali ini hasrat Ku Li untuk beradu tenaga merebut jawatan Presiden kali kedua akan kesampaian.
Setiap hari khabarnya ada-ada sahaja ahli Umno pemimpin peringkat bawah hingga ke atas mengunjungi Rumah Putih di Langgak Golf itu untuk mendapat pandangan dan ulasan daripada beliau berhubung perkembangan politik tanah air.
Para korporat, ahli perniagaan dari dalam dan luar negeri juga turut sama bertandang untuk mendapat maklumat perkara yang sama.
Berbeza dengan Anwar Ibrahim. Pemangsa politik ini akan menerkam Abdullah dari luar Umno.
Kedudukannya sebagai bukan ahli Umno menyebabkan beliau tidak berpeluang untuk beradu kekuatan dari dalam Umno.
Anwar mempunyai sejarah dan kejayaan tersendiri bagaimanan beliau telah menyingkirkan mangsa politiknya semasa didalam Umno dulu.
Peristiwa yang menimpa Ghafar Baba (Allahyarham) tahun 1993 menceritakan kehebatan dan kelicitan Anwar dalam politik. Ghafar yang ketika itu selaku Timbalan Presiden Umno terpaksa mengaku kalah kepada Anwar.
Dalam hal ini ada dua kaedah atau ‘teori’ bagaimana untuk Anwar menggulingkan Abdullah Ahmad Badawi. Pertama ialah menerusi undi tidak percaya di parlimen.
Kemungkinan ini boleh berlaku dengan syarat Anwar harus menjadi ahli Parlimen terlebih dahulu.
Buat masa ini Anwar masih belum dibenarkan bertanding dalam mana-mana pilihan raya. Tempoh perlepasannya akan valid pada hujung April ini.
Apabila berlaku mana-mana kekosongan kerusi Parlimen, Anwar dikatakan akan menyertai pilihan raya yang akan diadakan.
Barangkali kalau pada pilihan raya lalu Anwar dibenarkan bertanding mungkin kini Perdana Menteri Malaysia bukan lagi Abdullah Ahmad Badawi.
Popular dikatakan kerusi yang dikatakan akan diadakan pilihan raya semula ialah parlimen Bandar Baru – Kulim, apabila petisyen yang akan dikemukakan oleh BN bakal diterima oleh mahkamah.
Apabila beliau menjadi MP beliau akan mengambil alih tempat isterinya Dr Wan Azizah Ismail sebagai Ketua Pembangkang dan sekaligus menjadi ketua kepada pakatan pembangkang – Barisan Rakyat (BR).
Di sinilah pembangkang yang memerlukan 30 kerusi saja lagi untuk mengatasi kerusi BN bagi membentuk Kerajaan. Masa ini pembangkang mempunyai 82 kerusi.
Kaedah kedua ialah menerusi pilihan raya. Anwar akan menumbangkan Abdullah dan BN sekaligus dalam pilihan raya akan datang. Pilihan raya akan datang pada tahun 2012.
Bagaimana pun tempoh itu terlalu lama bagi Anwar. Justeru, kemungkinan teori kedua itulah paling popular dan akan diusahakan. Anwar harus menggunakan keadah pertama tadi untuk mencapai dan merealisasaikan cita-citanya.
Seperti dikatakan tadi memandangkan Ku Li juga sedang bergerak untuk menggulingkan Abdullah pada Disember hadapan, maka Anwar perlu mempercepatkan langkahan buruannya.
Beliau harus pastikan Abdullah akan digulingkan sebelum Abdulah terbungkus di dalam rangkulan Ku Li.
Semakin mantap
Sekiranya Ku Li berjaya menyita Abdullah Disember hadapan atau sebelumnya, peluang Anwar untuk menumbangkan BN agak sukar dan sekaligus impian Anwar untuk menjadi PM pudar.
Apabila Ku Li menjadi presiden Umno dan BN, sudah tentu kedudukan gabungan BN dan parti Umno semakin mantap semula.
Manakala bagi Ku Li pula sekiranya Anwar berjaya memerangkap Abdullah sebelum berlangsung pemilihan Umno, ini menjadikan impian Ku Li untuk memperbetulkan dan memperkasakan semula Umno sudah terlepas. Sekaligus juga cita-cita Ku Li untuk menjadi PM turut sama terburai.
Persoalan sekarang ini siapa antara kedua mereka dapat menangkap mangsa (Abdullah), ia akan bergantung kepada siapa yang cekap dan pintar. Mereka yang cekap orang itulah akan berjaya.
Kecekapan ini pula bergantung kepada sejauh mana isu-isu dan alasan yang dibangkitkan oleh kedua pemangsa politik itu dipercayai dan diyakini oleh orang ramai. Ia ditambah siapa lebih diperlukan kepada Malaysia untuk mengharungi era globalisasi yang kian mencabar ini.
Manakala orang ramai dalam hal ini bolehlah disifatkan sebagai pukat atau jaring yang akan bertindak menjerut Abdullah atas gesaan dan ajakan mereka.
Senario hari ini menjelaskan kedudukan Abdullah amat meruncing. Beliau sangat keletihan kerana terpaksa melepaskan buruan dari dua pemangsa serentak.
Yang pastinya sekiranya kedua pemangsa itu boleh sepakat dan tidak berebut untuk membaham Abdullah, sudah tentu Abdullah akan terjelapak di tangan mereka dalam tempoh tidak sampai enam bulan dari sekarang!

"Pertikaian MB tak pernah berlaku sebelum ini" Mahathir sindir Abdullah
Oleh AP, AFP
Kuala Lumpur: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam menyindir Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkaitan pertikaian beliau dengan Sultan Mizan Zainal Abidin tentang pelantikan Menteri Besar Terengganu.
Dalam satu surat yang disiarkan di akhbar The Sun semalam, Dr Mahathir berkata:
'Perlu diketahui perkara macam ini tidak pernah berlaku semasa pemerintahan empat perdana menteri sebelum ini. Rakyat Malaysia yang prihatin harus menyoal kenapa perkara ini berlaku,' kata Dr Mahathir.
Minggu lalu, Sultan Mizan telah menolak usul Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah untuk melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu dan sebaliknya melantik Datuk Ahmad Said.
Dalam surat itu, Dr Mahathir turut mendakwa ada orang yang cuba mengorek bukti jenayah yang dilakukan semasa pemerintahannya bagi menghalang beliau daripada mengkritik Datuk Seri Abdullah.
'Saya sedar ada orang yang sedang mencari kesalahan yang saya lakukan sepanjang 22 tahun memerintah untuk mengancam saya dan membuat saya tutup mulut.
'Sejauh ini, mereka belum jumpa apa-apa. Saya bukan saja tidak mengambil sesuatu yang bukan milik saya semasa saya menjadi Perdana Menteri tetapi saya telah kembalikan kepada kerajaan dan rakyat semua yang saya terima sebagai hadiah sepanjang saya berkuasa,' katanya.
Dr Mahathir berkata beliau tidak mungkin didapati membuat sebarang salah laku, kecuali jika beliau dianiaya.
'Tuduhan-tuduhan lain terhadap saya, termasuk pemecatan hakim, bukan disebabkan oleh saya dan saya tidak rasa bertanggungjawab untuk meminta maaf,' tambahnya.
Beliau mendakwa kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan banyak projek infrastruktur yang 'sama sekali tidak perlu dan membazir' di Terengganu sejak 2004.

Samy: Bebaskan pemimpin Hindraf
Mengulangi desakan pembangkang dan parti Gerakan, MIC hari ini turut menggesa lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu menggesa dua daripada dibebaskan lebih awal atas alasan R. Kenghadaran mengalami sakit teruk dan M. Manoharan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam pilihanraya 8 Mac.
Menurut laporan Bernama hari ini, Samy Vellu berkata dua lagi wajar dibebaskan - V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar - kerana "pembabitan mereka tidak begitu mendalam" dalam demonstrasi besar di Kuala Lumpur 25 Nov lepas.
P. Uthayakumar, seorang peguam dan aktivis sosial masyarakat India, pemimpin Hindraf yang kini meringkuk di kem tahanan Kamunting di Taiping.
DAP, Gerakan dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) antara organisasi yang menggesa mereka dibebaskan, sementara ketua pembangkang baru, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menjadikan isu pembebasan mereka dalam lima agenda besar yang ingin dibawanya di Dewan Rakyat.
Bercakap selepas merasmikan bengkel "Penjenamaan Semula MIC", Samy Vellu dipetik sebagai berkata: "Kami prihatin terhadap Kenghadaran dan Manoharan.
"Saya bercakap dengan isteri kedua-dua mereka dan dalam keadaan ini, saya memutuskan untuk membangkitkannya kepada kerajaan mengenai kedua-dua mereka ini kerana mereka telah mengambil pendekatan ini."
Beliau bercadang menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas lawatan Perdana Menteri dari Sabah.

PAS bantah keras filem anti Islam Belanda – Presiden
Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.
Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.
Presiden PAS merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.
Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.
Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia./wann

Kit Siang kecewa kabinet reformasi PM lemah
Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR (Hrkh) - Ahli politik Veteran DAP, Lim Kit Siang sekali lagi meluahkan rasa kecewanya terhadap barisan kabinet 'reformasi' Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang gagal melakukan sebarang perubahan bermakna.
Keadaan sebenarnya berbeza sama sekali dengan kenyataan Perdana Menteri yang kononnya melakukan perubahan demi rakyat, katanya.
Abdullah sering menyatakan kesediaannya untuk mendengar suara rakyat selepas keputusan paling buruk BN dalam sejarah pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Beliau juga mengakui kerajaan Abdullah lambat menjalankan reformasi seperti janji-janjinya dalam pilihan raya umum 2004 sehingga pengundi menolak BN kali ini.
Beliau mengkritik keengganan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar membebaskan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) baru-baru ini.
Ia termasuk M Manoharan yang menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Alam Shah baru-baru ini yang kini masih berada di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pada 28 Mac lalu, Syed Hamid berkata M Manoharan tidak boleh berada "di dua tempat dalam satu waktu" apabila ditanya sama ada wakil rakyat DAP itu boleh menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.
Mengulas lanjut Kit Siang mengecam tindakan itu yang disifatkan sebagai tidak ada perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Abdullah meskipun kononnya berkata mahu mendengar suara rakyat. - mks.

Kerajaan Perak tidak pernah paksa Ketua Kampung, JKKK letak jawatan – MB
Ekmal Yusof
KUALA KANGSAR (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan setakat ini hanya seorang penghulu kampung yang sah meletakkan jawatan, namun kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana Ketua Kampung atau JKKK meletak jawatan.
Menurut Mohamad Nizar, penghulu Kampung Batu Melentang, Tapah sahaja yang telah sah memberikan surat rasmi kepada kerajaan negeri untuk meletakkan jawatan JKKK ketika Majlis Pertemuan Menteri Besar dengan Ketua Kampung dan JKKK di Dewan Banquet Bangunan Setiausaha Kerajaan Perak (SUK) baru-baru ini.
Beliau mengesahkan demikian dalam sesi dialog di Sidang Akhbar bersama Ahli-Ahli Anggota Exco Perak di Safari Resort dekat sini semalam.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa pihak kerajaan tidak memaksa Ketua-ketua Kampung dan JKKK di zaman Umno-BN lalu meletak jawatan.
"Itu terpulanglah di atas perkiraan kebijaksanaan mereka," ujarnya.
Beliau menegaskan, kerajaan Barisan Rakyat tidak membezakan mana-mana rakyat meski pun berlainan agama dan berbeza fahaman politik.
Terdahulu dalam sidang media yang sama beliau melahirkan kesyukurannya di atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Pemangku Sultan Perak, Raja Muda Dr Nazrin Shah yang telah menyempurnakan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Exco) di Istana Iskandariah, Bukit Chandan dekat sini semalam.
Beliau menyatakan kerajaan Barisan Rakyat sungguh terhutang budi kerana telah diberikan mandat menggantikan kerajaan negeri Perak yang ditadbir BN sebelum ini.
"Saya mengucapkan jutaan maaf kerana agak terlewat sedikit perlaksanaannya kerana senario yang berlaku di negeri ini agak berlainan di mana memerlukan persefahaman positif di antara ketiga-tiga parti DAP, KeADILan dan PAS," katanya.
Barisan kerajaan campuran ini banyak memberikan kebaikannya kerana segala hanya untuk manfaat rakyat Melayu, Cina dan India nanti yang inginkan perubahan di atas kehidupan sosial, politik dan agama masing-masing, katanya.
Sememangnya, kata Mohammad Nizar kerajaan negeri akan sedia akur di atas kehendak pengundi-pengundi yang ramai di luar sana.
"Kerajaaan campuran ini akan bertindak di atas keputusan muafakat yang dibuat secara menyeluruh dan bersama. Apa saja tindakan hendak buat akan membawa isu dan perkara tersebut berbincang bersama di Mesyuarat Exco Kerajaan dengan menggunakan ketiga-tiga parti bersama," tegasnya.- wann/mks.

PAS Selangor anjur himpunan rakyat 31 Mac ini
Oleh Tarmizi Mohd Jam
HIMPUNAN RAKYAT sempena kemenangan PAS Selangor menerjah ke Stadium Melawati, Shah Alam pada 31 Mac ini (Isnin) bermula jam 8.00 malam.
Program julung kali dianjurkan PAS negeri itu, akan dimulakan dengan solat Isyak dan solat Hajat dan kemudiannya diikuti bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid.
Kemuncak acara, pidato khas Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang. Turut berceramah pada malam itu ialah Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, dan dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Hassan Ali dan Teressa Kok dari DAP.
Seluruh warga Selangor dan rakyat Lembah Klang dipelawa hadir ke program perdana peringkat negeri Selangor ini. Banner program ini turut disiarkan oleh Harakah pada muka depan Fikrah.

Selangor terus menjadi tumpuan
Roslan SMS
Sejak terbentuknya kerajaan campuran baru di negeri Selangor, dengan Tan Sri Khalid sebagai MB baru dan barisan EXCO dari PKR, PAS dan DAP Selangor terus menerus menjadi perhatian umum. Bukan hanya orang-ramai menaruh minat terhadap Selangor, malah akhbar-akhbar media perdana pun kelihatan memberi lebih ruang kepada bumi Darul Ehsan ini, sehingga menggerhanai kerajaan Perdana Menteri Dollah Badawi, yang nampak seakan belum mula bekerja lagi, kerana terlalu banyak masalah rumah tangga yang belum selesai.
Saya percaya Selangor menjadi perhatian umum kerana di negeri inilah gabungan sebenar ketiga-tiga parti politik PKR, PAS dan DAP dapat disaksikan. Ketiga-tiga parti di Selangor perlu bermuafakat dan sentiasa bekerjasam dan bertolak-ansur kerana masing-masing merupakan komponan penting sehingga memungkinkah kerajaan ini terbentuk. Politik baru Malaysia sedang lahir dan bernyawa di Selangor maka sudah pastilah seluruh rakyat dalam negeri termasuklah mungkin masyarakat antarabangsa menyaksikan Selangor dengan penuh minat.
Satu perkembangan menarik yang dicetuskan oleh MB nya baru-baru ini adalah cadangan untuk mengenakan levi keatas majikan yang menggajikan pekerja asing. Melalui cadangan itu kerajaan negeri berhasrat mengenakan levi RM9 sebulan ke atas setiap pekerja asing yang diambil bekerja di Selangor. Menurut Tan Sri Khalid terdapat kira-kira 1.5 juta pekerja asing di negeri Selangor sahaja, oleh itu jika levi ini dikenakan, kerajaan negeri bakal mengumpul RM150 juta sebulan!
Untuk apa wang itu nanti?
Menurut Tan Sri wang itu nanti akan digunakan untuk melatih anak-anak tempatan di Selangor yang menganggur dengan harapan mereka nanti akan memiliki ilmu dan kemahiran sehingga akhirnya nanti pergantungan kepada pekerja asing ini nanti dapat dikurang dan mungkin juga dihapuskan
Tidakkah ini nanti baik untuk negeri dan rakyat Selangor?
Ada yang berpandangan langkah itu nanti bakal membebankan para pekerja asing, kerana mereka sudah sedia terbeban dengan pelbagai levi yang dikenakan oleh kerajaan pusat. Adalah difahamkan seorang pekerja asing yang masuk ke Malaysia dikenakan antara RM3,500 ke RM4,000 seorang, sedangkan kemana perginya dana yang terkumpul itu tidak diketahui.Secara peribadi saya merasakan pekerja asing ini datang ke Malaysia bukan semata-mata kerana di negara asal mereka susah dan tiada pekerjaan.
Tetapi faktor utama mereka berduyun-duyun datang ke sini adalah kerana upah dan gaji yang lumayan yang dibayar di sini. Pasti siapa juga pernah mendengar atau terbaca betapa pekerja asing samada dari Indonesia, Bangladesh atau India, apabila pulang ke negeri asal masing-masing seolah menjadi jutawan kampung! Mereka mampu membina banglo dan rumah mewah kerana hal yang demikian, oleh itu saya merasakan levi yang munasabah ini tidaklah akan banyak menjejaskan mereka, sebaliknya ia bakal mencurahkan manfaat pula kepada anak-anak tempatan.
Cadangan MB ini bagi saya meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya. Malah beliau menambah kiranya kerajaan negeri dibenarkan mengutipnya kerajaan negeri nanti dapat membina satu sistem maklumat pekerja asing bagi menyimpan rekod, di samping memantau pergerakan mereka di negeri ini. Sudah pastilah pengurusan pekerja asing nanti akan menjadi lebih sistematik dan kehadiran pekerja asing yang haram dapat dikenal-pasti.
Izinkanlah kerajaan negeri baru ini mentadbir dan mengurus negeri yang mereka kuasai menurut gaya dan kebijaksanaan mereka. Tak perlulah dihalang atau dikongkong malah kerajaan pusat seharusnya lebih proaktif dan terbuka membantu demi kebaikan bersama. Berjaya Selangor maka berjayalah juga Malaysia, demikianlah juga Perak, Pulau Pinang, Kedah dan kelantan termasuklah negeri-negeri lain yang dikuasai BN.
Kepada kerajaan baru ini, buatlah yang baik demi negeri bertuah ini, insyallah rakyat akan terus bersama anda.

14 Pusat Giat Mara mula beroperasi Julai ini
TANJUNG KARANG: Sejumlah 14 Pusat Giat Mara yang baru akan mula beroperasi Julai depan untuk memberikan latihan kemahiran kepada lebih ramai golongan belia supaya mereka mampu berdikari bagi membina kehidupan yang lebih baik, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.
Antara Pusat-Pusat Giat Mara yang baru itu adalah di Pandan dan Kota Raja di Selangor, Bandar Tun Razak, Setiawangsa dan Putrajaya (Wilayah Persekutuan), Simpang Renggam, Sikijang dan Air Hitam (Johor), Batu Sapi dan Sepanggar (Sabah) serta Kanowit dan Mambong (Sarawak), katanya pada jamuan kesyukuran sempena pelantikannya sebagai menteri kabinet di sini hari ini, Sabtu.
Beliau yang juga anggota Parlimen Tanjung Karang berkata dengan penambahan 14 Pusat Giat Mara yang baru itu bermakna terdapat 204 pusat sedemikian di seluruh Malaysia bagi melatih beliabeliawanis dengan kemahiran-kemahiran vokasional.
Pusat Giat Mara yang kini mempunyai seramai 10,000 orang pelatih di seluruh negara mempunyai peranan penting bagi memberikan peluang kedua kepada golongan belia kerana pada masa ini hanya 20 peratus daripada golongan ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, katanya.
Selain daripada itu pusat-pusat ini yang didirikan hampir di setiap daerah di seluruh negara merupakan satu platform yang sesuai kerana ia adalah institusi latihan yang terhampir di peringkat akar umbi, katanya.
Melalui Pusat Giat Mara para pelatih yang telah menamatkan latihan dan layak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, iaitu di Universiti Kuala Lumpur.
Bagi mereka yang tidak berminat melanjutkan pelajaran tetapi lebih minat bekerja, Noh berkata mereka akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan di 11 buah syarikat yang mempunyai hubungan dengan kementeriannya seperti Petronas dan Proton.
Jika mereka berminat untuk menjadi usahawan, Pusat Giat Mara akan membekalkan mereka dengan kelengkapan yang diperlukan oleh mereka untuk memulakan perniagaan seperti alatan mengimpal dan mesin jahit, katanya.
Selain daripada itu, beliau berkata elaun pelatih-pelatih Pusat Giat Mara yang ketika ini RM100 sebulan akan dikaji semula supaya ia dapat disesuaikan dengan keadaan semasa.
Noh juga berkata pegawai-pegawai Mara Daerah akan dikenali sebagai Pegawai Pembangunan Usahawan Daerah kerana di bawah pendekatan baru yang diperkenalkan mereka bukan hanya bertanggungjawab menyelia kegiatan Mara di peringkat daerah tetapi juga pengagihan pinjaman di bawah Tekun, kegiatan Pusat Giat Mara dan Jabatan Pembangunan Koperasi di daerah masing-masing.
Sebelum ini pegawai-pegawai Tekun, Pusat Giat Mara dan Jabatan Pembangunan Koperasi beroperasi secara bersendirian di setiap daerah tetapi memandangkan kesemua mereka di bawah kementerian yang sama, eloklah operasi mereka diselaraskan dan diselia oleh Pegawai Pembangunan Usahawan Daerah bagi memudahkan kementerian membantu golongan belia ini terutamanya yang ingin memulakan perniagaan sendiri, kata beliau lagi.
Noh berkata bagi tempat-tempat yang jauh daripada Pusat Giat Mara yang terdekat seperti di Sabah dan Sarawak, pihak kementerian akan membenarkan Pusat Giat Mara di kawasan berkenaan menubuhkan cawangan di kampung-kampung bagi memberikan latihan kemahiran kepada golongan belia. BERNAMA

Mahathir gesa umat Islam seluruh dunia 'pulau' produk Belanda
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.
Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.
Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat Islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.
"Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam.
"Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan.
"Kalau nak pulau buatlah betul-betul. Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini, Sabtu.
Filem Fitna itu, selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 27 Mac yang mengkritik Islam, yang menunjukkan surah Al-Quran dengan berlatar belakangkan imej keganasan akibat serangan pengganas.
Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah AlQuran dengan diselitkan imej serangan 11 September terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York,
pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengelur filem "Belanda Theo van Gogh" di Amsterdam street pada akhir tahun itu.
Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tesebut disiarkan berikutan salah faham dan "sudah pasti ada motif kritikal".
"Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai...tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam ," kata beliau.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir yang juga Yang Di-pertua Perkim, berkata adalah penting bagi pertubuhan itu memberikan tanggapan yang betul mengenai Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku ketidak salah faham mengenai agama Islam yang boleh membawa kepada kebimbangan, curiga atau pertentangan terhadap Islam.
BERNAMA

Sabtu, 29 Mac 2008
Di mana polis ketika Sultan dihina?
Abdul Halim Mohd Rashid
Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob mengakui pihaknya baru dalam peringkat mengenal pasti tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes mempamerkan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja, semasa satu perhimpunan di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman di sini, Ahad lepas.
Beliau yang mendakwa kes itu kini di peringkat akhir siasatan bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika dihubungi Bernama semalam.
Sempat pula Ayub menasihatkan orang ramai yang ingin menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pagi esok supaya tidak membawa kain rentang yang mengandungi perkataan-perkataan sensitif.
Sensitif terhadap siapa? Ayub risaukan siapa? Adakah Ayub menjangka mereka yang akan menyambut Sultan Terengganu itu akan membawa kain rentang seperti "Kami nak Idris, natang"?
"Kita minta semua yang hadir supaya mengawal perasaan, jaga kelakuan dan jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan," katanya.
Persoalannya, mengapa tidak ada sebarang laporan bahawa Ayob memberikan nasihat yang sama kepada penyokong-penyokong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang sebelum ini gila-gila menunjuk perasaan di kediaman rasmi Menteri Besar?
Alahai Ayub... Persoalannya bukan sudah kenal pasti atau tidak. Bukan soal peringkat akhir siasatan atau peringkat awal siasatan. Orang tak peduli pun kenyataan-kenyataan yang prosedural yang cuba menunjukkan polis siasat juga kain rentang "Kami nak Idris, natang" itu.
Apa yang lebih penting untuk disedari oleh Ayub dan ketuanya di Kuala Lumpur ialah mata rakyat sekarang sedang menyiasat identiti sebenar polis. Rakyat mungkin malas nak bertanya lagi mengapa polis begitu lemah gemalai dan lembut mesra melayan penunjuk perasaan di Pulau Pinang atau di Shah Alam. Memanglah, itu tunjuk perasaan Umno menghentam pembangkang.
Tetapi, bagaimana pula tunjuk perasaan di Kuala Terengganu? Itu bukan tunjuk perasaan menghentam pembangkang. Itu tunjuk samseng dan gedebe kepada Sultan.
Jika selama ini polis cekap benar menggunakan peluru hidup dengan melepaskan empat atau lima das tembakan rambang sambil berlari menghadapi perhimpunan pembangkang di Batu Burok, mengapa polis tidak ambil tindakan terhadap penyokong-penyokong Idris yang begitu megah dengan kain rentang "Kami nak Idris, natang"? Jika polis berada di tempat kejadian dan tindakan tidak diambil, adakah polis bersubahat dengan mereka yang disebut oleh akhbar sebagai "mempamerkan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja"?
Mengapa polis membiarkan perbuatan itu berlaku? Tidak ada laporan polis merampas kain rentang itu. Tidak ada juga laporan polis menghalang kain rentang itu dipamerkan.
Jika semua itu tidak berlaku, bolehkah polis menghalang rakyat menuduh mereka bersubahat dengan tindakan mempamerkan kain rentang itu dan kemudian sedap mulut berkata "Itu kerja orang PAS"!?
Adakah polis tidak tahu, tidak nampak atau tidak perasan kewujudan kain rentang itu? Bukankah polis sebelum itu begitu cekap pagi-pagi buta menahan empat lelaki berusia antara 23 hingga 27 tahun kononnya kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang berunsur hasutan mengenai pelantikan Menteri Besar Terengganu di Jalan Sultan Muhammad?
Membawa kain rentang yang tertulis "Daulat Tuanku", "Selamatkan Terengganu Darul Iman" dan "Daulat Tuanku, rakyat berdiri di belakang DYMM Tuanku" disyaki "berunsur hasutan". Mengapa mereka disiksa di dalam lokap dan dihadapkan ke mahkamah? Kalau orang kata gila, tentu Ayub dan gerombolannya marah. Tetapi, apa kes disoal sehingga empat jam oleh 10 orang polis Cawangan Khas selepas didapati tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah?
Apa siumannya menyiksa rakyat tidak berdosa sehingga akhirnya beliau terlantar di Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) akibat sesak nafas dan serangan asma akibat tidak dapat tidur? Sedangkan, yang mempamerkan kain rentang "Kami nak Idris, natang" di waktu siang yang terang tidak diusik sedikitpun ketika mereka melakukan perbuatan itu.
Atau, adakah polis tidak ada berhampiran kediaman Menteri Besar ketika tunjuk perasaan penyokong-penyokong Idris itu berlaku? Kalau benar begitu, lagi teruk!
Alahai Ayub... Bagaimana jika gambar-gambar memaparkan kain rentang yang dilaporkan sebagai "didakwa menghina institusi raja" itu tidak bolos? Adakah polis akan memburu mereka seperti polis melancarkan gerakan memburu "perusuh" 8 September 2007? Jika gambar penghinaan itu tidak bolos, adakah rakyat berpeluang membaca berita bertajuk "3 suspek kes sepanduk hina raja dikenal pasti"?
Ah, kalau mahu tanya, dari pagi ini sehingga pagi esok pun tidak habis. Apa pun, terima kasihlah kerana menayang-nayang dan menunjuk-nunjukkan identiti polis dengan lebih jelas kepada kami. Terima kasih sangat-sangat! (Liputan Buletin Utama TV3 yang turut memaparkan kain rentang "Kami nak Idris, natang"

Zaid: Cadangan minta maaf bukan untuk mengaibkan seseorang
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini, Sabtu berkata cadangan beliau bagi Kerajaan Persekutuan meminta maaf kepada mereka yang menjadi mangsa dalam krisis badan kehakiman 1988 "tidak harus dianggap sebagai cubaan untuk mengaibkan seseorang atau malahan untuk memperbetulkan legasi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad".
"Kita patut melihat ini secara positif. Masa telah berubah. Negara telah berubah, kita perlu melakukan perubahan terhadap institusi kita badan kehakiman, khidmat perundangan, polis, Parlimen dan semua institusi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini, Sabtu.
Sidang akhbar itu diadakan oleh Zaid sebagai respons kepada pelbagai maklum balas yang beliau terima menerusi surat dan kenyataan, termasuk daripada Dr Mahathir, yang beliau dakwa mempersoalkan motif cadangan beliau yang mahu kerajaan meminta maaf kepada para hakim yang dipecat pada 1988.
Beliau menegaskan bahawa "pembaharuan ini bukan untuk menggariskan mesej politik atau mengaibkan seseorang. Akan terdapat banyak lagi perkara di masa lepas yang kami akan cadangkan untuk diperbetulkan".
Katanya sokongan terhadap cadangan itu oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abbas dan lainnya termasuk Majlis Peguam, menunjukkan cadangan beliau itu adalah amat bagus dan "saya fikir kita perlukan teruskan dengan permohonan maaf ini".
Pada 22 Mac, Zaid, yang baru dilantik sebagai menteri Kabinet yang bertanggungjaab bagi badan kehakiman, mencadangkan bagi kerajaan meminta maaf kepada mereka yang menjadi mangsa dalam krisis badan kehakiman pada 1988 yang membawa kepada pemecatan Salleh dan lima hakim Mahkamah Agung Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah.
Beliau berkata idea ini bukannya baru dan cadangan itu selaras dengan usaha untuk kerajaan "membuat satu perubahan dalam badan kehakiman bagi memberi keyakinan kembali kepada rakyat bahawa badan kehakiman negara mempunyai hakim-hakim yang berkebolehan, amanah, tidak rasuah yang sanggup mempertahankan hak kebebasan dan hak keluhuran undang-undang di negara ini.
"Kita nak hakim tersebut, bukan hakim-hakim yang boleh dibeli, boleh diarah, tiada prinsip atau integriti. Saya harap tiada orang cadang seolah-olah motif saya motif tak baik, katanya.
Mengenai komen Dr Mahathir dalam akhbar semalam mengenai cadangannya itu, Zaid berkata beliau tidak tersinggung dengan komen Dr Mahathir dan menambah kata "saya amat menyanjungi dan menghormati beliau. Beliau telah banyak berjasa kepada negara ini tetapi kita perlu teruskan kehidupan".
"Saya tidak pernah melakukan tindakan tidak betul. Banyak isu kontroversi yang beliau laksana, saya sokong. Semasa krisis Perlembagaan dengan RajaRaja Melayu pada tahun 1990, "orang lain takut, saya bersama (beliau). Saya pertahankan cadangan beliau dan cadangan Perlembagaan," katanya.
Zaid berkata cadangan untuk meminta maaf itu "bukan bertujuan untuk memalukan sesiapa atau bukti sesuatu tetapi teras kepada hasrat pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ubah pentadbiran perundangan negara.
"Mereka mahu melakukan perubahan dalam bidang perundangan bagi pembaharuan badan kehakiman. Kita patut beri peluang kepada mereka," katanya.
Ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa Zaid, yang ketika itu Presiden Persatuan Peguam Muslim, telah menyokong sepenuhnya tindakan yang diambil oleh kerajaan pada 1988, Zaid berkata itu adalah tidak betul.
"Itu adalah rumusan mereka. Mereka membuat kesimpulan daripada sokongan saya terhadap kesahihan tribunal, jadi dengan itu mereka menyokongnya. Apa pun, saya mahu katakan ini. Sekiranya saya pernah melakukan perkara yang salah terhadap Tun (Salleh) dan hakim-hakim yang lain, saya bersedia untuk minta maaf," katanya.
Beliau berkata perbuatan merendah diri ini adalah perlu sebagai langkah pertama dan menurutnya "jika kita tidak bersedia untuk berbuat demikian, kita akan berada dalam keadaan seperti di masa lalu. Kita tidak akan berubah".
"Saya telah banyak kali katakan di Parlimen dan juga di tempat-tempat lain bahawa kita patut minta maaf bagi apa yang berlaku itu. Saya sendiri, jika saya ada berkata sesuatu yang menyinggung Tun Salleh atau hakim-hakim lain, jika saya telah terlepas pandang dengan melakukan perbuatan itu sepertimana yang saya pernah katakan di Parlimen, saya minta maaf," katanya.
Mengenai Suruhanjaya Siasatan Di-raja terhadap klip video Lingam, yang prosidingnya berakhir bulan lepas, katanya kerajaan masih belum menerima laporan daripada suruhanjaya itu.
Pengerusi suruhanjaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor pada hari terakhir prosiding pada 15 Februari berkata, laporan akan diserahkan kepada Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada 11 Mac. BERNAMA

Kerajaan Pusat Dan Media Sabotaj Khalid Ibrahim
Oleh: Raden Jowo
Jika anda berada di kerusi Menteri besar Selangor, apakah langkah langkah yang bakal anda lakukan? Kalau semua perkara yang hendak dijalankan menerima pelbagai kritikan.
Untuk menjaga hati semua pihak, adakah semua perkara ini perlu didiamkan sahaja dan tunggu 4 tahun tanpa sebarang tindakan dan kemudian serahkan semula kerajaan kepada BN? Mungkin itu yang kita mahu?
Tidak perlu fakta untuk memperjelaskan, logik sekadar mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
1. Perlantikan EXCO dan Timbalan - Selesai setelah kecoh
2. Air percuma - ditentang oleh Syarikat air Selangor
3. LEVI kepada pekerja asing - ditentang oleh SUARAM dan penduduk N9.
4. Ambil alih PKFZ - tentangan dari kerajaan pusat dan menteri pengangkutan
5. Setinggan Sifar - tentangan dari orang dalam.
Segala tentangan ini di susuli dengan serangan pihak media yang mengkritik dan mengkritik tanpa fakta dan tanpa penerangan terperinci dari pihak Tan Sri Khalid sendiri.
50 tahun kerajaan BN memerintah secara kuku besi. Keputusan yang mereka buat tidak boleh dipertikaikan. Maka, akhirnya semua rakyat sengsara. Ekonomi semakin teruk, jenayah bertambah tambah dan keadaan rakyat terumbang ambing, kekayaan tidak sama rata. Namun mereka berjaya melakukan semua itu atas bantuan media arus perdana termasuk TV 3 yang memperlihatkan semua usaha kerajaan BN itu baik baik belaka.
Kalau dulu kerajaan PAS Kelantan dikritik hebat, sekarang timpuan media dan kerajaan BN sudah beralih ke Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Mungkin sekarang baru TG Nik Aziz tenang dan aman sambil meneruskan usaha memajukan negeri Kelantan.
Isu Perlantikan EXCO dan TMB sudah selesai dan kita tidak perlu sentuh lagi.
Isu Kedua,
Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya .Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu,pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Namun Syarikat syarikat masih berdegil. Melalui perjanjian, Tan Sri Tahu bahawa ada keuntungan diperolehi berlebih lebih. Perjanjian ditanda tangani sehari sebelum pilihanraya. Cukup meragukan. Ada pihak yang bimbang dan ianya ditandatangani sebelum kerajaan bertukar. Selepas itu sebarang perubahan yang bakal di lakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim akan ditentang melalui perundangan dan media bagi mengHALALkan sebarang tindakan yang lepas lepas. Untung berlebihan, itu kata MB dan kepada siapa untung itu diberi? Pasti bukan pada rakyat.
Isu Ketiga
Pekerja asing, ia menjadi punca jenayah meningkat disamping pengurangan peluang pekerjaan. Kerajaan Selangor bercadang mengenakan caj sebanyak RM9 sebulan atau RM100 setahun terhadap kira-kira 1.5 sejuta pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor bagi menyelesaikan masalah belia tempatan menganggur di negeri itu. Jumlah yang bakal dikutip adalah RM13.5 juta sebulan. Wang itu akan gunakan sebagai dana untuk melatih belia tempatan dalam bidang kemahiran tertentu.
Dalam pada itu pengaliran wang keluar oleh pendatang asing berlaku tanpa kawalan. Terutama kepada wang yang dibawa sendiri pulang ke negara asal. Berjuta juta wang keluar di dalam tempoh sebulan tanpa disedari. Semua itu tidak didedahkan selama ini. Kita tak perasan kerana ianya berlaku di luar kawalan dan pengetahun kita.
Dalam pada itu, pergi kemana sahaja, wajah pendatang pasti ada. Kalau pendatang dengan IZIN berjumlah jutaan orang, bagaimana dengan yang tanpa izin dan yang mempunyai kad pengenalan palsu? Dan berapa banyakkah pengaliran wang keluar sebenarnya disamping jenayah yang ada tetapi tidak dilapurkan.
Usaha Tan Sri Khalid mengenakan levi untuk mendapatkan dana bagi tujuan pembangunan negeri dan manafaat kepada rakyat negeri Selangor, tapi ditentang oleh SUARAM dengan alasan ianya bakal membebankan rakyat Selangor. Hakikatnya, Rakyat Selangor tidak terbeban kecuali para TOWKEY TOWKEY yang menggajikan mereka. Dan LEVI tidak dikutip dari majikan tetapi di potong dari gaji pendatang asing. Seperti biasa, media dan NGO nampaknya tidak mendapatkan penjelasan jelas dari pihak MB tentang langkah yang akan diambil.
Kalau mahukan pengagihan sama rata, maka biarkan towkey towkey kurang untung asal rakyat bermanafaat. Tak setuju ke?
Isu Keempat
RM4.6 bilion yang dilaburkan Pusat untuk membangunkan PKFZ. Ianya kini sudah pun siap tetapi pelabur angkat kaki sebelum ianya disiapkan. Tanah berpindah tangan dan peningkatan harga berlaku. Kini kurang aktif dan merugikan. Kerajaan baru cuba untuk memulihkan dengan membawa masuk pelabur. Tetapi kebenaran pusat perlu dilakukan kerana ada campurtangannya disitu.
Tan Sri Khalid mendakwa, syarikat P&O yang berpangkalan di Australia dan dimiliki pihak berkuasa Pelabuhan Dubai berminat untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi membangunkan PKFZ.
Menteri dan kerajaan pusat berdolak dalik dan memberikan pelbagai alasan. Peningkatan keuntungan melalui pelaburan masuk akan memberi manafaat kepada rakyat Selangor, tetapi ia nya bukan mudah selagi ditentang dan disekat. Kerana pengambil alihan PKFZ mampu memberikan lebih kepercayaan kepada kerajaan baru Selangor di samping membongkar lebih luas salah guna kuasa dan kewangan kerajaan BN. Itu sebab Kerajaan BN berdolak dalik.
Isu kelima
Setinggan Sifar
Dibantah tidak boleh, rupanya diikut pun tidak kena. Meneruskan unjuran setinggan sifar turut menerima kecaman. Bagaimana ia di lakukan, kenyataan dari Tan Sri tidak diperolehi. Kaedahnya, tidak dilapurkan. Adakah ia sekejam dahulu? Rakyat perlu tahu kaedahnya. Kalau setinggan diberikan kemudahan yang lebih baik tanpa dibebankan, maka kenapa ia di bantah. Kecuali kalau setinggan dihalau seperti zaman pemerintahan Khir Toyo dahulu.
Kita seharusnya dapatkan butiran yang jelas sebelum membuat andaian. Jangan cuba untuk melonjak atas keterangan yang diberikan hanya oleh media. Masalah kepada sesetengah kita, pada pilihanraya ke 12, kita undi pembangkang, tapi kita masih dengar berita arus Perdana. Sampai bila kita mahu ditipu? Apa kah sebenarnya yang kita mahu? Biarkan MB duduk relax, cukup tahun letak jawatan? Berikan kelonggaran untuk bertindak, kita lihat hasilnya. Rancangan serupa tapi kaedahnya mungkin berbeza. Kita mahukan keputusan dan perlaksanaannya lebih telus dan bertimbang rasa. Belum apa apa, sudah bantah, ini bukan mahu maju tapi duduk ditakuk yang lama. Tak guna lah demokrasi kalau macam ini.

KENYATAAN AKHBAR
Bekalan Air 20 Meter Padu Percuma Untuk Isi Rumah
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor telah mengkaji rancangan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada isi rumah di Selangor seperti biasa melalui pembekalan air terawat oleh SYABAS dan mendapati bahawa rancangan tersebut boleh dilaksanakan bagi meter individu untuk pengguna kediaman. Hari ini Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan untuk melaksanakannya bermula pada 1 Jun 2008.
Kerajaan Negeri telah membuat kajian berhubung mekanisme untuk melaksanakan dasar ini dan sedang menimbangkan mekanisme terbaik bagi menjaga kepentingan kerajaan negeri, alam sekitar dan orang ramai. Tujuan Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
Justeru, rakyat masih perlu mengamalkan penggunaan air secara berhemah serta bertanggungjawab bagi mengelak pembaziran sumber agar sumber air negeri Selangor dapat dipelihara dalam jangka masa yang panjang.
Bagi membantu usaha ini, Kerajaan Negeri turut akan memperkenalkan langkah mempelbagaikan sumber bekalan air secara menyeluruh dalam masa terdekat.
Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim
Dikeluarkan oleh:
Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor
29.03.2008

MB Selangor akan cari jalan terbaik kepada warga Setinggan
Wan Nordin Wan Yaacob
SEREMBAN (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyokong kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk Selangor mencapai matlamat setinggan sifar seperti yang disiarkan dalam temubual oleh portal internet Malaysiakini.
Namun AMK kesal dengan kenyataan beberapa pihak yang mengandaikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin keADILan akan bertindak dengan cara yang sama seperti tindakan tidak berperikemanusiaan semasa Selangor di bawah Dato’ Seri Mohd Khir Toyo, kata Setiausaha AMK, Ahmad Zaki Yamani bin Zainon.
"Adalah zalim untuk menganggap bahawa peneroka bandar perlu dibiarkan dalam keadaan mereka sekarang tanpa sebarang usaha untuk mengiktiraf hak dan pegangan mereka secara sah ke atas tanah yang didiami atau ke atas tanah lain yang bersesuaian dengan keperluan kehidupan mereka.
"Persoalan pampasan, peluang pekerjaan dan sebagainya perlu diberikan perhatian utama di dalam sebarang usaha pembangunan." ujarnya dalam satu kenyataanya semalam.
AMK percaya Menteri Besar Selangor akan mencari jalan terbaik yang adil dan manusiawi untuk memastikan para peneroka bandar dapat keluar daripada status 'setinggan' mereka.
Setiap rakyat Selangor perlu diberi peluang yang adil untuk memiliki hartanah dan pada masa yang sama hak pemilik tanah dihormati dan diberi peluang untuk membangunkan hartanah mereka, ujarnya.
"Ini 'keseimbangan' yang perlu dicari seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Abdul Khalid.
"Kerajaan perlu memainkan peranan utama dengan bertanggungjawab dan penyayang. Pada masa yang sama, syarikat-syarikat perlu berperanan sebagai warga korporat yang prihatin.
"Malah sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid telah pernah mengemukakan idea-idea inovatif untuk memastikan rakyat termiskin sekalipun mampu memiliki hartanah, termasuk melalui skim pembiayaan jangka panjang inter-generasi sehingga 60 tahun," katanya.
AMK percaya Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri akan mengemukakan pelan komprehensif untuk mencapai matlamat setinggan sifar yang akan dilaksanakan.
Sebarang cadangan dan komen sekarang sudah tentu akan membantu, namun ia perlu dikemukakan melalui saluran yang betul dan membina, tegasnya.

Gabungan parti alternatif mampu ganti kerajaan BN
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU (Hrkh) - Parti-parti dalam pakatan Barisan Alternatif (BA) dan DAP diharap menjaga kemenangan yang diberi rakyat dengan baik bagi mempertahankan kejayaan pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
Ramai percaya BA boleh menjadi sebuah gabungan yang utuh seperti Barisan Nasional (BN).
Anggota Parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, kerja sama erat yang sedia terjalin dalam BA bukan sahaja perlu diperkemaskan, sebaliknya menyusun gerak kerja yang lebih mantap.
"Rakyat mengharap kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang telus setelah mereka kecewa dengan kerajaan BN. Gabungan BA boleh menggantikan kerajaan yang ada sekarang.
"Jadi kita berharap lima negeri termasuk Kelantan yang dipimpin PAS, KeADILan dan DAP menunaikan janji kepada rakyat seperti tertera dalam manifesto.
"Kejayaan BA kali ini sebagai satu percubaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Peluang semakin terbuka kepada BA," ujarnya pada sidang media sempena majlis kesyukuran dan makan malam di sebuah restoran di sini, baru-baru ini.
Wan Abdul Rahim yang juga Timbalan Ketua Pengarah II Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat berkata, kemenangan besar calon-calon BA merupakan satu percaturan baru dalam politik Malaysia.
Katanya, hasil sokongan masyarakat pelbagai kaum mereka boleh menerima calon BA dan DAP.
Sementara itu dalam perkembangan lain beliau mengumumkan Lim Guan Seng sebagai wakil peribadinya bagi masyarakat Cina dan Muhammad Nor bagi masyarakat Melayu dan lain-lain bangsa.
"Pelantikan Seng sebagai wakil peribadi saya sebagai satu hadiah untuk masyarakat Cina yang telah memberi sokongan padu kepada PAS pada pilihan raya umum lalu.
"Peningkatan sokongan itu begitu membanggakan berbanding tahun-tahun sebelumnya," tambah beliau. - mj/mr

Kalaulah Dia Intelektual?
Oleh Ketua Perusuh
Dr Nordin Kardi adalah Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM). Sebelum beliau berada di UUM, beliau adalah ketua Biro Tatanegara (BTN), iaitu satu “think tank” dan “brainwash agency” bagi pihak Kerajaan Barisan Nasional (lebih kepada keperluan dan kehendak UMNO).
Dua hari lepas beliau telah memenangi kes saman fitnah terhadap beberapa individu, organisasi dan parti politik yang bernilai lebih RM7 juta dan 4 juta dari nilai tersebut dituntut dari YM Raja Petra Raja Kamarudin. Dari maklumat yang dititipkan oleh beberapa rakan, sewajarnya Dr Nordin Kardi boleh memenangi lebih dari RM85 juta untuk kes ini, namun nampaknya pihak Mahkamah telah membuat keputusan bahawa nilai yang layak diterima oleh Dr Nordin Kardi cuma RM2 juta sahaja.
Saya bukanlah mahu mempersoalkan mengenai nilai RM yang dituntut dari semua defenden melainkan saya ingin mempersoalkan tahap keintelektual Dr Nordin Kardi.
1. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan konsep internet dan komputer?
2. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan perbezaan antara laman web (website), laman blog (weblog) dan laman portal (web portal)?
3. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan konsep saman fitnah?
4. Adakah Dr Nordin Kardi faham akan istilah intelektual?
Baiklah untuk pemahaman Dr Nordin Kardi disini saya maklumkan jawapan kepada empat (4) soalan diatas;
1. Internet adalah satu medium perantaraan yang membolehkan data (maklumat) dihantar, dikongsi serta digabungkan untuk kegunaan semua. Ianya memerlukan pekakasan komputer untuk mengoperasikannya. Oleh yang demikian, secara tidak langsung ianya memudahkan para pengkarya memantau mana-mana pihak yang cuba untuk memplagiat karya mereka walau dimana pun ianya berada.
2. Bagi kes Malaysia Today yang dikendalikan oleh YM Raja Petra Raja Kamarudin, ianya bukahlah satu laman blog dan YM Raja Petra Raja Kamarudin bukanlah penulis blog. Beliau adalah pengendali satu laman berasaskan portal yang bersumberkan kepada berita dan dari segi teknikalnya Malaysia Today bukan laman blog. Malaysia Today adalah tidak sama seperti laman blog (weblog) saya ini dimana laman saya ini berasaskan sistem blog. Untuk laman web (website) pula sila rujuk kepada laman web WarkahUntukPM sebagai contoh. Jika anda (Dr Nordin Kardi) seorang intelektual tentunya anda dapat memahami konsep ini.
3. Sepatutnya anda (Dr Nordin Kardi) menyaman penulis artikel tersebut iaitu Muhtar bin Hj. Suhaili (Mantan Presiden MPP UIAM 2003/2004) dalam saman fitnah yang anda buat. Namun atas sebab kekurangan tahap intelektual yang ada pada anda (Dr Nordin Kardi) maka anda terlupa (atau memang tidak tahu) untuk menyaman Muhtar bin Hj. Suhaili tersebut. Ini menunjukkan bahawa memang anda (Dr Nordin Kardi) bukan seorang yang Intelektual seperti yang anda dan ramai sangkakan. Mungkin juga para peguam anda turut sama tidak Intelektual. Kalaulah peguam anda juga tidak intelektual, maka nampaknya buat rugi sahaja anda membayar khidmat mereka.
4. Intelektual adalah satu senario, keadaan atau sikap yang menunjukkan seorang manusia itu faham dan waras dalam mentafsir maklumat, data, idea dan sebagainya. Jika anda (Dr Nordin Kardi) merasakan bahawa anda adalah seorang Intelektual, maka sewajarnya anda boleh membezakan antara yang baik dan buruk, yang benar dan yang salah serta lain-lain lagi. Jadi berasaskan sidang akhbar yang anda buat sesudah memenangi kes saman finah ini, maka terserlah sikap dan taraf keilmuan anda (Dr Nordin Kardi) yang rendah. Oleh yang demikian ingin saya cadangkan anda (Dr Nordin Kardi) belajar lagi bermula dari asas kerana saya rasakan anda masih lagi mempunyai tahap pemikiran kreatif dan lateral yang rendah.
Yang nyata setiap kali anda membuka mulut maka makin terserlah tahap “kebangangan” anda dan bukannya tahap “keintelektual” anda. Tolonglah, jangan buat malu institusi akademik dan strategi. Pergilah belajar di INTAN atau Institut Aminuddin Baki (IAB) dan mantapkan lagi “keintelektual” anda.

Sokongan kepada Istana Terengganu, lebih 2000 rakyat sertai solat hajat
Awang Harun
KUALA TERENGGANU (Hrkh) - Sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dinamakan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) kini semakin dikenali ramai apabila dilihat paling lantang dalam isu menyokong, membela serta berusaha mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan khususnya di Terengganu.
Isu tersebut timbul apa Barisan Nasional (BN) Terengganu yang berjaya memenangi 24 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu menghadapi kemelut perlantikan jawatan Menteri Besar (MB).
Keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato' Ahmad Said ditentang oleh bekas MB, Dato' Seri Idris Jusoh serta 22 Adun-adun lain.
Berikutan itu, bantahan serta protes dilakukan terhadap Istana Tuanku dan MPPR oleh penyokong Umno/BN Terengganu di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman, dekat sini, pada 23 Mac 2008 lalu.
Tindakan tersebut telah menimbulkan reaksi kurang senang serta kemarahan rakyat umumnya apabila terdapat slogan kain rentang yang dipercayai menghina pihak Istana Tuanku dan MPPR.
Antaranya, 'kami Nak Idris, Natang' (Binatang) yang menimbulkan kontroversi, 'Kami Menyokong Kepimpinan YAB Dato' Seri Idris Jusoh' ; 'kami Mahukan Idris Jadi MB' dan sebagainya.
Sehubungan itu, berpuluh aduan dan laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan NGOs yang prihatin serta menentang sebarang usaha mencemar nama baik Tuanku Sultan dan Istana.
Semalam, MAMPAT turut mengadakan Majlis Pelancaran Pengumpulan Tandatangan Sokongan dan Pembahagian Riben Kuning di perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) di Kuala Ibai, Khamis lalu.
Manakala, pada sebelah malam diadakan solat hajat dalam Program Munajat Perdana yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Datuk Sheikh Ismail Mohammad bagi memohon perlindungan, keberkatan dan kesejahteraan daripada Allah s.w.t ke atas Baginda, Pemangku Raja serta rakyat jelata.
Tinjauan Harakahdaily mendapati lebih 2000 rakyat menyertai program solat hajat tersebut dan orang ramai yang hadir masih berpeluang menandatangani sokongan kepada Istana Terengganu./wann

RPK 'buang' Maxis kerana BN
Abdul Halim Mohd Rashid
KUALA LUMPUR (Hrkh) - Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin menukar nombor telefon tangannya kerana tidak mahu lagi menggunakan perkhidmatan Maxis yang dimiliki Tan Sri Ananda Krishnan.
"Maxis dimiliki oleh Ananda Krishnan, kroni Umno. Dan saya diberitahu bahawa dalam pilihan raya yang lalu beliau menyumbangkan beratus-ratus juta ringgit kepada Umno. Itu menjadikan beliau musuh rakyat," dakwa beliau.
Ananda, dakwa beliau lagi, 'menentang' perubahan yang dikehendaki rakyat dengan menyumbangkan beratus-ratus juta ringgit kepada Umno di dalam usaha untuk mematahkan perjuangan rakyat yang mahukan perubahan.
Mengenai tindakan memboikot akhbar-akhbar, beliau menyatakan usaha tersebut tidak sepatutnya terhenti setakat memboikot akhbar-akhbar sahaja.
"Kita (juga) mesti memboikot kesemua produk yang diiklankan dalam akhbar-akhbar tersebut. Jangan beli apa juga produk yang diiklankan dalam akhbar-akhbar Barisan Nasional (BN).
"Inilah satu-satunya cara untuk menyakitkan mereka, di bahagian yang paling menyakitkan, (iaitu) di dalam poket mereka," tegas beliau.
Menurut beliau, itulah yang dimaksudkan dengan keingkaran awam (civil disobedience).
"Boikot semua makanan, perkhidmatan dan produk yang dimilki kroni-kroni, syarikat-syarikat dan sesiapa juga yang menyokong BN dengan dana politik bernilai beratus-ratus juta ringgit. Mereka mendapat duit dari kita dan kemudian memberikannya kepada BN.
"Mengapa membantu mereka membuat duit, yang kemudiannya digunakan untuk menentang rakyat? Mulakan boikot itu sekarang. Biar keingkaran awam yang berkuasa," kata Raja Petra lagi.

Lagi isu levi RM9 dan setinggan sifar
Oleh Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
Saya menghargai keprihatinan yang dipamerkan oleh beberapa badan bukan kerajaan mengenai rancangan saya untuk Selangor sejak beberapa hari yang lalu.
Kerajaan Selangor yang baru mendapat dokongan rakyat kerana kami bertekad membuka lembaran baru dalam arus pembangunan Selangor, pendekatan yang akan menumpukan kepada kesejahteraan hidup rakyat, memudahkan perniagaan dan meningkatkan ekonomi untuk semua.
Pertama sekali, cadangan saya untuk mengenakan levi RM9 daripada majikan bagi setiap pekerja asing mereka adalah untuk berdepan dengan isu sebenar berkenaan pergantungan kita kepada pekerja asing dan kepingitan belia kita yang kini menganggur atau tidak mendapat kerja yang sepatutnya.
Wang yang dipungut akan diagihkan untuk meningkatkan kemahiran belia supaya nilai mereka bertambah dan meningkatkan pembangunan Selangor dan Malaysia ke tahap yang lebih mantap.
Kita mesti menerima hakikat iaitu tanpa mengatasi masalah ini kita menjejaskan masa depan negara kita.
Kerajaan Negeri Selangor komited untuk mengatasi masalah ini melalui proses yang sah dan menghormati hak asasi manusia dan akan mengkaji dengan lebih mendalam bagi melaksanakan dasar ini.
Kedua, saya bercadang terus mengurangkan bilangan setinggan di negeri ini untuk membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan dan menjamin hak asasi rakyat untuk mendapat tempat kediaman yang selesa tetapi turut mengiktiraf hak tuan tanah.
Selangor merupakan negeri yang maju dan rakyatnya perlu mendapat rumah yang mampu dimiliki.
Kami tidak akan menangani isu ini sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, yang melaksanakan polisi setinggan sifar untuk memberi tanah kepada pihak-pihak berkaitan dan tanpa menghormati kebajikan setinggan. Sebaliknya kami akan terus menekankan hak perumahan untuk semua.
Kami juga akan menentukan perumahan kos rendah mencapai spesifikasi minima yang lebih baik. Garis panduan baru akan diwujudkan untuk menentukan hak dan kebajikan setinggan dipertahankan setiap masa.
Namun demikian, tidak boleh dinafikan kita perlu berusaha mengeluarkan mereka dari kawasan setinggan untuk memberi mereka dan anak-anak mereka masa hadapan yang lebih baik disamping untuk menjaga kepentingan hak kepada pemilik harta (property rights) dalam kawasan yang didiami setinggan tersebut.
Kami merancang memperkenalkan proses rundingan dengan semua pihak terbabit, termasuk badan-badan bukan kerajaan dan sektor korporat untuk memastikan semua pihak dapat memberi input dan mendapat maklumat yang sahih mengenai rancangan kami.
Kami tidak berhasrat meneruskan amalan lama meneruskan kesilapan dan kezaliman dengan penguatkuasaan berat sebelah untuk syarikat-syarikat kroni untuk menyelesaikan isu pekerja asing dan setinggan, tetapi kami mengambil pendekatan baru mengikut proses yang sah yang mengambil pendekatan berimbang terhadap implikasi sosial dan komersial untuk pembangunan Selangor.

Usaha UMNO menawan kembali Selangor semakin sukar
jebat2020
Semenjak akhir-akhir ini media arus perdana di Selangor semakin 'berlembut hati' dengan menyiarkan berita-berita perkembangan positif pemerintahan pakatan PKR,DAP dan PAS (Barisan Rakyat). Yang paling ketara sekali ialah akhbar SINAR milik Kumpulan Karangkraf. Sebelum ini akhbar SINAR memang Pro BN(UMNO). Akhbar yang terkenal dengan skuad cakna ini diberitakan terpaksa mengubah pendekatan bagi melariskan jualan dengan menyiarkan berita-berita yang menyokong kepada kerajaan BR yang memerintah negeri ini.
Beberapa perkembangan terbaru mengenai isu Air PERCUMA dan pembayaran LEVI kepada pekerja asing di Negeri Selangor dilihat menjadi tajuk utama akhbar ini. Begitulah sepatutnya dilakukan oleh akhbar-akhbar lain.Jika usaha-usaha memboikot akhbar arus perdana dilakukan secara bersungguh-sungguh, pasti mereka juga akan tunduk kepada kuasa beli rakyat seperti mana dalam PRU12 yang tunduk kepada kuasa undi rakyat Malaysia.
Sekiranya fenomena ini berterusan saya yakin UMNO dan BN semakin sukar menawan kembali Selangor. Ini dikuatkan dengan kenyataan dari Exco Hal Ehwal Islam Dr Hassan Ali dalam sesi taklimat kepada pegawai-pegawai atasan Jabatan Agama Islam Selangor.
Menurut sumber dalaman JAIS, sebarang aktiviti perasmian majlis atau jemputan VVIP yang dianjurkan oleh JAIS disemua peringkat , JAIS hanya dibenarkan menjemput ADUN atau EXCO dari Barisan Rakyat SAHAJA meskipun kawasan itu dimenangi oleh BN seperti di Tanjong Karang dan Sabak Bernam.
Ini adalah sebagai langkah memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat disampaikan ke peringkat akar umbi dengan lebih berkesan. Biarlah mereka(BN) merasa bagaimana peritnya menjadi pembangkang. Tidak dijemput menghadiri majlis-majlis rasmi apatah lagi bercakap dikhalayak umum kecuali dengan pengikut-pengikut mereka yang tinggal beberapa kerat sahaja.
Ceramah-ceramah agama juga kini boleh di sampaikan oleh penceramah-penceramah hebat yang pernah diGAM di zaman pemerintahan Khir Toyo seperti Ust Salehin Mokhyi, Ust Azrul Hakim, Dr Badrul Amin dan Dr Hassan Ali sendiri. Meskipun Sultan Selangor telah membuat kenyataan supaya sebarang ceramah dan khutbah disurau dan di Masjid dalam negeri ini hanya boleh disampaikan oleh penceramah yang telah mendapat tauliah dari JAIS sahaja.
Ini adalah isyarat yang jelas supaya semua penceramah dari PAS dan PKR boleh mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor tanpa sebarang sekatan dari tangan-tangan BN. Sudah pasti Dr Hassan Ali sebagai Exco Agama Islam tidak keberatan menyokong pemberian tauliah-tauliah ini.Seterusnya rakyat Selangor terutama yang beragama Islam dapat mendengar majlis-majlis ilmu tanpa sekatan lagi.
Senario ketakutan kakitangan kerajaan untuk menunjukkan sokongan kepada PAS dan PKR juga kini sudah berakhir. Kalau dulu kakitangan kerajaan cukup berhati-hati untuk membeli akhbar HARAKAH apatah lagi nak memakai kopiah di majlis-majlis anjuran kerajaan. Kini kakitangan kerajaan sudah bebas memilih ideologi yang paling sesuai untuk mereka. Membawa akhbar HARAKAH, SIASAH, WASILAH dan SUARA KEADILAN menjadi perkara biasa di jabatan-jabatan kerajaan sekarang.Tiada lagi isu kopiah dipolitikkan, tiada lagi isu warna hijau dipolitikkan. Kemungkinan Masjid dan Surau kembali bertukar warna HIJAU kerana HIJAU adalah warna Islam dan warna Syurga.
Inilah masa yang paling sesuai untuk PAS dan PKR membuka cawangan-cawangan baru di seluruh pelosok negeri supaya kerajaan yang memerintah di Selangor pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang kuat dan mendapat sokongan dari peringkat akar umbi. Kakitangan kerajaan juga boleh melibatkan diri secara serius, kerana nadi perlaksanaan dasar-dasar kerajaan adalah kakitangan yang sedang berkhidmat sekarang.
Kesimpulan yang boleh dibuat dari faktor-faktor di atas tadi, ternyata UMNO@BN semakin menemui jalan buntu untuk menguasai dan menawan Selangor pada tahun 2012 nanti. Selangor milik 'rakyat' bukan milik 'BN'.

Tawaran anggotai Exco Perlis, Adun PAS sedia berkhidmat
Bashir Ishak
"Saya belum menerima sebarang tawaran untuk menganggotai mana-mana jawatankuasa Exco kerajaan negeri," demikian jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Simpang Empat Rus'sele Eizan.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kedudukannya seperti yang diberitakan sebelum ini akan dilantik menganggotai salah sebuah jawatankuasa Exco kerajaan negeri.
"Apapun yang diberitakan itu cuma kenyataan daripada Menteri Besar, Dr Md Isa Sabu dan saya belum menerima sebarang tawaran rasmi," jelasnya.
Bagaimanapun menurutnya, sekiranya diberikan tawaran beliau akan berbincang dengan pimpinan PAS negeri terlebih dahulu sebelum menerima sebarang jawatan yang diberikan.
"Sekiranya saya menyertai mana-mana jawatankuasa saya bersedia menyumbangkan buah fikiran dan pandangan saya untuk kepentingan rakyat di negeri ini," katanya.
Amalan melantik Adun PAS menganggotai jawatankuasa exco kerajaan negeri bukanlah amalan baru bagi negeri Perlis.
Sebelum ini dua orang wakil PAS iaitu Cikgu Taharim Ariffin (Adun Utan Aji,1964-1969) dan Cikgu Shuib Muhammad (Adun Bintong, 1982-1986) pernah dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan. - mks.

Bayangan kejatuhan kerajaan BN makin hampir - Nik Aziz
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU (Hrkh) - Bayangan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah menampakkan riaknya berdasar kepada banyak konflik yang gagal diselesaikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS dan KeADILan dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) serta DAP akan menjadi parti pilihan kepada rakyat.
"Kerajaan BN yang memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun ternyata gagal membela nasib rakyat. Dan rakyat mulai sedar apa yang berlaku sekarang.
"Keadaan itu disokong pula kejayaan PAS mentadbir Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu. Kita mengutamakan ehsan dan kebajikan rakyat," katanya di sini, baru-baru ini.
Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu, BA dan DAP memenangi 82 kerusi parlimen manakala BN mendapat 140. Hasil keputusan itu menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen.
Kerajaan BN juga tidak lagi dapat meminda rang undang-undang yang melibatkan perkara-perkara pokok berkaitan perlembagaan.
Keadaan tambah bercelaru apabila dua pemimpin Umno menolak tawaran jawatan timbalan menteri iaitu Dato' Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Datuk Anifah Aman.
Manakala dua hari lalu Iimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Abdul Ghaffur Salleh juga meletak jawatan.
Dan tidak dapat ditolak lagi kemungkinan besar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok meletak jawatan selepas ini.
Manakala ada pihak pula mendakwa sekurang-kurang 30 anggota parlimen BN dikatakan bersedia meninggalkan parti itu dan menyertai pembangkang dalam masa terdekat ini.
Dan apabila teori itu menjadi kenyataan ia bermakna jumlah anggota BN akan susut daripada 140 sekarang kepada 110 dan pembangkang pula meningkat daripada 82 kepada 112.
Berdasar kepada kemungkinan itu bermakna pembangkang yang sedang diperkukuhkan di atas nama BA mampu membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perjuangan Islam tidak ada dalam kamus Umno sehingga mereka melakukan apa sahaja tanpa batasan agama.
Menurutnya Umno tidak mengajar penyokong dan rakyatnya mentaati Allah dan Rasulullah saw sebagaimana yang dilakukan pemimpin PAS.
"Kerana itu amat wajar rakyat tidak mengekalkan kuasa penuh kepada Umno," ujarnya. - mj/ mr

Jumaat, 28 Mac 2008
MB Kelantan berkhutbah di Masjid Shah Alam?
Lanjusoh
KOTA BHARU (Hrkh)- Masjid Negeri Selangor yang tersergam indah di Shah Alam kemungkinan besar memberi ruang kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkhutbah pada masa akan datang.
Kalau sebelum ini semasa di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja masjid negeri dihalang, malah masjid di seluruh Selangor tidak dibenarkan diadakan kuliah oleh penceramah jemputan.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, rakyat di Selangor akan berpeluang untuk mengikut kuliah daripada ulama yang cukup dikenali di rantau ini.
"Situasi itu berlaku ekoran tsunami politik politik yang melanda negara baru-baru ini sehingga memberi peluang kerajaan rakyat berkuasa di Selangor dan empat negeri lain," katanya pada ceramah sempena kemenangan PAS di Dataran Stadium Sultan Mohammad ke IV di sini, baru-baru ini.
Hadir sama Menteri Besar, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Setiausaha Agung, Dato' Kamarudin Jaafar dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan.
Ceramah tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila setiap ruang dataran tersebut dipenuhi orang ramai. Ia kali pertama diadakan selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Himpunan Rakyat di Stadium Shah Alam, semua dijemput hadir
Harakahdaily
KUALA LUMPUR (Hrkh) -Orang ramai dan penyokong Barisan Alternatif diminta hadir beramai-ramai ke Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor untuk program 'Himpunan Rakyat' pada 31 Mac (Isnin) ini bermula jam 8 malam.
Dalam program tersebut, Presiden PAS akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat. Selain beliau, Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan dua Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Hasan Ali dan Teressa Kok dari DAP akan turut sama berceramah.
Program julung kali dianjurkan PAS negeri itu, akan dimulakan dengan solat Isyak dan solat Hajat dan kemudiannya diikuti bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid.
Seluruh warga Selangor dan rakyat Lembah Klang dipelawa hadir ke program perdana peringkat negeri Selangor ini. Bagi maklumat lebih lanjut, sila dapatkan Harakah keluaran terbaru yang mula dipasarkan hari ini. - mks.

Akhirnya 'geng 23' akur, ubah pendirian sokong Ahmad Said
Oleh Utusan
KualaTerengganu: Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu akhirnya mengubah pendirian mereka dengan menerima pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru sebagai mematuhi arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid berkata, kesemua ADUN terlibat telah menyatakan sokongan terhadap Ahmad di hadapan Abdullah ketika pertemuan selama dua jam dengan Perdana Menteri di Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 malam tadi.
Menurut beliau, dalam pertemuan tersebut, Abdullah telah menerangkan kepada mereka sebab mengapa Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dalam mesyuarat sebelum itu.

"Terima Ahmad Said, Umno jilat najis sendiri" Pemuda PAS
DEWAN Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan pendekatan politik terdesak Umno yang akhirnya terpaksa tunduk dengan kehendak Sultan Terengganu selepas penat ‘bersilat’ menderhakai istana Terengganu itu.
Keputusan yang diambil oleh MT Umno semalam dipercayai selepas mempertimbangkan kemungkinan Umno/BN akan kehilangan kuasa di Terengganu dan krisis politik dengan Istana Negara di peringkat Pusat.
Kerana bimbangkan kehilangan kuasa tersebut, Umno terpaksa menjilat najisnya sendiri yang selama ini cuba dicampakkan ke muka Tuanku Sultan Terengganu.
Umno semenjak kemenangan pilihan raya pada 8 Mac 2008 telah bersikap kurang ajar, biadap dan derhaka terhadap Sultan Terengganu apabila menamakan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar walaupun istana telah memberi isyarat untuk tidak menerimanya.
Apabila istana menamakan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar, para pemimpin Umno dari Pusat dan negeri terus-menerus menyerang tindakan sultan, sehingga ada yang mengeluarkan ugutan.
Perdana Menteri menuduh tindakan sultan ‘tidak mengikut Perlembagaan’, manakala Peguam Negara cuba digunakan untuk ‘mengajar’ Sultan Terengganu.
Setiausaha Agung dan Presiden Umno pula mengancam untuk memecat Ahmad Said, manakala Umno Terengganu sudah memecatnya.
Lebih biadap lagi apabila para pemimpin Umno yang menolak pilihan sultan mahu mengenakan undi tidak percaya terhadap Ahmad Said, selain mengugut untuk meletakkan jawatan.
Selepas dua minggu melancarkan serangan ke atas istana Terengganu dan pengikut-pengikut mereka mula biadap dengan menggelarkan Sultan Terengganu sebagai ‘natang’ (binatang), akhirnya Setiausaha Umno Terengganu mengakui bahawa semua tindakan biadap dan derhaka mereka ini adalah atas arahan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah sebagai Presiden Umno dan ketua kerajaan telah melakukan satu tindakan yang amat memalukan bagi rakyat negara ini kerana mengarah satu perbuatan biadap terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong.
Bagi DPP Pusat, tindakan MT Umno semalam untuk mengiktiraf Ahmad Said memang akan menyelesaikan kemelut politik di Terengganu, tetapi ia tidak akan dapat menyembuh luka di hati Sultan dan rakyat Terengganu seluruhnya.
Tidak pernah dalam sejarah orang Melayu bersikap begitu biadap terhadap sultan sedangkan baginda bertindak demikian untuk membela keadilan bagi pihak rakyat.
Kita biasa mendengar raja-raja ditentang kerana kezaliman mereka, tetapi hari ini raja yang adil cuba diderhakai oleh pemimpin zalim BN.
Akhirnya, hukum karma menimpa Umno apabila terpaksa mengalah di atas kezaliman mereka dan tunduk kepada kemahuan sultan.
Apapun, Umno telah menjilat najisnya sendiri yang sebelum bertegas mahu menolak Ahmad Said sehingga mencemarkan nama baik istana.
Memorandum Istana isu MB Terengganu
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billal Shah, yang ada dengan beberapa amat kemuliaan dan kebesarannya.
Dengan sembah dan salam takzim, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun.
Adalah dengan ini patik Salahuddin bin Ayub, selaku Ketua Dewan Pemuda, Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang mewakili seluruh saf pimpinan dan ahli-ahli parti serta rakyat Malaysia, dengan ini mengangkat sembah menyatakan ketaatan patik semua ke bawah Duli Tuanku dan sokongan patik semua atas perkenan Duli Tuanku dalam perkara perlantikan Menteri Besar Negeri Terengganu.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,
Patik semua percaya kebijaksanaan dan keadilan Duli Tuanku selama ini dalam menentukan kepemimpinan bagi negeri Terengganu akan memberikan suasana terbaik bagi masa depan rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.
Patik semua juga percaya bahawa negeri Terengganu sangat memerlukan kepemimpinan yang beramanah, adil dan bersih serta mampu menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri Terengganu.
Patik semua berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Taala agar melimpahkan rahmatNya ke atas Duli Tuanku atas usaha dan perkenan Duli Tuanku memayungi kesejahteraan rakyat Terengganu dan Malaysia seluruhnya.
Patik yang merafakkan sembah,
SALAHUDDIN BIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS
20 Rabiul Awal 1429/ 28 Mac 2008

"Pasukan Selangor bakal diketuai seorang CEO, jadi unit korporat" Tan Sri Khalid
Oleh SelangorFC.com
PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) melakukan satu anjakan baru dalam pengurusan bola sepak tempatan apabila bakal menjadi sebuah organisasi yang bercirikan korporat serta profesional.
Presiden FAS yang baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebagai langkah permulaan, pihaknya kini sedang mencari individu yang bertanggungjawab sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi menguruskan bola sepak di Selangor.
"Memandangkan kita kini dalam era ketelusan, kita akan iklankan jawatan kosong CEO ini. Kita akan lihat respon yang diberi daripada mereka yang berminat nanti.
"CEO itu nanti akan bertanggungjawab sebagai pengurus dalam pengendalian bola sepak di negeri Selangor ini. Sekarang bukan masanya lagi untuk kita terus menguruskan organisasi ini secara sukarela," katanya.
Abdul Khalid berkata demikian pada majlis minum pagi bersama pegawai FAS serta pemain Selangor yang terdiri daripada skuad Liga Super, skuad Piala Presiden dan skuad Piala Belia di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam semalam.
Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail selaku penaja utama FAS menerusi anak syarikatnya, Bekalan Air Selangor (Syabas) serta beberapa pegawai tertinggi FAS antaranya timbalan presiden, Datuk Mokhtar Ahmad, naib presiden, Datuk Emran Kadir serta setiausaha agung, Hamidin Mohd. Amin.
Jelas Abdul Khalid, beliau mahu mengubah FAS menjadi sebuah unit korporat yang bakal memainkan peranan utamanya dalam menentukan pembangunan dan masa depan bola sepak negeri Selangor.
"Kita mahu buat satu organisasi yang dapat membawa punca kewangan buat FAS. Jadi, saya mahu perubahan minda ke arah bola sepak Selangor yang profesional," ujarnya.
Ditanya adakah FAS akan memberikan tiket percuma seperti dilakukan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) baru-baru ini, Abdul Khalid menegaskan, pihaknya tidak bercadang memberi tiket percuma seperti itu.
"Beri tiket percuma tidak akan menaikkan minat seseorang penyokong itu. Kalau kita terus menang, main dengan bagus, itu sudah cukup untuk menarik minat mereka walaupun kena bayar tiket.
"Kita mahu jadikan bola sepak sebagai perniagaan. Jika berjaya tarik lebih ramai peminat selepas ini, saya nak jadikan peminat setia Selangor juga sebagai pemilik saham dalam organisasi bola sepak kita," katanya.
Dalam majlis semalam juga, Abdul Khalid menerima dua helai jersi Selangor daripada ketua jurulatih, Dollah Salleh dan ketua pasukan, Shukor Adan serta cek penajaan daripada Rozali yang mewakili Syabas.
Syabas mula menjadi penaja utama FAS sejak musim lalu dan ia diteruskan lagi bagi musim ini dengan nilai tajaan sebanyak RM5 juta setahun.
"Jumlah RM5 juta sebenarnya tidak cukup untuk menguruskan sebuah pasukan menjadi yang terbaik. Kalau boleh, saya akan cuba dapatkan lebih banyak lagi tajaan untuk FAS selepas ini," jelas Abdul Khalid.

Langgan:
Catatan (Atom)