HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Jun 2018

Umno kembali berkuasa sebelum PRU15: Apa kata anggota parti?

 
   
TINJAUAN | Umno mungkin telah kehilangan kuasa sebagai kerajaan persekutuan, namun calon presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu mendakwa parti itu tidak perlu menunggu hingga pilihan raya seterusnya untuk membentuk kerajaan semula.

Pakatan Harapan (HARAPAN) goyah, katanya, dan mana-mana individu yang keluar daripada pakatan itu akan datang kepada Umno.

Pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Titiwangsa hari ini, anggota parti itu berkata mereka meletakkan kepercayaan kepada pimpinan untuk mengembalikan kuasa kepada Umno sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15.

"Pemimpin-pemimpin tertinggi, apabila mereka memberikan pendapat, mereka mungkin mempunyai strategi yang kita di bawah tidak tahu.

"Insya-Allah, jika mereka bekerja keras, ia akan terjadi," kata Yazid Mydin, 48, kepada Malaysiakini di Flamingo Hotel di Kuala Lumpur yang juaga merupakan tempat mesyuarat berkenaan diadakan.

Pendapat serupa disuarakan Nooraziyah Aziz (gambar), dengan berkata bahawa Umno perlu menapatkan pemimpin yang berkebolehan terlebih dahulu.




"Di peringkat akar umbi pun, kita perlukan perubahan dan pemimpin yang lebih baik. Bagi saya, kita perlu beri mereka (pemimpin) kepercayaan penuh.

"Kita perlu yakin dan kita akan boleh menang," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan kerjasama antara Umno dan PAS, dia berkata dia terbukan untuk bekerjasama dengan PAS dalam perkara yang melibatkan agama memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai hasrat serupa.

Dua yang lain, Siti Hazira Hadis, 57, dan Suhaimi Jasmin, 43, juga percaya Umno mampu menjadi kerajaan semula sebelum PRU ke-15, namun menjelaskan ia bergantung kepada kekuatan pemimpin baru yang dipilih dalam pemilihan parti itu hari ini.

"Saya setuju dan percaya Umno akan kembali berkuasa sebelum PRU ke-15 jika kepimpinan pusat mempunyai pasukan yang kuat.

"Saya percaya mereka boleh, mereka mungkin sudah belajar daripada kesilapan," kata Suhaimi namun menambah Umno sudah cukup kuat walaupun tanpa kerjasama PAS.

"Jika Umno sudah kuat, kita tidak perlu bergantung kepada sesiapa," katanya.

Zahid terlalu yakin

Beberapa anggota Umno, bagaimanapun memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak setuju dengan kenyataan Ahmad Zahid.

Omar Abbas (gambar) berkata Umno perlu menjadi kerajaan dengan mengikut saluran pilihan raya yang betul.

"Bagi saya, satu-satunya cara untuk kembali berkuasa adalah melalui peti undi. Itu cara yang betul," katanya.




Dia juga tidak bersetuju Umno bekerjasama dengan PAS hanya untuk mendapatkan lebih banyak kerusi.

"Jika mahu bekerjasama, ia perlulah menjadi sebuah pakatan yang harmoni. Jika hanya untuk memenangi kerusi, tak ada guna," katanya.

Sementara Ismail Alias, 69, juga turut tidak yakin Umno mampu membentuk kerajaan sebelum PRU ke-15, dan mendakwa Ahmad Zahid terlebih yakin dalam membuat kenyataan itu.

"Dia (Ahmad Zahid) kata itu, dia terlebih yakin sebab BN beri banyak dan berjanji pun banyak. Jadi saya rasa, kalau buat begitu, orang akan terima, tapi mereka tak akan sokong.

"Dia yakin, tapi dia syok sendiri... Tapi ini tidak betul," katanya.

Sebaliknya, kata Ismail, Umno perlu menumpukan dalam usaha mengukuhkan perpaduan di dalam parti dan mendapatkan semula kepercayaan orang ramai dengan bersikap jujur.

Dia juga percaya Umno mampu berdiri sendiri dan hanya perlu bekerjasama dengan PAS dalam soal agama.

"Jika Umno mahu bekerjasama dengan PAS, ada cara yang betul untuk melakukannya.

"Jika tentang agama, atau orang serang Islam, boleh kerjasama dengan PAS, tapi jika hanya untuk menang, masing-masing parti mempunyai cara sendiri," katanya.

Umno akan memilih barisan pimpinan baru hari ini. Ketua Umno Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani bertanding bagi jawatan naib presiden parti.

'Kedai emas pun tak banyak barang macam tu'

 
   

PEMILIHAN UMNO | Jumlah barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah menjejaskan imej parti itu di kalangan rakyat.

Ketua Umno bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee berkata  anggota akar umbi Umno turut terkejut dengan nilai rampasan yang diumumkan pihak polis.

"Adakah kamu jangka ahli akar umbi tak terkejut dengan apa yang ditemui di rumah Najib? Sudah tentu terkejut.

"Kalau buka kedai emas pun, kedai emas pun tak banyak barang macam itu," katanya ketika ditemui pemberita ketika pemilihan Umno yang berlangsung di Cheras hari ini.

Polis sebelum ini merampas wang tunai, beg tangan, jam tangan mewah, cermin mata hitam dan pelbagai barangan kemas yang dianggar mencecah nilai RM1.1 bilion dari kediaman bekas presiden Umno itu.

Najib berkata barangan berkenaan adalah hadiah kepada beliau dan keluarganya, serta tidak ada kaitan dengan 1MDB.

Ditanya mengenai perkara itu, Syed Ali berkata beliau menyerahkannnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.



"Dia boleh kata apa sahaja yang dia mahu, polis akan melakukan siasatan mereka. Kalau ada kes, dakwalah dia," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Syed Ali memberitahu perwakilan Umno bahawa parti itu ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-14 lalu kerana tuduhan rasuah oleh pemimpinnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa parti itu tidak bersalah.

"Umno adalah sebuah parti untuk orang-orang Melayu, parti yang banyak berjasa kepada orang Melayu. Yang buat kesalahan orang dalam parti iaitu pemimpin-pemimpin Umno," katanya.

Buat pertama kalinya sejak negara mencapai kemerdekaan, Umno dan parti gabungannya BN tewas dalam pilihan raya ke-14 (PRU) bulan lalu.

Pada PRU itu, Umno hanya berjaya memenangi 54 kerusi parlimen, manakala parti komponen lain dalam BN meraih 25 kerusi.

Namun selepas PRU, dua anggota parlimen Umno memutuskan untuk meninggalkan parti itu dan menjadi anggota parlimen bebas.

Manakala sebahagian besar parti-parti komponen BN pula meninggalkan gabungan itu menyebabkan ia kini hanya terdiri daripada Umno, MCA dan MIC.


Akaun beku: Umno rayu SPRM demi bayar gaji

 
   

Umno telah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar sebahagian daripada akaun parti yang dibekukan dapat diguna untuk tujuan pentadbiran dan pembayaran gaji.

Naib presiden Umno yang menjalankan tugas presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata permohonan itu telah dikemukakan kepada SPRM semalam oleh Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama barisan peguam yang dilantik.

Menurutnya tindakan berkenaan harus dilakukan bagi membolehkan perbelanjaan yang telah ditentukan dapat dibayar setiap bulan.

“Kita harap SPRM memberikan pertimbangan sewajarnya kerana tentunya kita mahu supaya gaji, sewaan dan kos-kos pentadbiran lain dapat terus diberikan pertimbangan kerana ia bukan digunakan untuk lain-lain tujuan,” kata anggota parlimen Bagan Datuk itu kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bagan Datuk hari ini.

Semalam laporan media menyebut SPRM didakwa sudah membekukan 900 akaun bank yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk akaun milik Umno.​​​​​​​

​​​​​​​Sementara itu, di Alor Star, perkara yang sama diluahkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah supaya SPRM membenarkan pengeluaran sebahagian wang daripada akaun Umno negeri untuk tujuan pembayaran gaji.

Menurutnya, tindakan membekukan akaun Umno pusat dan negeri Kedah yang turut melibatkan akaun di 15 peringkat bahagian negeri menyebabkan parti itu tidak mempunyai sumber kewangan bagi tujuan perbelanjaan.

"Kalau beku, mana kita nak ambil duit untuk bayar gaji bulanan pekerja yang bekerja dengan pejabat Umno dan bila tiada duit kita terpaksa buang pekerja. Jadi, kita minta supaya SPRM benarkan Umno untuk keluarkan sebahagian wang yang ada dalam akaun,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Umno perlu mencari jalan penyelesaian terutama melibatkan aspek kewangan selepas akaun parti dibekukan.

Bekas menteri besar Perak itu berkata ini kerana, pembekuan akaun tersebut dilihat mampu merencatkan pergerakan parti termasuk untuk mengadakan mesyuarat yang memerlukan wang.

​​​​​​​“Saya harap usaha untuk kita gerakkan semula ataupun untuk dapatkan semula perbelanjaan perlu kerana segala-galanya kita letakkan dalam akaun tersebut. Saya lihat anggota Umno begitu tabah dan bagi saya biarlah proses itu berjalan kerana itu adalah keputusan yang dibuat pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas persidangan perwakilan Umno Bahagian Lumut di Bagan Datuk, Perak hari ini.

Di Kuala Nerus, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya bersedia memberi kerjasama dengan SPRM bagi menyiasat akaun pertubuhan itu.

Menurutnya, sepanjang beliau menerajui Umno Terengganu sumber kewangan yang diperoleh adalah daripada Umno Pusat.

Bagaimanapun beliau berkata, sehingga hari ini belum dihubungi oleh SPRM atau mana-mana bank yang memaklumkan berlaku pembekuan akaun Umno negeri.

Di Melaka, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Idris Harun juga menyatakan pihaknya bersedia untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa jika ada siasatan berhubung akaun bank Umno Negeri itu.

Menurutnya, pihaknya tidak menerima sebarang notis ataupun arahan siasatan, tetapi sebagai persediaan pihaknya telah melantik enam peguam bertauliah sebagai pemegang amanah kepada sebahagian harta mudah alih dan tetap Umno melaka bagi menghadapi sebarang kemungkinan dirampas atau dibekukan.- Bernama


Beranikah ahli Umno?

Oleh Hakka Yusuf

Sekarang bukan zaman biasa-biasa yang memerlukan penyelesaian biasa-biasa.




Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.


“Orang” dalam coretan ini bukan bermakna bangsa lain. Setiap kali lagu ini dimainkan di Perhimpunan Agung Umno, kita menangis kerana sebak bercampur ketakutan. Menangis membayangkan jika Umno tidak lagi berkuasa di bumi Malaysia ini.

Bayangan itu kini sebuah realiti – pada tanggal 9 Mei, Umno tewas di medan perang, tiada lagi di tampuk kuasa. Sejurus kalah, pemimpin di atas masih sibuk dengan permainan politiknya. Yang menangis hanyalah ahlinya – kami pakcik dan makcik di cawangan yang tidak boleh membayangkan Umno ditolak rakyat seteruk itu.
Ketika kita masih mengubat duka dan lara, pemilihan muncul tiba. Ada yang berkempen seperti kita masih berkuasa, ada yang berkempen lebih bersih, dan ada juga yang terus tidak bertanding. Sambil hari silih berganti, ahli Umno dan rakyat melihat dan menilai sama ada Umno berani untuk berubah.

Berubah untuk apa? Di minda ahli Umno, pastinya berubah untuk menang kembali kepercayaan rakyat. Lima tahun itu bukannya panjang, pejam celik pejam celik kita kembali ke medan perang.

Walaupun ada pemilihan lagi pada tahun 2021, ia terlalu dekat dengan pilihan raya umum ke-15.Pemilihan ini yang akan menentukan Umno bangkit semula atau terus hilang ditelan zaman.

Jawatan penting bagi perubahan berani ini sudah tentu jawatan presiden. Umno masih feudal – pengaruh presiden jauh lebih besar jika dibandingkan dengan pengaruh kolektif timbalan, naib, ketua-ketua sayap mahupun ketua bahagian sekalipun. Jika Umno ingin berubah dan ada cita-cita untuk kembali berkuasa seawal PRU15, pilihan di antara Tengku Razaleigh, Khairy Jamaluddin atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pilihan yang cukup penting.

Calon 01 Ku Li, calon alternatif. Seorang bangsawan veteran yang pernah melawan namun tewas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Kurang terlibat dalam pentadbiran lepas tetapi sudah berdekad hanya di Gua Musang. Seorang yang sentiasa tersenyum tetapi mungkin terlalu berlemah-lembut untuk zaman kekalahan. Banyak jasanya tetapi mungkin terpisah dari generasi sekarang. Amat dihormati atas pencapaian lampau berdekad-dekad dahulu.

Calon 02 Khairy, calon kejutan. Pilihan rakyat umum tetapi bukan norma dalam Umno. Kepetahan berucap dan pengunaan media sosial menjadi aset untuk zaman perang tetapi dianggap terlalu muda oleh cara Umno sedia ada. Satu-satunya pemimpin Umno yang popular dalam kalangan pengundi muda tetapi dipersalahkan bila anak muda tolak kepimpinan Umno. Melawan Anwar nanti, Khairy mewakili anjakan paradigma seperti Emmanuel Macron di Perancis dan Justin Trudeau di Kanada namun sayang, bertanding dalam parti yang mungkin belum biasa dengan anjakan paradigma sebegini.

Calon 03 Zahid Hamidi, calon penyambung legasi. Kesetiaannya kepada bekas presiden tidak boleh diragui tetapi mungkin penyebab kekalahan PRU lepas. Cukup popular dengan Ketua bahagian dan “warlord” tetapi ditolak pengundi luar parti. Tegas dan berani namun agak sukar dibayangkan sebagai pejuang di Dewan Rakyat. Dekat di hati “kingmaker” parti di peringkat bahagian tetapi jauh dari hati “kingmaker” PRU iaitu pengundi muda. Kini Zahid di depan, atas tiket penyambung legasi.

Ketiga-tiga calon utama jawatan presiden Umno mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.

Akhirnya, siapa yang menjawat jawatan Presiden UMNO bergantung kepada keberanian ahli Umno.

Keberanian apa? Keberanian mengakui pemilihan ini jauh berbeza dengan pemilihan sebelum-sebelum ini. Keberanian mengakui Umno akan menuju ke PRU15 tanpa jentera kerajaan dan kuasa pusat, cuma pentas di Parlimen dan kejituan perjuangan. Keberanian mengakui cara lama kita mungkin sudah terpisah dengan cara rakyat umum mengundi kelak. Keberanian mengakui ini bukan zaman biasa-biasa yang memerlukan penyelesaian biasa-biasa.

Sebelum mengundi nanti, ahli Umno mempunyai beberapa pilihan. Pilihan untuk mengikut arahan dan cara lama atau pilihan untuk keluar dari kesedihan PRU14. Bumi dipijak milik orang atau bumi dipijak milik kita? Jika ingin kembali berkuasa, perwakilan perlu berani mengatakan tidak kepada norma dan cara lama kita memilih.

Pilihan ini pilihan ahli Umno. Pilihan ini memerlukan keberanian.

*Hakka Yusof adalah pembaca FMT.

Bank beku akaun yayasan kesuburan naungan Tengku Puan Pahang

 
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempertikaikan tindakan Bank HSBC membekukan akaun Yayasan Kesuburan Tunku Azizah selepas tidak mengisytiharkan aset ahli jawatankuasanya.


Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkata, pembekuan akaun Yayasan Kesuburan Tunku Azizah hanya diketahui selepas cek mereka dikembalikan HSBC. (Gambar Bernama)


KUALA LUMPUR: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendakwa akaun sebuah pertubuhan amal yang dinaunginya dibekukan tanpa sebarang makluman.

Beliau mempertikaikan tindakan Bank HSBC membekukan akaun Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) selepas mereka tidak mengisytiharkan aset ahli jawatankuasanya.

“HSBC menulis pada Disembar meminta saya untuk mengisytiharkan aset ahli jawatankuasa, yang mana saya lupa untuk balas dan mereka bekukan akaun pada Jun.

“HSBC meminta saya untuk mengisytiharkan ahli jawatankuasa saya punya aset, ia tidak adil,” tulisnya di Twitter hari ini.
Tunku Azizah berkata, pembekuan akaun itu hanya diketahui selepas cek TAFF dikembalikan HSBC.

“Saya percaya kepada ketelusan dan akauntabiliti, ini tidak adil dan turut tidak dimaklumkan, hanya diketahui selepas cek (atas nama persatuan) dikembalikan semula.

“Ia sangat menyedihkan, terutamanya yayasan kami ini adalah ibarat ikan kecil di lautan. TAFF bergantung sepenuhnya atas jualan buku masakan dan sumbangan.

“Kami tidak ada wang pada saat ini dan tidak mampu menaja rawatan. Anda sangat dialu-alukan untuk memerika akaun yayasan yang sudah diaudit.”

TAFF ialah badan amal yang ditubuhkan pada pada 11 Ogos 2004 di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dan mendapat pengecualian cukai di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

TAFF menyediakan bantuan kewangan kepada suami isteri yang kurang berkemampuan dan memerlukan tanpa mengira kaum, agama dan negeri dalam mencari serta mendapatkan rawatan, selain menyediakan perkhidmatan sokongan dan kaunseling.

Tunku Azizah yang merupakan pengasas dan presiden seumur hidup yayasan itu, mempersoalkan alasan dan siapa yang mengarahkan pembekuan akaun TAFF.

“Siapa yang arahkan akaun TAFF dibekukan, saya tidak marah tetapi sekurang-kurangnya maklumkan dan jelaskan kenapa. TAFF tidak ada yang hendak diselindungkan.

“Kami membantu pasangan yang tidak mempunyai cahaya mata untuk merealisasikan impian mereka. Kenapa?”

Putrajaya siasat kes kanak-kanak 11 tahun jadi isteri ke-3

 
Lelaki berusia 41 tahun itu dilaporkan mengakui perkahwinannya yang diadakan di Selatan Thailand pada 18 Jun lalu ialah nikah gantung.


Gambar lelaki berusia 41 tahun dengan isteri ke-3 yang berusia 11 tahun tersebar di Facebook.


PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan akan menyiasat kes seorang kanak-kanak 11 tahun yang dikahwinkan sebagai isteri ke-3 seorang lelaki berusia 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan.

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat diarah mendapatkan maklumat lanjut dengan menemui ibu kanak-kanak itu, selepas beliau menerima laporan kes itu.

“Buat masa ini, siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan kerana ia melibatkan Enakmen Undang-undang Syariah negeri.

“Selain itu, kita kena ambil kira semua aspek mengapa ia berlaku. Adakah ia disebabkan masalah kemiskinan, pendidikan, kekeluargaan mahupun masalah lain yang berada di sekeliling budak terbabit,” katanya dipetik Bernama selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah/Anak Bukit di Alor Setar, hari ini.
Semalam, isteri ke-2 lelaki itu yang marah, bertindak berkongsi perkahwinan ke-3 suaminya dengan kanak-kanak itu di Facebook, sebelum memadamkan semua catatan selepas kisah berkenaan tersebar luas di media sosial.

Difahamkan, kanak-kanak itu ialah rakan anaknya bersama isteri pertama. Peraih getah sekerap itu mempunyai 6 anak hasil daripada 2 perkahwinan.

Sementara itu, Sinar Harian memetik lelaki itu yang mengakui perkahwinan ketiganya diadakan di Selatan Thailand pada 18 Jun lalu atau 4 Syawal dan ia hanyalah nikah gantung.

“Saya mengenali isteri ke-3 saya sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi 2 isteri lain.

“Saya nikah gantung dan tidak tinggal bersama isteri ke-3. Dia masih berada di bawah jagaan ibu bapanya dan kami sudah berjanji akan mengambil isteri saya apabila dia cukup umur.

“Perkara ini tidak salah kerana saya sudah rujuk mereka yang lebih arif di Selatan Thailand. Janganlah menyalahkan saya dan mengaibkan kami,” katanya dipetik akhbar itu.

Kami restu, kata ibu bapa kanak-kanak kahwin umur 11 tahun

THE MALAYSIAN INSIGHT
Bapanya Mat Rashid Rimadsa, 49, warganegara Thailand, berkata beliau amat mengenali lelaki Malaysia itu, yang tinggal di Kampung Lalang, Kuala Betis, Gua Musang kerana selalu menjual getah tongkol (sekerap) kepadanya. – Gambar Facebook,
 
IBU bapa budak perempuan berusia 11 tahun merestui pernikahan anak mereka walaupun sebagai isteri ketiga kepada lelaki berusia 41 tahun di Sungai Golok, Thailand pada 18 Jun lepas, ketika umat Islam merayakan Aidilfitri.

Bapanya Mat Rashid Rimadsa, 49, warganegara Thailand, berkata beliau amat mengenali lelaki Malaysia itu, yang tinggal di Kampung Lalang, Kuala Betis, Gua Musang kerana selalu menjual getah tongkol (sekerap) kepadanya.

“Bagaimanapun, lelaki itu berjanji dengan saya untuk mendaftar pernikahan yang sah itu di Pejabat Agama Islam di Kelantan apabila (anak saya) Masaryu Mat Rashid mencapai umur 16 tahun.

Sekarang, Masaryu tinggal bersama saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Panggong Lalat di Gua Musang, Kelantan.

Mat Rashid dan keluarganya, yang kesemuanya rakyat Thailand, tinggal di Gua Musang dengan mengambil upah sebagai penoreh getah.

Beliau berkata menantunya, yang merupakan pembeli getah sekerap di kampung itu, datang memohon kebenaran untuk bernikah dengan anak perempuannya seminggu sebelum Aidilfitri lepas.

“Saya ada menceritakan kepada lelaki itu bahawa anak saya belum layak dijadikan isteri kerana masih mentah dan baru berumur 11 tahun, tetapi lelaki itu hendak juga dan berjanji nikah gantung dahulu yang menyebabkan saya bersetuju.

“Saya bersama isteri, Aminah Hitam. 41, mengiringi anak perempuan saya dan lelaki itu ke Sungai Golok, Thailand untuk menjadi wali pernikahan itu,” katanya.

Nikah gantung bermaksud pernikahan yang berlaku di antara pasangan tetapi tidak duduk serumah dalam tempoh masa tertentu yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak lelaki dan perempuan.

Mat Rashid berkata selepas selesai majlis nikah pada 2 petang hari berkenaan, beliau terus pulang ke Gua Musang bersama-sama isteri, anak dan lelaki itu kerana menantunya berjanji menunggu lima tahun lagi untuk mendaftar semula pernikahan berkenaan di Malaysia.

“Lelaki itu sanggup mengambil anak perempuan saya sebagai isteri kerana hendak membantu hidup saya yang miskin dan bergantung kepada upah menoreh getah,” katanya.

Sementara itu, Masaryu berkata beliau mencintai lelaki pilihannya itu walaupun terpaksa bermadu dengan dua lagi isteri lelaki tersebut.

Beliau mengakui amat baik dengan kedua-dua isteri suaminya itu kerana sudah lama bersama mereka dan pernah pergi ke merata tempat bersama-sama.

“Saya terima apa jua keputusan kedua-dua ibu bapa dan suami supaya tunggu lima tahun baru boleh tinggal bersama kerana saya sedar usia saya baru 11 tahun,” katanya yang juga tidak kisah dengan cakap-cakap orang ramai termasuk kisahnya yang viral dalam media sosial asalkan dapat hidup bahagia bersama-sama suaminya.

Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki melangsungkan perkahwinan dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya, tular di media sosial sejak semalam selepas perkara itu dikongsikan oleh isteri kedua lelaki terbabit.

Berikutan penularan berita itu, pengguna laman sosial daripada pelbagai lapisan masyarakat mengkritik tindakan lelaki berkenaan dan berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku. – Bernama,

Siasat semua yang hadir di pernikahan budak 11 tahun, gesa peguam syarie

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang berkata semua pihak terlibat sepatutnya disiasat mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 2002 atas pelbagai kesalahan. – Gambar EPA
 
PERSATUAN Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mendesak agar pihak berkuasa menyiasat semua individu yang terlibat dalam kes penikahan kontroversi melibatkan kanak-kanak 11 tahun di negeri itu.

Presidennya, Musa Awang berkata individu berkenaan sepatutnya disiasat mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 2002 atas pelbagai kesalahan.
“Secara asasnya, sekarang ada dua isu kerana iaitu perkahwinan dibuat di luar negara. Ia satu kesalahan dan dibuat tanpa kebenaran.

“Suami berpoligami tanpa kebenaran juga satu kesalahan manakala pihak perempuan sendiri termasuk wali bernikah tanpa kebenaran mahkamah syariah kerana berumur bawah 16 tahun,” katanya.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, Musa berkata, semua pihak yang hadir di majlis pernikahan itu juga perlu disiasat atas tindakan yang menurutnya mencabat undang-undang dan institusi Islam.

“Ada juga kesalahan bersubahat bagi semua pihak yang hadir dalam majlis tersebut termasuk ibu, saksi dan sekiranya, ada ejen yang bawa mereka bernikah di selatan Thailand,” katanya.

Tambahnya, untuk perkahwinan di bawah umur 16 tahun, wali kepada perempuan perlu memohon kebenaran Mahkamah Syariah dan memberikan alasan yang kukuh.

“Dia (wali) kena mohon buat afidavit kenapa hendak nikahkan anak. Kalau mahkamah yakin dan puas hati serta alasan munasabah, ia dibenarkan. Jika tidak munasabah, jadi mahkamah tak akan benarkan,” katanya lagi.

Mengulas mengenai hukuman, katanya setiap kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan, atau kedua-duanya untuk setiap satu kesalahan.

Pihak berkuasa melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis sedang menyiasat dan mengesan kanak-kanak tersebut yang dikatakan tinggal di Gua Musang.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan setakat hari ini enggan menjelaskan bentuk tindakan yang akan diambil kerana masih belum mendapat laporan penuh.

Semakan The Malaysian Insight mendapati, pemohon yang ingin bernikah di Kelantan wajib berusia sekurang-kurangnya 18 tahun bagi lelaki manakala 16 tahun bagi perempuan.

Sekiranya pemohon berumur kurang daripada umur yang ditetapkan, pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Syariah.

Dr Wan Azizah sedia undur diri jika Anwar jadi PM

Bernama/ ASTRO AWANI
Dr Wan Azizah sedia undur diri jika Anwar jadi PM
Dr Wan Azizah berkata perkara itu bukanlah isu besar kerana situasi di mana jawatan timbalan perdana menteri dan perdana menteri disandang oleh suami isteri tidak pernah berlaku di negara ini. -Gambar fail
 
 
ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau bersedia mengundur diri daripada jawatan nombor dua kerajaan jika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata perkara itu bukanlah isu besar kerana situasi di mana jawatan timbalan perdana menteri dan perdana menteri disandang oleh suami isteri tidak pernah berlaku di negara ini.

"Itu (situasi di mana jawatan timbalan perdana menteri dan perdana menteri disandang suami isteri) tidaklah... saya kira saya akan undur dirilah, tak payah jadi isu kerana itu adalah memang satu niat saya daripada mula-mula lagi.

"Kenapa suami saya tidak boleh bertanding... kerana suami saya telah dizalimi, sekarang telah diampuni dan sekarang dia boleh ambil bahagian.
 
"Namun, kita ikut janji bahawa perdana menteri sekarang adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan saya timbalan perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dipetik portal berita sebagai berkata bahawa beliau akan melepaskan jawatan sejurus Anwar diangkat menjadi perdana menteri namun siapa yang bakal mengisi jawatan timbalan perdana menteri belum diputuskan.

BACA: Wan Azizah akan lepas jawatan selepas Anwar jadi PM - Guan Eng
Ketika ditanya apakah proses peralihan kuasa itu akan dipercepatkan, Dr Wan Azizah berkata apa yang paling penting buat masa ini adalah melaksanakan mandat yang diberi rakyat kepada kerajaan baharu.

"Kita kena beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat," kata beliau.

Mengulas mengenai projek RTB itu, Dr Wan Azizah berkata ia kini di tahap 70 peratus dan akan mengambil masa 18 bulan untuk siap sepenuhnya.

"Kita telah diberi taklimat dan mendapati sejak 2010, seramai 46,000 mangsa banjir dipindahkan. Banyak masalah lain seperti kerosakan bendang, harta benda malah kehilangan nyawa yang berlaku. Sebab itu, kita ingin percepatkan RTB yang dijangka siap pada 2020.

"Kita juga telah diberitahu projek ini boleh siap dalam tempoh 18 bulan jadi, kerajaan pusat akan beri kerjasama untuk menjayakan projek RTB dan bajet tambahan berjumlah RM62 juta juga diluluskan tahun lepas untuk kegunaan projek tersebut," katanya.

Dr Wan Azizah berkata bajet tambahan itu akan digunakan untuk membina jalan lencongan bagi jambatan dari Jalan Alor Setar-Kangar dan jambatan Jalan Alor Setar-Gunung Keriang, yang mampu menyelesaikan masalah banjir itu. --BERNAMA 
 
 

'UMNO ambil jalan mudah, kita caci dan hina' - Khaled Nordin

Shahrul Hassan, Astro Awani
'UMNO ambil jalan mudah, kita caci dan hina' - Khaled Nordin
Mohamed Khaled mengakui, UMNO tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Tun Mahathir secara matang dan strategik, sehingga menyebabkan kejatuhan parti itu. - Astro AWANI/Fail
 

PASIR GUDANG: Tindakan UMNO Johor yang memilih untuk menyerang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pemerintahannya lalu menjadi punca kejatuhan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia tidak bermaksud beliau menyokong 100 peratus tindakan Dr Mahathir, termasuk keputusannya untuk meninggalkan dan menentang parti yang pernah diterajuinya dahulu.

Namun Mohamed Khaled mengakui, UMNO tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan negarawan itu secara matang dan strategik.

"Kami ambil jalan mudah. Iaitu, kita caci dan hina beliau. Segala macam gelaran kita gunakan. Termasuk mempersendakan keturunannya. Kita lupa batas moral. Kita lupa bahawa yang kita cerca itu, negarawan yang luar biasa darma baktinya pada bangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Amansari Seri Alam hari ini.


Mohamed Khaled juga memberitahu, kerana sikap keras dan sombong ahli UMNO, rakyat menjadi semakin marah kepada parti itu, seterusnya memberi ruang dan peluang kepada Dr Mahathir kembali kepada rakyat dan diberikan sanjungan serta kepercayaan untuk mengemudi semula negara.

Beliau pada masa sama berkata, sedikit sebanyak sokongan yang Dr Mahathir terima dari rakyat adalah susulan cara kasar UMNO melayani beliau.

Tambah Mohamed Khaled, UMNO turut gagal berpegang kepada nilai untuk berbakti kepada bangsa dan membuahkan kebaikan kepada masyarakat.

Ahli parti lakukan sebaliknya, dengan mengungkit bahawa orang Melayu perlu berterima kasih kepada UMNO dan bukan sebaliknya, tambah beliau.

'Cai' cuba tagih undi calon Pemilihan UMNO

Rahimah Abdullah, Astro Awani |
'Cai' cuba tagih undi calon Pemilihan UMNO
Kertas 'panduan' pemilihan calon ditemui semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa. - Rahimah Abdullah/Astro AWANI
 
 
KUALA LUMPUR: Kertas 'panduan' yang siap dengan nama dan nombor calon menjadi antara bahan kempen calon bertanding pada Pemilihan UMNO 2018.

Kertas kecil sebesar tapak tangan itu tertera nama-nama calon yang hanya menjadi pilihan yang dicetak kemas.

Bahan kempen itu dipercayai diedarkan individu yang biasa dipanggil 'cai' yang sama seperti peraih undi.

Ia ditemui semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa yang dirasmikan Penyandang Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa dan calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bagaimanapun, nama Johari tidak disenaraikan dalam kertas 'panduan' pemilihan itu, sebaliknya nama pesaingnya, Ismail Musa.

Turut disenaraikan, nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Presiden UMNO dan Tan Sri Annuar Musa sebagai calon Timbalannya.


Jelas Johari, beliau tidak memerlukan khidmat 'cai' untuk meraih sokongan dan menang dua jawatan itu.

"UMNO ni berjalan hampir 72 tahun. Pertandingan seperti ini semua perwakilan sudah faham. Sebenarnya bagi 'cai-cai' ini adalah panduan bahagian tersebut. Saya tidak mempratikkan benda macam ni. Saya nak rakyat tahu siapa yang layak," katanya kepada Astro AWANI selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa hari ini.

Katanya lagi, bahan kempen berkenaan sememangnya untuk mempengaruhi pengundi calon.

"Saya suka biar ahli pilih. Biar masyarakat tengok pilihan mengikut macam kita beli barang, mana boleh tutup mata. Apa barang kamu nak beli, apa produk nak beli, dan kemudian baru boleh memilih," kata Johari.

Bagaimanapun, beliau yakin anggota parti terlibat akan memilih calon pemimpin UMNO yang sebenar.

"Ini adalah sebahagian daripada kempen strategi calon. Apa pun dalam tu, perwakilan boleh menilai, tidak semestinya mereka ikut. Mereka tahu menilai pemimpin. Sebab itu kalau nak reform UMNO kena ada kejujuran dan kebijaksanaan untuk memilih bukan kerana disuruh atau dipaksa orang. Itu peru ditekankan sebagai perwakilan," ujarnya.

Selain Johari, enam lagi calon yang akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO 2018 ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Khalid Nordin, Sheikh Razali Sheikh Hamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Ahmad Said.

Hebat PM Mampu Bergaya Kereta Mewah RM1.6 Juta

Mynewshub.tv/HAA 

 

 

 

ELEGAN… Bagi mereka yang membesar ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri keempat dahulu, tentu biasa dengar Wawasan 2020 diilhamkan beliau pada tahun 1990 lalu.

 

Visi jangka panjang itu pernah dikutuk pemimpin dan penyokong pembangkang (kini Pakatan Harapan – PH yang menjadi kerajaan baharu Malaysia), sebagai wawasan bodoh dan tidak beri faedah kepada rakyat miskin sendiri.

Hari ini, Mahathir yang amat berbangga diiktiraf sebagai ketua kerajaan dengan usia paling tua di dunia itu apabila kembali semula sebagai perdana menteri ketujuh, tetap fanatik terhadap angka 2020 kerana kononnya ia seimbang.

Dengan beri contoh lambang Barisan Nasional (BN) iaitu dacing tidak berat sebelah, Mahathir ketika melancarkan Wawasan 2020 sebagai pengerusi parti komponen tersebut, kini mengetuai pula blok PH yang logo entah apa-apa!

Namun cinta Mahathir terhadap nombor 2020 tetap utuh waima pernah memberitahu media baru-baru ini bahawa wawasan dirancang beliau itu mungkin lewat menjadi kenyataan konon akibat hutang negara sebanyak RM1 trilion.




Ini termasuk menerusi koleksi pelbagai kereta beliau sama ada rasmi atau peribadi yang sering memaparkan plat dengan angka 2020 sehingga menjadi sinonim kepada imej Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Terbaharu tular menerusi media sosial Mahathir menaiki kereta mewah warna gelap jenama Bufori model Geneva plat Patriot 2020 yang bernilai kira-kira RM1.6 juta dengan ansuran bulanannya sahaja pun cecah lebih RM19,000.

Nombor plat istimewa diluluskan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu hanya dibeli pada harga serendah RM250 tanpa perlu bidaan secara terbuka serta bebas daripada unsur Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut laporan media, plat Patriot ditawarkan Yayasan Patriot Negara Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan ditubuhkan secara rasmi pada 12 April 2013 dan dipengerusikan Brigadier Jeneral Bersara Datuk Husainay Hashim.

Ternyata, gaya eksklusif Mahathir dengan kereta itu membuktikan kedudukan kewangan beliau cukup hebat jauh beza daripada pemimpin terdahulu yang agak miskin tanpa kroni menaja projek mega tertentu. – Mynewshub.tv/HAA

LIHAT VIDEO DI SINI

Akaun Pas juga perlu disiasat, beku

Manzaidi Mohd Amin
Faiz Fadzil
Faiz Fadzil


KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) menggesa pihak berkuasa mengambil kira dakwaan Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar bahawa Pas dikatakan ada menerima wang dari UMNO.

Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, pihak berkuasa itu perlu menyiasat dakwaan berkenaan termasuk membekukan sementara akaun Pas sementara menjalankan siasatan.

“Kita gesa pihak berkuasa menyiasat akaun pihak lain yang menerima wang daripada UMNO termasuk akaun Pas sepertimana didedahkan Datuk Mahfuz Omar bahawa Pas ada menerima RM1.5 juta daripada UMNO.

“Pemberian wang ini boleh dianggap tergolong dalam aliran pengubahan wang haram kerana diterima daripada UMNO yang akaunnya dibekukan kerana disyaki melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA),” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Di Johor semalam, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan Auruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun UMNO pusat dan UMNO Selangor, sehari selepas beliau mengumumkan agihan dana kepada UMNO negeri dan bahagian akan disalurkan semula.

Menurut Faiz, berdasarkan peruntukan AMLA, menjadi kesalahan bagi penerima aliran pengubahan wang haram, dan pihak berkuasa boleh membekukan mana-mana akaun yang disyaki terlibat.

“Dalam (SPRM) menjalankan siasatan ke atas akaun UMNO, akaun Pas juga boleh dibekukan mengikut peruntukan undang-undang itu kerana parti itu mesra UMNO.

“Malah, pengakuan Pengarah Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki bahawa wang tersebut adalah derma, juga membuka ruang kepada satu siasatan dijalankan terhadap Pas kerana derma ditafsirkan sebagai suapan menurut seksyen 3 Akta SPRM 2009,” katanya. – MalaysiaGazette


Peneraju, pengarah GLC yang baharu tidak diberi gaji tinggi

Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad
 
JAKARTA – Ketua-ketua eksekutif dan pengarah-pengarah syarikat milik kerajaan (GLC) di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dipilih dalam kalangan mereka yang betul-betul profesional dan tidak akan dibayar gaji yang tinggi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah meletakkan pelantikan politik di GLC dengan gaji yang tinggi meskipun mereka kekurangan kemampuan dalam pengurusan.

Katanya, ketua-ketua eksekutif dan pengarah-pengarah di bawah Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan dibayar gaji tinggi tetapi diberi ganjaran bonus jika mereka menunjukkan prestasi cemerlang.

“Kami akan memilih dalam kalangan profesional, kami akan memberi keutamaan kepada orang yang berpengalaman dalam pengurusan, “katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Dr Mahathir dalam lawatan rasmi dua hari ke Indonesia, berkata, 17,000 pelantikan politik telah dibuat oleh kerajaan BN sebelum ini.

“17,000 orang ini dilantik oleh kerajaan sebelum ini termasuk beberapa duta yang tidak mempunyai keupayaan,” katanya. – MalaysiaGazette

Zahid janji presiden Umno 2 penggal, jika menang

MALAYSIAKINI

   

Calon presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan menetapkan tempoh memegang jawatan presiden parti itu untuk selama dua penggal sahaja.

"Menetapkan tempoh presiden parti selama dua penggal sahaja berturut-turut bagi memelihara budaya meritokrasi dalam menggalas tanggungjawab peralihan kepimpinan yang sistematik dan beradab," katanya dalam hantaran Twitter hari ini.

Bagaimanapun, Zahid mungkin perlu meminda perlembagaan parti untuk menetapkan had dua penggal bagi tempoh jawatan presiden. Pada masa ini, tidak ada sekatan masa berhubung tempoh pemegang jawatan presiden Umno.

Janji Zahid juga boleh memendekkan tempoh penjawatan perdana menteri jika Umno dapat merebut kembali Putrajaya kerana secara tradisinya presiden Umno juga dipilih menjadi perdana menteri.

Zahid juga berjanji untuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani politik wang dan budaya "warlord" dalam parti.


Pengambilan pekerja Indonesia diharap lebih telus dengan k'jaan baru

 
   

WAWANCARA | Pertukaran kerajaan Malaysia diharap akan menjadikan proses pengambilan tenaga kerja Indonesia (TKI) di negara ini lebih telus dan bertanggungjawab.

Ini kerana sekurang-kurangnya Malaysia selaku pihak yang mengendalikan pengambilan TKI diambil alih oleh pentadbiran baru, kata Parti Solidariti Indonesia (PSI) dalam wawancara bersama Malaysiakini di Kuala Lumpur.

Ketua Umum Grace Natalie berkata isu TKI di Malaysia sering menegangkan hubungan dua negara jiran itu.

"Kini keadaan agak tenang tapi boleh panas lagi di masa depan.

"Ini adalah isu kompleks dan masalah ada di kedua-dua pihak, Indonesia dan Malaysia," katanya.

Ditipu agen

Di pihak Indonesia, Grace berkata antara masalah yang ada adalah sesetengah tenaga kerja direkrut melalui proses yang penuh kelemahan - tanpa dokumen yang diperlukan dan latihan yang sepatutnya berdasarkan pekerjaan yang akan diberikan sebaik tiba di Malaysia.

Pada masa sama, beliau berkata tidak sedikit laporan berhubung TKI yang ditipu agen dan diberikan kerja berbeza daripada apa yang dijanjikan kepada mereka.

"Justeru apa yang perlu dilakukan adalah membuka seluruh proses (agar telus). Semakin ramai yang dapat memantaunya dan menutup ruang untuk 'hanky panky' (muslihat)," katanya lagi.

Antara isu yang menimbulkan ketegangan adalah apabila pembantu rumah berusia 26 tahun Adelina Lisao - berasal dari Nusa Tenggara Timur - mati ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.




Punca kematian  dikatakan ekoran kegagalan organ selepas didera majikannya (gambar suspek, atas).

Malah PSI sebelum ini mengkritik hukuman ringan terhadap Datin Rozita Mohd Ali yang sebelum ini dikenakan jaminan RM20,000 untuk berkelakuan baik selama lima taun kerana mendera pembantu rumahnya Suyanti Sutrinso, 19 tahun.

Namun Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian mengenepikan hukuman itu dan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada Rozita.

"Apa yang memburukkan masalah adalah regim yang korup. Ramai yang didera, sehingga ada korban jiwa. Bertengkar (rakyat) dua negara.

"Ini sebenarnya gara-gara regim korup. Jadi memang diperlukan tadbir urus yang baik...Kita senang dengan apa yang terjadi di sini (pertukaran kerajaan)," katanya lagi.

Bagaimanapun Grace berkata PSI tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi menggesa penambahbaikan menyeluruh terhadap sistem pengambilan TKI.

Prejudis tak berpanjangan

Seorang lagi pemimpin PSI Dara Kesuma Nasution turut menyuarakan hal sama - salah laku terhadap TKI akan mencetuskan sentimen negatif rakyat Indonesia terhadap warga Malaysia.

Tetapi anggota dewan pimpinan pusat PSI itu memberi jaminan sentimen itu hanya sementara dan akhirnya akan ditujukan kepasa mereka yang benar-benar terlibat.

"Ia lebih kepada kes tertentu, kami tak melihat prejudis yang menyeluruh (terhadap orang Malaysia).

"Pada akhirnya, Kedua-dua negara mempunyai hubungan yang panjang dan saling memanfaatkan," kata wanita berusia 22 tahun itu yang akan membuat penampilan sulung sebagai calon bagi pemilihan legislatif Indonesia tahun depan.

Dalam sidang media bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Joko Widodo di Jakarta hari ini, kedua-dua pemimpin itu turut membangkitkan isu TKI termasuk mereka yang akhirnya menjadi pendatang haram dan menjadi sasaran tindakan Imigresen Malaysia.

Mahathir antara lain berkata Malaysia akan melihat kemungkinan untuk mewujudkan sekolah bagi anak-anak warga Indonesia, terutama di Sabah dan Sarawak.


Siapa ganti Nazir Razak di CIMB Group?

THE MALAYSIAN INSIGHT
Pengerusi CIMB Group Nazir Razak dilaporkan mahu tinggalkan syarikat untuk menubuhkan syarikat pelaburan sendiri. – Gambar EPA
 
TOKOH korporat Nazir Razak akan meninggalkan jawatannya sebagai pengerusi CIMB Group untuk menubuhkan syarikat pelaburannya sendiri, lapor The Star.

Laporan itu turut menimbulkan spekulasi sama ada adik bongsu bekas perdana menteri Najib itu akan terus kekal sebagai pengerusi sehingga tamat perkhidmatan pada Mac depan.

Ini memandangkan, tokoh penting di sebalik kejayaan CIMB Group itu dilaporkan tidak memohon untuk dipilih semula ke jawatan tersebut.

Laporan memetik sumber menyebut, lembaga pengarah CIMB Group kini sudah mula mencari calon pengganti Nazir.

“(Nazir) beritahu lembaga bahawa beliau akan keluar dan tidak memohon pemilihan semula. Lembaga sedang mencari pengganti,” kata sumber itu seperti dipetik The Star.

Tidak seperti pengerusi lembaga dan syarikat milik kerajaan yang lain, Nazir tidak dipanggil untuk memberi taklimat kepada Majlis Penasihat Kerajaan.

Beliau diketahui sebagai antara tokoh yang membuat pendirian tegas ke atas tindak-tanduk kerajaan pimpinan abangnya sebelum ini dalam pentadbiran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Siasatan ke atas aliran wang 1MDB itu sedang berjalan di beberapa negara dan abangnya Najib berdepan tuduhan menerima wang daripada syarikat pelaburan yang dibelit hutang itu.

Nazir yang juga bekas ketua pegawai eksekutif dilaporkan melarang keras CIMB daripada terlibat dengan apa-apa urusan 1MDB.

“Pegawai Nazir diarah dengan tegas supaya mematuhi garis panduan agar tidak menyentuh apa-apa, atau menguruskan apa-apa transaksi melibatkan 1MDB,” kata sumber The Star.

Laporan menyebut, syarikat pelaburan baharu Nazir dijangka akan meraih dana sehingga AS$1 bilion (RM4.04 bilion) dan sudah menarik minat beberapa pelabur kaya.

Orang Melayu mahu Khairy jadi ketua pembangkang, menurut tinjauan

43% daripada responden Melayu memilih Khairy Jamaluddin, 33% memilih Ahmad Zahid Hamidi manakala Tengku Razaleigh Hamzah, 20%. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
ORANG Melayu mahu Khairy Jamaluddin menjadi ketua pembangkang, menurut kaji selidik yang dijalankan di seluruh negara oleh sebuah firma penyelidikan bebas.

Di antara pemangku presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Razaleigh Tengku Hamzah dan Khairy, 43% daripada responden Melayu memilih Khairy, 33% memilih Zahid manakala Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li, 20%.

Manakala 4% daripada responden enggan memberi komen.

Ketiga-tiga ahli politik ini akan merebut jawatan presiden Umno pada pemilihan parti esok.

Kaji selidik ini dijalankan oleh Oppotus Research Group ke atas 1,035 responden Melayu antara 22 Jun dan 26 Jun.

94% daripada responden berkata memiliki pembangkang yang berwibawa adalah amat penting manakala hanya 6% berkata sebaliknya.

Bagaimanapun, kaji selidik sama turut mendapati 51% responden Melayu tidak menyokong Umno berbanding 44% menyatakan sokongan kepada parti itu. 5% responden lagi enggan memberikan komen.

Sebanyak 95% responden mengundi pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. Sejumlah besar, 77% daripada mereka menetap di bandar, manakala 23% lagi di luar bandar.

Kaji selidik ini dijalankan bagi mengukur reaksi orang awam mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 dan pemilihan Umno yang akan diadakan esok.

Margin kesilapan dianggarkan pada 3.10%.

Menurut kaji selidik terbaharu yang dijalankan oleh Merdek Center, Zahid mendahului dengan 51% responden menyokong beliau, diikuti Ku Li yang menerima 35% undian. 6% daripada responden menyokong Khairy, manakala 8% tidak dapat membuat keputusan.

NGO mahu peguam kes Scorpene dibenar masuk ke Malaysia

THE MALAYSIAN INSIGHT
Pembelian kapal selam Scorpene telahpun didakwa di mahkamah Perancis pada 2009. – Gambar EPA,
 
NGO hak asasi menggesa kerajaan menarik semula sekatan terhadap peguam Perancis yang mengendalikan kes kapal selam Scorpene untuk masuk ke negara ini.

Menurut Suaram dan C4, ia bagi membolehkan peguam tersebut, William Bourdon menasihati kerajaan berhubung kes yang melibatkan Najib Razak semasa mengetuai kementerian pertahanan.

“Memandangkan kerajaan Pakatan Harapan memberi komitmen tinggi untuk menghapus rasuah, kami menyeru Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin membatalkan sekatan yang dikenakan terhadap William Bourdon dengan segera.

“Langkah ini membolehkan beliau memasuki Malaysia dan memberi nasihat kepada kerajaan, khususnya menteri pertahanan mengenai perkembangan terkini kes, dan langkah seterusnya yang akan diambil untuk memastikan kes itu dapat diteruskan tanpa halangan di mahkamah Perancis,” kata NGO tersebut dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas NGO berkenaan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu semalam.

Dalam pertemuan itu, mereka dimaklumkan bahawa Bourdon sedang mengatur pertemuan dengan kerajaan Malaysia, namun peguam itu tidak akan dapat masuk ke negara ini kerana disekat masuk sejak 2011.

Sekatan itu dibuat oleh pentadbiran Najib selepas Suaram memfailkan saman di Perancis mengenai penglibatan Malaysia dalam urus niaga pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua orang eksekutif utama daripada syarikat yang terlibat dengan kes rasuah dalam pembelian kapal selam tersebut telahpun didakwa di mahkamah Perancis pada 2009.

Tumpuan utama kini adalah sebuah syarikat dikaitkan dengan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda, iaitu Perimekar Sdn Bhd yang didakwa menerima RM540 juta sebagai komisen bagi perjanjian pembelian tersebut.

Beberapa dana dari penjualan juga didakwa disalurkan ke sebuah lagi syarikat yang juga dikaitkan dengan Abdul Razak, Terasasi Ltd yang didaftarkan di Hong Kong.

Pada 22 Jun lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan bahawa Perancis masih menyiasat pembelian kapal selam kontroversi berkenaan yang bernilai 1 bilion Euro.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu juga baru-baru ini mengumumkan, kementeriannya akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kes Scorpene

Najib mungkin ditangkap minggu depan

 
   

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dijadual mengadakan satu lagi sidang akhbar mengenai barang-barang yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak minggu depan, kata sumber.

Ditanya jika ini menunjukkan Najib mungkin ditangkap pada minggu depan, sumber berkata: "Mungkin pada masa itu, bergantung dengan perkembangan siasatan."

Malaysiakini telah menghubungi jabatan siasatan jenayah bagi mendapatkan pengesahan mengenai sidang akhbar tersebut.

Bercakap kepada media di Jakarta semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Najib akan didakwa tidak lama lagi berkaitan skandal 1MDB.

Hampir RM1 bilion

"Tak lama lagi saya fikir dia (Najib) akan di hadapkan ke mahkamah.

"Untuk bawa kes ke mahkamah perlu ada bukti yang cukup supaya tidak gagal di mahkamah," kata beliau.

Perdana menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Indonesia.

Pada hari Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh memberitahu wartawan barang kemas, jam tangan dan beg tangan mewah yang disita dianggarkan harga runcitnya sekitar RM1 bilion.

Bagaimanapun, Najib, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, menyifatkannya sebagai subjektif dan tidak realistik.

Najib juga mendakwa kebanyakan barangan itu merupakan hadiah yang diterimanya.

Pihak polis masih sedang menganggarkan nilai 295 beg mewah itu.


'Semua anggota MT Umno bertanggungjawab, tak boleh lari'

 
   

WAWANCARA | Bagi Tengku Razaleigh Hamzah, beban tanggungjawab atas kekalahan Umno pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak boleh diletakkan pada seseorang saja.

Sebaliknya kata calon presiden Umno itu, ia mesti digalas secara bersama oleh pemimpin parti.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini semalam, Tengku Razaleigh berkata sebagai badan tertinggi dalam parti, semua anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno mesti menerima tanggungjawab tersebut.

"Orang ramai pun kata, Umno tak cacat, cuma ada sesetengah pimpinan barangkali yang telah menyebabkan kita kalah.

"Tetapi, saya nak kata, secara kolektif (sebagai satu pasukan) semua pemimpin yang berada dalam MT harus bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

"Mereka tak boleh lari daripada tanggungjawab," katanya sambil memberi contoh spontan bagaimana pemimpin tentera Jerman pada era Adolf Hitler pun menunjukkan contoh bagaimana mereka sedia dipertanggungjawabkan.

Kata Tengku Razaleigh, langkah itu dibuat sebagai bukti sikap pertanggungjawaban yang serius.

Hampir semua calon anggota MT

Tengku Razaleigh ditemui di kediaman merangkap pejabatnya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur lewat petang semalam.

Bagaimanapun, anggota parlimen Gua Musang yang lebih mesra dipanggil Ku Li itu berkata, beliau pula sebaliknya tidak boleh dipersalahkan atas kecundangnya Umno.

Katanya beliau bukan anggota MT Umno sebaliknya cuma anggota parlimen yang mewakili satu kawasan di Kelantan.

Justeru, katanya, tanggungjawab penuh dan secara langsung kepada pengundinya saja.
"Saya tidak bertanggungjawab ke atasnya. Saya hanya bertanggunjawab ke atas pengundi saya," katanya.




Untuk rekod, Tengku Razaleigh menawarkan diri untuk menjadi presiden Umno sekali lagi selepas 31 tahun. Selain beliau, turut bersaing ialah bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dua lagi calon yang menyertai saingan itu - tetapi kurang dikenali - ialah Mohamed Iqbal Maricair (Ahli Jawatankuasa Umno Bandar Tun Razak) dan Mohd Yusof Musa @ Jamaludin (Umno Iskandar Puteri).

Bagi jawatan timbalan presiden Umno pula, tokoh yang bersaing ialah Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa serta bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Untuk jawatan naib presiden seramai tujuh orang menawarkan diri. Mereka terdiri daripada:
  • Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
  • Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
  • Sheikh Razali Sheikh Hamad
  • Datuk Seri Mahdzir Khalid
  • Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
  • Datuk Seri Johari Abdul Ghani
  • Datuk Seri Ahmad Said
Daripada calon-calon itu hanya Ahmad dan Sheikh Razali bukan anggota MT Umno pada penggal lalu.

Nasib mereka akan ditentukan oleh pewakilan yang akan mengundi esok.

Sementara itu mengulas dakwaan bahawa akan ada lebih ramai pemimpin parti politik itu akan disiasat pihak berkuasa selepas BN kecundang, Tengku Razaleigh berkata tindakan boleh diambil jika terbukti mereka melakukan kesalahan.

Bagaimanapun, mengulas lanjut Tengku Razaleigh berkata siasatan itu tidak sepatutnya hanya menjurus kepada Umno malah semua parti politik yang ada di negara ini termasuk Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Mereka bukan malaikat, mereka juga harus disiasat. Jangan kata Umno sahaja tak ada malaikat," katanya lagi.

Temu bual ini turut disertai Kow Gah Chie, Lu Wei Hoong, Ahmad Amir Adzim dan Al-Abror Mohd Yusuf.

Wawancara 1: Ku Li ada cara bawa Umno kembali berkuasa sebelum 2023
Wawancara 2: Ku Li: 1987 dulu lawan bapak gergasi, 2018 lain
Wawancara 3: Saya mungkin kalah debat dengan Khairy, kata Ku Li


Debat Presiden Umno cipta sejarah

.2K
Debat Presiden Umno cipta sejarah
Foto: Astro Awani
 
 
SHAH ALAM - Pemilihan Umno 2018 menyaksikan persaingan yang bukan saja sengit, malah bertambah menarik apabila jawatan Presiden akhirnya dipertandingkan.

Tiga calon menawarkan diri untuk bertanding kerusi panas itu iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,  Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin.

Ketiga-tiganya bukan calang-calang calon kerana mereka mempunyai ketokohan tersendiri dalam sejarah kepimpin Umno.

Masing-masing ada kelebihan tersendiri untuk membolehkan mereka memikul tanggungjawab memimpin parti keramat Melayu itu.

Buat pertama kalinya juga dalam sejarah, calon-calon Presiden Umno berdebat secara langsung bagi mengemukakan visi dan misi masing-masing bagi membawa parti ke satu anjakan baharu.

Debat yang berlangsung malam tadi dan disiarkan di Astro Awani itu berlangsung dengan penuh semangat setiakawan bagi meraikan demokrasi terbuka dalam parti.

Mungkin tiada istilah siapa menang dan siapa kalah dalam debat ini, namun apa yang diutarakan akan menjadi perhitungan buat 150,000 perwakilan yang akan mengundi dalam pemilihan hari ini.

Bagi calon paling veteran, Tengku Razaleigh atau Ku Li, antara perubahan mahu dibawa beliau jika terpilih sebagai Presiden Umno ialah membuka ruang luas kepada suara rakyat di akar umbi agar lebih didengari.

“Masalah dalam Umno kebelakangan ini ialah dikongkong dari atas. Sehinggakan orang bawah tak boleh bersuara kerana semuanya dikawal di pusat.

“Saya cadang kita ubah keadaan ini dan beri orang bawah pengaruhi orang atas. Beri mereka peluang untuk sumbangkan idea untuk gubal dasar dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, Ku Li juga bercadang untuk menggabungkan gandingan kepimpinan muda dan lama bagi memantapkan parti.

“Orang muda lebih bertenaga dan produktif. Mereka juga dapat banyak pendedahan dan latihan untuk bergerak ke hadapan.

“Manakala orang lama akan berperanan untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan,” katanya.

Manakala, Ahmad Zahid yang sebelum ini menduduki kerusi Naib Presiden pula ingin melaksanakan tawaran baharu kepada ahli-ahli Umno.

“Umno yang pernah ditubuhkan pada 1946 ialah Umno 1.0. Manakala Umno yang diharamkan pada 1988 sebagai Umno 2.0.

“Kini tiba masanya untuk kita bentuk Umno dalam tawaran baharu dengan Umno 3.0 Kalau diberi mandat saya mahu supaya kita melihat bahawa isi kandungan Umno dari segi organisasi, struktur, roh, semangat dan perlakuan kepimpinan perlu berubah,” katanya,

Beliau juga berjanji akan memastikan Umno terus mempertahankan hak orang Melayu dan Islam.

“Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan perlu diperkukuhkan. Lebih-lebih lagi ada yang pertikaikan kedudukan agama Islam, raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Ini harus diperkasakan dan saya fikir roh umno perlu dikembalikan. Umno jangan dibuka kepada bangsa lain kerana Umno hak Melayu dan Bumiputera serta rakan-rakan di Sabah,” katanya.

Calon paling muda, Khairy yang pernah mengemudi sayap Pemuda pula menjanjikan dua perkara yang bakal dilakukan jika berjaya menggalas jawatan Presiden Umno iaitu keterbukaan dan persediaan.

“Keterbukaan ini lebih kepada bagaimana kita dapat menarik bakat-bakat yang baharu dalam Umno yang selama ini mungkin dicantas dan dihalang untuk menyumbang kepada parti. Saya nak tubuhkan satu majlis pengkaderan di mana kita jemput cerdik pandai, aktivis, agamawan, profesional Melayu untuk turut membantu menbina semula parti.

“Mereka ini tidak perlu melalui jalan biasa dalam sistem politik. Kita jemput mereka untuk menyampaikan idea supaya kita nampak sebagai parti yang ada bakat muda dan bakat profesional untuk menghadapi pilihanraya akan datang,” katanya.

Beliau juga mahu memastikan jawatan Presiden Umno tidak lagi kebal sebaliknya ahli terbuka   untuk menyampaikan kebenaran.

“Jawatan Presiden tidak lagi tidak boleh dipertandingkan, Presiden tidak boleh dilindungi, kalau dahulu ada pengkritik Presiden mungkin akan dipecat, digantung, dikenakan tindakan dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, katanya, perubahan kedua adalah persediaan untuk jadi pembangkang yang berwibawa.

“Saya tidak mahu jadi Presiden Umno yang memikirkan jalan yang pintas untuk kembali kepada kerajaan dengan menggunakan rundingan pintu belakang. Kita kena tunjuk kepada rakyat yang kita boleh bangkit sebagai pembangkang yang berwibawa,” katanya.

Selain menjelaskan tawaran masing-masing, ketiga-tiga calon juga senada dan sepakat agar Umno melakukan perubahan.

Penyokong Umno mahu kerjasama erat dengan PAS, kata tinjauan

MALAYSIAKINI

   

Majoriti ahli dan penyokong Umno melihat kerjasama erat dengan dengan PAS sebagai langkah ke hadapan, menurut satu tinjauan Merdeka Center.

Kajian yang melibatkan 691 responden mendapati 77 peratus bersetuju dengan kenyataan itu manakala 22 peratus tidak bersetuju.

Umno dan PAS sudah pun bekerjasama dalam beberapa polisi semasa menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu tetapi tidak membentuk gabungan pilihan raya.

Sementara itu, hanya 29 peratus responden bersetuju apabila Merdeka Centre bertanya jika Umno perlu menjalin hubungan dengan Pakatan Harapan manakala 66 peratus lagi tidak bersetuju.

Apabila ditanya jika Umno perlu meninggalkan BN, gabungan yang diasaskan oleh bekas presiden Umno Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1974, sebanyak 57 peratus bersetuju dan 41 peratus pula tidak bersetuju.

Hampir dua pertiga (59 peratus) bersetuju apabila ditanya sama ada Umno harus memperlakukan MCA dan MIC lebih adil manakala 36 tidak bersetuju.




Apabila dihubungi, pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, hasil kajian menunjukkan ahli dan penyokong Umno kini terbuka dengan pelbagai pilihan.

"Bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak mahu Umno bergerak ke arah HARAPAN. Itu yang penting bagi saya," katanya.

Ibrahim juga menjelaskan penyokong Umno kelihatan berpecah sama ada parti itu perlu membuka pintu kepada orang bukan Melayu atau kekal seperti sekarang.

Sementara itu, majoriti besar (83 peratus) bersetuju inisiatif utama Umno sekarang adalah untuk membasmi politik wang.

Kajian telefon dilakukan antara 25 dan 28 Jun lalu. Kebanyakan responden (69 peratus) ialah ahli biasa diikuti 8 peratus yang mendakwa sebagai penyokong parti tetapi bukan ahli parti. Selebihnya ialah pemegang jawatan di pelbagai peringkat. Hanya 25 peratus responden terdiri daripada golongan perempuan


Wanita di Selangor maut ditikam anak sendiri

 
Dalam kejadian kira-kira 2.10 petang itu, suspek berusia 20 tahun dipercayai menikam mangsa, Mardziah Muhamad Yusof di bahagian kepala dengan sebilah pisau.


Suspek yang tidak bekerja merupakan anak ke-6 daripada 10 beradik, dan tinggal di rumah berkenaan bersama mangsa dan bapanya serta adik lelaki berusia 12 tahun itu. (Gambar Reuters)


SHAH ALAM: Seorang wanita berusia 50 tahun maut selepas ditikam anak lelakinya di rumah mereka di Taman Langat Utama 3, Kampung RTB Bukit Changgang, Banting petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, DSP Kamalariffin Aman Shah berkata dalam kejadian kira-kira 2.10 petang itu, suspek berusia 20 tahun dipercayai menikam mangsa, Mardziah Muhamad Yusof di bahagian kepala dengan sebilah pisau.

“Berdasarkan siasatan, suami mangsa bersama anak lelakinya yang berumur 12 tahun baru balik dari solat Jumaat dan setelah sampai di pintu hadapan rumah, suami mangsa mendapati suspek meluru berlari keluar dari rumah dalam keadaan tangan berdarah serta hanya memakai tuala mandi.

“Suspek melarikan diri ke arah kiri jalan dan suami mangsa bertindak mengejar suspek tetapi berpatah balik ke rumah untuk melihat apa yang berlaku. Anaknya berumur 12 tahun seterusnya masuk ke dalam rumah dan mendapati ibunya berdarah di kepala terbaring di ruang dapur… suami mangsa kemudian segera hubungi pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata suspek yang tidak bekerja merupakan anak ke-6 daripada 10 beradik, dan tinggal di rumah berkenaan bersama mangsa dan bapanya serta adik lelaki berusia 12 tahun itu.

Umno tak bersalah, kata KJ

 
Khairy Jamaluddin, Zahid Hamidi dan Tengku Razaleigh berentap di pentas debat pada malam pemilihan esok.
 
 
 



PETALING JAYA: Calon presiden Umno, Khairy Jamaluddin malam tadi mempertahankan Umno daripada prestasi terburuk parti itu pada pilihan raya 9 Mei, dan meletakkan kesalahan pada bahu barisan kepimpinan parti.

Dalam debat yang disiarkan secara langsung dan terbuka, Khairy akui dirinya juga menyumbang kepada kemelaratan masalah dalam Umno, yang akhirnya menyebabkan ia ditolak rakyat.

“Saya akui melakukan kesilapan kerana tidak menyampaikan kebenaran kepada pucuk pimpinan parti. Saya mohon maaf kepada ahli-ahli Umno dan rakyat.

“Saya telah gagal,” kata bekas ketua Pemuda ini di program debat presiden Umno anjuran Astro Awani.
Khairy Jamaluddin bersama 2 lagi calon pilihan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahmad Zahid Hamidi, untuk jawatan nombor 1 parti berentap di pentas debat pada malam pemilihan yang akan berlangsung esok.

Pemenang akan mengemudi parti ketika Umno pertama kali menjadi pembangkang persekutuan selepas 60 tahun memerintah negara.

Meskipun ketiga-tiga calon ini membawa mesej pembaharuan, Khairy ke depan membawa mesej pembaharuan melalui kepimpinan orang muda dan wanita, dan sedia mempertimbangkan idea radikal dalam usaha menjadikan partinya kembali relevan, seperti membuka Umno kepada kaum lain.

Ku Li presiden sepenggal

Tengku Razaleigh, yang dilihat sebagai lawan semula jadi kepada Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dia mahu melaksanakan pembaharuan parti dalam tempoh sepenggal menjadi presiden.

Ditannya adakah ini bermakna beliau hanya mahu menjadi presiden sepenggal, bekas menteri kewangan itu berkata dia sedia menyambung khidmat hanya jika ada keperluan.

“Kita lakukan program perubahan dalam Umno dalam masa 3 tahun. Tak keterlaluan kalau berkhidmat 3 tahun, tak boleh lebih dari itu,” katanya.

Pemilihan kali ini merupakan cubaan kedua Tengku Razaleigh untuk jawatan presiden Umno, selepas perlawanan bersejarah antara dia dan Dr Mahathir pada 1978 yang membawa kepada perpecahan dan pengharaman parti.

Kerabat diraja ini merupakan Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat dan satu-satunya calon daripada Umno asal.

Beliau menyeru parti supaya kembali kepada perjuangan asal, ketika Umno dihormati rakyat.

Zahid boleh baca Dr M

Sementara itu, Zahid merasakan dia boleh menjadi pemimpin yang berkesan, kerana dia boleh membaca gerak lawannya, Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir dan Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas menteri dalam negeri ini berkata Dr Mahathir dan Anwar, yang masing-masing pernah menjadi presiden dan timbalan presiden Umno, berfikir dalam acuan Umno.

“Saya boleh baca sekilas ikan di air, jantan betinanya,” katanya.

Berbanding 2 lawannya, Zahid dilihat lebih dekat kepada golongan Islamis dan PAS yang mendapat sokongan 30-33% pada pilihan raya lepas menurut kajian Merdeka Centre.

Umno-BN pula disokong 35%-40% orang Melayu dan gandingan Umno-PAS akan membentuk blok pembangkang majoriti Melayu menentang PH, yang hanya memperoleh 25%-30% sokongan orang Melayu.

Zahid bertanding atas platform kesinambungan, memandangkan dia sekarang menggalas tugas-tugas presiden sejak peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak.

Seramai hampir 150,000 perwakilan akan mengundi pada pemilihan jawatan tertinggi parti esok.

Ku Li boleh satukan Umno, kata penganalisis

 
 
Beliau dihormati kerana berdarah raja, rekod perkhidmatan, imej bersih dan sikap ikhlasnya, kata Kamarul Zaman Yusoff 


Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah merupakan salah seorang calon merebut kerusi presiden parti.


PETALING JAYA: Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff memilih Tengku Razaleigh sebagai pemimpin paling berkemampuan menyatukan Umno dalam kalangan calon yang bertanding merebut jawatan presiden parti itu.

Bercakap kepada FMT, Kamarul percaya Ahli Parlimen Gua Musang itu lebih dihormati dalam Umno kerana berketurunan raja dan rekod khidmat beliau kepada negara berbanding 4 pesaing lain.

Beliau juga berkata, Razaleigh kelihatan calon paling ikhlas daripada petanding lain, termasuk pemangku presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

“Beliau berikrar mahu berkhidmat sebagai presiden parti selama satu penggal sahaja dan kini berumur 81 tahun, jadi beliau tidak dilihat mempunyai aspirasi politik yang tinggi,” katanya.
“Jika beliau menang, ahli parti lebih berkemungkinan akur kepadanya kerana beliau kelihatan paling ikhlas.”

Kamarul memberi respons terhadap kenyataan terbaru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai dakwaan perpecahan dalam Umno.

Dalam temu bual dengan Channel NewsAsia, Dr Mahathir berkata, ketiadaan perpaduan menyukarkan Umno untuk berperanan sebagai parti pembangkang yang berkesan.

Kamarul juga berkata, ahli Umno sukar mencari kesalahan Razaleigh kerana beliau tidak terpalit dengan dakwaan rasuah.

“Selain bersih, Tengku Razaleigh juga dilihat mewakili keseimbangan antara terlalu liberal seperti Khairy dan terlalu konservatif seperti Zahid. Pragmatisme ini diperlukan bagi menyatukan parti.”

Kerusi Presiden Umno: Zahid dahului Ku Li, KJ hanya pemecah undi, kajian Ilham Centre

 
 Kerusi Presiden Umno: Zahid dahului Ku Li,  KJ hanya pemecah undi, kajian Ilham Centre


Kajian dilakukan Ilham Centre menjangkakan pemilihan bagi jawatan Presiden Umno akan memihak kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diikuti Tengku Razaleigh Hamzah yang mewakili 51 peratus dan 35 peratus manakala  Khairy Jamaluddin mendapat 6 peratus sokongan daripada 191 bahagian seluruh negara pada pemilihan jawatan Presiden Umno yang akan berlansung esok.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata, Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang mempunyai peluang untuk mendahului pemangku Presiden Umno Ahmad Zahid sekiranya berlaku proses pujuk memujuk dan kompromi di peringkat cawangan.

“Sekiranya tradisi ini dipecahkan keputusan ‘upset’ boleh berlaku dengan majoriti tipis memihak kepada Ku Li (Tengku Razaleigh).

“Ini bukanlah kerana kekuatan hala tuju Ku Li tetapi lebih kepada sentimen dan emosi. Zahid terpaksa bertahan dengan asaskan kepada tekanan ini.

“KJ (Khairy) berjaya meraih peratus sokongan tetapi minima malah menjadi pemecah undi kepada mereka yang ingin menentang status quo dan ini memberikan sedikit kelebihan kepada Zahid.

“Suasana yang agak menekan apabila berlaku pengisytiharan keluar parti komponen Barisan Nasional (BN), keluarnya Ahli Parlimen Bagan Serai dan Bukit Gantang termasuk munculnyaorang-orang lama Umno yang telah bersara kembali mempengaruhi perwakilan,” ujarnya.

Hisommudin Bakar

Bahkan Hishommuddin juga berkata faktor bekas pemimpin parti itu yang telah menganggotai Pakatan Harapan, Tun Mahathir dijadikan aspirasi dan rujukan sebagai hujah kepada kumpulan yang dikenalpasti sebagai ‘otai’ bagi mereka akan kembali ke dalam politik Umno Bahagian.

“Jika diteliti keputusan sayap parti Umno pada minggu lepas ternyata keputusan arus bawah sangat signifikan untuk perubahan.

“Kemenangan Asyraf Wajdi Dasuki dan Noraini Ahmad dalamsayap Pemuda dan Wanita menggambarkan arus akar umbi,” terangnya yang mengambil masa 8 minggu membuat kajiselidik berkaitan sokongan ahli akar umbi terhadap barisan kepimpinan baharu Umno dalam pemilihan di peringkat pusat bagi penggal 2018-2021.



Arus di peringkat cawangan dan bahagian Umno sukar dijangka bergantung kepada sentimen dan emosi mungkinkan Tengku RazaleighHamzah   mengubah sokongan terhadap Datuk Seri  Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden Umno.

Beliau berkata ketiga-tiga calon utama bagi kerusi Presiden pada pemilihan Umno kali ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Katanya perwakilan melihat Zahid mempunyai kelebihan berbanding Ku Li dan KJ berasaskan pandangan akar umbi yang melihat Zahid adalah seorang pemimpin yang setia dan telahpun teruji dalam perjuangan Umno selama ini.

“Pengalaman berkempen semasa bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan 2013 telah memberikan kelebihan kepada beliau kerana mempunyai hubungan yang baik dengan akar umbiUmno. Selain itu imej beragama beliau memberi kelebihan berbanding calon-calon lain.

“Saingan terdekat kedudukan Zahid ialah Ku Li seorang tokoh veteran ini dilihat sebagai pemimpin yang berpengalaman dan calon terbaik untuk berdepan dengan Tun Mahathir.

“Ku Li menerima dukungan dan sokongan yang agak besar kerana beliau dilihat sebagai alternatif terbaik bagi gandingan pimpinan peringkat calon-calon timbalan dan majlis tertinggi selain kem Zahid untuk bernaung.

“Ku Li juga disokong oleh calon-calon Ketua Bahagian yang mencabar calon sedia ada. Hujah mereka yang menyokong Ku Li meletakkan tokoh ini bersih daripada skandal dan tidak terpalit daripada Najib.

“KJ calon muda dan progresif menjadi pilihan perwakilan muda dan wanita yang mahukan perubahan. Idea-idea pembaharuan adan kenyataan yang diminati media menjadikan KJ calon popular dimata awam tetapi sukar memenangi hati perwakilan Umno,” ujarnya.

Justeru kata Hishomuddin lagi, tumpuan 150,000 perwakilan lebih terarah kepada sejauhmanakah kemampuan calon-calon ini

meyakinkan mereka untuk membina semula kekuatan, menyatukan kembali perpecahan dan menawan hati rakyat untuk terus menyokong perjuangan Umno.

“Penguasaan ‘warlord’ dalam kalangan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Ketua Bahagian tertentu dicabar dengan arus perubahan ketara menyuarakan kebebasan daripada cengkaman ini. Perwakilan mulai menuntut hak mereka untuk bersuara secara bebas tanpa dikawal oleh keputusan pihak lain.

“Tetapi, suara ini minoriti dan masih gagal menenggelamkan pengaruhbudaya ‘warlord’ ini.

“Dalam pada itu pemilihan kali ini memperlihatkan sebahagian besar Ketua Bahagian melepaskan jawatan dan digantikan dengan muka baru. Sebahagiannya lagi berlaku pertandingan.

“Bahagian-bahagian yang terlibat dengan perebutan jawatan mengakibatkan pertembungan jalur kepimpinan tertinggi sama ada bersama dengan ‘cai’ calon presiden Zahid Hamidi, Ku Li ataupun KJ.” terangnya dalam kenyataan hari ini.