THE MALAYSIAN INSIGHT
Versi penuh audio kontroversi kerjasama PAS, Umno tersebar
Versi penuh audio 20 minit yang dikatakan suara AJK PAS Pusat Nik Mohamad Abdul Nik Aziz disebarkan melalui laman sosial Facebook malam tadi, mendedahkan kenapa PAS berpecah sehingga melahirkan Amanah. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
VERSI penuh audio 20 minit yang didakwa memaparkan suara AJK PAS Pusat Nik Mohamad Abdul Nik Aziz disebarkan melalui laman sosial Facebook malam tadi.

Video tersebut antara lain mendedahkan punca perpecahan PAS sehingga melahirkan parti serpihannya, Amanah.

Menurut rakaman tersebut, sekumpulan pemimpin PAS membentuk satu kumpulan bertindak khas menjelang Muktamar PAS 2015.

Pasukan dinamakan Reform Tajdid Islam (RTI) itu didakwa ditugaskan untuk menyerang pemimpin dari kalangan profesional dalam PAS yang digelar sebagai "Jebon" dalam rakaman tersebut.

Serangan tersebut didakwa menyebabkan 18 pemimpin kanan PAS yang berada dalam Jawatankuasa PAS Pusat dikalahkan melalui undi dalam Muktamar 2015.

Nik Abduh bagaimanapun menafikan bahawa suara yang ditampilkan dalam rakam tersebut merupakan suaranya.

"Ada orang kata suara itu 1000% milik saya, tetapi saya menafikannya sebagaimana fitnah video Datuk Seri Anwar dinafikan beliau," kata Nik Abduh pada satu majlis penerangan di Klang baru-baru ini.

Rakaman tersebut pada awalnya disiarkan dalam lima bahagian berasingan dan didedahkan secara berperingkat-peringkat