HALAMAN SANTAI

Isnin, 31 Ogos 2020

Kroni Siapa Dapat Projek Rundingan Terus Era PH ?

Oleh Shahbudin Husin


Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan di Parlimen, sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

“Semasa pentadbiran sebelum ini sejumlah 101 projek ataupun perolehan yang bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan,” ujar beliau.

Bukan di Parlimen jadi gempar dengan pendedahan ini, malah semua orang yang mendengar pun akan jadi terkejut dibuatnya.

Pendedahan ini sesuatu yang amat mengejutkan kerana ketika itu, PH amat lantang dan tegas dengan janji untuk melaksanakan tender terbuka secara menyeluruh.

Ia digambarkan sebagai kaedah ketelusan dan untuk mengelakkan salah guna kuasa.

Malah, ketika kempen PRU14 pun, itulah antara perkara yang dilaungkan kepada rakyat untuk menunjukkan bahawa PH amat mementingkan ketelusan jika diberi kuasa mentadbir negara.

Sudah tentu agak menghairankan bagaimana akhirnya sebanyak 101 projek bernilai lebih RM6 bilion telah diluluskan secara runding terus?

Siapakah punya angkara semua ini?

Kenapakah 101 projek itu tidak dilaksanakan secara tender terbuka?

Apakah ia juga keputusan seorang diri Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng atau beliau mendapat arahan daripada pihak lain seperti Perdana Menteri atau permintaan daripada menteri-menteri lain misalnya?

Maka itu, demi keadilan kepada semua pihak, khususnya Guan Eng, adalah penting untuk Tengku Zafrul mendedahkan senarai syarikat-syarikat yang diberikan 101 projek runding terus itu.

Ini bagi kita semua mengetahui kroni siapakah semua syarikat yang bertuah itu dan atas asas apakah kaedah runding terus dijadikan pilihan?

Selain itu, penting juga untuk diketahui adakah mereka itu kroni Guan Eng atau kroni menteri-menteri lain dalam PH ketika itu yang sebenarnya mereka mungkin terbabit sama melobi Menteri Kewangan agar projek secara runding terus dilaksanakan?

Oleh kerana Tengku Zafrul telah membuka ruang mendedahkan perkara ini, adalah menjadi tanggungjawab beliau juga untuk memastikan senarai syarikat-syarikat itu diumumkan kepada orang ramai dengan seberapa segera.

Jangan pula nanti beliau cuba mengelak atau tidak berani mengeluarkan senarai penuh dan akhirnya isu ini senyap begitu saja.

Manalah tahu, entah-entah kroni pemimpin tertentu UMNO pun mungkin termasuk sama dalam senarai 101 projek itu?

PN bebas amalkan rasuah, kronisme sebab takda janji dalam manifesto?

 

 
Isu tender terbuka dan ketelusan ini tidak sepatutnya terikat kepada PH yang janjikan dalam manifesto saja, ia adalah prinsip asas dalam good governance yang seharusnya terpakai untuk setiap kerajaan yang memerintah.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika berucap di Parlimen mendakwa bahawa 101 projek bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui rundingan langsung di bawah pemerintahan bekas Pakatan Harapan.

Amalan tender terbuka dan prinsip transparen ini bagi mengelak atau neminimumkan salahguna kuasa dan korupsi yang sudah membengkak dan membarah dengan teruk dalam pemerintahan 60 tahun BN-Perikatan.

Rasuah dan kuasa bagai kembar siam yang tidak dapat dipisahkan. Tanpa kawalan dan disiplin tinggi, baik melalui penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan integriti mantap, golongan berkuasa mudah terjebak dalam kancah rasuah ini.

Biarpun kerajaan bertukar pada 10 Mei 2018, masih banyak konsesi atau kontrak bernilai tinggi untuk tempoh jangka panjang sudah dimeterai lama dulu secara rundingan terus dan terpaksa diteruskan saja walaupun selepas kerajaan bertukar.

Masa BN, terlalu banyak projek berkos tinggi, seperti berkaitan pembinaan-penyelenggaraan jalan raya dan hospital dianugerahkan secara rundingan terus kepada syarikat kroni dan suku- sakat. Ia ibarat skim cepat kaya. Kos projek automatik mencanak tinggi. Persen tertentu daripada kos itu bertukar tangan di bawah meja!
Saya akui PH juga ada kesilapan dan kesalahan semasa 22 bulan mentadbir, namun ia mempunyai tekad politik yang cukup tinggi serta rekod kerja yang membanggakan untuk membawa pembaharuan dan reformasi, terutama dalam aspek good governance dan antirasuah.
Di bawah PH, seperti penegasan Lim Guan Eng, terdapat pengecualian tender terbuka dibenarkan oleh Kementerian Kewangan berpandukan garis panduan kerajaan.

Antaranya, kata Lim, seperti perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan berkepentingan nasional dan melibatkan keselamatan negara (tentera dan polis) dan kepakaran khusus (one of a kind).

Terlalu jauh, umpama langit dengan bumi, untuk dibandingkan PH dengan prestasi buruk- huduh regim BN-Perikatan, khususnya di zaman Najib Razak yang terkenal di seluruh planet bumi ini dengan skandal mega 1MDB dan rangkaian jenayah rasuah lainnya lagi.

Sepatutnya YB Baling, YB Tanjong Karang, YB Pasir Salak, YB Arau dan rakan- rakan sejamaah dengannya tahu diri dengan prestasi busuk BN selama ini, dan berhentilah mempamerkan aksi memualkan di Dewan Rakyat.

Sepatutnya isu good governance, antirasuah, elak pembaziran, ketelusan, rule of law dan seumpamanya tidak dijadikan senjata politik untuk merendahkan saingan semata-mata. Setiap parti politik atau pemerintah harus komited dengan prinsip-prinsip mulia good governance.

Malah, rakyat (pengundi) mesti memberi penekanan penting terhadap aspek ini sebelum menyokong mana-mana parti atau calon yang bertanding pilihan raya.
Tidak semestinya apabila sesuatu parti atau gabungan parti tidak menjanjikannya dalam manifesto, maka ia boleh terlepas daripada terikat dengan prinsip mulia itu sekiranya menang.
Isu antirasuah, tender terbuka, media bebas dan seumpamanya, bukan terbatas kepada PH sahaja, hanya kerana gabungan parti itu menjanjikannya dalam PRU14, ia sepatutnya nengikat semua pentadbiran kerajaan, termasuk kerajaan yang dibentuk secara pintu belakang, tanpa mandat rakyat.

Namun hati kecil saya berbisik, mungkin hajat umum untuk melihat senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion itu didedahkan mungkin tidak kesampaian kerana impak politik isu tender terbuka ini cukup serius dan boleh menggugat kerajaan.

Mulanya ada pandangan menjangkakan ia sengaja dihebohkan untuk menenggelamkan isu menteri tidak kuarantin kendiri, “musang berjanggut” dan “antara dua darjat”, tetapi dampaknya seperti lebih menghakis sokongan kepada kerajaan.

* Dari FB AHMAD LUTFI OTHMAN

PEMBERITAHUAN:

   LIHAT BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT '

Amaran Shafie kepada Pas, jangan bawa politik perkauman di Sabah

Manzaidi Mohd Amin
MGF18012020_KETUA-MENTERI-RAIH-UNDI-PRK-KIMANIS_04-681x454
Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan pemimpin politik, terutama Pas supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang melampau hingga boleh memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Ketua Menteri Sabah itu berkata, kenyataan bersifatkan perkauman bukan langkah yang harus dilakukan jika hendak melihat negara ini maju ke hadapan.

“Saya ingin mengingatkan pemimpin politik terutama Pas agar tidak mengeluarkan kenyataan yang melampau hingga boleh memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Jika rakyat tidak belajar apa yang berlaku di Amerika Syarikat dan Timur Tengah yang mempunyai amalan perkauman yang tebal serta ektremisme agama, maka perpaduan dan kemakmuran tidak akan dapat dikecapi,” kata Presiden Parti Warisan (Warisan) Sabah menerusi posting Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika berbahas di Dewan Rakyat mendakwa kitab Injil yang digunakan masyarakat Kristian di negara ini telah terpesong.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan penganut Kristian termasuk pemimpin gereja seluruh negara yang mendesak beliau untuk memohon maaf.

Menurut Mohd Shafie, kenyataan yang melampau tidak seharusnya dikeluarkan kerana tidak mendatangkan kebaikan kepada masa depan generasi masa depan.

Katanya, pemimpin tidak boleh hanya bergantung kepada landasan politik semata-mata kerana itu boleh menghancurkan perpaduan kaum yang ada.

“Untuk mengekalkan perpaduan, kita perlu bersatu dalam membina negara dan bangsa. Jangan ada keterlaluan dan kesempitan.

“Jangan disebabkan ingin berkuasa dan inginkan sesuatu, kita ketepikan keharmonian yang ada pada hari ini.

“Kita perlu pelihara perpaduan hari ini demi kepentingan generasi akan datang. Sekiranya kita tunjukkan contoh yang buruk, itu akan mendatangkan bahaya kepada kita,” katanya.

Beliau berkata, seandainya kaum dan agama menjadi pegangan tanpa batasan tanpa memikirkan kepentingan nyawa manusia, pembunuhan pasti akan berlaku kerana wujud ektremisme dalam kalangan masyarakat. – MalaysiaGazette

Buang ego demi selesai agihan kerusi dan menang PRN, kata PPBM Sabah

Masidi Manjun berkata, semua parti pembangkang di Sabah 
perlu mengutamakan objektif membentuk kerajaan negeri, 
bukannya sekadar bertanding pada PRN bulan depan.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua PPBM Sabah, Masidi Manjun menggesa semua parti pembangkang di Sabah mengetepikan ego masing-masing demi memastikan proses pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Negeri pada 26 Sept ini dapat diselesaikan dengan baik.

Katanya, mereka perlu menjadikan objektif utama Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS) membentuk kerajaan negeri sebagai keutamaan.

“Semua harus faham, ia pilihan yang sangat ringkas, iaitu sama ada mahu membentuk kerajaan negeri atau sekadar mahu bertanding.

“Bagi saya, ia bukan soal berapa kerusi anda boleh dapat, tetapi berapa kerusi yang anda boleh menang. Ia penting kerana jika hasrat kita membentuk kerajaan negeri, jadi kita harus buang keegoan masing-masing,” katanya ketika menghadiri majlis santai Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin bersama media hari ini.

Masidi berkata, setakat ini, perbincangan pengagihan kerusi masih berjalan dan ada kerusi yang dituntut lebih daripada sebuah parti.

“Saya diberitahu rundingan ini agak mencabar, Bung Moktar (Radin) sendiri mengakuinya, tetapi saya yakin pada akhirnya ia akan dapat diselesaikan dengan baik.”

Semalam, Bung Moktar yang juga ketua Umno Sabah dan pengarah jentera pilihan raya BN bagi PRN Sabah dilaporkan berkata, rundingan pengagihan kerusi dengan parti pembangkang di negeri itu terbukti sukar, tetapi beliau berharap rundingan dapat dimuktamadkan dalam 2 hari lagi supaya mereka mempunyai peluang baik.

Sementara itu, Masidi mengalu-alukan SAPP menyertai PN dan PPBM sedia membantu parti itu menghadapi PRN Sabah.

“Bagi saya, ini sesuatu yang baik, saya rasa hasrat mereka menyertai PN adalah kerana mereka mahu bersama yang lain untuk mencipta perubahan di Sabah.

“Ia sebenarnya bukan mengenai SAPP saja kerana apabila anda dalam keadaan mahu membentuk kerajaan, jadi kita harus saling tolong-menolong.”

Terdahulu, Presiden SAPP, Yong Teck Lee menyifatkan penyertaan parti itu dalam PN ialah beban berat selepas 12 tahun mereka menentang kerajaan.

Katanya, SAPP menyertai PN disebabkan keadaan politik semasa, khasnya dalam usaha menentang kerajaan Sabah yang diterajui Warisan.

LDP pilih calon muda Bumiputera Islam tanding kerusi Bongawan

Chong Kah Kiat (berdiri) berucap pada majlis bersama rakyat 
LDP di Menggatal, Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) memilih calon Bumiputera Islam untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Bongawan pada Pilihan Raya Negeri bulan depan.

Presiden Kehormat Seumur Hidupnya, Chong Kah Kiat mengumumkan anak jati Bongawan berusia 29 tahun, Mohd Azree Abd Ghani akan mewakili LDP di kerusi dengan majoriti pengundi Bumiputera Islam itu di bawah Parlimen Kimanis.

Katanya, apa yang penting untuk Bongawan ialah pembangunan jalan raya, hospital, bekalan elektrik dan air di sesetengah kawasan di DUN itu, tetapi wakil rakyat terdahulu gagal membangunkan kawasan itu.

“Oleh itu, kali ini saya pilih sendiri calon LDP, calon yang baik dan jujur, Azree. Beri peluang kepada beliau dan parti LDP. Kami akan lakukan yang terbaik untuk Sabah,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Menggatal hari ini.

Chong berkata, parti itu memilih calon berintegriti dan tidak akan membuat janji kosong kerana pemilihan calon yang tepat bukan saja penting untuk mencapai kemenangan, tetapi juga memastikan nasib rakyat terbela.

“Jangan jadi pemimpin yang janji hari ini, tapi esok tiada yang dilakukan.

“Saya pilih pemimpin yang betul-betul jujur, kita mahukan calon yang berintegriti dan mampu membawa kemajuan di kawasan masing-masing.”

Difahamkan, LDP sudah menyenaraikan sejumlah calon untuk mewakili parti itu, termasuk di kawasan majoriti pengundi Bumiputera Islam dan Kadazandusun Murut.

LDP sebelum ini mengumumkan mahu bertanding lebih 40 kerusi, sejajar misinya pada PRN Sabah untuk menjadi kuasa ke-3 bagi menghalang kemaraan Perikatan Nasional dan Warisan.

LDP ketika bersama Barisan Nasional dahulu, hanya bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina.

3 ahli DAP lapor polis gesa pemimpin PAS disiasat berkait komen kitab Injil

(Dari kiri) Anthony Chin, Brolin Nicholson dan Julian Tan 
menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sekama 
pada Ahad.

PETALING JAYA: Tiga ahli DAP Sarawak membuat laporan polis menggesa Ahli Parlimen Pasir Puteh daripada PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh disiasat di bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya di Dewan Rakyat baru-baru ini yang mendakwa kitab Injil dipinda.

Julian Tan, Brolin Nicholson dan Anthony Chin membuat laporan itu di Balai Polis Sekama di Kuching, Sarawak.

Nicholson yang juga pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat mengapa Zawawi enggan memohon maaf kepada penganut Kristian bagi mengelakkan perkara sama berulang kepada agama lain.

“Jika beliau ingin melakukan dialog, saya bersedia berdialog dengan beliau dan meminta beliau tidak hanya berdialog dengan ahli Parlimen saja, tetapi kami juga bersedia untuk berdialog bersama beliau,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau turut mencabar Zawawi menunjukkan bukti dakwaannya melalui bukti bibliografi, arkeologi dan ujian dalaman yang kerap digunakan sejarawan untuk menentukan kesahihan sesebuah teks purba.

“Jika benar Zawawi mempunyai PhD (doktor falsafah) dalam perbandingan agama, beliau seharusnya tahu 2 kaedah ini digunakan untuk membuktikan kesahihan sesebuah teks purba.

“Soalan yang saya ingin tujukan kepada Zawawi ialah jika benar kitab Injil telah dipesongkan, di mana ia telah dipesongkan? Siapa yang memesongkan kitab Injil tersebut dan pada tahun bila ia diubah atau dipesongkan? Kerana bagi orang Kristian, kitab Injil ialah sahih dan tidak diubah.

“Adakah Zawawi hanya membuat kenyataan berdasarkan cakap-cakap yang tiada bukti kukuh tanpa betul-betul mengkaji kitab Injil orang Kristian?”

Rabu lalu, Zawawi membuat kenyataan kontroversi itu di Dewan Rakyat ketika membahaskan rang undang-undang pindaan Akta Pengangkutan Jalan bagi menambah hukuman buat pemandu mabuk.

Ketua ulama PAS itu dilaporkan berkata, semua agama tidak mengizinkan penganutnya meminum arak, tetapi Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) meminta beliau membetulkan faktanya kerana agama lain seperti Kristian, membenarkan penganutnya minum arak, tetapi tidak sampai tahap memabukkan.

Zawawi bagaimanapun bertegas “sebelum kitab Injil dipesongkan”, agama Kristian tidak membenarkan penganutnya minum sedikit arak pun.

Beliau juga enggan memohon maaf dan berkata penganut Kristian “tiada hak tersinggung” dengan kenyataannya.

Sementara itu, Malay Mail memetik Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii yang menemani 3 ahli DAP Sarawak itu membuat laporan, berkata lebih baik membuat laporan polis daripada menggesa pihak berkuasa melarang Zawawi dan pemimpin PAS lain memasuki Sarawak.

Katanya, PAS kini boleh mempengaruhi semua dasar negara melalui kerjasamanya dengan Umno dan PPBM dalam Muafakat Nasional, blok politik terbesar di dalam negara, yang mampu menjejaskan semua rakyat

Sabah sentiasa terbuka jalin kerjasama dengan kerajaan Pusat

SINAR HARIAN

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut Ketua 
Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebaik tiba di 
Lapangan Terbang Antarabangsa Dua Kota Kinabalu pada 
Sabtu lalu. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam soal pembangunan negeri dan negara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurut Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, beliau telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

"Saya sudah maklumkan pada beliau (Muhyiddin) bahawa Sabah akan mengamalkan (kerjasama) G-to-G (kerajaan dengan kerajaan), antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk kepentingan negara.

"Bukan seperti haluan politik. Saya nyatakan politik adalah berbeza dan ketepikan itu. Pendirian politik saya untuk sesetengah perkara dan prinsip berbeza. Tapi kita memberi kerjasama dalam membina negara. Itu penting,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di sini, hari ini.

Mohd Shafie mengulas kenyataan Muhyiddin pada Sabtu yang dilaporkan berkata, lebih baik sekiranya kerajaan Sabah sehaluan dengan kerajaan Persekutuan pimpinannya bagi memberikan impak lebih besar dalam pelbagai aspek.

Muhyiddin berkata demikian semasa lawatan kerja dua hari ke negeri itu yang berakhir semalam.

Sabah akan menghadapi Pilihan Raya Negeri pada 26 September ini susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lepas.

Pembubaran DUN itu diumumkan Mohd Shafie beberapa jam selepas bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli DUN untuk membentuk kerajaan negeri baharu, sekali gus menumbangkan kerajaan pimpinan Warisan. - Bernama

Bersatu Pulai akan rujuk Osman Sapian ke Lembaga Disiplin

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai akan merujuk Anggota Dewan Undangan Negeri Kempas, Osman Sapian yang dipercayai berkempen untuk calon Bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, kepada Lembaga Disiplin parti.

Ketua Bahagian itu, Ya’cob Atan berkata laporan itu akan dibuat sejurus pihaknya mengadakan mesyuarat bahagian minggu depan.

“Berkempen untuk calon yang menentang kita (Bersatu) bertentangan dengan Fasal 10.2.2 dan Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu,” kata Ya’cob yang juga Ketua Penerangan Bersatu Johor pada sidang media selepas merasmikan Program Konvoi Semarak Kemerdekaan Bahagian Bersatu Pulai, di Johor Bahru, Johor, hari ini.

Dua hari lepas, tular satu video di laman sosial yang menunjukkan Osman sedang berucap dipercayai berkempen menyokong calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada PRK DUN Slim. Dalam video itu, Osman mengakui masih menjadi ADUN Kempas atas tiket Bersatu dan menjadi ahli parti berkenaan.

Ia sekali gus bercanggah dengan kenyataan Osman sebelum itu yang menyatakan kehadirannya ke Slim, Perak adalah hanya untuk bertemu rakan-rakan lama sambil makan angin dan tiada kaitan dengan politik.

Pada PRK DUN Slim Sabtu lepas, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz, 43, menang selepas memperoleh 13,060 undi, manakala Amir Khusyairi meraih 2,115 undi dan seorang lagi calon Bebas, bekas guru S. Santharasekaran, 44, memperoleh 276 undi.-Bernama

DAP setuju bantuan JKM naik RM1k, gesa PM lanjut moratorium juga

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Meskipun tidak senang dengan cara pengumuman kenaikan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM1,000, namun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyokong cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu.

Dalam masa sama, Lim menggesa supaya kerajaan melanjutkan tempoh moratorium bayaran balik pinjaman untuk enam bulan lagi.

Menurutnya, satu lagi pakej rangsangan berjumlah berbilion ringgit diperlukan untuk menyelamatkan kehidupan rakyat Malaysia dalam menghadapi dampak krisis pandemik Covid-19 ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata cadangan menaikkan bantuan yang diumumkan oleh Muhyiddin ketika lawatan dua hari ke Sabah semalam akan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

Walaupun begitu, beliau mendakwa Muhyiddin yang juga bekas sekutunya dalam Pakatan Harapan, bermain politik dengan pengumuman itu memandangkan pilihan raya negeri Sabah yang dijadualkan pada 26 September.

Bekas menteri kewangan itu berkata jumlah penerima bantuan JKM dijangka meningkat dua kali ganda daripada 500,000 pada tahun 2018 disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang mengakibatkan kadar pengangguran lebih tinggi sebanyak 4.9 peratus pada bulan Jun.

“Peningkatan jumlah penerima ini, dan juga peningkatan bantuan kebajikan masyarakat sebanyak RM1000 sebulan akan menambah kos keseluruhan kepada RM12 bilion setahun,” katanya.

Untuk rekod, kadar pengangguran bulan Jun adalah 4.9 peratus, sedikit lebih rendah berbanding Mei yang berada pada paras tertinggi 5.3 peratus.

Jumlah penganggur pada Mei ialah seramai 826,100 orang, manakala 773,200 penganggur direkodkan pada Jun.

Lim berkata kerajaan PH sebelum ini telah menumpukan untuk menguruskan hutang negara.

Justeru itu, katanya kerajaan baru perlu beralih "fokus kewangan yang lebih strategik" dengan meminjam lebih banyak wang untuk mengeluarkan negara daripada kemelesetan ekonomi dengan secepat mungkin.

Kerajaan PN baru-baru ini membentangkan RUU Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 [Covid-19]) 2020 di parlimen bulan lalu.

RUU tersebut bertujuan untuk mewujudkan dana Covid-19 yang akan merangkumi pelbagai pakej rangsangan yang telah diumumkan seperti pakej Prihatin dan Penjana.

Sementara itu, Lim berkata dengan lanjutan tempoh moratorium bayaran balik pinjaman bank akan dapat membantu jutaan rakyat dan syarikat.

“Lanjutan moratorium tersebut, sama ada dibiayai oleh pihak bank mahupun oleh kerajaan sendiri, akan dapat membantu lapan juta rakyat dan syarikat Malaysia, yang lebih besar jumlahnya.

“Tindakan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sehingga 31 Disember akan memberikan kesan buruk terhadap ekonomi negara, dan sepatutnya perlu disekalikan dengan suntikan dana tambahan RM45 bilion pakej rangsangan ekonomi,” katanya.

Rancangan Syed Saddiq: 'Pecahkan' amalan lama politik Malaysia

WAWANCARA | Sepertimana perkhidmatan e-hailing mengubah pengangkutan awam dan e-dagang terhadap peruncitan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang membina pasukan dengan tujuan 'memecahkan' amalan lama politik Malaysia?

Ramuannya?

Barisan pemimpin muda dari pelbagai kaum yang faham teknologi, dasar inovatif serta komitmen untuk membuktikan gerakan politik boleh bertahan tanpa perkaitan dengan kroni atau taikun.

Dalam wawacara bersama Malaysiakini, anggota Parlimen Muar itu menekankan "platform, gerakan atau mungkin juga parti" yang ingin dibawanya akan mengutamakan kepelbagaian.

"Kekuatan Malaysia adalah kepelbagaiannya.

"Sebab itu (gerakan ini) pelbagai kaum dan agama, dan benar-benar merangkumi 'lapangan tengah' Malaysia, iaitu kesederhanaan.

"Kami akan dengan tegas mematuhi Perlembagaan Malaysia dan paling penting, Rukun Negara yang akan menjadi prinsip yang memandu platform ini untuk menjamin hala tuju kami tidak menyimpang," katanya.

Dipimpin orang muda, dipandu dasar

Satu lagi ciri utama gerakan itu adalah dibarisi golongan muda di kalangan profesional, aktivis, pengasas startup, ahli akademik dan pendakwah, selain ahli politik.

Dengan kepakaran mereka, Syed Saddiq berkata gerakan itu akan mampu membawa dasar yang inovatif dan mengutamakan rakyat.

"Oleh kerana ia merangkumi profesional, teknokrat dan pemimpin masyarakat sivil yang bermula dari bawah, ia perlu dipandu oleh dasar.

"Mereka ingin memastikan reformasi ekonomi yang benar berlaku, tidak lagi hanya membantu kelas elit atau bilionnaire.

"Mereka juga memastikan peluang kerja diwujudkan dan jurang pendapatan dikurangkan," katanya lagi.

Anggota gerakan itu, dipanggil "Muda Malaysia" pada masa ini, dijangka mengadakan mesyuarat rasmi pertama di Kuala Lumpur hari ini untuk menentukan langkah seterusnya.

Antara mereka yang mengesahkan kehadirannya ialah bekas CEO Permodalan Nasional Berhad Abdul Jalil Rasheed serta sejumlah pengasas startup, iaitu Vinesh Sinha (FatHopes Energy), Liew Ooi Hann (RinggitPlus), Nadhir Shafiq (TheLorry) dan Radzi Tajuddin (Hartabumi).

Abd Jalil Rasheed

Turut hadir adalah guru Cheryl Ann Fernando - yang mana kisahnya diadaptasi kepada filem Adiwira, peguam Lim Wei Jiet, pendakwah Rahmat Ikhsan (PU Rahmat) dan Shahrizal Denci, yang terlibat dalam pertanian.

Barisan aktivis yang akan menyertainya pula adalah pengasas bersama Undi18 Qyira Yusri, Syed Azmi Alhabsi (hak kanak-kanak), Shahar "Shaq" Koyok (isu Orang Asli) serta Amir Abd Hadi dari Liga Rakyat Demokratik.

Malah, penyelidik Centre for Governance and Political Studies dan anggota Pemuda Umno Zaidel Baharuddin turut ada dalam senarai kehadiran.

Dengan PRN Sabah akan berlangsung bulan depan, dan PRU dijangka berlaku awal tahun depan, Syed Saddiq mengakui gerakan itu belum memutuskan sama ada akan meletakkan calon atau tidak.

Cheryl Ann Fernando

Soal kekal sebagai gerakan atau didaftarkan untuk menjadi parti politik juga belum ditentukan.

"Saya sendiri percaya kepada persiangan yang sihat dan positif.

"Pada akhirnya, kita ingin memastikan semua parti dan platform yang bersaing mengangkat suara orang muda ke tahap yang lebih baik.

"Jika hari ini kita meletakkan 10 calon muda, parti lain akan letak 20 (calon). Di masa akan datang, saya akan letak 30 orang dan mereka akan calonkan lebih ramai lagi," katanya.

Syed Azmi

Tiada 'panglima' atau taikun

Selain golongan profesional dan aktivis, Syed Saddiq berkata platformnya percaya kepada perwakilan politik yang pelbagai dan akan membawa pemimpin akar umbi dari kawasan pedalaman ke hadapan.

Bagi mengekang pengumpulan kuasa, ia akan melaksanakan "had penggal" yang ketat bagi menjamin kenaikan pemimpin-pemimpin baru secara berterusan.

Ia juga ingin menjadi pembawa perubahan kepada bagaimana politik didanai.

Gerakan itu, kata Syed Saddiq, kini didanai oleh pemimpin dan anggota sendiri.

"Dana dari poket kami sendiri," katanya.

Katanya lagi, pengalaman empat tahun sebagai ketua Pemuda Bersatu menunjukkan cara lama dalam mengendalikan sumbangan politik dan pemberian insentif kepada anggota akar umbi untuk berkhidmat, perlu diubah.

Dia berkata gerakan itu akan mengutamakan sumbangan dana orang ramai (crowdfunding) secara dalam talian dan meletakkan had kepada penyumbang individu dan juga korporat untuk memastikannya "tidak menghambakan diri" kepada kepentingan pihak lain.

Dengan pelaksanaan peraturan pendanaan politik serta proses penyegaran kepimpinan secara berterusan, pemuda berusia 28 tahun itu berkata ia adalah formula untuk "menjungkir balik" budaya politik Malaysia.

"Kita perlu 'memecahkan' (disrupt) proses pendanaan politik agar 'panglima' parti (warlord) tidak wujud. Pada masa sama, kita ingin memastikan ada latihan parti berterusan agar apabila anda tahu masa memimpin akan tamat, anda boleh melatih pemimpin lain untuk naik.

"(Jadi) ia menjadi proses yang sangat kompetitif yang benar-benar menyemai politik berasaskan perkhidmatan dan bukan kuasa, pecah-belah atau wang dan kontrak," katanya lagi.

"Semua amalan lama politik itu perlu dibuat. Ini adalah politik baru sebenar yang kita ingin wujudkan di Malaysia," katanya lagi.

Pemimpin bawahan BN, UMNO perlu elak komen dasar parti

Oleh Rafidah Mat Ruzki 

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa

PUTRAJAYA: Pemimpin politik terutama di peringkat bawah, diingatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, terutama yang membabitkan dasar parti kerana dikhuatiri tidak tepat.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata pihak media juga diminta berhati-hati ketika mendapatkan reaksi dan tidak melaporkan kenyataan daripada pemimpin yang bukan terbabit dengan penggubalan dasar dan perancangan membabitkan parti, kerana ia akan memberi gambaran kurang tepat.

Beliau berkata, ia berikutan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO biasa yang tidak terbabit dengan rundingan di peringkat tertinggi, tidak mempunyai maklumat membabitkan dasar.

"Kalau media nak bertanya dasar saya harap dapat dirujuk penjawat jawatan yang sesuai. Kalau ambil seorang pemimpin bahagian, kita ada 191 bahagian. Ada sesetengah pemimpin mungkin tak tahu apa sedang berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perarakan Pasukan Berkuda Perkhidmatan Awam Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Jubli Perak Perbadanan Putrajaya di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi BN Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang menasihatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya berhenti "ke sana ke sini" bagi meraih sokongan ahli-ahli Parlimen sebelum menjelang perbentangan belanjawan Oktober depan.

Beliau berkata, polemik yang berlaku membabitkan kerjasama antara Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan UMNO, sama dengan ketika disyorkan UMNO mengadakan kerjasama dengan PAS sebelum ini.

Katanya, ketika itu ramai dalam kalangan pemimpin parti itu tidak bersetuju, namun pemimpin kedua-dua parti terpaksa membuat pertemuan dan memberikan penjelasan.

Beliau berkata, usul untuk kerjasama antara UMNO dan PAS mula dicetuskan pada 2012 dan lebih tujuh tahun kemudian baru ia dapat direalisasikan dalam bentuk satu kerjasama.

"Maksudnya, nak bekerjasama dengan dua parti tak senang. Ada banyak benda yang perlu untuk pupuk hubungan. Saya ingat lagi bila kita cadang kerjasama dengan PAS ada yang tak setuju tapi sekarang semua selesa kerjasama dengan PAS.

"Saya harap pemimpin UMNO jangan mudah memberi kenyataan terutama yang kurang tepat. Saya baca (dakwaan) Perdana Menteri ke Sabah untuk meraih sokongan orang ramai dan pemimpin untuk menyertai BERSATU... ada rancangan nak perkasakan parti tak ada salah tapi nak tuduh Perdana Menteri buat perkara negatif itu tak betul," katanya.

MCA dapati pengundi Cina Slim tolak Dr. Mahathir

MalaysiaGazette
MGF27082020_CERAMAH-PERDANA-PRK-SLIM_10-1-681x454
Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika ceramah perdana yang 
turut dihadiri bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena 
kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di FELDA 
Trolak Utara, Tanjung Malin, Perak. foto FAREEZ FADZIL

SLIM – Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim dengan bergaya, termasuk menguasai tiga daerah mengundi yang mempunyai pengundi Cina secara bandingannya lebih ramai.

Keadaan itu menunjukkan petanda kembalinya sokongan pengundi Cina kepada BN, dan faktor utama yang menyumbang kepada fenomena itu adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.

Sinchew Daily melaporkan, analisis berbeza oleh MCA dan PKR menemui perkara yang sama iaitu pengundi Cina telah menggunakan undi mereka untuk menolak Dr. Mahathir.

Selain hilang percaya terhadap kepimpinan Dr. Mahathir, pengundi Cina juga masih beranggapan bahawa bekas Perdana Menteri itu merupakan punca utama tertumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua MCA Tanjung Malim, Goh Choong Seng berkata, sokongan yang diterima BN daripada pengundi Cina adalah disebabkan dua faktor, termasuk mereka berpendapat BN adalah lebih baik berbanding PH.

“Faktor kedua pula adalah pengundi Cina telah menolak kepimpinan Dr. Mahathir yang telah meletak jawatan sebagai PM dan mahu mempertahankan anak sendiri dalam politik,” katanya kepada Sinchew Daily.

Menurutnya, tiga daerah mengundi dengan pengundi Cina yang ramai dalam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim iaitu Sungai Slim Utara, Pekan Slim dan Kampung Kuala Slim telah menunjukkan penguasaan BN, walaupun parti itu kecundang di kesemua tempat tersebut dalam pilihan raya umum lalu.

Walaupun analisis lebih teliti perlu dijalankan untuk menentukan kadar “kepulangan pengundi Cina” , tetapi Choong Seng percaya, kadar itu boleh mencecah 70 peratus berdasarkan jumlah undi pihak lawan yang tidak tinggi.

Choong Seng bagaimanapun juga berpendapat adalah tidak dapat dipastikan sama ada keadaan positif buat MCA dan BN itu dapat berterusan sehingga pilihan raya umum seterusnya.

Katanya, walaupun yakin dengan kepulangan pengundi Cina kepada BN pada pilihan raya umum, tetapi kadar atau jumlahnya sukar diramalkan.

Jelasnya, selain bergantung kepada calon, isu besar semasa juga akan mempengaruhi emosi pengundi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang berkata, kemenangan BN di Slim tidak harus disalah tafsir sebagai kepulangan pengundi Cina secara keseluruhannya.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PKR berkata, keputusan pilihan raya kecil tidak boleh dijadikan piawaian muktamad kerana petanda “seakan-akan terdapat kepulangan pengundi Cina” kepada BN adalah didorong beberapa faktor.

“Pertama, kadar pengundi Cina yang keluar mengundi adalah sangat rendah. Kedua, PH tidak bertanding dan calon dari kem Dr. Mahathir telah bertarung sebagai calon bebas dengan menggunakan lambang yang pengundi Cina tidak biasa.

“Faktor ketiga, segelintir pengundi Cina mungkin tidak berpuas hati dengan Dr. Mahathir,” katanya.

Jelasnya, sesetengah pengundi Cina melihat Dr. Mahathir sebagai punca utama tertumbangnya kerajaan PH dan anggapan itu mempengaruhi jumlah undi yang diterima calon dari kem bekas Perdana Menteri itu.

“Bagi pasukan pembangkang, keputusan di Slim merupakan satu kekalahan yang pahit dan kami menerima pilihan yang dibuat pengundi.

“Kami telah melihat dan menerima mesej daripada pengundi dan akan melakukan penambahbaikan selepas ini,” katanya. – MalaysiaGazette

PEMBERITAHUAN:

   LIHAT BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT '

Jangan Leka Kemenangan PRK, Jadikan Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Sebagai Iktibar – Sharkar

 

TEMERLOH – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Sharkar Shamsudin mengingatkan kepada setiap ahli UMNO agar jangan terleka dengan kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Jelas beliau, walaupun kemenangan tersebut menambah kegembiraan selepas Barisan Nasional (BN) menang di enam PRK yang lalu tetapi itu kemenangan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dahulu harus dijadikan iktibar.

“Ye betul, kita patut gembira dengan kemenangan ini malah saya juga gembira tetapi jangan sesekali kita gembira sehingga menjadi leka. Kemenangan ini bukan bermakna kita sudah Berjaya ataupun rakyat kembali sepenuhnya kepada kita.

“Perjuangan kita masih besar kerana objektif kita adalah kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti. Kita harus jadikan semua kemenangan ini sebagai pembakar semangat untuk kita terus berusaha dan memastikan kemenangan di pihak kita.

“Kini, paling hampir adalah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Walaupun Sabah telah diberi autonomi tetapi ini juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menuju ke PRU-15,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Sharkar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang, semua ahli UMNO juga harus berwaspada kerana pihak lawan tidak akan berdiam diri menyaksikan kemenangan demi kemenangan ini.

“Sudah pasti pihak lawan akan melakukan pelbagai cara untuk merosakkan penyatuan yang telah kita bina khususnya menerusi Muafakat Nasional (MN). Ini telah terbukti sehinggakan rakyat terpengaruh dan menyebabkan BN tumbang pada PRU-14.

“Jadi, jangan kita biarkan semua ini berulang. Kita harus berhati-hati dan meneruskan kerja membantu rakyat. Saya percaya, sekiranya kita terus bersatu dan tidak menari mengikut gendang yang dipalu oleh pihak lawan, insya-Allah kita akan menang dalam PRU-15 dengan jayanya,” jelas beliau. – UMNO ONLINE

Kalau Bersatu dah jadi macam PKR, penyatuan dengan Umno pasti sukar

ULASAN | Ramai di kalangan kawan-kawan saya marah kepada Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bila mengesyorkan Umno meninggalkan kerajaan kerana hasrat Bersatu menjadi parti pelbagai kaum.


BACA BERKAITAN: Ku Li gesa menteri Umno keluar dari kabinet


Ada yang bertanya dan minta pandangan. Saya jawab saya tidak tahu apa isi hatinya yang sebenar.

Bagaimanapun, sedikit pengalaman bersamanya dalam Parti Semangat 46 dahulu, saya hanya boleh mengagak sahaja.

Kuncinya, kalau hendak tengok dua parti Melayu ini (Bersatu dan Umno) kembali bersatu, asasnya ialah keahlian.

Semangat 46 dan Umno dulu mudah bersatu kembali kerana dasar keahliannya sama. Iaitu Melayu dan Bumiputera.

Dulu orang Semangat 46 pun menentang Umno kerana tak setuju dengan kepimpinan Umno ketika itu. Tun Mahathir Mohamad, Tun Daim (Zainuddin) dan lain-lainnya.

Cerita pun hampir sama. Menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Konflik berlaku. Yang kuat menyahkan yang lemah. Maka tertubuhlah parti baru. Itu sejarah.

Bagi yang berjiwa besar, mereka tetap mahu Melayu bersatu. Waktu panas semuanya tidak kena. Bila sejuk berundinglah balik.

Ramai juga mengharapkan Umno dan Bersatu juga kembali jadi satu parti yang besar. Tak kiralah siapa yang memimpin.

Azmin, kawan-kawannya rindu PKR

Malah ramai di kalangan pemimpin Umno secara terbuka meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali kepada Umno. Memimpin Umno dan jadi perdana menteri. Biar sama-sama gerakkan Putrajaya dari PWTC.

Namun, kalau Bersatu sudah jadi macam PKR, buka keahlian semua kaum, penyatuan pasti sukar. Walaupun Presiden PKR (Anwar Ibrahim) sekarang pun bekas timbalan presiden Umno.

Asal PKR ialah Parti Keadilan Nasional. Kemudian bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Jadilah Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mereka mudah bercantum kerana corak keahlian mereka sama. PKR tidak mungkin bercantum dengan Umno kerana keahlian berbeza.

Bersatu juga tidak mungkin dapat bercantum dengan Umno kalau sudah guna model PKR. Sebaliknya Bersatu mudah bercantum dengan PKR kalau corak keahliannya sama.

Mungkin inilah hasrat Azmin dan kawan-kawannya apabila menyertai Bersatu. Rindu PKR.

Mungkin Ku Li hendak guna "tingkap-masa" ini buat kejutan. Kalau ada hasrat hendak bertemu, jangan bergerak ke lain arah.

Matlamat itu penting walaupun kenderaan kita berbeza buat masa ini.


* AHMAD SHABERY CHEEK ialah pemimpin Umno, bekas menteri dan bekas ahli parlimen Kemaman.

'Pejuang perlu tawar jenama berbeza dari Umno, Bersatu, PAS'

 Yasmin Ramlan

Malaysiakini

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad perlu membawa jenama berbeza berbanding parti berasaskan Melayu-Islam sedia ada, kata penganalisis politik.

Prof Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, ini bagi memastikan parti itu kekal relevan di mata rakyat terutamanya pengundi Melayu sekiranya berhasrat bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Untuk kekal relevan Pejuang perlu dijenamakan berbeza dengan Bersatu, Umno atau PAS.

“Apa yang pengundi nilai ketika ini kehadiran Pejuang tidak ada banyak beza dengan Bersatu, Umno dan PAS iaitu tiada sesuatu yang baru ditawarkan kepada pengundi,” katanya kepada Malaysiakini.

Prof Azmi memberi contoh bekas ketua pemuda Bersatu (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berjaya membawa 'jenama baru' apabila menubuhkan parti berasaskan golongan anak muda.

Dia berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mahathir yang mengatakan tujuan penubuhan Pejuang adalah untuk menggantikan Umno dan Bersatu yang didakwa kini tersasar daripada matlamat asal.

Bekas perdana menteri itu berkata Umno dan Bersatu juga perlu digantikan kerana 'mengamalkan rasuah serta mementingkan poket sendiri'.

Bagaimanapun, Azmi berpendapat pengundi Melayu rata-ratanya sudah berasa curiga dengan tuduhan Mahathir terhadap parti-parti berkenaan.

Tak relevan tanpa gabungan parti lain

Untuk rekod, pendaftaran Pejuang kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk dijadikan sebagai sebuah parti politik yang sah masih dalam proses.

Selain Mahathir, enam lagi pengasas parti tersebut adalah bekas pemimpin dan anggota Bersatu iaitu anaknya Mukhriz, Marzuki Yahya, Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah,Shahruddin Md Salleh dan Mohamad Nuhairi Rahmat.

Sementara itu, Prof Rusdi Omar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berpendapat pengundi Melayu akan menyokong mana-mana parti yang boleh membantu mereka.

Oleh itu katanya, Pejuang perlu bersama gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk kekal relevan dan kukuh.

“Tanpa ada gabungan parti politik saya tak nampak Pejuang boleh bertahan. Mereka (rakyat) akan pilih pemimpin atau wakil rakyat yang benar-benar mendengar denyut nadi mereka,” katanya.

“Kalau tanpa kerjasama dari parti lain susah Pejuang nak dapat sokongan dari orang Melayu," katanya.

Menurut Rusdi dan Azmi, penerimaan tersebut boleh dilihat pada pilihan raya kecil Slim di Perak semalam yang menyaksikan calon dari BN Mohd Zaidi Aziz menang besar dengan majoriti 10,945 undi.

Pada PRK berkenaan, calon BN itu menewaskan dua calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang disokong oleh Pejuang dan S Santharasekaran.

Rusdi berkata rakyat kini dilihat gembira dengan petadbiran kerajaan BN kerana  menyediakan pelbagai insentif bantuan sewaktu wabak Covid-19 seperti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

Bagaimanapun katanya masih banyak lagi yang perlu dilakukan kerajaan PN untuk keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Sukar cari pemimpin bebas rasuah

Prof Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula mempunyai pandangan berbeza.

Katanya, pengundi terutamanya orang Melayu akan mempunyai banyak pilihan sekiranya Pejuang bertanding dalam PRU15 nanti, walaupun menjangkakan parti itu akan mempunyai jumlah penyokong yang kecil.

Mengulas kenyataan Mahathir mengenai penubuhan Pejuang untuk menggantikan pemimpin yang rasuah, Kartini berkata Mahathir sendiri pernah terpalit dengan beberapa kontroversi ketika menjadi perdana menteri ke-4.

Menurut Kartini, antaranya skandal Perwaja Steel dan isu pemberian kewarganegaraan kepada warga Filipina di Sabah.

“Maka agak sukar untuk mencari pemimpin yang benar-benar bersih rasuah atau korupsi.

“Justeru itu Pejuang boleh terus kekal relevan jika agenda perjuangan adalah jelas untuk rakyat, bangsa dan agama,” katanya.

Bersatu Johor serah pada pimpinan isu Osman didakwa kempen untuk calon bebas

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung tindakan terhadap Osman Sapian susulan satu video tular bekas Menteri Besar Johor itu dipercayai berkempen untuk calon Bebas semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, baru-baru ini.

Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang berkata pihaknya di peringkat perhubungan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melanggar peraturan parti.

“Biarlah Tan Sri (Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin) melalui jawatankuasa (Lembaga Tatatertib) membuat apa jua keputusan.

“Hal-Hal disiplin di bawah Lembaga Tatatertib parti, jadi kita di negeri tidak ada komen berhubung perkara ini, segalanya terpulang kepada pihak pengurusan untuk ambil tindakan.

"Kalau betul video itu sahih, mereka (Lembaga Tatatertib) akan buat siasatan. Terserah kepada Presiden Bersatu Muhyiddin, beliau boleh arahkan untuk buat semakan atau siasatan," katanya.

Mazlan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis penutup Konvoi Merdeka Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2020 hari ini.

Semalam, tular video yang menunjukkan Osman, Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam, dipercayai sedang berucap berkempen menyokong calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika PRK DUN Slim.

Dalam video itu, Osman mengakui masih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas atas tiket Bersatu dan ahli Bersatu namun mendakwa parti tersebut telah menyeleweng daripada perjuangan asalnya.

Sebelum ini, Osman mendakwa kehadirannya di Slim, Perak sekadar untuk bertemu rakan lama sambil makan angin dan menegaskan tindakan beliau itu tiada kaitan dengan politik.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata semua pihak diminta agar tidak cepat melatah khususnya apabila membabitkan urusan dalaman parti.

"Kita ikut sumber yang tepat. Kalau betul ada pelanggaran salah laku maka perlu diberikan peluang untuk memberikan penjelasan, kita kena matang dalam soal ini," katanya.- Bernama

Usaha hadkan dua penggal adalah agenda politik PH

MalaysiaGazette
MGF110720_AZMIN-ALI-DIALOG-BERSAMA-LKPIM-12-681x454
Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Usaha mengehadkan jawatan Perdana Menteri supaya tidak melebihi dua penggal merupakan janji Pakatan Harapan (PH) yang menyimpan agenda politik untuk kepentingan sendiri.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, reformasi bukan nama khas yang dimonopoli PH, tetapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga mengusahakan reformasi Parlimen dan sistem dalam kerajaan.

Ditanya mengenai kerajaan PN yang menarik balik rang undang-undang untuk mengehadkan jawatan seseorang Perdana Menteri kepada dua penggal, Mohamed Azmin berkata: “Ini janji PH, bukan PN.”

“Sesetengah janji adalah dibuat kerajaan terdahulu dan lebih cenderung kepada motif politik atau untuk kepentingan politik sendiri.

“Yang pasti, PN juga giat melakukan reformasi dan akan terus memastikan pembaharuan dalam Parlimen dan sistem dapat dijalankan.

“Ini termasuk membenarkan wakil rakyat pembangkang mempengerusikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya kepada Sinchew Daily.

Mohamed Azmin berkata, bukan PH sahaja yang tahu melaksanakan pembaharuan.

“Adalah tidak adil jika ada yang berkata usaha reformasi adalah milik PH sahaja.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN juga berusaha melakukan reformasi,” katanya.

Menurutnya, prestasi PN dalam memerangi wabak COVID-19 dan merangsang ekonomi adalah jelas kelihatan. – MalaysiaGazette

Kerjasama 'Bersatu-UMNO-Pas' berpotensi kuasai politik negara

Khalid Samad

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam menunjukkan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO berpotensi menguasai politik negara.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata, sehubungan itu gabungan pembangkang pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga harus bersatu bagi menghadapinya.

“Keputusan Slim menunjukkan kerjasama ‘Bersatu-UMNO-Pas’ amat berpotensi menguasai politik negara.

“Kesatuan atas dasar ‘khianat, rompak dan jual agama’ kali pertama dihadapi dan untuk menghadapinya kita juga perlu bersatu. Jangan dipandang remeh dan peranan setiap pihak diperlukan,” ciapnya di Twitter, hari ini.

Beliau berkata, ada juga yang mengatakan bahawa keputusan PRK DUN Slim adalah bukti parti baharu, Pejuang pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Pejuang ditolak rakyat dan Dr Mahathir hilang 'daya tarik'.

"Sebenarnya ia membuktikan pembangkang perlu bersatu dan usaha menunjukkan kelemahan sesama sendiri hanya menguntungkan Perikatan Nasional. Tiada yang boleh bersendirian. Rapatkan saf seperti semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," katanya.

Malam tadi, Barisan Nasional menerusi calonnya, Mohd Zaidi Aziz, mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, selepas diumum menang dengan majoriti bergaya dalam PRK DUN Slim.

Mohd Zaidi meraih 13,060 undi menewaskan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (2,115 undi) dan S Santharasekaran, yang memperoleh sebanyak 276 undi.

Kemelut Musang King: MCA dan DAP 'berlumba' tenangkan pekebun

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Pergeseran antara pekebun durian di Raub, Pahang berubah menjadi isu politik selepas parti dari kedua-dua belah dilihat 'berlumba' dalam memberi bantuan.

Namun, memandangkan isu itu dikaitkan dengan kerabat diraja, ini juga bermaksud mereka harus melangkah dengan hati-hati.

Perkembangan ini hadir di sebalik spekulasi bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bakal melaksanakan pilihan raya umum mengejut buat meraih kekuatan berbanding majoriti tipis yang dipegang hari ini.

Pertikaian timbul ketika Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR) yang berkaitan dengan kerabat mengadakan usaha sama dan kini menuntut kembali ribuan ekar tanah dari apa yang didakwa sebagai petani durian haram.

Sebilangannya memang pekebun haram tetapi yang lain yang tidak berlesen adalah sebahagian daripada skim pertanian yang dilancarkan oleh Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) dari Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) pada tahun 1970-an tetapi kemudian dilupakan.

Pekebun durian mendakwa mereka kini dipaksa masuk ke skim usaha sama antara PKPP dan Royal Pahang Durian Resources (RPDR).

Susulan dakwaan itu, MCA Pahang semalam membentuk sebuah jawatankuasa yang bertujuan untuk "menjaga hak" pekebun.

Jawatankuasa itu diumumkan oleh ketua jawatankuasa perhubungan MCA Pahang, Hoh Khai Mun dengan berhati-hati untuk tidak menyatakan secara spesifik kebun durian, sebaliknya bertujuan untuk menyelesaikan masalah pertanian secara umum untuk Pahang.

Dia mendapat sokongan pusat dengan kehadiran Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon.

“Kami berasa kerajaan negeri Pahang akan memperolehi penyelesaian lebih baik dalam menyelesaikan pertikaian ini jika komunikasi lebih baik terjalin antara pihak berkepentingan.

“Melihat perkembangan isu ini, kami telah memutuskan untuk membentuk jawatankuasa bagi berunding dengan lebih berkesan dengan kerajaan negeri Pahang bagi mencari penyelesaian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

MCA Pahang difahamkan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri dan juga merupakan sebahagian dari kerajaan Pahang, menjadikannya dilihat lebih sesuai untuk mencari jalan penyelesaian buat pekebun durian.

Berdasarkan laman web PRDR, ia menamakan anak perempuan Yang Di-Pertuan Agong, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai presiden.

Tidak mahu ketinggalan, DAP Pahang - yang disokong pemimpin pusat - juga telah menziarahi pekebun durian hari ini dan menubuhkan jawatankuasa kebangsaan diketuai timbalan pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji untuk meneliti isu ini.

 “Kita akan menyiasat latar belakang isu ini dan kita akan lihat bagaimana syarikat boleh dipanggil ‘royal’,” kata ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata dengan menggunakan nama ‘royal’ ia akan memberi satu persepsi bahawa pekebun durian kini menentang ‘royalty’ (kerabat diraja).

“Ia beri satu persepsi tidak benar bahawa rakyat menantang royalty (kerabat diraja). Tidak ada tentang royalty tetapi untuk keadilan,” katanya.

Lim turut menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk datang ke kebun berkenaan dan cuba memahami masalah mereka.

Lim juga menyorot bahawa tiada tiada menteri kabinet setakat ini yang cuba menyelesaikan perkara itu.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 28 Ogos membenarkan perintah penggantungan sementara terhadap kerajaan negeri Pahang yang sedang berusaha untuk menuntut kembali tanah ladang sementara menunggu perbicaraan semakan kehakiman pada 28 Oktober.

Sementara itu, Tengku Zulpuri berkata dia telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar negeri itu Wan Rosdy Wan Ismail untuk menggesa campur tangannya.

“Menteri besar secara tak langsung kata akan pertimbangkan. Jadi atau tidak, saya tidak tahu.

“Saya telah hantar surat rasmi kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk mengadap bagi mencari penyelesaian menang-menang supaya penduduk ini tidak dianiayai," katanya.

Zulpuri juga berkata adalah kejam untuk menggelar pekebun berkenaan sebagai peneroka haram kerana mereka telah tinggal di kawasan itu.

“Mereka dah duduk sini lama, sudah ada tanaman lama, tak timbul lagi penerokaan haram. Nak ikut maklumat, peneroka ini telah mendapat pinjaman Bank Pertanian 1986.

“Jika tanah itu haram, macam mana boleh dapat pinjaman dari bank,” katanya.

Tambahnya, perkara ini juga tidak wajar diperkatakan sebagai “isu orang Cina” kerana pekebun Melayu juga terkesan.

“Tindakan kena ambil secara menyeluruh,” katanya.

Isu tersebut menjadi antara tumpuan sorotan akhbar Cina sementara kumpulan hak asasi Melayu sayap kanan seperti Isma juga mempersoalkan mengapa MCA terlibat, dengan menyifatkan bahawa perkara itu adalah kes "jelas" pencerobohan haram.

Bagaimanapun, Malaysiakini telah melakukan tinjauan kawasan dan mendapati kebanyakan pekebun Cina antara yang bersuara lantang membantah manakala pekebun Melayu juga terkesan dengan “skim penempatan” itu.

Mohamad Ali, 80, yang merupakan bekas ketua kampung antara penduduk yang terkesan.

Mohamad telah menyelesaikan isu Kampung Sungai Chalit sejak 1979 di bawah skim LKPP tetapi hak tanah masih tidak pernah diselesaikan.

Ahad, 30 Ogos 2020

PRK Slim: Sokongan Dr. Mahathir membawa rebah – Syed Husin

Shawaliah Hadir

MGF12082020_MAJLIS-MEMPERKENALKAN-CALON-BEBAS-PRK-SLIM21-681x454
Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada Majlis Memperkenalkan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 58 Slim di Slim Permata, Slim, Perak. foto AFFAN FAUZI

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim yang menyebelahi Barisan Nasional (BN) membukti Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mendapat sokongan Melayu dan bukan Melayu, kata bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali.

Malah menurut beliau, sokongan yang diberikan kepada Dr. Mahathir menerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ternyata membawa kepada kejatuhan.

Justeru Syed Husin berkata, sudah tiba masanya untuk bekas Perdana Menteri itu mengundurkan diri daripada arena politik.

“Tun Dr M baik sedar diri dan berundur. Dia takde (tidak ada) sokongan Melayu, apatah lagi bukan Melayu. Sokongan dia membawa rebah,” katanya menerusi akaun Twitter.

Semalam, BN menang besar dalam pertandingan tiga penjuru pada PRK Slim.

Calon BN Mohd Zaidi Aziz smenang selesa dengan majoriti 10,945 undi apabila memperoleh 13,060 undi untuk mengalahkan dua pencabarnya dari bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili dengan Pejuang dan S. Santharasekaran, 44.

Menurut Syed Husin, beliau telah menjangkakan kekalahan yang bakal menyebelahi Amir Khusyairi.

“Lima hari lalu aku tweet kalau calon Tun Dr M dapat lebih saparuh daripada calon UMNO bertuahlah dan kalau tak hilang deposit nasiblah. Rupanya betul juga ramalanku,” ujar veteran PKR itu. -MalaysiaGazette

PH cabul kedaulatan undang-undang bela pekebun durian ‘haram’

Siti Hafidah

 

Bagaimana pekebun durian usaha tanaman senyap-senyap hingga lebih 20 tahun?

BANGI – Tindakan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Pahang yang menggesa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap pekebun yang mengusahakan tanaman durian secara haram di Raub, adalah tindakan politik yang mencabul kedaulatan undang-undang.

Yang Dipertua ISMA Kuantan, Ustaz Norman Mohd Nor menegaskan, perbuatan yang salah tetap salah, justeru pihak berkuasa mesti bertindak tegas tanpa memilih bulu.

Katanya, mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965, mengusahakan tanah kerajaan yang masih tiada keputusan/kelulusan adalah menjadi satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM500,000.00 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi satu tahun.

“Kita sebagai rakyat, menyokong ketegasan kerajaan negeri menerusi Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang bertindak mengambil alih tanaman durian dan buah-buahan yang diusahakan secara haram di sekitar Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub mulai 24 Ogos lalu.

“Bukan soal ia bangsa mata sepet, tetapi kalau betul perlukan tanah buatlah dengan cara yang betul, bukan tanam durian secara haram, tak perlu bayar cukai tanah, jual pula Musang King dengan harga seketul emas,” katanya kepada Ismaweb.net.

Ustaz Norman berkata, lebih menyedihkan apabila pihak bertanggungjawab bertindak, para peneroka haram dan pembela mereka memberikan bermacam-macam alasan dan memohon belas kasihan sehingga tidak segan silu meminta ihsan Yang di-Pertuan Agong.

“Sedangkan mereka tak pernah pun nak dengar titah Tuanku. Dalam bab penggunaan tulisan Jawi contohnya, sehingga sanggup bersusah payah ke mahkamah untuk memfailkan bantahan terhadap titah Tuanku. Sungguh tiada maruah perbuatan sebegini.

“Apa yang dipersoalkan dalam hal ini ialah bagaimana para pekebun durian ini dengan berani dan yakin mengusahakan penanaman durian Musang King secara senyap-senyap sehingga lebih 20 tahun tanpa mendapat teguran dari mana-mana pihak.

“Mungkinkah ada pihak-pihak tertentu yang memberi jaminan kepada tindakan mereka. Mungkin juga mereka menggunakan ‘taktik-taktik kotor’ untuk mendiamkan pihak-pihak yang bertanggungjawab sekian lama sehinggalah perkara ini terbongkar akhir-akhir ini,” dakwanya.

Beliau menegaskan apa pun alasannya, ada banyak perkara yang tidak kena sehingga perbuatan menceroboh tanah kerajaan semakin menjadi-jadi.

“Hari ini, rakyat sudah celik. Nampak kejelekan di sana sini. Sudah serik kena tipu. Sudah insaf. Sudah ingin membetulkan di mana silap. Sudah pandai menilai yang mana intan yang mana kaca. Yang mana benar yang mana temberang.

“Rakyat hari ini pun sudah pandai mengkritik pemimpin dan pihak berkuasa. Pesan saya kepada para pemimpin dan pihak berkuasa, hisablah dirimu sebelum kamu dihisab oleh Tuhan,” katanya.

PEMBERITAHUAN:

  LIHAT BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT '

Ahli politik Melayu jujur perjuangan agama perlu selamatkan negara

Siti Hafidah

 

Negara masih dibelenggu rasuah, kerosakan sistem, bankrap idea, masalah integriti, cacamarba politik dan ekonomi tak menentu

BANGI – Ahli politik Melayu yang beriman dan jujur dengan perjuangan agama serta bangsa, perlu tampil ke barisan hadapan bagi mengambil tanggungjawab menyelamatkan negara dari tangan pengkhianat.

Amir gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, semangat perjuangan membawa negara ke landasan yang asal berdasarkan perjuangan pejuang-pejuang terdahulu mesti disemarakkan semula.

“Kita perlu menyelamatkan negara dari kemusnahan akibat dari dasar-dasar yang salah, tingkah laku yang sumbang, pengkhianatan dan pembelotan yang telah membawa akibat buruk yang kita tanggung pada hari ini.

“Marilah kita berjanji setia memastikan bahawa masa depan kita ditentukan oleh kita sendiri. Bebaskan diri dari segala belenggu yang membatasi kehendak kita,” katanya dalam ucapan kemerdekaan yang disiarkan TV Pertiwi hari ini.

Pada ucapan berkenaan juga, pemimpin gerakan Islam itu meluahkan rasa syukur apabila negara akan menyambut kemerdekaan yang ke-63.

“Alhamdulillah sudah 63 tahun kita mencapai kemerdekaan. Umat Melayu telah melalui tempoh perjuangan yang panjang demi membina negara bangsa yang merdeka. Dunia berubah dan kita turut mengecapi perubahan kemajuan dunia.

“Namun kita tidak mampu menyembunyikan kekecewaan. Negara yang kita bina dan perjuangkan kini hampir terlepas dari tangan kita.

“Ekonomi, politik, identiti, budaya, masa depan kita hampir terlepas dari tangan kita. Kita mampu menjerit dan meraung tetapi tidak banyak yang kita mampu lakukan. Kehendak kita telah terbelenggu dalam segenap segi hasil perbuatan sendiri,” katanya dipercayai merujuk kepada pemerintahan PH sebelum ini.

Ustaz Abdullah berkata, meskipun keadaan sekarang sudah kembali normal apabila negara berjaya diselamatkan setelah 22 bulan di bawah pemerintahan DAP, namun tidak ada yang pasti mengenai masa depan.

“Sistem negara masih dibelenggu rasuah, kerosakan sistem, kebankrapan idea dan nilai kemusnahan integriti, polarisasi kaum yang menajam, cacamarba politik, ketidaktentuan ekonomi dan ancaman keselamatan,” katanya.

MN perlu rampas kerusi Tg Malim

fazleensafina

 

Jika ultra kiasu menang, pasti jadi 'king maker' hingga PN terpaksa tunduk

BANGI – Kemenangan besar UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim adalah petanda parti itu perlu mengambil kembali kerusi Tanjung Malim dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, gabungan Muafakat Nasional (MN) – UMNO dan PAS perlu merampas kerusi Parlimen berkenaan daripada MCA.

“Percayalah, hasil kejayaan MN ini, jika terus diberikan kerusi tradisi ini (lebih kurang 15 kerusi Parlimen majoriti Melayu) kepada ultra kiasu MCA, tidak mustahil (pasti) mereka akan menang.

“Jika menang, pasti ultra kiasu pula yang akan menjadi ‘king maker’ sehingga PN (Perikatan Nasional) terpaksa tunduk kepada ultra kiasu ini.

“Akhirnya nanti, kita akan melihat lambakan tanah ‘Musang King’ yang haram akan dihalalkan, lambakan sekolah vernakulat akan didirikan, banyak lagi UEC ( Sijil Peperiksaan Bersepadu) akan diiktiraf dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Pada masa sama, beliau menyarankan MN untuk tidak meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada ultra kiasu meskipun berada dalam satu gabungan parti.

“Selagi mereka ini tidak kurangkan sifat ultra kiasu, selagi itu mereka tidak boleh dipercayai,” katanya.

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dengan majoriti 10,945 undi.

Calonnya, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz, 43, menang selepas memperoleh 13,060 undi, manakala pencabarnya dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, meraih 2,115 undi dan bekas guru S. Santharasekaran, 44, memperoleh 276 undi.

Mengulas lanjut, Prof Ridhuan Tee menolak jangkaan kaum Cina akan beralih menyokong dan mengundi MN atau PN, seperti yang akan didakwa MCA pada masa akan datang.

Beliau percaya, parti ultra kiasu akan terus mengatakan bahawa undi Cina telah beralih kepada MN atau PN.

“Ia kononnya bagi membolehkan ‘kerusi tradisi’ yang dimenangi di kawasan majoriti Melayu, seperti Slim dan Tanjung Malim akan terus dikekalkan kepada parti ultra kiasu berkenaan, meskipun mereka kalah pada PRU14.

“Jika ada undi Cina yang menyumbang kepada kejayaan calon UMNO (MN) dalam PRK Slim, ini kerana mereka ‘meluat’ kepada calon Melayu PH (Pakatan Harapan) iaitu Pejuang, tetapi bukan kepada calon ultra kiasu sebangsa dengannya,” katanya.

Sekilas fakta PRK Slim #InilahMuafakat


1. BN menang dengan jumlah undi 13,007 – lebih besar daripada gabungan undi BN dan PAS pada PRU14

2. Dari segi peratus, BN berjaya menguasai 84.37% undi dalam PRK kali ini. Pada PRU14, peratusan undi bagi gabungan BN dan PAS adalah 67%.

3. BN menang di kesemua 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM)

4. BN berjaya memenangi 61.28% undi di PDM Sungai Slim Utara. PDM ini amat signifikan kerana lebih 60% pengundinya adalah daripada kaum Cina. Pada PRU14, BN hanya berjaya memenangi 17.9% undi di PDM ini

5. Bagi PDM Ladang Sungkai yang memiliki 83.56% pengundi India, BN berjaya memperoleh 68.3% undi. Peratusan ini jauh lebih tinggi berbanding gabungan peratusan yang diperoleh PAS dan UMNO pada PRU14 iaitu sebanyak 29.7%

6. Ini bermakna bukan sahaja Melayu, tetapi rakyat seluruh kaum telah meninggalkan pembangkang – memberi bayangan bahawa rakyat tidak percaya bahawa Muafakat Nasional bersifat perkauman

7. PH berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa kalah ketika menjadi pembangkang kerana tidak bertanding.

#InilahMuafakat

#Sumber :  pakdin.my  

MR :   Hakikatnya PH sudah basi dlmminda rakyat Malaysia

Dr M 'hilang pengaruh, tak lagi relevan' kata Penganalisis

 


Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib hari ini dipetik Bernama berkata Dr Mahathir Mohamad kini sudah tidak lagi relevan dan berpengaruh.

Ini selepas BN mengekalkan kerusi DUN Slim menerusinya calonnya Mohd Zaidi Aziz yang memperoleh 13,060 undi.

"Saya rasa ini adalah penolakan menyeluruh kepada Dr Mahathir setelah beliau bersama PH suatu ketika dulu telah gagal membuktikan pada rakyat janji mereka (kerajaan) dan bertambah rumit dengan ahli parlimen PH rata-rata tiada pengalaman mentadbir," kata Kartini.

Zaidi menang dengan majoriti 10,945 undi apabila meraih 13,060 undi, berbanding Amir yang mendapat 2,115 undi dan Santharasekaran dengan 276 undi.

Bagaimanapun, Amir berjaya mendapat sejumlah 13.6 peratus undi, menandakan dia tidak hilang deposit.

Selain itu, Kartini (gambar, bawah) berkata keputusan PRK itu juga jelas membuktikan bahawa Slim ternyata sukar untuk dirampas oleh mana-mana parti selain BN.

Sementara itu, Bernama juga melaporkan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Shukri Shuib berkata rakyat dapat menilai calon BN yang menjadi sebahagian daripada kerajaan PN mampu mampu menjaga 'periuk nasi' mereka.

Ini jelasnya, lebih-lebih lagi ketika negara dan dunia berdepan dengan kesan penularan wabak Covid-19.

"Undi popular yang tinggi kepada calon BN itu menunjukkan restu rakyat kepada kerajaan dan dasar-dasar yang sedang dijalankan termasuklah keprihatinan terhadap 'dapur rakyat', 'periuk nasi' rakyat kesan daripada Covid-19 ini.

"Dengan pelbagai dasar popular Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, maka jentera BN, PAS mahupun Bersatu tidak sukar untuk berkempen seterusnya memberikan kemenangan kepada calon mereka lebih-lebih lagi DUN Slim merupakan kubu kuat Umno," katanya, lapor Bernama.

PRK Slim berlangsung susulan penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia pada 15 Julai lalu.

Sejumlah 15,451 atau 68.40 peratus daripada 23,094 pengundi keluar memilih pada pilihan raya kecil ini, iaitu PRK ke-12 selepas PRU14.

 MR :    Sudah sampai masa Atok duduk rumah dan mengurus keluarga

Gesaan Ku Li supaya ahli Umno tarik diri daripada Kabinet tiada sambutan, kata penganalisis

Tengku Razaleigh Hamzah menggesa pemimpin Umno supaya 
menarik diri daripada Kabinet Perikatan Nasional.

PETALING JAYA: Dua penganalisis politik berkata, mereka tidak menjangka menteri Umno dalam pentadbiran Perikatan nasional (PN) akan menerima gesaan pemimpin veteran parti itu Tengku Razaleigh Hamzah supaya menarik diri daripada Kabinet dan kerajaan.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, “sehingga matahari turun di sebelah timur dan naik dari sebelah barat” mereka tidak akan menarik diri.

Sementara itu Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya pula berkata, menteri Umno hanya akan menuruti gesaan itu sekiranya terdapat tekanan daripada Majlis Tertinggi parti itu.

Awang Azman berkata, sesetengah pemimpin Umno kelihatan selesa bersikap pro-PPBM dan juga pro-Umno bagi melindungi kuasa dan kedudukan masing-masing.

“Sukar bagi mereka untuk menerima gesaan Razaleigh kerana mereka selesa dengan kedudukan dan kuasa yang diperolehi sebagai sebahagian daripada Kabinet PN. Misalnya (Menteri Wilayah Persekutuan) Annuar Musa sudah pasti akan mempertahankan PPBM, tetapi mungkin berubah pendirian sekiranya ditekan oleh akar umbi Umno,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Razaleigh merupakan isyarat kepada Umno supaya tidak menerima PPBM ke dalam Muafakat Nasional (MN), dengan menambah bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi perlu bertindak segera dan tuntas bagi mengelakkan tindak balas buruk daripada akar umbi parti itu.

Katanya, bantahan terhadap penyertaan PPBM disebabkan MN merupakan kerjasama antara parti orang Melayu-Islam, sedangkan PPBM membuka pintunya kepada bukan Bumiputera.

Pada Jumaat, Razaleigh atau Ku Li berkata, pemimpin Umno harus menarik diri daripada kerajaan berikutan keputusan PPBM untuk menerima orang bukan Melayu sebagai ahlinya.

Beliau berkata, langkah itu menghilangkan kelayakan PPBM untuk menyertai MN, selain menambah bahawa Umno tidak pernah menyertai PN, tetapi hanya menyokongnya bagi membentuk kerajaan atas kepentingan negara dan kestabilan politik.

Oh berkata, pemimpin Umno dalam Kabinet boleh menggunakan gesaan Razaleigh itu sebagai alasan untuk menyingkirkan PPBM, malah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dari Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, ia tidak sukar memandangkan bilangan kerusi yang dikuasai PPBM sedikit, selain kedudukan Muhyiddin yang tidak kukuh kerana berdepan tekanan daripada kedua-dua belah pihak.

“Oleh sebab itu beliau berusaha membuka ruang politik baru untuk PPBM dengan menerima ahli bukan Bumiputera. Langkah itu sudah pasti akan memperkuatkan kedudukan Mohamed Azmin Ali dalam parti, tetapi itu cerita lain,” katanya.

Oh berkata, Muhyiddin akan berusaha menarik lebih ramai ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) ke kem beliau dengan membuka PPBM ke kaum lain, sekali gus memposisikan parti itu sebagai parti berbilang kaum.

Awang Azman berkata, cadangan itu tidak akan menarik kelompok bukan Bumiputera, sebaliknya PPBM berdepan risiko hilang sokongan akar umbi yang menyertainya sejak awal.

“Tiada jaminan komuniti bukan Bumiputera akan menyokong, apatah lagi menyertai PPBM. Kekecualiannya ialah ahli politik yang ‘terperangkap’, misalnya pemimpin PKR yang keluar parti.

“Muhyiddin ada 2 pilihan, mengalah kepada Umno atau kembali bersama PH. Beliau perlu menimbangkan untuk memulangkan kerajaan kepada PH seperti mandat asal atau membubarkan Parlimen.

“Tidak mudah untuk menyelesaikan keadan ini melalui akuan bersumpah kerana ia bukan mandat pengundi,” katanya.

Oh berkata, kenyataan Razaleigh tidak mempunyai kesan besar kerana pemimpin veteran itu tidak lagi mendapat sokongan atau mempunyai pengaruh seperti dinikmatinya pada tahun 1980an dan 1990an.

Katanya, Razaleigh tidak dibimbangi oleh Zahid, yang lebih perlu berwaspada terhadap kumpulan lain dalam Umno yang diketuai oleh timbalan beliau, Mohamad Hasan, malah bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

“Saya fikir cabaran yang dihadapi oleh Zahid tidak datang daripada Ku Li. Beliau kini berusia lewat 80an, selain tidak seperti Mahathir. Cabaran terhadap Zahid datangnya daripada kumpulan lain.