HALAMAN SANTAI

Isnin, 31 Januari 2022

Najib bohong lagi


Bekas Presiden UMNO – parti yang dicop sebagai ‘parti berimej rasuah’ oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad – berbohong mengenai surat jemputan kepada Bersatu untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).

Dalam hantaran di Facebooknya semalam Najib Razak berbohong mengatakan surat jemputan itu ditandatangani pada akhir Ogos 2020, sebaliknya surat itu ditandatangani pada 13 Ogos 2020.

“Ada yang masih menggunakan alasan bahawa UMNO pernah bersetuju untuk mengajak PPBM menyertai Muafakat Nasional lalu kami memungkiri janji sebagai propaganda bahawa UMNO yang tidak jujur.

“Ya, surat jemputan kepada PPBM pernah ditandatangan pada akhir bulan Ogos 2020 tetapi tak sampai 3 minggu kemudian, PN meletakkan calon untuk melawan BN di 17 kerusi DUN dalam PRN Sabah.

“PN juga meletakkan calon bebas di 6 kawasan DUN yang ditanding BN untuk memecah undi kita,” katanya menjelaskan UMNO berasa dikhianati apabila Perikatan Nasional (PN) meletak calon di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

PRN Sabah diadakan pada 26 September 2020 ketika Malaysia di bawah pentadbiran Kerajaan PN diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Logiknya sebagai parti yang memerintah negara, PN layak untuk meletakkan calon di lebih banyak kerusi untuk menghadapi pembangkang, berbanding parti lain, termasuk UMNO yang menjadi parti yang menyokong PN.

Seperti pilihan raya yang lain sebelum ini, UMNO ketika menjadi kerajaan yang memerintah Malaysia, memonopoli semua kerusi yang dipertandingkan.

Malah, dalam PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi, UMNO juga hanya menawarkan empat kerusi untuk ditandingi PAS, sekali gus menunjukkan parti itu mahu memonopoli keputusan pilihan raya.

“Jadi, adakah kamu masih mahu gunakan propaganda bahawa UMNO yang mungkir janji dan khianat MN serta PAS sebab tidak teruskan untuk mengajak PPBM sertai MN setelah kita sedar kita telah dikhianat oleh puak yang tidak jujur?,” soal Najib yang disifatkan penyamun oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mencuri wang kerajaan.

Bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 setelah didapati bersalah dalam kes SRC International.

Semua rahsia dan penyelewengan dilakukan pemimpin UMNO, terbongkar setelah BN, khususnya ‘parti berimej rasuah’ itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Puluhan pertuduhan jenayah terhadap pemimpin UMNO menunjukkan rupa-rupanya itulah kerja mereka apabila beria-ia untuk menang pilihan raya – dapat mengumpul berjuta-juta ringgit dan mampu pula menyembunyikan rahsia penyelewengan yang dilakukan.

Umno ‘itik patah kaki’, Pas ‘sakit mental’ – Ibrahim Ali

MALAYSIA POST

Umno ‘itik patah kaki’, Pas ‘sakit mental’ – Ibrahim Ali

PRESIDEN Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali, menyifatkan perumpamaan yang diberikan kepada Umno iaitu ‘itik patah kaki’ adalah benar kerana parti itu sedang mengalami pelbagai masalah.

Menurutnya, Umno mengalami masalah sejak Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan pemimpin-pemimpinnya di dakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

“Ini hakikatnya. Maka hendak disebut ibarat itik patah kaki atau apa saja ungkapan semuanya sesuai kerana Umno memang bermasalah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kelmarin yang mengumpamakan Umno seperti ‘itik patah kaki’.

Abdul Hadi dilaporkan mendakwa Umno diselamatkan Pas selepas pilihan raya umum lalu melalui Muafakat Nasional (MN), namun mahu tinggalkan Pas selepas ‘sembuh’ dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak bermaruah dan tidak betul.

Ibrahim mendakwa, Pas juga mempunyai masalah dengan kepimpinannya dan secara berterusan menggunakan Islam sebagai modal politik.

“Sudah lama Pas dilabel sebagai parti ajaran sesat. Ini kerana Islam diperalatkan mengikut keadaan semasa demi kepentingan pemimpin dan politik Pas.

“Semua pihak ingat darah orang Umno halal, Umno kafir kerana mengekalkan undang-undang kafir, sembelihan orang Umno haram dimakan dan berkahwin dinikahkan imam Umno tidak sah.

“Ada yang menuduh Umno ibarat tahi dan Pas ibarat pengat pisang. Mana boleh tahi dan pengat pisang dicampur sekali. Tapi akhirnya bercampur. Oleh kerana beza sangat pengat dan tahi, sebab itu tidak boleh bersama.Baunya semacam,” katanya.

Beliau berpendapat, Umno yang bermasalah ketika ini boleh ‘dirawat’ namun perlu mencari punca sebenar masalah berkenaan serta mengikut nasihat pihak yang layak.

“Pas pula benar sakit mental sudah lama. Ambil contoh paling senang Pas kata (fatwa Pas) haram pilih orang kafir jadi pemimpin, kemudian Pas juga kata boleh pilih orang kafir jadi pemimpin (fatwa Pas).

“Pas kata DAP jahat. Kemudian Pas kata Umno lebih jahat dari DAP. Dulu bersama DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) berpeluklah Abdul Hadi dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

“Bantai Umno. Kemudian Pas bersama Umno pula dalam Muafakat Nasional (MN). Kemudian tinggal MN, masuk Perikatan Nasional (PN pula). Tidakkah pelik dan memeningkan. Pelik dan benar. Maka tidakkah ini sakit mental atau sakit gila,” katanya.

Ibrahim berpendapat, inilah senario politik di Malaysia dimana orang-orang politik termasuk yang bergelar alim ulama sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat dengan menghalalkan cara.

“Rakyat keliru sehingga menjulang jenis kaca dan melupakan permata. Yang diagungkan pemimpin hipokrit dan pemimpin munafik .Yang ikhlas, jujur, bersih dan berintegriti di anggap sampah.Walahualam,” katanya. – Malaysiapost

DISYORKAN UNTUK ANDA:

  BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT   

PRN Johor: Tindakan Mohd Izhar keluar Bersatu dipengaruhi pihak lain - Mohd Solihan

Firdaus Azil
PRN Johor: Tindakan Mohd Izhar keluar Bersatu dipengaruhi pihak lain - Mohd Solihan
Mohd Solihan Badri (gambar) mendakwa, tindakan Mohd Izhar keluar Bersatu tidak memberi kesan melainkan ia sekadar memenuhi kehendak pihak yang mempengaruhinya berbuat demikian, untuk melemahkan parti tersebut. - Gambar Facebook
 
JOHOR BAHRU: Ada pihak-pihak tertentu yang cuba menyediakan naratif berhubung tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad keluar parti, dakwa Ketua Penerangan Perikatan Nasional Johor, Mohd Solihan Badri.
 
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, yang juga bekas ADUN Tenang itu berkata, naratif itu disediakan parti politik tertentu, untuk menjejaskan kewibawaan serta imej Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
 
Bagaimanapun, kata Mohd Solihan lagi, tindakan Mohd Izhar tidak memberi kesan kepada Bersatu, melainkan ia sekadar memenuhi kehendak pihak yang mempengaruhinya berbuat demikian, untuk melemahkan parti tersebut. 
 
“Bersatu Johor juga menyifatkan alasan Mohd Izhar keluar parti selepas mendakwa hilang kepercayaan kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga tidak berasas, sebaliknya kerana beliau menganggap Perikatan Nasional akan tewas dalam PRN Johor, sekali gus kehilangan jawatan Exco dan lantikan ahli Lembaga pengarah syarikat kerajaan negeri.
 
“Justeru, Mohd Izhar beranggapan dengan keluar Bersatu, peluang untuk menyertai parti tertentu dan kekal menjadi Exco adalah terbuka, walaupun mendakwa tidak mahu mempertahankan kerusi DUN Larkin mahupun bertanding di mana-mana DUN lain pada PRN Johor kali ini,” katanya lagi.
 
Pada Sabtu, Mohd Izhar mengumumkan keputusannya meninggalkan Bersatu atas alasan hilang kepercayaan kepada Presiden parti.
 
Mohd Izhar mendakwa, Muhyiddin tidak berusaha untuk memulihkan perpecahan Bersatu selepas berpisah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Serentak keputusan itu, Mohd Izhar menyeru kepada pengundi Johor untuk memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) Johor pimpinan Datuk Hasni Mohammad.
 
Mengulas lanjut, Mohd Solihan berkata, tindakan dan maksud semua alasan yang didakwa ADUN Larkin itu tidak dapat difahami.
 
Apatah lagi beliau merupakan seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri yang boleh menegur dan memperbaiki keadaan, jika benar Bersatu didakwa hilang hala tuju serta gagal meneruskan agendanya.
 
Malah, kata Mohd Solihan lagi, lebih mengelirukan apabila Mohd Izhar mendakwa prestasinya sebagai wakil rakyat dan Exco yang berkhidmat dalam Kerajaan Negeri, berjaya melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI), sedangkan beliau adalah wakil Bersatu, iaitu parti yang didakwa hilang arah dan gagal.
 
“Beliau juga silap besar apabila mendakwa Muhyiddin gagal selepas berpisah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar Bersatu dan menubuhkan parti Pejuang.
 
“Ini kerana Ahli Parlimen Pagoh itu telah dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan dan melaksanakan pelbagai tindakan untuk kesejahteraan rakyat termasuk melaksanakan inisiatif membendung pandemik COVID-19.
 
“Selain itu Tan Sri juga menjayakan Pelan Pemulihan Negara selain menyalurkan pelbagai bantuan rakyat dan komuniti perniagaan yang rentan, serta menghapuskan hutang peneroka Felda dan menyusun semula Tabung Gaji,” kata Mohd Solihan lagi.

Hubungan UMNO-Bersatu: Amaran awal sudah saya berikan - Tun M

Abd Hadi Che Awang
Hubungan UMNO-Bersatu: Amaran awal sudah saya berikan - Tun M
Dr Mahathir ketika mengadakan sesi 'walkabout' di Pantai Chenang, Langkawi pada Selasa. -Astro AWANI
 
LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau telah memberikan amaran awal kepada kepimpinan parti itu mengenai kesan kerjasama dengan UMNO sebelum ini.
 
Jelasnya, adalah tidak mudah bagi Bersatu sebagai sebuah parti baharu menjalinkan hubungan dengan sebuah parti yang kuat dan telah lama bertapak di negara ini.

Namun, menurut beliau, perkara berkenaan tidak diambil peduli dengan kebanyakan pemimpin di dalam Bersatu menyatakan mampu menangani sebarang masalah berbangkit susulan kerjasama tersebut.

 Dalam pada itu, Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau turut ditawarkan untuk mengetuai gabungan baharu berkenaan namun terpaksa menolak atas prinsipnya yang tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana individu yang dihadapkan ke mahkamah.

"Waktu itu (sekitar penghujung Februari 2020), ada juga cadangan hendak lantik saya jadi Perdana Menteri dalam gabungan baharu.
 
"Saya kata tidak boleh hendak bekerjasama dengan orang yang dihadapkan ke mahkamah, dan saya bagi amaran bukan senang bagi Bersatu hendak bekerjasama dengan UMNO.
 
"UMNO lebih kuat dari Bersatu dan Bersatu parti baharu, jadi mereka kata boleh tangani masalah.
"Sekarang ini kita lihat, UMNO tidak mahu Bersatu, dan dia pun ada masalah dengan parti lain. Parti PAS juga ada masalah," kata Dr Mahathir.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan sesi 'walkabout' di Pantai Chenang, Langkawi pada Selasa.
 
Terdahulu, usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipersetujui sebulat suara perwakilan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir pada Ahad.
 
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media selepas menggulung perbahasan, berkata perhimpunan kali ini turut meluluskan usul Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) seramai 42 orang tidak akan bersama kerajaan PN apabila Parlimen dibubarkan.

PRN Johor: Rancang strategi ampuh bagi halang kerakusan, tamak kuasa UMNO - Pemimpin Bersatu

Ridauddin Daud
PRN Johor: Rancang strategi ampuh bagi halang kerakusan, tamak kuasa UMNO - Pemimpin Bersatu
Semua ketua penerangan yang mengeluarkan kenyataan itu adalah dari Bahagian Pagoh, Ledang, Labis, Muar, Bakri, Batu Pahat, Sembrong, Segamat, Sri Gading dan Air Hitam. - Gambar hiasan
 
KUALA LUMPUR: Seramai 10 ketua penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian di Johor tampil menyokong penuh Resolusi Muzakarah Pas - Bersatu untuk bertanding atas nama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
 
Mereka juga sebulat suara mencadangkan semua parti politik di Johor merangka strategi ampuh bagi menggagalkan 'muslihat' UMNO dan Barisan Nasional (BN).
 
Dakwa mereka, gabungan itu dilihat semakin rakus, tamak kuasa dan gelojoh ingin mengadakan pilihan raya tanpa mengambil kira kesukaran dialami rakyat yang ketika ini masih berhadapan ancaman COVID-19.

Dalam kenyataan bersama pada Ahad, semua mereka turut mengutuk tindakan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang keluar parti baru-baru ini.
 
“Tindakan mereka ini sudah dijangka, serta tidak menjejaskan perpaduan Bersatu Johor dan ukhuwah Perikatan Nasional,” menurut kenyataan tersebut.
 
Semua ketua penerangan yang mengeluarkan kenyataan itu adalah dari Bersatu Bahagian Pagoh, Ledang, Labis, Muar, Bakri, Batu Pahat, Sembrong, Segamat, Sri Gading dan Air Hitam.
 
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keputusannya meninggalkan Bersatu atas alasan hilang kepercayaan kepada presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Keputusan itu hadir dua hari selepas Ketua Bahagian Bersatu Tebrau, Mazlan Bujang melakukan tindakan sama dengan meninggalkan parti.

Tindakan itu mendapat respons Muhyiddin yang menegaskan tindakan Mazlan itu tidak menjejaskan Bersatu dalam menghadapi PRN Johor.
 
Terdahulu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad tidak mahu kerajaan negeri terus bergerak atas ihsan pembangkang seperti yang terjadi ketika ini.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu berkata sebagai contoh, beberapa rundingan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dapat berjalan kerana majoriti tipis satu kerusi, selain faktor Speaker daripada parti lawan.

PRN Johor: AMK mahu enam kerusi, sedia bertanding di tempat sukar - Akmal Nasir

Firdaus Azil
PRN Johor: AMK mahu enam kerusi, sedia bertanding di tempat sukar - Akmal Nasir
Akmal Nasir (kanan) berkata, AMK sedia bertanding di tempat yang sukar, namun, mengharapkan agar diberikan kawasan yang mempunyai peluang kemenangan yang tinggi bagi mewujudkan keseimbangan politik di negeri ini. - Gambar Astro AWANI
 
JOHOR BAHRU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) berharap agar pucuk pimpinan parti dapat meletakkan enam calon dalam kalangan mereka untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
 
Ketuanya, Akmal Nasir berkata, jumlah itu bersamaan dengan 30 peratus daripada keseluruhan 20 kerusi yang diperuntukan untuk Keadilan.
 
Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu, AMK sedia bertanding di tempat yang sukar, namun, mengharapkan agar diberikan kawasan yang mempunyai peluang kemenangan yang tinggi bagi mewujudkan keseimbangan politik di negeri ini. 
 
“Kami telah mengenal pasti kerusi yang wajar diletakkan calon anak muda, tapi bagi kami, ruang itu elok dibincangkan, anak muda bersedia bertanding di kerusi agak sukar, bukan tradisinya.
 
“Tapi pada masa sama, niat kita bukan hanya sekadar bertanding, we want to fight in this election. Jadi ada keseimbangan, kawasan, kedudukan, supaya anak muda ini diberikan peranan, bukan sekadar jadi calon, tapi berpotensi jadi wakil rakyat,” katanya lagi.
 
Beliau berkata demikian selepas selesai mempengerusikan mesyuarat bersama AMK Johor dalam persiapan menghadapi PRN kali ini.
 
Baru-baru ini, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata, Pakatan Harapan (PH) telah memperuntukan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing untuk Keadilan dan Amanah, manakala 16 lagi untuk DAP.
 
Sekiranya rundingan antara PH dan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjalan lancar, difahamkan pemberian kerusi akan mengikut keputusan rundingan antara Muda dan parti komponen.
 
Mengulas mengenai pertindihan kerusi antara komponen, Akmal berkata, apa yang penting ialah keputusan dibuat lebih awal, bagi memberi ruang masa untuk rundingan diteruskan.
 
“Satu pengajaran kita buat keputusan jauh lebih awal, sebarang dispute (pertikaian) dapat diselesaikan… dapat diatasi dengan lebih awal.
 
“Bagi saya, Johor punya persiapan untuk pilihan raya, jauh lebih baik dari segi komitmen untuk bergerak lebih awal. Bila kami bermesyuarat, kita lihat bagaimana peluang dapat dimanfaatkan anak muda,” katanya lagi.

PRN Johor: Shahrir tidak mahu berselindung di sebalik kedudukan politik

Sinar Harian
PRN Johor: Shahrir tidak mahu berselindung di sebalik kedudukan politik
Shahrir menyifatkan kes mahkamah terhadap dirinya adalah keputusan politik dan pendakwaan selektif. - Gambar fail/ Astro AWANI
 
SHAH ALAM : Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menjelaskan alasan beliau tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
 
Beliau menjelaskan tidak mahu berselindung di sebalik kedudukan politik susulan sedang menghadapi kes Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tuduhan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).
 
"Paling utama ialah kerana saya sedang menghadapi pendakwaan dalam mahkamah. 
 
"Lagipun, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), memang saya berhajat untuk memberi laluan kepada calon baharu dalam kalangan bakat baharu.
 
"Dalam kedudukan saya menghadapi kes LHDN atau SPRM dengan tuduhan AMLA iaitu pengubahan wang haram, saya rasa lagi tidak wajar saya mewakili parti sebagai calon mahupun di PRN atau PRU," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
 
Beliau turut menjelaskan, keadaan itu tidak sama seperti ahli politik lain yang tetap mahu bertanding walaupun berhadapan tuduhan jenayah pecah amanah.
 
"Ada yang kata, kan (Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia) Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) pun sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah pecah amanah tapi dia macam beria-ria nak bertanding di PRN Johor.
 
"Jawab saya, masing-masing kita ada prinsip tersendiri," katanya.
 
Shahrir turut mendakwa, walaupun pendakwaan terhadap dirinya adalah keputusan politik dan selektif tetapi beliau tidak mahu berlindung di sebalik kedudukan politik.
 
"Saya pun bukan macam Mas Ermieyati atau Mustapha Mohamed yang melompat parti untuk menyelamatkan diri daripada pendakwaan.
 
"Jawatan dalam parti adalah bersikap sukarela dan pilihan ahli-ahli tapi jawatan wakil rakyat adalah dalam institusi politik tertinggi negeri dan negara.
 
"Kalau didakwa semasa memegang jawatan wakil rakyat, saya akan pegang jawatan itu sehingga habis tempoh dewan dan tidak akan bertanding semula.
 
"Kalau letak jawatan semata-mata kerana didakwa, habis pula kelayakan selama lima tahun. Mudahkan kalau jelas prinsip yang dipegang," katanya.

Pengkhianatan Azmin semakin ditolak rakyat

MALAYSIA POST
Pengkhianatan Azmin semakin ditolak rakyat

PERIKATAN Nasional (PN) dilihat semakin ditinggalkan oleh rakyat dan rakan-rakan sekutunya selepas beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijalankan.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman, mendakwa gabungan berkenaan ditolak kerana amalan politik khianat berleluasa dalam PN.

Menurutnya, keadaan itu membuatkan apa yang diperkatakan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap Pakatan Harapan (PH) kelihatan begitu canggung kerana dalaman PN itu sendiri kini berkecamuk dan hampir berpecah belah.

“Secara jelas Umno yang merupakan rakan sekutu rapat PN mula menolak gabungan itu kerana amalan politik khianat berleluasa dalam PN.

“Azmin semakin tidak dipercayai oleh rakan-rakan sekutunya kerana beliau sendiri mempunyai rekod pengkhianatan terhadap rakan sepasukan.

“Selepas PRN Melaka, Sarawak dan kini Johor, PN semakin ditinggalkan oleh rakyat dan rakan-rakan sekutu mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syed Badli Shah turut menjangkakan masa depan politik Azmin semakin kabur dan PN bakal terkubur dalam sedikit masa lagi.

“Justeru itu saya ingin menasihatkan Azmin agar berhati-hati dalam berbicara kerana kisah pengkhianatannya akan sentiasa dikenang sepanjang hayat,” katanya. – Malaysiapost

Semangat kekitaan, kebersamaan harus terus disemarakkan – Anwar Ibrahim

MALAYSIA POST

Semangat kekitaan, kebersamaan harus terus disemarakkan – Anwar Ibrahim

RAKYAT Malaysia diseru supaya terus menyemarakkan semangat kekitaan serta kebersamaan antara kaum yang diamalkan selama ini sempena sambutan Tahun Baru Cina, 2022.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata rakyat perlu elak daripada terus dibuai serta terperangkap dalam naratif yang memecah belah kerana yang akan menanggung kesan adalah rakyat, bukan penguasa.

“Teman-teman kita dari kaum Cina akan meraikan hari besar lagi bermakna yakni Tahun Baru Cina yang akan jatuh pada hari esok tanggal 1 Februari.

“Mengikut tradisi astrologi Cina, tahun ini adalah tahun harimau yang membawa maksud berani, amanah serta pemurah,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina yang dikongsikan di Facebooknya, hari ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, perayaan-perayaan besar ini adalah kesempatan bagi semua untuk belajar dan saling kenal antara satu dengan yang lain.

“Elemen kerukunan dan toleransi adalah pengikat yang nyata dalam membawa negara ini ke depan.

“Lantaran itu, semangat kekitaan serta kebersamaan antara kaum mesti terus disemarakkan. Jangan lagi kita dibuai dan terperangkap dalam naratif yang memecah belah kerana yang akan menanggung kesan adalah rakyat, bukan penguasa.

“Sifat amanah juga penting tatkala kita membicarakan soal rasuah dan kebejatan di negara ini hari ini,” katanya.

Beliau berkata, mana mungkin negara ini melonjak sekiranya aspek menjunjung tatakelola yang baik masih dipandang ringan dan memerangi rasuah bukan hanya dengan slogan dan retorik, tapi mesti dengan sikap dan perbuatan.

“Semoga tahun harimau ini membawa kebaikan serta anjakan baharu kepada negara. Dan semoga ekonomi kita kembali bangkit dan mengaum.

“Mewakili keluarga majmuk PKR, saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2022 kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia,” ucapnya. – Malaysiapost.

Henti abai masyarakat Cina – Guan Eng

MALAYSIA POST

Henti abai masyarakat Cina – Guan Eng

DAP berharap kerajaan persekutuan akan berhenti mengabai dan tidak memperdulikan aspirasi masyarakat Cina negara ini, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu, berkata sebagai penyumbang besar kepada pendapatan negara, masyarakat Cina mahukan kerajaan untuk menghormati kemajmukan, memberi ganjaran untuk kerajinan dan berlaku adil.

Menurutnya, perkara itu mesti dilakukan dengan memastikan sekolah serta orang miskin dibantu tanpa kira kaum dan agama.

Beliau mendakwa, dua tahun kebelakangan ini merupakan masa yang amat mencabarkan kerana kegagalan kerajaan bertindak balas terhadap bencana banjir dan pandemik Covid-19.

Katanya, selain itu kerajaan juga dilihat gagal dengan pelaksanaan ‘total lockdown’ bersiri, ketidakmampuan memulihkan ekonomi dari kemelesetan, inflasi dan kenaikan harga makanan, tarif elektrik yang lebih tinggi untuk sektor perniagaan.

“Kegagalan kerajaan memberi kesan yang amat besar, iaitu hampir 32,000 nyawa terkorban kerana Covid-19, kes jangkitan mencecah 2.9 juta dan kerugian ekonomi sebanyak RM500 bilion.

“Manakala dalam bencana banjir baru-baru ini, 55 nyawa telah terkorban dan berbillion-bilion ringgit telah hilang,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022, yang dikongsikan di Facebooknya, hari ini.

Guan Eng berkata, walaupun tanpa kepimpinan kerajaan dan dalam keadaan urus tadbir yang lemah, DAP mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mampu bergembleng tenaga sebagai sebuah bangsa Malaysia.

Menurutnya, rakyat Malaysia mampu menjaga diri dan memberi bantuan kepada satu sama lain bagi mengatasi musibah yang berlaku.

“Usaha sebegini tidak dibantu oleh mereka yang yang memainkan sentimen perkauman dan ekstremisme untuk menutup kegagalan mereka sendiri dalam pengurusan krisis.

“Tindakan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang yang sudi membantu satu sama lain telah memberi kita harapan bahawa ada masa depan untuk semua orang di negara kita.

“Daya tahan serta semangat masyarakat Cina yang telah menyumbang masa, wang ringgit dan usaha sepanjang krisis, menunjukkan patriotisme mereka dan cinta mereka kepada Malaysia serta rakyat negara ini,” katanya.

Beliau turut mengajak semua rakyat Malaysia menyambut Tahun Harimau ini dengan deraman harimau mengaum untuk tahun baru yang lebih makmur.

“Dan dipenuhi optimisme yang cermat bahawa semangat daya tahan kendiri akan memberi ganjaran kepada mereka yang rajin dan jujur.

“Semoga semua kekal sihat, cerdas dan selamat,” ucapnya. – Malaysiapost

‘Ramai kurang senang dengan MN’ – Khairuddin

MALAYSIA POST

‘Ramai kurang senang dengan MN’ – Khairuddin

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, memang ada pihak yang kurang mesra dengan penubuhan Muafakat Nasional (MN) sejak awal lagi.

Justeru, bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS itu berkata, tiada yang pelik sekiranya ada pihak kini cuba membakar ‘jambatan’ MN.

Beliau berkata, jumlah yang ‘kurang mesra’ terhadap penubuhan MN itu juga ramai membabitkan kedua-dua belah parti iaitu Umno dan PAS.

“Ada yang kurang mesra Muafakat Nasional daripada awal lagi. Kalau sekarang ada yang membakar jambatan tiada yang pelik.

“Tidak sedikit yang sebegini daripada kedua belah pihak. Namun, ia tidak menghalang untuk kita terus memperjuangkan perpaduan umat,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu berkata, sekiranya PAS dan Umno gagal untuk bersatu pada platform politik berpilihanraya namun kedua-dua parti itu perlu bertanggungjawab terhadap penyatuan ummah.

“Kita masih terus bertanggungjawab menjaga muafakat umat untuk pelbagai lagi kepentingan bersama dari sudut agama, ekonomi, sosial dan pendidikan demi kebaikan rakyat.

“Budaya Politik Matang Sejahtera masih menjadi sebahagian dasar PAS dalam membawa politik dakwah.

“Usahlah serang menyerang. Ambillah politik damai menghormati pilihan masing-masing. Teruskan berdoa yang terbaik untuk umat,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed meminta PAS berhenti memalukan diri sendiri dengan terus menagih simpati dan seperti ‘gila talak’ untuk bekerjasama dengan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Nur Jazlan berkata, perkara itu hanya menunjukkan PAS seperti terhegeh-hegeh selain menyifatkan parti itu sudah hilang arah selepas mempunyai dua ‘suami’ dalam perkahwinan berbeza.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin menyatakan masih ada masa lagi untuk parti itu dan Umno mengadakan rundingan bekerjasama pada PRN Johor. – Malaysiapost

‘Kenapa sekarang baru siasat Maszlee?’ – PKR Johor

MALAYSIA POST

‘Kenapa sekarang baru siasat Maszlee?’ – PKR Johor

PKR Johor membisas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) yang melakukan siasatan terhadap Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse, berkata siasatan SPRM tiba-tiba muncul ditengah-tengah bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, kebetulan nama bekas Menteri Pendidikan itu juga disebut-sebut kemungkinan sebagai calon Menteri Besar Johor Pakatan Harapan (PH).

“Saya telah membaca berita mengenai Dr Maszlee Malik sedang disiasat SPRM kerana terima rasuah ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan.

“Rakyat mempersoalkan, mengapa kes ini tidak timbul dahulu? Mengapa siasatan SPRM tiba-tiba muncul ditengah-tengah bahang PRN akan diadakan tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata, keadaan itu membuktikan seolah-seolah terdapat campur tangan politik yang ingin mengacau fokus PKR Johor dengan melakukan intimidasi politik ke atas Maszlee.

“Amat mengecewakan, apabila kes yang melibatkan (Tan Sri) Azam Baki sehingga kini tidak pun disiasat sebaliknya Ahli Politik daripada PH pula yang disiasat bermula dengan YB Sivarasa dan yang terbaharu Dr Maszlee Malik.

“Namun, saya memuji sikap Dr Maszlee Malik yang tenang mengalu-alukan siasatan dijalankan.

“Inilah prinsip berani kerana benar dan saya cukup yakin siasatan ini sama sekali tidak akan melunturkan semangat PKR Johor menghadapi PRN,” katanya.

Terdahulu, SPRM menerusi satu kenyataan memaklumkan terdapat aduan dibuat terhadap Maszlee.

Dua aduan diterima SPRM berhubung kesalahan rasuah dan penyelewengan dan siasatan sedang menjalankan agensi itu.

Difahamkan, siasatan yang dijalankan terhadap Maszlee itu adalah berhubung dakwaan beliau menerima sejumlah wang bagi digunakan untuk aktiviti politiknya.

Dalam pada itu, SPRM menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya pegawai suruhanjaya itu melakukan intimidasi sebagaimana didakwa Maszlee. – Malaysiapost

KWSP: ‘Hanya Umno sahaja tahu derita rakyat’ – Zahid

MALAYSIA POST

KWSP: ‘Hanya Umno sahaja tahu derita rakyat’ – Zahid

KINI hanya Umno dan rakyat sahaja yang masih bersama memperjuangkan desakan pengeluaran ‘one-off’ RM10,000 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata, rakyat kesal apabila pembangkang dalam sidang Parlimen baru-baru ini menyokong Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tidak membenarkan rakyat membuat pengeluaran berkenaan.

“Hanya tinggal rakyat dan Umno memahami betapa terdesaknya sebahagian kita mahu mendapatkan wang tersebut bagi menampung keperluan diri dan keluarga.

“Kita faham rakyat masih terus berharap agar mereka dibenarkan mengeluarkan sedikit lagi wang daripada akaun KWSP untuk digunakan pada waktu sukar ketika ini,” katanya menerusi Facebook.

Justeru, Ahmad Zahid meminta rakyat menjadikan apa yang disaksikan itu sebagai tauladan pada masa depan.

“Kini rakyat sudah tahu apa yang perlu dilakukan dalam membuat penentuan pada PRN Johor dan PRU-15.

“Bagi Umno desakan pengeluaran ‘one-off’ wang KWSP RM10,000 buat kali terakhir bukan isu politik, tetapi isu berkenaan kepentingan rakyat yang masih dalam kesusahan berdepan kesan ‘long covid’ ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan pihak yang menolak desakan itu mempunyai agenda politik, kerana bimbang kebenaran pengeluaran KWSP berkenaan memberi merit kepada Umno dan pemimpin parti.

“Nasihat saya kepada mereka tidak semua perkara perlu dilihat dalam konteks politik.

“Perkara melibatkan isu yang merakyat seharusnya didokong oleh semua. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,” katanya. – Malaysiapost

Makkal Sakti mahu tanding PRN Johor tiket BN

JOHOR BAHRU – Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) berharap Barisan Nasional (BN) mempertimbang permohonan parti itu untuk bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R S Thanenthiran berkata, perkara berkenaan telah disuarakan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia susulan sebelum ini pucuk pimpinan BN memberikan telah maklum balas positif berhubung permintaan tersebut.

“Dalam perjumpaan sebelum ini Ahmad Zahid berharap agar parti politik ‘Friends of BN’ diberi peluang untuk bertanding sama dalam PRN Johor atas kegigihan dan kesetiaan parti ini terhadap gabungan itu.

“Berapa banyak kerusi atau kerusi mana itu kita tidak tetapkan dan tiada syarat langsung.

“Apa yang kami mahu hanyalah peluang untuk sama-sama berkhidmat kepada rakyat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Beliau mendedahkan, Makkal Sakti pernah ditawar untuk bekerjasama dengan parti lain selepas gabungan tersebut mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Sebaliknya, Makkal Sakti bertegas untuk terus kekal dan setia bersama.

“Selepas BN tewas, banyak parti meninggalkan gabungan itu, sementara itu banyak juga tawaran diberitahu kepada kami, namun kami tetap setia bersama BN sama ada menang atau kalah,” katanya.

Thanenthiran menambah, Makkal Sakti sedia menggerakkan 27,000 ahlinya untuk membantu kempen bagi memberi kemenangan kepada BN dalam PRN Johor.

“Jentera kami sudah membuat persiapan untuk sama-sama berkempen dan mengajak masyarakat khususnya kaum India agar kembali memberi sokongan kepada BN,” katanya.

Tanpa Bersatu, PH akan kalah teruk dalam PRN Johor: Penganalisis


Penganalisis meramalkan Pakatan Harapan (PH) bakal kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sama seperti yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, ketika itu Bersatu belum ditubuhkan.

Menurut penganalisis politik, langkah PKR menggunakan lambang sendiri akan memberi implikasi buruk kepada gabungan pembangkang itu kerana dilihat sudah berpecah, selain ketiadaan Bersatu yang sudah keluar PH, ia bakal memberikan kesan kepada pengundi Melayu khususnya.

Lebih menarik, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim seakan tamak kuasa dan dilihat mementingkan sendiri walhal realitinya parti itu tidak pernah memenangi kerusi yang banyak di Johor sebelum ini.

Semasa PRU-13, PKR hanya menang satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor dan hanya berjaya menambah empat kerusi di Johor pada PRU-14 lalu, itu pun disebabkan kehadiran Bersatu dalam PH waktu itu.

Ketika PRU-13, PKR bertanding 12 kerusi dan menang satu, PAS pula gagal memenangi sebarang kerusi dan DAP pula memenangi empat kerusi. Untuk rekod, ketika itu gabungan pembangkang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR).

Kini, Anwar sudah mengumumkan PKR akan meletak 20 calon mereka di Johor, ia jelas memperlihatkan sikap tamak Anwar yang sudah kalah teruk dalam dua PRN sebelum ini di Melaka dan Sarawak.

Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Awang Azman Awang Pawi berkata Bersatu mungkin kehilangan sokongan pengundi Cina yang diperolehnya semasa PRU-14 namun kesan buruk kepada PH lebih besar kerana sokongan Melayu yang sebelum ini mereka dapat menerusi kerjasama dengan Bersatu juga akan hilang banyak.”

“Bersatu akan kehilangan pengundi Cina dan penyokong PH. Kini Bersatu berharap kerjasama dengan PAS yang pengaruhnya sangat minimum.

“PH pula perlu menarik dan meningkatkan undi Melayu bagi menampung pengundi yang dahulu menyokong Bersatu, iaitu sekitar 30 peratus, selain perlu menyakinkan lebih 80 peratus pengundi Cina agar turun mengundi.

“Namun pengundi Cina pula cenderung tak turun mengundi apabila dilihat kurang puas hati dengan pentadbiran PH selama 22 bulan,” katanya dipetik laporan media Malaysiakini.

Blok pembangkang, PH semasa masuk bertanding PRU-14 lalu bersama-sama Bersatu dalam gabungan itu berjaya menang banyak kerusi DUN, DAP dengan 14 kerusi, Parti Amanah (sembilan) dan PKR empat kerusi.

Untuk rekod, PRU-14 adalah kemenangan terbesar yang kali pertama diperoleh pembangkang, ia jelas dibantu oleh sokongan pengundi Melayu kepada Bersatu waktu itu.

Namun, Anwar terlalu bodoh dan merasakan dirinya berpengaruh walhal Ketua Pembangkang itu sudahpun dimalukan dan sepatutnya sedar diri.

Lebih menjengkelkan, Anwar merasakan dirinya layak untuk mengetuai blok pembangkang tetapi dirinya sendiri sudah ditolak dikalangan pemimpin pembangkang yang tidak melihat dirinya sudah lagi relevan dalam politik negara.

DISYORKAN UNTUK ANDA:

 BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT   

PAS pegang rekod paling banyak keluar masuk gabungan politik

NAJA

PAS pegang rekod paling banyak keluar masuk gabungan politik

PAS yang menyelar  Barisan Nasional (BN) tidak lagi relevan dalam arena politik negara mungkin tidak menyedari bahawa parti itu sedang mencipta rekod sebagai parti paling banyak menyertai gabungan politik. 

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, dakwaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan BN sudah tidak lagi relevan kepada masyarakat majmuk Malaysia tidak bersandarkan sebarang alasan yang menguatkan dakwaannya itu. 

“Ustaz Hadi dakwa BN sudah tidak relevan. Dia tidak beri sebarang alasan. Menurut Hadi, perjuangan PN (Perikatan Nasional) bukan penyatuan ummah sahaja tetapi rakyat Malaysia yang majmuk,” katanya di Facebook.

Mengimbas kembali kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun lalu, Mohd Puad menjelaskan, adakah kemenangan MCA dan MIC dalam PRN berkenaan telah membuktikan BN tidak lagi relevan. 

“Kalau begitu, apakah PN adalah parti pelbagai kaum yang relevan? Di PRN Melaka, BN menang majoriti 3/4. MCA menang dua dan MIC satu kerusi. BN kembali diterima rakyat. 

“Di Johor, dua Adun Bersatu keluar parti. Kedua-duanya Exco. Mereka menang di PRU 14 kerana sokongan undi Cina. Di Puteri Wangsa, pengundi Cina 60%.

“Kali ini mereka tidak yakin pengundi Cina akan sokong Bersatu. Sebab itu Muhyiddin tidak berani pertahankan Bukit Gambir (undi Cina 30%). Maka relevankah Bersatu dan PN?,” soalnya. 

Justeru, Mohd Puad menjelaskan, insiden ahli Bersatu keluar daripada parti itu ketika ini memang tidak menghairankan. 

“Bersatu didokong ramai katak. Banyak katak ini patah kaki. Makin ramai akan keluar Bersatu. PAS juga akan patah kaki. PAS akan pecah rekod. Parti paling banyak keluar masuk gabungan politik,” katanya. 

Semalam, Abdul Hadi menyifatkan BN adalah sebuah parti yang tidak lagi relevan dan ia sepatutnya digantikan dengan PN.

Abdul Hadi berkata, BN perlu menerima hakikat berkenaan kerana ia adalah senario politik yang perlu difahami parti itu.

Jelasnya, PAS akan meneruskan perjuangan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) kerana perjuangan parti itu adalah untuk menyatukan ummah termasuk kepada bukan Melayu. -Malaysiapost

Lihat di Melaka UMNO menang besar, Johor juga akan menang besar: Mat Maslan


Kemenangan besar seperti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal berulang di Johor nanti, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu yakin satu lagi kemenangan bergaya bakal menjadi milik parti itu, ia ditambah tindakan PAS yang kekal bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) akan memberi mereka peluang cerah untuk menang lebih banyak kerusi di Johor nanti.

“Kelihatannya tindakan PAS terus bersama Bersatu dan PN, seolah-olah mahu mengulangi apa yang berlaku di PRN Melaka.

“Dalam dinamik politik semasa, UMNO dan BN bersedia menghadapi apa juga kemungkinan termasuk berdepan PN semula.

“Ia tidak bermakna UMNO dan BN terlalu yakin, tetapi hasil PRN Melaka sudah terbukti, namun kita akan tetap bersedia dengan strategi lebih berkesan,” katanya dengan penuh yakin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bertemu Jawatankuasa Tertinggi Parti Makkal Sakti Malaysia dan ketua bahagian parti itu hari ini.

Semalam, PAS dan Bersatu mengumumkan bertanding pada PRN Johor menggunakan logo PN.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata perkara itu dipersetujui hasil muzakarah antara kedua-dua parti berkenaan.

Pada PRN Melaka, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PN memenangi dua kerusi menerusi calon Bersatu dengan PAS yang bertanding di lapan DUN, gagal memenangi sebarang kerusi.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, UMNO dan BN tetap bersedia menghadapi cabaran Bersatu dan PAS serta Pakatan Harapan (PH) pada PRN nanti.

“Bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila PAS umum bekerjasama dengan Bersatu. Ia sudah kita jangkakan,” katanya lagi.

Terima kasih dua bekas ADUN Bersatu kerana sokong UMNO, kata Mat Maslan

 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menghargai sokongan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu yang menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Dua ADUN tersebut, Datuk Mohd Izhar (Larkin) dan Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) mengumumkan keluar Bersatu dan memberikan sokongan terhadap BN dan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

“Tiada habuan ditawarkan atau dijanjikan kepada kedua-dua ADUN berkenaan.

“Mereka membuat keputusan secara sukarela, suci hati dan tanpa dijanjikan apa-apa tawaran kerana yakin dengan kerajaan pimpinan BN.

“Terima kasih atas sokongan dan keyakinan mereka, ia amat bermakna bagi UMNO dan BN,” kata Ahmad semasa sidang media selepas pertemuan bersama Jawatankuasa Tertinggi Parti Makkal Sakti Malaysia dan ketua bahagian parti itu hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad juga menjelaskan setakat ini UMNO belum menerima permohonan daripada kedua-dua ADUN berkenaan.

“Belum ada, mereka tidak ada menghantar permohonan untuk sertai UMNO,” katanya lagi.

Ketua Pemuda UMNO tawar diri tanding PRN, yakin menang


Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mana yang akan ditandinginya dan menyerahkan keputusan mengenai hal itu kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya sudah menawarkan diri untuk bertanding di dua atau tiga kerusi DUN, saya ada sasaran saya tetapi kawasan mana adalah rahsia,” katanya lapor Bernama.

Beliau terdahulu menghadiri Majlis Perjumpaan bersama Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Presiden Makkal Sakti Datuk Seri R.S. Thanenthiran.

Mengulas mengenai Undi18, Mohd Hairi berkata pihaknya berharap Barisan Nasional (BN) dapat meletakkan sehingga 30 peratus calon daripada keseluruhan kerusi ditandingi UMNO dalam PRN Johor dari sayap berkenaan.

Menurutnya, langkah itu dilihat bersesuaian dengan pelaksanaan PRN Johor yang menyaksikan pertambahan bilangan pengundi baharu termasuk pengundi muda menerusi Undi18.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan pertambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.

SPRM pertahan siasatan terhadap Maszlee berhubung isu kereta Vellfire


Dakwaan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik kononnya berlaku intimidasi ketika siasatan disangkal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebaliknya, SPRM menegaskan siasatan tersebut dijalankan susulan terdapat aduan melibatkan bekas Menteri Pendidikan tersebut, ia difahamkan berhubung pembelian kereta Vellfire yang digunakannya atas nama sebuah syarikat.

Siasatan tersebut dijalankan berhubung aduan melibatkan Maszlee ketika memegang jawatan Menteri dan SPRM menegaskan siasatan yang dijalankan adalah mengikut lunas undang-undang.

“SPRM menerima dua aduan terhadap Ahli Parlimen berkenaan dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu. SPRM ingin menegaskan bahawa proses siasatan perlu dijalankan setelah terdapat aduan rasmi berhubung sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan sebagaimana peruntukan undang-undang,” katanya.

“Setiap siasatan yang dijalankan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menemu bual beberapa saksi yang terbabit.

“SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan dengan pelbagai tekanan yang sengaja dibuat.

“Siasatan yang dijalankan akan berteraskan prinsip ketelusan, keadilan dan profesionalisme serta berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan, kata kenyataan itu.

Justeru SPRM berharap pihak yang terbabit memberikan kerjasama penuh dan berhenti mensensasikan proses siasatan ini.

Bagaimanapun pihak SPRM tidak menyatakan sebarang butiran berkenaan kes yang disiasat membabitkan Maszlee.

Semalam, Mazlee dipetik sebagai berkata siasatan SPRM yang dijalankan ke atasnya serta beberapa pegawainya di Parlimen Simpang Renggam dilihat sebagai satu bentuk intimidasi.

Kata beliau, pihaknya difahamkan SPRM turut menyiasat beberapa pegawai di Kementerian Pendidikan yang didakwanya sebagai usaha untuk mencari kesalahan terhadap dirinya.

Belliau berkata demikian kepada media selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, semalam untuk dirakam keterangan oleh pihak polis.

Ia berhubung kehadirannya menyaksikan penyerahan memorandum oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di bangunan Parlimen, di sini 20 Januari lalu.

Akar umbi Bersatu Johor cadang semua parti politik bekerjasama hadapi UMNO

Semua parti politik tidak kira sama ada pembangkang atau di sebelah kerajaan dicadangkan merangka strategi bersama bagi menghadapi UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan nanti.

Gesaan itu dilontarkan akar umbi Bersatu di 10 Bahagian dalam kawasan utara Johor sebagai tanda kesepakatan semua parti politik menolak tindakan UMNO yang tamak kuasa dan mementingkan diri tanpa mengambil kira kesusahan hidup dihadapi rakyat negeri itu.

“Kami mencadangkan agar semua pihak khususnya parti politik di negeri Johor merangka strategi ampuh bagi menggagalkan muslihat UMNO dan Barisan Nasional yang dilihat semakin rakus, tamak kuasa dan gelojoh ingin mengadakan pilihan raya di negeri Johor tanpa mengambil kira kesukaran yang dialami oleh rakyat ketika masih berhadapan dengan ancaman wabak Covid-19,” kata 10 Ketua Penerangan Bahagian Bersatu dalam satu kenyataan hari ini.

Cadangan itu hadir susulan gesaan sama yang dilontarkan oleh beberapa pemimpin blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) Johor supaya pintu rundingan dibuka dengan Bersatu bagi menghadapi PRN Johor nanti.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad mencadangkan supaya PH membuka pintu rundingan dengan Bersatu bagi mengelak episod PRN Melaka berulang lagi.

Selain itu, seorang lagi bekas Ahli Jawatankuasa Amanah, Mazlan Aliman juga berkata PH perlu memikirkan kerjasama lebih luas berbanding hanya melihat kepada parti pembangkang seperti Pejuang, Warisan dan MUDA.

Langkah tersebut penting jika tidak mahu senario di Melaka dan Sarawak berulang, ia ibarat “serah tengkuk” kepada UMNO dan BN.

Kedua-dua pemimpin tersebut berpandangan langkah tersebut penting jika tidak mahu senario di Melaka dan Sarawak berulang.

Dalam pada itu, 10 Bahagian Bersatu juga menyatakan sokongan terhadap keputusan PAS dan Bersatu yang bersetuju untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan mengutuk tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti baru-baru ini.

“Kami Menyokong penuh Resolusi Muzakarah PAS-Bersatu bertarikh 28 dan 29 Januari 2022 yang membuat ketetapan akan bersama menyertai PRN Johor atas nama Perikatan Nasional.

“Kami juga mengutuk tindakan tidak bermaruah dua orang mantan ADUN Bersatu yang keluar parti selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan. Tindakan mereka ini sudah dijangka, serta tidak menjejaskan perpaduan BERSATU Johor dan ukhuwah Perikatan Nasional,” kata kenyataan itu lagi.

Sabtu minggu lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan pembubaran Dewan Undangan Johor bagi membolehkan PRN diadakan selepas Baginda menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor.

Pas pilih Bersatu, UMNO tak terkejut – Ahmad Maslan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan

PENGUMUMAN kerjasama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukanlah perkara mengejutkan.

Malah, perkara itu sudah dijangka lebih awal ramai pihak termasuk UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Langkah itu menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan seperti mengulangi sejarah kerjasama Pas dan Bersatu dalam PRN Melaka.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya belum membuat keputusan muktamad (kerjasama dengan Pas), namun apabila parti itu kelihatan sudah memuktamadkan keputusan apabila terus bersama Bersatu, kita akur.

“Pas yang memulakan langkah, bukan UMNO atau BN yang memuktamadkan apa-apa,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, UMNO dan BN tetap akan bersedia untuk menghadapi cabaran kerjasama Pas dan Bersatu dalam PRN Johor.

Katanya, UMNO dan BN tidak akan memandang rendah terhadap parti lawan dan akan membuat persedian terbaik dalam pilihan raya kali ini.

“Dalam dinamik politik semasa, UMNO dan BN bersedia menghadapi apa juga kemungkinan termasuk berdepan PN semula.

“Ia tidak bermakna UMNO dan BN terlalu yakin, tetapi hasil PRN Melaka sudah terbukti, namun kita akan tetap bersedia dengan strategi lebih berkesan,” katanya.

Sokong kerjasama dengan Pas, kecam ahli keluar parti

LOMPAT dan kemudian sertai pihak lain khususnya parti lawan adalah satu daripada warna-warni dalam senario politik negara.

Ada juga yang keluar parti dan tidak menyertai mana-mana pihak dengan alasan tersendiri seperti mana yang berlaku baru-baru ini menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Walaupun tindakan keluar parti ini adalah hak seseorang individu dan tidak menyalahi undang-undang, akan tetapi perkara ini sudah tentu tidak disenangi ahli-ahli yang lain.

Itulah yang disuarakan Ketua-Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Utara Johor berikutan tindakan dua pemimpin mereka yang keluar parti sebelum PRN Johor bermula.

Menurut ketetapan bersama mereka, tindakan keluar parti itu dianggap sebagai tidak bermaruah selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan.

“Kita kutuk tindakan tidak bermaruah mereka itu walaupun ia sudah dijangka.

“Begitupun tindakan ini tidak menjejaskan perpaduan Bersatu Johor dan ukhuwah Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Bersatu Bahagian Utara Johor juga menyokong penuh Resolusi Muzakarah Pas dan Bersatu yang membuat ketetapan untuk bersama menyertai PRN Johor atas nama PN.

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas dan Bersatu akan menyertai PRN Johor di bawah Panji PN.

Keputusan tersebut dicapai menerusi resolusi Muzakarah Pas Bersatu yang diadakan selama dua hari berakhir semalam.

SPRM jalankan siasatan ke atas Maszlee selepas dapat dua aduan, nafi pegawai lakukan intimidasi

sprm
- GAMBAR: Abd Razak Aid

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan suruhanjaya itu menjalankan siatasan terhadap bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik selepas mendapat aduan daripada orang ramai.

“SPRM telah menerima dua aduan terhadap Maszlee berkenaan sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pegawainya melakukan intimidasi terhadap Ahli Parlimen Simpang Renggam berkenaan.

“SPRM ingin menegaskan proses siasatan perlu dijalankan setelah terdapat aduan rasmi berhubung sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan sebagaimana peruntukan undang-undang,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mendakwa, beberapa pegawainya di Simpang Renggam disiasat SPRM yang dikatakan merupakan tindakan yang dipercayai dengan sokongannya terhadap gesaan supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki disiasat.

Beliau berkata, pegawai SPRM telah pergi ke pusat khidmatnya di Simpang Renggam baru-baru ini dan menyoal pegawainya mengenai aktiviti yang dianjurkan di kawasannya.

“Pegawai SPRM jelas cuba mencari kemungkinan kesilapan yang mungkin ditemui dalam aktiviti kebajikan dan pendidikan saya di Simpang Renggam,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.

Dalam pada itu, SPRM berkata setiap siasatan yang dijalankan adalah mengikut SOP dengan menemu bual beberapa saksi yang terlibat.

SPRM berkata tidak akan tunduk kepada tekanan dari mana-mana pihak untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan dengan pelbagai tekanan yang sengaja dibuat.

“Siasatan yang dijalankan akan berteraskan prinsip ketelusan, keadilan dan profesionalisme serta berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan.

“SPRM berharap agar pihak yang terlibat memberikan kerjasama penuh dan berhenti mensensasikan proses siasatan ini,” katanya.

Sementara itu memetik laporan Utusan Malaysia, satu sumber mendedahkan bahawa Maszlee didakwa menerima rasuah daripada seorang pembekal untuk Kementerian Pendidikan, termasuk dakwaan menerima sebuah kenderaan dari syarikat di bawah kementerian.

Ahad, 30 Januari 2022

UMNO belum siap sedia kah untuk majlis talkin kerajaan Ismail Sabri?


Kluster mahkamah kawal pentadbiran Kerajaan Malaysia pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar Agenda Daily

Menjadi ‘janda’ dan ‘bacaan talkin’ berkumandang di mulut pemimpin UMNO susulan keputusan PAS untuk terus mengetepikan parti yang dicop ‘parti rasuah’ itu, khususnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Keputusan PAS untuk kekal bersama Perikatan Nasional (PN) – gabungan baharu politik yang turut disertai beberapa parti lain – ditangisi UMNO, sehingga mula membaca talkin untuk Muafakat Nasional (MN), sebuah gabungan perpaduan bukan politik.

Untuk rekod, Agenda Daily hari ini menyiarkan berita bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan’ yang boleh dibaca di sini.

Susulan itu, Agenda Daily menerima banyak pertanyaan berhubung status sokongan PN kepada Ismail Sabri. Agenda Daily juga menerima beberapa maklumat terbaharu berkaitan perkara itu.

Berdasarkan maklumat yang diterima dan ‘situasi terkini’ di Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya, kemungkinan ada ‘berita besar’ yang akan berlaku sedikit masa lagi.

Bersesuaian dengan maklumat itu berita terbaharu ini diberi tajuk ‘UMNO belum siap sedia kah untuk majlis talkin kerajaan Ismail Sabri?’

Untuk rekod, gerakan politik tanah air kini mempunyai tiga gabungan terbesar iaitu PN, Barisan Nasional (BN), dan Pakatan Harapan (PH). Ketiga-tiganya pernah mengetuai pentadbiran negara.

Paling lama mentadbir Malaysia ialah BN yang didominasi UMNO sebelum parti itu kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Kekalahan itu membongkar banyak rahsia dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin UMNO, sementara beberapa pemimpinnya diheret ke mahkamah atas tuduhan jenayah, termasuk rasuah.

Puluhan pertuduhan jenayah terhadap pemimpin UMNO menunjukkan rupa-rupanya itulah kerja mereka apabila beria-ia untuk menang pilihan raya – dapat mengumpul berjuta-juta ringgit dan mampu pula menyembunyikan rahsia penyelewengan yang dilakukan.

Isu berhubung keputusan PAS untuk kekal bersama Bersatu di dalam PN dilihat oleh pemimpin UMNO sebagai menolak mereka. Ini kerana UMNO menganggap hubungan di dalam MN adalah kerjasama politik, sedangkan gabungan itu untuk perpaduan ummah, dan MN pula tidak pernah didaftar sebagai gabungan politik.

Kesilapan UMNO kerana menganggap MN adalah kerjasama politik dapat dilihat apabila beberapa pemimpinnya mengulas mengenai keputusan PAS kekal bersama Bersatu dan PN.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed semalam melahirkan rasa gembira dengan keputusan PAS kekal bersama PN, sambil berkata keputusan itu adalah talkin buat MN.

Nur Jazlan menuduh Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menguburkan MN apabila tetap memilih untuk bersama PN menghadapi PRN Johor selain mengugut menjatuhkan Kerajaan Pusat, pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara, Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan pula berkata keputusan PAS itu seolah-olah mahu menamatkan kerjasama menerusi MN apabila berterusan memilih Bersatu dan PN.

“Kelihatan seperti mereka yang ingin memuktamadkan MN, dalam lain kata bukan kita yang mahu tetapi sebelah mereka.

“Sudah kita faham mereka mahu berlawan seperti di PRN Melaka. Sebelum ini kita tidakkah kata kerjasama MN sudah muktamad, tapi apabila semalam PAS bersama Bersatu, saya tidak nampak ruang apa-apalah,” katanya.

Manakala, Naib Presiden UMNO Khaled Nordin pula berkata parti itu tidak mahu menjadi janda kepada PAS.

Menurutnya UMNO tidak rela menjalin hubungan dengan parti yang berubah keputusan dan pendirian mengikut musim.

Tetapi, mereka lupa bahawa PAS rela bekerjasama dengan parti yang dicop sebagai ‘parti berimej rasuah’ oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad – seorang pakar undang-undang yang tidak menganggotai mana-mana parti politik.

Pemimpin UMNO sekarang bertindak sewenang-wenangnya dengan harapan PN menarik sokongan terhadap Ismail Sabri, sekali gus bagi mereka PRU15 akan diadakan.

Sedangkan mereka lupa bahawa di dalam politik apa sahaja boleh terjadi, hatta kerjasama antara PN dan Pakatan Harapan (PH) juga boleh berlaku, untuk membentuk kerajaan baharu tanpa melalui pilihan raya.

Sejarah telah membuktikan bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menjalin kerjasama dengan parti yang ditentangnya habis-habisan dahulu, demi menyelamatkan negara dan rakyat daripada kleptokrasi UMNO.

Pas ‘kena berak’ selepas ubati ‘itik patah kaki’

Nasib yang menimpa Pas dan presidennya disifatkan ‘kena berak’ selepas mengubatkan ‘itik yang patah kaki’.

Tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin berkata, itulah nasib presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Itulah Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Dulu pasal apa susah-susah ubatkan itik patah kaki? Bukankah sekarang dah kena berak?” kata Kadir, bekas penasihat media perdana menteri itu.

Kadir memberikan pandangan itu selepas Abdul Hadi menyifatkan nasib yang diterima oleh Pas adalah umpama ditinggalkan oleh itik yang patah kaki selepas ia diubati.

Abdul Hadi mengumpamakan Umno seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh.

Dia berkata demikian ketika mengulas tindakan Umno memutuskan kerjasama dengan Bersatu serta jalan sukar Muafakat Nasional (MN) yang dirintis selepas pilihan raya umum lalu.

“Tapi malangnya, kita bukan nak ajar itik berenang. Kita nak selamatkan itik yang patah kaki. Ada yang patah kaki, pilihan raya (ke) 14.

“Kita selamatkan itik yang patah kaki ini, bukan nak ajar berenang. Dia patah kaki.

“Malangnya bila kakinya dah pulih, dia nak berenang sendiri. Nak tinggal kita. Jadi, itu satu benda yang tidak bermoral dan tak betul,” kata anggota parlimen Marang yang sering menggunakan nama binatang dalam analogi politiknya.

Hadi berkata demikian selepas Umno mengumumkan akan bertanding secara solo dalam PRN Johor.

Umno juga hanya menawarkan empat kerusi kepada Pas jika parti itu mahu bekerjasama dengan mereka yang ditolak mentah-mentah oleh Pas dengan menyifatkan ianya terlalu sedikit.

Bersatu pula menawarkan 16 kerusi untuk Pas bertanding dalam PRN Johor di atas lambang Perikatan Nasional (PN).

DISYORKAN UNTUK ANDA:

   BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT   

PAS mungkin ‘patah kedua-dua kaki’ – Mohd Puad

MALAYSIA POST

PAS mungkin ‘patah kedua-dua kaki’ – Mohd Puad

AHLI Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berpendapat adalah lebih baik Umno bergerak solo daripada bersama Perikatan Nasional (PN) kerana tiada kejujuran politik dalam gabungan itu.

Menurutnya, langkah itu terbukti berjaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini yang menyaksikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, tindakan Umno menolak PN adalah kerana parti Bersatu menikam Umno dari belakang dan perkara itu berlaku dalam PRN Sabah.

“PAS tahu Umno tolak PN kerana Bersatu tikam belakang Umno dari belakang. Itu berlaku di PRN Sabah. Tetapi PAS tidak peduli itu semua. PAS tidak rugi apa apa.

“Akan sampai masanya PAS akan ditikam dari belakang. Tiada kejujuran politik dalam PN. Pada Umno, lebih baik jalan terus secara solo. Umno tidak rugi. Itu terbukti di PRN Malaka,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Mohd Puad berkata demikian bagi menjawab kecaman dan tuduhan pimpinan PAS termasuk Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengumpamakan Umno seperti ‘itik patah kaki’.

Abdul Hadi dilaporkan mendakwa Umno diselamatkan PAS selepas pilihan raya umum lalu melalui Muafakat Nasional (MN), namun mahu tinggalkan PAS selepas ‘sembuh’ dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak bermaruah dan tidak betul.

Mohd Puad mendakwa, PAS sebenarnya yang melemahkan MN bila sertai PN dan ‘main dua lawang’.

“PAS hanyut kerana nikmat jawatan bertaraf Menteri, Menteri dan kerajaan pusat yang PAS sudah lama tidak merasainya.

“Sebab itu PAS sanggup meminggirkan dua tiga orang pemimpin atasannya yang pro-MN seperti Khairuddin At Takiri, Nik Abduh dan Dr Marzuki,” katanya.

Beliau turut mengingatkan PAS, bahawa parti itu nanti yang akan menjadi ‘itik patah kaki’ jika terus bersama Bersatu.

“Mungkin patah kedua dua kaki kerana bersekongkol dengan Bersatu yang didominasi oleh ‘katak politik’.

“Ketika itu nasi sudah jadi bubur. PAS akan tenggelam dan mati lemas,” katanya.

Mohd Puad juga mengakui sukar bekerjasama dengan PAS seperti dialami pakatan yang disertai parti berkenaan.

“Susah berkawan dengan PAS. Sebab itu PAS tinggalkan Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR),” katanya. – Malaysiapost

Aksi depan Ismail Sabri mengundang ‘salah sangka’ warganet

Aksi enam individu lengkap dengan tali keselamatan di tebing pelantar terbuka (sky deck) Menara Kuantan 188 sambil memegang kain rentang Keluarga Malaysia mengundang ‘salah sangka’ orang ramai.

Rata-rata warganet secara berseloroh menyangka gimik menyambut Perdana Menteri itu boleh mengundang pelbagai tafsiran ketika realiti pada masa ini rakyat berdepan dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi.

Gambar tersebut juga dikongsikan Ismail Sabri di Facebook rasminya kelmarin dengan memberitahu bahawa Menara Kuantan 188 menyajikan pemandangan 360 darjah keseluruhan bandaraya Kuantan.

“Produk pelancongan terkini dan ikonik yang dibangunkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di pesisir Sungai Kuantan.

“Konsep reka bentuk pembinaan menara ini diinspirasikan daripada daun dan bunga pokok Teruntum Putih yang dulunya banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan,” kata Ismail lagi.

Namun, orang ramai dilihat tertarik dengan aksi sekumpulan individu berdiri di tebing pelantar terbuka di bawah terik matahari termasuk ‘menyangkakan’ cubaan bunuh diri.

“Sampai macam tu sekali nilai nyawa manusia semata-mata untuk pegang sepanduk ‘Keluarga Malaysia’,” kata Amal Amani.

Sementara itu, Izzat Naimullah Ismail pula menulis, “aku ingat tali gantung tadi. Kenapalah mereka ini jadi badut tengah panas” manakala Apai Faizal berkata, “hebat. Macam tengok orang gantung diri. Macam zoo pun ada juga. Betul-betul pemikiran luar kotak.”

Tindakan 2 Adun keluar Bersatu sia-sia – Ahmad Humaizi

AMRI

Tindakan 2 Adun keluar Bersatu sia-sia – Ahmad Humaizi

KETUA Bersatu Bahagian Labis, Ahmad Humaizi Uzir menyifatkan tindakan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Johor keluar dari Bersatu adalah tindakan sia-sia.

Beliau berkata, tindakan itu sekali gus memalukan diri serta penyokong Bersatu.

“Tindakan itu tidak sesekali meninggalkan sebarang kesan terhadap Bersatu, sama ada di peringkat negeri mahupun bahagian serta keseluruhan penyokong dan pendokong Parti Perikatan Nasional (PN).

“Malah tidak juga kepada pengundi di negeri Johor,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Humaizi juga melihat tindakan keluar parti selepas pembubaran DUN sebagai politik dendam dan penakut.

Jelas beliau, individu berkenaan mungkin sudah tahu dirinya tidak dicalonkan atas kegagalan menunjukkan prestasi yang bagus sebagai Adun dan Exco Kerajaan Johor.

“Sebagai ahli parti, saya menzahirkan rasa simpati terhadap nasib penyokong dan pendukung kedua-dua bekas Adun dan Exco Kerajaan Johor ini.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan mencabar mereka bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya yakin pengundi akan mengundi mereka semula,” ujarnya.

Terdahulu, Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keputusan meninggalkan Bersatu atas alasan hilang kepercayaan kepada Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakan Mohd Izhar itu menyusul selepas Ketua Bahagian Bersatu Tebrau Mazlan Bujang mengumumkan dia dan 23 ahli bahagian lain keluar Bersatu serta-merta. – Malaysiapost

Muzakarah PAS, Bersatu pendekatan bersejarah perpaduan PN – Ronald Kiandee

AMRI

Muzakarah PAS, Bersatu pendekatan bersejarah perpaduan PN – Ronald Kiandee

PENGANJURAN muzakarah PAS dan Bersatu selama dua hari pada Jumaat dan semalam dilihat sebagai satu pencapaian politik yang bersejarah antara kedua-dua parti berkenaan, kata Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beluran dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, berharap muzakarah atau perbincangan itu dapat menjelaskan kekeliruan dan ketidakpastian tentang matlamat serta arah tuju gabungan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, berdasarkan pengalaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, di peringkat kepimpinan tertinggi PAS dan Bersatu dilihat sebagai gabungan harmoni dan bergerak ke arah satu matlamat politik yang sama.

“Tetapi di bawah, di peringkat akar umbi kita melihat ada kekeliruan dan ketidakpastian tentang matlamat serta arah tuju gabungan PN dikalangan pengundi-pengundi Melayu di Semenanjung Malaysia.

“Sebab itu muzakarah yang dibuat antara PAS dan Bersatu selama dua hari lalu merupakan satu pendekatan yang bersejarah dari segi perpaduan PN.

“Kita berjaya membentuk satu pendekatan bersama, satu arah perjuangan yang sama dan harapan kita agar kebersamaan ini akan dapat diterjemahkan sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya dalam program bual bicara bersama Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata, di Melaka didapati ada kekeliruan dikalangan pengundi dan ahli dengan ada yang bersama PN dan ada yang tidak pasti 100 peratus bersama, hingga menyebabkan kita tidak berjaya menjadi pilihan utama pada PRN itu

“Tetapi kita harapkan dengan adanya muzakarah atau sesi perbincangan yang telah dibuat ini tujuan, matlamat perjuangan PN lebih jelas dikalangan pengundi dan ahli di seluruh negara

“Muzakarah ini merupakan satu pencapaian politik yang bersejarah antara kedua-dua parti dan diharap akan lebih bersedia menghadapi PRN Johor dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai resolusi muzakarah itu yang dilihat ada yang agak keras terhadap parti gabungan dalam kerajaan, beliau menyifatkannya sebagai politik pasca 2018.

“Kita kena terima hakikat bahawa politik pasca 2018 ini merupakan satu politik yang dinamik kerana walaupun duduk dalam satu Kabinet terdiri daripada pelbagai parti, tetapi di luar Kabinet kita bergerak dalam arah politik yang bertentangan.

“Di Johor kita membentuk kerajaan negeri, walaupun Menteri Besar dari Umno, tetapi kerajaan itu bergantung sepenuhnya ke atas sokongan daripada parti PN.

“Dalam kerajaan negeri kita satu gabungan tetapi di luar kita bertentangan haluan politik, inilah yang saya katakan politik pasca 2018,” katanya.

Menurutnya, kedinamikan politik itu bukan sahaja berlaku dalam parti gabungan kerajaan, tetapi juga berlaku dan akan berlaku dalam gabungan parti pembangkang.

“Ini dilihat dalam situasi PKR akan menggunakan logo sendiri manakala DAP dan Amanah akan menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Johor

“ini adalah peluang bagi pengundi untuk melihat kedinamikan politik dalam menentukan gabungan kerajaan yang layak dipilih, diundi untuk membentuk kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan pada masa akan datang,” katanya. – Malaysiapost

Padan muka Bersatu – Khaled Nordin

MALAYSIA POST

Padan muka Bersatu – Khaled Nordin

UMNO menolak menjadi ‘janda’ PAS dan tidak mahu menjalinkan hubungan dengan parti yang sentiasa berubah-ubah pendirian mengikut musim.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata PAS akan meninggalkan Umno bila-bila masa seperti yang berlaku di beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

“Umno tak mahu jadi ‘janda’ kepada PAS tapi dia bila-bila boleh ‘jandakan’ Umno.

“Sekarang padan muka Bersatu, kemungkinan PAS boleh ‘jandakan’ dia,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Khaled berkata, Umno mempunyai sebab yang berasas untuk khuatir dengan PAS memandangkan parti itu tidak boleh kekal lama dalam kerjasamanya dengan pihak lain.

Sehubungan itu, katanya, tidak hairan mengapa PAS dikatakan parti banyak ‘janda’ melihat kepada keputusannya sebelum ini,

“Berapa kali (kerjasama gagal)? PAS kena buat keputusan betul-betul. Di Melaka dia pilih Perikatan Nasional, di Sarawak dia bertanding (menentang GPS). Kemudian di Johor dia kata nak dengan Barisan Nasional…selepas itu?,” soalnya.

Katanya, Umno tidak mahu berunding dengan PAS dalam keadaan Umno kabur tentang parti itu.

Semalam, PAS dan Bersatu mengumumkan akan bertanding dalam PRN Johor atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Khaled berkata parti yang mendukung Muafakat Nasional (MN) sepatutnya tidak bertembung satu sama lain.

“Siapa yang menyukarkan (penyatuan PAS dan Umno)?,” ujarnya. – Malaysiapost

Tindakan bekas Adun keluar Bersatu memakan diri – Mohd Solihan

MALAYSIA POST

Tindakan bekas Adun keluar Bersatu memakan diri – Mohd Solihan

TINDAKAN Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad keluar dari Bersatu tidak memberi kesan melainkan sekadar memenuhi kehendak pihak yang mempengaruhinya berbuat demikian untuk melemahkan parti itu.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Johor, Mohd Solihan Badri, berkata tindakan keluar parti itu dilihat kerana takut tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekali gus hilang jawatan Exco dan lantikan ahli Lembaga pengarah syarikat kerajaan negeri.

“Justeru, Mohd Izhar beranggapan dengan keluar Bersatu, peluang untuk menyertai parti tertentu dan kekal menjadi Exco adalah terbuka walaupun mendakwa tidak mahu mempertahankan kerusi DUN Larkin mahupun bertanding di mana-mana DUN lain pada PRN Johor kali ini.

“Sebaliknya, tindakan dan dakwaan Mohd Izhar kini mencetuskan pelbagai persepsi negatif sekali gus bakal memakan diri beliau sendiri kerana dilakukan ketika DUN sudah dibubarkan bagi memberi laluan pilihan raya diadakan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Solihan berkata, Mohd Izhar silap besar apabila mendakwa Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal selepas berpisah dengan Tun Dr Mahathir Mohamed yang keluar dari parti itu dan menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Katanya, Muhyiddin telah dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan dan melaksanakan tindakan untuk kesejahteraan rakyat membendung pandemik termasuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Oleh itu, bagaimana Mohd Izhar melihat dan menilaikan Muhyiddin sebagai gagal selepas Tun Dr Mahathir keluar Bersatu?,” soalnya. -Malaysiapost