HALAMAN SANTAI

Rabu, 31 Ogos 2011

Siapa Pejuang Kemerdekaan Yang Sebenarnya, Ulama' atau UMNO?

Blog naimnikmat


Umno perjuang kemerdekaan Tanah Melayu dan bangsa Melayu yang membebaskan orang Melayu daripada cengkaman penjajah, fahaman ini seolah-olah sudah terpahat diminda orang-orang Melayu sejak merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957. Orang-orang Melayu menganggap seolah-olah hanya UMNO dan pemimpinnya sahaja yang memperjuangkan kebebasan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.

Tapi kebanyakan daripada kita pasti terkejut pada realiti sebenar yang tidak pernah diperkatakan dan seakan-akan sengaja dilupakan oleh UMNO dan dipadamkan daripada fakta sejarah kemerdekaan negara Malaysia. Saya ingin tegaskan disini bahawasanya Ulama'lah golongan yang memainkan peranan penting dalam perjuangan memerdekakan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.


http://mideastweb.org/Middle-East-Encyclopedia/hassan_al_banna.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiu5nS-ZPpNb1M2ZfPxC2C0cuqCNbIsGRmENPpVGbAkXorim3uAOkRCDwzK1csjTZO-oine3p0AgMgWIGL6S76nzqDjFcwcmIlzHZ23Ws8gFsciWJDzhKeFEnVkdGFQ6cbFZLUUv5suXxM/s200/3+-+Tuan+Guru+Syaikh+Muhammad+Nur+al-Fathani.jpg
http://img196.imageshack.us/img196/531/newpictureg.png

Susur galur perjuangan Ulama' daripada atas sebelah kiri Sayed Jamaluddin Al-Afghani(Pengasas Pan-Islamic), Sheikh Muhammad Abduh(Anak murid Sayed Jamaluddin), Imam syahid Hassan Al-Banna(Pengasas Ikhwanul Muslimin),Sheikh Ahmad Al-Fathani dan Dr. Burhanuddin Al-Helmi (Presiden Pas ke-3)

Kenyataan ini seolah dipandang sepi oleh masyarakat Melayu dan orang-orang Malaysia umumnya. Sejak daripada mula lagi Ulama' sebenarnya telah memainkan peranan yang sangat penting dalam pegerakan-pegerakan pembebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah dan perjuangan untuk memartabatkan kalimah ALLAH di Tanah Melayu.

Bermula dengan kemunculan tokoh-tokoh reformis Islam lulusan Mekah dan Mesir yang mendapat pengaruh daripada insan yang sepatutnya mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain @ Zainal Abidin bin Wan Mustafa Al- Fathani atau lebih dikenali sebagai Sheikh Ahmad Al-Fathani.

Beliau lahir pada 10 April 1856 (5 Sya’aban 1272) di Kampung Sena Janjar, Jambu,Negeri Jerim,Pattani dan wafat pada 14 Jan 1908.Perjuangannya membebaskan Tanah Melayu pada mulanya berpusat di kota Mekah. Disana beliau mengumpul pelajar-pelajar melayu yang berlajar di Timur Tengah khususnya Mesir dan kemudian memperkenalkan mereka kepada tokoh Ulama dan reformis Islam iaitu Sheikh Muhammad Abduh murid kepada Sayid Jamaluddin Al-Afghani yang membawa konsep 'Pan Islamic' yakni islam secara global.

Pencetusan gerakan Islah oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh pada 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Golongan pelajar di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir telah membangkitkan semangat kebangsaan. Mereka yang menuntut di Universiti al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.

Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.Kemudian lahirlah pejuang2 kemerdekaan yang berjuang dan ada antaranya syahid semata-mata untuk perjuangan Islam,bangsa dan tanah air.

Antara nama-nama yang turut berjuang ialah Muhammad Yusuf Ahmad@
'Tok Kenali',Haji Hassan Munas@ 'Tok Janggut', Dr Bahanuddin Al-Helmy dan ramai lagi sehingga tidak mampu saya nyatakan kerana terlalu ramai Ulama' yang turut berjuang demi Agama dan Tanah Air.

Penubuhan Parti Islam Semalaysia(PAS) juga adalah lanjutan perjuangan menegakkan syiar Islam pada era kemerdekaan. PAS tertubuh kerana golongan Ulama yang ketika itu berpendapat bahawa UMNO telah lari daripada prinsip mereka yakni 'Amal maaruf dan Nahi mungkar' ini berikutan sikap pemimpin UMNO yang berfikiran sekular dengan memisahkan prinsip pemeritahan daripada prinsip Islam yakni Al-Quran dan As-Sunnah.

Walaupun PAS menentang keras dasar sekular UMNO tapi mereka masih menganggap PAS sebagai sayap mereka,tapi kebenarannya ialah prinsip perjuangan PAS adalah berbeza kerana PAS berpegang teguh pada prinsip pemerintahan berteraskan 'Al-Quran dan AS-Sunnah' dan ini sesungguhnya amat bercanggah dengan prinsip sekular yang diterapkan oleh pemimpin UMNO pada ketika itu dan keadaannya tidak banyak berbeza sekarang . Jika dulu ada 'Loteri Rakyat' kini 'Judi' dihalalkan bahkan ada pula pemimpin UMNO yang mempunyai saham dalam syarikat Judi dan Arak.

Tapi adalah amatlah malang apabila perjuangan para Ulama' yang bermati-matian itu, secara tiba-tiba sahaja agenda perjuangan itu dirampas oleh UMNO yang hanya mula bercakap soal kemerdekaan pada tahun 1951.

Anak didik British ini memperoleh manfaat dan dikenang sebagai perjuang ulung kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka meminggirkan bahkan melupakan perjuangan para Ulama'.

Sejarah hanya tertulis bahawasanya hanya UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan seperti yang sudah terpahat difikirkan kita. Berfikirlah sejenak siapakah yang sebenarnya bermati-matian menumpahkan darah demi Malaysia dan Islam, Ulama atau UMNO?

Peminat akaun lucah Facebook tidak waras



Jangan terpengaruh dengan akaun lucah di Facebook yang dicipta untuk merosakkan akhlak remaja.

KUALA LUMPUR – Menjijikkan apabila ada golongan remaja masa kini ibarat gila seks apabila mereka dengan selamba mewujudkan beberapa akaun yang memuatkan gambar-gambar lucah membabitkan wanita tempatan atau warga asing menerusi laman sosial Facebook.

Tinjauan Kosmo! mendapati sekurang-kurangnya terdapat 15 akaun sedemikian telah diwujudkan dan telah menarik minat lebih 1,000 pelayar Internet yang rata-ratanya remaja untuk menjadi pengikut.

Kesan perbuatan itu bukan sahaja bakal melahirkan remaja yang rosak akhlak malah bakal menjadikan laman sosial yang popular pada masa kini medan untuk menyiarkan gambar-gambar yang mengaibkan.

Difahamkan, pengguna Internet yang ingin menjadi pengikut hanya perlu menekan butang like (suka) pada papan pemuka akaun tersebut sebelum diterima masuk oleh pereka laman seks tersebut.

Lebih memalukan, sebaik diterima masuk tanpa disedari segala aktiviti mereka berkaitan akaun itu akan dipaparkan di dinding Facebook masing-masing dan semua gambar-gambar tidak senonoh itu turut boleh dilihat oleh rakan-rakan lain.

Keadaan yang berlaku itu dilihat sangat membimbangkan kerana ia merupakan punca kepada keruntuhan moral dan akhlak generasi muda masa kini.

Lambakan laman-laman web yang wujud itu boleh mempengaruhi minda terutamanya golongan remaja yang semakin meminati laman sosial berkenaan pada masa kini.

PUASA, RAYA DAN IBLIS

RONTOG DAILY

Sebulan lamanya kita berpuasa.

Sepanjang siang hari-hari Ramadan itu kita bukan setakat menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga daripada melakukan apa sahaja yang boleh membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa pun, seboleh-bolehnya cuba kita elak – terutama dalam dua tiga hari pertama Ramadan. Selepas dua tiga hari itu, selepas bahang awal Ramadan mula sejuk sedikit, kita mungkin kembalii’ter’ melakukan itu dan ini yang secara logiknya boleh mengurangkan pahala puasa.

Alah biasa tegal biasa. Bagi orang yang biasa melakukan dosa, tentulah tidak merasa apa-apa kalau sesekali ‘ter’ melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan pahala.

Apa pun secara umumnya kita memang sayangkan puasa kita. Kita berasa cukup malu dan bersalah jika tidak melakukannya, walaupun kita tidak pula berasa demikian jika tidak menunaikan solat lima waktu.

Pelik?

Mungkin. Tapi, pelik atau tidak, itulah kita.

Kita yang sama ini jugalah akan berubah wataknya dalam sekelip mata sebaik saja Syawal menjelang. Kita dengan mudah akan melupakan segala perjuangan menahan nafsu sepanjang Ramadan dan kita gantikan pula dengan mengikut nafsu.

Maka segala jerih dan penat, segala tabah dan sabar sepanjang Ramadan kita punahkan.

Jarang sangat kita tidak menyambut Syawal tanpa dipengaruhi telunjuk nafsu. Sederhana kita selalunya hanya di bibir sahaja.

Kita tahu sepanjang Ramadan, iblis ditambat. Dan selepas Ramadan berlalu, ia dibebaskan. Jadi, apabila kita keterlaluan meraikan kedatangan Syawal (atau pemergian Ramadan) secara tidak langsung bermakna kita meraikan pembebasan iblis.

Kenapa?

Mungkinkah kerana ia menjadi semakin akrab dan semakin mesra dengan kita atau kerana kita memang sebahagian daripadanya? – HM

Sikit Punya Hal Tetapi Besar Kesannya

MSO


Ya Khoffi: DI berita tv malam semalam saya menyaksi Najib Razak telah melawat hentian Puduraya dan telah menukar nama hentian itu kepada nama baru Pudu Central. Menurut Najib nama itu dicadang oleh salah seorang rakan twiternya yang tweet kepadanya agar nama hentikan itu ditukar kepada nama baru.

Beliau tidak menyebut siapa dan bangsa apa rakan twiter yang tweet kepadanya itu. Saya percaya orang yang mencadangkan nama itu bukan seorang Melayu tulen yang kuat semangat dan seorang yang mementingkan sejarah.

Kalau dia seorang Melayu tulen sudah pasti dia akan mempertahankan nama lama yang lebih sesuai dan tepat dengan negara ini yang dihebuhkan sebagai negara berketunaan Melayu. Puduraya menunjukkan Pudu (hentian) yang besar dan lengkap. Nama Puduraya itu lebih lagi sesuai dengan kecanggihan dan kelengkapan yang disediakan setelah diubahsuai.

Kata Najib dalam mengulas kehebatan Puduraya itu ianya seperti sebuah lapangan terbang. Nah, makin sesuai sangat kalau nama Puduraya dikekalkan kerana orang Melayu khasnya boleh berbangga dengan nama itu. Kalau ditukar kepada Pudu Central ia tidak mempunyai apa-apa elemen keMelayuan lagi.

Najib sendiri juga tidak perlu bingkas sebegitu sekali kepada cadangan itu. Sebagai seorang pemimpin beliau sepatutnya peka dan peduli kepada elemen-elemen keMelayuan, sejarah, rupadiri dan juga memahami sentimen mengenai nama itu.

Lagi pun partinya adalah parti yang berjuang atas nama Melayu, kepentingan Melayu. Kalau perkara sekecil itu pun tidak dapat dipertahankan apalah hendak diharap kepada perkara yang lebih besar lagi.

Saya nak sebut dalam soal menjaga budaya, mempertahan budaya ataupun menyelitkan unsur-unsur budaya dan bahasa, orang Cina lebih peka berbanding dengan orang Melayu. Perhati saja kepada tulisan Cina dipapan-papan tanda. Walaupun sebesar mana tulisan dalam bahasa Melayu tetapi bahasa Cina tetap diselitkan di mana-mana sudut. Inilah kaum yang mementingkan kepada budaya dan citarasa mereka sendiri.

Terlanjur menyebut hal ini saya kagum dengan sikap Karpal Singh seorang sikh tetapi menghormati tulisan jawi. Dalam satu kad perniaga beliau yang diberikan kepada saya tercatat namanya dalam tulisan jawi. Apakah tindakan Karpal ini sebagai memerli orang Melayu atau memang dia merasakan tulisan jawi itu ada estitikanya tersendiri.

Berlainan dengan orang Melayu, nama yang sudah ada pun dicabut dan ditohok diganti dengan nama Inggeris yang menjadi kebanggaannya. Sebab itu saya katakan corak pentadbiran seseorang pemimpin ke atas negaranya bergantung atau dipengaruhi oleh latar belakang pendidikannya.

Kalau dia berpendidikan barat maka budaya baratlah yang dibawa dalam kehidupan dan gaya kepimpinannya. Kalau pendidikannya sekular maka sekularlah juga sistem yang digemarinya. Kalau dia berpendidikan budaya Arab Islam maka gaya dan corak itulah yang akan dilaksanakan. Pengaruh pendidikan dan ilmu besar sekali ke atas seseorang manusia.

Saya rasa Najib jangan sangat ghairah melakukan apa-apa tranformasi sehingga boleh mengikiskan budaya bangsa sendiri. Orang berkedudukan seperti beliau boleh melalukan apa saja kerana kuasa. Dan kalau beliau melakukan tidak ada siapa yang akan membantahnya, terutama orang Umno kerana mereka kebanyakannya berajakan kepada Najib. Siapa orang Umno yang berani membantah Najib?

Mungkin orang Umno akan mengatakan perkara itu remeh, apalah yang ada kepada nama. Tetapi kena ingat sesuatu yang besar itu bermula daripada perkara remeh. Bukan itu saja kalau perkara sekecil soal nama itu pun tidak boleh dipertahankan macam mana Najib dan Umno hendak mempertankan perkara-perkara lebih besar dari itu. Benarlah juga kata budak-budak Umno menjaul Melayu dan menjual negara.

Akhirnya selamat pagi kepada Najib bukan selamat hari raya di atas tindakan menukar nama Melayu kepada Inggeris itu. Titik tidak bernokhtah!

DSWA: Raya Semakin Mahal, Rakyat Perlu Pembelaan

Ditulis oleh Radzi Razak


KUALA LUMPUR : Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu keadilan terbela bagi rakyat yang terpaksa menghadapi kesan kenaikan harga barang dalam kegembiraan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Oleh itu, beliau turut mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memperketat dan memantau mekanisma kawalselia harga agar keperluan rakyat dan peniaga dapat dijaga.

"Kekangan dan bebanan sara hidup yang semakin meninggi akibat tatakelola dan perancangan yang tidak dilandasi semangat kerakyatan dan kesederhanaan. Rakyat terus dibebani dengan kenaikkan harga barang yang tidak terkawal terutamanya barang keperluan raya," katanya dalam satu Perutusan Khas sempena Hari Raya hari ini.

Dalam menyambut bulan Syawal, Wan Azizah turut mengajak rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneladani pengajaran pembersihan jiwa sepanjang ramadan dengan terus berjuang demi keadilan , kebenaran dan perpaduan sejati.

Dalam perutusan Hari Raya beliau, Wan Azizah mahu kemenangan yang disambut dalam bulan Syawal hasil daripada pentarbiyahan dalam menjalani latihan dan disiplin sepanjang Ramadhan memberi semangat kepada setiap umat Islam.

"Ramadhan adalah bulan dan masa yang amat sesuai untuk kita semua meningkatkan ilmu, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Kita sedar bahawa bulan ramadhan ini juga adalah tempat para pejuang yang mahu menegakkan keadilan dalam menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan fitnah dunia yang mencengkam kebebasan dan kemerdekaan rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Wan Azizah mahu ahli PKR terus komited dalam perjuangan parti itu dalam memastikan negara ini bebas dari cengkaman dan fitnah yang membelenggu kehidupan rakyat dan seterusnya memartabatkan keadilan sejati.

"KEADILAN menyeru agar kita tidak terus berpeluk tubuh dan membiarkan kemarakan fitnah ini membinasakan kebenaran,keadilan dan perpaduan ummah. Marilah kita terus bersama menghindarkan diri daripada bersubahat dengan fitnah," kata beliau.

"Oleh itu kita perlu begandingan dalam membina keyakinan untuk terus meneladani kebabasan dan keadilan sejati," tambahnya lagi.

Malaysia, Australia akan cari jalan terbaik tangani isu pencari suaka


KUALA LUMPUR — Malaysia akan bekerja rapat dengan kerajaan Australia untuk mencari jalan terbaik bagi menangani isu pencari suaka dan pemerdagangan manusia, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein susulan keputusan mahkamah awal hari ini.

Menteri Dalam Negeri berkata perjanjian antara kedua-dua kerajaan adalah cara terbaik untuk menyelesaikan isu pemerdagangan manusia.

“... satu cara untuk melindungi kepentingan Australia, Malaysia dan yang utama sekali (soal) imigran yang terbabit,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan petang ini.

Hishammuddin (gambar) berkata penyeludup manusia mengeksploitasi desakan hidup dan tiada rasa hormat ke atas hak asasi individu-individu yang menjadi sasaran mereka.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Australia memutuskan perjanjian berhubung urusan pertukaran pencari suaka antara Canberra dan Putrajaya sebagai tidak sah.

Akhbar Sydney Morning Herald memetik Australian Associated Press melaporkan, Ketua Hakim Robert French memutuskan “deklarasi yang telah dibuat ... dibuat tanpa kuasa dan oleh itu tidak sah.”

Justeru, mahkamah memutuskan tiada pencari suaka politik boleh dihantar ke Malaysia oleh kerajaan Australia.

Mahkamah mengadakan sidang khas minggu lalu untuk mempertimbangkan hujahan oleh para peguam yang mewakili sekumpulan ‘orang hanyut’ yang mahu rancangan penghantaran 800 pencari suaka ke Malaysia dibatalkan.

Barisan peguam itu berpendapat Menteri Imigresen Chris Bowen tidak mempunyai kuasa untuk menghantar pencari suaka ke Malaysia kerana negara itu tidak mempunyai obligasi perundangan untuk melindungi mereka.

Mereka juga berhujah bahawa penghantaran kanak-kanak tanpa ditemani orang dewasa ke Malaysia merupakan pengabaian tugas Bowen sebagai penjaga di sisi undang-undang untuk bertindak demi kepentingan mereka.

Mewakili seorang pencari suaka remaja yang tiba di Australia selepas perjanjian dengan Malaysia dimeterai bulan lepas, peguam remaja itu, Richard Niall, memberitahu mahkamah minggu lalu bahawa penghantaran ke Malaysia bukan merupakan kepentingan anak guamnya itu.

Mengikut perjanjian dengan Malaysia, Australia akan menghantar 800 pencari suaka yang tiba di negara itu dengan bot, ke Malaysia bagi diproses tuntutan mereka untuk diisytiharkan sebagai pelarian.

Australia pula akan menerima 4,800 pendatang dari Malaysia yang sudah diberi status pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jiwa kaya, iman kuat bangkit jatuhkan rejim zalim

Khairul Azlam Mohamad


MARANG: Walaupun rejim Tunisia, Mesir dan Libya dibantu oleh kuasa-kuasa Bart namun tumbang kerana kebangkitan rakyat yang kaya jiwa dan iman yang kuat.

“Kebangkitan rakyat yang berani, yang bersedia untuk mengorbankan diri mereka di jalan raya, yang tidak tunduk pada kezaliman kerana jiwa yang kaya bukan jiwa yang miskin dan papa kedana,” tegas Presiden PAS ketika menyampaikan khutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Katanya, kebangkitan dengan jiwa yang kaya dan iman yang kuat boleh menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang zalim.

“Sekiranya kita berpegang dengan Islam kita akan diberikan kemuliaan oleh Allah SWT,” katanya.

Justeru, katanya puasa mengajar umat Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT yang bersedia untuk mengorbankan diri, sanggup berlapar, berdahaga, letih dan menahan diri menghadapi kesusahan dan kepayahan.

Tambahnya, mereka meninggalkan nikmat dunia kerana taatkan kepada Allah SWT. “Begitulah kewajipan kita untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi Allah ini,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, orang-orang munafik didedahkan oleh Allah bahawa mereka golongan berpura-pura Islam, hatinya tidak percaya dengan Islam.

Katanya, orang-orang yang lemah imannya menganggap janji kemenangan yang disebut oleh Allah dan Nabi s.a.w. hanyalah tipu daya sahaja.

Justeru, ujarnya adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam yang dilatih oleh Allah SWT dengan puasa Ramadan untuk membebaskan diri daripada tipu daya syaitan.

“Marilah kita berhari raya dengan semangat yang baru, jiwa yang baru, bercita-cita untuk menemui Allah SWT dan hari pertemuan kita dengan Allah adalah hari yang paling bahagia,” ujarnya lagi.

Dr Wan Azizah: Pemimpin boros tapi rakyat terus ditindas

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas sedangkan negara menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-54, rakyat terus ditindas dengan desakan dan tekanan sara hidup membebankan sedangkan pemimpin berkuasa dengan sewenangnya membelanjakan wang untuk kepentingan tertentu.


Dalam perutusan Hari Kemerdekaan dikeluarkan hari ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, saban hari rakyat dipinta untuk “berkorban” dan ubah gaya hidup dalam menampung sara hidup seharian, tetapi jutaan ringgit terus dibelanjakan tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat.

Justeru kata beliau, PKR akan terus memperjuangkan prinsip keadilan hak dan kebebasan rakyat. Juga akan terus membina nilai moral dan akhlak dalam pemerintahan yang telus dan efektif.

“Inilah kemerdekaan total yang akan PKR perjuangkan. Membebaskan rakyat dari tekanan ekonomi, kebebasan dalam fahaman dan kepercayaan, memberi ruang anak muda untuk meneladani perkembangan akhlak dan moral, memastikan bebanan pinjaman pelajaran kepada mahasiswa diurus dengan baik agar kecemerlangan akademi berterusan,” katanya lagi.

Dr Wan Azizah berkata, adalah menjadi satu prinsip PKR untuk membina bangsa dan negara sejajar dengan gerakan rakyat yang berhak atas negara ini. “Dengan landasan yang betul, jujur dan tanggungjawab maruah bangsa akan dapat dimartabatkan,” kata beliau.

Beliau juga berkata, kemerdekaan yang diburu adalah kebebasan hati dan bukan kemerdekaan yang hanya sekadar mengibarkan Jalur Gemilang.

Kata beliau, seharusnya rakyat mesti dipupuk untuk melahirkan jiwa merdeka.

“Justeru, marilah kita sama-sama memaknai kemerdekaan ini dengan memerdekakan sepenuhnya jiwa kita dari cengkaman dan kezaliman demi membina negara yang aman harmoni antara semua bangsa. Kemerdekaan tidak semestinya ditafsirkan sebagai bebas dari tekanan dan cengkaman penjajah.

“Malah ia merangkumi segala aspek kehidupan, politik, ekonomi, moral dan masyarakat. Kemerdekaan ini juga harus menjadi asas keterbukaan khususnya kepada golongan muda yang bakal mewarisi pentadbiran negara suatu masa nanti,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, negara sepatutnya mampu menyediakan prasarana ekonomi agar kekayaan negara dapat dikongsi bersama tanpa membataskan kedudukan bangsa dan agama.- Malaysian Insider

PAS: Fakta sejarah perlu dikaji semula, tak timbul isu sokong kommunis


KUALA LUMPUR - Ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-54 dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula dikritik sesetengah pihak berhubung satu ceramah baru-baru ini, parti Islam itu menegaskan, negara perlu mentafsir semula fakta sejarah agar semua hero diberi penghormatan sewajarnya.

Sehubungan itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, soal menyokong komunis tidak timbul jika “kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.”

“Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit,” kata Tuan Ibrahim (gambar).

Mohamad atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, dilaporkan berkata, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Mohamad dan menegaskan akan mengambil tindakan saman ke atas Utusan Malaysia atas alasan telah memutarbelitkan kandungan ceramahnya.

Polis pula berkata mahu menyiasat Mohamad kerana mengeluarkan kenyataan mengemparkan rakyat.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas iaitu “apakah British dan kuncunya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah ditafsirkan.”

Kata beliau, kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.

“Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya.

“Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Hari ini, genap 54 tahun negara mencapai kemerdekaan. Bagaimanapun sambutan akan diadakan pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.

Tuan Ibrahim menambah, disebabkan pada zaman British menjajah negara, mereka telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka.

“Namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, maka kini timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah.

“Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), PKM (Parti Komunis Malaya) dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British,” katanya lagi.

Justeru kata Tuan Ibrahim, atas penilaian itu, “kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero.”

“Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?” tambah beliau.

Beliau seterusya menyoal, jika kedua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya?

“Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya,” kata Tuan Ibrahim.

Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.

Bagaimanapun katanya, yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero.

Pada masa yang sama kata Tuan Ibrahim, kedudukan dan jasa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.

“Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?

“Secara menafsir sejarah secara jujur, semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun,” katanya lagi.

Namun demikian, tambah beliau, “kita tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya menghalau penjajah.”

“Namun apa yang pasti, menghalau penjajah merupakan ‘common goal’ yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain,” katanya lagi.

Tuan Ibrahim seterusnya bertanya, “pada 1950 adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara?”

“Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu,” jelas beliau.

“Selepas merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan.

“Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.

“Inilah tafsiran sejarah secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi satu-satu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era. Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri selepas menghalau penjajah,” katanya sambil menambah, sejarah yang paling kritikal juga berlaku di zaman peralihan antara Jepun dan British.

“Di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British,” kata beliau lagi.

“Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.

“Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Profesor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini,” kata beliau lagi.- Malaysian Insider

Selepas 50 tahun, S'pura serah kemudahan loji air

MALAYSIA KINI


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menyaksikan majlis penyerahan kemudahan loji rawatan air dan rumah pam secara rasmi oleh Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) kepada kerajaan negeri Johor.

Majlis menandatangani penyerahan dua loji rawatan air dan dua rumah pam milik PUB disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB, Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Obet Tawil di Loji Air Gunung Pulai di Johor Baharu.

Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.

Selain Loji Air Gunung Pulai, PUB menyerahkan Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian berikutan kontrak bekalan air selama 50 tamat antara PUB dan kerajaan negeri Johor di bawah Perjanjian Air 1961 hari ini.

Dalam ucapan pada majlis itu, Abdul Ghani mengucapkan terima kasih kepada PUB kerana mengurus dan menjaga semua kemudahan loji rawatan air dan rumah pam berkenaan dalam keadaan baik sepanjang tempoh perjanjian tersebut.

"Loji rawatan air Gunung Pulai adalah berkualiti tinggi dan kerajaan Johor bercadang meneruskan usaha baik PUB itu,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri menimbang untuk menaiktaraf semua kemudahan berkenaan demi menampung permintaan bekalan air bagi penduduk Johor Bahru dan Pontian.

Keputusan untuk menyerahkan kemudahan air itu secara percuma dicapai semasa pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong pada 24 Mei tahun lalu.

Sebelum ini, dilaporkan penyerahan kemudahan air oleh PUB itu akan menghasilkan tambahan 681 juta liter air bersih sehari untuk negeri Johor.

Berikutan tamatnya perjanjian itu, Johor akan mengurus 43 daripada 44 loji rawatan air di negeri itu manakala PUB akan terus menguruskan Loji Rawatan Air Sungai Johor dan Empangan Linggiu di Johor.

Terdapat dua Perjanjian Air Johor-Singapura iaitu Perjanjian Air 1961 yang tamat pada 31 Ogos 2011 dan Perjanjian Air 1962 yang akan tamat pada 2061.

Sementara itu, Dr Vivian berkata penyerahan tersebut tidak akan menjejaskan bekalan air republik itu.

"Penyerahan tersebut atas dasar baik dan simbolik kepada peningkatan hubungan antara Singapura dan Malaysia," dipetik sebagai berkata oleh saluran televisyen Singapura 'Channel NewsAsia'.

Dua loji rawatan dan dua rumah pam itu menghasilkan kira-kira 57 juta liter air sehari atau lima peratus jumlah keperluan bekalan air Singapura.

Katanya Singapura kini dalam landasan untuk menjadi mampu diri dalam bekalan air menjelang tamatnya Perjanjiaian Air 1961 pada 2061.

Katanya sepanjang lalu, Singapura sedang membangunkan sumber air tempatan dengan membina empangan baru dan meningkatkan teknologi keupayaan proses penyahgaraman dan Air Baru.- Bernama

PKR: Rakyat mesti dipupuk lahirkan jiwa merdeka

MALAYSIA KINI


Kemerdekaan tidak semestinya ditafsirkan sebagai bebas dari tekanan dan cengkaman penjajah tetapi merangkumi segala aspek kehidupan, politik, ekonomi, moral dan masyarakat, kata presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

NONE“Sehubungan dengan itu, negara sepatutnya mampu menyediakan prasarana ekonomi agar kekayaan negara dapat dikongsi bersama tanpa membataskan kedudukan bangsa dan agama,” katanya dalam perutusan Hari Merdeka, hari ini.

Menurut Wan Azizah, pembangkang juga menuntut keadilan terbela bagi rakyat yang terpaksa menghadapi kesan kenaikan harga barang dalam kegembiraan menyambut perayaan Aidilfitri.

“Rakyat terus ditindas dengan desakan dan tekanan sara hidup yang membebankan, sedangkan pemimpin yang ada duduk gah di atas dengan sewenangnya membelanjakan hasil negara untuk kepentingan tertentu.

“Saban hari kita dipinta untuk “berkorban” dan ubah gaya hidup dalam menampung sara hidup seharian. Tetapi jutaan ringgit terus dibelanjakan tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat, “ kata Wan Azizah dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, beliau mencadangkan agar kerajaan persekutuan bagi memperketat dan memantau mekanisma kawalselia harga agar keperluan rakyat dan peniaga dapat dijaga.

NONEKatanya, kemerdekaan yang diburu adalah kebebasan hati, bukan kemerdekaan yang hanya sekadar mengibarkan Jalur Gemilang dan rakyat mesti dipupuk untuk melahirkan jiwa merdeka.

“Justeru, marilah kita sama-sama memaknai kemerdekaan ini dengan memerdekakan sepenuhnya jiwa kita dari cengkaman dan kezaliman demi membina negara yang aman harmoni antara semua bangsa.

“Kemerdekaan ini juga harus menjadi asas keterbukaan khususnya kepada golongan muda yang bakal mewarisi pentadbiran negara suatu masa nanti,” katanya.

Menurutnya lagi, PKR akan terus memperjuangkan prinsip keadilan hak dan kebebasan rakyat serta membina nilai moral dan akhlak dalam pemerintahan yang telus dan efektif.

azlan“Inilah kemerdekaan total yang akan PKR perjuangkan. Membebaskan rakyat dari tekanan ekonomi, kebebasan dalam fahaman dan kepercayaan,memberi ruang anak muda untuk meneladani perkembangan akhlak dan moral.

“Memastikan bebanan pinjaman pelajaran kepada mahasiswa diurus dengan baik agar kecemerlangan akademi berterusan.

“Adalah menjadi satu prinsip PKR untuk membina bangsa dan negara sejajar dengan gerakan rakyat yang berhak atas negara ini,” katanya.

Anwar: Imej Najib tercalar, rakyat mahu k'jaan baru

MALAYSIA KINI


Kemerosotan tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang jatuh enam mata kepada 59 peratus adalah petanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBagaimanapun, Anwar dalam wawancaranya di TV Selangor berkata Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat, khususnya di luar bandar yang masih di bawah pengaruh Umno-BN.

"Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda kerajaan.

“Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat akan mengundi Pakatan," kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center pada Isnin lalu dalam laporannya mendedahkan bahawa kemerosotan tahap puas hati terhadap Najib itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat.

azlanIni kerana pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan kerajaan pimpinannya, baru-baru ini.

Menurut kajian Merdeka Center itu kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan pada Jun tahun lalu.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 turut mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.

Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya oleh BERSIH 2.0.

azlan“Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk S Ambiga (pengerusi BERSIH 2.0) memberi kesan kepada rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong (menuntut) pilihan raya adil?" kata Anwar.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata sebarang perubahan polisi yang bakal dilaksanakan oleh Najib sebagai sudah terlewat kerana presiden Umno itu telah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.

"Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan pilihan raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an.

libya sirte final assault rebel fighter 1“Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?" soal Anwar lagi.

Hasil kajian Merdeka Center itu turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

NONEBagaimanapun, tidak seorangpun pemimpin Umno dan BN menerima keputusan kajian berkenaan berbanding reaksi mereka apabila badan bancian yang sama menunjukkan tahap puas hati Najib pada tahap yang tinggi satu ketika dahulu.

Malah, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menempelak kajian Merdeka Center itu dan berkata kepimpinan Najib diterima majoriti rakyat di negara ini.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan perdana menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti perdana menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

NONE“Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri," katanya.

Menurut Rais, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Najib dan kerajaan BN secara ikhlas.

Muhyiddin seru Mat Sabu berpegang kepada taqwa

MALAYSIA KINI


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu perlu balik ke landasan yang betul dan berpegang kepada prinsip taqwa.

Sebagai seorang pemimpin Islam, beliau berkata Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan sentiasa bercakap benar.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamBernama memetik Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan Mat Sabu memutarbelitkan kenyataan adalah satu dosa.

"Kalau dah tersasul dia kena mohon ampun pada Tuhan dan bertaubat supaya tak melakukan sesuatu seperti itu lagi," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh hari ini.

Muhyiddin berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan Mat Sabu menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung tragedi Bukit Kepong yang mendakwa penyerang anggota keselamatan dan keluarga tragedi itu adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Psikologi politik

Muhyiddin kesal dengan kenyataan Mat Sabu dan menyifatkan pemimpin PAS itu lebih berpolitik dan tindakan Mat Sabu menafikan membuat kenyataan itu dan berhasrat menyaman akhbar Utusan Malaysia hanyalah psikologi politik bagi memperbetulkan keterlanjurannya.

muhyiddin yasin"Bagi saya, saya tak tahu ini gambaran PAS yang sebenarnya atau perlakuan peribadi Mat Sabu tetapi yang pastinya apabila seseorang seperti beliau berucap, beliau bercakap dalam kapasiti sebagai Timbalan Presiden (PAS)," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata kalau itu menjadi trend PAS pada masa akan datang, ia telah lari daripada asas perjuangan parti berkenaan.

Mohamad Sabu pada sidang akhbarnya Isnin lalu berkata laporan Utusan pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati Utusan telah memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan PAS," katanya.

mat sabu pc with salleh man 190811"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," katanya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan mendengarnya," kata Mohamad.

Nabi pun dianggap pengkhianat

Khairul Azlam Mohamad

MARANG: Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.

“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.

“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.

Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.

Tegasnya, Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Beliau yang juga ahli parlimen marang berkata, tidak ada kemerdekaan selagi tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT.

“Selagi sembahyangnya tidak mengadap Allah, selagi syariat dan hukum-hakamnya tidak mengikut syariat dan hukum-hakam Allah, tidak dinamakan merdeka dalam erti kata yang sebenar,” jelasnya.

Tegasnya, perjuangan memerdekakan manusia dengan hanya mengabdikan diri kepada Allah.

“Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair mereka.

“Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai, perjuangan untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. belum selesai,” ujarnya lagi.



Rais: Kajian Merdeka Center tak berasas, Najib diterima majoriti rakyat

THE MALAYSIAN INSIDER

PUTRAJAYA – Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diterima majoriti rakyat di negara ini, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau (gambar) menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

“Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Bagaimanapun, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) secara ikhlas.

Sehubungan itu, Rais dipetik Bernama Online, meragui kajian Merdeka Research Centre dan menasihatkan pusat penyelidikan itu mengambil pendekatan yang menyeluruh apabila membuat sesuatu kajian sepertimana yang dilakukan di beberapa negara barat.

“Saluran penyelidikan mereka adalah terhad dan bagi pihak yang tertentu. Jadi ia tidak berasas kepada kenyataan dan keadaan sebenarnya,” katanya.

Rais berkata peningkatan berganda bilangan orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri pada hari ini berbanding tahun lepas juga jelas menunjukkan keyakinan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara.

Tiada motif politik rumah terbuka Aidilfitri di P Pinang

MALAYSIA KINI


Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2011 yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 11 Sept ini tidak mempunyai sebarang motif politik, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

rais yatim interview 160409 02Beliau berkata program adalah landasan untuk menyatukan rakyat Malaysia serta menghargai gagasan 1Malaysia.

"Perayaan ini akan kita tunjukkan sebagai penaut kepada jurang dan kita tidak akan mengadakan ini untuk tujuan siasah politik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya.

Beliau berkata Pulau Pinang dipilih sebagai tuan rumah kerana negeri itu belum pernah menganjurkan sambutan seperti itu secara besar-besaran berbanding negeri-negeri jiran seperti Kedah, Perlis dan Perak.

Katanya, semua pihak dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dijangka menarik tidak kurang 20,000 pengunjung.

azlanMengenai majlis rumah terbuka di Seri Perdana hari ini, beliau berkata kehadiran orang ramai yang tidak putus-putus sejak pukul 11 pagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri.

Selain itu, kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin parti pembangkang jelas menunjukkan penonjolan budaya bermuhibah semasa sambutan Hari Raya dan sambutan kemerdekaan ke-54 tanpa mengira ideologi politik. - Bernama

Dr M bimbang ada pihak cuba pesong fakta sejarah

MALAYSIA KINI


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang dengan segelintir pihak yang cuba memesongkan fakta sejarah dengan memburuk-burukkan pemimpin yang telah berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

mahathir kimma new office event 150708 03"Terdapat satu trend sekarang ini memburuk-burukkan imej pemimpin yang telah berusaha untuk berjuang demi kemerdekaan negara.

"Saya khuatir trend ini berjalan begitu lancar dan apa yang dikatakan oleh Mat Sabu adalah sebahagian daripada usaha memburukkan pemimpin lama mungkin kerana kaitan mereka dengan Umno," katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan harus memberi penerangan yang jelas tentang perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu dan tidak ada alasan yang mengatakan bahawa komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Komunis itu bukan berjuang untuk kemerdekaan, yang berjuang untuk kemerdekaan ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lain yang betul-betul berjuang supaya kita bebas daripada cengkaman penjajah.

"Dan hari ini kita hidup bahagia kerana perjuangan mereka dan tidak harus sesiapa memburukkan pemimpin lama kerana mereka yang memberikan nikmat kepada kita," katanya.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamSementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein terkilan dengan kenyataan pemimpin tertinggi PAS itu yang menyentuh mengenai datuk beliau, Datuk Onn Jaafar yang merupakan pejuang kemerdekaan pada ketika itu.

Beliau berkata tindakan memesongkan sejarah ini merupakan politik cetek dan pembangkang cuba melakukan provokasi dalam politik.

Mengenai cadangan untuk meletakkan Mohamad Sabu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar telah pun menyatakan undang-undang yang akan dikenakan terhadap Timbalan Presiden PAS itu, bergantung kepada siasatan.
- Bernama

Warga Asing 'Kuasai' Ibu Kota Pada Aidilfitri

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Persis perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ibu kota pada Selasa dipenuhi warga asing yang mengambil peluang bersiar-siar dan berkumpul bersama rakan sempena cuti umum Aidilfitri.

Tinjauan Bernama di sekitar stesen bas dan kereta api seperti Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) dan Stesen Putra mendapati kawasan itu 'dikuasai' rakyat asing seperti warga Bangladesh, Nepal dan Indonesia.

Masing-masing yang ditemui berkata mereka mengambil kesempatan cuti umum yang panjang sempena Aidilfitri dan juga ulang tahun kemerdekaan Malaysia untuk berehat bersama rakan, serta mengunjungi saudara yang berada di negara ini.

"Hari ini cuti raya, saya mahu pergi ke rumah adik untuk makan-makan dan raya di sana bersama kawan-kawan selama dua hari," kata warga Bangladesh Anuar Hussin yang mahu ke Cameron Highlands, ketika ditemui di Stesen Pudu Sentral.

Katanya ada juga rakannya yang mengunjungi tempat menarik di negara ini seperti Langkawi dan Pulau Pangkor.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang sekadar bersiar-siar ataupun membeli-belah seperti Misnati Abdullah yang ditemui di KL Sentral.

Wanita dari Indonesia itu berkata beliau bersama adiknya mengambil peluang daripada jualan murah yang masih berlangsung di situ.

"Saya dan adik datang ke sini untuk tengok kasut, baju dan beg yang murah-murah, lagipun hari inilah nak membeli-belah sebab orang tak ramai dan tak sesak," katanya.

Sementara itu, suasana Stesen Putra yang menjadi pusat bas ekspres ke pantai timur lengang dan sunyi kerana hampir kesemua kaunter tiket ditutup.

Pegawai operasi sebuah syarikat bas Mat Rahim Seman berkata hanya satu kaunter tiket dibuka hari ini untuk perjalanan bas tambahan. - BERNAMA

TINGGALKAN BN JIKA ’BERLIDAH’ PEMBANGKANG


Oleh : JAYANTHI GEETA SUKUMARAN


PRESIDEN LDP, Datuk Liew Vui Kiong disaran membawa partinya meninggalkan Barisan Nasional serta merta kerana ’berlidah’ pembangkang dan tidak lagi menjaga adab sopan dan semangat perjuangan Barisan Nasional dengan menghentam pemimpin Sabah secara terbuka di media massa dan majlis rasmi parti berkenaan.

”Jika mereka berperangai dan bersifat seperti pembangkang, maka jadilah pembangkang 100 peratus dan bukannya pengkhianat kepada Barisan Nasional dan menjadi agen kepada pembangkang,” kata Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, Yakub Khan ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi.

Yakub mengulas kenyataan V.K.Liew dan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin kerana sejak akhir-akhir ini begitu lantang mengkritik pemimpin BN Sabah, terutama Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Tegas Yakub, LDP sudah tidak relevan berada di dalam BN Sabah kerana tidak lagi mengamalkan semangat Barisan Nasional yang membuat keputusan secara konsensus dan menyelesaikan sesuatu isu secara musyawarah.

”Pemimpin LDP patut sedar bahawa mengkritik pemimpin BN secara terbuka bukan sahaja mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan parti komponen lain, malah membuka pintu yang amat luas kepada pembangkang untuk memecahbelah perpaduan yang sedia wujud; malah menimbulkan sengketa kerana sudah pastinya akan berlaku perebutan kerusi dan tuntutan yang di luar batasan,” ujar Yakub yang kesal dengan tindakan pemimpin LDP, bagaikan kacang lupakan kulit.

Tiba masa dan ketikanya, kata Yakub, Presiden LDP sewajarnya cermin diri dan insaf di atas kedaifan LDP yang hanya melukut di tepi gantang UMNO kerana kemenangan semua kerusi LDP adalah atas ehsan, sokongan dan simpati undi ahli dan pemimpin UMNO.

”Tanpa UMNO dan parti komponen BN yang lain, LDP hanyalah ’Parti Lintah Darat’ (Lintah Darat Parti) iaitu menjadi lintah yang hanya tahu menghisap darah dan tidak lagi layak mendakwa mewakili masyarakat Cina,” ujar Yakub yang kesal kerana V.K.Liew salah mengemudi LDP sehingga menjadi Parasit di dalam BN.

Sehubungan itu, Yakub menggesa agar LDP kembali ke pangkal jalan atau meninggalkan BN jika ingin terus bersengketa kerana melancarkan perang dingin dari dalam sehingga menimbulkan huru-hara di kalangan parti komponen BN.

”Jika benar LDP mendakwa sebagai parti yang mewakili masyarakat Cina dan berpengaruh, mereka harus buktikan di dalam pilihanraya umum akan datang; kerana sikap menikam BN dari belakang adalah tindakan tidak bermaruah,” tegas Yakub lagi.

Para pemimpin LDP yang ada sekarang, kata Yakub tidak layak mendakwa mewakili LDP kerana mereka dilantik dan bukannya dipilih oleh ahli perwakilan parti.

”Pemimpin ’Syok Sendiri’ dalam LDP, termasuk V.K.Liew mendabik dada dan lupa daratan sehingga tidak sedar bahawa lebih 80 peratus ahli LDP tidak menyokong mereka dan kini LDP berada di ambang kehancuran,” kata Yakub yang mendedahkan ramai pemimpin akar umbi LDP ingin meninggalkan parti berkenaan yang hanya memperjuangkan kepentingan diri dan kroni; tanpa mempedulikan kebajikan dan kepentingan ahli.

Pemimpin kerajaan mejalankan tipu daya melalui polisi yang dicipta.



KUALA NERUS - Penguasa besar dunia bernama Firaun pun menjalankan tipu daya untuk menyesatkan rakyat dan negara, dengan sihir dan kekayaan harta benda.

Manakala pemimpin dan pembesar negara pula pada hari ini, melakukan tipu daya dengan dasar-dasar dan polisi-polisi yang dicipta,

"pembesar negara seperti Firaun dengan Perdana Menteri yang bernama Haman, dengan orang koperat bernama Qarun, maka semua ini ada orang-orang yang ditunjukkan contoh tauladan kepada ALLAH,

"maka tipu daya pemimpin dan pembesar negara kita pada zaman kita ini ialah tipu daya melalui (dasar-dasar) dan polisi-polisi penyiaran, polisi pembangunan ekonomi, hiburan dan sosial,"ujar Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik.

[Gambar- Ustaz Abu Bakar bersalaman dengan para jamaah selepas menunaikan solat sunat Eidul Fitri]

Beliau berkata demikian, ketika, menyampaikan Khutbah Eidul Fitri di masjid Tahfiz Darul Iman, Kampung Tok Jiring dekat sini, pada Selasa 1 Syawal.

Menurutnya, kerajaan pada hari ini menjadikan polisi-polisi ini seolah-olah 'makan minum' dan budaya masyarakat.

"seolah-olahnya (perlaksanaan polisi itu) adalah kehendak masyarakat, perkara -perkara hiburan yang melampau, dan membuat perkata-perkara yang melibat kebendaan yang melampau, yang membodohkan,

"yang tidak mempedulikan daripada kesulitan (yang dihadapi rakyat),"tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat memberikan perhatian khusus kepada anak-anak muda yang menerima kesan dari polisi-polisi 'tipu daya' kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Beliau yang juga AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu memohon kepada para ibu bapa memberikan bimbingan kepada anak-anak.

"anak-anak muda perlu diberilan perhatian dan perlu sangat mendapat bimbingan (dari masyrakat), ibu bapa sewajibnya berhati-hati,

"kerana angka telah menunjuk diantara tahun 2000 hingga 2011 ini tidak kurang daripada 300,000 anak-anak tidak sah taraf, anak-anak luar nikah yang telah dilahirkan dan didaftar,"katanya.

Justeru, beliau mengajak rakyat membuat perubahan memilih pemimpin yang lebih baik bagi menolak 'bala' yang diturunkan oleh Allah, akibat pemimpin pada hari ini tidak memerintah secara Islam.

Kemaafan dendam yang terindah

SINAR HARIAN



SKUDAI – Keluarga mangsa kerat dan bakar, Nurrahayu Qomarodin atau Ayu telah memaafkan pembunuh kejam anak mereka sempena Syawal yang mulia ini.

Kemaafan itu diluahkan bapa Allahyarham Ayu, Qomarodin Bajuri, 47, yang sedikit pun tidak menyimpan dendam terhadap pembunuh anak gadis kesayangannya dan menganggap insiden 4 Julai lalu, mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Saya orang yang pemaaf, saya tidak pernah menyimpan dendam. Walaupun anak saya dibunuh dengan kejam dan tragik, saya maafkan beliau.

“Jauh dari sudut saya, saya tahu dia (pembunuh) tidak berniat mencederakan dan membunuh Ayu, kerana saya kenal beliau. Hampir setiap hari saya memberi beliau makan dan minum tidak kira pagi dan malam, apa yang dilakukannya (pembunuh) hanya sebab terdesak,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di sini, baru-baru ini.

Qomarodin mengakui mengenal pengawal keselamatan yang didakwa membunuh Ayu di dua lokasi berasingan di sebuah Ladang Kelapa Sawit dan Tanah Perkuburan Hindu, Masai, sejak lima bulan sebelum kejadian ngeri itu.

Katanya, biarpun dalam dirinya tidak terpalit dendam, namun dia menganggap hukuman undang-undang yang akan dikenakan ke atas pembunuh Ayu sebagai pembalasan atas perbuatannya.

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah

SINAR HARIAN


SANDAKAN - Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Sandakan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Fadzil Mohd Ali berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 2.20 petang dan menghantar sepasukan anggota polis untuk membuat siasatan.

Beliau berkata mayat bayi lelaki itu ditemui dalam sebuah tong sampah besar berhampiran sebuah pasar raya berkenaan oleh pekerja amnya semasa membuang sampah dan ternampak ada satu bungkusan hitam lalu membukanya dan mendapati ada mayat bayi dalamnya.

Beliau pekerja am berkenaan kemudiannya menghubungi polis.

Katanya polis menghantar mayat bayi berkenaan ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

Fadzil berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut agar menghubungi polis.- Bernama


Mat Sabu, komunis dan PRU 13

SIASSAH DAILY


Mohamad Sabu menjadi pemimpin pembangkang terbaharu yang berkonfrontasi dengan Utusan Malaysia, akhbar harian dikuasai parti pemerintah, Umno.

Ucapan timbalan presiden PAS itu yang didakwa pengkritiknya sebagai mengina pejuang kemerdekaan kini menjadi isu besar yang diwacanakan media propemerintah menjelang kemerdekaan.

Mohamad bukan individu pertama yang cuba memberi penilaian semula sejarah negara melibatkan persaingan ideologi dalam perjuangan menentang penjajah dan kemerdekaan.

Dalam penafsiran semula hal itu, tidak dapat dielakkan penilaian terhadap golongan berhaluan kiri termasuk sosialis dan komunis, yang diabaikan dalam penulisan sejarah paling dominan negara ini.

Pengiktirafan terhadap golongan kiri, yang pernah dilakukan antaranya melalui buku-buku terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia turut mencetuskan kontroversi serupa, yang dikritik keras secara simplistik sebagai pengiktirafan terhadap komunis.

Hakikatnya, perjuangan komunis dikawal China tidak diterima sepenuhnya oleh golongan kiri di Malaysia, terutama yang berbangsa Melayu dan mempunyai jati diri berasaskan Tanah Melayu. Dominasi China ialah penguasaan berbentuk penjajahan yang ditentang golongan kiri tersebut.

Ucapan Mohamad itu dieksploit dalam konteks persaingan wacana perjuangan kemerdekaan yang penting kepada pemerintah untuk memastikan versi sejarahnya kekal dominan, dan kepentingan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Mohamad dalam kes ini meneruskan kritikannya terhadap apa yang dilihatnya sebagai dominasi satu versi sejarah, walaupun kritikannya itu kurang cermat dan tidak mengambil kira sensitiviti sejumlah besar orang Melayu.

Hal ini sama dengan kritikan lamanya terhadap orang Melayu yang didakwa kurang sensitif terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding orang Cina, yang turut dieksploit penyokong Umno.

Turut memperlihatkan kekurangan sensitiviti beliau ialah pujian berpanjangan terhadap Lim Guan Eng, pemimpin DAP rakan karibnya yang juga ketua menteri Pulau Pinang, pujian yang dianggap berlebihan dan hampir menghina termasuk oleh penyokongnya sendiri.

Dalam hal melibatkan sensitiviti Melayu ini, Mohamad boleh disifatkan telah melakukan kesilapan kerana tidak cermat, dan boleh menjejaskan undi Melayu terhadap PAS ketika pelbagai isu termasuk kes gereja di Selangor menambah persepsi negatif Melayu terhadap PAS.

Walau bagaimanapun, kontroversi ini tidak semestinya negatif terhadap beliau, terutama melibatkan pertandingan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Sekiranya beliau bertanding di kerusi majoriti Cina, apa yang berlaku selama ini memberi kesan positif kepada beliau, kerana imej mesra dengan masyarakat itu - terutama hubungan baik dengan DAP yang mendapat sokongan kuat Cina - telah terbina lama.

Beliau disebut-sebut akan bertanding di kawasan bandar atau majoriti Cina. Kerusi seperti Parlimen Bayan Baru di negeri dikuasai DAP, Pulau Pinang ialah satu contoh kerusi yang mempunyai majoriti Cina yang berpotensi untuk Mohamad.

Bayan Baru mempunyai 48.46 peratus pengundi Cina pada pilihan raya lalu, dan 39.14 peratus pengundi Melayu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim telah meninggalkan PKR dan kini menjadi ahli bebas. PAS berhasrat mengambil alih kerusi-kerusi yang ditandingi oleh wakil PKR yang telah melompat keluar parti.

Mohamad ialah salah seorang pemimpin PAS yang paling rapat dan mempercayai DAP, dan yakin kedua-dua parti mampu membina hubungan rapat walaupun berbeza ideologi.

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Oleh al_madd

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan

yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dankuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
  6. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranyaalkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Jabatan Zakat agih bantuan ke IPT

oleh al_madd

Jabatan Zakat Negeri Kedah mengagihkan sebanyak RM590,200 kepada 923 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di dalam dan luar negara tahun ini.

Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Ghazali Yaakob berkata, bantuan berkenaan yang sebelum ini disampaikan kepada semua pelajar di beberapa daerah dan kali ini melibatkan empat daerah iaitu Yan, Pendang, Kubang Pasu dan Kota Setar.

“Sebanyak RM157,200 diagihkan kepada 250 pelajar dari Pendang, RM299,000 kepada 459 pelajar Kubang Pasu, RM74,000 kepada 114 pelajar Yan dan RM60,000 untuk 100 pelajar Kota Setar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Bantuan IPT 2011 di Menara Zakat, Jalan Telok Wajah, di sini.

Menurutnya, bantuan itu diberikan kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT dengan RM600 diberikan kepada pelajar yang mendapat tempat di kolej manakala RM1,000 untuk pelajar di universiti.

“Saya berharap bantuan yang disampaikan itu dapat meringankan beban kewangan dan digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar terbabit,” katanya.

Awang Adek: Kelantan negeri termiskin

KL TODAY



Kelantan merupakan negeri paling miskin di negara ini berdasarkan bancian, dakwa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin (gambar).Dakwa beliau, bancian juga menunjukkan seramai 43,376 rakyat Kelantan terutama golongan petani dan nelayan yang masih berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan tidak melebihi RM1,000 sebulan.

“Manakala jajahan yang termundur di Kelantan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok. Kerajaan pusat tidak akan mengabaikan nasib golongan petani serta nelayan terbabit dan kita akan beri perhatian pada jajahan mundur berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembahagian dividen kepada 70 petani yang menyertai projek tanaman cendawan secara bersepadu anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gunung di sini hari ini.

Awang Adek mendakwa, kemiskinan itu berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri Kelantan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat walaupun diberi peluang memerintah selama 21 tahun.

Malah dakwanya, tiada apa yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang ditadbir parti PAS bagi mengubah situasi itu kecuali melaksanakan projek-projek kecil yang hanya terbatas di kalangan penyokong mereka sahaja.

Justeru, katanya, Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (Risda) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) antara agensi yang akan membantu meningkatkan taraf hidup 43,376 rakyat Kelantan terlibat.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut membiayai elaun sara hidup RM200 sebulan kepada setiap nelayan yang tinggal di Tumpat, Kota Baharu dan Pasir Puteh selain memberi bantuan peralatan menangkap ikan, bot dan pukat.

Jelasnya, kerajaan pusat banyak mengeluarkan peruntukan kepada kedua-dua agensi itu untuk melaksanakan pelbagai projek pertanian seperti menternak lembu dan ayam kampung masing-masing bernilai RM10,000 seorang.

Iktiraf tanpa dikenang

Oleh Mary Victoria Dass

DOA...Abu Bakar berdoa di pusara abangnya, Allahyarham Mohamed di Tanah Perkuburan Islam di Kebun Teh, semalam.

DOA...Abu Bakar berdoa di pusara abangnya, Allahyarham Mohamed di Tanah Perkuburan Islam di Kebun Teh, semalam.

JOHOR BAHRU: Dalam kemeriahan seluruh rakyat Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 hari ini, serentak dengan sambutan Aidilfitri, perasaan terkilan masih bersarang di sanubari keluarga pencipta Jalur Gemilang, Allahyarham Mohamed Hamzah.

Adik bongsu Allahyarham, Abu Bakar Hamzah, 76, berkata, keluarganya bersyukur selepas kerajaan mengesahkan abangnya sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun pengiktirafan secara zahir daripada pengesahan itu tidak diperoleh bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

“Sudah tujuh tahun Allahyarham disahkan pencipta Bendera Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang, namun hingga kini arwah masih tidak menerima anugerah khas seperti dijanjikan pihak berkuasa. “Lebih menyedihkan, pusara Allahyarham usang termasuk simen di sekelilingnya terkopak, namun tiada pihak tampil membantu membaikinya,” katanya yang ditemui ketika mengunjungi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dagang, Kebuh Teh di sini, semalam.

Pesara tentera itu berkata, keluarganya selain anak perempuan tunggal Allahyarham yang tinggal di Kuala Lumpur tidak dapat membiayai kos membaik pulih pusara kerana masing-masing tiada pendapatan.

Abu Bakar berkata, sekiranya kerajaan ingin mengenang jasa Allahyarham yang meninggal dunia pada 19 Februari 1993, keluarganya amat berbesar hati, sekurang-kurang membaik pulih pusara Allahyarham.

“Pengesahan Allahyarham sebagai pencipta Jalur Gemilang adalah pengiktirafan, namun apa faedahnya sekiranya tiada sebarang penghargaan diberikan hingga perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.

“Apa salahnya, sedikit keuntungan hasil menjual buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ oleh pihak tertentu sejak beberapa tahun lalu digunakan untuk membaik pulih pusaranya sebagai tanda mengenang jasanya,” katanya.

Sehubungan itu, Abu Bakar berharap permintaan keluarganya diberi perhatian oleh pihak berkaitan bagi membolehkan orang ramai mengenali pusara Allahyarham yang berjasa kepada negara menerusi bendera Malaysia ciptaannya.

Persoalan siapa pencipta bendera Malaysia pertama kali dicetuskan Metro Ahad pada 29 Ogos 2004, beberapa hari menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-47 pada tahun berkenaan.

Selepas beberapa siri laporan berita mengenainya dibuat Metro Ahad dan Harian Metro, beberapa pihak tampil memberi maklumat, antaranya JKR Johor dan Yayasan Warisan Johor sebelum Allahyarham Mohamed dikenal pasti pencipta yang dicari-cari. Hanya selepas hampir setahun kemudian iaitu pada 17 Julai 2005, segala kemusykilan terungkai apabila Datuk Seri Dr Rais Yatim yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan membuat pengumuman rasmi mengesahkan Mohamed pencipta Jalur Gemilang.

Kira-kira dua tahun selepas pengesahan rasmi itu, satu buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ dilancarkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam majlis khas pada 17 Ogos 2007.

Selasa, 30 Ogos 2011

Guan Eng: Generasi muda perlu semai ‘identiti soladiriti Bersih 2.0’

THE MALAYSIAN INSIDER



Najib Razak menyambut kehadiran Lim Guan Eng pada majlis rumah terbuka di Seri Perdana hari ini. – Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP menyeru generasi muda memperlihatkan identiti sanggup bersatu sebagaimana telah diperlihatkan ketika perhimpunan Bersih 2.0 untuk menjadikan Malaysia negara maju bersama hak-hak digariskan oleh pengasas negara lima dekad lalu.

“Kita telah lihat satu demonstrasi bagaimana usaha menekan bagi mempertahankan kebebasan kita telah menghasilkan suasana spontan untuk datang bersama melibatkan semua kumpulan etnik dan latar belakang pada 9 Julai, perarakan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur,” kata Lim Guan Eng.

“Di sini, penegasan satu hak asas - kebebasan untuk berhimpun, yang dijanjikan oleh (Bapa Kemerdekaan) Tunku Abdul Rahman ketika perisytiharan Merdeka pada 31 Ogos 1957, telah dipernyatakan bersama dengan memperlihatkan solidariti di kalangan rakyat Malaysia. Identiti seperti ini perlu disemai di kalangan kita, khususnya dalam generasi muda,” kata Lim dalam mesej sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-54.

Sehubungan itu Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, “kita mesti bertindak sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu, dan sebagai orang Melayu,k Cina, India, Kadazan, Iban kedua (kemudian).”

Kata Lim, negara telah mencapai kemajan ekonomi sejak Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuk kali lebih lima dekad yang lalu.

“Sementara kita telah mencapai kemajuan, kita juga tidak boleh mengatakan bahawa kita telah kehilangan peluang-peluang dan banyak bidang di mana kita telah merosot,” kata beliau lagi.

Oleh itu kata beliau, “sudah sampai masa rakyat Malaysia menilai semula kekurangan yang wujud dalam matlamat kita, mengetepikan dasar-dasar yang telah gagal untuk menerima pakai dasar baru yang akan membolehkan kita membina masa dapan bagi generasi muda.”

Lim berkata negara perlu menyediakan golongan muda dengan perkakasan dan kemahiran untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran globalisasi.

Beliau juga berkata, kebebasan yang diperoleh dengan usaha keras telah disalahgunakan untuk mewujudkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia.

“Politik takut memberitahu kita bahawa identiti etnik dan hak-hak akan diambil alih daripada kita jika identiti nasional yang menekankan kebebasan, keadilan dan kesamarataan yang akan muncul dan berakar umbi.

“Malah, sangat sedih, politik takut ini menjadi satu perkembangan harian sejak pilihan raya bersejarah 2008, yang dipromosikan oleh kumpulan-kumpulan seperti Perkasa dan akhbar-akhbar tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia,” kata beliau.

Populariti Najib: Muhyiddin tolak andaian Anwar, BN tak anggap ‘serius’


PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penurunan terus populariti Datuk Seri Najib Razak petanda sokongan kini sudah mula beralih kepada Pakatan Rakyat.

Malah, Muhyiddin (gambar) juga mengetepikan hasil kajian Merdeka Center yang diumumkan semalam sambil berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memandang “terlalu serius” penemuan kajian itu kerana ia lazimnya bergantung pada saiz responden digunakan.

Ketika ditemui pemberita di Shah Alam awal hari ini, Anwar mendakwa kemerosotan populariti Najib menunjukkan pengundi mula beralih kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun menurut Ketua Pembangkang itu sokongan di kawasan luar bandar kekal elusif ekoran “propaganda berlebihan kerajaan” BN.

Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus – penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal bulan lalu.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 - lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.

“Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Najib, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini,” kata Merdeka Center.

Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.

Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama.

“Ia tidak semestinya betul,” kata

Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi BN ketika ditemui sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri, di sini hari ini.

Fakta Pertempuran Bukit Kepong

Ditulis oleh Hafiz



SHAH ALAM : Pertempuran Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950 ketika Tanah Melayu masih diperintah penjajah British.

Pertempuran melibatkan Kompeni ke-4 Parti Komunis Malaya diketuai Muhammad Indera bersama 200 askar, dan Civil Affair Police Force Empayar British, diketuai Sarjan Jamil Mohd Shah dengan 25 anggota.

Balai Polis Bukit Kepong terletak di selekoh sungai Muar, kira-kira 59 kilometer dari pekan Muar, Johor.

Serangan bermula sekitar 4.15 pagi dan berakhir sekitar jam 10 pagi. Akhir pertempuran menyaksikan 40 anggota komunis, 14 anggota empayar British termasuk Sarjan Jamil Mohd Shah dan 5 Polis Bantuan terbunuh.

Isteri Konstabel Abu Bakar Daud, Fatimah Yaaba, dibunuh dalam tawanan dan anaknya, Hassan, dibakar hidup-hidup. Isteri Konstabel Abu Mohd Ali, Saadiah dan anak perempuannya, Simah, turut terbunuh.

(Dipetik dari Wikipedia, bersandarkan maklumat dari laman rasmi PDRM)