HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Julai 2021

Pendakwaan, pembelaan mohon tangguh perbicaraan Najib berkait dana SRC RM27 juta

Pada 3 Feb 2019, Najib Razak mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan 
pengubahan wang haram yang mendakwa beliau menerima wang berjumlah RM27 
 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes rasuah Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta memohon supaya perbicaraan kes tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan bekas perdana menteri itu berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC di Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas prosiding pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini.

“Kes SRC RM27 juta telah ditetapkan untuk bicara bermula 2 hingga 9 Ogos ini tetapi memandangkan Mahkamah Rayuan masih belum memberi keputusan berhubung rayuan kes SRC RM42 juta, kami perlu memohon penangguhan perbicaraan kes di mahkamah ini sementara menunggu keputusan rayuan itu yang berkemungkinan akan sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Oleh itu, penangguhan kes SRC RM27 juta ini perlu kerana bukti di dalam kes ini saling berkaitan dengan kes SRC RM42 juta dan ia turut membabitkan jejak wang yang sama,” katanya.

Beliau berkata, Mohamed Zaini telah mengarahkan kedua-dua pihak menulis surat kepada mahkamah hari ini bagi memohon penangguhan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bermula pada Isnin depan (2 Ogos) dan pendakwaan juga akan meminta agar tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan pada Ogos tahun ini serta Mac dan April 2022 dilapangkan.

Peguam Rahmat Hazlan, yang mewakili Najib, ketika dihubungi turut mengesahkan permohonan penangguhan perbicaraan kes SRC RM27 juta itu.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang mendakwa beliau menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen namun kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 atas permohonan pihak pendakwaan.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Najib mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan yang kemudian mendengar kes tersebut pada 5 April hingga 18 Mei lepas dan menangguhkan keputusan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak

Cabutan bertuah untuk tarik daftar vaksin

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mencadangkan kerajaan memberikan insentif kepada rakyat yang berdaftar untuk program vaksinasi.

Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berkata, langkah itu sebagai usaha menggalakkan lebih ramai tampil mendaftar dan menerima vaksin.

Katanya, Malaysia mungkin boleh mencontohi beberapa negara luar yang memberikan insentif seperti cabutan bertuah mendapat rumah dan pelbagai hadiah lain.

"Dalam masa yang sama syarikat korporat membantu kerajaan dalam pemberian insentif ini seperti di Hong Kong ada syarikat yang tawarkan rumah sebagai cabutan bertuah kepada mereka yang menerima vaksin,

"Saya tidak nampak apa-apa insentif diberikan kepada mereka yang berdaftar. Saya percaya jika ada insentif, ini dapat menarik 20 peratus mereka yang masih belum berdaftar," katanya pada sesi perbahasan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Tze Tzin turut meminta kerajaan menyiasat kes memotong giliran mendapatkan vaksin dan mendakwa ada pemimpin politik berbuat demikian.

"Saya diberitahu ada Ketua Bahagian UMNO memotong 'queue' untuk mendapatkan vaksin yang menafikan hak dan peluang orang lain," katanya turut pertikaikan kecekapan aplikasi MySejahtera

Tze Tzin turut memberikan komitmen akan membantu kerajaan dalam memastikan program vaksinasi terus berjalan, terutama di kawasannya supaya usaha mencapai imuniti kelompok itu dapat dicapai secepat mungkin.

"Seperti di kawasan Parlimen saya, dipastikan membantu proses menghantar warga tempatan mendapatkan vaksinasi.," katanya.

Terdahulu, beliau membangkitkan keperluan untuk kerajaan menyediakan pelan vaksin penggalak seperti dilaksanakan di Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Sudah sampai masanya kerajaan memikirkan perkara itu berikutan pertambahan kes sejak kebelakangan ini," katanya.

Beliau juga meminta kerajaan menyediakan rancangan perlindungan untuk pelajar sekolah yang ketika ini tidak menerima vaksin COVID-19.

"Kita mahu satu pelan perlindungan ini supaya pelajar dapat kembali ke sekolah selepas hampir dua tahun belajar di rumah," katanya.

Kejahilan berhujah MP pembangkang macam orang ada penyakit mental – Razali

MGF27082018_Angkat-Sumpah-Ahli-Dewan-Negara_13
Senator Datuk Razali Idris.

KUALA LUMPUR – Kejahilan berhujah dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang dalam Dewan Rakyat semalam disifatkan seperti golongan yang ada ‘penyakit mental.’

Tingkah laku ahli Parlimen pembangkang yang langsung tidak menghormati Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta Perdana Menteri serta mencemuh Menteri Kewangan pada sesi penggulungan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah perbuatan yang sungguh biadab.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu, Senator Datuk Razali Idris berkata, semua ahli Parlimen perlu menghormati hasrat murni Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar mesyuarat khas Parlimen dijayakan dalam keadaan lancar.

“Tujuan mesyuarat khas Parlimen ini adalah sebagai satu proses semak dan imbang untuk melihat negara terus ditadbir dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Razali, jangan dicemarkan kesucian Dewan Rakyat dengan polemik serta retorik yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang semalam.

“Sikap ahli Parlimen pembangkang Dewan Rakyat tidak langsung menunjukkan sebagai seorang penggubal undang-undang malahan tidak langsung menghormati Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, sekaligus mencemarkan nama baik institusi Parlimen Malaysia.

“Rakyat Malaysia sangat hairan akan sikap “penyakit mental” ahli Parlimen pembangkang yang diterjemahkan di dalam Dewan Rakyat semalam kerana rakyat Malaysia amat mengharapkan penerangan, perbincangan, perbahasan dan pertanyaan yang bernas dan berilmiah dapat dicapai dengan solusi terbaik bagi membantu rakyat dan ekonomi negara,” katanya lagi.

Menurutnya, jangan dimomokkan dengan sikap jelik dan membuang masa sepanjang mesyuarat khas Parlimen ini kerana pengundi dan rakyat memerhatikan wakil rakyat yang berwibawa untuk pilihan raya umum yang akan datang.- MalaysiaGazette

DISYORKAN UNTUK ANDA:

  BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT           

Pembangkang tak puas hati penjelasan Dr. Adham

MGF30032021_FORUM-DEMOKRASI22
Khalid Abd. Samad

KUALA LUMPUR – Pembangkang tidak puas hati dengan penerangan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berhubung Covid-19 yang didakwa tidak ada tindakan bagi mengekang penularan pandemik.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad menjelaskan, penerangan selama 55 minit yang diambil oleh Dr. Adham hanya menjelaskan mengenai kes terdahulu, jumlah peruntukan dan penambahan hospital serta peralatan.

“Tapi menteri tidak bentang pun analisa apakah kesilapan dan kegagalan kerajaan dalam menangani pandemik ini.

“Sedangkan, kita tahu keadaan sekarang ini cukup terdesak dan runcing. Apa yang kerajaan buat, tidak ada analisis mengenainya. Bayangkan, daripada kes 200 ke 300 sehari, kini mencecah lebih 17,000 kes sehari, tidak ada penjelasan.

“Apa yang dikemukakan Menteri ialah apa yang sedang dibuat, tambah itu, tambah ini, yang kita nak tahu apa tindakan yang diambil kerajaan untuk menangani peningkatan angka ini,” katanya pada sesi Persidangan Khas Parlimen hari ini.

Menurut Khalid, kegagalan itu menyebabkan pembangkang mendedahkan kesilapan demi kesilapan dalam menangani pandemik Covid-19 yang tidak dilakukan oleh kerajaan.

Tegas beliau, segala komen dalam tulisan dari netizen khususnya pihak J-Kom, tidak habis menyalahkan kerajaan Selangor kerana kes harian tertinggi adalah di negeri itu.

“Sedangkan, kita berada dalam keadaan darurat, yang mana kerajaan Selangor hendak bersidang pun tidak boleh, apatah lagi hendak menangani kecemasan yang hebat ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Jangan jadikan Dewan Rakyat medan perbalahan – Gerakan

166B8689-D21F-46BA-B7B4-31016ACC6491-e1625043802918
Oh Tong Keong.

GEORGE TOWN – Parti Gerakan mengingatkan semua ahli-ahli Parlimen memanfaatkan sidang Parlimen Khas untuk membantu rakyat dan bukan dijadikan medan perbalahan.

Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong berkata, pihak pembangkang tidak membangkitkan isu yang dihadapi rakyat di kawasan mereka tetapi lebih minat menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat semalam.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mempercepatkan persidangan Parlimen seperti yang diminta oleh pihak pembangkang supaya kedua-dua pihak boleh berbincang dengan mendalam dan terperinci mengenai langkah pencegahan penularan Covid-19.

“Bagaimanapun, semua ahli Parlimen seharusnya memberi cadangan atau pandangan yang konstruktif, bukan bertelingkah dalam persidangan itu.

“Tindakan mereka itu menunjukkan pihak pembangkang lebih berminat dalam perjuangan politik mereka, bukan kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Tong Keong, semua ahli Parlimen perlu membangkitkan masalah yang dihadapi rakyat yang ketika ini hidup dalam kesempitan susulan daripada penularan Covid-19.

“Semua ahli Parlimen harus merasa bersalah dan insaf atas tindakan mereka semalam di dalam Dewan Rakyat yang telah membuang masa tanpa membincangkan perkara yang berhubung kait secara langsung dengan kepentingan rakyat.

“Saya berharap, pemimpin kita bukan pemimpin yang hanya tahu bertelingkah dengan mana-mana pihak yang mengutarakan kenyataan dan pandangan mereka. Mereka harus saling hormat-menghormati, bukan bertengkar dan memaki-maki antara satu sama lain,” tegas Tong Keong. – MalaysiaGazette

Kalau ikut saranan UMNO, keadaan Covid-19 tak seteruk ini – Zahid

MGF23112020_OWHMG-ZAHID08
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Pengakuan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di persidangan khas Parlimen semalam  bahawa lebih 50 peratus kluster tempat kerja melibatkan subkategori pengilangan telah mendedahkan siapa yang bertanggungjawab selama ini.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menteri berkaitan masih tidak mahu mengaku kesilapan dengan mengheret sama pihak lain, kononnya tindakan membenarkan kilang beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan keputusannya seorang.

“Beliau kata keputusan benarkan kilang-kilang beroperasi semasa total lockdown bukan keputusan beliau seorang. Ia dibuat secara kolektif dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Bukankah mesyuarat MKN dipengerusikan oleh Perdana Menteri? Perdana Menteri pun kena ‘petik’ gamaknya. Begitulah keadaannya. Mereka boleh tuding sana sini tetapi 60,000 yang dijangkiti itu sudahpun dijangkiti,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Semalam, Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelan Pemulihan Negara dalam sesi penerangan mengaku lebih 50 peratus kluster tempat kerja melibatkan subkategori pengilangan yang direkodkan sejak PKP ‘suam-suam kuku’ atau separuh masak berkuatkuasa pada 1 Jun lalu.

Atau lebih tepat, katanya, sebanyak 373 daripada 753 kluster tempat kerja yang direkodkan di Malaysia sehingga 23 Julai lalu, sekali gus mencatat kluster jangkitan Covid-19 tertinggi dalam tempoh itu iaitu hampir 60,000 kes.

“Dengan pengakuan Menteri Kewangan itu, maka menteri bertanggungjawab yang beri ‘lesen’ kepada kilang beroperasi sepanjang PKP jadi panas telinga. Mana boleh tahan beliau seorang saja kena di Parlimen agaknya, lalu kaitkan sama kawan-kawan lain.

“Jika mereka ikut saranan kita ketika itu supaya dilaksanakan PKP yang benar-benar total, mungkin keadaan tidak seteruk ini. Bukan untuk selama-lamanya pun. Hanya sehingga kita berjaya mengasingkan dan merawat mereka yang dijangkiti dan menurunkan kadar jangkitan.

“Namun, inilah antara sebab mengapa kita desak supaya Parlimen bersidang, supaya kita tahu fakta sebenar,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

Sudah lama tinggal di Malaysia tapi DAP masih tak tahu hormati Islam


Ahli Parlimen DAP menjerit-jerit di dalam Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen islam yang lain membaca al-Fatihah, semalam.

Perbuatan biadab Ahli Parlimen (MP) DAP menjerit-jerit ketika surah al-Fatihah dibacakan setelah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua yang berada di Dewan Rakyat bertafakur mengingati mangsa Covid-19, menunjukkan sikap mereka terhadap Islam.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, MP Puchong Gobin Singh Deo dan MP Teluk Intan Nga Kor Ming menjerit-jerit, tanpa menghormati surah al-Fatihah ketika itu sedang dibacakan untuk umat Islam yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Parti itu dengan MP mereka sudah cukup terkenal dengan keceluparan dan biadab, memperlekeh, mempertikai, memprovokasi Islam. Bapa Guan Eng, MP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pernah mengkritik khutbah Jumaat Jakim.

Demikian juga pemimpin wanita DAP, Chong Eng pernah mengkritik kewajiban wanita Islam menutup aurat.

Banyak lagi isu termasuk laungan azan yang dipertikaikan pemimpin DAP. Sebab itu tidak hairan apabila kebiadaban mereka terus ditunjukkan ketika MP Islam bertafakur membaca surah Al-Fatihah di Dewan Rakyat semalam.

Kejadian semalam berlaku ketika Perdana Menteri yang juga MP Pagoh mengucapkan takziah kepada semua mangsa Covid-19 dan meminta izin kepada Yang di-Pertua Dewan, Datuk Azhar Harun untuk bertafakur serta membaca doa sebagai menghormati mangsa yang terkorban.

“Sebelum saya memulakan penerangan, saya mewakili kerajaan dan seluruh ahli Parlimen dengan perasaan sedih dan hiba ingin menyampaikan salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa Covid-19 yang diuji dengan kehilangan insan-insan tersayang.

“Datuk Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk kita semua bertafakur seketika dan membaca surah al-Fatihah bagi mengingati mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia. al-Fatihah,” katanya.

Tetapi Guan Eng, Gobind, dan Kor Ming bangun menjerit-jerit tanpa menghiraukan Muhyiddin dan MP Islam lain yang sedang membacakan surah al-Fatihah.

Susulan sikap kurang ajar mereka itu, pemimpin DAP terbabit digesa meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.

“Tindakan mereka ini amat keterlaluan dan memalukan serta tidak boleh dibiarkan berlarutan,” kata Pengerusi Biro Agama Bersatu Datuk Shabudin Yahaya, sambil menggesa mereka yang terlibat memohon maaf.

Dalam kenyataan malam tadi beliau berkata wakil rakyat pembangkang terutama DAP perlu belajar untuk menghormati majlis dan tidak bersikap kurang sopan terhadap pemimpin negara.

Tindakan menganggu ketika Perdana Menteri membaca al-Fatihah kepada semua mangsa Covid-19 di Dewan Rakyat semalam menunjukkan sikap sebenar pemimpin DAP berkenaan terhadap Islam.

“Mereka langsung tak menghormati Perdana Menteri yang menyeru agar semua ahli Dewan (Dewan Rakyat) bertafakur serta membaca al-Fatihah kepada mangsa Covid-19. Inilah perangai sebenar pemimpin DAP yang tak tahu nak hormati majlis.

“Saya amat kesal dengan tindakan wakil rakyat DAP ini dan menggesa mereka memohon maaf kepada Perdana Menteri serta seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Ku Li mohon tukar kerusi dalam Dewan Rakyat, Zahid bakal menyusul?


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memohon untuk menukar kedudukan kerusinya dalam Dewan Rakyat untuk tidak lagi bersama-sama dengan ahli-ahli dewan yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Permohonan tersebut dibuat dalam satu surat yang dilihat Agenda Daily dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun bertarikh 26 Julai.

“Dengan hormatnya suka saya memaklumkan bahawa saya tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuk saya dalam Dewan Rakyat bersama-sama dengan lain-lain anggota Dewan Rakyat yang ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan yang ada,” katanya dalam surat tersebut.

Pemimpin veteran UMNO tersebut sebaliknya meminta untuk dipindahkan ke blok bebas dalam dewan yang tidak menyokong kerajaan sedia ada.

“Dengan makluman ini saya mohon mendapat persetujuan dan kerjasama Tuan Yang di-Pertuan memindahkan tempat duduk saya ke suatu kerusi dalam Dewan Rakyat berhampiran dengan kumpulan Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini,” katanya lagi.

Jelasnya, tindakan tersebut diambil atas kapasiti secara individu dan tidak melibatkan Ahli Parlimen (MP) lain yang satu parti dengan beliau.

“Saya belum mengetahui sama ada anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain daripada parti saya telah berurusan dengan Tuan Yang di-Pertuan mengenai tempat duduk mereka dalam Dewan Rakyat,” ujarnya.

Untuk rekod, Agenda Daily sebelum ini melaporkan kemungkinan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin berhasrat untuk menukar kedudukan kerusinya dalam Dewan Rakyat, beliau bagaimanapun tidak dapat menghadiri Sidang Khas Parlimen yang bermula semalam selepas didapati positif Covid-19.

Semalam, semua 38 MP daripada UMNO masih dilihat duduk di barisan blok kerajaan walaupun parti itu sebelum ini membuat keputusan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hanya yang berubah adalah tempat duduk Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila ditempatkan di sebelah Perdana Menteri, setelah beliau dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Sidang Khas Parlimen yang bermula semalam akan diadakan selama lima hari pada 26, 27, 28 dan 29 Julai serta 2 Ogos ini, ia pertama kali semenjak Proklamasi Darurat diisytiharkan pada Januari.

Sidang media berseorangan, Najib senada dengan pembangkang


Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media di Parlimen.

Senada dengan blok pembangkang, Ahli Parlimen (MP) Pekan Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan langkah diambil Putrajaya dalam mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat semalam walhal sebelum ini mereka beria-ria menolak proklamasi tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu membangkitkan sama ada langkah membatalkan proklamasi tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, ia memandangkan pelbagai persoalan timbul susulan keputusan dibuat kerajaan tersebut yang menurutnya mempunyai implikasi undang-undang dan boleh dipersoal keabsahannya.

“Adakah proses undang-undang telah diamalkan dalam erti kata apa-apa pembatalan Ordinan Darurat mesti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan digazetkan. Ini tidak dijelaskan.

“Kedua, pembatalan Ordinan Darurat ini boleh dibuat secara ‘backdated’ atau diterkebelakangkan, sama ada ini boleh dilakukan sebab implikasinya terhadap apa-apa tindakan yang diambil pihak berkuasa selepas 21 Julai itu boleh dipersoalkaan atau terbatal dari segi Undang-undang.

“Yang ketiga, enam ordinan termasuk ordinan pertama iaitu Induk Darurat 2021 boleh timbulkan soal kesahihan dari segi kesahihan Undang-undang dan keabsahan kerajaan dari 21 Julai sehingga 1 Ogos,” kata beliau semasa sidang media di Parlimen.

Najib berkata pembatalan tersebut sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum ia diputuskan terbatal.

“Barulah ia lengkap dari segi proses undang-undang. Dan ini pernah kita lakukan zaman saya dulu pun, undang-undang darurat yang kita batalkan mengikut proses ini.

“Perlu dibentangkan di kedua-dua dewan,” katanya.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memberitahu sebarang persoalan dan penjelasan berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang dibangkitkan Ahli-Ahli Parlimen akan dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Isnin.

Untuk rekod, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Januari lalu memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman berhubung Proklamasi Darurat dengan menamakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Azhar nafi tidak benarkan MP UMNO tukar kerusi dalam Dewan Rakyat


Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun.

Dakwaan mengatakan terdapat beberapa Ahli Parlimen (MP) UMNO tidak dibenarkan untuk memohon menukar kerusi dalam Dewan Rakyat adalah tidak benar, tegas Yang di-Pertua Datuk Azhar Harun.

Terdahulu, sebuah portal milik parti AMANAH melaporkan kononnya Azhar tidak membenarkan permohonan empat MP UMNO yang mahu menukar kedudukan kerusi dalam dewan, ia selepas MP Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah semalam menghantar surat memohon menukar tempat untuk berada di blok bebas tidak menyokong kerajaan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan berita tersebut dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada Ahli-Ahli Parlimen berkenaan.

“Saya anggap berita tersebut adalah satu pembohongan dan fitnah terhadap saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Awal hari ini, media melaporkan Tengku Razaleigh memohon untuk menukar kedudukan kerusinya dalam Dewan Rakyat untuk tidak lagi bersama-sama dengan ahli-ahli dewan yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Permohonan tersebut dibuat dalam satu surat yang dilihat Agenda Daily dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun bertarikh 26 Julai.

“Dengan hormatnya suka saya memaklumkan bahawa saya tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuk saya dalam Dewan Rakyat bersama-sama dengan lain-lain anggota Dewan Rakyat yang ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan yang ada,” katanya dalam surat tersebut.

Pemimpin veteran UMNO tersebut sebaliknya meminta untuk dipindahkan ke blok bebas dalam dewan yang tidak menyokong kerajaan sedia ada.

“Dengan makluman ini saya mohon mendapat persetujuan dan kerjasama Tuan Yang di-Pertuan memindahkan tempat duduk saya ke suatu kerusi dalam Dewan Rakyat berhampiran dengan kumpulan Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini,” katanya lagi.

Jelasnya, tindakan tersebut diambil atas kapasiti secara individu dan tidak melibatkan Ahli Parlimen (MP) lain yang satu parti dengan beliau.

Untuk rekod, Agenda Daily sebelum ini melaporkan kemungkinan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin berhasrat untuk menukar kedudukan kerusinya dalam Dewan Rakyat, beliau bagaimanapun tidak dapat menghadiri Sidang Khas Parlimen yang bermula semalam selepas didapati positif Covid-19.

Semalam, semua 38 MP daripada UMNO masih dilihat duduk di barisan blok kerajaan walaupun parti itu sebelum ini membuat keputusan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hanya yang berubah adalah tempat duduk Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila ditempatkan di sebelah Perdana Menteri, setelah beliau dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Sidang Khas Parlimen yang bermula semalam akan diadakan selama lima hari pada 26, 27, 28 dan 29 Julai serta 2 Ogos ini, ia pertama kali semenjak Proklamasi Darurat diisytiharkan pada Januari.

Selasa, 27 Julai 2021

Ordinan darurat: Najib kata PN akui gagal, Ibrahim nampak Umno lucu

 MALAYSIAKINI

 Malaysiakini

Pemansuhan lebih awal ordinan darurat yang didakwa secara senyap dan undur tarikh (backdated) membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara diam-diam akur mereka sudah hilang majoriti, kata Najib Razak.

PN juga, tambah bekas perdana menteri itu, bertindak sedemikian apabila gagal membeli lebih ramai ahli parlimen - yang dilabelnya sebagai katak - untuk menyokong kerajaan berkenaan.

"Memansuhkannya secara senyap dan secara backdated merupakan satu pengakuan bahawa kerajaan hari ini sudah hilang majoriti dan mereka telah gagal membeli lebih banyak katak," katanya dalam satu hantaran di media sosial pagi ini.

Menurut Najib lagi, dalam keadaan sekarang ada "katak" yang sudah melompat menyokong PN untuk menyelamatkan diri mereka kini sedang berkira-kira melompat semula.

"Tiada siapa pernah kata bahawa katak yang melompat sekali tidak akan melompat untuk kali kedua," tambahnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang, Takiyuddin Hassan, mengejutkan ramai orang apabila memaklumkan semua ordinan darurat yang diisytiharkan tahun ini tidak boleh diguna pakai mulai 21 Julai.

Tak maklumkan ke presiden

Ia bagaimanapun mengundang tanda tanya lanjut sama ada pembatalan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atau sebaliknya.

Perdebatan mengenai isu itu masih berlanjutan sehingga ke hari ini.

Kata Najib lagi, PN juga sudah tersalah langkah kerana gagal menangani wabak Covid-19 walaupun darurat dikuatkuasakan sejak 11 Jan lalu.

"Memansuhkannya lebih awal merupakan pengangkuan bahawa darurat sudah gagal memerangi Covid-19 dan sebenarnya tidak perlu dilaksanakan.

"Ianya hanya merosakkan keyakinan pelabur tanpa memberi sebarang manfaat pada negara," katanya.

Sementara itu, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin segera berundur selepas mencipta pelbagai kemelut dalam negara.

Ibrahim turut memetik tindakan kerajaan tidak segera mengumumkan penamatan ordinan darurat dan sama ada ia sudah mendapat perkenan Agong atau sebaliknya.

Lebih malang lagi katanya pemimpin Umno dalam kabinet juga tidak memaklumkan presiden mereka mengenai perkara itu.

"Sungguh memalukan juga apabila ahli-ahli kabinet dari Umno/BN yang turut sama membuat keputusan pada 21 Julai tidak memaklumkan kepada presidennya," kata Ibrahim.

Bekas timbalan menteri itu juga mendakwa apa yang berlaku sekarang lucu kerana tiada mana-mana menteri dari Umno memaklumkan hal tersebut kepada pemimpin mereka.

"Mungkin kerana Umno tidak keramat lagi bagi yang memegang jawatan?

"Kemelut dan krisis akan berterusan, tiada penyelesaian dan bertambah kusut.

"Tiada cara yang terbaik demi rakyat dan negara (untuk diselamatkan), kecuali perdana menteri mestilah segera mengundurkan diri secara terhormat," katanya dalam kenyataan.

Pembatalan ordinan darurat tak berperlembagaan, kata Mat Hasan

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Pembatalan ordinan darurat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) semalam adalah tidak berpelembagaan, kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Jelasnya, tindakan kerajaan PN sangat merisaukan jika dibenarkan berterusan dan negara akan menuju ke kancah “stealth authoritarianism”.

"Keadaan di mana dalam waktu krisis, kerajaan menggunakan undang-undang mengikut citarasa mereka. Di kala mereka wajar lebih telus, mereka melakukan sebaliknya. Apa lagi bila mereka menggunakan krisis untuk melemahkan pelbagai instrumen semak dan imbang.

"Atau menggunakan krisis untuk mengukuhkan lagi kuasa eksekutif dan bukannya memberdayakan kepercayaan nasional melalui pelbagai kerjasama demokratik rentas politik dan ideologi.

"Pembatalan ordinan darurat oleh kerajaan semalam kepada saya adalah tidak berpelembagaan. Pembentangan ordinan berkaitan darurat telah dijadualkan untuk dibentangkan dalam sidang parlimen khas. Namun secara tiba-tiba ia telah dibatalkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan mengejutkan Dewan Rakyat apabila mengumumkan kerajaan telah membatalkan enam Ordinan Darurat yang berkuat kuasa pada 21 Julai tanpa dibawa ke parlimen.

Pembatalan berkenaan yang menurut Perlembagaan Persekutuan seharusnya dilakukan melalui parlimen, dilihat mempunyai implikasi serius.

Pengumuman Takiyuddin itu menimbulkan pertikaian dalam kalangan ahli parlimen pembangkang dan juga Umno.

Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan pemansuhan lebih awal ordinan darurat yang didakwa secara senyap dan undur tarikh (backdated) membuktikan kerajaan PN secara diam-diam akur mereka sudah hilang majoriti.

PN juga, tambah bekas perdana menteri itu, bertindak sedemikian apabila gagal membeli lebih ramai ahli parlimen - yang dilabelnya sebagai katak - untuk menyokong kerajaan berkenaan.

"Memansuhkannya secara senyap dan secara backdated merupakan satu pengakuan bahawa kerajaan hari ini sudah hilang majoriti dan mereka telah gagal membeli lebih banyak katak," katanya dalam satu hantaran di media sosial pagi ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata tindakan yang diambil kerajaan PN itu tiada ketelusan.

Jelasnya, keputusan itu mencemarkan imej parlimen yang menurutnya dijadikan medan persendaan oleh kerajaan bagi memenuhi kepentingan mereka.

"Semua dilakukan tanpa ketelusan. Tiada pengumuman rasmi, tiada pembentangan di Parlimen, tiada makluman dari Istana Negara dan penwartaan.

"Parlimen bukan medan persendaan. Kerajaan PN menggunakan Parlimen hanya untuk memenuhi kepentingan mereka dan bukan kepentingan nasional.

"Ordinan darurat dilaksanakan tanpa di bentangkan di Parlimen, tidak di debatkan dan pelaksanaannya tidak dapat di semak dan imbang oleh Parlimen. Pembatalannya juga hanya dimaklumkan di Parlimen. Sejak bila Parlimen hanya menjadi ‘rubber stamp’ kepada keputusan kabinet?" katanya lagi.

Sementara itu Mohamad berkata Umno telah melakukan tugasnya senafas dengan desakan rakyat menentang perisytiharan darurat, mendesak pembatalannya, mengembalikan persidangan parlimen dan fungsi Perlembagaan.

Ujian massa 'terlalu lambat', Dzulkefly ramal kes harian terus naik

Malaysiakini

Kerajaan persekutuan "terlalu lambat" melakukan ujian besar-besaran Covid-19, kata Dr Dzulkefly Ahmad (Pakatan Harapan-Kuala Selangor), yang meramalkan angka Covid-19 akan terus meningkat meskipun Pelan Pemulihan Negara (PPN) sedang berjalan.

Ketika Selangor merekodkan sekitar 4,000 kes baru Covid-19 kes setiap hari, Dzulkefly mengatakan bahawa dia percaya jumlah sebenar adalah sekitar 10,000 sehari, kerana bilangan ujian dilakukan rendah.

"Kementerian Kesihatan terlalu lambat, mereka hanya memulakan ujian massa hanya ketika PPN diperkenalkan.

"Terlalu sedikit, terlalu lambat. Itulah sebabnya jumlah kes harian tidak akan turun buat masa ini dan saya meramalkan akan bertambah buruk.

"Saya meramalkan bahawa Selangor berada pada kadar 10,000 kes ketika jumlah yang diumumkan hanya sekitar 3,000 hingga 4,000.

"Orang ramai marah kepada saya tetapi itu adalah data dan sains,” kata Dzulkefly semasa sesi Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba telah menyampaikan taklimatnya mengenai pelan tindakan Malaysia untuk menangani wabak Covid-19 di Parlimen.

Dzulkefly, yang merupakan bekas menteri kesihatan, juga menekankan pentingnya sistem pengesanan kontak yang cekap dan tepat.

Kaedah pengesanan kontak semasa yang digunakan di Malaysia lemah berbanding dengan kaedah pengesanan kontak automatik yang diamalkan oleh negara lain, katanya.

"Jangan salah faham bahawa kes sporadik bermaksud ia tidak berkaitan dengan mana-mana kluster. Sama ada tidak berkait dengan kluster atau tidak, ia (kontak rapat) masih dapat dikenal pasti.

"Tetapi mengapa kita tidak dapat mengenal pasti ini? Kerana kita tidak mengikuti rangkaian penularan.

"Itulah peranan pengesanan kontak. Sekiranya (sistem pengesanan kontak) bergantung pada MySejahtera, yang merupakan separa manual, kalaupun bukan sepenuhnya manual, itu hanya aplikasi imbasan QR kerana kita tidak dapat menjadikannya automatik sepenuhnya,” katanya.

Jelas Dzulkefly lagi, di negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura, mereka tidak hanya menggunakan aplikasi seperti itu, tetapi turut memanfaatkan teknologi Bluetooth, misalnya, untuk mengesan kontak rapat.

Dzulkefly, yang merupakan ketua Pasukan Petugas Selangor untuk Covid-19, juga membidas kerajaan persekutuan kerana tidak berkongsi data terperinci mengenai penularan Covid-19, yang sangat penting untuk memerangi wabak itu.

"Kamu mahu kami bertempur, kamu menolak kami ke gelanggang, tetapi kamu membutakan mata kami dan mengikat tangan kami di belakang," katanya.

MP PAS: Hanya k'jaan PN respons tuntutan doktor kontrak

Seorang ahli parlimen PAS mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini dikecam kerana disifatkan mengabaikan kebajikan doktor kontrak junior.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, hanya pentadbiran PN yang mempunyai rancangan komprehensif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh doktor kontrak yang berlaku sejak zaman BN.

"Isu ini telah bermula sejak 2016 lagi di zaman BN. Berlarutan hingga 2018 zaman Pakatan Harapan (PH), sehingga zaman ni kerajaan PN.

"Perlu diingatkan hanya PN memberi respons kepada tuntutan doktor ini melalui arahan perdana menteri kepada Kementerian Kesihatan, untuk kemukakan pelan komprehensif untuk selesaikan isu ini," katanya pada sesi perbahasan penerangan Kementerian Kesihatan di Parlimen, petang ini.

"Saya secara peribadi menyanjung usaha rakan-rakan doktor kontrak ini, yang berani menyuarakan pandangan untuk bela masa depan kerjaya mereka, (termasuk) mana yang terlibat langsung secara protes, atau yang tetap jaga pesakit mereka," tambahnya.

Menurut Abdul Latiff, PAS sebagai parti komponen kerajaan PN telah mengemukakan cadangan mengenai perkara berkaitan doktor kontrak kepada perdana menteri pada 28 Jun lalu.

Jelas Abdul Latiff, Muhyiddin telah menerima baik cadangan PAS itu dan telah dimasukkan dalam arahan kajian oleh KKM.

Tambahnya, bagi mengatasi masalah doktor kontrak untuk jangka panjang, ia memerlukan perancangan yang rapi kerana akan memberi impak yang besar kepada negara.

“Tentunya ia tidak boleh dilakukan atas dasar sentimen atau emosi. Ia perlu juga dilakukan secara menyeluruh kerana beban penggajian akan meningkat melebihi RM2 bilion setahun dengan jangkaan pertambahan RM250 juta setiap tahun.

“Kos ini melibatkan pengambilan semua graduan perubatan yang seramai 5,000 orang, yang dihasilkan negara setiap tahun,” katanya.

Justeru, katanya, pengumuman rasmi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 23 Julai lalu adalah komitmen kerajaan untuk mengatasi masalah doktor kontrak tersebut dengan reformasi yang menyeluruh dalam perkhidmatan kesihatan negara.

Komitmen itu katanya lagi, tidak pernah dilakukan oleh kerajaan BN dan kerajaan PH sebelum ini.

Sementara itu Mohamad Alamin (BN-Kimanis) turut meminta kerajaan menyelesaikan isu doktor kontrak secepat mungkin.

“Saya faham kesengsaraan seorang doktor, isteri saya juga seorang doktor, saya harap kerajaan serap mereka secepat mungkin bagi membolehkan mereka dapat melanjutkan pelajaran dan menjadi pakar, bila mereka menjadi pakar untung kepada kerajaan juga apabila mereka dapat kembali berbakti krpada negara,” katanya.

Pada 23 Julai lalu Jemaah Menteri bersetuju supaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Dalam satu kenyataan Muhyiddin berkata, langkah penyelesaian segera itu adalah bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Semalam, sekumpulan doktor kontrak di beberapa hospital utama mengadakan protes sebagai sebahagian daripada Gerakan Hartal Doktor Kontrak.

Protes itu antara lainnya dibuat bagi menuntut laluan kerjaya yang adil dan faedah yang sama seperti doktor berjawatan tetap.

Apa jadi dengan kes Tajuddin, Xavier, SPRM ditanya Nicholas Chung

 
 email sharing buttonTajuddin Abdul Rahman ditahan susulan dakwaan salah guna kuasa, manakala 
Xavier Jayakumar disiasat berhubung penangkapan pembantu dan rakan baiknya.

PETALING JAYA: Dua kumpulan anti-rasuah mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan perkembangan terbaharu siasatan kes membabitkan dua Ahli Parlimen, Tajuddin Abdul Rahman dan Xavier Jayakumar.

Transparency International Malaysia (TI-M) berkata, menjadi keutamaan agensi berkenaan memberi maklum balas perkembangan siasatan kes terbabit, lebih-lebih lagi sebelum ini, SPRM mengesahkan siasatan terhadap Xavier, manakala Tajuddin pula pernah ditahan.

Presidennya, Muhammad Mohan ketika memberitahu FMT berkata, SPRM sepatutnya mengelak tanggapan negatif awam yang berpandangan kes membabitkan kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan boleh dibersihkan sekiranya menyokong kerajaan memerintah.

“Adalah penting kepada SPRM meningkatkan imejnya dalam kalangan masyarakat. Dalam dapatan Barometer Rasuah Global Transparency International 2020, menunjukkan penarafan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap SPRM adalah 74%.

Ini boleh ditingkatkan sekiranya SPRM secara kerap berhubungan dengan masyarakat awam dan melaksanakan amanah tanpa takut dan pilih kasih. Bagaimanapun, pendirian mendiamkan diri dan tidak memaklumkan perkembangan siasatan itu mampu menjurus kepada defisit kepercayaan tentang kebebasan agensi itu,” katanya.

Satu lagi badan anti-rasuah, Pusat untuk Melawan Rasuah dan Kronisme (C4) berkata, SPRM mesti berterusan melaksanakan amanah secara bebas, terutama ketika akauntabiliti agensi itu berada pada tahap terendah.

Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel berkata, SPRM juga perlu melawan campur tangan politik, sambil merujuk kepada skandal 1MDB yang sebelum ini secara langsung mendapat campur tangan daripada pihak Eksekutif di agensi berkenaan.

“SPRM sekurang-kurangnya perlu memberi maklum balas maklumat siasatan kes membabitkan Xavier, Tajuddin dan beberapa orang lagi, dan bukan sekadar menunggu untuk bertindak selepas mereka tidak mempunyai kuasa,” katanya kepada FMT.

Feb lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, mengesahkan Xavier disiasat susulan penangkapan pembantu dan rakan baiknya, MA Tinagaran, seminggu sebelum itu. Ahli Parlimen Kuala Langat itu keluar PKR dan mengumumkan sokongannya terhadap kerajaan pada 13 Mac lalu.

Sejak daripada itu, tiada perkembangan terbaharu dilaporkan SPRM.

Tajuddin pula ditahan SPRM pada 28 Mei atas dakwaan salah guna kuasa. Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan pada hari sama.

Dalam pada itu, Mohan turut menyokong gesaan membabitkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi pembaharuan Pejabat Peguam Negara, seperti dicadangkan bekas menteri undang-undang Azalina Othman Said.

Beliau berkata, kunci utama kepada pembaharuan berkenaan adalah pengasingan kuasa Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang kerajaan daripada tugasnya sebagai Pendakwa Raya, demi mengelak konflik berkepentingan.

“Pengumuman kerajaan mahu mengasingkan dua peranan ini sangat dialu-alukan dan perlu mendapat sokongan daripada kedua-dua pihak kerajaan mahupun pembangkang.

“Namun, ahli dalam RCI perlulah daripada kalangan dihormati dan bebas. Mereka boleh dipilih daripada Majlis Peguam atau terdiri daripada bekas hakim.

“Sekiranya kredibiliti ahli RCI berkenaan boleh dipertikai, pastinya dapatan hasil RCI tidak diterima oleh orang awam,” katanya.

Shahidan mahu balas dendam, janji ganggu masa Khalid berucap

MGF03082020_PERSIDANGAN-DEWAN-RAKYAT_18
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim (kanan) berbual bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.

KUALA LUMPUR – Perang mulut antara ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang terus berlaku pada sesi petang ini apabila Pengerusi Ahli-Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) Datuk Seri Shahidan Kassim diganggu semasa berucap.

Ahli Parlimen Arau (UMNO) itu kemudiannya menyelar ahli Parlimen pembangkang yang sering mengganggunya sebagai gangguan orang sakit mental.

Shahidan sebelum ini menyindir kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal mengendalikan keadaan ketika awal penularan virus Covid-19 di negara ini.

“Gangguan orang sakit mental ini menyebabkan saya tidak dapat menghabiskan perbahasan ini. Orang ini kena periksa di hospital terlebih dahulu,” katanya pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang bangkit menyerang Shahidan dan menyifatkan beliau sendiri perlu pergi mendapatkan rawatan mental.

Shahidan juga memberi jaminan untuk kekal dalam dewan kerana telah diganggu dengan teruk terutama oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Beliau berjanji akan membalas dendam untuk mengganggu Khalid sekiranya pemimpin Amanah itu berucap di Dewan Rakyat kelak.

“Saya hendak bercakap bagi pihak rakyat, rakyat Arau, Perlis,” katanya.

Shahidan dan Khalid juga terus bertekak mengenai peruntukan RM300,000 untuk program bakul makanan apabila beliau mendakwa dapat membantu 6,000 rakyat di Arau.

Namun Khalid mempertikaikan perbezaan populasi penduduk antara Parlimen Arau dan Shah Alam dan jumlah itu tidak mencukupi. – MalaysiaGazette

DISYORKAN UNTUK ANDA:

  BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT          

Anwar petik nama Presiden UMNO dalam Parlimen, rindu ke?

AGENDA DAILY

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketiadaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dirasai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memetik nama anak muridnya itu semasa Sidang Khas Parlimen hari ini dalam ucapannya.

Untuk rekod Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sedang menjalani kuarantin kendiri selepas didapati positif Covid-19 dan tidak dapat menghadiri sidang khas.

Anwar tidak berpuas hati dengan keputusan Kerajaan yang mengumumkan Proklamasi Darurat tidak akan dilanjutkan selepas berakhir pada 1 Ogos ini dan mendesak supaya perkara tersebut dibahaskan atas alasan perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong walhal diketahui umum blok pembangkang sendiri yang mendesak supaya ia dibatalkan dengan segera.

“Saya teliti, Presiden UMNO sendiri pun minta bahas soal darurat, ya tapi maknanya ia tidak lagi suara kecil, ia suara majoriti rakyat,” katanya dalam Dewan Rakyat.

Anwar sebelum ini dikaitkan dalam pakatan sulit dengan Zahid untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar mendesak kerajaan dan Perdana Menteri seharusnya terlebih awal menyembah maklum dan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara demikian.

“Apakah pembatalan ini telah mendapat perkenan Agong? Oleh demikian pengumuman tidak boleh dibuat tanpa perkenan Seri Paduka dan ia seolah-olah satu penghinaan kepada Majlis Raja-Raja.

“Kerajaan dan Perdana Menteri harus bertanggungjawab kerana usul terlebih dahulu tetapi mengetepikan institusi raja dengan harus mendapat perkenan terlebih dahulu,” katanya lagi.

Anwar pada 25 Januari lalu memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman dengan menamakan PM dan kerajaan masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Terdahulu di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan kerajaan bersetuju untuk tidak melanjutkan darurat kesihatan selepas perintah sedia ada tamat 1 Ogos ini.

Sehubungan itu kerajaan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk melanjutkannya.

“Saya ingin mengesahkan pada hari ini, bahawa Kerajaan Persekutuan memutuskan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila tamat pada 1 Ogos 2021.

“Kerajaan telah buat keputusan berdasarkan kepada perkara 105(3) Perlembagaan Persekutuan untuk membatalkan semua ordinan darurat yang dibuat semasa proklamasi darurat ini.

“Oleh itu, isu pembatalan (undang-undang) tidak lagi relevan,” katanya.

Shahidan kecam MP DAP sebagai biadab gelar Speaker “lapdog”


Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun.

Ahli Parlimen (MP) Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim kecam tindakan pemimpin DAP, Ram Karpal Singh yang memberi gelaran biadab “government lapdog” (anjing suruhan kerajaan) kepada Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun semasa awal persidangan di Parlimen pagi tadi.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) itu mendesak supaya MP Gelugor tersebut menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkannya satu penghinaan kepada Azhar kerana menghina orang Melayu dan agama Islam.

“Ada pihak pembangkang (Gelugor), dia kena tarik perkataan lapdog yang telah digunakan sebentar tadi… dia kena tarik.

“Dalam bahasa Melayu, ia mungkin bermaksud anjing yang dibelaikan, kita orang Islam mana boleh sebut macam itu… perkataan ini tidak boleh (digunakan), esok saya akan tengok siapa yang sebut perkataan lapdog itu,” kata Shahidan semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Selepas itu, MP Shah Alam Khalid Samad bangun mencelah dan mempertahankan kenyataan MP Gelugor tersebut dengan mendakwa kata yang dikeluarkan tersebut tidak haram untuk diperkatakan.

“Perkataan itu haram ke? Kamu nak buat fatwa ia haram ke?” soal Khalid terhadap Shahidan.

Dalam pada itu, Shahidan menyindir MP pembangkang supaya mendapatkan rawatan sakit mental di hospital kerana sering menganggu ucapan beliau semasa berbahas.

“Gangguan orang sakit mental ini menyebabkan saya tidak dapat menghabiskan perbahasan ini. Orang ini kena periksa di hospital terlebih dahulu,” katanya.

Kata-kata itu menyebabkan beberapa ahli Parlimen pembangkang bangkit kerana tidak berpuas hati.

Awal hari ini, Ram Karpal mengecam Azhar dengan gelaran biadab tersebut kerana tidak berpuas hati terhadap langkah kerajaan mengumumkan untuk tidak menyambung Proklamasi Darurat yang akan berakhir pada 1 Ogos ini.

PM pengerusikan Sidang Khas MKN


Status Facebook yang dimuat naik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Walaupun Sidang Khas Parlimen riuh-rendah dengan suara menjerit-jerit Ahli-Ahli Parlimen khususnya daripada blok pembangkang, ia tidak menghalang Tan Sri Muhyiddin untuk terus menjalankan tugasnya bagi memastikan negara keluar daripada krisis Covid-19 dengan segera.

Perdana Menteri menjalankan tanggungjawabnya mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menangani pandemik Covid-19 bermula jam 3 petang tadi dan berakhir 6.20 petang.

Perkara tersebut dikongsi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam akaun Facebooknya dan turut memuat naik gambar mesyuarat yang berlangsung secara maya tersebut.

“Dari jam 3:00 pm sehingga jam 6:20 pm petang tadi YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menangani pandemik Covid-19.

“Saya turut hadir secara atas talian,” katanya dalam status tersebut.

Sidang Khas Parlimen lima hari bermula hari ini yang menyaksikan kekecohan tercetus sejak awal pagi dengan sikap pemimpin pembangkang yang biadab sehingga mengeluarkan kata-kata kesat di dalam Dewan Rakyat.

Kekecohan tercetus semasa Muhyiddin mengucapkan takziah kepada semua mangsa Covid-19 dan meminta izin kepada Yang di-Pertua Dewan, Datuk Azhar Harun untuk bertafakur serta membaca doa sebagai menghormati mangsa yang terkorban.

Bagaimanapun, beberapa MP DAP bangun antaranya Lim Guan Eng dan Gobind Singh Deo dan Nga Kor Ming dan terus menjerit-jerit tanpa menghiraukan Muhyiddin yang sedang membacakan surah Al-Fatihah.

Dalam pada itu, seorang lagi Ahli Parlimen DAP, Ram Karpal Singh pula mengeluarkan kenyataan memaki Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun dengan menggelar beliau “government lapdog” (anjing suruhan kerajaan).

Semasa sesi petang pula, pemimpin pembangkang meneruskan kekecohan dalam dewan apabila bertikam lidah dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sesi soal jawab mengenai Program Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat.

Sentuh kluster kilang, Azmin dakwa Anwar guna emosi

MGF06112020_PEMBENTANGAN-BAJET11
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali hadir pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA,

KUALA LUMPUR – Ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan ‘kemarahan’ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson (PKR) dalam ucapannya sebelum itu menyentuh mengenai ‘malapetaka MITI’ yang menyebabkan kluster besar dalam penularan Covid-19 iaitu kluster kilang.

Anwar mengeluarkan hujahnya sambil merujuk kenyataan dan pengesahan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perkara tersebut sebelum ini.

Perkara itu membuatkan Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak (Bersatu) bangkit meminta penjelasan Anwar.

Suasana dewan mula menjadi tegang apabila Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd. Akin (PKR) meminta MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indutstri) menjawab mengenai kluster kilang.

Tegas Mohamed Azmin, Anwar perlu bercakap menggunakan fakta dan data yang betul.

“Saya ada fakta. Sektor pembuatan bukan penyumbang utama. (Anwar) Guna emosi, saya nak bentangkan fakta kamu guna emosi,” tegasnya.

Anwar kemudiannya menamatkan sesinya meminta kerajaan supaya jangan memihak kepada kilang-kilang besar. – MalaysiaGazette

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ini satu penipuan – Tun M

MGF13072020_SIDANG-PARLIMEN_16
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang bermula hari ini selama lima hari ini adalah satu penipuan.

Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan, ini kerana mesyuarat khas itu bukan seperti yang dizahirkan oleh Yang Di-Pertuan dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Menurut beliau, ia berikutan tiada perbahasan dibenarkan dan sidang hanya sekadar penerangan.

“Mesyuarat  ini bukan sidang Parlimen yang dititah Raja-Raja Melayu dan Agong serta rakyat faham ahli Parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

“Tetapi kerajan tidak hirau untuk adakan secepat mungkin. Kes Covid-19 meningkat beribu kes setiap hari yang kes kematian beratus, bunuh berpuluh kes selain rakyat menderita dan tiada  makanan,” katanya ketika berucap selepas sesi Dewan Rakyat bermula hari ini.

Dr. Mahathir terus mendakwa kerajaan telah memperdaya satu dunia dengan mengadakan sidang Parlimen sebagai sebagai sesi penerangan sahaja.

Jelas beliau, kerajaan juga mengambil kesempatan untuk segera mengadakan persidangan dengan menjadikan alasan mengisytiharkan darurat yang tidak dibentang dan dibincangkan di Parlimen.

“Tidak perlu sesi penerangan seperti ini, cukup dengan beri White Paper (kertas putih) untuk kita. Perlu ada sidang Parlimen yang sebenar untuk kita berbahas,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Semua kena game – Puad

Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – “Habis semua kena game,” kata Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang memaklumkan Kerajaan Persekutuan telah membatalkan semua peraturan ordinan darurat pada 21 Julai lalu semasa mesyuarat Kabinet yang terakhir.

Veteran UMNO itu berkata, rupa-rupanya darurat telah dibatalkan secara senyap.

“Isytihar darurat secara terbuka tidak di Parlimen. Batal darurat secara senyap tapi umum di Parlimen.

”Habis semua kena”game”. YDP Agong pun kena ke?,” soal Mohd Puad.

Kenyataan Takiyuddin itu dibuat pada mesyuarat khas Parlimen pagi tadi.

Katanya, kerajaan telah memutuskan, berdasarkan Artikel 150 (3) (Perlembagaan Persekutuan), untuk membatalkan semua peraturan ordinan darurat (dirumuskan) selama pengisytiharan darurat.

“Oleh itu, (peraturan-peraturan telah) dibatalkan. Oleh itu, isu pembatalan (peraturan-peraturan) tidak lagi relevan,” kata Takiyuddin kepada sidang dewan. – MalaysiaGazette

Kerajaan takut undi Dewan Rakyat – Najib

Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak 1MDB debts KWAN 1Malaysia Development Berhad
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak secara sinis berkata, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) cukup hebat kerana mengumumkan pembatalan darurat seluruh negara secara backdated (mengundurkan tarikh)

Bekas perdana menteri itu bertanya, adakah keputusan pembatalan penuh sebelum tempoh sudah mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong atau sebaliknya.

Ini kerana, keputusan itu tidak diwartakan pun.

Katanya, sehingga kini kerajaan tidak menjawab sekiranya ia telah dapat perkenaan walaupun telah ditanya beberapa kali.

Disebabkan itu, Najib berkata, semua kompaun melebihi RM1,000, semua penggunaan wang kerajaan tanpa ikut bajet dan penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara pun tidak sah sejak minggu lepas.

Beliau turut melahirkan rasa musykil dengan pembatalan secara backdated itu kerana Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Pemerintah menitahkan supaya ordinan darurat perlu dibahas, diundi dan diluluskan Parlimen.

”Kerajaan PN fikir jika dibatalkan maka tidak perlu lagi untuk dibahas, diundi dan diluluskan dalam Parlimen.

”Takut bebenor depa dengan undian Dewan Rakyat,” katanya sambil berkata, jika bacul begini, bagaimana pula hendak buat sebarang usul atau hendak mengharapkan kelulusan Bajet 2022. – MalaysiaGazette

Tolonglah Taki, adakah ini demokrasi Malaysia?

Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan adakah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-Raja Melayu bersetuju dengan Ordinan Darurat yang ditamat pada 21 Julai lalu?

Beliau berkata, jika YDPA bersetuju kenapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak menyatakan dalam sesi penerangan persidangan khas Parlimen pagi tadi.

Sambil mempertikaikan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan keputusan itu secara tiba-tiba di Parlimen, adakah ini sistem demokrasi yang diamalkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya ada beberapa soalan nak tanya, mengapa pembatalan Ordinan Darurat tiba-tiba diumumkan di Parlimen? Adakah anda pasti Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu telah menyetujuinya pada 21 Julai?

“Kalau setuju di mana wartanya? Tolonglah (jawab) Taki. Macam inikah demokrasi Malaysia diamal dan dilaksanakan?,” soal beliau menerusi ciapan Twitternya, hari ini.

Pada pagi tadi, Takiyuddin dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan tidak akan menasihati YDPA untuk mengisytiharkan pelanjutan darurat, yang dijadual tamat pada 1 Ogos ini.

Menurut beliau, kerajaan juga memutuskan untuk membatalkan ordinan-ordinan yang dibuat semasa Proklamasi Darurat dikuat kuasa.

Katanya, kerajaan membuat keputusan berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembangaan Persekutuan untuk membatalkan ordinan darurat, maka isu ungkai atau annulment tidak lagi relevan, enam ordinan dibatal berkuat kuasa 21 Julai lalu. – MlaaysiaGazette

Isnin, 26 Julai 2021

Anwar: Pembatalan Ordinan Darurat macam buat di 'pasar malam'

MALAYSIAKINI
 
 Malaysiakini

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengecam kerajaan yang menurutnya tidak mengikut prosedur dalam pembatalan semua peraturan ordinan darurat.

Anwar berkata, peraturan ordinan tersebut diisytiharkan melalui Yang di-Pertuan Agong dan pembatalannya juga perlu dibuat melalui cara yang sama, atau melalui Parlimen.

"Saya tidak pasti hal yang diumumkan menteri (Takiyuddin) telah dipersembahkan atau diperkenankan. Tak disebut.

"Kalau ini belum berlaku, pengumuman (pembatalan) ini tidak boleh dibuat dengan satu bentuk penghinaan kepada institusi Raja-raja Melayu, khususnya Agong," kata Anwar.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) mengumumkan semua ordinan darurat yang diisytiharkan pada tahun ini dibatalkan pada 21 Julai lalu.

Pengumuman itu mengejutkan para ahli parlimen kerana tiada pengumuman awal berkenaannya serta ia membawa implikasi undang-undang.

Anwar berkata, bentuk perundangan seperti itu adalah tidak wajar dan tidak memenuhi keperluan yang dinyatakan dalam Artikel 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Tak boleh kata umpamanya 'hari ini kita isytiharkan darurat'. Pada sesi (kemudian) kata 'kita dah batalkan minggu lalu'.

"Ini pasar malamkah?" soalnya.

Katanya lagi, kerajaan perlu menghormati Artikel 150(3) Perlembagaan Persekutuan dan membenarkan peraturan ordinan tersebut dibahaskan di Parlimen.

"Kalau ini pun tidak dihormati, bolehkah kita bayangkan hal-hal lain yang kita bincang akan dihormati?" soalnya lagi.

Anwar kemudian menuduh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menggunakan kaedah "pintu belakang" utnuk membenarkan industri beroperasi, sehingga memburukkan lagi penularan wabak Covid-19.

Ia mencetuskan bantahan daripada menterinya, Azmin Ali (PN-Gombak) yang cuba mencelah ucapan Anwar.

Azmin: Tuan Yang Dipertua. Saya minta penjelasan daripada Port Dickson.

Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya): Bagaimana menteri boleh minta penjelasan? Apa ini? Tunggu giliran (perbahasan).

Azmin: Jika ketua pembangkang nak bercakap, gunakan fakta. Ini data yang betul (ambil carta pai).

Shamsul: Pintu belakang!

Azmin: Saya ada data. Sektor pembuatan bukan penyumbang utama kes Covid-19. Hanya lapan peratus (tunjukkan carta pai).

Anwar: Menteri akan ada giliran untuk bahas (kemudian).

Azmin: Bercakap dengan fakta. Jangan guna emosi. Kita tahu siapa Port Dickson. Bohong!

(KEMASKINI) Ungkai tak lagi relevan, kita sudah putuskan tiada darurat baharu, jelas Takiyuddin

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan mengesahkan kerajaan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat baharu apabila ia tamat pada 1 Ogos.

Beliau juga memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan membatalkan semua Ordinan Darurat yang dibuat semasa darurat diisytiharkan.

“Oleh kerana telah dibatalkan, maka isu ungkai ataupun ‘annulment’ sudah tidak lagi relevan,” katanya kepada para wakil rakyat.

Beliau menjawab hujahan Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) yang merayu kepada Speaker Azhar Azizan Harun supaya mempertimbangkan semula penolakan usulnya.

Ngeh berharap usulnya dapat dibentangkan di Dewan Rakyat kerana ia bukan hanya untuk membatalkan Ordinan Darurat, tetapi membawa ordinan itu sebagai rang undang-undang biasa untuk dipertimbangkan “sama ada untuk menerimanya secara keseluruhan, sebahagian, atau ditolak”.

DISYORKAN UNTUK ANDA:

  BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT         

Kes Ketua UMNO Bayan Baru dipindah ke Butterworth


Ketua Bahagian UMNO Bayan Baru, Datuk Mansor Musa.

Perbicaraan kes Ketua UMNO Bayan Baru Pulau Pinang bersabit 58 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.22 juta di sini akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Butterworth, bersama dengan 106 pertuduhan lain membabitkan lebih RM11 juta.

Memetik laporan Bernama Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rozina Ayob membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung Datuk Mansor Musa dipindahkan ke mahkamah Butterworth.

“Pertuduhan dihadapi tertuduh di mahkamah di sini adalah berkaitan dengan pertuduhan dihadapinya di Pulau Pinang. Memandangkan peguam tiada bantahan, mahkamah membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth,” kata Rozina dan menetapkan 28 September untuk sebutan semula kes di mahkamah Butterworth.

Pada 13 Julai, Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 106 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram bernilai lebih RM11 juta antara September 2011 dan Ogos tahun lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Muhammad Asraf Mohamed Tahir memaklumkan kepada mahkamah bahawa permohonan itu dibuat atas alasan ia melibatkan saksi dan dokumen yang sama dengan kes dihadapi tertuduh di Pulau Pinang.

Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mansor tidak membantah permohonan itu.

Pada 15 Julai, Mansor, 58, yang juga Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad mengaku tidak bersalah atas 58 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.22 juta.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-42, Mansor didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram antaranya menerima wang dalam bentuk tunai, menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram untuk pembelian saham, rumah dan pembayaran kepada kontraktor melalui syarikat yang berbeza.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan ke-43 hingga ke-58, dia didakwa menerima, mengguna dan memindahkan wang dari sebuah syarikat yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda hingga lima kali hasil daripada kegiatan haram itu atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Public Bank cawangan Jalan Raja Chulan dan Starpac Point serta RHB Bank Berhad cawangan KLCC di sini, antara Disember 2008 hingga Mei 2015.

PRU15: Media sosial pengaruhi minda rakyat

Oleh IBNU JANIE
 

AYER KEROH: Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek berkata, suasana aktiviti penerangan pada masa sekarang sangat berbeza dengan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lebih-lebih lagi dengan wujudnya pandemik Covid-19.

“Zaman kita berada selepas tahun 2020 ini boleh kita katakan siri-siri penerangan yang berbentuk program-program ceramah ini hampir-hampir tertutup.

“Boleh dikatakan sudah tiada lagi majlis ceramah seperti dahulu yang boleh kita sampaikan di kampung-kampung, di pekan-pekan di bandar-bandar, seolah-olah majlis-majlis umpama itu semakin hari semakin tertutup pintunya.

“Hari ini, ‘peperangan’ politik atau pilihan raya itu, ia terpaksa menghadapi satu revolusi di mana kita kena pergi ke gelanggang rakyat,” ujar beliau semasa melancarkan kempen ‘Kita Ejen Penerangan’ peringkat negeri ini di sini, pada petang semalam.

Pelancaran itu dibuat sejurus selepas beliau merasmikan penutupan program ‘Konvensyen Penerangan PAS Melaka’ yang berlangsung secara dalam talian dari jam 2.00 hingga 6.00 petang melibatkan aktivis-aktivis parti dari semua peringkat negeri ini.

Menurutnya, dahulu gelanggang untuk rakyat mendapatkan maklumat tentang PAS adalah ceramah, namun kini ia sudah tidak lagi menjadi gelanggang utama mereka.

“Hari ini gelanggang mereka adalah di media sosial. Mereka akan bertumpu di media sosial. Sebagaimana yang dibentangkan oleh Ketua Penerangan PAS Melaka, Haji Bakri penggunaan media sosial ini semakin hari semakin meningkat dalam kalangan rakyat di negara kita.

“Kalau kita tengok dalam statistik yang dikeluarkan pada PRU13 lalu, yang mempengaruhi pola pengundian itu media sosial ini berperanan tidak sampai 20 peratus.

“Tapi pada PRU14 ia semakin membesar. Ia pergi hampir 70 peratus. Sehinggakan ia dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah sekian lama,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, dijangkakan pada PRU15 nanti penggunaan media sosial yang mempengaruhi minda rakyat dan undi rakyat akan meningkat sehingga 90 peratus.

“Ini yang saya sebut sebagai revolusi yang terpaksa kita hadapi. Dengan sebab itu saya setuju bahawa medium yang disebut sebagai Facebook, Twitter atau Instagram yang menjadi gelanggang pada hari ini perlu berperanan dalam kalangan pemimpin atau ahli-ahli parti,” katanya.

Menurut beliau lagi, setiap pemimpin dan ahli PAS di negeri ini perlu memenuhi ruang di dalam media-media sosial sebagai ejen penerangan untuk mempengaruhi golongan yang sering ‘bermain’ dalam platform medium tersebut, iaitu yang berumur antara 18 dan 52 tahun.

“Paling penting kita dapat mempengaruhi minda rakyat atau minda masyarakat tentang berita-berita kebenaran dan kita dapat menghilangkan kekeliruan,” ujar beliau lagi.

Turut membentangkan kertas kerja di dalam program itu ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, Setiausaha Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat, Shuhaimi Embong, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Zul Fadli Ramli dan Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaludin.

Untuk rekod kempen ‘Kita Ejen Penerangan’ peringkat PAS Pusat telah dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Konvensyen Penerangan PAS Pusat yang telah berlangsung pada 18 dan 19 Jun lepas juga secara dalam talian. HARAKAHDAILY

Jangan Kaitkan SPRM Sebagai Senjata Politik

  Borhan Abu Samah

Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) tidak seharusnya menimbulkan isu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadikan alat untuk menekan ahli politik yang tidak menyokong kerajaan dibawah pentadbiran Perikatan Nasional.

Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, berkata SPRM berhak melakukan siasatan terhadap mana-mana individu selaras dengan status agensi itu sebagai sebuah badan bebas.

Beliau berkata, ia adalah proses biasa dalam perundangan negara dan seseorang yang disiasat itu masih tidak terbukti bersalah selagi belum dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

“Kenyataan oleh MPPH ini dilihat lebih kepada agenda politik dan tentunya ada tatacara tertentu digunakan oleh SPRM untuk melakukan siasatan malah kes siasatan membabitkan ahli politik bukannya perkara baru di negara ini.

“Sebagai contoh, kes mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pemimpin politik lain termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri,” katanya.

“Adalah satu perkara yang tidak baik dengan mengaitkan kerajaan menggunakan agensi tertentu untuk mendakwa ahli politik terbabit sekaligus memberikan persepsi negatif kepada agensi yang dimaksudkan sedangkan siasatan dibuat berdasarkan kepada bukti yang ada,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan oleh MPPH.

MPPH dalam kenyataannya kesal apabila agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus diperalat sebagai senjata politik untuk menekan Ahli-Ahli Parlimen yang menjadi musuh atau enggan menyokong Perikatan Nasional.

Dr Mohd Azmir berkata, MPPH seharusnya memberikan penekanan atau tumpuan kepada usaha-usaha membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ini berbanding kepada isu politik semata-mata.

Justeru, beliau menggesa agar kerajaan mempercepatkan pelaksanaan undang-undang dana politik bagi mengelakkan berlakunya salah guna kuasa dalam pengurusan projek kerajaan atau pertubuhan politik di negara ini.

“Ini kerana, isu mengenai agensi kerajaan digunakan untuk menekan ahli politik yang tidak menyokong kerajaan akan terus berulang setiap kali ada ahli politik yang disiasat seolah-olah tiada jalan penyelesaian.

“Cadangan mengenai dana politik ini sudah lama dibincangkan dan sepatutnya dilaksanakan kerana ia mampu membuktikan penerimaan dana dengan lebih telus.

“Dana politik ini memang banyak cuma wujud ketakutan dalam kalangan ahli politik kerana mereka mungkin tidak boleh mengambil kesempatan daripada dana yang diperolehi selain tiadanya kesungguhan atau political will oleh kalangan ahli politik terbabit,” katanya.

Benarkah tanpa desakan UMNO, mustahil darurat ditamatkan

WARTAWAN SUARA MERDEKA

 

PANDANGAN penganalisis politik PPV UTAR, Raziq Michael menyentuh dua aspek yang pada pengamatannya, menarik pada Sidang Khas Parlimen hari ini.

Dalam kekecohan, riuh rendah dengan jeritan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang seolah-olah tidak mempunyai etika dalam Dewan Rakyat, tidak menghalang kononnya tanpa desakan UMNO, Darurat tidak akan ditamatkan.

Menurut Raziq, sesi sidang khas hari ini adalah hasil desakan Biro Politik UMNO yang memberikan tempoh masa 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk berbuat sedemikian.

“Kedua, surat Presiden UMNO semalam iaitu 25/7/2021 dijawab  hari ini di Dewan Rakyat oleh Menteri Undang-Undang.

“Kerajaan telah memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini dan Proklamasi Darurat telah pun ditamatkan pada 21 Julai 2021.

“Kenapa perkara sepenting ini tidak diumumkan lebih awal oleh kerajaan dan hanya diumumkan selepas desakan demi desakan dibuat oleh UMNO?

“Apakah tindakan ‘backdate’ kepada 21 Julai 2021 ini untuk mengelakkan keputusan yang dibuat ini tidak mencerminkan desakan UMNO?” soalnya.

Beliau berkata, penamatan Proklamasi Darurat ini juga secara langsung kerajaan telah bersetuju bahawa langkah ini satu langkah yang gagal dalam menangani kes jangkitan Covid-19.

“Soalnya, berapa ramai sudah dikompaun beribu ringgit dibawah ordinan Darurat ini? Adakah kompaun yang dikeluarkan kepada rakyat pada dan selepas 21 Julai 2021 ini sah?” katanya dengan penuh persoalan.

Hakikatnya, pada hemat Raziq, UMNO terus konsisten dengan membawa suara rakyat.

Desakan dan tekanan daripada UMNO yang akhirnya memastikan wujudnya semak dan imbang dalam kerajaan kerajaan PN ini, katanya yang dipetik daripada perkongsian di aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Dewan Rakyat berhenti rehat dan akan bersambung pada pukul 2 nanti. – SM

Kerajaan tak peluk tubuh lihat rakyat menderita, kata Perdana Menteri

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang.

Mengakui kerajaan pimpinannya kurang sempurna, beliau menegaskan kerajaan sentiasa bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat menerusi pelbagai usaha dilakukan.

Membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini Perdana Menteri berkata kerajaan menyedari kebimbangan rakyat apabila angka kes harian jangkitan Covid-19 menunjukkan lonjakan.

Kerajaan sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengatasi kemelut dengan mempercepatkan program vaksinasi dan terbukti Malaysia pada hari ini adalah antara negara yang terpantas dalam memberi vaksin kepada penduduknya, katanya.

“Apa yang penting, kita mesti bersolidariti dalam menghadapi zaman yang sukar ini. Tidak usahlah kita berbalah dan menuding jari kerana di sana, ada rakyat yang jiwanya sengsara, ada bapa yang tenggelam punca, ada anak yang menderita, manakala barisan hadapan kita terus terbeban dan hospital semakin tertekan.

“Marilah kita berganding bahu, mencari berkat dan meraih jaya pada setiap usaha sama. Bulat air kerana pembetung, bulat kita kerana muafakat. Bersatu kita pasti teguh, bercerai kita roboh,” katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari impak pandemik kepada aspek kesihatan mental rakyat Malaysia.

Justeru, katanya beberapa langkah khusus sudah diambil bagi menyelesaikan cabaran yang dialami rakyat berkaitan isu kesihatan mental.

“Langkah yang diambil adalah seperti mewujudkan talian sokongan psikososial di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan penyaluran dana kepada pertubuhan bukan kerajaan berkaitan kesihatan mental,” katanya.