HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Jun 2013

Operasi Daulat Pun Akan Ditamatkan

MSO
 
Menteri Pertahanan Hishmuddin Hussein membayangkan Operasi Daulat di Lahad Datu Sabah akan ditamatkan sekiranya keselamatan di kawasan ESSCOM itu kembali pulih. Pengumuman akan dibuat sempena lawatan bersama Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamid ke kawasan itu tidak lama lagi.

Apa dibayangkan Hihsmuddin itu sudah diduga awal-awal. Operasi Daulat tidak selamanya di situ dan ia akan dihentikan sebaik saja pilihan raya umum selesai. Sekiranya Operasi bersama tentera dan polis itu dihentikan maka jelas dakwaan umum, yang operasi tersebut diadakan semata-mata untuk memastikan UBN menang di Sabah, tidak lebih dari itu.

Saya sejak awal-awal membuat kesimpulan tindakan polis dan askar di Lahad Datu itu tidak lebih dari satu provokasi semata-mata untuk memastikan Sabah berada dalam tangan UBN. Operasi Lahad Datu adalah talian hayat untuk UBN menang di Sabah.

Walaupun peristiwa di Lahad Datu itu benar, ada kematian, pertumpahan darah tetapi ada kesempatan di ambil atas takdir itu. Tindakan politi yang tidak pernah ada mata, telinga dan perikemanusiaan berlaku di Lahad Datu.

Jadi apa-apa yang berlaku atau dilakukan oleh kerajaan dalam apa juga aspek ia mengambil kira untung dan rugi UBN terlebih dahulu manakala soal ia relevan untuk rakyat itu belakang kira.

Saya yakin Hishmuddin dan Zahid selepas ini akan mengumumkan operasi daulat itu dibubarkan dan sebahagian besar anggota tentera yang berkampung di Sabah akan dibawa pulang ke Semenanjung. Masakan kerajaan sanguup membiayai peruntukan begitu banyak sedang apa diharapkan sudah tercapai.

Pertanyaan cepu emas untuk Zahid bilakah pemimpin pembangkang yang terlibat dengan pencerobohan di Lahad Datu akan dihadap ke mahkamah?

Umno Tidak Membela Agama; Anjur Maksiat DiAmbang Ramadhan

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/konsert%20dikir.jpgKUALA TERENGGANU - PAS kesal tindakan kerajaan Umno Terengganu yang menganjurkan pesta maksiat dalam tempoh hanya kira-kira tinggal sepuluh hari lagi umat Islam seluruh dunia akan bertemu dengan bulan yang penuh berkat, keampunan dan rahmat dari Allah SWT, Ramadhan al-Mubarak.

Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu (DPPNT) melahirkan dukacita atas penganjuran 'Konsert Dikir Barat' yang melibatkan seorang artis perempuan yang 'seksi' dalam program sempena Karnival PMINT 2013 di pantai Batu Burok Kuala Terengganu.

"kita sangat dukacita kerajaan (UMNO) Barisan Nasional dibawah pimpinan Dato' Seri Ahmad Said buat program pesta (di) pantai (Batu Burok) yang kita dapat maklumat yang soheh (benar) ada persembahan yang melibatkan artis perempuan yang difahamkan 'seksi',

"ini menjadi satu bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak membela agama.......tidak menjaga agama,"ujar Timbalan Ketua DPPNT Wan Faizul Abbas ketika ditemui.

Menurutnya, sikap tidak peduli kepada agama Islam semakin ketara, apabila kerajaan negeri Terengganu yang ditubuhkan selepas pilihanraya umum ke-13 tidak mewujudkan potfolio agama dalam pentadbirannya.

Oleh itu, beliau mendesak supaya Menteri Besar menghentikan semua program maksiat yang dianjurkan dan yang dirancang akan dianjurkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan 'akhlak' rakyat Terengganu terpelihara.

"(skali lagi) kita sangat dukacita atas apa yang berlaku dan yang akan berlaku..........kita harap (Dato' Seri) Ahmad Said sendiri selaku Menteri Besar supaya membatalkan program dan kita desak suapay batal program seumpama ini kerana ia akan merosakkan akhlak orang-orang Islam di (negeri) Terengganu ini,"tegas Wan Faizul. [Lihat Video]

Terima Kasih Wakil Rakyat PAS

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Raja%20Bahrin%20lawat%20cina%20mati.jpgKUALA TERENGGANU - Keluarga Tionghua mendiang Ng Kim Swee dan mendiang Low Teck Beng merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil rakyat PAS yang melawat mayat mendiang di rumah mayat, Kampung Cina, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Mendiang Ng Kim Swee, 36, merupakan ahli parti DAP yang banyak membantu PAS dan Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, yang lalu,  disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung, meninggalkan seorang balunya, Ng Mei Fong, 35, serta tiga orang anak berusia tiga hingga 10 tahun.

Balu mendiang, Ng Mei Fong merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil rakyat PAS yang baru menang pada pilihan raya 5 Mei lalu.

Katanya, kehadiran Ahli Parlimen Kuala Terengganu Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah  telah memberi sedikit kegembiraan kepada ahli keluarga yang dalam kesedihan ini.

“Terima kasih, kepada Dato' Raja yang sudi datang dan ziarah kami yang baru kehilangan orang tersayang (suami). Walau pun, dia (Raja Bahrin) baru jadi wakil rakyat tapi sangat prihatin,” ujarnya.

Menurutnya, mendiang suami disahkan meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung ketika berada di luar negara di Filipina.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/hanafiah%20lawat%20cina%20mati.jpgDato’ Raja Bahrin turut menziarahi keluarga mendiang Low Teck Beng, 43, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Bapanya, Low Joo Eng, 70, melahirkan rasa terharu dengan kunjungan wakil rakyat PAS menziarahi ahli keluarga mendiang.

“Saya rasa terharu dan gembira dengan kehadiran wakil rakyat (Raja Bahrin) kita,” ujarnya.

Sementara itu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin berharap agar kedua-dua ahli keluarga mendiang Ng Kim Swee dan Low Teck Beng dapat bersabar dengan kehilangan orang tersayang.

Selain Raja Bahrin, turut melawat adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat.

Katanya, setiap makhluk yang hidup akan mati dan begitu juga dengan manusia tanpa mengira bangsa dan agama tetap akan mati.

“Saya harap kedua-dua keluarga ini yang kehilangan orang tersayang dapat bersabar. Sebab, setiap yang hidup pasti akan mati tanpa mengira siapa kita, bangsa kita dan agama kita,” ujarnya.

Turut sama adalah Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Encik Jefri Chua ketika melawat ahli keluarga mendiang di rumah mayat tersebut.

3 negara bincang perjanjian jerebu rentas sempadan


MALAYSIA KINI


 
Malaysia, Indonesia dan Singapura telah membincangkan cara yang lebih ke hadapan secara praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu yang telah menjejaskan ketiga-tiga buah negara sejak beberapa minggu lalu.

Perbincangan itu dijalankan dalam mesyuarat tiga hala secara tidak rasmi yang diusahakan Malaysia di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) ke-46 di Bandar Seri Begawan di Brunei semalam.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menghadiri mesyuarat itu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia dan Singapura Dr RM Marty M.Natalegawa dan K.Shanmugam.

Menurut satu kenyataan Sekretariat Kebangsaan Malaysia-Asean, Kementerian Luar di Kuala Lumpur hari ini, antara cara yang praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu itu yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk pengesahan dan pengoperasian segera Perjanjian Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.

"Ketiga-tiga menteri mengadakan perbincangan yang konstruktif, berterus terang tanpa berselindung mengenai masalah yang disebabkan jerebu baru-baru ini yang menjejaskan sebahagian besar semenanjung Malaysia, Indonesia dan Singapura," kata kenyataan itu.

Semasa mesyuarat itu, ketiga-tiga menteri menyebut mengenai keadaan yang semakin baik di kawasan-kawasan yang terjejas di Sumatera di mana ia berkurangan daripada 16,500 hektar kepada 4,081 hektar.

Mereka juga mengakui bahawa setakat 28 Jun 2013, bilangan kawasan tompokan panas berkurangan kepada tujuh daripada 261 berikutan operasi pembenihan awan dan pengeboman air yang dijalankan kerajaan Indonesia selain keadaan cuaca yang baik.

"Ketiga-tiga menteri juga bersetuju bahawa perbincangan lanjut berhubung isu jerebu akan diadakan pada AMM ke-46. Dalam semangat perpaduan Asean, mereka juga bersetuju bahawa anggota keluarga Asean yang lain akan diberi maklumat terkini bagi mengikuti perkembangan isu itu yang menyelubungi ketiga-tiga negara berkenaan," kata kenyataan itu.

Anifah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Asean ke-46 di Bandar Seri Begawan mulai 29 Jun hingga 2 Julai.- Bernama

Kereta ADUN disimbah cat, dilontar batu

 


 
Keganasan politik nampaknya tidak reda-reda walaupun pilihan raya umum ke-13 sudah berlalu.

Dalam insiden terbaru, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh Khoo Poay Tiong pula mendapati keretanya disimbah dengan cat merah dan dilontar batu.

Khoo berkata, pada jam 7.30 pagi tadi, beliau dapati bahagian belakang Honda CRV yang mempunyai logo ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan Rakyat dilitupi cat merah.

"Cermin belakang juga retak kerana dibaling dengan batu," katanya ketika dihubungi.

Khoo berkata, beliau dan keluarganya berada di rumah dan tidur kira-kira jam 1 pagi tanpa mengesyaki sesuatu.

"Memang kami ada dengan sesuatu pada masa itu tetapi kami tidak jangkakan perkara macam ini," katanya.

Mukhriz: Kenyataan Lim seolah-olah enggan bayar


MALAYSIA KINI


 
Kerajaan Kedah berharap Pulau Pinang tidak menolak permintaannya untuk mengenakan caj bekalan air mentah dari Sungai Muda ke negeri itu sebelum perbincangan peringkat pegawai diadakan.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri mempunyai hujah berasas untuk mengenakan caj walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng awal-awal lagi mengemukakan alasan kerana enggan membayar.

NONE"Kenyataan Lim Guan Eng bersabit perkara itu baru-baru ini seolah-olah beliau menolak permintaan Kedah. Saya harap dia lebih terbuka dalam soal ini," kata Mukhriz (kiri) kepada pemberita apabila diminta mengulas jawapan Guan Eng berhubung perkara itu.

Baru-baru ini, Lim berkata kerajaan negeri tidak akan membayar caj air mentah yang diminta Kedah dengan alasan air anugerah Tuhan adalah percuma dan mengikut undang-undang antarabangsa negeri itu tidak perlu membayar sesenpun kepada Kedah.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga berkata air yang diambil oleh syarikat bekalan air negeri itu adalah dari sungai di sebelah negeri itu, bukan dari Kedah.

Syarikat bekalan air Pulau Pinang juga didakwa memberi maklumat salah kerana ia sebenarnya membuat untung sangat besar hasil jualan air terawat.

Kerajaan Pas Kedah sebelum pilihan raya umum ke-13 lepas telah mengambil tindakan untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM20 juta setahun kepada Pulau Pinang.

Antara alasan kerajaan negeri Kedah mengenakan caj tersebut ialah bagi menampung kos penyelenggaraan sungai dan kawasan tadahan hujan di kawasan empangan Pedu yang membekalkan air ke Sungai Muda.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan tauliah pelantikan ahli-ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini, Mukhriz berkata beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang Negeri mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat mereka dari Pulau Pinang.

"Proses perbincangan ini perlu sebelum kita boleh berunding mengenai caj yang hendak dikenakan. Jika tidak dapat berunding macam mana kita nak mulakan perundingan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata enakmen mengenai garis panduan hiburan sepanjang Ramadan telah ada dan diguna pakai sepanjang tahun tetapi pada bulan puasa ia lebih khusus kerana perlu untuk menjaga sensitiviti agama.

"PBT telah diingatkan agar ketetapan garis panduan sepanjang bulan puasa dipatuhi oleh semua pengusaha pusat-pusat hiburan," katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Muhkriz berkata kerajaan negeri bercadang mewujudkan satu pusat panggilan bagi memudahkan rakyat membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan perkhidmatan awam dalam masa terdekat.

Katanya kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap masalah perumahan, utiliti dan membasmi kemiskinan dan sehubungan itu mahu ahli-ahli majlis PBT mengamalkan sikap terbuka, mudah didekati dan sentiasa bermusyawarah dalam usaha merakyatkan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan rakyat.
- Bernama

NGO Islam bantah 'curahan' RM pada sekolah vernakular


MALAYSIA KINI


 
Tindakan kerajaan yang terus menerus “mencurah” bantuan berbilion ringgit kepada sekolah vernakular menjadi ancaman besar terhadap usaha menyatupadukan rakyat bawah sistem sekolah satu aliran, kata Gabungan NGO Islam-Melayu.

Memetik pandangan mantan hakim Datuk Mohd Noor Abdullah, mereka berpendapat kewujudan sekolah vernakular lebih lima dekad bertentangan  dengan Artikel 152  Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Sistem  pengasingan  melalui  pelbagai  aliran  telah  terbukti  dan  ternyata gagal malah membahayakan perpaduan masyarakat majmuk dan keselamatan negara,” menurut kenyataan mereka hari ini.

“Langkah  drastik  dan  berani  perlu  diambil  kerajaan  sekiranya  nasib dan  masa  depan negara  diutamakan  dan  rakyat  pula  perlu  bersikap  terbuka menerima  perubahan  demi  kebaikan bersama.”

Gabungan itu merujuk kepada laporan The Star berhubung 13 sekolah Tamil menerima bantuan RM20 juta untuk pelan tindakan bagi masa depan sekolah Tamil di Malaysia (PTST).

Dalam laporan itu, Menteri Pelajaran P Kamalanathan antaranya berkata, RM50,000 sehingga RM4.5 juta diperuntukkan untuk menaik taraf kemudahan sekolah, bergantung kepada keperluan masing-masing.

Bawah PTST, menurutnya lagi, RM540mil telah digunakan untuk menaik taraf 523 sekolah Tamil sejak 2009.

Perdana menteri juga baru-baru ini dilaporkan mengumumkan enam sekolah Tamil baru akan dibina di seluruh negara.

RCI untuk siasatan insiden Lahad Datu boleh ditubuhkan - Hishammuddin

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah boleh ditubuhkan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Namun, katanya siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu tidak harus mengganggu atau menjejaskan siasatan insiden itu oleh pihak berkuasa.

"Saya sokong cadangan menubuhkan RCI sekiranya orang ramai ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi di Lahad Datu.

"Saya tidak mahu ada orang yang tidak berdosa dituduh dan tidak mahu dalang yang terlibat ke luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera yang ke-48 di Kem Sungai Buloh di sini, hari ini.

Sebelum ini, banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menubuhkan RCI bagi membongkar dalang insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Berhubung tiga dalang yang didakwa terbabit dalam insiden Lahad Datu, Hishammuddin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.

Beliau berkata Naib Presiden PKR Tian Chua tidak berhak menggesa kerajaan mendedahkan tiga dalang insiden itu setelah memperlekehkan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu.

Hishammuddin menegaskan kejadian itu amat serius sehingga kerajaan menubuhkan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

"Oleh itu, dia (Tian Chua) tidak berhak menggesa kerajaan kerana dia telah buat kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang telah menyinggung anggota keluarga tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban kerana insiden itu," katanya.

Pada 27 Jun lepas, Tian Chua yang juga Anggota Parlimen PKR bagi kawasan Batu berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan cepat untuk mendedahkan dalang insiden pencerobohan itu bagi membolehkan pendakwaan segera dilakukan ke atas individu terbabit.

Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati. -Bernama

Kalau main politik dengan orang asing, memang buruk padahnya

ASPAN ALIAS

Jusuff Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia telah di kritik keras oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia.

Pengerusi DAP itu telah membidas Jusuff kerana membocorkan isi kandungan perbincangan sulit diantara Anwar dan PM Najib dan menuduh Anwar tidak memenuhi perjanjian diantara kedua-dua pemimpin negara itu. Anwar telah dikatakan mendapat bantuan kewangan dari syarikat besar dari Filipina, Amerika Syarikat, Turkey dan juga Thailand untuk membiayai ralli ‘blackout 505’ yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Kenyataan Jusuff itu telah menjejaskan kredibiliti Anwar dan seterusnya menjejaskan kredibiliti Pakatan Rakyat sekali gus. Karpal mendesak Jusuff Kalla untuk memohon maaf kepada Anwar secara terbuka. Karpal berkata Anwar tidak sepatutnya percaya kepada Jusuff kerana tindakan Jusuff itu memberikan impak negatif kepada gerakan pembangkang dinegara ini. “Jusuf ternyata mempunyai agenda beliau sendiri” kata Karpal.

Saya tidak mahu memberikan komen tentang samada Jusuff patut meminta maaf diatas tindakan beliau membocorkan semua perundingan sulit Anwar dengan siapa dan dimana perundingan itu dibuat. Bagi saya seseorang pemimpin negara ini tidak kira Anwar atau pun sesiapa, melibatkan pemimpin asing untuk politik sendiri di negara sendiri itu adalah satu tindakan yang tidak bermoral.

Inilah padahnya jika keghairahan kita untuk menjadi orang penting negara membawa orang atau pemimpin asing untuk terlibat sama. Tindakan Jusuff membocorkan rundingan rahsia Anwar dengan Najib dan membocorkan cerita bantuan kewangan yang Anwar perolehi dari luar negara itu mungkin tidak beretika.

Tetapi tindakan pemimpin negara menggunakan pihak luar untuk membantu politiknya sudah cukup untuk meyakinkan rakyat yang Anwar mampu diperguna oleh kuasa asing. Mendedahkan diri dengan bantuan politik dari luar ini akhirnya seorang pemimpin itu menjadi pemimpin ‘puppet’ kuasa asing.

Itu sebabnya sekarang sudah tidak ada lagi ‘freedom fighters’ di dunia ini kerana Amerika Syarikat dan kuasa asing yang lain telah mencorakkan politik banyak negara didunia ini. Kuasa asing telah mengadu-domba rakyat sesebuah negara dan kenyataan ini boleh kita lihat berlaku dinegara-negara Timur Tengah beberapa ketika dahulu dan disetengah negara itu masih berlaku.

Jika kita kaji dari ‘content’ rundingan sulit itu ia melibatkan bantuan kewangan dari kuasa asing dan tidak terkejut jika negara kita seperti yang disyaki oleh banyak pihak juga terlibat dengan permainan halus kuasa asing itu.

Jika kita menjadi alat permainan politik pengaruh dan kuasa asing maka kita wajar membuat pendirian yang tegas dalam hal ini. Kita boleh memilih untuk bermain politik mengikut suasana negara kita atau memilih untuk dijadikan alat oleh kuasa asing yang mempunyai kepentingan mereka dikalangan kuasa asing itu.

Tetapi apa yang jelas kita lihat dalam urutan sejarah, sesebuah negara yang diperguna oleh kuasa asing itu selalunya menjadi hancur siasahnya dan akan hilang identiti rakyat dan negara-negara terbabit.

Menjadi pemimpin dengan menggunakan kuasa asing untuk menyandarkan politiknya adalah selemah-lemah seorang pemimpin dan yang tidak bertulang belakang yang kuat.

Tanpa bantuan kuasa asing pemimpin seperti ini sememangnya tidak mempunyai apa-apa ‘consequence’ dalam sesebuah negara itu.

Selangor Bina Mahad Tahfiz Terbesar Di Sabak Bernam


sallehin sumbangan ramadan 29 jun 02

SHAH ALAM  : Mahad Tahfiz Sains yang terbesar di Selangor di Bagan Terap, Sabak Bernam dijangka akan siap suku tahun hadapan kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.

Manakala kerajaan negeri bercadang untuk membina dua lagi mahad tahfiz yang baru di kawasan Sepang dan Selayang, kata Sallehin, yang juga Adun Sabak.

Bagi mahad tahfiz di Bagan Terap itu, Sallehin berkata kerajaan negeri dalam proses membaikpulih bangunan Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang lama supaya ia boleh digunakan untuk mahad tersebut.

“Kita merangka untuk lima tahun ini, kita mahu tubuhkan tiga mahad tahfiz.

“Tujuan utama perancangan menubuhkan Mahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar penghafaz Al-Quran.

“Disamping itu pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi akademik mereka,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.

Untuk permulaan, Mahad Tahfiz Sains Bagan Terap akan menampung seramai 500 pelajar.

“Saya amat berharap bilangan pelajar akan meningkat kepada 1,000 sehingga 2,000 pelajar. Mungkin mengambil masa selama tiga sehingga empat tahun lagi,” katanya.

Dalam majlis semalam, sebanyak RM 2.7 juta diperuntukkan kepada masjid dan surau seluruh negeri bagi sumbangan program moreh Ramadhan.

Sebanyak 394 majid menerima RM 1,650 manakala 196 surau solat Jumaat menerima RM 1,250 dan 1,883 surau lain menerima RM 1,000.

Universiti swasta M'sia tawar biasiswa pada Afrika

MALAYSIA KINI


 
Dalam usaha terbaharu Malaysia membantu Afrika membina keupayaan teknologi melalui pembangunan modal insan, sebuah universiti swasta menawarkan 10 biasiswa penuh kepada setiap negara Afrika yang menyertai Dialog Perkongsian Bestari Global.

Inisiatif itu adalah sebagai tambahan kepada bantuan kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan di rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara ini semasa majlis malam malam Rakan Bestari Global di Dar Es Salamm, Tanzania malam tadi bahawa Limkokwing University of Creative Technology menawarkan biasiswa itu.

Tujuh belas negara Afrika menyertai dialog itu, satu platform bagi ketua kerajaan, ketua perniagaan, ahli sains dan ahli akademik untuk berjumpa dan bertukar idea serta pengalaman berhubung kait dengan Sains, Teknologi dan Innovasi (STI) dan bagaimana ia boleh digunakan untuk membawa transformasi sosioekonomi kepada benua Afrika.

Najib berkata universiti itu mempunyai tiga kampus di Lesotho, Botswana dan Swaziland dan merancang untuk membuka satu lagi kampus baharu di Tanzania.- Bernama

Projek pembangunan taruhan Umno di Kuala Besut


MALAYSIA KINI


 
UMNO Bahagian Besut yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata ini kerana pengundi melihat kerajaan BN menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) melalui projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan terutama untuk golongan nelayan di kawasan itu.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.

Wan Zakaria berkata sepanjang tempoh Allahyarham Dr A Rahman menjadi wakil rakyat di kawasan itu, banyak projek pembangunan yang telah dilaksanakan dan masih banyak lagi sedang dibangun dan dalam perancangan.

"Pengundi di DUN Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan itu kerana masih banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan termasuk di Pulau Perhentian akan dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita di Besut hari ini.

Menurut Wan Zakaria antara rancangan besar yang sedang dibangunkan di Pulau Perhentian termasuk pembangunan penempatan penduduk melalui pembinaan tiga blok rumah pangsa, masjid dan projek pelancongan.

Wan Zakaria yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal berkata, pertandingan merebut kerusi DUN Kuala Besut dijangka menarik kerana ia pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 Mei lalu dan berdasarkan pengalamannya beliau yakin peluang BN untuk mempertahankan kerusi itu adalah cerah.- Bernama

'Awas, Facebook anda dipantau, cikgu'

 
MALAYSIA KINI


 
Jabatan Pelajaran Negeri Johor membentuk pasukan khas untuk memantau aktiviti guru dan guru besar di media sosial.

Pasukan itu akan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka, lapor Sin Chew Daily hari ini.

Harian berbahasa Cina itu memetik Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor Ghani sebagai mengingatkan guru besar dan guru supaya tidak mengeluarkan kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia mempengaruhi pelajar.

"Saya tidak mahu sebarang elemen politik atau perkauman dalam pendidikan, ini akan menjejaskan pelajar," beliau dipetik sebagai berkata.

Bercakap dalam sebuah forum pendidikan semalam, Mohd Nor juga berkata, golongan pendidik sebagai penjawat awam tidak patut melakukan kesalahan dan mencipta masalah untuk diri sendiri.

GST: Kerajaan BN cuma tangguh sahaja?



ULASAN Keikhlasan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah dalam memberi jawapan di Parlimen pada 27hb Jun 2013 berkenaan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST amat dicurigai.

Majoriti rakyat tidak mahu GST dilaksanakan tetapi Husni disyaki bersikap tidak jujur dalam jawapan Parlimen beliau.

Husni memaklumkan Dewan Rakyat bahawa:

"Kerajaan sekarang sedang melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ianya berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat pada tahun 2009, adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pada masa tersebut.

"Oleh kerana terdapatnya perubahan kepada keadaan ekonomi dan perubahan harga, maka kajian semula perlu dijalankan. Sehubungan dengan itu, kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan dilaksanakan."

Dua masalah besar timbul dari jawapan beliau tersebut.

Pertama, jawapan Husni ini boleh dibaca sebagai tanda kerajaan hanya menangguhkan sementara pelaksanaan GST. Ini bererti GST boleh dilaksanakan pada bila-bila masa difikirkan perlu oleh Kerajaan BN.

Penerima BR1M terjejas

Kerajaan perlu ingat bahawa ia akan membangkitkan kemarahan rakyat jika GST dilaksanakan. Kita semua tahu bahawa melalui bayaran BR1M sebelum ini, kerajaan memaklumkan bahawa 60 peratus rakyat Malaysia mempunyai pendapatan tidak melebihi RM 3,000 sebulan.

Ini bermakna 60 peratus rakyat Malaysia berpendapatan rendah. Hujah kononnya barangan rakyat berpendapatan rendah dikenakan kadar sifar GST adalah tidak realistik.

Walaupun barangan kadar sifar GST, golongan berpendapatan rendah - golongan 60 peratus penerima BR1M - akan dikenakan GST untuk barangan dan perkhidmatan lain.

Pelaksanaan GST tentu akan menyebabkan taraf kehidupan golongan 60 peratus ini terjejas kerana mereka yang selama ini tidak dikenakan cukai pendapatan akan terpaksa membayar cukai melalui GST.

Justeru, pendapatan boleh guna golongan ini akan berkurangan akibat kutipan GST. Apabila pendapatan boleh guna golongan 60 peratus ini terancam ia bermakna pertumbuhan ekonomi kita akan terjejas.

Ini kerana, dalam keadaan eksport kita yang menurun, perbelanjaan dan penggunaan tempatan amat penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

Jadi jika kerajaan tetap mahu melaksanakan GST, ia bererti bukan sahaja kerajaan akan menambah derita golongan berpendapatan rendah, ia juga akan membebankan kerajaan sendiri kerana ia memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

Kedua, jawapan Parlimen Husni yang mengatakan bahawa kajian GST hanya dilakukan pada tahun 2009 juga tidak benar.

Atas nama 'panel kajian'

Atas nama "Panel Kajian Semula Cukai (GST)", sejumlah RM22 juta diperuntukkan pada tahun 2010, RM13 juta pada tahun 2011, RM11 juta pada tahun 2012 dan RM5 juta pada tahun 2013, iaitu jumlahnya RM51 juta dalam empat tahun, digunakan dalam belanjawan sejak 2010 untuk kajian pelakasanaan GST.

Pada tahun 2013, satu perkara perbelanjaan bertajuk "Perluasan Dasar Cukai" (Kod 100600) yang bernilai RM 50 juta juga disyaki ada kena-mengena dengan pelaksanaan GST.

Sehubungan itu, saya menggesa menteri Kewangan supaya:

(1) Mengumumkan hasil kajian panel tersebut sejak 2009; kerana kami Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak mahu lagi Kerajaan merahsiakan kajian GST kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat terbanyak;

(2) Mengumumkan pihak konsultan yang terpilih untuk menjalankan kajian tersebut kerana ini juga perlu diketahui oleh rakyat Malaysia;

(3) Memberi penjelasan lanjut sama jawapan Parlimen dari Husni hanya bertujuan menyembunyikan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan GST atau tidak;

Dan kalau jika kerajaan BN benar-benar mahu melaksanakan GST, satu jawatankuasa pilihan Parlimen yang merangkumi ahli-ahli parlimen dari kedua-dua pihak - BN dan Pakatan - perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan meneliti pandangan rakyat Malaysia.


LIEW CHIN TONG pengarah pendidikan politik DAP dan ahli Parlimen Kluang.

PKB: Istilah 'ambil alih' Kg Baru tak wujud


 


 
Orang Melayu akan kekal memiliki tanah di Kampung Bharu dan pada masa sama mendapat keuntungan daripada pembangunan hartanah yang dijalankan di situ.

Ia dinyatakan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), agensi penyelaras dan pemudahcara pembangunan Kampung Bharu dalam taklimat pertama kepada pewaris dan pemilik tanah di Kampung Periok - satu daripada tujuh kampung dalam kawasan kampung itu, pagi tadi.

perbadanan pembangunan kampong bharu PKB first briefing landowner periok 300613 crowd"Perbadanan tidak akan membantu GLC (syarikat berkaitan kerajaan) untuk kepentingan mereka. Perbadanan akan bantu tuan-tuan untuk kepentingan tuan-tuan.

"Apa-apa pun kita jamin, kepentingan yang akan terjamin sekali adalah kepentingan tuan punya tanah," kata Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Naharuddin Abdullah.

Menurutnya, istilah 'pengambil alihan' tanah oleh kerajaan atau PKB tidak wujud kerana pemilik tanah di Kampung Bharu akan kekal memiliki tanah mereka apabila mereka menjalinkan usaha sama dengan pemaju yang akan sentiasa dipantau.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Naharuddin menjelaskan sesi taklimat sama akan berlangsung sehingga bulan November melibatkan enam lagi kampung lain.

Edar soalan lazim
Pada April tahun depan pula katanya, PKB bercadang mewartakan pelan induk pembangunan Kampung Bharu.

Pihaknya juga memilih untuk mengadakan sesi taklimat itu selepas pilihan raya umum bagi mengelakkan ia daripada dipolitikkan pihak-pihak tertentu, katanya lagi.

perbadanan pembangunan kampong bharu PKB first briefing landowner periok 300613 faqPKB ditubuhkan bawah Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 yang dibentangkan di Parlimen selepas Akta Perbadanan Kampung Bharu 2010 ditarik balik oleh menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar ketika itu, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Turut hadir pada sesi taklimat tadi adalah Pengerusi PKB, Datuk Astaman Abdul Aziz yang merupakan bekas ahli Parlimen Titiwangsa.

Beliau yang juga pewaris dan pemilik tanah di Kampung Bharu positif dengan sambutan yang diberikan pewaris dan pemilik tanah dalam sesi taklimat pagi tadi.

Pemilik tanah yang hadir ke taklimat pagi tadi turut diberikan risalah Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampung Bharu (atas) yang mengandungi jawapan kepada soalan-soalan lazim pemilik dan pewaris tanah.

SAMM: Jerebu masalah berulang, BN tak serius selesaikan

Che’Gu Bard  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Jerebu sudah tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat. Ia seolah satu acara bermusim yang berulang beberapa tahun sekali. Kini jerebu bagi musim ini kian reda dan yakinlah beberapa tahun lagi ia akan datang dan mungkin lebih teruk lagi.

Namun sejauh mana seriusnya rejim menyelesaikan perkara ini? Sebelum ini keadaan lebih parah rejim pernah satu ketika dahulu menangani jerebu dengan cara menyuorokkan bacaan indeks kesihatan udara (API) kononnya tidak mahu rakyat panik dan pelancong lari.

Apa punca jerebu, ramai termasuk media dan regim sendiri menuding jari ke negara tetangga. Namun tahu masalah ini mahu datang lagi kenapa tidak ada tindakan konkrit? Jawapannya pembakaran hutan di negara tetangga mungkin ada kepentingan pemodal besar kroni kait rapat regim penguasa.

SAMM
 Jawapan klise nya ialah kejadian pembakaran hutan berlaku bukan di Malaysia lantas Malaysia tidak boleh bertindak. Alangkah lemahnya jawapan ini. Rakyat seharusnya jangan lupa kesungguhan rejim menggunakan segala rangkaian melobi projek besar di luar negara bagi membolehkan korporat Malaysia mendapat laba besar dan rakyat hanya dipaksa berbangga kerana projek itu nanti akan mengibarkan jalur Gemilang kebanggan negara.

Lihat sahaja dua respon pemerintah di dua buah negara dalam kejadian jerebu terbaru. Singapura mengecam Indonesia kerana masalah jerebu dan menghantar perwakilan ke sana. Perdana Menteri Singapura pula secara tegas menyatakan bahawa negara tersebut akan mengambil tindakan keras terhadap syarikat negara atau mana-mana entiti yang dikaitkan dengan Singapura yang terlibat dalam pembakaran terbuka di Indonesia.

Sebaliknya Malaysia hanya bermain lemah di gelanggang sendiri, menawarkan Indonesia pembenihan awan dan sebagainya. Dalam isu tindakan terhadap syarikat Malaysia rejim minoriti longlai dengan mengatakan kejadian di Indonesia dan Malaysia tak ada peruntukan undang-undang untuk didakwa.

Ketika manusia sudah melancarkan penerokaan planet Marikh ketika Malaysia boleh membuat terowong air canggih melintasi banjaran dari Pahang ke Selangor tidakkah mampu mengundang senyum jika rejim ini mengatakan tidak mampu berbuat apa?

Apa Menteri berkenaan buat di persidangan dunia melibatkan isu alam sekitar seumpamanya? Adakah leka menggunakan segala peruntukan berjalan sempena persidangan sahaja ?

Persoalannya ialah kesungguhan politik. Rejim ini tidak ada kesungguhan politik. Sepatutnya masalah ini sudah banyak kali berulang, tetapi adakah pindaan undang-undang berkenaan perkara ini dibentangkan di parlimen?

Lebih sedih terbaru ketika ahli parlimen PR membawa usul berkenaan ke parlimen, Speaker menolak kononnya kerana ia berlaku dari negara jiran bukan bidang kuasa parlimen.

Inilah Speaker terbodoh dalam abad ini. Jika ini dijadikan sandaran maksudnya parlimen tidak harus bersidang mengutuk Israel atau perang mana – mana negara kerana bukan di negara ini.

Rakyat bosan dengan setiap kali jerebu orang politik mengambil kesempatan mengedar topeng muka murah dengan wajah dan logo politik mereka. Rakyat mahukan penyelasaian serius dan tuntas.

Berhenti menjaga kepentingan korporat dan memangsakan rakyat !- KEADILAN DAILY


"Pastikan dakwat kekal di PRK Kuala Besut”

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan dakwat yang diguna pada pilihan raya kecil di Kuala Besut adalah kekal sebagaimana dijanjikan.

“Kini bukan soal guna dakwat atau tidak. Tetapi dakwat itu harus kekal bagi memastikan tiada pengundian dua kali.

“Kita juga mendesak SPR tidak membuat keputusan sewenang-wenangnya,” kata Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Keadilandaily pada program ‘Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa’ bersama Timbalan Presiden KEADILAN, di NZ Curry House, KLCC semalam.

Azmin5
Azmin bersama mahasiswa pada program ‘Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa’ bersama Timbalan Presiden KEADILAN, semalam.

“Penggunaan dakwat kekal sudah pun diputuskan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) penambahbaikan pilihan raya,” kata Azmin yang menganggotai jawatan kuasa pilihan khas Palrimen (PSC).

Sebelum ini, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak hanya ‘SPR baru’ yang layak mengendalikan PRK DUN Kuala Besut.

Nurul Izzah turut mengusulkan pemulihan segera SPR melalui satu jawatankuasa parlimen bagi melantik pengendali pilihan raya yang baru dan berwibawa.

Dalam pada itu, Azmin turut menjamin Pakatan hanya menghantar seorang calon mewakili gabungan itu dan keputusan mengenainya akan dibincangkan dalam masa terdekat.

“Saya yakin kita hanya akan menghantar seorang calon daripada parti yang akan diputuskan oleh Majlis Pakatan Rakyat,”katanya.

SPRM perlu panggil Taib Mahmud, bukan hanya siasat fail – Nazib

Azuan Ab Rahman

KUCHING : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memanggil Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk disoal siasat berhubung kes rasuah dihadapinya dan bukan hanya sekadar menyiasat dokumen, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

taib-mahmud

Beliau mengulas kenyataan Penolong Pesuruhjaya Bahagian Siasatan SPRM, Lim Bee Kean bahawa kes itu berpanjangan ekoran jumlah dokumen dan saksi yang banyak untuk diteliti pasukan penyiasat.

“Saya desak SPRM panggil Taib Mahmud untuk disiasat. Beliau adalah saksi utama. Kita tidak hanya mahu fail-fail yang disiasat, tetapi yang paling penting adalah Taib Mahmud sendiri,”

“Apakah negara ini guna dua jenis undang-undang? Jika kes melibatkan rakyat biasa, tidak sampai seminggu sudah dipanggil SPRM, tetapi apakah SPRM berani memanggil Taib Mahmud ?” katanya ketika dihubungi Suara keadilan.

Katanya, beliau sendiri telah membuat banyak laporan terhadap Ketua Menteri Sarawak itu sejak 2010, namun tiada jawapan memuaskan dari SPRM.

“Kita melihat jawapan SPRM ini sebagai satu dolak dalih. Hingga ke hari ini, jawapan yang dberikan cuma sandiwara untuk menutup perkara sebenar dari pengetahuan rakyat,” kata Nazib.

Malaysiakini hari ini melaporkan kenyataan Lim Bee Kean bahawa siasatan itu berpanjangan kerana banyak dokumen dan saksi yang terlibat untuk diteliti.

Siasatan itu dipercayai merujuk skandal rasuah membabitkan ketua menteri paling lama di Malaysia itu termasuk pendedahan video Global Witness tentang pengakuan saudara Taib yang memperoleh tanah dengan cara mudah di Sarawak.

Bercakap di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini, Bee Kean berkata SPRM meneliti 400 fail dan kenyataan dirakamkan daripada lebih 20 individu yang dipercayai berkaitan kes itu.

Menurut suruhanjaya itu, soal Taib tidak bekerjasama tidak timbul kerana beliau sendiri menafikan pernah menyifatkan SPRM ‘nakal dan tidak jujur’ serta enggan bekerjasama.

PRK K.Besut kritikal, sangat penting, kata Azmin


Azmin Ali
Azmin Ali 
 
KUALA LUMPUR - PRK Kuala Besut disifatkan pertandingan yang kritikal serta sangat penting kepada Umno-BN dan PR kerana ia mampu menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan negeri, ujar Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu katanya, pertarungan merebut kerusi itu dijangka sengit khususnya parti pemerintah yang akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi berkenaan daripada dirampas parti lawan.

Apatah lagi, ia melibatkan risiko kehilangan kuasa pentadbiran di negeri itu.

"Bagi Umno, ianya perlu untuk mempertahankan kerajaan negeri, bagi PR ianya amat perlu untuk kita membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru selepas PRK itu.

"Sekiranya PR dapat menawan semula kerusi berkenaan kerana kerusi itu pernah dimenangi oleh PKR pada 1999.

"... ianya tidak mustahil untuk PR sekali lagi mewakili kerusi itu pada PRK akan datang," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui dalam program 'Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa' bersama Timbalan Presiden PKR, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kekosongan kerusi Dun Kuala Besut, Terengganu susulan kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar dari BN.

Azmin juga tidak menolak kemungkinan PKR akan meletakkan calonnya di kerusi tersebut yang merupakan PRK kali pertama akan diadakan selepas pilihan raya 5 Mei lalu.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu hanya akan diketahui selepas satu mesyuarat bersama Majlis Pimpinan PR diadakan dalam masa terdekat.

"Saya yakin kali ini ianya akan menonjolkan satu wakil yang mewakili PR daripada parti yang akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan PR.

"Sebarang keputusan yang bakal diambil adalah tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan akan dibuat dalam Majlis Pimpinan PR," katanya lagi.

Selain itu, Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggunakan sebaik mungkin platform PRK itu untuk menunjukkan kesungguhan beliau dalam melakukan transformasi pilihan raya di negara ini.

Karpal, 'sabaq sat naaa...'

Othman Aziz
Othman Aziz
 
ALOR SETAR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya melihat jumlah kerusi Dun genap yang boleh mendatangkan keputusan seri antara parti politik yang bertanding dalam proses persempadanan kawasan sejak dahulu lagi.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, mungkin sebelum ini ahli politik terlepas pandang mengenai perkara itu kerana sebelum ini tidak pernah berlaku keputusan seri.

Bagaimanapun, beliau yakin SPR akan melaksanakannya dalam masa terdekat dan mereka pasti memerlukan sokongan daripada semua pihak.

“Kita juga sedar mengenai perkara itu, begitu juga SPR. Cuma kita kena sabar dulu kerana SPR memerlukan masa untuk mengendalikan proses itu.

“Selain melibatkan jumlah kerusi genap di sesebuah negeri, persempadanan semula juga perlu dilaksanakan untuk kawasan mempunyai bilangan pengundi yang ramai,” katanya semalam.

Othman berkata, sudah tiba masanya proses persempadanan semula dilakukan dalam masa terdekat selepas tertangguh sebelum PRU13.

Menurutnya, jumlah pengundi yang terlalu ramai di sesuatu kawasan khususnya parlimen yang luas seperti di Baling, Kedah menyukarkan pentadbiran dan tumpuan berkesan oleh wakil rakyat.

“Pendapat saya, jumlah pengundi antara 50,000 hingga 60,000 adalah sesuai bagi satu kawasan parlimen. Mana mungkin dengan keadaan pengundi yang ramai membolehkan ahli parlimen memberi tumpuan dan pentadbiran yang berkesan kepada rakyat.

“Jadi merujuk kepada kenyataan, Pengerusi DAP, Karpal Singh saya sekadar boleh kata, 'Karpal Singh, sabaq sat naa... (sabar dahulu),” katanya.

Sebelum ini, Karpal dalam satu kenyataannya meminta SPR menambah satu kerusi parlimen untuk negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap.

Menurutnya, langkah itu perlu bagi mengelakkan berlaku ‘parlimen tergantung’ jika kedua-dua parti memenangi jumlah kerusi yang sama.

Kuala Besut kerusi Pas, PKR 'tak faham'


Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali 
 
SHAH ALAM – Pas mendakwa PKR Terengganu “tidak faham” apabila mengeluarkan kenyataan untuk mengetengahkan calon daripada parti itu pada PRK di Dun Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya Rabu lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sebenarnya isu PKR mahu meletakkan calonnya bertanding di kerusi itu tidak sepatutnya timbul.

Lazimnya ujar Mustafa, kerusi yang berlaku kekosongan perlu diserahkan kepada parti yang bertanding di kerusi itu pada PRU.

“Kita lihat dia tak serius dalam memberi kenyataan tersebut. Sebenarnya soal itu tidak berbangkit, isu nak meletakkan calon tersebut.

“Dia tak faham tentang kerusi tersebut,” katanya pada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.

“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.

Di sebalik kesediaan PKR itu, Pas dari segenap negeri tampil dengan kenyataan sudah siap sedia untuk menggempur kubu BN itu.

Kerusi Dun Kuala Besut diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN meninggal dunia, 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Mengulas lanjut, Mustafa yakin Pas di peringkat negeri telah mempunyai calon yang berkelayakan untuk diletakkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRK akan datang sekali gus menewaskan calon BN.

Bagaimanapun, tambahnya, memandangkan tarikh PRK belum ditetapkan, Pas Pusat masih belum meminta sebarang senarai nama untuk melakukan proses pilihan calon.

“Negeri yang akan cadangkan calon, saya yakin mereka sudah ada nama calon, nanti Pusat akan tapis dan tentukan.

“Setakat ini, negeri pun belum hantar lagi kepada Pas Pusat,” katanya.

Budak 10 tahun dirogol 3 abang, bapa saudara


Kanak-kanak 10 tahun dirogol bapa saudara, 3 abang
Lelaki warga emas terbabit ditahan polis sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah reman.
 
BALING - Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan polis setelah didakwa merogol anak saudaranya yang baru berusia 10 tahun.

Lebih malang, tiga abang mangsa berusia 13, 15 dan 17 tahun dikatakan turut terlibat.

Lelaki terbabit ditahan di kediamannya pada jam 5.30 pagi di sebuah kampung di sini, semalam, manakala tiga abang mangsa dijangka ditahan hari ini kerana mereka dikatakan menetap di sekolah berasrama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, menurut mangsa, dia telah dirogol beberapa kali sejak awal tahun lalu dan kejadian itu diketahui setelah mangsa mengadu kepada guru sekolahnya.

Menurutnya, kesemua mereka yang terlibat akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret esok untuk perintah reman.

Ops Daulat kini dikenali Operasi Sanggah

SINAR HARIAN
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
 
LAHAD DATU - Operasi Daulat yang dilancarkan pada 5 Mac lalu untuk memerangi kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini, kini dinamakan Operasi Sanggah.

Pengumuman perubahan nama operasi itu dibuat sempena penyerahan rasmi operasi Ops Daulat kepada Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, pada Majlis Perbarisan Penghargaan Ops Daulat di Padang Awam Felda Sahabat 16 di sini hari ini.

Tugas operasi Ops Daulat berkenaan diserahkan kepada Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di saksikan oleh Musa yang juga Pengerusi ESSCOM.

Turut menyaksikan penyerahan berkenaan ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dengan penyerahan berkenaan segala pengoperasian dan pengawalan operasi Ops Sanggah dilaksanakan sepenuhnya oleh ESSCOM.

Mengulas mengenai majlis penyerahan rasmi hari ini, Musa berharap kerjasama dan komitmen semua pihak yang menjayakan Ops Daulat sebelum ini akan diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa dalam Ops Sanggah agar kesejahteraan rakyat, khususnya di pantai timur Sabah, terus terpelihara.

Musa juga menegaskan bahawa penglibatan rakyat amat penting untuk bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat kepada anggota keselamatan.

"Kerajaan negeri Sabah akan terus berganding bahu dengan kerajaan Persekutuan dan komited untuk membantu anggota keselamatan dalam memastikan maruah dan integriti negara terus dipertahankan," katanya.

"Sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Perdana Menteri akan memantau dan memberi perhatian khusus kepada keseluruhan operasi ESSCOM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata sementara menunggu kewujudan lima batalion anggota keselamatan di sepanjang pantai timur Sabah, anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibawa dari seluruh negara untuk ditempatkan di kawasan ESSCOM.

"Kita akan tetapkan bahawa kekuatan itu tetap sama sehinggalah lima batalion ini diwujudkan secepat mungkin. Satu unit batalion ATM akan diwujudkan di Felda Sahabat dengan kekuatan antara 600 hingga 800 anggota," katanya.

Zulkifeli juga berkata semua aset yang digunakan semasa operasi memerangi pengganas seperti kereta perisai, pesawat, meriam akan tetap berada di kawasan ESSCOM.  - Bernama

Polis Indonesia tahan suspek pembakaran hutan

THE MALAYSIAN INSIDER

 Gambar oleh ReutersPolis Indonesia, mengesahkan telah menahan lagi empat suspek melakukan pembakaran hutan dan semak secara haram di wilayah Riau sekaligus menjadi punca jerebu yang melanda negara itu termasuk Singapura dan Malaysia, semalam.

"Setakat ini, seramai 18 orang ditahan termasuk empat suspek baru," kata jurucakap polis Riau, Hermansyah dipetik dari akhbar Indonesia Jakarta Post.

Katanya, dua daripada 18 suspek dikenali sebagai S dan H, ditangkap kerana dipercayai membakar lebih 100 hektar tanah gambut di kawasan Bengkalis.

Sementara itu, seramai 11 suspek telah ditahan kerana turut terlibat membakar kawasan hutan dan semak di daerah Rokan Hilir.

"Tangkapan terakhir berlaku di bandar Dumai membabitkan dua suspek dalam dua kes berlainan," kata Hermansyah.

SPR umpama pelawak, letak jawatan sebelum PRK Kuala Besut, kata Anwar

Oleh Mohd Farhan Darwis

Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa meletak jawatan sebelum pilihan raya kecil Parlimen Kuala Besut kerana pengendali pilihan raya itu jelas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah gagal memastikan Pilihan Raya 2013 berjalan dengan bebas dan adil.

Menurut Anwar, anggota SPR sedia ada juga tidak lagi perlu diberi tanggungjawab mengendali pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, lebih-lebih lagi selepas SPR mengesahkan dakwat kekal akan tetap digunakan.

"Tolonglah jangan berperangai umpama pelawak ... mandat diberikan rakyat kepada SPR telah disalahgunakan, jadi apa perlunya kepercayaan (rakyat) lagi?" kata Ketua Umum PKR itu apabila ditemui The Malaysian Insider.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, SPR juga tidak lagi perlu mengeluarkan kenyataan seumpama "wira" untuk menambah baik dakwat kekal berkenaan.

"Penambahbaikan boleh dilakukan, namun lebih baik mereka meletak jawatan kerana dilihat seumpama 'mempermainkan mahkamah' daripada melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis kutipan dana untuk Pakatan Rakyat (PR) memfailkan petisyen, di ibu negara lewat malam tadi.

PR juga turut mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang untuk memastikan keseluruhan kepimpinan SPR dipecat.

Majlis kutipan dana itu menyaksikan beberapa pemimpin utama pembangkang seperti ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberikan ucapan mereka, yang rata-ratanya mengkritik SPR dengan gesaan sama agar kesemua anggota badan berkenaan melepaskan jawatan mereka.

Majlis yang dihadiri hampir 500 penyokong tegar PR berpakaian serba hitam itu berjaya mengutip wang sejumlah RM18,447 bagi PR memfailkan petisyen pilihan raya mereka.

PR telah mengesahkan akan memfailkan 26 petisyen di 25 kawasan Parlimen, dengan kos setiap petisyen dianggarkan sekitar RM50,000.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini mengesahkan dakwat kekal akan digunakan dalam PRK Kuala Besut walaupun ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar wakil rakyat PR mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang pengendali pilihan raya itu berhubung isu dakwat kekal yang boleh dicuci.

"Ya ... dakwat kekal akan digunakan," kata Wan Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun berkata akan membincangkan berhubung penggunaan dakwat kekal yang sama semasa Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu atau tidak.

DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Dr A. Rahman Mokhtar, 55, akibat kanser paru-paru.

Ketika Pilihan Raya 2013, A. Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi, dengan BN pada ketika ini menguasai 17 kerusi DUN, berbanding 15 kerusi milik PR.

Kuala Besut dijangka akan menerima perhatian penuh parti politik kerana ia bakal menentukan parti mana yang akan membentuk kerajaan negeri Terengganu, memandangkan kematian A. Rahman menyebabkan BN hanya mempunyai 16 kerusi, dan sekiranya parti pemerintah itu gagal mempertahankan Kuala Besut, ia menyaksikan DUN Terengganu tergantung.

Isu berhubung penggunaan dakwat kekal tercetus ketika pilihan raya umum ekoran banyak pihak mendakwa dakwat berkenaan mudah hilang selepas dibasuh, bercanggah dengan jaminan SPR bahawa dakwat berkenaan akan kekal sehingga dua minggu bagi mengelakkan pengundi daripada mengundi lebih dari sekali.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika sesi sidang Dewan Rakyat pada Rabu berkata isu dakwat kekal yang tidak kekal itu timbul ekoran dakwat yang digunakan SPR menggunakan pewarna makanan.

SPR bagaimanapun sebelum itu berkata atas alasan kesihatan, kandungan silver nitrat dalam dakwat kekal tersebut dikurangkan bagi mengelakkan pengundi terdedah kepada risiko kanser.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui pemberita di Parlimen pada Khamis dilihat mempertahankan SPR apabila berkata Malaysia pada dasarnya tidak memerlukan penggunaan dakwat kekal, sebaliknya cukup menggunakan kad pengenalan untuk mengenal pasti individu tertentu sebagai pengundi.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata penggunaan dakwat kekal itu adalah atas permintaan pembangkang dari PR di Parlimen yang kemudiannya telah dipersetujui.

"Kita tak perlukan dakwat kekal ... untuk apa? Kita bukan negara (dunia) ketiga. Kita ada kad pengenalan yang boleh dikenal pasti.

"Dakwat kekal ini pembangkang yang minta di Parlimen dan kita setuju dan ikut," katanya

Pelantikan ahli Parlimen ke GLC perlu berdasarkan kelayakan, kata pemimpin Umno

Oleh Md Izwan dan Amin Iskandar

Pelantikan Ahli Parlimen di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan perlu berasaskan kepada kelayakan dan pengalaman bagi memastikan ahli Parlimen yang dilantik mampu melaksanakan tanggungjawab, kata pemimpin Umno.

Ahli Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz menegaskan pelantikan dalam sesebuah GLC pula seharusnya tidak buat sekadar untuk mengisi kekosongan politik kerana tanggungjawab besar yang bakal dihadapinya terutamanya apabila berhadapan dengan lembaga pengarah dalam sesebuah GLC tersebut.

"Kalau sekadar mengisi kekosongan, tak banyak ahli-ahli Parlimen yang dapat bantu kembangkan syarikat atau sesuatu agensi kerajaan itu,” kata Othman apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

"Jikalau ahli Parlimen yang dilantik itu tak layak, dia sendiri akan rasa kerdil dikalangan ahli-ahli lembaga pengarah lain," tambah beliau.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah itu bersetuju supaya ahli Parlimen yang dilantik ke GLC perlulah terdiri daripada mereka yang berkelayakan serta mempunyai pengalaman bagi memastikan hala tuju organisasi tersebut.

"Bila nak lantik ahli-ahli Parlimen untuk masuk ke GLC atau agensi-agensi kerajaan ni, kenalah ahli-ahli Parlimen yang mempunyai kelayakan dari segi ilmu pengetahuan dan pengalaman.

"Ini kerana bila duduk sebagai board company atau lembaga pengarah, kena tahu hala tuju syarikat".

Ketua Penerangan Umno Johor Datuk Samsul Bari Jamali pula berkata ia adalah satu perkara baik kerana ahli Parlimen mempunyai pengalaman di peringkat akar umbi dan boleh memberi manfaat baik khususnya dalam menjaga kepentingan umum.

"Ia adalah perkara normal dan biasa yang dilakukan, ia sesuatu yang positif," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Saya berasakan ia ada baiknya diteruskan, kerana mereka (Ahli Parlimen) mempunyai pengalaman di peringkat akar umbi dan memahami kehendak umum... pada masa sama mereka dapat memastikan kepentingan umum dijaga," tambah beliau.

Samsul menambah keyakinan setiap ahli Parlimen yang dilantik mempunyai kemampuan untuk menjalankan tanggungjawab dalam GLC kerana mereka terdiri daripada golongan profesional.

"Saya yakin mereka berkemampuan dan mempunyai berpengalaman tertentu, kebanyakkan ahli Parlimen ini yang terdiri daripada usahawan dan perniagaan... mereka ini semua daripada golongan profesional," terang Samsul lagi, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang.

Dalam pada itu, Datuk Dr. Latiff Ahmad, bekas timbalan menteri pertahanan yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) menyifatkan pelantikannya ke dalam GLC adalah kerana kelayakan dan pengalaman yang dimilikinya, serta menyifatkan ia bukan suatu masalah besar walaupun luar daripada portfolio yang dipegangnya sebelum ini.

"Ia bukan suatu masalah portfolio baru ini walaupun berbeza dengan jawatan yang saya pegang sebelum ini.

"Saya yakin dengan pengalaman dan kelayakan yang dimiliki, saya boleh terajui organisasi," tambahnya.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan ahli-ahli politik kanan Umno akan menerima ganjaran, sekurang-kurangnya minggu hadapan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar kesetiaan mereka dengan pelantikan sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah GLC atau agensi kerajaan.

Diantara jawatan-jawatan yang kosong untuk ahli-ahli politik kanan ini adalah di Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Haji, Perbadanan Nasional Berhad, kata seorang pegawai kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Senarai kekosongan dan jawatan yang akan kosong tidak lama lagi di GLC dan agensi kerajaan sedang disediakan untuk perdana menteri.

Diantara yang akan mengisi jawatan pengerusi adalah bekas Menteri Wailayah Persekutuan dan Perancangan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek termasuk Datuk Nur Jazlan Mohamed, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

100 tahun sejak UK lihat kesalahan p'raya berlaku

 


 
Undang-undang pilihan raya berhubung rasuah dan pemberian hadiah di United Kingdom (UK) sangat ketat sehingga tiada kes terbaru berlaku, kata peguam Azhar Azizan Harun.

Lawyer Azhar Azizan HarunJusteru, untuk menjelaskan apa itu rasuah dan kesalahan pilihan raya di UK, kita terpaksa melihat kembali kes pada akhir abad ke-19 atau awal abad ke-20, kata Azha (kiri).

Bercakap dalam seminar Majlis Peguam berhubung kesalahan pilihan raya di Kuala Lumpur hari ini, Azhar berkata, Kes rasuah paling baru berlaku di UK melibatkan seorang calon pilihan raya pada tahun 1911.

"Kamu akan tahu kerana ia kes lama. Pada zaman moden ini, rakyat UK tidak melakukannya lagi," kata Azhar.

Dalam satu kes, dikenali sebagai kes Youghal Borough pada 1869, menyaksikan seorang individu mengisytiharkan diri sebagai calon sebulan lebih awal sebelum Parlimen UM dibubarkan.

Biskop anggap RUU pentadbiran agama 'ujian litmus'

MALAYSIA KINI


 
Biskop Katolik Paul Tan Chee Ing menyifatkan, cadangan pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 berhubung penukaran agama sebagai "pelanggaran terhadap peruntukan kebersamaan dalam perlembagaan persekutuan secara terang-terangan".

NONEPindaan itu, dibentangkan di Parlimen awal minggu ini, antaranya membolehkan ibu atau bapa atau penjaga menukar agama kanak-kanak bawah 18 tahun.

Tan membangkitkan sama ada terdapat kecenderungan menukar perkataan "ibu bapa" yang membawa maksud kebersamaan seperti perkataan "orang ramai" bagi mengehadkan hak itu kepada seorang ibu atau bapa sahaja.

"Ini menunjukkan mala fide pihak yang membuat pindaan," hujahnya.

MCA: RUU 'diam-diam' anti kerukunan nasional


MALAYSIA KINI

 
MCA menyelar pembentangan secara "diam-diam" undang-undang pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan berkaitan penukaran agama anak sebagai "mengejutkan" kerana ia didakwa menceroboh hak bukan Islam.

"Saya terkejut apabila difahamkan kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 kerana ia mengandungi peruntukan kontroversi yang menjejaskan perlembagaan dan hak beragama bukan Islam.

"Pembentangan rang undang-undang itu seperti memperkenalkan undang-undang secara diam-diam dan ia merugikan kerukunan nasional yang banyak diperkatakan," kata Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu dalam sidang media semalam.

Pindaan itu antaranya bagi melonggarkan tafsiran terma "ibu bapa" bagi membolehkan kebenaran seorang sahaja diperlukan untuk menukar agama kanak-kanak.

Siasat Taib lama kerana banyak dokumen, saksi'



Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud berpanjangan ekoran jumlah dokumen dan saksi yang banyak untuk diteliti penyiasatnya.

"Terdapat banyak dokumen dan banyak pihak terlibat, begitu juga saksi di pelbagai tempat (di seluruh negara)," kata penolong pesuruhjaya bahagian siasatan SPRM Lim Bee Kean di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Kata Lim, sehingga kini, SPRM meneliti 400 fail dan kenyataan dirakamkan daripada lebih 20 individu yang dipercayai berkaitan kes itu.

Berhubung video terkini Global Witness yang menunjukkan saudara Taib mendakwa dapat memperoleh tanah dengan mudah daripada ketua menteri dan cuba menjualnya kepada pelabur, Lim berkata, pasukan khas dibentuk selari dengan siasatan sedia ada.

Selepas video itu bocor di Internet, pasukan 10 penyiasat SPRM dibentuk bagi menjalankan siasatan.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, SPRM menjelaskan, mereka tidak pernah berhenti daripada menjalankan siasatan berkenaan kes Taib, tanpa secara bebas, telus,profesional serta tanpa rasa takut dan memihak.

Menurut suruhanjaya itu, soal Taib tidak bekerjasama tidak timbul kerana beliau menafikan pernah menyifatkan SPRM sebagai "naugty and dishonest" (nakal dan tidak jujur) dan tidak akan bekerjasama.

Kedah ada exco pembangkang?


Ir Amiruddin Hamzah
Ir Amiruddin Hamzah
 
ALOR SETAR - PR Kedah akan mewujudkan exco bayangan bagi memantau setiap aktiviti yang dilaksanakan kerajaan negeri berdasarkan portfolio masing-masing.
 
Ketua Pembangkang Dun, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, ia bertujuan memberi teguran kepada pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui BN supaya tidak melakukan kepincangan atau penyelewengan.
 
Beliau berkata, ‘shadow cabinet’ itu secara tidak langsung akan memberi penekanan kepada perkara baru atau lama yang tidak diteruskan selepas diperkenalkan pentadbiran PR.
 
“Apa yang berlaku sekarang ini menjadi pertanyaan orang ramai. Contohnya skim khafalah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri PR sebelum ini. Apakah ia diteruskan atau sebaliknya.
 
“Jadi, perkara seperti ini yang akan kita pantau. Kita juga akan memastikan Adun pembangkang dapat menjalankan tugas sebaiknya untuk memberi pandangan yang bernas supaya Kedah terus disejahterakan, bukan sekadar aman dan makmur,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
 
Beliau yang juga Adun Anak Bukit berkata, portfolio berkenaan akan mencakupi keseluruhan 15 Adun PR merangkumi Pas, PKR dan DAP.
 
“Mungkin ada yang tidak disebut secara khususnya dipegang oleh portfolio mereka (exco) yang ada, tapi kita merasakan perkara itu penting dan akan memberi tugasan kepada Adun PR untuk melihatnya,” katanya.
 
Amiruddin berkata, portfolio yang bakal dipegang oleh exco pembangkang nanti juga adalah sama dengan apa yang terdapat pada kerajaan negeri.
 
“Kita sudah ada draf Adun yang memegang portfolio tertentu. Bagaimanapun, kita akan bincang terlebih dahulu sama ada nak umumkan sebelum atau semasa persidangan dewan,” katanya.

2 sektor perkhidmatan boleh tangguh gaji minimum

SINAR HARIAN
Datuk Richard Riot
Datuk Richard Riot
 
SERIAN - Pemilik hotel dan penyedia perkhidmatan keselamatan adalah antara 400 syarikat makro dengan enam atau lebih pekerja di  seluruh negara diberi kelonggaran untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum sehingga 31 Dis tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot hari ini.
  
Beliau berkata selepas 1 Jan tahun depan, kementeriannya tidak akan lagi memberi sebarang pengecualian kepada mana-mana syarikat yang dikehendaki membayar gaji minimum RM800 sebulan di Sarawak, Sabah serta Labuan dan RM900 di Semenanjung mengikut Perintah Gaji Minimum 2012 bagi sektor swasta.
  
Surat permohonan terkini (bagi penangguhan) yang diterima adalah daripada sebuah syarikat perladangan di Sarawak yang akan dirujuk kepada Majlis Perundingan Gaji Negara untuk keputusan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Birumuh 2013 dan program '1Malaysia Support For Housewives' dan Azam Kerja peringkat negeri di sini.
  
Syarikat mikro dikategori sebagai mempunyai lima pekerja ke bawah.  

Beliau berkata pada masa ini terdapat kira-kira 12.8 juta pekerja di Malaysia, termasuk 1.4 juta penjawat awam dan 1.5 juta pekerja asing.
  
Bagaimanapun, tiada angka rasmi mengenai pekerja tanpa izin namun berdasarkan anggaran bagi setiap seorang pekerja asing yang sah, terdapat sekurang-kurangnya seorang pekerja tanpa izin, menjadikan jumlah keseluruhan pekerja asing di negara ini adalah tiga juta orang, katanya.
  
Ketika berucap, Riot berkata program '1Malaysia Support For Housewives' yang diperkenalkan kementeriannya melibatkan 40,000 suri rumah daripada pelbagai sektor pekerjaan, pendaftaran dalam portal JobsMalaysia dan pembabitan dalam program menjana pendapatan tahun ini di seluruh negara.
  
Sehingga Mei tahun ini, di bawah program itu, JobsMalaysia berjaya membantu 27,131 suri rumah, ibu tunggal, wanita kurang upaya dan kumpulan sasar lain untuk menjana pendapatan, katanya.
  
Bagi program pembasmian kemiskinan 1Azam pula, beliau berkata 7,000 orang, 5,000 di Semenanjung dan 1,000 masing-masing di Sabah dan Sarawak, akan dibantu tahun ini. - Bernama

Pencemaran merentasi sempadan



ULASAN Rakyat Malaysia dan Singapura dihidangkan dengan jerebu tebal yang berasal dari pembakaran terbuka hutan di Indonesia.

Kita telah menyaksikan bahawa indeks pencemaran udara telah melepasi tahap sangat bahaya. Kehidupan harian terjejas dengan penutupan sekolah dan institusi lain.

Malah, ia juga telah memberikan sedikit ketegangan hubungan antara negara terbabit. Syukur kita ucapkan, di sebalik banyak rungutan, pemimpin dan rakyat negara kita masih lagi boleh bersabar dan berfikiran rasional.

NONEIni bukanlah kali pertama krisis jerebu berlaku di rantau Asia Tenggara.
Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, kita boleh menjangkakan bahawa krisis pencemaran merentas sempadan ini akan terus berlaku di masa hadapan.

Sejarah membuktikan bahawa banyak krisis merentas sempadan telah direkodkan dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyelesaikannya.

Seharusnya kita menyediakan payung sebelum hujan, bukan sudah terhantuk baru terngadah.

Artikel ini tidak bertujuan untuk menuding mana-mana pihak yang bersalah, tetapi untuk membawa pembaca memikirkan dan mengambil peduli era baru pencemaran merentas sempadan ini.

Impak pada dunia
Sejak zaman perindustrian, berbagai bentuk pencemaran direkodkan. Pencemaran udara, air, radioaktif, tumpahan minyak, bahan kimia berbahaya, hujan asid dan berbagai lagi.

Penyebaran pencemaran melalui udara sangat cepat dan susah untuk dikawal. Ia memerlukan tindakan pantas pihak yang berkaitan.

Sekiranya ia hanya melibatkan jerebu, mungkin rakyat masih boleh bertahan untuk satu jangka waktu. Tetapi, sebagai contoh sekiranya ia melibatkan pencemaran radioaktif, sudah tentulah ia akan membawa musibah yang besar.
azlanPada abad ke-13, King Edward I menjatuhkan hukuman keras terhadap penduduk kota London yang melakukan pembakaran terbuka arang batu. 
Revolusi industri telah memburukkan lagi keadaan.

Pada tahun 1952, pencemaran dari kilang dan rumah telah bercampur dengan pengewapan udara sehingga membunuh 4,000 penduduk London hanya dalam beberapa hari sahaja.

Sebagai contoh yang lain, Greenpeace melaporkan bahawa 70 peratus dari sungai dan tasik di China telah dicemar oleh bahan buangan industri.

Ini memaksa lebih dari 300 juta penduduknya menggunakan sumber air yang tercemar. Bayangkan sekiranya pencemaran tersebut merentas sempadan, sudah tentu ia memberikan impak yang lebih besar terhadap masyarakat dunia.

Mangsa kealpaan

Sementara itu, kita tentu masih ingat tragedi tumpahan minyak Exxon Valdez pada tahun 1989. Sebanyak 11 juta gelen minyak mentah ke laut Alaska. Ia mengakibatkan pencemaran minyak sehingga 3,000 batu persegi, membunuh ribuan burung, ikan dan hidupan liar.

NONELebih tragis lagi bila kita mengenangkan peristiwa kebocoran loji nuklear Chernobyl pada tahun 1986. Kesan radiasi menjangkau sehingga ke langit Sweden sejauh kira-kira 1,100 kilometer.

Sweden mengesan lonjakan bacaan radiasi di ruang udaranya. Setelah yakin bahawa tiada kebocoran loji nuklear di negara mereka, Sweden mendesak Soviet Union sehingga membawa pengumuman rasmi peristiwa tersebut oleh Presiden Mikhail Gorbachev.

Dianggarkan kira-kira 6.6 juta orang terkena radiasi, yang mana 9,000 orang adalah terdedah terhadap radiasi tinggi.
Rentetan peristiwa pencemaran di atas seharusnya menjadi rujukan untuk kita lebih bersedia menghadapi berbagai kemungkinan krisis pencemaran merentas sempadan.

Pelan tindakan bersama harus dirangka kerana jika pencemaran tersebut berskala besar, satu negara tidak mungkin mampu menyelesaikannya sendirian.

Sama ada kita mahu menggunakan pendekatan kehakiman atau musyawarah, sesuatu harus dilakukan bermula saat ini. Kita tidak mahu menjadi mangsa seperti di atas hanya kerana kealpaan kita.

MOHD HANAFI ANI, DR ENG, pembantu professor, Jabatan Pembuatan dan Bahan, Kulliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sabtu, 29 Jun 2013

MKN Isytihar Perintah Kecemasan Jika IPU Cecah 500 - Palanivel



BANTING: Majlis Keselamatan Negara akan mengisytiharkan perintah kecemasan jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di mana-mana kawasan tertentu mencecah 500 dan ke atas.

Ini telah diputuskan pada mesyuarat Kabinet, Jumaat, kata menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

"Sekolah (di kawasan di mana) bacaan IPU mencecah 200 dan ke atas juga boleh (memilih untuk) ditutup tetapi seperti kata Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ia bergantung kepada daerah," kata Palanivel selepas lawatan kerja ke Pulau Kempas, di sini Sabtu.

Minggu lepas, Kementerian Pelajaran telah mengarahkan semua sekolah-sekolah di kawasan di mana bacaan IPU 300 dan ke atas ditutup.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Ahad lalu berkata ibu bapa mempunyai budi bicara untuk tidak menghantar sekolah jika mereka bimbang jerebu menjejaskan kesihatan anak-anak mereka.

MIC Mengesyaki Persaraan Singham Ada Kaitan Dengan Kes Kugan


KELAB GREENBOC

Pemimpin MIC Senator Datuk Jaspal Singh hari ini meragui persaraan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham pagi ini mungkin disebabkan oleh keputusannya melibatkan kematian dalam tahanan A. Kugan dua hari lalu.

Bendahari Agung tersebut berkata meskipun benar persaraan Singham itu adalah mengikut proses yang sewajarnya, kerajaan perlu menolak dan mengekalkan hakim tersebut kerana cara pengendaliannya yang tegas dan rakyat Malaysia memerlukan individu yang berprinsip seperti beliau.

"Saya secara jujur berharap beliau tidak dipaksa untuk bersara."

"Jika itu adalah keputusannya sendiri untuk berhenti, saya menggesa kerajaan untuk menolak perletakan jawatannya. Malaysia sangat perlukan hakim berprinsip seperti beliau," kata Jaspal.

Jaspal juga menggesa supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunaikan janjinya di dalam Parlimen yang mengatakan tidak akan melindungi pesalah dengan membuka semula kes Kugan dan pembunuhnya mesti didakwa dan dihukum dengan segera.

"Beliau (Ahmad Zahid) perlu tunaikan janjinya," kata Jaspal lagi.

Di samping itu, Jaspal juga menegaskan supaya kerajaan supaya menimbangkan cadangan oleh Singham supaya ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebagaimana dicadangkan Suruhanjaya Diraja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah, malah mempercepatkan penubuhan institusi tersebut.

"Kabinet mesti menyemak semula keputusan tersebut, terutamanya selepas penghakiman oleh beliau."

"Sama ada ia IPCMC atau lain-lain, secara jelasnya polis tidak boleh menyiasat diri mereka sendiri," tambah beliau.

Dua hari lalu, beliau membuat penghakiman mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab terhadap kematian A.

Kugan tiga tahun lalu semasa berada dalam tahanan polis.

Singham yang masih bujang merupakan hakim paling kanan di Mahkamah Tinggi pada ketika ini.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.

Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis. Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, empat hari kemudian, beliau ditemui mati. Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan.

Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu. -TMI